gotong-royong

11
Semangat gotong-royong di kalangan masyarakat pada hari ini semakin luntur. Cadangkan langkah-langkah yang dapat diambil untuk mengembalikan semangat berkenaan .. Amalan gotong-royong merupakan suatu tradisi yang diperturunkan daripada nenek moyang kita. Bergotong-royong bermaksud melakukan sesuatu pekerjaan secara beramai-ramai dan secara sukarela. Pada zaman dahulu kala, semangat gotong-royong adalah begitu kental. Seluruh masyarakat kampung akan menghulurkan pertolongan, tidak kira sama ada kematian, kenduri-kendara, musim menanam dan menuai atau semasa mendirikan rumah. Namun, semangat gotong-royong dikatakan kian luntur selaras dengan perubahan waktu. Salah satu sebabnya dikaitkan dengan masyarakat kini yang lebih bersifat materialistik. Pada zaman nenek moyang kita, sesuatu kerja dapat dilakukan secara bersama dan bermuafakat dengan tidak terbabit perhitungan upah atau kewangan. Tetapi pada zaman moden kini, setiap sesuatu perkerjaan, usaha dan kegiatan dikaitkan dengan konsep upah. Masyarakat moden sentiasa mengejar kemajuan. Kemajuan pula dikaitkan dengan kebendaan. Umumnya aspek kerjasama dan semangat gotong-royong tidak mendapat perhatian daripada anggota-anggota masyarakat. Untuk mengikis gejala yang kurang sihat ini, kempen kebersihan merupakan salah satu langkah yang boleh mengembalikan semangat gotong-royong. Jika projek gotong-royong membersihkan kewasan sekitar anda diadakan masalah kebersihan dapat ditangani dalam hanya beberapa jam sahaja, di samping membersihkan kawasan sekitar, penduduk-penduduk dapat mengeratkan perhubungan dengan kempen yang bermakna ini. Kempen ini juga boleh membuktikan bahawa perhubungan dan kerjasama di kalangan penduduk kental dan mantap. dengan penjalanan projek kempen kebersihan, mestilah semangat gotong-royong dapat dihidupkan semula di kalangan masyarakat kini. Di samping itu, pelancaran projek Rukun Tetangga juga merupakan salah satu langkah yang boleh dijalankan bagi membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Rukun Tetangga memainkan peranan penting dalam sesebuah komuniti bukan saja sebagai saluran mengeratkan perpaduan antara penduduk berbilang kaum serta agama malah ejen perubahan dan kemajuan masyarakat. Skim Rukun Tetangga juga boleh diperluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan di dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan. Sektor Rukun Tetangga turut berperanan dalam usaha memupuk persefahaman dan perpaduan kaum terutama di kalangan remaja yang banyak dilaksanakan menerusi program Jiran Muda di bawah kelolaan Jabatan Perpaduan Negara Daerah. Kejadian jenayah waktu malam dapat dikurangkan menerusi rondaan yang dijalankan oleh sektor Rukun Tetangga di beberapa kawasan perumahan terutama di kawasan bandar. Projek Rukun Tetangga ini juga membolehkan penduduk-penduduk menganjuran aktiviti-aktiviti di dalam komuniti mereka. Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan diperingkat akar umbi di antara pemimpin dengan rakyat dan di antara rakyat pelbagai keturunan, adat dan budaya. Dengan projek yang bermakna ini, tentulah amalan gotong-royong ini dapat dipupuk dan diperturunkan.

Upload: tikahradzi

Post on 26-Oct-2015

3.107 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

Page 1: GOTONG-ROYONG

Semangat gotong-royong di kalangan masyarakat pada hari ini semakin luntur. Cadangkan langkah-langkah yang dapat diambil untuk mengembalikan semangat berkenaan ..

Amalan gotong-royong merupakan suatu tradisi yang diperturunkan daripada nenek moyang kita. Bergotong-royong bermaksud melakukan sesuatu pekerjaan secara beramai-ramai dan secara sukarela. Pada zaman dahulu kala, semangat gotong-royong adalah begitu kental. Seluruh masyarakat kampung akan menghulurkan pertolongan, tidak kira sama ada kematian, kenduri-kendara, musim menanam dan menuai atau semasa mendirikan rumah.

Namun, semangat gotong-royong dikatakan kian luntur selaras dengan perubahan waktu. Salah satu sebabnya dikaitkan dengan masyarakat kini yang lebih bersifat materialistik. Pada zaman nenek moyang kita, sesuatu kerja dapat dilakukan secara bersama dan bermuafakat dengan tidak terbabit perhitungan upah atau kewangan. Tetapi pada zaman moden kini, setiap sesuatu perkerjaan, usaha dan kegiatan dikaitkan dengan konsep upah.

Masyarakat moden sentiasa mengejar kemajuan. Kemajuan pula dikaitkan dengan kebendaan. Umumnya aspek kerjasama dan semangat gotong-royong tidak mendapat perhatian daripada anggota-anggota masyarakat. Untuk mengikis gejala yang kurang sihat ini, kempen kebersihan merupakan salah satu langkah yang boleh mengembalikan semangat gotong-royong. Jika projek gotong-royong membersihkan kewasan sekitar anda diadakan masalah kebersihan dapat ditangani dalam hanya beberapa jam sahaja, di samping membersihkan kawasan sekitar, penduduk-penduduk dapat mengeratkan perhubungan dengan kempen yang bermakna ini. Kempen ini juga boleh membuktikan bahawa perhubungan dan kerjasama di kalangan penduduk kental dan mantap. dengan penjalanan projek kempen kebersihan, mestilah semangat gotong-royong dapat dihidupkan semula di kalangan masyarakat kini.

