herba

29
Herba-herba di Malaysia Sumber Blog : http://studentbako.blogspot.my/ Bismillahirrahmanirrahim.. Sebelum memulakan blog ini saya ingin memperkenalkan diri saya serta ahli-ahli yang bertanggungjawab dalam menghasilkan blog ini. Blog ini ditulis bertujuan untuk menyiapkan kerja kumpulan kami yang telah diberikan oleh cikgu Pengajian Am kami iaitu Cikgu Daud. Kmpulan saya terdiri dari saya sebagai ketua kumpulan iaitu Raden Amira Amalina. Ahli-ahli kumpulan saya ialah Nur Malia, Sub'Bha dan Syafirna. Melalui blog ini insya allah, dapat memberi sedikit sebanyak pengetahuan kepada semua pelawat blog ini mengenai Herba-Herba di Malaysia. Diharapkan agar pelawat memberi komen kepada kami. Sekian, terima kasih. Selamat Belajar. Posted by herba-herba di malaysia at Definisi Herba Berdasarkan Definisi yang diperolehi dari wikipedia, herba bermaksud tumbuhan yang mempunyai nilai dari segi perubatan, khasiat makanan dan baunya. Herba digunakan secara meluas dalam masakan, perubatan dan kecantikan. Ia juga dikaitkan dengan rawatan akibat gangguan makhluk halus.Bahagian hijau tumbuhan herba (daunnya) digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang. Namun, perubatan herba lebih banyak menggunakan akar, bunga, kulit pokok dan bahagain lain tumbuhan herba. Pokok yang digunakan dalam perubatan herba boleh terdiri daripada pokok herba atau pokok renek. Mana-mana bahagian pokok herba, termasuk buah, boleh digolongkan sebagai

Upload: cikgu-diana

Post on 02-Feb-2016

30 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Herba

TRANSCRIPT

Page 1: Herba

Herba-herba di Malaysia

Sumber Blog : http://studentbako.blogspot.my/

Bismillahirrahmanirrahim..

Sebelum memulakan blog ini saya ingin memperkenalkan diri saya serta ahli-ahli yang

bertanggungjawab dalam menghasilkan blog ini. Blog ini ditulis bertujuan untuk menyiapkan

kerja kumpulan kami yang telah diberikan oleh cikgu Pengajian Am kami iaitu Cikgu Daud.

Kmpulan saya terdiri dari saya sebagai ketua kumpulan iaitu Raden Amira Amalina. Ahli-

ahli kumpulan saya ialah Nur Malia, Sub'Bha dan Syafirna. Melalui blog ini insya allah,

dapat memberi sedikit sebanyak pengetahuan kepada semua pelawat blog ini mengenai

Herba-Herba di Malaysia. Diharapkan agar pelawat memberi komen kepada kami. Sekian,

terima kasih. Selamat Belajar.

Posted by herba-herba di malaysia at

Definisi Herba Berdasarkan Definisi yang diperolehi dari wikipedia, herba bermaksud tumbuhan yang

mempunyai nilai dari segi perubatan, khasiat makanan dan baunya. Herba digunakan secara

meluas dalam masakan, perubatan dan kecantikan. Ia juga dikaitkan dengan rawatan akibat

gangguan makhluk halus.Bahagian hijau tumbuhan herba (daunnya) digunakan secara meluas

dalam pelbagai bidang. Namun, perubatan herba lebih banyak menggunakan akar, bunga,

kulit pokok dan bahagain lain tumbuhan herba. Pokok yang digunakan dalam perubatan

herba boleh terdiri daripada pokok herba atau pokok renek. Mana-mana bahagian pokok

herba, termasuk buah, boleh digolongkan sebagai herba. Kini hampir setiap orang

menggunakan herba. Ia mungkin dalam bentuk produk siap berasaskan herba, rempah ratus

atau makanan harian. Kadang-kadang kita tidak sedar apa yang sedang digunakan atau

dimakan, turut mengandungi bahan herba. Walaupun herba memang bermanfaat untuk

kesihatan dan kecantikan, ia juga boleh memudaratkan jika diproses atau digunakan secara

salah. Contohnya, herba A disahkan bermanfaat untuk merawat penyakit tertentu, tetapi herba

sama boleh memudaratkan jika diambil pada dos tinggi. Dalam konteks ini, herba sepatutnya

diproses dan digunakan berdasarkan standard penggunaan yang tinggi dan tepat.

Jenis-jenis Herba di Malaysia

Page 2: Herba

Balik Adap

Nama Saintifik:Mussaenda villosa wall

Famili: Rubiaceae

Nama Biasa: Balik adap

Lokasi dijumpai:

Disemak-semak dan belukar

Keterangan

Tumbuhan ini biasa dijumpai di kampung-kampung di kawasan belukar. Daunnya terdiri dari

campuran daun yang berwarna hijau dan putih. Bunganya ada yang berwarna oren dan ada

yang berwarna putih. Daunnya biasa dijadikan ulam oleh penduduk kampung.

Kegunaan

Ia digunakan untuk mengubati demam dengan cara meramas daunnya ke dalam sebesen air

sama seperti yang dilakukan dengan menggunakan daun bunga cina. Air ini digunakan untuk

menjarang (membasahkan) kepala pesakit untuk menurunkan suhu badannya.

Bangun-bangun

Nama Saintifik: Solenostemon amboinicus

Famili: Labiatae

Nama Biasa: Bangun-bangun

Nama lain: Ati-ati hijau, allspice

Lokasi dijumpai: Di tanam sebagai rempah dan ulam

Keterangan

Pokok bangun-bangun atau dikenali juga dengan ati-ati hijau biasa ditanam sebagai ulaman

dan penyedap rasa dalam masakan. Pucuk mudanya dijadikan ramuan untuk sambal

tempoyak. Ia juga dijadikan ramuan untuk nasi ulam. Bangun-bangun senang membiak

melalui keratan batang dan daun. Medium pilihan ialah tanah gembur yang mempunyai

pengaliran air yang baik dan terdedah kepada cahaya matahari.

