guru dianggap satu jawatan yang mulia: pro & kontra

7
PROFESION KEGURUAN GGGA1123 SEMESTER 1 2015/2015 Sarah Nadirah Bt Mohammad Kamal (P76316) Fazhani Binti Che Mat Zain (P79014) Nurfarahin Bt Che Mohamad Ilias (P79056) ______________________________________________________________ _____________ Task 1 Pada pendapat anda, sejauh mana benarkah jawatan guru itu dianggap sebagai satu jawatan mulia dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Jawapan anda perlu mempunyai jawapan pro (setuju) dan kontra (tidak setuju). Setiap jawapan atau fakta perlu dibuktikan dengan contoh atau bukti. Tema Hari Guru di Malaysia pada tahun 2015 ialah “Guru: Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak”. Menurut ahli jemaah nazir dan jaminan kualiti dari Kementerian Pendidikan Malaysia yang berpusat di Putrajaya, definisi guru ialah kata guru merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan negara. Mereka juga turut menyatakan bahawa guru merupakan insan yang berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dalam bidangnya dan mempunyai keperibadian terpuji serta berupaya menjadikan diri mereka sebagai suri teladan. Profesion guru merupakan satu profesion yang mulia dan dipandang tinggi oleh masyarakat dianggap mempunyai pro dan kontranya. Sesetengah pihak bersetuju sekiranya profesion guru merupakan satu profesion yang mulia dan dipandang tinggi oleh masyarakat adalah

Upload: fazhani-faz

Post on 16-Apr-2017

254 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA

PROFESION KEGURUAN GGGA1123SEMESTER 1 2015/2015

Sarah Nadirah Bt Mohammad Kamal (P76316)Fazhani Binti Che Mat Zain (P79014)

Nurfarahin Bt Che Mohamad Ilias (P79056)___________________________________________________________________________

Task 1

Pada pendapat anda, sejauh mana benarkah jawatan guru itu dianggap sebagai satu jawatan mulia dan

dipandang tinggi oleh masyarakat. Jawapan anda perlu mempunyai jawapan pro (setuju) dan

kontra (tidak setuju). Setiap jawapan atau fakta perlu dibuktikan dengan contoh atau bukti.

Tema Hari Guru di Malaysia pada tahun 2015 ialah “Guru: Membina Ilmu Menyempurnakan

Akhlak”. Menurut ahli jemaah nazir dan jaminan kualiti dari Kementerian Pendidikan Malaysia yang

berpusat di Putrajaya, definisi guru ialah kata guru merangkumi semua warga pendidik yang

menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta

pendukung kepada pembangunan negara. Mereka juga turut menyatakan bahawa guru merupakan

insan yang berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dalam bidangnya dan mempunyai keperibadian

terpuji serta berupaya menjadikan diri mereka sebagai suri teladan.

Profesion guru merupakan satu profesion yang mulia dan dipandang tinggi oleh masyarakat

dianggap mempunyai pro dan kontranya. Sesetengah pihak bersetuju sekiranya profesion guru

merupakan satu profesion yang mulia dan dipandang tinggi oleh masyarakat adalah kerana guru

merupakan penyampai ilmu, bertindak sebagai “role model” dan berperanan melahirkan modal insan

kelas pertama. Manakala, sesetengah pihak tidak bersetuju bahawa profesion guru merupakan satu

profesion yang mulia dan dipandang tinggi oleh masyarakat kerana keperibadian atau sikap guru yang

melanggar etika, guru dibebani dengan tugas yang banyak dan melakukan pekerjaan sambilan bagi

mendapatkan pendapatan sampingan.

Jawatan guru dianggap sebagai satu jawatan mulia dan dipandang tinggi oleh masyarakat kerana

guru merupakan penyampai ilmu kepada masyarakat. Walau pun kini dunia memiliki pelbagai sumber

untuk memperoleh maklumat dan ilmu, namun kita masih memerlukan guru sebagai wardah

penyampai ilmu. Di sekolah, guru merupakan ibu bapa kedua bagi murid-murid. Guru juga bertindak

sebagai penyampai ilmu, pembimbing, penasihat, agen perubahan dan pembentuk sikap murid-murid.