Di samping itu, pelancaran projek Rukun Tetangga juga merupakan salah satu langkah yang boleh dijalankan bagi membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Rukun Tetangga memainkan peranan penting dalam sesebuah komuniti bukan saja sebagai saluran mengeratkan perpaduan antara penduduk berbilang kaum serta agama malah ejen perubahan dan kemajuan masyarakat. Skim Rukun Tetangga juga boleh diperluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan di dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan. Sektor Rukun Tetangga turut berperanan dalam usaha memupuk persefahaman dan perpaduan kaum terutama di kalangan remaja yang banyak dilaksanakan menerusi program Jiran Muda di bawah kelolaan Jabatan Perpaduan Negara Daerah. Kejadian jenayah waktu malam dapat dikurangkan menerusi rondaan yang dijalankan oleh sektor Rukun Tetangga di beberapa kawasan perumahan terutama di kawasan bandar. Projek Rukun Tetangga ini juga membolehkan penduduk-penduduk menganjuran aktiviti-aktiviti di dalam komuniti mereka. Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam

Page 2: GOTONG-ROYONG

menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan diperingkat akar umbi di antara pemimpin dengan rakyat dan di antara rakyat pelbagai keturunan, adat dan budaya. Dengan projek yang bermakna ini, tentulah amalan gotong-royong ini dapat dipupuk dan diperturunkan.

Selain daripada itu, konsep Jiran Sepakat Membawa Berkat pula membolehkan rakyat-rakyat mengetahui pentingnya masyarakat mengamalkan semangat kejiranan, khususnya di kawasan perumahan. Semangat kejiranan semakin terhakis terutama pada golongan yang lebih menjurus urusan keduniaan. Masyarakat hari ini asyik bekerja siang dan malam, maka ketiadaan masa hendak berjiran, malah kebanyakan lebihmementingkan isu menambah pendapatan. Keutamaan hari ini sudah berubah berbanding masa dahulu. Kepentingan berjiran tidak ada kerana kita tidak nampak kesan baik didepan mata sebaliknya, masyarakat lebih suka pada apa yang mereka nampak. Jadi, pelancaran konsep Jiran Sepakat Membawa Berkat adalah untuk menyedarkan kita bahawa Semangat kejiranan itu perlu dipupuk semua lapisan masyarakat tanpamengira sama ada mereka tinggal di rumah teres, rumah pangsa, setinggan,bandar atau di desa. Dengan menyebarkan konsep Jiran Sepakat Membawa Berkat, memanglah semangat kejiranan dapat diperkenalkan kepada rakyat-rakyat kita, secara tidak langsung, semangat gotong-royong juga dapat dipupuk.

Untuk meningkatkan semangat semangat gotong-royong, langkah-langkah lain seperti Pertingkat kempen semangat gotong-royong menerusi media juga merupakan langkah yang berkesan. Media merupakan satu saluran yang sangat penting dalam memberikan maklumat kepada masyarakat. Ia juga mempunyai pengaruh yang kuat dalam memberi maklumat parti dan juga kerajaan kepada masyarakat. Menerusi saluran media, semangat gotong-royong boleh disampaikan kepada kita secara terus. Selain memperkenalkan konsep-konsep yang boleh meningkatkan semangat gotong-royong, penyediaan kemudahan untuk penduduk beriadah atau berehat di luar rumah seperti taman permainan, dewan atau surau penting untuk mengeratkan hubungan-hubungan antara penduduk-penduduk. Dengan mempunyai komunikasi yang baik di antara penduduk, semangat gotong-royong senang dipupuk juga.

Dengan langkah-langkah yang dicadangkan di atas, semoga semangat gotong-royong ini dapat dihidupkan semula di kalangan masyarakat kini.

Prihatin Terhadap Budaya Gotong Royong yang Semakin Memudar

Beberapa pekan lalu tepatnya tanggal 3 Mei 2012, Pemerintah Kabupaten Grobogan melakukan kegiatan pencanangan Bulan Bhakti Gotong Royong Masyarakat (BBGRM) ke 9 yang diselenggarakan bersamaan dengan Peringatan Hari Kesatuan Gerak (HKG) PKK ke-40 di Desa Kramat kecamatan Penawangan Kabupaten Grobogan.

Pada acara tersebut, Wakil Bupati Grobogan menyampaikan dalam sambutannya bahwa kegiatan pencanangan Bulan Bhakti Gotong Royong Masyarakat (BBGRM) ke 9 tersebut merupakan salah satu momentum untuk memecahkan permasalahan dengan memberdayakan masyarakat dalam rangka

Page 3: GOTONG-ROYONG

membangun bersama antara pemerintah, masyarakat dan para pemangku kepentingan dengan mengedepankan semangat gotong royong dalam rangka menuju terciptanya kemandirian bangsa yang sejahtera baik lahir maupun batin yang dilandasi dengan iman dan takwa.

