pedoman ejaan jawi abjad ha [ ] pelik-pelik bahasa a dbp ... · abjad ha [ ] radiotelegrafi -...

1
Halaman Empat BERITA HARIAN Rabu, 17 Mei 2006 PEDOMAN BAHASA Bersama Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim K ALAU diperhatikan bagai- mana bahasa Melayu diguna- kan pada masa ini, seolah- olah sesetengah pengguna bahasa Melayu kini keliru atau tidak begitu memahami sifat dan per- aturan bahasa Melayu. Maka saya berasa terpanggil untuk membin- cangkan hal ini, yang berkaitan dengan keunikan bahasa Melayu itu sendiri. Misalnya, pertama ialah ben- tuk yang berkaitan dengan nom- bor dan rujukan pada nombor. Bagaimanapun, dewasa ini, kita selalu mendengar orang menye- but “hadiah kesatu” atau “orang kesatu”, pada hal yang sepatutnya ialah hadiah pertama dan orang pertama. Kekeliruan ini timbul kerana adanya bentuk orang kedua, orang ketiga, dan seterus- nya. Inilah yang dikatakan unsur 'pelik-pelik bahasa'. Dalam bahasa Melayu, terdapat dua cara bagi memperkatakan nombor. Pertama ialah nombor yang dikatakan 'nombor kardi- nal', iaitu nombor yang menya- takan kuantiti, misalnya 1, 2, 3, dan seterusnya. Aspek ini tidak menimbulkan masalah. Kedua ialah nombor yang dige- lar nombor ordinal, iaitu nombor yang menyatakan kedudukan rela- tif dalam urutan, seperti pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya. Di sini timbul aspek keunikan baha- sa Melayu. Bentuk ordinal ini berasal daripada bentuk kardinal, iaitu nombor 1, 2, 3, dan seterus- nya. Bagi nombor dua ke atas, ben- tuknya ialah awalan 'ke' diikuti oleh nombor berkenaan, misal- nya kedua, ketiga, keempat, dan seterusnya. Tetapi tidak demikian halnya bagi nombor satu. Bentuk yang digunakan ialah bentuk khu- sus, iaitu pertama dan bukannya 'kesatu'. Dengan kata lain, bentuk ordi- nal bagi nombor satu tidak sama dengan bentuk nombor-nombor lain. Hal ini mesti disedari, kera- na jika tidak, kita akan membuat kesilapan dengan menggunakan bentuk ‘kesatu’ untuk pertama. Secara bandingan, bentuk dalam bahasa kita lebih senang daripada bahasa Inggeris. Dalam bahasa Inggeris, bentuk kardinal ialah one, two, three, four dan sete- rusnya, manakala bentuk ordinal ialah first, second, third, fourth dan seterusnya. Ini bererti semua ben- tuk ordinal mesti dihafalkan, kera- na semua bentuk tidak sama. Bagi bahasa Melayu, bentuk “pertama” sahaja perlu dihafal; bentuk-ben- tuk lain mematuhi peraturan awa- lan 'ke' bergabung dengan nombor kardinal'. Perkara kedua yang ingin saya timbulkan berkaitan dengan ben- tuk ordinal secara tunggal (kedua) dan bentuk ordinal yang menga- lami penggandaan (kedua-dua). Ayat (a). “Peserta kedua telah membuat persembahannya” tidak sama maknanya dengan ayat (b) “Kedua-dua orang pelajar itu telah membuat persembahan masing- masing”. Dalam ayat (a), kedua, membawa erti pelajar yang kedu- dukannya pada tempat nombor dua (bentuk ordinal), manakala dalam ayat (b), kedua-dua bererti berjum- lah dua orang (perkataan kedua mengalami penggandaan – perlu diingat, dalam bahasa Melayu, yang mengalami penggandaan selalunya kata akar dan bukannya bentuk imbuhan). Dalam bahasa Inggeris, bentuk dalam ayat (a). kedua dapat diterjemahkan men- jadi the second manakala bentuk dalam ayat (b), kedua-dua dapat diterjemahkan ke dalam baha- sa Inggeris sebagai both. Jelas bahawa terdapat perbezaan antara kedua dengan kedua-dua. Oleh itu, berhati-hatilah dalam penggunaan bahasa kita. Di samping itu berlaku juga kekeliruan dalam aspek pemin- jaman. Sebenarnya, dalam proses meminjam, peraturan yang dipegang ialah kita hanya meminjam satu bentuk daripada bahasa asing, yang kemudian- nya dibina perkataan-perkataan lain berdasarkan sistem pem- bentukan kata bahasa Melayu dan bukan berdasarkan sistem pembentukan kata bahasa asing. Sebagai contoh, kita meminjam perkataan demokrasi daripada bahasa Inggeris democracy . Kita tidak meminjam bentuk-bentuk lain lagi, seperti democratise atau democratisation, dan seterusnya. Apabila democracy disesuaikan dengan ejaan dan sebutan bahasa Melayu, menjadi demokrasi, maka proses pembinaan seterusnya dibuat melalui sistem pengimbuh- an bahasa Melayu, iaitu