menyampaikan semula · web viewkawasan air bumi arab terdiri dari perigi, air yang mengalir...

336
Menyampaikan Semula Sejarah Islam dan Ummah Muslim BAB 1 Pengenalan Ini adalah cerita yang baru mengenai Islam. Cerita mengenai pergerakan yang dilancarkan oleh Muhammad, Pesuruh Allah, di dalam tahun 610 M. di Makkah, dan telah disempurnakan dengan sokongan dari sepupu baginda, Ali ibn Abi Talib, di dalam tahun 632 M. di Madinah. Di dalam tempoh waktu sembilan puluh tahun dari 570 M. apabila baginda dilahirkan di Makkah, kepada 661 M. apabila pengganti baginda, Ali ibn Abi Talib, telah dibunuh di Kufa. Terlalu banyak sejarah Islam yang telah ditulis di masa-masa silam dan akan ditulis lagi di masa-masa akan datang. Perkembangan Islam di dalam bidang dakwah di masa kini; terutama kebangkitan semula Islam setelah berkurun-kurun lamanya tenggelam; dan peranan minyak sebagai faktor yang baru di dalam dunia politik di abad ini; akan tetapi yang terlebih utama dan yang baru saja berlaku, adalah kejayaan Revolusi Islam di Iran, semua ini sebagai penggerak kepada kebangkitan Islam yang baru di Timur dan Barat. Revolusi di Iran telah memulakan suatu ledakan di serata dunia untuk membangkitan Islam, dan banyak buku telah ditulis mengenai perkara ini oleh orang Islam dan yang bukan Islam. Di waktu ini apabila ketua-ketua pemimpin agama kristian sedang berkerja secara senyap-senyap untuk menyedarkan semula impian asal dan tujuan mereka, ramai orang Islam juga sedang melihat kembali kepada keadaan sebuah negara yang ideal [sempurna] apabila Islam itu ‘bersatu’. Bagaimanapun, Islam hanya bersatu pada masa hidupnya Rasul, Muhammad. Sebaik sahaja Rasul wafat, keretakan pertama telah mula timbul di dalam perpaduan Islam. Pengikut baginda – para Muslim telah – terbahagi kepada dua golongan. Di dalam perpecahan ini, ramai dari para sahabat baginda di satu kumpulan dan ahli keluarga baginda dikumpulan yang lain. Ketika ahli keluarga baginda sedang sibuk dengan urusan menyiapkan jenazah, sebahagian dari para sahabat sibuk pada ‘melantik’ ketua negara yang baru untuk menggantikan baginda. Di antara waktu wafatnya baginda dan waktu pengkebumiannya, kumpulan para sahabat telah berkumpul disebuah tempat perjumpaan [Saqifa] di Madinah, dan di sana mereka telah melantik seorang, dari kalangan mereka sebagai ketua yang baru bagi ummah. Mereka kemudian berhadapan dengan ahli-ahli dari keluarga Rasul, lalu memberikan keputusan mereka yang tidak boleh dibantah [dipaksakan]. Pertentangan ini, malangnya, telah menjadi perkara yang kekal di dalam sejarah ummah Islam. Muhammad, Rasul Allah, adalah dari kaum Bani Hashim. Setelah baginda wafat pada 632 M., sepupu, menantu dan juga pewarisnya, Ali ibn Abi Talib, menggantikan baginda sebagai ketua Bani Hashim yang baru. Ramai dari para sahabat Muhammad, Rasul Islam, telah menyimpan secara rahsia rasa permusuhan terhadap beliau. Mereka tidak menunjukkan 1

Upload: dinhdang

Post on 16-Feb-2018

276 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

BAB 1

Pengenalan

Ini adalah cerita yang baru mengenai Islam. Cerita mengenai pergerakan yang dilancarkan oleh Muhammad, Pesuruh Allah, di dalam tahun 610 M. di Makkah, dan telah disempurnakan dengan sokongan dari sepupu baginda, Ali ibn Abi Talib, di dalam tahun 632 M. di Madinah. Di dalam tempoh waktu sembilan puluh tahun dari 570 M. apabila baginda dilahirkan di Makkah, kepada 661 M. apabila pengganti baginda, Ali ibn Abi Talib, telah dibunuh di Kufa.

Terlalu banyak sejarah Islam yang telah ditulis di masa-masa silam dan akan ditulis lagi di masa-masa akan datang. Perkembangan Islam di dalam bidang dakwah di masa kini; terutama kebangkitan semula Islam setelah berkurun-kurun lamanya tenggelam; dan peranan minyak sebagai faktor yang baru di dalam dunia politik di abad ini; akan tetapi yang terlebih utama dan yang baru saja berlaku, adalah kejayaan Revolusi Islam di Iran, semua ini sebagai penggerak kepada kebangkitan Islam yang baru di Timur dan Barat. Revolusi di Iran telah memulakan suatu ledakan di serata dunia untuk membangkitan Islam, dan banyak buku telah ditulis mengenai perkara ini oleh orang Islam dan yang bukan Islam.

Di waktu ini apabila ketua-ketua pemimpin agama kristian sedang berkerja secara senyap-senyap untuk menyedarkan semula impian asal dan tujuan mereka, ramai orang Islam juga sedang melihat kembali kepada keadaan sebuah negara yang ideal [sempurna] apabila Islam itu ‘bersatu’. Bagaimanapun, Islam hanya bersatu pada masa hidupnya Rasul, Muhammad. Sebaik sahaja Rasul wafat, keretakan pertama telah mula timbul di dalam perpaduan Islam. Pengikut baginda – para Muslim telah – terbahagi kepada dua golongan. Di dalam perpecahan ini, ramai dari para sahabat baginda di satu kumpulan dan ahli keluarga baginda dikumpulan yang lain. Ketika ahli keluarga baginda sedang sibuk dengan urusan menyiapkan jenazah, sebahagian dari para sahabat sibuk pada ‘melantik’ ketua negara yang baru untuk menggantikan baginda. Di antara waktu wafatnya baginda dan waktu pengkebumiannya, kumpulan para sahabat telah berkumpul disebuah tempat perjumpaan [Saqifa] di Madinah, dan di sana mereka telah melantik seorang, dari kalangan mereka sebagai ketua yang baru bagi ummah. Mereka kemudian berhadapan dengan ahli-ahli dari keluarga Rasul, lalu memberikan keputusan mereka yang tidak boleh dibantah [dipaksakan]. Pertentangan ini, malangnya, telah menjadi perkara yang kekal di dalam sejarah ummah Islam.

Muhammad, Rasul Allah, adalah dari kaum Bani Hashim. Setelah baginda wafat pada 632 M., sepupu, menantu dan juga pewarisnya, Ali ibn Abi Talib, menggantikan baginda sebagai ketua Bani Hashim yang baru. Ramai dari para sahabat Muhammad, Rasul Islam, telah menyimpan secara rahsia rasa permusuhan terhadap beliau. Mereka tidak menunjukkan perasaan permusuhan ini semasa hidupnya Rasul, tetapi apabila mereka dapat menguasai kerajaan baginda di Madinah, mereka memastikan supaya kekuasaan ini tidak terlepas, melalui apapun juga ke dalam tangan Ali ibn Abi Talib. Dari itu ahli dari keluarga Muhammad, Rasul Allah, telah tewas kepada kuasa manusia ramai, bukan hanya dari kedudukan sebagai pengganti Rasul tetapi juga dari segala kedudukan dan kuasa di dalam kerajaan yang dilantik oleh pengikut baginda [para sahabat].

Rakan, pengikut dan penyokong ahli keluarga Muhammad Mustafa, Pesuruh Allah, di dalam sejarah telah di panggil Syi’ah; dan rakan, pengikut dan penyokong para sahabat, iaitu parti yang berjaya merampas tampok pemerintahan di Madinah, telah di panggil Sunni. Saya juga akan menyebutkan dua kumpulan tersebut dengan nama-nama ini.

1

Page 2: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

M. Shibli, seorang India, ahli sejarah Islam yang terkenal, telah mengatakan, hampir kesemua sejarah Islam telah ditulis oleh ahli sejarah Sunni. Kenyataan ini menunjukkan, ulama’ Syi’ah tidak menulis sejarah Islam. Mengapa tidak? Mereka tidak menulis sejarah oleh kerana sebab yang nyata. Semua khalifah, sultan dan raja adalah golongan Sunni. Syi’ah tidak boleh menerbitkan interpretasi sejarah Islam yang berlainan dari interpretasi kerajaan, dan Syi’ah tidak berhasrat untuk membenarkan apa yang mereka telah yakini, iaitu sesuatu yang telah diubah dari keadaan sebenarnya. Maka Syi’ah mengambil keputusan untuk tidak menulis sejarah sama sekali. Dengan sebab itu, maka sejarah-sejarah Islam adalah dari kenyataan ‘rasmi’ kerajaan sahaja, yang telah diterima pakai sekarang. Adalah perkara yang paling logik bagi kerajaan Islam, di abad permulaan untuk melakukan, iaitu mengadakan di dalam sebaran am mereka, cerita-cerita yang dikehendaki oleh mereka sahaja. Begitu juga logiknya peranan penyokong kerajaan yang diperkatakan, pasti mengikuti segala arahannya. Di dalam mengikuti kehendak kerajaan, jika mereka-mereka ini [penyokong kerajaan] merasakan perlu untuk menyembunyikan kebenaran atau paling tidaknya pada menafikan cerita dari parti lawan, itu adalah amat logik untuk mereka lakukan.

Tidak ada yang aneh atau yang memeranjatkan di dalam atitiut [karektor] penulis sejarah Sunni. Perkara yang paling logik untuk mereka lakukan adalah menegakkan akan sahnya [diterima] peristiwa yang berlaku di Saqifa, di mana sebahagian dari para sahabat, semasa ummah Islam sedang berkabong, telah merampas kerajaan Muhammad.

Tetapi yang memeranjatkan adalah penulis-penulis sejarah dari barat yang menulis mengenai Islam, para Orientalis ini telah menelan dan menerima semuanya, apa saja ahli sejarah ‘istana’ telah berikan kepada mereka sebagai fakta, sama juga seperti sahihnya kitab-kitab mereka [Sunni]. Sepatutnya para penulis Orientalis lebih berobjektif, tidak berpihak, dan di dalam persengketaan yang berlaku mereka tidak terlibat secara emosi. Keputusan dari perebutan tertentu, yang berlaku di masa silam Islam, walau apa juga keputusannya, tidak memberikan sebarang perbezaan kepada mereka.

Bahkan kini, kebanyakan dari kerja-kerja mereka menunjukkan, bukan kepada fakta tetapi kepada interpretasi dan propaganda dari parti yang memerintah. Dalam hal ini, kerja-kerja mereka adalah turutan dari buku-buku yang telah ‘diilhamkan’, sebagaimana yang dikatakan oleh komunis, dari ‘golongan pemerintah’ Muslim.

Kerja-kerja para Orientalis boleh mempunyai nilai saintifik, jika mereka mematuhi nasihat dari ahli sejarah Islam berbangsa Sepanyol yang terkemuka, Dr. J. A. Conde. Dia berkata: “Suatu bentuk penyelewengan yang mendampingkan dirinya pada urusan manusia yang mengarahkan bahawa di dalam hubungan kejadian sejarah, mereka-mereka yang begitu penting akan jatuh ke tahap serendah-rendahnya melalui saluran-saluran yang meragukan dari penyampaian penulisan oleh parti yang menang. Perubahan empayar, terjadinya revolusi yang penting dan jatuhnya dinasti yang terkenal, kesemuanya boleh dikaitkan dengan penyampaian yang sebegini. Adalah dari penulis Roman sendiri bahawa sejarah keagungan mereka telah ditulis; cerita-cerita mengenai penentangan dan peperangan sengit yang mereka alami dengan Carthaginian telah sampai kepada kita dari penulis-penulis mereka; atau jika penulis Greek menulis perkara tersebut, penulis-penulis ini adalah dari kalangan penyokong-penyokong yang bergantung pada pihak Roman; dan mereka adakan sanjungan dan pujian yang berpihak kepada Roman. Maka terlihatlah kepada kita Scipio sebagai wira yang paling disanjungi, tetapi itu bukanlah yang sebenarnya, kerana sejarah hidupnya telah ditulis oleh hasil kerja penyokong dan pemujanya? Adalah benar bahawa kebangsawanan lagi terkenalnya Hannibal, tidak akan dilihat sebagai yang sebaliknya, walaupun jika yang menyampaikan cerita itu adalah musuh beliau; kerana jika tidaklah kerana kekejaman, kebencian dan polisi agresif Roman, yang

2

Page 3: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

mengarahkan supaya dimusnahkan segala bahan sejarah mengenai Carthage purba dan penduduknya serta peperangan mereka dengan Roman, maka General-genaral yang terkenal itu akan dilihat oleh kita dari satu sudut aspek yang berlainan dari apa yang di bentangkan oleh mereka yang biadap [barbarian] lagi kejam itu, seperti yang telah diulas oleh Livy dan diterima oleh pembaca sebagai gambaran Hannibal. Maka diskriminasi yang adil lagi saksama melarang kami dari merasa cukup dengan testimoni dari satu pihak sahaja. Ini memerlukan pada perbandingan di antara dua testimoni dengan di teliti tanpa berpihak, dan menyatakan semula semua yang ditemui, dengan tiada mempunyai niat yang lain dari untuk mendapatkan kebenaran.’ [History of the Dominion of the Arabs in Spain translated from Spanish by Mrs. J. Foster, Volume 1, ms 1]

Tidaklah boleh dikatakan bahawa ramai penulis Orientalis telah tidak memberikan banyak sumbangan yang berharga di dalam pengajian, pengetahuan dan pemahaman mengenai Islam. Hanya dari usaha mereka sahaja khazanah Islam yang tidak ternilai harganya, seperti sejarah, seni dan kesusasteraan telah dapat diselamatkan dan kini dikekalkan. Besar kemungkinan banyak dari khazanah-khazanah tersebut telah lupus untuk selamanya jika tidak dari usaha mereka untuk menyelamatkannya. Di antara mereka ada yang mengetahui secara khusus mengenai pengajian Islam, dan pengetahuan mereka adalah umpama ensiklopedia. Mereka telah membaca dan mengumpulkan bahan-bahan yang khusus dengan banyaknya, dan kemudian memendekkan, menyusun dan menyuntingnya di dalam bentuk kritikal analisis. Sebahagian dari mereka telah menghabiskan usia dan harta di dalam pengajian tentang Islam, dan kepada mereka-mereka ini, dunia Islam telah terhutang budi dan juga jasanya.

Tetapi walaupun begitu, kecintaan penuntut-penuntut Barat yang mendalam pada ilmu pengetahuan, dan keinginan kepada kebenaran telah dapat di lihat apabila ramai dari mereka menyebut mengenai Islam; sejarah dan institiusinya, kadang-kala mereka telah tersasar [tersalah]. Sesuatu yang amat menakjubkan, tetapi benar, bahawa sebahagiannya telah memperlihatkan ketidak mampuan mereka untuk melihat menembusi peristiwa-peristiwa biasa yang berlaku berulangkali, kepada sesuatu yang tidak jelas fakta dan kebenarnya. Dan sebahagian dari mereka, bahkan gagal untuk melihat kepada fakta yang nyata.

Saya telah sebutkan di atas, prinsip-prinsip pada penulisan saintifik dan sejarah yang saksama sebagaimana yang telah dibentangkan oleh Dr. Conde, yang mana dirinya sendiri adalah seorang Orientalis yang terkemuka. Prinsipnya, adalah, tidak ada pakar penilai dalam ilmu sejarah, maka semuanya bergantung kepada apa yang diterima akal, dan tidak ada yang mistik [misteri] mengenainya. Dan bahkan, ramai dari para Orientalis telah menerima dan mempercayai sesuatu yang bodoh, seumpama peristiwa-peristiwa yang berlaku sejurus setelah wafatnya Muhammad, sebagaimana yang telah disampaikan oleh kerajaan yang berjaya merampas tahta untuk diri mereka.

Contoh yang amat jelas pada memperdayakan, dan penerimaan yang salah pada asasnya oleh para Orientalis di dalam hal ini, adalah penerimaan mereka sebagai ‘fakta’ sejarah palsu bahawa Muhammad, Rasul Allah, wafat tanpa melantik sesiapa sebagai penggantinya, dan bahawa baginda meninggalkan masalah mencari ketua bagi ummah Muslim kepada kebijaksanaan pengikutnya sendiri.

