hbae3103 amy ting

19
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SMP KHAS JANUARI / 2014 HBAE3103 KRAF TRADISIONAL NAMA : AMY TING CHIEW YIN NO MATRIKULASI : 800709135160001 NO KAD PENGENALAN : 800709135160 NAMA TUTOR : EN. ZULKANAIN BIN HUSSEN NO TELEFON : 0168737113 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : SIBU LEARNING CENTE 1

Upload: sammin-yhesam

Post on 05-Feb-2016

231 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kerja seni

TRANSCRIPT

Page 1: Hbae3103 Amy Ting

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SMP KHAS JANUARI / 2014

HBAE3103

KRAF TRADISIONAL

NAMA : AMY TING CHIEW YIN

NO MATRIKULASI : 800709135160001

NO KAD PENGENALAN : 800709135160

NAMA TUTOR : EN. ZULKANAIN BIN HUSSEN

NO TELEFON : 0168737113

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : SIBU LEARNING CENTE

1

Page 2: Hbae3103 Amy Ting

1.0 Pengenalan

Seperti mana yang telah diterangkan oleh Farish Noor & Eddin Khoo (2003), kraf boleh

didefinisikan sebagai suatu item yang mana dihasilkan oleh seseorang individu dengan

menggunakan kemahiran tangan mreka tanpa ataupun dengan menggunakan peralatan yang

mudah sahaja. Secara lazimnya, Frishman, M & Hasan-uddin Khan (ed). (2002) juga

menerangkan bahawa seni kraf tangan ini cenderung untuk diwarisi sejak turun temurun dari

satu generasi ke generasi yang lain.

Pada masa yang sama, pandangan yang mana telah dikemukakan oleh Halim Nasir (1987)

juga menunjukkan bahawa penghasilan seni kraf tradisional ini adalah sangat memerlukan

kemahiran tangan yang mana mengambil masa yang panjang untuk mempelajari kemahiran

tersebut. Pada kebiasaanya, kemahiran ini akan diwarisi oleh generasi sebelum ini ke generasi

muda yang akan datang. Contoh karya seni kraf tangan yang dimaksudkan ini adlah

termasuklah anyaman, tenunan, batik, tembikar, wau, gasing perhiasan diri, ukiran kayu dan

lain – lain. Dalam pada itu, pandangan yang telah dikemukakan oleh Mackenzie, Donald A.,

(1926) juga menunjukkan bahawa kraf tradisional yang mana dihasilkan ini merupakan

elemen yang penting untuk mencerminkan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek

moyang kita. Semua kebudayaan ini dapat dicerminkan melalui reka bentuk, warna, garisan

dan juga gaya yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu karya tradisional tersebut..

Di samping itu, Mahmud Yusuf Li Hua Yen (1995) juga berpendapat bahawa kraf tangan yang

telah direkakan dan dihasilkan dalam masyarakat Melayu tempatan mempunyai hubungan

yang sangat penting dan rapat dengan kebudayaan bangsa Melayu serta kesenian Islam

terseut. Ini boleh ditunjukkan dalam pelbagai proses untuk penghasilan sesuatu kraf

tradisional. Antara proses yang dimaksudkan adalah termasuklah proses penggarapan,

pentafsiran, dan pemberian suatu kepuasan dalam pembuatan kesenian telah menambahkan

keanekaragaman dalam suatu hasil karya seni tersebut. Akhirnya, Mohamed Najib bin Ahmad

Dawa. (1995) juga mengatakan bahawa ajaran dalam agama Islam merupakan suatu

pengaruh yang cukup penting serta signifikan dalam penghasilan karya kraf tradisional untuk

bangsa Melayu di Malaysia. Ia boleh dibuktikan dengan pelbagai motif dan corak yang

berasaskan kesenian Islam yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu karya kraf tradisional

Melayu tersebut.