men- demokrasikan, pendemokrasian, dan seterusnya. Peraturan ini sepatutnya dipatuhi juga bagi proses pem- bentukan kata-kata pinjaman yang lain. Misalnya, dalam bahasa Melayu kini, kita ber- temu dengan 'tradisi' (tradition) di samping 'tradisional' (tradi- tional ) dan 'mendokumenkan' (documenting) di samping 'men- dokumentasikan' (documenta- tion). Oleh itu jika kita memilih tradisi sebagai kata dasar bagi kata pinjaman yang dipinjam daripada bahasa Inggeris tradi- tion, maka bentuk imbuhannya mestilah mengikut sistem imbuh- an bahasa Melayu. Begitu juga dengan dokumen yang dipinjam daripada perkataan Inggeris document. Dengan ini bermakna hanya akan wujud bentuk berim- buhan seperti berdokumen (docu- mented), mendokumenkan (docu- menting) dan pendokumenan (documentation) dan bukannya 'mendokumentasikan'. Perlu ditegaskan ketidaktekal- an dalam proses peminjaman akan melemahkan bahasa kita sebagai bahasa ilmu. Banyak lagi aspek bahasa Melayu yang perlu dikemaskan jika kita ingin menentukan bahasa kita tetap segar, bertenaga dan berjaya sebagai bahasa yang menjadi saluran pemikiran moden. Pelik-pelik Bahasa KATA KLASIK Oleh Wahyunah Abd. Gani BAHASA SUKUAN BANAN B anan ialah kosa kata bahasa suku kaum Bajau Sama. Banan sama maksud- nya dengan penjodoh bilangan sekumpulan atau sekawan. Kata banan diucap dalam dua suku kata, ba-nan. Contoh penggunaannya: Jomo kerjo tana’ a ngero banan sapi’ boi mekeraat tenomon ni (Petani itu sedang mengha- lau banan lembu yang telah memusnahkan tanamannya). Oleh Noorzanani Kata KOSA KATA BAHARU KOMUNIKASI Oleh Zaiton Nasir PEDOMAN EJAAN JAWI Bersama Abdul Jalil Haji Anuar Abjad Ha [ ] Radiotelegrafi - sistem komunikasi telegraf yang menggunakan pemancar- an gelombang radio. Siar raya - alat untuk membuat pengu- muman, misalnya pembesar suara, dalam sesuatu majlis, perayaan dan sebagainya. Siarawan - orang yang terlibat secara langsung dalam aktiviti merancang, menyediakan dan menyiarkan ran- cangan untuk disalurkan melalui media elektronik. Teleinfo - maklumat yang dipaparkan pada skrin televisyen sebagai pemberi- tahuan. Telesidang - persidangan yang berlang- sung dengan para pesertanya berkomu- nikasi antara satu sama lain dari tem- pat-tempat jauh yang berlainan melalui rangkaian televisyen, video, telefon dan sebagainya. Videofon - sejenis peranti telefon yang dapat menghantar dan menerima suara dan juga imej visual antara pihak yang berkomunikasi. KALAKIAN K alakian ialah kata klasik yang bermaksud ketika itu, atau kala itu. Contoh penggunaan: “Kalakian, maka segala orang itu pun datanglah berhimpun di Bukit Si Guntang, masing-masing dengan persembahannya”. BH PILIH L4 17 emel DBP SETENGAH ABAD Ejaan Rumi Ejaan Jawi huruf hudud hujah Ejaan Rumi Ejaan Jawi hisab himar hijab Ejaan Rumi Ejaan Jawi hakim hamil haji Ejaan Rumi Ejaan Jawi habibi harakah hasanah hakikat Awal Kata Tengah Kata Akhir Kata hadir ahad fasih Ejaan Rumi Ejaan Jawi hajat sihir ahmak subuh syarah A BJAD ha [ ] merupakan abjad kelapan dalam urutan abjad Jawi. Padanan abjad ini dalam abjad Rumi ialah [ h ] . Dalam sistem ejaan Jawi abjad ha [ ] dapat menempati semua posisi. Contohnya: Catatan: Perkataan yang dieja dengan menggunakan abjad ha [ ] merupakan kata serapan daripada bahasa Arab. Manakala bunyi [hu], bagi suku kata pertama abjad ha [ ] biasanya tidak perlu digabungkan dengan huruf vokal wau [ ]. Contoh: Begitu juga dengan bunyi [hi], bagi suku kata pertama biasanya abjad ha [ ] tidak perlu digabungkan dengan huruf vokal ya [ ]. Contoh: Tiga suku kata atau lebih Bunyi [ha] pada suku kata pertama dalam kata yang terdiri daripada tiga suku kata atau lebih, biasanya abjad ha [ ] tidak memerlukan huruf vokal alif [ ]. Contoh: Abjad ha [ ] boleh disambungkan dengan semua abjad yang mengikutinya. Abjad ha boleh juga disambungkan dengan mana- mana abjad yang mendahuluinya kecuali alif [ ], dal [ ], zal [ ], ra [ ], zai [ ] wau [ ] . Contoh: Kata dua suku kata Bagi kata yang terdiri daripada dua suku kata, untuk membu- nyikan [ha] pada suku kata pertama, abjad ha [ ] hendaklah digabungkan dengan vokal alif [ ]. Contoh: 20SH004A.indd 2 5/16/06 7:54:05 AM