Tiada seorangpun Orientalis yang berhenti sejenak, sejauh yang saya tahu, untuk menyelidiki sama ada ianya benar atau pun munasabah bahawa Muhammad telah meninggalkan ummah Muslim tanpa pemimpin, sehinggakan mereka terpaksa mencari seorang pengganti dengan tiada sebarang peraturan pada cara perlantikannya, ianya adalah milik semua, apa cara saja boleh dipergunakan untuk mendapatkan kuasa. Dengan menjauhkan diri dari bersusah payah pada mencari kebenaran, maka para Orientalis hanya bersetuju dengan para penulis sejarah Sunni bahawa Muhammad, seorang Rasul Islam, tidak mempunyai

3

Page 4: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

keinginan dan pilihan terhadap perlantikan penggantinya; dan apa sahaja yang berlaku di Saqifa adalah sah dan betul dan untuk kepentingan ummah Islam.

Kecondongan para Orientalis kepada pro-Saqifa telah membawa mereka ke arah jalan yang buntu di mana mereka tidak dapat menemui jawapan kepada banyak persoalan-persoalan yang asas di dalam sejarah Islam, dan kini mereka dapati diri mereka terjebak sama seperti ahli sejarah Sunni ke dalam sangkar pertentangan, paradoks dan tidak diterima akal.

Ramai ahli sejarah Sunni dan juga di antara penulis Orientalis telah membuat percubaan untuk memperkecilkan peranan yang dimainkan oleh Ali ibn Abi Talib di dalam sejarah Islam. Mereka berhak di atas pendapat dan tanggapan mereka sendiri, walaupun jika ianya tidak mempunyai kaitan kepada fakta sebenar. Di dalam penulisan saya ini, saya akan cuba menyatakan segala-galanya dengan fakta. Dalam melakukannya, saya amat berharap semoga fakta itu sendiri dapat menjadi ‘pengadil’ [penentu]. Oleh kerana fakta sebenar adalah ‘pengadil’ yang tidak berpihak, maka ia boleh diambil kira sebagai pengimbang terhadap penilaian kepada sesuatu peranan yang dimainkan oleh beberapa pelakon utama di dalam sejarah Islam. Saya telah memilih dan mengikatkan kesemuanya kepada seurat benang, seumpama mutiara, dan menjadikannya ‘rantai leher’, supaya kebanyakan mereka dapat dilihat pada satu tempat.

Sejarah tidak mempunyai mahkamah agung yang dapat memberikan keputusan; sesuatu itu adalah rakaman-rakaman peristiwa yang telah tersilap. Tetapi sejarah dengan sendirinya boleh mencari mahkamah agungnya sendiri atau tribunal yang berobjektif di dalam penerimaan logik terhadap fakta.

Saya mempunyai sebab-sebab lain yang amat pragmatik di atas pergantungan kepada fakta. Di dalam menulis cerita-cerita mengenai permulaan Islam, terdapat 3 punca utama, yakni, al-Quran al-Majid [kitab Islam yang diwahyukan]; hadith [perbuatan dan perkataan Muhammad, sebagaimana yang telah disampaikan oleh rintitan perawi-perawinya]; dan peristiwa yang dirakamkan oleh ahli sejarah Arab. Dari ketiga-tiga ini, yang pertama, yakni al-Quran, telah diperakui oleh semua Muslim sebagai yang asli. Jika Muslim mencabar penguasaan al-Quran, dia dengan sendirinya menjadi murtad. Al-Quran dan apa yang ada di dalamnya, sebagi seorang Muslim mempercayainya tidak berubah, tetapi penafsiran dan penghuraian kepada ayat-ayatnya banyak yang bertentangan, dan tidak terdapat apa-apa bukti yang boleh mengatakan bahawa penafsiran sesuatu jamaah [golongan] itu adalah yang betul. Hadith juga mempunyai kecacatannya, terlalu banyak yang palsu dan hanya terdapat sebahagian kecil sahaja yang diterima pakai oleh Sunni dan Syi’ah sebagai sahih. Maka saya menjadi amat pemilih, dan hanya menyatakan ayat-ayat al-Quran dan juga hadith-hadith yang mana interpretasi perbezaannya di antara Sunni dan Syi’ah adalah minima. Tetapi fakta sejarah adalah satu bidang di mana tidak mempunyai banyak ruang untuk dipertikaikan.

Saya banyak menggunakan kenyataan dari ahli-ahli sejarah baru dan lama, di dalam buku ini, pada peristiwa atau keadaan yang sama. Saya melakukannya, hanya untuk membentangkan kepada para pembaca lebih dari satu sudut pandangan atau lebih dari satu interpretasi terhadap satu-satu kejadian yang penting. Kejadian yang sama, dipandang dari sudut yang berlainan, kelihatan berbeza-beza dari pemerhatian yang berlainan maka terdapatlah berlainan interpretasinya. Dengan harapan semoga para pembaca berkongsi pendapat seperti yang telah saya terokai, dengan sering memberikan lebih dari satu pandangan ahli sejarah untuk menyatakan cerita yang sama. ‘Biarkan ahli-ahli professional melakukan tugas-tugas itu,’ inilah cogan kata saya di dalam menyatakan semula kebanyakan dari fakta-fakta yang penting di dalam sejarah Islam.

4

Page 5: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Lagi satu sebab mengapa saya membentangkan testimoni para ahli-ahli sejarah dengan banyaknya, adalah untuk memuatkan tesis saya dengan bukti-bukti, supaya para pembaca, jika mereka berhajat, boleh merujuk semula kepada puncanya yang dipercayai.Telah dikatakan bahawa, sungguh mencabar untuk menyelidik kepada apa yang belum diketahui, malahan lebih mencabar lagi, untuk bertanyakan kepada apa yang telah diketahui. Kebanyakan dari ‘apa’ yang dikatakan sebagai ‘fakta yang diketahui’ di dalam sejarah kelahiran Islam, adalah tidak lebih dari ketaatan-ketaatan kepada tanggapan-tanggapan ataupun berhajatnya mereka kepada ketaatan, yang mana dengan kekerapan mengulangi melakukan sesuatu itu dari generasi-generasi Islam yang terdahulu, yang telah menerimanya sebagai sebatian, jika tidak pun sebagai ‘status kepada kepercayaan’. Apabila saya bertanyakan mengenai cerita-cerita para Muslim ini, yang berselindung diri dari ‘kebenaran sejarah’, saya dapati cerita-cerita mereka tidak dapat bertahan dari diteliti dengan di kritik secara analistik. Terpulanglah kepada para pembaca untuk mempertimbangkan sama ada untuk terus mempercayainya atau untuk menerima yang sebenar, di mana sebahagian darinya adalah amat pahit. Terdapat juga manusia yang takut kepada kebenaran. Kebenaran seolah-olah mengancam ilusi, tahyul yang diminati, dan juga kepercayaan mereka. Ini semua, setelah sekian lama menjadi pegangan dan telah sebati di dalam diri dan kini mereka merasa aman dan selesa untuk hidup dengannya tanpa sebarang ‘gangguan dari kebenaran’. Mereka telah samakan kebenaran ini sebagai yang ‘memusnahkan’. Sedangkan kebenaran sahajalah yang dapat memberikan keselamatan yang sebenar kepada diri mereka. Kebenaran hendaklah ditegakkan dengan apa saja sekalipun, dan oleh semua, terutama sekali oleh ahli-ahli sejarah. Kebenaran hendaklah diperjuangkan walaupun ianya menyakitkan orang yang terdekat kepada kita dan memberi manfaat kepada musuh. Kejujuran yang paling utama bagi ahli sejarah adalah kepada kebenaran dan tidak ada yang dapat memalingkan dirinya dari itu.

Peperangan pendapat dan pertentangan pendirian telah menjadi lebih menarik apabila tumpuan penyelidikan beralih dari konsep filosofi dan politikal ajaran yang absterak kepada watak [karektor] dan personaliti, yang memainkan peranan utama di dalam peristiwa-peristiwa yang sedang dikaji. Sejarah kini hidup kembali dengan watak-watak mereka, bergegar dengan perwatakan yang telah ‘menjadikan peristiwa’ atau bertindak kepadanya atau bertindak ke atasnya. Mereka melahirkan sejarah dengan elemen ‘kepentingan manusia’, dan sentuhan aksi peristiwa.

Apa juga sejarahnya – kemalangan atau malapetaka yang tidak dapat dielakkan, atau tekanan ekonomi atau tindakan pemerintah yang kuat atau hasil dari tindakan yang tiada siapa memahami atau pandangan manusia secara kolektif – apa juga sejarahnya, bangsa Arab itu sendiri yang melihat dan menghuraikan sejarah-sejarah mereka, lebih berpandukan kepada tindakan peribadi dari yang lainnya. Dan mereka mungkin juga betul. Sebagaimana juga di dalam lain-lain bidang yang diceburi, sejarah adalah hasil dari mereka yang bertindak. Di dalam tindakbalas ini, bukanlah ada sesuatu kuasa asing tetapi manusia itu sendiri. Pertentangan yang berlaku di dalam sejarah bukanlah dari petikan filosofi, ekonomi atau sosiologi tetapi di antara manusia. Telah dikatakan bahawa di dalam keadaan sosiologi yang bagaimana sekalipun, sejarah tidak boleh mengabaikan faktor kemanusiaan.

Sejarah, 23 tahun pertama kerjaya Islam telah menunjukkan Pentadbiran Muhammad sebagai Pesuruh Tuhan, di sebilangan besar darinya, bersama baginda, dari tindakan peribadi penyokongnya Ali ibn Abi Talib. Ini adalah testimoni sejarah. Tetapi testimoni ini yang ramai ahli sejarah berterusan cuba untuk menutupinya. Kepada testimoni inilah saya cuba mengambil perhatian pembaca kepada buku ini.

5

Page 6: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Tetapi dengan tidak melupakan kekurangan-kekurangan yang terdahulu dan yang kini oleh ahli sejarah Barat tentang Islam, masih ada harapan baru terhadap ahli sejarah yang akan datang, yang akan mengisi segala yang telah dikeluarkan dan juga kegagalan dari ahli sejarah yang terdahulu. Apa yang mereka perlu lakukan adalah tidak condong pada mana-mana pihak, dan tidak menerima secara membuta-tuli setiap penghuraian dan keputusan yang telah menjadi adat sejarah Islam, tetapi untuk membongkar kebenaran itu sendiri melalui rujukan dan penelitian terhadap bukti.

Di dalam pengenalan pada Cambridge History of Islam, Volume 1, diterbitkan oleh University Press, Cambridge 1970, P. M. Holt menulis: “Pengajian terhadap sejarah Islam kini sedang membangun, banyak dari perkara-perkara yang tertentu dari para sejarah Barat yang lalu [selalunya membayangkan pandangan dan penghuraian ahli sejarah Islam terdahulu] kini telah terhapus, dan dengan perlahan berserta penyelidikan yang mendalam pemahaman yang sebenar terhadap masa silam akan diketahui.’

Percubaan untuk menterjemah sejarah Islam, terutama sejarahnya di abad pertama, adalah umpama memijakkan kaki dilapangan periuk api; ianya penuh dengan kontroversi, celaan dan pertentangan, dan sesiapa yang menghampirinya hendaklah penuh berhati-hati. Walau bagaimanapun interpretasi tetap kekal sebagai asas untuk memahami sejarah. Tanpa interpretasi, sejarah menjadi longgokkan timbunan informasi yang tidak teratur dan katalog peristiwa yang ‘mati’ dan tarikh-tarikh yang tidak berkaitan. Ya, peristiwa-peristiwa yang ‘mati’ ini kembali hidup apabila kesan-kesan itu dikaitkan kepada penyebab dan perhubungan kepada fakta dapat dibuktikan. Satu fakta di dalam menguatkan kepada fakta yang lain dapat menunjukkan kebenaran sejarah itu sendiri; tetapi jika bersendirian ia mungkin tidak punya erti.

Bahkan hubung-kait Einstein [relativity] adalah kefahaman kepada dunia, bukanlah sebagai peristiwa berturutan, tetapi sebagai hubung-kait.

Sebagaimana yang telah dinyatakan di atas, terdapat banyak buku-buku mengenai Islam, tetapi kebanyakannya adalah ulangan [stereotype], interpretasi mengenai cerita kelahiran, membesar dan pengalaman agamanya; sebagaimana yang telah disampaikan kepada pengarang mereka dari ahli sejarah istana yang dikuasai kerajaan yang dilahirkan dari saqifa, dan kerajaan-kerajaan selepasnya – kerajaan Damascus dan Baghdad. Cerita-cerita ini, bagaimana pun mempunyai versinya yang berlainan juga.

Prinsip kanun [perundangan] Roman dahulu adalah: ‘Di dalam mana-mana perbalahan, dengarlah pada pihak yang satu lagi’ atau ‘biarlah pihak yang sebelah lagi didengari’ Tindakan bersepadu manusia – yang dikatakan politik – adalah penuh dengan tragedi-tragedi yang menyayat hati yang telah merosakkan kehidupan setiap orang dibumi ini. Kebanyakannya dapat dielakkan jika undang-undang ini dipatuhi oleh semua.

Prinsip yang dipertikaikan, hendaklah didengarkan dari kedua belah pihak – cara inilah yang digunakan di dalam sistem perundangan di setiap negara; terutama sekali di Amerika Syarikat dan di Eropah. Thomas Jefferson telah memperjelaskan prinsip ini, yang tanpanya tidak akan ada keadilan, apabila dia mengatakan: "Demi Tuhan, biarlah kita dengarkan dari kedua belah pihak. [‘For God’s sake let us freely hear both sides."] Penuntut pengajian Islam di Amerika dan Eropah, biasanya telah mendengar cerita dari satu pihak sahaja; buku ini adalah satu percubaan untuk membentangkan cerita sejarah Islam dari pihak yang lain. Dengan tujuan ini saya serahkan pengadilannya kepada para pembaca.

Dari yang Takut, lari dari kebenaran yang baru;Dari yang Cuai, kandungannya sebahagian sahaja yang benar;

6

Page 7: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Dari yang Angkuh, merasakan telah mengetahui segala yang benar; Wahai Tuhan yang Benar Selamatkanlah kami!

BAB 2

Geografi Arab

Telah menjadi satu kaedah ahli-ahli sejarah untuk memulakan sejarah sesuatu daerah dengan geografinya. Mereka melakukan itu disebabkan sebahagian dari drama sejarah itu dilakonkan dipentas geografi kawasan tersebut dan sebahagian lagi disebabkan oleh faktor yang dinamakan geopolitik iaitu faktor yang mempastikan dengan keadaan geografinya. Telah dikatakan bahawa bukan institiusi sahaja, tetapi juga geografi, cuaca dan banyak lagi elemen yang bercantum lalu membentuk pengaruh yang akan dilakukan berterusan dari generasi ke generasi; membentuk peribadi individu dan juga ummah, dan keperibadian inilah yang memainkan peranan utama di dalam membentuk sejarah mereka.

Semenanjung Arab adalah buaian Islam. Islam telah dilahirkan, dan membesar di dalamnya dan telah menjadi cukup dewasa apabila ia keluar darinya. Di dalam kota-kota Arab inilah, Makkah dan Madinah, pengenalan kepada klasikal Islam berkisar, dan Islam benar-benar hidup. Maka sedikit gambaran mengenai geografi Arab adalah perlu untuk memahami akan alunan sejarahnya.

Berikut adalah Sinopsis Geografi Semenanjung Arab.

Tanah Arab sama seperti kawasan-kawasan lain, mempunyai suatu sifat yang akan membentuk dan mengubah orang-orang yang hidup di dalamnya atau bergerak melaluinya. Ia adalah satu kawasan yang keras, ganas dan kejam, begitulah keadaannya, sehinggalah minyak ditemui di dalam buminya, ia selalu mencabar segenap kekuatan manusia untuk terus hidup. Untuk berterusan hidup [berdikari] di kawasan ini bergantung kepada kebolehan diri untuk berubah mengikut perubahan yang berlaku di sekitarannya.

Bertentangan dengan anggapan orang ramai, Tanah Arab bukan semuanya padang pasir yang gersang. Ia mempunyai berbagai rupa dan bentuk pada permukaannya, rupanya yang jelas adalah pasir yang membakar, gunung-gunungnya yang ungu, lembahnya yang dalam serta sempit dengan tebing-tebingnya yang tinggi tidak teratur, puncak yang tajam dengan bentuknya yang ganjil serta langitnya yang berwarna tembaga, batu batannya yang mudah pecah, dataran batu-apinya yang berwarna putih, rupa geometrik batunya yang berbentuk kon, berterusan perpindahan pasir, takungan air, tasik dan taman-tamannya.

