hbef3503-t1a2

Upload: anuar-ibrahim

Post on 03-Jun-2018

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 HBEF3503-T1A2

    1/21

    780405115069001 EPIC OUM

    1

    PENDIDIKAN DAN BAHASA

    MEI / 2013

    SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN

    HBEF 3503

    NO. MATRIKULASI : 780405115069001

    NO. KAD PENGNEALAN : 780405-11-5069

    NO. TELEFON : 0134603083

    E-MEL : [email protected]

    PUSAT PEMBELAJARAN : KEDAH LEARNING CENTRE

  • 8/12/2019 HBEF3503-T1A2

    2/21

    780405115069001 EPIC OUM

    2

    BIODATA

    NAMA PELAJAR : ANUAR BIN IBRAHIM

    PUSAT PEMBELAJARAN : KEDAH LEARNING CENTER

    NO KAD MATRIK : 780405115069001

    PROGRAM : IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN

    (PENDIDIKAN RENDAH) DENGAN KEPUJIAN

    NAMA KURSUS : HBEF 3503 - INCLUSIVE EDUCATION

    ALAMAT SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM

    06150 AYER HITAM, KEDAH.

    PENGALAMAN MENGAJAR : 15 TAHUN

  • 8/12/2019 HBEF3503-T1A2

    3/21

    780405115069001 EPIC OUM

    3

    AKTIVITI 2

    Latar Belakang Muri d

    Nama : Mohammad Shahrul Irfan bin Yusoff

    Tempat Lahir : Ayer Hitam, Kedah

    Umur : 9 Tahun

    Bangsa : Melayu

    Agama : Islam

    Latar belakang murid ini diperolehi melalui temubual bersama murid ini dan juga

    temubual bersama Guru Pemulihan Khas, Pn Hanim. Murid ini perwatakannya seperti

    kanak-kanak yang lain, tetapi Muhamad Shahrul agak aktif di luar kelas dan didalam

    kelas. Di sebabkan saya juga mengajarnya di dalam kelas arus perdana 3 Tekun, murid

  • 8/12/2019 HBEF3503-T1A2

    4/21

    780405115069001 EPIC OUM

    4

    ini nampak agak berlainan kerana murid ini menjadi pasif bila diajukan soalan atau

    berkehendakan murid ini menjawab soalan. Murid in i merendah diri disebabkan dia

    berada di da lam kelas pemulihan. Ini menyebabkan murid ini menjadi pasif dan kurang

    aktif dalam kelas. Melalui temubual yang dibuat, murid ini mempunya 3 orang adik beradik sahaja.

    Dia mempunyai kakak yang berada di tingkatan 5 dan juga seorang adik yang masih tidak

    bersekolah . Bapanya bekerja sebagai Pembantu am di Majl is Bandaraya Alor Setar

    manakala ibunya bekerja di kilang. Murid ini masuk ke kelas pemulihan khas mungkin di sebabkan kurang

    perhatian daripada ibu bapa sert a keluarganya. Di rumah menurut murid in i , ibu,

    bapa dan kakaknya tidak membimbingnya langsung dalam menyiapkan kerja rumah yang

    diberi. Ini menyebabkan murid ini menghadapi masalah dalam pembelajaran.

    Menurut teori perkembangan Jean Piaget yang dikeluarkan bahawa perkembangan kanak-kanakboleh dibahagikan kepada empat peringkat iaitu :-

    Tahap Sensorimotor @ deria motor (dari lahir hingga 2 tahun) Tahap Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun) Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 12 tahun) Tahap Operasi Formal (12 tahun hingga dewasa) Kajian ini akan lebih menyentuh di

    dalam tahap operasi konkr it (7 hingga 12 tahun). Pada tahap ini kanak-kanak pada usia ini

    boleh dilihat dari beberapa sudut iaitu;

    Kebolehan mengklasifikasi - Pada tahap ini kanak-kanak sudah boleh mengkategorikan sesuatu benda. Pengekalan - Pada tahap ini kanak-kanak sudah boleh melihat kepada perubahan bentuk ataupun sifat

    sesuatu benda.

    Perkaitan Logik - Kanak-kanak pada tahap ini sudah membuat susunan atau mencari bendatersembunyi.

    Tingkah laku Prasosial - Kanak-kanak pada tahap ini sudah mempunyai perasaan belas serta

    mengamalkan sikap perkongsian. Manakala dalam teori pembelajaran Gange pembelajaran adalah sebagai satu

    cara pemerosesan data dan maklumat. Proses pembelajaran bergerak daripada peringkat yang paling mudah

    menuju kepada peringkat yang rumit. Pembelajaran pada aras yang tinggi bergantung kepada pembelajaran

    pada aras yang rendah. Gagne telahmengenal pasti lapan jenis pembelajaran iaitu :

  • 8/12/2019 HBEF3503-T1A2

    5/21

    780405115069001 EPIC OUM

    5

    I. Pembelajaran isyarat.II. Pembelajaran rangsangan gerak balas.

    III. Rangkaian.IV. Pertalian berbahasa.V. Pembelajaran diskriminasi.

    VI. Pembelajaran konsep.VII. Pembelajaran hokum.

    VIII. Penyelesaian masalahPengajaran dan pembelajaran menggunakan teori konstruktivisme pula ada

    mengatakan ianya boleh dilaksanakan berdasarkan prinsip-prinsip berikut (Khadijah, Mahani &

    Ramlah, 2002).

    Memberi peluang kepada pelajar mengemukakan pandangan tentang sesuatu konsep. Memberi peluang kepada pelajar berkongsi persepsi antara satu sama lain. Menggalakkan pelajar menghormati pandangan alternatif rakan mereka. Menghormati semua pandangan pelajar dan tidak memandang rendah terhadap

    pandangan mereka.

    Melaksanakan pengajaran berpusatkan pelajar. Menyediakan aktiviti-aktiviti berbentuk "hands on" dan "minds on". Mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir di kalangan pelajar. Menggalakkan pelajar merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya. Meminta pelajar menghubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina. Menggalakkan pelajar mengemukakan hipotesis. Tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada pelajar. Memberi peluang pelajar berinteraksi dengan guru dan pelajar-pelajar lain. Memberi perhatian kepada keperluan, kebolehan dan minat pelajar. Menggalakkan pelajar bekerja dalam kumpulan.

