hari hak-hak pengguna sedunia – 15 mac 2015 wadah informasi

16
Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia – 15 Mac 2015 Wadah Informasi Kelab Pengguna ISSN 2231-976X Bil 2/2015 FEBRUARI 2015 EDARAN PERCUMA Terbitan bulanan usahasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan FOMCA Pengurusan Bencana Alam Peranan Wanita dalam Bekalan Air Pendidikan Kewangan Melalui Permainan Penyalah- gunaan Ubat Kelestarian Air Dapat Menjamin Kemampanan Bumi Kepentingan Sudut Pengguna Kelab Pengguna Sekolah

Upload: ngotuong

Post on 30-Dec-2016

267 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia – 15 Mac 2015 Wadah Informasi

Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia –

15 Mac 2015

Wadah InformasiKelab Pengguna

ISSN

22

31

-97

6X

• B

il 2

/20

15

FEBRUARI 2015 • EDARAN PERCUMA

Terbitan bulanan usahasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan FOMCA

Pengurusan Bencana Alam

Peranan Wanita dalam Bekalan Air

Pendidikan Kewangan Melalui Permainan

Penyalah-gunaan

Ubat

Kelestarian Air Dapat Menjamin

Kemampanan Bumi

Kepentingan Sudut Pengguna Kelab Pengguna

Sekolah

Page 2: Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia – 15 Mac 2015 Wadah Informasi

2 •

PenasihatY.Bhg Datuk Dr. Marimuthu NadasonPresiden, Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia

Ketua Sidang PengarangMohd Yusof Abdul Rahman

Timbalan Ketua Sidang PengarangSiti Rahayu Zakaria

Sidang PengarangFoon Weng Lian, Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM)Nuraini Khalil, Forum Air MalaysiaJesslyn Pek Yen Lee, Forum Air MalaysiaNur Asyikin Aminuddin, Persatuan Pengguna-Pengguna Standard MalaysiaBahagian Gerakan Kepenggunaan, KPDNKKBahagian Kokurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia

Sidang RedaksiGenerasi Pengguna merupakan terbitan usahasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan FOMCA. Ia diterbitkan setiap bulan khusus untuk Kelab Pengguna Sekolah. Edaran naskhah adalah percuma.

EditorGENERASI PENGGUNANo 4, Jalan SS 1/22A, 47300 Petaling Jaya, Selangor. Tel : 03-7876 2009 Faks : 03-7877 1076 E-mel : [email protected]

Bil. 34, Edisi Februari 2015

Semasa

Kesan Diet yang Tidak Sihat kepada Pengguna Malaysia

Di Malaysia, diet sering dikaitkan dengan penyakit kronik, lazimnya yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Jumlah penghidap penyakit ini semakin meningkat sejak beberapa dekad yang lalu. Serangan jantung dan strok merupakan antara lima punca utama penyakit yang membawa kematian. Nisbah satu dalam lima rakyat Malaysia menghidap penyakit kencing manis. Begitu juga jumlah pesakit diabetes telah meningkat dua kali ganda daripada 1.5 juta pada tahun 2006 kepada 3 juta pada tahun 2011.

Pembangunan ekonomi yang pesat dalam tempoh 20 tahun telah membawa perubahan ketara dalam gaya hidup rakyat Malaysia. Perubahan gaya hidup, terutamanya dalam corak pemakanan sepert i peningkatan dalam pengambilan makanan berlemak, makanan berminyak dan karbohidrat ditapis, seperti roti putih, beras putih dan gula.

Untuk memuat turun Generasi Pengguna dalam format “PDF”, sila layari laman sesawang www.fomca.org.my.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan KepenggunaanNo 13, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62623 Putrajaya. Sesawang : www.kpdnkk.gov.my Hotline : 1-800-886-800 Tel : 03-8882 5500 Faks : 03-8882 5762

Cetakan

Percetakan Asas Jaya (M) Sdn BhdNo. 5B Tingkat 2, Jalan Pipit 2 Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong Jaya Selangor Darul Ehsan

Kesan Diet yang Tidak Sihat kepada Pengguna Malaysia

Merujuk beberapa statistik yang merujuk kepada amalan pemakanan ini, satu daripada empat orang kanak-kanak sekolah di Malaysia mengalami berat badan secara berlebihan atau obes. Malaysia menduduki negara yang mempunyai rakyat paling gemuk di Asia Tenggara dan negara yang keenam di rantau Asia Pasifik. Malaysia telah menduduki tempat keenam di Asia dan ke-17 di dunia bagi penduduk yang mengalami kencing manis.

Faktor-faktor yang membawa kepada risiko penyakit obesiti, antaranya kecenderungan ibu bapa memberikan makanan segera dan makanan yang mengandungi gula yang tinggi kepada anak-anak. Manakala, kantin sekolah turut menjual makanan yang tidak sihat, seperti sosej, nuget dan makanan ringan. Amalan kerap makan di luar adalah salah satu faktor risiko utama rakyat Malaysia berterusan mengambil makanan berminyak, gula yang tinggi dan garam berlebihan.

Kurangkan Pengambilan Garam

Peningkatan pengeluaran makanan yang diproses, pembangunan yang pesat dan perubahan gaya hidup

15 Mac ialah Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia. Tema bagi Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia 2015 – DIET YANG SIHAT

Page 3: Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia – 15 Mac 2015 Wadah Informasi

• 3

Semasa

telah mengubah corak pemakanan rakyat Malaysia. Makanan diproses semakin meningkat di pasaran, mudah diperoleh dan harganya lebih murah. Hampir seluruh penduduk dunia kini mengambil makanan yang tinggi kandungan lemak, gula dan garam.

