hal ehwal murid

16
Hal Ehwal Murid SEKOLAH KEBANGSAAN SERI GAMBUT TANJONG KARANG SELANGOR PANDUAN PENGURUSAN UNIT HAL EHWAL MURID 2013 PENDAHULUAN Hal Ehwal Murid sekolah ini mempunyai tekad dan komitmen terhadap prestasi murid khususnya dari aspek akhlak dan sahsiah serta ketrampilan mereka. , atas dasar inilah, matlamat dan objektif pengurusan HEM bertunjang kepada kebajikan,keselamatan dan akhlak serta disiplin murid sentiasa pada tahap yang baik serta berkualiti sehingga mampu memberi sumbangan kepada bangsa,agama dan negara.

Upload: sallehuddin-hussin

Post on 28-May-2015

6.437 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hal ehwal murid

Hal Ehwal Murid

                     SEKOLAH KEBANGSAAN SERI GAMBUTTANJONG KARANG

 SELANGOR

PANDUAN PENGURUSANUNIT HAL EHWAL MURID

2013PENDAHULUAN

Hal Ehwal Murid sekolah ini mempunyai tekad dan komitmen terhadap

prestasi murid khususnya dari aspek akhlak dan sahsiah serta ketrampilan mereka. ,

atas dasar inilah, matlamat dan objektif pengurusan HEM bertunjang kepada

kebajikan,keselamatan dan akhlak serta disiplin murid sentiasa pada tahap yang

baik serta berkualiti sehingga mampu memberi sumbangan kepada bangsa,agama

dan negara.

Kejayaan cemerlang sesebuah sekolah banyak bergantung kepada

bagaimana sekolah menguruskan hal-hal berkaitan disiplin, sahsiah, dan komitmen

murid-muridnya.

Atas dasar inilah pihak sekolah telah merancang dan melaksanakan pelbagai

program yang dianjurkan oleh Bahagian HEM untuk mempastikan matlamat sekolah

tercapai. Kerjasama yang erat antara semua guru dan murid mampu merealisasikan

wawasan sekolah ini.

Page 2: Hal ehwal murid

MATLAMAT PROGRAM HAL EHWAL MURID Membantu dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid

berfungsi sebagai individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan

dan berkemahiran, berfikiran kreatif dan kritikal, memupuk potensi dan

kebolehan ke tahap maksima bagi menyuburkan potensi kepimpinan.

OBJEKTIF Memahami konsep dan peranan serta bidang tugas Pengurusan Hal Ehwal

Murid.

Menghasilkan satu program Hal Ehwal Murid yang dapat membantu

kecemerlangan di peringkat sekolah.

Menyediakan dan memupuk murid yang bersahsiah dan berketrampilan.

STRATEGI PERLAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT  PENGURUSAN HAL EHWAL MURID  

1.  Sistem Pendaftaran Pelajar.

1.1.  Sekolah melaksanakan Program Hari Orientasi murid tahun 1 (Transisi Guru Penyayang)1.2.  Hari Orentasi  murid dijalankan   satu atau  dua hari sebelum   persekolahan sebenar.1.3.  Ibubapa atau penjaga murid  menyerahkan borang maklumat murid semasa hadir pada hari         orentasi.1.4.  Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari pendaftaran adalah seperti berikut :       1.4.1.  Pendaftaran di kelas  dengan menyerahkan  borang  maklumat murid.       1.4.2.  Bayaran yuran persekolahan.       1.4.3.  Pengagihan buku teks       1.4.4.  Taklimat  sistem  pentadbiran sekolah  kepada ibubapa atau penjaga.       1.4.5.  Memasukkan  data murid ke dalam  buku  rekod  pendaftaran sekolah dan sistem                   maklumat murid sebelum akhir bulan Januari.

2.  Penguatkuasaan Peraturan Sekolah.

2.1  Semua murid perlu memiliki Buku Panduan Tatacara Displin Sekolah.2.2  Semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama.2.3  Membuat pelantikan pengawas sekolah yang terdiri daripada murid tahun tiga hingga tahun enam.2.5  Bilangan pengawas sekolah adalah 10% daripada bilangan keseluruhan murid pada tahun        semasa.2.6  Semua pengawas yang dilantik perlu melalui proses berikut :       2.6.1   Pencalonan oleh guru kelas.

