hbef2803

13
1.0 Pengenalan Hari Krismas merupakan perayaan kebudayaan yang berunsur keduniaan. Perayaan Hari Krismas juga dikenali sebagai Hari Natal iaitu perayaan besar bagi penganut agama Kristian untuk merayakan hari kelahiran Yesus. Perayaan ini disambut setiap tahun pada 25 Disember. Tarikh Hari Krismas ditetapkan oleh pendeta bangsa Scythian iaitu ahli nujum bernama Dionzysius Eziguus. Perayaan ini bukan sahaja disambut oleh penganut Kristian, bahkan juga oleh ramai orang yang bukan penganut agam Kristian. 1.1 Latar belakang Perayaan Hari Krismas berasal dari ajaran Gereja Kristian Roman Katholik bukan dari ajaran Bible. Menurut ajaran Bible, Yesus tidak pernah memerintah para muridnya untuk menyelenggarakannya. Perayaan yang masuk dalam ajaran Kristian Roman Katholik pada abad ke-4 adalah berasal dari upacara adat masyarakat penyembah berhala. Merunut Kitab Bible Perjanjian Baru, Yesus dilahirkan oleh Maria (Virgin Mary) di Jurusalem. Penganut Kristian mempercayai bahawa kelahiran Yesus ini menepati ramalan-ramalan agma Yahudi mengenai kedatangan seorang penyelamat (Messiah) dari susur galur Raja 1

Upload: stella-teo

Post on 11-Aug-2015

193 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

hbef2803

TRANSCRIPT

Page 1: HBEF2803

1.0 Pengenalan

Hari Krismas merupakan perayaan kebudayaan yang berunsur keduniaan.

Perayaan Hari Krismas juga dikenali sebagai Hari Natal iaitu perayaan besar bagi

penganut agama Kristian untuk merayakan hari kelahiran Yesus. Perayaan ini

disambut setiap tahun pada 25 Disember. Tarikh Hari Krismas ditetapkan oleh

pendeta bangsa Scythian iaitu ahli nujum bernama Dionzysius Eziguus. Perayaan ini

bukan sahaja disambut oleh penganut Kristian, bahkan juga oleh ramai orang yang

bukan penganut agam Kristian.

1.1 Latar belakang

Perayaan Hari Krismas berasal dari ajaran Gereja Kristian Roman

Katholik bukan dari ajaran Bible. Menurut ajaran Bible, Yesus tidak

pernah memerintah para muridnya untuk menyelenggarakannya.

Perayaan yang masuk dalam ajaran Kristian Roman Katholik pada

abad ke-4 adalah berasal dari upacara adat masyarakat penyembah

berhala.

Merunut Kitab Bible Perjanjian Baru, Yesus dilahirkan oleh

Maria (Virgin Mary) di Jurusalem. Penganut Kristian mempercayai

bahawa kelahiran Yesus ini menepati ramalan-ramalan agma Yahudi

mengenai kedatangan seorang penyelamat (Messiah) dari susur galur

Raja David, yang kedatangannyaadalah untuk menebus manusia dari

dosa-dosa Adam (original sin).

Sarjana Kristian menyatakan bahawa tahun sebenar kelahiran

Jesus ialah pada 6 atau 7 sebelum masehi. Yesus bukan lahir pada

bulan December sebab masa itu merupakan musim dingin. Injil Lukas

2:11 menceritakan suasana di saat kelahiran Yesus sebagai berikut:

“Di daerah itu ada gembala-gembala yang tinggal di padang menjaga

kawanan ternak mereka pada waktu malam. Tiba-tiba berdirilah

seorang malaikat Tuhan di dekat mereka dan kemuliaan Tuhan

bersinar meliputi mereka dan mereka sangat ketakutan.. Lalu kata

malaikat itu kepada mereka: “Jangan takut, sebab sesungguhnya aku

memberitakan kepadamu kesukaan besar untuk seluruh bangsa: Hari

ini telah lahir bagimu Juruselamat, iaitu Kristus, di kota Daud.”

1

Page 2: HBEF2803

Menurut almanac Yulius, tarikh 25 Disember sebenarnya

tarikh lahir matahari Dewa Mithra. Maka terdapat beberapa gereja

(Gereja Ortodoks, Gereja Katholik dan gereja-gereja Timur yang lain)

dan Negara (Mesir – Egypt), Habsyah – Etiophia, Rusia dan

sebagainya) menyembutnya pada 7 Januari disebabkan mengikuti

kalender yang berlainan (kalender Julius berbanding kalender

Gregory).

