geografi tingkatan 4 :tindakan air mengalir sungai

Upload: zalidawati

Post on 02-Mar-2016

741 views

Category:

Documents


22 download

DESCRIPTION

tindakan air mengalir: sungai

TRANSCRIPT

TINDAKAN AIR MENGALIR

TINDAKAN AIR MENGALIRSUNGAI PROSES TINDAKAN AIR MENGALIRSUNGAIHAKISANPENGANGKUTAN PEMENDAPAN3HAKISAN Proses penghausan yg di alami permukaan bumi akibat tindakan agen yg bergerak seperti air mengalir, angin, ombak dan glaseir.

berlaku krn ada tenaga kinetik dan geseran semasa agen-agen hakisan bergerak menuruni permukaan bumi.

Hakisan Geologi - hakisan secara s/jadi di kws yg belum diganggu. Berlaku secara perlahan & mengambil masa yg lama & melibatkan keseluruhan permukaan bumi.

Contoh Hakisan tanih hakisan berpunca drp tindakan manusia apabila manusia menganggu keadaan s/jadi.

4HAKISAN SUNGAI5Jenis hakisan sungaia. Hakisan Pendalaman alur (menegak)

Melibatkan kerja-kerja mengorek dasar sungai oleh air sungai yg bergerak secara pusaran. Ianya terjadi di hulu sungai. Hakisan mendalam sungai bertujuan mencapai tahap keseimbangan sungai (proses balik muda) hasil dari kejatuhan aras laut.6Jenis hakisan sungaib. Hakis pelebaran alur (mendatar)

Melibatkan kerja-kerja penghakisan dan penghausan yg berlaku pada tebing alur sungai. Hakisan ini juga di kenali sbg hakisan mendatar yg boleh berlaku pada kedua-dua bahagian tebing alur sungai. Amat berkesan semasa kejadian banjir.7Jenis hakisan sungaiC. Hakis pemanjangan alur (pengunduran) Melibatkan proses pemotongan pangkal alur ke arah hulu krn adanya takat terjun spt jeram dan air terjun di pangkal alur.Air terjun berupaya menghakis pangkal dasar alur dan mewujudkan satu bahagian atas alur yang tidak mempunyai daya tampungan.Dengan bantuan gerakan jisim bahagian ini akan jatuh ke dalam sungai.

8Cara atau mekanisme hakisan sungaia. Hakisan HidraulikMerupakan tindakan hakisan yg dilakukan oleh air di dlm alur sungai itu sendiri tanpa melibatkan bahan yg dibawa. Kuasa air sungai wujud akibat hempasan atau rempuhan aliran sungai ke atas struktur batuan yg lemah. 9Cara atau mekanisme hakisan sungaib. Hakisan Geselan/lelasanProses penghausan yang berlaku ke atas tebing dan dasar alur sungai apabila bahan-bahan yg dibawa oleh sungai seperti kelikir , batu tongkol bergeser dgn tebing dan dasar alur sungai.Kadar hakisan bergantung kepada kuantiti dan kualiti bahan yang dibawa oleh sungai.10Cara atau mekanisme hakisan sungaiC. Hakisan LagaanMerupakan pelanggaran antara bahan-bahan yg dibawa oleh air sungai dgn tebing dan alur sungai atau pelanggaran sesama sendiri bahan itu.Kekuatan proses ini bergantung kepada halaju arus sungai yang mampu menyeret dan melantun bahan-bahan yang dibawa.11Cara atau mekanisme hakisan sungaid. Hakisan LarutanMrjk kpd tindak balas secara kimia antara air sungai dgn mineral geologi yg membentuk tebing dan dasar alur sungai.Batuan lembut seperti batu kapur senang dihakis manakala batuan keras seperti granit sukar dihakis.12nsnj 2009 Geografi 942/1 - Lembangan Saliran13