Page 3: Hal ehwal murid

       2.6.2  Temuduga oleh jawatankuasa disiplin dan pengawas sekolah.       2.6.3   Kursus perlaksanaan tugas dan tanggungjawab.       2.6.4  Tempoh percubaan sepanjang bulan Januari.       2.6.5  Majlis watikah perlantikan2.7  Mengadakan sesi kaunseling khas kepada murid-murid yang sering melanggar peraturan.

3.  Perlaksanaan Program-Program Kesihatan.

3.1 Memastikan perlaksanaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) menepati sasaran dan matlamat       perlaksanaannya seperti berikut :      3.1.1  Bilangan murid yang terlibat.      3.1.2  Pemilihan murid yang tepat.      3.1.3  Penyediaan menu yang berkhasiat.

3.2 Memastikan pelajar menggunakan sepenuhnya waktu rehat secara berfaedah seperti berikut :      3.2.1  Cukup masa untuk membeli dan menjamu selera.      3.2.2  Berinteraksi dengan kawan-kawan.      3.2.3  Bersedia untuk sesi pembelajaran seterusnya.

 3.3 Membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala seperti :      3.3.1  Pemeriksaan mata.      3.3.2  Pemeriksaan gigi.      3.3.3  Pemeriksaan kuku dan rambut.      3.3.4  Pemeriksaan kesihatan dan kebersihan diri.

3.4 Memastikan pengurusan kantin dan persekitaran sentiasa bersih.     3.4.1  Pekerja kantin mendapat suntikan dari jabatan kesihatan.     3.4.2  Jenis-jenis jualan di kantin adalah berkhasiat dan berkualiti.     3.4.3  Penyediaan makanan adalah secara masak sendiri     3.4.4  Tong-tong sampah disediakan mencukupi keperluan.

3.5 Mewujudkan tabiat sukakan kebersihan melalui aktiviti berikut :     3.5.1  Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas.     3.5.2  Gotong-royong.     3.5.3  Mengutip sampah dan masukkan ke tong sampah secara spontan bila menjumpainya.     3.5.4  Tidak membuang sampah merata-rata.

4.   Mempertingkatkan Peranan Guru-Guru.

4.1 Guru perlu sentiasa memberi layanan yang adil kepada semua murid dalam sebarang tindakan       yang diambil.4.2 Tindakan-tindakan guru adalah dalam konsep “MENDIDIK BUKAN MENGHUKUM”.4.3 Semua guru perlu memainkan peranan sebagai GURU DISIPLIN.

Page 4: Hal ehwal murid

5.   Melaksanakan Sesi Kaunseling & Motivasi.

5.1 Murid-murid yang menghadapi masalah disiplin dan rendah akhlak akan sentiasa diberikan       kaunseling dan dibimbing melalui aktiviti berikut :     5.1.1  Sesi kaunseling Individu     5.1.2  Sesi kaunseling kelompok     5.1.3  Lawatan khas guru kaunseling ke rumah.     5.1.4  Kem Jati diri

6.   Pelaksanaan modul-modul Dalam Program Sekolah Selamat.

6.1 Melatih murid-murid menyelamatkan diri dari keadaan kecemasan seperti kebakaran melalui       LATIHAN KAWAD KECEMASAN.6.2 Mengadakan sesi ceramah dari pihak-pikah tertentu berkaitan perkara berikut :      6.2.1  Keselamatan jalan raya.      6.2.2  Jenayah juvana      6.2.3  Pertolongan cemas      6.2.4  Penyalahgunaan dadah.

7.   Penggalakkan Penyertaan Aktiviti Luar.

7.1 Murid-murid digalakkan menyertai aktiviti luar bilik darjah, yang dianjurkan oleh perbagai pihak       seperti :      7.1.1  Menyertai pertandingan melukis dan mewarna.      7.1.2  Menyertai rombongan atau lawatan sambil belajar.      7.1.3  Menyertai pertandingan kokurikulum akademik.      7.1.4  Menyertai pertandingan sukan dan permainan.

