hayaziap050372d2008ttp.pdf

Upload: ku-syaharom-ku-said

Post on 11-Feb-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/23/2019 HAYAZIAP050372D2008TTP.pdf

    1/33

    PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) DI KALANGAN GURU-

    GURU TEKNIKAL DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK

    DAERAH JOHOR BAHRU, JOHOR

    HAYAZI BIN MOHD YASIN

    UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

  • 7/23/2019 HAYAZIAP050372D2008TTP.pdf

    2/33

    PSZ 19:16(Pind. 1/97)

    UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

    BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

    JUDUL: PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) DI

    KALANGAN GURU-GURU TEKNIKAL DI SEKOLAH

    MENENGAH TEKNIK DAERAH JOHOR BAHRU, JOHOR

    SESI PENGAJIAN : 2007/2008

    Saya HAYAZI BIN MOHD YASIN

    mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

    Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

    1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

    2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan

    untuk tujuan pengajian sahaja

    3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran

    antara institusi pengajian tinggi.

    4. ** Sila tandakan ( )

    SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan

    atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di

    dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972).

    TERHAD (Mengandungi maklumat TERHADyang telah ditentukan

    Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

    TIDAK TERHAD

    Disahkan oleh

    (HURUF BESAR)

    (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

    DR. ABDUL RAHIM BIN HAMDANAlamat Tetap :

    NO 25 FELDA KEMAHANG 1,

    17500 TANAH MERAH,

    KELANTAN.

    Tarikh : 25 April 2008 Tarikh : 25 April 2008

    CATATAN * Potong yang tidak berkenaan** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

    berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagaiSULIT atau TERHAD.

    Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikanatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek SarjanaMuda (PSM).

  • 7/23/2019 HAYAZIAP050372D2008TTP.pdf

    3/33

    PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) DI KALANGAN GURU-

    GURU TEKNIKAL DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK

    DAERAH JOHOR BAHRU, JOHOR

    HAYAZI BIN MOHD YASIN

    Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

    Sebahagian daripada syarat penganugerahan

    Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

    (Kemahiran Hidup)

    Fakulti Pendidikan

    Universiti Teknologi Malaysia

    APRIL 2008

  • 7/23/2019 HAYAZIAP050372D2008TTP.pdf

    4/33

    ii

    PENGESAHAN PENYELIA

    Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

    adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

    Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup ).

    Tandatangan : ...............................................................

    Nama Penyelia : DR. ABDUL RAHIM BIN HAMDAN

    Tarikh : ......................25.04.2008........................

  • 7/23/2019 HAYAZIAP050372D2008TTP.pdf

    5/33

    iii

    PENGAKUAN

    Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

    ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

    Tandatangan : ..................................................

    Nama Penulis : HAYAZI BIN MOHD YASIN

    Tarikh : .................25.04.2008...............

  • 7/23/2019 HAYAZIAP050372D2008TTP.pdf

    6/33

    iv

    DEDIKASI

    KHAS BUAT

    Ayahanda dan Bonda

    Mohd Yasin bin Taib

    W. Napisah binti W. Daud

    Yang Teristimewa

    Faridah Hanom binti Ismail@Hamid

    Isteri Tersayang

    Sekalung Terima Kasih

    Tn. Hj. Zainudin Bin Hassan

    Pensyarah Penyelia 1

    Dr. Abdul Rahim bin Hamdan

    Pensyarah Penyelia 2

    Pensyarah-pensyarah

    Sahabat-sahabat

    Semoga Allah S.W.T. meredhai kehidupan kita

    Terima kasih, Amin.

  • 7/23/2019 HAYAZIAP050372D2008TTP.pdf

    7/33

    v

    PENGHARGAAN

    Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya

    penyelidikan yang dijalankan ini dapat disiapkan sepenuhnya mengikut masa yang

    telah ditetapkan.

    Penyelidik ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih

    kepada pensyarah pembimbing iaitu Tn. Hj. Zainudin bin Hassan dan Dr. Abdul

    Rahim bin Hamdan yang telah banyak membantu dengan penuh komited dalam

    membimbing, menasihat, memberi dorongan serta tunjuk ajar yang berguna di

    sepanjang tempoh penyelidikan ini dijalankan. Penyelidik juga ingin merakamkan

    sekalung budi buat Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia dan

    rakan-rakan yang turut membantu dalam penyiapan penyelidikan ini.

    Tidak lupa juga jutaan terima kasih disampaikan buat Pengetua dan semua

    guru di SMT daearh Johor Bahru, Johor yang terlibat dalam memberikan kerjasama

    yang tidak terhingga dalam memastikan penyelidikan ini berjalan dengan lancar

    mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Penghargaan juga ditujukan kepada

    sesiapa sahaja yang terlibat dalam penyelidikan ini secara langsung mahupun tidak

    langsung.

    Akhir sekali, terima kasih kepada ayahanda dan bonda yang dikasihi, isteri

    tersayang serta keluarga yang banyak memberi dorongan dalam menjalankan

    penyelidikan ini. Semoga Allah s.w.t. memberkati usaha dan pertolongan mereka.

    Amin..

  • 7/23/2019 HAYAZIAP050372D2008TTP.pdf

    8/33

    vi

    ABSTRAK

    Kajian ini dijalankan untuk melihat penggunaan alat bantu mengajar di

    kalangan guru-guru teknikal sekolah menengah teknik di daerah Johor Bahru, Johor.

    Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik yang diedarkan kepada 103

    orang guru teknikal dari empat buah sekolah menengah teknik di daerah Johor

    Bahru. Segala data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian komputer

    Statistical Package For Social Science (SPSS version 13.0) untuk mendapatkan

    kekerapan, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan

    alat bantu mengajar di kalangan guru-guru teknikal adalah sederhana. Selain itu,

    penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah penting

    menurut guru-guru teknikal. Dapatan kajian juga mendapati faktor sikap dan minat,

    pengurusan dan pentadbiran, beban tugas, kewangan serta kemahiran dan

    pengetahuan kurang mempengaruhi guru-guru teknikal dalam penggunaan ABM

    dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui analisis ujian t di dapati tidak

    terdapat perbezaan yang signifikan mengenai tahap dan faktor yang mempengaruhi

    penggunaan alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di antara

    guru teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan tetapi terdapat perbezaan yang

    signifikan mengenai kepentingan penggunaan alat bantu mengajar dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru teknikal

    perempuan. Hasil kajian memerlukan tindakan dari pihak guru, pentadbir sekolah,

    Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membantu

    meningkatan lagi penggunaan alat bantu mengajar di kalangan guru-guru.

