gkb 1ppismp.docx
TRANSCRIPT
1.0 PENGHARGAAN
Syukur kepada Yang Maha Esa kerana dengan limpah kurnianya saya dapat
menyiapkan kerja kursus ini dengan baik, lancar dan sempurna. Namun, tidak dinafikan bahawa
sememangnya wujud pihak pihak tertentu yang turut sama berkolaborasi, bekerjasama serta
membantu saya dalam proses menyiapkan kerja kursus ini dengan sebaik mungkin.
Selain itu, sekalung apresiasi disulami ucapan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada
Encik Mohd Mokhtar bin A Majid pensyarah matapelajaran Kemahiran Belajar (GKB 1053)
kerana berkat daripada nasihat, tunjuk ajar, teguran serta bimbingan yang berterusan daripada
beliau, akhirnya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya.
Seterusnya, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan
daripada unit Reka Bentuk Dan Teknologi semester 1 kerana turut sama menyumbang idea
bernas bagi meningkatkan kualiti hasil kerja kursus saya serta membantu dalam mencari
maklumat dan informasi yang diperlukan.
Di samping itu, saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu
bapa saya Puan Munah Ak Ugin dan Encik Manggis Bin Ngelang yang berada di Sarawak
kerana berkat sokongan moral dan doa mereka, saya mampu menyiapkan kerja kursus ini
sebaik mungkin.
Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mana-mana
pihak lain yang turut terlibat secara langsung dan memberikan sumbangan sama ada dalam
bentuk kewangan, material, buah fikiran, tenaga atau apa-apa sahaja bentuk bantuan yang
telah memudahkan saya dalam menyiapkan kerja kursus ini.
1
2.0 PENGENALAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara (Falsafah Pendidikan Negara). Untuk mencapai
matlamat ini, pekerja yang mahir perlu mempunyai kemahiran berfikir pada aras tinggi di
samping menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran teknologi (Selva Ranee, 2007). Oleh itu,
akal fikiran pelajar perlu dipupuk ke arah penghasilan generasi berfikir yang lebih mantap dan
berkesan.
Sekolah dikenalpasti menjadi dasar dalam mengasuh serta meluaskan potensi
pemikiran pelajar kepada kepelbagaian untuk berfikir (Noor Rohana, 2009). Sistem pendidikan
di Malaysia kini lebih menekankan aspek kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah kerana
untuk mencapai hasrat melahirkan masyarakat yang saintifik, progresif, inovatif dan
penyumbang ini maka Malaysia memerlukan warganegara yang mempunyai kemahiran berfikir
yang kritis terutamanya dari golongan berpendidikan tinggi. Kebolehan berfikir dengan berkesan
sangat penting dalam menghadapi cabaran-cabaran kehidupan seharian yang kian kompleks
dan canggih. Kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran di peringkat
pengajian tinggi amat penting bagi memenuhi keperluan pelajar bagi menguasai pembelajaran
iaitu aktif, membuat penilaian dari idea-idea bernas dan maklumat. Kemajuan dalam sesuatu
pembelajaran boleh dicapai melalui kefahaman mengenai pelajaran yang dipelajari melalui
kemahiran berfikir. Kemahiran berfikir berperanan mengasah strategi serta teknik pembelajaran
mampu memperbaiki kebolehan seseorang untuk memahami kandungan pelajaran dengan
lebih baik berbanding pembelajaran secara tradisional.
Pemilihan kaedah pengajaran dan aktiviti pembelajaran yang digunapakai oleh guru
adalah merupakan faktor utama yang memainkan peranan penting dalam menentukan
kejayaan penerapan kemahiran berfikir. Guru harus memilih kaedah pengajaran yang memberi
ruang untuk pelajar menjalankan aktiviti-aktiviti berfikir aras tinggi sesuai dengan tujuan
pendidikan yang ingin dicapai. Penguasaan Kemahiran Berfikir dan Kemahiran Belajar amat
penting lantaran hadnya masa pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kelas.
2
Hal ini menyebabkan pelajar juga mendapat ilmu pengetahuan yang terhad. Oleh yang
demikian, pelajar perlu menguasai dan memahami teknik belajar agar dapat memperoleh
maklumat tambahan bagi meningkatkan prestasi mereka dalam pembelajaran. Dalam erti kata
lain, kemahiran berfikir dan kemahiran belajar membantu pelajar agar mampu melaksanakan
kemahiaran belajar mereka secara berkesan dan proaktif. Dengan ini, mereka berupaya menilai
tahap pembelajaran mereka sendiri dan seterusnya dapat memikirkan cara untuk meningkatkan
prestasi mereka sendiri.
Oleh itu, dalam usaha untuk mencapai kejayaan akademik, guru serta pelajar haruslah
menitikberatkan gaya pembelajaran dan memahami, menguasai serta mengamalkan
Kemahiran Belajar.
3
3.0 DEFINISI DAN KONSEP
3.1 KEMAHIRAN BELAJAR
Menurut Kamus Dewan Bahasa (Edisi ke3), kemahiran diertikan sebagai kecekapan
atau kepandaian. Manakala belajar diertikan sebagai memperoleh ilmu pengetahuan dan
kemahiran. Hal ini kerana adanya ransangan-ransangan, pemilihan ransangan yang sesuai
dengan organ deria, pemikiran makna atau sesuatu ransangan di dalam otak, membentuk
pengalaman atau ilmu pengetahuan dan mengamalkan dalam situasi yang sepadan serta
perubahan tingkah laku seseorang.
Dengan kata lain, belajar adalah satu proses tindakan yang dilakukan oleh seseorang
untuk mendapatkan perubahan dari segi pemikiran dan tingkah laku secara menyeluruh.