AKTIVITI-AKTIVITI HAL EHWAL MURID 2013

1. Pendaftaran dan Orientasi Tahun 1

Pendaftaran dan orientasi tahun 1 ini dijalankan sepanjang tahun melalui ‘online’ sebelum sesi persekolahan awal tahun bermula. Murid-murid Tahun 1 diberikan pendedahan awal tentang kelas dan kawasan persekitaran sekolah bagi membiasakan mereka dengan suasana persekolahan yang baru.

2. Kursus Kepimpinan Pengawas, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah

Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan ciri-ciri kepimpinan dan motivasi kepada pengawas, ketua dan penolong ketua kelas. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menerapkan ciri-ciri dan nilai kepimpinan dalam kalangan mereka bagi memastikan mereka dapat menjalankan tugas dengan baik seperti yang diamanahkan.

Page 5: Hal ehwal murid

3. Watikah Perlantikan Pengawas, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah

Sekolah juga menjalankan perlantikan pengawas, ketua darjah dan penolong ketua darjah pada awal tahun sesi persekolahan pada setiap tahun. Perlantikan ini bagi memberikan perlantikan secara rasmi murid-murid yang telah dipilih menjawat jawatan-jawatan tersebut.

4. Sambutan Hari Guru

Sambutan diadakan pada 16 Mei setiap tahun yang bertujuan memberi penghargaan kepada guru-guru selain memberi peluang kepada murid-murid mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang mengajar mereka.

5. Latihan Kebakaran

Latihan kebakaran diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun, iaitu sekali pada penggal pertama dan sekali pada penggal kedua. Pihak sekolah juga memanggil Jabatan Bomba berhampiran untuk memberikan ceramah keselamatan dan teknik-teknik memadam api dengan betul.

6. Sambutan Bulan Kemerdekaan

Pihak sekolah menjalankan aktiviti sambutan bulan kemerdekaan bermula pada 15 Ogos hingga 17 September setiap tahun. Selain itu, pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang sambutan dijalankan seperti perasmian pengibaran Jalur Gemilang, Sambutan 31 Ogos, Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan. Selain itu, acara-acara lain yang turut dijalankan adalah seperti nyanyian lagu patriotik, pertandingan hiasan kelas bertemakan kemerdekaan, pertandingan melukis poster dan pelbagai lagi.

7. Sambutan Hari Kanak-Kanak

Pada setiap tahun, pihak sekolah menyambut hari kanak-kanak dan hari kokurikulum dengan bergabung bersama unit kokurikulum. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti sukaneka, sukan, persembahan dan pelbagai lagi.

8. RMT

Seramai --------- orang murid dari sekolah ini telah mendapat RMT. murid-murid tersebut diberikan makanan pada pukul 10.15 pagi. Murid lain membawa bekalan dari rumah atau membeli makanan di kantin. Suatu taklimat telah diberikan kepada ibu bapa mengenai pentingnya bersarapan pagi.

9. Program Imunisasi Murid Tahun 1 dan 6

Page 6: Hal ehwal murid

Program Iminusasi Murid Tahun 1 diberi pada awal tahun dan untuk murid Tahun 6 pada pertengahan Tahun. Kedua-dua Imunisasi ini diberi oleh klinik kesihatan yang berhampiran iaitu Klinik Kesihatan Kuala Selangor. (Jadual akan diberi oleh klinik kesihatan pada awal tahun).

10. Rawatan Pergigian

Rawatan pergigian diberikan juga oleh klinik kesihatan berhampiran dan pihak sekolah telah menyediakan satu bilik khas untuk doktor berkenaan memberikan rawatannya. Rawatan ini diberikan sepanjang tahun.

11. Pendaftaran Murid Tahun 6 ke Tingkatan 1

Pihak sekolah juga membuat persediaan dan pendaftaran untuk murid-murid Tahun 6 ke Tingkatan 1. Biasanya borang-borang yang berkenaan akan mula diisikan selepas peperiksaan UPSR. Selain itu, pihak sekolah juga membantu murid-murid yang layak dan ingin memohon ke sekolah berasrama penuh sekiranya ada yang meminati.

