hamidah binti razali · 2012. 3. 5. · tahap pemikiran kreatif dan inovatif secara holistik...

28
TAHAP PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF SECARA HOLISTIK MELALUI MATAPELAJARAN REKA CIPTA HAMIDAH BINTI RAZALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 20-Mar-2021

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: HAMIDAH BINTI RAZALI · 2012. 3. 5. · TAHAP PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF SECARA HOLISTIK MELALUI MATAPELAJARAN REKA CIPTA HAMIDAH BINTI RAZALI Tesis ini dikemukan sebagai memenuhi

TAHAP PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF SECARA HOLISTIK

MELALUI MATAPELAJARAN REKA CIPTA

HAMIDAH BINTI RAZALI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: HAMIDAH BINTI RAZALI · 2012. 3. 5. · TAHAP PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF SECARA HOLISTIK MELALUI MATAPELAJARAN REKA CIPTA HAMIDAH BINTI RAZALI Tesis ini dikemukan sebagai memenuhi

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab atau tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai

SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan

Projek Sarjana Muda (PSM).

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : TAHAP PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF SECARA

HOLISTIK MELALUI MATAPELAJARAN REKA CIPTA

SESI PENGAJIAN: 2011/2012

Saya: HAMIDAH BINTI RAZALI

( HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti

Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.

4. ** Sila tandakan (

SULIT

Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA

RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK

TERHAD

Disahkan oleh, __________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

NO. 77A KG KETAPANG HILIR DR. ROHANA BINTI HAMZAH

26600 PEKAN PAHANG D.M.

Tarikh: 13 JANUARI 2012 Tarikh: 13 JANUARI 2012

Page 3: HAMIDAH BINTI RAZALI · 2012. 3. 5. · TAHAP PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF SECARA HOLISTIK MELALUI MATAPELAJARAN REKA CIPTA HAMIDAH BINTI RAZALI Tesis ini dikemukan sebagai memenuhi

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya mengaku bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.

Tandatangan :

Nama Penyelia : DR. ROHANA BINTI HAMZAH

Tarikh : 13 JANUARI 2012

Page 4: HAMIDAH BINTI RAZALI · 2012. 3. 5. · TAHAP PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF SECARA HOLISTIK MELALUI MATAPELAJARAN REKA CIPTA HAMIDAH BINTI RAZALI Tesis ini dikemukan sebagai memenuhi

TAHAP PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF SECARA HOLISTIK

MELALUI MATAPELAJARAN REKA CIPTA

HAMIDAH BINTI RAZALI

Tesis ini dikemukan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

JANUARI 2012

Page 5: HAMIDAH BINTI RAZALI · 2012. 3. 5. · TAHAP PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF SECARA HOLISTIK MELALUI MATAPELAJARAN REKA CIPTA HAMIDAH BINTI RAZALI Tesis ini dikemukan sebagai memenuhi

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : …………………………………

Nama Penulis : HAMIDAH BINTI RAZALI

Tarikh : 13 JANUARI 2012

Page 6: HAMIDAH BINTI RAZALI · 2012. 3. 5. · TAHAP PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF SECARA HOLISTIK MELALUI MATAPELAJARAN REKA CIPTA HAMIDAH BINTI RAZALI Tesis ini dikemukan sebagai memenuhi

DEDIKASI

Ku rakamkan nukilan ini buat insan teristimewa dalam hidupku…

Dikaulah suami yang telah banyak berkorban, memahami dan mengerti situasi

isterimu di sini

Dikaulah ayah yang berhati cekal

Dikaulah ibu yang selalu memberi aku kata-kata semangat

Kerana kalian aku berjuang demi masa depan kita bersama..

Kasih sayang kalian menjadi kekuatan tat kala aku berada dalam kelemahan

Berada jauh di perantauan demi menggenggam seribu impian

Jutaan terima kasih buat kalian, jasa dan budi tidak mampu ku balas

Hanya Tuhan yang dapat membalas di atas kebaikan kalian semua…

Khas buat …….

Guru-guru dan pensyarah yang telah mengajar aku selama ini

Terima kasih di atas ilmu yang telah diberikan

Sehingga kini aku telah berjaya

InsyaAllah …. Akan ku menjadi penerus perjuangan guru-guru lama, mendidik anak

bangsa menjadi manusia berjaya.

Page 7: HAMIDAH BINTI RAZALI · 2012. 3. 5. · TAHAP PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF SECARA HOLISTIK MELALUI MATAPELAJARAN REKA CIPTA HAMIDAH BINTI RAZALI Tesis ini dikemukan sebagai memenuhi

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim,

Syukur ke Hadrat Illahi dengan izin dan limpah kurniaNya dapat juga saya

menyiapkan karya penyelidikan penulisan ini. Perjalanan suka dan duka yang

ditempuhi ketika menyiapkan Projek Sarjana Muda ini telah memberikan saya satu

pengalaman yang tidak dapat saya lupakan dan merupakan satu penghargaan buat

diri saya sendiri di atas kejayaan ini.

Saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih buat pensyarah

pembimbing iaitu Dr. Rohana Binti Hamzah yang telah banyak menyumbangkan

bantuan dari segi bimbingan dan dorongan penulisan tesis ini berjaya disiapkan

sepenuhnya. Segala nasihat dan kata-kata semangat daripada beliau telah banyak

mengajar saya untuk menjadi seorang yang lebih tabah dalam menghadapi dugaan

hidup yang kian mencabar demi mencari erti sebuah kebenaran.