Kajian menunjukkan bahawa pengambilan garam secara kerap akan meningkatkan risiko mendapat tekanan darah tinggi (hipertensi). Tekanan darah tinggi adalah penyebab utama kepada penyakit kardiovaskular, 60% risiko mendapat angin ahmar dan 50% punca penyakit hati.Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Panduan

Diet Malaysia menyarankan pengambilan garam tidak melebihi satu sudu teh atau 5mg sehari, yang bersamaan dengan 2,000 mg natrium sehari. Walau bagaimanapun, kajian terhadap Pengambilan Makanan dalam kalangan Dewasa Malaysia pada tahun 2002 / 2003 mendapati pengambilan natrium dalam kalangan orang dewasa menunjukkan 2,575 mg sehari atau 28% lebih tinggi daripada pengambilan yang disyorkan.

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan III (2006) pula mendapati 43% daripada punca penyakit tekanan darah tinggi yang dihidapi oleh golongan dewasa di Malaysia disebabkan oleh pengambilan garam yang tinggi.

Kurangkan Pengambilan Gula

Kebanyakan diet makanan pada hari ini mengandungi gula yang tinggi, yang disebabkan penggunaannya yang berlebihan dalam makanan diproses yang popular. Penggunaan gula secara berlebihan merupakan faktor risiko utama yang menyebabkan obesiti. Gula adalah penyumbang kepada peningkatan kalori secara berlebihan dalam tubuh badan. Kalori yang terdapat dalam produk makanan yang mengandungi gula yang tinggi boleh meningkatkan berat badan. Makanan yang mempunyai gula yang tinggi turut menjadi penyebab utama diabetes tahap 2 dan dikatakan membawa peningkatan kadar penyakit jantung.

Pada tahun 2009, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengumumkan bahawa

Malaysia merupakan Negara ke-8 tertinggi di dunia yang banyak mengambil gula.

Pada tahun 1970-an, rakyat Malaysia menggunakan kira-kira 17 sudu teh gula sehari. Angka ini meningkat kepada kira-kira 21 sudu teh sehari pada tahun 1980-an. Pada tahun 1990-an pula, rakyat Malaysia menggunakan secara purata 24 sudu teh gula sehari, tetapi kini angka itu telah meningkat kepada 26 sudu teh sehari.

Gula juga dikaitkan dengan lebih 60 penyakit, antaranya kanser, kencing manis, obesiti, masalah jantung, osteoporosis, masalah buah pinggang, asma dan alahan. Sebahagian daripada penyakit yang boleh membunuh ini, telah menunjukkan trend peningkatan yang membimbangkan dalam tempoh beberapa tahun.

Menurut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, 11.6 juta daripada 16 juta orang dewasa di seluruh negara menghidap penyakit tidak berjangkit (NCD), seperti diabetes, tekanan darah tinggi atau kanser.

Malaysia merupakan negara yang mempunyai penduduk yang paling ramai mengalami masalah berat badan berlebihan dan obes di Asia. 54% daripada orang dewasa adalah obes atau mengalami berat badan berlebihan, berbanding hanya 24.1% pada 10 tahun yang lalu. Dengan itu, nisbah 7 daripada 10 orang dewasa di Malaysia menghidapi penyakit kronik.

Hal ini disokong oleh kenyataan Institut Diabetes Antarabangsa, yang menyatakan bahawa Malaysia mencatat tangga ke-4 tertinggi bagi jumlah penghidap kencing manis di Asia. Manakala 800,000 penduduk dilaporkan menghidap sakit kencing manis pada tahun 2007.

Hasil Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) Pertama, yang dijalankan pada tahun 1986, mendapati penghidap diabetes mencatatkan 6.3%, angka ini meningkat kepada 8.3% pada tahun 1996, dan terkini pada 2006 NHMS mendedahkan bahawa penghidap diabetes telah meningkat kepada 14.9%.

Page 4: Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia – 15 Mac 2015 Wadah Informasi

4 •

Pelabelan pada pembungkusan makanan

Diet yang tidak sihat adalah faktor risiko utama yang menyebabkan penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti penyakit kardiovaskular, kanser, kencing manis dan dikaitkan dengan obesiti. Corak pemakanan rakyat di seluruh dunia telah berubah. Pengguna semakin kurang menggunakan bahan mentah untuk menyediakan makanan sendiri, sebaliknya lebih suka membeli makanan diproses dan makanan yang dibungkus. Sejak dekad yang lalu, penjualan makanan terhadap produk makanan yang dibungkus telah meningkat lebih 92% dan mencecah AS$2.2 trilion pada tahun 2012.

Bagi pengguna yang ingin membeli makanan dibungkus disarankan supaya membuat pilihan pemakanan yang tepat. Mereka perlu bijak dalam mengenal pasti makanan yang mengandungi lemak, garam dan gula yang tinggi. Buat pilihan makanan daripada pelbagai produk makanan yang dibungkus berdasarkan maklumat nutrisi yang terdapat pada bungkusan makanan tersebut.

Oleh itu, FOMCA menggesa supaya pelabelan pemakanan yang terdapat pada bungkusan makanan perlu dapat membantu pengguna menilai nutrisi produk makanan dengan cepat dan mudah serta mencegah daripada penyakit berkaitan pemakanan berdasarkan pilihan makanan yang sihat.

Makanan yang sihat di sekolah

Kualiti makanan yang disediakan di sekolah boleh memberi kesan yang besar kepada tahap kesihatan dan perkembangan kanak-kanak.