12. Pertandingan Kebersihan Kelas

Pertandingan kebersihan kelas dijalankan sepanjang tahun. Kebersihan dinilai oleh pihak pentadbir dan kelas yang terbaik diberikan satu piala pusingan.

13. Gotong-royong Perdana Peringkat Sekolah

Pihak sekolah sering menjalankan gotong-royong perdana peringkat sekolah dengan kerjasama PIBG, dan pelbagai pihak lagi bagi memastikan kawasan persekitaran sekolah sentiasa bersih.

14. Bantuan Kebajikan Murid

Pihak sekolah juga mendapat bantuan sumbangan daripada pihak luar seperti PIBG, ADUN dan pelbagai lagi dalam membantu murid-murid yang kurang berkemampuan. Bantuan-bantuan yang diberi seperti pembelian alat tulis dan peralatan sekolah, kasut, baju dan pelbagai lagi.

15. Program Maju Diri

Program Maju Diri dijalankan pada minggu kedua sesi persekolahan bermula. Murid-murid yang terlibat adalah di kalangan murid-murid Tahun 4, 5 dan 6. Pelbagai aktiviti berbentuk motivasi dan ilmiah diberikan kepada murid-murid tersebut. (Bahagian Bimbingan Kaunseling)

Page 7: Hal ehwal murid

16. Sesi Kaunseling

Sekolah tidak mempunyai guru kaunseling sepenuh masa namun pengurusan sekolah telah melantik seorang guru kaunseling. Guru kaunseling tersebut banyak menjalankan program kaunseling bagi membantu murid-murid terutama murid-murid yang bermasalah. Selain secara berkelompok, sesi kaunseling individu juga dijalankan.

17. Program RIMUP

Program integrasi kaum ini turut dijayakan oleh pihak sekolah. Pihak sekolah telah bekerjasama dengan sekolah-sekolah sekitar dalam pelbagai aktiviti bagi mengeratkan lagi hubungan antara kaum-kaum di Malaysia. Namun mulai tahun 2011 dan seterusnya program RIMUP diteruskan untuk sekolah terpilih.

18. Program Ceramah Keselamatan Bersama Polis

Pihak sekolah sentiasa menjalinkan hubungan yang baik bersama pihak polis bagi menjamin keselamatan murid-murid sekolah terjaga. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti ceramah keselamatan dan pameran-pameran dijalankan bagi memberikan pendedahan kepada murid-murid tentang keselamatan diri masing-masing.

19. Program bersama Klinik Kesihatan Daerah

Program ini dijalankan pada setiap tahun. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti ceramah kesihatan, bantuan kecemasan dan pelbagai lagi dijalankan bagi memastikan murid-murid tahu cara menjaga kesihatan agar sentiasa sihat.

AKTIVITI-AKTIVITI BULANAN HAL EHWAL MURID 2013

BIL BULAN AKTIVITI TINDAKAN

1 DIS 2012Mesyuarat unit HEM, pendaftaran dan pembayaran yuran sekolah

Semua guru

2 JAN- APRIL SMM dan DATAGuru DataGuru SMM

3 FEBRUARIKursus Kepimpinan Pengawas, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah

B & KaunselingPengawas

Displin

4 FEBRUARIWatikah Perlantikan Pengawas, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah

PengawasDisplin

5 JAN –NOV Rancangan Makanan Tambahan (RMT) RMT

6 MAC Program Imunisasi Murid Tahun 1 dan 6 Kesihatan

7 MAC & SEPT Rawatan Pergigian Kesihatan

Page 8: Hal ehwal murid

8 SETIAP BULAN Pertandingan Kebersihan KelasKebersihanKeceriaan

9 APRIL Gotong-royong Perdana Peringkat SekolahKebersihanKeceriaan

Keselamatan

10 FEB & OGOS Bantuan Kebajikan Murid Kebajikan

11 MEI Program Maju Diri B & Kaunseling

12 MEI Sambutan Hari GuruBadan Kebajikan

Guru

13 MEI Latihan Kebakaran Keselamatan

14 MAC & JULAI Sesi Kaunseling B & Kaunseling

15 JUN Program bersama Klinik Kesihatan Daerah Kesihatan

16 JULAIProgram Ceramah Keselamatan Bersama Polis

Keselamatan

1715 OGOS – 15 SEPT

Sambutan Bulan Kemerdekaan PK HEM & AJK

18 SEPT Pendaftaran Murid Tahun 6 ke Tingkatan 1 Pendaftaran

19 SEPT Program RIMUP RIMUP

TAKWIM MESYUARAT PERANCANGAN UNIT HEM TAHUN 2013SEK.KEB.SERI GAMBUT

Perancangan Unit Hal Ehwal Murid 2013

Page 9: Hal ehwal murid

Tarikh Hari Aktiviti Tindakan

JANUARI

26.12.2012 Rabu -Mesyuarat Unit HEM PK HEM

28.12.2012 Jumaat -Pengagihan Buku SPBT Tahun 1 Guru SPBT

07.01.2013 Isnin-Kempen sayangi buku teks -Peringatan peraturan sekolah-Pelancaran Pas Keluar Kelas

Guru Bertugas

10.01.2013 Selasa-Menandatangani Perjanjian RMT 2013 dengan pengusaha kantin

PK HEM &  Guru Kantin & RMT

14.01.2013 Isnin-Majlis perlantikan Pengawas sekolah, Pusat Sumber, Ketua dan Penolong Kelas

Guru Pengawas

14.01.2013 -18.01.2013

Isnin – Jumaat

-Program Maju Diri (PMD) Guru Bimb & Kauns

16.01.2013 Rabu -Mesyuarat AJK Kantin 1PK HEM & Guru kantin & RMT

17.01.2013 Khamis -Mesyuarat AJK Bimbingan & Kauseling Guru Bimb & Kauns

28.01.2013 Isnin -Pelancaran Kempen Kebersihan Kelas Guru 3K

31.01.2013 Khamis-Mesyuarat AJK Kebersihan & Keceriaan 1

PK HEM & Guru 3K

31.01.2013 Khamis -Semak rekod Kehadiran Murid PK HEM & Guru Kelas

FEBRUARI

04.02.2013 Isnin-Pertandingan meja bermaklumat – kantin

Guru Panitia

06.02.2013 Rabu -Kemas kini data SMM Guru data SMM

14.02.2013 Khamis -Mesyuarat AJK SPBT PK HEM & Guru SPBT

19.02.2013 Selasa- Mesyuarat Lembaga Disiplin & Pengawas

PK HEM

28.02.2013 Rabu -Semak rekod Kehadiran Murid PK HEM & Guru Kelas

MAC

01.03.2013 Jumaat -Kemaskini Buku Rekod Kes Murid PK HEM

04.03.2013 Isnin -Pertandingan pamphlet unit-unit HEM Ketua Unit HEM

06.03.2013 Rabu-Perjumpaan & Motivasi Ibubapa Tahun 6

PK HEM & Guru Bimb Kaunseling & Guru-guru tahun 6

21.03.2013 Khamis - Ceramah Polis PK HEM & Guru 3K

29.03.2013 Jumaat -Semak rekod Kehadiran Murid PK HEM & Guru Kelas

APRIL

01.04.2013 Isnin -Taklimat Pengawas Sekolah Guru Pengawas

9.04.2013 Selasa -Mesyuarat AJK Kantin Ke-2 PK HEM & Guru Kantin

23.04.2013 Selasa -Pemeriksaan kebersihan Guru 3K

Page 10: Hal ehwal murid

01 ) JK HAL EHWAL MURID ( JK HEM )

PengerusiTuan Haji Ngatini bin Salimin

Guru BesarNaib Pengerusi

Puan Ragayah Bt DrisGPK Hal Ehwal Murid

Setiausaha HEMPuan Siti Norazizah Bt Kadzim

AJK Induk

1 ) GPK Pentadbiran Puan Azizah Bt Ajis

2 ) GPK Kokurikulum

3 ) Displin & Pengawas Encik Mohd.Fairus bin Hamzah

4 ) Pemulihan & Perhimpunan Encik Ali bin Mohd.Zaman

5 )Keselamatan, Kebersihan & Keceriaan

Puan Zuana Bt Shamuri

6 ) Buku kedatangan, Inventori & RIMUP Puan Nurul Syahidatul Aini binti Abu Bakar