Walaupun kebanyakan dari permukaannya yang tandus dan gersang, bumi Arab mempunyai banyak tempat-tempat yang indah untuk digambarkan. Ia mempunyai irama dan kecantikannya tersendiri – kecantikan susunan jalinan pasirnya yang seperti ombak lautan yang sentiasa bergerak. Alunan pasir ini dapat dilihat sejauh mata memandang, di dalam keheningan dan kegersangannya. Cahaya mentari memancarkan sisik-sisiknya yang terang dipasir, dan angin pula membuat lakaran yang ‘aneh’, ‘pasti’ dan ‘abstrak’ padanya untuk seketika sebelum ia dimusnahkan kemudiannya. Angin telah mencipta, memusnah dan mencipta keindahan itu semula. Dan keindahan ini telah melambangkan ketidakkekalan di dalamnya, di lahirkan di tanah yang gersang untuk tidak dinikmati seketika, dan kemudian menghilang dengan tidak diketahui. Di dalam padang pasir yang luas ini, lanskapnya selalu berubah, terus

7

Page 8: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

menerus menerima pembaruan, dengan berbagai rupa, sentiasa bergerak dari tempat ke tempat. Pasir dapat dilonggokan menjadi sebuah bukit setinggi 150 meter tinggi. Ini bergantung pada kelajuan dan arah angin dan bukit pasir ini mempunyai berbagai bentuk, seperti bulan sabit atau banjaran bukit yang selari atau berupa piramid, yang dipanggil gunung pasir.

Jika padang pasir mempunyai berbagai rupa, ia juga mempunyai banyak ragam, dan kebanyakannya tidak dapat diramalkan. Di satu ketika aman damai dan hening diketika yang lain mengganas, dan merbahayakan seperti ombak dilautan. Ke seluruh kafilah, manusia, unta dan kuda, kesemuanya boleh hilang ditelan ribut pasir yang lapar lagi ganas ini.

Ribut pasir ini boleh berlaku selama beberapa hari, matahari, bulan, bintang, dan pemandangan semuanya hilang, yang tinggal hanya putaran pasir yang berterbangan, yang membuat lapisan demi lapisan pasir dipermukaannya. Di musim panas pula, matahari tegak boleh menjadikan ribut pasir panas membakar, dengan itu padang pasir telah menjadi cantuman dua elemen, panas dan pasir. Adakalanya ribut pasir diikuti oleh hujan sejenak, ini akan memaparkan ‘dua pelangi’, pelangi yang cukup sempurna merangkumi pelangi yang kecil. Begitulah, ketakutan dan kecantikan hadir bersama di dalam ‘putaran kehidupan’ di padang pasir.

Tetapi dengan ini semua, dan kekal selamanya, padang pasir telah tinggal terasing, sunyi, ganas, menakutkan dan kekal di dalam keheningannya yang luas. Sebilangan manusia percaya bahawa padang pasir mempunyai misterinya tersendiri yang boleh memberi kesan kepada manusia. Dengan berlatar belakang inilah Arab putera padang pasir, memainkan peranan hidupnya.

Bumi Arab adalah semenanjung yang terbesar di dalam dunia, tetapi orang-orang Arab sendiri memanggilnya Jazirat-ul-Arab [kepulauan Arab], yang mempunyai pengertian perkataannya sebenar. Dilingkungi dibahagian Timur dengan Telok Parsi, di bahagian Selatan, Laut Arab dan dibahagian Barat, Laut Merah dan dilingkungi dibahagian Utara dengan ‘lautan pasir’ Padang Pasir Syria.

Di dalam lakaran garisan luar, Arab berupa segiempat dengan keluasan 1.2 juta batu persegi. Dari persisiran Laut Merah bermula dari Teluk Aqaba di Utara ke Bab al-Mandeb di Selatan, adalah 1200 batu panjang; dan jarak dari Bab-al-Mandeb di Barat ke Ras-al-Hadd di Timur jauhnya lebih kurang sama.

Dalam rupa bentuk, tanah Arab adalah dataran tanah tinggi yang rata meninggi sedikit dari Timur ke Barat. Melainkan Yaman dan lembah-lembah yang bertaburan di bahagian Barat banjaran gunung, selebihnya bumi Arab adalah berpasir atau berbatu, kering dan gersang.

Berikut adalah Pembahagian Politik Terhadap Semenanjung Arab (1992):

1. Kerajaan Arab Saudi2. Republik Yaman3. Kesultanan Oman4. Emiriyah Arab Bersatu5. Negara Qatar6. Negara Bahrain7. Negara kuwait

Berikut adalah keterangan secara ringkas setiap satu dari tujuh unit politik ini:

1. Kerajaan Arab Saudi

8

Page 9: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Kerajaan Arab Saudi luasnya 850,000 batu persegi, di Semenanjung Arab. Jumlah penduduknya dianggarkan berjumlah 10,000,000 orang, dan ibu negerinya adalah Riyadh.

Daerah yang berhampiran dengan laut adalah Hijaz dan Asir di Laut Merah. Dataran Tihama yang sempit itu selari dengan Laut Merah.

Kota kembar Makkah dan Madinah adalah di dalam daerah Hijaz. Dari itu Hijaz adalah tanah suci bagi Islam. Penduduk Hijaz adalah dianggarkan 2,000,000 orang, dengan keluasan 135,000 batu persegi. Kota dan bandar yang lain di Hijaz adalah Jeddah, pusat bandar Makkah, pusat perdagangan terbesar negara itu, Yenbu, pusat bandar Madinah; Ta’if, setesen bukit di Tenggara Makkah, dan ibu negara kerajaan bagi musim panas; Khybar, Tabuk dan Tayma.

‘Rekabentuk Teragung’ Islam telah disempurnakan di Hijaz, dan sejarah kelahiran dan pertumbuhannya telah terikat di dalam lingkungan dearah ini, yang telah menjadikannya tempat tumpuan sebaran bagi dunia Islam.

Aseer adalah dataran persisiran pantai yang subur dengan gunung-gunungnya di Barat daya, ke Utara Yaman dengan sebahagian kemuncaknya mencapai 10,000 kaki, dan air hujan yang mencukupi untuk membolehkan pertanian di lereng bukit. Tempat perhentian yang terkenal adalah Abha dan tempat pertanian yang terkenal adalah di Jizan di dalam Aseer. Jizan adalah pelabuhan bagi Aseer.

Najd adalah tanah tinggi di tengah-tengah Arab dengan ketinggian 3,000 kaki. Ianya boleh digambarkan sebagai sistem pergunungan yang dipanggil Tuwayq. Riyadh, adalah ibu negerinya yang di dalam jajahan Najd. Tempat tadahan air, Buraydah dan Hayil adalah dibahagian Utara Najd.

Al-Hasa atau Daerah Timur adalah di Teluk Parsi. Kesemua minyak dan gas untuk negara ini terdapat di sini. Ia juga mempunyai tempat tadahan air yang terkenal Hofuf dan Qatif. Pusat Komersal daerah ini adalah Al-Khobar dan bandar pelabuhan Dammam. Bandar-bandar lain yang terkenal adalah Dhahran dan Ras Tanura.

Ruba'-al-Khali (tempat yang kosong) di bahagian Selatan adalah hamparan pasir yang terpanjang di dunia, ia meliputi kawasan 250,000 batu persegi. Kepada orang-orang Arab ianya dikenali sebagai "Ar-Ramal" (pasir). Padang pasir yang tidak mempunyai kehidupan, paling terpinggir dan kawasan yang paling terbiar di dunia. An-Nufud di bahagian Utara semenanjung adalah padang pasir kedua terbesar di bumi Arab. Ia berkeluasan 30,000 batu persegi.

2. Republik Yaman

Republik Yaman terletak di Selatan dan Barat daya Semenanjung Arab, dengan jumlah penduduk 11,000,000 orang dengan keluasan 190,000 batu persegi. Hanya kawasan ini sajalah yang dapat hujan monson, dan menjadikan tanahnya subur dan tempat yang paling ramai didiami manusia. Gunung tertinggi di bumi Arab adalah, An-Nabi Shu'aib, di dalam jajahan Yaman, dan kemuncaknya mencapai 12,350 kaki.

Sana'a adalah ibu negeri dan kota terbesar di dalam negara tersebut. Ianya terletak diketinggian 7200 kaki, dan mempunyai cuaca yang menyegarkan. Adin adalah kota komersial. Al-Mucha, Al-Hudaydah, Ta'izz, dan Mukalla adalah kota-kotanya yang lain. Sayun dan Shibam adalah kota yang terkenal dengan bangunannya yang tinggi-tinggi 3. Kesultanan Oman

9

Page 10: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Kesultanan Oman terdapat di penjuru, Tenggara semenanjung Arab yang mengandungi kawasan Oman dan Dhufar. Ia mempunyai penduduk seramai satu juta orang dan kawasan seluas 90,000 batu persegi. Muscat adalah ibu negerinya dan Matrah adalah kotanya yang terbesar

4. Emiriyah Arab Bersatu

Emiriyah Arab Bersatu adalah gabungan tujuh buah negara, Abu Dhabi, Dubai, Ajman, Sharjah, Fujairah, Ras al-Khaimah, dan Umm al-Quiwain. Jumlah keluasannya adalah 32,000 batu persegi dengan jumlah penduduk seramai 500,000 orang. Ibu negerinya adalah Abu Dhabi, dan juga kota yang terbesar dan paling terkenal di antara semua kota di Emiriyah.

5. Negara Qatar

Qatar mempunyai keluasan 4,250 batu persegi dengan penduduk seramai 200,000 orang. Ibu negerinya adalah Duha. Qatar adalah negara yang paling kurang penduduknya di antara semua negara Arab 6. Negara Bahrain

Bahrain adalah kumpulan 30 buah pulau, dengan keluasan 240 batu persegi, dengan penduduk seramai 300,000 orang. Manama, adalah ibu negerinya dan di pulau Bahrain. Muharraq adalah kota kedua terbesar di dalam kumpulan kepulauan ini.

7. Negara Kuwait

Keluasan Kuwait adalah 6,200 batu persegi, dengan jumlah penduduk 1.5 juta orang. Kota Kuwait adalah ibu negerinya.

Cuaca.

Walaupun Garisan Sartan [Tropic of Cancer] melalui tengah-tengah semenanjung Arab, tetapi tanah ini bukan tropika. Musim panasnya panjang dan terlalu panas, dengan suhu naik sehingga 130 darjah Farenheit di kebanyakan kawasan. Musim sejuknya pendek dan terlalu sejuk. Hujan jarang sekali, hitung panjang 4” setahun. Kawasan Barat dayanya mendapat hujan yang banyak setinggi 20” setahun.

Pertanian

Sayur-sayuran amat kurang disebabkan oleh kekurangan hujan dan disebabkan juga kandungan garam yang tinggi di tanahnya. Pepohon kurang melainkan pokok-pokok renek. Kesemua tumbuhan terpaksa menyesuaikan dengan keadaan padang pasir untuk hidup.

Pokok kurma tumbuh di mana terdapat air. Ianya adalah tanaman utama dan penting disemenanjung Arab. Kurma adalah makan asli bagi kebanyakan Arab, dan pokoknya memberikan hasil sampingan seperti kayu dan barangan yang lain. Pohon tamarisk dan acacia terdapat juga dibanyak bahagian negara ini.

Bijiran utama Arab adalah gandum, barli, oat, jagung dan sekoi. Kopi tumbuh di Yaman; kapas tumbuh dengan banyaknya di Yaman dan Oman. Buah mangga telah dihasilkan dengan jayanya di tempat tadahan air Al-Hasa di dalam kawasan Arab Saudi, dan pokok kelapa hidup di Oman. “Hutan yang terdapat di tanah Arab adalah rumpunan pokok renek yang hidup di tanah tinggi Yaman.

Ekologi Arab

10

Page 11: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Komponen utama di dalam ekologi Arab adalah air. Ada dan tiadanya telah banyak membentuk sejarah Arab. Manusia telah tertarik kepada Makkah di Hijaz disebabkan mata air yang ditemui oleh Hajra, isteri Ibrahim dan ibu kepada Ismail dan diberikan nama Zamzam. Setelah dipastikan bahawa airnya akan terus mengalir di dalam apa juga musim, mereka telah mendirikan kota Makkah di sekelilingnya.

Kawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata air dengan pengecualian Hajar, yang panjangnya 60 batu, terdapat dinegara Yaman. Namun begitu ianya bukanlah anak sungai yang sentiasa berair, ia menjadi anak sungai apabila hujan lebat berlaku di kawasan tadahannya.

Faktor baru dan komplek yang terdapat disemenanjung Arab diketika ini adalah telaga minyak. Di dalam tahun 1900 semenanjung ini tidak dihuni manusia dan tandus serta tidak disentuh oleh barat. Apabila kedapatan minyak, segalanya bertukar. Arab Saudi menjual minyaknya yang pertama di dalam tahun 1923, dan telaga yang pertama menghasilkannya telah digerudi dalam tahun 1938. Dalam lingkungan beberapa tahun kemudian pendapatan tahunan dari minyak telah melebihi $1 juta. Pendapatan Negara itu telah melepasi $1 billion pada tahun 1970; dan $100 billion pada tahun 1980. Kehidupan di Arab Saudi dan negara yang mengeluarkan minyak di kawasan teluk Parsi yang lain telah bertukar dari kesan kekayaan yang baru – kemewahan, pertumbuhan ekonomi yang pesat, kemasukan buruh asing, tamparan antarabangsa – mungkin juga suatu perubahan yang tidak pernah dirasakan oleh manusia, di mana juga di dalam dunia ini.

Kekayaan minyak telah menukar wajah Arab Saudi dan juga kerajaan Sheikh di Teluk. Ia memperbolehkan untuk menggunakan teknologi moden, untuk mendapatkan air dari telaga yang dalam atau mengubah air laut melalui proses ‘desalination’, dan menjadikan tanah gersang kepada tanah pertanian dengan sistem perparitan. Dengan adanya tanah pertanian telah menukar corak hidup berpindah randah kepada pemastautin tetap apabila air dipastikan boleh didapati di sepanjang masa. Teknik yang canggih telah digunakan untuk mengawal pergerakan pasir dan kawasan-kawasan yang merbahaya.

Binatang yang paling penting di Tanah Arab adalah unta. Unta Arab mempunyai satu bongol, jenis ‘dromedary’ tidak seperti unta dua bongol yang terdapat di Asia Tengah, Bactrian. ‘Dromedary’ mempunyai tapak kaki yang lebar, rata dan mempunyai kuku yang tebal supaya ia tidak tenggelam di dalam pasir, dan boleh berjalan jauh di padang pasir. Susu unta adalah pemakanan penting orang Arab padang pasir dan bulu unta digunakan untuk membuat khemah. Dari itu unta adalah binatang yang perlu untuk hidup di padang pasir.

Tetapi aneh dan sukar dipercayai, bahawa unta semakin pupus di Arab Saudi dan semua negara Sheikh minyak di Teluk. William J. Polk menulis di dalam bukunya, ‘Passing Brave’, diterbitkan oleh Alfred A. Knopf, New York, dalam tahun 1973: "Sejurus sebelum kematiannya di dalam tahun 1960, seorang pengembara padang pasir English yang terkenal, St. John Philby, meramalkan bahawa dalam masa 30 tahun tanah Arab tidak mempunyai unta. Dia telah ditertawakan diketika itu, tetapi hari ini seolah-olah ramalannya telah menjadi nyata. Unta dan parasitnya [nomad arab] seakan telah hilang dari bumi Arab. Dari itu apa yang bermula 3 000 tahun dahulu dengan cara mulanya menjinakkan unta telah berakhir. Unta telah selesai memainkan peranan utamanya di dalam arus pembanguan pemodenan."

11

Page 12: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Lori-lori diesel, keretapi dan kapalterbang telah mengambil alih peranan unta dan kafilah. Kebanyakan Arab kini mengembara menggunakan kenderaan. Unta telah terhapus di bumi Arab.