Menjadi seorang guru bukanlah senang, sebelum seseorang guru dilayakkan untuk mendidik anak

bangsa, guru juga perlu mempunyai kelulusan dan pakar dalam bidang pendidikan. Sebelum sesi

Page 2: GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA

pembelajaran dan pengajaran berlaku, guru perlu merancang pembelajaran murid dengan teliti agar

murid tidak bosan dan dapat memahami subjek yang diajar dengan mudah. Guru perlu

mempersiapkan diri dengan kemahiran pedagogi dan generik agar sesuai dengan sesi pengajaran serta

pembelajaran murid dan peredaran masa kini. Jadi, tidak hairanlah perumpamaan mengatakan guru

ibarat lilin yang menerangi kegelapan orang lain. Perumpamaan ini jelas menunjukkan bahawa guru

sanggup berkorban dengan mencurah segala ilmu dan bakti agar murid berjaya di masa hadapan.

Jawatan guru juga dianggap sebagai satu jawatan mulia dan dipandang tinggi oleh masyarakat

kerana guru merupakan “role model” kepada murid dan masyarakat. Peranan guru sebagai “role

model” bukan sahaja tertumpu di sekolah malah juga di luar sekolah. Di sekolah guru menjadi “role

model” kepada murid. Manakala di luar sekolah, guru menjadi “role model” kepada masyarakat.

Guru yang menampilkan diri dengan personaliti yang baik akan dijadikan sebagai ikon atau role

model kepada murid dan masyarakat untuk menggapai kecemerlangan dunia dan akhirat. Hubungan

antara guru dan murid adalah amat penting bagi meningkatkan motivasi murid untuk mencapai

kecemerlangan dalam bidang pelajaran dan berupaya menempuh rintangan kehidupan selagi bergelar

murid atau mahasiswa.

Masyarakat memandang profesion guru sebagai profesion yang mulia kerana guru berperanan

melahirkan modal insan kelas pertama. Menurut Jim Canterucci (2005), terdapat empat ciri yang perlu

dikuasai oleh minda manusia bagi mencapai minda kelas pertama iaitu kesedaran kendiri, ingin tahu,

fokus dan inisiatif. Tanggungjawab guru tidak hanya menjalankan tugas mengajar subjek mata

pelajaran bagi mendapatkan skor yang tinggi malah guru juga berperanan menjana empat ciri tersebut

agar dapat melahirkan generasi yang sangat diperlukan oleh negara pada masa hadapan. Modal insan

kelas pertama tidak hanya dapat memenuhi keperluan pembangunan individu bahkan keluarga,

masyarakat, negara dan dunia. Dalam RMK-9, memupuk minda kelas pertama merupakan salah satu

dari Misi Nasional. Ini menunjukkan bahawa kerajaan sangat serius dalam membentuk dan

melahirkan modal insan kelas pertama terutama melalui sistem pendidikan. Hal ini kerana Malaysia

bermatlamat mencapai taraf negara maju dalam Wawasan 2020. Jadi, melalui sistem pendidikan,

guru yang berkualiti iaitu berkemahiran, berpengetahuan dan mempunyai sikap yang baik berupaya

untuk melahirkan generasi minda kelas pertama.

Disamping bersetuju dengan pernyataan profesion guru merupakan satu profesion yang mulia

dan dipandang tinggi oleh masyarakat, ada juga kontra disebalik pernyataan tersebut. Keperibadian

dan sikap guru menyebabkan sesetengah pihak tidak bersetuju bahawa profesion guru merupakan

profesion yang mulia. Keperibadian dan sikap guru yang negatif dan melanggar etika menyebabkan

jatuhnya imej perguruan yang dianggap mulia dalam kalangan masyarakat. Guru bersikap tidak adil

dan pilih kasih kadang kala menimbulkan perasaan tidak senang dalam kalangan murid dan ibu bapa.

Page 3: GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA

Guru juga kurang bertimbang rasa sekiranya murid melakukan kesalahan dan bertindak menghukum

murid seperti merotan, berdiri di luar kelas dan sebagainya. Sinar Harian (20 Mei 2015) telah

melaporkan kes di mana pelajar nyaris buta dirotan guru di Ipoh. Ini menambahkan kebimbangan

dalam kalangan ibu bapa dan masyarakat di mana mereka melihat guru pada masa kini tidak

demokratik dan mengamalkan cara autokratik serta mempunyai emosi yang tidak stabil dan mudah

naik angin terhadap murid. Jelas ini semua ini telah melanggar etika sebagi seorang guru.

