lwn. - jakess.gov.my 2019/rar lwn nha.pdfb) sebuah rumah berkembar dua tingkat yang beralamat di no....

12
1 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH RAR lwn. NHA [Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Selangor. Kes Mal No: 10000-0041-0139-2017, Y.A Dato’ Hj. Mukhyuddin bin Hj Ibrahim (Pengerusi), Y.A Tuan Hj. Saarani bin Ismail (Ahli Panel), Y.A Prof. Adjung Dato’ Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar (Ahli Panel)] [2 Muharram 1440H bersamaan 12 September 2018] Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 - Kebenaran Merayu Mahkamah Rayuan Syariah - Sek. 67(2). Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Selangor) 2003 - Permohonan Pengenepian kerana ketidakaturan Tuntutan dan Pembelaan Lisan Prosiding Interlokutori - Sek 6 , 16 & 195. Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 Bantahan awal mahkamah sivil- Aturan 2 Kaedah 3 Fakta Kes [1] Kes ini adalah Permohonan Interlokutori Bantahan Awal Pemohon untuk mendapatkan satu perintah-perintah supaya :- [i] Notis Rayuan bertarikh 27/10/2016 yang difailkan Responden menerusi Rayuan No : 10000-017-0089-2017 dibatalkan menurut seksyen 5 dan/atau seksyen 6 dan/atau seksyen 244 dan/atau seksyen 245 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syarian (Negeri Selangor) 2003; [ii] Keseluruhan Rekod-rekod Rayuan dan Alasan Rayuan bertarikh 20/12/2017 dibuang menurut seksyen 239 dan/atau seksyen 5 dan/atau seksyen 6 dan/atau seksyen 244 dan/atau seksyen 245 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003;

Upload: duonghanh

Post on 27-Aug-2019

244 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: lwn. - jakess.gov.my 2019/RAR LWN NHA.pdfb) Sebuah rumah berkembar dua tingkat yang beralamat di No. 30, Jalan USJ 2/5h, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan di bawah pegangan No

1

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH

DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

RAR

lwn.

NHA

[Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Selangor. Kes Mal No: 10000-0041-0139-2017, Y.A

Dato’ Hj. Mukhyuddin bin Hj Ibrahim (Pengerusi), Y.A Tuan Hj. Saarani bin Ismail (Ahli

Panel), Y.A Prof. Adjung Dato’ Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar (Ahli Panel)]

[2 Muharram 1440H bersamaan 12 September 2018]

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 - Kebenaran Merayu

Mahkamah Rayuan Syariah - Sek. 67(2).

Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Selangor) 2003 - Permohonan Pengenepian

kerana ketidakaturan – Tuntutan dan Pembelaan Lisan – Prosiding Interlokutori - Sek 6 , 16 &

195.

Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 – Bantahan awal mahkamah sivil- Aturan 2 Kaedah 3

Fakta Kes

[1] Kes ini adalah Permohonan Interlokutori Bantahan Awal Pemohon untuk mendapatkan

satu perintah-perintah supaya :-

[i] Notis Rayuan bertarikh 27/10/2016 yang difailkan Responden menerusi Rayuan

No : 10000-017-0089-2017 dibatalkan menurut seksyen 5 dan/atau seksyen 6

dan/atau seksyen 244 dan/atau seksyen 245 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah

Syarian (Negeri Selangor) 2003;

[ii] Keseluruhan Rekod-rekod Rayuan dan Alasan Rayuan bertarikh 20/12/2017

dibuang menurut seksyen 239 dan/atau seksyen 5 dan/atau seksyen 6 dan/atau

seksyen 244 dan/atau seksyen 245 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah

(Negeri Selangor) 2003;

Page 2: lwn. - jakess.gov.my 2019/RAR LWN NHA.pdfb) Sebuah rumah berkembar dua tingkat yang beralamat di No. 30, Jalan USJ 2/5h, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan di bawah pegangan No

2

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH

DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

[iii] Kos permohonan ini dibayar oleh Responden kepada Pemohon menurut seksyen

222 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003;

[iv] Lain-lain perintah atau relif yang difanggap adil dan suaimanfaat oleh

Mahkamah yang mulia ini.