BAB 3

Arab Sebelum Islam

Di dalam menulis sejarah Islam, telah menjadi kebiasaan untuk memulakannya dengan tinjauan terhadap politik, ekonomi, sosial dan keadaan agama kaum Arab pada permulaan seruan Muhammad terhadap misinya sebagai Pesuruh Allah. Ini adalah konvension [kaedah] kedua ahli sejarah [yang pertama adalah penerangan terhadap geografi daerah tersebut]. Saya harus juga patuh pada konvension ini, dan akan menyatakan secara ringkas keadaannya secara am di tanah Arab pada penghujung tahun ke enam dan dipermulaan tahun ke tujuh M.

Keadaan Politik di Tanah Arab

Keadaan yang paling ketara cara hidup berpolitik orang Arab sebelum Islam adalah ketiadaan organisasi politik dalam bentuk apa pun. Dengan pengecualian negara Yaman di barat-daya, tidak ada satu bahagian pun di semenanjung Arab yang mempunyai kerajaan pemerintah diketika itu, dan kaum Arab tidak pernah mengakui sebarang bentuk penguasaan selain dari kuasa yang dimiliki oleh ketua-ketua suku kaum mereka. Bagaimanapun kuasa yang ada pada ketua-ketua suku kaum bergantung kepada keperibadian dan personaliti yang lebih condong kepada moral dari politik.

Pelajar sejarah moden merasa sungguh pelik bahawa orang Arab dapat hidup dari generasi ke generasi, dari abad ke abad, tanpa mempunyai sebarang kerajaan dalam bentuk apa pun. Oleh kerana tidak mempunyai sebarang kerajaan, maka tidak terdapat sebarang bentuk peraturan dan perundangan. Inilah cara hidup mereka. Di dalam kejadian di mana jenayah telah dilakukan, kumpulan yang teraniaya akan bertindak sesuka mereka dan cuba mendapatkan ‘keadilan’ dari kumpulan yang melakukannya. Sistem ini kerap membawa kepada kejadian yang amat zalim.

Jika terdapat orang Arab menahan diri [bersabar], ini bukanlah disebabkan dari keraguan terhadap persoalan sama ada dia benar atau salah, tetapi kerana takut akan terjadinya tindakan pembalasan atau dendam. Dendam selalunya akan melibatkan kepada semua generasi Arab. Oleh kerana tidak adanya polis, mahkamah atau hakim, maka perlindungan dari musuh hanya boleh didapati dari suku kaum sendiri. Suku kaum mempunyai tanggungjawab untuk melindungi ahlinya, walaupun jika ahlinya telah melakukan kesalahan. Perasaan perkauman adalah yang lebih utama dari etika. Sesuatu kaum yang gagal melindungi ahlinya akan menerima nama yang buruk, dicela, dan dihina. Etika tidak mempunyai apa-apa peranan bagi orang Arab.

Oleh kerana orang-orang Arab tidak mempunyai kerajaan, dan naluri mereka yang selalu menentang segala bentuk perlembagaan dan undang-undang, maka

12

Page 13: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

mereka sentiasa terikat dengan peperangan. Perang adalah sesuatu yang kekal di dalam masyarakat Arab. Kawasan padang pasir hanya boleh menampung jumlah manusia yang terhad sahaja, maka peperangan di antara suku-suku kaum telah dapat mengekalkan kawalan bilangan pertumbuhan manusia. Tetapi orang-orang Arab tidak melihat peperangan ini membawa kepada alasan yang tersebut itu. Bagi mereka, peperangan adalah untuk menghabiskan masa, atau satu bentuk sukan yang merbahaya, atau satu bentuk pementasan perkauman yang dibiayai oleh mereka-mereka yang profesional, yang mengukur menurut etika keperwiraan di zaman silam, sedang para ‘pemerhati’ akan memberikan sorakan. Orang-orang Arab tidak berhajat kepada keamanan yang berpanjangan, maka peperangan memberikan mereka satu jalan keluar dari pekerjaan seharian yang membosankan, cara kehidupan di padang pasir. Dari itu mereka dapat merasakan kesenangan dari pergelutan bersenjata. Peperangan dapat memberikan mereka peluang untuk menunjukkan kecekapan mereka di dalam memanah, berpedang dan menunggang kuda dan dalam peperangan juga mereka dapat menonjolkan diri sebagai wira serta dalam masa yang sama memenangi kehormatan dan sanjungan dari suku kaum mereka. Di dalam banyak kes orang-orang Arab berperang hanya sebab ingin berperang, tidak kira sama ada mereka mempunyai sebab untuk itu atau tidak.

G.E.Grunebaum: ‘Di dalam kurun sebelum bangkitnya Islam, suku kaum Arab telah menghabiskan segala tenaga mereka di dalam peperangan di antara sesama mereka.’ [Classical Islam 600 – 1258 – 1970]

Suku kaum Arab yang tidak tinggal tetap sering menyerang kafilah-kafilah dan tempat penginapan yang kecil di seluruh semenanjung. Banyak kafilah dan tempat penginapan ini yang mendapat perlindungan dari serangan suku kaum tersebut dengan membayar sejumlah wang dengan tetap.

Adalah penting untuk kita mengetahui dengan fakta sebenar bahawa pada permulaan lahirnya Islam tidak terdapat sebarang bentuk kerajaan pada peringkat apa pun di bumi Arab, dan fakta ini juga mungkin telah menyebabkan kepada bangkitnya Islam itu sendiri. Dengan ketiadaan sebarang bentuk kerajaan walaupun dalam bentuk yang paling asas, adalah suatu fenomena yang luar biasa yang telah dirakam dan diulas oleh kebanyakan penulis barat, di antara mereka:

D.S.Margoliouth: ‘Arab akan terus kekal di dalam jahiliah jika terdapat seorang yang berani dan sanggup membuat pukulan dan bertindak di Makkah. Walaupun ramai yang berniat jahat terhadap Muhammad, namun tidak seorang pun yang mempunyai keberanian yang sedemikian, dan [sebagaimana yang kita dapat lihat] tidak terdapat sebarang mahkamah di mana orang itu akan diadili.’ [Muhammad and the Rise of Islam, 1931]

Maxime Rodinson: ‘Membunuh membawa hukuman yang berat menurut kanun yang tidak bertulis di padang pasir. Sebagai amalan, seorang Arab yang merdeka tidak terikat oleh sebarang bentuk undang-undang yang bertulis, dan tidak pula terdapat mana-mana negara yang dapat menguatkuasakan status ini dengan dibantu oleh mana-mana pasukan polis. Perlindungan terhadap nyawa seseorang hanya didapati dari adanya adat, iaitu dibeli dengan harga yang amat mahal. Darah diganti dengan darah dan nyawa diganti dengan nyawa. Dendam di tanah Arab adalah satu dari tiang kemasyarakatan Badwi.’ [Muhammad 1971]

Herbert J.Muller: ‘Di tanah Arab, Muhammad, tidak ada sebuah Negara – hanya terdapat suku-suku kaum dan pekan-pekan kecil yang bertaburan. Rasul membentuk negaranya sendiri, dan memberinya undang-undang tuhan yang diwahyukan oleh Allah.’ [The Loom of History, 1958]

Penduduk tanah Arab terbahagi kepada dua kumpulan, yang tinggal tetap dan bergerak. Hijaz dan Selatan Arab ditaburi dengan pekan-pekan kecil dan sedikit

13

Page 14: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

bandar. Selebihnya; di Semenanjung tanah Arab mempunyai bilangan penduduk yang berubah-ubah, mereka terdiri dari Badouin. Mereka adalah manusia yang ketinggalan di dalam ketamadunan dan juga politik, punca kekacauan dan juga ketakutan bagi penduduk tetap. Mereka hidup sebagai lanun padang pasir, dan amat terkenal dengan kebengisan dan taat terhadap suku kaum tertentu.

Suku kaum yang lebih terkemuka telah menunjukkan penguasaan mereka di tempat-tempat yang tertentu. Di Makkah puak yang berkuasa adalah Quraish, di Yathrib puak yang berkuasa adalah kaum Arab dari suku Aus dan Khazraj, dan kaum Yahudi dari suku Nadheer, Qaynuqa dan Qurayza. Suku Quraish di Makkah menganggap diri mereka lebih mulia dari Badouin, tetapi orang Badouin berpuas hati dengan memanggil mereka penduduk pekan yang tidak lebih dari ‘bangsa penjaga kedai’

Semua Arab terkenal dengan peribadi yang tertentu, seperti sombong, takbur, ganas dan teramat suka merampas. Kesombongan adalah sebahagian dari punca kegagalan mereka untuk menubuhkan sebuah kerajaan sendiri. Mereka tidak punya disiplin di dalam politik, sehinggalah bangkitnya Islam, mereka tidak pernah mengakui sesiapa sebagai penguasa dibumi Arab.

Mereka mengakui kepimpinan seseorang selagi dia boleh memandu mereka ke kancah peperangan dan ketaatan boleh didapati dengan janji memberikan bahagian yang memuaskan dari hasil yang diperolehi, dan kepimpinan itu akan berakhir dengan tamatnya ekpedisi tersebut.

Keadaan Ekonomi

Secara ekonomi, kaum Yahudi lebih maju dari Arab. Mereka adalah tuan tanah yang terbaik di Hijaz, dan mereka juga peladang yang terbaik di seluruh negara. Mereka adalah perintis-perintis industri yang ada dikala itu, dan berbangga diri dengan monopoli mereka terhadap industri persenjataan.

Penghambaan adalah intitiusi ekonomi bagi orang arab. Hamba-hamba lelaki dan wanita telah dijual dan dibeli seperti binatang, dan mereka merupakan golongan yang paling tertekan di dalam masyarakat Arab.

Golongan yang paling berkuasa di kalangan Arab terdiri dari kapitalis dan peminjam wang. Faedah yang dikenakan terhadap sesuatu pinjaman amatlah tinggi, dan dirangka khas supaya yang kaya bertambah kaya dan simiskin menjadi papa.

Kota-kota negara Arab yang termashur adalah Makkah dan Yathrib, kedua-duanya di Hijaz. Warga Makkah kebanyakannya adalah saudagar, pedagang dan cheti. Khafilah mereka menuju ke Syria dimusim panas dan di musim sejuk ke Yaman. Mereka juga menuju ke Bahrain di Timur dan ke Iraq di Timur laut. Perdagangan berkhafilah ini adalah asas bagi ekonomi Makkah, dan organisasinya memerlukan kemahiran, pengalaman dan juga kebolehan yang mencukupi.

R.V.C. Bodley: Ketibaan dan pemergian khafilah-khafilah adalah suasana yang penting bagi kehidupan penduduk Makkah. Boleh dikatakan kesemua penduduk Makkah mempunyai suatu bentuk pelaburan di dalam perniagaan yang dibawa oleh ribuan unta dan ratusan manusia, kuda dan juga keldai yang keluar dengan membawa kulit binatang, kismis dan ketulan perak dan kembali dengan membawa minyak makan, minyak wangi dan barangan siap dari Syria, Mesir dan Parsi dan dengan rempah-rempah dan emas dari selatan. [The Messenger, 1946, p 31]

Di Yathrib, pencarian orang arab dengan bertani, dan pencarian orang yahudi dengan berniaga dan industri. Tetapi bukan semua orang yahudi berniaga dan

14

Page 15: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

mempunyai industri, ada di antara mereka yang bertani, dan mereka telah membangunkan tanah-tanah yang terbiar.

Hijaz adalah kawasan Arab yang terpenting secara ekonomi, sosial dan juga politik diawal abad ketujuh.

Francesco Gabrieli: Pada permulaan Islam kumpulan manusia yang termaju dan yang paling komplek disemenanjung Arab hidup dikota; kaum Quraish. Zaman kegemilangan di Selatan Arab seperti Petra dan Palmyra telah berlalu untuk seketika di dalam sejarah Arab. Kini masa depannya telah disediakan di sini, di Hijaz. [The Arabs – A Compact history, 1963]

Orang Arab dan juga Yahudi, kedua-duanya mengamalkan riba. Kebanyakan dari mereka adalah profesional, dan mereka hidup dari faedah yang dikenakan ke atas setiap pinjaman.E.A. Belyaer: Riba dilakukan secara berleluasa di Makkah, untuk melibatkan diri di dalam perdagangan khafilah yang membawa keuntungan yang lumayan, kebanyakan penduduk Makkah yang berpendapatan sederhana terpaksa meminjam kepada cheti, walaupun dengan faedah yang tinggi, dia boleh mengharap untuk mendapat sedikit ganjaran dari keuntungan setelah kembalinya khafilah dagangan dengan selamat. Pedagang yang kaya-raya terdiri dari mereka yang berdagang dan juga cheti.

Peminjam wang biasanya mengambil satu dinar bagi setiap dinar, dan satu dirham bagi setiap dirham, dalam perkataan lain 100% faedah. Di dalam Quran 3:130 Allah berkata orang-orang yang beriman janganlah kamu mengamalkan riba berlipat kali ganda.’ Ini boleh bermaksud bahawa faedahnya 200% atau mungkin 400% yang diminta. Perangkap riba, dari pedagang Makkah tidak sahaja menjebak penduduk dan suku kaum yang di dalam kota, malah dari ahli suku kaum Badouin Hijaz juga, yang aktif di dalam perniagaan di Makkah. Sebagaimana di masa Athens lama, tujuan utama penindasan terhadap kebebasan manusia adalah wang dan riba.’ [Arabs, Islam and the Arab Caliphate in the Early Middle Ages, 1969]

Keadaan Sosial

Masyarakat Arab adalah yang dikuasai oleh lelaki. Wanita tidak mempunyai status apa-apa selain dari objek nafsu. Jumlah wanita yang boleh dikahwini oleh lelaki tidak ditetapkan. Apabila seorang lelaki mati anak lelakinya ‘mewarisi’ kesemua isteri-isterinya melainkan ibunya sendiri. Adat yang zalim bagi kaum Arab adalah untuk menanam bayi perempuan mereka hidup-hidup. Walaupun jika seorang Arab tidak berhajat untuk menanam bayi perempuannya, dia masih perlu menegakkan ‘kehormatan tradisi’ tersebut, kerana tidak tahan menanggung tekanan dari masyarakat sekeliling.

Mabuk adalah satu tabiat yang lumrah bagi orang Arab. Dalam keadaan mabuk mereka berjudi. Mereka adalah kaki botol dan kaki judi. Perhubungan di antara lelaki dan wanita terlalu bebas. Ramai wanita yang menjual diri untuk sara hidup, oleh kerana tiada lain yang dapat mereka lakukan. Wanita-wanita ini menaikan bendera di rumah-rumah mereka, dan mereka digelar ‘wanita bendera.’

Sayyid Qutb dari Mesir di dalam bukunya, petunjuk sepanjang jalan, diterbitkan oleh International Islamic Federation of Student Organization, Salimiah, Kuwait dalam tahun 1978 [ms 48, 49] telah menyebutkan dari ahli hadith yang terkenal, Imam Bukhari pada perkara institiusi perkahwinan di tanah Arab sebelum Islam seperti berikut:

15

Page 16: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Telah berkata Shihab [az-Suhri]: ‘Urwah b. az- Zubayr memberitahu dirinya bahawa Aishah, isteri Rasul Allah, memberitahu dirinya [Urwah] bahawa perkahwinan di zaman jahiliah ada empat macam:

1. Pertama adalah perkahwinan mereka sama seperti di hari ini, di mana seorang lelaki memberi izin warisnya atau anak perempuannya kepada seorang lelaki lain, dan lelaki itu memberikan mas kahwinnya kepada wanita itu lalu mengahwininya.

2. Satu lagi cara di mana seorang lelaki berkata kepada isterinya yang telah bersih dari haidnya, ‘Hantarkanlah isterinya kepada N dan minta dia lakukan hubungan kelamin dengannya,’ si suami maka menjauhkan diri dari isterinya, sehingga nyatalah si isteri telah hamil dengan perhubungan yang sedemikian dengan lelaki tersebut. Apabila nyata yang si isteri telah hamil, maka si suami bolehlah membuat hubungan dengan si isteri, jika dia berhajat. Perbuatan si suami ini tidak lebih dari menghajatkan keturunan yang kenamaan. Perkahwinan seperti ini dinamakan nikah al-istibda, perkahwinan yang menghajatkan bersekedudukan.

3. Cara yang satu lagi pula adalah sekumpulan lelaki yang jumlahnya kurang dari sepuluh orang, yang biasa berkunjung ke rumah seorang wanita dan kesemua mereka ada melakukan hubungan kelamin dengan wanita tersebut. Jika wanita itu hamil dan melahirkan anak, dan setelah beberapa hari dari kelahirannya, wanita itu akan memanggil kesemua lelaki tersebut, dan kesemua mereka tidak boleh menolak. Apabila kesemua mereka telah hadir, wanita itu akan berkata, ‘Kamu semua telah tahu akan hasil dari perbuatan kamu; kini aku telah melahirkan anak, dan anak ini adalah kepunyaan X,’ – menyebutkan nama sesiapa yang dia hajati. Maka bayi itu menjadi kepunyaannya, dan lelaki itu tidak boleh membantah.

4. Cara yang keempat adalah apabila ramai lelaki datang mendapatkan seorang wanita, dan ia tidak menjauhkan dirinya dari mana-mana lelaki yang datang kepadanya. Wanita-wanita seperti ini adalah baghaya [pelacur]. Mereka meletakkan bendera di pintu-pintu sebagai isyarat. Setiap yang berhajat tidak ditolak. Jika seorang dari wanita itu melahirkan anak, mereka semua akan datang mendapatkan wanita tersebut seraya memanggil seorang ahli firasah [pakar menentukan apa yang ada pada tanda-tanda dibadan]. Maka bayi itu akan diberikan kepada lelaki yang dikatakan bapa kepadanya, dan tiada bantahan yang berlaku.

Apabila Muhammad [saw] datang dengan mengatakan yang benar, baginda telah menghapuskan kesemua cara perkahwinan jahiliah melainkan apa yang diamalkan sehingga ke hari ini.

Kaedah Beragama Di Tanah Arab Sebelum Datangnya Islam

Sejarah Arab sebelum datangnya Islam telah dikenali sebagai zaman jahiliah. Dilihat dari segi kepercayaan dan amalan orang-orang Arab ini maka jahiliah adalah nama yang bersesuaian. Orang-orang Arab penyembah bermacam-macam jenis agama yang boleh dibahagikan kepada beberapa kategori.

1. Penyembah berhala atau musyirik. Kebanyakan dari mereka adalah penyembah berhala. Mereka menyembah banyak patung-patung, dan setiap kaum mempunyai patung atau berbagai patung mereka sendiri. Mereka telah menjadikan Kaabah di Makkah, yang mana menurut tradisi telah dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail, dan telah diserahkan oleh mereka berdua untuk kepentingan Tuhan yang Esa, kini menjadi rumah untuk sebanyak 360 berhala-berhala dari batu dan juga kayu.

16

Page 17: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

2. Atheis. Kumpulan ini terdiri dari mereka-mereka yang materialis yang berkepercayaan bahawa dunia ini adalah kekal.

3. Zindigs. Mereka ini dipengaruhi oleh ajaran Farsi yang menganggap bahawa segala-galanya berganding. Mereka percaya bahawa adanya dua tuhan yang mewakili dua kuasa yang baik dan jahat atau terang dan gelap, dan keduanya telah terikat oleh pergelutan untuk berkuasa yang tiada akhirnya.

4. Sabines. Mereka menyembah bintang-bintang.

5. Yahudi. Apabila Roman menghancurkan Jerusalem ditahun 70 M. dan menghalau keluar yahudi dari Palestin dan Syria, kebanyakan mereka menjumpai tempat kediaman yang baru di Hijaz Arab. Di bawah pengaruh mereka ramai Arab telah bertukar menjadi yahudi. Pusat mereka yang kuat adalah di Yathrib, Khaybar, Fadak dan Umm-ul-Qura.

6. Kristian. Roman telah menukarkan suku kaum Ghassan di Utara Arab kepada kristian. Beberapa puak dari suku Ghassan telah berpindah dan tinggal di Hijaz. Dibahagian Selatan pula, terdapat ramai kristian di Yaman di mana agama tersebut telah dibawa oleh penjajah dari Ethiopia. Pusat mereka yang kuat adalah di Najran.

7. Penyembah Tuhan yang Esa. Terdapat kumpulan yang kecil penyembah Tuhan yang Esa di Tanah Arab pada permulaan kedatangan Islam. Ahli-ahlinya tidak menyembah berhala, dan mereka adalah pengikut Nabi Ibrahim. Ahli dari keluarga Muhammad, bakal Rasul, dan Ali ibn Abi Talib, bakal Khalifah, dan kebanyakan dari suku kaum mereka – Bani Hashim – tergolong dalam kumpulan ini.

Pembelajaran di dalam Golongan Arab Sebelum Islam.

Di kalangan orang-orang Arab terdapat sejumlah yang amat kecil individu yang boleh membaca menulis. Kebanyakan dari mereka tidak berminat untuk mempelajari seni ini. Sebahagian dari ahli sejarah berpendapat bahawa kebudayaan dikala itu ke seluruhannya adalah secara lisan. Yahudi dan Kristian adalah pemelihara pengetahuan yang sedemikian, sebagaimana yang dipunyai oleh Arab. Intelektual terbesar yang dimiliki oleh Arab jahiliah adalah puisi. Mereka mengatakan bahawa Tuhan menganugerahkan kualiti-kualiti yang terbaik bahagian kepala, kepada kaum Greek [ini dibuktikan dengan sains dan filosofi mereka] dan bahagian tangan kepada kaum China [ini dibuktikan dengan kraftangan mereka]; dan bahagian lidah kepada kaum Arab [ini dibuktikan dengan kefasihan]. Kebanggaan mereka yang terbesar, sebelum dan sesudah Islam, adalah kefasihan lidah dan berpuisi. Pentingnya puisi terhadap mereka boleh diukur dengan kenyataan yang berikut:

D.S. Margoliouth: Di dalam kehidupan orang-orang Arab, seorang penyair adalah sebahagian dari kelengkapan perang bagi suku kaum mereka; sebagai perlindungan diri dan juga untuk memusnahkan kaum yang bermusuhan, dengan menggunakan suatu kuasa yang terjadi dengan secara ghaib yang disebabkan dari komposisi rangkap-rangkap puisi yang sedemikian, yang mana dapat menarik perhatian dan kemudian disebarkan dan dihafalkan secara meluas. [Muhammad and the Rise of Islam, 1931]

E.A. Belyaev: Kebanyakan keterangan mengenai ekonomi, kumpulan sosial dan segalanya mengenai Arab di abad kelima dan ke enam M., datangnya dari Arab jahiliah atau puisi mereka sebelum datangnya Islam, yang dikenali sebagai ‘photographic faithfulness’ [gambaran kepercayaan] terhadap setiap peringkat kehidupan suku kaum Arab dan alam sekitarnya. Maka, pakar-pakar sejarah telah menerima puisi ini sebagai bahan rujukan penting dan punca yang dipercayai

17

Page 18: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

untuk menerangkan perihal orang-orang Arab dan kebudayaan mereka diketika itu. [Arab, Islam and the Arab Caliphatein the Early Middle Ages, 1969]

Puisi Arab kaya dengan bahasa dan imaginasi, tetapi terhad terhadap jangkauan [skop], dan juga terdapat kurangnya intipati. Isi kandungan mungkin menarik tetapi kebanyakannya adalah ulangan [stereotype]. Puisi mereka yang teragung boleh dikatakan mengikuti corak, rintitan, ide dan gambaran yang sama. Tapi bagaimanapun ini adalah gambaran yang sebenar kehidupan Arab jahiliah. Juga di dalam mengadakan komposisi kesenian puisi, penyair Arab telah menciptakan atifaks yang teragung untuk sejarah manusia, bahasa Arab.

Komposisi Arab jahiliah yang terbesar adalah, apa yang dikatakan ‘Ode Keemasan’ koleksi tujuh buah puisi, yang tiada mempunyai tandingan kecemerlangannya di dalam penguasaan dan kefasihan bahasa. Ia telah digantung di Kaabah sebagai cabaran kepada mana-mana genius untuk menandingginya. Sir William Muir telah menulis mengenai puisi tersebut sebagai berikut:

Ketujuh-tujuh puisi yang tergantung telah dapat bertahan semenjak jahiliah sehingga ke era Muhammad, suatu spesimen kefasihan kesenian yang menakjubkan. Kecantikan bahasanya yang kaya dengan imaginasi yang bebas telah diperakui oleh pembaca-pembaca Eropah; tetapi subjek puisinya terhad dan treknya hanya sehaluan. Daya tarikan wanitanya, cemburu kepada suatu yang telah disentuhinya, kesunyian yang menghantui jiwa, kemurahan dan keperkasaan serta kemegahan kaumnya, kualiti yang terbaik pada untanya – ini adalah tajuk-tajuk pilihan dengan terdapat sedikit variasi dan sentuhan terhadap plot dan ceritanya yang telah memenuhi citarasa Arab – dan sebahagian mereka menambahkan lagi keghairahan terhadap orang-orangnya, kemegahan, cemburu, dendam dan bangga. [The Life of Muhammad, 1877]

Dengan bangkitnya Islam, penekanan terhadapnya telah beralih sementara sedikit, dari puisi kepada prosa, dan puisi-puisi tersebut telah hilang kedudukannya sebagai ‘Ratu’ bagi kesenian di tanah Arab.

Komposisi yang terbesar bagi Islam adalah al-Quran al-Majid, kitab orang Islam, ianya di dalam bentuk prosa. Muslim percaya bahawa Quran dikompos dilangit sebelum ianya disampaikan kepada Muhammad, Pesuruh Tuhan. Mereka percaya betapa pun geniusnya manusia, mereka tidak akan dapat menghasilkan sesuatu yang setanding dari segi bentuk dan isi kandungannya. Untuk selama 50 generasi, bagi mereka ianya telah menjadi model kesusasteraan, filosofi, kanun, fiqah, metafizik dan ilmu alam ghaib.

Percubaan telah dibuat pada helaian muka surat yang terdahulu untuk menerangkan keadaan Arab secara am dan tatacara hidup mereka sebelum Islam. Gambaran ini adalah sahih kerana ianya telah diambil dari arkib Arab sebelum Islam, itu sendiri.

Dilihat dari gambaran tersebut tahulah kita bahawa Arab sebelum Islam tidak mempunyai sebarang jalinan sosial atau sebarang sejarah, orang-orang Arab hidup tanpa moral dan di dalam perhambaan. Hidup bagi mereka tidak mempunyai erti, matlamat dan juga halatuju. Jiwa mereka terpenjara, dan sedang menunggu, semacam isyarat, untuk membuat satu perubahan yang besar, untuk melepaskan diri dari terbelenggu dan terlepas bebas.

Isyarat itu telah diberi pada 610 M., oleh Muhammad anak Abdullah, di dalam kota Makkah, apabila dia menyatakan misi kerasulannya, dan melancarkan pergerakkan yang diberi nama Islam di dalam sebarannya ke seluruh dunia. Islam adalah suatu rahmat yang terbesar untuk manusia. Ia telah membebaskan lelaki dan wanita melalui ketaatan kepada yang Menjadikan, dari penghambaan dalam

18

Page 19: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

segala rupa bentuk. Muhammad, pesuruh Allah adalah pejuang yang membebaskan manusia. Dia telah mengeluarkan manusia dari jurang neraka.

Semenanjung Arab tidak diketahui secara geografi dan juga politik, sehinggalah pada awal abad ke tujuh M. Pada ketika itulah Muhammad telah meletakkan Arab ke dalam peta politik dunia dengan menjadikannya gelanggang peristiwa yang paling bersejarah.

Sebelum Islam, bangsa Arab hanya memainkan peranan yang kecil di dalam sejarah Timur Tengah, dan mereka akan terus tinggal sedemikian selamanya sebagai pengembala kambing, jika Muhammad tidak memberikan kepada mereka satu matlamat yang merangsang, menyatukan suku-suku kaum mereka yang bertaburan ke dalam suatu kuasa yang bermatlamat. Baginda menyatukan satu massa [kumpulan manusia] yang ganas kepada satu ummah tanpa mempunyai struktur yang asas. Dia semaikan kepada bangsa Arab satu perasaan dinamik yang baru, beridealistik dan kreativiti dan dengannya mereka telah merubah sejarah. Dia membentuk mentaliti dan ekologi yang baru kepada bangsa Arab, yang dengan melaksanakan tugas-tugasnya baginda telah menamatkan era lama dan bermulanya era baru dalam sejarah.

Menulis tentang peralihan ini di dalam sejarah, Francesco Gabrieli mengatakan di dalam bukunya, The Arabs – A Compact History, 1963:

Maka berakhirlah zaman jahiliah di dalam sejarah bangsa Arab. Sesiapa yang membandingkan dengan yang berikutnya, akan memberikan bangsa Arab peranan yang lebih utama di atas pentas dunia. Mereka akan mempunyai pandangan yang tinggi terhadap kerjayanya, tidak sahaja terhadap seorang manusia pilihan yang datang dari golongan mereka, tetapi juga terhadap golongan elitnya, yang untuk beberapa generasi telah mengembangkan kata-kata baginda, tidak dapat tidak akan terlihat perbezaan yang besar di atas destinasi yang manusia telah capai. Rentak hidup bangsa Arab yang selama ini lemah dan berpecah, hanya memerlukan kepada perpaduan, paksi pengerak, satu matlamat; dan semua ini terdapat di bawah panji-panji kepercayaan beragama. Keasyikan bercinta di zaman jahiliah tidak dapat mengagalkan kami dari mengenali bahawa tanpa Muhammad dan Islam, mereka pastinya akan kekal sebagai pengembala untuk berabad-abad lamanya di padang pasir, terus menerus memusnahkan diri mereka di dalam peperangan sesama mereka; serta melihat kepada Byzantium, Ctesiphon dan malah kepada Axum sebagai cahaya ketamadunan yang jauh yang tidak mungkin dapat tercapai.

19

Page 20: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

BAB 4

Bani Hashim – Sebelum kelahiran Islam

Di dalam abad ke 5 M. seorang bernama Qusay, telah dilahirkan di dalam suku kaum Quraish. Dia telah mendapatkan kehormatan yang besar dan termashur untuk kaumnya dari kebijaksanaannya. Dia telah membina semula Kaabah yang di dalam keadaan musnah, dan memerintahkan orang-orang Arab supaya membina rumah-rumah mereka di sekelilingnya. Dia juga membina ‘Dewan Bandaran’ Makkah, yang pertama di tanah Arab. Ketua dari berbagai-bagai suku kaum berhimpun di dalam dewan ini untuk memikirkan masalah sosial, perdagangan, budaya dan juga masalah politik mereka. Qusay mengubal rang undang-undang bagi membekalkan makanan dan air kepada para jamaah yang datang ke Makkah, dan dia juga membuat orang-orang Arab membayar cukai dari sokongan mereka.

Edward Gibbon: Qusay, dilahirkan di antara 400 M., moyang kepada Abdul Muttalib, dan seterusnya yang kelima di dalam pertalian keturunan dari Muhammad, mendapat kuasa tertinggi di Makkah. [The decline and fall of the Roman Empire]

Qusay meninggal di dalam 480 M., dan anaknya, Abd Manaf, mengambil alih tugas-tugas beliau. Dia juga telah memaparkan diri dengan kebolehannya. Dia telah dikenali dengan kemurahan hati dan kebijaksanaan. Dia kemudian digantikan oleh anaknya Hashim. Hashim seorang yang luar biasa. Dia telah menjadikan Quraish pedagang dan putera-putera pedagang. Dialah orang pertama yang memulakan dua perjalanan kafilah Quraish, musim panas dan musim sejuk, dan yang pertama menyediakan bubur kepada Arab. Jika tidak kerana dia, Arab mungkin tinggal sebagai pengembala kambing selama-lamanya.

Kebijaksanaan dan kepimpinan yang baik serta kemurahan hati, adalah sekadar dua dari banyaknya kualiti-kualiti yang Muhammad, bakal Rasul, ‘warisi’ dari datuk-datuknya. Hashim telah berkahwin dengan seorang wanita Yathrib, dan darinya dia mendapat seorang anak lelaki – Abdul Muttalib. Apabila tiba masanya, Abdul Muttalib akan menggantikan bapanya sebagai pemimpin Bani Hashim.

Edward Gibbon: Datuk kepada Muhammad [Abdul Muttalib] dan jalinan keturunannya, telah dilihat di dalam arena perdagangan di dalam dan di luar negara sebagai putera-putera dari negara mereka; merekalah yang berpengaruh,

20

Page 21: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

seperti Percales di Athen, atau Medic di Florence, dengan pendapat dari kebijaksanaan serta kejujuran mereka; pengaruh mereka telah dibahagikan bersama dengan warisan mereka.

