hbml 3403 rangka cadangan

11
1.0 Pendahuluan Para pejuang bahasa pernah mencetuskan ungkapan bahasa jiwa bangsa. Andai dipisahkan bahasa dari bangsanya, maka akan musnahlah bangsa itu. Dalam konteks negara kita, bahasa yang menjadi bahasa jiwa bangsa ialah Bahasa Melayu. Pelancaran Program Pembudayaan Bahasa oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan betapa pentingnya peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa warisan negara ini, sebagai bahasa pengantar ilmu serta aplikasinya ke dalam pelbagai bidang. Lebih dari itu, bahasa kebangsaan ini turut diperkasa dan dibudayakan agar menjadi amalan harian dalam usaha membentuk lambang jati diri bangsa Malaysia. Sungguhpun begitu, perubahan gaya hidup masa kini, perubahan cara berfikir dan bertindak serta pengaruh global telah menjadikan usaha memelihara dan mengangkat nilai bahasa ini terjejas dengan adanya cabaran, saingan dan keprihatinan bangsa terhadap bahasa itu sendiri. Generasi muda masa kini khususnya dilihat semakin kurang cermat dalam mewarisi penggunaan kata-kata dalam bahasa kebangsaan ini. Mereka bukan sahaja tidak menguasai, malah mengabaikan aspek makna dan ketepatan dalam penggunaan laras bahasa. Maka, sebagai guru di peringkat sekolah, pengajaran laras bahasa perlu dititikberatkan dalam melahirkan warga yang tahu menggunakan bahasa dengan tepat. 1.1 Definisi Laras Bahasa Terdapat beberapa pandangan pakar bahasa tentang definisi laras bahasa. Halliday (1968), mendefinisikan laras bahasa sebagai variasi bahasa yang berlainan berdasarkan fungsi. Beliau menyatakan laras bahasa berubah-ubah mengikut situasi. Jika diamati perlakuan bahasa yang ada dalam pelbagai konteks, didapati faktor kelainan dan jenis-jenis bahasa yang digunakan disesuaikan dengan situasi yang berlainan. Beliau juga turut mengelaskan laras kepada tiga kategori iaitu tajuk wacana (field of discourse), cara penyampaian wacana (mode of discourse) dan gaya wacana (style of discourse). Reid (1956), menyatakan seorang penutur akan menggunakan laras mengikut situasi sosial yang berlainan iaitu istilah teknik untuk menyatakan perlakuan bahasa (linguistic behavior) seseorang individu. Beliau juga telah membuat pengertian berbeza antara gaya bahasa dengan laras bahasa. Laras bahasa tertumpu kepada bidang penggunaan, sebaliknya gaya bahasa adalah berkaitan cara fikiran diungkapkan, matlamat yang hendak dicapai, suasana yang hendak ditimbulkan, dan suasana yang menjadi latar penggunaan bahasa berkenaan. Menurut ahli bahasa tempatan seperti Abdullah Hassan (1987), laras bahasa berkaitan dengan pemakaian kata-kata tertentu yang sesuai dengan konteksnya. Pemakaian laras 1

Upload: bara-pawaka

Post on 23-Dec-2015

28 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

rangka

TRANSCRIPT

Page 1: HBML 3403 Rangka Cadangan

1.0 Pendahuluan

Para pejuang bahasa pernah mencetuskan ungkapan bahasa jiwa bangsa. Andai dipisahkan bahasa dari

bangsanya, maka akan musnahlah bangsa itu. Dalam konteks negara kita, bahasa yang menjadi bahasa jiwa

bangsa ialah Bahasa Melayu. Pelancaran Program Pembudayaan Bahasa oleh Timbalan Perdana Menteri

Malaysia, Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan betapa pentingnya peranan