[2] Bantahan Awal ini dibuat oleh pihak Pemohon terhadap kes rayuan pihak Responden

atas alasan ketakakuran prosedur. Rayuan pihak Responden adalah terhadap

keseluruhan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam yang dikeluarkan pada

19/10/2016 melalui Saman No.: 10000-017-0089-2016 yang memutuskan seperti

berikut:-

[i] Mahkamah meluluskan permohonan Plaintif berdasarkan peruntukan seksyen

122 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

[ii] Mahkamah mengisytiharkan bahawa asset dan harta berikut diisytiharkan

sebagai harta sepencarian pihak-pihak iaitu:-

a) Sebuah rumah banglo dua setengah 21/2 tingkat yang beralamat di No. 13,

Jalan Anggerik Vanda 31/167, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam, Selangor

Darul Ehsan di bawah pegang No. Hakmilik : HSD 77977, No. PT 92089,

Mukim Klang, Daerah Klang, Negeri Selangor yang berdaftar atas nama

Defendan.

b) Sebuah rumah berkembar dua tingkat yang beralamat di No. 30, Jalan USJ

2/5h, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan di bawah pegangan No

Hakmilik: HSD 32684, PT 697, Mukim Damansara, Daerah Petaling, Negeri

Selangor yang berdaftar atas nama Plaintif.

c) Sebuah kereta BMW Model X51 A3.0L dengan nombor pendaftaran JR9999

yang didaftar atas nama Plaintif.

Page 3: lwn. - jakess.gov.my 2019/RAR LWN NHA.pdfb) Sebuah rumah berkembar dua tingkat yang beralamat di No. 30, Jalan USJ 2/5h, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan di bawah pegangan No

3

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH

DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

[iii] Mahkamah memerintahkan agar hasil jualan rumah bersih rumah Kota

Kemuning berjumlah RM768,729.40 hendaklah dibahagikan antara pihak

Plaintif dan Defendan. Plaintif berhak terhadapnya dengan kadar sebanyak 70%

dan Defendan sebanyak 30%.

[iv] Mahkamah memerintahkan agar rumah Subang Jaya hedaklah dinilai dengan

nilaian semasa perceraian pihak-pihak pada 12 Ogos 2008 dan Plaintif berhak

terhadapnya dengan kadar sebanyak 70% dan Defendan sebanyak 30% setelah

ditolak hutang-hutang dan kos yang berkaitan.

[iiv] Mahkamah memerintahkan agar BMW Model X51 A3.0L hendaklah dinilai

dengan nilaian semasa deangan mengambilkira susut nilai dan Plaintif berhak

terhadapnya dengan kadar sebanyak 80% dan Defendan sebanyak 20% setelah

ditolak hutang-hutang dan kos berkaitan.

[3] Responden telah memfailkan Notis Rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah pada

27/10/2016, iaitu dalam tempoh had masa pemfailan Notis Rayuan. Walau

bagaimanapun, Notis Rayuan ini telah tidak diserahkan kepada pihak Pemohon dalam

tempoh had masa pemfailan (14 hari). Responden juga telah gagal menfailkan Alasan

Rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah Shah Alam dalam tempoh empat belas (14) hari

dari tarikh penerimaan pemberitahuan dan Rekod Rayuan juga tidak difailkan dalam

tempoh enam (6) minggu selepas penerimaan pemberitahuan daripada Mahkamah yang

terhadap keputusanya rayuan itu dibuat.

[4] Melalui Bantahan Awal tersebut, Pemohon telah memohon kepada Mahkamah Yang

Mulia ini supaya menolak dan mengenepikan Notis Rayuan bagi Kes Rayuan No.:

10000-017-0022-2011 bertarikh 08/01/2013 atas alasan-alasan seperti berikut:-

[i] Notis Rayuan tersebut tidak disampaikan kepada Pemohon dalam tempoh empat

belas (14) hari dari hari keputusan menurut Seksyen 139(8) Enakmen Tatacara

Mal Mahkamah Syariah (Selangor) 2003.

