hak pengguna tingkatan 5

15
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN NAMA PENGAJAR : NORKASMAH BINTI ABDUL SAMAD TARIKH : 13. 01. 2010 MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN : 1 MASA : 40 MINIT BIL PELAJAR : 53 ORANG BIDANG PEMBELAJARAN :5 NILAI BERKAITAN DENGAN HAK ASASI MANUSIA NILAI KANDUNGAN AKADEMIK : 5.5 MELINDUNGI HAK PENGGUNA Konsep Pengngguna Asas Kesedaran Semua TAJUK : Hak dan Tanggungjawab Pengguna PENGETAHUAN SEDIA ADA : Mengetahui hak sebagai pengguna HASIL PEMBELAJARAN : Pada Akhir Pembelajaran Pelajar Dapat 1. Kognitif Moral Memahami hak sebagai pengguna 2. Perasaan Moral Menyedari hak dan tanggungjawab sebagai pengguna 3. Perlakuan Moral Mengamalkan tanggungjawab sebagai pengguna bijak

Upload: sarinah-osman

Post on 27-Jun-2015

235 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hak Pengguna Tingkatan 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

NAMA PENGAJAR : NORKASMAH BINTI ABDUL SAMAD

TARIKH : 13. 01. 2010

MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN MORAL

TINGKATAN : 1

MASA : 40 MINIT

BIL PELAJAR : 53 ORANG

BIDANG PEMBELAJARAN :5 NILAI BERKAITAN DENGAN HAK ASASI MANUSIA

NILAI KANDUNGAN AKADEMIK : 5.5 MELINDUNGI HAK PENGGUNA

Konsep Pengngguna Asas Kesedaran Semua

TAJUK : Hak dan Tanggungjawab Pengguna

PENGETAHUAN SEDIA ADA : Mengetahui hak sebagai pengguna

HASIL PEMBELAJARAN : Pada Akhir Pembelajaran Pelajar Dapat

1. Kognitif MoralMemahami hak sebagai pengguna

2. Perasaan MoralMenyedari hak dan tanggungjawab sebagai pengguna

3. Perlakuan MoralMengamalkan tanggungjawab sebagai pengguna bijak

Page 2: Hak Pengguna Tingkatan 5

PENDEKATAN NILAI : Analisis Nilai

Penjelasan Nilai

TEKNIK : Sumbangsaran

Perbincangan

SUMBER BANTU MENGAJAR : Moulding Paper , kad bergambar, marker pen, buku teks dan buku rujukan, barang-barang lain untuk aktiviti (tin sardin, penyambung wayar, makanan ringan, telefon bimbit)

Page 3: Hak Pengguna Tingkatan 5

Prosedur/ Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Masa Aktiviti Guru Aktiviti Pelajar BBM Catatan

Set Induksi /

5 minit

1. Guru menunjukkan logo pengguna bijak dan meminta pelajar mengenalpasti logo tersebut.

2. Guru menunjukkan gambar iklan yang menunjukkan situasi/ keadaan yang berkaitan dengan pengguna dan menyoal pelajar sama ada pernah melihat iklan tersebut di kaca televisyen.

3. Guru menyoal pelajar sama ada pernah mengalami situasi ketidakpuasan hati dalam pembelian barang-barang dan meminta salah seorang pelajar menceritakannya.

4. Guru mengaitkan persoalan yang dilontarkan dengan topik yang akan dibincangkan pada hari tersebut.

1. Pelajar meneliti logo tersebut dan memberi maklumbalas.

2. Pelajar memberi maklumbalas sama ada pernah melihat iklan tersebut atau sebaliknya.

3. Pelajar memberi respon positif dan seorang pelajar bangun untuk berkongsi pengalaman sedia ada.

4. Pelajar mendengar dan memahami perkaitan situasi yang berlaku dengan topik yang akan dipelajari

Gambar logo “Pengguna Bijak” dan iklan bergambar.

Langkah 1 /

5 minit

Sumbangsaran:

1. Apakah yang murid faham mengenai hak-

Page 4: Hak Pengguna Tingkatan 5

hak pengguna?

2. Pentingkah sesuatu barangan dilengkapi dengan tarikh luput? Mengapa?

3. Apakah yang anda lakukan sebelum membeli sesuatu barangan?

4. Mengapakah setiap pengguna perlu mengetahui haknya?

Pelajar secara suka rela menjawab segala persoalan guru

Langkah 2 /

10 minit

1. Guru meletakkan rangkaian Moulding paper (rujuk lampiran) di hadapan papan putih yang mengandungi 4 hak-hak pengguna

2. Guru menjelaskan setiap hak-hak secara terperinci dan mengaitkannya dengan gambar yang dipaparkan serta barang yang dibawa.

1. Pelajar memberi perhatian dan mendengar penerangan daripada guru dengan penuh teliti.

2. Pelajar memberi perhatian dan maklum balas yang positif.

Moulding paper berangkai mengandungi 4 hak-hak pengguna dan gambar berkaitan.

