ekonomi · 11 andaikan dalam sebuah ekonomi, bekalan wang ialah rm20 000, halaju pusingan wang...

8
1 Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. Jawab semua soalan dalam Bahagian A. Tandakan jawapan yang betul pada Borang Jawapan Aneka Pilihan yang dibekalkan. Jawab empat daripada enam soalan dalam Bahagian B. Anda boleh menjawab semua soalan dalam Bahagian B tetapi hanya empat jawapan pertama dalam Bahagian B yang akan diperiksa. Jawab dua daripada tiga soalan dalam Bahagian C. Anda boleh menjawab semua soalan dalam Bahagian C tetapi hanya dua jawapan pertama dalam Bahagian C yang akan diperiksa. Tulis jawapan pada helaian jawapan yang disediakan. Mulakan setiap jawapan pada halaman baharu helaian jawapan. Tunjukkan semua penghitungan dan bundarkan jawapan anda betul hingga dua tempat perpuluhan. SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE) 944/2 STPM KERTAS 2 (Dua jam) KERTAS MODEL 7 EKONOMI QR Code Makro (7).indd 1 07/01/2020 8:05 AM

Upload: others

Post on 14-Jul-2020

36 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: EKONOMI · 11 Andaikan dalam sebuah ekonomi, bekalan wang ialah RM20 000, halaju pusingan wang ialah 6 dan jumlah output negara ialah 40 000 unit. Sekiranya bekalan wang bertambah

1

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.

Jawab semua soalan dalam Bahagian A. Tandakan jawapan yang betul pada Borang Jawapan Aneka Pilihan yang dibekalkan.

Jawab empat daripada enam soalan dalam Bahagian B. Anda boleh menjawab semua soalan dalam Bahagian B tetapi hanya empat jawapan pertama dalam Bahagian B yang akan diperiksa.

Jawab dua daripada tiga soalan dalam Bahagian C. Anda boleh menjawab semua soalan dalam Bahagian C tetapi hanya dua jawapan pertama dalam Bahagian C yang akan diperiksa.

Tulis jawapan pada helaian jawapan yang disediakan. Mulakan setiap jawapan pada halaman baharu helaian jawapan.

Tunjukkan semua penghitungan dan bundarkan jawapan anda betul hingga dua tempat perpuluhan.

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

944/2 STPM

KERTAS 2(Dua jam)

KERTAS MODEL 7

EKONOMI

QR Code Makro (7).indd 1 07/01/2020 8:05 AM

Page 2: EKONOMI · 11 Andaikan dalam sebuah ekonomi, bekalan wang ialah RM20 000, halaju pusingan wang ialah 6 dan jumlah output negara ialah 40 000 unit. Sekiranya bekalan wang bertambah

2

Bahagian A[20 markah]

Jawab semua soalan.

1 Yang manakah alat dasar ‘makroekonomi’ yang dapat mengatasi imbangan pembayaran defisit?A Meningkatkan cukaiB Meningkatkan pembelian bon C Meningkatkan penawaran wangD Meningkatkan perbelanjaan kerajaan

2 Nilai keluaran firma Negara China yang beroperasi di Malaysia dihitung dalam A Keluaran Dalam Negeri Kasar Malaysia dan Keluaran Negara Kasar Malaysia.B Keluaran Dalam Negeri Kasar Negara China dan Keluaran Negara Kasar Malaysia.C Keluaran Dalam Negeri Kasar Malaysia dan Keluaran Negara Kasar Negara China.D Keluaran Dalam Negeri Kasar Negara China dan Keluaran Negara Kasar Negara China.

3 Jadual di bawah menunjukkan data perakaunan pendapatan negara sebuah ekonomi pada suatu tahun tertentu.

Butiran RM juta

Perbelanjaan penggunaan

Perbelanjaan pelaburan kasar

Eksport

Import

Cukai tak langsung

Cukai langsung

Subsidi

Bayaran faktor bersih ke luar negeri

Susut nilai

Perbelanjaan kerajaan

4500

2300

6700

7800

1200

3400

5600

–3200

2100

4300

Hitung Keluaran Dalam Negeri Kasar pada harga pasaran.A RM12 200 juta B RM10 000 juta C RM7800 juta D RM6800 juta

4 Bayaran pindahan tidak diambil kira dalam pengiraan pendapatan negara keranaA tidak melibatkan bayaran wang.B bukan pendapatan persendirian.C pendapatan yang tidak produktif.D merupakan hasil daripada kegiatan haram.