Bahasa Melayu sebagai bahasa warisan negara ini, sebagai bahasa pengantar ilmu serta aplikasinya ke dalam

pelbagai bidang. Lebih dari itu, bahasa kebangsaan ini turut diperkasa dan dibudayakan agar menjadi amalan

harian dalam usaha membentuk lambang jati diri bangsa Malaysia. Sungguhpun begitu, perubahan gaya

hidup masa kini, perubahan cara berfikir dan bertindak serta pengaruh global telah menjadikan usaha

memelihara dan mengangkat nilai bahasa ini terjejas dengan adanya cabaran, saingan dan keprihatinan

bangsa terhadap bahasa itu sendiri. Generasi muda masa kini khususnya dilihat semakin kurang cermat

dalam mewarisi penggunaan kata-kata dalam bahasa kebangsaan ini. Mereka bukan sahaja tidak menguasai,

malah mengabaikan aspek makna dan ketepatan dalam penggunaan laras bahasa. Maka, sebagai guru di

peringkat sekolah, pengajaran laras bahasa perlu dititikberatkan dalam melahirkan warga yang tahu

menggunakan bahasa dengan tepat.

1.1 Definisi Laras Bahasa

Terdapat beberapa pandangan pakar bahasa tentang definisi laras bahasa. Halliday (1968), mendefinisikan

laras bahasa sebagai variasi bahasa yang berlainan berdasarkan fungsi. Beliau menyatakan laras bahasa

berubah-ubah mengikut situasi. Jika diamati perlakuan bahasa yang ada dalam pelbagai konteks, didapati

faktor kelainan dan jenis-jenis bahasa yang digunakan disesuaikan dengan situasi yang berlainan. Beliau

juga turut mengelaskan laras kepada tiga kategori iaitu tajuk wacana (field of discourse), cara penyampaian

wacana (mode of discourse) dan gaya wacana (style of discourse).

Reid (1956), menyatakan seorang penutur akan menggunakan laras mengikut situasi sosial yang berlainan

iaitu istilah teknik untuk menyatakan perlakuan bahasa (linguistic behavior) seseorang individu. Beliau juga

telah membuat pengertian berbeza antara gaya bahasa dengan laras bahasa. Laras bahasa tertumpu kepada

bidang penggunaan, sebaliknya gaya bahasa adalah berkaitan cara fikiran diungkapkan, matlamat yang

hendak dicapai, suasana yang hendak ditimbulkan, dan suasana yang menjadi latar penggunaan bahasa

berkenaan.

Menurut ahli bahasa tempatan seperti Abdullah Hassan (1987), laras bahasa berkaitan dengan pemakaian

kata-kata tertentu yang sesuai dengan konteksnya. Pemakaian laras bahasa yang sesuai dianggap pengolahan

bahasa yang baik. Bahasa yang digunakan seperti menyampaikan indeks pasaran saham di bursa saham ialah

laras ekonomi.

1

Page 2: HBML 3403 Rangka Cadangan

Nik Safiah Karim (1989) menyatakan bahawa laras bahasa adalah berdasarkan penggunaannya, iaitu variasi

bahasa digunakan oleh penutur dalam situasi tertentu. Dia menganggap laras bermaksud variasi bahasa yang

boleh dipilih daripada sekumpulan variasi yang ada pada setiap penutur. Penggunaan bahasa berubah

mengikut konteks, bidang dan juga peringkat sosial.

Manakala Asmah Haji Omar (1987) pula menyatakan laras bahasa mempunyai ciri-ciri khusus dalam

penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya. Kelainan atau variasi bahasa yang digunakan

mempunyai disiplin ilmu yang berbeza-beza.

Maka dengan itu, dapatlah dirumuskan bahawa laras bahasa adalah cara atau gaya penggunaan sesuatu

bahasa mengikut kesesuaian suatu keadaan. Bahasa atau kata-kata yang tertentu akan dipilih apabila berada

dalam sesuatu situasi sosial mengikut disiplin atau bidangnya. Laras bahasa juga dapat mewujudkan

keselesaan komunikasi di samping mengelakkan kejanggalan. Selain itu, laras bahasa tidak bersifat statik,

sebaliknya sentiasa berubah. Dari satu sudut, pemilihan laras yang berbeza-beza mengikut situasi

menunjukkan kepekaan si penutur terhadap situasi sosial yang berbeza-beza di sekitarnya.