Kegunaan

Bangun-bangun terkenal dalam perubatan melayu dan cina terutamanya untuk menjadi

penawar kepada batuk, mual-mual,sakit kepala dan masalah pencernaan. Caranya sehelai

daun bangun-bangun diseduh dengan air panas dan dimasukkan sedikit gula batu sebelum di

minum. Jusnya pula boleh dijadikan ubat untuk asma, batuk dan bronkitis. Daunnya yang

dilumatkan dapat menjadi penawar kepada gigitan serangga berbisa dan kulit melecur dengan

cara menampal daun lumat yang telah menjadi seperti pes pada bahagian yang terlibat.

Page 3: Herba

Bebuas

Nama Saintifik: Premma Cordiflora

Famili: verbenaceae

Nama Biasa: Bebuas

Lokasi dijumpai: Tumbuh meliar di tepi hutan

Keterangan

Bebuas banyak dijadikan ulam oleh masyarakat melayu . Pucuknya yang rangup dan

mempunyai rasa sedikit pahit menambahkan lagi selera makan.

Kegunaan

Antara khasiat pokok bebuas bila dimakan mentah sebagai ulam ialah ia dapat membuang

angin dalam badan dengan cepat. Air rebusan pucuk bebuas pula boleh menolong untuk

mengatasi masalah kecacingan dan menambah air susu ibu.

Cempaka telur

Nama Saintifik: Michelia Pumila/Talauma pumila Bl

Famili: Magnoliaceae

Nama Biasa: Cempaka telur

Nama lain: Dwarf magnolia, cempaka gondok, magnolia coco, egg magnolia

Lokasi dijumpai:Tumbuhan liar dan hiasan

Keterangan

Tumbuhan ini mempunyai batang berkayu dan boleh membiak melalui biji benih dan keratan

batang. Bunganya berbentuk bulat seperti telur dan mempunyai bau yang amat wangi

terutamanya diwaktu malam. Ia boleh mencapai ketinggian antara 3-6 kaki (1-2 meter). Jika

ditanam di dalam pasu ia perlu disiram setiap hari supaya tanahnya tidak kering. Tumbuhan

ini tidak boleh terlalu terdedah kepada cahaya matahari terus tetapi memerlukan cahaya yang

cukup untuk membesar dan berbunga

Kegunaan

Bunganya boleh digunakan untuk mengubati keputihan, batuk berkahak, insomania dan

kecederaan traumatik

Page 4: Herba

Bunga Cina / Melur Cina

Nama Saintifik: Gardenia Augusta

Famili:Rubiaceae

Nama Biasa: Bunga Cina / Melur Cina

Nama lain: Kacapiring, gardenia

Lokasi dijumpai: Di halaman rumah, taman-taman bunga

Keterangan

Bunga cina atau nama saintifiknya Gardenia augusta, Merr dari famili Rubiaceae banyak

ditanam sebagai tumbuhan hiasan atau sebagai pagar kerana daunnya yang rimbun dan

mempunyai banyak cabang. Bunganya yang berwarna putih berbentuk seperti bunga mawar

dan berbau harum. Warna putih akan berubah menjadi kekuningan selepas bunga mekar

sepenuhnya.Tumbuhan ini boleh tumbuh di tempat sejuk atau panas dan ia merupakan

tumbuhan yang senang dijaga. Tempat yang paling sesuai untuk pertumbuhannya adalah

ditempat yang beriklim agak sejuk seperti dikawasan pergunungan dengan ketinggian lebih

kurang 400 meter dari paras laut. Pokok ini boleh mencapai ketinggian 1 - 2 meter. Ia

membiak melalui keratan batang dan semaiannya boleh dilakukan dengan memilih ranting

yang agak tua, buang kesemua daunnya dan tanamkan di dalam polybag berisi pasir. Pastikan

air mencukupi bagi menggalakkanpertumbuhan akar. Pokok ini mempunyai potensi untuk di

komersialkan sebagai minyak wangi kerana bau bunganya yang sangat harum.

Kegunaan

Boleh digunakan untuk mengubati penyakit kencing manis, seriawan, demam dan sembelit.

Caranya untuk kencing manis ambil 12 helai bunga cina direbus dengan 2 gelas air sehingga

tinggal satu gelas dan diminum sekali sehari. Untuk seriawan pula, ambil 7 helai daunnya

diramas dengan secawan air lalu ditapis dan dicampurkan dengan 2 sudu makan madu dan

seketul gula batu. Minum 2 kali sehari. Manakala untuk demam pula, ramas 7 helai daunnya

dengan secawan air yang dicampur dengan gula batu lalu diminum 2 kali sehari. Bagi merwat

sembelit pula ambil 3 biji buahnya direbus dengan 2 gelas air sehingga mendidih yang

berbaki hanya satu gelas sahaja.

Cekur

Nama Saintifik: Kaempferia galangal

Famili: Zingiberaeceae

Nama Biasa: Cekur

Page 5: Herba

Nama lain: Kencur

Lokasi dijumpai: Di pinggir hutan

Keterangan

Sejenis herba dan tumbuh melebar di atas tanah. Daun licin, berbentuk tirus, tersusun padat

dlm pasangan yang bertentangan. Hujung daun runcing, lebih kurang 16cm panjang, 8 cm

lebar. Daunnya mempunyai sedikit aroma. Cekur tidak berbatang, mengeluarkan bunga

berwarna putih-ungu. Akar/rizomnya bercabang-cabang, beraroma dan isinya berwarna

kuning oren. Cekur bukan bahan penting dalam masakan orang Malaysia tetapi berperanan

besar dalam masakan Indonesia, Thailand, Vietnam dan India.

Kegunaan

Di Asia Tenggara, rizom cekur dicampurkan dengan lada sulah, kayu manis dan madu untuk

mengubati selsema. Ia dijadikan tonik untuk mengubati batuk kering dan bronchitis. Cekur

juga dijadikan losyen untuk merawat sakit mata, sakit tekak, bengkak, demam, sakit dan

sengal tulang. Untuk wanita baru bersalin, cekur mengucupkan rahim dan menggalakkan

pembuangan angin. Di Indonesia, akar cekur digunakan untuk merawat keracunan makanan,

ulser mulut, batuk dan selsema. Akar cekur yang dikunyah dan ditelan boleh membuat

seseorang itu khayal. Di India, wangian daripada cekur digunakan untuk melindungi pakaian

daripada serangga. Di Filipina, air rebusan akar cekur digunakan untuk merawat sakit perut

disebabkan pencernaan makanan yang kurang baik. Air rebusan turut digunakan untuk

membasuh rambut bagi mengatasi masalah kelemumur dan menghilangkan rasa gatal dan

pedih akibat digigit ulat bulu. Di Thailand, cekur digunakan untuk merawat sakit kepala.