5 Masalah pengiraan dua kali dalam perakaunan pendapatan negara dapat dielakkan dengan menghitungA nilai akhir barang dan perkhidmatan yang dipasarkan.B nilai ditambah pelbagai sektor dalam ekonomi.C nilai semua barang yang dikeluarkan.D nilai keluaran mengikut kos faktor.

STPM2018

KLON

STPM2019

KLON

QR Code Makro (7).indd 2 07/01/2020 8:05 AM

Page 3: EKONOMI · 11 Andaikan dalam sebuah ekonomi, bekalan wang ialah RM20 000, halaju pusingan wang ialah 6 dan jumlah output negara ialah 40 000 unit. Sekiranya bekalan wang bertambah

3

6 Andaikan fungsi tabungan ialah S = –150 + 0.4Y dan tingkat keseimbangan pendapatan negara ialah RM6500 juta.

Jika kerajaan menambahkan perbelanjaan sebanyak RM250 juta, berapakah tingkat keseimbangan pendapatan negara yang baharu?A RM6750 jutaB RM7000 jutaC RM7125 jutaD RM7250 juta

7 Maklumat di bawah menunjukkan data ekonomi terbuka (RM juta) bagi sebuah negara.

Perbelanjaan pengguna, C = 145 + 0.8YdPerbelanjaan kerajaan, G = 60Pelaburan, I = 75Cukai, T = 30Eksport, X = 100Import, M = 40 + 0.05Y

Berapakah tingkat keseimbangan pendapatan negara?A RM1264 jutaB RM1360 jutaC RM1456 jutaD RM2017 juta

8 Apabila berlaku peningkatan dalam cukai sekali gus, maka akan berlaku peralihanA keluk bocoran ke atas.B keluk tabungan ke atas.C keluk penggunaan ke atas.D keluk perbelanjaan agregat ke atas.

9 Gambar rajah di bawah menunjukkan keseimbangan pendapatan negara berdasarkan pendekatan AD-AS. Perubahan harga dari P

0 ke P

1 disebabkan oleh

A pengurangan cukai.B pengurangan kos input.C pengurangan tabungan.D pengurangan perbelanjaan kerajaan.

Harga (RM)

Keluaran Negara Benar0

P1

P0

Y0Y1

AD

AD1AS

AS

AD

AD1

E1

E0

QR Code Makro (7).indd 3 07/01/2020 8:05 AM

Page 4: EKONOMI · 11 Andaikan dalam sebuah ekonomi, bekalan wang ialah RM20 000, halaju pusingan wang ialah 6 dan jumlah output negara ialah 40 000 unit. Sekiranya bekalan wang bertambah

4

10 Yang manakah tindakan yang paling sesuai dilaksanakan oleh bank pusat untuk mengatasi masalah kemelesetan ekonomi?A Meningkatkan kadar bankB Menjual bon di pasaran terbukaC Meningkatkan nisbah rizab berkanunD Menurunkan kadar dasar semalaman

11 Andaikan dalam sebuah ekonomi, bekalan wang ialah RM20 000, halaju pusingan wang ialah 6 dan jumlah output negara ialah 40 000 unit. Sekiranya bekalan wang bertambah kepada RM30 000, maka tingkat harga umum akanA berkurang sebanyak RM1.50.B berkurang sebanyak RM3.00.C bertambah sebanyak RM1.50.D bertambah sebanyak RM3.00.

12 Sebuah bank perdagangan menerima deposit semasa sebanyak RM5000 dan sebanyak RM500 di bank pusat sebagai rizab berkanun. Jika semua lebihan rizab dipinjamkan, berapakah jumlah pinjaman yang dapat dicipta dalam sistem perbankan sekiranya proses penciptaan kredit berlaku sepenuhnya?A RM5000 B RM5500 C RM45 000 D RM50 000

13 Antara berikut, yang manakah bukan fungsi wang? A Sebagai pengukur nilaiB Sebagai alat unit akaunC Sebagai alat perniagaanD Sebagai alat bayaran tertunda

14 Jadual di bawah menunjukkan proses penciptaan kredit oleh bank-bank perdagangan dalam sistem banyak bank.

Bank Deposit semasa (RM) Pinjaman (RM)12

Bank-bank lain

1000800–

800640–

Berapakah jumlah pinjaman selepas proses penciptaan kredit yang boleh diberikan oleh bank-bank lain?A RM512 B RM1500 C RM2760 D RM4200

15 Bank perdagangan berbeza daripada syarikat kewangan kerana bank perdagangan mampuA menerima deposit tetap.B membenarkan penggunaan cek.C menawarkan perkhidmatan kad kredit.D memberi pinjaman kepada orang ramai.