Page 4: lwn. - jakess.gov.my 2019/RAR LWN NHA.pdfb) Sebuah rumah berkembar dua tingkat yang beralamat di No. 30, Jalan USJ 2/5h, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan di bawah pegangan No

4

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH

DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

[ii] Alasan rayuan tersebut tidak difailkan ke Mahkamah Rayuan Syariah Shah

Alam dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan

pemberitahuan di bawah Subseksyen 139(6) menurut Seksyen 141(1) Enakmen

Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Selangor) 2003.

[iii] Rekod-rekod rayuan tersebut tidak difailkan ke Mahkamah Rayuan Syariah

Shah Alam dalam tempoh enam (6) minggu selepas penerimaan pemberitahuan

daripada Mahkamah yang terhadap keputusanya rayuan itu dibuat yang

menyatakan bahawa salinan diperakui bagi nota-nota keterangan dan alasan-

alasan penghakiman sudah siap menurut Seksyen 142(2) Enakmen Tatacara Mal

Mahkamah Syariah (Selangor) 2003.

[iv] Rekod-rekod rayuan tersebut tidak disampaikan kepada Pemohon dalam tempoh

enam (6) minggu selepas penerimaan pemberitahuan daripada Mahkamah yang

terhadap keputusanya rayuan itu dibuat yang menyatakan bahawa salinan

diperakui bagi nota-nota keterangan dan alasan-alasan penghakiman sudah siap

menurut Seksyen 142(3) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Selangor)

2003.

[v] Rekod-rekod rayuan tersebut mengandungi dokumen dan pliding yang tidak

berkenaan dan relevan dengan perkara subjek rayuan.

[vii] Alasan Rayuan tersebut tidak mendedahkan apa-apa persoalan undang-undang

berkepentingan awam dan tidak menepati kehendak Seksyen 67 Enakmen

Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003.

[5] Responden telah memfailkan Notis Rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah Shah Alam

Selangor pada 27/10/2016, iaitu dalam tempoh had masa pemfailan Notis Rayuan.

Walau bagaimanapun, Pemohon menyatakan Notis Rayuan ini telah tidak diserahkan

kepada pihak mereka dalam tempoh had masa pemfailan yang telah ditetapkan undang-

undang. Responden juga telah gagal menfailkan Alasan Rayuan ke Mahkamah Rayuan

Syariah Shah Alam dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan

pemberitahuan dan Rekod Rayuan juga tidak difailkan dalam tempoh enam (6) minggu

Page 5: lwn. - jakess.gov.my 2019/RAR LWN NHA.pdfb) Sebuah rumah berkembar dua tingkat yang beralamat di No. 30, Jalan USJ 2/5h, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan di bawah pegangan No

5

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH

DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

selepas penerimaan pemberitahuan daripada Mahkamah yang terhadap keputusanya

rayuan itu dibuat.

Diputuskan

SETELAH kami meneliti Notis Permohonan, Afidavit-Afidavit dan setelah meneliti hujah-

hujah kedua-dua belah pihak, MAKA kami dengan sebulat suara memutuskan seperti berikut:-

(1) Permohonan Pemohon dibenarkan.

(2) Notis Rayuan Perayu dan kes no. 10000-017-0089-2017 adalah dibatalkan.

(3) Kos ditanggung oleh Responden.

Peguam Syarie

1. Peguam Perayu : diwakili oleh Majda Binti Muda daripada Tetuan Muda.

2. Peguam Responden : diwakili oleh Puan Afshah Binti Arifin daripada Tetuan Afshah

Arifin & Associates.