1.2 Konsep Laras Bahasa

Laras bahasa sangat besar peranannya sebagai medium untuk berurusan dalam pelbagai urusan kehidupan.

Laras bahasa merujuk kepada penggunaan bahasa yang disesuaikan mengikut situasi yang berbeza-beza.

Dalam konteks ini, seseorang penutur bahasa akan mengubahsuai laras bahasanya mengikut kesesuaian

situasi. Misalnya, pihak yang dilawan berbual, subjek bualan, suasana atau lokasi dan sebagainya.

Laras terbahagi kepada tiga kategori utama iaitu tajuk wacana, cara penyampaian wacana dan gaya wacana.

Tajuk wacana merujuk kepada bidang penggunaan bahasa. Misalnya, bidang sains tentulah berbeza dengan

idang agama. Cara penyampaian wacana pula adalah berkenaan media perlakuan bahasa iaitu sama ada

dilakukan secara lisan ataupun secara bertulis. Manakala gaya wacana pula adalah berkaitan perlakuan

bahasa sama ada secara formal ataupun tidak formal.

Berdasarkan ketiga-tiga kategori utama tersebut, laras bahasa dapat dikenal pasti dengan melihat kepada

penggunaannya dalam situasi tertentu. Antaranya ialah laras biasa atau laras umum, laras akademik atau

laras ilmiah, laras agama, laras sastera, laras iklan, laras media, laras sukan dan sebagainya. Memandangkan

terdapat pertautan yang rapat antara susunan bahasa dengan situasi-situasi yang menghasilkan interaksi

maka terhasillah kepelbagaian laras.

Menurut Ilias Hj Zaidi (1992), dalam Bahasa Melayu terdapat pelbagai laras bahasa seperti laras bahasa

biasa, laras bahasa sains tulen dan laras sains sosial. Laras sains sosial mencakupi pelbagai laras lain dalam

kelompok ini seperti bahasa matematik, laras bahasa biologi, laras bahasa kimia dan laras bahasa fizik.

2

Page 3: HBML 3403 Rangka Cadangan

Manakala bagi disiplin sains sosial pula terdapat laras bahasa biasa, laras bahasa undang-undang, laras

bahasa rasmi, laras bahasa sastera dan sebagainya.

2.0 Laras Bahasa Sastera

2.1 Konsep Bahasa Sastera

Laras bahasa sastera menggunakan dari sekecil-kecil unit bahasa iaitu fonem (yang melibatkan unsur

aliterasi dan asonansi), pemilihan kata sampai membawa kepada penggunaan unsur wacana yang lebih luas.

Laras bahasa sastera yang baik akan mengandungi beberapa aspek seperti kesatuan, perpautan, kejelasan,

bentuk dan bentuk stalistik yang bervariasi di samping nilai estetika. Bahasa sastera lebih bersifat emotif

seperti suka, duka, marah dan sebagainya yang diperlihatkan melalui kata, frasa, ayat dan wacana. Unsur-

unsur kepelbagaian inilah yang menjadikan laras bahasa sastera lebih bermutu dan berkesan.

Contoh unsur emotif dalam laras sastera:

“...Adik. Jangan menangis. Sama sekali jangan menangis. Itulah satu-satunya permintaan abang yang besar.

Beratnya memang berat....”

(petikan cerpen Kalau Ibu Sampai Takah Tiga karya SN Shahnon Ahmad)

Laras bahasa sastera terbahagi kepada dua kategori dalam iaitu laras bahasa kreatif dan laras bahasa ilmiah. 

