hadith-hadith di rtm

16
HADITH-HADITH DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM) 1.0 Pengenalan mengenai penyiaran JAKIM Rancangan-rancangan agama di bawah penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu di televisyen dan radio adalah berada di bawah tanggungjawab JAKIM. Sejak dari tahun 1994 lagi, segala penyiaran ini diletakkan di bawah unit Dakwah Radio dan TV, RTM pada awalnya yang berada di bawah seliaan Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) sebelum ditukar kepada Bahagian Media JAKIM (nama baru BAHEIS). Apabila BAHEIS dinaikkan taraf kepada Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) pada tahun 1997, unit ini turut dinaikkan taraf kepada bahagian, iaitu bahagian Media Elektronik dan Penyiaran yang akhirnya pada tahun 2010 bahagian ini dikenali sebagai Bahagian Media JAKIM. Mulai tahun 2008, JAKIM memperluaskan rancangan –rancangan terbitannya untuk disiarkan menerusi saluran TV satelit (berbayar) ASTRO sebagai satu lagi saluran tambahan untuk mengembangkan mesej Islam.Pada tahun 2009, JAKIM membuat satu lagi pencapaian dengan mengendalikan sendiri saluran radio bercorak agama yang dikenali dengan Salam FM yang menggunakan frequensi 91.1 FM/102.5 FM/105.1 FM. 2.0 Program TV terbitan JAKIM

Upload: nurul-farhana

Post on 15-Apr-2017

284 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hadith-hadith di Rtm

HADITH-HADITH DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)

1.0 Pengenalan mengenai penyiaran JAKIM

Rancangan-rancangan agama di bawah penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM)

iaitu di televisyen dan radio adalah berada di bawah tanggungjawab JAKIM. Sejak dari tahun

1994 lagi, segala penyiaran ini diletakkan di bawah unit Dakwah Radio dan TV, RTM pada

awalnya yang berada di bawah seliaan Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) sebelum ditukar

kepada Bahagian Media JAKIM (nama baru BAHEIS).

Apabila BAHEIS dinaikkan taraf kepada Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) pada

tahun 1997, unit ini turut dinaikkan taraf kepada bahagian, iaitu bahagian Media Elektronik

dan Penyiaran yang akhirnya pada tahun 2010 bahagian ini dikenali sebagai Bahagian Media

JAKIM.

Mulai tahun 2008, JAKIM memperluaskan rancangan –rancangan terbitannya untuk

disiarkan menerusi saluran TV satelit (berbayar) ASTRO sebagai satu lagi saluran tambahan

untuk mengembangkan mesej Islam.Pada tahun 2009, JAKIM membuat satu lagi pencapaian

dengan mengendalikan sendiri saluran radio bercorak agama yang dikenali dengan Salam FM

yang menggunakan frequensi 91.1 FM/102.5 FM/105.1 FM.

2.0 Program TV terbitan JAKIM

Pada masa kini, Bahagian Media JAKIM menerbitkan program harian dan mingguan yang

disiarkan menerusi TV1 dan TV2 selama 16 jam seminggu sama ada secara lansung atau

berakam.1 Selain itu, bahagian Media JAKIM juga diberi tanggungjawab untuk menerbitkan

program-program berkala secara lansung mengikut calendar Islam dan program Khas seperti

Tilawah al Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa, Sambutan Ma’al Hijrah,

Dokumentari Khas sempena hari-hari kebesaran Islam dan sebagainya.

1 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Jabatan Perdana Menteri, Inovasi dan Transformasi Dakwah JAKIM melalui Media, Seminar Islam GRID Kedua, 5 Disember 2011

Page 2: Hadith-hadith di Rtm

Jadual A: Program TV Terbitan Bahagian Media JAKIM, Untuk Siaran TV 12.

MASA ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT SABTU AHAD

06.00 AM SURAH PILIHAN SURAH PILIHAN

SURAH PILIHAN

SURAH PILIHAN TA’ALIM TA’ALIM TA’ALIM

6.30 AM

TASBIH CINTA DATO’ DR. FATMA EL ZAHRAA

TASBIH CINTA DATO’ DR. FATMA EL ZAHRAA

TASBIH CINTA DATO’ DR. FATMA EL ZAHRAA

SIRAH ANDA MUSYKIL

ANDA MUSYKIL

ANDA MUSYKIL

9.30 AM - 10.30 AM FIKRAH

3.05 PM – 4.00 PM

TILAWAH INTERAKTIF

6.30 PM- 7.00 PM

PERSADA  JURNAL

TURATH ULAMA’

TURATH ULAMA'

QIRAATUL QURAN

RAHMAT KASIH

9.00 PM – 10.00 PM

FORUM PERDANA EHWAL ISLAM

Jadual B: Rancangan-rancangan agama yang terdapat di TV 2.

