9 sebelah - seriemas.myseriemas.my/wp-content/themes/twentyeleven/pdf/football-form.pdf · 9.1...

4
................................................................................... Nama: No. Kad Pengenalan: ............................................................ Disahkan oleh ............................................................ Tarikh KEJOHANAN BOLASEPAK 9 SEBELAH KOTA SERIEMAS KOTA SERIEMAS 2018 Anjuran PNB Development Sdn. Berhad NAMA PENGURUS PASUKAN NO. TEL NAMA PASUKAN WARNA JERSI PASUKAN SELUAR JERSI STOKIN SENARAI NAMA PEMAIN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. Nota: Setiap pasukan dikehendaki menyediakan sekeping gambar pasukan yang lengkap berjersi untuk tujuan promosi dan penilaian. BIL NAMA PEMAIN NO.KAD PENGENALAN NO.JERSI Saya pengurus pasukan seperti nama diatas, dengan ini bersetuju untuk mematuhi segala syarat-syarat dan peraturan serta jadual yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur dan dengan ini saya mengaku tidak akan mengemukakan sebarang tuntutan terhadap pihak penganjur serta urusetia diatas sebarang musibah ke atas diri dan pasukan saya sebelum,semasa atau selepas pertandingan ini dan juga apa-apa kehilangan atau kecederaan atas sebab-sebab tertentu sebelum, semasa dan selepas pertandingan adalah dibawah tanggungjawab pasukan saya sendiri.

Upload: duongphuc

Post on 05-Aug-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

...................................................................................

Nama:

No. Kad Pengenalan:

............................................................

Disahkan oleh............................................................

Tarikh

KEJOHANAN BOLASEPAK

9 SEBELAH KOTA SERIEMASKOTA SERIEMAS2 0 1 8Anjuran

PNB Development Sdn. Berhad

NAMA PENGURUS PASUKAN

NO. TEL NAMA PASUKAN

WARNA JERSI PASUKANSELUARJERSI STOKIN

SENARAI NAMA PEMAIN

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

Nota: Setiap pasukan dikehendaki menyediakan sekeping gambar pasukan yang lengkap berjersi untuk tujuan promosi dan penilaian.

BIL NAMA PEMAIN NO.KAD PENGENALAN NO.JERSI

Saya pengurus pasukan seperti nama diatas, dengan ini bersetuju untuk mematuhi segala syarat-syarat dan peraturan serta jadualyang telah ditetapkan oleh pihak penganjur dan dengan ini saya mengaku tidak akan mengemukakan sebarang tuntutan terhadappihak penganjur serta urusetia diatas sebarang musibah ke atas diri dan pasukan saya sebelum,semasa atau selepas pertandinganini dan juga apa-apa kehilangan atau kecederaan atas sebab-sebab tertentu sebelum, semasa dan selepas pertandingan adalahdibawah tanggungjawab pasukan saya sendiri.

5.1 Pemain hendaklah didaftarkan sebelum perlawanan pertama pasukan bermula.5.2 Hanya pemain yang berdaftar sahaja boleh mengambil bahagian dalam kejohanan ini.5.3 Setiap pasukan boleh mendaftarkan tidak melebihi daripada 12 pemain dan 1 orang pengurus pasukan.5.4 Setiap pemain tidak dibenarkan mendaftar dan bermain lebih daripada satu pasukan. Sekiranya perkara ini berlaku pihak pengajur tidak teragak-agak untuk membatalkan penyertaan pasukan yang menggunakan khidmat pemain tersebut dengan serta-merta.5.5 Penambahan atau penukaran pemain yang telah didaftarkan tidak dibenarkan selepas perlawanan pertama pasukan tersebut bermula.

5.0 PERDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN SESEBUAH PASUKAN

1.1 Penganjuran oleh: PNB DEVELOPMENT SDN. BERHAD

1.2 Hadiah-hadiah yang ditawarkan:

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN

1.0 NAMA DAN PIALA

Juara Wang Tunai RM 2,500.00

Naib Juara Wang Tunai RM 1,500.00

Ketiga Wang Tunai RM 1,000.00

Keempat Wang Tunai RM 500.00

2.1 Tarikh : 22 September 2018 Hari : Sabtu Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang Tempat : Padang Laman Cempaka, Kota Seriemas, Nilai

2.0 TARIKH DAN LOKASI PERTANDINGAN

3.1 Yuran penyertaan adalah sebanyak RM 300.00 satu pasukan dan dibayar ke (AZHAN ABDULLAH; CIMB, 86-0234-0885)3.2 Pendaftaran pemain seramai 12 Pemain dan Pengurus pasukan. 3.3 Borang pendaftaran boleh didapati secara ONLINE di seriemas.my atau daripada pihak urusetia dengan menghubungi nombor yang tertera.3.4 Borang penyertaan yang lengkap beserta slip bayaran mestilah sampai ke meja urusetia selewat-lewatnya 7 SEPTEMBER 2018 (JUMAAT).3.5 Setiap penyertaan yang diterima hanya akan dikira sah dengan slip/ resit pembayaran.

