hampehs! what the hell is it?bendahari.uthm.edu.my/v2/borang/unit_perolehan/... · web viewtawaran...

8
BEN/UP/005-pin2 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA SYARAT-SYARAT AM SEBUTHARGA BEKALAN/PERKHIDMATAN (melebihi RM50,000.00 hingga RM200,000.00) Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh penyebutharga :- 1. PENYERAHAN SEBUTHARGA 1.1 Tawaran hendaklah diberi kepada semua perkara yang dinyatakan di borang Jadual Teknikal Sebutharga Bekalan/Perkhidmatan. 1.2 Sebutharga hendaklah dikemukakan dalam dua (2) sampul surat berlakri yang mengandungi: a) Sampul Surat Pertama mengandungi borang Jadual Harga Sebutharga, Maklumat Pembekal dan Jaminan Pembekal. b) Sampul Surat Kedua mengandungi borang Jadual Teknikal Sebutharga Bekalan/ Perkhidmatan berserta dengan risalah/katalog (jika berkenaan). c) Kedua-dua sampul ini hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat yang dialamatkan kepada alamat seperti yang dinyatakan di dalam Kenyataan Sebutharga, serta dituliskan dengan tajuk dan nombor rujukan sebutharga yang berkenaan. 1.3 Butiran-butiran yang ditawarkan hendaklah dicatitkan dengan terang dan jelas. Penyebutharga tidak boleh mencatatkan nama mereka di mana-mana pun di Jadual Teknikal Sebutharga Bekalan/Perkhidmatan, Risalah dan Katalog yang dikembarkan. 2. KEADAAN BARANG Semua barang hendaklah tulen, baru dan belum digunakan. 1 / 8

Upload: others

Post on 26-Dec-2019

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hampehs! What The Hell Is It?bendahari.uthm.edu.my/v2/borang/unit_perolehan/... · Web viewTawaran hendaklah diberi kepada semua perkara yang dinyatakan di borang Jadual Teknikal

BEN/UP/005-pin2

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

SYARAT-SYARAT AM SEBUTHARGA BEKALAN/PERKHIDMATAN(melebihi RM50,000.00 hingga RM200,000.00)

Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh penyebutharga :-

1. PENYERAHAN SEBUTHARGA

1.1 Tawaran hendaklah diberi kepada semua perkara yang dinyatakan di borang Jadual Teknikal Sebutharga Bekalan/Perkhidmatan.

1.2 Sebutharga hendaklah dikemukakan dalam dua (2) sampul surat berlakri yang mengandungi:

a) Sampul Surat Pertama mengandungi borang Jadual Harga Sebutharga, Maklumat Pembekal dan Jaminan Pembekal.

b) Sampul Surat Kedua mengandungi borang Jadual Teknikal Sebutharga Bekalan/ Perkhidmatan berserta dengan risalah/katalog (jika berkenaan).

c) Kedua-dua sampul ini hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat yang dialamatkan kepada alamat seperti yang dinyatakan di dalam Kenyataan Sebutharga, serta dituliskan dengan tajuk dan nombor rujukan sebutharga yang berkenaan.

1.3 Butiran-butiran yang ditawarkan hendaklah dicatitkan dengan terang dan jelas. Penyebutharga tidak boleh mencatatkan nama mereka di mana-mana pun di Jadual Teknikal Sebutharga Bekalan/Perkhidmatan, Risalah dan Katalog yang dikembarkan.

2. KEADAAN BARANG

Semua barang hendaklah tulen, baru dan belum digunakan.

3. HARGA

3.1 Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun dan kos tambahan yang berkaitan. Jumlah sebutharga yang ditawarkan mestilah tidak melebihi RM200,000.00.

3.2 Syarikat yang berdaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia hendaklah mengemukakan harga tawaran dengan mengambilkira kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan/Goods and Services Tax (CBP/GST).

1 / 6

Page 2: Hampehs! What The Hell Is It?bendahari.uthm.edu.my/v2/borang/unit_perolehan/... · Web viewTawaran hendaklah diberi kepada semua perkara yang dinyatakan di borang Jadual Teknikal

BEN/UP/005-pin2

3.3 Satu (1) pembekal/kontraktor/syarikat hanya dibenarkan mengemukakan satu (1) tawaran harga sahaja. Tawaran alternatif tidak dibenarkan.

3.4 Sekiranya pembekal/kontraktor/syarikat mengemukakan seperti di para 3.3 di atas, adalah dengan sendirinya tawaran sebutharga tersebut ditolak.

4. SEBUTHARGA SEBAHAGIAN

Sebutharga boleh ditawarkan bagi semua bilangan item atau sebahagian bilangan item.

5. BARANG SETARA

Sebutharga boleh ditawarkan bagi barang-barang setara yang sesuai dengan syarat butir-butir penuh diberi.

6. PERSETUJUAN

6.1 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia tidak terikat untuk menyetujuterima sebutharga yang terendah atau mana-mana sebutharga.