Rancangan Waktu Siaran

Qudwah (India) Jumaat - 11.00 pagi

Hikmah (Cina) Jumaat – 11.30 pagi

3.0 Kriteria- Kriteria Pemilihan Hadith di RTM.

Bahagian Media Jakim mempunyai panel penyiaran yang terdiri dari panel akademik dan

panel agama yang bertanggungjawab dalam menapis kandungan rancangan penyiaran di

RTM. Kandungan ceramah oleh penyampai akan ditapis terlebih dahulu oleh para panel yang

bertauliah.

2 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, dicapai pada 12 Mei 2014, http://www.islam.gov.my/en

Page 3: Hadith-hadith di Rtm

Menurut hasil temuramah penulis bersama ketua Unit Penyiaran Rancangan Agama di

JAKIM, En. Khairul Naim3,dalam penggunaan hadith, mereka lebih mengutamakan

penggunaan hadith yang bertaraf sahih, dan mengelakkan penggunaan hadith-hadith yang

bersifat abstrak, iaitu yang bersifat tidak jelas dan jika digunakan, mereka akan memberikan

penjelasan agar para penonton lebih memahaminya.

4.0 Keterangan ringkas mengenai rancangan-rancangan yang menggunapakai hadith di TV 1.

i)Forum Perdana Hal Ehwal Islam

Forum Perdana Hal Ehwal Islam setakat ini kekal sebagai program paling popular TV1.

Rating AC Nielson menunjukkan program ini sebagai 10 program teratas TV1. Rancangan ini

dibawa kepada penonton secara rakaman luar dengan kerjasama penganjur. Rancangan ini

memaparkan bual bicara yang membicarakan pelbagai isu-isu hal ehwal Islam masa kini yang

disiarkan pada setiap malam Khamis pada jam 9.00 hingga 10.00 malam.

Antara contoh penggunaan hadith; dalam Forum Hal Ehwal Islam bertajuk “ Allah sedang

menguji kita”4

Saad bin Abi Waqash bertanya kepada Nabi saw, “Ya Rasulullah, siapakah

manusia yang paling teruk kena uji?”…Lalu jawab Rasulullah saw, “Yang

paling teruk kena uji ialah para nabi dan para rasul, kemudiannya golongan

yang mengikut para nabi selepas zaman nabi (tabiin) dan kemudiannya

golongan selepas tabiin yang mengikut para tabiin.”5

Lafaz hadith penuh,

حدثنا يوسف بن حماد المعني ويحيى بن درست قاال حدثنا�ه��عد عن أبي��عب بن س��م عن مص��د عن عاص��اد بن زي� حم�ول الل�ه أي الن�اس��ال قلت ي�ا رس��اص ق� سعد بن أبي وق�د على��ل يبتلى العب��ل فاألمث� أشد بالء قال األنبياء ثم األمث�ان��تد بالؤه وإن ك��لبا اش��ه ص� حسب دينه فإن كان في دين

3 Khairul Naim (Unit Bahagian Media JAKIM) dalam temubual dengan penulis pada 9 Mei 2014.4 Forum ini bersiaran pada 20 Mac 2014 di TV1. Forum bertajuk “Allah Menguji Kita” dipengerusikan oleh Ustaz Mohamad Hariri Mohd Daud, bersama ahli panel Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz & Ustaz Badli Shah Alauddin.5 Hadith Riwayat Ibnu Mājah, Kitab al Fitn, Bab Sabr ‘ala Bala’, no. hadith 4023, Menurut Al-Albānī hadith ini hasan shahīh. Lihat Ibn Mājah, Muḥammad bin Yazīd Abū ‘Abd Allāh al- Qazwainī, “Sunan Ibn Mājah,” dalam al Hadīth al-Sharīf: al Kutub al Sittah, ed. Sālih bin ‘Abd al ‘Aziz ĀL al Shaykh (Riyadh : Dār al Salām, 2009), 2719.

