guru kreatif pelajar aktif

85
GURU KREATIF PELAJAR AKTIF

Upload: fraley

Post on 08-Jan-2016

91 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

GURU KREATIF PELAJAR AKTIF. ANAK DIDIK KITA. Lihatlah air laut yang jernih itu sering bercampur dengan bangkai-bangkai busuk, tetapi dari dasarnya yang paling dalam tersimpan mutiara yang berharga. SENARIO. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

GURU KREATIF PELAJAR AKTIF

Lihatlah air laut yang jernih itu

sering bercampur dengan

bangkai-bangkai busuk, tetapi

dari dasarnya yang paling dalam

tersimpan mutiara yang

berharga.

ANAK DIDIK KITA

Pelajar di Malaysia terdedah pada bahan-bahan hiburan dan tahyul melalui media cetak dan elektronik. Keadaan ini menyebabkan pengetahuan dan pemahaman mereka terhadap isu-isu semasa dan ilmu terkini amat terbatas.

SENARIO

Kita sering mencela zaman,

padahal zaman tidak bersalah.

Kitalah sesungguhnya bersalah.

Kita telah menyalahgunakan zaman.

• Kajian Kementerian Kesihatan mendapati 45 – 50 kanak-kanak bawah 18 tahun menjadi perokok baru setiap hari.

• Setiap tahun jumlah perokok meningkat 30,000 orang, dan kini negara mempunyai lebih daripada 3.12

juta orang perokok. 

Utusan Malaysia, 17 Januari 2010

INIKAH KEJAYAAN KITA?

Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Dia

menciptakan manusia daripada sebuku darah beku, bacalah dan Tuhanmu

maha pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Dia

mengajarkan manusia apa yang tidak diketahui.

Surah Al-Alaq, ayat 1 - 5

“Orang yang membaca sebuah buku yang bererti, adalah lebih besar

manafaatnya daripada membaca 50 buku yang tidak bererti”

RENUNGAN…

“Orang yang membaca beberapa buah majalah yang bermutu tinggi

dapat belajar lebih banyak dalam waktu satu tahun daripada waktu satu tahun yang digunakan oleh seorang

mahasiswa yang belajar di perpustakaan

yang besar”

Franklin BenjaminSanborn

Janngan terlalu taksub kepada prestasi akademik

“…… sistem penilaian dalam pendidikan yang terlalu taksub

kepada prestasi pencapaian akademik bercanggah dengan

hukum alam.”

Raja Dr. Nazrin ShahRaja Muda Perak

Sistem pendidikan di negara kita tidak wajar dijadikan tempat perlumbaan untuk menguji keupayaan pelajar

mengutip sebanyak mungkin pangkat “A” dalam peperiksaan hingga

mengabaikan perkembangan potensi mereka secara holistik.

Tan Sri Muhyiddin Yassin

“Ajarlah anak-anak kamu dengan urusan pada zaman mereka, kerana mereka akan hidup pada suatu zaman yang bukan lagi menjadi zaman kamu”

Saydina Umar

“Berhijrahlah, nescaya anak-anak kamu akan mewarisi kemuliaan”

Sabda Nabi Muhammad S.A.W

GURU KREATIF PELAJAR AKTIF

“Kejayaan kita pada hari ini, bergantung pada tindakan kita pada hari ini, bukan kelemahan kita

pada masa lepas”

Anda boleh memberitahu pelajar anda dengan cepat perkara yang perlu diketahui oleh mereka, tetapi mereka akan lupa perkara yang anda beritahu itu lebih cepat lagi.

• Pembelajaran bukan sekadar mencurahkan maklumat secara automatik ke dalam minda pelajar sebaliknya memerlukan penglibatan mental dan perbuatan pelajar itu sendiri.

• Hanya pembelajaran yang bersifat aktif sahaja yang akan membuahkan hasil.

Pembelajaran bersifat aktif membolehkan pelajar melakukan

kebanyakan kerjanya.

Mereka menggunakan minda, mengkaji idea, menyelesaikan masalah

dan menerapkan apa yang dipelajari.

Pembelajaran aktif adalah pantas, seronok, membantu dan di samping

membolehkan mereka sentiasa beredar dari tempat duduk mereka,

berlegar-legar dan melahirkan perasaan mereka.

Tahap penumpuan pelajar terhadap sesuatu tidak lama dan keupayaan mereka untuk duduk diam amatlah

terhad.

Untuk mengatasinya kita perlu memberi peluang kepada pelajar agar mereka

aktif dan sentiasa bergerak.

Pembelajaran aktif diperlukan bukan sahaja untuk menambah keseronokan

tetapi juga untuk menghormati individu dan tahap kecerdasan yang

berbeza-beza.

Bercakap 100 – 200 patah perkataan seminit

GURU

Mendengar 50 – 100 patah perkataan seminit

PELAJAR

Pelajar banyak berfikir semasa mereka mendengar

SEBAB

70 %10 minit pertama

TAHAP TUMPUAN PELAJAR

20 %10 minit terakhir

Sebab : Guru mengandaikan semua pelajar memerlukan maklumat yang sama dan pada

kepantasan yang sama.

OBJEKTIF MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH

Pada akhir sekolah menengah murid dapat:

I Melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, perbincangan dan penulisan;

Ya/Tidak

ll Mengeratkan hubungan, dan berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan;

Ya/Tidak

III Mendapat dan memproses maklumat secara kritis daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca, dan ditonton untuk memperoleh ilmu dan maklumat;

Ya/Tidak

Pada akhir sekolah menengah murid dapat:

IV Menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, serta menyebarkan maklumat dalam bentuk lisan dan tulisan;

Ya/Tidak

V Mendengar, membaca, menonton, dan memberikan respon kepada pelbagai bahan bacaan jenis maklumat dan bahan sastera;

Ya/Tidak

OBJEKTIF MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH

Pada akhir sekolah menengah murid dapat:

VI Melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan penulisan jenis maklumat dan imaginatif secara kreatif dan berkesan; dan

Ya/Tidak

VII Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik dan perasaan cinta akan negara.

Ya/Tidak

OBJEKTIF MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH

Pendekatan Berpusatkan Murid

• Membolehkan mereka berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman.

• Selari dengan pembelajaran masteri yang menekankan

keperluan memastikan murid menguasai hasil pembelajaran yang ditetapkan.

• Murid diberi peluang untuk maju mengikut kadar keupayaan mereka sendiri.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Kepelbagaian Teknik

Menggalakkan penggunaan pelbagai kaedah mengajar. Guru boleh memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. Meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran. Keberkesanan pengajaran bergantung pada

pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu dan teknologi yang merangsang serta menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi dan berinteraksi.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Kepelbagaian Sumber Bahan

• Penggunaan perpustakaan, pusat sumber dan komputer sangatlah digalakkan dalam p & p. • Akhbar, majalah, buku rujukan, kamus, internet,

perisian kursus serta bahan sastera dan bukan sastera hendaklah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dan juga untuk bacaan luas.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Penggunaan Tatabahasa yang Tepat

Pendidikan Bahasa Melayu sekolah menengah

menekankan penggunaan tatabahasa mengikut

kemampuan murid. Untuk mencapai tujuan tersebut,

guru perlu merancang dan memilih aspek tatabahasa

yang hendak diajarkan berserta contoh penggunaannya

dalam pelbagai konteks dan kegiatan bahasa yang

bermakna sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Bacaan Luas

Bacaan luas memberikan peluang kepada murid untuk

menimba ilmu pengetahuan dan membentuk sahsiah

yang baik bagi meningkatkan daya berfikir dan minat

ingin terus membaca. Bacaan luas boleh dijalankan

dalam pendidikan Bahasa Melayu dengan

menggunakan bahan-bahan ilmiah dan sastera.

Pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan

secara serapan.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Penggabungjalinan

Penggabungjalinan memainkan peranan yang penting

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Berlaku

antara hasil melalui proses ini, beberapa kemahiran

dapat dikuasai serentak. Penggabungjalinan berlaku

antara hasil pembelajaran daripada bidang penggunaan

bahasa, serta antara kemahiran berbahasa dengan

tatabahasa, kosa kata dan peribahasa.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Penyerapan

Penyerapan ialah proses menyerapkan

pelbagai bidang ilmu, nilai murni dan

kemahiran bernilai tambah yang dipelajari

semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Melayu.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Untuk mencapai matlamat tersebut, perkara-perkara yang berikut haruslah diberi perhatian:

1. Kemahiran Bahasa - mendengar - bertutur - membaca - menulis

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

2. Organisasi Kurikulum - interpersonal - maklumat - estetik

3. Sistem Bahasa - tatabahasa

- kosa kata - peribahasa - ejaan - sebutan/intonasi

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

4. Komponen Kesusasteraan Melayu - cerpen/novel - puisi baharu - puisi tradisional - drama - prosa tradisional

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pengisian Kurikulum

- ilmu - nilai - patriotisme - kemahiran berfikir - kemahiran belajar - kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi - kajian masa depan - kecerdasan pelbagai

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

- pembelajaran konstruktivisme - pembelajaran kontekstual - pembelajaran masteri - akses kendiri

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Apa yang kita lakukan sekarang?

Penilaian

Penilaian merupakan aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu hasil pembelajaran dan objektif pengajaran dan pembelajaran.

Penilaian yang berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil terhadap seseorang murid, sama ada dalam bentuk aktiviti pemulihan atau pengayaan.

Apa yang kita lakukan sekarang?

Pemulihan

Aktiviti pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai hasil pembelajaran yang belum dicapai . Aktiviti ini dilaksanakan mengikut kadar kemampuan murid.

Apa yang perlu kita lakukan sekarang?

Pengayaan

Aktiviti pengayaan perlu diberikan penekanan kerana murid berbeza tahap kebolehan, keupayaan, bakat dan minat. Murid yang menguasai hasil pembelajaran lebih awal atau dalam jangka masa yang ditetapkan diberi aktiviti yang dilaksanakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru.

MENGAPA GKPA?

1. PEMBUDAYAAN ILMU

• Majalah berkualiti yang ditulis oleh guru/penulis

ang berpengalaman• Bahan -bahan yang sesuai dengan jiwa

remaja • Memperluaskan ilmu dalam semua mata

pelajaran • Kecemerlangan

2. MENINGKATKAN KECEKAPAN BERBAHASA

• Bahan dalam pelbagai situasi, sistem bahasa, laras bahasa dan gaya yang indah.

3. MEDIA YANG SESUAI UNTUK MENGASAH BAKAT

PELAJAR

• Sajak• Cerpen• Rencana dan lain-lain

4. MEMUPUK MINAT MEMBACA

• Pelajar• Guru• Keluarga

5. MELAHIRKAN WARGANEGARA YANG BAIK

• Nilai murni• Nilai kemanusiaan

6. TATABAHASA

• Guru• Pelajar

7. KESUNGGUHAN PELAJAR

• Seronok• Meyakinkan

8. KESESUAIAN BAHAN• Strategi pengajaran dan pembelajaran• Penggabungjalinan dan penyerapan

9. MENEPATI KEHENDAK PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

• Menghargai dan membanggakan BM• Memahami sistem BM — makna, bentuk, dan fungsi • BM yang berkesan dalam ilmu pengetahuan• BM yang berkesan dalam perhubungan harian• Membaca pelbagai bahan — Menimba ilmu pengetahuan

10. WADAH SISWA PEKA TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN

• Kandungan mata pelajaran tingkatan 1 hingga 6

• Sains dan teknologi • Bahasa dan sastera • Budaya dan warisan• Isu negara• Isu antarabangsa• Aktiviti masa lapang

a. Ayat dan frasa yang indah

• Murid membaca cerpen, puisi, novel atau rencana yang ditetapkan

• Murid menggariskan ayat dan frasa yang menarik

• Murid menjalin ayat dan frasa yang menarik ke dalam buku khas

• Murid berbincang tentang maksud yang tersurat dan tersirat bagi setiap ayat dan frasa yang disalin oleh mereka

Contoh

1. Kebimbangan meraja dalam diri.

2. Menahan sebak di hujung gagang.

3. Mimpi itu mengasaknya hampir setiap

malam.

4. Bermain-main dalam retina mata.

5. Lamunan jauhnya mati andar.

6. Jaringan perniagaan.

7. Bergerak atas landasan.

8. Tanpa emosi yang bercelaru.

9. Membijaksanakan khalayak.

10. Kebejatan akidah.

Bunga Bahasa dalam Penulisan

Bait lagu di atas jelas menunjukkan betapa pentingnya budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Walaupun begitu, ramai pihak terutamanya pencinta karya sastera meluahkan kekesalan mereka kerana bahan bacaan terutamanya karya sastera kini semakin dipinggirkan dan diabaikan berbanding bahan bacaan picisan yang melambak di pasaran umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Fenomena ini sangat membimbangkan Iantaran hasil karya sastera yang berkualiti daripada penulis-penulis tersohor seperti A.Samad Said, Usman Awang, Othman Puteh, Keris Mas dan Rahimidin Zahari bagaikan tiada nilainya pada pandangan masyarakat.

Contoh:

Dia aku temui di bawah terik rembang mentari Kuala Lumpur.

Tersentak dengan tegurannya membuatkan aku terpana. Antara

gamam, antara hairan, segesit itu aku cuba menggali ingatan silam.

Ali Haidar. Kampung Jalan Sempadan. Itu nama yang sudah sekian

lama tenggelam dalam ingatan bawah sedar. Di desa itu terhimpun

luka tidak terawat.

"Abang selalu perhatikan Siti. Kerap nampak Siti keluar dari kedai

cenderamata Mak Long. Rasa kenal tapi keliru. Cuma tahi lalat tu,

buat abang sikit yakin," ceria wajah itu bercerita.

"Aku tersenyum tawar. Spontan tangan mendarat pada tahi lalat yang

bermukim di sisi bibir kanan. Ingatan lalu berpusar-pusar.

b. Pemahaman: Bukan Sekadar Menjawab Soalan

• Murid membaca petikan cerpen/rencana.• Beberapa orang murid menceritakan sinopsis atau

ringkasan.• Secara kumpulan, murid akan membina satu soalan

bertumpu, satu soalan bercapah dan satu soalan maksud rangkai kata berserta jawapan yang lengkap.

• Wakil kumpulan menulis soalan yang dibina di papan hitam.

• Murid lain diberi peluang untuk membetulkan kesalahan ayat, ejaan dan tatabahasa untuk soalan-soalan di papan hitam.

• Setiap kumpulan dikehendaki menjawab soalan kumpulan lain secara lisan.

• Murid menjawab semua soalan di papan hitam dan buku latihan.

c. Meramalkan Watak dan Perwatakan

• Murid membaca petikan cerpen.

• Murid berbincang dalam kumpulan untuk

mengenal pasti watak utama dan watak

sampingan.

• Di dalam kumpulan, murid akan berbincang

tentang perwatakan luaran dan dalaman watak

utama dan watak sampingan.

• Berdasarkan perwatakan luaran dan dalaman

watak-watak tersebut, murid akan melukis atau

menampal wajah watak tersebut.

d. Meneruskan cerpen

• Murid membaca petikan cerpen.

• Murid berbincang dalam kumpulan untuk meramal kesudahan cerpen yang dibaca.

• Murid menyambung cerpen yang dibaca dengan menambah atau menggugurkan watak, mengubahsuai plot, tema dan sebagainya.

e. Menukarkan Cerpen Kepada Komik

• Murid membaca petikan cerpen.

• Murid berbincang dalam kumpulan untuk mengenal pasti perkara yang berikut:• Tema dan persoalan cerpen• Plot cerpen• Watak-watak penting

• Murid menyatakan sinopsis cerpen.

• Murid melukis komik yang berdialog berdasarkan sinopsis cerpen.

f. Menukarkan Cerpen Kepada Skrip Drama

• Murid membaca petikan cerpen.

• Murid menyatakan sinopsis cerpen.

• Murid berbincang dalam kumpulan tentang cara-cara menulis skrip drama.

• Murid mengadaptasikan cerpen kepada skrip drama.

g. Menukarkan Komik Kepada Cerpen

• Murid membaca komik.• Murid berbincang dalam kumpulan

untuk mengenalpasti komik tersebut:• Watak-watak penting• Tema dan persoalan• Plot• Sinopsis

• Murid menulis kembali komik tersebut dalam bentuk cerpen.

h. Menukarkan Skrip Drama Kepada Cerpen

• Murid membaca skrip drama.

• Murid berbincang dalam kumpulan untuk mengenal pasti skrip drama tersebut.• Watak-watak cerpen• Tema dan persoalan• Plot • Sinopsis

• Murid menulis kembali skrip drama tersebut dalam bentuk cerpen.

i. Menukarkan Cakap Ajuk kepada Cakap Pindah

dan Sebaliknya

• Murid membaca petikan cerpen.

• Murid mengenal pasti cakap ajuk yang terdapat

dalam cerpen yang dibaca.

• Dalam kumpulan, murid memilih beberapa ayat

cakap ajuk untuk ditukarkan kepada cakap

pindah.

• Dalam kumpulan, murid menukarkan cakap ajuk

kepada cakap pindah.