6.2 Setiap butiran akan ditimbangkan sebagai suatu sebutharga yang berasingan.

7. PEMERIKSAAN

7.1 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia adalah sentiasa berhak menghendaki barang-barang itu diperiksa atau diuji oleh seseorang pegawai yang dilantik olehnya dalam masa pembuatan atau bila-bila masa lain sebelum penyerahan.

7.2 Penyebutharga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau pengujian apabila dikehendaki.

8. PERAKUAN MENYATAKAN PENENTUAN TELAH DIPATUHI

Penyebutharga dikehendaki memperakui bahawa barang-barang/perkhidmatan yang dibekalkan oleh mereka adalah mengikut spesifikasi atau piawai (jika ada) yang dinyatakan di dalam pelawaan ini.

9. PENOLAKAN

9.1 Barang-barang yang rendah mutunya atau berlainan daripada barang-barang yang telah dipersetujui sebutharga boleh ditolak.

9.2 Apabila diminta penyebutharga hendaklah menyebabkan barang-barang yang ditolak itu dipindahkan atas tanggungan dan perbelanjaannya sendiri, dan ia hendaklah membayar balik kepada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia segala perbelanjaan yang telah dilakukan mengenai barang-barang yang ditolak itu.

2 / 6

Page 3: Hampehs! What The Hell Is It?bendahari.uthm.edu.my/v2/borang/unit_perolehan/... · Web viewTawaran hendaklah diberi kepada semua perkara yang dinyatakan di borang Jadual Teknikal

BEN/UP/005-pin2

9.3 Fasal kecil 9.1 dan 9.2 di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak Universiti Tun Hussein Onn Malaysia untuk mendapatkan gantirugi kerana kegagalan memenuhi obligasi kontrak.

10. PENGIKLANAN

Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana sebutharga boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia terlebih dahulu.

11. TAFSIRAN

Sebutharga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia dan penyebutharga bersetuju tertakluk hanya kepada bidangkuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan juapun yang mungkin timbul mengenai sebutharga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

12. PEMBUNGKUSAN

12.1 Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan pembungkusan.

12.2 Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang tidak mencukupi atau yang cacat, hendaklah diganti oleh penjual.

13. INSURAN

Tiada apa–apa insurans atas baranag dalam perjalanan daripada negeri pembekal atau dalam Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam sebutharga.

14. PENGENALAN

Nama pembuat, jenama, nombor perniagaan atau nombor katalog-katalog dan negeri tempat asal barang-barang itu hendaklah ditunjukkan.

15. BARANG-BARANG DIPESAN DARI LUAR MALAYSIA

15.1 CUKAI

Harga tawaran hendaklah diertikan sebagai tidak termasuk semua cukai.

15.2 MATAWANG

Sebutharga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM).

3 / 6

Page 4: Hampehs! What The Hell Is It?bendahari.uthm.edu.my/v2/borang/unit_perolehan/... · Web viewTawaran hendaklah diberi kepada semua perkara yang dinyatakan di borang Jadual Teknikal

BEN/UP/005-pin2

15.3 PEMBUNGKUSAN

a) Barang-barang hendaklah dibungkus dengan sesuai untuk dieksport ke Malaysia melainkan jika mengikut norma perdagangan barang-barang itu dieksport dengan tidak dibungkus.

b) Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan dan belanja pembungkusan.

c) Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang tidak mencukupi atau cacat hendaklah diganti oleh penyebutharga..

16. PENGHANTARAN BARANG

Bagi barangan yang nilainya kurang daripada RM 200,000.00, penyebutharga bertanggungjawab atas segala urusan dan kos penghantaran beserta insuran ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

17. TEMPOH

Tempoh sah laku sebutharga adalah selama sembilan puluh (90) hari daripada tarikh penyerahan sebutharga seperti yang ditetapkan dalam Notis Sebutharga dan seseorang penyebutharga tidak boleh menarik balik sebutharganya dalam tempoh tersebut.

18. PROSES PEMFAKTORAN

Pemfaktoran hanya dipertimbangkan untuk nilai sebutharga yang melebihi RM20,000.00 sahaja. Kelulusan hanya diuruskan oleh Unit Perolehan, Pejabat Bendahari, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

19. PELEPASAN BORANG KASTAM NO. 1 PIN. 8/89

Proses untuk kelulusan pelepasan borang kastam hendaklah dirujuk ke Unit Perolehan, Pejabat Bendahari, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

20. TEMPOH PENGHANTARAN BARANG

20.1 Penyebutharga yang berjaya mestilah mematuhi tempoh penghantaran barang/perkhidmatan yang telah dipersetujui dan dinyatakan jadual siap bekal secara bertulis dimana satu salinan dikemukakan kepada PTJ dan satu salinan kepada Unit Perolehan Pejabat Bendahari. Jika berlaku kelewatan, penyebutharga perlu mengemukakan alasan secara bertulis kepada pihak Universiti mengikut pegawai yang menandatangan Pesanan Tempatan/Inden/Kontrak.

