hbml2103 morfologi dan sintaksis_sallyjohnny

19
  FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE SEPTEMBER 2012 (SMP KHAS) HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU NO. MATRIKULASI : 001 NO. KAD PENGNEALAN : NO. TELEFON : 9798 E-MEL : PUSAT PEMBELAJARAN : TAWAU LEARNING CENTRE

Upload: ilut-johnny

Post on 01-Nov-2015

337 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

RUJUKAN TUGASAN OUM

TRANSCRIPT

  • FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE

    SEPTEMBER 2012

    (SMP KHAS)

    HBML2103

    MORFOLOGI DAN SINTAKSIS

    BAHASA MELAYU

    NO. MATRIKULASI : 001

    NO. KAD PENGNEALAN :

    NO. TELEFON : 9798

    E-MEL :

    PUSAT PEMBELAJARAN : TAWAU LEARNING CENTRE

  • HBMS2103 PENGAJARAN MUZIK II

    SALLYJOHNNY@NURHIDAYAHJOHNNYABDULLAH Muka surat 2

    ISI KANDUNGAN

    MUKA SURAT

    1 PENGENALAN 3

    2 DEFINISI MORFOLOGI 4 5

    3 KATA TUGAS

    3.1 Definisi Kata Tugas

    3.2 Penggolongan Jenis-Jenis Kata Tugas

    3.2.1 Kata Penyambung Ayat

    3.2.3 Kata Praklausa

    3.2.3 Kata Prafrasa

    3.2.4 Kata Pascakata

    6 10

    4 HURAIAN DAN CONTOH JENIS-JENIS KATA

    TUGAS

    4.1 Kata Hubung

    4.2 Kata Seru

    4.3 Kata Tanya

    4.4 Kata Perintah

    4.5 Kata Pangkal Ayat

    4.6 Kata Bantu

    4.7 Kata Penguat

    4.8 Kata Penegas

    4.9 Kata Nafi

    4.10 Kata Pemeri

    4.11 Kata Sendi Nama

    4.12 Kata Pembenar

    4.13 Kata Arah

    4.14 Kata Bilangan

    4.15 Kata Adverba

    4.16 Kata Penekan

    4.17 Kata Pembenda

    11 17

    5. KESIMPULAN 18

    6. BIBLIOGRAFI 19

  • HBMS2103 PENGAJARAN MUZIK II

    SALLYJOHNNY@NURHIDAYAHJOHNNYABDULLAH Muka surat 3

    1. PENGENALAN

    Semua bahasa di dunia ini mempunyai sistem yang tersendiri, sebahagian bahasa

    mempunyai sistem yang hampir sama, manakala sebahagian bahasa lagi mempunyai sistem

    yang berbeza sama sekali. Dengan kata lain, ada sistem yang umum bagi semua bahasa dan

    ada pula sistem yang khusus bagi sesuatu bahasa. Sistem yang umum bagi semua bahasa

    misalnya melibatkan binaan ayat.

    Sistem Bahasa Melayu pula dapat dihuraikan daripada unsur-unsur yang terdapat

    dalam bahasa itu. Unsur yang terbesar dalam bahasa adalah ayat. Ayat pula terbina daripada

    gabungan klausa da frasa. Unsur frasa pula boleh dianalisis kepada morfem-morfem.

    Kesemua unit tersebut dinamakan sebagai unit tatabahasa. Secara umumnya, tatabahasa

    Bahasa Melayu terbahagi kepada dua bidang iaitu morfologi dan sintaksis. Bidang-bidang

    binaan adalah bidang morfologi, manakala binaan ayat adalah bidang sintaksis.

  • HBMS2103 PENGAJARAN MUZIK II

    SALLYJOHNNY@NURHIDAYAHJOHNNYABDULLAH Muka surat 4

    2. DEFINISI MORFOLOGI

    Tanpa disedari, kita sentiasa menggunakan morfologi untuk bertutur, menulis,

    membaca atau untuk menyatakan perasaan dalam kehidupan seharian. Ini dapat kita fahami

    melalui beberapa definisi daripada tokoh-tokoh ahli bahasa mengenai morfologi.

