halawatul iman dalam islam

18
USTAZ ABDUL SALAM BIN MOHAMED IBRAHIM UNIT PEPERIKSAAN PENILAIAN (UPP) PIK21 2W PENDIDIKAN ISLAM DISEDIAKAN OLEH ASMAWATI BINTI MOHD RAPA MUSSALMAH BINTI MAULOP

Upload: cik-bulan-penoh

Post on 09-Oct-2015

145 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Konsep Halawatul Iman dan Sifat 20 Allah SWT

TRANSCRIPT

  • USTAZ ABDUL SALAM BIN MOHAMED IBRAHIMUNIT PEPERIKSAAN & PENILAIAN (UPP)PIK2102W PENDIDIKAN ISLAMDISEDIAKAN OLEHASMAWATI BINTI MOHD RAPAMUSSALMAH BINTI MAULOP

  • KEMANISAN IMANTanda Kemanisan Iman

    : :

    Ertinya:Dari Anas bin Malik RA, bersabda Rasulullah SAW: Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: Siapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul lebih dari cintanya kepada yang lain; siapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah (dan bukan kerana suatu tujuan duniawi); dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (dari kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api.(HR. Muslim)

  • HALAWATUL IMANBeriman kepada Allah memiliki rasa manis yang tidak mungkin dinikmati, kecuali oleh orang yang beriman dengan sebenar-benar keimanan, penuh keikhlasan dan ilmu.

    Oleh kerana itu, tidak semua orang yang mengatakan dirinya Muslim atau mukmin secara automatik dapat berasakan manisnya iman.

    Al-Imam Ibnu Hajar al-Asqalani berkata, Syaikh Abu Muhammad bin Abu Hamzah berkata :Pengungkapan dengan lafaz manis kerana Allah mengumpamakan iman seperti pohon, seperti di dalam firman-Nya bermaksud: Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik. (Surah Ibrahim, ayat 24).

  • HALAWATUL IMANKalimat yang baik: kalimat ikhlas, kalimat tauhidPohon yang baik: pokok daripada keimananCabang: menjalankan perintah, menjauhi larangandaun-daun: segala amal kebaikan yang harus diperhatikan seorang mukminBuah: segala macam bentuk ketaatan.

    Manisnya buah ketika buah sudah matang dan puncak daripada rasa manis itu adalah apabila buah telah benar-benar masak. Maka ketika itulah akan terasa manisnya buah itu. Mencintai Allah mestilah melebihi daripada segala-galanya.

  • Sifat 20Satu konsep ilmu yang ciptaannya sangat ajaib, didalam mentafsir kaedah mengenal Allah melalui ilmu makrifat. Kaedah yang terbaik bagi mengenal Allah SWT.Dicipta oleh ilham para sufi dan para aulia' terdahulu, bagi tujuan mengajar kita menuju jalan mengenal Allah. Allah sebenarnya tidak bersifat dan Allah sebenarnya tidak boleh disifatkan. Sifat yang disifatkan dan yang dinyatakan itu adalah semata-mata thamsil, semata-mata misalan, semata-mata perumpamaan bagi mempermudahkan kefahaman.

  • SIFAT 20 ALLAH SWT

  • NafsiyahNafsiyah : sifat dari zat itu sendiri, bukan sifat yang menumpang pada zat itu.Sifat : 1) Wujud (ada)Zat Allah SWT itu dengan sendirinya adalah kewujudan Allah SWT.Zat Allah SWT dengan Wujud Allah SWT tidak dapat dipisahkan. Sifat nafsiyah adalah sifat yang mengkhabarkan kepada kita bahawa Allah itu ada, adanya Allah itu melalui perkhabaran yang tidak dapat dipegang atau dirasa dengan tangan, tidak dapat dizahirkan untuk dilihat.Ia hanya boleh dirasa dan diyakini oleh hati tanpa usul.

