hampehs! what the hell is it?bendahari.uthm.edu.my/v2/borang/unit_perolehan/borang... · web...

8
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA SYARAT-SYARAT AM PEMBELIAN TERUS (melebihi RM10,000.00 hingga RM50,000.00) Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh pembekal :- 1. KEADAAN BARANG Semua barang hendaklah tulen, baru dan belum digunakan. 2. HARGA Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun dan kos tambahan yang berkaitan. 3. BARANG SETARA Pembelian Terus boleh ditawarkan bagi barang-barang setara yang sesuai dengan syarat butir-butir penuh diberi. 4. PEMERIKSAAN 4.1 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia adalah sentiasa berhak menghendaki barang-barang itu diperiksa atau diuji oleh seseorang pegawai yang dilantik olehnya dalam masa pembuatan atau bila-bila masa lain sebelum penyerahan. 4.2 Pembekal hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau pengujian apabila dikehendaki. 5. PERAKUAN MENYATAKAN PENENTUAN TELAH DIPATUHI Pembekal dikehendaki memperakui bahawa barang-barang/perkhidmatan yang dibekalkan oleh mereka adalah mengikut spesifikasi atau piawai (jika ada) yang dinyatakan di dalam pelawaan ini. 1 / 8 BEN/UP/005D-pin1

Upload: others

Post on 06-Jan-2020

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hampehs! What The Hell Is It?bendahari.uthm.edu.my/v2/borang/unit_perolehan/borang... · Web viewBEN/UP/005D-pin1 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA SYARAT-SYARAT AM PEMBELIAN TERUS

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

SYARAT-SYARAT AM PEMBELIAN TERUS (melebihi RM10,000.00 hingga RM50,000.00)

Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh pembekal :-

1. KEADAAN BARANG

Semua barang hendaklah tulen, baru dan belum digunakan.

2. HARGA

Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun dan kos tambahan yang berkaitan.

3. BARANG SETARA

Pembelian Terus boleh ditawarkan bagi barang-barang setara yang sesuai dengan syarat butir-butir penuh diberi.

4. PEMERIKSAAN

4.1 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia adalah sentiasa berhak menghendaki barang-barang itu diperiksa atau diuji oleh seseorang pegawai yang dilantik olehnya dalam masa pembuatan atau bila-bila masa lain sebelum penyerahan.

4.2 Pembekal hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau pengujian apabila dikehendaki.

5. PERAKUAN MENYATAKAN PENENTUAN TELAH DIPATUHI

Pembekal dikehendaki memperakui bahawa barang-barang/perkhidmatan yang dibekalkan oleh mereka adalah mengikut spesifikasi atau piawai (jika ada) yang dinyatakan di dalam pelawaan ini.

6. PENOLAKAN

Barang-barang yang rendah mutunya atau berlainan daripada barang-barang yang telah dipersetujui pembelian boleh ditolak.

7. TAFSIRAN

Pembelian terus dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia dan pembekal bersetuju tertakluk hanya kepada bidangkuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan juapun yang mungkin timbul mengenai pembelian terus ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

1 / 4

BEN/UP/005D-pin1

Page 2: Hampehs! What The Hell Is It?bendahari.uthm.edu.my/v2/borang/unit_perolehan/borang... · Web viewBEN/UP/005D-pin1 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA SYARAT-SYARAT AM PEMBELIAN TERUS

8. PEMBUNGKUSAN

8.1 Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan.

8.2 Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang tidak mencukupi atau yang cacat, hendaklah diganti oleh penjual.

9. INSURAN

Tiada apa–apa insurans atas barang dalam perjalanan daripada negeri pembekal atau dalam Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam harga pembelian terus.

10. PENGENALAN

Nama pembuat, jenama, nombor perniagaan atau nombor katalog-katalog dan negeri tempat asal barang-barang itu hendaklah ditunjukkan.

11. BARANG-BARANG DIPESAN DARI LUAR NEGARA

11.1 CUKAI

Harga tawaran hendaklah diertikan sebagai tidak termasuk semua cukai.

11.2 MATAWANG

Harga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM).

11.3 PEMBUNGKUSAN

11.3.1 Barang-barang hendaklah dibungkus dengan sesuai untuk dieksport ke Malaysia melainkan jika mengikut norma perdagangan barang-barang itu dieksport dengan tidak dibungkus.

11.3.2 Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan dan belanja pembungkusan.

11.3.3 Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang tidak mencukupi atau cacat hendaklah diganti oleh syarikat.