  • 7/23/2019 HAYAZIAP050372D2008TTP.pdf

    9/33

    vii

    ABSTRACT

    This research was carried out to identify of using teaching aids among

    technical teachers in Technical school in Johor Bahru, Johor. The instruments of this

    research were questionnaires and distributed to the 103 technical teachers from four

    Technical School in Johor Bahru. The collected data were analyzed by using

    Statistical Package For Social Science (SPSS version 13.0) computer software in

    order to determined the frequency, percentage and mean. The findings had shown

    that the level of teaching aids usage by technical teachers are medium. The usage of

    teaching aids are important in the enthuse and the attitude, management and

    administration, work overload, finance, knowledge and skill factors are not

    influencing the technical teachers in the usage of teaching aids. From the analysis via

    t test it show, there is no significant differences based on level and factors

    influences between male and female technical teachers but is a the differences about

    the importance of usage teaching aids for teaching and learning process. This study

    show that teachers, school administration, JPN and Ministry of Educational need to

    take part and have to increase the using of teaching aids among teachers.

  • 7/23/2019 HAYAZIAP050372D2008TTP.pdf

    10/33

    viii

    KANDUNGAN

    BAB PERKARA MUKA SURAT

    JUDUL i

    PENGESAHAN PENYELIA ii

    PENGAKUAN iii

    DEDIKASI iv

    PENGHARGAAN v

    ABSTRAK vi

    ABSTRACT vii

    KANDUNGAN viii

    SENARAI JADUAL xii

    SENARAI SINGKATAN xiv

    SENARAI LAMPIRAN xv

    BAB I PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan 1

    1.2 Latar Belakang Masalah 3

    1.3 Pernyataan Masalah 8

    1.4 Objektif Kajian 9

    1.5 Persoalan Kajian 10

    1.6 Hipotesis 11

    1.7 Kepentingan Kajian 12

    1.7.1 Guru 12

    1.7.2 Pentadbir sekolah 12

    1.7.3 JPN dan KPM 13

    1.7.4 Pelajar 131.8 Batasan Kajian 13

  • 7/23/2019 HAYAZIAP050372D2008TTP.pdf

    11/33

    ix

    1.9 Definisi 14

    1.9.1 Tahap 14

    1.9.2 Penggunaan 14

    1.9.3 Alat Bantu Mengajar 14

    1.9.4 Guru Teknikal 15

    1.9.5 Pengajaran 15

    1.9.6 Pembelajaran 16

    1.9.7 Sekolah Menengah Teknik 16

    BAB II SOROTAN KAJIAN

    2.1 Pengenalan 17

    2.2 Alat Bantu Mengajar 18

    2.2.1 Jenis-jenis ABM 20

    2.3 Kajian-kajian lepas 21

    2.3.1 Tahap Penggunaan ABM Dalam Proses

    Pengajaran Dan Pembelajaran 21

    2.3.2

    Kepentingan Penggunaan ABM Dalam

    Proses Pengajaran Dan Pembelajaran 22

    2.3.3 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi

    Penggunaan ABM Dalam Proses

    Pengajaran Dan Pembelajaran 24

    2.4 Rumusan Kajian Lepas 27

    BAB III METODOLOGI

    3.1 Pengenalan 29

    3.2 Reka Bentuk Kajian 30

    3.3 Persampelan Dan Responden 31

    3.4 Tempat Kajian 32

    3.5 Instrumen Kajian 323.6 Kajian Rintis 34

  • 7/23/2019 HAYAZIAP050372D2008TTP.pdf

    12/33

    x

    3.7 Prosedur Kajian 35

    3.8 Analisis Data 35

    BAB IV ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

    4.1 Pengenalan 37

    4.2 Keputusan dan Analisis Latar Belakang

    Responden 39

    4.2.1 Analisis Data Berdasarkan Jantina 39

    4.2.2 Analisis Data Berdasarkan Umur 40

    4.2.3 Analisis Data Berdasrkan Pengalaman

    Mengajar 41

    4.3 Keputusan dan Analisis Persoalan Kajian 1 41

    4.3.1 Kekerapan Penggunaan Bahan Bercetak 42

    4.3.2 Kekerapan Penggunaan Model 43

    4.3.3 Kekerapan Penggunaan Poster/Carta 44

    4.3.4 Kekerapan Penggunaan Gambar Foto 45

    4.3.5 Kekerapan Penggunaan Papan Gulung 46

    4.3.6 Kekerapan Penggunaan Peralatan Sebenar 47

    4.3.7 Kekerapan Penggunaan OHP

    dan Transparensi 48

    4.3.8 Kekerapan Penggunaan Komputer dan

    LCD 49

    4.3.9 Kekerapan Penggunaan Televisyen

    dan Video 50

    4.3.10 Kekerapan Penggunaan Radio dan Kaset 51

    4.3.11 Tahap Penggunaan ABM 52

    4.4 Keputusan dan Analisis Persoalan Kajian 2 53

    4.5 Keputusan dan Analisis Persoalan Kajian 3 57

    4.5.1 Faktor Sikap dan Minat 57

    4.5.2 Faktor Pengurusan dan Pentadbiran 60

    4.5.3 Faktor Beban Tugas 644.5.4 Faktor Kewangan 67

  • 7/23/2019 HAYAZIAP050372D2008TTP.pdf

    13/33

    xi

    4.5.5 Faktor Kemahiran dan Pengetahuan 70

    4.5.6 Faktor yang Mempengaruhi

    Penggunaan ABM 73

    4.6 Keputusan dan Analisis Persoalan Kajian 4 74

    4.7 Keputusan dan Analisis Persoalan Kajian 5 74

    4.8 Keputusan dan Analisis Persoalan Kajian 6 75

    4.9 Penutup 76

    BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

    5.1 Pengenalan 77

    5.2 Perbincangan dan Rumusan 77

    5.2.1 Tahap Penggunaan ABM 78