3.0 PERYERTAAN DAN BAYARAN PERTANDINGAN

4.1 Pertandingan bolasepak ini akan dijalankan mengikut undang-undang permainan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) melainkan perubahan-perubahan yang dibuat oleh penganjur kejohanan.4.2 Pendaftaran pertandingan adalah secara “SIAPA CEPAT DIA DAPAT” dan dengan pembayaran tunai. Pihak penganjur berhak untuk menolak mana-mana penyertaan yang lewat atau tidak mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan tanpa sebarang notis.4.3 Pihak penganjur tidak akan membayar sebarang ganti rugi kepada pasukan yang bertanding sekiranya pertandingan dibatalkan atau atas sebab cuaca buruk atau atas sebab-sebab yang tidak membolehkan pertandingan dijalankan dengan selamat. Sekiranya ada pasukan yang menarik diri daripada pertandingan samada sebelum atau semasa pertandingan dijalankan, pihak penganjur tidak akan membayar sebarang ganti rugi kepada pasukan tersebut.4.4 Pihak penganjur berhak untuk menggantikan mana-mana pasukan yang menarik diri di saat-saat akhir dengan mana-mana pasukan lain yang layak bagi meneruskan pertandingan.4.5 Jumlah pasukan yang dipertandingkan dalam kejohanan ini sebanyak 12 pasukan sahaja dan bergantung kepada pasukan yang membuat pembayaran paling awal sebelum tarikh undian bermula.

4.0 PERATURAN AM

9.1 Perlawanan akan dijalankan tepat jam 8.30 pagi, dan pasukan yang bertanding hendaklah berada di padang lima (5) minit sebelum sepak mula.9.2 Tiga (3) minit akan diberikan untuk pasukan yang lambat. Sekiranya gagal, secara automatik pasukan itu dikira kalah dan pasukan lawan akan mendapat tiga (3) mata dan tiga (3) jaringan.9.3 Perlawanan hanya boleh ditundakan oleh pengadil sekiranya cuaca buruk atau terdapat apa-apa yang membahayakan pemain dan jumlah jaringan/mata akan dikekalkan sekiranya perlawanan sudah melebihi lima (5) minit masa perlawanan.

9.0 WAKTU BERMULA PERLAWANAN

10.1 Setiap pasukan dibenarkan menukar pemain pada bila-bila masa disepanjang perlawanan dengan memberitahu pengadil perlawanan.10.2 Pemain yang telah keluar boleh dimasukan semula pada perlawanan yang sama (ROLLING SUBSITUTE).

10.0 PENUKARAN PEMAIN

6.1 Jadual pertandingan dan format akan diaturkan oleh pihak penganjur serta ahli jawatankuasa pertandingan yang dilantik dan akan diserahkan kepada pengurus pasukan untuk menentukan tempat dan masa perlawanan dijalankan.6.2 Pihak penganjur berhak menjalankan undian atau melantik pihak yang lain bagi pihak pasukan yang tidak dapat menghantar wakil pada sesi undian.6.3 Pihak penganjur berhak menunda/meminda/menangguh/mengubah sesuatu perlawanan dengan memaklumkan kepada pasukan terlibat atau diputuskan dengan serta-merta tanpa sebarang alasan.

6.0 JADUAL PERTANDINGAN

7.1 Setiap pemain hendaklah menulis dalam borang pendaftaran pemain, warna jersi pasukan mereka dan semua jersi dikehendaki bernombor.7.2 Pasukan yang disebut pertama adalah merupakan pasukan tuan rumah; tuan rumah pasukan tersebut dikehendaki mengunakan warna jersi yang telah didaftarkan.7.3 Setiap pemain hendaklah memakai nombor jersi tersebut sehingga habis kejohanan, sekiranya berlaku penukaran nombor pemain tanpa pengetahuan urusetia, pemain tersebut akan disingkirkan daripada pasukan itu.7.4 Ketua pasukan dikehendaki memakai lilitan lengan di sebelah kiri lengan sewaktu pasukan mereka bermain.