Oleh itu, untuk memastikan diet yang lebih baik kepada pelajar sekolah, FOMCA menyokong kawalan terhadap pengiklanan, promosi dan penajaan yang disasarkan kepada kanak-kanak bagi mengelakkan mereka terdedah kepada promosi produk-produk makanan dan minuman yang tidak sihat. FOMCA juga menyokong amalan pengambilan nutrisi dan penyediaan makanan berasaskan standard untuk operasi penyediaan makanan di sekolah.

Semasa

Usaha antarabangsa ke arah diet yang sihat

Di peringkat antarabangsa, Consumer International (CI) menggesa satu Konvensyen Global bagi Melindungi dan Menggalakkan Pemakanan Sihat. CI juga menjalankan kempen media sosial yang dikenali sebagai “Thunderclap” untuk meningkatkan kesedaran orang awam terhadap keperluan kepada makanan dalam perjanjian global.

Manakala, di peringkat kebangsaan pula, CI menyarankan semua organisasi pengguna kebangsaan untuk memberikan tumpuan kepada empat perkara utama: (1) mengurangkan penggunaan garam, (2) mengurangkan penggunaan gula, (3) pelabelan makanan pada pembungkusan makanan, dan (4) penyediaan makanan sihat di sekolah.

Latar Belakang Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia

15 Mac dipilih sebagai memperingati tarikh Presiden Amerika Syarikat, John F. Kennedy yang mendeklarasikan lapan hak pengguna. Semua Persatuan Pengguna di seluruh dunia menjadikan Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia sebagai acara tahunan dan menjadi lambang perpaduan bagi pergerakan pengguna sejagat.

Lapan Hak Pengguna merupakan perkara asas dalam perjuangan perlindungan dan kebajikan pengguna di seluruh dunia.

Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia dianjurkan oleh Consumer International ( C I ) . C I m e r u p a k a n gabungan pergerakan pengguna sedunia, iaitu sebuah badan bebas yang mewakili suara penggunadi peringkat antarabangsa. CI mempunyai keahlian s e b a n y a k 2 4 0 b u a h organisasi di 120 buah negara. Pada setiap tahun CI menetapkan satu tema global yang khusus bagi Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia.

Page 5: Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia – 15 Mac 2015 Wadah Informasi

• 5

Standard

Bencana banjir besar, terutama yang melanda negeri-negeri pantai timur, telah menjadi penutup tirai bagi tahun 2014. Malah apabila melangkah tahun 2015, masalah banjir masih menghantui sebilangan keluarga, terutama penduduk Kuala Krai, Kelantan yang telah kehilangan rumah. Mereka terpaksa tinggal dalam khemah yang telah dipasang oleh para sukarelawan buat sementara waktu. Dalam keadaan banjir yang belum reda itu, sudah terdapat ramalan bahawa gelombang yang ketiga bakal berlaku.

Persoalannya, adakah Malaysia cukup bersedia dengan pengurusan bencana alam yang besar sebegini rupa? Sebenarnya banyak persoalan yang telah timbul selepas terjadinya banjir besar ini. Adakah garis panduan dalam menghadapi bencana alam telah digunakan sepenuhnya mengikut Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara di bawah Majlis Keselamatan Negara Arahan 20 (Semakan Semula)?

Jika dirujuk kepada Dasar ini, terdapat beberapa agensi penyelamat yang ditugaskan untuk sama-sama menggembleng tenaga dalam pengendalian bencana di tempat kejadian. Mungkin akibat kalut dengan bencana besar yang tidak disangka-sangka, menyebabkan mereka lupa segala prosedur yang perlu diikuti.

Bencana banjir yang berlaku ini boleh dijadikan sebagai pengajaran untuk pihak-pihak yang berkaitan supaya lebih bersedia dengan bencana alam yang mungkin akan terjadi pada bila-bila masa. Sebagai contoh, di Jepun, sisa kumbahan Minamigamo yang terbesar di bandar itu telah musnah akibat bencana tsunami pada 11 Mac 2011. Bencana ini secara jelas menunjukkan bahawa pengendali kemudahan bekalan air di Jepun tidak mempunyai sistem pengurusan risiko dan konsep pengurusan risiko tidak difahami sepenuhnya. Dengan

Pengurusan Bencana Alam

ini, pihak berkuasa air di Jepun telah menyumbang kepada pembangunan standard baru dan keberkesanan sistem pengurusan krisis untuk utiliti air berdasarkan pengalaman bencana baru-baru ini.

Oleh kerana Malaysia sering terdedah dengan bencana alam yang tidak terjangka, maka pihak yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikannya perlu meneliti dokumen standard ISO 22320:2011, Societal securiti – Emergency management – Requirements for incident response. Dengan adanya prosedur standard berkenaan, mungkin boleh mengurangkan risiko bahaya dan kerosakan serta menyelamatkan nyawa. Ia juga dapat memastikan barangan keperluan asas seperti bekalan makanan dan air, elektrik tidak terputus.

Selain itu, punca-punca yang menyebabkan bencana alam, seperti penggondolan tanah, kemusnahan hutan, aktiviti pembalakan dan juga pembangunan yang tidak terancang di lereng-lereng bukit perlu dihentikan. Kemusnahan alam yang teruk boleh menyumbangkan kepada ketidakseimbangan ekosistem. Secara tidak langsung, ini boleh menyumbangkan kepada bencana alam.

Pihak-pihak yang berkaitan juga perlu bersama-sama berbincang jika terjadinya lagi bencana alam sedemikian supaya pengurusan bencana dapat diuruskan dengan lebih sistematik dan tersusun. Sekarang bukannya lagi masa untuk ‘Enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.’ Keadaan ‘kalut’ semasa banjir besar yang berlaku baru-baru ini tidak wajar untuk berulang lagi kerana yang menerima kesannya ialah rakyat yang tidak bersalah.