    5.2.2 Kepentingan Penggunaan ABM 79

    5.2.3 Faktor Yang Mempengaruhi

    Penggunaan ABM 81

    5.2.3.1 Faktor Sikap dan Minat 81

    5.2.3.2 Faktor Pengurusan dan

    Pentadbiran 82

    5.2.3.3 Faktor Beban Tugas 83

    5.2.3.4 Faktor Kewangan 83

    5.2.3.5 Faktor Kemahiran dan

    Pengetahuan 84

    5.3 Cadangan 85

    5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 87

    5.5 Penutup 88

    BIBLIOGRAFI 89

    LAMPIRAN 94

  • 7/23/2019 HAYAZIAP050372D2008TTP.pdf

    14/33

    xii

    SENARAI JADUAL

    NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT

    3.1 Bilangan responden mengikut sekolah 32

    3.2 Skala Likert 5 Mata 34

    3.3 Nilai Penskoran Item 34

    3.4 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Peratus 36

    3.5 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 36

    4.1 Taburan Responden Berdasarkan Sekolah 37

    4.2 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 38

    4.3 Nilai Penskoran Item 39

    4.4 Nilai Pentafsiran Aras Signifikan 39

    4.5 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 39

    4.6 Taburan Responden Berdasarkan Umur 40

    4.7 Taburan Responden Mengikut Pengalaman

    Mengajar 41

    4.8 Taburan Penggunaan Bahan Bercetak 42

    4.9 Taburan Penggunaan Model 43

    4.10 Taburan Penggunaan Poster/Carta 44

    4.11 Taburan Penggunaan Gambar Foto 45

    4.12 Taburan Penggunaan Papan Gulung 46

    4.13 Taburan Penggunaan Peralatan Sebenar 47

    4.14 Taburan Penggunaan OHP dan Transparensi 48

    4.15 Taburan Penggunaan Komputer dan LCD 49

    4.16 Taburan Penggunaan Televisyen dan Video 50

    4.17 Taburan Penggunaan Radio dan Kaset 51

    4.18 Tahap Penggunaan ABM 52

    4.19 Taburan Responden Mengenai KepentinganPenggunaan ABM Dalam Pengajaran 53

  • 7/23/2019 HAYAZIAP050372D2008TTP.pdf

    15/33

    xiii

    4.20 Taburan Responden Mengenai Faktor Sikap

    dan Minat Yang Mempengaruhi Penggunaan

    ABM 57

    4.21 Taburan Responden Mengenai Faktor

    Pengurusan dan Pentadbiran Yang

    Mempengaruhi Penggunaa ABM 60

    4.22 Taburan Responden Mengenai Faktor Beban

    Tugas Yang Mempengaruhi Penggunaa ABM 64

    4.23 Taburan Responden Mengenai Faktor

    Kewangan Yang Mempengaruhi Penggunaa

    ABM 67

    4.24 Taburan Responden Mengenai Faktor

    Kemahiran dan Pengetahuan Yang

    Mempengaruhi Penggunaa ABM 70

    4.25 Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaa ABM 73

    4.26 Analisis Perbezaan Tahap Penggunaan ABM

    Berdasarkan Jantina 74

    4.27 Analisis Perbezaan Kepentingan Penggunaan

    ABM Berdasarkan Jantina 75

    4.28 Analisis Perbezaan Faktor Yang Mempengaruhi

    Penggunaan ABM Berdasarkan Jantina 75

  • 7/23/2019 HAYAZIAP050372D2008TTP.pdf

    16/33

    xiv

    SENARAI SINGKATAN

    ABM - Alat Bantu Mengajar

    SMT - Sekolah Menengah Teknik

    KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

    KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

    PSS - Pusat Sumber Sekolah

    PSPN - Pusat Sumber Pendidikan Negeri

    KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

    JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

    - Frekunsi/Kekerapan

    % - Peratus

    SPSS - Statistical Pakage for Social Science

    OHP - Overhead Projector

    LCD - Liquid Crystal Display

    S - Setuju

    TP - Tidak Pasti

    AS - Amat Setuju

    UTM - Universiti Teknologi Malaysia

  • 7/23/2019 HAYAZIAP050372D2008TTP.pdf

    17/33

    xv

    SENARAI LAMPIRAN

    LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT

    A Set Soal Selidik 95

    B Surat Kebenaran Bahagian Perancangan

    dan Penyelidikan Dasar (EPRD) 101

    C Surat Kebenaran Pejabat Pelajaran Negeri

    Johor 103

    D Surat Pengesahan Fakulti 104

    E Pengesahan Item Soal Selidik 105

    F Bilangan Guru SMT di Daerah Johor Bahru 107

  • 7/23/2019 HAYAZIAP050372D2008TTP.pdf

    18/33

    BAB I

    PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan

    Kepentingan bidang teknik dan vokasional disedari seawal tahun 1961

    apabila sekolah menengah teknik dan vokasional diasaskan. Ini diikuti dengan

    penubuhan Maktab Perguruan Teknik pada tahun 1962. Di peringkat lanjutan,

    Politeknik Ungku Omar telah bermula pada tahun 1962. Pada amnya, institut-institut

    ini diwujudkan untuk menyediakan pekerja-pekerja kolar biru di sektor

    perindustrian. Sekolah menengah teknik diberi mandat untuk melahirkan tenaga

    separuh mahir dengan memberi penekanan kepada pendidikan akademik dan

    pendidikan asas (sains dan teknologi). Menurut Jomo (1991), yang terpengaruh

    dengan analisis Bowles dan Gintis menyatakan di Malaysia, peranan pelajaran dalam

    menyediakan tenaga kerja dan berdisiplin amat penting.