  • 8/12/2019 HBEF3503-T1A2

    6/21

    780405115069001 EPIC OUM

    6

    OBJEKTIF

    Kajian masalah murid mundur dan lembam ini yang dijalankan adalah

    berdasarkan objektif-objektif berikut :

    1. Mengenalpasti punca masalah murid tidak dapat suku kata. Punca-punca masalah murid tidakdapat menguasai kemahiran untuk mengenal huruf, membatangkan suku kata dan

    membaca dapat dikenalpasti dengan adanya kajian ini.

    2. Mengenalpas t i masalah-masalah pelajaran yang dihadapi oleh muridyang mengalami masalah ini. Masalah-masalah yang dikenalpasti dapat membantu

    murid dalam meningkatkan keyakinan diri murid ini dalam pelajaran.

    3. Mengenalpasti kaedah dan keberkesanannya. Kaedah-kaedah yang digunakan dalam mengatasimasalah murid yang menghadapi masalah kemunduran dan lembam.

    4. Mengatasi masalah murid yang kurang minat dalam pengajarn dan pembelajaran yang disampaikan.Bagi menyelesaikan kajian kes yang dibuat, beberapa kaedah telah dilakukan bagi

    memastikan setiap maklumat yang diperolehi mempunyai kesahihan serta tepat. Kaedah ini

    berbentuk kualitatif dan antaranya ialah :-

    1 . U j i a n D i a g n o s t i k Ujian diagnostik telah dijalankan keatas murid pada awal saya mengajar murid ini. Ujian

    ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahasa Melayu dan Matematik. Tujuan ujian ini

    dijalankan adalah untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid. Selain itu, ujian ini juga untuk

    membina kumpulan dalam pengajaran yang bakal dijalankan kelak.

    2. Pengumpulan maklumat Pengumpulan maklumat dijalankan dalam mencari maklumat berkaitan teori,

    latar belakang murid dan kajian yang lepas. Oleh itu, maklumat yang berkaitan dengan

    teori di perolehi melalui bacaan buku-buku, maklumat di internet dan

    perkongsian maklumat di antara rakan-rakan. Manakala pengumpulan maklumat mengenai latar

    belakang murid dibuat melalui buku rekod pelajar.

  • 8/12/2019 HBEF3503-T1A2

    7/21

    780405115069001 EPIC OUM

    7

    3. P e m e r h a t i a n Saya telah melakukan pemerhatian tehadap murid ini sejak mula saya mengajar

    murid ini. Di antara pemerhatian yang dijalankan melibatkan tingakah laku murid ini, cara

    berkomunikasi dan pergaulannya bersama murid-murid lain, keperibadiannya dan juga

    emosinya.

    4. Temubual Beberapa sesi temubual telah saya jalankan. Di antaranya bersama murid ini

    sendir i bagi mengetahui masalah sebenar murid ini . Selain i tu, saya

    telah menemubual Pn Hanim yang mengajar murid ini bagi kelas pemulihan sejak murid ini di

    tahun dua ini bagi mengetahui perkembangan murid ini sejak dari awal di

    masukkan ke dalam kelas pemulihan, Sesi temubual seterusnya adalah bersama dengan

    guru kelas murid ini ini bertujuan mengetahui sifat peribadi murid serta

    mengetahui latar belakang murid ini . Beberapa ses i temubual bersama

    guru-guru matapelajaran lain juga telah di jalankan bagi mel ihat

    bagaimana tingkah laku murid ini sepanjang proses pembelajaran berja lan.

    Temubual terakhir adalah bersama ibubapa murid ini. Temubual ini bertujuan

    untuk mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh murid ini samaada ianya

    berpunca dari rumah atau pun sekolah.

    T em u b u a l B er s am a M o h am ad Am i r u l b i n A zh a r

    S a t u t e m u b u a l b e r s a m a m u r i d i n i t e l a h d i j a l a n k a n . I n i b e r t u j u a n

    untuk mengetahui permasalahan yang dihadapi oleh murid ini. Sesi temubual ini

    berjalan selepas waktu ke las pemul ihan. Saya telah menemubual murid ini dan

    bertanyakan berkenaan dengan latar belakang murid ini. Menurut murid ini, bapanya bekerja sebagai

    pembantu am di Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) manakala ibunya bekerja di Kilang. Dia jugamem pun yai 3 ora ng adi k-b era dik . Se ora ng kak ak yan g ber ada di Tingkatan Lima

    dan seorang adik yang masih tidak bersekolah. Menurutnya, setiap kali pulang ke sekolah t iada

    siapa yang menunjukkan murid ini untuk membuat atau menyiapkan kerja

    sekolah. Tiada orang yang membimbingnya semasa menyiapkan kerja. Jadi murid akan

    menghabiskan masa di waktu petang dengan bermain sahaja dan bila di dalam kelas murid ini. Tiada

  • 8/12/2019 HBEF3503-T1A2

    8/21

    780405115069001 EPIC OUM

    8

    istilah mengulangkaji di rumah oleh murid ini. Bapa murid ini hanya menghantar dan mengambil murid

    ini ke sekolah. Ini amat menyedihkan kerana murid ini tiada bimbingan semasa di rumah. Hanya

    menerima sesi pembelajaran di sekolah tiada di rumah. Ini menyebabkan murid tidak menyiapkan kerja

    sekolah yang diberi.