16 Kadar pertukaran Ringgit Malaysia akan bertambah baik jikaA pengurangan pelaburan asing di Malaysia.B pengurangan dalam pelancong asing ke Malaysia.C pengurangan dalam kadar bunga dan kadar pulangan.D pengurangan terhadap permintaan barang import negara asing.

STPM2018

KLON

STPM2016

KLON

STPM2019

KLON

QR Code Makro (7).indd 4 07/01/2020 8:05 AM

Page 5: EKONOMI · 11 Andaikan dalam sebuah ekonomi, bekalan wang ialah RM20 000, halaju pusingan wang ialah 6 dan jumlah output negara ialah 40 000 unit. Sekiranya bekalan wang bertambah

5

17 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran AB dan garis harga antarabangsa AD, dan titik C ialah penggunaan selepas perdagangan antarabangsa.

9 100

C

Kereta (unit)

Telefon (unit)

16

20 A

B D

Gambar rajah di atas menunjukkan bahawa negara berkenaan akanA mengimport 1 unit telefon.B mengeksport 4 unit kereta.C mengimport 4 unit kereta.D mengimport 16 unit kereta.

18 Nilai mata wang sesebuah negara terkurang nilai akan menyebabkan A import negara meningkat dan eksport merosot.B eksport negara meningkat dan import merosot.C import negara meningkat lebih daripada kenaikan eksport.D eksport negara meningkat lebih banyak daripada kenaikan import.

19 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan (DD) dan keluk penawaran (SS) bagi pasaran makanan dalam sebuah negara. Selepas perdagangan antarabangsa, keluk penawaran beralih ke S

AS

A dan

kemudian ke STS

T selepas tarif dikenakan.

D

Harga (RM)

Kuantiti (unit)

P1

P0

S

D

SAST

ST

SA

S

Q0 Q1 Q2 Q3

Berapakah tambahan keluaran domestik selepas perdagangan dan tarif dikenakan?

A Q0Q

1 C Q

1Q

2

B Q0Q

2 D Q

2Q

3

20 Masalah defisit imbangan pembayaran dapat diatasi melalui tarif jikaA permintaan terhadap import anjal.B permintaan terhadap eksport tidak anjal.C permintaan terhadap import tidak anjal.D penawaran terhadap eksport tidak anjal.

QR Code Makro (7).indd 5 07/01/2020 8:05 AM

Page 6: EKONOMI · 11 Andaikan dalam sebuah ekonomi, bekalan wang ialah RM20 000, halaju pusingan wang ialah 6 dan jumlah output negara ialah 40 000 unit. Sekiranya bekalan wang bertambah

6

Bahagian B[40 markah]

Jawab empat soalan sahaja.

21 (a) Jelaskan maksud inflasi. [1] (b) Terangkan tiga kesan dalaman yang disebabkan oleh inflasi. [9]

22 Dengan berbantukan contoh berangka, terangkan bagaimana kaedah nilai ditambah dapat mengatasi masalah pengiraan dua kali dan dapat mengetahui sumbangan setiap sektor ekonomi kepada keluaran negara. [10]

23 “Kenaikan nilai Ringgit Malaysia menyebabkan kos input yang diimport menjadi semakin murah.” Dengan menggunakan gambar rajah pendekatan permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS), terangkan kesannya terhadap keseimbangan harga dan pendapatan negara. [10]

24 Terangkan bagaimana proses penciptaan kredit berlaku apabila seorang peniaga mendepositkan wang tunai sebanyak RM10 000 ke dalam akaun semasa dengan andaian nisbah rizab berkanun ialah 20%. [10]