Page 4: Hadith-hadith di Rtm

�د� في دينه رقة ابتلي على حسب دينه فما يبرح البالء بالعبحتى يتركه يمشي على األرض وما عليه من خطيئة

ii) Turath Ulama’

Rancangan ini adalah kerjasama JAKIM dengan Khazanah Fathaniah. Rancangan ini

bersiaran pada jam 6.30 petang hingga jam 7.00 petang setiap hari Rabu dan Khamis.

Rujukan: Rancangan ini membahaskan isi yang terkandung dalam Kitab Munyatul Mushalli

(Kitab Tauhid) dan Kitab Faridatul Fara'id (Kitab Solat). Pengajarnya ialah Ustaz Azhar

Hasyim bagi kitab Faridatul Fara'id dan Ustaz Abdul Halim Saad bagi kitab Munyatul

Mushalli.

Antara contoh penggunaan hadith,6

Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila Imam mengucapkan: Aamiin, maka

hendaklah kamu mengucapnya bersama kerana sesiapa yang ucapan

Aaminnya serentak dengan ucapan Aamin Malaikat, nescaya diampunkan

dosanya yang telah lalu."7

Lafaz hadith penuh,

�ري،�ه �ال: الز�فيان، ق ���دثنا س�ه، ح �د الل� �دثنا علي بن عب� حبي ب، عن أبي هريرة، عن الن حدثناه: عن سعيد بن المسي�إن��أمنوا، ف�م قال: »إذا أمن القارئ ف صلى الله عليه وسل�ه��ر ل��ة غف� المالئكة تؤمن، فمن وافق تأمينه تأمين المالئك

ما تقدم من ذنبهiii) Sirah

Rancangan ini bersiaran pada setiap hari Khamis pada jam 6.30 pagi. Antara

kandungannya membahaskan tentang sirah-sirah Nabi dan zamannya. Rancangan ini

disampaikan oleh Ustaz Mohd Izhar Ariff (UKM).

Antara contoh penggunaan hadith8,

“… Aku berlindung kepada-Mu dari fitnah Dajjal yang pembohong…”

6 Penyampai menggunakan hadith ini pada rancangannya bertajuk “ Kisah Qarun” yang bersiaran pada 18 April 2012.7 Hadith riwayat al-Bukhārī, Kitab Da’wat, Bab Ta’mīn, no. hadith 6402. .Lihat Abū ‘Abd Allāh Muhammad bin Ismā’il al Bukhāri, “Ṡahīh al-Bukhāri,” dalam al Hadīth al-Sharīf: al Kutub al Sittah, ed. Sālih bin ‘Abd al ‘Aziz ĀL al Shaykh (Riyadh : Dār al Salām, 2009), 538.8 Penyampai menggunakan hadith ini pada rancangannya yang bersiaran pada 17 Mac 2014.

Page 5: Hadith-hadith di Rtm

Lafaz hadith penuh,

لى ��بي ص �ان الن� �الت : ك��ا ، ق�ه عنه ي الل �� عن عائشة ، رض�ذاب��ك من ع� �وذ ب�ي أع هم إن �ول : الل�م يق ل ���ه وس� ه علي الليح ���ة المس� ر فتن ���ر ، وش� �ة القب� �ر ، وفتن� ار ، وعذاب القب النهم �ر ، الل��ة الفق� ر فتن ���ة الغنى ، وش� ر فتن ���دجال ، وش� ال�رد ، ونقني من�� لج والب �اء الث���اي بم�� لني من خطاي ��� اغسي هم إن �دنس ، الل�وب األبيض من ال �ا ينقى الث��ا كم� الخطاي

أعوذ بك من الكسل والهرم والمأثم والمغرم "iv) Ta’lim

Rancangan ini bersiaran pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad pada 6.00 pagi

selama 30 minit. Kandungannya mengenai tazkirah agama berkenaan isu semasa persekitaran

hidup manusia menyentuh pelbagai topik. Tazkirah pendek ini disampaikan oleh pelbagai

penceramah antaranya Hj Mohamad Syukri (Pegawai Agama Istana Terengganu) dan Hj

Mohammad Embong (Pensyarah Institut Terengganu).