    Menurut Asmah Hj. Omar (1993), menyatakan morfologi sebagai peninjauan

    linguistik yang menitikberatkan hubungan antara morfem-morfem dan varian morfem.

    Manakala, Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) mendefinisikan morfologi

    ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara

    pembentukannya.

    Hal ini dipersetujui dan dinyatakan oleh Abdullah Hassan (2005), yang mentakrifkan

    morfologi sebagai bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina. Kajian ini

    dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk

    perkataan dan bentuk-bentuk perkataan yang dihasilkan.

    Menurut Nik Safiah et al. (2008) pula, menjelaskan morfologi sebagai bidang ilmu

    bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata. Kamus Dewan Edisis Keempat

    (2005) mendefinisikan morfologi ialah kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu

    bahasa, termasuk infeksi iaitu pengimbuhan, terbitan, dan pemajmukan.

    Berdasarkan kepada definisi ahli-ahli ilmu bahasa tersebut, dapat disimpulkan dan

    membawa maksud yang sama bahawa ilmu morfologi ialah ilmu yang mengkaji struktur,

    bentuk dan golongan kata. Bagi memahami ilmu morfologi dengan lebih mudah, mari kita

    meneliti terlebih dahulu beberapa konsep penting yang terdapat dalam ilmu morfologi iaitu;

    a. Struktur Kata

    Struktur kata ialah susunan bunyi ujaran atau tulisan yang menjadi unit bahasa

    yang bermakna. Sebagai contohnya di bawah:

    Pelaksanaan Struktur betul

    Anlaksanaper Struktur salah

  • HBMS2103 PENGAJARAN MUZIK II

    SALLYJOHNNY@NURHIDAYAHJOHNNYABDULLAH Muka surat 5

    Berdasarkan kepada contoh tersebut, kata pelaksanaan adalah bunyi ujaran atau ejaan

    yang berada dalam susunan atau struktur yang betul. Manakala anlaksanape

    merupakan struktur yang salah dan tidak bermakna.

    b. Bentuk Kata

    Bentuk kata ialah rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau

    mengalami proses pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Sebagai contohnya

    di bawah:

    Jalan bentuk tunggal

    Berjalan bentuk terbitan

    jalan-jalan bentuk gandaan

    jalan mati bentuk majmuk

    Berdasarkan kepada contoh tersebut, kata jalan tidak mengalami apa-apa

    perubahan, ini dinamakan sebagai bentuk tunggal. Kata berjalan pula merupakan

    bentuk kata yang telah menerima imbuhan dan dikenali sebagai bentuk terbitan.

    Seterusnya, kata jalan-jalan merupakan bentuk gandaan iaitu kata dasar digandakan

    bagi menunjukkan perubahan makna. Manakala, kata jalan mati adalah gabungan

    dua kata yang membawa satu makna yang baharu, dinamakan sebagai bentuk

    majmuk.

    c. Penggolongan Kata

    Penggolongan Kata merupakan penjenisan kata berasaskan fungsi tatabahasa.

    Semua kata tersebut perlulah dikelompokkan atau digolongkan dalam kategori

    tertentu. Golongan kata mengikut Tatabahasa Dewan (1996), menyatakan dalam

    Bahasa Melayu terdapat empat golongan kata iaitu kata nama, kata adjektif dan kata

    tugas. Berikut adalah contoh-contoh golongan kata:

    Kata nama bumi, Ahmad, sekolah

    Kata kerja tulis, menyanyi, bersalam

    Kata adjektif cinta, marah, benci

    Kata tugas di, akan, sangat

  • HBMS2103 PENGAJARAN MUZIK II

    SALLYJOHNNY@NURHIDAYAHJOHNNYABDULLAH Muka surat 6

    3. KATA TUGAS

    3.1 Definis Kata Tugas

    Kata Tugas adalah perkataan yang mempunyai fungsi tatabahasa. Ini bermaksud kata

    tugas tidak mempunyai makna tetapi digunakan dalam ayat dan frasa bagi menjalankan

    sesuatu tugas tatabahasa. Kata tugas tidak boleh menjadi unsur inti bagi mana-mana frasa

    nama, frasa kerja dan frasa adjektif.