• Wakil kumpulan melaporkan hasil perbincangan

mereka di dalam kelas.

• Murid menyalin kembali hasil tugasan mereka

dan kumpulan lain dalam buku latihan.

j. Menulis Ulasan Cerpen

• Murid membaca cerpen yang ditetapkan.• Beberapa orang murid menceritakan kembali

sinopsis cerpen yang dibaca kepada kawan-kawan di dalam kelas.

• Guru membahagikan kelas kepada lima kumpulan.

• Setiap kumpulan akan membincangkan cerpen yang dibaca berpandukan perkara yang berikut:• Kumpulan 1: Tema dan persoalan• Kumpulan 2: Plot• Kumpulan 3: Watak dan perwatakan• Kumpulan 4: Gaya bahasa

• Wakil kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan mereka kepada rakan-rakan di dalam kelas.

• Murid menulis ulasan cerpen yang lengkap berdasarkan hasil perbincangan setiap kumpulan.

k. Melagukan Sajak

• Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

• Setiap kumpulan diminta memilih sebuah puisi yang diminati dalam majalah Dewan Siswa.

• Dalam kumpulan, murid akan mengenal pasti melodi/lagu yang sesuai untuk dinyanyikan.

• Murid dibenarkan menambah atau mengurangkan perkataan dalam sajak asal agar sesuai/serasi dengan melodi/lagu yang akan dinyanyikan.

• Dalam kumpulan, murid berlatih menyanyikan lagu puisi yang telah dipilih.

l. Menterjemahkan Puisi Kepada Grafik Lukisan • Murid dibahagikan kepada beberapa

kumpulan.• Setiap kumpulan diminta memilih sebuah

puisi yang diminati daripada majalah Dewan Siswa.

• Di dalam kumpulan, murid membaca dan menghayati puisi yang dipilih.

• Murid membincangkan puisi yang dibaca dari segi tema dan persoalan.

• Murid menterjemahkan tema dan persoalan puisi kepada bentuk grafik/lukisan atau kolaj.

• Setiap kumpulan mempersembahkan hasil kerja mereka kepada rakan di dalam kelas.

“Kesempurnaan tidak pernah wujud, yang wujud hanyalah

penambahbaikan”

[Mr. Kaizen]

m. Menulis Ringkasan

• Guru memilih rencana yang sesuai di dalam majalah Dewan Siswa untuk dijadikan bahan meringkaskan karangan.

• Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

• Guru dan murid berbincang tentang kaedah/cara untuk meringkaskan karangan.

• Dalam kumpulan, murid membaca dan mengesan isi-isi penting dalam petikan.

• Setiap kumpulan membentangkan isi penting kepada rakan-rakan di dalam kelas.

• Murid menulis ringkasan lengkap.

n. Merumuskan Petikan

• Guru memilih rencana yang sesuai daripada Wadah Siswa untuk dijadikan bahan merumus karangan.

• Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.• Guru dan murid berbincang tentang kaedah untuk

merumuskan karangan.• Dalam kumpulan, murid membaca dan mengesan isi

tersurat dalam petikan.• Wakil kumpulan membentangkan isi tersurat kepada

rakan-rakan di kelas.• Setiap kumpulan akan membentangkan isi tersirat.• Wakil kumpulan membentangkan isi tersirat kepada

rakan-rakan di dalam kelas.• Murid menulis pendahuluan dan penutup rumusan.• Murid menulis rumusan lengkap.

o. Menjawab Teka Silang Kata

• Murid berbincang dalam kumpulan untuk melengkapkan jawapan teka silang kata berpandukan Kamus Dewan.

• Ketua Kumpulan melaporkan hasil perbincangan kepada kelas.

• Guru membuat rumusan.

• Murid melengkapkan/membetulkan jawapan teka silang kata.

• Murid melengkapkan borang butiran diri dan menghantarnya kepada guru.

• Guru mengeposkan borang jawapan kepada penerbit.

p. Membina Teka Silang Kata

• Guru melengkapkan rencana yang perlu dibaca oleh murid.

• Beberapa orang murid membaca kuat petikan.

• Murid membaca petikan dengan senyap dan dalam masa yang sama mereka mencatatkan seberapa banyak perkataan atau istilah yang sukar atau yang kurang difahami.

• Murid mencatatkan semua perkataan/istilah yang digarisi dalam buku catatan.

