hadith

19
HADITH Pensyarah: Mohd. Yusri bin Bakir Disediakan oleh: Nurmaziah binti Mohd Alias Nur Saffawati binti Abdul Kadir

Upload: saffawati-kadir

Post on 19-May-2015

1.014 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hadith

HADITHPensyarah: Mohd.

Yusri bin BakirDisediakan oleh:Nurmaziah binti

Mohd AliasNur Saffawati

binti Abdul Kadir

Page 2: Hadith

Bahasa Arab الحديث  mufrad, أحاديث jamak Adalah perkara yang berkisar

tentang sunnah Rasulullah s.a.w. dan apa yang disandarkan kepada Rasul s.a.w. dari segi perkataan, perbuatan, pengakuan, sifat akhlak (peribadi) dan sifat kejadiannya

DEFINISI

Page 3: Hadith

Hadis atau Sunnah Rasul s.a.w. adalah

sumber rujukan kedua selepas al-Quran.

SUMBER RUJUKAN

Page 4: Hadith

CONTOH HADITH

Page 5: Hadith

Setiap perkataan yang diucapkan oleh Rasul s.a.w. seperti hadis berikut :

"Sesungguhnya setiap amalan itu dikira dengan niat dan sesungguhnya bagi tiap-

tiap seseorang itu mengikut apa yang diniatkannya“

(Hadis Riwayat Bukhari).

Perkataan (Qauliyyah)

Page 6: Hadith

Setiap perbuatan yang diucapkan oleh Rasul s.a.w. seperti hadis berikut :

"bersembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang.“

(Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)

Perbuatan (Fi’liyah)

Page 7: Hadith

1. Nabi membenarkan apa yang diperbuat oleh seorang sahabat dengan tidak mencegah atau menyalahkan serta menunjukkan keredhaannya.

2. Menerangkan kebagusan yang diperbuat itu serta dikuatkan pula.

Khalid al-Walid pernah memakan dhab(serupa biawak) kemudian dikemukakan orang kepada nabi. NABI SENDIRI ENGGAN MEMAKANNYA,MAKA BERTANYA

SEBAHAGIAN SAHABAT:"adakah diharamkan makannya ya Rasulullah?Lalu ia bersabda tidak! Cuma binatang itu tidak ada di

negeri kaumku,kerana itu aku tidak gemar kepadanya."

Taqrir

Page 8: Hadith

Sunan Sittah Kitab al-Jami' as-Sahih - karya Imam Bukhari Kitab al-Jami' as-Sahih - karya Imam Muslim Kitab Sunan an-Nasai - karya Imam Nasa'i Kitab Sunan Abi Daud - karya Imam Imam Abu

Daud Kitab Sunan at-Tirmizi (al Jami' as-Sahih) -

karya Imam Tirmidzi  Kitab Sunan Ibnu Majah - karya Imam Ibnu

Majah Kitab Musnad - karya Imam Ahmad

KITAB HADITH

Page 9: Hadith

Hadis Mutawatir Hadis Sahih Hadis Hasan Hadis Dha'if Hadis Maudhuk Hadis Ahad

JENIS HADITH

Page 10: Hadith

Nas hadis yang diketahui/diriwayatkan oleh beberapa bilangan orang yang sampai menyampai perkhabaran (Al-Hadis) itu, dan telah pasti dan yakin bahawa mereka yang sampai menyampai tersebut tidak bermuafakat berdusta tentangnya.

"Barangsiapa berdusta atas namaku dengan sengaja, maka tempatnya dalam neraka.”

(H.R Bukhari, Muslim, Ad Darimi, Abu Daud, Ibnu Majah, Tirmizi,. Abu Ha'nifah, Tabrani, dan

Hakim).

Hadith Mutawatir

Page 11: Hadith

Hadis di atas jika kita ambil dari sanad Imam Darimi, ialah Darimi menerimadari1. Ishak bin Ibrahim,dari2. Itab bin Basir,dari3. Ubaidillah bin Abu Ziyad,dari4. Abu Zubair,dari5. Jabir,dari Nabi Muhammad s.a.w.