Upload: lykhanh

Post on 07-Mar-2019

307 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Halaman Empat BERITA HARIAN Rabu, 17 Mei 2006

PEDOMAN BAHASA Bersama Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim

KALAU diperhatikan bagai­mana bahasa Melayu diguna­kan pada masa ini, seolah­

olah sesetengah pengguna bahasa Melayu kini keliru atau tidak begitu memahami sifat dan per­aturan bahasa Melayu. Maka saya berasa terpanggil untuk membin­cangkan hal ini, yang berkaitan dengan keunikan bahasa Melayu itu sendiri.

Misalnya, pertama ialah ben­tuk yang berkaitan dengan nom­bor dan rujukan pada nombor. Bagaimanapun, dewasa ini, kita selalu mendengar orang menye­but “hadiah kesatu” atau “orang kesatu”, pada hal yang sepatutnya ialah hadiah pertama dan orang pertama. Kekeliruan ini timbul kerana adanya bentuk orang kedua, orang ketiga, dan seterus­nya. Inilah yang dikatakan unsur 'pelik­pelik bahasa'.

Dalam bahasa Melayu, terdapat dua cara bagi memperkatakan nombor. Pertama ialah nombor yang dikatakan 'nombor kardi­nal', iaitu nombor yang menya­takan kuantiti, misalnya 1, 2, 3, dan seterusnya. Aspek ini tidak menimbulkan masalah.

Kedua ialah nombor yang dige­lar nombor ordinal, iaitu nombor yang menyatakan kedudukan rela­tif dalam urutan, seperti pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya. Di sini timbul aspek keunikan baha­sa Melayu. Bentuk ordinal ini berasal daripada bentuk kardinal, iaitu nombor 1, 2, 3, dan seterus­nya. Bagi nombor dua ke atas, ben­tuknya ialah awalan 'ke' diikuti oleh nombor berkenaan, misal­nya kedua, ketiga, keempat, dan seterusnya. Tetapi tidak demikian halnya bagi nombor satu. Bentuk yang digunakan ialah bentuk khu­sus, iaitu pertama dan bukannya 'kesatu'.

