hari kutub antarabangsa – masyarakat (2)

2
Kesihatan Kesejahteraan Komuniti Hari Kutub Antarabangsa – Masyarakat Belajar dengan lebih mendalam tentang Masyarakat kutub di www.ipy.org Manusia telah menduduki kawasan Arctic sejak beribu-ribu tahun dahulu. Mereka telah mengasah pelbagai kemahiran, strategi, dan pengetahuan komuniti untuk terus hidup dalam pelbagai keadaan kutub. Kejayaan mereka dicapai melalui pembelajaran penggunaan makanan tempatan yang diperoleh dari daratan dan lautan, bergerak dengan selamat untuk menyeberangi daratan, ais, dan lautan, dan perdagangan se-Arctic selain mengekalkan pengetahuan mereka melalui bahasa dan budaya. Sejak abad kebelakangan ini, penerokaan sumber dan aktiviti-aktiviti politik yang dilakukan oleh pihak dari luar kawasan kutub telah menukar cara hidup dan kesejahteraan penduduknya secara positif dan negatif. Perubahan iklim dan penerokaan kawasan baru merupakan cabaran-cabaran yang mendesak penduduk Arctic. Penduduk Arctic menghadapi kebanyakan isu-isu kesihatan yang sama dengan penduduk di kawasan lain: penyakit-penyakit yang boleh merebak seperti Hepatitis atau HIV/AIDS; penyakit-penyakit kronik seperti diabetes atau barah; dan masalah-masalah tingkah-laku seperti kecederaan atau ketagihan dadah. Walau bagaimanapun, orang asli Arctic menghadapi cabaran tambahan yang cukup banyak. Penduduk asli mungkin menghadapi faktor-faktor risiko yang lebih tinggi, atau kecenderungan untuk menghidap penyakit-penyakit global. Pencemar-pencemar global seperti merkuri atau pencemar organik secara berterusan telah terkumpul di Arctic serta di biota Arctic, dan telah menyebabkan penduduk wanitanya berdepan dengan pilihan yang tidak diingini, iaitu antara makanan tradisional yang mengandungi faktor-faktor risiko yang tinggi untuk anak-anak mereka, dan makanan yang diimport dari sumber luar negara. Penduduk Arctic yang bergantung pada makanan tradisional juga berdepan dengan risiko yang lebih tinggi apabila penyakit-penyakit seperti trichinellosis yang merebak melalui sumber makanan di kawasan kutub. Perubahan iklim telah mempercepatkan kecenderungan dan gangguan ini menyebabkan ia menjadi lebih teruk. Faktor-faktor unik ini menyumbang kepada cabaran serta kekurangan nilai kesihatan bagi ramai penduduk Arctic. Selain kesihatan, pendidikan dan keadaan bahan-bahan mentah, komuniti-komuniti Arctic dapat menyesuaikan diri dan terus hidup melalui hubungan rapat mereka dengan dunia semula jadi dan berkongsi pemikiran yang sama untuk memilih takdir mereka sendiri serta mempunyai perasaan bahawa mereka adalah sebahagian daripada budaya tempatannya. Manusia-manusia di Arctic telah lama bergantung pada berbagai-bagai jenis sumber semula jadi dan kebanyakan komuniti masih mengekalkan budaya memburu dan mengumpul hasil-hasil bumi. Komuniti-komuniti Arctic yang lain mengusahakan berjuta-juta rusa (reindeer) di kawasan yang meliputi jutaan kilometer persegi. Hubungan dengan sumber semula jadi ini, walaupun kuno namun begitu ia sangat penting sebagai sumber makanan, pendapatan dan identiti budaya, menunjukkan pengurusan ekosistem yang telah lama bertahan berdasarkan pengalaman yang telah dikumpul sejak generasi-generasi terdahulu. Pemahaman seorang pemburu tentang ais laut dan kesedaran seorang pengembala tentang keadaan salji merupakan pengetahuan komuniti yang amat berharga untuk berdepan dengan perubahan. Penghijrahan telah mempengaruhi sistem-sistem komuniti Arctic, tetapi perubahan alam semula jadi, pembangunan sumber tenaga dan galian, dasar negara, dan peluang ekonomi baru serta halangan- halangan yang lain akan mengubah corak mobiliti geografi dan sosial, terutamanya bagi wanita dan generasi muda. Komuniti-komuniti Arctic memahami impak alam sekitar, sosial, perubahan ekonomi dan politik yang disebabkan oleh faktor luaran yang semakin meningkat. Walau bagaimanapun, mereka tahu pengetahuan komuniti merupakan sesuatu yang amat penting bagi menjamin budaya mereka untuk terus hidup.

