hari inovasi jkr malaysia 2014 - · pdf filewidad builders sdn. bhd. untuk kontrak pengurusan...

10
HARI INOVASI JKR MALAYSIA 2014 Hari Inovasi JKR Malaysia 2014 yang diadakan di Alor Setar, Kedah pada 17 dan 18 November 2014 telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Menteri Kerja Raya Malaysia yang mana beliau diwakili oleh Tuan Haji Sarani Bin Dollah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Kerja Raya Malaysia. JKR Negeri Kedah berjaya menjadi tuan rumah bagi Hari Inovasi JKR Malaysia 2014 dimana program kali ini memberi kelainan dari segi pengisian dan kehadiran tetamu yang hadir. Program yang bertemakan " INOVASI PENCETUS TRANSFORMASI " dihadiri seramai 680 pegawai JKR dari seluruh Malaysia. Majlis ini juga turut disokong dengan kehadiran Rakan Strategik JKR daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Malaysian Technology Development Corporation (MTDC), Agensi Inovasi Malaysia (AIM), Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MYiPO) dan GENOVASI. Signifikan dengan program ini pengiktirafan telah diberikan kepada pegawai JKR dan kontraktor yang telah memberi sumbangan berdasarkan kategori yang dipertandingkan iaitu Anugerah Pengurusan Fasiliti Terbaik (Bangunan) 2014, Anugerah Pengurusan Fasiliti Terbaik (Jalan) 2014 dan Anugerah Inovasi Terbaik JKR 2014.

Upload: trinhkien

Post on 03-Feb-2018

257 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: HARI INOVASI JKR MALAYSIA 2014 - · PDF fileWidad Builders Sdn. Bhd. untuk Kontrak Pengurusan Fasiliti Bangunan JB Sentral di Bukit Chagar, Johor Bahru, Johor. ... (KIK), Jabatan Kerja

HARI INOVASI JKR MALAYSIA 2014

Hari Inovasi JKR Malaysia 2014 yang diadakan di Alor Setar, Kedah pada 17 dan 18

November 2014 telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Haji Fadillah bin Haji Yusof,

Menteri Kerja Raya Malaysia yang mana beliau diwakili oleh Tuan Haji Sarani Bin

Dollah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Kerja Raya

Malaysia. JKR Negeri Kedah berjaya menjadi tuan rumah bagi Hari Inovasi JKR

Malaysia 2014 dimana program kali ini memberi kelainan dari segi pengisian dan

kehadiran tetamu yang hadir.

Program yang bertemakan " INOVASI PENCETUS TRANSFORMASI " dihadiri

seramai 680 pegawai JKR dari seluruh Malaysia. Majlis ini juga turut disokong

dengan kehadiran Rakan Strategik JKR daripada Kementerian Sains, Teknologi dan

Inovasi (MOSTI), Malaysian Technology Development Corporation (MTDC), Agensi

Inovasi Malaysia (AIM), Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MYiPO) dan

GENOVASI.

Signifikan dengan program ini pengiktirafan telah diberikan kepada pegawai JKR

dan kontraktor yang telah memberi sumbangan berdasarkan kategori yang

dipertandingkan iaitu Anugerah Pengurusan Fasiliti Terbaik (Bangunan) 2014,

Anugerah Pengurusan Fasiliti Terbaik (Jalan) 2014 dan Anugerah Inovasi Terbaik

JKR 2014.

Page 2: HARI INOVASI JKR MALAYSIA 2014 - · PDF fileWidad Builders Sdn. Bhd. untuk Kontrak Pengurusan Fasiliti Bangunan JB Sentral di Bukit Chagar, Johor Bahru, Johor. ... (KIK), Jabatan Kerja

Anugerah Pengurusan Fasiliti Terbaik (Bangunan) 2014

Pemenang Anugerah

Jabatan Kerja Raya menerusi

Anugerah Pengurusan Fasiliti

Terbaik (Bangunan) 2014

memberi pengiktirafan kepada

kontraktor pengurusan fasiliti

yang berjaya melaksanakan kerja

dengan prestasi cemerlang dan

berkualiti. Anugerah ini secara

tidak langsung menggalakkan persaingan yang sihat di kalangan kontraktor

pengurusan fasiliti di seluruh Malaysia.

Anugerah Pengurusan Fasiliti Terbaik (Bangunan) 2014, dimenangi oleh syarikat

Widad Builders Sdn. Bhd. untuk Kontrak Pengurusan Fasiliti Bangunan JB Sentral

di Bukit Chagar, Johor Bahru, Johor. Naib johan pula adalah syarikat Stagno Tech

(M) Sdn. Bhd untuk Kontrak Pengurusan Fasiliti Secara Komprehensif, Operasi &

Penyelenggaraan Bagi Kerja–Kerja Kejuruteraan Mekanikal, Elektrik, Awam dan

Lain–Lain di Pejabat Kerajaan Kompleks D, Putrajaya.