Sumber: Persatuan Pengguna Standard Malaysia

Page 6: Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia – 15 Mac 2015 Wadah Informasi

6 •

Peranan Wanita dalam sesebuah keluarga di negara-negara sedang membangun adalah sangat penting dalam memastikan ahli keluarganya dapat menikmati bekalan air yang bersih. Mereka memerlukan air untuk membasuh, memasak dan kebersihan diri, seperti mandi dan kebersihan tandas. Sumber air di kawasan tersebut adalah terhad. Kadangkala mereka terpaksa berjalan kaki sejauh beberapa kilometer untuk mendapatkan air.

Selain itu, air yang dikumpul dan dibawa ke rumah kebanyakannya tidak dirawat dan mungkin juga air yang tercemar. Cuba bayangkan sekiranya anda perlu membawa tong air besar yang berisi 10 liter air berulang alik sejauh kira-kira 5 kilometer. Dapat dibayangkan betapa susah dan penat? Ini merupakan kerja wanita di negara Saharan Afrika, yang mereka terpaksa menanggung demi kehidupan seharian keluarganya.

Mengikut statistik yang diperoleh daripada kajian Jabatan Keselamatan Dalam Negeri di 25 buah negara Saharan Afrika, menyatakan bahawa ketiadaan sistem saluran air ataupun sistem pengagihan air ke premis mereka telah menyebabkan mereka perlu berusaha untuk mengumpul atau mengambil air sendiri di sumber air terbuka. Melalui statistik yang diperoleh daripada kajian tersebut, wanita menjadi individu yang perlu memikul tanggungjawab yang penting ini.

Bagi wanita yang berada di negara yang sedang membangun, setiap hari mereka menggunakan purata sebanyak 25% masa mereka untuk mendapatkan bekalan air untuk kegunaan ahli keluarganya. Hal ini menyebabkan mereka terpaksa mengorbankan masa untuk bersekolah ataupun bekerja. Secara tidak langsung, hal ini akan menjejaskan pembangunan ekonomi negara. Di samping itu, sistem sanitasi yang tidak lengkap juga menyebabkan pengguna perempuan di negara sedang membangun terpaksa menggunakan ruangan tandas terbuka, yang tidak selamat dan menimbulkan kesulitan kepada mereka terutamanya semasa tempoh kedatangan haid.

Di Malaysia, rakyat perlu bersyukur bahawa terdapat sistem bekalan air dan sistem kumbahan, yang tidak memerlukan mereka memikul tong dan berjalan berpuluh-puluh kilometer untuk mendapat air. Tidak dapat dinafikan bahawa sesetengah kawasan atau perumahan mungkin mengalami gangguan bekalan air berselang masa. Namun mereka dapat menikmati bekalan air yang terawat kebanyakan masa dengan hanya membuka paip air du rumah. Bekalan air yang terawat dan berterusan adalah sangat penting untuk menjamin kesejahteraan kehidupan seharian. Oleh itu, gunalah air dengan berhemat.

Sumber: Forum Air Malaysia

Isu Air

Peranan Wanita Dalam Bekalan

Air

Page 7: Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia – 15 Mac 2015 Wadah Informasi

• 7

Kewangan

Apabila memperkatakan tentang permainan, ia merujuk kepada aktiviti yang menyeronokkan pada masa lapang atau dikenali sebagai hobi. Lazimnya, pengetahuan tentang pengurusan kewangan boleh diperoleh melalui pembacaan ilmiah seperti majalah atau buku, tetapi kali ini ia merujuk kepada permainan.

Melalui permainan simulasi, ia membolehkan anda berfikir secara kreatif dan bijak dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan yang sukar. Selain memupuk pelbagai manfaat kognitif, ia boleh memberi kepuasan dan memahirkan pengetahuan anda tentang pengurusan kewangan peribadi.

Antara permainan kewangan yang boleh dimanfaatkan adalah:-

a) Permainan yang menguruskan sumber

Permainan ini sangat sesuai kepada yang ingin mempelajari amalan pengurusan sumber. Permainan ini menekankan elemen bagaimana pemain mengatur strategi dan menguruskan sumber yang terhad seperti wang, masa dan modal sosial. Pemain yang baik, akan benar-benar memahami fungsi permainan ini dan mengamalkan dalam kehidupan seharian.

b) Permainan yang mempunyai pelan

Apabila anda mendengar permainan yang mempunyai perancangan, anda mungkin mengangggap agak sterotaip dan sering diabaikan oleh anda. Perancangan akan melibatkan masa dan usaha, sekiranya anda tidak merancang permainan anda sudah tentu ini membosankan anda.

Dalam permainan kompetitif, mempunyai perancangan permainan adalah salah satu faktor yang dapat membantu anda mencapai kemenangan. Contoh seperti anda merancang ‘membeli rumah pada umur 30 tahun’ atau ‘bergelar jutawan pada umur 40 tahun’.

Permainan jenis ini memerlukan penelitian seperti strategi anda untuk membuat pilihan dan bagaimana anda menyesuaikan diri jika pilihan anda berubah. Anda perlu memahami matlamat kewangan dan matlamat anda juga perlu jelas.

Anda turut mempelajar i sekurang-kurangnya perancangan anda memerlukan perancangan di luar jangka bagi mengelak segala kemungkinan yang berlaku. Pada waktu yang sama, perancangan dapat membantu anda menggunakan sumber-sumber terhad secara optimum.