Laras bahasa kreatif merujuk kepada gaya cipta ataupun gabungan antara ilham pengarang dengan

pengalamannya. Laras bahasa kreatif berperanan sebagai perantara untuk menyampaikan mesej, pengalaman

dan bentuk perasaan kepada pembaca. Laras ini sesuai bagi tujuan menggambarkan perasaan dan pemikiran,

memaparkan nilai seni dan estetika yang terungkap dalam suatu bentuk pemakaian bahasa yang segar. Laras

bahasa kreatif lazimnya terdapat dalam bentuk puisi (sajak, pantun, syair), prosa (novel, cerpen, cerita) serta

drama (teater, filem dan pementasan).

Contoh laras bahasa sastera dalam bentuk prosa:

“Aku melopong. Dia sudah hilang dari pandangan mata sepantas kilat menyambar permukaan bumi. Tiba-

tiba dia berdiri di situ sambil membetulkan rambut dan baju kurung yang dipakai. Aku dihambat kehairanan.

Apa yang dibuat di dalam longkang tersebut?”

(petikan daripada cerpen Kitab Sang Cupid karya Azizi Harun)

Manakala laras bahasa ilmiah pula merujuk kepada bidang sastera yang kebiasaanya berbentuk kritikan

sastera dan perincian serta ulasan buku. Perkara yang selalu menjadi tumpuan antaranya ialah tema,

3

Page 4: HBML 3403 Rangka Cadangan

persoalan, plot, latar, teknik, sudut pandangan serta watak dan perwatakan. Laras bahasa ilmiah ini

mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri.

Contoh laras bahasa sastera dalam bentuk ilmiah:

Sajak “Tuhan” mengungkapkan rasa insaf penulis sajak yang sekian lama melupakan Tuhan-Nya. Penulis

begitu kesal dan merayu agar diberi kesempatan untuk bertaubat dan membuat persediaan sebelum menemui

Tuhan-Nya. Penulis menggambarkan dirinya yang banyak berdosa dengan memilih perkataan ‘dari limbah’

sebagai kiasan kepada kotor dan busuk.

2.2 Ciri-ciri Laras Bahasa Sastera

Ciri-ciri laras bahasa sastera dapat dilihat dari beberapa aspek iaitu:

i) Aspek perbandaharaan kata

Pertama, dari aspek perbendaharaan kata. Dalam laras bahasa kreatifperbendaharaan kata yang digunakan

mudah difahami dan tidak banyak istilah atau kata pinjaman yang digunakan. Sungguhpun begitu, terdapat

karya yang menyelitkan unsur ketaksaan bagi menimbulkan kesamaran dan memberi kebebasan tafsiran

kepada pembaca yang mana menjadi elemen dalam seni dan estetika. Malah pelbagai perkataan digunakan

untuk menerangkan sesuatu maksud yang sama mahupun yang berlawanan secara literal tetapi membawa

konotasi yang sama dengan maksud yang hendak disampaikan seperti metafora. Contohnya, penggunaan

perkataan bunga, kulit telur, merah delima dan cahaya bulan bagi tujuan menyatakan cantik.

Namun demikian, laras ilmiah pula memperkatakan bidang sastera dengan menggunakan istilah-istilah

teknikal yang mempunyai makna khusus dalam bidang sastera dan tidak digunakan dalam bidang ilmu yang

lain. Penggunaan istilah-istilah teknikal ini menjadi penanda laras bahasa sastera yang jelas. Istilah-istilah

ini bersifat objektif dan tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya kerana penggunaan yang tidak tepat

akan membawa maksud yang tidak tepat. Contohnya, plot, watak antogonis, imbas kembali, imbas muka,

monolog, metafora, analogi, personifikasi, simile, klimaks dan sebagainya.

ii) Aspek tatabahasa

Kedua, dari aspek tatabahasa iaitu morfologi dan sintaksis yang turut diberi perhatian dalam laras bahasa

sastera. Lazimnya morfologi berkaitan pengimbuhan seperti awalan, apitan, dan sisipan. Manakala sintaksis

melibatkan penggunaan bentuk, struktur, dan binaan ayat. Ayatnya pula terdiri daripada pelbagai ragam

seperti ayat tergantung dan ayat susunan songsang. Begitu juga penggunaan kata yang digandakan dan klitik

seperti ‘ku’, ‘mu’, dan ‘kau’.