Encyclopedia Americana terbitan tahun 1944 menyatakan

sebagai berikut:

“Menurut para ahli, pada abad-abad permulaan, Natal tidak pernah

dirayakan oleh penganut Kristian. Pada umunya, penganut Kristian

hanya merayakan hari kematian Yesus. Perayaan Natal yang dianggap

sebagai hari kelahiran Yesus, mulai diresmikan pada abad kelima,

Gereja Barat memerintah kepada penganut Kristian untuk merayakan

hari kelahiran Yesus, yang diambil dari hari pesta bangsa Roman yang

merayakan hari “Kelahiran Dewa Matahari.”

Catholic Encyclopedia Edisi 1911 menggambarkan bahawa

perayaan Krismas tidak berasal daripada Palestin tetapi daripada Mesir

yang dipengaruhi pleh ajaran paganism. Sejak agama Kristian

berkembang pesat, para pemeluknya dikejar dan disiksa oleh penguasa

Romawi. Setelah Konstantin naik tahta menjadi kaisar, kemudian

memeluk agama Kristian pada abad ke-4 masehi dan menetapkan

agama sejajar dengan agama kafir Roma.

New Schaff-Herzog Encyclopedia of Religious Knowledge

menjelaskan bahawa kaisar Konstantin tetap merayakan hari “Sunday”

sebagai hari kelahiran Dewa Matahari. Pengaruh kepercayaan kafir

Manichaeisme yang menyamakan Anak Tuhan (Yesus) identik dengan

Matahari, yang kemudian pada abad ke-4 Masehi kepercayaan itu

masuk dalam agama Kristian. Sehingga perayaan hari kelahiran Sun-

god (Dewa Matahari) yang jatuh pada tanggal 25 Desember,

dirasmikan menjadi hari kelahiran Son of God (Anak Tuhan – Yesus).

2

Page 3: HBEF2803

Demikianlah asal usul “Christmas – Natal” yang dilestarikan oleh

dunia Barat sampai sekarang.

2.0 Persiapan sambutan dan amalan perayaan

2.1 Sebelum Perayaan

Masyarakat Kristian yang membentuk 7% populasi mengamalkan

“advent” iaitu selang masa empat minggu sebelum Hari Krismas diisi

dengan bacaan doa, membaca Bible dan berpuasa.

Di Gereja Roman Katholik pula, terdapat upacara membakar

lima batang lilin yang mewakili lima minggu sebelum Hari Krismas.

Setiap lilin berwarna berlainan dan membawa maksud tertentu. Lilin

pertama bermarna lilin berharapan, lilin kedua bermakna keamanan,

lilin ketiga bermakna kegembiraan dan lilin keempat ialah kecintaan.

Apabila Hari Krismas semakin hampir, rumah-rumah dihias

indah dengan poko Krismas, kad ucapan diedarkan dan lagu-lagu

perayaan dimainkan berulang kali. Terdapat juga hadiah yang terletak

dibawa pokok Krismas.

Penganut Kristian Negara barat akan menggantungkan kaos

kaki di dinding dekat ruang perapian supaya keesokkan hari kaos kaki

tersebut penuh dengan hadiah. Hal ini disebabkan menurut cerita orang

tua, hadiah Krismas adalah dibawa oleh Santa Clause yang telah

datang di malam Natal, melalui cerobong asap perapian.

Pada 24 Disember iaitu sebelum Hari Krismas, hari tersebut

dinamakan malam Krismas juga dipanggil Nochebueno atau “Malam

yang Baik”. Pada malam Krismas, secara tradisinya masyarakat akan

menyiapkan persiapan akhir. Kumpulan koir akan menyanyi di gereja

atau dari pintu ke pintu. Apabila tiba tengah malam, keluarga akan

berkumpul makan bersama.

2.2 Semasa Perayaan

Sambutan Hari Krismas sangat penting bagi gereja, iaitu sewaktu

untuk mengadakan upacara atau majlis sambutan istimewa.

Kebanyakan gereja mengamalkan adat memaparkan babak kelahiran

Yesus. Aktiviti ini dimulai oleh St. Francis dari Asissi pada abad ke-

3

Page 4: HBEF2803

13. Tradisi ini berasal dari Itali dan diperluaskan ke banyak Negara

lain. Babak kelahiran ini dipaparkan dalam bentuk patung sebesar saiz

manusia, ataupun sekecil kotak mancis. Biasanya diperbuat daripada

kayu, tembikar, kertas, kain, jerami dan logam yang berwarna-warni.

Selain itu, penganut Kristian juga akan bersembayang di gereja

pada awal pagi. Mereka akan membaca Kitab yang menceritakan kisah

kelahiran Yesus yang terkandung di dalam Kitab Bible, di samping

bacaan-bacaan suci lain yang mengisahkan tentang bahaya kerakusan

hawa nafsu manusia dan mengenai datangnya Penyelamat yang telah

dijanjikan oleh Tuhan kepada bangsa manusia.