Ucapan terima kasih juga dihulurkan kepada pensyarah-pensyarah serta

pelajar-pelajar tahun empat SPH yang telah memberi kerjasama serta komitmen

sehingga saya dapat menghasilkan satu penyelidikan yang lengkap. Serta tidak lupa

juga kepada semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di atas

bantuan-bantuan yang dihulurkan sepanjang penyelidikan ini dijalankan.

Page 8: HAMIDAH BINTI RAZALI · 2012. 3. 5. · TAHAP PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF SECARA HOLISTIK MELALUI MATAPELAJARAN REKA CIPTA HAMIDAH BINTI RAZALI Tesis ini dikemukan sebagai memenuhi

vi

ABSTRAK

Kebolehan dalam pemikiran kreatif dan inovatif selalunya dikaitkan dengan

aktiviti Reka Cipta. Oleh itu matapelajaran Reka Cipta telah diperkenalkan namun

kaedah P&P yang diamalkan dalam pendidikan di Malaysia memberi penekanan

kepada penguasaan matapelajaran dengan konsep hafalan. Walaubagaimanapun

pendekatan holistik dalam proses P&P diharapkan dapat meningkatkan daya

pemikiran kreatif dan inovatif secara menyeluruh dengan mengintegrasikan ilmu

wahyu dengan ilmu intelektual. Oleh itu kajian penyelidikan ini bertujuan untuk

mengetahui tahap pemikiran kreatif dan inovatif secara holistik melalui

matapelajaran Reka Cipta. Responden terdiri daripada 133 orang pelajar tahun

4SPH daripada kelas Reka Cipta 2011/2012 (1). Seramai 20 orang pelajar terlibat

dalam kajian rintis dan nilai kebolehpercayaan ialah α = 0.86. Data dikumpul melalui

soal selidik dan dianalisis menggunakan Statistical Package For Social Science

(SPSS) versi 19.0. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap pemikiran kreatif dan

inovatif pelajar secara keseluruhannya adalah tinggi dengan nilai purata min 4.44.

Tahap pemikiran ini diukur berdasarkan kepada faktor pembangunan spiritual (4.90),

kognitif (4.32) dan afektif (4.10). Analisis inferensi dijalankan ke atas faktor jantina,

umur dan gred pencapaian Asas Reka Cipta mendapati terdapat perbezaan yang

signifikan antara faktor pembangunan spiritual berdasarkan jantina iaitu pelajar

lelaki lebih kreatif daripada pelajar perempuan. Terdapat juga perbezaan yang

signifikan antara faktor pembangunan kognitif berdasarkan umur iaitu pelajar muda

lebih kreatif daripada pelajar yang lebih berumur. Manakala tiada perbezaan yang

signifikan antara kesemua faktor dengan gred pencapaian Asas Reka Cipta. Hasil

dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu bakal-bakal guru untuk memantapkan

kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif menggunakan pendekatan secara

holistik melalui matapelajaran Reka Cipta untuk diaplikasikan di sekolah nanti.

Page 9: HAMIDAH BINTI RAZALI · 2012. 3. 5. · TAHAP PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF SECARA HOLISTIK MELALUI MATAPELAJARAN REKA CIPTA HAMIDAH BINTI RAZALI Tesis ini dikemukan sebagai memenuhi

vii

ABSTRACT

Creative and innovative thinking ability is usually related with Invention

activities. Thus the Invention subjects have been introduced but the T&L methods

applied in Malaysia's education system emphasizes more towards memorization

concept. However, a holistic approach in T&L process is expected to enhance the

creative and innovative thinking as a whole by integrating divine revelation

knowledge with the intellectual knowledge. Therefore this study carried out

investigates the level of creative and innovative thinking in a holistic manner through

the Invention’s subject. Respondents were 133 students of 4SPH 2011/2012 (1)

from Invention’s class. A total of 20 students involved in the pilot study and the

reliability was α = 0.86. The data is obtained by using the questionnaire set and it’s

were analyzed using the Statistical Package For Social Science (SPSS) version

19.0.The findings of this research showed that the student’s level of creative and

innovative thinking is high with an average mean of 4.44. The thinking level is

measured based on the factors of spiritual development (4.90), cognitive (4.32) and

affective 4.10). Inferential analysis carried out based on gender, aged and the grade

achievement of Basic Invention’s factors, and there were found a significant

differences between the spiritual development based on gender factor which is male

students are more creative than female. There is also a significant differences

between cognitive development factors based on the aged whereby the youngest are

more creative than older students. While there is no significant differences between

all the factors based on grade of Basic Invention. The findings of this study will help

the prospective teachers to strengthen their skills in a creative and innovative

thinking, and applied a holistic approach in Invention’s subject at school.