2

Page 3: Hbae3103 Amy Ting

2.0 Konsep Islam dalam Kehidupan Masyarakat Melayu

Seperti mana yang telah diterangkan oleh Mohamed Najib bin Ahmad Dawa. (1995), kraf

Melayu merupakan suatu hasil karya seni yang mana menggunakan pelbagai unsur yang

wujud dala persekitaran kepada rupa bentuk seni. Sebagai contoh, unsur flora dan bunga –

bungaan merupakan antara elemen yang selalunya digunakan oleh seniwan di dalam negara

ini untuk menghasilkan pelbagai jeins kraf tradisional Melayu seperti batik dan juga kain

sarung. Sesungguhnya, Mohd Sabrizaa Abd Rashid (2007) juga bersetuju akan kenyataan ini

di mana beliau telah mengatakan bahawa kraf Melayu yang dihasilkan dalam masyarakat

bangsa Melayu adalah unik dan berbeza dengan kraf seni yang telah dihasilkan oleh bangsa –

bangsa yang lain di dalam negara ini. Semua ini adalah berikutan seni kebudayaan yang

berbeza untuk bangsa yang berbeza.

Selain daripada itu, penerangan yang telah disumbangkan oleh Norhaiza Noordin (2005)

telah membuktikan bahawa terdapat hubungan yang sangat erat wujud di antara orang

Melayu dan juga kesenian Islam dalam usaha menghasilkan suatu kraf tangan yang unik dan

istimewa. Beliau telah memberikan contoh di mana tulisan al Quran yang telah digunakan

sebagai sumber motif untuk menghasilkan pelbagai jenis karya ukiran kayu yang menarik

dalam masyarakat Melayu di dalam negara Malaysia ini. Sesungguhnya, pandangan yang

telah dikemukakan oleh Zulkifli Hanafi (2000) telah menunjukkan bahawa kebanyakan motif

yang digunakan oleh seniwan tempatan adalah sejajar dengan ajaran agama Islam. Sebagai

contoh, semua motif yang digunakan untuk menghasilkan karya Melayu seperti gasing

perhiasan adalah tidak berdasarkan figura manusia ataupun binatang. Ini adalah figura

binatang dan manusia tidak dibenarkan untuk dijadikan sebagai motif dalam karya seni

sebagaimana yang ditetapkan dalam ajaran agama Islam.

Dalam pada itu, Mahmud Yusuf Li Hua Yen (1995) juga menerangkan bahawa keistimewaan

untuk hasil kraf tangan Melayu dapat ditunjukkan dengan lebih nyata dan jelas lagi melalui

proses penggarapan motif yang mana berdasarkan pelbaagi subjek yang relevan dengan alam

semula jadi seperti arabes, flora, dan geometri. Contohnya, kebanyakan batik yang dihasilkan

dalam masyarakat Melayu adalah cenderung untuk menggunakan bunga dan flora sebagai

3

Page 4: Hbae3103 Amy Ting

motif yang utama dan ia telah menunjukkan keunikan serta keistimewaan karya seni kraf

tangan Melayu dalam negara ini.

Seperti mana yang sedia diketahui, unsur ajaran Islam merupakan suatu unsur yang begitu

penting untuk mempengaruhi corak dan motif seni karya kraf tangan yang dihasilkan dalam

masyarakat Melayu tempatan. Ini turut dipersetujui oleh Norhaiza Noordin (2005) di mana

beliau telah menjelaskan bahawa salah satu contoh di mana membuktikan pengaruh ajaran

Islam dalam karya seni kraf tangan Melayu ialah motif yang digunakan sebagai sumber idea

untuk menghasilkan karya kraf tangan ini adalah tidak menggunakan figura manusia ataupun

binatang. Ini adalah kerana ia adalah bertentangan dengan ajaran dalam agama Islam dalam

msyarakat Melayu tempatan ini. Walau bagaimanapun, sekiranya mereka yang masih ingin

mendapatkan idea daripada figura fauna, mereka boleh menggunakan kreativiti mereka untuk

melakukan pengubahsuaian ke atas figura tersebut supaya ia tidak kelihatan secara jelas

merupakan suatu bentuk manusia ataupun binatang tersebut. Oleh yang demikian, ia jelas

menunjukkan hubungan yang erat di antara ajaran agama Islam dengan kesenian Melayu

dalam masyarakat Malaysia ini.