    Kata tugas ialah sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk

    mendukung sesuatu tugas tertentu seperti kata penyambung ayat, berfungsi sebagai kata

    praklausa, prafrasa atau sebagai kata pascakata.

    Bagaimanapun, kata adverba dapat membentuk frasa, tetapi frasa adverba tidak boleh

    menjadi predikat. Oleh sebab, adverba berfungsi sebagai keterangan kepada kata kerja, maka

    kata adverba digolongkan sebagai kata tugas.

    Dengan kata erti lain, kata tugas ialah satu kelompok perkataan yang kehadirannya

    dalam ayat penting kerana tugas-tugas sintaksis. Kata tugas hadir dalam ayat, sama ada di

    bahagian hadapan ayat, di bahagian hadapan frasa, atau di belakang perkataan-perkataan

    tertentu untuk memberikan makna khusus atau memainkan peranan sintaksis tertentu dalam

    ayat berkenaan.

    3.2 Penggolongan Jenis-Jenis Kata Tugas

    Kata tugas dapat digolongkan ke dalam empat kelompok. Pengelompokan ini dibuat

    berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsi sesuatu kata tugas itu dalam struktur ayat.

    Kelompok itu adalah:

    3.2.1 Kata Penyambung Ayat

    Kata penyambung ayat ialah kata hubung yang bertugas menghubungkan dua atau

    lebih binaan ayat sehingga menjadi ayat majmuk. Kata penyambung hubung terdiri daripada

    jenis kata yang berikut:

  • HBMS2103 PENGAJARAN MUZIK II

    SALLYJOHNNY@NURHIDAYAHJOHNNYABDULLAH Muka surat 7

    i. Kata Hubung Gabungan

    Kata hubung gabungan ialah menghubungkan klausa yang sama tara sifatnya.

    Jenis Kata Tugas Kata Tugas

    Gabungan dan, atau, tetapi, serta, lalu, malahan, sambil,

    kemudian

    ii. Kata Hubung Pancangan

    Kata hubungan pancangan ialah menyambungkan klausa tak setara pancangan pada

    klausa utama atau klausa.

    Jenis Kata Tugas Kata Tugas

    Relatif Yang

    Komplemen Bahawa

    Keterangan Kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya,

    kalau, andai kata, kedatipun, hingga, jika, semasa,

    sementara, setelah, sewaktu, ketika, untuk, tatkala,

    walaupun, sungguhpun, apabila

    3.2.2 Kata Praklausa

    Kata praklausa hadir di hadapan klausa bagi tujuan menimbulkan seruan, pertanyaan,

    pengiyaan, atau sebagai penerang kepada pangkal klausa. Kata praklausa terdiri daripada

    jenis-jenis kata yang berikut:

    Jenis Kata Tugas Kata Tugas

    Kata seru Aduh, amboi, cis, oh, celaka, eh, wah, syabas, aduhai,

    wahai

    Kata tanya Berapa, bila, bagaimana, mengapa, apa, siapa, mana

    Kata perintah Jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong, harap, sila,

    jangan

    Kata pembenar Ya, benar, benar, benar

    Kata pangkal ayat Hatta, maka, syahaban, adapun, alkisah, kalakian,

    sebermula, sekali, peristiwa, arakian

  • HBMS2103 PENGAJARAN MUZIK II

    SALLYJOHNNY@NURHIDAYAHJOHNNYABDULLAH Muka surat 8

    3.2.3 Kata Prafrasa

    Kata prafrasa dan kata pascafrasa hadir sebelum dan sesudah frasa nama, frasa kerja,

    frasa adjektif dan frasa sendi. Kata-kata ini berfungsi menekankan maksud yang terkandung

    dalam ayat, seperti membantu, menguatkan, menegas, menafikan, memerikan, menunjukkan

    arah dan membilang. Kata prafasa terdiri daripada jenis kata berikut:

    Jenis Kata Tugas Kata Tugas

    Kata bantu i. Bantu Aspek:

    telah, baru, pernah, sedang, masih, akan, belum

    ii. Bantu Ragam:

    hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dapat

    Kata penguat 1. Penguat hadapan:

    terlalu, paling, agak

    2. Penguat belakang:

    sekali, benar, nian

    3. Penguat bebas:

    amat, sangat, sungguh

    Kata penegas i. Penegas frasa predikat:

    -kah, -tah, -lah.

    ii. Penegas frasa subjek atau frasa predikat:

    juga, pun, jua, hanya, lagi, hanya, memang

    Kata nafi i. Menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama:

    bukan

    ii. Menjadi unsur nafi frasa kerja dan frasa adjektif :

    tidak

    iii. Menjadi unsur nafi frasa kerja dan frasa adjektif jika

    kedua-dua frasa mendukung maksud pertentangan

    maklumat:

    Bukan

    Kata pemeri i. Hadir di hadapan frasa nama:

    ialah

    ii. Hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama:

    Adalah

  • HBMS2103 PENGAJARAN MUZIK II

    SALLYJOHNNY@NURHIDAYAHJOHNNYABDULLAH Muka surat 9

    Kata sendi nama i. Menunjukkan tempat:

    di

    ii. Menunjukkan tempat, arah, dituju, waktu atau

    masa:

    ke

    iii. Menyatakan tempat atau arah, waktu atau masa:

    dari

    iv. Menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda,

    unsur mujarad, sumber, asal kejadian, perbezaan,

    dan perbandingan:

    daripada

    v. Menyatakan sasaran yang merujuk manusia,

    haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan

    menyatakan perubahan keadaan:

    kepada

    vi. Menunjukkan keterangan waktu dan tempat:

    pada

    vii. Menunjukkan kegunaan untuk sesuatu:

    untuk, bagi

    viii. Menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau

    diperuntukkan:

    untuk

    ix. Bertugas membawa makna tujuan:

    demi

    x. Membawa maksud rujukan:

    tentang

    xi. Membawa maksud perbandingan:

    seperti, bagai, umpama, laksana

    xii. Membawa maksud bersama-sama, cara sesuatu

    dilakukan, memakai atau menggunakan,

    menyatakan perbandingan yang serupa:

    dengan

    xiii. Membawa maksud penanda waktu atau masa:

  • HBMS2103 PENGAJARAN MUZIK II

    SALLYJOHNNY@NURHIDAYAHJOHNNYABDULLAH Muka surat 10

    sejak, semenjak

    xiv. Membawa maksud rujukan:

    terhadap

    xv. Mendahului kata adjektif yang bersifat emotif:

    akan

    xvi. Membawa maksud hubungan pembuat dalam ayat

    pasif, hubungan yang membawa maksud sebab:

    oleh

    xvii. Membawa maksud perihal peringkat dan had

    masa, waktu, atau tempat:

    hingga, sampai

    xviii. Membawa pengertian lingkungan yang tidak

    mempunyai ruang atau jarak:

    dalam, antara

    3.2.4 Kata Pascakata

    Kata pascakata hadir sesudah perkataan tertentu bagi membuat penekanan dan juga

    menerbitkan kata benda.

    Jenis Kata Tugas Kata Tugas

    Kata penekan Memberi penegasan kepada kata yang bergabung

    dengannya:

    -nya

    Kata pembenda Menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata

    nama sebagai kata nama:

    Kata + -nya; lajunya, sakitnya

  • HBMS2103 PENGAJARAN MUZIK II

    SALLYJOHNNY@NURHIDAYAHJOHNNYABDULLAH Muka surat 11

    4. HURAIAN DAN CONTOH JENIS-JENIS KATA TUGAS

    Kata tugas ialah sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk

    mendukung sesuatu tugas tertentu. Berikut merupakan huraian dan contoh jenis-jenis kata

    tugas yang diperjelaskan bagi mengatasi permasalahan tatabahasa yang sering mengelirukan

    ramai pelajar dari segi penggunaan kata tugas, sama ada dalam lisan mahupun penulisan.