    Malaysia hari ini adalah sebuah negara yang kian pesat membangun dalam

    menuju sebuah negara maju menjelang Wawasan 2020. Setelah 50 tahun negara

    mencapai merdeka, terdapat berbagai-bagai usaha dilakukan dalam sistem

    pendidikan negara ke arah yang lebih maju dengan menerapkan unsur-unsur sains

    dan teknologi dalam pendidikan. Menurut Zaidy Zakarya (2001), satu tindakan yang

    bijak oleh barisan pemimpin negara dalam perubahan negara dari penggunateknologi kepada penyumbang teknologi agar mampu bersaing dengan negara-negara

  • 7/23/2019 HAYAZIAP050372D2008TTP.pdf

    19/33

    2

    maju yang lain. Walau bagaimanapun, tanpa pelaksananya (guru), nescaya matlamat

    sebenar disebalik perubahan itu tidak mungkin akan dicapai dengan jayanya.

    ...tugas mengajar bukan profesion untuk dijual tetapi ia adalah merupakan

    peranan yang wajib dilaksanakan dengan serba sempurna. (Zaki Badawi,

    1990)

    Kepentingan pendidikan terbukti melalui potongan ayat suci Al-Quran yang

    dipetik dari Surah Az-Zumar ayat 9:

    %

    y

    tG

    ot

    %

    !$#t

    s>

    tt

    %

    !$#ut

    n=

    t

    3$y

    )

    .xtGt(#

    9'

    &

    =t7

    9F{$#

    Katakan tiada serupa orang-orang yang berilmu pengetahuan dengan

    orang yang tidak berilmu pengetahuan (Tafsir Mahmud Yunus, 2007).

    Guru haruslah memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran kepada pelajarnya sebagai menyahut hasrat negara untuk menjadi

    negara maju menjelang 2020. Sewajarnya guru mestilah memainkan peranan yang

    penting bagi merealisasikannya dengan menjalankan tanggungjawab mereka dengan

    mendidik pelajar-pelajar dengan sebaiknya agar menjamin pelajarnya menguasai apa

    yang diajar. Antaranya, penggunaan alat bantu mengajar (ABM) dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran mereka terutamanya di sekolah-sekolah menengah

    teknik oleh guru-guru teknikal. Ini kerana sekolah-sekolah menengah teknik banyak

    menerapkan unsur sains dan teknologi dalam pembelajarannya. Dengan penggunaan

    ABM dapat membantu guru-guru teknikal menerangkan sesuatu perkara dan konsepisi kandungan pembelajaran dengan lebih tepat berbanding penerangan secara lisan.

    Menurut Mohd Fazreen (2003), pembelajaran yang dijalankan oleh guru

    dengan hanya menggunakan buku teks sebagai bahan pelajaran boleh menimbulkan

    suasana hambar dan seterusnya menimbulkan kebosanan di kalangan pelajar.

    Berbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran digunakan pada zamansekarang sehinggalah penggunaan sumber berkomputer dan berteknologi diguna

  • 7/23/2019 HAYAZIAP050372D2008TTP.pdf

    20/33

    3

    pakai dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbanding zaman dahulu yang

    hanya menggunakan papan batu dan kapur. Dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran, ransangan dari pelbagai sumber penting bagi membina daya kreativiti

    dan inovasi pelajar. Bahan-bahan terkini perlu disediakan agar dapat membantu

    pelajar memahami konsep yang diajar dan sebagai menyokong pengajaran guru itu

    sendiri.

    Menurut Amir Hasan (2002), dalam sebuah bilik darjah, setiap individu

    mempunyai psikologi dan kebolehan intelek yang berbeza antara satu sama lain.

    Lantaran itu pengajaran yang dirancang perlu sesuai, disusun (mengikut tahap

    pelajar) dan disokong (dengan alat bantu mengajar) bagi meransang perkembangan

    potensi individu ke tahap yang maksimum. Lantaran itu guru-guru teknikal haruslah

    bijak dan kreatif dalam pengajarannya dengan memperbanyakkan penggunaan ABM

    dalam pengajaran mereka. ABM adalah penting dalam pengajaran dan pendidikan

    kerana ianya dapat meransang minat yang tinggi kepada pelajar untuk belajar.

    Menurut Ng Ying (2004), semua jenis pembelajaran dan pengalaman yang

    diperolehi adalah melalui deria kita sendiri seperti penglihatan, pendengaran,

    sentuhan, rasa dan bau. Penggunaan ABM tidak dapat dielakkan dalam pengajaran

    guru kerana penggunaan alat-alat ini dapat membantu pelajar menajamkan deria

    mereka bagi membantu mereka mencapai pembelajaran yang berkesan.

    Dengan itu, guru-guru teknikal hendaklah sentiasa peka terhadap

    perkembangan semasa tentang teknik mengajar dan kesannya ke atas proses

    pembelajaran pelajar. Guru-guru teknikal juga perlu sentiasa berusaha ke arah

    pengajaran yang dapat memberikan kesan positif kepada pelajarnya. Ini bukan sahaja

    dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah, malahan dapat

    melahirkan pelajar yang dapat menyumbang tenaga kepada pembangunan negara.

    1.2

    Latar Belakang Masalah

    Kaedah pengajaran yang memusatkan pelajar, bahan dan berasaskan aktivititelah menjadi fokus utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum

  • 7/23/2019 HAYAZIAP050372D2008TTP.pdf

    21/33

    4

    latihan perguruan di universiti-universiti dan maktab-maktab perguruan (kini institut

    perguruan) memberi penekanan dengan melatih bakal guru-guru yang bukan sahaja

    mempunyai pengetahuan isi kandungan yang tinggi malah dapat menguasai berbagai

    kemahiran dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

    Guru-guru telah diberi latihan yang secukupnya semasa menuntut di

    universiti-universiti ataupun di institut-institut perguruan. Mereka didedahkan

    dengan berbagai ilmu pendidikan di antaranya Pedagogi, Psikologi Pendidikan,

    Teknologi Pendidikan, Sosiologi dan Profesionalisme Dalam Pendidikan, Mikro

    Teaching dan sebagainya. Tidak cukup dengan latihan yang diberikan di tempat

    pengajian, mereka dihantar pula ke sekolah-sekolah untuk menjalani latihan

    mengajar sebelum bergelar seorang guru. Mereka didedahkan dengan pelbagai

    kaedah mengajar, sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran dan juga bagaimana

    menggunakan ABM dengan berkesan. Kaedah-kaedah yang dipelajari itu diharapkan

    dapat dicuba dan diterokai apabila mereka bertugas sebagai guru di sekolah kelak.

