syarat-syarat am sebutharga (kerja) -...

7
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA SYARAT-SYARAT AM SEBUTHARGA (KERJA) (melebihi RM10,000.00 hingga RM500,000.00) 1. PEMERIKSAAN TAPAKBINA Kontraktor adalah dinasihatkan untuk memeriksa dan meneliti tapakbina dan sekitarnya, bentuk dan jenis tapakbina, takat dan jenis kerja, bahan dan barang yang perlu bagi menyiapkan kerja perkhidmatan cara-cara perhubungan dan laluan masuk ke tapakbina dan hendaklah mendapatkan sendiri segala maklumat yang perlu tentang risiko, luar jangkaan dan segala hal keadaan yang mempengaruhi dan menjejaskan sebutharganya. Sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada kegagalan kontraktor mematuhi kehendak ini tidak akan dipertimbangkan. 2. INSURAN Kontraktor hendaklah atas nama bersama Kerajaan dan Kontraktor mengambil insuran seperti berikut :- a) Insuran Pampasan Pekerja (Workman Compensation) dan/atau Nombor pendaftaran dengan PERKESO bagi semua pekerjanya. b) Insuran Liabiliti Awam dan/atau Insuran Kerja (sekiranya dinyatakan di dalam butir-butir Ringkasan Sebutharga) bagi tempoh perlaksanaan kerja perkhidmatan ini. Kontraktor-kontraktor hendaklah mengemukakan kepada Pegawai Inden atau melalui wakilnya semua polisi insuran dan nombor kod pendaftaran dengan PERKESO yang tersebut di atas sebelum memulakan kerja. Bagaimanapun untuk tujuan memulakan kerja sahaja nota-nota perlindungan dan resit-resit bayaran premium adalah mencukupi. Sekiranya kontraktor gagal mengemukakan semua polisi insuran selepas tempoh sah nota-nota perlindungan tanpa sebarang sebab yang munasabah, Pegawai Inden atau melalui wakilnya berhak mengambil tindakan seperti di bawah fasal 9(d). 3. PERATURAN PERLAKSANAAN KERJA Kerja-kerja yang dilaksanakan hendaklah mematuhi Spesifikasi, pelan-pelan, butir-butir dalam Ringkasan Sebutharga dan syarat-syarat yang dinyatakan dalam Dokumen Sebutharga ini dan arahan Pegawai Inden atau melalui wakilnya. 1 / 7 BEN/UP/005C-

Upload: trinhkhuong

Post on 03-Mar-2019

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SYARAT-SYARAT AM SEBUTHARGA (KERJA) - …bendahari.uthm.edu.my/v2/borang/unit_perolehan/borang... · Web viewBEN/UP/005C-pin1 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA SYARAT-SYARAT AM

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

SYARAT-SYARAT AM SEBUTHARGA (KERJA)(melebihi RM10,000.00 hingga RM500,000.00)

1. PEMERIKSAAN TAPAKBINA

Kontraktor adalah dinasihatkan untuk memeriksa dan meneliti tapakbina dan sekitarnya, bentuk dan jenis tapakbina, takat dan jenis kerja, bahan dan barang yang perlu bagi menyiapkan kerja perkhidmatan cara-cara perhubungan dan laluan masuk ke tapakbina dan hendaklah mendapatkan sendiri segala maklumat yang perlu tentang risiko, luar jangkaan dan segala hal keadaan yang mempengaruhi dan menjejaskan sebutharganya. Sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada kegagalan kontraktor mematuhi kehendak ini tidak akan dipertimbangkan.

2. INSURAN

Kontraktor hendaklah atas nama bersama Kerajaan dan Kontraktor mengambil insuran seperti berikut :-

a) Insuran Pampasan Pekerja (Workman Compensation) dan/atau Nombor pendaftaran dengan PERKESO bagi semua pekerjanya.

b) Insuran Liabiliti Awam dan/atau Insuran Kerja (sekiranya dinyatakan di dalam butir-butir Ringkasan Sebutharga) bagi tempoh perlaksanaan kerja perkhidmatan ini.

Kontraktor-kontraktor hendaklah mengemukakan kepada Pegawai Inden atau melalui wakilnya semua polisi insuran dan nombor kod pendaftaran dengan PERKESO yang tersebut di atas sebelum memulakan kerja. Bagaimanapun untuk tujuan memulakan kerja sahaja nota-nota perlindungan dan resit-resit bayaran premium adalah mencukupi. Sekiranya kontraktor gagal mengemukakan semua polisi insuran selepas tempoh sah nota-nota perlindungan tanpa sebarang sebab yang munasabah, Pegawai Inden atau melalui wakilnya berhak mengambil tindakan seperti di bawah fasal 9(d).