Page 10: HAMIDAH BINTI RAZALI · 2012. 3. 5. · TAHAP PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF SECARA HOLISTIK MELALUI MATAPELAJARAN REKA CIPTA HAMIDAH BINTI RAZALI Tesis ini dikemukan sebagai memenuhi

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN i

JUDUL ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SIMBOL xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Skop Kajian 9

1.8 Batasan Kajian 9

Page 11: HAMIDAH BINTI RAZALI · 2012. 3. 5. · TAHAP PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF SECARA HOLISTIK MELALUI MATAPELAJARAN REKA CIPTA HAMIDAH BINTI RAZALI Tesis ini dikemukan sebagai memenuhi

ix

1.9 Kerangka Kajian 10

1.10 Definisi Istilah 12

1.10.1 Pemikiran 12

1.10.2 Kreatif 12

1.10.3 Inovatif 12

1.10.4 Reka Cipta 13

1.10.5 Tahun 4 SPH 13

1.10.6 Holistik 13

1.10.7 Spiritual 14

1.10.8 Subject matter 14

1.11 Penutup 14

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Maksud Kreatif Dan Inovatif 18

2.3 Pemikiran Kreatif Dan Inovatif 19

Melalui Pendidikan Holistik

2.4 Faktor-Faktor Pembangunan 22

Pemikiran Kreatif Dan Inovatif

2.4.1 Faktor Pembangunan Spiritual 23

2.4.2 Faktor Pembangunan Kognitif 25

2.4.2.1 Keaslian 26

2.4.2.2 Kelancaran 27

2.4.2.3 Fleksibiliti 27

2.4.2.4 Huraian 28

2.4.3 Faktor Pembangunan Afektif 29

2.4.3.1 Keyakinan Diri 30

2.4.3.2 Keterbukaan 31

2.4.3.3 Perasaan Ingin Tahu 32

2.4.3.4 Berani Mengambil Risiko 33

2.5 Konsep Reka Cipta Dalam Islam 34

2.6 Kreativiti Melalui Reka Cipta Daripada Alam 36

Page 12: HAMIDAH BINTI RAZALI · 2012. 3. 5. · TAHAP PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF SECARA HOLISTIK MELALUI MATAPELAJARAN REKA CIPTA HAMIDAH BINTI RAZALI Tesis ini dikemukan sebagai memenuhi

x

2.7 Penutup 38

3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 39

3.2 Rekabentuk Kajian 39

3.3 Kaedah Penyelidikan 40

3.4 Populasi Kajian 40

3.5 Instrumen Kajian 41

3.5.1 Pengkodan 44

3.6 Kajian Rintis 45

3.6.1 Pengesahan Instrumen 45

3.6.2 Kebolehpercayaan Instrumen 47

3.7 Prosedur Kajian 48

3.8 Kaedah Analisis Data 50

3.9 Penutup 51

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 52

4.2 Bahagian A : Latar Belakang Responden

4.2.1 Jantina 53

4.2.2 Umur 54

4.2.3 Gred Pencapaian Dalam Matapelajaran 55

Asas Reka Cipta

4.3 Bahagian B : Persoalan Kajian

4.3.1 Apakah Tahap Pemikiran Kreatif Dan Inovatif 56

Pelajar Dalam Matapelajaran Reka Cipta

Berdasarkan Faktor Pembangunan Spiritual

4.3.2 Apakah Tahap Pemikiran Kreatif Dan Inovatif 58

Pelajar Dalam Matapelajaran Reka Cipta

Berdasarkan Faktor Pembangunan Kognitif

Page 13: HAMIDAH BINTI RAZALI · 2012. 3. 5. · TAHAP PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF SECARA HOLISTIK MELALUI MATAPELAJARAN REKA CIPTA HAMIDAH BINTI RAZALI Tesis ini dikemukan sebagai memenuhi

xi

4.3.3 Dapatan Keseluruhan Pemikiran Kreatif Dan 63

Inovatif Dalam Matapelajarn Reka Cipta

Berdasarkan Faktor Pembangunan Kognitif

4.3.4 Apakah Tahap Pemikiran Kreatif Dan Inovatif 64

Pelajar Dalam Matapelajar Reka Cipta

Berdasarkan Faktor Pembangunan Afektif

4.3.5 Dapatan Keseluruhan Pemikiran Kreatif Dan 70

Inovatif Dalam Matapelajarn Reka Cipta

Berdasarkan Faktor Pembangunan Afektif

4.3.6 Dapatan Keseluruhan Persoalan Kajian 71

4.4 Analisis Inferensi

4.4.1 Perbezaan Antara Persoalan Kajian 72

Dengan Faktor Jantina

4.4.2 Perkaitan Antara Persoalan Kajian 75

Dengan Faktor Umur

4.4.3 Perkaitan Antara Persoalan Kajian 77

Dengan Faktor Gred Pencapaian

Asas Reka Cipta

4.5 Penutup 79

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, CADANGAN DAN

KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 80

5.2 Rumusan Latar Belakang Responden 81

5.3 Rumusan Persoalan Kajian

5.3.1 Ringkasan Dapatan Keseluruhan Tahap 82

Pemikiran Kreatif Dan Inovatif Dalam

Matapelajaran Reka Cipta Berdasarkan

Faktor Pembangunan Spiritual

5.3.2 Ringkasan Dapatan Keseluruhan Tahap 83

Pemikiran Kreatif Dan Inovatif Dalam

Page 14: HAMIDAH BINTI RAZALI · 2012. 3. 5. · TAHAP PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF SECARA HOLISTIK MELALUI MATAPELAJARAN REKA CIPTA HAMIDAH BINTI RAZALI Tesis ini dikemukan sebagai memenuhi