Contoh penggunaan klitik:

4

Page 5: HBML 3403 Rangka Cadangan

pulangkan kembali

pada saat ini

gerak yang sejak dulu kaukumpul

warna-warna yang kautusuk ke dada dinding

kata-kata yang kaubenam ke mulut almari

garis-garis yang lemas

titik-titik yang kering

ke tempat asalnya.

(Petikan daripada sajak Pulangkan Kembali karya Latiff Mohidin)

iii) Aspek gaya bahasa

Laras bahasa sastera menggunakan gaya bahasa yang menunjukkan unsur manipulasi struktur sintaksis,

pemilihan bahasa figuratif, kiasan, sindiran, ungkapan, peribahasa dan elemen-elemen stilistik yang lain.

Begitu juga dengan bentuk dialog.

Contoh penggunaan gaya bahasa sindiran dalam pantun:

Buah langsat kuning mencelah,

Senduduk tidak berbunga lagi,

Sudah dapat gading bertuah,

Tanduk tidak berguna lagi.

iv) Aspek figuratif dan imaginatif

Laras bahasa sastera kreatif mengandungi penyimpangan makna daripada pengucapan bahasa biasa,

sindiran, kiasan dan gaya retorik yang dikenali sebagai figuratif. Selain itu, ia juga menggabungkan unsur

realiti dan imaginasi dalam karya. Maka, tidak hairanlah rata-rata karya ini bersifat imaginatif di mana kata-

kata yang digunakan bertujuan untuk menzahirkan khayalan dan perasaan pengarang. Contohnya, novel

Salina karya A. Samad Said dan SHIT oleh Sasterawan Negara Shahnon Ahmad.

v) Aspek keindahan bahasa

5

Page 6: HBML 3403 Rangka Cadangan

Bahasa laras sastera sarat dengan kata-kata puitis dan indah yang menjadi penyeri terhadap sesuatu hasil

karya. Selain sebagai penghias karya, keindahan bahasa juga bertujuan untuk mencantikkan jalan cerita di

samping menjadikan sesuatu karya itu segar dan tidak membosankan. Diksi, ayat dan ungkapan yang dipilih

berupaya mencetuskan ekspresi yang indah serta menyentuh perasaan khalayak pembaca dan pendengar.

Keindahan bahasa ini disampaikan melalui novel, cerpen dan puisi, peribahasa, perbandingan, bahasa

berirama dan seumpamanya yang begitu memikat serta menghiburkan. Contohnya, sajak Kekasih dan Ke

Makam Bonda karya SN Usman Awang.

vi) Aspek bahasa baku

Laras bahasa sastera juga mementingkan pembakuan bahasa iaitu merujuk kepada keseragaman aspek

sebutan, bentuk dan fungsi yang meliputi aspek sintaksis, morfologi, leksikal, ejaan dan sebutan. Ini

bermakna laras bahasa sastera sangat menitikberatkan soal ketepatan dan kesesuaian pemilihan kata dalam

usaha menyampaikan karya yang bermutu untuk masyarakat.

Berikut adalah contoh penggunaan bahasa baku yang bermutu:

Bunga-bunga yang dipetiknya dari hutan sekitar itu kini menimpa dan melorot dari kepada nisan, serentak

mengejutkan rama-rama dan pepatung tadi.