Pelbagai sifat boleh didapati dalam diri manusia yang menyebabkan cara belajar dan persepsi
individu terhadap belajar juga berlainan. Terdapat segelintir manusia yang menganggap belajar
merupakan satu proses yang susah dan mustahil. Tanpa mereka sedari, belajar merupakan
satu proses yang boleh berlaku di mana sahaja dan bila-bila sahaja malah dengan sesiapapun
yang melibatkan seseorang itu memproses maklumat yang diperoleh dan mengaplikasikannya
kepada perubahan atau peningkatan pengetahuan, kebolehan dan kemahiran. Oleh sebab itu,
wujudlah kelompok masyarakat yang kurang gemar untuk belajar dan seterusnya tidak belajar
sehingga tidak dapat mencapai peringkat kelulusan pun.
Dengan itu, kemahiran belajar boleh didefinisikan sebagai satu proses untuk
memperoleh teknik belajar sama ada bersama guru atau tanpa guru.Terdapat pelbagai kajian
dan pendapat terhadap kemahiran belajar yang diketengahkan. Kemahiran belajar merujuk
kepada gaya pembelajaran yang merangkumi motif dan strategi tertentu yang diamalkan oleh
pelajar bagi memperolehi hasil pembelajaran tertentu. Proses belajar sebenarnya berlaku pada
peringkat awal lagi iaitu ketika bayi. Sejak kecil lagi manusia mengalami proses belajar iaitu
apabila mendengar suara ibu bapa, mengenal persekitaran dan seterusnya belajar
menggunakan sentuhan, pandangan, pendengaran, bau dan rasa.
Kemahiran belajar melibatkan beberapa kemahiran seperti kemahiran mendengar,
kemahiran membaca, kemahiran mencatat nota dan kemahiran mengingat. Pelajar perlu
menguasai kemahiran belajar supaya mereka dapat mengenalpasti kelemahan atau kelebihan
diri mereka sendiri dalam proses pembelajaran sama ada di dalam kelas mahupan di luar kelas.
Hal ini mampu mendorong pelajar untuk berusaha mencari jalan dalam mengatasi kelemahan
4
dan mengguatkan serta menggunakan kekuatan yang ada dalam diri mereka sendiri untuk
memaksimumkan tahap pencapaian dalam pelajaran. Budaya belajar yang betul dan berkesan
dan dibina dengan menguasai kemahiran belajar selain daripada menungkatkan daya ingatan
dan pengurusan masa yang berkesan.
3.2 KEMAHIRAN BERFIKIR
Pemikiran ialah proses mencari makna serta usaha mencapai keputusan yang wajar.
Kemahiran berfikir adalah penting dalam proses meninggikan lagi keupayaan belajar kerana
melaluinya pelajar dapat mengawal, menentukan arah dan mengukur kemajuan pelajaran.
Mereka juaga berupaya menggunakan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang terurus dalam
kehidupan. Dari perspektif sejarah, Socrates menekankan keberkesanan soalan untuk menilai
dan mempertingkatkan kebolehan seseorang untuk menjana idea yang bernas. Benjamin
Bloom memperkenalkan Taksonomi Bloom dan mengatakan terdapat enam aras pemikiran
berdasarkan ranah kognitif bermula daripada aras rendah hingga aras tinggi iaitu mengingat,
memahami, aplikasi, analisis, evaluasi dan mencipta. Taksonomi Bloom adalah struktur
hierarkhi yang mengklasifikasikan kemahiran mulai dari aras yang rendah hingga aras yang
tinggi. Tentunya, untuk mencapai tujuan yang lebih tingggi, aras yang rendah harus dikuasai
terlebih dahulu. Presseisen (1987) menyatakan pemikiran sebagai aktiviti mental di mana
pengetahuan diperoleh dan diolah melalui proses penaakulan. Menurut Edward de Bono (1976)
pula, kemahiran berfikir adalah perkaitan dengan pemikiran lateral yang bukan sahaja untuk
selesaikan masalah tetapi berfikir untuk melihat sesuatu berdasarkan pelbagai perspektif bagi
selesaikan masalah. Berdasarkan beberapa definisi di atas maka takrifan kemahiran berfikir
dapat disimpulkan sebagai proses mental yang memerlukan pengetahuan dan melibatkan
pengolahan kemahiran mental tertentu untuk digunakan bagi menyelesaikan masalah dan akan
menentukan tingkah lau yang dihasilkan juga merupakan sikap yang ditunjukkan oleh
seseorang.
5
Rajah 1 : Enam aras pemikiran Taksonomi Bloom
3.3 ALAT BERFIKIR
Alat berfikir pula merupakan instrumen yang dapat membantu individu menggunakan
minda dengan lebih sistematik dan berkesan. Alat-alat berfikir ini mampu menyampaikan idea
seseorang dengan lebih tersusun, jelas dan mudah difahami (Mohd Dahlan, 1998). Menurut
Tee et al.(2009), terdapat beberapa alat berfikir yang lazim digunakan dalam system pendidikan
di Malaysia iaitu peta minda i-think, pengurusan grafik dan Cognitive Research Trust (CoRT).
Setiap jenis alat berfikir mempunyai fungsi dan kegunaan yang unik.
3.3.1 PEMETAAN i-THINK
Pemetaan i-think merupakan alat berfikir yang dilaksanakan untuk mempertingkatkan
dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar. Alat ini berupaya menghasilkan
pelajar yang berinovatif serta mampu menangani pelbagai cabaran masa kini dan akan datang
dengan membudayakan pembelajaran sepanjang hayat. Alat ini dikatakan mampu membantu
pelajar memahami dan mengingat pelajaran yang dipelajari dalam jangka masa yang panjang.