Anugerah Pengurusan Fasiliti Terbaik (Jalan) 2014

Adalah menjadi tanggungjawab JKR untuk memastikan keadaan jalan sentiasa

selamat dan selesa untuk pengguna jalanraya. Oleh yang demikian, jabatan

berbesar hati memberi anugerah kepada pejabat JKR yang cemerlang dalam

mengurus penyenggaraan jalan. Penganugerahan ini secara tidak langsung

memberi galakan kepada kakitangan jabatan untuk mengamalkan budaya kerja

cemerlang serta persaingan yang sihat di antara pejabat JKR. Selain itu ia

memupuk berfikiran kritis dan konstruktif dalam memunaikan tanggungjawab

yang telah diamanahkan. Anugerah Pengurusan Fasiliti Terbaik (Jalan) 2014

dimenangi JKR Negeri Perlis. Manakala naib johan dimenangi oleh JKR Daerah

Page 3: HARI INOVASI JKR MALAYSIA 2014 - · PDF fileWidad Builders Sdn. Bhd. untuk Kontrak Pengurusan Fasiliti Bangunan JB Sentral di Bukit Chagar, Johor Bahru, Johor. ... (KIK), Jabatan Kerja

Barat Daya, Pulau Pinang dan tempat ketiga jatuh kepada JKR Daerah Tampin,

Negeri Sembilan.

JKR Negeri Perlis berjaya muncul sebagai Juara Keseluruhan Anugerah

Pengurusan Fasiliti Terbaik 2014 dengan membawa pulang Piala Pusingan

Anugerah Inovasi Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Bisnes.

Anugerah Inovasi Terbaik JKR 2014

Selain itu Jabatan turut memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada

Cawangan/Negeri/Daerah/Unit Khas atau kumpulan/individu yang berjaya

memperkenalkan sesuatu inovasi kepada jabatan. Disamping mencungkil bakat

terpendam, pengiktirafan ini dapat menyemarakkan pembudayaan berfikiran

kreatif dan inovatif dikalangan pegawai dalam mencipta sesuatu yang baru serta

unik. Pengiktirafan ini juga menjadi inspirasi kepada pegawai JKR yang lain untuk

sama- sama turut memperkasa inovasi dalam jabatan.

Anugerah Inovasi Terbaik JKR 2014, dimenangi oleh JKR Daerah Seberang Perai

Utara, Pulau Pinang dengan produk inovasi ‘ GREEM ’ – Kemudahan

Penyelenggaraan ‘Scupper Drain’.

Sebagai perangsang atas usaha yang telah dicurahkan, Anugerah Inovasi Harapan

dianugerahkan kepada Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Negeri Pahang

dengan penghasilan produk inovasi ‘Lightning Theft Detector’.

JKR Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang muncul sebagai Juara

Keseluruhan Anugerah Inovasi Terbaik JKR 2014 dengan membawa pulang Piala

Pusingan Anugerah Inovasi Ketua Pengarah Kerja Raya.

Page 4: HARI INOVASI JKR MALAYSIA 2014 - · PDF fileWidad Builders Sdn. Bhd. untuk Kontrak Pengurusan Fasiliti Bangunan JB Sentral di Bukit Chagar, Johor Bahru, Johor. ... (KIK), Jabatan Kerja

Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK)

Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK), Jabatan Kerja Raya Malaysia bagi

tahun 2014 diadakan pada hari yang sama. KIK merupakan platform kepada

pegawai JKR untuk

mempersembahkan hasil

usaha mereka dalam

menyelesaikan sebarang isu

berkaitan pelaksanaan tugas

seharian serta bertindak

secara kreatif dan inovatif

bagi menghasilkan sesuatu

produk yang baru melalui

kemahiran berfikir.

KIK juga secara tidak langsung dapat memupuk dan menyemarakkan budaya

kreatif dan inovatif dalam pelaksanakan cara kerja yang dilaksanakan. Ia bakal

menyumbang kepada

peningkatan kualiti dalam

penyampaian perkhidmatan

kepada pelanggan dan

sekaligus mampu

melonjakkan prestasi jabatan

seiring dengan pembangunan

negara yang pesat.

Kumpulan Vortex, JKR Jajahan Tumpat.

Juara Keseluruhan Piala Pusingan Anugerah Inovasi

Ketua Pengarah Kerja Raya.

Kumpulan Sinar, Cawangan Kejuruteraan Elektrik,

JKR Negeri Pahang.