Di samping itu, kebanyakan gereja juga akan mengamalkan

upacara nyanyian karol yang dipersembahkan di dalam suasana

nyalaan lilin.

Adat resam moden pula merayakan Krismas dengan pemberian

hadiah, menukar hadiah dan peragaan pelbagai hiasan, termasuk pokok

Krismas, lampu berwarna-warni, duan mistletoe, holi atau lakonan

semula kelahiran Jesus. Santa Claus merupakan tokoh mitos terkenal

yang sering kaitkan dengan adat memberi hadiah sempena Hari

Krismas.

3.0 Sajian perayaan

Perayaan dan makanan dua perkara yang kerap bersatu ibarat isi dan kuku.

Selain Santa Claus dan hiasan pokok Krismas, pelbagai sajian tradisi Krismas akan di

sediakan oleh penganut Kristian.

3.1 Tradisi Makanan

Biskut Krismas

Biskut Krismas ialah makanan yang tidak boleh dikecualikan. Biskut

Krismas boleh dalam pelbagai rasa, warna, rupa dan bentuk. Sejarah

Biskut Krismas bermula sejak 10,000 tahun lalu apabila petani

Neolithic suka menyediakan makanan mereka dengan kaedah

membakar. Gandum yang dibentuk sebagai doh akan dibakar di atas

batu panas. Resipi asal biskut Krismas bermula pada zaman

pertengahan Eropah Lebkuchen atau ginger bread dikatakan biskut

4

Page 5: HBEF2803

atau kek pertama yang secara tradisinya dikaitkan dengan Krismas.

Amalan membuat biskut Krismas telah disebar di seluruh dunia.

Ayam belanda panggan

Ayam belanda panggang juga akan disediakan semasa meriah perayaan

Hari Krismas. Penganut Kristian akan menggunakan ayam belanda

yang semula jadi bersaiz besar. Bagi msyarakat Kristian, semakin

besar hidangan disediakan, maka ia bermakna semakin meriah Hari

Krismas disambutkan. Pada kurun ke-16, ayam belanda menjadi

hidangan pilihan semasa Hari Krismas di Eropah. Ia hanya

dihidangkan dalam keluarga bangsawan yang kaya. Sehingga hari ini,

kelazatan tersebut boleh dirasai oleh ramai orang.

Kek Buah

Kek buah adalah hidangan istimewa masyarakat British. Pada kurun

ke-13, buah-buah kering telah dibawa ke Britian dari Portugal dan

timur Mediterranean. Kek ini dihidangkan pada setiap perayaan

semenjak awal kurun ke-18. Kek buah menjadi salah satu hidangan

yang menarik pada Hari Krismas

Gula-gula

Beratus tahun dahulu gula gangat mahal. Ia adalah hidangan istimewa

terutamanya pada Hari Krismas. Hal ini disebabkan gula-gula pada

zaman dahulu boleh dibuat untuk tujuan perubatan. Konsep ini dibawa

oleh pakar perubatan Islam. Gula yang digunakan secara tidak ketara

dalam perubatan oleh bangsa Arab memberikan idea kepada orang

Eropah tentang kebaikan yang rersembunyi pada gula.

3.2 Tradisi makanan ikut Negara

Tidak semestinya setiap hidangan tradisi akan disedia semasa malam

natal, malah ia bergantung kepada setiap Negara. Setiap Negara

memiliki khas hidangan makan malam dan tradisi menjelang Natal,

iaitu:

5

Page 6: HBEF2803

Eropah Timur

Di Wilayah Persemakmuran bekas Polandia-lithuania, dua belas

hidangan ritual tidak menggunakan bahan dasar atau utama daging

disajikan pada Malam Natal. Hal ini disebabkan musim tersebut adalah

waktunya berpuasa, sampai hari terakhirnya adalah pada tanggal 24

Disember.

Finlandia

“Meja Natal” adalah nama meja majan tradisional yang dipersiapkan

saat Natal di Finlandia. Meja ini mengandungi pelbagai jenis hidangan.

Hidangan utama biasanya adalah daging babi Natal yang besar, yang

dimakan dengan moster atau roti bersamaan dengan hidangan lain.

Ikan juga disajika. Minuman tradisionalnya ialah anggur beralkohol

atau tidak beralkohol yang dihangatkan dengan bumbu.

Kanada

Makan malam Natal tradisionalnya adalah kalkun isi, kentang yang

dilembekkan, kuah daging, saus cranberry, sayur-sayuran dan pudding

kismis untuk pencuci mulutnya. Eggnog minuman telur kopyor yang

sering kali dimasukkan dengan alcohol akan dihidangkan.