Undang-Undang Yang Dirujuk

1. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 – s.67 (2)

2. Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Selangor) 2003 – s.6, 16

3. Aturan 2 Kaedah 3, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.

4. Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Selangor) 2003 – s.139(8), 141

Kes-Kes Yang Dirujuk

1. Mohd Taha b. Wan Ahmad lwn. Jaiton Bee & Zaiton Bee bt. Mohd Yaacob

2. Hamidah Bt. Elias lwn Sabariah Bee Bt. Abdul Karim & Seorang Lain [2015] JH 40

3. Krisna Handajani lwn. Azian bt. Omar JH 37

Page 6: lwn. - jakess.gov.my 2019/RAR LWN NHA.pdfb) Sebuah rumah berkembar dua tingkat yang beralamat di No. 30, Jalan USJ 2/5h, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan di bawah pegangan No

6

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH

DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

Penghakiman Y.A Dato’ Hj. Mukhyuddin bin Hj Ibrahim (Pengerusi), Y.A Tuan Hj.

Saarani bin Ismail (Ahli Panel), Y.A Prof. Adjung Dato’ Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj.

Mokhtar (Ahli Panel), HMRyS.

[6] Berdasarkan Permohonan Interlokutori Bantahan Awal Pemohon ini dibuat, Afidavit,

Afidavit Jawapan dan hujahan pihak-pihak, kami dapati isu yang perlu diputuskan

adalah seperti berikut:-

a. Alasan Rayuan yang dideposkan oleh Responden dalam kes rayuannya tidak

mendedahkan apa-apa persoalan undang-undang berkepentingan awam dan

tidak menepati kehendak Seksyen 67 Enakmen Pentadbiran Agama Islam

(Negeri Selangor) 2003.

b. Sama ada Permohonan Bantahan Awal tidak boleh dimulakan atau difailkan

sebelum diberikan kebenaran Mahkamah.

c. Sama ada kelewatan penyerahan salinan Notis Rayuan oleh Perayu kepada

Responden sebagaimana yang ditetapkan di dalam Subseksyen 139(8) Enakmen

Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Selangor) 2003 memberi kesan kepada

kesahan sesuatu rayuan.

Isu pertama: Alasan Rayuan yang dideposkan oleh Responden dalam kes rayuannya

tidak mendedahkan apa-apa persoalan undang-undang berkepentingan awam dan tidak

menepati kehendak Seksyen 67 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor)

2003.

[7] Pemohon dalam alasan permohonanya menyatakan bahawa Alasan Rayuan tersebut

tidak mendedahkan apa-apa persoalan undang-undang berkepentingan awam dan tidak

menepati kehendak Seksyen 67 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor)

2003.

[8] Responden bertegas dalam hujahnya bahawa pihak Pemohon telah gagal memahami

kehendak peruntukan Seksyen 67 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri

Selangor) 2003. Dalam seksyen tersebut memperuntukan seperti berikut:-

Page 7: lwn. - jakess.gov.my 2019/RAR LWN NHA.pdfb) Sebuah rumah berkembar dua tingkat yang beralamat di No. 30, Jalan USJ 2/5h, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan di bawah pegangan No

7

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH

DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

“Apabila suatu rayuan daripada sesuatu keputusan Mahkamah Rayuan

Syariah telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah

Rayuan Syariah boleh atas permohonan mana-mana pihak memberikan

kebenaran untuk diputuskan olehnya sendiri apa-apa persoalan undang-

undang berkepentingan awam yang telah timbul dalam penjalanan rayuan

itu dan yang keputusannya oleh Mahkamah Tinggi Syariah telah

menyentuh keputusan rayuan itu.”

[9] Kami bersetuju dengan hujah Responden bahawa isu persoalan undang-undang

berkepentingan awam ini hanya melibatkan kes-kes rayuan yang dirayu untuk kali

kedua. Sedangkan kes rayuan tersebut adalah rayuan kali pertama oleh pihak

Responden yang terkilan dengan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam

Selangor berkaitan harta sepencarian.

Isu kedua : Sama ada Permohonan Bantahan Awal tidak boleh dimulakan atau difailkan

sebelum diberikan kebenaran Mahkamah

[10] Responden dalam hujahnya membangkit isu bahawa permohonan Pemohon adalah

permohonan yang cacat dan pramatang kerana ianya difailkan tanpa mendapat

kebenaran Mahkamah Yang Mulia ini terlebih dahulu sebagaimana peruntukkan

Seksyen 16 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Selangor) 2003.

