hasni lwn zulkifli (tuan abdul halim bin abdullah, hmrs ... lwn zulkifli… · kes ini telah...

10
Hasni Lwn Zulkifli [Mahkamah Rendah Syariah Selangor, Ampang. Kes Mal Bil: 10012-023-0290-2014. (Tuan Abdul Halim bin Abdullah, HMRS)] [4 Rejab 1437H bersamaan 12 April 2016M] Undang - Undang Keluarga Islam - Tuntutan Tunggakan Nafkah Anak - Sama ada Plaintif Mempunyai Sebab yang Sah untuk Menuntut Tunggakan Nafkah - Seksyen 70 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Fakta Kes [1] Permohonan ini difailkan di bawah Seksyen 70 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2003 iaitu tuntutan tunggakan nafkah. Plaintif dalam kes ini memohon tunggakan nafkah tiga orang anak yang diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Selangor ini pada 19 Oktober 2006 dalam Kes Saman No:10005- 055-0522-2006, perengggan 4.4. Defendan tidak bersetuju dengan tuntutan permohonan tersebut dan memohon ditolak oleh mahkamah dan dalam masa yang sama, Defendan mendakwa tuntutan tersebut telah dilaksanakan dan kos kes ditaksirkan. [2] Butiran permohonan Plantif adalah: 1. Supaya Mahkamah meluluskan tuntutan tunggakan nafkah anak pertama Muhammad FXX antara Februari 2009 sehingga Disember 2010 RM 9200.00. 2. Supaya Mahkamah meluluskan tuntutan tunggakan nafkah anak kedua ZXX antara Februari 2009 sehingga Mei 2013 berjumlah RM 20800.00

Upload: trinhcong

Post on 06-Feb-2018

290 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hasni Lwn Zulkifli (Tuan Abdul Halim bin Abdullah, HMRS ... lwn Zulkifli… · Kes ini telah didengar dan diputuskan hari ini di bawah Seksyen 70 ... tamat apabila anak itu mencapai

Hasni Lwn Zulkifli

[Mahkamah Rendah Syariah Selangor, Ampang. Kes Mal Bil: 10012-023-0290-2014.

(Tuan Abdul Halim bin Abdullah, HMRS)]

[4 Rejab 1437H bersamaan 12 April 2016M]

Undang - Undang Keluarga Islam - Tuntutan Tunggakan Nafkah Anak - Sama ada

Plaintif Mempunyai Sebab yang Sah untuk Menuntut Tunggakan Nafkah - Seksyen 70

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Fakta Kes

[1] Permohonan ini difailkan di bawah Seksyen 70 Enakmen Undang-Undang

Keluarga Islam 2003 iaitu tuntutan tunggakan nafkah. Plaintif dalam kes ini

memohon tunggakan nafkah tiga orang anak yang diperintahkan oleh Mahkamah

Rendah Syariah Selangor ini pada 19 Oktober 2006 dalam Kes Saman No:10005-

055-0522-2006, perengggan 4.4. Defendan tidak bersetuju dengan tuntutan

permohonan tersebut dan memohon ditolak oleh mahkamah dan dalam masa yang

sama, Defendan mendakwa tuntutan tersebut telah dilaksanakan dan kos kes

ditaksirkan.

[2] Butiran permohonan Plantif adalah:

1. Supaya Mahkamah meluluskan tuntutan tunggakan nafkah anak pertama

Muhammad FXX antara Februari 2009 sehingga Disember 2010 RM 9200.00.

2. Supaya Mahkamah meluluskan tuntutan tunggakan nafkah anak kedua ZXX antara

Februari 2009 sehingga Mei 2013 berjumlah RM 20800.00

Page 2: Hasni Lwn Zulkifli (Tuan Abdul Halim bin Abdullah, HMRS ... lwn Zulkifli… · Kes ini telah didengar dan diputuskan hari ini di bawah Seksyen 70 ... tamat apabila anak itu mencapai

3. Supaya Mahkamah meluluskan tuntutan tunggakan nafkah anak ketiga Mohd AXX

antara Februari 2009 sehingga Mei 2013 berjumlah 20800.00.

[3] Fakta kes yang dipersetujui:

1. Perintah Mahkamah Syariah ini telah diputuskan melalui persetujuan di Mahkamah

Syariah Selangor di Hulu Langat pada 19/10/2006 dalam Kes SamanNo: 10005-

055-0522-2006, perengggan 4.4.

2. Ketiga-tiga anak tersebut adalah anak bersama bagi Plaintif dan Defendan.

3. Anak pertama berumur 21 tahun ketika tuntutan dibuat dan anak anak kedua dan

ketiga berumur bawah 21 tahun semasa kes difailkan.

Diputuskan

Kes ini telah didengar dan diputuskan hari ini di bawah Seksyen 70 Enakmen Undang-

Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 dengan dihadiri oleh Plaintif dan

Defendan bersama kedua-dua peguam syarie masing-masing. Setelah Mahkamah meneliti

dokumen yang difailkan, mendengar keterangan Plaintif dan saksi Plaintif, maka dengan

ini Mahkamah telah berpuas hati dan memerintahkan seperti berikut:

1. Mahkamah mensabitkan tunggakan nafkah anak yang kedua dan ketiga dari

Februari 2009 sehingga Mei 2013 berjumlah RM 41, 600.00.

2. Kos kepeguaman ditanggung oleh pihak-pihak.

Page 3: Hasni Lwn Zulkifli (Tuan Abdul Halim bin Abdullah, HMRS ... lwn Zulkifli… · Kes ini telah didengar dan diputuskan hari ini di bawah Seksyen 70 ... tamat apabila anak itu mencapai

Peguam Syarie

Plaintif :diwakili oleh Encik Mohamad Azlin dan Puan Suriati dari

Tetuan Mohamad Azlin& Suriati Associates

Defendan :diwakili oleh Tuan Ahmad bin Daud dari Ahmad Daud &

Associates

Surah al-Quran yang dirujuk

1. Surah al-Talaq: ayat 7.

Kitab-kitab yang dirujuk

1. Imam Taqiyuddin Abu Bakar Bin Muhammad Al-Husaini, Kifayatul Ahyar, Juzu’ 2,

Dar Al-Khair.

2. Abdul Rahman Al-Jaziri, Al-Fiqh ‘ala al-Mazahib Al-Arba’ah, Juzu’ 4, Darul Kutub

Al-Ilmiyah, Beirut

Undang-undang yang dirujuk

1. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 - s. 70, s. 80.

Penghakiman Tuan Hakim Abdul Halim Bin Abdullah, HMRS.

[4] Mahkamah merujuk kepada nas asal pensyariatan nafkah anakdi dalam firmannya

yang berbunyi:

Page 4: Hasni Lwn Zulkifli (Tuan Abdul Halim bin Abdullah, HMRS ... lwn Zulkifli… · Kes ini telah didengar dan diputuskan hari ini di bawah Seksyen 70 ... tamat apabila anak itu mencapai

Maksud ayat 7 surah al talaq “Hendaklah orang yang mampu memberi

nafkahmenurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya,

maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya

(sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar

kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam

kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan

sesudah berlakunya kesusahan.

Di dalam kitab Kifayatul Akhyar, juzuk kedua, di muka 93 yang bererti:

“Pembiayaan hadhanah tertanggung ke atas bapa kerana ianya adalah

keperluan, iaitu samalah seperti nafkah.”

Di dalam kitab Al-Fiqh ‘ala al-Mazahib Al-Arba’ah, juzuk keempat, muka surat

592, ada menyebut bahawa antara syarat-syarat yang menjadikan bapa wajib

menanggung nafkah anak-anak mereka ialah:

1) hendaklah bapa berkemampuan;

2) hendaklah anak-anak mereka tidak berupaya walaupun dengan

pekerjaan yang sesuai dengan mereka; dan

3) hendaklah bapa berkemampuan menanggung nafkah isterinya dan

anak-anaknya sekurang-kurangnya selama satu hari satu malam.