Filipina

Natal dirayakan dengan meriah dari beberapa minggu sebelumnya. Hal

ini ditunjukkan dengan diadakannya misa khusus sejak tanggal 16

hingga 24 Desember pagi.  Misa ini disebut dengan "Misa de Gallo",

dan seusai misa biasanya disediakan berbagai makanan khas daerah

yang terbuat dari beras. Malam harinya, setelah misa tengah malam,

para keluarga Filipina berkumpul untuk menikmati makan malam

bersama. Menunya pun cukup mengundang selera, mulai dari babi

panggang utuh, daging asap, sampai aneka keju. Ini adalah saat di

mana keluarga berkumpul untuk memohon kesihatan dan keselamatan

bagi setiap orang sekaligus saling bertukar hadiah.

Australia

6

Page 7: HBEF2803

Natal jatuh pada saat musim panas, oleh itu biasanya menu yang

disajikan sebagai makan siang di hari Natal adalah kalkun, ayam, dan

ham yang biasanya dalam keadaan dingin. Untuk menu penutupnya,

mereka biasa menyantap Pavlova yang terdiri dari buah berry di

atas meringue panggang.

Rusia

Sebagai Negara yang mayoritas penduduknya menganut agama

Kristian Ortodoks, Rusia merayakan Hari Krismas pada tanggal 7

Januari. Bukan hanya perbedaan tanggalnya yang unik umat Kristian

Ortodoks juga memiliki tradisi yang berbeda dalam merayakan Hari

Krismas. Mereka biasanya menyajikan hidangan khusus berupa

makanan tradisional Rusia seperti buah prem, kubis fermentasi serta

bawang goreng dengan jamur. Selain itu, terdapat juga hidangan

Krismas lain seperti pie dan pangsit daging akan dihidangkan.

4.0 Kesan perayaan

4.1 Kesan perayaan kepada masyarakat

Perayaan Hari Krismas menjadi masyarakat Malaysia yang terdiri

daripada pelbagai bangsa bersatu dalam meraikan perayaan ini.

Semasa menyambut perayaan, penganut Kristian akan menjemput

jiran-jiran berdekatan, teman-teman keluarga dan sahabat keluarga

datang ke rumah mereka. Dengan berkongsi juadah dan sambutan

perayaan ini, mereka dapat merealisasikan Motto Negara iaitu Konsep

Satu Malaysia. Perayaan ini juga membuktikan rakyat Malaysia yang

berbilang kaum dapat hidup dan rukun serta damai dalam satu negara.

4.2 Kesan perayaan kepada negara

Perayaan Hari Krismas merupakan perayaan yang disambut oleh

global. Oleh kerana pemberian hadiah dan beberapa aspek lain

perayaan ini melibatkan peningkatan kegiatan ekonomi antara orang

Kristian dan bukan Kristian, maka Hari Krismas menjadi menjadi

peristiwa utama bagi kebanyakan penggiat sektor peruncitan.

7

Page 8: HBEF2803

Rujukan

Asal-usul Natal. Retrieved November 12, 2012, from the World Wide Web: http://media.isnet.org/kristen/Natal/AsalNatal.html

Asal-usul Perayaan Krismas. Retrieved November 12, 2012, from the World Wide Web: http://voyagetodestiny-ns2.blogspot.com/2009/12/krismas.html

Asal-usul Penetapan 25 Desember sebagai Hari Natal. Retrieved November 12, 2012, from the World Wide Web: http://yakomapgi.org/asal-usul-penetapan-25-desember-sebagai-hari-natal

Ayam belanda lengkapkan aroma Krismas. Retrieved November 12, 2012, from the World Wide Web: http://www.jpvpk.gov.my/html/news/archives/Malay/ Dis04%2017f.htm

Krismas. Retrieved November 12, 2012, from the World Wide Web: http://ms.wikipedia.org/wiki/Krismas

5 Makan Malam Natal & Tradisi Pra-Natal di Dunia. Retrieved November 12, 2012, from the World Wide Web: http://uniknya.com/2011/12/24/5-makan-malam-natal-tradisi-pra-natal-di-dunia/

Sajian Krismas. Retrieved November 12, 2012, from the World Wide Web: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1225&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_03.htm#ixzz2DBZ490Dl 

Sejarah Hari Krismas. Retrieved November 12, 2012, from the World Wide Web: http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Hari_Krismas

Sejarah Natal. Retrieved November 12, 2012, from the World Wide Web: http://artikeljogja.tripod.com/natal/yesus4.htm

Sejarah Sebenar Hari Natal. Retrieved November 12, 2012, from the World Wide Web: http://aman.smskb.edu.my/?p=897

8