Suku kaum Quraish, dengan penipuan atau paksaan, telah mendapat penjagaan Kaabah, jawatan suci ini dipusakai melalui empat keturunan sehingga kepada datuk Muhammad, iaitu keluarga Hashim, di dalamnya baginda telah dilahirkan, adalah keluarga yang paling dihormati dan mulia pada pandangan penduduk negeri mereka. Keturunan Muhammad dari Ismail adalah suatu kebanggaan bangsanya ataupun suatu rekaan dongengan; tetapi jika susur pertama dari keturunannya adalah kabur dan dipersoalkan, dia masih boleh menghasilkan banyak generasi terhormat yang asli dan tulen; dia sendiri datang dari kaum Quraish dan keluarga Hashim, yang paling terkenal dari kalangan Arab, putera Makkah, dan turun temurun penjaga kaabah. [The decline and Fall of the Roman Empire]

Hashim mempunyai adik yang bernama al-Muttalib, anak Abd Manaf. Untuk satu jangka waktu, dia adalah pemimpin kaum, dan apabila dia meninggal dunia, anak saudaranya – Abdul Muttalib – anak kepada Hashim, menggantikannya sebagai pemimpin yang baru. Abdul Muttalib telah menunjukkan semua kualiti yang telah menjadikan nama bapa dan datuknya mashur dan terkenal.

Sebagaimana yang telah dinyatakan dahulu, kota Makkah, sama seperti tanah Arab yang lain, tidak mempunyai kerajaan dan pemerintah, tetapi ianya dikuasai oleh kaum Quraish. Quraish mengandungi 12 suku kaum, dan Bani Hashim satu darinya. Untuk bertindak di atas kezaliman diketika itu, ahli dari Bani Hashim, telah melakukan, setengah abad sebelum kelahiran Muhammad, beberapa usaha untuk membendung keruntuhan moral Arab dan untuk memperbaiki keadaan suasana sosial, ekonomi dan intelektual negara tersebut. Maka mereka telah menubuhkan ‘Kumpulan yang Mulia’. Tujuan utama kumpulan ini adalah untuk menghalang bermulanya peperangan, dan untuk melindungi yang lemah dan daif dari musuh-musuh mereka.

Bani Hashim juga mempunyai minat di dalam kebajikan ekonomi Arab, dan telah memperkenalkan sistem perdagangan dengan negara jiran; iaitu dengan menghantar kafilah ke Syria dimusim panas dan ke Yaman dimusim sejuk, sebagaimana dinyatakan terdahulu. Kafilah ini meninggalkan Makkah sarat dengan muatan seperti kurma, peralatan kuda dan unta, selimut diperbuat dari bulu binatang atau bulu unta, minyak wangi dan herba wangian; rempah, kemenyan, kulit dari binatang padang pasir, dan kuda baka. Mereka membawa pulang bersama mereka kain, minyak zaitun, senjata, kopi, buah-buahan dan bijiran.

Kedua-dua ini, ‘Kumpulan yang Mulia’ dan ‘perdagangan kafilah’ adalah pemberian besar Bani Hashim yang tidak dipersoalkan lagi kepada Arab. Tetapi hadiahnya yang terbesar, tidak hanya kepada Arab, tetapi kepada seluruh dunia, adalah merupakan seorang bayi yang akan dipanggil Muhammad, anak lelaki Abdullah ibn Abdul Muttalib dan Aminah bint Wahab. Dia akan menjadi pembawa rahmat teragung, bukan sahaja kepada Arab tetapi kepada semua manusia. Satu peristiwa penting yang berlaku semasa pimpinan Abdul Muttalib sebagai penjaga Kaabah, adalah serangan terhadap Makkah oleh tentera Abyssinia yang diketuai oleh seorang general kristian, Abraha. Percubaan menawan Makkah gagal sebagaimana yang dilaporkan di dalam ayat yang berikut dari al-Quran.

‘Dan Dia menghantarkan kepada mereka sekumpulan burung. Melemparkan kepada mereka dengan batu dari tanah yang dikeraskan. Lalu Dia menjadikan mereka seperti ladang yang lapang dan daun-daunnya yang telah dimakan ulat.’ [105: 3, 4, 5]

21

Page 22: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Oleh kerana pasukan penyerang telah membawa beberapa ekor gajah bersama mereka, maka tahun kempen itu telah dipanggil ‘Tahun Gajah’. Tahun gajah bersamaan dengan 570 M. yang mana juga tahun kelahiran Muhammad, bakal Rasul. Tentera penyerang berundur dari Makkah dan syarat-syarat perdamaian telah dibincangkan, bagi pihak kota Makkah oleh Abdul Muttalib.

Sir John Glubb: Di dalam tahun 570 M., Kristian Abyssinia pemerintah Yaman, berbaris menuju Makkah. Quraish terlalu takut atau terlalu lemah untuk menentang tentera Abyssinia dan Abdul Muttalib, sebagai ketua perwakilan telah keluar untuk berbincang dengan Abraha. [The Great Arab Conquest, 1963]

Seorang saudara jauh; sepupu kepada Hashim, bernama Abd Shams. Dia dari kaum Umayyah telah mengaku bahawa dirinya adalah anak Abd Sham, telah cemburu terhadap penguasaan dan kehormatan Abdul Muttalib. Pada suatu ketika, dia telah membuat satu percubaan untuk merampas kuasa dan pemerintahan, tetapi gagal. Kegagalan itu telah menyakitkan hatinya. Dia telah memendamkan kebencian terhadap Abdul Muttalib dan anak-anaknya, dan telah menurunkan kebencian tersebut kepada anak-anak dan cucunya yang kemudian akan bergelar Bani Umayyah.

Tetapi terdapat lebih dari hanya kebencian di dalam permusuhan Bani Umayyah dengan Bani Hashim. Dua kaum ini saling bertentangan di antara mereka di dalam keperibadian, kelakuan, dan juga pandangan mereka terhadap kehidupan, sebagaimana peristiwa demi peristiwa akan tersingkap apabila mereka [Bani Umayyah] mengetuai kumpulan di dalam menentang Islam.

Ketentuan telah menetapkan Bani Hashim untuk menjadi benteng kepada Islam. Allah sendiri telah memilih mereka untuk tugas yang suci ini. Ibn Khaldun, ahli sejarah terkenal dan juga ahli sosiologi, menulis di dalam mukadimah bukunya bahawa kesemua Rasul yang benar [dipilih] mesti menikmati sokongan dari kumpulan yang kuat. Sokongan ini katanya adalah perlu, kerana ia merupakan benteng yang mempertahankan mereka dari musuh dan memberikan mereka keselamatan; tanpanya mereka tidak dapat meneruskan misi ketuhanan mereka.

Di dalam kes Muhammad, Rasul Islam, Bani Hashim mewakili ‘kumpulan yang berkuasa’ mempertahankannya dari perbuatan jahat Bani Umayyah, memberikannya perlindungan dan membolehkannya untuk melaksanakan misi ketuhanan. Abdul Muttalib mempunyai 10 anak lelaki. 4 darinya menjadi terkenal di dalam sejarah. Mereka adalah:

1. Abdullah, bapa kepada Muhammad2. Abu Talib, bapa kepada Ali3. Hamza, wira syuhada pada peperangan Uhud4. Abbas, pengasas khalifah Abbasi di Baghdad

Abdullah dan Abu Talib adalah anak dari ibu yang sama sedangkan yang lapan lagi dari anak-anak lelaki Abdul Muttalib telah dilahirkan dari ibu-ibu yang lain.

22

Page 23: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

BAB 5

Kelahiran Muhammad dan Di Tahun-tahun Pertama Kehidupannya.

Abdullah adalah anak kesayangan Abdul Muttalib. Apabila beliau berusia 17 tahun, beliau telah berkahwin dengan Aminah, wanita kenamaan dari Yathrib, sebuah kota di Utara Makkah. Beliau bagaimanapun telah ditentukan untuk tidak hidup lama, dan meninggal dunia hanya 7 bulan setelah perkahwinannya.

Muhammad, bakal Rasul Allah, adalah seorang anak yatim. Shaikh Muhammad al-Khidhri Buck, Professor Sejarah Islam, Universiti Mesir, Kaherah, berkata di dalam bukunya, Noor-ul-Yaqeen fi Seeret Sayyed al-Mursaleen [1953]. Baginda [Muhammad ibn Abdullah] telah dilahirkan di dalam rumah bapa saudaranya, Abu Talib, di dalam ‘penginapan’ Bani Hashim di Makkah, pada 12hb Rabi al-Awal pada tahun Gajah, tarikh yang bersamaan dengan June 8, 570. Bidannya adalah ibu kepada Abdur Rahman ibn Auf. Ibunya, Aminah, telah menghantar berita gembira kelahirannya kepada datuk baginda, Abdul Muttalib, yang datang mengambilnya dan memberikan nama Muhammad.

Bahagian Muhammad di dalam warisan [pusaka] adalah seorang pengasuh wanita, Umm Ayman; 5 unta dan 10 kambing. Ini adalah bukti bahawa Rasul boleh mempusakai harta, dan jika mereka boleh mempusakai dari orang tua mereka; mereka juga boleh meninggalkan harta pusaka untuk anak-anak mereka. Menjadi Rasul tidak membatalkan mereka dari menerima warisan dan tidak juga membatalkan anak-anak mereka untuk menerima pusaka dari mereka. Kenyataan ini mungkin kelihatan tidak sesuai di dalam kontek ini, tetapi yang sebenarnya tidak. Muhammad, Rasul Islam, telah memberikan kepada anak perempuannya, Fatimah, sebagai hadiah, ladang Fadak. Tetapi apabila baginda wafat, Abu Bakar, sebagai khalifah dan Umar penasihatnya, telah merampas ladang tersebut dengan dalih bahawa Rasul tidak meninggalkan sebarang harta kepada anak-anak mereka, dan apa saja harta yang dimilikinya, adalah kepunyaan, selepas mereka mati, tidak kepada anak-anak mereka, tetapi kepada ummah [rakyat]. Ini adalah suatu hukuman yang kejam, seseorang harus membayarnya di dalam Islam kerana menjadi anak-anak kepada Rasul.

23

Page 24: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Setiap orang dari ummat ini mempunyai hak untuk mempusakai kekayaan dan harta kepunyaan bapa mereka tetapi bukan anak perempuan Muhammad, Pesuruh Allah!!!

Telah menjadi adat di kalangan Quraish untuk menghantar anak-anak mereka ke padang pasir menghabiskan tahun-tahun pertama mereka di dalam cuaca yang lebih menyihatkan. Kanak-kanak membesar dengan badan yang lebih kuat di tempat-tempat yang lapang dan udara bersih di padang pasir daripada di dalam tempat yang sempit dan udara kota yang tercemar.

Terdapat satu lagi sebab mengapa aristokrat Arab menghantar anak-anak mereka kepadang pasir untuk membesar. Mereka-mereka yang membesar di sana teramat bersih bahasa percakapan mereka, dan teramat fasih perkataannya. Aristokrat Arab amat tertarik dengan bahasa Arab padang pasir, perkataannya, maksudnya, dan beberapa perbezaan yang halus dan pengertiannya; dan mereka merasa bangga dengan kefasihan itu. Sesungguhnya kelas atasan Makkah mendapat kedudukan tersebut di dalam penguasaan bahasa.

Makkah adalah tempat bertemunya segala kafilah dan bahasa Arabnya telah menjadi rosak kepada bahasa Arab pasar. Aristokrat Arab tidak mahu anak-anak mereka belajar dan bertutur menggunakan bahasa Arab pasar, mereka mahukan anak-anak mereka bertutur hanya dengan bahasa Arab yang tulen dan yang tidak dicemari, bahasa padang pasir. Maka mereka menghantar anak-anak mereka jauh dari Makkah untuk melindungi diri dari kesan-kesan yang tidak diingini semasa dipermulaan peringkat kehidupan mereka.

Aminah memberikan anaknya, Muhammad, kepada Halimah, wanita dari puak Bani Asad, yang tinggal di Timur Makkah, untuk disusukan. Muhammad menghabiskan masa empat tahun pertama hidupnya di padang pasir bersama dengan ibu susuannya. Lebih kurang ketika lima tahun umurnya, dia [Halimah] dilaporkan telah membawa Muhammad balik kepada ibunya di Makkah.

Muhammad berusia enam tahun apabila Aminah, ibunya meninggal dunia. Dia kemudian diambil oleh Abdul Muttalib, datuknya. Tetapi hanya dua tahun telah berlalu apabila Abdul Muttalib pula meninggal dunia.

Sejurus sebelum dia meninggal, Abdul Muttalib memanggil kesemua anak lelakinya berkumpul dan memberitahu mereka bahawa dia akan meninggalkan dua ‘pusaka’ untuk mereka; satu adalah ketua puak Bani Hashim, dan yang satu lagi adalah Muhammad ibn Abdullah, anak saudara mereka, seorang anak yatim berumur 8 tahun. Dia kemudian bertanya kepada mereka, siapakah di antara mereka yang menghendaki kuasanya sebagai pemimpin kaum, dan siapa di antara mereka yang akan memelihara budak yang telah kehilangan kedua ibu bapa. Kebanyakan dari anak-anaknya menunjukkan keinginan untuk dinamakan sebagai ketua kaum tetapi tidak seorangpun yang berminat untuk memelihara Muhammad.

Sedang Abdul Muttalib melihat kepada semua yang hadir, dan memikirkan juga masa depan kanak-kanak tersebut, Muhammad; terasa suatu keheningan yang tidak menyenangkan disuasana itu. Tetapi itu tidak berpanjangan. Abu Talib, seorang dari anaknya mara kehadapan dan berkata bahawa dia mahukan anak dari arwah saudaranya, Abdullah, dan bahawa dia tidak mempunyai minat di dalam pemerintahan dan kuasa.

Kenyataan Abu Talib yang berterus terang itu telah menyelesaikan masalah Abdul Muttalib. Dia membuat keputusan untuk menjadikan Abu Talib bukan sahaja penjaga Muhammad tetapi juga penjaga kaum Bani Hashim.

24

Page 25: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Abdul Muttalib menyatakan di atas ranjang kematiannya bahawa anaknya, Abu Talib, akan menggantikannya sebagai ketua Bani Hashim yang baru, dan bahawa dia juga menjadi penjaga Muhammad. Dia kemudian mengarahkan perhimpunan itu untuk mengiktiraf Abu Talib sebagai ketua Bani Hashim yang baru. Mereka semua menurut dan kemudian bersurai.

Sejarah mengesahkan akan keputusan Abdul Muttalib. Anaknya dan juga penggantinya, Abu Talib, telah melaksanakan kedua-dua tugas itu dengan penuh kehormatan.

Sir John Glibb: Di dalam tahun 578 M. Abdul Muttalib meninggal dunia. Sebelum beliau mati, dia mengarahkan anaknya, Abu Talib, untuk memelihara Muhammad. Abdullah, bapa Muhammad adalah abang kepada Abu Talib dari ibu dan bapa yang sama. Anak-anak Abdul Muttalib yang lain adalah dari ibu yang berlainan. [The Life and Times of Mohammed, 1970]

Abu Talib dan isteri amat gembira dan berbangga untuk menerima Muhammad ke dalam keluarganya. Mereka mengambilnya bukan hanya ke dalam rumah tetapi ke dalam hati mereka juga, dan baginda dicintai lebih dari anak-anak mereka sendiri.

Abu Talib adalah seorang yang sangat dihormati dan disegani. Semasa dia menjadi ketua Bani Hashim dia memakai gelaran ‘Pemerintah Quraish’ dan ‘Ketua Lembah.’ Seperti juga ahli-ahli lain dalam kaumnya, dia adalah seorang pedagang, dan kafilahnya membuat perjalanan pergi dan balik dari Syria dan Yaman.

Di dalam setiap musim, kafilah Abu Talib meninggalkan Makkah menuju kepada beberapa destinasi. Kadang kala, dia sendiri akan mengikuti kafilahnya untuk menyelia pembelian dan penjualan barangan di dalam pasaran asing. Muhammad yang muda telah dikatakan pergi bersamanya ke Syria dengan salah satu kafilah apabila baginda berusia 12 tahun.

