sesi induksi pegawai dan pengamal perhubungan awam

Download Sesi Induksi Pegawai dan Pengamal Perhubungan Awam

Post on 12-Jan-2017

231 views

Category:

Documents

6 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • Warta PeneranganJanuari 2008 Bil 1 Edisi Pertama

    2008

    Para Pegawai dan Pengamal Perhubungan Awam perlu merancang dan menyebarkan maklumat terbaru secara profesional dan berkesan untuk disasarkan kepada kementerian-kementerian, jabatan-jabatan, sektor swasta, orang ramai dan media. Mereka juga perlu bertindak segera dan proaktif dalam memberikan maklum balas yang tepat dan betul kepada kumpulan sasaran mereka.

    Perkara tersebut ditekankan oleh Pemangku Pengarah Penerangan, Awang Haji Mahrub bin Haji Murni selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Awam Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan Negara Brunei Darussalam semasa Sesi Induksi Para Pegawai dan Pengamal Perhubungan Awam Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan yang diadakan pada 21 hingga 24 Januari 2008 bertempat di Bilik Persidangan Pehin Orang Kaya Shahbandar, Jabatan Penerangan.

    Sesi Induksi Pegawai dan Pengamal Perhubungan Awam Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan Negara Brunei Darussalam

    Beliau juga menekankan mengenai peranan Pegawai Perhubungan Awam sebagai pegawai pengantara antara pihak kerajaan dan orang ramai dalam usaha memberikan kesedaran dan kefahaman mengenai sesebuah kementerian atau jabatan melalui maklumat yang disampaikan.

    Seramai 127 orang Pegawai dan Pengamal Perhubungan Awam kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan mengikuti Sesi Induksi tersebut. Ia antara lain bertujuan untuk mengongsikan maklumat mengenai

    tugas dan tanggungjawab sebagai pegawai bagi sama-sama meningkatkan kemahiran dan kecekapan mereka dalam melaksanakan tugas seharian dan memberikan kefahaman kepada orang ramai mengenai agensi kerajaan melalui penyebaran maklumat yang telus, tepat dan cepat.

    Pada waktu yang sama juga, Sesi Induksi ini akan dapat meluaskan lagi jaringan perhubungan dan kerjasama di kalangan Pegawai Perhubungan Awam dan para pengamal perhubungan media di negara ini.

    Para Pegawai dan Pengamal Perhubungan Awam yang menghadiri Sesi Induksi. a

    Pemangku Pengarah Penerangan ketika memberikan tak

    limat

    kepada para Pegawai dan Pengamal Perhubungan Awam

    semasa

    Sesi Induksi.

  • 2 Warta Penerangan

    Sekapur SirihPenasihat

    Haji Mahrub bin Haji MurniHaji Yussof bin Haji Ladi

    Ketua PengarangHajah Noorashidah Haji Aliomar

    Sastra Sarini Haji Julaini

    Ahli Sidang PengarangNoriah Haji Abdul Hamid

    Hajah Noorhijrah Haji IdrisHajah Zaianit Haji Noorkhan

    Aida HidupHajah Apsah Haji Sahdan

    Penyumbang BeritaIsmalee Haji Abdul Rahman

    Asnah DiwaNor Ajijah Mohammad

    Bahagian-bahagianCawangan Daerah-daerah

    PenyemakHajah Norpisah Md Salleh

    Penyelaras OnlineHaji Ariffin Mohd Noor

    FotografiBahagian Fotografi

    Bahagian Perhubungan AwamBahagian Berita Inggeris

    & Laman Web

    Biskita dialu-alukan untuk memberi sumbangan berita bahagian masing-masing. Berita berkenaan boleh dihantar terus ke Bahagian Perhubungan Awam atau Bahagian Berita Inggeris dan Laman Web.Berita-berita berkenaan juga boleh dihantar melalui faks 2382 012 atau 2382548.

    Atau e-mel terus ke wartapenerangan@gmail.com

    - Kursus Sivik 3 - Mesyuarat Pertama JPAKK & JJK- Warga Jabatan Penerangan jalani Pemeriksaan Kesihatan Menyeluruh 4 - Jabatan Penerangan kendalikan Anugerah Cemerlang Laman Web - Wartawan PELITA BRUNEI terima anugerah - Perkumpulan Mingguan 5

    - Para pegawai dan kakitangan berkursus- MRO bertugas- Ucapan Tahniah- Bertugas di luar negara 6

    - Para pegawai menunaikan ibadat haji - Selamat Hari Lahir 7

    - Kejohanan Tarik Kalat 8

    Sidang RedaksiSekapur Sirih

    Isi Kandungan

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera

    Selamat Menyambut Tahun Masihi 2008 kepada semua warga penerangan dan mudah-mudahan pada tahun ini, kitani akan terus mencapai kejayaan dan keberhasilan dalam semua aspek. Di waktu yang sama kita juga tidak lupa untuk menoleh ke belakang dan melihat serta menilai dan bertanya di hati kita sendiri, apakah pada tahun lepas kita telah berpuas hati dengan kerja-kerja yang telah diamanahkan? Apakah ada yang perlu lagi diperbaiki dan ditokok tambah? Sama-samalah kita membuat kesimpulannya tapi yang pasti semua orang akan terus ke hadapan untuk mencapai matlamat diri dan organisasinya.

    Setentunya, dengan adanya penyusunan semula struktur jabatan dan pengagihan tenaga yang semaksima di semua bahagian, pentadbiran bahagian dan unit akan dapat berjalan dengan lebih efisien dan lebih teratur. Kitani akan terus melangkah dengan gigih, memastikan projek-projek yang telah dirancang dan diatur sepanjang tahun ini akan dapat terus dilaksanakan dengan adanya komitmen dan kerjasama semua warga.

