handout (upgrade later)

4
Alia Natasha Azmi (AEY 120003) 7. Analisiskan peranan golongan rakyat dan hamba di dalam kelas sosial masyarakat Melayu pada abad ke-15 hingga ke-18. Pendahuluan: - Hierarki sosial telah wujud apabila manusia mula hidup secara bermasyarakat dan menerima pakai sistem sosial sama ada secara rela atau terpaksa. - Dengan adanya peristiwa perjanjian antara Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun, hierarki sosial ini semakin bertambah kukuh. - Dalam masyarakat Melayu tradisional, hierarki sosial terbahagi kepada 2 golongan iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah. - Golongan pemerintah terdiri daripada raja/sultan, keluarga dan kerabat diraja, pembesar, pentadbir serta golongan ulama. - Golongan diperintah terdiri daripada rakyat (pedagang dan saudagar) serta hamba. - Golongan ini merupakan golongan yang paling ramai. - Golongan ini mempunyai peranan penting dari segi fizikal, moral serta tradisi kemasyarakatan terutamanya sebagai penyokong institusi raja dan pembesar semasa zaman kerajaan Melayu tradisi (Melaka, Srivijaya, Pasai, Majapahit dan sebagainya). - Rakyat terdiri daripada orang Melayu dari seluruh Nusantara termasuk orang laut & orang asing yang menetap di negeri-negeri Melayu. - Golongan hamba berfungsi sebagai sumber tenaga manusia yang melakukan kerja-kerja dari aspek ekonomi yang tidak boleh mengikut kemahuan sendiri. Mereka juga berfungsi untuk meningkatkan status individu yang memiliki mereka. - Berikut merupakan peranan rakyat dan hamba dalam sistem masyarakat Melayu tradisional.

Upload: euvilla-van-de-charl

Post on 28-Jan-2016

234 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

his

TRANSCRIPT

Page 1: Handout (Upgrade Later)

Alia Natasha Azmi (AEY 120003)

7. Analisiskan peranan golongan rakyat dan hamba di dalam kelas sosial masyarakat Melayu pada abad ke-15 hingga ke-18.

Pendahuluan:

- Hierarki sosial telah wujud apabila manusia mula hidup secara bermasyarakat dan menerima pakai sistem sosial sama ada secara rela atau terpaksa.

- Dengan adanya peristiwa perjanjian antara Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun, hierarki sosial ini semakin bertambah kukuh.

- Dalam masyarakat Melayu tradisional, hierarki sosial terbahagi kepada 2 golongan iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah.

- Golongan pemerintah terdiri daripada raja/sultan, keluarga dan kerabat diraja, pembesar, pentadbir serta golongan ulama.

- Golongan diperintah terdiri daripada rakyat (pedagang dan saudagar) serta hamba. - Golongan ini merupakan golongan yang paling ramai. - Golongan ini mempunyai peranan penting dari segi fizikal, moral serta tradisi

kemasyarakatan terutamanya sebagai penyokong institusi raja dan pembesar semasa zaman kerajaan Melayu tradisi (Melaka, Srivijaya, Pasai, Majapahit dan sebagainya).

- Rakyat terdiri daripada orang Melayu dari seluruh Nusantara termasuk orang laut & orang asing yang menetap di negeri-negeri Melayu.

- Golongan hamba berfungsi sebagai sumber tenaga manusia yang melakukan kerja-kerja dari aspek ekonomi yang tidak boleh mengikut kemahuan sendiri. Mereka juga berfungsi untuk meningkatkan status individu yang memiliki mereka.

- Berikut merupakan peranan rakyat dan hamba dalam sistem masyarakat Melayu tradisional.

Page 2: Handout (Upgrade Later)

PERANAN RAKYAT

Rakyat Peranan1. Berkhidmat dengan pemerintah- Golongan ini digelar “hulubalang”- Selain itu, askar, juak-juak, pembawa

utusan dan pendayung.- Mereka ini berkhidmat dengan

pemerintah.

- Golongan ini berkhidmat sebagai pengikut/ pengiring raja serta pembesar-pembesar.

- Bertugas untuk menjaga keselamatan raja, kerabat diraja serta istana.

- Membawa alat kebesaran raja.- Sebagai lambang kebesaran dan

meninggikan status raja dan pembesar.2. Saudagar/Peniaga- Merupakan rakyat biasa yang bebas

mengendalikan kehidupan seharian terdiri daripada peniaga & pedagang kecilan.

- Kebiasaannya golongan pembesar menjadi tuan atau pemodal untuk berniaga.

- Rakyat asing: tidak wajib mengamalkan tradisi kebudayaan tempatan tetapi perlu mematuhi hukum adat dan undang-undang negeri.

- Ada orang asing yang terus menetap di negeri-negeri Melayu dan ada yang datang seketika untuk berniaga dan berdagang.

- Antara orang asing pada zaman ini adalah orang Cina, Tamil, Gujerat, Arab, Ghori, Parsi dan Siam.

- Berperanan penting dalam ekonomi dan sosial.

- Menguruskan aktiviti jual-beli di pelabuhan dan pasar.