    Persoalannya, sejauhmanakah ilmu yang diperolehi sepanjang pengajian itu

    dipraktikkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka di sekolah

    terutamanya dalam penggunaan ABM.

    Dalam beberapa tahun yang akan datang, semua sekolah di negara akan

    dibestarikan (Lai, Khaw dan Seah, 2002). Sekolah-sekolah bestari ini akan

    dilengkapi dengan pelbagai sumber pelajaran dan ABM yang merangkumi pelbagai

    media. Guru-guru di sekolah harus menguasai kemahiran memilih dan

    mengoptimumkan penggunaanya untuk mencapai dengan jayanya objektif pelajaran

    yang telah dirancang. Dengan itu, guru-guru perlu bersedia menghadapi cabaran-

    cabaran dan perubahan-perubahan yang dijangkakan dari segi amalan pengurusan

    pembelajaran di bilik darjah khususnya dalam menguasai kemahiran menggunakan

    ABM dengan berkesan dan juga perubahan 'mindset'nya tentang kepentingan dan

    peranan bahan-bahan dalam pengajaran dan pembelajaran.

    Selaras dengan era sains dan teknologi, sekolah-sekolah di negara kita telah

    dibekalkan dengan pelbagai ABM berteraskan teknologi khususnya di sekolah-

    sekolah menengah teknik. Menurut Amir Hasan (2002), bidang pendidikan tidakdapat lari daripada menggunakannya sebagai ABM kepada guru-guru dalam proses

  • 7/23/2019 HAYAZIAP050372D2008TTP.pdf

    22/33

    5

    pengajaran dan pembelajaran mereka. Teknologi yang digunakan dalam pendidikan

    berubah daripada yang tradisional kepada apa yang ada pada hari ini. Teknologi pada

    zaman awal persekolahan telah dianggap tradisional pada masa kini. Antara alatan

    yang dianggap tradisional ialah penggunaan kapur dan papan hitam. Pada hari ini

    teknologi semakin berkembang bila mana terdapat alat-alat seperti komputer, cakera

    liut dan cakera padat, imager, alat tayang, internet dan sebagainya. Adalah tidak

    wajar bagi guru-guru yang berada dalam era sains dan teknologi kini masih

    meneruskan pengajaran mereka dengan cara lama yang hanya bersandarkan buku

    teks atau chalk and talk semata-mata.

    Dalam kajian Baharuddin & Shariff (1995), ada menyelitkan peribahasa Cina

    yang berbunyi saya dengar dan saya lupa, saya lihat dan saya ingat, saya buat dan

    saya faham. Kata-kata itu memberi masej yang jelas kepada guru-guru teknikal agar

    tidak menggunakan cara chalk and talk atau memberi kuliah semata-mata kerana

    bahan yang disampaikan akan mudah dilupai. Menurut Dywer (1978) pula, pelajar

    yang membaca sambil melihat gambar boleh ingat dengan baik daripada hanya

    membaca teks sahaja. Ini dapat dibuktikan melalui kajian yang dijalankan oleh ahli-

    ahli psikologi dalam kajian Ng Ying (2004) bahawa, pancaindera penglihatan

    berupaya memproses 4 300 000 maklumat manakala pancaindera pendengaran

    berupaya menerima 50 000 maklumat.

    Dalam kajian Wan Nur Azyyati (2007), semakin banyak pancaindera yang

    digunakan semakin berkesan pembelajaran itu. Ini kerana pancaindera yang

    berlainan menghasilkan keadaan penanggapan yang berlainan. Setiap pancaindera

    melengkapi kekurangan dan mengukuhkan penanggapan sesuatu pancaindera yang

    lain. Dengan sebab itu, pengajaran yang menggunakan alat-alat yang berbagai

    pancaindera akan lebih mendatangkan kesan. Alat yang menggunakan warna dan

    bentuk yang menarik akan lebih menarik perhatian. Demikian juga alat-alat yang

    dapat dipandang, didengar dan dirasa akan lebih mendatangkan kesan (Atan, 1990).

    Dalam kajian Muhamad Sobri (2000), guru-guru yang mengajar dengan

    hanya menggunakan buku teks sebagai pelajaran, hanya membuktikan yang dia tidak

    kreatif untuk menimbulkan suasana yang gembira dan akhirnya menjadikan kelas

  • 7/23/2019 HAYAZIAP050372D2008TTP.pdf

    23/33

    6

    mereka bosan serta pelajar-pelajar tidak mendapat idea baru. Natijahnya, fikiran

    pelajar menjadi beku dan tidak kreatif.

    Ada guru yang membosankan pelajar kerana cara pengajaran yang tidak

    berubah dari hari demi hari, minggu demi minggu dan tahun demi tahun. Sepatutnya

    yang perlu digunakan adalah sedikit imaginasi bagi mengubah cara penyampaian,

    mencari pendapat baru atau mencuba kaedah baru dan menggunakan bantuan

    peralatan bagi menyokong pengajarannya. Guru harus memahami citarasa pelajarnya

    yang berusia muda dan cuba menyesuaikan pengajarannya (Pusat Perkembangan

    Kurikulum, 1990).

    Menurut Brophy (1998) dalam Ng Ying (2004) mengatakan bahawa proses

    pembelajaran merupakan sesuatu yang menyeronokkan sekiranya kurikulum yang

    digubal dan guru yang melaksanakan aktiviti yang selari dengan kehendak dan minat

    pelajar.

    Dalam dapatan kajian Indrawati (2003), beliau mendapati bahawa faktor

    pengajaran guru mempunyai pengaruh yang kuat terhadap prestasi pelajar. Dapatan

    kajian beliau menyamai laporan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan

    Malaysia (MPM) pada tahun 1992, antara faktor yang mempengaruhi pencapaian

    prestasi pelajar ialah kaedah pengajaran yang dipraktikkan oleh guru dalam bilik

    darjah.