6
Mencipta
Menilai
Menganalisis
Menerapkan
Memahami
Mengingat
Rajah 2 : Lapan peta i-Think
7
i-THINK
CIRCLE MAP(PETA
BULATAN)
BUBBLE MAP(PETA BUIH)
DOUBLE BUBBLE MAP(PETA BUIH BERGANDA)
TREE MAP(PETA
POKOK)
BRIDGE MAP(PETA TITI)
BRACE MAP(PETA
DAKAP)
FLOW MAP(PETA ALIR)
MULTI-FLOW MAP(PETA
PELBAGAI ALIR)
Circle Map (Peta Bulatan)
Membantu aktiviti sumbangsaran dan menyenaraikan semua yang diketahui tentang
perkara atau idea tertentu supaya perkara tesebut boleh diteroka. Sebagai contoh, jika mahu
berkongsi idea tentang sistem suria , tulis perkara yang muncul dalam fikiran dalam lingkungan
bulatan luar.
Rajah 3 : Circle Map (Peta Bulatan)
Bubble Map (Peta Buih)
Membantu menerangkan sesuatu perkara atau idea dengan menyenaraikan kata
adjektif (kualiti, sifat atau ciri) supaya boleh menerangkan dan memahami sesuatu dengan lebih
baik. Sebagai contoh, jika mahu memahami tumbuhan Bunga Raya dengan lebih baik,
senaraikan kata adjektif yang menerangkannya dalam bulatan-bulatan yang berada di sekitar.
Rajah 4 : Bubble Map (Peta Buih)
Double Bubble Map (Peta Buiih Berganda)
8
Membantu menyenaraikan persamaan dan perbezaan antara dua perkara atau idea
supaya dapat membezakan kedua-duanya dengan membandingkan dan membezakan.
Sebagai contoh, jika mahu membandingkan kapal terbang dan kereta api, senaraikan
persamaan antara kedua-dua jenis sistem pengangkutan tersebut dalam bulatan-bulatan di
tengah manakala perbezaan pula disenaraikan di dalam bulatan-bulatan yang berada di luar.
Rajah 5 : Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)
Tree Map (Peta Pokok)
Membantu menyusun maklumat supaya berada dalam kumpulan yang berbeza agar
boleh memahami maklumat tersebut dalam gambaran besar secara menyeluruh. Sebagai
contoh, jika mahu menyusun senarai makanan yang berbeza, kelaskan butiran yang sama
dalam kumpulan yang sama dan labelkan kumpulan-kumpulan tersebut
Rajah 6 : Tree Map (Peta Pokok)
Brace Map (Peta Dakap)
9
Membantu memecahkan sesuatu kepada ciri-ciri selanjutnya supaya dapat memahami
cara sesuatu benda berfungsi. Sebagai contoh, jika mahu memahami peta dunia, senaraikan
semua benua dan seterusnya negara-negara dari setiap benua.
Rajah 7 : Brace Map (Peta Dakap)
Flow Map (Peta Alir)
Membantu menyenaraikan langkah-langkah yang terlibat dalam sesuatu proses supaya
dapat memahami apa yang perlu dilakukan untuk mencapai sesuatu. Sebagai contoh, jika ingin
tahu langkah-langkah untuk bersiap sedia ke sekolah, tulis langkah-langkah yang perlu diambil
dan susun dalam urutan yang harus diikuti.
Rajah 8 : Peta Alir
Multi-Flow Map (Peta Pelbagai Alir)
10
Membantu melakarkan sebab dan akibat sesuatu peristiwa agar boleh memahami akibat
tindakan-tindakan yang diambil dan cara untuk mengubahnya. Sebagai contoh, jika ingin
mengetahui kesan-kesan kerosakan gigi dan sebab perkara ini berlaku, senaraikan perkara-
perkara yang menyebabkan kerosakkan gigi pada sebelah kiri dan kesan kerosakkan gigi pada
sebelah kanan
Rajah 9 : Peta pelbagai alir
Bridge Map (Peta Titi)
11
Membantu menyenaraikan beberapa pasangan butiran yang berkaitan antara satu sama
lain supaya dapat memahami perkara-perkara di dunia yang mempunyai hubungan yang
serupa (analogi). Sebagai contoh, jika mahu mengetahui hubungan antara haiwan dengan
anakny, mulakan dengan menamakan sesuatu haiwan dan anaknya, yang anda tahu, kemudian
senaraikan pasangan-pasangan yang lain.
Rajah 10 : Peta titi
3.3.2 PENGURUSAN GRAFIK
Alat pengurusan grafik ini dikenali sebagai peta pengetahuan, peta konsep, peta cerita dan alat
pengurusan kognitif. Ianya merupakan alat komunikasi yang menggunakan symbol-simbol untuk
menggambarkan pengetahuan , konsep, pemikiran, idea-idea dan juga hubungan antara mereka. Tujuan
utama alat pengurusan grafik adalah untuk menyediakan bantuan visual bagi membantu pelajar berfikir.
Dengan kata lain, ianya merupakan satu kerangka atau medan yang digunakan untuk memindahkan apa
yang sedang difikirkan dari dalam minda ke atas kertas untuk dilihat dan disusun. Pengurusan grafik
diperlukan untuk merancang dan menyusun idea supaya teratur dan jelas serta untuk mengawal dan
memahami proses pemikiran kendiri. Penggunaan pengurusan grafik dalam proses pengajaran dan
pembelajaran akan berjalan dengan lebh berkesan dan objektif yang dirancang akan mudah dicapai. Ini
kerana dengan menggunakan pengurusan grafik, tujuan mempelajarai sesuatu kandungan pelajaran
dapat dilihat dengan lebih jelas dan memudahkan pelajar untuk memahami dan melakukan tugasan yang
rumit. Pengurusan grafik wujud dalam pelbagai bentuk. Antaranya adalah seperti yang terdapat dalam
Jadual 1.
