gmgf2023 - perngurusan kewangan

7
1.0 PENDAHULUAN Belanjawan boleh di definisikan sebagai pernyataan yang diperolehi dan perbelanjaaan yang diperuntukkan bagi masa hadapan. Ianya digunakan sebagai alat perancang dan pengurusan sumber-sumber ekonomi negara untuk memenuhi keperluan rakyat. Kenyataan ini diperkukuhkan lagi oleh Y.A.B Menteri Kewangan Malaysia dengan mentafsirkan belanjawan dalam konteks negara sebagai satu perancangan ekonomi tahunan yang bertujuan melaksanakan dasar-dasar sosio-ekonomi Negara seperti dinyatakan dalam rancangan –rancangan lima tahun Malaysia. Dalam konteks ini, belanjawan dilihat sebagai penentu kedudukan ekonomi sesebuah negara dan ianya juga berupaya memberi kesan kepada aktiviti sektor swasta. Belanjawan berperanan sebagai alat dasar fiskal dan alat pengurusan. Belanjawan sebagai alat dasar fiskal berfungsi sebagai peruntukan, agihan dan penstabilan. Manakala belanjawan sebagai alat pengurusan pula berfungsi sebagai alat mengurus sumber kewangan, dokumen kawalan belanjawan dan kewangan dan alat pengukur prestasi. Secara latarbelakangnya, terdapat 3 jenis sistem belanjawan yang diperkenalkan di Malaysia iaitu; 1. Sistem Belanjawan Tradisional- ianya diperkenalkan sebelum merdeka sehingga tahun 1968. 2. Sistem Belanjawan Program dan Prestasi (SBPP). Ianya mula diperkenalkan padaa tahun 1969. 3. Sistem Belanjawan Diubahsuai (MBS-Modify Budget System). Sistem ini mula diperkenalkan pada tahun 1990. Sistem belanjawan diubahsuai mula diperkenalkan pada tahun 1990. Ianya .digubal untuk mempertingkatkan lagi perlaksanaan SBPP serta memperolehi faedah sepenuhnya.kerana ianya masih berasakan SBPP. Ianya diubahsuai mengikut amalan dan keperluan rakyat

Upload: mohdraiful

Post on 28-Jan-2016

32 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

tugasan

TRANSCRIPT

Page 1: GMGF2023 - PERNGURUSAN KEWANGAN

1.0 PENDAHULUAN

Belanjawan boleh di definisikan sebagai pernyataan yang diperolehi dan perbelanjaaan yang diperuntukkan bagi masa hadapan. Ianya digunakan sebagai alat perancang dan pengurusan sumber-sumber ekonomi negara untuk memenuhi keperluan rakyat. Kenyataan ini diperkukuhkan lagi oleh Y.A.B Menteri Kewangan Malaysia dengan mentafsirkan belanjawan dalam konteks negara sebagai satu perancangan ekonomi tahunan yang bertujuan melaksanakan dasar-dasar sosio-ekonomi Negara seperti dinyatakan dalam rancangan –rancangan lima tahun Malaysia. Dalam konteks ini, belanjawan dilihat sebagai penentu kedudukan ekonomi sesebuah negara dan ianya juga berupaya memberi kesan kepada aktiviti sektor swasta. Belanjawan berperanan sebagai alat dasar fiskal dan alat pengurusan. Belanjawan sebagai alat dasar fiskal berfungsi sebagai peruntukan, agihan dan penstabilan. Manakala belanjawan sebagai alat pengurusan pula berfungsi sebagai alat mengurus sumber kewangan, dokumen kawalan belanjawan dan kewangan dan alat pengukur prestasi.

Secara latarbelakangnya, terdapat 3 jenis sistem belanjawan yang diperkenalkan di Malaysia iaitu;

1. Sistem Belanjawan Tradisional- ianya diperkenalkan sebelum merdeka sehingga tahun 1968.

2. Sistem Belanjawan Program dan Prestasi (SBPP). Ianya mula diperkenalkan padaa tahun 1969.

3. Sistem Belanjawan Diubahsuai (MBS-Modify Budget System). Sistem ini mula diperkenalkan pada tahun 1990.

Sistem belanjawan diubahsuai mula diperkenalkan pada tahun 1990. Ianya .digubal untuk mempertingkatkan lagi perlaksanaan SBPP serta memperolehi faedah sepenuhnya.kerana ianya masih berasakan SBPP. Ianya diubahsuai mengikut amalan dan keperluan rakyat Malaysia. Ianya dilaksanakan terhadap 3 agensi kem perintis iaitu kesihatan, kebajikan dan kerjaraya.