    Ng Ying (2004) pula menyatakan dalam kajiannya, kajian-kajian pendidikan

    yang terdahulu mendapati bahawa antara sebab pelajar tidak berminat untuk

    mengikuti pelajaran dalam kelas adalah kerana corak dan pola pengajaran yang

    membosankan mereka. Selain itu, penurunan motivasi belajar di kalangan para

    pelajar juga disebabkan oleh sifat pengajaran yang homogen dan berbentuk sehala

    (guru-pelajar) di kalangan kebanyakan guru.

    Penggunaan ABM perlu dipelbagaikan dengan kaedah dan teknik mengajar

    agar pengajaran dijalankan dengan berkesan, menarik perhatian, menjimatkan masa

    dan tenaga serta menghasilkan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan(Mok Soon Sang, 2001).

  • 7/23/2019 HAYAZIAP050372D2008TTP.pdf

    24/33

    7

    Ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya penggunaan ABM kepada

    guru-guru dalam menyampaikan pelajaran kepada pelajar-pelajarnya. Seseorang guru

    harus mahir mengenal pasti, membuat keputusan untuk memilih ABM yang berkesan

    dan mengoptimumkan sumber untuk mencapai objektif pengajaran yang dirancang.

    Ini kerana penggunaan ABM amat penting kepada guru bagi membantu mereka

    menyampaikan pelajaran dan memastikan pelajar dapat menguasai ilmu yang

    disampaikan. Di antara kepentingan ABM yang dapat disebutkan di sini adalah

    seperti berikut:

    i. Membantu guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya

    memainkan peranan sebagai membantu tugas guru di dalam menerangkan

    isi pelajaran.

    ii.

    Mengawal disiplin pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran

    sedang berlangsung.

    iii. Mengurangkan kebosanan pelajar semasa berlakunya proses pengajaran

    dan pembelajaran.

    (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1990)

    Dalam pendidikan banyak inovasi diperkenalkan bagi memudahkan proses

    pengajaran dan pembelajaran guru. ABM memudahkan para guru mentransmisikan

    ilmu pengetahuan kepada pelajarnya. Ia juga membantu interaksi sosial antara guru

    dan pelajarnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru sepatutnya dapat

    menggunakan sebarang bahan yang ada dan sesuai dalam proses interaksinya dengan

    pelajar-pelajarnya.

    Kualiti sesuatu pelajaran yang memusatkan pelajar amat bergantung kepada

    keberkesanan guru memilih dan menggunakan ABM yang sesuai. Di sekolah, Pusat

    Sumber Sekolah merupakan tempat yang boleh menjadi rujukan kepada guru-guru

    dalam mendapatkan sumber pengajaran. Walau bagaimanapun, sesebuah sekolah

    yang mempunyai Pusat Sumber yang dilengkapi ABM tidak dapat membantu pelajar

    dalam pembelajarannya jika gurunya tidak menggunakan bahan itu dalam

    pengajarannya.

  • 7/23/2019 HAYAZIAP050372D2008TTP.pdf

    25/33

    8

    Sememangnya ABM memainkan peranan yang penting dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran guru termasuklah guru-guru teknikal. Adalah menjadi

    tanggugjawab guru untuk menggunakannya dengan sebaik mungkin bagi membantu

    kefahaman pelajar-pelajarnya tentang konsep dan ilmu pelajaran yang hendak

    disampaikan.

    1.3 Pernyataan Masalah

    Cabaran pendidikan kini mengalami gelombang perubahan yang semakin

    ketara dengan wujudnya kurikulum dan mata pelajaran yang baru diperkenalkan oleh

    Kementerian Pendidikan. Ini termasuklah kewujudan sekolah menengah teknik yang

    menjuruskan ke arah bidang sains dan teknologi. Justeru itu, penggunaan ABM

    perlulah dititik beratkan dalam pengajaran guru-guru teknikal agar pelajar-pelajar ini

    mampu menjadikan mata pelajaran tersebut sebagai asas untuk melibatkan diri dalam

    dunia pekerjaan atau meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

    ABM bukanlah perkara baru dalam dunia pendidikan kini. Oleh itu, guru

    perlu bijak memilih kaedah pengajaran yang paling sesuai untuk para pelajarnya

    kerana ia membantu guru tersebut menyediakan bahan-bahan pengajaran yang

    bermakna dan menarik serta mampu memperkembangkan bakat dan potensi pelajar

    dalam mencapai objektif Falsafah Pendidikan Negara (Ee Ah Meng, 1997). Guru

    haruslah melakukan anjakan paradigma dalam pengajaran mereka dan tidak semata-

    mata menggunakan kaedah chalk and talk dalam pengajaran. Ini kerana kaedah ini

    membosankan dan menurunkan motivasi pelajar untuk belajar. Guru perlu

    mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran mereka sejajar dengan

    cabaran pendidikan masa kini dengan mendedahkan kepada pelajarnya dengan ABM

    yang mampu membantu kefahaman dan menolong pelajar ke arah pembelajaran yang

    lebih bermakna.

    Persoalannya, sejauhmanakah penggunaan ABM di kalangan guru-guru

    teknikal di sekolah menengah teknik di daerah Johor Bahru dalam proses pengajaran

    dan pembelajarannya?

  • 7/23/2019 HAYAZIAP050372D2008TTP.pdf

    26/33

    9

    1.4 Objektif Kajian

    Berpandukan kepada persoalan kajian di atas, objektif kajian ini adalah

    untuk:

    1.4.1 Mengenalpasti tahap penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran di kalangan guru-guru teknikal sekolah menengah teknik

    daerah Johor Bahru.

    1.4.2

    Mengetahui kepentingan penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran di kalangan guru-guru teknikal sekolah menengah teknik

    daerah Johor Bahru.

    1.4.3 Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam

    proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru teknikal sekolah

    menengah teknik daerah Johor Bahru.

    1.4.4 Melihat perbezaan tahap penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan di

    sekolah menengah teknik daerah Johor Bahru.

    1.4.5 Melihat perbezaan kepentingan penggunaan ABM dalam proses pengajaran

    dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan

    di sekolah menengah teknik daerah Johor Bahru.

