halanganintegrasitmkdisekolah-121118101455-phpapp01

10
HALANGAN INTEGRASI TMK DI SEKOLAH PENDAHULUAN Dunia pendidikan telah mengalami perubahan yang pesat yang di bawa oleh kesan globalisasi, pendemokrasian pendidikan, ledakan teknologi maklumat, ekonomi yang berasaskan pengetahuan, persaingan hebat dan usaha kearah pembentukan sistem pendidikan yang bertaraf dunia. Perubahan yang berlaku secara global ialah penambahan minat dan usaha untuk para pendidik menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pendidikan. Walaupun wujud banyak isu yang menjadi halangan penggunaan dan integrasi TMK di sekolah malah di setiap institusi pendidikan, semua pihak wajar berperanan sebagai pembantu dalam menyelesaikan isu dengan mengutarakan cadangan dan pandangan untuk dinilai dan dibincangkan dengan lebih mendalam. TMK membawa wajah baru dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sebagai contoh, peranan guru telah berubah dari instructor ke fasilitator dan pengajaran berasaskan kaedah eksposisi telah berubah kepada pengajaran yang membolehkan pelajar melakukan eksplorasi sama ada secara individu atau dalam kumpulan kecil. Peluang pembelajaran individu telah diberi kepada

Upload: virinah

Post on 07-Nov-2015

225 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

halangan integrasi teknologi maklumat di sekolah 2015

TRANSCRIPT

HALANGAN INTEGRASI TMK DI SEKOLAHPENDAHULUAN

Dunia pendidikan telah mengalami perubahan yang pesat yang di bawa oleh kesan globalisasi, pendemokrasian pendidikan, ledakan teknologi maklumat, ekonomi yang berasaskan pengetahuan, persaingan hebat dan usaha kearah pembentukan sistem pendidikan yang bertaraf dunia. Perubahan yang berlaku secara global ialah penambahan minat dan usaha untuk para pendidik menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pendidikan. Walaupun wujud banyak isu yang menjadi halangan penggunaan dan integrasi TMK di sekolah malah di setiap institusi pendidikan, semua pihak wajar berperanan sebagai pembantu dalam menyelesaikan isu dengan mengutarakan cadangan dan pandangan untuk dinilai dan dibincangkan dengan lebih mendalam.

TMK membawa wajah baru dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sebagai contoh, peranan guru telah berubah dari instructor ke fasilitator dan pengajaran berasaskan kaedah eksposisi telah berubah kepada pengajaran yang membolehkan pelajar melakukan eksplorasi sama ada secara individu atau dalam kumpulan kecil. Peluang pembelajaran individu telah diberi kepada pelajar untuk membolehkan mereka belajar secara akses kendiri, terarah kendiri dan mengilut kadar yang sesuai dengan kebolehan. Pakej pembelajaran sebegini adalah sangat sesuai dilaksanakan di mana searus dengan perkembangan dunia pendidikan moden. Salah satu daripada strategi yang dapat digunakan oleh guru untuk menghadapi perubahan dari segi model dan amalan pengajaran dan pembelajaran di sekolah ialah dengan mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran.

Tugasan ini sedaya upaya cuba untuk mengetengahkan isu-isu halangan atau masalah teknologi atau integrasi TMK di sekolah kami dan kami berusaha mencadangkan penyelesaian mengikut model-model yang telah diperkenalkan kepada kami dalam dewan kuliah.

HALANGAN PENGGUNAAN DAN INTEGRASI TMK1. Halangan pihak pentadbiran sekolahIntegrasi teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) penting bagi memudah dan mempercepatkan penyampaian ilmu pengetahuan kepada pelajar. Pelaksanaannya memerlukan infrastruktur yang mencukupi dan penyelenggaraan yang baik supaya tidak timbul banyak masalah sepanjang mengendalikannya. Realiti yang berlaku ialah menjadi satu kesukaran kepada pihak guru yang ingin menggunakan bahan teknologi sebagai alat bantu mengajar apabila terpaksa berhadapan dengan prosedur yang ketat daripada pihak pentadbiran sekolah. Ini akan menyebabkan pihak guru lebih selesa menggunakan cara tradisional berbanding bahan teknologi maklumat yang ada.