    Sememangnya projek-projek jabatan pada awal tahun ini bermula dengan pantasnya. Pada minggu kedua bulan Januari ini melihat perlaksanaan Kursus Sivik bagi penuntut yang belajar di Australia dan New Zealand. Percutian penuntut di tanah air diisikan dengan waktu berkualiti dengan mengkongsikan maklumat terkini mengenai negara. Ini diikuti dengan Sesi Induksi bagi para Pegawai Perhubungan Awam. Selain itu jabatan seperti juga dengan jabatan-jabatan lain telah menyertai Program Pemeriksaan Kesihatan Menyeluruh dan Promosi Kesihatan Bagi Warga Perkhidmatan Awam Sempena 100 Tahun Perkhidmatan Kesihatan, Negara Brunei Darussalam. Semua warga penerangan terlibat dalam program ini yang diharapkan akan dapat memberi kesedaran kepada semua mengenai tanggungjawab bersama dalam menjaga kesihatan masing-masing.

    Selamat Maju Jaya kepada semua dalam sama-sama mengorak langkah pada tahun baru 2008 ini.

    Sekian. Wassalam.

    Pemangku Pengarah Penerangan

  • Seramai 29 orang pelajar Negara Brunei Darussalam yang sedang menuntut di Australia dan New Zealand telah mengikuti Kursus Sivik Mahasiswa Mahasiswi Negara Brunei Darussalam Seberang Laut pada 15 hingga 17 Januari.

    Kursus selama tiga hari ini dianjurkan oleh Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan Syarikat Minyak Brunei Shell Sendirian Berhad.

    Kursus ini merupakan wadah Jabatan Penerangan dalam menyalurkan maklumat semasa mengenai iklim kemajuan dan pembangunan negara kepada pelajar-pelajar untuk dijadikan utap dalam mengharungi cabaran-cabaran negatif globalisasi yang boleh menghakis nilai jati diri seseorang. Kursus ini juga dihasratkan bagi menanam dan memupuk semangat cintakan raja, bangsa, agama dan negara berteraskan Melayu Islam Beraja.

    Dalam kursus tersebut para penuntut telah diberikan taklimat mengenai Sistem

    Kursus Sivik Mahasiswa Mahasiswi Negara Brunei Darussalam Seberang Laut 2008

    Pemerintahan dan Struktur Pentadbiran Negara, Program Mempelbagaikan Ekonomi Negara, Intelektual Islam, Tabung Amanah Pekerja, Industri Pelancongan, Keselamatan Dalam Negeri dan lain-lain. Dalam meningkatkan pengetahuan mengenai maklumat-maklumat terkini di mukim dan kampung, penuntut-penuntut yang merupakan future leader di masa yang akan datang telah dibawa menyusur ke Daerah Temburong. Mengetuai rombongan ialah Pemangku Pengarah Penerangan dan para pegawai kanan Jabatan Penerangan.

    Mereka telah berpeluang mengadakan kunjungan hormat kepada Pegawai Daerah Temburong, Awang Haji Mohd. Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abdul Salam bertempat di Dewan, Kompleks Utama BumiPutera, Pekan Bangar. Beliau juga telah berkesudian memberikan jamuan makan tengah hari kepada rombongan berkenaan.

    Di Daerah Temburong peserta juga telah berkesempatan berkunjung

    ke Kampong Belais dan Buda-Buda, Mukim Bokok yang telah dianugerahkan sebagai Kampong Cemerlang daripada beberapa projek kampung yang telah diusahakan. Selain berinteraksi bersama Ketua Kampung dan jawatankuasa Majlis Perundingan Kampung dan Mukim, rombongan telah dibawa menyusuri sepanjang tebing Sungai Pendaruan yang merupakan kawasan riadah dan memancing projek mukim berkenaan. Destinasi terakhir mereka ialah melawat ke Kem Batang Duri Outward Bound Brunei Darussalam (OBBD). Mereka telah berpeluang mengikuti aktiviti di kem berkenaan bagi menguji ketahanan fizikal dan mental masing-masing.

    Majlis Penutup Kursus Sivik tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Penerangan, Awang Haji Yussof bin Haji Ladi dengan penyampaian sijil kepada para peserta pada 16 Januari 2008 dan diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Pengiran Haji Zahari bin Pengiran Adi.

    Warta Penerangan 3

    Salah sebuah tempat menarik di Daerah Temburong yang dikunjungi oleh para peserta kursus.

    Antara aktiviti lasak yang dilakukan oleh para peserta Kursus Sivik.

    Pemangku Pengarah dan beberapa orang pegawai Jabatan Penerangan yang ikut serta ke Daerah Temburong.

  • Dalam sama-sama menjana ke arah kehidupan yang berkualiti dan membolehkan setiap warga perhubungan awam sihat, efisien dan produktif, Jabatan Penerangan telah menyahut baik usaha Kementerian Kesihatan dengan mengikuti Program Pemeriksaan Kesihatan Menyeluruh dan Promosi Kesihatan Bagi Warga Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam.

    Seramai 70 orang warga Jabatan Penerangan bagi sesi pertama telah menjalani program tersebut bertempat di Dewan Pengiran Setia Negara, jabatan berkenaan pada 30 Januari 2008. Sesi kedua pula diadakan pada 31 Januari bagi seramai 60 orang sementara sesi ketiga pada 2 Februari yang mana melibatkan seramai 63 orang.

    Pemeriksaan dan ujian yang dijalankan ialah bagi mengesan penyakit-penyakit kronik yang tidak berjangkit seperti penyakit jantung koronori, kencing manis, buah pinggang, kanser usus besar, kanser pangkal rahim dan