- menjalankan kegiatan ekonomi dalam menguruskan perlombongan bijih timah, dagang runcit serta borong.

3. Berkhidmat dalam perkapalan- Anak-anak kapal

- Membantu golongan pembesar mentadbir sesebuah daerah atau kampung supaya lebih tersusun.

- Berperanan menjadi tentera upahan kerajaan

4. Menjalankan ekonomi sara diri- Golongan yang menjadi nelayan,

penternak dan petani.

- Bertanggungjawab untuk mengumpul hasil laut.

- Menternak haiwan seperti lembu, kambing, ayam dan sebagainya.

- Bertani dan menuai padi.- Berperanan menyediakan keperluan

dan sumber makanan kepada semua golongan.

5. Artisan/Tukang Mahir- buruh yang mahir bertukang

- Menghasilkan ukiran atau menempa keris, perhiasan istana dan sebagainya.

- Penaung yang kaya dapat memberikan pekerjaan tetap kepada tukang-tukang.

Hamba Peranan1. Hamba Raja- Digelar sebagai “biduanda”/ “budak raja”- Terdiri daripada pesalah yang melakukan

- Berperanan mengurus dan menjaga barangan dagang raja.

- Sebagai pengiring dan menjaga

Page 3: Handout (Upgrade Later)

jenayah, ditangkap dan diberi keampunan oleh sultan.

- Pesalah yang dikenakan hukuman mati tetapi diberi pengampunan.

- Tawanan perang/banduan.- Mendapat perlindungan dari pemerintah.- Tinggal di istana, lelaki – pengiring raja,

perempuan – gundik raja, inang, dayang, penyanyi dan penari istana.

keselamatan di istana. - Menyediakan keperluan golongan

istana seperti makan minum, pakaian, hiburan dan sebagainya.

- Menemani puteri-puteri raja.

2. Hamba biasa- Digelar hamba sahaya/ hamba abdi.- Terdiri daripada hamba tawanan – jadi hamba

setelah ditawan dalam perang.- Hamba diranggah – orang bukan Islam seperti

orang Batak, orang asli serta penduduk bukan Islam lain di rantau Asia Tenggara yang diculik dan dijual oleh peniaga hamba dan lanun.

- Hamba Habsyi – diimport dari Afrika dan dibeli oleh orang yang menunaikan haji.

- Hamba serah – menyerah kepada orang yang sanggup memberi makan dan keperluan hidup.

- Hamba saudagar – berkhidmat di pelabuhan dan dalam kapal.

- Hamba pembesar – bekerja di ladang-ladang- Anak hamba – berketurunan hamba abdi.

- Terlibat dalam kegiatan produtif dengan mengerjakan sawah, ladang dan lombong bijih milik raja dan pembesar.

- Menjalankan segala perintah tuannya.

- Mengangkat barang-barang dagangan dari kapal.

- Menjaga keselamatan kapal dan pelabuhan.

3. Hamba berhutang- Menjadi hamba kepada tuannya sehingga

selesai hutang.- Golongan yang tidak membayar hutang kepada

pemiutang.- Berasal daripada rakyat yang merdeka.- Kebanyakannya orang miskin.- Sebahagian ada yang mencuri.- Dilayan seperti rakyat biasa.- Terbahagi kepada beberapa jenis:

Anak emas: jadi hamba melalui perkahwinan (hamba lelaki + hamba perempuan)

Hamba waris: isteri dan anak-anak hamba berhutang.

Hamba bayar: diserahkan oleh tuannya kepada orang lain untuk membayar hutang tuannya.

- Menjadi pengikut kepada tuan mereka.

- Sebahagian terlibat dalam kerja rumah (pembantu rumah)

- Hamba wanita berperanan sebagai tukang masak, mengasuh anak tuan mereka, mencuci, mengambil air, membelah kayu dan menganyam.

- Bertanggungjawab menguruskan perdagangan tuannya (amanah dan jujur)

PERANAN HAMBA

Kesimpulan:

Page 4: Handout (Upgrade Later)

- Golongan diperintah ini jelas memainkan peranan penting dalam membantu golongan atasan dari aspek ekonomi dan sosial.

- Terdapat rekod-rekod British menyatakan bahawa golongan hamba merupakan satu kepincangan dalam masyarakat Melayu.

- Namun hal ini adalah tidak tepat kerana hamba diberikan layanan yang baik seperti diberikan tempat tinggal, mendapat hak dalam perundangan seperti yang dinyatakan dalam Hukum Kanun Melaka (Fasal ke-7 & ke-8 : membunuh hamba abdi dan menetak orang antara orang merdeka dan hamba abdi) dan mereka juga boleh berkeluarga.

- Kekuatan golongan pemerintah adalah bergantung daripada sokongan yang diberikan oleh rakyat dan hamba.

Rujukan:

- Mohd. Koharuddin Mohd Balwi : Peradaban Melayu- Mohd Taib Osman : Masyarakat Melayu; Struktur, Organisasi dan Menifestasi- Fuziah Shaffie, Ruslan Zainuddin : Sejarah Malaysia- Abdul Rahman Hj Abdullah : Sejarah & Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional