golongan tanpa agama meningkat di amerika - ukm.my · pdf fileterhadap israel mempunyai kaitan...

3
Golongan Tanpa Agama Meningkat Di Amerika Khamis, 21 Mac 2013 17:06 Oleh Shahfizal Musa Foto Izwan Azman BANGI, 20 Mac 2013 – Golongan yang tidak menganuti agama tetapi masih mempunyai nilai-nilai kerohanian semakin meningkat di Amerika Syarikat. Seorang Profesor Pelawat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Jeffrey T Kenney berkata mereka ini tidak dianggap sebagai athiest kerana masih percaya kepada Tuhan. Jumlah mereka kini sudah mencapai 19.6 % daripada rakyat Amerika Syarikat dan terus meningkat setiap tahun. Prof Kenney adalah pemegang Kerusi Kajian Agama di DePauw University, Indiana Amerika Syarikat (AS) dan penulis buku, “Muslim Rebels: Kharijites and the Politics of Extremism in Egypt”. Dalam syarahan mengenai ‘Pensekularan dan Amerika Syarikat’ di sini hari ini, beliau berkata kehadiran mereka yang tidak menganut sebarang agama ini semakin menonjol. Walaupun Amerika adalah sebuah negara yang secara budaya berpegang kepada agama tetapi terdapat pengasingan antara agama dan pentadbiran. Bukti kedudukannya itu ialah kesemua Presidennya beragama Kristian walaupun tidak ada peraturan atau undang-undang yang melarang penganut agama lain dari menjadi Presiden. Ini adalah kerana majoriti rakyat AS beragama Kristian dan mereka akan memilih calon yang mereka rasa dapat mewakili mereka. 1 / 3

Upload: nguyencong

Post on 06-Feb-2018

228 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Golongan Tanpa Agama Meningkat Di AmerikaKhamis, 21 Mac 2013 17:06

Oleh Shahfizal MusaFoto Izwan Azman

BANGI, 20 Mac 2013 – Golongan yang tidak menganuti agama tetapi masih mempunyainilai-nilai kerohanian semakin meningkat di Amerika Syarikat.

Seorang Profesor Pelawat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Jeffrey T Kenneyberkata mereka ini tidak dianggap sebagai athiest kerana masih percaya kepada Tuhan.Jumlah mereka kini sudah mencapai 19.6 % daripada rakyat Amerika Syarikat dan terusmeningkat setiap tahun.

Prof Kenney adalah pemegang Kerusi Kajian Agama di DePauw University, Indiana AmerikaSyarikat (AS) dan penulis buku, “Muslim Rebels: Kharijites and the Politics of Extremism inEgypt”.

Dalam syarahan mengenai ‘Pensekularan dan Amerika Syarikat’ di sini hari ini, beliau berkatakehadiran mereka yang tidak menganut sebarang agama ini semakin menonjol.

Walaupun Amerika adalah sebuah negara yang secara budaya berpegang kepada agamatetapi terdapat pengasingan antara agama dan pentadbiran.

Bukti kedudukannya itu ialah kesemua Presidennya beragama Kristian walaupun tidak adaperaturan atau undang-undang yang melarang penganut agama lain dari menjadi Presiden. Iniadalah kerana majoriti rakyat AS beragama Kristian dan mereka akan memilih calon yangmereka rasa dapat mewakili mereka.

1 / 3

Golongan Tanpa Agama Meningkat Di AmerikaKhamis, 21 Mac 2013 17:06

Bagaimana pun Perlembagaan AS meletakkan agama sebagai sesuatu perkara peribadi danbukanya amalan umum.

Beliau memberi beberapa contoh di mana agama telah dibawa ke muka pengadilan apabilapendapat atau amalan agama telah menyelinap masuk ke perkarangan awam.

Salah satu daripadanya adalah saman terhadap sebuah sekolah agama kerana menggunakandana kerajaan. Sekolah itu bukan pun membelanja wang itu untuk hal-hal bersangkutan agamatetapi untuk pembiayaan bahan-bahan yang tidak mempunyai unsur agama. Ini pun tidakdibenarkan.

Satu lagi adalah tindakan undang-undang untuk menghapuskan perkataan “In God We Trust”(Kami yakin dengan Tuhan) di plat nombor kereta yang dikeluarkan oleh salah sebuah negeri diAS.

Pertelingkahan di antara mereka yang mahukan agama diberi ruang yang lebih dan merekayang tidak mahu agama terlibat sedikit pun dalam kehidupan awam sering berlaku.

Tetapi kini suatu kumpulan lain pula telah muncul. Mereka tidak terikat dengan mana-manaagama tetapi tidak menolak kewujudan Tuhan. Beliau menerangkan fenomena ini berlakudengan kemunculan generasi baru yang tidak lagi mengikut pegangan ibu bapa mereka.

Implikasinya,  Amerika mungkin menjadi suatu negara yang tidak beragama secara formal padasuatu masa kelak, kata Prof Kenney.

2 / 3

Golongan Tanpa Agama Meningkat Di AmerikaKhamis, 21 Mac 2013 17:06

Menjawab soalan mengenai hubungan erat antara AS dan Israel beliau percaya sokongan kuatterhadap Israel mempunyai kaitan dengan agama. Sokongan kuat itu sama saja oleh partiRepublikan atau pun Demokrat.

Beliau berkata sokongan itu ada kaitan dengan kepercayaan Kristian terhadap akhir zaman.Penganut Kristian mempercayai hari kiamat akan bermula di Jerusalem dan semua penganutYahudi akan memeluk agama Kristian pada ketika itu.

Hadir di ceramah tersebut, ahli Fakulti Pengajian Islam, anggota akademik dan pelajar.

3 / 3