xii

Matapelajaran Reka Cipta Berdasarkan

Faktor Pembangunan Kognitif

5.3.3 Ringkasan Dapatan Keseluruhan Tahap 84

Pemikiran Kreatif Dan Inovatif Dalam

Matapelajaran Reka Cipta Berdasarkan

Faktor Pembangunan Afektif

5.3.4 Perkaitan Antara Persoalan Kajian 85

Terhadap Faktor Demografi

5.4 Perbincangan

5.4.1 Tahap Pemikiran Kreatif Dan Inovatif 86

Pelajar Dalam Matapelajar Reka Cipta

Berdasarkan Faktor Pembangunan Spiritual

5.4.2 Tahap Pemikiran Kreatif Dan Inovatif 87

Pelajar Dalam Matapelajar Reka Cipta

Berdasarkan Faktor Pembangunan Kognitif

Bagi Domain Kelancaran

5.4.3 Tahap Pemikiran Kreatif Dan Inovatif 89

Pelajar Dalam Matapelajar Reka Cipta

Berdasarkan Faktor Pembangunan Kognitif

Bagi Domain Keaslian

5.4.4 Tahap Pemikiran Kreatif Dan Inovatif 91

Pelajar Dalam Matapelajar Reka Cipta

Berdasarkan Faktor Pembangunan Kognitif

Bagi Domain Fleksibiliti

5.4.5 Tahap Pemikiran Kreatif Dan Inovatif 93

Pelajar Dalam Matapelajar Reka Cipta

Berdasarkan Faktor Pembangunan Kognitif

Bagi Domain Huraian

5.4.6 Dapatan KeseluruhanTahap Pemikiran 95

Kreatif Dan Inovatif Dalam Matapelajaran

Page 15: HAMIDAH BINTI RAZALI · 2012. 3. 5. · TAHAP PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF SECARA HOLISTIK MELALUI MATAPELAJARAN REKA CIPTA HAMIDAH BINTI RAZALI Tesis ini dikemukan sebagai memenuhi

xiii

Reka Cipta Berdasarkan Faktor Pembangunan

Kognitif

5.4.7 Tahap Pemikiran Kreatif Dan Inovatif 96

Pelajar Dalam Matapelajaran Reka Cipta

Berdasarkan Faktor Pembangunan Afektif

Bagi Domain Keyakinan Diri

5.4.8 Tahap Pemikiran Kreatif Dan Inovatif 98

Pelajar Dalam Matapelajaran Reka Cipta

Berdasarkan Faktor Pembangunan Afektif

Bagi Domain Keterbukaan

5.4.9 Tahap Pemikiran Kreatif Dan Inovatif 100

Pelajar Dalam Matapelajaran Reka Cipta

Berdasarkan Faktor Pembangunan Afektif

Bagi Domain Perasaan Ingin Tahu

5.4.10 Tahap Pemikiran Kreatif Dan Inovatif 102

Pelajar Dalam Matapelajaran Reka Cipta

Berdasarkan Faktor Pembangunan Afektif

Bagi Domain Berani Mengambil Risiko

5.4.11 Tahap Pemikiran Kreatif Dan Inovatif 105

Dalam Matapelajaran Reka Cipta

Berdasarkan Faktor Pembangunan Afektif

5.4.12 Perkaitan Antara Persoalan Kajian 107

Terhadap Demografi

5.4.13 Pemikiran Kreatif Dan Inovatif Dalam 110

Matapelajaran Reka Cipta Secara Holistik

5.5 Cadangan Kajian 112

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 115

5.7 Kesimpulan 116

BIBLIOGRAFI 117

LAMPIRAN

Page 16: HAMIDAH BINTI RAZALI · 2012. 3. 5. · TAHAP PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF SECARA HOLISTIK MELALUI MATAPELAJARAN REKA CIPTA HAMIDAH BINTI RAZALI Tesis ini dikemukan sebagai memenuhi

xiv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Bilangan Pelajar Mengikut Seksyen 41

3.2 Skor Skala Likert Dalam Setiap Item 42

3.3 Maklumat Peribadi Responden 43

3.4 Item-Item Dalam Persoalan Kajian 44

3.5 Item Bagi Soal Selidik Yang Perlu Dibaiki 46

3.6 Nilai Korelasi Dan Interpretasi 47

Kebolehpercayaan Soal Selidik

3.7 Nilai Kebolehpercayaan Item Setiap 48

Soalan Kajian

3.8 Skala Lima Mata Kepada Tiga Mata 50

3.9 Tahap Min Skor 51

4.1 Penstrukturan Semula Kelas Gred 55

Pencapaian

4.2 Analisis Tahap Pemikiran Kreatif Dan 57

Inovatif Pelajar Dalam Mata Pelajaran

Reka Cipta Berdasarkan Faktor

Pembangunan Spiritual

4.3 Analisis Tahap Pemikiran Kreatif Dan 59

Inovatif Pelajar Dalam Matapelajaran

Reka Cipta Berdasarkan Faktor Pembangunan

Kognitif Domain Kelancaran

Page 17: HAMIDAH BINTI RAZALI · 2012. 3. 5. · TAHAP PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF SECARA HOLISTIK MELALUI MATAPELAJARAN REKA CIPTA HAMIDAH BINTI RAZALI Tesis ini dikemukan sebagai memenuhi