Cempaka telur

Nama Saintifik:Michelia Pumila/Talauma pumila Bl

Famili:Magnoliaceae

Nama Biasa:Cempaka telur

Nama lain:Dwarf magnolia, cempaka gondok, magnolia coco, egg magnolia

Lokasi dijumpai:Tumbuhan liar dan hiasan

Keterangan

Tumbuhan ini mempunyai batang berkayu dan boleh membiak melalui biji benih dan keratan

batang. Bunganya berbentuk bulat seperti telur dan mempunyai bau yang amat wangi

terutamanya diwaktu malam. Ia boleh mencapai ketinggian antara 3-6 kaki (1-2 meter). Jika

ditanam di dalam pasu ia perlu disiram setiap hari supaya tanahnya tidak kering. Tumbuhan

ini tidak boleh terlalu terdedah kepada cahaya matahari terus tetapi memerlukan cahaya yang

Page 6: Herba

cukup untuk membesar dan berbunga

Kegunaan

Bunganya boleh digunakan untuk mengubati keputihan, batuk berkahak, insomania dan

kecederaan traumatik

Dukung Anak

Nama Saintifik:Phyllanthus Niruri

Famili:Eurphorbiaceae

Nama Biasa:Dukung Anak

Nama lain:Kelek anak, meniran(indonesia),Bhuaionla, kiranelligida(india)

Lokasi dijumpai:Di tepi longkang dan di kawasan pertanian

Keterangan

Dikenali dengan nama meniran bagi masyarakat indonesia , tumbuhan in termasuk dalam

famili Eurphorbiaceae. Selalunya tumbuh di kawasan yang tanahnya agak keras, seperti di

celah retakan simen. Juga boleh didapati di kawasan kebun-kebun sayur dan tanah terbiar.

Daun pokok ini adalah dari jenis majmuk bipinat, daunnya kecil berwarna hijau yang agak

gelap dan tersusun berselang seli dengan jarak lebih kurang 6-10mm. Ia adalah herba

tahunan(annual) dengan ketinggian lebih kurang 30-60 cm. Ia mempunyai bunga yang

berwarna putih kekuningan dan satu tangkai bunga mempunya bunga-bunga kecil yang

banyak . Terdapat dua jenis bunga; bunga jantan dan betina. Kapsul bijinya sangat kecil,

berpermukaan licin dan dari jenis 3-gonous. Kitaran dari satu biji ke biji yang berikutnya

adalah 2 hingga 4 minggu. Dukung anak tumbuh di kawasan yang beriklim tropika seperti

Malaysia, Indonesia,Thailand. Juga terdapat di China, India dan dalam kawasan antara

Filipina dan cuba. Di kebanyakan tempat ia mendatangkan masalah kepada petani kerana

selalunya tumbuh di kawasan pertanian dan dianggap rumpai yang sukar dikawal.

Kegunaan

Akar, daun, buah, jus dan keseluruhan tumbuhan ini mempunyai nilai perubatan. Perubatan

ayurveda ia digunakan sebagai penghilang dahaga, bronchitis, kusta, anemia, penyakit

kelenjar kencing, anuria dan asma. Boleh juga digunakan untuk mengubat penyakit berak

berdarah (dysentery) yang kronik (mengikut kaedah perubatan unani dari India). Buahnya

digunakan untuk mengubati luka, kerengsaan, penyakit kudis buta (scabies) dan kurap.

Akarnya pula (yang masih segar) adalah penawar yang berkesan untuk penyakit kuning

(jaundice) terutamanya pada bayi yang baru lahir. Daun yang telah dilumatkan dan dicampur

dengan sedikit garam dapur boleh merawat jangkitan kudis buta(scabies). Jika tidak dicampur

Page 7: Herba

garam ia boleh ditampal pada luka dan lebam. Ia juga boleh digunakan untuk merawat bisa

gigitan ular. Tumbuhan ini juga boleh digunakan sebagai tuba(racun) ikan. Kaedah perubatan

ayurveda banyak menggunakan tumbuhan ini samaada dalam bentuk tumbuhan ini

dikeringkan dan dijadikan serbuk atau terus menggunakan tumbuhan ini dalam bentuk

tumbuhan segar.

Walaupun masih sukar untuk menentukan apakah kandungan dalam tumbuhan ini yang

menyebabkan ia mempunyai nilai perubatan yang tinggi, ada kajian yang menunjukkan ia

memberikan kesan positif untuk mengubati penyakit hepaptitis B, dalam satu kajian, didapati

22 daripada 37, iaitu sebanyak 59% dari pembawa virus hepatitis B yang dirawat dengan

persediaan herba dari tumbuhan ini selama sebulan telah kehilangan antigen hepatitis B

setelah di uji selepas 15 hingga 20 hari selepas rawatan selesai. Jika menggunakan rawatan

biasa hanya 4% dari pembawa akan kehilangan antigen untuk tempoh yang sama. Persediaan

herba ini hendaklah di amalkan selama sebulan atau lebih untuk mendapatkan hasil yang

terbaik. Jika digunakan secara biasa, tiada kesan sampingan didapati setakat ini. Namun anda

dinasihatkan mendapatkan pandangan doktor sebelum memulakan rawatan. Walaupun ia

membantu mengurangkan jumlah virus hepaptitis B yang dijumpai didalam darah, ia masih

tidak dapat menghilangkan kesemuanya, jadi ia bukanlah penawar kepada penyakit ini,

namun mengambilannya dapat mengurangkan dan mengawal pertumbuhan dan pertambahan

virus hepatitis B. Kajian lanjut masih dijalankan oleh para saintis mengenai kegunaan dukung

anak untuk merawat hepatitis B.