Pada masa yang sama, pelbagai ciri – ciri kesenian Islam yang menarik juga boleh

ditunjukkan dalam hasil karya Melayu. Antaranya ialah penggunaan motif yang berulang,

unsur geometri dan juga penggunaan arabes yang sesuai. Sesungguhnya, Farish Noor &

Eddin Khoo (2003) telah menerangkan bahawa motif arabes yang digunakan dalam seni kraf

Melayu adalah suatu motif yang mana berdasarkan pengaruh Arab. Pada kebiasaannya, motif

arabes in iakan digunakan untuk menghasikan seni hiasan yang mana terdapat pada yangga

masjid Hadhari, dan Jertih. Seni hiasan yang mempunyai corak yang berulang dan

ketidakhinggaan ini telah mencerminkan kepercayaan penganut agama Islam bahawa Allah

SWT adalah bermaha ehsa dan mempunyai kuasa yang ketidakhinggaan tersebut.

4

Page 5: Hbae3103 Amy Ting

3.0 Analisis Perbincangan Ciri – Ciri Falsafah Melayu dan Kesenian Melayu

Pada asasnya, kesenian Islam merupakan suatu unsur sangat penting untuk memberikan

kesan yang mendalam terhadap rekaan dan penghasilan seni kraf tangan Melayu di dalam

negara Malaysia. Contohnya, seni kraf tangan Melayu seperti tembikar, tenunan, anyaman,

batik, kain sarung dan sebagainya adalah dihasilkan berdasarkan motif yang berunsurkan

kesenian Islam seperti tulisan tulisan Al-Quran, Arabes dan sebagainya. Oleh yang demikian,

perbincangan dalam bahagian kertas ini akan bertumpu perhatian terhadap hasil analisis yang

mana dilakukan terhadap ciri – ciri Falsafah Melayu dan juga kesenian Melayu yang relevan.

(A) Proses Penggarapan Idea

Untuk proses penggarapan idea, Farish Noor & Eddin Khoo (2003) telah menerangkan

bahawa seluruh proses penggarapan motif untuk menghasilkan karya kraf tangan Melayu

seperti batik Melayu yang mana menggunakan motif arabes, geometri, dan juga flora sebagai

inspirasi untuk penghasilan seni karya tersebut. Sesungguhnya, semua motif ini adalah sejajar

dan tidak bercanggahan dengan ajaran dalam agama Islam yang sedia ada di mana semua

motif yang diterangkan ini adalah lebih cenderung kepada sesuatu yang positif, membina,

lembut dan juga menunjukkan kebaikan serta maha ehsa Tuhan seperti mana yang ditekankan

dalam agama Islam dalam masyarakat Melayu tersebut.

Rajah 1.0 Contoh Ukiran Kayu

5

Page 6: Hbae3103 Amy Ting

Seperti mana yang telah ditunjukkan dalam rajah 1.0 di atas, ia merupakan suatu ukiran kayu

yang mana dihasilkan berdasarkan motif dan corak tulisan al Quran. Pada masa yang sama,

tulisan dan corak yang digunakan untuk menghasilkan ukiran kayu ini adalah berpola

geometrid an juga berulang serta mengembang ke semua arah tanpa penghujungnya. Ini

sebenarnya memberikan suatu konsep di mana sifat Allah swt yang tidak terbatas dan tiada

penghujungnya. Sehubungan dengan itu, ia telah membuktikan bahawa kesenian Islam

merupakan suatu unsur yang sangat penting untuk mempengaruhi proses penggarapan idea

dalam menghasilan karya kraf tangan Melayu dalam masyarakat Malaysia.

(B) Proses Mentafsir Idea

Selain daripada itu, pandangan yang telah dikemukakan oleh Syed Muhammad Naquib Al-

Attas (1972) juga menunjukkan bahawa pengaruh agama Islam adalah sangat penting dan

signifikan untuk proses menafsirkan idea dalam usaha untuk menghasilkan suatu karya kraf

tangan Melayu yang menarik dan istimewa. Beliau juga mengatakan bahawa idea

berdasarkan kesenian Islam yang mana digunakan untuk menghasilkan pelbagai kraf tangan

Melayu seperti batik dan kain sarung adalah mempunyai nilai estika yang tinggi dan ia boleh

menawankan hati sesiapa sahaja yang melihat hasil karya tersebut. Sememenganya tidak

boleh dinafikan bahawa semua idea yang ditafsirkan dan digunakan untuk menghasilkan kraf

tangan Melayu ini seharusnya tidak boleh bercanggahan dengan ajaran agama Islam dalam

negara Malaysia. Ini boleh dibuktikan melalui contoh di mana semua karya kraf tangan