Dengan kata lain, bentuk ordi­nal bagi nombor satu tidak sama dengan bentuk nombor­nombor lain. Hal ini mesti disedari, kera­na jika tidak, kita akan membuat

kesilapan dengan menggunakan bentuk ‘kesatu’ untuk pertama.

Secara bandingan, bentuk dalam bahasa kita lebih senang daripada bahasa Inggeris. Dalam bahasa Inggeris, bentuk kardinal ialah one, two, three, four dan sete­rusnya, manakala bentuk ordinal ialah first, second, third, fourth dan seterusnya. Ini bererti semua ben­tuk ordinal mesti dihafalkan, kera­na semua bentuk tidak sama. Bagi bahasa Melayu, bentuk “pertama” sahaja perlu dihafal; bentuk­ben­tuk lain mematuhi peraturan awa­lan 'ke' bergabung dengan nombor kardinal'.

Perkara kedua yang ingin saya timbulkan berkaitan dengan ben­tuk ordinal secara tunggal (kedua) dan bentuk ordinal yang menga­lami penggandaan (kedua­dua). Ayat (a). “Peserta kedua telah membuat persembahannya” tidak sama maknanya dengan ayat (b) “Kedua­dua orang pelajar itu telah membuat persembahan masing­masing”. Dalam ayat (a), kedua, membawa erti pelajar yang kedu­dukannya pada tempat nombor dua (bentuk ordinal), manakala dalam ayat (b), kedua­dua bererti berjum­lah dua orang (perkataan kedua mengalami penggandaan – perlu diingat, dalam bahasa Melayu, yang mengalami penggandaan selalunya kata akar dan bukannya bentuk imbuhan). Dalam bahasa Inggeris, bentuk dalam ayat (a). kedua dapat diterjemahkan men­jadi the second manakala bentuk dalam ayat (b), kedua­dua dapat diterjemahkan ke dalam baha­sa Inggeris sebagai both. Jelas bahawa terdapat perbezaan antara kedua dengan kedua­dua. Oleh itu, berhati­hatilah dalam penggunaan bahasa kita.

Di samping itu berlaku juga kekeliruan dalam aspek pemin­jaman. Sebenarnya, dalam proses meminjam, peraturan yang dipegang ialah kita hanya meminjam satu bentuk daripada bahasa asing, yang kemudian­

nya dibina perkataan­perkataan lain berdasarkan sistem pem­bentukan kata bahasa Melayu dan bukan berdasarkan sistem pembentukan kata bahasa asing. Sebagai contoh, kita meminjam perkataan demokrasi daripada bahasa Inggeris democracy. Kita tidak meminjam bentuk­bentuk lain lagi, seperti democratise atau democratisation, dan seterusnya. Apabila democracy disesuaikan dengan ejaan dan sebutan bahasa Melayu, menjadi demokrasi, maka proses pembinaan seterusnya dibuat melalui sistem pengimbuh­an bahasa Melayu, iaitu men­demokrasikan, pendemokrasian, dan seterusnya.

Peraturan ini sepatutnya dipatuhi juga bagi proses pem­bentukan kata­kata pinjaman yang lain. Misalnya, dalam bahasa Melayu kini, kita ber­temu dengan 'tradisi' (tradition) di samping 'tradisional' (tradi­tional) dan 'mendokumenkan' (documenting) di samping 'men­dokumentasikan' (documenta­tion). Oleh itu jika kita memilih tradisi sebagai kata dasar bagi kata pinjaman yang dipinjam daripada bahasa Inggeris tradi­tion, maka bentuk imbuhannya mestilah mengikut sistem imbuh­an bahasa Melayu. Begitu juga dengan dokumen yang dipinjam daripada perkataan Inggeris document. Dengan ini bermakna hanya akan wujud bentuk berim­buhan seperti berdokumen (docu­mented), mendokumenkan (docu­menting) dan pendokumenan (documentation) dan bukannya 'mendokumentasikan'.

Perlu ditegaskan ketidaktekal­an dalam proses peminjaman akan melemahkan bahasa kita sebagai bahasa ilmu. Banyak lagi aspek bahasa Melayu yang perlu dikemaskan jika kita ingin menentukan bahasa kita tetap segar, bertenaga dan berjaya sebagai bahasa yang menjadi saluran pemikiran moden.

