gigi (jenis, penyakit dan rawatan)

17
GIGI (Jenis, Penyakit dan Rawatan) Disediakan oleh: ABDUL LATIF BIN AHMAD IPG Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat, Johor

Upload: phila

Post on 17-Jan-2016

138 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

GIGI (Jenis, Penyakit dan Rawatan). Disediakan oleh: ABDUL LATIF BIN AHMAD IPG Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat, Johor. FAKTA MENGENAI GIGI. Gigi adalah bahagian keras yang terdapat di dalam mulut. Memiliki struktur yang bervariasi untuk melakukan pelbagai tugas. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: GIGI (Jenis, Penyakit dan Rawatan)

GIGI(Jenis, Penyakit dan Rawatan)

Disediakan oleh:ABDUL LATIF BIN AHMAD

IPG Kampus Tun Hussein OnnBatu Pahat, Johor

Page 2: GIGI (Jenis, Penyakit dan Rawatan)

FAKTA MENGENAI GIGI

• Gigi adalah bahagian keras yang terdapat di dalam mulut. • Memiliki struktur yang bervariasi untuk melakukan pelbagai tugas. • Fungsi utama gigi adalah untuk merobek dan mengunyah makanan.

Page 3: GIGI (Jenis, Penyakit dan Rawatan)

FAKTA MENGENAI GIGI

Struktur gigi:1. Enamel (melindungi tulang gigi

dengan zat yang sangat keras) 2. Tulang (lapisan yang berada

pada lapisan setelah enamel yang dibentuk dari ionkarbonat.

3. Rongga Gigi (rongga yang di dalamnya terdapat kapilari darah dan urat saraf).

4. Semen / Sementum (bahagian akar gigi yang berdekatan dengan tulang rahang di mana gigi manusia tumbuh.

Page 4: GIGI (Jenis, Penyakit dan Rawatan)

FAKTA MENGENAI GIGI

Susunan gigi tetap pada orang dewasa berjumlah 32 batang:

• 8 gigi seri• 4 gigi taring• 8 geraham depan• 12 geraham

belakang

Page 5: GIGI (Jenis, Penyakit dan Rawatan)

PENYAKIT GIGI DAN MULUT

Resesi gusi ke paras akar gigiProses ini memberi pendedahan

akar gigi pada pengumpulan plak dan seterusnya menyebabkan karies di bahagian ini. Ramai individu yang berumur melebihi 25 tahun akan mengalami kerosakan pada gigi dan akarnya yang memerlukan rawatan klinikal.

Resesi gusi ke paras akar gigi

Karies di akar gigi

Page 6: GIGI (Jenis, Penyakit dan Rawatan)

PENYAKIT GIGI DAN MULUT

Penyakit gusi• Punca utama ialah pengabaian penjagaan kebersihan mulut. • Menyebabkan gigi jadi longgar dan menimbulkan masalah pengunyahan.

Keadaan mulut yang kotor akan menyebabkan penyakit

gusi

Rawatan periodontium adalah rawatan bagi penyakit gusi. Ia boleh membantu mengurangkan sensitiviti (kengiluan), resesi (penurunan)

dan pendarahan gusi. Rawatan ini juga boleh mengukuhkan tisu periodontium yang menyokong gigi.

Page 7: GIGI (Jenis, Penyakit dan Rawatan)

PENYAKIT GIGI DAN MULUT

Kekeringan Mulut • Pengurangan pengaliran air liur menyebabkan mulut kering. • Boleh menimbulkan masalah bercakap, menelan, sakit tekak, suara garau dan sebagainya. • Masalah karies gigi akan lebih mudah berlaku (air liur bertindak sebagai agen pembersih mulut untuk membersihkan pengeluaran asid yang dihasilkan oleh plak. • Lebihkan minum air kosong

untuk mengatasi kekurangan air liur.

Page 8: GIGI (Jenis, Penyakit dan Rawatan)

PENYAKIT GIGI DAN MULUT

Kanser MulutTabiat merokok dan memakan sirih,

kapur dan gambir dalam jangka masa yang panjang akan menghadapi risiko yang tinggi untuk menghidap penyakit kanser mulut.

Tanda-tanda yang patut di awasi ialah :

1. Ulser di dalam mulut yang tidak pulih.2. Sebarang perubahan pada mukosa (bahagian di dalam mulut), lidah dan lelangit.3. Tidak boleh tahan langsung memakan makanan yang pedas dan berempah

Page 9: GIGI (Jenis, Penyakit dan Rawatan)

MENGAPA PERLU MEMBAIKPULIH GIGI

Jika gigi hilang tanpa dibaik-pulih; 1. kecantikan seseorang mungkin

terganggu.2. Menyusahkan pemakanan dan

pertuturan. 3. Perbersihan gigi mungkin lebih

sukar yang seterusnya menyebabkan penyakit gigi dan gusi.