    T em u b u a l B er s am a G u r u P em u l i h a n P n H a n i m

    Memandangkan murid ini telah berada di dalam kelas pemulihan selama hampir dua

    tahun, jadi saya bercadang untuk menemubual Pn Hanim bagi mengetahui perkembangan murid

    ini. Menurut Pn Hanim, pada permulaan murid ini memasuki kelas pemulihan, murid ini tidak

    mengenal huruf langsung. Ini bermakna Pn Hanim akan mengajar murid ini dari permulaan lagi bagi

    mengenali huruf-huruf kecil dan huruf besar. Menurut Pn Hanim juga, mur id ini agak

    lambat dalam menerima pelajaran yang diajar. Ianya akan mengambil masa yang

    lama bagi memastikan murid ini dapat mengikuti isi pelajaran atau sesuatu

    kemahiran. Tumpuan yang lebih juga sering diberikan kepada murid ini supaya murid ini mudah

    faham. Setakat Pn Hanim mengajar sehingga pertengahan murid ini di Tahun 3, murid ini

    hanya boleh menguasai dalam membunyikan suku kata KV dan masih tergagap-

    gagap kerana masih tidak boleh memastikan sebahagian huruf. Satu lagi masalah yang dihadapi

    oleh Pn Hanim ialah kehadiran murid ini kesekolah. Murid ini sering kali tidak

    hadir ke sekolah dengan berbagai alasan yang tidak munasabah. Ini menambahkan

    kepayahan kepada Pn Hanim untuk mengajar murid ini. Sikap murid ini yang tidak minat dalam

    pembelajaran juga membuatkan murid ini semakin jauh ketinggalan.

    Temubua l B er sama Pn Ra tna (Guru Ke las 3 Tekun )

    Satu sesi temubual telah dijalankan bersama Pn Ratna yang merupakan guru kelas kepada

    murid ini iaitu tahun 3 Bestari. Temubual bagi melihat sejauh mana sifat murid ini di dalam kelas

    arus perdana biasa, Menurut Pn Ratna, murid ini sering kali menghadapi masalah dalam

    menerima isi pelajaran yang diajar. Ini semua disebabkan kegagalan murid ini

    untuk membaca. Selain itu, dari markah ujian dan markah peperiksaan, murid ini sering sahaja

    tidak lulus. Selain itu, masalah kehadiran murid ini agak serius kerana murid ini sering

    sahaja tidak hadir ke sekolah walaupun telah diberikan amaran berulang kali. Ini juga merupakan

  • 8/12/2019 HBEF3503-T1A2

    9/21

    780405115069001 EPIC OUM

    9

    faktor penyumbang kepada ketinggalan murid ini dalam pelajaran. Pihak sekolah telah berulang

    kali memberi nasihat kepada murid ini supaya hadir ke sekolah. Tapi nasihat ini tidak

    mendatangkan kesan apa-apa. Murid masih kerap tidak hadir ke sekolah.

    Temubua l B er sama En Zah i d (Gu r u M a tapel a j a r an Sai n s)

    E n Z a h i d m e r u p a k a n g u r u b a g i m a t a p e l a j a r a n S a i n s . K e t i k a s a y a

    menemubual En Zahid banyak komen diberikan mengenai murid ini. Berkanaan dengan tingkah laku murid

    ini semasa di dalam kelas, murid ini sering menyendiri dan kurang memberi tumpuan

    kepada pelajaran yang diajar oleh guru. Apa yang guru boleh lakukan

    hanyalah menegur dan memberi tunjuk ajar kepada murid mengenai isi pelajaran

    yang diajar pada masa tersebut. Perhatian yang penuh juga diberikan lebih kepada murid ini

    bertujuan supaya murid ini t idak ke tinggalan dari aspek pelajaran. Sepert i guru

    lain juga, En Zahid menyatakan kelemahan murid ini dalam membaca

    mengakibatkan murid ini sering ketinggalan di dalam kelas. Memandangkan mata pelajaran

    Sains diajar dalam Bahasa Inggeris, ini lebih menyulitkan guru untuk mengajar murid ini. Sebelum ini En

    Zahid sering memberi kerja rumah kepada murid ini tetapi kerja yang diberi jarang diselesaikan

    oleh murid ini. Oleh itu, En Zahid jarang memberi kerja rumah kepada murid ini. Apa yang dilakukan

    hanya membimbing murid ini sepanjang di dalam kelas agar murid ini tidak ketinggalan.

    Temubua l B er sama Bapa M ohamad Shahru l (En Yusof f )

    D i s e b a b k a n k e s i b u k a n i b u b a p a M o h a m a d Shahrul, s a y a h a n y a

    b o l e h menjalankan temubual bersama bapanya melalui talian telefon sahaja. Tetapi banyak

    yang boleh saya perolehi dari perbualan yang dijalankan. Menurut bapa murid ini,

    tingkah laku Mohamad Shahrul memang agak aktif kerana dia merupakan satu-satunya anak

    lelaki dalam keluarga ini. Menurut bapanya, sebelum ini Mohamad Shahrul jarang menelaah buku

    dan menunjukkan hasil kerjanya kepada bapanya. Menurut bapanya, dia sememangnya agak sibuk

    kerana mencari pendapatan untuk keluarganya bagi menampung keluarga ini.

    Ibunya juga bekerja di kilang berhampiran. Ini menambahkan ibu bapa murid ini

    kurang dapat memberi perhatian kepada murid ini. Sebelum ini, kakak Mohamad Shahrul

  • 8/12/2019 HBEF3503-T1A2

    10/21

    780405115069001 EPIC OUM

    10

    yang sekarang berada di tingkatan lima, pencapaiannya pada tahap yang sederhana.

    Manakala adik kepada Mohamad Shahrul masih tidak bersekolah.

    A n a l i s i s M a s a l a h

    Mohamad Shahrul Irfan bin Yusoff merupakan murid tahun 3 Tekun. Telah memasuki

    kelas pemulihan khas sejak dari tahun 2 lagi. Jika dilihat dari segi fizikal murid ini,

    perwatakannya sama-sama seperti murid-murid yang lain. Cuma yang membezakannya adalah dari segi

    pelajaran dan tingkah lakunya yang agak aktif. Aktif dimaksudkan disini adalah murid ini sering

    menganggu murid-murid lain dan tidak melakukan kerja yang diberi semasa di dalam

    kelas. Jadi guru-guru yang mengajarnya akan memberiperhatian kepada murid ini agar

    murid ini tidak menganggu murid lain sepanjang proses P&P. Murid in i diketegorikan sebagai

    murid yang lemah dalam mengenal huruf, membatang suku kata dan mengeja

    perkataan atau juga dikenali dengan murid yang lembam. Ini berdasarkan teori yang

    dikeluarkan oleh Burt (1950) yang menyifatkan murid lembam sebagai murid yang

    pada pertengahan alam persekolahannya tidak berkebolehan untuk mengikuti

    pelajaran dalam kelas satu peringkat lebih rendah daripada kelas yang sesuai dengan

    umurnya. Menurut Kirk (1972), kemunduran pada umumnya merupakan label yang

    diberikan kepada kes murid yang pencapaian akademiknya jauh lebih rendah

    daripada kebolehan semula jadinya. Jelas kita lihat Muhammad Amirul ketinggalan dari

    segi akademik berbanding rakan sebayanya yang lain. Menurut kajian ahli-ahli psikologi Galton

    (1865), Giddard (1890), Newman (1937) dan Shieldo (1962) telah membuktikan bahawa setiap

    individu mempunyai kecerdasandan kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya.