12. PENGHANTARAN BARANG

Syarikat bertanggungjawab atas segala urusan dan kos penghantaran berserta insuran ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

13. PROSES PEMFAKTORAN

Pemfaktoran hanya dipertimbangkan untuk nilai harga yang melebihi RM20,000.00. Kelulusan diuruskan oleh Unit Perolehan, Pejabat Bendahari, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

2 / 4

Page 3: Hampehs! What The Hell Is It?bendahari.uthm.edu.my/v2/borang/unit_perolehan/borang... · Web viewBEN/UP/005D-pin1 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA SYARAT-SYARAT AM PEMBELIAN TERUS

14. PELEPASAN BORANG KASTAM NO. 1 PIN. 8/89

Proses untuk kelulusan pelepasan borang kastam hendaklah dirujuk ke Unit Perolehan, Pejabat Bendahari, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

15. TEMPOH PENGHANTARAN BARANG

15.1 Pembekal yang berjaya mestilah mematuhi tempoh penghantaran barang/perkhidmatan yang telah dipersetujui dan dinyatakan jadual siap bekal secara bertulis. Jika berlaku kelewatan, syarikat perlu mengemukakan alasan secara bertulis kepada pihak Universiti mengikut pegawai yang menandatangan Pesanan Tempatan/Inden/Kontrak.

15.2 Pihak universiti mempunyai hak untuk membatalkan sesuatu pesanan barang/ perkhidmatan jika pembekal gagal menghantar atau menyediakan perkhidmatan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Seterusnya Universiti akan menyenarai hitam pembekal terbabit daripada berurusan dengan pihak Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

16. TAWARAN HARGA

Pembekal hanya dibenarkan mengkodkan harga, jenama, model bagi satu pilihan (option) sahaja bagi satu tawaran harga.

17. KADAR DENDA LEWAT BEKAL UNTUK PEROLEHAN BEKALAN DAN PERKHIDMATAN

17.1 Kadar denda yang akan dikenakan untuk perolehan bekalan dan perkhidmatan adalah seperti berikut : -

i) Denda sebanyak 0.15% untuk satu (1) hari lewat bermula dari hari berikutnya selepas tamat tempoh bekal di Pesanan Tempatan (LO).

Formula pengiraan denda :Nilai Pesanan Tempatan (RM) x Kadar (0.15%) x Bilangan Hari Lewat = Jumlah Denda

ii) Denda maksima sebanyak 15% sekiranya tempoh bekalan melebihi 100 hari daripada tarikh akhir bekal seperti di Pesanan Tempatan (LO) .

Formula pengiraan denda :Nilai Pesanan Tempatan (RM) x Kadar (15%) = Jumlah Denda

17.2 Denda yang dikenakan akan ditolak terus daripada nilai bayaran yang akan diterima oleh pembekal.

17.3 Kiraan Denda hanya akan ditamatkan selepas pembekal selesai menghantar sepenuhnya bekalan/perkhidmatan. Sekiranya pembekal hanya menghantar sebahagian bekalan/ perkhidmatan atau belum menyelesaikan latihan, denda masih akan dikira sehingga bekalan/perkhidmatan disempurnakan sepenuhnya

3 / 4

Page 4: Hampehs! What The Hell Is It?bendahari.uthm.edu.my/v2/borang/unit_perolehan/borang... · Web viewBEN/UP/005D-pin1 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA SYARAT-SYARAT AM PEMBELIAN TERUS

18. DOKUMEN PEMBELIAN TERUS YANG PERLU DIKEMUKAKAN SEMASA MENGEMUKAKAN TAWARAN HARGA

18.1 Borang Syarat-syarat Am Pembelian Terus (BEN/UP/005D-pin1);

18.2 Borang Jaminan Pembekal (BEN/UP/004-pin1);- kegagalan mengemukakan borang ini akan menyebabkan tawaran harga tidak diterima

18.3 Borang Jadual Harga dan Teknikal Pembelian Terus (BEN/UP/003-pin2);

18.4 Borang Maklumat Pembekal (BEN/UP/022-pin1);

18.5 Borang Surat Akuan Pembida (BEN/UP/023A);

18.6 Brosur/katalog yang asal/original (Jika berkenaan)

19. PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH DALAM PEROLEHAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

19.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa–apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana–mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah dibawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.

19.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa–apa suapan kepada mana–mana staf Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, maka pihak yang ditawarkan atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke Pejabat Badan Pencegah Rasuah atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan dibawah Akta Pecegahan Rasuah 1997.

19.3 Mana–mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana–mana staf Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan dibawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Saya bagi pihak syarikat mengambil maklum dan bersetuju dengan syarat-syarat am pembelian terus bagi perkara di atas.

…………………………………………… ……………………………………………

(Tandatangan & Cop Syarikat) (Tandatangan Saksi)

Nama : ………………………………. Nama : ……………………………….

Jawatan: ………………………………. Jawatan: ……………………………….

4 / 4