Awal di dalam kehidupannya Muhammad, bakal Rasul, telah mempunyai reputasi untuk kebenaran, kejujuran dan membuat keputusan yang bijak. Oleh kerana bank tidak ada diketika itu, baginda menjadi ‘bank’ untuk penduduk Makkah. Mereka membawa wang tunai, barang-barang kemas, dan benda-benda yang berharga lainnya kepada baginda untuk disimpankan, dan pada bila-bila masa mereka kehendaki, baginda pulangkan semula kepada mereka. Mereka mengelarnya Amin [yang dipercayai] dan Sadiq [benar]

Sir William Muir: Dikurniai dengan minda yang bersih dan citarasa yang murni, pendiam dan banyak berfikir, baginda banyak hidup menyendiri, dan renungan hatinya telah memberikannya tugas untuk waktu-waktu lapangnya; yang mana telah dihabiskan oleh manusia lain yang rendah moral di dalam bersukan yang kurang sopan dan pemborosan. Keperibadian yang baik dan tingkah laku bersopan dari baginda; seorang remaja, telah memenangi pujian dari masyarakatnya sekeliling; dan dia menerima panggilan dari semua pihak sebagai Al-Amin, ‘yang taat’. Maka dirinya disanjung dan dimuliakan, Muhammad hidup sebagai seorang pendiam di dalam keluarga Abu Talib. [Life of Mohammed, 1877, ms 20]

Apabila Muhammad berusia 20 tahun, peperangan meletus di antara Quraish, suku kaumnya dengan suku kaum Hawazin. Walaupun dia bersama di dalam kempen peperangan ini, tetapi dia tidak mengambil bahagian di dalam peperangan. Dia tidak membunuh atau mencederakan sesiapa, maka ini telah menunjukkan pada peringkat permulaan lagi, kebencian baginda terhadap pertumpahan darah. Dia bagaimana pun telah dikatakan sebagai mengutip anak panah dan memberikan kepada bapa saudaranya yang sedang berperang.

25

Page 26: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Beberapa tahun kemudian, Muhammad telah diterima sebagai ahli ‘Pasukan yang Mulia’ Sebagaimana telah dinyatakan terdahulu, pasukan ini telah bersumpah untuk melindungi yang lemah, untuk menentang kezaliman dan penyeksaan, dan untuk menghapuskan eksploitasi di dalam semua bentuk.

Adalah penting untuk dinyatakan bahawa Bani Hashim, di mana Muhammad, bakal Pesuruh Allah, adalah ahlinya, telah menubuhkan Pasukan yang Mulia. Adakah ini secara kebetulan saja? Tidak ada cara untuk menjawab soalan ini. Tetapi dengan langkah mereka, Bani Hashim telah melancarkan perang terhadap kezaliman dan penindasan. Mereka menyatakan dengan terang bahawa mereka tidak akan membiarkan kesalahan pihak yang kuat terhadap pihak yang lemah; tidak juga mereka bersetuju di dalam mengeksploitasi yang miskin oleh Quraish Makkah. Tidak beberapa lama kemudian, Muhammad akan melancarkan program untuk merangka semula kemasyarakatan manusia, yang mana di dalamnya adalah komponen [pengertian] ekonomi yang akan menerangkan dengan tepat bagaimana menghancurkan eksploitasi. Dia akan merampas keutamaan Quraish dan hak-hak mereka untuk mengeksploit yang miskin dan yang lemah.

Montgomery Watt: ‘Pasukan yang Mulia’ kelihatan seperti telah memainkan peranan yang penting di dalam kehidupan Makkah, dan bahagian terbesar telah ditujukan terhadap jahiliah dan juga polisi yang mana Muhammad, akhirnya akan menentangnya. Dengan tepat; suku kaumnya, Bani Hashim telah memainkan peranan utama di dalam pasukan yang mulia. [Muhammad, Prophet and Statesman, 1961]

BAB 6

Perkahwinan Muhammad Mustafa dan Khadijah

Khadijah, anak perempuan Khuwaylid, adalah penduduk Makkah. Dia juga dari kaum Quraish. Dia dipandang tinggi oleh penduduk Makkah kerana keperibadian dan kebolehannya di dalam menguruskan perniagaan. Sepertimana penduduk Makkah, memanggil Muhammad ‘Sadiq’ dan ‘Amin,’ mereka memanggil Khadijah, ‘Tahira’, yang bererti, ‘suci’. Dia juga terkenal di kalangan Arab sebagai ‘Puteri Pedagang’. Setiap kali kafilah meninggalkan Makkah atau kembali ke Makkah, dapat diperhatikan bahawa barangan Khadijah lebih banyak dari jumlah barangan kesemua pedagang-pedagang Makkah yang lain jika di satukan.

Apabila Muhammad berusia 25 tahun, bapa saudara dan juga penjaganya, Abu Talib, mengsyorkan kepada Khadijah, supaya dia [Khadijah] melantik Muhammad sebagai egennya di dalam satu dari kafilahnya, yang telah bersedia untuk berangkat ke Syria diketika itu. Khadijah juga sebenarnya memerlukan seorang egen pada saat itu. Dia bersetuju dan melantik Muhammad sebagai egennya. Baginda mengambil kuasa di atas semua barangan, dan kafilah mula berangkat ke Syria. Hamba Khadijah, Maysara, turut bersama dan melayannya sebagai pembantu.

Ekspedisi perdagangan ke Syria ini telah berjaya di luar dugaan, dan Khadijah sungguh tertarik dengan kebolehan dan kejujuran egennya sehingga dia membuat keputusan untuk memberikan kuasa di atas segala pengurusan perdagangannya yang akan datang. Ekspedisi itu juga menjadi bukti sebagai titik permulaan dari perkahwinan mereka.

Edward Gibbon: Di rumah dan diperantauan, di masa damai dan juga peperangan, Abu Talib, bapa saudara Muhammad yang paling dihormati, adalah petunjuk dan penjaga bagi remaja ini; di dalam usianya 25 tahun dia berkhidmat

26

Page 27: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

kepada Khadijah, janda Makkah yang kaya dan mulia, yang kemudiannya menganugerahkan ketaatannya dengan hadiah perkahwinan dan kemewahan. Kontrak perkahwinannya, adalah dengan cara yang mudah di zaman dahulu, iaitu menyebutkan saling mencintai oleh Muhammad dan Khadijah; menerangkan bahawa dia sebagai yang paling sempurna dari puak Quraish; dan memenuhi syarat hantaran iaitu 12 ouns emas dan 20 unta, yang disediakan dengan murah hati oleh bapa saudaranya. [Decline and Fall of the Roman Empire]

Abu Talib membaca khutbah perkahwinan Muhammad dan Khadijah, dan dalam ucapannya ini, telah membuktikan dengan tanpa sebarang keraguan bahawa dia adalah penyembah tuhan yang satu. Dia memulakan ucapan dengan cara ‘Muslim’ iaitu mengucapkan syukur dan pujian kepada Tuhan di atas rahmatNya dan anugerah yang tidak terhingga dan juga kesejahteraanNya; dan dia sudahi dengan memohon kepadaNya kerahmatan dan kesejahteraan ke atas kedua mempelai.

Perkahwinan di antara Muhammad dan Khadijah adalah yang paling berjaya. Ia telah dirahmati dengan kebahagian yang tidak terhingga untuk kedua suami dan isteri. Khadijah memenuhi hidupnya dengan berkhidmat kepada suami dan juga Islam. Dia membelanjakan harta yang banyak untuk memperkuatkan Islam, dan kebajikan Muslim.

Khadijah mempunyai perasaan yang sama pada misi ini, seperti juga Muhammad, dan dia juga berkehendak sebagaimana juga Muhammad, melihat Islam menang di atas jahiliah. Untuk melihat kemenangan Islam, dia telah menambahkan penglibatan dan pengaruhnya. Dia telah membebaskan suaminya dari keperluan mencari sara hidup, dan ini telah membolehkan baginda untuk memusatkan segala masanya kepada memikirkan dan di dalam persediaan untuk kerja amat besar, yang menanti di hadapannya. Ini adalah suatu pemberian paling berharga yang di berikan kepada kerja-kerja suaminya sebagai Pesuruh Allah. Dia adalah tempat bergantung yang Muhammad perlukan di dalam tahun-tahun persediaan untuk kerasulannya.

Perkahwinan Muhammad dan Khadijah juga dirahmati dengan kelahiran anak perempuannya, Fatimah Zahra. Walaupun anugerah yang Allah berikan kepada mereka banyak, tidak ada yang lebih dihargai dari kurniaan anak perempuan, Fatimah Zahra. Dia adalah ‘cahaya mata’ bapanya, dan bakal ‘wanita syurga’ Bapa dan ibu mencurahkan sepenuh kasih sayang kepadanya, dan dia [anak ini] membawa harapan, kebahagiaan dan juga rahmat serta kesejahteraan Allah bersamanya ke dalam rumah mereka.

27

Page 28: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

BAB 7

Kelahiran Ali ibn Abi Talib

Ali telah dilahirkan pada 13th Rejab, 30th tahun gajah [600 M.]. Sepupu beliau, Muhammad, kini berusia 30th tahun. Bapa Ali adalah Abu Talib ibn Abdul Muttalib, dan ibunya Fatimah, anak perempuan Asad, kedua-duanya dari Bani Hashim.

Ali telah dilahirkan di dalam Kaabah di Makkah. Ahli sejarah yang terkemuka, Mas’udi, menulis pada muka surat 76 jilid ll dari bukunya, Murooj-udh-Dhahab [Padang Rumput Keemasan] bahawa salah satu kecemerlangan yang Ali nikmati adalah; beliau telah dilahirkan di dalam Rumah Allah. Sebahagian dari penulis-penulis lain yang telah mengesahkan bahawa Ali telah dilahirkan di dalam Kaabah adalah:-

1. Muhammad ibn Talha al-Shafei di dalam Matalib-us-saool, ms 112. Hakim di dalam Mustadrak, ms 483, jilid. Ill3. Al-Umari di dalam Sharh Ainia, ms 154. Halabi di dalam Sira, ms 165, jilid l5. Sibt ibn al-Jauzi di dalam Tadhkera Khawasil Ummah, ms 76. Ibn Sabbagh Maleki di dalam Fusoolul Mohimma, ms 47. Muhammad bin Yousuf Shafei di dalam Kifayet al-Talib, ms 2618. Shablanji di dalam Nurul Absar, ms 769. Ibn Zahra di dalam Ghiyathul Ikhtisar, ms 9710. Edvi di dalam Nafhatul Qudsia, ms 41

Di antara ahli sejarah moden, Abbas Mahmud al-Akkad dari Mesir menulis di dalam bukunya Al-‘Abqarriyet al-Imam Ali, [Kaherah, 1970] bahawa Ali ibn Abi Talib telah di lahirkan di dalam Kaabah.

28

Page 29: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Seorang lagi ahli sejarah masa kini, Mahmud Said al-Tantawi, dari Majlis Tertinggi Hal Ehwal Islam, Republik Arab Mesir, menulis pada muka surat 186 dari bukunya, Min Fada-il al-‘Ashrat al-Mubashireen bil Janna, diterbitkan pada tahun 1976 oleh Matab’a al-Ahram at-Tijariyya, Kaherah, Mesir:

‘Semoga Allah merahmati Ali ibn Abi Talib. Beliau telah dilahirkan di dalam Kaabah. Beliau menyaksikan kebangkitan Islam; beliau menyaksikan da’wah Muhammad, dan beliau menyaksikan wahyu [turunnya al-Quran]. Beliau terus menerima Islam walaupun beliau masih kanak-kanak, dan beliau telah berjuang di sepanjang hidupnya supaya Kalimah Allah menjadi yang teragung.’

Seorang penyair Arab telah mengubah [cipta] syair penghormatan yang berikut pada kelahiran Ali:-

Beliau [Ali] adalah orangnya yang mana Rumah Allah telah ditukar menjadi tempat bersalin;Dan beliau adalah orangnya yang telah membuang keluar berhala-berhala dari rumah itu; Ali adalah kanak-kanak yang pertama dan terakhir pernah dilahirkan di dalam Kaabah.

Adalah menjadi adat orang-orang Arab bahawa apabila seorang bayi dilahirkan, dia akan diletakkan dikaki berhala atau patung-patung [sembahan] kaumnya, sebagai simbol ‘penyerahannya’ kepada tuhan jahiliah mereka. Kesemua kanak-kanak Arab telah ‘diserahkan’ kepada sembahan mereka melainkan Ali ibn Abi Talib. Apabila kanak-kanak Arab yang lain dilahirkan, sebilangan penyembah berhala akan datang untuk memberikan ucap selamat dan mengambilnya ke dalam dakapan mereka. Tetapi apabila Ali dilahirkan, Muhammad, bakal Pesuruh Allah, datang kekawasan Kaabah untuk memberikan ucap selamat kepada beliau. Baginda mengambil bayi tersebut, dan menyerahkannya untuk berbakti kepada Allah. Bakal Rasul pastinya telah mengetahui bahawa bayi di dalam dakapannya itu suatu hari kelak akan menjadi musuh bagi semua penyembah berhala dan kaum musyrik serta juga tuhan-tuhan mereka. Apabila Ali dewasa, beliau telah menghapuskan penyembahan berhala dan juga musyrik dari tanah Arab dengan pedangnya.

Kelahiran di dalam Kaabah adalah satu dari beberapa banyak penghormatan yang diberikan Allah kepada Ali. Satu lagi penghormatan yang dinikmatinya adalah bahawa beliau tidak pernah menyembah berhala. Sekali lagi ini telah membuatnya unik, oleh kerana semua Arab menyembah berhala untuk bertahun-tahun lamanya sebelum mereka meninggalkannya dan menerima Islam. Atas sebab ini maka beliau digelar ‘dia yang mukanya diberikan penghormatan oleh Allah.’ Muka beliau sesungguhnya telah diberikan penghormatan oleh Allah kerana itulah satu-satunya muka yang tidak pernah tunduk di hadapan mana-mana berhala.

Ali adalah anak yang bongsu di dalam keluarga. Daripada tiga orang abang-abangnya, Talib dan Aqeel jauh lebih tua darinya; Jaafar sepuluh tahun lebih tua.Dengan kelahiran Ali maka penuhlah hati bakal Rasul dengan kegembiraan yang tiada terhingga. Bayi ini ‘teristimewa’ untuk diri baginda. Sedangkan, Muhammad mempunyai ramai sepupu; dan mereka mempunyai anak-anak mereka masing-masing, dan Ali sendiri mempunyai tiga saudara tua; tetapi baginda tidak menunjukkan sebarang minat terhadap diri-diri mereka yang lain. Ali dan hanya Ali sahaja yang menjadi tumpuan, minat dan cintanya.

Apabila Ali berusia lima tahun, Muhammad mengambil beliau, dan dari semenjak itu mereka tidak pernah berpisah.

29

Page 30: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Terdapat satu cerita; bahawa suatu ketika telah berlaku kebuluran di Makkah, dan kawasan-kawasan di sekitarnya, dan Abu Talib yang berada di dalam kesusahan pada ketika itu, mendapati dirinya sukar untuk menanggung keluarga yang besar. Maka terlintas dihati Muhammad bahawa dia perlu mencuba untuk meringankan sebahagian dari beban tanggungjawab bapa saudaranya, dan lantas itu dia mengambil Ali.

Adalah benar Muhammad mengambil Ali tetapi bukanlah dengan sebab yang dinyatakan di atas. Yang pertamanya, Abu Talib tidaklah di dalam keadaan yang begitu susah sehinggakan dia tidak dapat memberi makan kanak-kanak yang berusia lima tahun; dia adalah seorang yang mempunyai kedudukan dan berkemampuan, dan kafilahnya berderetan di antara Hijaz dan Syria atau di antara Hijaz dan Yaman. Yang keduanya, memberi makan kanak-kanak lima tahun tidak menjadikan sebarang perbezaan kepada seseorang yang memberi makan kepada ramai orang-orang asing yang kelaparan.

Muhammad dan Khadijah mengambil Ali setelah kematian anaknya. Maka Ali telah memenuhi ruang kosong di dalam hidup mereka. Tetapi Muhammad, bakal Rasul, juga mempunyai sebab yang lain untuk mengambil Ali. Baginda memilih Ali untuk dibesarkannya, untuk mendidiknya, dan membentuk beliau untuk masa depan yang penuh cabaran. Dr Taha Hussain dari Mesir berkata bahawa Pesuruh Allah sendiri telah menjadi petunjuknya, guru dan jurulatih, dan ini, satu lagi penghormatan yang beliau nikmati, yang mana tiada siapa berkongsi dengannya [Ali]

Mengenai Islam, telah diperkatakan bahawa dari semua agama universal, hanya Islam sahaja yang telah berkembang sepenuhnya di dalam sinaran jelas cahaya sejarah, dan tidak terdapat di mana-mana bahagian dari ceritanya yang tersembunyi.