    Berdasarkan pemerhatian saya, bila murid ini memasuki kelas arus perdana murid ini

    menjadi seorang yang pendiam dan kurang berkomunikasi dan mengambil bahagian di dalam

    aktiviti yang dijalankan. Murid menjadi pendiam bila diajukan soalan kerana murid tidak

    mempunyai keyakinan diri untuk menjawab soalan yang diberikan. Menurut Dr Koh Boh

    Boon (1980), keyakinan dir i yang rendah menyebabkan murid kurang aktif dan kurang minat

    untuk menyertai kegiatan pelajaran dalam bilik darjah. Sebagai guru kelas pemulihan yang mengajar

    murid ini, saya merasakan murid ini boleh mengenal huruf dan membaca suku kata

    serta perkataan j ika murid ini diberikan perhatian yang sepenuhnya dan sesi P&P yang menarik

    minat pelajar ini. Dari pemerhatian yang saya lihat bila murid ini di dalam kelas

  • 8/12/2019 HBEF3503-T1A2

    11/21

    780405115069001 EPIC OUM

    11

    arus perdana murid ini menjadi pasif dan lebih banyak mendiamkan diri. Ini

    disebabkan aktiviti P&P yang dijalankan oleh guru tersebut lebih menumpukan dan khusus

    kepada murid yang agak bijak dan boleh memahami dengan cepat isi pelajaran. Selain

    itu, tiada aktiviti yang boleh menarik minat murid-murid yang lemah ini untuk belajar sama.

    Oleh kerana itu, murid ini ketinggalan dalam pelajaran. Bila Mohamad Shahrul berada di

    da la m kel as pem ul ih an, kead aan nya am at berbeza. Murid ini lebih bergerak aktif kerana

    murid ini boleh menjawab soalan yang diberi dengan lebih aktif berbanding di dalam

    kelas arus perdana. Ini kerana aktiviti pembelajaran di dalam kelas pemulihan amat berbeza

    berbanding di dalam kelas arus perdana. Dengan pengajaran secara berkumpulan, setiap

    pembelajaran di bahagikan kepada tiga bahagian iaitu pengajaran, permainan dan pengukuhan.

    Oleh itu, tumpuan boleh banyak di berikan kepada setiap murid di dalam kelas dan murid tidak

    malu dan tidak pasif untuk menjawab soalan yang diberikan oleh guru. Jika dilihat kepada keadaan

    Mohamad Shahrul ini, bimbingan untuk membacanya diberikan semasa berada di sekolah

    sahaja. Tiada bimbingan diberikan kepada murid ini semasa di rumah. Kemungkinan kesibukan ibubapa

    dan tidak mengambil tahu perihal anak-anak menyebabkan murid ini tidak berminat

    langsung untuk belajar dirumah. Guru hanya dapat membimbing murid ini semasa berada di

    sekolah. Ibu bapa atau keluarga murid ini haruslah memainkan peranan mereka

    sepanjang berada disekolah. Taraf kehidupan keluarga juga memberikan kesan yang mendalam kepada

    diri murid ini. Taraf kehidupan biasanya rendah dan tidak terdapat cukup makanan yang

    b e r k h a s i a t y a n g t i d a k b a g u s u n t u k p e r k e m b a n g a n m i n d a . R u m a h y a n g

    s e s a k mengakibatkan satu lagi kekurangan atau penderitaan yang serius. Terdapat kurangnya

    perhubungan antara ibu bapa dan anak-anak yang menyebabkan ibu bapa kurang

    memberikan galakan dan rangsangan serta kasih sayang kepada anak-anak mereka. Keadaan ini

    juga akan menimbulkan lagi masalah, misalnya masalah gangguan masa tidur, rehat dan

    keletihan yang akan memberi kesan kepada kesihatan tubuh badan seterusnya

    pencapaian akademik mereka. Jelas di sini keperluan asas manusia dari yang rendah

    sehinggalah keperluan peringkat tertinggi seperti yang terdapat dalam Keperluan

    Herarki Maslow akan memberikan kesan terhadap perkembangan individu jika tidak

    sempurna atau gagal dipenuhi. Ini ju ga berlaku keatas Mohamad Shahrul dimana ibu dan

    bapanya sibuk bekerja bagi meningkatkan taraf hidup mereka. Di sini kita d apat l ihat pekerjaan

    bapanya sebagai pembantu am di Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) mengakibatkan ibunya

  • 8/12/2019 HBEF3503-T1A2

    12/21

    780405115069001 EPIC OUM

    12

    juga terpaksa bekerja bagi menampung perbelanjaan keluarga. Kemunduran umum pada dasarnya

    adalah akibat kelemahan intelek atau lembam (otak lembab), walau bagaimanapun ia

    tidak semestinya benar kerana ramai juga murid yang mundur tetapi tidak lembam.

    Kemunduran mereka mungkin bukan disebabkan kerencatan intelek tatapi keadaan

    persekitarannya atau faktor -faktor ekstrinsik seperti kaedah mengajar yang tidak berkesan,

    sikap mental dan emosi yang tidak sesuai terhadap guru dan pelajaran, penyakit dan keadaaan

    fizikal yang lemah. Walaupun kemunduran pada asasnya menunjukkan satu keadaan

    intelektual tetapi pada hakikatnya ia menunjukkan satu ciri atau sifat psikologi yang timbul dari personaliti

    h a s i l g a b u n g a n s i f a t y a n g d i w a r i s i d a n p e n g a r u h p e r s e k i t a r a n d a l a m

    p r o s e s perkembangan yang akhi rnya mempengaruhi personali t i individu.