12
JENIS PENGURUSAN GRAFIK CONTOH
Banding beza
Mengkategorikan
Membuat keputusan
Menyelesaikan masalah
Menjana idea
Fishbone cause-and-effect
Jadual 1 : Contoh Pengurusan Grafik
3.4 CoRT
13
CoRT (Cognitive Research Trust) merupakan instrument kognotif dalam bentuk garis
panduan yang digunakan untuk meningkatkan kualiti pemikiran seseorang. Penggunaan
alat ini dapat memandu pelajar untuk membuat keputusan dengan mengambil kira pelbagai
faktor, menyelesaikan masalah, meluaskan pandangan tehadap sesuatu isu, meniliti kesan-
kesan terhadap sesuatu tindakan, meneroka kepentingan apabila diberi pelbagai pilihan
serta melihat sesuatu dari pelbagai sudut pandangan. Alat cort ini terdapat dalam banyak
bahagian seperti :
CoRT 1 : Keluasan persepsi
CoRT 2 : Organisasi proses berfikir
CoRT 3 : Intraksi, argumen, pemikiran kritikal
CoRT 4 : Pemikiran kreatif
CoRT 5 : Maklumat dan perasaan
CoRT 6 : Tindakan (kerangka untuk berfikir langkah-demi langkah)
Program CoRT direkacipta untuk meliputi aspek-aspek pemikiran kreatif, konstruktif dan
kritikal. Edward de Bono menyarankan supaya CoRT 1, sentiasa diajarkan dahulu. Selepas itu
bahagian-bahagian lain boleh diperkenalkan apabila dikehendaki. Program CoRT 1
mengandungi beberapa kandungan seperti yang terdapat dalam Jadual 2.
Jadual 4.2 : Kandungan CoRT 1
JENIS-JENIS HURAIAN
PMI (Plus, Minus, Interesting) Setiap perkara dapat difikirkan dari segi
aspek kekuatan dan positif di samping aspek
egative dan kelemahannya, begitu juga
aspek yang menarik tentangnya.
CAF (Consider all factors) Sebelum membuat keputusan atau sebelum
faham akan sesuatu, pertimbangkan semua
factor yang berkaitan dengannya.
AGO (Aims, Goals, Objectives) Perkara yang difikirkan lazimnya ada
matlamat, objektif, maka perkara ini
hendaklah dipekai dalam pencarian proses
kognitif.
14
FIP (First Important Priorities) Apabila membuat pengasingan atau
pengkelasan, malah pengkategorian, ada
satu susunan yang menurut peraturan, maka
dalam proses berfikir, perkara ini hendaklah
diamalkan.
APC (Alternatives, Possibilities, Choices) Fenomena di sekeliling seseorang insan
lazimnya wujud dalam banyak kemungkinan,
justeru apabila memikirkannya hendaklah
mempertimbangkan alternative,
kemungkinan-kemungkinan dan pilihan yang
lumayan.
OPV (Other People View) Ketika sedang berfikir, pendapat orang yang
diperoleh hendaklah dipertimbangkan dan
digunakan juga.
C&S (Consequence and Sequel) Sesuatu berlaku dengan ada sebab dan
akibatnya, justeru apabila memikirkannya
sebagai fenomena, hendaklah dicari
kemungkinan ini.
Jadual 2 : Program CoRT 1
4.0 PENERAPAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
15
Pemilihan kaedah pengajaran dan aktiviti pembelajaran yang digunapakai oleh guru
merupakan faktor utama yang memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan
penerapan kemahiran berfikir. Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada prinsip-prinsip dan
kaedah yang digunakan dalam pengajaran. Kaedah pengajaran yang acapkali digunakan
mungkin termasuk demonstrasi, bacaan, hafal dan lain-lain serta mungkin mempunyai
gabungan antara kaedah yang berlainan. Pemilihan kaedah pengajaran yang digunakan
bergantung kepada maklumat atau kemahiran yang diajar dan juga boleh dipengaruhi oleh
kebolehan dan kesungguhan murid. Strategi pengajaran merangkumi semua pendekatan yang
guru boleh ambil secara aktif bagi melibatkan murid dalam proses pembelajaran.
Kemahiran berfikir boleh dicapai melalui penggabungan kaedah pengajaran yang
menggalakkan kemahiran berfikir seperti perbincangan, penyelesaian masalah, perdebatan dan
lain-lain. Penggunaan alat-alat berfikir seperti peta minda, pengurusan grafik dan teknik
penyoalan juga boleh digabungkan dalam kelas bagi membantu pelajar meransang pemikiran
mereka. Guru perlu memilih kaedah pengajaran yang memberi ruang untuk pelajar
menjalankan aktiviti-aktiviti berfkir aras tinggi. Kaedah pengajaran tradisional tidak dapat
dielakkan dari penggunaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran, maka ia perlu
digabungkan dengan alat-alat berfikir supaya kemahiran belajar pelajar dapat digerakkan
dengan cara yang lebih tersusun. Oleh yang demikian, dalam skop penerapan kemahiran
berfikir, kaedah yang sesuai digunapakai oleh guru bagi merangsang kemahiran berfikir dan
mencungkil potensi intelektual pelajar ialah melalui pengajaran berasaskan perbincangan,
pengajaran berasaskan tugasan, pengajaran pemusatan guru dan latih tubi.
4.1 PERBINCANGAN
Kaedah perbincangan adalah satu aktiviti berkumpulan iaitu melalui penglibatan pelajar
secara bekerjasama antara satu sama lain dalam membincangkan sesuatu topik atau masalah.
Kaedah ini melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
dapat meningkatkan minat serta pembelajaran kendiri dalam kalangan pelajar. Perbincangan
secara berkumpulan menggalakkan pelajar untuk menyoal, menganalisis dan menilai bersama-
sama bagi menyelesaikan masalah atau isu yang dibincangkan. Dalam kaedah ini, guru
hendaklah memastikan murid sentiasa berminat untuk mengikuti pembelajaran.