xv

4.4 Analisis Tahap Pemikiran Kreatif Dan 60

Inovatif Pelajar Dalam Mata Pelajaran

Reka Cipta Berdasarkan Faktor Pembangunan

Kognitif Domain Keaslian

4.5 Analisis Tahap Pemikiran Kreatif Dan 61

Inovatif Pelajar Dalam Matapelajaran

Reka Cipta Berdasarkan Faktor Pembangunan

Kogmitif Domain Fleksibiliti

4.6 Analisis Tahap Pemikiran Kreatif Dan 63

Inovatif Pelajar Dalam Matapelajaran

Reka Cipta Berdasarkan Faktor Pembangunan

Kognitif Domain Huraian

4.7 Analisis Keseluruhan Min Skor Pemikiran 64

Kreatif Dan Inovatif Berdasarkan

Faktor Pembangunan Kognitif

4.8 Analisis Tahap Pemikiran Kreatif Dan 65

Inovatif Pelajar Dalam Matapelajaran

Reka Cipta Berdasarkan Faktor Pembangunan

Afektif Domain Keyakinan Diri

4.9 Analisis Tahap Pemikiran Kreatif Dan 67

Inovatif Pelajar Dalam Matapelajaran

Reka Cipta Berdasarkan Faktor Pembangunan

Afektif Domain Keterbukaan

4.10 Analisis Tahap Pemikiran Kreatif Dan 68

Inovatif Pelajar Dalam Matapelajaran

Reka Cipta Berdasarkan Faktor Pembangunan

Afektif Domain Perasaan Ingin Tahu

4.11 Analisis Tahappemikiran Kreatif Dan 70

Inovatif Pelajar Dalam Matapelajaran

Reka Cipta Berdasarkan Faktor Pembangunan

Afektif Domain Berani Mengambil Risiko

Page 18: HAMIDAH BINTI RAZALI · 2012. 3. 5. · TAHAP PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF SECARA HOLISTIK MELALUI MATAPELAJARAN REKA CIPTA HAMIDAH BINTI RAZALI Tesis ini dikemukan sebagai memenuhi

xvi

4.12 Analisis Keseluruhan Min Skor Pemikiran 71

Kreatif Dan Inovatif Berdasarkan

Faktor Pembangunan Afektif

4.13 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian 72

4.14 Analisis Perbezaan Di Antara Persoalan Kajian 74

Dengan Faktor Jantina

4.15 Analisis Tahap Pemikiran Kreatif Dan Inovatif 74

Dalam Matapelajaran Reka Cipta Mengikut

Jantina

4.16 Analisis Perbezaan Di Antara Persoalan Kajian 76

Dengan Faktor Umur

4.17 Analisis Tahap Pemikiran Kreatif Dan Inovatif 77

Dalam Matapelajaran Reka Cipta Mengikut

Umur

4.18 Analisis Perbezaan Di Antara Persoalan Kajian 78

Dengan Faktor Gred Pencapaian Asas Reka Cipta

4.19 Analisis Tahap Pemikiran Kreatif Dan Inovatif 79

Dalam Matapelajaran Reka Cipta Mengikut

Gred Pencapaian Asas Reka Cipta

Page 19: HAMIDAH BINTI RAZALI · 2012. 3. 5. · TAHAP PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF SECARA HOLISTIK MELALUI MATAPELAJARAN REKA CIPTA HAMIDAH BINTI RAZALI Tesis ini dikemukan sebagai memenuhi

xvii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Proses Pemikiran Kreatif Dan Inovatif 10

Melalui Pembangunan Spiritual Dan

Perkembangan Domain Kognitif Dan Afektif

2.1 Konsep Reka Cipta Dalam Islam 35

2.2 Hubungan Horizontal Berkadaran Terus 36

Dengan Hubungan Vertikal

3.1 Carta Alir Prosedur Kajian 48

4.1 Graf Kekerapan Dan Peratusan Bagi 53

Faktor Jantina

4.2 Graf Kekerapan Dan Peratusan Bagi 54

Faktor Umur

4.3 Graf Kekerapan Dan Peratusan Bagi 56

Faktor Gred Pencapaian Asas Reka Cipta

5.1 Perkaitan Pembangunan Spiritual, Kognitif 112

Dan Afektif Dalam Pemikiran Kreatif Dan

Inovatif Dalam Matapelajaran Reka Cipta

Secara Holistik

5.2 Model Pembelajaran Kurikulum Reka Cipta 114

Yang Disepadukan Dengan Unsur Spiritual

Untuk Perkembangan Pemikiran Kreatif

Dan Inovatif

Page 20: HAMIDAH BINTI RAZALI · 2012. 3. 5. · TAHAP PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF SECARA HOLISTIK MELALUI MATAPELAJARAN REKA CIPTA HAMIDAH BINTI RAZALI Tesis ini dikemukan sebagai memenuhi

xviii

SENARAI SIMBOL

JPTK - Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan

FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

P &P - Pengajaran dan Pembelajaran

S.W.T - Subhanahuwataala

SPH - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

SPSS - Statistical Packages for Social Science

4 SPH - Tahun 4 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

% - Peratus

Page 21: HAMIDAH BINTI RAZALI · 2012. 3. 5. · TAHAP PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF SECARA HOLISTIK MELALUI MATAPELAJARAN REKA CIPTA HAMIDAH BINTI RAZALI Tesis ini dikemukan sebagai memenuhi

xix

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Senarai Bilangan Pelajar Tahun 4SPH Yang MendaftarKelas