Cadangan penyelesaian:-

Berdasarkan Model Apple Classroom of Tomorrow ( ACOT ) terdapat lima langkah perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi maklumat. Langkah pertama menurut model ini ialah semua pihak perlu menerima secara positif kemasukan ( entry ) teknologi dalam bidang pendidikan. Pentadbir dan guru perlu memandang positif keupayaan TMK dan berusaha memilih ( adoption ) bahan yang sesuai untuk digunakan. Pilihan yang baik pula akan disesuaikan ( adaptation ) kaedah penggunaannya supaya memberi kesan yang baik kepada pihak pentadbir, guru dan pelajar.

Menurut model ini juga, penggunaan ( appropriation ) TMK dengan betul penting supaya bahan tersebut dapat digunakan secara berterusan. Apabila semua pihak mahir menggunakan bahan TMK dengan baik maka tiada lagi kerisauan pihak pentadbiran tentang kerosakan. Justeru prosedur yang membebankan pihak guru boleh diubahsuai dan mesra pengguna. Pada peringkat akhir, pihak pentadbir dan guru mampu merekacipta (invention) bahan-bahan yang sesuai untuk digunakan sebagai pemudahcara bagi menyampaikan ilmu pengetehuan kepada para pelajar di dalam bilik darjah.

2. Kurang kemudahan internet di sekolah

Pendidikan pada masa kini telah mengalami perubahan yang ketara. Penggunaan internet boleh meningkatkan mutu pembelajaran pelajar dan juga menarik minat pelajar untuk mengikuti pembelajaran dengan baik. Namun masalah yang sering timbul ialah kemudahan internet tidak begitu memuaskan dan telah membantutkan masa pembelajaran pelajar. Ketiadaan internet di sekolah akan menghilangkan minat pelajar dalam mengikuti kelas yang menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran. Mereka tidak dapat memberi tumpuan yang baik dan tidak dapat menjangka sesuatu pembelajaran yang akan diajar oleh guru.

Cadangan penyelesaian:-

Beberapa cadangan model yang boleh digunakan oleh guru dalam mengatasi masalah menggunakan teknologi maklumat dalam pendidikan. Menurut Howard Gardner ( Harvard University ) guru perlu menggunakan bahan-bahan dari internet mengikut pelbagai tahap kecerdasan pelajar (Multiple Intelligences) supaya dapat menarik minat pelajar dalam pembelajaran mereka. Guru perlu memilih bahan-bahan yang sesuai kerana sebagaimana yang kita maklum setiap insan tidak mempunyai fikiran yang sama atau kecerdasan yang sama dalam menerima maklumat atau pembelajaran mereka. Contohnya pelajar yang lebih cenderung kepada muzik, guru boleh memuatturunkan bahan-bahan dari internet untuk diberikan kepada pelajar dalam mengikuti sesi pembelajaran mereka tanpa perlu menggunakan internet secara langsung dan diperjelaskan kepada pelajar akan kepentingan teknologi maklumat khususnya internet dalam pendidikan. Bagi pelajar yang lebih cenderung kepada persekitaran, guru boleh memainkan peranan dengan menggunakan bahan-bahan dari internet yang mampu menarik minat pelajar dan akan membuat pelajar tertumpu pada pembelajarannya. Guru boleh memuatturunkan bahan-bahan tersebut untuk dibincangkan bersama pelajar di sekolah.3. Kurang perancangan guru sebelum proses P&PFaktor ini merupakan salah satu halangan dalam melaksanakan penggunaan dan integrasi TMK di sekolah. Ini kerana perancangan yang kurang baik dan teliti akan menyebabkan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku tidak menarik, membosankan dan seterusnya hasil pembelajaran tidak akan tercapai dengan berkesan. Oleh yang demikian, bagi mengatasi masalah ini, model ASSURE boleh digunakan.Cadangan penyelesaian:-