Nama yang tercela dalam sanad di atas ialah nomor 3 (Ubaidillah bin Abu Ziyad) sebab ia bukan seorang yang kuat dan teguh menurut Abu Yatim.

Sambungan....~

Page 12: Hadith

Hadith yang tidak bersambung sanadnya, atau di antara sanadnya ada orang yang cacat. Cacat yang dimaksud, rawinya bukan orang Islam, atau belum baligh, atau tidak dikenal orang, atau pelupa/pendusta/fasik dan suka berbuat dosa.

"Barangsiapa yang berkata kepada orang miskin, 'bergembiralah', maka wajib baginya surga.“

(H.R. Ibnu 'Adi).

Di antara perawi hadis tersebut ialah Abdu Mali bin Harun. Menurut Imam Yahya, ia pendusta, sedangkan Ibnu Hiban mengatakannya sebagai pemalsu hadis.

Hadith Dha’if

Page 13: Hadith

Apa sahaja yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w dalam bentuk pembohongan dan pendustaan berhubung dengan sesuatu yang baginda tidak pernah ucapkan, lakukan dan ikrarkan.

“Tuntutlah ilmu pengetahuan itu walau di negeri Cina sekalipun”.

(Hadis ini banyak dalam kitab, namun ulamak menghukumkannya maudhu’)

Hadith Maudhu’

Page 14: Hadith

Hadith yang mempunyai sanad yang bersambung, diriwayatkan oleh perawi yang adil dan dhabit (tepat dalam meriwayatkan hadith sama ada melalui kekuatan ingatan atau ketepatan catatannya), dan terselamat daripada syaz dan kecacatan. 

An-Nu’man bin Basyir r.a. berkata: Aku telah mendengar Nabi SAW. bersabda:

Sesungguhnya seringan-ringan siksa ahli neraka di hari kiamat, ialah orang yang di bawah telapak

kakinya diletakkan bara api yang dapat mendidihkan otaknya.

(Bukhari, Muslim).

Hadith Sahih

Page 15: Hadith

Hadis yang berhubung/bersambungan sanad dari permulaan hingga akhir dan periwayat-periwayat tersebut bersifat seperti Hadis Sahih, tetapi mereka tidak mempunyai ingatan yang kuat.

"Sembelihan bagi bayi haiwan yang ada dalam perut ibunya {janin} cukuplah

dengan sembelihan ibunya saja.“(H.R beberapa Imam, antara lain Tirmizi,

Hakim dan Darimi).

Hadith Hasan

Page 16: Hadith

Hadith yang bilangan periwayatnya tidak mencapai bilangan hadith Mutawatir.

”Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat dan setiap orang itu bergantung pada

perkara yang diniatkan”.(Hadith Bukhari dan Muslim)

Hadith Ahad

Page 17: Hadith

Kedudukan hadith dalam Islam adalah sesuatu yang tidak dapat diragukan kerana terdapat penegasan yang banyak di dalam al Quran tentang hadith – di dalam al Quran disebut sebagai al Sunnah – malahan dalam banyak tempat hadith disebutkan selari dengan al Kitab ataupun al Quran.

Di dalam al-Quran juga disebutkan dengan ketaatan terhadap Rasulullah saw yang disebutkan bersama dengan ketaataan kepada Allah.

KEDUDUKAN HADITH DALAM AL-QURAN

Page 18: Hadith

Maksudnya ; “Dan taatilah Allah dan RasulNya, jika kamu adalah orang-orang yang beriman” (surah al Anfāl : ayat 1)

Maksudnya ; “Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukminah, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan yang lain bagi urusan mereka” (surah al Ahzāb : ayat 36)

Maksudnya ; “Apa yang diberikan Rasul kepada kamu, maka ambillah ia, dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah” (surah al Hasyr : ayat 7)

DALIL

Page 19: Hadith

Syukran.......