handout maritim soalan 9

4
SOALAN 9: BINCANGKAN KONSEP MARITIM DARI PERSPEKTIF GEO-POLITIK NUSANTARA 1.1 PENGENALAN Secara geografi wilayah nusantara merupakan kawasan kepulauan yang menempatkan laut sebagai penghubung, bukan sahaja pemisah. Oleh itu, penguasaan terhadap laut merupakan suatu perkara yang penting bagi penghuni pulau-pulau ini. Keadaan ini telah membentuk mereka sebagai manusia yang rapat dengan kehidupan laut. Disamping itu, Kepulauan Nusantara mempunyai kedudukan yang strategik dalam konteks perdagangan laut antarabangsa yang melibatkan dunia timur dan barat. Kepulauan Melayu merupakan laluan yang strategik kerana berada di tengah-tengah kawasan ini. Laut merupakan medium kepada pembentukan kerajaan awal di nusantara dan dibahagikan kepada dua kerajaan iaitu Kerajaan Agraria dan Kerajaan Maritim. Didalam pembentangan ini akan menjelaskan secara terperinci mengenai konsep maritim dari perspektif geo-politik nusantara ini. 2.1 DEFINISI NUSANTARA Dari sudut bahasa “Nusantara” merupakan kata majmuk yang berasal dari dua perkataan bahasa Jawa Kuno iaitu “Nusa” yang membawa maksud pulau dan “antara” yang bermaksud lain. Nusantara merupakan satu istilah yang digunakan untuk menjelaskan kawasan di wilayah kepulauan yang terletak dari kawasan Sumatera hingga ke kawasan Kepulauan Papua. Dalam bahasa Indonesia, istilah “Nusantara” bermaksud kepulauan di antara manakala dalam bahasa Melayu pula merujuk kepada alam Melayu.

Upload: justin-martinez

Post on 28-Jan-2016

255 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

eeeeee

TRANSCRIPT

Page 1: Handout Maritim SOALAN 9

SOALAN 9: BINCANGKAN KONSEP MARITIM DARI PERSPEKTIF GEO-

POLITIK NUSANTARA

1.1 PENGENALAN

Secara geografi wilayah nusantara merupakan kawasan kepulauan yang

menempatkan laut sebagai penghubung, bukan sahaja pemisah. Oleh itu,

penguasaan terhadap laut merupakan suatu perkara yang penting bagi

penghuni pulau-pulau ini.

Keadaan ini telah membentuk mereka sebagai manusia yang rapat

dengan kehidupan laut. Disamping itu, Kepulauan Nusantara mempunyai

kedudukan yang strategik dalam konteks perdagangan laut antarabangsa

yang melibatkan dunia timur dan barat. Kepulauan Melayu merupakan

laluan yang strategik kerana berada di tengah-tengah kawasan ini.

Laut merupakan medium kepada pembentukan kerajaan awal di

nusantara dan dibahagikan kepada dua kerajaan iaitu Kerajaan Agraria

dan Kerajaan Maritim.

Didalam pembentangan ini akan menjelaskan secara terperinci mengenai

konsep maritim dari perspektif geo-politik nusantara ini.

2.1 DEFINISI NUSANTARA

Dari sudut bahasa “Nusantara” merupakan kata majmuk yang berasal dari

dua perkataan bahasa Jawa Kuno iaitu “Nusa” yang membawa maksud

pulau dan “antara” yang bermaksud lain.

Nusantara merupakan satu istilah yang digunakan untuk menjelaskan

kawasan di wilayah kepulauan yang terletak dari kawasan Sumatera

hingga ke kawasan Kepulauan Papua.

Dalam bahasa Indonesia, istilah “Nusantara” bermaksud kepulauan di

antara manakala dalam bahasa Melayu pula merujuk kepada alam

Melayu.

3.1 KONSEP MARITIM

3.1.1 LAUT DAN LAUTAN

Istilah maritime wujud di tamadun Barat pada abad ke-14, iaitu semasa

zaman Reinassance atau zaman kebangkitan sesuatu tamadun baru yang

bercirikan kehidupan moden seperti Barat.

Page 2: Handout Maritim SOALAN 9

Perkataan lautan dalam bahasa Inggeris pula disebut sebagai oceans yang

berasal daripada perkataan bahasa Latin iaitu Oceanus yang terbit

daripada perbendaharaan kata Yunani kuno “Okeanoe” merujuk kepada

laut yang memisahkan antara daratan Eropah dengan dataran Afrika dan

tidak termasuk Laut Tengah.

