guru penyayang

12
PENGENALAN Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Program ini menggalakkan murid seronok hadir ke Ia juga mengurangkan bilangan murid bermasalah disiplin di sekolah. KONSEP Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penya seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih say bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa prihatin dan sabar. Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setia embudayakan amalan penyayang merupakan sifat professional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat. OBEK!"# !bjektif Guru Penyayang" #.# enjiwai amalan penyayang adalah budaya guru. #.$ enginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah. #.% enyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah. #.& enghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada seko

Upload: azmi-mohd-zain

Post on 05-Nov-2015

22 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

HARAP DAPAT MEMBANTU

TRANSCRIPT

PENGENALAN

Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Program ini menggalakkan murid seronok hadir ke sekolah. Ia juga mengurangkan bilangan murid bermasalah disiplin di sekolah.

KONSEP Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.

Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat professional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.

OBJEKTIF Objektif Guru Penyayang; 1.1 Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru. 1.2 Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah. 1.3 Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah. 1.4 Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.JAWATANKUASA PROGRAM GURU PENYAYANG

PENGERUSIEN JUHAILI BIN JUNAIDI(GURU BESAR)

NAIB PENGERUSIPN NURMILA ABDULLAH @ MILA ITEM(GURU PENOLONG KANAN HEM)

PENYELARASPN S.RAJESWARI SUBRAMANIAM

SETIAUSAHAEN MOHD. NASSRU ABDUL LATIF

BENDAHARIPN TING HUA CHING

AHLI-AHLIPN MIRISIA NAWIPN MARIYASNIE ABDULLAH @ MARY ANN NASOSGURU KELAS

AKTIVITI Pelaksanaan Guru Penyayang hendaklah berterusan serta merupakan budaya guru. Ia akan dilaksanakan secara berterusan. Guru-guru hendaklan melaksanakan aktiviti seperti berikut; 1.1 Membuat Pelancaran Guru Penyayang 1.2 Mengalu-alukan kehadiran murid 1.3 Memberi penghargaan kepada murid 1.4 Menjalankan Program Mentor Mentee

AKTIVITI GURU PENYAYANGBILPROGRAMAKTIVITIKAEDAHPERSONALIA

1.Pelancaran Guru Penyayang1. Membuat pelancaran Guru Penyayang semasa perhimpunan rasmi sekolah.

1. Guru Penyelaras memberitahu tujuan dan objektif Guru Penyayang. 2. Guru Besar diiringi oleh guru-guru Penolong Kanan merasmikan program guru Penyayang. 3. Guru Kelas memberikan penanda buku kepada semua murid. 4. Guru Besar Memberikan hadiah kepada murid- murid yang menyambut hari jadi pada bulan Januari.

Semua guru dan murid sekolah.

2.Mengalu-alukan KehadiranMuridA. Guru mengalu- alukan murid di pintu pagar sekolah.1. Menyambut Kedatangan murid; a. Penampilan guru yang kemas dan ceria. b. Bersikap mesra, berbudi bahasa dan menghormati murid. c. Ambil berat, prihatin dan sabar menyambut murid.

2. Membuat sapaan a. Memberi salam dan menyambut salam semasa datang sekolah Contoh: Selamat pagi selamat datang. b. Lambaian pulang Contoh: selamat pulang, jaga diri baik-baik jumpa lagi. c. Bertanya khabar Contoh: apa khabar Bari ini?3. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar secara berhemah. Contoh: a. Membetulkan tali leher b. Mengenakan butang baju dan lain- lain.4. Membuat publisiti/ promosi mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah dengan menyediakan banner.

B. Guru mengambil peduli terhadap murid semasa di sekolah. i. Semasa di bilik darjah ii. Semasa di kantin iii. Semasa aktiviti kokurikulum iv. Semasa perhimpunan

Interaksi Guru (rapport)i. Penampilan guru kemas dan ceria sepanjang masa.

ii. Bersikap mesra dan menunjukkan rasa hormat kepada murid.

iii. Membuat sapaan.

iv. Mengambil berat dan prihatin terhadap murid.

Semua guru

3Penghargaan MuridMemberi penghargaan danpengiktirafan kepada muridmelalui; Aktiviti meraikan murid; i. Hari lahir murid ii. Sambutan hari kanak-kanak iii. Perayaan- perayaan utama mengikut kaum seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Krismasi. Guru meraikan murid dalam suasana gembira, rasa hormat, rasa dihargai dengan penuh kasih sayang.

ii. Antara kaedah yang boleh digunakan: a. Mengumumkan ucapan selamat semasa perhimpunan. b. Menyanyikan lagu bersesuaian dengan tema sambutan Contoh: Lagu Hari Lahir c. Menghantar kad ucapan.

iii. Aktiviti meraikan murid boleh dilaksanakan semasa perhimpunan atau di dalam bilik darjah.Semua gurutermasuk Pentadbir Sekolah

PENYERTAANSeramai 297 orang murid .

