hendak belayar ke teluk betong

Upload: norlina-rawina

Post on 01-Mar-2016

244 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

hendak belayar ke teluk betong

TRANSCRIPT

Hendak belayar ke Teluk Betong Sambil mencuba labuhkan pukatBulat air kerana pembetung Bulat manusia kerana muafakat

Pakai baju warna biru Pergi ke sekolah pukul satuMurid sentiasa hormatkan guru Kerana guru pembekal ilmu

Budak-budak berkejar-kejar Rasa gembira bermain di sanaKalau kita rajin belajar Tentu kita akan berjaya

Jangan pergi mandi di lombong Emak dan kakak sedang mencuciJangan suka bercakap bohong Semua kawan akan membenci

Buah cempedak bentuknya bujur Sangat disukai oleh semuaJika kita bersikap jujur Hidup kita dipandang mulia

Jikalau tuan mengangkat peti Tolong masukkan segala barangJikalau anak-anak bersatu hati Kerja yang susah menjadi senang

Buah cempedak diluar pagar Ambil galah tolong jolokkan Saya budak baru belajar Kalau salah tolong tunjukkan

Pisang emas dibawa belayar Masak sebiji di atas peti Hutang emas boleh dibayar Hutang budi dibawa mati

Batang buruk wajar diangkatJika tidak jalan tersekatBekerjasama bermuafakatHasil dituai bertambah berkat.

Sekapur sireh seulas pinangIndah tersusun di dalam dulangPerpaduan jitu berkasih sayangNegara maju rakyat terbilang.

Baru digilap lama disanjungSokong menyokong seperti tiangLama mendukung baru dipayungBantu membantu pengerat sayang.

Kalau panas pergi berteduhBawa pokok berdaun lebatBudaya kita benci bergaduhHidup harmoni sentiasa sepakat.

Melayu India Bajau dan DusunPandai jenaka bicara tersusunHormat menghormati bersopan santunAman damai sentiasa rukun.