20.2 Pihak universiti mempunyai hak untuk membatalkan sesuatu pesanan barang/ perkhidamatan jika penyebutharga gagal menghantar atau menyediakan perkhidmatan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Seterusnya Universiti akan menyenarai hitam penyebutharga terbabit daripada berurusan dengan pihak Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

4 / 6

Page 5: Hampehs! What The Hell Is It?bendahari.uthm.edu.my/v2/borang/unit_perolehan/... · Web viewTawaran hendaklah diberi kepada semua perkara yang dinyatakan di borang Jadual Teknikal

BEN/UP/005-pin2

21. TAWARAN SEBUTHARGA

Penyebutharga hanya dibenarkan mengkodkan harga, jenama, model bagi satu pilihan (option) sahaja bagi satu tawaran sebutharga.

22. KADAR DENDA LEWAT BEKAL UNTUK PEROLEHAN BEKALAN DAN PERKHIDMATAN

22.1 Kadar denda yang akan dikenakan untuk perolehan bekalan dan perkhidmatan adalah seperti berikut :-

i) Denda sebanyak 0.15% untuk satu (1) hari lewat bermula dari hari berikutnya selepas tamat tempoh bekal di Pesanan Tempatan (LO)

Formula pengiraan denda :Nilai Pesanan Tempatan (RM) x Kadar (0.15%) x Bilangan Hari Lewat = Jumlah Denda

ii) Denda maksima sebanyak 15% sekiranya tempoh bekalan melebihi 100 hari daripada tarikh akhir bekal seperti di Pesanan Tempatan (LO) .

Formula pengiraan denda:Nilai Pesanan Tempatan (RM) x Kadar (15%) = Jumlah Denda

22.2 Denda yang dikenakan akan ditolak terus daripada nilai bayaran yang akan diterima oleh pembekal.

22.3 Kiraan Denda hanya akan ditamatkan selepas pembekal selesai menghantar sepenuhnya bekalan/perkhidmatan. Sekiranya pembekal hanya menghantar sebahagian bekalan/ perkhidmatan atau belum menyelesaikan latihan, denda masih akan dikira sehingga bekalan/ perkhidmatan disempurnakan sepenuhnya.

23. DOKUMEN SEBUTHARGA YANG PERLU DIKEMUKAKAN SEMASA MENGEMUKAKAN TAWARAN SEBUTHARGA

23.1 Borang Syarat-syarat Am Sebutharga (BEN/UP/005-pin1 atau BEN/UP/005C-pin1);23.2 Borang Jaminan Pembekal (BEN/UP/004-pin1);

- kegagalan mengemukakan borang ini menyebabkan tawaran sebutharga tidak diterima23.3 Borang Jadual Teknikal Sebutharga Bekalan (BEN/UP/003A-pin2 dan BEN/UP/003A(i)

atau Borang Jadual Teknikal Sebutharga Perkhidmatan (BEN/UP/003C-pin2);23.4 Borang Jadual Harga Sebutharga (BEN/UP/003B-pin1);23.5 Borang Maklumat Pembekal (BEN/UP/022-pin1); 23.6 Borang Surat Akuan Pembida (BEN/UP/023A);23.7 Sijil Pendaftaran Kontraktor atau Sijil Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah

tempoh laku;23.8 Sijil Pengiktirafan Taraf Bumiputera dari Pusat Khidmat Kontraktor atau Kementerian

Kewangan Malaysia yang masih sah tempoh laku;- untuk perolehan bekalan dan perkhidmatan bernilai RM100,000.00 kebawah atau perolehan

percetakan dan bagi agen pengembaraan (tiada had nilai)23.9 Brosur/katalog yang asal/original (Jika berkenaan)

5 / 6

Page 6: Hampehs! What The Hell Is It?bendahari.uthm.edu.my/v2/borang/unit_perolehan/... · Web viewTawaran hendaklah diberi kepada semua perkara yang dinyatakan di borang Jadual Teknikal

BEN/UP/005-pin2

24. PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH DALAM PEROLEHAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

24.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa–apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana–mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah dibawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.

24.2 Sekiranya mana pihak ada menawar atau memberi apa–apa suapan kepada mana–mana staf Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, maka pihak yang ditawarkan atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke Pejabat Badan Pencegah Rasuah atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan dibawah Akta Pecegahan Rasuah 1997.

24.3 Mana–mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau taida perkhidmatan diberi dan mana–mana staf Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan dibawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Saya bagi pihak syarikat mengambil maklum dan bersetuju dengan syarat-syarat am sebutharga bagi perkara di atas.

…………………………………………… ……………………………………………

(Tandatangan & Cop Syarikat) (Tandatangan Saksi)

Nama : ………………………………. Nama : ……………………………….

Jawatan: ………………………………. Jawatan: ……………………………….

6 / 6