Antara contoh penggunaan hadith 9,

م ���ا قاس� �ا أن�م �دين، وإن��ه في ال��را يفقه� �ه خي� ه ب من يرد الل ه، ال �ر الل��ة على أم�ه يعطي، ولن تزال هذه األمة قائم والل

ه ى يأتي أمر الل هم من خالفهم، حت 10يضر

Terjemahan: “Barangsiapa yang dikehendaki Allah dengan kebaikan maka dijadikannya faqih (kefahaman yang mendalam) terhadap ilmu agama” 

v) Fikrah

Rancangan ini bersiaran pada setiap hari Jumaat pada jam 9.30 hingga 10.30 malam.

Kandungan berkisar bual bicara agama islam mengenai isu semasa persekitaran hidup manusia

menyentuh pelbagai topik. Bual bicara ini disampaikan oleh pelbagai penceramah antaranya

i)Dr Fauzi Deraman (UM), ii) Dr.Zaharuddin Abd Rahman (UIA) dan iii) Prof. Dr. Muhd Najib

Abdul Kadir.

9 Penyampai menggunakan hadith ini pada rancangannya bertajuk “Ilmu dan Amal” yang bersiaran pada 17 Mac 2014.10 Hadith riwayat al-Bukhārī, Kitab ‘Ilm, Bab Man Yuridillah Bihi Khaira Yufaqqihu Fiddin, no. hadith 13, Ibid, 7.

Page 6: Hadith-hadith di Rtm

Antara contoh penggunaan hadith11,

Sabda Rasulullah, “Akan dimakbulkan doa kamu selagi mana kamu tidak

tergesa-gesa dan bagaimana tergesa-gesa itu wahai Rasulullah, Rasulullah

berkata sesungguhnya diantara kamu yang berkata aku sudah berdoa tapi

tidak dimakbulkan.

�ال��لم ق��ه وس��ه علي��لى الل��ه ص��ول الل��تجاب أن رس� يس�ال ألحدكم ما لم يعجل��ه ق��ول الل� قيل وكيف يعجل يا رس

12يقول قد دعوت الله فلم يستجب الله لي

vi) Anda Musykil

Rancangan ini bersiaran pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad pada jam 6.30- 7.00

pagi. Rancangan yang menjawab kemusykilan keagamaan meliputi pelbagai tajuk. Antara

tajuk yang disampaikan ialah anti hadith, qada’ dan qadar dan syirik. Panel yang pernah

bersiaran antaranya ialah Ustaz Mohd. Aizam Mas'ud (JAKIM), Prof Madya Dr. Rahimi Saad

(UM) dan Dr. Mohd Sukki Othman (UPM).

Antara contoh penggunaan hadith 13,

�ا هن؟�ه وم ول الل ���ا رس� بع الموبقات«، قالوا: ي اجتنبوا السه… رك بالل 14قال: الش

5.0 Program Radio Terbitan Jakim

Bahagian Jakim membekalkan program-program agama kepada enam saluran radio, iaitu;

i) Klasik Nasional (Bahasa Melayu)

ii) Minnal fm (Bahasa Tamil)

iii) Asyik fm (Bahasa Orang Asli)11 Penyampai menggunakan hadith ini pada rancangannya bertajuk “Doa Mustajab” yang bersiaran pada 2 November 2012.12 Hadith Riwayat Ibnu Mājah, Kitab Dua’, Bab Yustajab Li Ahadukum Mā Lam Yu’jal, no. hadith 3853, Menurut Al-Albānī hadith ini shahīh. Lihat Ibn Mājah, Muḥammad bin Yazīd Abū ‘Abd Allāh al- Qazwainī, “Sunan Ibn Mājah,” dalam al Hadīth al-Sharīf: al Kutub al Sittah, ed. Sālih bin ‘Abd al ‘Aziz ĀL al Shaykh (Riyadh : Dār al Salām, 2009), 2706.13 Penyampai menggunakan hadith ini pada rancangannya bertajuk “Rumah Kosong” yang bersiaran pada 13 Mac 2014.14 Hadith riwayat al-Bukhārī, Kitab Wasāyā, Bab Qawl Allah Ta’ala: Innaladhi Ya’kulu Amwal Yatāma, no. hadith 2766. Ibid, 222.