Selaras dengan tema peringatan tahun ini yaitu ” Melalui bulan Bhakti Gotong Royong Masyarakat dan Hari Kesatuan Gerak PKK kita tingkatkan semangat persatuan dan kesatuan serta partisipasi Masyarakat menuju Kemandirian Bangsa ” tersebut, oleh Wakil Bupati Grobogan dalam sambutannya juga menyampaikan bahwa upaya menyukseskan program pemberdayaan melalui akses informasi dan memotivasi masyarakat dalam memanfaatkan sumber daya lokal harus dilandasi dengan semangat kegotong-royongan. Selain itu gagasan untuk lebih menggelorakan semangat gotong royong dan keswadayaan masyarakat dalam pembangunan lebih didasari pada peningkatan kepedulian dan peran aktif masyarakat dalam pembangunan berlandaskan semangat gotong royong dan swadaya yang merupakan sistem budaya yang telah menyatu didalam kehidupan masyarakat kita agar masyarakat memiliki dan tanggung jawab dalam melaksanakan dan memanfaatkan hasil-hasil pembangunan. Dalam kesempatan yang sama pada acara tersebut oleh Ketua Tim Penggerak PKK Grobogan, Dyah Bambang Pudjiono, S.E juga menyampaikan bahwa BBGRM dan HKD PKK lebih ditujukan untuk menjaga kegotong royongan yang kini dirasa mulai pudar. Selain itu, meningkatkan kemitraan antara masyarakat dan pemerintah dalam pelaksanaan pembangunan, serta membangun rasa memiliki dan rasa tanggung jawab masyarakat terhadap hasil pembangunan dan pemerataan pembangunan.

Selanjutnya berdasarkan kegiatan pencanangan BBGRM tersebut serta sambutan Wakil Bupati Grobogan maupun sambutan Ketua Tim Penggerak PKK Grobogan tersebut, melalui tulisan ini akan mencoba memaknai dengan sedikit mengulas untuk mencari apa yang menjadi penyebab memudarnya budaya gotong royong pada masyakat kita saat ini. Untuk menjadi pemahaman kita bersama kita akui atau tidak bahwa bangsa Indonesia ini dapat melepaskan diri dari cengkaraman penjajah adalah melalui gotong royong. Bangsa Indonesia ini dapat tumbuh dan berkembang menjadi bangsa yang besar adalah melalui gotong royong. Sehingga budaya gotong royong telah menjadi tradisi sebagai budaya warisan lelulur yang menjadi ciri khas bangsa Indonesia.

Namun sejalan dengan perkembangan jaman, menurut analisis kami semenjak faham modernisasi dan globalisasi melahirkan corak kehidupan yang sangat kompleks yang tanpa disadari semakin derasnya arus informasi, modernisasi dan globalisasi, lambat laun budaya gotong royong mulai memudar. Karena mau tidak mau suka tidak suka dapat kita rasakan bersama bangsa ini mulai kehilangan kepribadiannya sebagai bangsa yang kaya akan unsur budaya yang salah satunya adalah budaya gotong royong. Contoh riil yang sekarang ini sudah sulit kita lihat misalnya apabila dahulu kita masih menjumpai masih adanya budaya gotong royong dalam mata pencarian pertanian tradisional dimana ketika orang menggarap tanah, mereka memerlukan tenaga kerja yang banyak untuk mencangkul tanah, menanam benih, mengatur saluran air, memupuk tanaman dan menyiangi tanaman.. Demikian juga pada saat musim panen tiba. Warga masyarakat itu bergotong royong memetik padi, mengeringkannya, serta memasukkannya ke dalam lumbung. Contoh lain misalnya gotong royong mendirikan rumah (sambatan bahas jawa), kerja bakti membersihkan desa (gugur gunung dalam bahasa jawa) mulai sekarang ini sudah mulai tidak pernah kita jumpai dalam masyarakat kita.

Kondisi riil dalam kehidupan sehari-hari kehidupan ekonomi misalnya, yang semula masyarakat pedesaan sebagian besar pada sektor pertanian, setelah masuknya masa industrialisasi, semangat

Page 4: GOTONG-ROYONG

gotong royong masyarakat berkurang, hal ini disebabkan karena masyarakat sekarang cenderung besifat individualistis, sehingga ada anggapan umum ” hidup bebas asal tidak mengganggu kehidupan orang lain”. Kondisi riil lainnya seperti pola pikir agamis yang menjadi ciri bangsa berketuhanan, sekarang ini semakin tergeser oleh pola pikir materialis yang mengukur dan menilai sesuatu berdasarkan nilai material. Dalam kehidupan bernegara pun masyarakat kita yang dulunya menjunjung tinggi budaya musyawarah untuk mencapai mufakat sebagai metode mengambil keputusan, kini hanya mementingkan golongan sebagai pimpinan partai politik saja.

