guru dan kedaulatan negara

10
Disediakan Oleh: SITI NORHAFIZA ZAKARIA WAN ZULFARIZA WAN ZAULKFLI YUSMAINI MAMAT YUSOF PAI 5

Upload: fariza-zulkifli

Post on 22-Jun-2015

4.085 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Guru Dan Kedaulatan Negara

Disediakan Oleh:

SITI NORHAFIZA ZAKARIAWAN ZULFARIZA WAN

ZAULKFLIYUSMAINI MAMAT YUSOF

PAI 5

Page 2: Guru Dan Kedaulatan Negara

KEMERDEKAAN

Kamus Dewan :• Kemerdekaan - Bebas daripada kurungan, tuntutan, tebusan

dan naungan.

Makna Lain :• Sebuah negara yang bebas daripada penjajah samada dari

sesuatu bangsa atau negara asing.• Negara tersebut dapat berdiri dengan sendiri atau tidak

bergantung dengan mana-mana negara asing yang menjajahnya, samada dari segi ekonomi, politik, sosial dan ideologi.

Page 3: Guru Dan Kedaulatan Negara

KEDAULATAN Kamus Dewan :

• Kekuasaan yang tertinggi – Kuasa Diraja.• Kuasa Raja-raja Melayu yang diakui oleh Perlembagaan.• Berkuasa atau berhak sepenuhnya ke atas urusan atau pemerintahan

sendiri ( negara yang merdeka ).

Makna Lain :• Kedaulatan tidak boleh diganggu oleh negara lain.• Kedaulatan negara boleh dipertahankan dengan penguatkuasaan

undang-undang bertujuan melindungi dan memajukan kepentingan-kepentingan negara seperti keselamatan dan kesejahteraan ,geografi dan alam sekitar serta ekonomi negara.

• Undang-undang ini boleh dicapai dengan cara :Mengadakan hubungan yang baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi.Memajukan ekonomi negara dengan memberi kemahiran yang tinggi dan pelbagai kepada rakyat.

Page 4: Guru Dan Kedaulatan Negara

POLITIK

• Memberi kestabilan pengurusan pentadbiran tempatan tanpa gangguan.

• Rakyat tempatan berkuasa untuk menggubal undang-undang dan perlembagaan sendiri mengikut acuan yang dikehendaki.

• Pihak yang mentadbir dan memegang jawatan dalam kerajaan terdiri daripada orang tempatan sendiri.

• Dapat menubuhkan sistem pemerintahan yang adil dengan pelaksanaan demokrasi tanpa menyisihkan mana-mana kelompok kerana berbeza keturunan dan kepercayaan.

• Pentadbiran tempatan boleh menjaga kepentingan tertentu yang berkaitan dengan kepentingan rakyat seperti undang-undang pencerobohan laut dan darat.

Page 5: Guru Dan Kedaulatan Negara

EKONOMI

Memberi kelebihan kepada rakyat dan kerajaan tempatan menguasai peluang-peluang perniagaan secara menyeluruh tanpa dikuasai oleh penjajah.

Rakyat tempatan berpeluang menikmati hasil bumi tanpa halangan.

Kerajaan boleh meluaskan pasaran ekonomi ke seluruh negara pilihan.

Menjamin terbentuknya negara yang adil ekonominya serta menjamin pengagihan kekayaan ekonomi diberi secara adil.

Melahirkan rakyat yang mahir dan cekap dalam perancangan dan pengeluaran ekonomi.

Rakyat dapat memberi sumbangan terhadap kamajuan serta perkembangan ekonomi.

Page 6: Guru Dan Kedaulatan Negara

SOSIAL

Boleh memupuk semangat taat setia rakyat terhadap negara.

Boleh memberi kebebasan kepada rakyat untuk mengamalkan cara hidup masing-masing tanpa larangan.

Dapat melahirkan generasi yang memahami warisan, budaya dan nilai- nilai serta amalan sosial bangsa lain.

Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab terhadap satu sama lain.

Dapat memajukan diri sendiri dari segi sahsiah.

Page 7: Guru Dan Kedaulatan Negara

PERANAN GURU DALAM MEMELIHARA KEDAULATAN PERANAN GURU DALAM MEMELIHARA KEDAULATAN NEGARANEGARA

Dapat mengintegrasikan prinsip kepercayaan kepada Tuhan dalam semua pelajaran yang diajarnya agar dapat menghalang pertumbuhan fahaman kebaratan.

Dari aspek sahsiah, guru perlu membentuk murid menjadi individu yang serius dalam setiap usaha, kreatif dan berdisiplin agar tidak ada pihak yang dapat merendah-rendah diri murid tersebut.

Guru perlu memupuk toleransi dan kerjasama di kalangan murid di samping menanam budaya harmonis agar sukar untuk musuh memecah-belahkan mereka.

Guru perlu berusaha menjamin perpaduan kaum dengan melaksanakan KBSR,KBSM serta menjalankan aktiviti yang sesuai dengan perpaduan

Page 8: Guru Dan Kedaulatan Negara

.

- Guru perlu memberi tumpuan kepada pembangunan sikap cinta dan setia kepada negara. Bertujuan bagi melahirkan rakyat yang sanggup berkorban dan berbakti demi mempertahankan agama, bangsa dan negara.

- Dari aspek global pula, guru perlu membina rangkaian dengan guru-guru lain di serata dunia bagi mencari sesuatu yang baru untuk memupuk kecintaan rakyat kepada negara.

- Guru perlu menerapkan kepada pelajar pembinaan akidah, agama dan akhlak kepada murid agar berpegang kuat dengan agama supaya menyukarkan pihak tertentu mengunakan taktik agama untuk menjajah.

Page 9: Guru Dan Kedaulatan Negara

• Guru perlu memperbanyakkan pendedahan tentang sejarah kemerdekaan dan kedaulatan negara.

• Guru perlu memberi kemahiran yang tinggi kepada murid untuk melahirkan warganegara yang berkemahiran setanding dengan negara lain.

• Guru perlu memperbanyakkan pendedahan tentang sejarah kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Page 10: Guru Dan Kedaulatan Negara

Sekian Terima Kasih