Faktor mempengaruhi kadar hakisan di dalam alur sungai1. Gradian (kecerunan) Dasar alur sungai yang curam mempengaruhi halaju arus. Kecuraman cerun membolehkan air mengalir deras.Hakisan lelasan dan lagaan berlaku dengan pesat jika halaju arus sungai adalah tinggi.Kadar hakisan di hulu sungai lebih tinggi berbanding kawasan tengah dan hilir.14Faktor mempengaruhi kadar hakisan di dalam alur sungai2. Isi padu air sungaiKuantiti air sungai meningkatkan keberkesanan proses larutan dan hidraulik. Semakin banyak air sungai semakin tinggi tenaga potensinya dan kelarutannya.Isi padu air sungai dipengaruhi oleh cuaca.Musim hujan lebat arus sungai bergerak secara berpusar yang mampu mengorek dan memperdalam lurah sungai menerusi proses hidraulik.15Faktor mempengaruhi kadar hakisan di dalam alur sungai3. Kuantiti dan kualiti bahan Kuantiti dan kualiti bahan yang di bawa oleh sungai mempengaruhi hakisan secara lagaan dan lelesan.Jika bahan yang dibawa oleh sungai lebih keras dari batuan tebing sungai makan batuan tebing sungai akan mengalami penghausan melalui proses geselan.16Faktor mempengaruhi kadar hakisan di dalam alur sungai4. Faktor GeometriAlur yang lurus mengalami hakisan yang hebat kerana taburan tenaga seimbang pada keseluruhan alur.Alur yang berliku taburan tenaganya tidak seimbang. Alur yang cekung mengalami hakisan manakala alur cembung mengalami pemendapan. 17Faktor mempengaruhi kadar hakisan di dalam alur sungai5. Ciri Geologi dasarTebing dan dasar yang dibentuk oleh batuan lembut seperti batu kapur, dolomit dan gipsium akan mudah terhakis.Tebing yang dibentuk oleh batuan keras seperti granit dan gabro sukar dihakis.18Faktor mempengaruhi kadar hakisan di dalam alur sungai6. Sifat TumbuhanTumbuhan berfungsi menstabilkan tebing sungai dengan akarnya mengikat dan mencengkam batuan & tanah ditebing sungai dari dihakis.Sungai di kawasan hutan tebal mempunyai tebing yang kukuh dan stabil berbanding sungai di kawasan yang telah diterokai atau lapang.19Bentuk muka bumi hakisan sungai1. Lubuk Pusar. Satu lekukan atau lubang di dasar sungai yang berbatu yang ditebuk atau dikorek oleh pusaran arus sungai. Juga dikenali sebagai lubang sungai.Terbentuk apabila hakisan geselan atau pusaran air sungai berlaku di kawasan yang tidak rata.

20Bentuk muka bumi hakisan sungai2. Susuh bukit berpancaIalah bahagian sisi bukit atau kaki gunung yang menonjol keluar secara berselang seli antara batuan keras dengan batuan lembut.

21

Bentuk muka bumi hakisan sungai3. Likuan Sungai. Tebing cekung merupakan tebing yang terhasil di bahagian likuan sungai yang menerima luruan arus.Tebing cekung pula terhasil di bahagian yang mengalami pembiasan arus.Kedua-dua tebing ini wujud secara bertentangan di bahagian likuan sungai.

2223

Bentuk muka bumi hakisan sungai4. Lurah VLurah ini bertebing sangat curam dan menjadi gaung yang sangat dalam.

24

Bentuk muka bumi hakisan sungai5. Air terjunTerbentuk apabila terdapat bahagian batuan keras pada aliran air.Menyebabkan air sungai terjun secara tiba-tibaContoh seperti Air Terjun Victoria di Afrika dan Air Terjun Niagara di Amerika

25

PROSES PEMBENTUKKAN AIR TERJUN Air terjun terbentuk di kawasan yang mempunyai lapisan buatuan yang tersusun secara mendatar antara batuankeras dengan batuan lembut. Lapisan batuan yang lembut akan terhakis dengan lebih cepat berbanding dengan batuan keras. Ini menyebabkan dasar sungai menjadi tidak rata. Batuan yang keras menghalang pergerakan air dalamalur sungai lalu membentuk air terjun.

nsnj 2009 Geografi 942/1 - Lembangan Saliran2627

Bentuk muka bumi hakisan sungai6. Jeram

Terbentuk apabila terdapat susunan batuan yang keras dan lembut secara berselang-seli.Air mengalir akan menghakis batuan lembut. Batuan keras akan menghalang pengaliran air sungai. Air sungai meloncat dan mengalir dengan deras. Ini dikenali sebagai jeram berperingkat.

28

Jeram Toi29PENGANGKUTAN SUNGAI30Pengangkutan SungaiAdalah satu proses pemindahan:

Bahan yang ada dalam alur sungai atau muatan sungai akan dipindahkan dari hulu ke hilir serentak dengan aliran sungai.Dipengaruhi oleh tenaga kenetik arus.Beban muatan sungai datangnya dari proses hakisan tebing, luluhawa cerun, hakisan air larian permukaan dan gerakan jisim.