16
Guru haruslah menggalakkan para pelajar befikir untuk menghasilkan daya pemikiran yang
lebih kreatif, inovatif dan menghasilkan idea bernas. Guru juga haruslah bertindak sebagai
pemudahcara atau fasilitator dan bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain bagi
menegaskan perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan sentiasa
menghala kearah perkara yang betul sepanjang perbincangan dijalankan. Masa perbincangan
kumpulan juga haruslah ditetapkan agar pelajar memberikan komitmen sepenuhnya sepanjang
perbincangan tanpa melibatkan perkara yang tidak berkaitan dengan topik atau isu semasa
perbincangan dilakukan.
Kaedah ini perlu menitikberatkan dua aspek iaitu keterlibatan dan mewujudkan
perbincangan yang menarik. Terdapat 5 teknik utama yang merangkumi keterilbatan semua
pelajar dan boleh mewujudkan perbincangan yang menarik. Teknik pertama ialah Penyiasatan
Berkelompok (Group Investigation). Teknik ini memerlukan pelajar untuk mengenalpasti satu
topik atau isu yang diberikan, merancang serta menjalankan perbincangan. Semua maklumat
yang telah diperoleh akan dianalisis dengan cara yang terperinci untuk dipersembahankan
dalam bentuk yang kreatif dan menarik seperti peta minda i-think. Teknik yang kedua ialah
teknik Student Team Achievement Division (STAD). Teknik ini membolehkan pelajar
menggunakan lembaran kerja untuk menguasai suatu cabang pengetahuan. Pelajar boleh
saling membantu melalui tutorial, kuiz atau perbincangan kumpulan. Seterusnya, teknik jigsaw
juga boleh digunakan dalam pengajaran. Teknik ini memerlukan wakil bagi setiap kumpulan
untuk membentuk satu kumpulan baharu yang akan membincangkan sebahagian daripada
topik atau isu yang diberikan. Wakil kumpulan ini akan kembali ke kumpulan asal masing-
masing untuk berkongsi pengetahuan mereka dengan ahli kumpulan masing-masing. Teknik ini
amat bagus kerana ia membantu pelajar menguasai 3 aras pemikiran berdasarkan Taksonomi
Bloom iaitu mengingat, memahami dan menerapkan.
Teknik yang keempat ialah Team- Accelerated Instruction (TAI). Ini merupakan
pendekatan secara menyeluruh di mana pelajar mempunyai kebebasan bertindak dan guru
boleh membentuk kelas heterogeni. Pelajar yang lemah dan pelajar yang cemerlang dijadikan
dalam satu kumpulan membentuk kelas heterogenus. Ini bertujuan untuk memberi peluang
kepada murid yang rendah pencapaian supaya dapat meningkatkan tahap pencapaiannya
seiring dengan murid lain yang mempunyai pencapaian yang tinggi. Perbincangan antara
pelajar yang cemerlang dan pelajar yang lemah boleh berlaku dan boleh menggalakkan
suasana pembelajaran yang lebih aktif dan berkesan. Teknik yang kelima ialah Team Games
Tournament (TGT). Teknik ini memerlukan pelajar berbincang mengenai bahan yang
17
disampaikan oleh guru sama ada dalam bentuk syarahan, demonstrasi atau pertunjukan visual.
Pelajar kemudiannya akan bekerja mengikut lembaran kerja yang disampaikan oleh guru untuk
mengusai konsep dan akan bermain suatu permainan kecil berbentuk pertandingan dalam bilik
darjah. Ini membolehkan pelajar menguasai 2 aras pemikiran dalam Taksonomi Bloom iaitu
menerapkan dan menganalisis.
Rajah 11 : Teknik Perbincangan
Dalam kaedah perbincangan, terdapat dua cara yang boleh digunakan untuk
memastikan perbincangan melibatkan semua pelajar iaitu Putaran Giliran (Round Robin) dan
Meja Bulat (Round Table). Dalam Putaran Giliran, setiap ahli dalam kumpulan akan
mengutarakan pendapat masing-masing secara lisan mengikut putaran giliran. Ini memberi
peluang kepada setiap ahli kumpulan untuk mengemukakan idea masing-masing sambil
menerima dan menolak idea lain secara diplomasi dan mengalakkan proses pertukaran idea
dan pandangan. Manakala dalam Meja Bulat pula, ahli kumpulan dapat berkongsi maklumat
secara bergilir-gilir dalam mencurahkan idea yang dibincangkan. Ini membolehkan setiap ahli
kumpulan menambah idea bagi menyiapkan tugasan yang diberikan.
18
5 TEKNIK DALAM
PERBINCANGAN
Penyiasatan Berkelompok
Student Team
Achievement Division
JigsawTeam-
Accelerated Instruction
Team Games Tournament
Kaedah perbincangan boleh meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dan kemahiran
menyelesaikan masalah serta meningkatkan kemahiran komunikasi pelajar. Aktiviti
perbincangan yang dijalankan mampu membantu pelajar memahami, menerapkan dan
menganalisis topik atau isu yang dibincangkan kerana idea yang dilontarkan oleh pelajar
lazimnya berkaitan dengan pengalaman yang mereka alami. Hasil perbincangan pelajar boleh
dirumuskan dan dibentukkan menjadi alat berfikir seperti peta minda. Pelajar berupaya
membentangkan idea-idea bernas hasil perbincangan mereka dalam bentuk yang lebih
tersusun, jelas dan senang difahami. Arends (2001) dalam Noriati (2009) menjelaskan bahawa
kaedah perbincangan boleh meningkatkan pemikiran dan membantu pelajar membina
kefahaman kandungan, menganalisis kandungan, meransang penglibatan serta membantu
murid menguasai kemahiran berkomunikasi selari dengan Taksonomi Bloom yang telah
diperkenalkan.
4.2 PENGAJARAN BERASASKAN TUGASAN ATAU AKTIVITI
Guru yang menggunakan strategi berasaskan tugasan atau aktiviti melibatkan pelajar
dalam aktiviti atau memberi peluang untuk menerapkan, menganalisis dan mengaplikasikan
apa yang sedang mereka pelajari. Aktiviti yang dipilih dengan bijak perlu disampaikan dengan
berkesan, dipantau dan diteruskan sekiranya inginkan kesan maksimum. Kriteria-kriteria yang
diambil kira dalam pemilihan atau membentuk aktiviti adalah:
Aktiviti yang dipilih harus berfokus kepada matlamat utama topik yang ingin
diajar di mana guru perlu memberikan perhatian kepada jenis aktiviti yang boleh
menuju pencapaian matlamat tersebut iaitu pemahaman kandungan pelajar dan
kebolehan untuk mengaplikasikannya dalam situasi lain.
Berdasarkan matlamat pengajaran, boleh diambil kira kepelbagaian aktiviti.
Contohnya, aktiviti boleh merupakan aktiviti permainan atau main peranan;
aktiviti tersebut releven dan berguna untuk menyampaikan isi kandungan
pelajaran. Walau bagaimanapun, semasa memilih aktiviti yang tidak memenuhi
kriteria utama, guru boleh menambil kira kriteria sekunder.
Aktiviti akan menyediakan peluang untuk berinteraksi dan membuat refleksi,
bukannya aktiviti yang dilaksanakan secara individu .
Selain aktiviti dipilih dengan baik, aktiviti perlu dipersembahkan dan dipantau
serta disusuli jika meninginkan impak yang spenuhnya.
19
Ini bermakna pelajar perlu bersedia lebih awal sebelum aktiviti. Guru perlu
memberikan bimbingan dan maklum balas semasa aktiviti serta menstruktur
refleksi selepas aktiviti.
Oleh itu, guru perlu menyediakan murid dengan memberikan bimbingan dan maklum balas
semasa aktiviti dan menstruktur refleksi pasca aktiviti selepas sesuatu aktiviti. Lazimnya,
terdapat tiga peringkat pelaksanaan yang biasa digunakan dalam pendekatan pengajaran
berasaskan tugasan iaitu sebelum tugasan, semasa tugasan dan selepas tugasan.
Pada peringkat sebelum tugasan, guru berperanan untuk menjelaskan dan memberi
idea dan matlamat yang ingin dicapai. Guru boleh menunjukkan model bagaimana tugasan
akan dijalankan jika perlu. Pada peringkat semasa tugasan pula, lazimnya pelajar
melaksanakan tugasan dalam bentuk kumpulan kecil atau secara berpasangan. Pada peringkat
ini, guru bersifat sebagai pemerhati yang memantau dan sebaik-baik kurangkan masuk campur
dalam perbincangan agar pelajar dapt berinteraksi sesama mereka dengan lebih berkesan.
Peringkat ketiga ialah peringkat selepas tugasan. Peringkat terakhir ini adalah selepas
selesainya tugasan dimana para pelajar boleh memberi rumusan atau ulasan terhadap apa
yang mereka telah bincangkan serta memberi komen yang membina.
Rajah 12 : Tiga peringkat pelaksanaan dalam pengajaran berasaskan tugasan.
Tugasan yang disediakan haruslah merangkumi alat berfikir seperti teknik penyoalan
aras tinggi. Pembinaan Soalan merupakan alat ransangan yang kerap digunakan untuk
mencungkil maklumat, mengenal pasti tahap kefahaman, mengesan minat dan mengasah serta
menilai kebolehan pelajar tentang sesuatu perkara. Manakala penyoalan adalah suatu teknik
pengemukaan soalan bagi memenuhi tujuan dan keperluan tertentu. Ia juga merupakan salah
satu kaedah membantu pelajar berfikir secara mendalam dan meluas. Tugasan yang diberikan
haruslah merangkumi aras rendah iaitu soalan bertumpu dan aras tinggi iaitu soalan bercapah.
20
Sebelum tugasan
Semasa tugasan
Selepas tugasan
Soalan bertumpu merupakan soalan yang berbentuk tertutup dan mempunyai jawapan atau
respond yang terhad. Soalan bertumpu lebih bersifat objektif dan amat sesuai untuk menguji
daya ingatan pelajar. Manakala, soalan bercapah merupakan soalan yang berbentuk terbuka
dan mempunyai jawapan atau respond yang luas serta lebih bersifat subjektif. Soalan
bercapah sesuai untuk menguji penaakulan dan penafsiran pelajar terhadap isu yang
dibincangkan.
Contoh soalan bertumpu
Huraikan fasa-fasa dalam acara lompat jauh.
Apakah yang dimaksudkan dengan pengambilan makanan berkhasiat?
Contoh soalan bercapah
Bincangkan bagaimanakah kemahiran dalam mana-mana satu fasa lompat jauh
boleh ditingkatkan.
Pada pendapat anda, apakah kesan kekurangan pengambilan makanan
berkhasiat?
SOALAN BERTUMPU SOALAN BERCAPAH
Aras rendah Aras tinggi
Jawapan atau respond terhad Jawapan atau respond luas
Berbentuk tertutup Berbentuk terbuka
Sesuai menguji daya ingatan Sesuai menguji penaakulan dan penafsiran
Lebih bersifat objektif Lebih bersifat subjektif
Jadual 3 : Perbandingan antara soalan bertumpu dan soalan bercapah
Oleh itu, dalam menghasilkan aktiviti yang menggunakan kaedah pengajaran
berasaskan tugasan, guru perlu mengambil kira beberapa kriteria. Pertama, aktiviti yang dipilih
haruslah berfokus kepada matlamat utama topik yang ingin diajar. Kedua, guru perlu
mempelbagaikan aktiviti yang berdasarkan matlamat pengajaran. Ketiga, guru hendaklah
memastikan aktiviti yang dirancang membuka ruang atau peluang kepada murid untuk
21
berinteraksi dan membuat refleksi. Keempat, guru perlu memastikan setiap aktiviti perlu
dipersembahkan dan dipantau bagi menghasilkan p&P yang berkesan. Kelima, aktiviti yang
dilakukan haruslah merangkumi alat berfikir seperti teknik penyoalan bagi meningkatkan
kemahiran berfikir pelajar.