Gandarusa

Nama Saintifik:Justicia Gendarussa linn

Famili:Acanthaceae

Nama Biasa:Gandarusa

Nama lain:Daun rusa(melayu), bo gu dan(cina),gendarussa(english)

Lokasi dijumpai:Tumbuhan meliar dan tanaman hiasan

Keterangan

Tumbuhan ini boleh dijumpai tumbuh liar di kawasan semak pada ketinggian 1-500 meter

dari aras laut. Ia tumbuh tegak dan boleh mencapai ketinggian hingga 2 meter. Panjang

daunnya lebih kura 5-20 cm dan daunnya dari jenis daun tunggal. Dua jenis gandarusa biasa

dijumpai dan dibezakan oleh warna batangnya. Ada yang berwarna hitam dan ada yang

berwarna hijau. Pokok berbatang hitam lebih popular sebagai ubat dari yang berbatang hijau.

Kegunaan

Page 8: Herba

Ia biasa digunakan untuk mengubat lebam akibat pukulan, tulang patah, rheumatik dan bisul.

cara penggunaannya ,untuk tulang patah daunnya yang segar atau kering dikisar hingga lumat

dan dicampur cuka untuk ditampal pada bahagian yang luka dengan syarat tulang telah

berada pada kedudukannya yang betul. Untuk rheumatik 15-30 g daunnya yang segar direbus

hingga mendidih dan airnya diminum. Untuk lebam pula daunnya dilayurkan pada api hingga

layu dan ditampal pada bahagian yang lebam. Ia juga boleh digunakan untuk menurunkan

panas badan, menyembuhkan lumpuh otot muka (selalunya disebabkan oleh minor

stroke),sakit kepala, mata dan telinga. Amaran: Tidak boleh digunakan oleh wanita hamil.

Hati-hati

Nama Saintifik:Coleus Blumei

Famili:Labiatae

Nama Biasa:Hati-hati

Nama lain:Nilam, bangun-bangun, ati-ati

Lokasi dijumpai:Tanaman hiasan

Keterangan

Pokok hati-hati terdapat dalam banyak warna antaranya ungu dan hijau serta campuran merah

jambu dan hijau. Pokok ini banyak ditanam sebagai pokok hiasan dan tutup bumi.

Kegunaan

Daun hati-hati digunakan untuk merawat batuk terutamanya untuk orang dewasa. Caranya

ialah dengan cara menumbuk beberapa helai daunnya dan dicampur dengan air, kemudian

tapis airnya untuk diminum dua kali sehari. Selain itu campuran daun hati-hati, daun inai,

daun jambu batu dan akar tutup bumi direbus hingga mendidih dan diminum airnya untuk

mengecutkan rahim. Untuk asma pula(terutamanya pada kanak-kanak) ambil beberapa helai

daun hati-hati yang berwarna hijau dan secubit kapur sirih. Ramas(upar) daun bersama kapur

sirih hingga hancur dan sapu pada dada pengidap asma tadi sebelum tidur.Daun ini boleh

juga direbus bersama dua cawan air hingga tinggal secawan, campurkan sedikit gula batu dan

minum.

Hempedu Bumi

Nama Saintifik: Andrographis Paniculata

Famili:Acanthaceae

Page 9: Herba

Nama Biasa:Hempedu bumi

Nama lain:Akar cerita, sambilata,nivalembu,king of bitter, maha tita

Lokasi dijumpai:Malaysia, Thailand, India, Indonesia

Keterangan

Pokok Hempedu bumi juga dikenali sebagai pokok akar cerita. Pokok Hempedu bumi banyak

dijumpai di India, Thailand dan paling senang di jumpai di tanah gambut. Hempedu bumi

merupakan satu tumbuhan herba semusim yang tumbuh menegak. Tingginya boleh mencapai

60-70 cm. Daun Hempedu bumi berwarna hijau pekat, licin dan tersusun secara bersilang.

Daun Hempedu bumi juga mempunyai bentuk bujur, runcing di hujung dan nipis di pangkal.

Kegunaan

Daun hempedu bumi ini boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi di samping

merawat kencing manis. Cara menjadikannya ubat ialah merebus daun tersebut untuk

mengambil airnya supaya boleh diminum. Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara

menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka tersebut. Kandungan bahan kimia

daun ini membolehkan ia memecahkan molekul- molekul lemak yang ada disekeliling salur

darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. Air rebusan daun

ini yang pahit telah merangsangnya supaya memecahkan molekul lemak. Memang suatu yang

tidak boleh dinafikan bahawa rasa pahit, kelat dan masam agar sukar dipisahkan dengan alam

perubatan herba tempatan. Tetapi rasa sebegitu sememangnya tidak begitu menarik minat

sebahagian besar masyarakat kita. Mereka lebih gemar kepada rasa manis dan masin.

Pengambilan rasa manis dan masin yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit tertentu.

Tetapi jika diseimbangkan pengambilan perasa-perasa itu adalah baik untuk kesihatan.

Antara herba yang mempunyai rasa pahit adalah pokok hempedu bumi (nama saintifiknya

adalah Andrographis Paniculata) ataupun sesetengah orang memanggilnya sebagai akar

cerita. Pokok herba ini agak senang dicari kerana ia tumbuh di sekitar rumah, longkang

ataupun kawasan semak samun yang terbiar. Mungkin ia tumbuh di kawasan sedemikian,

maka sebahagian besar masyarakat hari ini kurang mengetahui khasiatnya yang agak popular

bagi tumbuhan ini adalah untuk merawat penyakit darah tinggi dan juga demam. Malah,

tumbuhan ini juga sesuai untuk merawat kesan gigitan serangga. Cara yang paling mudah

adalah ambil beberapa helai daunnya dan hancurkan. Sapulah di tempat yang terkena gigitan

serangga itu. Tetapi ia lebih popular dalam merawat penyakit darah tinggi dan demam. Cara

yang sering diamalkan adalah kita perlu mengambil beberapa helai daunnya dan bersihkan

terlebih dahulu. Kemudian rendam daun-daun itu dalam segelas air panas dan biarkan

sehingga air panas itu menjadi suam. Selepas itu, minumlah perlahan-lahan. Rasanya agak

pahit, khususnya bagi mereka yang pertama kali meminumnya. Tetapi harus ingat,

sebagaimana tumbuhan herba yang lain janganlah minum kerap sangat dalam sehari. Cukup

Page 10: Herba

untuk minum sekali sehari.