25 Jelaskan kesan terhadap nilai Ringgit Malaysia (RM) jika, (a) Singapura meningkatkan tarif ke atas barangan keluaran Malaysia. [3] (b) Malaysia menggalakkan kemasukan pelaburan dari Negara China. [3] (c) Jepun mengalami kemelesetan ekonomi. [4]

26 (a) Takrifkan devaluasi. [1] (b) Terangkan tiga kesan Malaysia melaksanakan dasar devaluasi terhadap ekonomi negara. [9]

STPM2017(U)

KLON

QR Code Makro (7).indd 6 07/01/2020 8:05 AM

Page 7: EKONOMI · 11 Andaikan dalam sebuah ekonomi, bekalan wang ialah RM20 000, halaju pusingan wang ialah 6 dan jumlah output negara ialah 40 000 unit. Sekiranya bekalan wang bertambah

7

Bahagian C[20 markah]

Jawab dua soalan sahaja.

27 Jadual di bawah menunjukkan data tenaga buruh, guna tenaga, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan Indeks Harga Pengguna (IHP) dari tahun 2013 hingga 2015.

TahunButiran

2013 2014 2015

Jumlah tenaga buruh (‘000 orang) 12 580 13 101 13 602

Jumlah guna tenaga (‘000 orang) 12 147 12 743 13 262

KDNK nominal (RM juta) 112 345 124 417 140 689

IHP 107 110 114

(a) Jika tahun 2011 ialah tahun asas, hitung KDNK benar dari tahun 2014 hingga 2015. [2] (b) Hitung kadar pertumbuhan ekonomi dari tahun 2014 hingga 2015. [2] (c) Hitung kadar inflasi dari tahun 2014 hingga tahun 2015. [2] (d) Hitung kadar pengangguran dari tahun 2014 hingga 2015. [2] (e) Terangkan arah aliran kadar pengangguran dan KDNK benar dari tahun 2014 hingga 2015. [2]

28 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk perbelanjaan agregat-pendapatan (AE-Y) bagi sebuah ekonomi terbuka.

Perbelanjaan agregat (RM juta)

E1

E0

Y = AE

Y0 5 000

AEf

AE = 1 150 + 0.75 Y

Pendapatan negara (RM juta)

(a) Hitung keseimbangan pendapatan negara pada Y0. [2]

(b) Andaikan ekonomi ini mencapai tingkat pendapatan negara guna tenaga pada RM5000 juta. (i) Hitung jurang Keluaran Negara Kasar (KNK). [1] (ii) Hitung nilai pengganda bagi ekonomi ini. [1] (iii) Hitung lompang inflasi atau lompang deflasi. [2] (c) Hitung perubahan cukai yang diperlukan untuk menutup lompang tersebut. [2] (d) Hitung perubahan perbelanjaan kerajaan yang diperlukan untuk menutup lompang tersebut. [2]

STPM2016

KLON

QR Code Makro (7).indd 7 07/01/2020 8:05 AM

Page 8: EKONOMI · 11 Andaikan dalam sebuah ekonomi, bekalan wang ialah RM20 000, halaju pusingan wang ialah 6 dan jumlah output negara ialah 40 000 unit. Sekiranya bekalan wang bertambah

8

29 Jadual di bawah menunjukkan pengeluaran gandum dan beras oleh seunit buruh di negara A dan negara B. Setiap negara menggunakan 200 unit buruh.

BarangNegara

Gandum (unit) Beras (unit)

A 15 24

B 10 5

(a) Hitung negara mana yang memperoleh faedah berbanding dalam pengeluaran gandum dan faedah berbanding dalam pengeluaran beras. Jelaskan. [3]

(b) (i) Nyatakan negara yang mengkhusus dalam pengeluaran gandum dan negara yang mengkhusus dalam pengeluaran beras. [2]

(ii) Hitung jumlah pengeluaran apabila pengkhususan dijalankan. [2] (c) Andaikan kadar pertukaran yang ditetapkan ialah 1 unit beras bersamaan 1.4 unit gandum dan negara A

memerlukan 1 500 unit gandum. Bina jadual penggunaan di negara A dan negara B apabila perdagangan dijalankan. [2]

(d) Berapakah jumlah eksport dan import negara A? [1]

STPM2016

KLON

QR Code Makro (7).indd 8 07/01/2020 8:05 AM