1.1 Ciri belanjawan diubahsuai :

i) Batas perbelanjaan

Batas perbelanjaan adalah satu jumlah wang yang ditetapkan oleh Perbendaharaan di awal proses belanjawan tahunan sesebuah agensi dan jumlah ini tidak boleh dilampaui semasa mengemuka cadangan perbelanjaan bagi dasar-dasar sediada. Setiap cadangan perbelanjaan perlu dimaklumkan kepada agensi pada akhir tahun sebelum tahun kewangan semasa. Setiap anggaran bajet untuk aktiviti sediada tidak boleh melebihi siling ini tetapi boleh minta peruntukan tambahan jika dasar baru atau one offs. Oleh yang demikian, pemeriksaan terperinci tidak lagi diperlukan untuk anggaran di bawah Batas Perbelanjaan. Dengan adanya batas perbelanjaan yang ditetapkan, ianya akan memberi faedah kepada agensi yang berkenaan agar ia boleh

Page 2: GMGF2023 - PERNGURUSAN KEWANGAN

merancang dengan lebih baik. Batas perbelanjaan berupaya memperteguhkan disiplin kewangan bagi sesebuah agensi. Ianya juga kearah pendekatan bajet top-down. Ini dapat diperincikan lagi dengan formula yang ditetapkan.

Contoh Formula Pengiraan Batas Perbelanjaan

Dasar Sedia Ada tahun 2010 = (Dasar Baru Tahun 2009 – Peruntukan Aset Tahun 2009) – Dasar Baru Tahun 2008 Yang Tidak Dilaksanakan +

2% Kenaikan Emolumen Tahun 2009 .

ii) Perjanjian program

Perjanjian Program adalah satu perjanjian yang menetapkan tahap prestasi yang akan dicapai antara agensi dengan perbendaharaan mengenai input yang akan digunakan untuk menghasilkan output dan impaknya bagi setiap program/aktiviti. Ia juga merupakan cadangan belanja mengurus kem dan ianya dijadikan asas untuk mengukur prestasi dan keberkesanan agensi. Jika tahap prestasi program tidak selaras dengan yang ditetapkan dalam perjanjian, dalam konteks ini laporan pengecualian hendaklah disediakan sebagai alat pengesanan dan pemantauan. Ini akan menjadikan agensi lebih bertanggungjawab terhadap prestasi masing-masing, mengenalpasti lebih awal masalah-masalah pelaksanaan yang mungkin timbul.

iii) Penilaian program

Penilaian program adalah bagaimana agensi akan menilai secara mendalam atas sesuatu program/aktiviti. Ianya hendaklah dibuat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima tahun. Penilaian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan sesuatu program dan aktiviti dari segi kewangan/peruntukan,sumber kesesuaian/relevan dan impak. Dengan cara ini ianya membantu pihak pengurusan mendapat maklumat untuk membuat keputusan terhadap perubahan sesuatu dasar dan penggubalan dasar baru. Di sini penilaian menjadi asas mempertingkatkan perancangan strategik dan akauntabiliti.

Dalam sistem belanjawan diubahsuai satu perubahan telah dibuat ke atas proses penyediaan belanja mengurus. Ianya bertujuan untuk menperteguhkan ekonomi negara melalui agihan sumber yang lebih baik dan teratur, mencapai perbelanjaan seimbang, meningkatkan prestasi program, memudah dan meningkat akauntabiliti pengurus.