4. Tulang akan mengecut (gigi palsu atau implan - tanam gigi menjadi lebih susah dan hasilnya mungkin tidak memuaskan)

Page 10: GIGI (Jenis, Penyakit dan Rawatan)

CARA MEMBAIKPULIH GIGI

A) BOLEH DITANGGAL Gigi palsu boleh dibahagikan kepada tiga jenis berdasarkan

bahan yang digunakan untuk membuat landas/asas/tapak gigi iaitu:

i.)Plastik biasa)

lebih mudah dibuat, lebih murah tetapi lebih rapuh.

ii.) keluli/logam

logam tidak berkarat,lebih keras dan boleh dibuat sangat nipis,lebih selesa tetapi kos lebih tinggi.

Page 11: GIGI (Jenis, Penyakit dan Rawatan)

CARA MEMBAIKPULIH GIGI

iii.) plastik LEMBUT

boleh dibengkokkan, tidak perlu cangkuk keluli, lebih selesa tetapi kos lebih tinggi.

Bergantung kepada keadaan tulang dan gigi, gigi palsu yang boleh ditanggal mungkin lebih longgar atau kurang daya gigitan. Tulang yang menyokong gigi palsu akan beransur-ansur kecut dan pembuatan gigi palsu baru diperlukan.

Page 12: GIGI (Jenis, Penyakit dan Rawatan)

CARA MEMBAIKPULIH GIGI

B)TIDAK BOLEH DITANGGAL Implan biasanya dikenali sebagai ‘tanam gigi’. Dengan mengisar

(mengecil dan memendekkan) gigi di sebelah celah/ruang gigi, dan gigi-gigi yang telah dikisar disambung /sarung dengan gigi buatan.

1)Jambatan Gigi Jambatan ditetapkan/disimenkan pada gigi, pesakit tidak boleh ditanggalkan.

• Kebaikan: lebih teguh, gigitan lebih baik.

• Keburukan: gigi asli perlu dikisar. Jenis bahan gigi yang biasa dipakai:

asas logam dan porcelain porcelain sahaja (lebih cantik) plastic khas

Page 13: GIGI (Jenis, Penyakit dan Rawatan)

CARA MEMBAIKPULIH GIGI

2) ImplanImplan dilaksanakan bila;• ada gigi telah hilang • tidak biasa dengan gigi palsu, • tidak sanggup mengisarkan gigi

asli untuk buat jambatan• tiada gigi lagi yang boleh dikisar.

Melalui pembedahan kecil, satu atau lebih skru titanium dimasukkan dalam tulang. Setelah 3 hingga 6 bulan, skru tersebut menjadi teguh. Skru tersebut dianggap sebagai akar gigi, di atas akar ini boleh ditambah korona (kepala) gigi, jambatan ataupun gigi palsu dan sebagainya.

Kebaikan : lebih teguh, tahan lama. Keburukkan : Hanya boleh disiapkan dalam masa 3- 6 bulan.Perlu pembedahan kecil. Kos lebih tinggi.

Page 14: GIGI (Jenis, Penyakit dan Rawatan)

CARA MEMBAIKPULIH GIGI

Implant Mini : Khasnya untuk

memegang gigi palsu bawah yang longgar.

Lebih senang dibuat dan biasanya siap dalam masa satu jam. Tidak perlu potong gusi. Lebih murah tetapi tidak sekuat implant biasa.

Page 15: GIGI (Jenis, Penyakit dan Rawatan)

CARA MEMBAIKPULIH GIGI

Orthodontik (Braces)Merapatkan gigi-gigi di celah dengan wayar. Kebaikan: memperbaiki gigi (Gigi akhir adalah gigi asli bukan gigi buatan) Keburukan: Masa lebih lama, kos lebih tinggi

Page 16: GIGI (Jenis, Penyakit dan Rawatan)

CARA MEMBAIKPULIH GIGI

Walaubagaimanapun, dari segi fungsi, gigi palsu tidak sebaik gigi asli. Oleh

itu: jagalah gigi dengan baik. periksa gigi secara berkala cuci dan menampal gigi untuk mengelakkan kerosakan gigi dan gusi. Cuba selamatkan gigi asli anda. Gigi tidak semestinya dicabut, walaupun sedang sakit.

Jika terdapat sebarang keraguan, mintalah nasihat dari doktor.

Page 17: GIGI (Jenis, Penyakit dan Rawatan)

SEKIAN,TERIMA KASIH