Pendidikan Kewangan Melalui Permainan

Page 8: Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia – 15 Mac 2015 Wadah Informasi

8 •

Kewangan

c) Patuh kepada perancangan

Salah satu ciri-ciri permainan yang boleh anda pilih adalah kepatuhan anda kepada perancangan sehingga permainan itu diteruskan hingga tamat. Anda akan mengalami pelbagai tekanan dan cabaran dalam meneruskan permainan, yang menguji ketabahan mental anda. Sekiranya anda gagal, anda akan berhenti separuh jalan.

Hal ini sama apabila anda ingin mencapai matlamat kewangan anda, pelbagai cabaran dan rintangan yang akan anda tempuhi. Ia memerlukan kesungguhan dan keyakinan diri yang tinggi. Jika anda yakin, ganjaran yang bakal anda terima adalah berlipat ganda.

Adat dalam pertandingan permainan, kadangkala anda perlu bersifat individualistik. Anda berhadapan dengan pencabar-pencabar yang turut sama bersaing bagi mengelar diri sebagai juara. Inilah perkara yang perlu anda pelajari.

Akhir sekali, di sepanjang perjalanan anda mengejar matlamat, mungkin anda terpaksa menanggung risiko kerugian. Anggap kesilapan yang telah anda lakukan sesuatu yang boleh anda pelajari bagi menghadapi cabaran mendatang. Sekiranya anda gagal, bangkit dan bina semula perancangan kewangan anda dari perspektif yang lebih tersusun dan sistematik.

Sumber: Olahan dan terjemahan daripada Ringgitplus.com

“Jika anda yakin, ganjaran yang bakal anda terima adalah berlipat ganda.”

Page 9: Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia – 15 Mac 2015 Wadah Informasi

• 9

Alam Sekitar

Air merupakan keperluan asas kepada kehidupan. Namun, bagi kebanyakan orang yang tinggal di negara-negara maju, mereka tidak banyak memikirkan tentang air yang mereka gunakan sebagai air minuman, untuk menyediakan makanan dan sanitasi. Di negara-negara membangun pula, pencarian sumber air yang bersih dan selamat boleh menjadi krisis harian.

Berjuta-juta orang mati setiap tahun, terutama sekali kanak-kanak yang disebabkan oleh penyakit-penyakit bawaan air. Penyakit-penyakit ini dapat dielakkan jika bekalan air dan perkhidmatan sanitasi yang bersih dan selamat dapat dibekalkan.

Sandra Postel, pengarah Projek Dasar Air Global dan Felo Persatuan Geografi Kebangsaan, mengatakan bahawa pengurangan sumber air tawar menunjukkan bahawa masalah ini perlu diberikan perhatian semasa Sidang Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Rio +20) di Brazil yang berlangsung dari 20 hingga 22 Jun 2012.

“Masalah yang meruncing ini menjadi kenyataan melalui kehabisan air bawah tanah dan pengeringan sungai atau tasik yang merupakan sumber air pengairan untuk menanam makanan sendiri,” kata beliau. “Hubungan antara pengurangan sumber air, jaminan makanan dan perubahan iklim mendorong masalah air ini mesti diatasi dengan segera.”

Sejak Sidang Kemuncak Bumi 1992, perkhidmatan bekalan air minuman yang bersih dan selamat telah diberikan kepada 1.7 bilion orang di seluruh dunia melalui projek penukaran paip air, sistem penuaian air hujan dan simpanan.

Walau bagaimanapun, pada masa ini masih terdapat 880 juta orang yang tidak mendapat bekalan air yang bersih. “Begitu juga masih tidak terdapat sebarang kemajuan dalam kemudahan sanitasi,” kata Postel. “Di luar sana masih terdapat 2.7 bilion orang yang tidak dapat menikmati perkhidmatan sanitasi yang sempurna. Oleh itu, cabaran-cabaran yang sedia ada mesti diatasi secepat mungkin.” Dalam masa 50 hingga 75 tahun yang akan datang, pemimpin-pemimpin dunia perlu mencuba sedaya upaya untuk menurunkan angka-angka tersebut walaupun jumlah penduduk dunia akan meningkat sebanyak 3 bilion orang pada masa itu.

Lebih kurang 5,000 orang kanak-kanak mati setiap hari disebabkan oleh penyakit kolera dan disenteri, yang tersebar apabila menggunakan air untuk minum dan memasak yang tercemar. Kekurangan air untuk

Kelestarian Air Dapat Menjamin

Kemampanan Bumi

Page 10: Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia – 15 Mac 2015 Wadah Informasi

10 •

Alam Sekitar

kebersihan peribadi juga menyebabkan penyebaran penyakit yang boleh dielakkan seperti trakoma, yang telah menyebabkan 6 juta orang buta di seluruh dunia.

Kekurangan air juga telah memerangkap banyak keluarga miskin dalam kitaran kemiskinan dan pendidikan yang tidak sempurna. Golongan miskin ini menghabiskan banyak masa dalam keadaan yang tidak sihat, menjaga kanak-kanak yang berpenyakit ataupun terpaksa mengambil air dari tempat sejauh 6km sehari. Ini menyebabkan mereka tidak mempunyai masa untuk belajar ataupun melakukan aktiviti yang boleh meningkatkan taraf kehidupan mereka.

Persaingan boleh menjadi sengit untuk mendapatkan komoditi yang tidak ternilai ini. Sektor pertanian telah menuntut sebahagian besar (70%) daripada air tawar yang sedia ada di dunia, manakala 22% telah diambil oleh sektor industri. Kawasan tadahan air dan akuifer tidak menghormati sempadan politik, manakala negara-negara berjiran pula tidak berusaha untuk bersama-sama memulihara sumber ini. Oleh itu, sumber air berpotensi besar untuk menjadi konflik antarabangsa pada masa akan datang.