Akhirnya berdasar dari kondisi riil tersebut diatas hingga banyak orang sering mengatakan bahwa budaya gotong royong masyakat kita mulai memudar dapat saya maknai sebagai sebuah keprihatinan yang sangat mendalam. Karena menurut analisis kami semua itu terjadi karena bangsa Indonesia sudah jauh melupakan sejarah. Padahal sejarah adalah hukum yang kelak akan menguasai kehidupan manusia. Para pendiri bangsa ini pernah berpesan ”Jangan Sekali-kali Melupakan Sejarah”, karena sejarah sebagai cermin untuk melangkah kedepan. Mempelajari sejarah, bukan berarti kembali ke masa yang lampau, akan tetapi sejauh mana kita bisa mengambil makna dari kehidupan pendahulu-pendahulu kita untuk bisa menjadi penerus dalam membangun kehidupan bangsa ini.

Fenomena yang terjadi saat ini, salah satunya merupakan dampak karena kita tidak pernah mempelajari sejarah. Lihat bagaimana masalah suatu partai politik (parpol) saat ini, seolah-olah menjadi masalah seluruh rakyat Indonesia, padahal bangsa dan Negara Indonesia tidak dibangun dengan parpol. Bangsa ini dibangun dengan komitmen untuk mengangkat harkat dan martabat hidup rakyat Indonesia terbebas dari belenggu penjajahan. Contoh misalnya melaui momentum Sumpah Pemuda sebagai hari lahirnya bangsa Indonesia, dengan komitmen pemuda dari Sabang sampai Merauke yang menyatakan bertanah air satu, berbangsa satu yaitu bangsa Indoensia serta menjunjung bahasa persatuan yaitu bahasa Indonesia

Hal ini menunjukkan bahwa perjuangan bangsa ini sangat mengedapnkan prinsip gotong-royong sebagai suatu komitmen untuk mencapai cita-cita sebagai bangsa yang merdeka. Menurut kami apabila prinsip ini dijalankan maka tidak ada pertentangan yang mengarah pada perpecahan. Musyawarah yang dijalankan secara kekeluargaan dan terbangun dengan suasana kegotong-royongan akan menghasilkan permufakatan yang akan dijalankan bersama-sama. Dengan budaya gotong royong diharapkan yang akan memberikan pembelajaran kepada kita semua. Bagaimana kita belajar saling menghormati, menghargai pendapat orang lain, bersikap objektif, tidak berburuk sangka dan tidak melecehkan antara satu dengan yang lainnya, saling memberikan ilmu dan saling tolong menolong merupakan cerminan sikap kekeluargaan yang terbangun dengan sikap gotong-royong. Selanjutnya diakhir ulasan ini, untuk membangun dan memotivasi kembalu semangat gotong royong tentunya tidak hanya sebatas seremonial seperti diperingati dan dicanangkan saja. Akan tetapi pemerintah perlu melakukan pendekatan kepada seluruh elemen masyarakat untuk dibimbing, dimotivasi dan difasilitasi secara bertahap melalui program-program pembangunan agar jatidiri nilai-nilai semangat gotong royong dapat terbangun kembali. ( Disarikan dari berbagai sumber ).

Pentingnya Hidup ber-Gotong Royong

Page 5: GOTONG-ROYONG

Gotong royong adalah suatu kegiatan yang dilakukan secara bersama-sama dan bersifat suka rela agar kegiatan yang dikerjakan dapat berjalan dengan lancar, mudah dan ringan. Budaya gotong royong sebenarnya sudah lama ada, bahkan sebelum bangsa Indonesia merdeka Contoh kegiatan yang dapat dilakukan secara bergotong royong antara lain pembangunan fasilitas umum dan membersihkan lingkungan sekitar, misalnya seperti perbaikan jalan, pembangunan rumah peribadatan misalnya Mushola, membersihkan lingkungan sekitar tempat tinggal.

Sikap gotong royong itu seharusnya dimiliki oleh seluruh elemen atau lapisan masyarakat yang ada di pedesaan maupun di kota besar. Karena, dengan adanya kesadaran setiap elemen atau lapisan masyarakat melakukan setiap kegiatan dengan cara bergotong royong. Dengan demikian segala sesuatu yang akan dikerjakan dapat lebih mudah dan cepat diselesaikan dan pastinya pembangunan di daerah tersebut akan semakin lancar dan maju. Bukan itu saja, tetapi dengan adanya kesadaran setiap elemen atau lapisan masyarakat dalam menerapkan perilaku gotong royong maka hubungan persaudaraan atau silaturahim akan semakin erat.

Dibandingkan dengan cara individualisme yang mementingkan diri sendiri maka akan memperlambat pembangunan di suatu daerah. Karena individualisme itu dapat menimbulkan keserakahan dan kesenjangan social diantara masyarakat di kota tersebut.

Perubahan ekonomi Indonesia , mengakibatkan modal asing dan liberalisasi masuk kedalam kebudayaan bangsa Indonesia. Nilai-nilai budaya mulai dengan deras masuk dan menjadi bagian dari hidup masyarakat Indonesia. Kehidupan perekonomian masyarakat berangsur-angsur berubah dari ekonomi agraris ke industri. Indusri berkembang maju dan pada zaman sekarang tatanan kehidupan lebih banyak didasarkan pada pertimbangan ekonomi, sehingga bersifat materialistik. Maka nilai kegotong royongan pada masyarakat telah memudar.