(novel Daerah Zeni karya A. Samad Said)

3.0 Penggunaan Kata dan Ayat Penanda dalam Laras Bahasa Sastera

Penggunaan kata dan ayat amat penting dalam mengutarakan hasil karya seseorang pengarang. Penggunaan

bahasa laras sastera sangat beridentiti jika dibandingkan dengan laras bahasa yang lain kerana pemilihan

kata menjadi teras yang membezakan antara satu karya dengan satu karya yang lain. Terdapat beberapa

penggunaan kata dan ayat yang menjadi penanda laras sastera.

i) Penggunaan Kata Perbandingan (personifikasi, simile, metafora, analogi)

Unsur perbandingan seperti personifikasi merujuk kepada penggunaan kiasan memberikan sifat manusia

sama ada perasaan, perlakuan dan sebagainya kepada benda-benda mati, idea, binatang dan lain-lain yang

mujarad. Ini menjadikan benda atau binatang seolah-olah bersifat manusia. Contohnya:

“...angin itu meraung lagi....” dan “...cantiknya bagai bulan mengambang penuh...”.

ii) Penggunaan Kata yang Keterlaluan (hiperbola)

Penggunaan kata sebegini dikenali sebagai hiperbola di mana sesuatu perkara digambarkan secara

melampau atau keterlaluan seolah-olah tidak masuk akal. Matlamatnya adalah untuk meningkatkan kesan

6

Page 7: HBML 3403 Rangka Cadangan

dan kepada mood pembaca. Sungguhpun demikian, penggunaan kata itu dilihat relevan dan dapat diterima

dalam menggambarkan sesuatu yang juga melampau. Contohnya:

“..hajat hatiku nak peluk gunung...”.

iii) Penggunaan Kata Sindiran (ironi, sarkastik, sinisme)

Laras sastera juga terdapat unsur-unsur sindiran dalam karya yang mana berfungsi untuk menyatakan makna

yang bertentangan. Lazimnya untuk menyatakan sesuatu hal yang kurang disenangi tetapi tidak disebut

secara terus. Contoh bahasa sindiran ironi:

“...Kan dah jatuh. Ha, panjatlah lagi. Panjat tinggi-tinggi...”

iv) Penggunaan Kata Penegasan (repetisi)

Penggunaan kata-kata penegasan juga sering didapati dalam bahan penulisan kreatif. Kata penegasan ini

dapat dilihat pada pengulangan bunyi, kata, ayat dan sebagainya yang berulang-ulang kali. Tujuan

penegasan atau pengulangan ini adalah untuk menegaskan sesuatu perkara di samping menimbulkan nilai

estetik melalui bunyi yang berirama. Beberapa jenis repitisi ialah diplosisi, teototes, simploke, episzeusis

dan episfora. Contohnya:

“Aku sangat sayang padamu, sayang, sayang, sayang....”

v) Penggunaan Unsur Klimaks

Penggunaan unsur klimaks dalam laras sastera lazimnya bertujuan untuk menonjolkan sesuatu situasi,

penceritaan mahupun watak. Teknik penyampaiannya dimulakan dengan cara mendatar dan kemudiannya

menaik seperti antara plot ke plot yang lain dalam prosa. Unsur klimaks berada di puncak penonjolan

sesebuah karya. Contohnya:

….. pengantin itu diarak dengan paluan kompang, riuh-rendah suara orang ramai serta sanak saudara yang

mengiringi mereka ke pelamin. Di atas pelamin, kedua mempelai tersenyum manis menandakan kebahagian

menyeri majlis …..

vi) Penggunaan Unsur Anti Klimaks

Penggunaan unsur anti klimaks bertentangan dengan unsur klimaks. Ia ditanda dengan nada sebutan yang

semakin menurun atau turutan daripada yang lebih penting kepada yang kurang penting. Contoh:

...Sejak awal pagi Mamat menuruni bukit, kemudian merentas beberapa buah kampung. Selepas beberapa

ketika, barulah dia tiba ke tempat yang dituju....

7

Page 8: HBML 3403 Rangka Cadangan

vii) Penggunaan Unsur Pertentangan (pradoks, antitesis, kontradiksi)

Penggunaan unsur pertentangan dalam laras sastera bertujuan menunjukkan keadaan yang berlawanan yang

disatukan dalam sesuatu situasi melalui pemilihan kata yang kontra maknanya. Contohnya unsur paradoks:

“...Jiwaku berasa tenang di tengah hiruk-pikuk kota raya…”

4.0 Peranan Laras Bahasa Sastera dalam Memperkayakan Bahasa Melayu

Terdapat beberapa peranan laras bahasa sastera dalam memperkayakan Bahasa Melayu.

i) Penggunaan dialog.

