golongan wahhabi mempercayai bahawa allah s

Upload: syafiq-aiman-naqsya

Post on 05-Jan-2016

221 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kepercayaan wahabi mengenai Allah. HAti hati semua yer

TRANSCRIPT

  • Golongan Wahhabi mempercayai bahawa Allah s.w.t. duduk di atas Arasy dan Allah s.w.t.

    sedang berada di atas langit. Mereka juge percaya bahwa Allah s.w.t. mempunyai rupa paras

    dan berjasad. Mereka berpandukan ayat-ayat al-Quran Mutasyabihat (kesamaran maknanya),

    yang mana ianya tidaklah bermaksud seperti yang mereka sangka.

    Ahlul Sunnah wal Jamaah secara mutlak menafikan Allah s.w.t. bertempat dan berjasad. Ini

    kerana, ianya menyebabkan Allah s.w.t. berhajat kepada tempat sedangkan Allah s.w.t. tidak

    memerlukan apa-apa pun.

    Namun, di Malaysia, segelintir golongan yang terpengaruh dengan kefahaman Wahhabi

    hanyalah berkaitan dengan masalah fiqh, tidak bersangkutan dengan masalah aqidah.

    Golongan Salafi Wahhabi di Malaysia nampaknya hanya menyebarkan fahaman Wahhabi

    dari sudut hukum-hakam semata-mata, seperti berkaitan dengan ibadah dan pergaulan.

    Mereka membidahkan qunut, membidahkan tarikat sufi, membidahkan majlis sambutan maulid Rasulillah s.a.w. sedangkan perkara-perkara tersebut tidaklah bidah yang sesat seperti sangkaan mereka.

    Golongan Salafi di Malaysia berkemungkinan tidak sepenuhnya memahami apa itu Wahhabi,

    mazhab yang mereka pegang secara mendalam. Ini kerana, buku-buku yang mendokong

    fahaman Wahhabi dalam Bahasa Malaysia kebanyakkannya menyebarkan fahaman Wahhabi

    dari sudut ibadat, tidak dari sudut Aqidah mereka.

    Walaupun hanya masalah ibadah dan fiqh, yang disebarkan oleh golongan Wahhabi di

    Malaysia, namun bahayanya ialah, pendirian mereka dalam membidahkan dan menyesatkan golongan yang tidak sehaluan dengan mereka khususnya golongan sufi dan golongan yang

    bermazhab As-Syafie di Malaysia.

    Sebenarnya, golongan salafi tidak sepatutnya menyebarkan fahaman Salafi Wahhabi dalam

    masyarakat awam di Malaysia, kerana masyarakat awam seharusnya berpegang dengan

    mazhab mufti dan mazhab negara mereka, di mana kebanyakkan di kalangan para mufti

    adalah bermazhab syafie dan mazhab umat Islam di negara Malaysia secara umumnya ialah mazhab Syafie.

    Adakah golongan Salafi Wahhabi dianggap sebagain golongan mujaddid (pembaharu) yang

    membawa arus reformasi dalam masyarakat Islam, khususnya dalam bidang agama mereka?

    Jawapannya, tidak. Ini kerana, masyarakat awam Islam di Malaysia hanya perlu mengikut

    mufti mereka dan mazhab mereka ialah mazhab mufti mereka, seperti yang ditekankan oleh

    Dr. Yusuf Al-Qaradhawi. Maka, fahaman-fahaman yang bertentangan dengan mazhab mufti

    sesebuah masyarakat seharusnya tidak boleh didedahkan dan diperbincangkan di khalayak

    awam agar mengelakkan perpecahan dalam masyarakat awam dan mengelakkan kekeliruan

    dalam umat Islam.

    Maka, seruan kepada para pendokong Salafi Wahhabi di Malaysia agar tidak

    memecahbelahkan masyarakat dengan kefahaman Wahhabi dengan membidahkan sesuatu perkara sewenang-wenangnya. Boleh jadi, sesuatu yang kita anggap ia merupakan bidah ada dalilnya dalam Islam, Cuma kita sahaja yang tidak mengetahuinya. Bukankah lebih baik agar

    kita tidak memecahkan perpaduan masyarakat Islam di Malaysia yang seharusnya berpegang

    dengan mufti mereka selagimana para mufti masih berpegang dengan Al-Quran dan As-

    Sunnah.

  • Semoga Allah membantu kita dalam mengembalikan kedaulatan Islam dan menegakkan

    perpaduan dalam umat Islam.

    Wallahu alam.