Page 5: HARI INOVASI JKR MALAYSIA 2014 - · PDF fileWidad Builders Sdn. Bhd. untuk Kontrak Pengurusan Fasiliti Bangunan JB Sentral di Bukit Chagar, Johor Bahru, Johor. ... (KIK), Jabatan Kerja

Anugerah KIK JKR Malaysia 2014 di bahagi kepada dua kategori iaitu Kategori

Teknikal dan Kategori

Pengurusan. Sebanyak 10

kumpulan telah bertanding

dimana 5 Kumpulan bagi

Kategori Pengurusan dan 5

Kumpulan bagi Kategori

Teknikal.

Johan Anugerah Konvensyen

KIK JKR Malaysia 2014 bagi

kategori teknikal telah

dimenangi oleh Kumpulan

Vortex dari JKR Jajahan

Tumpat, Kelantan dengan

tajuk ‘Papan Tanda Boleh

Anjal (Flexible)’. Naib Johan

pula disandang oleh

Kumpulan Sinar dari Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Negeri Pahang dengan

tajuk ‘Kesukaran Mengatasi Kecurian Pita Kuprum Sistem Penangkap Kilat Pada

Bangunan’. Manakala, tempat Ketiga jatuh kepada Kumpulan Jitu Design dari JKR

Daerah Dungun, Terengganu dengan tajuk ‘Kelemahan Perabot Jalan Di Kawasan

Merbahaya’.

Kumpulan Jitu Design,

JKR Daerah Dungun, Terengganu.

Kumpulan Prisma, Cawangan Kejuruteraan Elektrik,

JKR Negeri Kedah.

Page 6: HARI INOVASI JKR MALAYSIA 2014 - · PDF fileWidad Builders Sdn. Bhd. untuk Kontrak Pengurusan Fasiliti Bangunan JB Sentral di Bukit Chagar, Johor Bahru, Johor. ... (KIK), Jabatan Kerja

Anugerah Konvensyen KIK JKR

Malaysia 2014 bagi kategori

Pengurusan, dimenangi oleh

Kumpulan Prisma dari

Cawangan Kejuruteraan

Elektrik, JKR Negeri Kedah

dengan tajuk ‘Pengurusan

Sistem Maklumat Aduan Yang

Kurang Efisien’. Naib Johan

dimenangi Kumpulan K- Team daripada JKR Daerah Kerian, Perak dengan tajuk

’Pencarian Rekod Kontraktor Kurang Berkesan’.

Tempat ketiga dimenangi Kumpulan G4A dari Bahagian Darat, Cawangan

Pangkalan Udara dan

Maritim dengan tajuk

'Minutes Meeting Online’.

Kumpulan Vortex dari JKR

Jajahan Tumpat, Kelantan

telah muncul sebagai Juara

Keseluruhan Piala Pusingan

Anugerah Inovasi Ketua

Pengarah Kerja Raya.

Kumpulan K-Team,

JKR Daerah Kerian, Perak.

Kumpulan G4A, Bahagian Darat,

Cawangan Pangkalan Udara dan Maritim.

Page 7: HARI INOVASI JKR MALAYSIA 2014 - · PDF fileWidad Builders Sdn. Bhd. untuk Kontrak Pengurusan Fasiliti Bangunan JB Sentral di Bukit Chagar, Johor Bahru, Johor. ... (KIK), Jabatan Kerja

Ceramah Inovasi

Jabatan mengambil serius dalam konteks memperkukuhkan tahap intelektual dan

pembudayaan ilmu sesebuah organisasi. Sebagai langkah jabatan untuk

mentransformasi minda

dalam memperbagaikan

dimensi inovasi yang bakal

dihasilkan oleh setiap

pegawai JKR. Program

diselitkan dengan Ceramah

Inovasi bertajuk ’Inovasi

dalam Sektor Awam -

Pencapaian dan Impak’ yang

telah disampaikan oleh Encik

Naser bin Jaafar dari Agensi Inovasi Malaysia. Kehadiran penceramah jemputan

sedikit sebanyak memberi impak positif kepada pegawai JKR dalam

menjanakan idea kreatif dan inovatif sejajar mewujudkan inovasi sebagai

amalan dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Ceramah Inovasi

Page 8: HARI INOVASI JKR MALAYSIA 2014 - · PDF fileWidad Builders Sdn. Bhd. untuk Kontrak Pengurusan Fasiliti Bangunan JB Sentral di Bukit Chagar, Johor Bahru, Johor. ... (KIK), Jabatan Kerja

Pameran Inovasi & Industri

Didalam program yang sama Pameran Inovasi dan Industri turut diadakan dimana

ia merupakan platform untuk membawa terus pengunjung dalam menjiwai

inovasi yang telah dilaksanakan oleh pegawai JKR dan industri luar sejajar konteks

memperkayakan inovasi jabatan. Pameran Inovasi dan Industri ini dirasmikan oleh

Timbalan Ketua Setiausaha

(Pengurusan) Kementerian

Kerja Raya Malaysia,

Tuan Haji Sarani Bin Dollah

mewakili YB Datuk Seri Haji

Fadillah bin Haji Yusof,

Menteri Kerja Raya Malaysia.