Upload: lamcong

Post on 28-Jan-2017

238 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Kesihatan

Kesejahteraan Komuniti

Hari Kutub Antarabangsa – Masyarakat

Belajar dengan lebih mendalam tentang Masyarakat kutub di www.ipy.org

Manusia telah menduduki kawasan Arctic sejak beribu-ribu tahun dahulu. Mereka telah mengasah pelbagai kemahiran, strategi, dan pengetahuan komuniti untuk terus hidup dalam pelbagai keadaan kutub. Kejayaan mereka dicapai melalui pembelajaran penggunaan makanan tempatan yang diperoleh dari daratan dan lautan, bergerak dengan selamat untuk menyeberangi daratan, ais, dan lautan, dan perdagangan se-Arctic selain mengekalkan pengetahuan mereka melalui bahasa dan budaya. Sejak abad kebelakangan ini, penerokaan sumber dan aktiviti-aktiviti politik yang dilakukan oleh pihak dari luar kawasan kutub telah menukar cara hidup dan kesejahteraan penduduknya secara positif dan negatif. Perubahan iklim dan

penerokaan kawasan baru merupakan cabaran-cabaran yang mendesak penduduk Arctic.

Penduduk Arctic menghadapi kebanyakan isu-isu kesihatan yang sama dengan penduduk di kawasan lain: penyakit-penyakit yang boleh merebak seperti Hepatitis atau HIV/AIDS; penyakit-penyakit kronik seperti diabetes atau barah; dan masalah-masalah tingkah-laku seperti kecederaan atau ketagihan dadah. Walau bagaimanapun, orang asli Arctic menghadapi cabaran tambahan yang cukup banyak. Penduduk asli mungkin menghadapi faktor-faktor risiko yang lebih tinggi, atau kecenderungan untuk menghidap penyakit-penyakit global. Pencemar-pencemar global seperti merkuri atau pencemar organik secara berterusan telah terkumpul di Arctic serta di biota Arctic, dan telah menyebabkan penduduk wanitanya berdepan dengan pilihan yang tidak diingini, iaitu antara makanan tradisional yang mengandungi faktor-faktor risiko yang tinggi untuk anak-anak mereka, dan makanan yang diimport dari sumber luar negara. Penduduk Arctic yang bergantung pada makanan tradisional juga berdepan dengan risiko yang lebih tinggi apabila penyakit-penyakit seperti trichinellosis yang merebak melalui sumber makanan di kawasan kutub. Perubahan iklim telah mempercepatkan kecenderungan dan gangguan ini menyebabkan ia menjadi lebih teruk. Faktor-faktor unik ini menyumbang kepada cabaran serta kekurangan nilai kesihatan bagi ramai penduduk Arctic.

Selain kesihatan, pendidikan dan keadaan bahan-bahan mentah, komuniti-komuniti Arctic dapat menyesuaikan diri dan terus hidup melalui hubungan rapat mereka dengan dunia semula jadi dan berkongsi pemikiran yang sama untuk memilih takdir mereka sendiri serta mempunyai perasaan bahawa mereka adalah sebahagian daripada budaya tempatannya. Manusia-manusia di Arctic telah lama bergantung pada berbagai-bagai jenis sumber semula jadi dan kebanyakan komuniti masih mengekalkan budaya memburu dan mengumpul hasil-hasil bumi. Komuniti-komuniti Arctic yang lain mengusahakan berjuta-juta rusa (reindeer) di kawasan yang meliputi jutaan kilometer persegi. Hubungan dengan sumber semula jadi ini, walaupun kuno namun begitu ia sangat penting sebagai sumber makanan, pendapatan dan identiti budaya, menunjukkan pengurusan ekosistem yang telah lama bertahan berdasarkan pengalaman yang telah dikumpul sejak generasi-generasi terdahulu. Pemahaman seorang pemburu tentang ais laut dan kesedaran seorang pengembala tentang keadaan salji merupakan pengetahuan komuniti yang amat berharga untuk berdepan dengan perubahan. Penghijrahan telah mempengaruhi sistem-sistem komuniti Arctic, tetapi perubahan alam semula jadi, pembangunan sumber tenaga dan galian, dasar negara, dan peluang ekonomi baru serta halangan-halangan yang lain akan mengubah corak mobiliti geografi dan sosial, terutamanya bagi wanita dan generasi muda. Komuniti-komuniti Arctic memahami impak alam sekitar, sosial, perubahan ekonomi dan politik yang disebabkan oleh faktor luaran yang semakin meningkat. Walau bagaimanapun, mereka tahu pengetahuan komuniti merupakan sesuatu yang amat penting bagi menjamin budaya mereka untuk terus hidup.

