hafal sifir

Upload: amni

Post on 01-Mar-2016

22 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

teknik menghafal sifir

TRANSCRIPT

MASALAH HAFAL SIFIR

TAKTIK 1:Ini adalah satu taktik yg popular untuk sifir 9. Taktik ini menggunakan 10 jari tangan kita (kalau guna jari kaki susah sikit sebab dalam kelas pakai kasut kan).

CONTOH : 9 darab 1 = ibu jari sahaja dilipat, jadi tinggal 9 jari.9 darab 2 = jari telunjuk sahaja dilipat, ibu jari yang tidak dilipat mewakili 1 dan 8 jari lain yang juga terbuka mewakili 8, jadi jawapannya 18. Begitulah seterusnya untuk 9x3 sehingga 9x9.

TAKTIK 2 :Kaedah ini juga menggunakan 10 jari kita dan digunakan utk sifir 6 hingga 9 sahaja. Dgn anggapan 1 hingga 5 adalah sifir yg senang diingat oleh para pelajar.

Jari kelingking mewakili 6Jari manis mewakili 7Jari hantu mewakili 8Jari telunjuk mewakili 9

CONTOH : 7 x 7Cantumkan jari manis tangan kanan dengan jari manis tangan kiri, tambahkan jumlah semua jari dari yang bercantum dan ke bawah. Maksudnya jari manis ada 2, ditambah dengan jari kelingking ada 2 menjadi 4 (ini membawa maksud 40).

Kemudian jari-jari yang tidak bercantum, tangan kanan ada 3 dan tangan kiri ada 3. Darabkannya 3x3 menjadi 9.Jadi, jawapannya 40 + 9 = 49