    4.1 Kata Hubung

    Kata hubung ialah kata penyambung ayat, iaitu sejumlah perkataan yang bertugas

    menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis.

    Sebagai contoh adalah seperti berikut:

    Contoh ayat

    dan Ali, Ahmad dan Halim pergi ke sekolah.

    sambil Aslinda menari sambil bernyanyi

    tetapi Dia pandai tetapi adiknya bodoh.

    yang Tidak boleh ada ahli yang memegang dua atau lebih.

    atau Mereka mungkin akan pergi ke Kota Kinabalu atau Keningau.

    bahawa Mereka tahu bahawa pekerjaan semakin sukar didapati.

    bagi Bangunan itu didirikan oleh pengetua pertama bagi keperluan asrama

    pelajar.

    4.2 Kata Seru

    Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menggambarkan perasaan seseorang seperti

    marah, sedih, gembira, sakit, hairan, kagum, terkejut dan sebagainya. Cara penggunaannya

    disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun. Sebagai

    contohnya seperti berikut:

    Contoh ayat

    aduh Aduh, sakitnya tanganku!

    aduhai Aduhai, apalah malang nasibku ini!

    amboi Amboi, sombongnya dia!

    eh Eh, bilakah kamu pulang ke tanah air!

    syabas Syabas, anda telah berjaya!

    wah Wah, cantiknya baju itu!

  • HBMS2103 PENGAJARAN MUZIK II

    SALLYJOHNNY@NURHIDAYAHJOHNNYABDULLAH Muka surat 12

    4.3 Kata Tanya

    Kata tnya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan

    sesuatu, contohnya mengapa, berapa, bila dan bagaimana.

    Contohnya :

    Contoh ayat

    Berapa Harga barang itu berapa?

    Berapa tahunkah dia belajar di luar negeri?

    Bila Mereka sampai bila?

    Bilakah gerangan kekanda akan pulang?

    Bagaimana Bagaiamanakah keputusan peperiksaannya?

    Kesihatannya sekarang bagaiamana?

    4.4 Kata Perintah

    Kata perintah ialah perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap

    perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan. Sebagai contoh seperti berikut:

    Contoh ayat

    Jangan Jangan buang sampah di sini.

    Sila Silalah datang ke rumah saya jika ada kelapangan.

    Jemput Jemput masuk!

    harap Harap semua calon agar dapat datang ke dewan petang ini.

    usah Usahlah risau, semua perkara sudah diuruskan.

    tolong Tolonglah bawa buku nota bersama anda.

    4.5 Kata Pangkal Ayat

    Kata pangkal ayat ialah perkataan yang hadirdi bahagian hadapan ayat yang menjadi penanda

    kesinambungan ayat dalam wacana. Namun, kata pangkal ayat ini tidak begitu banyak

    diamalkan sekarang. Perkataan ini umumnya digunkaan dalam Bahasa Melayu klasik,

    misalnya hatta, maka, arakian, syahaban, dan sebagainya.

    Contohnya:

  • HBMS2103 PENGAJARAN MUZIK II

    SALLYJOHNNY@NURHIDAYAHJOHNNYABDULLAH Muka surat 13

    Contoh ayat

    hatta Hatta istana itu pun siaplah.

    maka Maka penglima itu pun diberi persalinan.

    syahaban Syahaban baginda pun berangkat meninggalkan Melaka.

    adapun Adapun kuda itu dipunyai oleh Tun Umar.

    sebermula Sebermula berburulah baginda bersama-sama hulubalangnya.

    Kalakian Kalakian berlakulah permusuhan antara kedua-dua kerajaan itu.

    4.6 Kata Bantu

    Kata bantu ialah jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa

    sendi nama iaitu dengan menimbulkan makna-makna tambahan dari aspek waktu atau ragam.

    Contohnya:

    Contoh ayat

    telah Pekerja itu telah pulang.

    pernah Kami pernah ke Utara Malaysia.

    itu Kanak-kanak itu sudah makan.

    hendak Kanak-kanak itu hendak masuk ke bilik.

    kini Ramai pemuda kini mahu bekerja sendiri.

    mahu Ramai belia kampung yang mahu telah berhijrah ke bandar-bandar untuk

    bekerja.