Pelik-pelik Bahasa

KATA KLASIK

Oleh Wahyunah Abd. Gani

BAHASA SUKUAN

BANAN

Banan ialah kosa kata bahasa suku kaum Bajau Sama. Banan sama maksud-nya dengan penjodoh bilangan sekumpulan atau sekawan. Kata banan diucap dalam dua suku kata, ba-nan. Contoh penggunaannya: Jomo kerjo

tana’ a ngero banan sapi’ boi mekeraat tenomon ni (Petani itu sedang mengha-lau banan lembu yang telah memusnahkan tanamannya).

Oleh Noorzanani Kata

KOSA KATA BAHARU KOMUNIKASI

Oleh Zaiton Nasir

PEDOMAN EJAAN JAWI Bersama Abdul Jalil Haji Anuar

Abjad Ha [ ]

Radiotelegrafi - sistem komunikasi telegraf yang menggunakan pemancar-an gelombang radio.

Siar raya - alat untuk membuat pengu-muman, misalnya pembesar suara, dalam sesuatu majlis, perayaan dan sebagainya.

Siarawan - orang yang terlibat secara langsung dalam aktiviti merancang,

menyediakan dan menyiarkan ran-cangan untuk disalurkan melalui media elektronik.

Teleinfo - maklumat yang dipaparkan pada skrin televisyen sebagai pemberi-tahuan.

Telesidang - persidangan yang berlang-sung dengan para pesertanya berkomu-

nikasi antara satu sama lain dari tem-pat-tempat jauh yang berlainan melalui rangkaian televisyen, video, telefon dan sebagainya.

Videofon - sejenis peranti telefon yang dapat menghantar dan menerima suara dan juga imej visual antara pihak yang berkomunikasi.

KALAKIAN

Kalakian ialah kata klasik yang bermaksud ketika itu, atau kala itu. Contoh penggunaan:

“Kalakian, maka segala orang itu pun datanglah berhimpun di Bukit Si Guntang, masing-masing dengan persembahannya”.

BH PILIH L4 17 emel

DBP SETENGAH ABAD

Ejaan Rumi Ejaan Jawihurufhududhujah

Ejaan Rumi Ejaan Jawihisabhimarhijab

Ejaan Rumi Ejaan Jawi

hakimhamilhaji

Ejaan Rumi Ejaan Jawi

habibiharakahhasanahhakikat

Awal Kata Tengah Kata Akhir Kata

hadir ahad fasih

Ejaan Rumi Ejaan Jawihajatsihirahmaksubuhsyarah

ABJAD ha [ ] merupakan abjad kelapan dalam urutan abjad Jawi. Padanan abjad ini dalam abjad Rumi ialah [ h ] .

Dalam sistem ejaan Jawi abjad ha [ ] dapat menempati semua posisi. Contohnya:

Catatan: Perkataan yang dieja dengan menggunakan abjad ha [ ] merupakan kata serapan daripada bahasa Arab.

Manakala bunyi [hu], bagi suku kata pertama abjad ha [ ] biasanya tidak perlu digabungkan dengan huruf vokal wau [ ]. Contoh:

Begitu juga dengan bunyi [hi], bagi suku kata pertama biasanya abjad ha [ ] tidak perlu digabungkan dengan huruf vokal ya [ ]. Contoh:

Tiga suku kata atau lebihBunyi [ha] pada suku kata pertama dalam kata yang terdiri daripada tiga suku kata atau lebih, biasanya abjad ha [ ] tidak memerlukan huruf vokal alif [ ]. Contoh:

Abjad ha [ ] boleh disambungkan dengan semua abjad yang mengikutinya. Abjad ha boleh juga disambungkan dengan mana­mana abjad yang mendahuluinya kecuali alif [ ], dal [ ], zal [ ], ra [ ], zai [ ] wau [ ] . Contoh:

Kata dua suku kataBagi kata yang terdiri daripada dua suku kata, untuk membu­nyikan [ha] pada suku kata pertama, abjad ha [ ] hendaklah digabungkan dengan vokal alif [ ]. Contoh:

20SH004A.indd 2 5/16/06 7:54:05 AM