Reka Cipta (SPL 4403)

B Analisis Nilai Kebolehpercayaan Alpha Cronbach

C Pengesahan Instrumen

D Contoh Instrumen

Page 22: HAMIDAH BINTI RAZALI · 2012. 3. 5. · TAHAP PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF SECARA HOLISTIK MELALUI MATAPELAJARAN REKA CIPTA HAMIDAH BINTI RAZALI Tesis ini dikemukan sebagai memenuhi

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah melakukan transformasi dalam

pendidikan dan penyelidikan untuk menjadi sebuah Universiti Penyelidikan

berteraskan inovasi. Pengiktirafan yang diperolehi UTM seiring dengan aspirasi

negara ke arah ekomoni berteraskan pengetahuan dan inovasi berpaksikan kepada

kreativiti dan pencapaian nilai tinggi. (sumber : Utusan Malaysia 11 Jun 2010).

Tagline UTM iaitu “menjana minda kreatif dan inovatif” dirangka untuk

mengalakkan aktiviti keilmuan berteraskan kreativiti dan inovasi dalam pelbagai

bidang (Zaini Ujang, 2009). UTM juga mengharapkan graduan-graduan lepasan

UTM mempunyai minda yang kreatif dan inovatif untuk menjadi pemangkin kepada

kemajuan negara.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan

matapelajaran Reka Cipta dalam kurikulum di sekolah pada tahun 1996 untuk

melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif, inovatif dan inventif (Pusat

Perkembangan Kurikulum, 2002). Selain itu matlamat matapelajaran Reka cipta ini

adalah untuk melahirkan pelajar yang lebih imaginatif dan produktif yang peka

terhadap perubahan dan perkembangan teknologi semasa melalui penghasilan

sesuatu reka cipta (Nik Mohd Amir, 2008). Reformasi pendidikan negara banyak

memberi penekanan kepada kebolehan berfikir berbanding kebolehan untuk

berkreativiti dan menurut Mohd Azhar dalam Siti Hajar (2008), kesedaran terhadap

budaya kreativiti agak lewat diberi penekanan akibat daripada sistem pendidikan

Page 23: HAMIDAH BINTI RAZALI · 2012. 3. 5. · TAHAP PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF SECARA HOLISTIK MELALUI MATAPELAJARAN REKA CIPTA HAMIDAH BINTI RAZALI Tesis ini dikemukan sebagai memenuhi

2

yang mementingkan kebolehan berfikir berbanding kebolehan reka cipta dan

eksperimen. Malah pemupukan kreativiti dan inovasi secara Islami masih tidak

begitu menonjol dan kesedaranterhadap aktiviti yang melibatkan kreativiti dan

inovasi masih di tahap rendah dan perlu diperbaiki (Azrina, 2010). Kemahiran

berfikir secara kreatif dan inovatif telah mula diterapkan dalam sistem pendidikan

negara kita untuk melahirkan modal insan yang berdaya cipta bagi pembangunan

negara.

Kemahiran berfikir merupakan satu kemahiran memproses minda untuk

mencapai tujuan tertentu (Munir & Azman Azwan, 2001 & Ainon & Abdullah,

2005). Kemahiran berfikir secara kreatif lazimnya dikaitkan dengan bakat semula

jadi seperti melukis dan berkarya, tetapi sebenarnya kemahiran berfikir secara kreatif

dan inovatif mampu dimiliki oleh semua orang. Kenyataan ini disokong oleh

Rawlinson (1981), di dalam bukunya yang menyatakan bahawa setiap orang

mempunyai keupayaan untuk berfikir secara kreatif. Walaubagaimanapun, dalam

memupuk pemikiran kreatif dan inovatif ia harus diselitkan dengan unsur kerohanian

untuk melahirkan manusia yang seimbang seperti yang terkandung di dalam Falsafah

Pendidikan Kebangsaan (FPK). Usaha untuk melahirkan pelajar berfikiran kreatif

dan inovatif, haruslah bermula dari hati kepada akal untuk mengubah tingkah laku

pelajar secara menyeluruh. Menurut Rohana (2010), untuk melahirkan manusia yang

seimbang dari segi spiritual, emosi, intelektual dan jasmani, hendaklah menggunakan

pendekatan bersepadu dalam proses pendidikan di mana perkembangan ilmu

intelektual tidak boleh dipisahkan daripada proses pembangunan spiritual pelajar.

Oleh itu untuk melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif, penerapan ilmu

intelektual dengan asas ilmu agama perlu disatukan.

Pendekatan holistik yang digunakan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran (P&P) adalah bertujuan untuk membangunkan perkembangan spiritual

dalam diri supaya ia selari dengan perkembangan intelektual yang dipelajari.