    4.7 Kata Penguat

    Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi

    menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif.

    Contohnya seperti berikut:

    Contoh ayat

    terlalu Pokok itu terlalu tinggi.

    paling Masakan itu paling sedap.

    sekali Kelakuan anak itu baik sekali.

    benar Bas itu tiba lambat benar.

    amat Pakaian seragam pasukan itu amat kemas.

    sungguh Bunga itu sungguh wangi.

    sangat Hari panas sangat.

  • HBMS2103 PENGAJARAN MUZIK II

    SALLYJOHNNY@NURHIDAYAHJOHNNYABDULLAH Muka surat 14

    4.8 Kata Penegas

    Kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan yang

    memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.

    Contohnya seperti berikut:

    Contoh ayat

    -kah Di manakah ibu kamu itu?

    -tah Apatah daya kita?

    -lah Dialah orangnya.

    -lah Inilah isteri kesayanganku.

    juga Dia datang juga.

    hanya Salji turun hanya pada musim dingin.

    4.9 Kata Nafi

    Kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat, iaitu Frasa Nama,

    Frasa Kerja, Frasa Adjektif dan Frasa Sendi Nama. Contohnya seperti berikut:

    Contoh ayat

    bukan Dia bukan murid di sekolah ini.

    tidak Intan tidak pandai memasak kari ayam.

    bukan Pak Abu bukan kaya sangat tetapi pemurah orangnya.

    bukan Itu bukan sahabat saya.

    tidak Dia tidak melompat.

    4.10 Kata Pemeri

    Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-

    frasa utama dalam predikat. Terdapat dua jenis kata pemeri iaitu ialah dan adalah. Contoh

    ayat adalah seperti berikut:

    Contoh ayat

    ialah Dia ialah seorang guru.

    adalah Berita itu adalah palsu.

    adalah Pendapat itu adalah karut.

    ialah Nama saya ialah Ah Ming.

    ialah Angin ialah udara yang bergerak.

  • HBMS2103 PENGAJARAN MUZIK II

    SALLYJOHNNY@NURHIDAYAHJOHNNYABDULLAH Muka surat 15

    4.11 Kata Sendi Nama

    Kata sendi nama adalah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata

    atau frasa-frasa dalam ayat. Kata sendi memerlukan frasa nama yang membentuk predikat

    ayat. Contoh ayat adalah seperti berikut:

    Contoh ayat

    dari Dia berasal dari pedalaman.

    ke Ibu pergi ke pasar.

    di Saya menetap di Kota Kinabalu.

    daripada Kertas itu diperbuat daripada kayu.

    pada Dia balik pada pukul 5.00 petang.

    demi Dia belajar bersungguh-sungguh demi menenuhi hasrat kedua ibu

    bapanya.

    4.12 Kata Pembenar

    Kata pembenar ialah kata yang mengesahkan sesuatu pertanyaan. Contoh kata pembenar

    adalah ya, benar dan betul.

    Contoh ayat

    ya Ya, esok awak boleh bercuti.

    ya Ya, kamilah yang membuka pintu rahsia itu.

    benar Benar, tekaan kamu itu memang tepat.

    betul Betul, kalau kamu tidak percaya, tanyalah Devi.

    4.13 Kata Arah

    Kata arah ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah

    kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau arah sesuatu. Sebagai contohnya adalah

    seperti berikut:

    Contoh ayat

    penjuru Bunga hiasan itu sesuai ditempatkan di penjuru rumah.

    kiri Pertunjukan tarian itu jelas dari sudut kiri stadium.

    atas Pensel itu ada di atas meja.

    tepi Kanak-kanak itu ditinggalkan di tepi jalan.

    utara Pelumba basikal itu bertolak dari utara ke selatan.

    bawah Amin menyimpan bakul itu di bawah meja.