Langkah 3/

10 minit

Perbincangan:

1. Guru membahagikan pelajar kepada tiga kumpulan.

2. Guru memberi barang-barang kepada setiap kumpulan.

1. Pelajar bergerak dalam kumpulan dengan keadaan terkawal.

2. Pelajar mula berfikir kaitan barang tersebut dengan topik yang baru dipelajari.

Tin sardin, Penyambung Wayar, Telefon Bimbit. (Lihat Lampiran)

Page 5: Hak Pengguna Tingkatan 5

3. Guru memberi arahan agar pelajar mencari maklumat yang berkaitan hak pengguna yang perlu diketahui daripada barang-barang yang dibekalkan.

4. Seorang pelajar wakil daripada setiap kumpulan dikehendaki membentangkan apa yang telah dibincangkan dalam kumpulan

3. Pelajar mendengar arahan guru dan mula melaksanakannya dalam kumpulan.

4. Seorang pelajar membentangkan maklumat-maklumat yang telah dibincangkan dan dikongsi dengan pelajar yang lain dengan sedikit bimbingan guru.

Penutup / 5 minit 1. Guru membuat kesimpulan secara ringkas mengenai topik dengan meminta wakil pelajar untuk membacakan sajak bertajuk “Aku Pengguna Bestari “ (Rujuk Lampiran),dan meminta pelajar menyenaraikan hak-hak pengguna yang telah dipelajari.

2. Guru mengaitkan nilai dan kandungan akademik pelajaran yang telah dipelajari.

3. Guru mengarahkan

1. Seorang pelajar memberi kerjasama dengan membaca sajak yang diberikan dan menyenaraikan hak-hak pengguna yang dipelajari dengan sukarela.

2. Pelajar mendengar perkaitan nilai dan kandungan akademik yang diterangkan oleh guru

3. Pelajar perlu mencari

Page 6: Hak Pengguna Tingkatan 5

pelajar mencari maklumat berkaitan dengan 4 lagi hak-hak pengguna secara berkumpulan dan membentangkannya dalam kelas berikutnya

maklumat tersebut secara berkumpulan dan membentangkannya dalam kelas berikutnya.

Penilaian / 5 minit 1. Guru meminta pelajar mengeluarkan sehelai kertas dan menulis perkara yang tidak difahami dalam topik yang diajarkan

1. Pelajar menulis perkara yang tidak difahami

Page 7: Hak Pengguna Tingkatan 5

LAMPIRAN

SET INDUKSI

Page 8: Hak Pengguna Tingkatan 5

MOULDING BOARD : 4 HAK-HAK PENGGUNA

Page 9: Hak Pengguna Tingkatan 5

AKTIVITI KUMPULAN

Page 10: Hak Pengguna Tingkatan 5

Kumpulan 1

Kumpulan 2 :

Kumpulan 3 :

Page 11: Hak Pengguna Tingkatan 5

LAIN-LAIN BAHAN

SAJAK

Nasihat Kepada Sang Pengguna Bestari

Page 12: Hak Pengguna Tingkatan 5

Dalam daerah jual beli yang tiada hentiLahirnya sang pengguna bestari nama diberiSang ayah besar hati melihat permata abadi

Sang ibu curah kasih suci kekal hakiki

Tapak jiwa disemai benih Dasar Pengguna NegaraSeimbang hak dan tanggungjawab menjadi sandaran utama

Penggunaan lestari adalah mainan mindaDemi pelihara daerah sanjungan bangsa

Anakanda adalah sang pengguna bestariJiran kita adalah sang pembekal berdikari

Jiran kita adalah sang pengilang berdedikasiKetua daerah kita adalah pemerintah

Kita sama-sama hidup di daerah bertuah

Dalam daerah jual beli penuh pancarobaKetahuilah anakanda hakmu sebagai warga

Biar menjadi sang pengguna bestari berhati waja

Dapatkanlah keperluan asas untuk dirimuMakan, minum, tempat teduh , kesihatanmu adalah utama

Dapatkanlah keselamatan bagi dirimuLindungi diri dari kerakusan jiran-jiran kita

Dapatkanlah maklumat untuk dirimuBiar keputusan bijak lahir dari minda

Buatlah pilihan tepat bagi dirimuKetahuilah mutu dan perilaku jiran kita

Luahkan suaramu dengan berani tanpa raguBiar didengari pemerintah adil dan saksama

Dapatkanlah ganti rugi bagi dirimuHasil binasa diganti tanpa cacat cela

Dapatkanlah ilmu sebagai bekalan masa depanmuSemoga sampai hajat menjadi warga bijaksana

Alamilah alam indah permai disekelilingmuPertahankanlah alam semulajadi warisan kita

Dalam daerah jual beli yang kita talukiSama-sama berganding bahu menjana ekonomiSang pengguna bestari amal penggunaan lestari

Sejahtera jiran sejahtera komuniti harmoniDemi memartabatkan daerah yang dicintai

Page 13: Hak Pengguna Tingkatan 5