Pameran bertujuan memberi

pendedahan kepada semua

peserta berkaitan produk-

produk inovasi yang telah dihasilkan oleh pegawai JKR dan juga industri luar.

Pengunjung berpeluang untuk melihat sendiri produk-produk inovasi yang telah

dihasilkan oleh pegawai JKR, di mana kesemua 28 produk tersebut telah

dipertandingkan di dalam dan luar negara. Selain itu pengunjung juga berpeluang

untuk menambahkan pengetahuan dengan melawat pameran Industri yang

disertai oleh 21 syarikat luar.

Pameran yang diadakan berjaya memberi impak yang luar biasa di mana

pengunjung dapat melihat sendiri demontrasi berkaitan produk inovasi ,

perekacipta berpeluang memberi tujuk ajar berkaitan penggunaan produk dan

memberi khidmat nasihat berkaitan pemakaian produk tersebut. Testimoni

penggunaan produk dapat disampaikan melalui one to one communication.

Perasmian Pameran Inovasi & Industri.

Page 9: HARI INOVASI JKR MALAYSIA 2014 - · PDF fileWidad Builders Sdn. Bhd. untuk Kontrak Pengurusan Fasiliti Bangunan JB Sentral di Bukit Chagar, Johor Bahru, Johor. ... (KIK), Jabatan Kerja

Mesyuarat Pengarah JKR Malaysia Bil 4/2014, Mesyuarat Jurutera

Daerah Bil 4/2014 dan Mesyuarat wakil Kader 2014

Bersempena Hari Inovasi JKR Malaysia 2014, beberapa mesyuarat telah

dilaksanakan iaitu Mesyuarat Pengarah JKR Malaysia Bil 4/2014, Mesyuarat

Jurutera Daerah Bil 4/2014 dan Mesyuarat Wakil Kader 2014.

Mesyuarat Pengarah JKR Malaysia melibatkan seramai 60 pegawai yang terdiri

daripada pihak Pengurusan Atasan JKR, Pengarah Cawangan dan Pengarah

Negeri. Mesyuarat tahunan ini dilaksanakan sebanyak 4 kali setahun.

Manakala Mesyuarat Jurutera Daerah melibatkan seramai 78 pegawai yang terdiri

daripada Jurutera Daerah dari setiap negeri. Mesyuarat tahunan juga

dilaksanakan sebanyak 4 kali setahun.

Mesyuarat Jurutera Daerah

Mesyuarat Pengarah JKR Malaysia

Page 10: HARI INOVASI JKR MALAYSIA 2014 - · PDF fileWidad Builders Sdn. Bhd. untuk Kontrak Pengurusan Fasiliti Bangunan JB Sentral di Bukit Chagar, Johor Bahru, Johor. ... (KIK), Jabatan Kerja

Mesyuarat Wakil Kader 2014 pula melibatkan seramai 60 pegawai yang terdiri

daripada wakil-wakil kader yang ditempatkan di kementerian dan juga agensi.

Selain itu mesyuarat ini juga dihadiri oleh ketua disiplin dari bidang masing-

masing. Mesyuarat tahunan ini dilaksanakan sebanyak sekali setahun.

Pelaksanaan mesyuarat-mesyuarat tersebut bersekali dengan Hari Inovasi JKR

Malaysia 2014 memberi ruang dan peluang kepada pegawai-pegawai profesional

untuk hadir ke Hari Inovasi JKR Malaysia 2014. Selain dapat memberi dorongan,

penghargaan dan pengiktirafan kepada kumpulan-kumpulan KIK yang bertanding,

pegawai professional ini juga merupakan medan yang terbaik untuk menerapkan

inovasi di pejabat masing-masing.

Penutup

Program seperti ini perlu diteruskan sebagai satu medan sumber inspirasi untuk

melahirkan lebih ramai warga JKR yang kreatif dan inovatif disamping memberi

ruang dan peluang kepada para perekacipta untuk mengkomersilkan produk

inovasi yang telah dihasilkan.

Urusetia Hari Inovasi 2014 mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan

syabas kepada para pemenang dan peserta-peserta yang terlibat. Sekalung

penghargaan dan terima kasih juga kepada semua yang telah bertungkus-lumus

dalam menjayakan program ini.

Rujukan sumber maklumat: www.jkr.gov.my

Mesyuarat Wakil Kader