Jarum Tujuh Bilah

Nama Saintifik:Pereskia sacharosa/saecnarosa

Famili:Cactaceae

Nama Biasa:Jarum tujuh bilah

Nama lain:Bintang tujuh,Pokok kanser,Chat sim Chan

Lokasi dijumpai:Tanaman hiasan

Keterangan

Tumbuhan dari keluarga kaktus ini mungkin satu-satunya kaktus yang mempunyai daun yang

sebenar. Ia merupakan genus paling primitif dalam keluarga kaktus. Pereskia berasal dari

Korea tapi boleh didapati dengan mudah di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Malah ia

merupakan tumbuhan yang agak lasak dan boleh beradaptasi dengan hampir semua iklim

kecuali tundra. Keadaan optimum untuk pertumbuhannya adala sinar matahari yang terang

dan iklim tropika. Ia adalah tumbuhan yang mudah membiak. Memiliki ciri yang hampir

menyerupai pokok parisan, pokok ini juga mudah ditanam dengan kaedah cantas dan cucuk

Arizal 2004. Ia juga boleh membiak melalui biji benih. Daunnya mudah gugur jika terdedah

dengan keadaan kering namun mudah pula tumbuh semula apabila air mencukupi. Terdapat

15-20 spesis pereskia terutamanya dari Afrika Selatan, Amerika Tengah dan India Barat.

Sepanjang batangnya terdapat tujuh batang duri yang meruncing tajam, kerana itu juga ia

dipanggil jarum tujuh bilah. Daunnya yang rangup boleh dijadikan ulam atau salad.

Kegunaan

Pereskia dikatakan dapat merawat kanser terutamanya kanser kolon(usus besar), kanser

hidung dan juga kanser lain. Terdapat 3 cara menggunakannya, pertama dengan memasukkan

lebih kurang 2 helai daunnya ke dalam air panas dan dijadikan teh dan airnya diminum,

kedua daunnya dimakan sebagai ulam sebanya 1-3 helai setiap hari dan ketiga dengan cara

mengisar daunnya hingga lumat, campurkan air dan jusnya diminum. Anda dilarang dari

meminum sebarang jenis minuman teh selepas mengambil herba ini kerana ia dikatakan dapat

menghapuskan segala khasiat dalam badan kita. Kajian terhadap kandungan kimia yang

terdapat dalam pereskia dan tindakbalas sel kanser terhadapnya sedang giatdijalankan.

Kacang Telang

Page 11: Herba

Nama Saintifik:Clitoria ternatea

Famili:Kekacang

Nama Biasa:Kacang telang

Nama lain:Butterfly pea, blue pea

Lokasi dijumpai:Tumbuhan meliar

Keterangan

Kacang telang atau nama saintifiknya clitoria ternatea dari famili Fabaceae juga dikenali

dengan nama butterfly pea, blue pea. Di kelantan ia juga dikenali dengan nama bunga nasi

kerabu kerana ia boleh digunakan untuk mewarnakan nasi kerabu menjadi biru. Tumbuhan

ini akan membiak subur dalam medium yang agak lembap (tanah yang mempunyai

kandungan humus yang tinggi) dan tanah perlu lembab sepanjang masa. Ia memerlukan

cahaya matahari yang secukupnya untuk membesar. Tumbuhan ini boleh membiak dengan

cara keratan batang atau biji. Sifatnya yang menjalar menjadikannya sesuai untuk tanaman

pada trailis ataupun sebagai tanaman untuk pasu gantung. Bunganya yang berwarna ungu

kebiruan akan mekar sepanjang tahun. Untuk menyemainya, biji benih direndam dalam air

selama 3 hingga 4 jam sebelum disemai dalam tanah. Selalunya benih akan mula bercambah

selepas 7 hingga 14 hari. Untuk keratan batang pula semai dalam pasir yang lembap dan

pastikan airnya mencukupi. Tumbuhan ini perlu selalu dipangkas (dipotong rantingnya)

untuk memastikan pertumbuhan ranting baru tidak terbantut.

Kegunaan

Kacang telang telah dipercayai turun-temurun berkhasiat untuk melebat dang menghitamkan

rambut. Ia juga mengilatkan rambut dan juga dapat menyuburkan kulit kepala. Selain

daripada itu kepercayaan yang tidak dapat dibuktikan secara saintifik adalah untuk

mengelakkan keguguran batangnya dililitkan pada pinggang perempuan hamil. Daunnya dan

bunganya juga dikatakan dapat mengurangkan sakit kepala. Caranya, daun atau bunganya

dimasukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan untuk tidur oleh pesakit.

Bunganya juga boleh direndam dalam air panas dan diminum seperti teh untuk

mengurangkan sakit akibat ulcer mulut. Ia juga dapat merawat insomnia.

Kacip Fatimah

Nama Saintifik:Labisia Pumila

Famili:Myrsinaceae

Nama Biasa:Kacip Fatimah

Lokasi dijumpai:

Page 12: Herba

Malaysia, Thailand, Indochina

Keterangan

Kacip fatimah atau nama saintifiknya labisia pumila dari famili Myrsinaceae adalah sejenis

tumbuhan herba yang mempunyai batang berkayu. Ia biasanya tumbuh secara liar di hutan

hujan tropika pada ketinggian lebih kurang 150 kaki dari aras laut. Tumbuhan ini membiak

dengan 2 cara: melalui biji benih dan keratan akar(pecahan akar). Tumbuhan ini dapat

tumbuh dengan sempurna dikawasan yang akan redup dengan tanah yang mempunyai

kandungan humus yang tinggi dan tidak menakung air. 3 jenis variasi yang biasa dijumpai di

Malaysia ialah :Labisia pumila var. alata, L. pumila var. pumila dan L. pumila var.

lanceolata.