Page 3: GMGF2023 - PERNGURUSAN KEWANGAN

2.0 Prinsip Dalam Sistem Belanjawan Yang Diubahsuai.

1. Let’s Manager Manage (Biar Pengurus Mengurus)

Dalam konteks ini, kuasa membuat keputusan perlulah diberikan seberapa praktikal yang boleh kepada peringkat bawahan. Falsafah Perbendaharaan dalam sistem pengurusan kewangan belanjawan diubahsuai ialah ‘Biar Pengurus Mengurusʺ. Selaras dengan falsafah ini, Perbendaharaan telah menurunkan kuasa untuk melakukan perbelanjaan serta agihan dan pindaan peruntukan baik belanjawan mengurus maupun belanjawan pembangunan. Perbendaharaan juga telah sedikit sebanyak dan secara bertahap telah melonggarkan pelbagai syarat dan peraturan pusat berkenaan perbelanjaan. Sekatan ini diionggarkan ataupun dihapuskan dengan harapan pengurus‐pengurus awam akan dapat mengendalikan pengurusan mereka dengan cekap dan berkesan tanpa merujuk setiap cadangan untuk persetujuan ke pihak atasan termasuk Perbendaharaan. Tuntutan akauntabiliti merupakan prasyarat dalam penurusan kuasa bukan sahaja dalam pengurusan kewangan tetapi juga dalam pengurusan secara keseluruahannya. Tanpa akauntabiliti, perwakilan kuasa hanya akan merupakan penyerahan kuasa sahaja tanpa menggariskan apa yang sepatutnya dihasilkan meialui penggunaan kuasa untuk menggunakan dan agihkan peruntukan yang diberikan kepada sesuatu agensi, program atau aktiviti. Oleh itu akauntabiliti merupakan sebagaian yang penting dalam sistem penurunan kuasa. Sebagai kembar Siam, akauntabiliti perlu setara dengan penurunan kuasa. Hanya melalui akauntabiliti Perbendaharaan akan dapat menjalankan peranan kawalan perbelanjaan dalam konteks kelonggaran syarat‐syarat pusat yang kini mengawal perbelanjaan dan dalam konteks penurunan kuasa.

2. Kuasa Membuat Keputusan Perlulah Bersesuaian Dengan Peringkat Akauntibiliti.

Konsep akauntabiliti telah wujud sejak beratus‐ratus tahun dahulu dan sejarah awalnya dikesan pada zaman Aristotle dalam buku The Politics apabila dia mengatakan, “Some officials handle large sums of money: it is, therefore, necessary to have other officials to receive and examine the accounts. These inspectors must administer no funds themselves. Different cities call them examiners, auditors, scrutineers and public advocates” Mengikut Chambers 20th Century Dictionary, akauntabiliti bermaksud ʺLiability to give account for something to somebody; responsibility to fulfill obligationʺ. Kamus Pengurusan Perniagaan Dewan Bahasa dan Pustaka memberi makna akauntabiliti sebagai kepertanggungjawaban.

Berdasarkan konsep ini terdapat unsur hubungan di antara dua pihak. Satu pihak ialah yang mewakilkan kuasanya dan pihak kedua ialah yang bersetuju menerima kuasa itu dan melaksanakannya. Adalah menjadi tanggungjawab pihak kedua untuk melaporkan kembali kepada pihak yang mewakilkan kuasa cara mana ia telah melaksanakan kuasa itu. Dalam konteks sektor awam, akauntabiliti ditakrifkan sebagai tanggungjawab individu atau organisasi yang menjalankan tugas dan tanggungjawb menguruskan sumber‐sumber awam melalui perwakilan kuasa. Mereka yang menerima kuasa itu perlu melaporkan balik kepada pihak yang mewakilkan

Page 4: GMGF2023 - PERNGURUSAN KEWANGAN

kuasa segala yang dicapai meialui kuasa yang diterima. Mereka juga adalah akauntable untuk bagaimana kuasa yang diwakilkan kepadanya digunakan.

2.1 Matlamat Yang Dicapai Dalam Sistem Belanjawan Yang Diubahsuai.

Dengan terlaksana system belanjawan yang diubahsuai, agensi pusat tidak perlu lagi mengawas secara terperinci perbelanjaan agensi pelaksana dengan terlalu ketat. Kuasa secara autoriti telah diagihkan kepada agensi pelaksana. Oleh itu, mereka boleh memberi tumpuan kepada perancangan dan pengukuran prestasi agensi pelaksana.

Agensi pelaksana diberi kuasa yang lebih luas untuk mengurus program dan aktiviti mereka. Ini membolehksan agensi pelaksana mengenalpasti lebih awal masalah-masalah pelaksana yang mungkin timbul dan mereka berupaya merangka tindakan sewajarnya untuk diambil. Oleh yang demikian segala isu yang akan timbul bersangkutan kelewatan untuk melaksakan sesuatu aktiviti ataupun program oelh agensi pelaksana dapat dielakkan.