    Daripada kes Mohamad Shahrul, faktor persekitarannya mungkin antara penyebab kepada

    terjadinya murid ini lambat untuk menerima isi pelajaran yang diajar. Faktor persekitaran seperti

    ibu bapa dan kakaknya yang kurang mengambil berat mengenai pelajaran murid ini

    menjadikan Mohamad Shahrul sering ketinggalan dalam pelajaran. Seperti yang diberitahu, murid ini

    masih tidak mengenali sesetengah huruf dan terpaksa dibantu oleh guru. Oleh itu pelbagai cara

    boleh digunakan dalam mengajar supaya mereka tidak perlu untuk memikir kembali huruf-huruf

    tadi. Teknik seperti kad imbasan merupakan satu teknik pembelajaran yang bagus. Ini

    kerana murid mudah untuk memahami sesuatu perkara. Kad imbasan yang mempunyai gambar adalah

    satu perkara yang mudah untuk murid mengingat. Dan teknik ini boleh dipelbagaikan dengan menjadikan satu

    permainan yang lebih menarik minat murid. Sebahagian daripada murid-murid yang lembab

    atau mundur ini, sebahagian daripada mereka bukan lemah disebabkan oleh fizikal atau

    mental tetapi disebabkan kurangnya dalam mengulangkaji pelajaran, tidak memberi

    tumpuan semasa sesi pengajaran dan faktor-faktor persekitaran yang lain. Beberapa cara boleh

    digunakan oleh guru dalam mengajar dan membantu anak murid yang lemah seperti Mohamad

    Shahrul dalam mengajarnya membaca dan mengingat huruf atau abjad. Murid-murid yang mundur

    biasanya tidak memperolehi perkembangan mental sebagaimana sepatutnya disebabkan

    persekitaran yang tidak mengalakkan mereka melalui proses-proses pekembangan pemikiran. Menurut

    Piaget perkembangan kognitif kanak-kanak akan melalui satu siri urutan yang berperingkat-

    peringkat iaitu peringkat deria motor (0-2 tahun), peringkat praoperasi (2-7 tahun), peringkat

    operasi konkrit (7-11 tahun) dan peringkat operasi formal (11 tahun ke atas). Ibu bapa murid mundur juga

    ser ingkal i jarang member i peluang anak mereka membuat keputusan dan

  • 8/12/2019 HBEF3503-T1A2

    13/21

    780405115069001 EPIC OUM

    13

    tidak mendedahkan mereka dengan situasi yang membantu perkembangan pemikiran. Jika

    murid-murid ini tidak dapat berfikir dan mentafsir sesuatu mengikut peringkat umur yang sepatutnya mereka

    bolehlah dikatakan murid mundur. Schonnel (1949) berpendapat b a h a w a 6 5 % h i n g g a

    8 0 % m u r i d - m u r i d m u n d u r a d a l a h l e m b a p d a n s e l e b i h n y a m e m p u n y a i

    kesukaran dalam pelajaran kerana tidak dapat menyesuaikan diri dari segi sosial dan emosi .

    Ke le mb ap an in i te nt ul ah me ng ha dk an mu rid in i me mp er ole hi kandungan ilmu

    pengetahuan dan pencapaian dalam pelajaran. Pelbaga i kaedah asas yang boleh perkenalkan

    kepada murid ialah melalui kaedah fonik yang memberi fokus kepada cara

    mempelajari perkataan yang belum dikenali dengan bunyi bahasa. Contohnya seperti huruf

    m disebut apabila memakansesuatu makanan yang sedap iaitu emm. Apabila murid sudah menguasai

    kemahiran mengenal huruf, kemudian guru akan memperkenalkan nama huruf dan bentuk huruf.

    Bunyi-bunyi huruf dicantumkan sehingga terbentuknya perkataan yang sempurna.

    K a e d a h i n i t e l a h s a y a g u n a k a n k e p a d a M o h a m a d A m i r u l d a n

    menampakkan keberkesanannya. Cuma ada beberapa abjad yang murid ini

    menghadapi masalah dalam mengingat dan menyebut. Oleh kerana masalah membaca merupakan

    sebab utama yang menyebabkan wujudnya masalah pembelajaran di kalangan

    murid, ibu bapa perlulah berusaha menggalakan si anak membaca dari kecil lagi.

    Kanak-kanak berbeza antara satu sama lain dari segi kesedaran membaca. Ada yang lambat dan ada yang

    cepat. Ini ada kaitan dengan interaksi baka dan pengaruh psikososial seperti galakan yang

    diterimanya, peluang-peluang serta sumber-sumber bacaan yang terdapat di rumah serta motivasi si anak

    i tu sendir i untuk membaca. Minat membaca juga dipengaruhi oleh orang

    sekelilingnya.

    Kaedah M enga tasi K emun dur an dan M asa lah L embam

    Setelah melihat kes kemunduran pelajar dari perspektif psikologi, termasuk

    setiap aspek perkembangan fizikal, mental, emosi dan juga intelektual, sekali lagi

    persekitaran murid-murid ini baik di sekolah ataupun di rumah harus diberi perhatian yang

    secukupnya kerana terdapat interaksi antara perkembangan dan persekitarannya. Walau apa jua kaedah

    yang hendak digunakan adalah untuk membantu murid-murid ini dengan membuat penyesuaian

    yang cukup dengan permintaan situasinya, dengan tidak melupakan batasan yang dikenakan oleh

    keadaan dan kebolehan semulajadinya. Kaedah untuk mengatasi masalah kemunduran ini akan

  • 8/12/2019 HBEF3503-T1A2

    14/21

    780405115069001 EPIC OUM

    14

    dijelaskan. Beberapa kaedah telah difikirkan untuk membantu murid ini dalam mengatasimasalah

    yang dihadapinya. Diantaranya ialah :-

    U j i a n D i a g n o st i k

    Ujian diagnostik dijalankan bagi mengetahui tahap kemahiran murid dalam

    matapelajaran Bahasa Melayu dan juga Matematik. Ini kerana tahap kemahiran setiap murid

    adalah berbeza-beza. Jadi hasil dari ujian ini akan memudahkan guru untuk

    merancang untuk pengajaran yang bersesuaian dengan murid. Ujian ini juga

    dapatmelihat kemahiran yang diajar adalah berpandukan kepada kelemahan murid tersebut.