• Murid memasukkan seberapa banyak perkataan/istilah yang dicatatnya tadi ke dalam kotak-kotak (buku latihan matematik).

• Murid menomborkan perkataan/istilah secara melintang dari bawah.

• Murid membina soalan teka silang kata berpandukan petikan asal dari Kamus Dewan.

q. Menukarkan Rencana/Gambar Kepada Pantun

• Murid membaca rencana atau meneliti gambar yang ditetapkan oleh guru.

• Murid dan guru berbincang tentang isi-isi penting yang terdapat dalam petikan/gambar.

• Guru dan murid berbincang tentang ciri-ciri pantun yang baik.

• Dalam kumpulan, murid berbincang untuk meringkaskan petikan atau merumuskan gambar dalam bentuk pantun.

• Wakil kumpulan membacakan pantun yang mereka cipta kepada kelas.

r. Menukarkan Rencana/Gambar Kepada Syair

• Murid membaca rencana tahu meneliti gambar yang ditetapkan oleh guru.

• Guru dan murid berbincang tentang ciri syair yang baik.

• Dalam kumpulan, murid berbincang untuk meringkaskan petikan atau merumuskan gambar ke dalam bentuk syair.

• Wakil kumpulan membacakan syair yang mereka cipta kepada kelas.

s. Menukarkan Rencana/Gambar Kepada Sajak

• Murid membaca rencana atau meneliti gambar yang ditetapkan oleh guru.

• Murid dan guru berbincang tentang isi penting tang terdapat dalam petikan gambar/sajak.

• Guru dan murid berbincang tentang ciri sajak yang baik.

• Dalam kumpulan, murid berbincang untuk meringkaskan petikan atau merumuskan gambar ke dalam bentuk sajak.

• wakil kumpulan membacakan sajak yang mereka cipta kepada rakan-rakan di dalam kelas.

t. Menukarkan Rencana/Gambar Kepada Lirik Lagu• Murid membaca rencana atau meneliti gambar yang

ditetapkan oleh guru.

• Murid dan guru berbincang tentang isi penting yang terdapat dalam petikan/gambar.

• Guru dan murid berbincang tentang ciri lirik lagu yang baik.

• Di dalam kumpulan, murid berbincang untuk meringkaskan petikan atau merumuskan gambar ke dalam bentuk lirik lagu.

• Di dalam kumpulan, murid akan menyesuaikan lirik lagu dengan melodi lagu yang pernah didengarnya.

• Setiap kumpulan akan mempersembahkan nyanyian mereka kepada rakan-rakan di dalam kelas.

u. Melengkapkan Teks

• Guru memilih beberapa petikan daripada majalah.

• Guru menaip semula petikan tersebut dengan mengosongkan beberapa perkataan yang sesuai untuk menguji perbendaharaan kata murid.

• Di dalam kelas, guru mengedarkan latihan melengkapkan teks kepada murid.

• Murid mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

• Murid menanda jawapan mereka dengan berpandukan petikan asal dalam majalah.

*Aktiviti ini boleh dijalankan dalam bentuk permainan bahasa.

v. Menulis Berita

• Murid membaca berita dalam ruangan “Sekitar Siswa” dalam majalah Wadah Siswa.

• Guru dan murid berbincang tentang ciri penulisan berita yang baik iaitu dengan menggunakan pendekatan 5W+1H.

• Guru mengedarkan borang 5W+1H kepada murid.

• Dalam Kumpulan, murid melengkapkan borang 5W+1H dengan mengambil isi-isi penting daripada berita yang dibaca.

• Wakil kumpulan, membentangkan hasil perbincangan mereka kepada rakan-rakan di dalam kelas.

• Murid menulis kembali berita lengkap berpandukan isi-isi penting yang terdapat di dalam borang 5W+1H .

w. Meramalkan Kesudahan Komik

• Murid membaca dan meneliti komik dalam majalah.

• Dalam kumpulan, murid berbincang tentang urutan cerita dan nilai murni yang terdapat dalam komik.

• Dalam kumpulan, murid berbincang untuk meramalkan kesudahan komik tersebut menurut pendapat mereka.

• Wakil kumpulan, melaporkan hasil perbincangan mereka kepada rakan-rakan di dalam kelas.

• Secara individu, murid membentangkan kesudahan cerita dalam bentuk komik berdasarkan ramalan mereka sendiri.

x. Menulis Karangan

• Guru meminta murid membaca petikan yang ditetapkan.