[11] Pemohon menghujahkan bahawa isu yang dibangkitkan oleh Responden tidak

mempunyai asas di sisi undang-undang dan tidak releven serta tidak boleh diterima

pakai ke dalam prosiding Bantahan Awal ini.

[12] Kami bersetuju dengan hujah Pemohon dan mendapati tanggapan dan intrepretasi

Responden adalah silap dan tersasar. Tiada satu pun di dalam mana-mana perenggan

Seksyen 16 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Selangor) 2003, Seksyen 195

yang sama dan Arahan Amalan No. 10 Tahun 2006 yang memberi maksud sama ada

yang tersurat atau tersirat yang memandatorikan syarat seperti yang dihujahkan

Responden iaitu sesuatu prosiding interlokutori tidak boleh dimulakan atau difailkan

sebelum dibeikan kebenaran.

Page 8: lwn. - jakess.gov.my 2019/RAR LWN NHA.pdfb) Sebuah rumah berkembar dua tingkat yang beralamat di No. 30, Jalan USJ 2/5h, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan di bawah pegangan No

8

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH

DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

[13] Permohonan Bantahan Awal merupakan satu permohonan yang telah diamalkan di

Mahkamah Syariah sejak sekian lama. Di dalam undang-undang tatacara Mahkamah

Syariah, tiada satu peruntukan khusus dan langsung yang menyebut tentang bantahan

awal sebagaimana yang ada di dalam undang-undang mahkamah sivil. Di Mahkamah

Sivil, bantahan awal atau preliminary objection disebut secara khusus di dalam Aturan

2 Kaedah 3, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.

[14] Sebenarnya, Aturan 2 Kaedah 3 tersebut adalah selari dengan peruntukan Seksyen 6

Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Selangor) 2003 cuma istilah bantahan awal

itu tidak disebut di dalam seksyen 6. Sehubungan dengan itu, dapatlah difahami bahawa

penggunaan seksyen 6 adalah bermaksud permohonan bantahan awal bagi

mengenepikan sesuatu prosiding, tindakan, dokumen, penghakiman atau perintah

kerana ketakteraturan. Dengan hormatnya kami perturunkan Seksyen 6 Enakmen

Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Selangor) 2003:

“Apa-apa permohonan untuk mengetepikan apa-apa prosiding, langkah

yang diambil dalam apa-apa prosiding atau apa-apa dokumen,

penghakiman atau perintah dalamnya kerana ketakteraturan tidaklah

boleh dibenarkan melainkan jika permohonan itu dibuat dalam masa yang

munasabah dan sebelum pihak yang memohon itu telah mengambil apa-

ap langkah baru selepas menyedari tentang ketakteraturan”

Isu ketiga : Sama ada kelewatan penyerahan salinan Notis Rayuan oleh Perayu kepada

Responden sebagaimana yang ditetapkan di dalam Subseksyen 139(8) Enakmen Tatacara

Mal Mahkamah Syariah (Selangor) 2003 memberi kesan kepada kesahan sesuatu rayuan.

[15] Permohonan bantahan awal ini adalah berkaitan kegagalan Responden dalam kes ini

menyerahkan Notis Rayuan dalam tempoh masa sebagaimana yang dikehendaki oleh

Subseksyen 139(8) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Selangor) 2003 kepada

Pemohon. Subseksyen 139 (8) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Selangor)

2003 yang memperuntukkan sebagaimana berikut:-

Page 9: lwn. - jakess.gov.my 2019/RAR LWN NHA.pdfb) Sebuah rumah berkembar dua tingkat yang beralamat di No. 30, Jalan USJ 2/5h, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan di bawah pegangan No

9

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH

DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

“Notis Rayuan hendaklah disampaikan oleh Perayu dalam masa yang

dihadkan bagi pemfailan rayuan kepada semua pihak yang terlibat

dengan rayuan itu atau kepada peguam syarie masing-masing”.