Kegunaan

Kacip Fatimah begitu sinonim dengan wanita. Ia dikatakan dapat mempercepatkan proses

kelahiran bayi disamping dapat mengembalikan kecergasan selepas bersalin. selain dari itu ia

juga dikatakan dapat membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan. Kacip

fatimah juga dikatakan dapat merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarkan

perjalanan dan kitaran haid wanita. Ia juga dapat mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

Sekarang banyak syarikat pengeluar herba mengkomersialkan tumbuhan ini dan dijadikan

tonik selepas bersalin. Cara penggunaan untuk selepas/sebelum bersalin ialah dengan

merebusnya (satu pokok termasuk daunnnya) ke dalam seperiuk air (seeloknya periuk tanah)

dan airnya diminum. Ia juga boleh digunakan untuk mengubat penyakit

buasir(hemarroid/pile) dengan cara merebus akarnya yang telah dikeringkan. Ia juga boleh

digunakan untuk merawat cirit birit, sakit sendi (rheumatism), gonorhea dan walaupun

tumbuhan ini mempunyai khasiat yang begitu tinggi, satu aspek yang sering dilupakan adalah

tahap ketoksidan kandungan kimia didalamnya. Kajian sedang dilakukan dengan terperinci

untuk menentukan kesan sampingan dan akibat dari penggunaan produk dari bahan ini

supaya dos yang sepatutnya boleh dicadangkan.

Kaduk

Nama Saintifik:Piper sarmentosum roxb

Famili:Piperaceae

Nama Biasa:Kaduk

Nama lain:Sirih duduk

Lokasi dijumpai:Di kawasan yang agak lembab

Keterangan

Page 13: Herba

Kaduk ialah sejenis tanaman yang banyak digunakan sebagai perisa dalam masakan melayu

seperti masak lemak terutamanya masak lemak udang dan ketam. Kaduk sedap dijadikan

ulam jika direbus dan dicecah dengan sambal belacan. Ia mudah ditanam dan hidup subur

terutamanya di kawasan-kawasan yang lembap dan hidup liar. Daun kaduk lembut berbentuk

bujur bulat, nipis, berwarna hijau tua, berkilat dan berselang-seli manakala bunganya banyak,

padat, sangat kecil dan tersusun rapat. Ia adalah tumbuhan jenis memanjat yang sesuai hidup

dikawasan beriklim panas seperti tropika. Kaduk hidup meliar terutama di kawasan teduh,

lembap atau di bawah sudur pokok lain manakala penanamannya menggunakan kaedah

keratan batang.

Kegunaan

Air yang direbus dengan akar pokok kaduk dapat melawaskan kencing. Daunnya pula

mujarab untuk merawat demam malaria dengan cara meminum air rebusannya. Air rebusan

itu juga berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selesema, sakit pinggang, sakit gigi dan

sengal-sengal tulang. Daunnya yang ditumbuk pula boleh dijadikan ubat panau dengan cara

menambal pada bahagian panau itu.

Kari

Nama Saintifik:Murraya Koenigii

Famili:Rutaceae

Nama Biasa:Kari

Nama lain:Karipulei, curry leaves

Lokasi dijumpai:Diperkarangan rumah

Keterangan

Pokok kari ialah sejenis pokok renek yang mempunyai ketinggian antara 0.9 hingga 6 meter.

Ia biasa ditanam dihalaman rumah kerana kegunaan sebagai rempah dalam masakan

terutamanya dalam masakan kari. Daun kari mempunyai bau yang kuat dan mempunyai rasa

agak pahit. Daun ini mempunyai banyak kegunaan bagi masyarakat india kerana ia tidak

hanya digunakan dalam masakan kari tetapi dalam masakan lain seperti rasam, chutney ,

murukku dan sebagainya lagi. Berasal dari India dan Sri Lanka tumbuhan ini akan hidup

subur dalam zon tropika. Tumbuhan ini agak lasak walaupun sebenarnya ia menyukai tanah

yang subur dan kaya dengan mineral. Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan

buahnya juga kecil berwarna hijau ketika muda dan ungu setelah matang. Ia membuak

melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya. Selain ditanam di

halaman rumah kerana daunnya ia juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan. Hasil kajian

Page 14: Herba

mendapati daun kari mengandungi : 66.3% kelembapan, 6.1% protein, 1.0% lemak, 16.0%

karbohidrat, 6.4% fiber, Mineral dan vitamin seperti kalsium, fosforus, zat besi, asid nikotinik

dan vitamin C. Ia juga mengandungi volatile oil dan sejenis glukosid yang dipanggil

koenigiin.

Kegunaan

Daun kari mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan digunakan dengan meluas dalam

perubatan india. Ia dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan

keupayaannya serta mengatasi masaalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai

laksatif(julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daunnya yang segar dicampur

dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya

akibat makan lemak yang berlebihan. Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun

kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat

menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir. Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat

digunakan untuk mengubat diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3

bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan

kegemukan. Selain dari itu daun kari juga dapat mencegah uban. Buahnya dididihkan dengan

minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigitan

serangga dan haiwan berbisa. Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan

untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit itu.

Kenerak

Nama Saintifik:Goniothalamus Umbrosus

Famili:Annonaceae

Nama Biasa:Kenerak

Nama lain:Selukai, selukai putih

Lokasi dijumpai:Tumbuhan liar

Keterangan

Pokok kenerak merupakan sejenis pokok renek yang boleh ditemui dihutan dan belukar yang

agak tebal. Bunganya berbau sangat wangi, berwarna kuning keputihan ketika mula kembang

dan akan berubah menjadi kuning. Daunnya agak besar dan lebar berukuran lebih kurang 20

cm panjang dan 7 cm lebar. Ia boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang.

Kegunaan

Secara tradisinya kenerak digunakan dalam perubatan melayu untuk merawat penyakit seperti

barah rahim. Ia juga digunakan sebagai penjarak kehamilan dan tonik selepas bersalin. Secara

Page 15: Herba

saintifik ia terbukti merupakan tumbuhan yang mempunyai ciri anti kanser (kulit batangnya).