Di dalam masyarakat pedesaan, gotong royong masih diterapkan, sedangkan di dalam masyarakat perkotaan gotong royong sudah mulai pudar. Di pedesaan kita masih dapat melihat masyarakat yang bekerjasama dalam pembangunan daerahnya, dari hal ini terlihat betapa tingginya rasa sosialis dan solidaritasnya. Hal ini berbanding terbalik dengan masyarakat perkotaan. Banyak masyarakat perkotaan yang tidak lagi menerapkan budaya gotong royong, mereka kebanyakan hidup lebih individualis. Jika di kota besar, tetangga yang jarak rumahnya 10 rumah saja dari rumahny, mereka sudah tidak saling mengenal. Bagaimana mereka bias saling kenal, toh juga interaksi mereka kurang, disinilah terlihat betapa pentingnya penerapan budaya gotong royong itu. Dari hanya bekerjasama dalam membersihkan lingkungan saja mereka sebenarnya dapat saling mengenal dan memupuk rasa persaudaraan diantara warga masyarakat.

Berbeda lagi dengan kasus para pejabat tinggi yang tidak bertanggung jawab, mereka dengan seenaknya merampas hak yang sebenarnya bukan merupakan hak mereka, mereka berlomba-lomba bergotong royong melakukan korupsi. Jika hal yang seperti ini terus dibudayakan bagaimana nasib bangsa dan Negara kita ???

Page 6: GOTONG-ROYONG

Faktor – faktoryang menyebabkan mulai kurangnya sikap gotong royong :

- Kurangnya kesadaran warga tentang pentingnya gotong royong

- Kurangnya peran serta elemen atau lapisan masyarakat

- Kurangnya dukungan dari pemerintah

- Pengaruh budaya luar yang individualis dan materialis

Dampak yang akan terjadi:

- Memudarnya penerapan gotong royong masyarakat perkotaan

- Timbulnya kesenjangan antar elemen masyarakat .

Semangat gotong-royong kurang diamalkan oleh masyarakat Melayu Singapura sekarang. Bincangkan.

“Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Itulah perbahasa Melayu yang seringkali diungkap oleh neenek moyang kita. Namun demikian, peribahasa ini seakan-akan sudah diluput dek zaman. Semangat gotong-royong yang diamalkan oleh nenek moyang kita semakin berkurangan dan tidak bermaya. Apakah punca-punca yang menyebabkan masyarakat Melayu meningglkan amalan tradisi ini?

Sebelum menganalisa faktor-faktor yang mendorong masyarakat malayu Singapura kurang mengamalkan semangat gotong-royong, mari kita mentakrifkan perkataan ‘gotong-royong’. Gotong-royong boleh ditakrifkan sebagai perbuatan tolong-menolong dan kerja bersama-sama. Semangat gotong-royong ini merupakan aktiviti masyarakat yang tinggi nilainya. Individu yang masih mengamalkan aktiviti ini sanggup mengorbankan dirinya demi masyarakat. Walaupun aktiviti itu mulia dari segi nilai, semangat gotong-royong ini agak berkurangan di dalam masyarakat Melayu Singapura. Kenapa hal ini berlaku?

Salah satu faktor yang menyebabkan masayarakat melayu Singapura kurang mengamalakan gotaong-royong ialah kekurangan masa. Di Singapura. Fakto mas penting dalam kehidupan seharian. Ini kerana ramai masyarakat Singapura menghabiskan sebahagian besar dari masanya bekerja untuk mencari rezeki. Masyarakat Melayu Singapura, walaupun hanya kaum minoriti, harus mengikut rentak rakyat Singapura bekerja. Jika masyarakat Melayu tidak mengejar masa, mereka sendiri akan rugi. Ini kerana persaingan di Singapura amat sengit. Oleh kerana masyarakat Melayu Singapura mahu memetingkan masa, nilai gotong-royong yang selama ini menjadi kebanggaan mereka akan diabaikan. Ini kerana kegiatan bergotong-royong ini memerlukan banyak masa. Contohnya, membuat kueh secara beramai-ramai. Membuat kueh raya secara beramai-ramai ini mengambil masa yang banyak. Oleh itu, tidak ramai masyarakat Melayu Singapura mengamalkan gotong-royong kerana kesempitan masa. Pada mereka, banyak lagi aktiviti-aktiviti lain berfaedah yang harus diamalkan dalam masa yang sempit.

Page 7: GOTONG-ROYONG

Selain daripada itu, bantuan teknologi juga mendorong masyarakat Melayu Singapura kurang mengamalkan gotong-royong. Dengan bantuan teknologi, setiap aktiviti atau pekerjaan boleh dilakukan secara ringkas dan mudah. Jika dahulu, masyarakat Melayu Singapura menggunakan tenaga manusia untuk menebas hutan, kini mereka hanya memerlukan jentolak. Jika dahulu kita menggunakan khidmat kendarat untuk menghidangkan makanan di majlis perkahwinan, kini mereka menggunakan cara bufet

Selanjutnya, cara bekerja juga mendorong masyarakat Melayu Singapura kurang mangamalkan semangat gotong-royong. Kini masyarakat Melayu dipengarauhi oleh budaya kapitalisme. Budaya ini mementingkan kebendaan, bayaran dan ganjaran. Oleh itu, setiap pekerjaan yang dibuat haruslah diberi ganjaran. Nilai ini bertentangan dengan nialai gotong-royong. Nilai gotong-royong ini menggalakkan seseorang itu berkorban masa dan tenaga dengan tujuan membantu dan beramal. Namun demikian, masa dan keadaan tidak menggalakkan masyarakat melayu untuk bergotong-royong.

