konsep good citizen

Upload: ivy-michelle

Post on 16-Jul-2015

133 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

GOOD CITIZENMAKSUD : Merupakan sebuah masyarakat yang hidup dalam keadaan damai,sejahtera,tenteram,aman dan memiliki apresiasi (penghargaan) yang besar terhadap perbezaan masa,budaya,gender(jantina) dan falsafah politik.*Masyarakat yang hidup aman damai dan menghargai serta menghormati perbezaan individu/agama untuk hidup dengan sejahtera serta tenteram

KONSEP GOOD CITIZENPERBEZAAN MENGIKUT : MASA BUDAYA GENDER (JANTINA) FALSAFAH POLITIK

MASASEBELUM KEMERDEKAAN Apakah yang dimaksudkan dengan good citizen MASA sebelum merdeka? Penghargaan dan hormat akan kaum yang berlainan bangsa untuk menjamin hidup aman dan sejahtera melalui sistem sosial dan moral yang seimbang.Konsep good citizen ketika itu TIDAK TERCAPAI di Tanah Melayu kerana

1. Sistem sekolah ketika itu diasingkan kepada 4 jenis aliran yang berlainan (Melayu, Cina, India dan Inggeris). 2. Bahasa pengantar, buku teks dan sukatan pelajaran yang berbeza. 3. Guru dan murid tidak mengetahui kewujudan negeri, warisan budaya setiap bangsa dan tidak mengenali diri masing-masing kerana dipisahkan oleh sistem dan dasar yang berlainan.

SELEPAS KEMERDEKAANKonsep good citizen hampir tercapai kerana 1. Wujud Wawasan Pendidikan Razak (Penyata Razak) yang mencadangkan 2 formula penting dalam sistem pendidikan ketika itu 2. Penyata Razak menegaskan penggunaan sukatan dan bahasa pengantar HARUS SAMA bagi kesemua jenis aliran sekolah (Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil) KesimpulanSukatan dan bahasa pengantar yang sama secara tidak langsung dapat membentuk konsep GOOD CITIZEN dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum ini.

BUDAYAPENGGUBALAN DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN 1971

Digubal dengan mengambil kira budaya, kependudukan, bahasa dan agama di Malaysia

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini iaitu orang Melayu. Unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur kebudayaan Kebangsaan. Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan

KESIMPULAN

Kaum-kaum lain di Malaysia bebas untuk mengamalkan budaya masingmasing tanpa ada kongkongan dan manipulasi daripada pihak-pihak lain. Konsep good citizen dapat disemai dalam aspek budaya kerana adanya : Kepelbagaian budaya dalam masyarakat Keterbukaan dalam menerima budaya lain Kesedaran tentang warisan budaya

GENDERDalam memartabatkan kedaulatan negara, kaum lelaki atau kaum wanita memainkan peranan yang sama tanpa ada perasaan prejudis atau perbezaan genderLelaki 1. Melibatkan diri dalam aspek ketenteraan. 2. Diberi peluang dari segi pendidikan (imbas masa dahulu) 3. Mempunyai kuasa mutlak dibanding dengan perempuan (imbas masa dahulu) Perempuan 1. Kurang melibatkan diri dalam bidang ketenteraan negara. 2. Diabaikan dalam aspek pendidikan 3. Diabadikan dalam masyarakat(tidak dilindungi dalam peraturan) Zaman sekarang: Undang-undang melindungi hak minoriti dan wanita. 4. Fungsi atau peranan wanita lebih dititik sebagai penyambung generasi.

4. Dititikberat untuk hal politik dan keselamatan negara.

FALSAFAH POLITIKApakah yang dimaksudkan dengan falsafah politik?1. Politik adalah hal yang berkaitan dengan penyelenggaraan pemerintahan dan negara. 2. Politik adalah perkara yang diarahkan untuk mendapatkan dan mempertahankan kekuasaan di masyarakat.

Setelah 53 tahun merdeka, wujudnya bangsa Malaysia yang mengasimilasikan konsep good citizen. Hal ini dapat dibuktikan dengan terbitnya ideologi negara yang dikenali sebagai Rukun Negara yang telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970. Contoh dapat dilihat dengan sejelas-jelasnya dalam matlamat Rukun Negara itu sendiri telah memperkatakan tentang membina masyarakat Malaysia yang toleran, damai, sejahtera, tenteram, dan aman.

KESIMPULANBagi mencapai konsep Good Citizen di Malaysia, bangsa Malaysia perlu diwujudkan.Malaysia terdiri daripada 3 kumpulan etnik yang besar iaitu kaum Melayu, Cina dan India Konsep Good Citizen dapat dilaksanakan sekiranya perpaduan antara 3 kaum etnik ini dikekalkanElakkan isu-isu sensitif yang melibatkan perkauman, sistem undang-undang serta perlembagaan yang menjadi asas utama dalam pembinaan negara Malaysia sebagai negara berdaulat Seperti peribahasa bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat nescaya konsep good citizen dapat dilestarikan dengan cemerlang, gemilang dan terbilang di bawah gagasan 1 Malaysia