[5] Sebelum mahkamah ini memberi penghakiman, ingin mahkamah mengulas di sini

apa yang mahkamah tersentak dan terkilan berkaitan dengan kes ini antaranya:

1. Pertama, Mahkamah terkilan dengan prosiding kes ini yang berlaku dalam

masa yang lama semenjak ia difailkan. Pada mahkamah, isu dalam kes ini

tidaklah begitu rumit. Di mana silapnya, apa yang berlaku, entah di mana

Page 5: Hasni Lwn Zulkifli (Tuan Abdul Halim bin Abdullah, HMRS ... lwn Zulkifli… · Kes ini telah didengar dan diputuskan hari ini di bawah Seksyen 70 ... tamat apabila anak itu mencapai

tertangguhnya sama ada pada pihak plaintif, atau defendan, atau apakah yang

tersirat tidak dapat mahkamah jejaki puncanya.

2. Kedua, Mahkamah terkilan tentang kecuaian memfailkan perubahan kaedah

pembayaran nafkah anak yang menyebabkan hak anak-anak dan penyelia atau

pemegang amanah (ibu) terhadap anak-anak terabai dan pertikaian

berpanjangan berlaku di mahkamah.

[6] Sama ada Plaintif Mempunyai Sebab yang Sah untuk Menuntut Tunggakan

Nafkah

Ini adalah merupakan isu utama di dalam kes ini. Jika Plaintif mempunyai sebab

yang diterima oleh undang-undang, maka isu lain yang timbul ialah TUNGGAKAN

lebihan nafkah. Jika sebaliknya maka mahkamah tidak perlu memutuskannya

disebabkan kes asal adalah kes Plaintif. Mahkamah bersetuju dengan hujah peguam

Plaintif bahawa seksyen 70 EUUKIS menetapkan seperti berikut:

“tunggakan nafkah yang tak bercagar boleh dituntut sebagai suatu hutang

daripada pihak yang mungkir itu dan jika tunggakan itu terkumpul kena

dibayar sebelum suatu perintah penerimaan dibuat terhadap pihak yang

mungkir itu tunggakan itu boleh dibuktikan dalam kebangkrapanya dan jika

tunggakan itu terkumpul kena dibayar sebelum dia mati tunggakan itu

hendaklah menjadi suatu hutang yang kena dibayar dari harta pesakanya”

Mahkamah berpendapat walaupun tanggunggjawab menyara nafkah anak-anak

teletak ke atas bapa tetapi ia bukanlah sehingga ke akhir hayat anak itu. Seksyen 80

EUUKIS menetapkan bahawa:

“Kecuali –

Page 6: Hasni Lwn Zulkifli (Tuan Abdul Halim bin Abdullah, HMRS ... lwn Zulkifli… · Kes ini telah didengar dan diputuskan hari ini di bawah Seksyen 70 ... tamat apabila anak itu mencapai

(c) jika sesuatu perintah itu dibuat untuk—

(i) seseorang anak perempuan yang belum berkahwin

atau yang, oleh sebab sesuatu hilangupaya dari segi

otak atau jasmani, tidak berkebolehan menanggung

dirinya.

(ii) seseorang anak lelaki yang, oleh sebab sesuatu

hilangupaya dari segi otak atau jasmani, tidak

berkebolehan menanggung dirinya.

Perintah nafkah hendaklah tamat apabila anak itu mencapai umur lapan belas

tahun, tetapi mahkamah boleh, atas permohonan oleh anak atau oleh

seseorang lain, melanjutkan perintah nafkah itu supaya meliputi apa-apa

tambahan yang difikirkannya munasabah, bagi membolehkan anak itu

mengikuti pelajaran atau latihan lanjut atau lebih tinggi.”

[7] Mengikut fakta kes ini dan ulasan peguam Defendan bahawa semasa permohonan

Plaintifini dibuat anak pertama adalah seorang lelaki yang berumur 21 tahun 6

bulan, seorang dewasa. Oleh itu mengikut fakta ini, beliau boleh memfailkan secara

persendirian berkaitan haknya bukan melalui melalui kaedah adlitemnya. Ini

bermaksud tiap-tiap prosiding Mal di Mahkamah ini hendaklah dipatuhi seksyen

tersebut dan pada mahkamah Plaintif tidak lagi layak untuk menjadi penuntut bagi

pihak anak yang pertama. Rasionalnya kerana anak itu telah mencapai had umur

mengikut undang-undang yang membolehkannya hidup berdikari kecualilah anak

itu mengalami kecacatan dari segi fizikal atau mental yang menghalangnya untuk

membuat sesuatu tuntutan dan berurusan dengan Mahkamah.Oleh itu di dalam

tuntutan ini mahkamah menolak tuntutan tunggakan nafkah terhadap anak pertama

berjumlah RM 9200.00.