Seturusnya, persepsi hidup generasi muda juga mematikan semangat gotong-royong. Persepsi hidup generasi muda kini terpengaruh dengan budaya di sekolah yang mengmalakan meritokrasi. Menerusi meritokrasi, generasi muda lebih angkuh dan locek. Mereka lebih gemar berdikari dan tidak suka menolong orang lain kerana persaingan.Ini secara tidak langsung mematikan semangat gotong-royong.

Akhir sekali, sistem perumahan di Singapura. Di Singapura, pemerintah telah mengadakan kuota pada setiap rumah flat. Oleh disebabkan itu, jumlah masyarakat melayu yang berkelompok semakin berkurangan. Ditambah pula dengan mayarakat Melalyu yang hidup berjauhan dengan saudara-mara. Oleh itu, tidak mudah bagi mereka untuk mengamalkan aktiviti gotong-royong seperti kenduri dan majlis persandingan. Struktur perumahan juga sempit dan terhad. Ia tidak dapat menampung ramai orang untuk mengadakan kegiatan gotong-royong di dalam sesuatu masa yang singkat..

Semangat gotong-royong kurang diamalkan oleh masyarakat Melayu Singapura sekarang. Bincangkan.

“Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Itulah perbahasa Melayu yang seringkali diungkap oleh neenek moyang kita. Namun demikian, peribahasa ini seakan-akan sudah diluput dek zaman. Semangat gotong-royong yang diamalkan oleh nenek moyang kita semakin berkurangan dan tidak bermaya. Apakah punca-punca yang menyebabkan masyarakat Melayu meningglkan amalan tradisi ini?

Sebelum menganalisa faktor-faktor yang mendorong masyarakat malayu Singapura kurang mengamalkan semangat gotong-royong, mari kita mentakrifkan perkataan ‘gotong-royong’. Gotong-royong boleh ditakrifkan sebagai perbuatan tolong-menolong dan kerja bersama-sama. Semangat gotong-royong ini merupakan aktiviti masyarakat yang tinggi nilainya. Individu yang masih mengamalkan aktiviti ini sanggup mengorbankan dirinya demi masyarakat. Walaupun

Page 8: GOTONG-ROYONG

aktiviti itu mulia dari segi nilai, semangat gotong-royong ini agak berkurangan di dalam masyarakat Melayu Singapura. Kenapa hal ini berlaku?

Salah satu faktor yang menyebabkan masayarakat melayu Singapura kurang mengamalakan gotaong-royong ialah kekurangan masa. Di Singapura. Fakto mas penting dalam kehidupan seharian. Ini kerana ramai masyarakat Singapura menghabiskan sebahagian besar dari masanya bekerja untuk mencari rezeki. Masyarakat Melayu Singapura, walaupun hanya kaum minoriti, harus mengikut rentak rakyat Singapura bekerja. Jika masyarakat Melayu tidak mengejar masa, mereka sendiri akan rugi. Ini kerana persaingan di Singapura amat sengit. Oleh kerana masyarakat Melayu Singapura mahu memetingkan masa, nilai gotong-royong yang selama ini menjadi kebanggaan mereka akan diabaikan. Ini kerana kegiatan bergotong-royong ini memerlukan banyak masa. Contohnya, membuat kueh secara beramai-ramai. Membuat kueh raya secara beramai-ramai ini mengambil masa yang banyak. Oleh itu, tidak ramai masyarakat Melayu Singapura mengamalkan gotong-royong kerana kesempitan masa. Pada mereka, banyak lagi aktiviti-aktiviti lain berfaedah yang harus diamalkan dalam masa yang sempit.

Selain daripada itu, bantuan teknologi juga mendorong masyarakat Melayu Singapura kurang mengamalkan gotong-royong. Dengan bantuan teknologi, setiap aktiviti atau pekerjaan boleh dilakukan secara ringkas dan mudah. Jika dahulu, masyarakat Melayu Singapura menggunakan tenaga manusia untuk menebas hutan, kini mereka hanya memerlukan jentolak. Jika dahulu kita menggunakan khidmat kendarat untuk menghidangkan makanan di majlis perkahwinan, kini mereka menggunakan cara bufet

Selanjutnya, cara bekerja juga mendorong masyarakat Melayu Singapura kurang mangamalkan semangat gotong-royong. Kini masyarakat Melayu dipengarauhi oleh budaya kapitalisme. Budaya ini mementingkan kebendaan, bayaran dan ganjaran. Oleh itu, setiap pekerjaan yang dibuat haruslah diberi ganjaran. Nilai ini bertentangan dengan nialai gotong-royong. Nilai gotong-royong ini menggalakkan seseorang itu berkorban masa dan tenaga dengan tujuan membantu dan beramal. Namun demikian, masa dan keadaan tidak menggalakkan masyarakat melayu untuk bergotong-royong.

Seturusnya, persepsi hidup generasi muda juga mematikan semangat gotong-royong. Persepsi hidup generasi muda kini terpengaruh dengan budaya di sekolah yang mengmalakan meritokrasi. Menerusi meritokrasi, generasi muda lebih angkuh dan locek. Mereka lebih gemar berdikari dan tidak suka menolong orang lain kerana persaingan.Ini secara tidak langsung mematikan semangat gotong-royong.