3. PERATURAN PERLAKSANAAN KERJA

Kerja-kerja yang dilaksanakan hendaklah mematuhi Spesifikasi, pelan-pelan, butir-butir dalam Ringkasan Sebutharga dan syarat-syarat yang dinyatakan dalam Dokumen Sebutharga ini dan arahan Pegawai Inden atau melalui wakilnya.

4. PENOLAKAN BAHAN, BARANG DAN KERJA OLEH PEGAWAI INDEN ATAU MELALUI WAKILNYA

Pegawai Inden atau melalui wakilnya berhak menolak bahan, barang dan kerja-kerja yang tidak menepati Spesifikasi. Bahan, barang dan kerja-kerja yang ditolak hendaklah diganti dan sebarang kos tambahan yang terlibat hendaklah ditanggung oleh Kontraktor sendiri.

5. SUB-SEWA DAN MENYERAH HAK KERJA

Kontraktor tidak dibenarkan mengsub-sewakan kerja kepada kontraktor-kontraktor lain. Kontraktor tidak boleh menyerah hak apa-apa faedah di bawah surat setuju terima sebutharga ini tanpa terlebih dahulu mendapatkan persetujuan bertulis daripada Pegawai Inden atau melalui wakilnya.

1 / 4

BEN/UP/005C-pin1

Page 2: SYARAT-SYARAT AM SEBUTHARGA (KERJA) - …bendahari.uthm.edu.my/v2/borang/unit_perolehan/borang... · Web viewBEN/UP/005C-pin1 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA SYARAT-SYARAT AM

6. RINGKASAN SEBUTHARGA

i) Ringkasan Sebutharga hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang Sebutharga ini dan hendaklah menjadi asas jumlah harga sebutharga.

ii) Harga-harga dalam Ringkasan Sebutharga hendaklah mengambil kira semua kos termasuk kos pengangkutan, cukai, duit bayaran dan caj-caj lain yang perlu dan berkaitan bagi penyiapan kerja dengan sempurnanya.

iii) Tiada sebarang tuntutan akan dilayan bagi penyelarasan harga akibat daripada perubahan kos buruh, bahan-bahan dan semua duti dan cukai kerajaan, samada dalam tempoh sahlaku Sebutharga atau dalam tempoh kerja.

iv) Harga-harga dalam Ringkasan Sebutharga yang dikemukakan oleh Kontraktor hendaklah tertakluk kepada persetujuan sebelumnya daripada Pegawai Inden atau melalui wakilnya tentang kemunasabahannya. Persetujuan sebelumnya itu dan apa-apa pelarasan kemudiannya kepada harga-harga dalam Ringkasan Sebutharga hendaklah dibuat sebelum Surat Inden dikeluarkan.

v) Apa-apa pelarasan harga dalam Ringkasan Sebutharga menurut perenggan (iv) tersebut di atas dan apa-apa kesilapan hisab dalam Ringkasan Sebutharga hendaklah dilaras dan diperbetulkan sebelum Surat Inden dikeluarkan. Jumlah amaun pukal dalam borang Sebutharga hendaklah tetap tidak berubah.

7. PERCANGGAHAN DALAM DOKUMEN SEBUTHARGA

Jika Kontraktor mendapati apa-apa pencanggahan dalam Dokumen Sebutharga dia hendaklah merujuk kepada Pegawai Inden atau melalui wakilnya untuk mendapatkan keputusan.

8. BAYARAN BERPERINGKAT

Bagi kerja yang bernilai melebihi RM25,000.00, satu kali bayaran berperingkat dibenarkan setelah nilai kerja-kerja yang disiapkan melebihi 50% dari nilai sebutharga tersebut.

9. KEGAGALAN KONTRAKTOR MENYIAPKAN KERJA DAN PENAMATAN PERLANTIKAN KONTRAKTOR

Pegawai Inden atau melalui wakilnya berhak membatalkan Inden Kerja sekiranya Kontraktor berada dalam keadaan berikut dan setelah menerima surat amaran daripada Pegawai Inden atau melalui wakilnya.

a) Sekiranya Kontraktor masih gagal menyiapkan kerja dalam tempoh masa yang telah ditetapkan;

b) Kemajuan kerja terlalu lambap tanpa apa-apa sebab yang munasabah;

c) Penggantungan perlaksanaan seluruh atau sebahagian kerja, tanpa apa-apa sebab yang munasabah;

d) Tidak mematuhi arahan Pegawai penguasa tanpa apa-apa alasan yang munasabah; dan

e) Apabila kontraktor diisytiharkan bankrap oleh pihak yang sah.