KEWANGAN/PERBELANJAANBULANPERKARA (HADIAH)JUMLAH (RM)

JANUARISambutan Hari JadiRM1.00 x 28 orang

RM28.00

FEBRUARISambutan Hari JadiRM1.00 x 29 orang

RM 29.00

MACSambutan Hari JadiRM1.00 x 23 orang

RM 23.00

APRILSambutan Hari JadiRM1.00 x 25 orang

RM25.00

MEISambutan Hari JadiRM1.00 x 21 orang

RM21.00

JUNSambutan Hari JadiRM1.00 x 24 orang

RM24.00

JULAISambutan Hari JadiRM1.00 x 24 orangRM24.00

BULANPERKARA (HADIAH)JUMLAH (RM)

OGOSSambutan Hari JadiRM1.00 x 22 orang

RM22.00

SEPTEMBERSambutan Hari JadiRM1.00 x 23 orang

RM23.00

OKTOBERSambutan Hari JadiRM1.00 x 30 orang

RM30.00

NOVEMBERSambutan Hari JadiRM1.00 x 26 orang

RM26.00

DISEMBERSambutan Hari JadiRM1.00 x 22 orang

RM22.00

JUMLAHRM297.00

*Perbelanjaan dibiayai oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

PROGRAM MENTOR MENTEE

PENGENALAN

Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara.

KONSEP Membangun sahsiah diri murid melalui budaya amalan penyayang.

RASIONAL 1. Setiap murid mempunyai kebolehan membangun potensi diri bagi meningkatkan pencapaian sahsiah diri melalui bimbingan dan panduan daripada mentor. 2. Murid masa kini terdedah dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi tuntutan remaja yang sudah pasti amat memerlukan sokongan, bimbingan, panduan dan perhatian bagi membolehkan mereka menikmati kehidupan dengan lebih optimis dan menyeronokkan.

OBJEKTIF

Melalui program ini, murid diharapkan dapat:

1.1 Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat menghormati antara mentor dan mentee.1.2 Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain. 1.3 Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil berat (caring) terhadap kebajikan mereka.

P ELAKSANAAN

1.1 Program dilaksanakan kepada semua murid sekolah rendah dan menengah. 1.2 Melaksanakan program mentor mentee sebagai aktiviti rasmi sekolah mengikut kesesuaian masa seperti:

a. waktu perhimpunan rasmi. 1.3 Perjumpaan diadakan sekurang-kurangnya 10 kali setahun. Jangka masa perjumpaan adalah antara 30 minit dan 1 kali dalam sebulan (Minggu Pertama setiap bulan). 1.4 Pengisian bagi setiap perjumpaan adalah berdasarkan Modul Pelaksanaan Mentor Mentee yang mengandungi aspek seperti berikut; a. Pembangunan Sahsiah Diri Murid, b. Peningkatan Disiplin Diri Murid, c. Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid, dan d. Pendidikan Kerjaya Murid.

STRATEGI PELAKSANAAN

1.1 Mengadakan taklimat penerangan tentang konsep, objektif dan kepentingan perlaksanaan kepada murid dan guru.

1.2 Mengadakan majlis penyerahan mentee kepada mentor. 1.3 Perjumpaan diadakan di dalam kelas atau mengikut kesesuaian sekolah1.4 Pelantikan mentor

a. Semua guru kelas dan penolong guru kelas dilantik menjadi mentor. b. Pelantikan mentor dibuat secara rasmi (bertulis). c. Setiap mentor diberikan senarai tugas, peranan, modul dan senarai mentee.

1.5 Pengagihan mentee.

a. Mentee adalah terdiri daripada murid di dalam kelas. b. Setiap kelas mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang mentor.

1.6 Tugas Mentor

a. Mengendalikan sesi perjumpaan dengan mentee di dalam kelas. b. Melaksanakan aktiviti mengikut modul yang telah disediakan. c. Mengambil tahu dan menjaga kebajikan mentee. d. Membantu mentee yang memerlukan perhatian. e. Mengambil kehadiran mentee. f. Mengisi borang pertemuan mentor mentee.

LAPORAN GURU PENYAYANG LAMPIRAN 1A (1)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA___________________________________________________________________________LAPORAN INDEKS PERSEPSI MURID (IPM)PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG

SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN SAYED OTHMANDAERAH : MIRIKATEGORI : MENENGAH/RENDAHLAPORAN : MAC/JUN/OGOS/OKTOBER

BIL

PERKARA DAPATAN

GURU PENYAYANG(skor 45 -60)

GURU KURANGPENYAYANG(skor 30-44)GURU TIDAK PENYAYANG(skor 1 -29)

JumlahPeratusJumlahPeratusJumlahPeratus

1.Kajian pertama

5693.346.700

2.

Kajian kedua5998.311.700

3.

Kajian ketiga 97 97 3 3 0 0

4.

Kajian keempat 99 99 1 1 0 0

PROGRAM YANG DILAKSANAKANBILPROGRAMJUMLAH TERLIBATCATATAN

1.Mengalu-Alukan Kehadiran Pelajar31 orang guru

2.Program Mento-Mentee20 guru dan 298 murid

3.Memberi Penghargaan Kepada Pelajar298 orang murid

Disediakan Oleh: ....................................................... S.RAJESWARI A/P SUBRAMANIAM Penyelaras Guru Penyayang

PENUTUP

Program Guru Penyayang ini diharap akan dapat meningkatkan pembangunan sahsiah diri murid dan secara tidak langsung akan dapat mengeratkan hubungan guru dan murid, di samping dapat mewujudkan perasaan kasih sayang, selesa, selamat dan sejahtera dalam kalangan murid.

Disediakan oleh,

................................................................... (S.RAJESWARI A/P SUBRAMANIAM) Penyelaras Guru Penyayang ,SK Sayed Othman, Miri.