• Seterusnya guru mengedarkan borang “Merangka Karangan” kepada murid.

y. Menguji Tahap Pembacaan Murid

• Guru/AJK Persatuan Bahasa Malaysia membina soalan pengetahuan am daripada majalah Dewan Siswa.

• Guru/AJK Persatuan Bahasa Malaysia mengedarkan soalan kepada murid-murid untuk dijawab.

• Guru/AJK Persatuan menyemak jawapan murid.

• Guru/AJK Persatuan mengumumkan nama pemenang dan menyampaikan hadiah.

z. Rahsia Di sebalik Membaca Petikan

• Guru meminta murid membaca Petikan daripada ruangan “Cetusan Pendapat” atau ruangan lain yang difikirkan sesuai daripada majalah Wadah Siswa

• Berpandukan petikan yang dibaca, guru meminta murid menjalankan aktiviti seperti yang berikut:• Mencari makna perkataan yang sukar• Mencari perkataan sama makna• Mencari peribahasa• Mencari ayat/frasa yang indah• Mencari golongan kata dan sebagainya

GKPA MEREALISASIKAN MBMMBI

CADANGAN AKTIVITI

1. Menggunakan gambar tertentu dalam WS untuk menghasilkan karangan berangsangan.

2. Meminta setiap pelajar membina soalan seperti dalam ruangan Surat anda. Guru memilih lima soalan yang terbaik dan meminta pelajar menjawabnya secara kumpulan. (Pelajar dibahagikan kepada lima kumpulan)

3. Mengemukakan cadangan tentang ruangan tambahan yang wajar dimasukkan dalam WS dengan alasannya sekali.

4. Memanfaatkan WS untuk perhimpunan mingguan.

5. Memanfaatkan WS untuk tugasan di rumah.

6. Memanfaatkan WS untuk cuti terancang.

7. Memanfaatkan WS untuk digunakan oleh guru yang menggantikan guru yang tidak hadir/mesyuarat,

dll.

8. Bagaimana WS digunakan untuk aktiviti kokurikulum.

9. Cadangkan bahan yang sesuai dalam WS untuk digunakan oleh guru bukan BM. Kemukakan

juga kaedah penggunaannya.

10. Bagaimana bahan dalam WS dapat digunakan oleh kaunselor sebagai bahan motivasi dan kerjaya.

11. Bagaimana WS dimanfaatkan oleh ULBS PBS.

12. Bagaimana WS digunakan untuk aktiviti kokurikulum.

13. Bagaimana WS dimanfaatkan untuk membimbing pelajar melukis poster, membina brosur, menulis cogan kata, berdasarkan bahan dalam WS.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Jika hamba-hambaKu bertanya padamu tentang Aku, maka

sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan

orang yang berdoa ketika berdoa padaKu.”

[Surah al-Baqarah: 186]

BUAT ANAK-ANAK YANG TERSAYANG

Ya Allah, Ya Tuhanku...jadikan aku seorang guru yang

lebih baik, benar-benar boleh memahamianak-anak muridku, jadikan aku seorang

yang sentiasa penyayang,bersopan-santun, tenang dan sabar,

jadikan aku seorang yang jujur, baik hati,adil dan tegas.

Ya Allah, Ya Tuhanku...jauhkan aku daripada bersifat

zalim dan kejam ke atas anak-anak muridku,jauhkan aku daripada memalukan,

membodoh-bodohkan danmenghina mereka, jauhkan aku

daripada mencemar pertumbuhanmereka yang sihat.

Ya Allah, Ya Tuhanku...berikan aku petunjuk ke arah jalan yang

benar dan Kau redha, berikan akukekuatan rohani dan jasmani supayadapat aku memberikan kepada anak-

anak muridku kasih sayang dankebahagiaan sejati, berikan aku taufik

dan hidayah untuk mendidik danmembimbing mereka ke arah keimanandan Ketuhanan dan disiplin yang tinggi.

Ya Allah, Ya Tuhanku...layakkan aku menjadi seorang guru

yang berhemat dan berdisiplin tinggi,layakkanlah aku menjadi

guru yang boleh dicontohi dandihormati, Ya Allah, Ya Tuhanku...

perkenankanlah restuku ini. 

Amin

Japa tumbuh dekat kundur,Orang dapur membasuh kuali;Lupa hanya waktu tidur,Bangun tidur ingat kembali.

Terima kasih