Menurut model ini guru perlulah mengetahui tahap kognitif pelajar ( analyze learner ) sama ada lelaki atau perempuan dari kelas yang pandai atau pun lemah. Seterusnya guru mesti memikirkan objektif (state objective) pembelajaran yang akan diperolehi dan dicapai oleh pelajar. Ianya boleh dikenalpasti dengan kaedah ABCD ( A- pelajar, B- tingkahlaku yang hendak ditunjuk, C- suasana dan D- kemahiran yang diperolehi ). Pada peringkat seterusnya pula guru mestilah memilih kaedah interaksi yang tepat untuk memenuhi matlamat P&P, media dan bahan yang sesuai (select instructional methods, media, and materials) untuk digunakan bertujuan menarik minat pelajar. Contoh bahan yang boleh digunakan ialah teks, gambar, video, audio, dan multimedia yang mungkin di beli dan di buat pengubahsuaian atau di reka sendiri.

Langkah seterusnya ialah guru mestilah menguasai bagaimana hendak menggunakannya setiap bahan dengan baik ( Utilize media and materials ). Guru menggalakkan pelajar melibatkan diri (require learner participation ) kerana penglibatan secara aktif akan menyebabkan mereka belajar dengan baik. Tahap terakhir model ini ialah guru hendaklah mengadakan aktiviti pengukuhan (evaluate and revise) dengan memberi kerja rumah kepada pelajar. Oleh itu, guru yang dapat menyediakan perancangan rapi sebelum P&P akan dilihat lebih sistematik dan menyeronokkan.4. Pelajar tidak mengetahui kaedah pengajaran guru dengan jelas

Setiap pelajar mempunyai tahap penguasaan tersendiri berdasarkan banyak faktor di antaranya ialah individu, latar belakang keluarga dan persekitaran sekeliling. Guru yang cuba menggunakan dan mengintegrasikan TMK akan berhadapan dengan halangan di atas. Perbezaan tahap pelajar akan menyukarkan pihak guru menjelas dan memberi pendedahan kepada para pelajar. Kadang-kadang guru terpaksa mengambil masa yang panjang untuk memberi galakan dan minat namun pelajar masih tidak mengetahui kaedah pengajaran yang jelas oleh guru mereka.

Cadangan penyelesaian:-

Dalam situasi ini model ADDIE boleh digunakan supaya halangan di atas dapat diatasi. Menurut model ini, langkah utama yang perlu dilakukan oleh guru ialah menganalisis (analysis) segala maklumat berkaitan pelajar. Kemudian guru perlu menetapkan (design) objektif pengajaran dengan jelas. Pada peringkat ini pelajar telah dijelaskan dengan terperinci kemanfaatan TMK dalam pendidikan. Hasilnya guru boleh mengembangkan (development) dari isi dan bahan pembelajaran berdasarkan tahap menetapkan tujuan belajar.

Pada peringkat pelaksanaan ( implementation ) segala perancangan awal tadi dimasukkan ke dalam tindakan dan prosedur untuk latihan pelajar dan pelaksanaan guru. Sebagai contoh guru menyampaikan kandungan pengajaran dan diedarkan kepada pelajar untuk dinilai keberkesanan perancangan dan tindakan. Apabila situasi ini sentiasa diamalkan maka tidak sukar bagi pelajar menjangkakan kaedah pengajaran guru menggunakan TMK dan membuat persediaan rapi. Pada fasa terakhir ini, guru perlu membuat penilaian (evaluate) secara berterusan dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan yang berlaku semasa menggunakan TMK dalam proses P&P. Suasana pembelajaran akan lebih menyeronokkan dan berkesan apabila pelajar sedia memahami kaedah pengajaran guru dengan jelas.