Setiap hari permintaan air telah bertambah, manakala sumber air tawar pula semakin berkurangan. “Kita semakin mendekati had penggunaan air bawah tanah,” kata Postel, “Ini memberikan kesan yang jelas kepada jaminan air sedunia. Kadar penggunaan air bawah tanah telah berlipat kali ganda sejak 1960.”

Sebahagian daripada air bawah tanah di bumi ialah air fosil, yang dihasilkan berjuta-juta tahun dahulu. Pada ketika itu, iklim bumi banyak berbeza dengan

iklim sekarang. Sumber air bawah tanah hari ini adalah terbatas, seperti juga petroleum.

“Namun kini sumber air bawah tanah dipam pada kadar yang lebih cepat daripada kadar yang ia boleh dihasilkan semula,” jelas Postel. “Keadaan ini sedang berlaku di India, Utara China, California dan banyak tempat lagi. Kita mesti mencari satu titik keseimbangan antara kadar pengepaman dan cas semula.”

Kedahagaan manusia yang semakin bertambah ini membawa satu masalah besar kepada ekosistem akuatik. “Semasa kita mengambil air dari sungai, dataran banjir dan kawasan tadahan air, ekosistem ini menanggung beban kekurangan air, air yang telah tercemar ataupun air yang hilang,” kata beliau. “Kita juga akan mengalami kesan tersebut kerana kehidupan kita bergantung kepada ekosistem ini.

Menurut Postel lagi, banyak jalan penyelesaian yang ada jika air digunakan dengan lebih produktif. Perubahan bermula dengan pengurusan sumber air yang cekap dan berterusan.

70% air yang digunakan sedunia untuk pertanian. Jadi, sektor tersebut yang harus menggunakan air yang lebih cekap melalui cara-cara seperti menanam tanaman yang sesuai untuk iklim setempat,” ujar Postel.

Pada tahun 2010, Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah mengiktiraf hak kepada bekalan air yang bersih dan selamat serta sanitasi yang juga merupakan hak manusia yang diperlukan untuk membolehkan manusia menikmati kehidupan dengan lebih baik.

Sumber: Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM)

Page 11: Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia – 15 Mac 2015 Wadah Informasi

• 11

Kesihatan

Penyalahgunaan ubat berlaku apabila anda mengambil ubat tidak mengikut arahan doktor atau ahli farmasi. Antara contoh penyalahgunaan dalam pengambilan ubat adalah seperti berikut:• Menggunakan ubat yang dipreskripsi untuk orang

lain;• Mengambil dos yang lebih tinggi berbanding yang

diarahkan;• Mengambil ubat dengan cara yang berbeza

daripada yang ditetapkan. Sebagai contoh, dengan menghancurkan tablet dan mengambilnya melalui hidung atau injeksi;

• Mengambil ubat bagi tujuan lain iaitu tidak mengikut indikasi yang ditetapkan, seperti untuk menimbulkan rasa ghairah.

Penyalahgunaan ubat boleh menyebabkan ketagihan ubat. Antara jenis ubat yang boleh menyebabkan ketagihan ialah ubat tahan sakit yang mengandungi opiod, ubat tidur, ubat penenang dan ubat perangsang. Terdapat juga ubat tanpa preskripsi (over the counter, OTC) yang sering disalahgunakan, seperti ubat yang mengandungi bahan dextromethorphan yang terdapat dalam ubat batuk dan selesema.

Ada pihak yang berpendapat bahawa pengambilan ubat preskripsi dan OTC adalah lebih selamat berbanding pengambilan dadah terlarang (kokaine, heroine, kanabis dan sebagainya). Walau bagaimanapun, pengambilan ubat preskripsi dan OTC adalah selamat apabila ia

diambil seperti yang diarahkan oleh doktor atau ahli farmasi. Penyalahgunaan ubat preskripsi dan OTC ini boleh menyebabkan risiko kesan sampingan, termasuk berlebihan dos (overdose) - terutama apabila ia diambil bersama-sama dengan ubat lain dan alkohol.

Contoh Ubat dan Kesan Penyalahgunaan Ke Atas BadanPengambilan ubat preskripsi dan OTC diambil tanpa sebarang keperluan dan tidak mengikut arahan akan memberi kesan ubat tersebut terhadap otak adalah hampir sama dengan dadah.

Penyalahgunaan ubat preskripsi dan OTC ini boleh mengakibatkan pelbagai kesan seperti contoh berikut:

Penyalahgunaan Ubat

Page 12: Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia – 15 Mac 2015 Wadah Informasi

12 •

Kesihatan

Rawatan Ketagihan UbatRawatan bagi ketagihan ubat adalah melalui dua cara, iaitu melalui tingkah laku (behavioral) dan ubat-ubatan. Kajian menunjukkan rawatan ketagihan ubat adalah lebih berkesan apabila pesakit menggunakan kedua-dua rawatan melalui perlakuan pesakit dan ubat.

Rawatan melalui tingkah laku membantu memberi kesedaran kepada pesakit supaya berfungsi tanpa ubat, mengawal ketagihan, mengelakkan diri daripada situasi menggunakan ubat serta mengendalikan diri apabila ketagihan berulang.

Manakala rawatan dengan menggunakan ubat adalah berdasarkan kelas:

1. Ubat tahan sakit mengandungi opiod • Naltrexone – menghalang opiod bertindak

pada reseptor.• Methadone – perangsang opioid sintetik yang

bertindak pada reseptor yang sama seperti opiod yang lain. Hal ini hanya boleh didapati melalui program pemulihan.