    1.4.6 Melihat perbezaan faktor yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam

    proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru

    teknikal perempuan di sekolah menengah teknik daerah Johor Bahru.

  • 7/23/2019 HAYAZIAP050372D2008TTP.pdf

    27/33

    10

    1.5 Persoalan Kajian

    Menurut Azizi (2007), persoalan kajian adalah saranan sementara yang

    menjelaskan sesuatu fenomena yang dikaji sebagai penyelesaian masalah. Dalam

    kajian ini penyelidik mengemukakan beberapa persoalan kajian bagi menentukan

    objektif kajian tercapai di antaranya ialah:

    1.5.1 Apakah tahap penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran

    di kalangan guru-guru teknikal sekolah menengah teknik daerah Johor

    Bahru?

    1.5.2 Apakah kepentingan penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran di kalangan guru-guru teknikal sekolah menengah teknik

    daerah Johor Bahru?

    1.5.3 Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru teknikal sekolah

    menengah teknik daerah Johor Bahru?

    1.5.4 Adakah terdapat perbezaan tahap penggunaan ABM dalam proses pengajaran

    dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan

    di sekolah menengah teknik daerah Johor Bahru?

    1.5.5 Adakah terdapat perbezaan mengenai kepentingan penggunaan ABM dalam

    proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru

    teknikal perempuan di sekolah menengah teknik daerah Johor Bahru?

    1.5.6 Adakah terdapat perbezaan tentang faktor yang mempengaruhi penggunaan

    ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal

    lelaki dan guru teknikal perempuan di sekolah menengah teknik daerah Johor

    Bahru?

  • 7/23/2019 HAYAZIAP050372D2008TTP.pdf

    28/33

    11

    1.6 Hipotesis

    Hipotesis kajian adalah berdasarkan persoalan-persoalan berikut:

    1.6.1 Adakah terdapat perbezaan tahap penggunaan ABM dalam proses pengajaran

    dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan

    di sekolah menengah teknik daerah Johor Bahru?

    Ho1 : Tidak terdapat perbezaan di antara tahap penggunaan ABM dalam

    proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan

    guru teknikal perempuan di sekolah menengah teknik daerah Johor

    Bahru.

    1.6.2

    Adakah terdapat perbezaan mengenai kepentingan penggunaan ABM dalam

    proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru

    teknikal perempuan di sekolah menengah teknik daerah Johor Bahru?

    Ho2 : Tidak terdapat perbezaan mengenai kepentingan penggunaan ABM

    dalam proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal

    lelaki dan guru teknikal perempuan di sekolah menengah teknik

    daerah Johor Bahru.

    1.6.3 Adakah terdapat perbezaan tentang faktor yang mempengaruhi penggunaan

    ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal

    lelaki dan guru teknikal perempuan di sekolah menengah teknik daerah Johor

    Bahru?

    Ho3 : Tidak terdapat perbezaan tentang faktor yang mempengaruhi

    penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran di

    antara guru teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan di sekolah

    menengah teknik daerah Johor Bahru.

  • 7/23/2019 HAYAZIAP050372D2008TTP.pdf

    29/33

    12

    1.7 Kepentingan Kajian

    Kajian yang dilakukan ini akan memberi faedah kepada pihak-pihak yang

    terlibat dalam pendidikan khususnya yang melibatkan ABM dalam mata pelajaran

    teknikal. Antara pihak-pihak yang boleh mendapat faedah dari kajian ini ialah seperti

    berikut :

    1.7.1 Guru

    Menjadi panduan kepada guru-guru teknikal di sekolah-sekolah lain yang

    mengajar mata pelajaran kejuruteraan dalam melaksanakan proses pengajaran dan

    pembelajaran. Hasil daripada kajian ini akan membolehkan mereka menilai semula

    pengajaran mereka. Seterusnya ini akan meningkatkan lagi mutu pengajaran guru-

    guru ke tahap yang lebih membanggakan. Di samping itu guru teknikal juga dapat

    mengetahui tahap penggunaan ABM dalam pengajaran mereka.

    Penyelidikan ini juga mampu membantu guru-guru teknikal agar dapat

    menggunakan pendekatan pengajaran yang bersesuaian dengan mata pelajaran yang

    diajar.

    1.7.2 Pentadbir sekolah

    Membantu pihak pentadbir sekolah bagi menyusun teknik pengajaran guru

    melalui pemilihan ABM serta menyediakan kemudahan peralatan mengajar kepada

    guru agar proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan.

    Di samping itu juga pihak sekolah dapat memberi fokus kepada Pusat Sumber

    sekolah dengan memperlengkapkan ABM dan menyediakan bilik khas untuk

    penyimpanan, baik pulih dan pembinaan ABM.

  • 7/23/2019 HAYAZIAP050372D2008TTP.pdf

    30/33

    13

    1.7.3 Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia

    (KPM)

    Kajian ini juga dapat membantu KPM dalam mengenalpasti jenis ABM yang

    bersesuaian dengan mata pelajaran yang ada di sekolah menengah teknik masa kini.

    Dengan itu, KPM dapat merangka dan membekalkan ABM yang sesuai ke sekolah

    teknik seluruh negara melalui terus ke sekolah atau pun melalui JPN.

    Di samping itu, JPN juga dapat menyediakan dan melengkapkan Pusat

    Kegiatan Guru (PKG) di kawasan mereka bagi memudahkan guru-guru mendapatkan

    dan meminjam ABM bagi kegunaan di sekolah masing-masing.

    1.7.4 Pelajar

    Membantu pelajar agar lebih memahami pelajaran yang diajar serta

    menghindarkan mereka dari rasa bosan semasa proses pengajaran dan pembelajaran

    berlaku. Dengan itu, diharapkan dapat mencungkil potensi individu pelajar dengan

    pendedahan sumber pengajaran yang berbagai bentuk.