Bukan setakat karya secara lisan dan bertulis, malah diperkembangkan ke dalam bidang perfileman. Dengan

menggunakan bahasa sastera iaitu secara berdialog di layar perak, maka peluang dialog Bahasa Melayu

untuk terus diminati dan berpengaruh di kalangan masyarakat juga tinggi. Ini akan mengubah persepsi

masyarakat terhadap Bahasa Melayu dengan mengangkatnya sebagai bahasa yang indah dan teliti. Misalnya,

filem Puteri Gunung Ledang yang menggunakan bait-bait kata yang tinggi nilai estetikanya.

Hang Tuah: kanda lupa cinta dinda seagung maya.

Gusti Putri: Cinta kanda? Bukan semesta luasnya?

Hang Tuah: Masih kecil berbanding cinta dinda.

Gusti Putri: Tapi kanda ke mari juga.

Hang Tuah: Laksana orang haus dahaga berjumpa air satu telaga.

(petikan dialog filem Puteri Gunung Ledang)

ii) Penggunaan dan pemilihan kata yang yang baik, tepat dan indah.

Menurut Farid M.Onn (1982) tulisan kreatif dikatakan sebagai tulisan imaginatif yang memerlukan

penggunaan atau gaya bahasa yang kreatif dan imaginatif, iaitu bahasa yang memenuhi konsep

foregrounding, mengandungi nilai-nilai estetika yang tinggi sehingga dapat menimbulkan kepuasan dan

kenikmatan pendengar dan pembacanya. Ini akan menambah rasa minat pembaca atau pendengar untuk

seterusnya mempelajari Bahasa Melayu dengan lebih mendalam lagi. Misalnya:

Lihat dunia dari mata burung

Atau lihat dari dalam tempurung

8

Page 9: HBML 3403 Rangka Cadangan

Yang mana satu engkau pilih

(Tanya sama Itu Hud-Hud karya M.Nasir)

iii) Penggunaan semula bahasa lama.

Bahasa sastera mengangkat kembali perkataan-perkataan Bahasa Melayu yang sudah lama tersimpan dan

tidak digunakan. Perkataan-perkataan itu asing bagi kebanyakan penutur Bahasa Melayu tapi hakikatnya

telah lama wujud dalam khazanah Bahasa Melayu. Dalam hal ini, hanya laras sastera yang akan mewarisi,

memelihara seterusnya memasyarakatkan semula perkataan-perkataan tersebut. Contohnya canggung,

listrik, pawana dan mustika.

iv) Penggunaan pengulangan kata

Umum ketahui pengulangan adalah untuk tujuan memberi penekanan, penegasan dan keyakinan terhadap

sesuatu perkara yang diperkatakan. Lazimnya digunakan dalam pengucapan atau pidato bagi menarik

perhatian dan keyakinan pendengar. Contohnya:

“...ayuh saudara-saudara... ayuh adik kakak... kita lawan... kita tentang...”

v) Penggunaan bahasa yang tepat, segar dan bertenaga

Penggunaan sebegitu perlu untuk menggambarkan imej yang cukup jelas dan hidup kepada pembaca.

Penggunaan yang betul akan memberi rasa keyakinan serta tidak menibulkan rasa bosan kepada pembaca

atau pendengar. Maka, pemilihan yang teliti akan memastikan penggunaan Bahasa Melayu terus

diperkembangkan. Contohnya yang terdapat dalam puisi Kuala Semantan Namamu Kan Tetap Gemilang

karya Aripin Said.