Berdasarkan seksyen EUUKIS 2003 itu juga anak itu juga telah mencapai umur 18

tahun semasa permohonan dibuat oleh itu pada mahkamah tidak menjadi kewajipan

Page 7: Hasni Lwn Zulkifli (Tuan Abdul Halim bin Abdullah, HMRS ... lwn Zulkifli… · Kes ini telah didengar dan diputuskan hari ini di bawah Seksyen 70 ... tamat apabila anak itu mencapai

plaintif untuk menanggungnya melainkan pemanjangan nafkah melalui tuntutan

perubahan nafkah oleh anak itu sendiri.

[8] Seksyen 80 EUUKIS menyatakan mahkamah sahaja yang boleh memerintahkan

pembayaran tersebut. Tanpa kelulusan mahkamah nafkah itu tidak sendirinya

berjalan. Asasnya ialah seksyen tersebut berbunyi:

“Perintah nafkah hendaklah tamat apabila anak itu mencapai umur lapan

belas tahun, tetapi mahkamah boleh, atas permohonan oleh anak atau oleh

seseorang lain, melanjutkan perintah nafkah itu supaya meliputi apa-apa

tambahan yang difikirkannya munasabah, bagi membolehkan anak itu

mengikuti pelajaran atau latihan lanjut atau lebih tinggi”

Di dalam seksyen tersebut ada menyebut klausa mahkamah boleh atas permohonan

anak atau seseorang yang lain. Ini bermakna sebarang perlanjutan atau perubahan

nafkah sepatutnya melalui perintah mahkamah. Pendapat mahkamah berhujah

bahawa ia tidak berlaku secara automatik melainkan dengan perintah mahkamah

dan ia masih memerlukan intervensi dan dikri daripada mahkamah melalui proses

pemfailan kes. Oleh itu mahkamah berpendapat anak sendiri perlu memfailkan

perlanjutan dan tunggakan nafkah daripada Defendan melalui perintah mahkamah

dan mahkamah akan memberikan justifikasi kepada perlanjutan atau perubahan

kadar nafkah berdasarkan situasi yang sebenar yang berlaku. Di dalam kes ini

didapati anak pertama tidak pernah memfailkan sejak berumur 18 tahun sehingga

kini.

[9] Mahkamah juga berpendapat bahawa menurut hukum syarak bapa wajib membayar

nafkah kepada furu’ berdasarkan keperluan dan kemampuan.Jika bertikai keduanya

mahkamah akan memutuskan mengikut syarak. Merujuk di dalam kes ini dalam

perintah terdahulu mahkamah telah pun mengeluarkan perintah dan perintah

Page 8: Hasni Lwn Zulkifli (Tuan Abdul Halim bin Abdullah, HMRS ... lwn Zulkifli… · Kes ini telah didengar dan diputuskan hari ini di bawah Seksyen 70 ... tamat apabila anak itu mencapai

tersebut telah didakwa gagal dilaksanakan.Wujudnya pertelingkahan iaitu sama ada

nafkah telah dilunaskan atau tidak.

[10] Tuntutan berkaitan dengan RM 20,800.00 x 2 orang anak kedua dan ketiga bagi

tunggakan Februari 2009 sehingga Mei 2013, Mahkamah berpendapat bahawa

ditimbulkan di dalam kes ini adalah perintah asal kes pihak-pihak di dalam

perenggan 4.4 iaitu:

a) Defendan difardhukan membayar RM 600.00 untuk setiap orang anak.

b) Bayaran melalui akaun BSN Plaintif XXX.

Kandungan perintah berkaitan ini tidak boleh diubah dan dibatalkan melainkan

dengan proses rayuan atau ada perubahan perintah. Tindakan rayuan tidak

dilakukan oleh Plaintif atau Defendan dan begitujuga dengan permohonan tuntutan

perubahan cara bayaran tidak dilakukan. Perintah tersebut akan kekaldan hak

pihak-pihak terhadap kehendak perintah tidak terjejas.