Styrylpyrone derivative (SPD) ialah ialah bahan aktif yang diekstrak dari kenerak. Ia terbukti

dapat menyeimbangkan pertumbuhan sel kanser (kanser payudara) dengan cara

meningkatkan kematian sel barah. SPD dijangka akan berada dipasaran pada tahun 2005.

Kajian terhadap kenerak dan SPD yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari UKM

telah memenangi Pingat Emas dalam pertandingan ciptaan dan teknik baru yang berlangsung

di Geneva switzerland pada tahun 2000.

Kermak Putih

Nama Saintifik:Alternanthera sessilis

Famili:Amaranthacea

Nama Biasa:Kermak putih

Nama lain:Keremak, keremah, daun tolod

Lokasi dijumpai:Di kawasan berumput

Keterangan

Kermak ialah sejenis tumbuhan yang biasa dijumpai tumbuh bersama rumput. Struktur

hampir menyerupai pokok urang aring dan habitatnya juga sama. Ia boleh tumbuh dikawasan

lembab dan agak berair hingga ada yang menganggapnya tumbuhan akuatik.

Kegunaan

Kermak biasa digunakan untuk mengubat cirit birit, melancarkan pembuangan najis,

mengubat penyakit TB(tuberculosis) dan penyakit kuning. Ekstrak atau jus dari tumbuhan ini

boleh diminum. Ia juga boleh dijadikan ulam. Sesetengah berpendapat mengatakan kermak

dapat mencuci lemak dan toksid dari badan jika di makan sebagai ulam.

Senduduk

Nama Saintifik:Melastoma malabathricum

Famili:Melastomataceae

Nama Biasa:Senduduk

Nama lain:Keduduk,senggani,Straits Rhododendron

Lokasi dijumpai:Semak dan belukar

Keterangan

Pokok renek ini biasa dijumpai dibelukar dan semak yang tidak terlalu tebal. Tinggi purata

Page 16: Herba

pokok senduduk ialah 1 m namun ia boleh mencapai ketinggian hingga 3 m. Batangnya

berwarna kemerahan dan dilitupi oleh bulu-bulu halus. Sama seperti batang daun dan

buahnya juga dilitupi bulu ini. Bunganya cantik dan mempunyai 5 kelopak dengan stamen

berwarna kuning ditengah-tengahnya. Bunga senduduk yang paling biasa dijumpai berwarna

ungu gelap hingga ke merah jambu dan putih. Jenis berwarna putih ialah jenis yang paling

jarang dijumpai tumbuh liar. Selalunya ia ditanam untuk tujuan perubatan. Bijinya berwarna

hitam dan mempunyai sedikit rasa pahit dan manis dan ia boleh dimakan. Apabila dimakan ia

boleh meninggalkan warna hitam pada mulut dan dari sinilah senduduk mendapat nama

botaninya melastoma yang bermaksud mulut hitam dalam bahasa greek. Pucuknya boleh

dijadikan ulam dengan dimakan mentah atau direbus. Ia mempunyai rasa yang agak masam

kelat. Warna dari buahnya dijadikan pewarna kain disesetengah tempat sepeti di Thailand.

Daunnya boleh dijadikan makanan untuk ulat sutera seperti daun kertau dan mulberi

juga.Buahnya menjadi makanan kegemaran burung.

Kegunaan

Perubatan tradisional banyak menggunakan senduduk sebagai tumbuhan untuk

mengembalikan kecergasan badan terutamanya selepas bersalin. Daun senduduk bersama

daun mengkudu, serai wangi, pandan dan limau purut dicampur bersama air panas dan

dijadikan rempah untuk mandi selepas bersalin, selalunya selama 3 pagi selepas bersalin.

Daunnya yang tua dan gugur kebumi akan bertukar warna menjadi merah muda. Daun ini

ditumbuk dan air tapisannya diminum untuk menyembuhkan luka dalaman selepas bersalin.

Sesiapa yang pernah terkena bisa ulat bulu pasti tahu betapa sakitnya bisa itu. Daun senduduk

boleh juga di gunakan untuk merawat bisa ini dengan cara menumbuk daunnya yang matang

dan gugur kebumi dalam keadaan telungkup dan ditampal pada bahagian yang terkena ulat

bulu tadi. Selain daripada itu senduduk juga boleh digunakan untuk merawat cirit birit, najisk

berdarah dan buasir dengan cara meminum air rebusan daunnya. Pes daunnya yang ditumbuk

juga boleh menghilangkan parut akibat pelentong/bertih/cacar air.

Teja

Nama Saintifik:Cinnamomum culilawan Bl

Famili:Lauraceae

Nama Biasa:Teja

Nama lain:Kayu tija(indonesia),culilawan

Lokasi dijumpai:Di hutan dan kawasan pembalakan

Keterangan

Page 17: Herba

Pokok teja ialah sejenis tumbuhan renek yang senang didapati di kampung kampung. Semasa

kecil ibu selalu menggunakan rebusan daun teja bersama daun, medang turus sebagai air

mandian untuk menghilangkan lenguh badan. Tumbuhan saka ini adalah tumbuhan dari

famili yang sama dengan kayu manis dan bentuk fizikal dari bentuk daun dan bunganya juga

hampis sama. Seluruh bahagian pokok ini terutama kulit batangnya mempunyai aroma yang

kuat. Bahan aktif yang terdapat didalamnya ialah minyak volatile.

Kegunaan

Walaupun teja mempunyai banyak khasiat perubatan namun ia jarang digunakan kerana

pendedahan yang tidak meluas mengenai khasiatnya. Antara khasiat teja ialah untuk

mengembalikan kecergasan badan dan mengilangkan lenguh-lenguh dengan cara

mencampurkan daunnya bersama air suam dan dijadikan air mandian. Ia sesuai digunakan

oleh ibu yang baru melahirkan.

Tutup Bumi

Nama Saintifik:Elephantopus Scaber

Famili:Compositae

Nama Biasa:Tutup Bumi

Nama lain:Tapak leman/tapak liman,Tapak tangan, tapak tanah,tapak gajah, ku di dan

(china),Prickly-leaved Elephants Foot(English),Doh , Doh Mai Rue(Thailand) Lom

Lokasi dijumpai: Padang-padang rumput

Keterangan

Rumpai ini biasa dijumpai tumbuh liar dipadang-padang bersama rumput. Ia sesuai tumbuh

pada semua ketinggian hingga mencapai 1200 m dari aras laut.