[16] Pada 27/10/2016 Responden telah memfailkan Notis Rayuan bagi perintah Mahkamah

Tinggi Syariah dalam kes rayuan no. 10000-017-0089-2016. Kami mendapati

Responden telah memfailkan Notis Rayuan di dalam tempoh yang dibenarkan oleh

undang-undang. Setelah itu, Responden telah menyerahkan Notis Rayuan tersebut

kepada Pemohon pada 16/1/2017 iaitu lewat tujuh puluh empat (74) hari dari tempoh

yang ditetapkan.

[17] Kami dengan hormatnya merujuk kepada peruntukan yang dirujuk oleh pihak Pemohon,

iaitu Subseksyen 139 (8) Enakmen Tatacara Mal 2003 yang memperuntukkan

sebagaimana berikut:-

“Notis Rayuan hendaklah disampaikan oleh Perayu dalam masa yang

dihadkan bagi pemfailan rayuan kepada semua pihak yang terlibat

dengan rayuan itu atau kepada peguam syarie masing-masing”.

[18] Timbul persoalan lagi, apakah yang dimaksudkan dengan “dalam masa yang

dihadkan”. Kami merujuk kes Mohd Taha b. Wan Ahmad lwn. Jaiton Bee & Zaiton Bee

bt. Mohd Yaacob di Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Selangor dalam kes Mal No.:

10000-017-0022-2011 yang diputuskan pada 08/01/2013 (belum dilaporkan) bahawa

tempoh masa penyampaian atau penyerahan Notis Rayuan kepada pihak Responden

adalah sama dengan tempoh pemfailan Notis Rayuan, iaitu dalam masa 14 hari dari

tarikh keputusan diumumkan oleh Mahkamah Bicara. Di dalam kes tersebut,

Mahkamah Rayuan Syariah Selangor telah menafsirkan “dalam masa yang dihadkan”

di dalam Subseksyen 139(8) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Selangor)

2003, bahawa:-

“...had masa penyerahan notis rayuan kepada Responden adalah dalam

tempoh had masa bagi pemfailan notis rayuan, iaitu dalam tempoh 14

hari tarikh keputusan diumumkan oleh Mahkamah Bicara yang ditetapkan

Page 10: lwn. - jakess.gov.my 2019/RAR LWN NHA.pdfb) Sebuah rumah berkembar dua tingkat yang beralamat di No. 30, Jalan USJ 2/5h, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan di bawah pegangan No

10

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH

DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

dalam subseksyen 139 (4) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah

(Selangor) 2003.”

[19] Kami merujuk kepada dua lagi keputusan Mahkamah Rayuan Syariah Selangor yang

telah menggunapakai tafsiran yang sama iaitu Hamidah Bt. Elias lwn Sabariah Bee Bt.

Abdul Karim Dan Khairunnisa Bt. Ahmad, JH 40 Bhg 1 (1436H) ms 109 dan dalam kes

Krisna Handajani lwn. Azian bt. Omar, JH 37 Bhg 2 (1435H) ms 229 sepertimana

berikut:-

“had masa bagi penyerahan Notis Rayuan kepada pihak Responden, iaitu

dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan Mahkamah dan ianya

merupakan peruntukan mandatori untuk dipatuhi.”

[20] Berdasarkan tafsiran yang telah dibuat oleh Mahkamah Rayuan Syariah Selangor di

dalam ketiga-tiga kes dirujuk, kami juga berpendapat frasa “dalam tempoh had masa

bagi pemfailan rayuan” yang terdapat di bawah Subseksyen 139(8) ETMMSNS 2003

adalah membawa maksud selepas Notis Rayuan difailkan ke Mahkamah, Perayu

hendaklah menyampaikan Notis Rayuan kepada Responden dan penyampaian tersebut

hendaklah dibuat oleh Perayu dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan Mahkamah

Bicara yang dirayu. Ianya adalah mandatori. Dalam kes ini, keputusan Mahkamah

Bicara adalah pada 19/10/2016 maka penyerahan Notis Rayuan kepada Pemohon

hendaklah dibuat pada atau sebelum 3/11/2016.