[11] Mahkamah mendapati nafkah tersebut tidak dibayar kepada Plaintif berdasarkan

alasan:

a) Keterangan berkaitan keperluan anak-anak tersebut,siapayang menjaga

anak tersebut, apa keperluan yang diperlukan oleh anak tersebut.

b) Penyata Nombor akaun berkaitan tidak menjelaskan Defendan ada

memasukkanbaki sebanyak 400 terhadap anak kedua dan ketiga dibuktikan

dengan dokumen.

c) Pembayaran kepada anak-anak melalui wakil atau pengantaraan adalah

pembayaran yang terpesong daripada perintah dan tiada perintah

mengarahkan sedemikan. Sifat perintah penghakiman persetujuan perlu

disokong dan didokong. Memesong bayaran melalui cara sendiri

Page 9: Hasni Lwn Zulkifli (Tuan Abdul Halim bin Abdullah, HMRS ... lwn Zulkifli… · Kes ini telah didengar dan diputuskan hari ini di bawah Seksyen 70 ... tamat apabila anak itu mencapai

menyebabkan kredibiliti mahkamah yang mengeluarkan perintah menjadi

kaku tak laku.

d) Defendan gagal menunjukkan kepada mahkamah bayaran telah dibuat

melalui kemasukan ke dalam akaun bank.

e) Perintah penyelesaian persetujuan diperolehimelalui pengiktirafan redha,

perintah Oktober 2006 meletakkan tiada perlaksanaan.

[12] Persetujuan Plaintif tidak tahu nafkah yang diberikan oleh Defendan adalah

berlebihan kepada anak-anak seperti yang diperintahkan adalah sesuatu yang

kabur dan gagal dibuktikan. Kegagalan adalah jelas menunjukkan tiada aliran

kemasukan di dalam akaun bank yang dipersetujui di dalam perintah sebelum.

[13] Ingin mahkamah cuba ketengahkan di sini juga ada kaitan dengan kes ini ialah

berkaitan dengan nafkah asal (bapa) kepada furu’ (anak-anak). Hukum Syarak

menegaskan bahawa nafkah yang di bayar oleh Asal(bapa) kepada anak-anak

(furu’) adalah mutlaknya milik anak anak-anak tersebut. Bahkan apa-apa harta

yang berkembang daripada nafkah yang dibayar tidak dibolehkan

menggunakannya atau mengambilnya. Salah anggap di kalangan bekas–bekas

isteri yang mengambil harta tersebut adalah berdasarkan kononya ambil upah

jaga penat lelah adalah tidak wajar dan tindakan tersebut adalah haram.Begitu

juga tindakan memgambil wang dividen melalui nafkah yang dibayar oleh bapa

yang dimasukan kedalam akaun bekas isteri. Ianya amat-amat berlawanan

dengan hukum syarak. Sebagai institusi yang mendokong keadilan umat Islam

dan hukum Allah SWT, Mahkamah perlu cetuskan perkara ini kerana kita akan

dihitungkan pada hari perhitungan kelak tiada siapa antara kita yang tidak mati,

perhitungan akan tiba masanya. Apabila nyawa bercampur lendir, di hujung

halqum, apa-apa tindakan tiada gunanya lagi.

Page 10: Hasni Lwn Zulkifli (Tuan Abdul Halim bin Abdullah, HMRS ... lwn Zulkifli… · Kes ini telah didengar dan diputuskan hari ini di bawah Seksyen 70 ... tamat apabila anak itu mencapai

KEPUTUSAN

Setelah Mahkamah meneliti Saman dan Penyataan Tuntutan Plaintif bertarikh 19

Oktober 2012 beserta Penyata Tuntutan Pindaan bertarikh 14 Jun 2013, Pernyataan

Pembelaan Defendan bertarikh 26 Ogos 2013, dan setelah mendengar keterangan

Plaintif, Defendan serta setelah meneliti Afidavit Saksi-saksi yang telah

dikemukakan beserta Hujahan Bertulis pihak-pihak bersama autoriti-autoriti yang

dikemukakan, maka dengan ini Mahkamah memutuskan dan memerintahkan

seperti berikut:

a) Mahkamah mensabitkan tunggakan nafkah anak yang kedua dan ketiga di antara

Februari 2009 sehingga Mei 2013 berjumlah RM 41, 600.00

b) Kos kepeguaman ditanggung oleh pihak-pihak.