Laut mempunyai dinamik yang membentuk kesatuan, hubungan antara

manusia dan antarabangsa melalui pengangkutan, perdagangan dan

pertembungan budaya.

4.1 PERANAN MARITIM DALAM PEMBENTUKAN AWAL KERAJAAN DI

NUSANTARA

Kemunculan Tamadun awal Asia Tenggara dapat dibuktikan dengan

wujudnya kerajaan awal di Tanah Besar seperti Funan, Chenia, Angkor,

Sukhotai dan Ayuthia.

Kawasan kepulauan Melayu dapat dilihat melalui Kedah Tua, Gangga

Negara, Langkasuka, Srivijaya, Majapahit, Singhasari dan Mataram.

Bukti kewujudan dapat dilihat menerusi sumber bertulis dan artifak yang

ditemui oleh ahli arkeologi.

Perkembangan perdagangan maritim juga berkembang melalui kapal

layar dan perahu.

4.1.1 MARITIM DARI PERSPEKTIF GEOGRAFI

A. Demografi

Sungai Mekong adalah berukuran 4180km panjang, iaitu bermula dari

Tibet dan melalui Yunan, wilayah China, Myanmar, Thailand, Laos,

Kemboja dan Vietnam.

Pakar-pakar Antropologi menjejaki migrasi masyarakat Melayu Proto, yang

merupakan pelaut,lebih kurang 10000 tahun dahulu apabila mereka

belayar menggunakan perahu di sepanjang Sungai Mekong dari Yunan

sehingga Laut China Selatan dan akhirnya mendiami di kawasan-kawasan

yang berbeza.

B. Teori Migrasi Yunan

Teori Melayu Proto berasal dari Yunan iaitu ( Melayu Asli ) yang pertama

sekali datang mempunyai kemahiran dalam bidang pertanian sementara

golongan kedua, Melayu Deutro yang tiba sekitar tahun 1500 SM dan

Page 3: Handout Maritim SOALAN 9

mendiami pesisir pantai mempunyai kemahiran menangkap ikan yang

tinggi.

Kedua-dua golongan imigran ini telah berkahwin dengan masyarakat dari

pulau-pulau Selatan seperti Jawa, serta penduduk tempatan yang berasal

dari keturunan Australasia dan Negrito.

C. Delta Mekong

Menurut sejarah Khmer, tamadun terawal iaitu tamadun Khmer Funan di

Delta Mekong. Empayar Khmer Angkor ialah yang terakhir sebelum

mereka mencari perlindungan di pelbagai tempat. Palembang dan Melaka

adalah antara tempat berkenaan. Bukti-bukti arkeologi mendapati

penduduk awal Kemboja adalah penduduk dari budaya zaman Neolitik.

Mereka mahir dalam kemahiran teknikal. Sementara kumpulan yang lebih

maju yang tinggal di pesisir pantai dan lembah delta Mekong menanam

padi.

D. Hubungan Melayu dan Champa

Teori menunjukkan bagaimana bermulanya penempatan awal di

Nusantara dan seterusnya membawa kepada pembentukan kerajaan awal

seperti kerajaan Srivijaya, Langkasuka, Patani, Funan dan juga Kerajaan

Kesultanan Melayu Melaka.

Selain itu, dari aspek demografi juga dapat dilihat telah muncul etnik

yang baru akibat daripada penghijrahan masyarakat luar ke nusantara

melalui laluan laut. Contohnya Melaka, berlaku penghijrahan masyarakat

Cina pada masa itu telah menyebabkan wujudnya etnik baru akibat

daripada asimilasi mereka di kawasan nusantara seperti etnik Baba dan

Nyonya.

E. Wujudnya Hubungan Luar.

Laut merupakan laluan utama pada masa itu telah menghubungkan

beberapa kerajaan di nusantara dengan kerajaan-kerajaan lain yang berad

di luar kawasan nusantara. Pada tahun 100 Hijrah (718 Masihi) Maharaja

Srivijaya yang bernama Sri Indravarman telah mengutuskan sepucuk surat

kepada Khalifah Umar Bin Abdul Aziz dan memohon baginda menghantar

seorang ulamak bagi mengajar dan menerangkan tentang agama Islam.

Page 4: Handout Maritim SOALAN 9

Ini menunjukkan bahawa hubungan luar telah wujud pada waktu itu.