    K a e da h P e n g a j a r a n

    Pengajaran yang menar ik boleh menar ik minat mur id untuk member ikan

    tumpuan serta sepenuh perhatian ketika sesi P&P berjalan. Di dalam kelas saya, saya

    mengamalkan tiga cara dalam pengajaran iaitu :-

    1. Kaedah Kumpulan K a e d a h i n i b e r e r t i m u r i d b e l a j a r d a n m e m b u a t k e r j a d a l a m

    kumpul an . Keb i as aannya , kumpul an i n i d i wuj udkan be r das a r kan

    kebolehan atau pun perbezaan minat.

    Dalam kelas saya sememangnya mudah mengajar secara kumpulan berbanding individu keranamurid mempunyai daerah kelemahan yang sama. Oleh yang demikian, bahan yang

    hendak dihasilkan juga mudah.

    Dengan adanya kaedah ini akan dapat membantu kelancaran komunikas isesama murid, saling bekerjasama dalam menyiapkan sesuatu tugasan yang diberi dan

    berkongsi idea.

    2. Kaedah Individu Kaedah ini menekankan tumpuan guru hanya kepada seorang murid sahaja.

    Kebiasaannya, murid dalam kategori ini lebih mudah diurus kerana guru tidak mengalami

    gangguan banyak mulut daripada murid semasa mengajar.

  • 8/12/2019 HBEF3503-T1A2

    15/21

    780405115069001 EPIC OUM

    15

    Guru akan lebih mudah fokus kepada objektif pembelajaran murid dan muridberasakan mendapat lebih perhatian daripada guru.

    Kebiasaannya kaedah individu ini dijalankan diluar bilik darjah. Di mana sayaakan mengambil Muhammad Shahrul untuk berjumpa saya pada setiap awal pagi dan

    sekurang-kurang tempoh masanya ialah 10minit-15 minit. Murid akan diberi

    latihan bagi mengukuhkan ingatan murid ini mengenai pengajaran yang dijalankan sebelum

    ini. Cara ini amat berkesan sekali.

    3. Kaedah Rakan Sebaya Apabila mengajar dalam kelas yang mempunyai tiga kelompok murid pemulihan dalam

    kuantiti yang banyak, saya akan menggunakan kaedah ini.

    Kebiasannya, murid-murid yang dilihat matang dan lebih cerdik daripada rakan yang lainakan dibimbing dan dilatih untuk membantu melicinkan pengajaran dan pembelajaran saya

    pada hari berkenaan. Cara in i juga member i keyakinan kepada diri murid.

    Perma i n an D a l am Penga j a r an

    Saya akan memasukkan elemen permainan yang memerlukan murid untuk

    bergerak bebas. Ini secara tidak langsung akan menimbulkan minat murid untuk lebih memahami

    apa yang akan diajar. Menurut L. Vygotsky (1976) berpendapat fungsi main a d a l a h m e m b i n a

    s e m u l a r e a l i t i t a n p a p e n g a r u h s i t u a s i a t a u h a l a n g a n , d a n

    menggerakkan perkembangan intelek secara tidak langsung. Alan Chamberlain (1986) juga ada

    menyatakan "...games can be used at all levels in language syllabus and withall types of pupils

    from primary school children to adults...". Ini jelas menunjukkanpermainan dalam

    pengajaran dapat membantu murid untuk memahami apa yang diajar oleh guru.

    Motivasi, Nasih at dan Kata-kata Puji an

    Sebagai seorang guru yang mengajar Mohamad Shahrul ini, saya sering akan

    memberikan nasihat kepadanya supaya kerap membaca buku dan menyiapkan latihan atau kerja

    rumah yang diberikan oleh guru. Selain itu, saya akan memberi motivasi kepada

    murid ini agar Muhammad Shahrul sentiasa menanamkan sifat ingin belajar dalam

  • 8/12/2019 HBEF3503-T1A2

    16/21

    780405115069001 EPIC OUM

    16

    dirinya. Cara ini juga berkesan bagi memotivasikan diri murid ini. Seperti yang diungkapkan

    oleh Woolfolk (1990), dimana motivasi didefinisikan sebagai satu kuasa dalaman yang

    mem ban gkit kan , me nga rah dan men gaw al m ina t d an t ing kah lak u manusia. Kata

    penghargaan dan pujian akan meransang murid untuk melakukan yang terbaik dalam sesi

    pengajaran. Kata-kata seperti, "bagus", "teruskan usaha", "cuba lagi", "baik" dan banyak lagi dapat

    membangkitkan semangat murid dalam pembelajarannya.

    S i s t em T o k e n

    Satu teknik behavior isme yang biasa digunakan ialah token ekonomi

    ataupemberian hadiah. Ini merupakan satu prosedur yang teratur di mana token atau hadiah diberikan

    sebagai peneguhan untuk tingkah laku yang bersesuaian. Token ini adalah dalam bentuk benda

    seperti duit syiling plastik, markah, atau apa sahaja benda yangboleh ditunaikan atau dit ebus

    (cashed in) dengan barang-barang bernilai atau kemudahan-kemudahan tertentu (privileges).

    Sist em ini dij ala nka n di dal am kel as pemulihan bagi tujuan menarik minat pelajar

    untuk menumpukan perhatian dalam pelajaran selain untuk mendisiplinkan pelajar.

    T i n d a k a n S u s u l a n

    P en d e k a t an T e or i P em b el a j a r a n B e h a v i o r i sm e

    Beberapa tindakan susulan telah saya pilih dalam menyelesaikan masalah

    pembelajaran Mohamad Shahrul. Saya akan menggunakan pendekatan dalam Teori

    Pembelajaran Behaviorisme. Dalam teori pembelajaran behaviorisme saya akan

    mengaitkannya dalam.

    A. Teori pelaziman Operan SkinnerB. Hukum pembelajaran Thorndike

    Guru yang baik untuk murid-murid mundur adalah individu yang

    praktis , bukannya hanya mempunyai kecenderungan akademik tetapi mempunyai minat yang

    konkrit, dan berbakat dalam kerja manual dan pernyataan artistik dan bukan mereka y a n g

    h a n y a p a n d a i m e n y a t a k a n t e o r i d a n b e r c a k a p s a h a j a . D a r i p e n d e k a t a n

  • 8/12/2019 HBEF3503-T1A2

    17/21

    780405115069001 EPIC OUM

    17

    Behaviorisme murid-murid mundur memerlukan pujian, pertolongan yang tersusun,

    pertimbangan yang bersimpati terhadap kesukaran mereka, dan minat yang berkekalan di pihak guru atau

    orang yang membimbingnya. Guru tersebut bukan sahaja dapatmenerima kekurangan murid

    tersebut bahkan menyedari murid-murid ini bukanlah tidak sempurna sehingga tidak ada kebolehan

    langsung dan tidak ada kualiti yang berguna. Dia mestilah bersikap berperikemanusiaan dan

    pada masa yang sama saintifik. Sekali l a g i , g u r u y a n g b a i k u n t u k m u r i d - m u r i d

    mundur adalah seorang pemimpin dan pendiagnosis dan bukannya setakat

    pengajar, seorang pemerintah atau penguatkuasa undang-undang dengan mewujudkan persekitaran

    pembelajaran yang kondusif. Oleh itu da lam teor i pembelajaran behaviorisme, ahli -ahl i

    ps ikologi Behavoris berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan

    tingkah laku. Perub ahan t ingk ah laku sema sa prose s p embel ajaran adala h k eran a

    wujudnya perhubungan rangsangan (s t imul i ) dengan t indak balas ( respon)

    organisma. Berasaskan perlaziman (conditioning), perkaitan rangsangan dan tindak

    balas akan membentuk sesuatu perhubungan baru. Apabi la t indak balas

    terhadap sesuatu rangsangan wujud maka proses pembelajaran boleh dimulakan. Proses

    pembelajaran ini akan diteruskan apabila unsur motivasi diselitkan. Selain itu penekanan

    terhadap ganjaran juga dirumuskan di dalam teori behaviorisme ini. Mereka berpendapat bahawa ganjaran

    dapat menggalakkan individu manakala denda menghalang individu daripadamelakukannya.

    Teor i Pe laziman Oper an (B .F . Sk i nn er (1904 - 1990 )

    B. F. Skinner merupakan antara tokoh behaviorisme yang terkenal. Diantara proses dalam

    teori pelaziman Operan ialah :-

    1. Pengukuhan Posi t i f Pengukuhan positif ialah memberikan suatu ganjaran setelah perlakuan itu

    ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Sebagai

    contoh, Muhammad Shahrul membuat latihan atau melakukan aktiviti dan jika murid ini

    membuat dengan kesungguhan dan memperoleh jawapan yang betul

    guru akan memberi ganjaran dalam bentuk token seperti bintang atau pun yang

    berbentuk pujian kepada murid. Dalam jangka masa panja ng, i a akan

    menarik minat pelajar untuk membuat sesuatu kerja atau aktiviti yang guru

  • 8/12/2019 HBEF3503-T1A2

    18/21

    780405115069001 EPIC OUM

    18

    beri dengan bersungguh-sungguh. Secara tidak langsung akan mempertingkatkan

    kemahirannya dalam pembelajaran.

    2. Pengukuhan Negat i f Pengukuhan negatif ialah ransangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang

    diberikan setelah tingkah laku yang kurang elok ditunjukkan. Seperti contoh, jika

    Mohamad Shahrul melakukan kesilapan seperti mengganggu rakan-rakan atau membuat bising didalam kelas, guru akan menegur secara baik dan melakukan sedikit denda seperti

    menolak markahnya dalam sistem token ekonomi atau melakukan kerja rumahyang lebih

    berbanding rakan-rakannya yang lain. Dendaan adalah satu proses atau ta ta cara untuk

    melemahkan atau mengurangkan murid dari berulangnya tingkah laku yangtidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negatif yang membawa

    pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut. Dendaan ini terbahagi

    kepada dua iaitu:-

    i. Dendaan Persembahan - dendaan persembahan berlaku apabila sesuatu ransanganmenyebabkan berlakunya perubahan dalam tingkah laku diri pelajar tersebut.

    Dendaan ini tidak melibatkan fizikal, tetapi dapat me n a k u t k a n p e l a j a r .

    J i ka M ur i d i n i m e l a ku ka n k es a l a ha n s ep e r t i melakukan bising

    dan mengganggu proses pembelajaran, guru akan menegur murid dan jika

    teguran tidak berjaya, dendaan seperti menghafal sifir di depan rakan-rakan

    berulang kali sehingga berjaya kuasai si fi r tersebut. Ini sekurang-kurang

    menimbulkan keserikan kepada murid dan dalam masa yang sama, murid ini

    membantu dirinya dan rakannya dalampembelajaran menghafal sifir.

    ii. Dendaan penyingkiran - dendaan penyingkiran berkaitan dengan penyingkiranransangan. Sebagai contoh dendaan dijalankan dengan tidak

    m e m b e n a r k a n m u r i d t e r l i b a t d e n g a n a k t i v i t i p e r m a i n a n

    yang dijalankan. Mohamad Shahrul di dalam kelas sememangnya suka

    untuk menganggu murid lain. Oleh itu, guru akan menarik sistem

    tokennya kembali dan tidak membenarkan murid untuk terlibat dalam aktivit

    yang di jalankan. Sebagai gantinya, guru memberi latihan kepada murid. Tindakan ini

    sekurang-kurangnya memberi keserikan kepada murid kerana tidak boleh bermain

    seperti rakan-rakan lain.

  • 8/12/2019 HBEF3503-T1A2

    19/21

    780405115069001 EPIC OUM

    19

    T e o r i P e r i k a t a n A t a u T e o r i R a n s a n g a n d a n G e r a k B a l a s

    ( E d w a r d L ee Thorndike)

    Menurut Thorndike manusia belajar menggunakan kaedah cuba dan

    r al at . M a n a k a l a m o t i v a s i , g a n j a r a n d a n d e n d a m e r u p a k a n d u a f a k t o r

    p e n t i n g d a l a m membantu dalam pembelajaran manusia . Selain itu juga,

    pembelajaran manusia berlaku mengikut hubungan antara ransangan dan gerak

    balas. Dalam hukum pembelajaran Thorndike telah memperkenalkan tiga hukum iaitu:-

    i. H u k u m K e s e d i a a n - d i m a n a p e l a j a r b e r s e d i a s e b e l u mb e l a j a r . I n i a m a t pent ing sebagai ransangan kepada pe lajar untuk

    menumpukan dalam pembelajaran yang akan diajar oleh guru. Di dalam kelas

    pemulihan, set induksi merupakan satu ransangan kepada pelajar . Jika induksi

    yangmenarik dan memikat hati murid akan menjadikan sesuatu pembelajaran lebih

    menarik. Murid seperti Mohamad Shahrul memerlukan ransangan yang boleh

    memotivasikan dirinya sebelum belajar.

    ii. H u k u m L a t i h a n - P e r t a l i a n a n t a r a r a n s a n g a n d a n g e r a kb a l a s a k a n bertambah kukuh jika latihan, aplikasi serta aktiviti pengukuhan

    diberikan. D i da l a m p en ga j a r a n b e r k um pu l a n ya ng d i am al ka n

    semasa ke las pemul ihan sa lah sa tu dar i ak t iv i t i pengajaran yang

    diamalkan adalah melalui pengukuhan. Mohamad Amirul juga seper t i

    murid-murid lain memerlukan banyak latihan serta pengukuhan bagi memastikan

    setiap isi pelajaran yang diajar tidak dilupakan.

    iii. H u k u m K e s a n - P e r t a l i a n a n t a r a r a n s a n g a n d a ng e r a k b a l a s a k a n bertambah kukuh jika dapat kesan pengalaman yang

    menyeronokkan dan ge ra k b al as in i a ka n d iu la ng . M an ak al a, ji ka ke sa n

    pengalaman i tu menyakitkan, gerak balas tersebut akan lenyap. Ini adalah

    melibatkan ganjaran dan denda. Jika gerak balas yang dilakukan adalah

    bersifat kebaikan, guru akan memuji dan memberi ganjaran dalam bentuk token atau

    benda. Tetapi jika gerak balas yang diberi adalah sebaliknya denda akan dikenakan.

  • 8/12/2019 HBEF3503-T1A2

    20/21

    780405115069001 EPIC OUM

    20

    K e s i m p u l a n

    Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan, murid yang dikaji iaitu MohamadAmirul

    bukan seorang murid yang tidak boleh dibentuk, tetapi murid ini memerlukan sedikit perhatian

    untuk dipulihkan. Perhatian dalam konteks ini bukan sahaja di kelas dan sekolah tetapi

    juga mel ibatkan Ibu bapa dirumah. Perhat ian yang d iberikan sekurang-

    kurangnya akan membantu murid ini dalam menguasai kemahiran dalam membaca

    dan tidak lagi ketinggalan di dalam pembelajaran yang dibawa di dalam kelas.

    G u r u j u g a t i d a k s e h a r u s n y a p u t u s a s a d a l a m m e m b a n t u p e l a j a r d a l a m

    memperbaiki kelemahan yang terdapat di dalam diri murid ini. Jika dilihat dari permulaan saya

    mengenali murid ini, banyak kelemahan yang dihadapi seperti tidak boleh membatang suku kata

    serta menghadapi masalah dalam mengeja perkataan yang diberi oleh guru. Selain itu murid juga kerapkali tidak hadir ke sekolah. Tetapi setelah beberapa langkah diperkenalkan seperti sistem token

    ekonomidi pamerkan, ianya menarik dan merubah sikap pelajar ini yang kerap tidak hadir

    kesekolah. Selain itu, murid ini menunjukkan kesungguhan dalam setiap pembelajaran yang

    diberikan oleh guru. Murid juga mula mengenal dan boleh membunyikan suku kata

    yang melibatkan terbuka dan tertutup. Dalam membantu memulihkan murid ini, bukan

    hanya terletak pada guru pemulihan sahaja, tetapi ianya harus melibatkan pelbagai pihak

    seperti guru-guru lain serta ahli keluarga murid ini seperti kakak yang membantunya dalam menyiapkan

    kerja sekolah yang diberikan oleh guru serta perhatian yang diberikan oleh ibubapa kepada murid

    ini. Walaupun Mohamad Shahrul tergolong dalam golongan murid yang lemah dalam

    pembelajaran, murid ini tidak harus dipinggirkan dan sepatutnya mener ima pelajaran

    sama seperti murid-murid lain.

  • 8/12/2019 HBEF3503-T1A2

    21/21

    780405115069001 EPIC OUM

    21

    Bibliografi

    Abdul Mutalib Mohd Zain. (1994). Panduan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif ke Arah

    Pengisian Wawasan Pendidikan untuk semua. Bahagian Sekolah. Kuala Lumpur:

    Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Abdul Rahim Selamat. (1994). Strategi-strategi bagi pelaksanaan Pendidikan Inklusif. Bengkel

    Kebangsaan Pertama Pendidikan Inklusif. Seaview Hotel Langkawi

    Ang Huat Bin. (1999).Konsep dan Kaedah Pengajaran dengan Penekanan Pendidikan Inklusif.

    Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

    Azrina Abdul Majid. (200). Persepsi guru khas dan guru biasa terhadap Hubungan SosialisasiMurid Khas dengan Murid Normal di dalam Program Program Integrasi. Latihan Ilmiah

    yang tidak diterbitkan, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Robertson, K., Chamberlain, .B & Kasari, C. (2003). General Education Teacher's Relationships

    with Included Students with Autism. Journal of Autism and Development Disorder,

    33(2).

    Rohaty Mohd Majzub. (1996). Sikap Guru Besar atau Pengetua Terhadap PengintergrasianKanak-kanak dengan Keperluan Khas.Jurnal Pendidikan, 21,33-50

    Saravanan A/L Veeramuthu. (1997). Kajian terhadap pelaksanaan sebuah kelas inklusif di

    sekolah rendah. Tesis Masters yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

    Zaleha Tambi Adam. (1997). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanak-kanak Khas

    Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Tesis Masters yang

    diterbitkan, Kuala Lumpur: University Malaya.