4.3 KAEDAH PENGAJARAN PEMUSATAN GURU
Pengajaran berasaskan pemusatan guru merupakan kaedah pengajaran tradisional
yang diamalkan dalam bilik darjah. Kaedah ini meletakkan guru sebagai peranan utama dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran pemusatan guru merupakan pendekatan yang
mudah dirancang dan diurus, membekalkan model untuk pemikiran yang betul dan
mengelakkan suasana elitis (Brophy, 1978). Teknik yang dipertimbangkan semasa
menggunakan kaedah pengajaran ini ialah demonstrasi, kaedah penyoalan dan pengajaran
berpasukan. Lazimnya, komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah sehala.
Akibatnya, pelajar akan menjadi kurang aktif, kreatif dan berinisiatif. Namun begitu, masalah ini
boleh diatasi dengan merancang pengajaran yang lebih kreatif iaitu penggunaan alat berfikir
seperti peta minda i-think.
Peta minda i-think boleh digunakan untuk membantu guru menerangkan kepada pelajar
tentang sesuatu isi pelajaran. Ini secara langsung boleh mengasah kemahiran membuat nota
dalam kalangan pelajar. Peta minda i-think lazimnya dilengkapkan dengan simbol, rajah,
bongkah dan warna yang menarik menyebabkan ianya senang untuk menarik minat pelajar.
Idea yang disampaikan oleh guru juga boleh disampai dan kreatif, jelas, tersusun dan mudah
difahami. Sebaiknya, peta minda i-think yang dibuat haruslah hasil daripada interaksi antara
guru dan murid. Hal ini kerana, interaksi antara guru dan pelajar bagi menghasilkan peta minda
i-think membolehkan pelajar mempelajari cara-cara menbuat peta minda i-think dan
memudahkan mereka menggunakan alat berfikir ini walaupun tanpa kehadiran guru.
22
4.4 LATIH TUBI
Kaedah latih tubi bertujuan untuk menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya
kepada murid tentang sesuatu pembelajaran spesifik supaya mereka secara automatik boleh
menyebut atau memperingati semula maklumat apabila disuruh berbuat demikian. Kaedah ini
selaras dengan Taksonomi Bloom iaitu mengingat, memahami dan menerapkan. Namun begitu,
kaedah latih tubi mungkin akan membosankan jika dilakukan secara berterusan. Kaedah ini
boleh menjejaskan tumpuan murid-murid.Oleh yang demikian, bagi mengelakkan kebosanan
dan kurangnya konsentrasi murid, pelbagai bentuk latih tubi boleh digunakan seperti berikut :
mengadakan kaedah latih tubi secara pertandingan dalam kumpulan atau individu,
iaitu siapa yang dapat menjawab sesuatu pertanyaan guru tentang sesuatu
berkaitan dengan kemahiran, markah akan dikira dan dihimpun dan kemudian
dibandingkan dengan kumpulan atau individu yang lain yang terlibat.
bagi murid yang kurang daya saing, kaedah latih tubi boleh dijalankan dengan cara
memegang peralatan dan menyebutnya, dari aspek nama peralatan tersebut, fungsi,
cara penggunaan, cara menyimpan, cara untuk menggelakkan diri dari kecederaan
akibat penggunaan peralatan dan sebagainya.
Sesi latih tubi akan menjadi lebih berkesan jika ianya dijalankan secara berterusan,
dikendalikan dalam konteks, semua bahagian pelajaran dimasukkan dan digunakan dalam
aktiviti yang berbeza.
Kaedah pelaksanaan :
1. Memahami.
2. Menekankan fokus utama pembelajaran.
3. Mengulang-ulang.
4. Ujian bertulis.
5. Pemarkahan dan rekod.
23
Kaedah latih tubi harus dilakukan dalam masa yang singkat sahaja dan sentiasa
bertumpu ke arah objektif pembelajaran agar dapat menghasilkan tindak balas automatik atau
hafalan. Pelaksanaan haruslah sentiasa aktif dan menarik bagi mengelakkan pelaksanaan
menjadi bosan dan akan berkesan jika bahan yang diajar difahami oleh murid. Kaedah ini boleh
diselitkan dengan alat berfikir seperti peta minda i-think dengan mengkonstruk peta minda i-
think secara berulang-ulang agar idea dapat disusun dengan jelas dapat dicetuskan secara
automatik kepada responden.
Rajah 13 : Pelaksanaan kaedah latih tubi
24
Memahami
Menekankan fokus utama
pembelajaran
Mengulang-ullang
Ujian bertulis
Pemarkahan dan rekod
5.0 REFLEKSI
Pertama sekali, syukur kepada yang Maha Esa kerana dengan keizinanNya, saya dapat
menyiapkan kerja kursus ini dengan baik. Seperti yang kita sedia maklum, Kemahiran Belajar
merupakan antara subjek yang diajar di peringkat Institut Pendidikan Guru. Subjek ini
diperkenalkan khusus untuk menerapkan kemahiran-kemahiran dalam diri bakal-bakal pendidik
dengan harapan golongan ini juga mampu mengaplikasikan serta menerapkannya kepada
anak-anak bangsa kelak. Antara contoh kemahiran yang dimaksudkan ialah kemahiran
membuat nota, kemahiran mengumpul maklumat, kemahiran menggunakan alat berfkir,
kemahiran membaca dan sebagainya. Kerja kursus bagi subjek ini pula bertujuan untuk
mendedahkan para guru pelatih dengan kemahiran dalam mencari bahan, membuat bacaan
dan mengumpul maklumat dari pelbagai sumber sahih, berautoriti dan berkredibiliti. Melalui
kajian kerja kursus ini, saya secara tidak langsung dapat mengaplikasikan kemahiran dalam
teknologi maklumat dan komunikasi dalam menyediakan tugasan yang diberikan.Seterusnya,
saya dapat mempelajari cara untuk menghasilkan satu bahan bertulis dengan mengintegrasikan
semua maklumat yang saya peroleh daripada pelbagai sumber. Selain itu, kerja kursus ini
bertujuan untuk memberi pengetahuan dengan lebih mendalam kepada guru-guru pelatih
berkenaan pendidikan serta kaedah pengajaran yang boleh menerapkan kemahiran berfikir.