Integrasi ilmu intelektual dan ilmu wahyu ini bertujuan untuk mendekatkan manusia

kepada penciptaNya yang menjadi asas untuk melahirkan pelajar yang kreatif dan

inovatif melalui mata pelajaran Reka Cipta. Walaubagaimanapun pengajaran yang

Page 24: HAMIDAH BINTI RAZALI · 2012. 3. 5. · TAHAP PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF SECARA HOLISTIK MELALUI MATAPELAJARAN REKA CIPTA HAMIDAH BINTI RAZALI Tesis ini dikemukan sebagai memenuhi

3

berunsurkan holistik adalah bertujuan untuk melahirkan pelajar yang boleh

merekacipta produk yang unik dan asli daripada proses pemerhatian terhadap ciptaan

Tuhan di sekitar mereka. Pemerhatian ini seterusnya membimbing pelajar untuk

melahirkan rasa kekaguman kepada kekuasaan Tuhan dan penghayatan yang tinggi

bagi membolehkan mereka melahirkan idea yang asli, kreatif dan inovatif.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif harus diterapkan dalam diri

seseorang sejak kecil lagi sebagai persediaan menghadapi cabaran dunia di era

globalisasi. Kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif haruslah bermula di

sekolah di mana guru-guru menjadi peneraju kepada kemahiran pencetusan idea

yang akan menjadi aset negara (Munir & Azman Azwan, 2001). Guru-guru perlu

memberi kebebasan kepada para pelajar untuk memberi pandangan dalam penjanaan

idea-idea, namun begitu ia perlu dilaksanakan berdasarkan nilai-nilai moral dan

keagamaan yang berpaksikan ketuhanan (Munir & Azman Azwan, 2001). Ini kerana

untuk mengelakkan pelajar daripada terpesong daripada kebenaran yang akhirnya

berpegang kepada sentuhan empirikal dan imaginasi semata-mata.

Menurut Ainon & Abdullah (2005), kaedah P&P yang diamalkan di Malaysia

memberi penekanan kepada tahap penguasaan matapelajaran dan teknik menjawab

soalan. Kemahiran berfikir secara kreatif kurang diterapkan oleh guru dan ibu bapa,

menyebabkan tahap berfikir pelajar tertumpu kepada isi pembelajaran di dalam buku

teks dengan konsep hafalan (Siti Hajar, 2008). Penjelajahan mencari idea yang

kreatif hendaklah melangkaui dari buku teks dan melatih anak-anak berfikir secara

bebas dan merdeka (Ainon & Abdullah 1999; Rohana, 2010). Ini kerana manusia

dianugerahkan oleh Allah S.W.T kebebasan memilih untuk mengubah diri dan

kehidupan ke arah yang baik atau sebaliknya. Manusia yang berjiwa merdeka ialah

manusia yang bebas daripada kecenderungan nafsu yang membawa pemikiran dan

pilihan tingkah laku ke arah kejahatan (Rohana, 2010).

Page 25: HAMIDAH BINTI RAZALI · 2012. 3. 5. · TAHAP PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF SECARA HOLISTIK MELALUI MATAPELAJARAN REKA CIPTA HAMIDAH BINTI RAZALI Tesis ini dikemukan sebagai memenuhi

4

Pendidikan berorientasikan peperiksaan harus diubah dengan sistem

pendidikan yang mempunyai nilai holistik untuk melahirkan insan yang serba boleh,

berakhlak mulia tanpa mengabaikan kepentingan ilmu. Pendekatan holistik

merupakan proses membentuk kecemerlangan dan potensi pelajar yang melibatkan

pembangunan akal dan minda, kemahiran dan pembentukan peribadi mulia (Mohd

Jailani, 2009). Menurut Rohana (2009), pendidik haruslah membangunkan diri

untuk menjadi seorang pendidik yang holistik, kerana hanya pendidik yang holistik

dapat membimbing pelajar untuk menjadi individu yang holistik.

Oleh itu pembangunan daya kreativiti dan inovatif bermula dari

pembangunan spiritual di dalam jiwa pelajar. Ini bermakna guru haruslah

membentuk peribadi diri secara holistik dan ciri-ciri pelajar yang kreatif dan inovatif

bermula dari pembangunan spiritual di dalam jiwa pelajar. Integrasi nilai agama akan

meningkatkan keyakinan pelajar kepada Tuhan yang Maha Pencipta, seterusnya

merangsang minat, keupayaan dan kemahiran pemerhatian terhadap ciptaan Tuhan.

Daripada pemerhatian tersebut akhirnya menyumbang kepada pembangunan daya

pemikiran kreatif dan inovatif pelajar. Menurut Munir & Azman Azwan (2001),

sistem pemikiran yang menerapkan nilai-nilai keagamaan amat penting untuk

melahirkan masyarakat kreatif yang taat dan akur kepada hukum ketuhanan dengan

tidak mencipta sesuatu untuk merosakan apa yang telah Tuhan cipta.

Pelajar yang berfikiran kreatif dan inovatif ialah pelajar yang boleh

menghasilkan idea yang novel atau asli (Ainon & Abdullah, 2005). Dalam kajian

lepas Lee Kyung Hwa (2005), menyatakan pelajar yang berfikiran kreatif

dipengaruhi oleh dua faktor iaitu faktor kognitif dan faktor afektif. Faktor kognitif

mempunyai beberapa domain iaitu kelancaran, fleksibiliti, keaslian dan huraian,

manakala faktor afektif pula mempunyai domain berani mengambil risiko, perasaan

ingin tahu, keterbukaan dan keyakinan diri.

Kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif secara holistik boleh

dipraktikkan di dalam matapelajaran Reka Cipta yang merupakan matapelajaran

teras program dan pengkhususan bagi kursus pendidikan di Jabatan Pendidikan

Page 26: HAMIDAH BINTI RAZALI · 2012. 3. 5. · TAHAP PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF SECARA HOLISTIK MELALUI MATAPELAJARAN REKA CIPTA HAMIDAH BINTI RAZALI Tesis ini dikemukan sebagai memenuhi

5

Teknik dan Kejuruteraan (JPTK). Ini kerana P&P bagi matapelajaran Reka Cipta

memerlukan penghayatan dan kefahaman yang mendalam untuk menjana sesebuah

idea yang asli melalui pemerhatian kepada keindahan dan kesempurnaan ciptaan

Tuhan yang Maha Pencipta.

1.3 Pernyataan Masalah

Pendidikan di Malaysia kini semakin rancak dengan penggunaan teknologi

yang sentiasa berkembang maju bagi melahirkan pelajar yang berkualiti dari segi

nilai intelek dengan ketinggian nilai moral. Ini kerana kelahiran bakal-bakal guru

yang mempunyai daya pemikiran kreatif dan inovatif dapat melatih pelajar sentiasa

bersedia untuk menghadapi transformasi pendidikan, yang menjurus kepada

penyelidikan dan reka cipta dengan penyepaduan pendekatan pembangunan ilmu

secara holistik. Pendekatan pendidikan holistik merupakan pembangunan ilmu secara

transformasi pendidikan, yang menjurus kepada pembangunan ilmu intelektual

berteraskan ilmu pengisian jiwa yang memberi makna kepada kehidupan seseorang.

Secara tidak langsung, pendekatan ini akan melahirkan manusia yang seimbang dari

segi intelek, emosi, rohani dan jasmani seperti yang terkandung dalam FPK.

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tentang tahap pembangunan pemikiran

kreatif dan inovatif secara holistik dalam matapelajaran Reka Cipta bagi para pelajar

tahun 4 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup (4SPH)

Fakulti Pendidikan UTM. Rasional kajian ini untuk mengenal pasti pembangunan

pemikiran kreatif dan inovatif bakal-bakal guru di UTM sebagai persediaan untuk

mendidik pelajar supaya berfikiran kreatif dan inovatif.

Page 27: HAMIDAH BINTI RAZALI · 2012. 3. 5. · TAHAP PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF SECARA HOLISTIK MELALUI MATAPELAJARAN REKA CIPTA HAMIDAH BINTI RAZALI Tesis ini dikemukan sebagai memenuhi

6

1.4 Objektif Kajian

Objektif utama kajian ini adalah untuk mengetahui tahap pemikiran kreatif

dan inovatif secara holistik dalam matapelajaran Reka Cipta kepada pelajar-pelajar

tahun 4SPH. Oleh itu kajian ini dijalankan adalah untuk:-

i. Mengenal pasti tahap pemikiran kreatif dan inovatif pelajar dalam

matapelajaran Reka Cipta berdasarkan faktor pembangunan spiritual.

ii. Mengenal pasti tahap pemikiran kreatif dan inovatif pelajar dalam

matapelajaran Reka Cipta berdasarkan faktor pembangunan kognitif.

iii. Mengenal pasti tahap pemikiran kreatif dan inovatif pelajar dalam

matapelajaran Reka Cipta berdasarkan faktor pembangunan afektif.

iv. Mengenal pasti perbezaan signifikan tahap pemikiran kreatif dan

inovatif pelajar dalam matapelajaran Reka Cipta mengikut jantina.

v. Mengenal pasti perbezaan signifikan tahap pemikiran kreatif dan

inovatif pelajar dalam matapelajaran Reka Cipta mengikut umur.

vi. Mengenal pasti perbezaan signifikan tahap pemikiran kreatif dan

inovatif pelajar dalam matapelajaran Reka Cipta mengikut gred

pencapaian dalam matapelajaran Asas Reka Cipta.

Page 28: HAMIDAH BINTI RAZALI · 2012. 3. 5. · TAHAP PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF SECARA HOLISTIK MELALUI MATAPELAJARAN REKA CIPTA HAMIDAH BINTI RAZALI Tesis ini dikemukan sebagai memenuhi

7

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian merupakan senarai soalan yang diperlukan untuk menjawab

objektif kajian (Norazman Abdul Majid et al, 2007 ; 13). Berikut merupakan

persoalan kajian bagi objektif kajian yang telah dikenalpasti oleh pengkaji;

i. Apakah tahap pemikiran kreatif dan inovatif pelajar dalam

matapelajaran Reka Cipta berdasarkan faktor pembangunan spiritual?

ii. Apakah tahap pemikiran kreatif dan inovatif pelajar dalam

matapelajaran Reka Cipta berdasarkan faktor pembangunan kognitif?

iii. Apakah tahap pemikiran kreatif dan inovatif pelajar dalam

matapelajaran Reka Cipta berdasarkan faktor pembangunan afektif?

iv. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap pemikiran

kreatif dan inovatif pelajar dalam matapelajaran Reka Cipta mengikut

jantina?

v. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap pemikiran

kreatif dan inovatif pelajar dalam matapelajaran Reka Cipta mengikut

umur?

vi. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap pemikiran

kreatif dan inovatif pelajar dalam matapelajaran Reka Cipta mengikut

gred pencapaian dalam mata pelajaran Asas Reka Cipta?