Kuala Semantan

Biarpun berabad lagi

Engkau tetap akan gemilang

Namamu kan lebih harum

Menjunjung sekalian nama

Nama pahlawan yang hilang

Hilang di zaman silam

9

Page 10: HBML 3403 Rangka Cadangan

vi) Penggunaan bahasa untuk menasihat secara lembut

Penggunaan kata yang lembut dan berkias perlu untuk menasihati dan menegur kesalahan dalam

masyarakat. Penggunaan bidalan, perumpamaan, pepatah-petitih, perbilangan, kias ibarat dan tamsil dalam

kategori peribahasa sejak zaman dahulu berfungsi menyampaikan sindiran, amanat dan teguran tanpa

menyakitkan hati si penerima. Hal ini memperlihatkan betapa komuniti Melayu begitu mementingkan

kesusilaan dalam berbahasa yang menjamin keharmonian hidup bermasyarakat. Maka, terbitlah penggunaan

bahasa kiasan dan sindiran dalam kehidupan seharian pengguna Bahasa Melayu.

vii) Penggunaan bahasa untuk pengacaraan majlis.

Dalam hal ini, laras bahasa sastera diperlukan agar sesebuah majlis yang dikendalikan berjalan baik dan tepu

kata-kata yang menyenangkan hadirin. Keupayaan mengujarkan kata-kata menggunakan gaya bahasa yang

cermat dan indah dapat menyampaikan maksud dengan cara yang lebih menarik. Misalnya, penggunaan

gurindam bagi majlis perpisahan ini.

Kasih mana orang baru,

Kasih lagi orang lama.

Sedap mana kasut baru,

Sedap lagi kasut lama.

Sedih mana tuan yang pergi,

Sedih lagi kami yang tuan tinggalkan.

(Abdullah Hassan, Aripin Said, Ainon Mohd:2007

5.0 Kesimpulan

Penggunaan laras bahasa sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Kepentingan nilai dan adab sesuatu

bangsa dapat dilihat kepada bilangan laras bahasa bangsa tersebut. Begitu juga pengaruh laras terhadap

perkembangan Bahasa sesuatu bangsa. Misalnya perbandingan jumlah laras bahasa Melayu sebelum dan

selepas merdeka menunjukkan betapa pesatnya perkembangan Bahasa Melayu. Banyak ungkapan yang

dahulunya perlu meminjam bahasa lain, Bahasa Inggeris khususnya, kini dapat diungkapkan dengan Bahasa

Melayu sendiri. Ini diperkukuhkan lagi dengan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dan

bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi.

10

Page 11: HBML 3403 Rangka Cadangan

Perkembangan mutakhir ini sedikit sebanyak mengganggu usaha mengangkat martabat Bahasa Melayu di

kalangan masyarakat agar digunakan dengan betul dan serius. Masyarakat kini terlalu bergantung

kehidupannya dengan teknologi. Malah segala urusan juga baik peribadi mahupun dengan pihak kerajaan

semuanya sudah menggunakan teknologi. Kehadiran sistem pesanan khidmat ringkas (sms), whatsapp dan

sebagainya telah menyebabkan masyarakat tidak lagi ambil peduli soal ketepatan bahasa khususnya laras

bahasa. Ini memberi kesan kepada nilai sesuatu bahasa yang menjadi sumber penghubung masyarakat

selama ini.

Oleh yang demikian, penutur Bahasa Melayu khususnya generasi muda perlu ditekankan penggunaan laras-

laras bahasa Melayu yang betul sejak di bangku sekolah lagi. Hal ini kerana mereka hanya akan mempelajari

laras bahasa di sekolah sahaja. Selepas tamat persekolahan, mereka akan membawa kemahiran laras

berbahasa ke dalam masyarakat. Ketidaktepatan dan pengabaian soal laras bahasa akan menyebabkan

suasana yang tidak selesa dalam perhubungan sesama masyarakat. Justeru, keadaan ini perlu dibendung

kerana merekalah pewaris kepada Bahasa Melayu ini.

(2980 patah perkataan)

11