Melayu akan dihasilkan berdasarkan pelbagai motif yang berlainan selain daripada motif

yang berdasarkan figura manusia dan binatang. Ini adalah kerana ajaran agama Islam telah

mengatakan bahawa semua figura manusia dan binatang adalah dilarang untuk digunakan

dalam menghasilkan sesuatu seni karya Melayu. Salah satu contoh seni karya Melayu iaitu

kain tenunan songket adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2.0 berikut:

6

Page 7: Hbae3103 Amy Ting

Rajah 2.0 Contoh Hasil Tenunan Melayu Songket

Secara lazimnya, rajah 2.0 telah menunjukkan suatu contoh hasil tenunan Melayu Songket

yang mana unsur arabes yang mengabungkan unsur flora dan juga geometri akan digunakan

sebagai motif yang utama dalam penghasilan hasil tenunan ini. Seperti mana yang telah

dinyatakan oleh Halim Nasir (1987), motif arabes boleh didefinisikan sebagai suatu motif

yang mana berdasarkan pengaruh kebudayaan Arab dan padanan dengan unsur geometri, dan

bunga – bungaan adalah sangat harmoni seperti mana yang ditunjukkan dalam hasil tenunan

kain Songket Melayu dalam rajah 2.0 di atas. Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa

penenun kain songket ini bukan hanya semata – mata untuk menghasilkan motif yang indah

sahaja tetapi yang lebih penting lagi beliau ingin menggali keunikan dan keistimewaan yang

ada pada Al- Quran dan Hadith tersebut.

7

Page 8: Hbae3103 Amy Ting

(C) Pengaruh dalam Memberi Makna

Untuk komponen yang ketiga di mana akan diterangkan dalam kertas kajian ini adalah

berkaitan dengan hubungan di antara kesenian dan ajaran agama Islam dalam mempengaruhi

apreasiasi kraf tangan Melayu dalam masyarakat tempatan. Seperti mana yang telah

ditekankan oleh Mahmud Yusuf Li Hua Yen (1995), hasil karya seni kraf Melayu yang

dihasilkan ini bukan semata – mata hanya mementingkan keindahan dan keunikan sahaja

tetapi ia juga lebih kepada menyampaikan pelbagai mesej yang positif kepada masyarakat

tempatan seperti kasih sayang yang wujud di antara seseorang hamba kepada penciptaNya.

Secara lazimnya, kebanyakan karya kraf Melayu juga dihasilkan dengan menggunakan motif

flora dan alam semula jadi di mana akan memberikan peringatan kepada kita semua tentang

keindahan dan keunikan ciptaanNya kepada manusia sejagat ini. Salah satu contoh hasil

karya kraf tangan Melayu iaitu anyaman yang dihasilkan berdasarkan unsur kesenian Islam

adalah seperti mana yang dipaparkan dalam rajah 3.0 berikut:

Rajah 3.0 Contoh Hasil Anyaman

Secara lazimnya, rajah 3.0 di atas merupakan suatu contoh anyaman yang dihasilkan dalam

masyarakat Melayu tempatan. Corak anyaman ini adalah Kelarai Tampuk Jantung yang mana

idea ini telah ditafsirkan berdasarkan tumbuhan di persekitaran rumah dan juga bentuk –

bentuk geometri di rumah yang sering dilihat dan menjadi sumber inspirasi dalam

penghasilan motif. Motif yang mana terdiri daripada geometri yang berulangan dan

berkembang ke semua arah telah menunjukkan makna yang tersirat iaitu kuasa yang maha

Esa adalah tidak terbatas.

8

Page 9: Hbae3103 Amy Ting

4.0 Ukiran Kayu Tradisional

Pada masa yang sama, tumpuan untuk perbincangan dalam bahagian kertas ini adalah kepada

ukiran kayu tradisional yang mana dihasilkan oleh bangsa Melayu dalam negara ini. Seperti

mana yang telah dikemukakan oleh Mohd Sabrizaa Abd Rashid (2007), ukiran bolehlah

didefinisikan sebagai suatu usaha yang mana mengukirkan sesuatu bahan seperti kayu dengan

menggunakan pisau wali. Selain daripada itu, beliau turut mengatakan bahawa terdapat dua

faktor yang utama di mana akan menentukan keunikan dan juga keistimewaan ukiran kayu

tradisional yang dihasilkan oleh seseorang pengukir. Antaranya faktor – faktor ini adalah

seperti yang disenaraikan berikut:

Alam semula jadi yang mana kaya dengan pelbagai bahan kayu – kayan yang boleh

digunakan untuk menghasilkan bahan binaan, alat, perahu dan juga barang hiasan

yang berlainan.