2. Ubat tidur dan penenang Pesakit yang mengalami ketagihan kepada ubat tidur

dan penenang perlu mendapat rawatan detoksifikasi di bawah seliaan doktor supaya penentuan dos penurunan dilakukan secara beransur-ansur. Pesakit tidak boleh berhenti mengambil ubat secara

Jenis ubat Kesan Ketagihan Yang Ingin Dialami

Kesan Buruk Ke Atas Kesihatan

Ubat tahan sakit yang mengandungi opiod

Contoh: Codeine, Oxycodone, Methadone, Morphine, Fentanyl

Rasa gembira dan teruja. Ia bertindak ke atas reseptor yang sama seperti yang disasarkan oleh heroin.

Mengantuk, sembelit dan menurunkan kadar pernafasan. Penurunan kadar pernafasan berlaku terutamanya apabila opiod diambil melalui hidung atau injeksi ataupun dengan kombinasi ubat lain dan alkohol.

Ubat tidur dan penenang

Contoh: Barbiturates, Benzodiazepines, Zolpidem

Mengurangkan rasa resah dan menurunkan kadar aktiviti otak yang akan menyebabkan mengantuk dan hilang koordinasi dan memori.

Tekanan darah, menurunkan kadar pernafasan yang boleh menyebabkan kematian apabila diambil bersama alkohol.

Ubat perangsang

Contoh: Amphetamine, Methylphenidate

Rasa gembira, meningkatkan tenaga dan tahap keyakinan.

Meningkatkan kadar denyutan jantung, tekanan darah, mengurangkan berat badan, serangan jantung, strok / angin ahmar.

Dextromethorphan

Contoh: Dalam ubat batuk dan selsema

Dos yang tinggi bertindak ke atas sel reseptor yang disasarkan oleh phencyclidine (PCP) dan ketamine yang menyebabkan kesan keterujaan dan ghairah.

Fungsi motor terjejas, kebas, loya dan muntah, meningkatkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah. Selain itu, terdapat juga kes kerosakan otak apabila kadar pernafasan menurun menyebabkan kekurangan oksigen ke otak.

Page 13: Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia – 15 Mac 2015 Wadah Informasi

• 13

Kesihatan

tiba-tiba kerana ia boleh mengancam nyawanya pesakit sendiri.

3. Ubat perangsang Pada masa ini tiada ubat yang diluluskan untuk

merawat ketagihan ubat perangsang. Oleh itu, rawatan dengan menurunkan dos ubat perangsang secara beransur-ansur dan rawatan melalui tingkah laku boleh dilaksanakan.

4. Dextromethorphan Tiada ubat yang boleh merawat kebergantungan

(dependency) kepada Dextromethorphan. Walau bagaimanapun dalam kes berlebihan dos, Naloxone digunakan sebagai antidot. Masalah ketagihan ini perlu diatasi dengan rawatan tingkah laku dengan sokongan keluarga dan golongan profesional. Namun begitu, ia juga memerlukan masa dan komitmen daripada pesakit dan keluarga.

Fakta Penyalahgunaan Ubat

1. Peningkatan penyalahgunaan ubat preskripsi dan OTC telah dilaporkan di beberapa buah negara

sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Di Australia dan Amerika Syarikat, penyalahgunaan ubat preskripsi adalah lebih tinggi berbanding dadah terlarang kecuali kanabis. Pesakit mendapatkan ubat preskripsi melalui preskripsi yang diperoleh secara rasuah, preskripsi palsu, penjualan secara haram di klinik dan farmasi, penyalahgunaan antara keluarga, penjualan haram antara pesakit dan ubat cemar palsu yang boleh diperoleh melalui internet.

2. Secara umum, golongan lelaki lebih banyak terlibat dengan penggunaan dadah terlarang. Walau bagaimanapun, data antara tahun 2005 hingga 2010 yang diperoleh dari negara Eropah dan Amerika Selatan menunjukkan golongan wanita lebih banyak menggunakan ubat tidur dan penenang.

3. Berdasarkan laporan Drug Abuse Warning Network 2004, sebanyak 1% kes melibatkan ubat yang dirujuk di wad kecemasan Amerika Syarikat adalah disebabkan dos Dextromethorphan yang berlebihan dan sebahagian daripada kes tersebut melibatkan pesakit berumur 12 hingga 20 tahun.

Sumber: www.myhealth.gov.my

KARYA KEPENGGUNAANKemukakan karya-karya menarik berkaitan kepenggunaan (dalam bentuk cerpen, pantun, sajak, gambar, berita, pandangan, komen, risalah, poster dan lain-lain) ke alamat berikut:

Bahagian Gerakan KepenggunaanKementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,Aras 4, No 13, Persiaran Perdana,Presint 2, 62623 PutrajayaTel : 03-8882 5979Faks : 03-8882 5983E-mel : [email protected]

Pastikan setiap sumbangan karya disertakan nama, nombor kad pengenalan dan alamat penuh. Karya-karya bertuah yang tersiar dalam Buletin Generasi Pengguna akan memenangi hadiah misteri yang menarik!!

“Peningkatan penyalahgunaan ubat preskripsi dan OTC telah dilaporkan di

beberapa buah negara sejak

beberapa tahun kebelakangan

ini.”

Page 14: Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia – 15 Mac 2015 Wadah Informasi

14 •

Sudut Pengguna merupakan satu inisiatif yang wajar diwujudkan di setiap sekolah bagi menggerakkan aktiviti Kelab Pengguna Sekolah (KPS) bagi meningkatkan pengetahuan kepenggunaan dalam kalangan pelajar.