2 / 4

Page 3: SYARAT-SYARAT AM SEBUTHARGA (KERJA) - …bendahari.uthm.edu.my/v2/borang/unit_perolehan/borang... · Web viewBEN/UP/005C-pin1 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA SYARAT-SYARAT AM

10. KERJA PERUBAHAN

a) Pegawai Inden atau melalui wakilnya boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan arahan-arahan yang berkehendakkan sesuatu perubahan kerja dengan cara bertulis. Tiada apa-apa perubahan yang dikeluarkan oleh Pegawai Inden atau melalui wakilnya atau yang disahkan kemudian oleh Pegawai Inden atau melalui wakilnya boleh membatalkan Sebutharga ini.

b) Semua kerja perubahan dan/atau tambahan yang diluluskan oleh Pegawai Inden atau melalui wakilnya akan diukur atau dinilai dengan menggunakan kadar harga yang ada dalam Senarai Kuantiti/Ringkasan Sebutharga. Jika tidak terdapat sebarang kadarharga yang bersesuaian kadar harga yang dipersetujui oleh Pegawai Penguasa dan Kontraktor hendaklah digunakan.

11. TEMPOH TANGGUNGAN KECACATAN

a) Setiap sebutharga hendaklah mengandungi syarat mengenai Tempoh Lialibiti Kecacatan. Dalam tempoh tersebut, kontraktor hendaklah memperbaiki kecacatan ke atas kerja yang telah disiapkannya. Jika kontraktor tidak berbuat demikian, perbelanjaan dikenakan untuk memperbaiki apa-apa kecacatan hendaklah dituntut daripada baki bayaran yang layak diterima oleh kontraktor atau daripada Bon Perlaksanaan.

b) Jangkamasa Lialibiti Kecacatan adalah bergantung kepada nilai kontrak . Tempoh tersebut dikira selepas Penyiapan Praktikal (Practical Completion). Tempoh Lialibiti Kecacatan hendaklah ditentukan berdasarkan kepada nilai-nilai berikut:

i) Bagi kerja yang bernilai RM5,000.00 hingga RM10,000.00, Tempoh Tanggungan Kecacatan ialah enam (6) bulan dari Tarikh Siap Kerja di Perakuan Siap Kerja.

ii) Bagi kerja yang bernilai RM10,000.00 hingga RM200,000.00, Tempoh Tanggungan Kecacatan ialah enam (6) bulan dari Tarikh Siap Kerja di Perakuan Siap Kerja.

c) Sijil Siap Membaiki Kecacatan hendaklah dikeluarkan setelah Pegawai Inden berpuas hati bahawa kerja-kerja pembaikan kecacatan telah sempurna.

12. PEMANTAUAN KEPADA UNDANG-UNDANG OLEH KONTRAKTOR

Kontraktor hendaklah mematuhi segala kehendak Undang-undang kecil dan Undang-undang Berkanun dalam Malaysia semasa perlaksanaan kerja. Kontraktor tidak berhak menuntut sebarang kos dan bayaran tambahan kerana pematuhannya dengan Syarat-syarat ini.

13. PEMBERSIHAN TAPAK

Pihak Kontraktor dikehendaki membuat pembersihan tapak bina sebelum dan selepas kerja siap.

14. PERATURAN MEMBAYAR SELEPAS SIAP

Bayaran sepenuhnya hanya akan dibayar setelah Kontraktor menyiapkan kerja dengan sempurnanya.

3 / 4

Page 4: SYARAT-SYARAT AM SEBUTHARGA (KERJA) - …bendahari.uthm.edu.my/v2/borang/unit_perolehan/borang... · Web viewBEN/UP/005C-pin1 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA SYARAT-SYARAT AM

15. PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH DALAM PEROLEHAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

15.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa–apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana–mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah dibawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.

15.2 Sekiranya mana pihak ada menawar atau memberi apa–apa suapan kepada mana–mana staf Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, maka pihak yang ditawarkan atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke Pejabat Badan Pencegah Rasuah atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan dibawah Akta Pecegahan Rasuah 1997.

15.3 Mana–mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana–mana staf Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan dibawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Saya bagi pihak syarikat mengambil maklum dan bersetuju dengan syarat-syarat am sebutharga bagi perkara di atas.

…………………………………………… ……………………………………………

(Tandatangan & Cop Syarikat) (Tandatangan Saksi)

Nama : ………………………………. Nama : ……………………………….

Jawatan: ………………………………. Jawatan: ……………………………….

4 / 4