31Cara pengangkutan muatan sungai1. Golekan

Iaitu proses menyeret beban yang kasar, berat dan tumpat sedikit demi sedikit di dasar sungai.Pengangkutan secara golekan memerlukan tenaga kinetik yang kuat.Pada masa banjir beban ini mungkin diangkut lebih jauh kerana isipadu dan halaju arus adalah tinggi.32Cara pengangkutan muatan sungai2. Lompatan (Saltasi)

Khusus bagi bahan yang lebih kecil serta bersegi-segi seperti pasir dan kerikil.Sifat pegun bijian akan diatasi oleh halaju arus yang akhirnya batuan akan tercungkil dan dibawa arus ke depan.

33Cara pengangkutan muatan sungai2. Lompatan

Khusus bagi bahan yang lebih kecil serta bersegi-segi seperti pasir dan kerikil.Sifat pegun bijian akan diatasi oleh halaju arus yang akhirnya batuan akan tercungkil dan dibawa arus ke depan.

34Cara pengangkutan muatan sungai3. Ampaian

Beban yang ringan seperti daun-daun kayu yang mempunyai daya apungan akan diangkut dlm bentuk ampaian.Bahan-bahan ini tidak tenggelam disebabkan adanya julangan hidrolik dari dasar sungai.

35Cara pengangkutan muatan sungai4. Larutan

Bahan-bahan bersifat kimia terlarut akan dibawa oleh air sungai dalam bentuk larutan.Air sungai bertidak sebagai pelarut akan akan melarutkan bahan yang mudah larut seperti kalsium karbonat, gipsum, silika, amonia, sulfur, potaysium.Proses ini menyebabkan air sungai berubah warna dan bau.

36Faktor mempengaruhi proses pengangkutan muatan sungai1. Bentuk dan saiz beban

Bentuk dan saiz beban yang berlainan memerlukan jumlah tenaga yang berlainan untuk diangkut.Bentuk beban merujuk kepada ciri beban semasa berada dalam air sama ada ia larut, terapung atau tertinggal sebagai pepejal.Saiz beban merujuk kepada jisim dan ketumpatan yang mempengaruhi besar atau kecil beban berkenaan.

37Faktor mempengaruhi proses pengangkutan muatan sungai2. Beban Ampaian

Terdiri daripada kumin-kumin yang lebih halus dan ringan.Mempunyai daya graviti yang lebih rendah berbanding air.Mempunyai ketumpatan yang rendah berbanding air.Contohnya sampah sarap dan daun-daun kayu.Beban dasar pula merujuk kepada beban yang pejal, berat, tumpat dan termendap di dasar sungai seperti bongkah batuan, kerikil dan bijian pasir.

38Faktor mempengaruhi proses pengangkutan muatan sungai3. Halaju arus sungai

Halaju yang diperlukan untuk mengangkut beban dasar adalah lebih besar berbanding halaju untuk mengangkut beban pasir bersaz sederhana.Contoh:Beban dasar bersaiz 70mm perlukan halaju 270 cm/saatBijian pasir perlukan halaju 15-17 cm/saat.Kelodak halus perlukan halaju 46-76 cm/saat.

39Faktor mempengaruhi proses pengangkutan muatan sungai4. Jenis aliran sungai

Aliran laminar aliran yang perlahan pada alur yang lurus dan berhalaju rendah. Aliran ini mampu mengangkut beban larutan san ampaian sahaja.Aliran Turbulens aliran berpusar dan deras berhalaju tinggi.Mampu mengangkut semua jenis bebas.Kedua-dua aliran ini bergantung kepada isipasu air. Bila isipadu air bertambah aliran laminar bertukar menjadi aliran turbulens.

40PEMENDAPAN SUNGAI41Pemendapan sungaiProses Penimbunan atau longgokan bhn spt pasir dan kelikir yg diangkut oleh sungai dari bahagian atas sungai ke peringkat rendah dan mendap apabila tenaga aliran dan halaju sungai semakin perlahan khasnya di kws yg bercerun landai.

42Pemendapan sungaiPemendapan sungai berlaku apabila halaju arus sungai semakin perlahan. Biasanya pemendapan berlaku di bahagian hilir sungai.

Antara bentuk bumi pemendapan sungai adalah:

Dataran banjir dan tetambakTasik ladam dan liku terpenggalDelta

43Pemendapan sungai1. Dataran banjir dan tetambakKawasan tanah pamah yang terletak dibahagian hilir sungai yang dilimpahi air sungai ketika banjir.Ia amat rata, landai dan luas. Lazimnya terdapat bentuk bumi lain seperti tetambak semulajadi, tasik dan tasik ladam.Tetambak ialah jaluran permatang yang wujud disepanjang tebing sungai dan memisahkan antara sungai dengan dataran banjir.