Hari Kutub Antarabangsa – Masyarakat (2)

Dihasilkan oleh Pejabat Program Antarabangsa Tahun Kutub Antarabangsa, www.ipy.orgImej-imej: Depan – Trym Ivar Bergsmo; Belakang – Majlis Penyelidikan Norway

Usaha komuniti-komuniti Arctic untuk memerhati dan mengawal alam sekitar sendiri untuk menjana soalan, meneliti data, mengenalpasti arah aliran baru, dan membuat kesimpulan hasil daripada kerjasama dengan ahli sains ‘barat’ telah membawa faedah kepada Tahun Kutub Antarabangsa ini. Program-program kawalan komuniti ini sering menyeberangi sempadan daerah serta sempadan kebangsaan yang menumpukan perhatian kepada banyak faktor yang berkaitan dengan sumber semulajadi, kesejahteraan komuniti dan perubahan iklim: migrasi dalaman spesis; perubahan lokasi, jumlah dan kualiti ikan; perubahan iklim dan corak ais; kesan aktiviti-aktiviti pembangunan pada kualiti alam sekitar; kehadiran bahan pencemar dalam makanan tradisional; dan jangkitan penyakit dalam binatang dan manusia serta kecekapan strategi-strategi untuk menghalang semua ini daripada berlaku. Penyelidikan-penyelidikan ini serta pembangunan yang sejajar antara peralatan perkongsian maklumat yang cekap dan sesuai dapat membina kebolehan penduduk tempatan dan kerjasama se-Arctic, serta dapat meggabungkan aktiviti-aktiviti saintifik antara tempatan dengan global.

Dunia bukan Arctic telah mengisytiharkan bahawa kawasan Arctic adalah terbuka untuk perdagangan, walaupun kebenaran dan kerjasama penduduk Arctic tidak semestinya diperoleh. Tenaga, pengangkutan dan industri perlombongan global perlu dibangunkan pada kawasan Arctic yang disebabkan oleh kemerosotan ais di lautan serta harga komoditi yang semakin meningkat. Sumber semulajadi kutub, termasuk ikan, hutan rimba, dan belantara, berdepan dengan tekanan yang semakin meningkat kerana nilai sumber ini berbanding dengan kawasan dunia yang lain juga semakin meningkat. Oleh itu, pelancongan, termasuklah pemburuan secara rekreasi, juga dapat meningkat dan persaingan untuk sumber tempatan yang berkurangan seperti air, belantara atau hidupan liar juga semakin tinggi. Perubahan iklim akan mempercepatkan dan memburukkan lagi keadaan di Arctic dengan mengubah kawasan sekitar kutub, meningkatkan keboleh-sampaian kawasan Arctic melalui lautan dan mengurangkan sumber alam semulajadi serta keboleh-diaman kawasan-kawasan lain di planet ini. Penduduk Arctic bergantung kepada pengetahuan tradisional, pendidikan, teknologi, dan jiran global mereka untuk mendapatkan bantuan bagi menjawab soalan-soalan sukar ini: Bolehkah komuniti-komuniti Arctic mempertahankan barangan buatan serta perkhidmatan tempatan jika ditandingi oleh barangan buatan serta perkhidmatan yang diimport? Bagaimanakah penduduk kutub dapat bekerjasama dengan kerajaan tempatan serta kerajaan nasional untuk mempengaruhi dan menentukan corak-corak pembangunan dan penempatan, atau merancang penempatan baru? Bagaimanakah budaya-budaya tradisional dapat disesuaikan dengan sistem ekonomi yang baru serta tekanan sosial? Siapakah yang akan menentukan nilai-nilai alam sekitar dan perlindungan bagi ekosistem Arctic? Penyelidikan Tahun Kutub Antarabangsa akan membantu penduduk-penduduk memahami dan menumpukan perhatian kepada isu-isu ini.

Dalam sebuah dunia di mana media dan perdagangan global mudah menyusup antara negara, masyarakat di dalam komuniti-komuniti kutub dan bukan kutub semakin memperakui bahawa mereka adalah jiran yang sering berdepan dengan masalah dan isu yang sama yang berkaitan dengan kesan perubahan global kepada kawasan tempatan. Dari kawasan Arctic, kita boleh memahami bagaimana kuasa luar, bermula dengan kegiatan memburu ikan paus, pemburuan bulu binatang dan perlombongan sejak 400 tahun dahulu, telah mempengaruhi masyarakat, serta bagaimana pembangunan minyak dan gas mempunyai kesan pada dunia kini. Kita sering mendengar kenangan-kenangan lampau mengenai tindasan budaya dan bahasa, yang dilakukan sebagai penilaian untuk membuat keputusan dan pilihan kerajaan bagi penduduk Arctic. Sebagai jiran, kita boleh berkongsi pengalaman yang berkaitan dengan keluarga, pekerjaan, sekolah, dan kemudahan kesihatan. Selain itu, kita juga boleh berkongsi perspektif unik mengenai budaya tempatan sendiri yang sedang berdepan dengan perubahan iklim dan sosial yang cukup membimbangkan.

Memahami persekitaran Arctic

Peranan dalam Ekonomi Global

Jiran-jiran