7.0 WARNA JERSI DAN SENARAI NAMA PEMAIN

8.1 Setiap perlawanan akan dijalankan 9-sebelah.8.2 Kedudukan pasukan dalam setiap kumpulan adalah dalam bentuk liga.8.3 12 pasukan akan dibahagikan kepada empat (4) kumpulan iaitu A, B, C, D dan dibahagikan kepada tiga (3) pasukan dalam satu (1) kumpulan. 8.4 Masa perlawanan bagi peringkat kumpulan adalah lima belas (15) minit separuh masa sahaja setiap satu perlawanan.8.5 Kedudukan pasukan dalam kumpulan ditentukan melalui undian.8.6 Masa perlawanan bagi peringkat pusingan kedua atau kalah mati lima belas (15) minit separuh masa dan bagi perlawanan akhir masa perlawanan adalah 15:2:15 minit.8.7 Sekiranya kiraan markah terikat di dalam kumpulan iaitu jaringan, bolos, mata yang sama, pihak penganjur akan membuat undian melalui cara cabutan tiga (3) kertas, iaitu kertas pertama JOHAN KUMPULAN manakala kertas kedua dan ketiga PENALTI kepada ketiga-tiga pasukan yang mempunyai jaringan, bolos dan mata yang sama. Sekiranya pasukan (A) mendapat kertas tulisan JOHAN bermakna pasukan tersebut johan kumpulan, manakala dua (2) pasukan lagi akan mendapat dua (2) kertas yang bertulis PENALTI. Pasukan tersebut akan membuat penentuan sepakan penalti untuk menentukan naib johan kumpulan.

8.0 FORMAT PERLAWANAN

15.1 Segala peraturan yang tertera didalam kejohanan ini adalah MUKTAMAD dan ahli jawatankuasa pengelola kejohanan berhak meminda mana-mana aspek pertandingan tanpa sebarang notis. Perubahan atau perkara yang dibuat oleh pihak penganjur tidak memerlukan persetujuan dari pasukan-pasukan yang bertanding termasuklah hak untuk menukar, mengubah jadual pertandingan, format pertandingan, peraturan-peraturan, syarat-syarat perlawanan, penukaran pemain, masa perlawanan dan apa-apa perkara yang perlu bagi menjayakan kejohanan tersebut.15.2 Segala hal-hal yang tidak diperuntukkan akan diputuskan oleh ahli jawatankuasa pengelola kejohanan dan segala keputusan adalah MUKTAMAD.

15.0 HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKAN

+603-7883 0625 atau email ke [email protected]

16.0 URUSETIA UNTUK DIHUBUNGI

11.1 Pemain yang menerima amaran seperti berikut: 11.1.1 Sekiranya pemain menerima dua (2) kad kuning, pemain tersebut akan digantung satu (1) perlawanan pada perlawanan ke-3. 11.1.2 Sekiranya pemain menerima kad merah terus, pemain tersebut akan digantung tiga (3) perlawanan. 11.1.3 Sekiranya pemain menerima dua (2) kad kuning dalam satu (1) perlawanan, pemain tersebut akan menerima kad merah dan digantung satu (1) perlawanan.

11.0 TINDAKAN TATATERTIB

12.1 Pihak penganjur akan menggunakan khidmat pengadil yang bertauliah sepanjang kejohanan berlangsung.12.2 Keputusan pengadil adalah MUKTAMAD.

12.0 PENGADIL/PEGAWAI PERTANDINGAN

13.1 Sekiranya berlaku pergaduhan semasa perlawanan yang melibatkan pemain, jurulatih, pengurus atau penyokong pasukan, pihak pengadil berhak memberhentikan perlawanan. Pengadil berhak membuat apa-apa keputusan yang wajar dalam perlawanan tersebut.13.2 Sekiranya pasukan berkenaan didapati bersalah, pasukan tersebut akan dibatalkan penyertaan mereka dalam kejohanan itu.13.3 Hanya pengurus dan pemain simpanan sahaja dibenarkan untuk berada di tepi padang sepanjang masa perlawanan berlangsung. Penyokong atau sesiapa sahaja selain dari yang disebutkan tidak dibenarkan berada di tepi padang. Penganjur berhak untuk mengenakan tindakan kepada pasukan tersebut sekiranya didapati melanggar arahan ini.

13.0 PERATURAN PERLAWANAN

14.1 Bantahan terhadap keputusan atau pemain, jika ada, hendaklah diserahkan kepada urusetia kejohanan sebaik selepas tamatnya sesuatu perlawanan atau selewat-lewatnya 15 minit selepas tamatnya perlawanan tersebut berserta borang bantahan, bukti dan wang bantahan sebanyak RM100.00. Sekiranya bantahan tersebut berjaya pihak penganjur akan memulangkan semula wang bantahan tersebut dan sekiranya tidak berjaya wang bantahan itu tidak akan dikembalikan. Hanya pengurus pasukan sahaja yang terlibat dalam urusan bantahan tersebut.14.2 Bantahan tidak boleh dibuat terhadap pengadil atau fakta-fakta di padang perlawanan.14.3 Bantahan hendaklah dilakukan dengan bertulis dari pasukan yang ingin membuat bantahan.14.4 Sebarang keputusan dari penganjur dan urusetia perlawanan adalah MUKTAMAD.

14.0 BANTAHAN