  • HBMS2103 PENGAJARAN MUZIK II

    SALLYJOHNNY@NURHIDAYAHJOHNNYABDULLAH Muka surat 16

    4.14 Kata Bilangan

    Kata bilangan pula ialah perkataan yang menerangkan bilangan atau jumlah orang, benda

    atau perkara. Contoh ayat adalah seperti berikut:

    Contoh ayat

    dua Ali mempunyai dua batang pensel.

    para Para pelajar dikehendaki berada di tapak perhimpunan.

    tujuh Dia membeli ikan itu dengan tujuh ringgit sekilo.

    segala Segala persiapan telah dibuat.

    sepuluh Dia mendapat tempat kesepuluh dalam pertandingan mewarna itu.

    beberapa Kemalangan itu berlaku beberapa hari yang lalu.

    4.15 Kata Adverba

    Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan

    frasa sendi nama dari segi cara, masa, dan tempat. Contohnya:

    Contoh ayat

    laju Bas itu bergerak laju.

    hampir Ali hampir terjatuh ketika melompat.

    betul-betul Ibu betul-betul gembira dengan kepulangan abang.

    cepat Mereka pulang cepat benar.

    4.16 Kata Penekan

    Kata penekan merupakan salah satu daripada kata pascakata iaitu kata yang hadir dan

    melekat selepas perkataan. Bentuk kata tersebut ialah nya, yang dapat berfungsi sebagai

    penekan atau pembenda. Contohnya adalah seperti berikut:

    Contoh ayat

    -nya Sesungguhnya, pengorbanan perlu jika ingin berjaya.

    -nya Lajunya ialah 100 km sejam.

    -nya Cuaca nampaknya semakin gelap.

  • HBMS2103 PENGAJARAN MUZIK II

    SALLYJOHNNY@NURHIDAYAHJOHNNYABDULLAH Muka surat 17

    4.17 Kata Pembenda

    Akhir sekali jenis kata tugas ialah kata pembenda. Kata pembenda ialah bentuk kata yang

    menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama. Misalnya

    perlahannya, sedapnya, sejuknya. Contoh ayat adalah seperti berikut:

    Contoh ayat

    -nya Bukan kepalang sakitnya.

    -nya Datangnya secara mendadak.

    -nya Tingginya ialah 6 kaki.

    -nya Air sungai mengalir dengan derasnya.

  • HBMS2103 PENGAJARAN MUZIK II

    SALLYJOHNNY@NURHIDAYAHJOHNNYABDULLAH Muka surat 18

    5. KESIMPULAN

    Sebagai kesimpulan, semua perkataan Bahasa Melayu yang terbentuk sama ada melalui

    proses tunggal, pengimbuhan, pemajmukan atau penggandaan, boleh digolongkan dalam

    beberapa golongan kata yang mempunyai persamaan tertentu. Dapat dirumuskan bahawa

    kehadiran kata tugas dalam binaan atau konstruksi ayat, klausa, dan frasa bagi membawa

    sesuatu tugas sintaksis tertentu. Tugas-tugas itu adalah sebagai penghubung, penerang,

    penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri, penanya, penyeru

    dan tugas-tugas lain. Ini bermakna tanpa kata tugas sesuatu ayat tidak jelas maksudnya.

  • HBMS2103 PENGAJARAN MUZIK II

    SALLYJOHNNY@NURHIDAYAHJOHNNYABDULLAH Muka surat 19

    6. BIBLIOGRAFI

    1. Abdullah Hassan. (1997). Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan esei-esei lain. Shah

    Alam: Penerbit Fajar Bakti.

    2. Abdullah Hassan. (2007). Morfologi. Bentong: PTS Profesional.

    3. Asmah Haji Omar. (1988). Susur galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

    dan Pustaka.

    4. Asmah Haji Omar. (2008). Nahu Melayu mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

    Pustaka.

    5. Dr Ali Mahmood, Mashudi Bahari, Dr Seman Salleh, Munsyi Zainal Abidin Kasim.

    (2012). OUM HBML2103 Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu. OUM: Meteor

    Doc. Sdn. Bhd.

    6. Kamus Dewan edisi ketiga (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    7. Nik Safiah Karim et al (2009), Tatabahasa Dewan edisi baharu. Kuala Lumpur:

    Dewan Bahasa dan Pustaka.