Keperibadian dan sikap negatif ini adalah disebabkan beberapa faktor seperti kurangnya pegangan

agama, bebanan tugas yang berlebihan, kurang motivasi diri dan gangguan emosi.

Selain daripada keperibadian dan sikap guru, guru turut dibebani dengan tugas yang banyak telah

menyebabkan sesetengah pihak tidak bersetuju dengan pernyataan profesion guru merupakan satu

profesion yang mulia dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Sesetengah pihak mendakwa guru

dihujani dengan tugas yang semakin banyak dan berat. Guru dilihat memikul pelbagai jenis peranan

selain dari tugas utamanya ialah untuk mengajar seperti menjalankan tugas perkeranian. Tugas

perkeranian di sekolah adalah seperti pengurusan buku teks, kegiatan sukan dan kokurikulum dan

sebagainya. Ini memperlihatkan bahawa guru perlu menanggung bebanan tugas di luar bidang tugas

sebagai seorang guru. Peningkatan bebanan tugas ini akan memberi impak kepada kualiti pengajaran

guru dalam bilik darjah. Memetik laporan Berita Harian bertarikh 1 April 2010 yang bertajuk “Seksa

jadi guru”, penulis Khairul Azran Hussin mengupas isu tekanan hidup yang ditanggung oleh guru

dengan bebanan tugas yang berlebihan. Laporan tersebut turut menyatakan bahawa sebuah

jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengkaji bebanan yang berlebihan tugas yang tanggung oleh

guru seperti pentadbiran dan perkeranian. Ini jelas menunjukkan bahawa guru pada masa kini sangat

dibebani dengan tugas yang banyak selain daripada tanggungjawab utama adalah untuk mengajar.

Tugas utama guru ialah untuk menyampaikan ilmu yakni mengajar. Namun terdapat sesetengah

guru bukan sahaja melakukan tugas sebagai guru malah turut melakukan kerja sambilan bagi

memperoleh pendapatan sampingan. Kerja sambilan yang dilakukan oleh guru ini telah menyebabkan

ada pihak yang tidak bersetuju dengan pernyataan jawatan guru dianggap sebagai satu jawatan mulia

dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Menurut Suhaimi dan Norasmah (2014), pekerjaan sambilan

ialah cara untuk pendapatan walaupun seseorang itu sudah mempunyai pendapatan yang tetap. Guru

yang menjalankan kerja sambilan semestinya mempunyai alasan mereka yang tersendiri. Pastinya,

pekerjaan sambilan tersebut dapat membantu mereka menambah pendapatan bulanan yang sedia ada.

Namun, mereka perlu ingat bahawa pekerjaan utama mereka ialah menjadi guru dan tanggungjawab

guru ialah mengajar. Terdapat pelbagai jenis pekerjaan sambilan yang dilakukan oleh guru tetapi yang

paling biasa didengar oleh masyarakat ialah menjalankan perniagaan.

Page 4: GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA

Kesimpulannya, jawatan guru dianggap sebagai satu jawatan mulia dan dipandang tinggi oleh

masyarakat mempunyai pro dan kontranya. Namun secara keseluruhannya, guru berperanan untuk

mendidik anak bangsa. Guru yang berkualiti sangat diperlukan negara kerana tanpa guru maka

tiadalah profesion seperti doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Ini dapat ditonjolkan dengan

usaha kerajaan untuk melahirkan guru yang berkuaiti dan memastikan mereka terus kekal berkualiti

sepanjang tempoh perkhidmatan. Pentingnya guru berkualiti ibarat kata pepatah, seorang doktor yang

gagal akan memusnahkan seorang pesakitnya tetapi seorang seorang guru yang gagal akan

memusnahkan seluruh generasinya.

Page 5: GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA

Rujukan

Berita Harian. 2010. Seksa jadi guru. 1 April

Mohd Suhaimi & Norasmah. 2014. Aktiviti kerja sampingan dan kesan ke atas komitmen guru bekerja sampingan mengikut persepsi guru. Sains Humanika, 3 (1): 31-36

Norashid & Hamzah. 2014. Beban tugas dan motivasi pengajaran guru di sekolah menengah daerah Ranau. Jurnal Pemikir Pendidikan, 5: 35-57

Sinar Harian. 2015. Pelajar nyaris buta dirotan guru. 20 Mei

Shahabuddin Noor Shafrin, Haslinda. 2013. Modul memperkasa sahsiah waja diri pelajar abad ke-21. Siri Pendidikan. Penerbitan PTS Akademia