Page 7: Hadith-hadith di Rtm

iv) Salam fm (Bahasa Melayu)

v) Traxx fm (Bahasa Inggeris)

vi) Ai Fm (Bahasa Cina)

Penerbitan rancangan radio menggunakan format rancangan seperti siaran lansung,

dokumentari, majalah, temu bual dan ceramah pendek. Selain itu, Bahagian Media Jakim juga

membuat liputan radio secara lansung mengikut takwim negara yang bersifat keagamaan

seperti sambutan Ma’al Hijrah, Maulidur Rasul, Tilawah al Quran peringkat dalam dan luar

negara.

5.1 Klasik Nasional Fm

BIL. RANCANGAN SIARAN JANGKA MASA1 Hikmah Pagi Setiap hari : 0630-0635 5 minit2 Iktibar al-Quran Isnin : 1815-1830 15 minit3 Inspirasi Selasa : 1815-1845 30 minit4 Minda Intelek Rabu : 1815-1845 30 minit5 Kursus Membaca al-Quran Khamis : 1815-1900 45 minit6 Interaksi Jumaat : 1815-1845 45 minit7 Mawaddah Sabtu : 1815-1845 30 minit8 Forum Perdana Ahad : 1815-1900 45 minit9 Belajar Bahasa al-Quran Isnin : 1830-1900 30 minit10 Epilog Murni Selasa : 1845-1900 15 minit11 Nada Ilham Rabu : 1845-1900 15 minit12 Salam Ukhwah Sabtu : 1845-1900 15 minit13 Bacaan al-Quran Setiap hari : 1915-1925 10 minit14 Azan Maghrib Mengikut waktu 5 minit15 Fikrah Setiap hari: 1925-1930 5 minit16 Hidayah Isnin & Jumaat : 1930-2000 30 minit17 Tinta Ilmu Selasa : 1930-2000 30 minit18 Fiqhul Sirah Rabu : 1930-2000 30 minit19 Al-Falah Khamis : 1930-2000 30 minit20 Permata Hati Sabtu : 1930-2000 30 minit21 Talaqi Ahad : 1930-2000 30 minit22 Khutbah Jumaat Mengikut waktu 20 minit23 Glosari Islam Setiap hari selepas azan 5 minit24 Info Islam Sebelum dan selepas azan 10 minit25 Quran Tartil Setiap hari : 2350-2400 10 minit26 Panduan waktu sembahyang 7.20 pagi & sebelum azan 6 minit27 Tazkirah (7 siri ) Setiap hari (masa siaran

disesuaikan oleh DJ bertugas)1 minit

Page 8: Hadith-hadith di Rtm

Antara contoh penggunaan hadith,15

ى أكون أحب إليه من والده وولده 16ال يؤمن أحدكم حت

Terjemahan: "Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri”

15 Rancangan ini bertajuk “Fiqhul Sirah” yang disiarkan pada hari Rabu jam 7.30 malam bertarikh 27 Mei 2014.. 16 Hadith riwayat al-Bukhārī, Kitab Īmān, Bab Hub Rasulullah Sallallahu alaĪhi wasalam, no. hadith 14, Ibid, 3.

Page 9: Hadith-hadith di Rtm

5.2 Minnal Fm

BIL. RANCANGAN SIARAN JANGKAMASA

1 Ceramah Islam Jumaat : 0315-0330 15 minit2 Irama Hikmah Setiap hari : 0605-0630 25 minit3 Tafsir al-Quran Jumaat : 0605-0620 15 minit4 Mari Belajar Sabtu : 1115-1130 15 minit5 Menuju Kejayaan Selasa : 1515-1530 15 minit6 Sahabat Rasul Rabu : 1515-1530 15 minit7 Jambatan Persahabatan Khamis : 1515-1530 25 minit8 Al-Quran dan Sains Jumaat : 1820-1830 10 minit9 Al-Hikmah Isnin : 2115-2130 15 minit10 Kisah dan Teladan Selasa : 2115-2130 15 minit11 Forum Ehwal Semasa Selasa : 2115-2130 15 minit12 Sabda Junjungan Rabu : 2115-2130 15 minit13 Belajar al-Quran Khamis : 2115-2130 15 minit14 Kuiz Agama Jumaat : 2115-2130 15 minit15 Keluarga Bahagia Sabtu : 2115-2130 15 minit16 Masyarakat Penyayang Ahad : 2115-2130 5 minit17 Kapsul Agama dan Doa Setiap hari : 2355-2400 5 minitJumlah Masa Siaran (jam) Setiap Hari 1 jam 20 minit

BIL.