Kaya dengan pelbagai jenis tumbuhan yang mana boleh memberikan idea yang

membina kepada semua pencipta untuk menwujudkan pelbagai karya seni yang

menarik serta istimewa.

Secara lazimnya, proses yang perlulah dilalui untuk menghasilkan sesuatu ukiran tradisional

Melayu akan dibahagikan kepada dua proses yang utama iaitu proses penghasilan silat dan

juga proses kemasan. Penerangan yang detail untuk kedua – dua proses ini akan dipaparkan

seperti di bawah:

(A) Proses Penghasilan Silat

Seperti mana yang telah diterangkan oleh Zulkifli Hanafi (2000), silat boleh didefinisikan

sebagai suatu corak yang mana akan bertimbul dan juga bertenggelam untuk bahagian tepi

corak tersebut ataupun di atas papan diukir telah keluar. Contohnya, ukiran tebuk silat akan

menunjukkan bahagian yang sepatutnya bertindih ataupun berlengkung yang terkeluar akan

ditenggalamakan. Ukiran yang sedemikian adalah sangat menarik untuk menonjolkan corak

9

Page 10: Hbae3103 Amy Ting

tersebut. Ia turut dipersetujui oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1972) di mana beliau

juga berpendapat bahawa ukiran kayu silat ini dapat menonjolkan kesan 3 dimensi yang

menarik berbanding dengan ukiran kayu yang biasa. Selain daripada itu, Zulkifli Hanafi

(2000), juga mencadangkan 5 jenis ukiran silat yang biasa akan digunakan dalam

menghasilkan ukiran kayu ini. Antaranya ialah silat leper, silat belah rotan, silat serong, silat

dada tuma, dan silat Minangkabau. Salah satu contoh ukiran silat adalah seperti mana yang

ditunjukkan dalam rajah yang berikut:

Rajah 4.0 Contoh Hasil Ukiran Bersilat

Pada masa yang sama, ukiran tradisional Melayu ini juga boleh dilakukan dalam bentuk

gabungan di antara bahagian yang disilatkan dan juga tidak disilatkan. Ukiran ini

menunjukkan bahagian belakang kayu yang mana ditembuskan ke bahagian belakang dan

bahagian yang disilatkan tersebut akan diukirkan supaya ia akan bertimbul dengan lebih

tinggi berbanding bahagian yang lain. Pada kebiasaannya, corak ukiran ini akan digunakan

dalam menghasilkan mimbar masjid, barang hiasan, perabot dan sebagainya. Contoh untuk

ukiran ini adalah seperti yang dipaparkan dalam rajah yang berikut:

Rajah 5.0 Contoh Hasil Ukiran yang mempunyai Bahagian Silat dan Tidak Silat

10

Page 11: Hbae3103 Amy Ting

(B) Proses Kemasan

Seperti mana yang telah diterangkan oleh Zulkifli Hanafi (2000), proses kemasan adalah

suatu proses yang cukup penting untuk mempertingkatkan tahap kehalusan dan juga

kecantikan sesuatu ukiran kayu tradisional. Pada kebiasaannya, pengukir akan menggunakan

kertas pasir untuk mengosok bahagian permukaan ukiran dan juga celah – celah pada ukiran

supaya bahagian – bahagian ini boleh diratakan dan dilicinkan. Ia secara langsung akan

menjadikan bahan ukiran kayu ini menjadi menawan dan halus. Oleh yang demikian, kerja –

kerja kemasan ini mestilah dilakukan dengan berhati – hati sebelum ukiran kayu ini dicatkan

dan dipasarkan.