Umumnya, semasa menjalankan kerja kursus ini, tidak dinafikan bahawa terdapat
banyak insiden yang mampu menjadi dapatan kerja kursus sama ada insiden berbentuk
pengajaran, halangan mahupun cabaran. Walaubagaimanapun, insiden-insiden sebegini
sebenarnya merupakan titik tolak, perangsang serta pengalaman kepada saya agar menjadi
lebih matang dari sudut pemikiran serta kelakuan terutama dalam membuat keputusan. Dalam
pada itu, insiden tersebut juga mampu memberi satu kefahaman kepada saya terutama dalam
bidang keguruan.
Antara cabaran utama yang saya hadapi ialah berikutan tempoh masa menyiapkan kerja
kursus ini. Jangka masa sebulan yang diberikan cukup lama namun oleh kerana tempoh
tersebut merangkumi waktu kuliah, maka tidak dinafikan wujud halangan dalam menyiapkan
kerja kursus ini. Hal ini kerana, saya perlu menyiapkan kerja kursus di samping perlu
menyiapkan kerja-kerja kuliah yang diberikan oleh pensyarah. Contohnya, ketika saya ingin
menyiapkan kerja kursus ini, saya turut diberi tugasan seperti pembentangan dan latihan-latihan
di dalam kelas. Situasi ini menyebabkan saya agak kelam-kabut dalam membuat kerja. Ini
sekaligus mengubah presepsi dan gaya saya yang kebiasaanya suka menangguh kerja.
25
Akhir sekali, melalui kerja kursus ini, say dapat meningkatkan kemahiran saya dalam
bidang teknologi computer kerana kehendak kerja kursus yang memerlukan kami untuk
menggunakan perisian komputer. Saya turut sedar bahawa kerja kursus ini merupakan antara
latihan kepada saya kerana kemahiran begini amat penting dalam kerjaya seorang guru yang
turut berkait rapat dengan perisian komputer terutama dalam membuat soalan-soalan dan
dalam menghasilkan laporan serta kertas kerja. Justeru itu, kemahiran sebegini secara tidak
langsung akan memberi kesan positif dan membantu saya dalam menghadapi situasi kerja
sebagai seorang guru kelak.
Seterusnya, pada pendapat saya, kerja kursus sebegini selayaknya diteruskan dan
diterapkan kepada pelajar dari peringkat awal di peringkat institut pengajian tinggi agar para
guru pelatih dapat menguasai kemahiran-kemahiran yang boleh diaplikasi dalam bidang kerjaya
kelak. Saya akui kerja kursus sebegini sememangnya memberikan manfaat dan faedah yang
boleh menjadi input tambahan kepada pelajar. Kemahiran dalam mengumpul maklumat dan
kemahiran menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi merupakan antara input yang
telah saya pelajari dengan lebih mendalam melalui kerja kursus ini. Senario ini merupakan satu
persediaan kepada diri saya iaitu melahirkan guru celik teknologi serta sentiasa bergerak
selaras dengan peredaran zaman.
Tuntasnya, sekali lagi saya ingin bersyukur dan berterima kasih terutama kepada Encik
Mohd Mokhtar Bin A. Majid yang banyak membantu dalam melaksanakan kerja kursus ini.
Syukur sekali lagi kepada yang Maha Esa kerana saya mampu mengharungi setiap cabaran
yang datang sepanjang tempoh masa menyiapkan kerja kursus ini serta dapat memperoleh
sesuatu yang terbukti memberi manfaat melalui kerja kursus ini.
26
6.0 RUJUKAN
BIBLIOGRAPHY Mansor, N. R. (2009). Model Analisis Aras Soalan Kognitif : Kajian Terhadap Buku Teks Bahasa Melayu Sekolah Menengah Atas. Jurnal Melayu 4, 73-90.
Tee, Tze Kiong, Jailani Bin Md Yunos, Baharom Bin Mohamad, Widad Bt. Othman dan
Yee, Mei Heong (b) (2009). Penilaian Aras Kemahiran Berfikir Menerusi Ujian SEA, Rubrik Kemahiran Berfikir Dan Rubrik Peta Minda. Persidangan Kebangsaan Pendidikan Sains dan Teknologi 2009 (PKPST 2009). m.s 5-14.
Noriati A. Rashid, B. P. (2009). Murid dan Alam Belajar. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.
Som Hj, Nor dan Mohd Dahlan Mohd Ramli. (1998). Kemahiran Berfikir Secara Kritis & Kreatif. Selangor
Sharifah Alwiah Alsagof. (1987). Psikologi Pendidikan II.Selangor: Longman Malaysia. Sdn.
Bhd.
http://www.apps.ideal.upm.edu.my/website/bacelor/TAJUK%204_ALAT%20BERFIKIR.pdf
diakses pada 19 September 2015
http://studentsrepo.um.edu.my/2469/2/BAB_1.pdf diakses pada 22 September 2015
27
28