RANCANGAN SIARAN JANGKA MASA

1. Reflection Setiap hari1945-1950

10 minit

Jumlah Masa Siaran (minit) Setiap Hari 10 minit

5.3 Traxx Fm

BIL. RANCANGAN SIARAN JANGKA MASA1 Kapsul Agama Setiap hari

0303-03080603-06081405-1408

5 minit5 minit5 minit

2 Santapan Rohani Setiap hari 5 minit 5.4 Ai Fm

Page 10: Hadith-hadith di Rtm

BIL.

Jumlah Masa Siaran (minit) Setiap Hari5.5

Asyik Fm

Asyik fm adalah saluran khas yang menyiarkan rancangan dalam suku kaum

bumiputra seperti suku kaum Temuan, Temiar dan Semai serta beberapa dialek yang lain.

Rancangan agama disiarkan selama dua jam sehari atau empat belas jam seminggu.

5.6 Salam Fm

 

AHADSABTUJUMAAT

KHAMISRABUSELASAISNINHARI

MASA

NCRSALAM TILAWA

H

SALAMSENI

SALAM PENGGUN

A

SALAMSKOT

SALAM KAMPUS

SALAM SYIFA

11.30 MALA

M

LUGHATUL JANNAH

HADIS NABAWI

FOKUSSALAM INSANI

ENSIKLOPIDIA ISLAM

BACA KITAB

MUSAFIR12.15 TGH

MALAM

D’ SAYANG

TINTA ILMU

SOAL JAWAB AGAMA

MINDA INTELEK

SALAM INSANI

FIQHUL SIRAH

TALAQQI1.30 TGH

MALAM

TADARUS AL-QURAN ( 30 JUZUK )3.30 PAGI

TELADANKHUTBAH

JUMAAT

BERSAMA MUFTI

KOLEKSI FATWA

TAFSIRHIDAYAHTASAWWUR ISLAM

4.30 PAGI

ANDA MUSYKIL(SIARAN LANGSUNG DARI

TV1)

KULIAH SUBUH6.30 PAGI

KELUARGA

BAHAGIA

FORUM PERDAN

A

INTEGRITI

ZAKATHAB HALALMU’AMALAH

LUGHATUL JANNAH

7.25 PAGI

Page 11: Hadith-hadith di Rtm

Salam Fm adalah sebuah saluran radio yang baru hasil kerjasama RTM dan JAKIM.

Mula beroperasi pada tahun 2009, pada asalnya berkongsi konti dengan dengan Asyik Fm (14

jam) dan Suara Islam ( 3 jam) ke udara mulai jam 1.00 pagi hingga 8.00 pagi (7 jam). Pada 1

oktober 2009, Salam Fm menambah masa siaran selama satu jam awal bermula dari jam 12

malam.

6.0 Kesimpulan

Penggunaan hadith di dalam siaran televisyen di RTM banyak digunakan dalam siaran

berdasarkan penelitian penulis, adapun di radio, penggunaan hadith begitu sedikit digunakan

ini kerana segmen agama yang disiarkan begitu singkat (di antara 5 hingga 30 minit sahaja).

Mengenai kriteria pemilihan hadith dapat dinilai bahawa terbukti kebanyakan hadith yang

digunakan di RTM bertaraf shahih, manakala terdapat juga pandangan-pandangan ulama

muktabar yang dijadikan sebagai mutiara kata seperti al-ghazali, sheikh al Fathani dan

sebagainya, Mengenai pengajian hadith secara khusus belum lagi dijalankan dan ianya dalam

rangka cadangan untuk penambahan dalam slot rancangan agama mengenai hadith nabawi.

Page 12: Hadith-hadith di Rtm

Bibliografi

al Hadīth al-Sharīf: al Kutub al Sittah, ed. Sālih bin ‘Abd al ‘Aziz ĀL al Shaykh (Riyadh : Dār al Salām, 2009.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Jabatan Perdana Menteri, Inovasi dan Transformasi Dakwah JAKIM melalui Media, Seminar Islam GRID Kedua, 5 Disember 2011.

Laman Web

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, dicapai pada 12 Mei 2014, http://www.islam.gov.my/en

Temu Bual

Khairul Naim (Unit Bahagian Media JAKIM) dalam temubual dengan penulis pada 9 Mei 2014.

Page 13: Hadith-hadith di Rtm