7 ) Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Encik Khairul Anuar Bin Zakaria

8 ) Data SSDM Encik Sallehuddin Hussin

9 ) Kebajikan Murid dan Takaful Puan Surmaliah binti Pakih

10) Bimbingan & Kaunseling Puan Rudzi Bt Atan

11) RMT, PSS & Kantin Puan Nassuhada binti Syukor

12) KWAPM, SMM, Doa & Derma Encik Mohd Nuzaihan Bin Mizhar

13)Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Puan Rudzi Bt Atan

14) Jenayah & Buli Encik Nasrulkhakim Bin Md Abas

   15)

Data SMM Puan Siti Rozita Bt Misngat

  16)

RIMUP Cik Azarina Bt Amzah

Page 11: Hal ehwal murid

Bidang Tugas Umum 1.    Sebagai JK tertinggi dalam HEM, JK HEM  menerima semua  keputusan yang telah

ditetapkan oleh PP. JKHEM hanya bermesyuarat untuk menentukan, membincangkan dan memutuskan strategi melaksanakan  ○ dasar HEM / Sahsiah KPM  ○ keputusan HEM utama yang telah diputuskan oleh Pengurusan Pentadbiran(PP)

2.    JK HEM (Ketua)  hendaklah bermesyuarat   ○ selepas Mesyuarat (PP)   ○ bermesyuarat minimum 3 kali setahun   ○ (Mesyuarat BOLEH dipengerusikan oleh Naib Pengerusi)

3.    Fungsi SU HEM   ○ Menjadi SU mesyuarat JK HEM dan menyedia minit mesyuarat  ○ Menyelaras / Merumus / melapor hasilan semua mesyuarat JK di bawah Unit HEM.  

4.    Fail (F) Unit HEM ○ Mengurus dan memantau fail   ○ Mengurus fail HEM /  dan fail maklumat HEM dan  untuk Guru Besara dan rekod

5.     Mesyuarat unit-unit boleh dipengerusikan oleh GPK HEM sekiranya tiada Guru Besar

PENGURUSAN UNIT-UNIT HEM( Bidang Tugas dan Pemantauan Penolong HEM. Guru Besar  sebagai Pengerusi )

 ( 01 )  LEMBAGA DISIPLIN & PENGAWASPengerusi Guru Besar

Naib Pengerusi GPK Hal Ehwal MuridKetua Encik Mohd.Fairus bin Hamzah

Setiausaha Encik Sallehuddin HussinAJK Pn. Surmaliah Bt Pakih

Mohd Shaaban Bin Sujak

Bidang Tugasa. Mengadakan aktiviti peningkatan disiplin murid seperti ceramah dan majlis rundingan. b. Menjadi penasihat kepada badan pengawas dan menyediakan laporan. c. Menyelia disiplin murid. d, Memberi tunjuk ajar dan bimbingan tugasan kepada pengawas sekolah. e. Membuat pesanan keperluan unit. f. Menguruskan stok dan menyediakan anggaran perbelanjaan unit. g. Mengemaskini data disiplin murid. h. Mengurus penghantaran data kepada PPD .

( 02 )  PERHIMPUNAN

Pengerusi Guru BesarNaib Pengerusi GPK Hal Ehwal Murid

Ketua Encik Ali bin Mohd.ZamanSetiausaha Puan Zuana Bt Shamuri

AJK Puan Nurul Syahidatul Aini Bt Abu BakarEn. Nasrulkhakim Bin Md Abas

Semua GuruBidang Tugas

a. Memantau perjalanan sesi perhimpunan mingguanb. Menyemak  dan memastikan guru menulis buku laporan harian c,Menyelenggara PA Sistem

( 03 )  KESELAMATAN, KEBERSIHAN & KECERIAAN

Page 12: Hal ehwal murid

Pengerusi Guru BesarNaib Pengerusi GPK Hal Ehwal Murid

Ketua Puan Zuana Bt ShamuriSetiausaha Cik Azarina Bt Amzah

AJK                  Mohd Ali Bin ZamanPuan Nassuhada Bt Mohd ShukorEncik Mohd Nuzaihan Bin Mizhar