  • SalbiyahSalbiyah : sifat yang menafikan perkara yang tidak layak bagi Allah SWTMerujuk kepada kesempurnaan Allah.Tiada bandingan dengan selain-Nya. Sifat :Qidam (Sedia)

    2) Baqa (Kekal)

    3) Mukhalafatuhu Lilhawadith (Berlainan Allah dengan segala yang baharu)

    4) Qiamuhu Binafsihi (Berdiri Allah dengan sendiri-Nya)

    5) Wahdaniyyah (Esa)

  • ManawiyahManawiyah : sifat kekuasaan Allah, menjadi tempat pergantungan segala rupa (sifat), nama (asma), berperangan (feel) dan pergantungan segala berzat (roh) kepadaNya.Maknawiyah adalah tempat bergantungnya sifat Maani. Sifat :

    1) Qadiran (Yang Berkuasa)

    2) Muridan (Yang Berkehendak)

    3) Aliman (Yang Mengetahui)

    4) Hayyan (Yang Hidup)

    5) Samian (Yang Mendengar)

    6) Basiran (Yang Melihat)

    7) Mutakalliman (Yang Berkata-kata)

  • MaaniSifat yang boleh digambarkan oleh akal.Sifat Maani bukan sahaja terzahir pada khabar tetapi terzahir juga pada kenyataan.Wujudnya sifat Maani adalah dikeranakan menumpang sifat Manawiyah. Sifat : 1) Qudrat (Berkuasa)

    2) Iradat (Berkehendak)

    3) Ilmu (Mengetahui)

    4) Hayat (Hidup)

    5) Sama (Maha Mendengar)

    6) Basar (Maha Melihat)

    7) Kalam (Berkata-kata)

  • SIFAT MUSTAHIL BAGI ALLAHAdam, ertinya tiada - Allah Taala itu ada. Mustahil Allah itu tiada.Huduts, ertinya baru - Allah Taala itu sedia/terdahulu, tidak ada permulaanya. Mustahil Allah itu didahului oleh Adam (ada permulaanya).Fana, ertinya binasa - Allah itu bersifat kekal. Mustahil Ia dikatakan fana (binasa)Mumatsalatuhu Lilhawaditsi, ertinya menyerupai akan makhlukNya - Allah itu tidak mempunyai sifat-sifat yang baru yakni dijadikan dan dihancurkan. Mustahil Allah bersamaan dengan yang baru.Qiyamuhu Bighayrihi, ertinya berdiri dengan yang lain - Allah Taala itu berdiri sendiri. Mustahil tidak berdiri dengan dirinya sendiri atau berdiri pada lainnya dan berdirinya tidak memerlukan tempat tertentu

  • SIFAT MUSTAHIL BAGI ALLAHTaaddudun, ertinya berbilang bilang - Allah itu Maha Esa Dzat-Nya, Esa sifat-Nya dan esa juga perangai-Nya. Mustahil ia mempunyai Dzat, sifat dan perangai yang berbilang-bilang.Ajzun, ertinya lemah - Alah Taala itu Maha Berkuasa, apapun bisa dilakukannya. Mustahil Allah itu lemah atau tidak berkuasa.Karahah, ertinya terpaksa - Allah itu Menentukan segala-galanya, semua terjadi dengan ketentuan Allah, Mustahil Allah Taala itu terpaksa dan dipaksa menentukan segala galanya.Jahlun, ertinya jahil - Allah Taala itu amat mengetahui segala-galanya. Mustahil Allah tidak mengetahui atau bodoh. Mautun, ertinya mati - Allah Taala itu sentiasa hidup yakni sentiasa ada. Mustahil Allah itu bisa mati, dianiyaya atau dibunuh.

  • SIFAT MUSTAHIL BAGI ALLAHSyomamun, ertinya tuli - Allah Taala itu mendengar. Mustahil Allah tuli atau tidak mendengar.Umyun, ertinya buta - Allah Taala itu sentiasa melihat. Mustahil Allah Taala itu buta.Bukmun, ertinya bisu - Allah Taala itu berkata-kata atau berbicara. Mustahil Allah Taala itu tidak berbicara atau bisu.Kaunuhu Ajizan, ertinya lemah (dalam keadaannya) - Allah Taala keberadaanya amat berkuasa sifatnya. Mustahil bagi Allah memiliki sifat lemah atau tidak berkuasa.Kaunuhu Karihan, ertinya terpaksa (dalam keadaannya) - Allah Taala itu berkuasa menentukan apa yang dikehendakinya. Mustahil sifatnya terpaksa atau dipaksa