[21] Pemohon dalam hujahnya di muka surat 19 juga menyatakan bahawa pada 16/1/2017

telah menerima Notis Rayuan secara whatsapp daripada Responden. Tindakan

Responden menyerahkan Notis Rayuan secara whatsapp ini tidak mematuhi kehendak

mengikut Seksyen 141 (1) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Selangor) 2003

yang mana sepatutnya serahan tersebut hendak secara kediri sebagaimana yang telah

diputuskan dalam kes Krisna Handajani lwn. Azian bt. Omar Kes No. 10000-017-0018-

2011 dan Hamidah Elias V. Sabariah Bee bt Abdul Karim & Seorang Lain [2015] JH

40 Bhg 1.

Page 11: lwn. - jakess.gov.my 2019/RAR LWN NHA.pdfb) Sebuah rumah berkembar dua tingkat yang beralamat di No. 30, Jalan USJ 2/5h, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan di bawah pegangan No

11

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH

DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

[22] Kami bersandarkan kepada kes Hamidah bt. Elias lawan Sabariah Bee bt. Abdul Karim

& Seorang Lain [supra], Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Selangor telah menerima

permohonan bantahan awal yang dibuat oleh Responden atas alasan ketakakuran

prosedur di mana Perayu gagal menyerahkan Notis Rayuan kepada Responden dalam

tempoh masa yang ditetapkan dibawah Seksyen 139(8) Enakmen Tatacara Mal

Mahkamah Syariah (Selangor) 2003. Permohonan Interlokutori bantahan awal tersebut

difailkan oleh Responden sebaik sahaja menerima Notis Rayuan yang dikatakan

diserahkan diluar tempoh masa kepadanya dan sebelum Responden membuat apa-apa

tindakan lain berkaitan Notis Rayuan tersebut.

[23] Berdasarkan penelitian kami, Notis Rayuan tersebut telah tamat tempoh dan Responden

telah tidak patuh kepada Seksyen 139 (8) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah

Selangor 2003. Jika tiada bantahan sekalipun, Notis Rayuan tersebut tidak lagi sah

melainkan ada kebenaran lanjut tempoh yang difailkan oleh Responden diberikan oleh

Mahkamah.

[24] Oleh yang demikian, kami berpuashati bahawa kegagalan menyerahkan Notis Rayuan

tersebut kepada Pemohon dalam tempoh had masa merupakan kecacatan kepada

prosiding rayuan ini. Pada peringkat ini kecacatan tersebut tidak mampu untuk dibaik

pulih melainkan pihak Responden memohon perlanjutan tempoh masa penyerahan notis

rayuan kepada pihak Pemohon. Malangnya, tiada permohonan sedemikian telah

difailkan oleh Responden/Perayu.

[25] Oleh yang demikian, ketakakuran prosedur ini tidak dapat untuk dipertimbangkan oleh

kami. Kami juga berpendapat, Pemohon berhak diberikan kos akibat daripada

ketakakuran prosedur di mana Responden gagal menyerahkan Notis Rayuan kepada

Responden dalam tempoh masa yang ditetapkan dibawah Seksyen 139(8) Enakmen

Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Selangor) 2003.

Page 12: lwn. - jakess.gov.my 2019/RAR LWN NHA.pdfb) Sebuah rumah berkembar dua tingkat yang beralamat di No. 30, Jalan USJ 2/5h, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan di bawah pegangan No

12

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH

DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

Keputusan

SETELAH kami meneliti Notis Permohonan, Afidavit-Afidavit dan setelah meneliti hujah-

hujah kedua-dua belah pihak, MAKA kami dengan sebulat suara memutuskan seperti berikut:-

(1) Permohonan Pemohon dibenarkan.

(2) Notis Rayuan Perayu dan kes no. 10000-017-0089-2017 adalah dibatalkan.

(3) Kos ditanggung oleh Responden.