Bidang Tugasa. Memastikan alat pemadam api berfungsi dan berada di tempat yang strategik. b. Mempamerkan pelan laluan kecemasan di setiap kelas dan bilik. c. Menjalankan kawat kebakaran. d. Menyediakan dan menyusun perhiasan dan penanaman pokok bunga. e. Memastikan kawasan sekolah sentiasa berada dalam keadaan bersih & ceria. f. Membuat perancangan untuk menambah baikkan taraf keceriaan sekolahg. Mengumpul, mengedar rekod dan kad kesihatan. h. Mengumpul maklumat murid yang memerlukan rawatan dan perhatian kesihatan. i. Mengurus aktiviiti-aktiviti berkaitan kesihatan. j. Mengadakan sudut kesihatan. k. Memantau kawasan air bertakung dan menyediakan laporan bebas denggi.

( 04 )   BUKU KEDATANGAN MURID & INVENTORI

Pengerusi Guru BesarNaib Pengerusi GPK Hal Ehwal Murid

Ketua Puan Nurul Syahidatul Aini binti Abu BakarSetiausaha Cik Azarina Bt Amzah

AJK 1 ) En. Khairul Anuar Bin Zakaria2 ) Puan Siti Nur Azizah binti Md.Kadzim3) Semua guru kelas

Bidang Tugas1.  Merekod segala kelengkapan seperti kerusi dan meja pelajar.2.  Menyediakan proses pembaikan dan pelupusan kelengkapan yang rosak.3.  Memberi perkhidmatan yang dapat memudahkan keperluan pelajar.4. Memastikan buku Kedatangan murid ditanda setiap hari.5. Maklumat di buku di isi dan dilengkapkan.6. Setiap kelas dibekalkan dengan buku kawalan kelas yang ditandatangani oleh setiap guru yang memasuki kelas pada setiap waktu pembelajaran. 7. Setiap  guru akan mencatat nama mata pelajaran, masa dan jumlah pelajar hadir pada masa mereka mengajar.

( 05 )  SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)

Pengerusi Guru BesarNaib Pengerusi GPK Hal Ehwal Murid

Ketua Encik Khairul Anuar bin ZakariaSetiausaha Encik Sallehuddin Hussin

Page 13: Hal ehwal murid

AJK 1 ) Encik Nasrulkhakim Bin Md. Abas2 ) Puan Nurul Syahidatul Aini Bt Abu Bakar 3 ) Semua Guru Kelas

Bidang Tugasa. Memastikan Bilik BOSS kemas dan berfungsi. b. Mengurus surat-menyurat mengenai SPBT. c. Mengurus borang pesanan/permohonan buku Teks bagi tahun berikutnya. d. Menyemak penerimaan dan penghantaran buku teks dan memproses untuk urusan stok. e. Menyelenggara siok SPBT dengan kemaskini.f. Membuat hapuskira dan Memungut buku teks pada akhir tahun. h. Membuat pemantauan penggunaan buku teks secara berkala.

( 06 )  DATA SSDM

Pengerusi Guru BesarNaib Pengerusi GPK Hal Ehwal Murid

Ketua Sallehuddin HussinSetiausaha Encik  Mohd Fairus Hamzah

AJK 1 ) Mohd Ali Bin Zaman2 ) Puan Siti Rozita Bt Misngat3 ) Guru Kelas

Bidang Tugasa.Mengemaskini data kesalahan muridb.Menghantar laporan ke PPD seperti jadual yang ditetapkan.

( 07 )  KEBAJIKAN MURID DAN TAKAFUL

Pengerusi Guru BesarNaib Pengerusi GPK Hal Ehwal Murid

Ketua Puan Surmaliah binti PakihSetiausaha Cik Azarina bt Amzah

AJK 1 ) Puan Nurul Syahidatul Aini Bt Abu Bakar2 ) En. Nasrulkhakim Bin Md. Abas3 ) Puan Rudzi Bt Atan

Bidang Tugasa.Mengurus kutipan dan perbelanjaan tabungan murid. b. Menyediakan penyata kewangan tabung. c. Khidmat derma/ sumbangan kepada pihak tertentu seperti murid yang kematian ibu bapa.