  • SIFAT MUSTAHIL BAGI ALLAHKaunuhu Jahilan, ertinya jahil (dalam keadaannya) - Allah Taala itu maha mengetahui. Mustahil Allah Taala itu jahil/bodoh atau tidak mengetahui.Kaunuhu Mayyitan, ertinya mati (dalam keadaannya) - Allah Taala itu Maha Hidup dan menghidupkan alam ini. Mustahil Allah itu bisa mati atau dibunuh.Kaunuhu Ashomma, ertinya tuli (dalam keadaannya) - Allah Taala itu maha mendengar. Mustahil jika Allah Taala tidak mendengar atau tuli.Kaunuhu Ama, ertinya buta (dalam keadaannya) - Allah Taala itu melihat semua kejadian di muka bumi. Mustahil jika sifat Allah itu tidak melihat atau buta.Kaunuhu Abkama, ertinya bisu (dalam keadaannya) - Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil jika Allah Taala bisu atau tidak bisa berkata-kata.

  • SIFAT HARUS BAGI ALLAH Harus ertinya sesuatu yang boleh ada dan boleh tiada.Sifat yang harus bagi Allah ialah sifat yang boleh ada dan boleh tiada bagi Allah.Sifat yang harus bagi Allah ada satu sahaja iaitu harus bagi Allah menjadikan mumkin atau tidak menjadikan mumkin.

  • MUMKINMumkin ertinya sesuatu yang boleh menerima ada dan tiada di dalam ilmu Allah.Apabila Allah tidak berkehendak untuk menjadikannya kekallah ia sebagai mumkin dan apabila telah dijadikan oleh Allah maka itulah yang dinamakan makhluk.Perkara mumkin adalah tersangat banyak iaitu apa sahaja selain yang wajib dan mustahil.Yang wajib itu hanya satu iaitu Allah Taala dan sekelian sifat sifatnya.Yang mustahil pula tuhan selain daripada Allah.Selain daripada keduanya itulah yang dinamakan mumkin.Ini termasuklah buruk atau baik , kaya atau miskin , masuk syurga atau masuk neraka , bahagia atau celaka , menafaat atau mudarat , hidup atau mati , dan seterusnya apa sahaja selain dari yang wajib dan yang mustahil yang telah diterangkan tadi.

  • DALIL SIFAT HARUS Dalil naklinya firman Allah Taala Ertinya : Dan Tuhanmu menciptakan apa Yang dirancangkan berlakunya, dan Dia lah juga Yang memilihDalil aklinya ialah jika Allah tidak bersifat harus memperbuat mumkin nescaya Dia bersifat dengan lawannya iaitu wajib Allah memperbuat mumkin atau mustahil Allah menjadikan mumkin.Sekiranya wajib Allah memperbuat mumkin nescaya bertukar hakikat mumkin itu daripada suatu yang harus boleh ada dan boleh tiada , menjadi wajib adanya.Bertukar hakikat mumkin itu daripada harus menjadi wajib hukumnya mustahil.Kerana yang dikatakan mumkin itu sesuatu yang boleh ada dan boleh tiada.Sesuatu yang boleh ada dan boleh tiada itu adalah diketahui bahawa asalnya tiada semenjak azali.Jika bertukar hakikat mumkin itu menjadi wajib nescaya menjadilah wujudnya itu tidak berpermulaan dan tidak berkesudahan sama seperti Allah Taala maka yang demikan adalah batal dan mustahil.Oleh itu tetaplah tidak wajib Allah menjadikan mumkin bahkan wajib kita percaya bahawa menjadikan mumkin harus bagi Allah Taala.Adapun jika mustahil bagi Allah menjadikan mumkin nescaya membawa kepada tidak wujud satu makhluk pun maka yang demikian itu batal dengan nyata dipandang bahawa makhluk telah pun wujud.

  • TERIMA KASIH

    (^_^)