Akhir sekali, sistem perumahan di Singapura. Di Singapura, pemerintah telah mengadakan kuota pada setiap rumah flat. Oleh disebabkan itu, jumlah masyarakat melayu yang berkelompok semakin berkurangan. Ditambah pula dengan mayarakat Melalyu yang hidup berjauhan dengan saudara-mara. Oleh itu, tidak mudah bagi mereka untuk mengamalkan aktiviti gotong-royong seperti kenduri dan majlis persandingan. Struktur perumahan juga sempit dan terhad. Ia tidak dapat menampung ramai orang untuk mengadakan kegiatan gotong-royong di dalam sesuatu masa yang singkat..

Page 9: GOTONG-ROYONG

Amalan gotong-royong masih teguh diamalkan di kalangan

masyarakat di luar bandar berbanding masyarakat di bandar

Posted on 25 Mei, 2009 by admin

Amalan gotong-royong merupakan amalan masyarakat kita yang mengutamakan semangat bekerjasama di antara satu sama lain, bak kata pepatah `berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’.Masyarakat di luar bandar masih teguh mengamalkan gotong-royong kerana masyarakat ini amat mementingkan perpaduan dan nilai tradisi serta suka hidup tolong-menolong dan melakukan kerja secara sukarela. Struktur anggota masyarakat ini yang terdiri daripada saudara-mara sendiri memudahkan lagi amalan ini dilaksanakan. Berdasarkan hal inilah masyarakat tersebut sama-sama menggembleng tenaga dan berkorban masa untuk menjayakan sebarang aktiviti yang dijalankan oleh ahlinya.

Selain itu, hubungan antara jiran masih kukuh dan kemesraan di kalangan penduduk luar bandar lebih terjalin erat. Keadaan sebegini mendorong mereka untuk berkumpul dan berbincang dalam menjayakan sesuatu aktiviti gotong-royong. Dengan adanya keharmonian dan kemesraan di kalangan setiap lapisan masyarakat membolehkan mereka dengan tidak segan-silu meminta bantuan dan pertolongan. Hal ini kerana mereka berpegang kepada hakikat bahawa segala-galanya bertolak daripada sifat manusia sebagai makhluk yang lemah. Oleh itu, kita saling bergantung antara satu sama lain.

Corak petempatan masyarakat di luar bandar juga menyebabkan amalan gotong-royong masih teguh diamalkan. Corak petempatan kampung tradisional yang berselerak di meratarata tempat dan mempunyai kawasan yang luas membolehkan aktiviti gotong-royong dijalankan dengan mudah. Ini berbeza dengan corak petempatan dan masalah kekurangan tanah di bandar yang tidak menggalakkan aktiviti gotong-royong dijalankan.

Masyarakat di bandar lebih berorientasikan pekerjaan berbanding masyarakat di luar bandar. Mereka bekerja dari pagi hingga ke lewat petang dan sesetengahnya pula hingga ke malam. Corak pekerjaan yang sedemikian menyukarkan mereka untuk melibatkan diri dengan aktiviti gotong-royong. Pada hujung minggu pula kebanyakannya menumpukan masa kepada urusan keluarga. Memang tidak dapat dinafikan aktiviti gotong-royong ada dijalankan di bandar, tetapi sambutannya kurang menggalakkan. Mereka lebih gemar mengupah pihak tertentu untuk melakukan kerja yang biasanya dibuat secara bergotongroyong oleh masyarakat luar bandar. Masyarakat di bandar juga lebih bersikap individualistik dan gemar menunjukkan kelebihan masing-masing. Apatah lagi kemewahan dan kesenangan hidup yang dikecapi menyebabkan mereka beranggapan bahawa pertolongan orang lain kurang diperlukan. Mereka berasakan mereka boleh hidup tanpa bergantung kepada orang lain. Sehubungan itu, persepsi masyarakat di bandar mengenai amalan gotong-royong adalah sebagai perkara remeh. Akibatnya, amalan ini semakin terpinggir.

Tahap pembangunan yang kurang pesat di luar bandar berbanding di bandar turut menyebabkan masyarakat di situ lebih memerlukan antara satu sama lain. Mereka menghadapi banyak kepayahan. Lagipun pendapatan mereka tidak sebanyak penghuni bandar. Oleh itu, mereka tidak berkemampuan untuk mengadakan majlis keramaian seperti majlis perkahwinan di hotel atau di dewan tertentu. Mereka juga kurang mampu untuk membuat tempahan makanan yang siap dimasak untuk majlis tersebut. Sebaliknya mereka lebih memerlukan bantuan daripada jiran dan saudara-mara bagi menjayakan sesuatu majlis keramaian itu.

Page 10: GOTONG-ROYONG

Kesimpulannya, amalan gotong-royong di kalangan anggota masyarakat di luar bandar perlu dicontohi oleh penduduk bandar kerana amalan tersebut banyak membawa manfaat bersama. Kesedaran tentang hal ini perlu ditanam di jiwa generasi baru agar tidak luput ditelan zaman.