Dalam pada itu, minyak bijian dan juga getah kayu sena biasanya akan digunakan untuk

mengecatkan bahagian permukaan ukiran kayu tersebut untuk menjadikannya kelihatan lebih

kemas dan menarik lagi. Selain daripada itu, minyak bijan ini juga boleh melindungi

bahagian permukaan ukiran kayu ini supaya tidak senang rosak. Pada pendapat Norhaiza

Noordin (2005), usaha untuk memelihara dan memulihara hasil ukiran kayu mestilah

dilakukan supaya ukiran tersebut boleh bertahan lama. Antara langkah – langkah penjagaan

yang dicadangkan oleh beliau adalah seperti:

Membersihkan ukiran kayu dan mengilapkannya sekiranya keadaan diperlukan

Mengelakkan ukiran kayu diletakkan di tempat yang panas ataupun terkena dengan

air hujan

Minyak akan disapukan ke atas permukaan kayu untuk melindungi permukaan ukiran

kayu tersebut.

11

Page 12: Hbae3103 Amy Ting

5.0 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, seni kraf Melayu adalah suatu seni yang mana begitu menarik dan

menawan. Seperti mana yang telah diterangkan oleh tokoh – tokoh seni seperti Farish Noor &

Eddin Khoo (2003), kraf tangan Melayu merupakan suatu hasilan karya dengan

menggunakan kemahiran tangan dan juga peralatan yang ringkas dalam masyarakat Melayu

tempatan. Antara contoh hasil kraf tangan Melayu yang popular dalam negara Malaysia

adalah seperti anyaman, tembikar, tenunan kain Songket, batik, perhiasan gasing dan

sebagainya. Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa penghasilan kraf tangan Melayu ini

adalah relevan dengan kesenian dan ajaran agama Islam di kalangan ahli – ahli masyarakat

Melayu tempatan. Contohnya, mereka akan menggunakan motif yang berunsurkan Islam

seperti Arabes, tulisan Al-Quran, geometri berulang dan sebagainya untuk menghasilkan

karya – karya kraf tangan seperti batik. Selain daripada itu, proses penghasilan kraf tangan

Melayu bukanlah setakat mementingkan keindahan dan keunikan hasilan tersebut, tetapi ia

juga berfokus kepada mesej dan konsep yang ingin dipaparkan kepada masyarakat.

Contohnya, penggunaan corak flora untuk menghasilkan kain batik adalah untuk

memberitahu kepada orang ramai tentang keunikan dan keistimewaan ciptaanNya. Semua

individu seharusnya menghargainya. Akhirnya, ukiran kayu tradisional merupakan salah satu

jenis kraf tangan Melayu yang unik dan ia akan melibatkan dua proses yang utama iaitu

proses kemasan dan juga proses penghasilan silat.

6.0 Rujukan

12

Page 13: Hbae3103 Amy Ting

Farish Noor & Eddin Khoo (2003), Spirit of Wood, Periplus : Singapore

Frishman, M & Hasan-uddin Khan (ed). (2002), The Mosque, Thames & Hudson : London.

Halim Nasir (1987), Traditional Malay Wood Carving, DBP : Kuala Lumpur

Mackenzie, Donald A., (1926), The Migration of Symbols and their Relations to Beliefs and

Customs., Alfred A. Knopf : New York.

Mahmud Yusuf Li Hua Yen (1995), Masjid Masjid Di Negara China, Pustaka Antara : Kuala

Lumpur.

Mohamed Najib bin Ahmad Dawa. (1995). The Symbolism of Batik from Kelantan, Malaysia

: Its Origins and Transformation, Tesis PhD yang tidak diterbitkan, Institute of Advance

Studies, Manchester Metropolitan University, UK. 1995.

Mohd Sabrizaa Abd Rashid (2007). Kajian Simbolisme Elemen-Elemen Estetik dan Ragam

Hias Rumah Tradisional Melayu : Kajian Kes Seni Bina Gaya Pantai Timur, Tesis PhD,

Institut Pengajian Siswazah, USM, 2007.

Norhaiza Noordin (2005). Mengekalkan Motif Ukiran Kayu Tradisi Masa Kini, International

Seminar : Spirit & Form in Malay Design, Muzium Negara, Kuala Lumpur. 27 – 29 Jun

2005.

Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1972), Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu,

ABIM: Kuala Lumpur

Zulkifli Hanafi (2000), Pola-Pola Hiasan di Dalam Bangunan Tradisional Melayu, DBP :

Kuala Lumpur

13