Agensi pelaksana mempunyai kebebasan untuk mengambil tindakan sesuai dan segera bagi melaksanakan program atau aktivi mereka. Ianya berlaku kerana belanjawan diubahsuai adalah berasaskan kapada konsep ‘let manager manage’ yang mana kuasa yang lebih luas telah diberikan pengurusan peringkat bawahan yang melaksanakan program /aktiviti projek untuk membuat berkaitan dengan program.

Kelonggaran kawalan terperinci .keatas perbelanjaan yang diberikan oleh agensi pusat kepada agensi pelaksana diturunkan sejauhmana yang boleh kepada pengurusan peringkat bawahan memepunyai flesibiliti untuk melaksanakan tugas mereka.

Di Malaysia akauntabiliti awam adalah syarat undang‐undang seperti yang terkandung dalam Perlembagaan, undang‐undang dan peraturan dan arahan Perbendaharaan. Peruntukan yang diagihkan kepada sesuatu agensi, program dan aktiviti merupakan wang awam. Setiap anggota perkhidmatan awam adalah bertanggungjawab untuk menentukan bahawa wang awam ini dibelanjakan mengikut apa yang telah dirancang dan dianggarkan mengikut sistem, prosedur dan peraturan yang ditetapkan. Memandangkan seseorang anggota perkhidmatan awam diamanahkan dengan wang atau aset awam oleh Parlimen, ia hendaklah mengakaunkan cara penggunaannya kepada Parlimen dan pihak‐pihak berkuasa yang lain seperti Perbendaharaan, ketua jabatan dan pengurus program. Akauntabiliti merupakan jaminan bahawa wang awam adalah diuruskan dengan cekap.

Page 5: GMGF2023 - PERNGURUSAN KEWANGAN

3.0 Penutup

Melalui penelitian yang dibuat dalam pekeliling-pekeliling berkaitan kewangan, pegawai pengawal mempunyai peranan yang penting dalam memastikan aspek penyediaan belanjawan dan perbelanjaan belanjawan itu berkesan. Aspek kawalan wang kerajaan dipertanggungjawabkan kepada pegawai pengawal yang diberi kuasa untuk membuat penyediaan belanjawan dan membelanjakan wang tersebut mengikut kaedah-kaedah serta undang-undang yang telah ditetapkan. Sebagai penjawat awam, pegawai pengawal perlulah mempunyai pengetahuan serta mengambilkira tentang semua proses dan prosedur kewangan untuk meningkatkan pengurusan kewangan kerajaan yang cekap dan sistematik. Ketirisan dan kesilapan dalam penyediaan belanjawan kebanyakannya berlaku apabila penjawat awam yang merupakan pegawai pengawal tidak memainkan peranan dalam pengurusan kewangan jabatan dan mengambil bersikap tidak peduli atau sambil lewa dalam aspek kewangan. Kerajaan dalam hal ini telah memberi peluang kepada pegawai-pegawai kerajaan untuk meningkatkan pengetahuan tentang kewangan melalui penawaran kursus dan pengemaskinian arahan dari semasa ke semasa. Pegawai pengawal juga boleh dikenakan tindakan jika berlakunya kesalahan dan salahlaku dari segi perancangan dan perbelanjaan wang awam bagi memastikan mereka mengambil tanggungjawab yang sepenuhnya ke atas wang yang diperuntukkan. Pegawai pengawal perlulah memberi komitmen dalam penyediaan belanjawan kerana ianya dapat menentukan keberkesanan sesebuah organisasi untuk menggunakan peruntukanyang diluluskan pada tahun berikutnya. Kajian yang teliti perlulah dibuat untukmemastikan belanjawan yang disediakan bertepatan dengan permohonan yang diminta. Ini kerana semasa permohonan ini disediakan, pegawai pengawal telah bersetuju dengan perjanjian program yang akan dirancang dan seterusnya melaksanakan program tersebut mengikut prosedur serta arahan yang ditetapkan.Pertimbangan yang sewajarnya haruslah diberikan dalam menentukan keutamaan program yang hendak dilaksanakan. Oleh yang demikian, nilai integriti dan akauntabiliti adalah penting ditekankan kepada setiap pegawai yang mengawal kerana ianya adalah asas dalam pengurusan kewangan jabatan.