Amalan Bergotong Royong

      Amalan gotong royong boleh diistilahkan sebagai sesuatu aktiviti atau acara yang dilakukan secara beramai ramai dan secara sukarela yang menitikberatkan aspek bantu membantu tanpa mengira umur dan lapisan masyarakat keseluruhannya.Walaupun konsep bergotong royong ini telah lama dipupuk dalam diri masyarakat Malaysia.amalan semakin dipinggir dan dilupakan disebabkan beberapa faktor.Hal ini haruslah diambil tindakan sewajarnya bagi memastikan amalan ini terus kekal dalam diri masyarakat.

     Walaubagaimanapun,amalan ini semakin kurang mendapat sambutan sebilangan besar masyarakat kini disebabkan beberapa faktor umpamanya kekangan masa yang dihadapi oleh sesetengah masyarakat.Hal ini berlaku disebabkan terlalu sibuk menguruskan pekerjaan sehingga lewat petang dan sesetengahnya sehingga malam.walaupun mempunyai waktu dihari minggu,waktu itu pula perlu dimanfaatkan terhadap keluarga bagi memastikan keadaan keluarga dalam keadaan yang baik sekaligus menyulitkan mereka melibatkan diri dalam aktiviti gotong royong yang dijalankan.

       Selain itu,sikap individualistik dalam diri masyarakat juga menjadi penyebab utama penurunan pengamalan gotong royong.Sesetengah masyarakat merasakan bahawa mereka tidak perlu terlibat dalam aktiviti yang dijalankan disebabkan ketiadaan keyakinan terhadap keberhasilan aktiviti tersebut serta pemikiran mereka yang menganggap tenaga mereka tidak diperlukan dalam melaksanakan aktiviti yang diadakan.Mereka juga lebih suka melepaskan tangan dengan mengupah agensi tertentu untuk menguruskan serta menyempurnakan masalah tersebut sebagai contoh yang boleh dilihat kini apabila masyarakat lebih suka mengupah agensi pembersihan untuk membersihkan kawasan perumahan mereka daripada menyelesaikan secara beramai ramai bersama jiran tetangga yang lain.

      Situasi sebegini amat memalukan,demikian tidak bermakna kita harus melepas tangan dan membiarkan hal ini semakin merebak.anak anak kecil seharusnya dibiasakan dengan aktiviti bersama masyarakat kejiranan agar keupayaan mereka dihargai dan dimanfaatkan oleh masyarakat dengan melakukan aktiviti yang berfaedah demi kesejahteraan umum.sektor pendidikan haruslah mengambil inisiatif bijak bagi menerapkan amalan ini dlam diri para pelajar bermula di sekolah rendah am nya.amalan ini boleh dipupuk dengan menggalakkan pelajar menyertai aktiviti seperti membersihkan kawasan sekolah,serta menguruskan sendiri majlis majlis yang akan diadakan dengan guru sebagai penasihat,contohnya sukan tahunan sekolah dan majlis perayaan di sekolah.hal ini memberikan pelajar menerapkan sikap saling membantu bagi menyelesaikan acara tersebut sekaligus mematangkan pelajar dalam menilai keupayaan sendiri.

      Badan kerajaan juga perlu mengambil langkah bagi menyemai sikap bergotong royong dalam diri rakyat malaysia bagi memastikan pembangunan negara berjalan dengan lebih baik.Dengan pelaksanaan amalan bergotong royong dalam sesuatu aktiviti,kos pengeluaran semestinya dapat dikurangkan sekaligus dapat mengelakkan berlaku nya pembaziran.dengan pengadaan pertandingan seperti pertandingan kebersihan dan keceriaan antara kampung yang melibatkan banyak pihak juga membolehkan amalan ini terus diamalkan disebabkan rakyat merasakan mereka perlu menjayakan sesuatu aktiviti itu bersama sama bagi mengekalkan nama baik kawasan petempatan mereka dimata masyarakat lain.Selain itu,badan kerajaan dan swasta juga perlulah bergerak dengan lebih efisyen dalam memastikan amalan bergotong royong berjaya dipupuk dan dikekalkan dalam diri masyarakat dengan menyertai program yang diadakan oleh masyarakat seperti yang berlaku di Sabah pada awal bulan Mac 2012,anggota tentera dan orang kampung bergotong royong membuat saluran air bermula dari sungai sehingga ke kawasan petempatan bagi menampung keperluan harian masyarakat kampung.

Page 11: GOTONG-ROYONG

    Bagi memastikan amalan bergotong royong terus kekal dalam jiwa segenap lapisan masyarakat,jamuan kecil kecilan sesudah selesainya acara bergotong royong wajar diadakan bagi meraikan kejayaan dan sebagai simbol menghargai bakti masyarakat dalam menyempurnakan aktiviti tersebut.Di samping itu,jamuan ini juga dapat dimanfaatkan oleh masyarakat bagi mengenali penghuni kejiranan mereka sekaligus merapatkan jurang perkenalan yang terjalin.Hal ini memudahkan masyarakat melaksanakan aktiviti secara beramai ramai di hari kelak.

     Kesimpulannya,amalan bergotong royong tidak harus ditinggalkan sebaliknya wajar disemai dalam diri masyarakat bagi menjamin keselesaan dan kemakmuran mereka dalam menjalani kehidupan seharian.