Antara objektif penubuhan sudut pengguna ialah:• Sebagai medium informasi dan rujukan tentang

isu-isu kepenggunaan semasa dan isu-isu kepenggunaan yang melibatkan pelajar.

• Berfungsi sebagai pusat hentian setempat bagi hebahan maklumat KPS khususnya yang berkaitan pelaksanaan program/aktiviti KPS.

• Menjadi pusat pameran dan demonstrasi projek kepenggunaan yang dihasilkan oleh para pelajar.

Tip Penubuhan Dan Penjagaan Sudut Pengguna

1. Mengenal pasti lokasi sudut pengguna yang hendak diwujudkan berdasarkan kesesuaian kawasan dan kemudahan yang terdapat di sekolah. Lokasi yang dipilih perlulah strategik, mudah dikunjungi dan menarik perhatian pelajar.

2. Menyediakan kelengkapan dan peralatan yang diperlukan di sudut pengguna seperti kerusi, meja,

papan kenyataan, rak majalah dan lain-lain. Susun atur perlulah kemas, kreatif dan bersesuaian dengan perancangan bahan-bahan yang hendak dipamerkan.

3. Mengumpu lkan bahan-bahan be rka i tan kepenggunaan yang akan dipamerkan di sudut pengguna.

Antaranya ialah:• Carta organisasi dan latar belakang KPS.• Gambar aktiviti-aktiviti KPS yang telah

dijalankan.• Hebahan aktiviti-aktiviti KPS yang akan

dijalankan.• Hebahan pencapaian atau anugerah yang

diterima oleh KPS.• Bahan-bahan bercetak seperti banting, poster,

risalah, majalah, keratan akhbar dan maklumat daripada laman web.

• Bahan in terakt i f cakera padat yang mengandungi iklan, kartun, lagu dan sitkom pengguna.

• Projek-projek yang dihasilkan oleh pelajar seperti buku skrap, esei, lukisan dan produk kitar semula.

Kepentingan Sudut Pengguna Kelab Pengguna Sekolah

Sudut Pengguna

“Jadikan Sudut Pengguna sebagai sumber informasi yang menarik agar dapat menarik minat para pelajar berkongsi maklumat dan mendapatkan maklumat.”

Page 15: Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia – 15 Mac 2015 Wadah Informasi

Sudut Penguna

4. Setelah sudut pengguna diwujudkan, jadual bertugas dalam kalangan pelajar perlu dilaksanakan bagi memelihara kebersihan dan keceriaan sudut pengguna. Melalui pemantauan oleh guru penasihat KPS, pelajar digalakkan untuk mengindahkan lagi sudut pengguna mengikut kreativiti dan kemahiran mereka sendiri.

5. Bahan-bahan yang dipamerkan di sudut pengguna juga perlu dikemas kini pada setiap minggu atau mengikut keperluan bagi memastikan maklumat kepenggunaan sentiasa terkini dan relevan dengan keperluan semasa. Pelajar digalakkan supaya memberi sumbangan karya seperti penulisan, lukisan, projek dan sebagainya bagi memperkaya maklumat yang dipamerkan di sudut pengguna.

6. Sudut Pengguna tidak terhad kepada satu topik sahaja. Pelajar boleh mempelbagaikan tema dan

Contoh Sudut Pengguna:

topik berkaitan kepenggunaan seperti maklumat terkini berkenaan harga petrol semasa, senarai harga kawalan musim perayaan, isu berkenaan semasa seperti banjir, kemarau, kesihatan seperti obesiti, bahaya merokok dan sebagainya.

7. Pelajar juga boleh menjadikan Sudut Pengguna sebagai lokasi untuk mengadakan aktivit i kepenggunaan, seperti menganjurkan Pertandingan Pidato Pendek, Pertandingan Mencipta Logo dan sebagainya.

8. Jadikan Sudut Pengguna sebagai sumber informasi yang menarik agar dapat menarik minat para pelajar berkongsi maklumat dan mendapatkan maklumat. Anda boleh mewujudkan sudut pengguna secara berkonsep, langkah ini juga mungkin berkesan.

Contoh Sudut Pengguna:

Page 16: Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia – 15 Mac 2015 Wadah Informasi

2015

PERTANDINGAN KEPENGGUNAANSEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA

terbuka kepada semua pelajar Sekolah Rendah, Menengah, IPTA/S, Kolej,Ins�tut Pendidikan Guru dan Orang Awam

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

(KPDNKK)

Gabungan Persatuan - Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Anjuran Dengan Kerjasama Diik�raf Oleh

MALAYSIA

Rakan Kerjasama

MengarangEsei

MelukisPoster

MelukisKartun

BlogPengguna

FotografiPengguna

Buku SkrapPengguna

Video Standard &Kepenggunaan

Speak Up

PertandinganMewarna

PenjimatanMy Water

Anugerah Guru HPM & Anugerah Penyertaan

Terbanyak

PertandinganMy Switch

Scan this with your QR Code Application for more information or visit www.mypengguna.com

Scan this with your QR Code Application to check out our Facebook page or visit www.facebook.com/HPMFOMCA

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai pertandingan, sila hubungi:

URUS SETIA PERTANDINGAN KEPENGGUNAAN HPM 2015No. 24, Jalan SS1/22A47300 Petaling Jaya, SelangorTel : 03-7876 4648Faks : 03-7873 0636E-mel : uruse�[email protected]

Tarikh tutup penyertaan pertandingan: 3 Julai 2015

Hadiah wang tunai RM250,000 untuk dimenangi

www.mypengguna.com