44Proses PembentukanDataran Banjir danTetambaknsnj 2009 Geografi 942/1 - Lembangan Saliran45Air banjir yang melimpah tebing sungai akan memendapkan lumpur, kelodak, aluvium, pasir, kelikir,

Kejadian banjir yang berulangulang menyebabkan bahan yang dimendapkan bertambah dan membentuk suatu daratan yangluas dan lebar dikenali sebagai dataran banjir.

Bahan-bahan yang dimendapkan di belakang tebing sungai akan membentuk timbunan yang dikenali sebagai tetambak.46Pemendapan sungai

2. TASIK LADAMTasik ladam ialah tasik yang terbentuk akibat daripadalikuan sungai yang terpisah/ terpenggal/ terputus.47

Pemendapan sungai

Pemendapan sungai48Proses pembentukan Tasik ladamPemendapan sungai

Pemendapan sungai49

2. Tasik ladamPemendapan sungaiPemendapan sungai503. Delta

Terbentuk apabila timbunan bahan mendak berlaku secara meluas di muara sungai.Terdiri daripada timbunan kelodak, lumpur, lempung, tanah liat, pasir dan bahan-bahan ampaian.Pembentukan dan perkembangan delta amat dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti kuantiti bahan yang dibawa oleh sungai.Terdapat pelbagai jenis delta seperti delta kaki burung, delta busur, delta juring dan delta muara.

Proses PembentukanDelta.51Delta akan terbentuk apabila timbunan bahan mendak berlaku secara meluas di muara sungai. Di kawasan ini had laju arus sungai amat pelahan kerana pertembungan arus sungai dengan arus laut. Keadaan ini menyebabkan sungai kehilangan tenaga untuk mengangkut lalu memendapkan bahannya dengan giat. Bahan-bahan seperti kelodak, lumpur, lempung, koloid, dan bahan ampaian akan dimendapkan hingga memenuhi sungai utama dan cawangan-cawangannya membentuk sebuah delta.

Proses pembentukan dan perkembangan delta akandipengaruhi oleh factor-faktor seperti kuantiti bahan yang dibawa oleh sungai, lokasi bahan yang dimendapkan,cara bahan/muatan sungai dimendapkan5253

PENGARUH BENTUK MUKA BUMI HAKISAN DAN PEMENDAPAN SUNGAI TERHADAP AKTIVITI MANUSIA;

54Hakisan Kawasan eko pelanconganJeram & terjun keindahan landskap semula jadi menarik perhatian pengunjungContoh Latar Kijang Perak & Ulu Bendul N9

55

56HakisanMeningkatkan Taraf Sosioekonomi pendudukPenjanaan pendapatan & peluang pekerjaan dari perusahan resort, homestay dan perniagaan gerai-gerai makanan.Perkhidmatan dan infrastuktur lebih baik sprt bekalan elektrik dan air, lampu jalan, jalan raya berturap yang dapat dinikmati oleh penduduk

57

58Hakisan Sumber air dan tenaga hidroKawasan tadahan hujan bagi bekalan air bersih Contoh Embangan Sungai SelangorEmpangan hidro elektrik bagi penjanaan tenaga hidroContoh embangan hidroelektrik Chenderoh K. Kangsar59

60

Pemendapan Kawasan pertanianBahan yang termendap menyuburkan tanah bagi aktiviti pertanian seperti tanaman padiJenis tanah aluvium yang yang terdapat dikawasan delta mengalakkan aktiviti tanaman padi sawah seperti di delta kelantan61Pemendapan Kawasan petempatan-dataran banjir sering menjadi kawasan pilihan untuk petempatan para petani.-kawasan yang luas dan Tanah yang subur mengalakan aktiviti sosioekonomi penduduk dikawasan terbabit.

nsnj 2009 Geografi 942/1 - Lembangan Saliran62

63

Pemendapan

Lokasi aktiviti penternakan akuakultur- Kawasan tasik ladam dan likuan sungai terpenggall menjadi tempat kolam penternakan ikan air tawar seperti ikan talapia , patin & keli.Menjana pendapatan kepada pendudukKawasan muara sungai arus air yang pelahan dijadikan lokasi aktiviti penternakan ikan sangkar seperti penternakan ikan patin sungai di sepanjang sungai pahang 64