    1.8 Batasan Kajian

    Kajian ini hanya melibatkan guru-guru teknikal di sekolah-sekolah menengah

    teknik yang berada di daerah Johor Bahru, Johor sahaja. Terdapat empat buah

    sekolah yang telah dikenalpasti oleh penyelidik iaitu:

    a. Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru

    b. Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru

    c. Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri.

    d. Sekolah Menengah Teknik (ERT) Azizah, Johor Bahru

    Segala keputusan yang diperolehi nanti hanyalah melibatkan sekolah-sekolah

    menengah teknik di atas sahaja dan keputusannya tidak boleh disamakan dengansekolah-sekolah di luar kawasan tersebut.

  • 7/23/2019 HAYAZIAP050372D2008TTP.pdf

    31/33

    14

    1.9 Definisi

    Sebelum menjalankan kajian, kefahaman tentang istilah atau perkataan dalam

    satu-satu tajuk kajian adalah mustahak supaya kajian yang dijalankan tidak terpesong

    dan menyimpang dari matlamat asal. Berikut adalah istilah-istilah penting yang

    digunakan dalam kajian ini.

    1.9.1 Tahap

    Kamus Dewan (2002), tahap didefinisikan sebagai peringkat atau tingkat.

    Dalam kajian ini, tahap merujuk kepada kekerapan guru-guru teknikal SMT di

    daerah Johor Bahru dalam menggunakan ABM dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran.

    1.9.2 Penggunaan

    Kamus Dewan (2002), perihal (perbuatan/kegiatan) menggunakan sesuatu

    (menggunakan alat bantu mengajar).

    Dalam kajian ini penyelidik hendak mengenalpasti ABM yang digunakan,

    kepentingan ABM dan faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam

    proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru teknikal sekolah

    menengah teknik daerah Johor Bahru.

    1.9.3

    Alat Bantu Mengajar (ABM)

    Abd. Rahman (1995), sebarang bentuk benda, bahan, alat, perkakas sama ada

    konkrit atau abstrak (alat audio, APD) yang dapat digunakan atau dieksploitasikan

    oleh seseorang secara sistematik untuk membantu dalam proses menyampaikan

    pengajaran. Ia melibatkan sebarang alat atau bahan yang digunakan semasa proses

    pengajaran dan pembelajaran dalam kelas yang melibatkan bahan bercetak dan bukan

    bercetak yang boleh mendatangkan pengajaran dan membantu guru semasa proses

    pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

  • 7/23/2019 HAYAZIAP050372D2008TTP.pdf

    32/33

    15

    Menurut Kamarudin (1990), alat batu mengajar merupakan segala

    kelengkapan yang digunakan oleh guru-guru untuk membantu dalam menyampaikan

    sesuatu pelajaran dalam bilik darjah. ABM juga merangkumi segala benda yang

    digunakan dalam pengajaran yang boleh dilihat, didengar, dipandang, dirasa, dihidu,

    dibaca, dikisah dan digunakan.

    ABM merupakan bahan yang digunakan oleh guru semasa mengajar. Bahan-

    bahan ini terdiri daripada kapur dan papan tulis, carta, radas, spesimen, benda

    maujud, gambar, peta dan glob, rakaman kaset dan video, transperansi dan projektor

    (Mok Soon Sang, 2001). Alat bantu mengajar memudahkan pengajaran guru kerana

    tidak memerlukan penerangan yang panjang tentang pengajaran yang diajar di

    samping menjimatkan masa guru serta dapat meransang minat pelajar ketika proses

    pengajaran dan pembelajaran berlaku.

    1.9.4 Guru Teknikal

    Menurut Kamus Dewan (2002), orang yang mengajar, pendidik, pengajar,

    pengasuh.

    Dalam kajian ini, guru-guru teknikal ialah golongan pendidik yang terlibat

    secara langsung atau mengajar mata pelajaran teknikal (termasuk mata pelajaran

    vokasional) di sekolah menengah teknik di daerah Johor Bahru. Mereka yang

    berkenaan merupakan guru yang sedang berkhidmat di sekolah-sekolah menengah

    teknik di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

    1.9.5

    Pengajaran

    Menurut Ee Ah Meng (1997), pengajaran ialah proses penyampaian

    kemahiran, ilmu pengetahuan, sikap dan nilai.

    Proses atau aktiviti yang dilakukan bagi membolehkan murid-murid

    menghasilkan sesuatu yang berfaedah untuk diri mereka dan menghargai apa yang

    mereka lakukan (Kamarudin, 1990).

  • 7/23/2019 HAYAZIAP050372D2008TTP.pdf

    33/33

    16

    Pengajaran merupakan suatu aktiviti yang ditujukan kepada pelajar-palajar

    dengan tujuan membawa perubahan tingkah laku di kalangan mereka. Guru-guru

    perlulah merancang satu siri aktiviti pembelajaran yang akan membawa kepada

    perubahan-perubahan yang diingini.

    1.9.6 Pembelajaran

    Menurut Ee Ah Meng (1997), proses perubahan tingkah laku yang agak tetap

    dan berlaku kerana pengalaman atau latihan yang diteguhkan. Pembelajaran berlaku

    apabila ransangan diproses oleh otak seseorang untuk dijadikan pengalaman.

    Pengalaman ini pula akan digunakan untuk tindakan seterusnya.

    1.9.7 Sekolah Menengah Teknik

    Menurut Kamus Dewan (2002), sekolah memberi maksud tempat untuk

    belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi pengajaran.

    Sekolah Menengah Teknik adalah satu pusat atau instituti pendidikan

    (tingkatan empat dan lima) yang menjalankan serta menawarkan berbagai jenis

    kursus pendidikan formal yang terancang dalam bidang teknik, vokasional serta

    akademik. Tujuan sekolah ini adalah untuk melatih pelajar-pelajar supaya menjadi

    seorang yang berjaya dalam akademik, pekerja separuh mahir serta memberi peluang

    kepada mereka untuk melanjutkan pengajian mengikut jurusan masing-masing ke

    peringkat yang lebih tinggi.

    Dalam kajian ini, sekolah yang di maksudkan adalah sekolah menengah

    teknik yang terletak di daerah Johor Bahru iaitu SMT Johor Bahru, SMT

    Perdagangan, SMT Tanjung Puteri dan SMT (ERT) Azizah.