Kegunaan

Untuk mengubat anaemia, batuk ,selsema dan serak tekak, radang rahim , hepatitis, bisul,

penyakit kulit, cirit birit dan keputihan juga radang mata. Ia juga dikatakan dapat

mempermudahkan proses kelahiran dan digunakan selepas bersalin untuk mengembalikan

kecergasan badan. Bahagian yang digunakan : seluruh bahagian tumbuhan termasuk akarnya

dibersihkan dan dikeringkan. Untuk penyakit hepatitis (sakit kuning), 120-180g akar yang

masih segar direbus bersama daging dan air(supnya) diminum selama 4-5 hari. Untuk perut

kembung pula 60g batangnya yang masih segar direbus dan diminum airnya. Untuk penyakit

lain rebus 15-50 gram pokoknya yang telah dikeringkan dan minum airnya. Pucuk dan

akarnya yang direbus bersama daun inai, daun jambu batu dapat mengecutkan rahim.

Page 18: Herba

Langkah-langkah Memajukan Industri Herba Herba tempatan mencatat nilai pasaran kira-kira RM8 bilion tahun lalu berbanding tahun

sebelumnya dengan peningkatan 10 peratus, sekali gus membuktikan industri berkenaan

mempunyai potensi luas untuk dimajukan.Ini bermakna pasaran industri herba tempatan

meningkat empat kali ganda bermula 2002 apabila ketika itu pasaran industri berkenaan kira-

kira RM2 bilion.Pengurus Besar Kumpulan Malaysia Herbal Corporation (MHC) Zainal

Azman Abu Kasim, berkata pasaran produk herba dunia tahun lalu mencecah RM720

bilion.Menurutnya, MHC, anak syarikat milik penuh Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia

bagi Teknologi Tinggi (Might) yang bertanggungjawab memajukan industri herba di negara

ini, melakukan pelbagai aktiviti untuk meningkatkan pendapatan pengusaha herba.Katanya,

antara projek terbaru MHC ialah melancarkan portal DagangHerbal.com, sebuah portal yang

dibangun khusus untuk industri herba.“Portal ini bertujuan memudahkan pengusaha termasuk

mereka yang memasarkan produk herba di Malaysia menjalankan urus niaga secara terus

kepada pelanggan,” katanya di Kuala Lumpur.Menurut Zainal Azman, pelancaran portal itu

adalah lanjutan kejayaan program Pusat Pengumpulan dan Pemasaran Produk Usahawan

(4PU) produk herba yang dikendalikan MHC.Beliau berkata, berikutan kejayaan projek 4PU

herba itu, 150 syarikat yang menyertai projek berkenaan kini disenaraikan di portal

terbabit.“Portal ini dibangun dengan kerjasama syarikat Dagang Net Asia Sdn Bhd.“Ia juga

sebagai portal rujukan utama kepada pembeli dan penjual produk herba untuk mendapat

maklumat mengenai produk, bekalan, pengusaha dan sebagainya dalam industri herba,”

katanya.Menurut Zainal Azman, portal itu mempunyai laman khusus untuk pengusaha

produk herba menyenaraikan produk mereka yang boleh dilihat bakal pembeli di seluruh

dunia.

MALAYSIAN Herbal Corporation (MHC), anak syarikat milik penuh Kumpulan Industri

Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (Might), mengadakan misi lawatan dagang ke

beberapa negara termasuk Indonesia bagi mengenal pasti pasaran serta teknologi digunakan

pengusaha herba di negara terbabit.Pengurus Besar Kumpulan, Zainal Azman Abu Kasim,

berkata MHC bersama pengusaha herba Malaysia yang membuat tinjauan itu mahu melihat

lebih dekat teknologi dan jenis herba yang diguna pengusaha herba di luar negara supaya ia

boleh dikomersialkan di negara ini.Menurutnya, selain tinjauan teknologi itu, MHC juga

mencari pasaran bagi memudahkan pengusaha herba tempatan memasarkan hasil mereka ke

luar negara.“Kami adakan pertemuan dengan pengusaha herba di luar negara dan daripada

situ pengusaha tempatan dapat menjalinkan hubungan perniagaan yang memudahkan mereka

bertukar pendapat serta maklumat mengenai industri herba,” katanya kepada Bisnes Metro.

Page 19: Herba

Konsep-konsep Herba Herba telah digunakan olh pelbagai pihak dalam semua industri. Antaranya ialah sebagai

kesihatan. Iaitu dijadikan ulam-ulaman, bidang kesihatan samada memantapkan kesihatan

zahir atau batin bagi perepuan mahupun lelaki. Namun begitu, Herba juga berpotensi dalam

bidang kecantikan bagi sesiapa yang amat mementingkan kecantikan. Namun beitu, ubat-

ubatan berasakan herba tidak mendatangkan kemudaratan kepada semua penggunanya. Hal

ini kerana ubat-ubatan ini adalah semula jadi dan tidak mengadungi bahan-bahan kimia.

Rujukan-Rujukan - Definisi Herba

* ms.wikipedia.org/wiki/Herba

-Jenis-jenis Herba

* http://www.geocities.com/pustakaherba/pustakaherba.htm

-Langkah-langkahMemajukan Industri Herba

* http://ceoherba.blogspot.com/

Penutup Kata Alhamdulillah.

Kini, Blog yang menyiarkan mengenai herba telah dapat dihasilkan.

Biarpun cuma sdikit sahaja yang dapat disumbang, namun, kami sekumpulan amat gembira

kerana dapat memperkenalkan kepada bukan sahaja rakan-rakan sekolah tetapi juga kepada

sluruh rakyat Malaysia tentang herba-herba yang terdapat di Malaysia.

Sekian sahaja untuk ini.

Diharap aga para pembaca memperoleh sedikit pengetahuan daripada blog kami ini.

Sebarang feedback atau komen boleh dihantar ke email

[email protected]

dan

[email protected]

sekian sahaja dari kami,

Page 20: Herba

pelajar 6 Rendah 1,

SMK Bako 2009.