Bernard Lewis: Di dalam satu esei mengenai Muhammad dan asalnya Islam, Ernest Renan memberi pendapat bahawa, tidak seperti agama-agama lain yang telah diselimuti misteri, Islam telah dilahirkan di dalam sinaran cahaya terang sejarah. ‘Akarnya [asasnya] berada dipermukaan, kehidupan pengasasnya telah ketahui umum dan dikenal pasti oleh kita, sama seperti kita mengenali mereka-mereka, ‘pembentuk pembaruan’ diabad keenam belas’ [The Arab in history. 1960]

G. E. Von Grunebaum: Islam memperlihatkan suatu pembentukkan agama dunia di dalam penuh sinaran cahaya sejarah. [Islam 1969]

Begitu juga, boleh dikatakan bahawa dari semua rakan-rakan dan para sahabat Muhammad, Rasul Islam, hanya Ali yang membesar dengan penuh sinaran cahaya sejarah. Tidak ada bahagian di dalam kehidupannya, sama ada diketika bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa atau dikala telah berusia, yang terlindung dari sinaran lampu sejarah. Beliau menjadi tumpuan bagi semua mata dari semenjak kelahiran sehinggalah mati. Sebaliknya, para sahabat Rasul yang lainnya, hanya menjadi perhatian kepada para pelajar sejarah setelah mereka menerima Islam, dan hanya sedikit, itu pun jika ada, yang diketahui mengenai diri mereka sebelum dari itu.

Ali telah ditakdirkan untuk menjadi tangan kanan Islam, perisai dan penyokong Muhammad, Pesuruh Allah. Matlamat beliau adalah satu, ikatan yang tidak dapat dipisahkan dengan tujuan Islam, dan kehidupan Rasulnya. Beliau berada di setiap peristiwa di dalam sejarah bagi pergerakan baru ini, dan memainkan peranan penting di dalamnya. Ianya secara tidak langsung, adalah suatu peranan yang hanya beliau sendiri yang boleh menjayakannya. Dia adalah bayangan imej Muhammad. Kitab Allah sendiri memanggil beliau ‘jiwa’ atau diri kedua

30

Page 31: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Muhammad di dalam ayat 61 surah ketiga, dan membariskan kegemilangan nama beliau di sepanjang ufuk sejarah.

Di dalam tahun-tahun yang akan datang, penghasilan Muhammad dan Ali – ketua dan pengiring – akan meletakkan ‘kerajaan Allah’ di dalam peta di muka bumi ini.

BAB 8

Pada Permulaan Pengistiharan Misi Baginda

Tidak dinafikan fakta bahawa Tanah Arab adalah tempat penindasan, penyembahan berhala dan amalan jahiliah, namun Muhammad sendiri tidak pernah dinodai oleh kemaksiatan yang sedemikian, dan baginda tidak pernah tunduk pada mana-mana berhala. Walaupun sebelum secara rasmi baginda mengistiharkan bahawa baginda datang untuk mendirikan kerajaan langit di bumi, keperibadian dan akhlak baginda adalah bayangan al-Quran yang mulia. Bahkan pengkritik tidak dapat menunjukkan sebarang perbezaan di antara perlakuannya dengan pengertian al-Quran pada bila-bila masa, sebelum atau selepas pengistiharannya. Selepas pengistiharan misi baginda sebagai Rasul Allah, baginda melarang amalan dan adat jahiliah, tetapi tidak terdapat bukti, sebelum baginda melarangnya, baginda pernah melakukan amalan jahiliah atau sebarang amalan yang bertentangan dengan al-Quran.

Ia kelihatan seperti al-Quran, kitab Allah, telah terpaku pada hati Muhammad semenjak mula lagi, dan dilihat juga bahawa baginda telah ‘menyampaikan’ Islam walaupun sebelum pengistiharannya, tetapi hanya melalui perbuatan dan perkataan. Perbuatan baginda adalah sefasih pertuturannya, dan ianya mengatakan kepada dunia, apakah jenis manusia baginda sebenarnya. Lagi pun manusia musyirik yang memanggil baginda ‘al-Amin’ [yang dipercayai] dan sadiq [yang benar], dan mereka adalah manusia yang sama, ditahun-tahun

31

Page 32: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

kemudiannya menuduh, memburu, mengusir dan meletakkan harga di atas kepala baginda.

Meskipun buas dan liar seperti Arab jahiliah, mereka tetap memandang tinggi kejujuran, walaupun pada diri musuh. Bahkan sanjungan mereka terhadap kejujuran Muhammad tidak menghalang mereka dari menagihkan kehancurannya apabila baginda menolak berhala dan kekufuran. Mereka dahagakan darah baginda, semenjak baginda mengajak mereka kepada Islam tetapi mereka tidak pernah mempersoalkan kejujuran baginda. Pada maksud tujuan ini, tidak ada testimoni yang lebih kukuh dari pengakuan mereka.

Warga Makkah bukan sahaja menyanjung kejujuran Muhammad tetapi juga keputusan baginda. Pada suatu ketika, Quraish sedang membina semula Kaabah, dan pada satu dari temboknya terdapat Batu Hitam. Seseorang hendaklah membawa Batu Hitam itu, dan mengangkatnya serta meletakkannya semua pada tembok tersebut. Siapa yang akan melakukannya?

Setiap kaum mengatakan penghormatan itu bagi kaum mereka, tetapi kaum yang lain tidak mahu mengalah kepada sesiapa dalam perkara ini. Perselisihan ini membawa kepada cerca-mencerca, dan yang keras hati mengancam untuk menyelesaikannya dengan pedang, bagi sesiapa yang menang akan meletakkan Batu Hitam itu pada tempat asalnya di tembok.

Pada ketika itu seorang Arab tua mencampuri dan memberikan cadangan, selain dari berbunuh-bunuhan, ketua dari setiap kaum hendaklah menunggu dan melihat siapakah lelaki pertama yang akan masuk ke dalam kawasan Kaabah pada keesokan harinya, dan kemudian menyerahkan kes ini untuk diselesaikan olehnya.

Itu adalah satu cadangan yang bijak, dan semua ketua setuju menerimanya. Di keesokan hari apabila pintu Kaabah di buka, mereka melihat Muhammad masuk melaluinya. Mereka semua gembira bahawa bagindalah orangnya, dan mereka semua bersetuju untuk menyerahkan perselisihan mereka kepada baginda untuk diadili.

Muhammad meminta diberikan sehelai kain, yang kemudian dibentangkan. Baginda kemudian meletakan Batu Hitam itu di atasnya, dan menyuruh setiap ketua mengangkat pada penjuru kain tersebut dan membawanya kepada kaki tembok Kaabah. Apabila sampai, baginda sendiri meletakan Batu Hitam itu semula di tempatnya.

Keputusan Muhammad telah memuaskan setiap orang. Dengan kebijaksanaannya baginda telah menghilangkan keaiban [mendapat malu] dan mengelakkan dari pertumpahan darah. Peristiwa ini juga membuktikan di dalam keadaan krisis, Arab merujuk kepada pendapat baginda. Baginda adalah pemimpin manusia yang berkarisma.

32

Page 33: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

BAB 9

Kelahiran Islam dan Pengistiharan Muhammad akan Misinya

Apabila Muhammad berusia 40 tahun, baginda telah diperintahkan oleh Allah, melalui malaikatNya, Jibrail, untuk menyatakan ke EsaanNya kepada penyembah berhala dan musyirik di seluruh dunia, serta menyampaikan pengkhabaran keamanan kepada manusia yang bermusuhan. Sebagai tindakan terhadap perintahNya, Muhammad melancarkan program penting yang dipanggil ‘Islam’; yang mana akan mengubah kehidupan manusia selamanya.

Sebelum panggilan untuk menyatakan ke Esaan yang Menjadikan sampai kepadanya, Muhammad sering menghabiskan masa bertafakur dan merenung diri. Untuk menjauhkan diri dari gangguan dan yang menarik perhatian, baginda selalu ke sebuah gua yang dipanggil Hira, tiga batu ke Timur-laut Makkah, dan menghabiskan waktu musim panas yang panjang di sana. Suatu hari apabila baginda berada di gua Hira, Malaikat Jibrail hadir di hadapan baginda; dan membawa kepadanya pengkhabaran bahawa Allah telah memilih baginda untuk menjadi RasulNya yang terakhir di dunia ini, dan memberikan kepada baginda tanggungjawab untuk memandu manusia keluar dari kegelapan kemaksiatan, kesalahan dan kejahilan kepada cahaya petunjuk, kebenaran dan pengetahuan. Jibrail kemudian meminta Muhmmad ‘membaca’ ayat-ayat yang berikut:

33

Page 34: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

"Bacalah; dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan: Telah mencipta manusia dari segumpal darah. Bacalah! Dan Tuhanmu amat pemurah, Yang mengajarkan dengan kalam; Yang mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.’

Lima ayat ini adalah ayat yang pertama diwahyukan, dan disampaikan kepada Muhammad pada ‘Malam Qadar’ atau ‘Malam Rahmat’ di dalam bulan Ramadan [bulan kesembilan di dalam kalendar Islam] pada tahun Gajah yang ke 40th. Ianya adalah ayat pertama Surah 96 di dalam al-Quran al-Majid. Nama Surah itu adalah Iqraa (Baca) atau ‘Alaq (Segumpal Darah).

Malam Qadar atau Malam Rahmat terjadi, menurut tradisi, di masa sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan, dan boleh terjadi pada 21st atau 23rd atau 25th atau 27th pada bulan tersebut.

Muslim Sunni dan Syi’ah berbeza pendapat, mengenai penerimaan Muhammad terhadap wahyu pertama. Menurut tradisi Sunni, kehadiran Jibrail memeranjatkan Muhammad, dan apabila baginda diarahkan membaca, baginda berkata, ‘Saya tidak tahu membaca.’ Ini berlaku sebanyak tiga kali, dan setiap kali apabila Muhammad mengatakan tidak tahu membaca, malaikat menekannya kuat kedada. Akhirnya, baginda dapat mengulangi lima ayat tersebut, yang kemudiannya Malaikat telah melepaskan baginda dan ghaib.

Apabila Malaikat Jibrail ghaib, Muhammad, yang kini ‘diutuskan’ sebagaikan Pesuruh Allah, turun dari gua Hira, dan kembali ke rumahnya di dalam keadaan amat ketakutan. Dia menggigil dengan kesejukan, dan apabila dia masuk ke rumah, dia meminta isterinya, Khadijah menyelimutinya. Apabila dia telah pulih dari keadaan terperanjatnya, dia menceritakan kepada isterinya perkara aneh yang berlaku dengan Malaikat Jibrail di gua Hira.

Keterangan tradisi Sunni terhadap peristiwa ini ada di dalam atikel yang ditulis oleh Shaykh Ahmad Zaki Hammad, Ph.D., Bertajuk, ‘Pengharapan’, yang diterbitan di dalam majalah bulanan, Islamic Horizons, Pertubuhan Islam Amerika Utara, Plainfield, Indiana, May-Jun 1987, seperti berikut:

"Nabi (s.a.w) pada permulaannya di Makkah, takut bahawa apa yang dialaminya adalah dari perbuatan jahat yang berlaku ke atas dirinya, bermain di dalam mindanya, menggangu ketenteraman dan keamanan fikirannya. Dia takut bahawa jin telah merasuk dirinya. Dia menyatakan ini kepada Khadijah. Ketakutannya bertambah sehingga ke tahap – dan tolong jangan terperanjat, dari penyampaian di dalam sahih Bukhari – Nabi (s.a.w) memilih untuk membunuh diri dari dirasuk oleh ruh yang jahat, bertukar kepada bermaksiat atau bernoda."

Tetapi menurut dari pandangan Muslim Syi’ah, Muhammad Mustafa, tidak merasa terkejut ataupun takut dengan kehadiran Malaikat Jibrail; baginda telah mempersilakannya seolah-olah baginda sedang menunggu kehadirannya. Jibrail membawa pengkhabaran bahawa Allah telah memilih baginda untuk menjadi RasulNya yang terakhir kepada manusia, dan mengucapkan tahniah kepada baginda kerana terpilih sebagai penerima anugerah yang tertinggi dari segala pemberian untuk manusia di dalam dunia ini.

Muhammad tidak ragu-ragu di dalam menerima misi keRasulan, tidak juga baginda mempunyai sebarang kesusahan di dalam mengulangi ayat-ayat dari wahyu yang pertama. Baginda membaca atau mengulanginya dengan mudah, secara spontan. Sebenarnya, Jibrail bukanlah asing bagi diri baginda, dan baginda juga tahu akan tanggungjawabnya, iaitu melaksanakan misi yang diberikan oleh Tuhan kepadanya sebagai Pesuruh Allah. Baginda telah ‘melaksanakan misi’

34

Page 35: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

walaupun sebelum kehadiran Jibrail. Jibrail hanya memberikan isyarat untuk baginda memulakannya.

Muslim Syi’ah juga mengatakan satu perkara yang Jibrail tidak perlu lakukan iaitu, menggenakan tekanan fizikal kepada Muhammad supaya baginda boleh membaca. Jika Jibrail melakukannya, sudah pasti itu adalah cara yang amat pelik untuk membolehkan Muhammad membaca – dengan memeluk sehingga menyesakkan nafasnya. Sebagai tambahan lagi, mereka katakan bahawa Muhammad Mustafa tidak pernah terfikir untuk membunuh diri di sepanjang hidupnya, tidak juga diketika yang paling tertekan; dan baginda tahu yang dirinya tidak dapat disentuh oleh ‘kejahatan’ atau ‘hasutan’ atau ‘kemaksiatan’.

Namun begitu, Muhammad merasa cemas pada besarnya tanggungjawab yang sedang menanti. Baginda sedar di dalam melaksanakan tugasnya, baginda akan berdepan dengan penentangan yang besar, dahsyat dan bersungguhan dari pihak jahiliah seluruh dunia. Kegelisahan baginda itu hampir saja dapat dirasakan. Dari itu, baginda di dalam keadaan yang waras, ketika baginda meninggalkan gua untuk pulang ke rumah. Dan baginda ada meminta Khadijah untuk menyelimutkan dirinya, ketika baginda duduk sambil menceritakan kembali peristiwa yang berlaku di gua Hira kepadanya.

Apabila Khadijah mendengar cerita yang Muhammad sampaikan kepadanya, beliau menghiburkan serta memberikan kepastian kepada baginda dengan berkata: "Wahai anak dari bapa saudaraku, bergembiralah. Allah telah memilih kamu untuk menjadi pesuruhNya. Kamu selalu berbudi kepada jiran tetangga, penolong kepada kerabat, bermurah hati kepada anak yatim, ibu tunggal dan orang miskin, dan berbaik dengan orang asing. Allah tidak akan mengabaikan kamu."

Besar kemungkinan bahawa, seketika Muhammad telah dibebani dengan fikiran akan dipertanggungjawabkan kepada Allah di dalam melaksanakan tugas baru yang besar ini, tetapi apabila baginda mendengar kata-kata rangsangan dari Khadijah, baginda serta merta merasakan tekanan di dalam dirinya menghilang. Khadijah meyakinkan baginda bahawa tangan Allah dibahunya, baginda akan meningkat seiring dengan tugasnya dan dapat mengatasi segala rintangan.

Setelah berselang seketika, Jibrail muncul sekali lagi di hadapan Muhammad, apabila baginda berada digua Hira, dan memberikan kepada baginda wahyu kedua yang dibacakan seperti berikut: Hai, orang yang berselimut! Bangun dan berilah peringatan! Dan Tuhanmu Besarkanlah. (74; ayat 1, 2, 3)

Perintah dari langit untuk ‘bangun dan memberi peringatan’ adalah isyarat kepada Muhammad [yang berselimut] untuk memulakan kerjanya. Jibrail menjelaskan kepada baginda tugasnya yang baru, yang utama adalah penghapusan kepada sembahan tuhan yang palsu, dan untuk menanamkan panji panji Tauheed – ajaran ke Esaan yang Menjadikan – di dunia ini, dan mempelawa manusia kepada agama sebenar, Islam. Islam bererti menyerah kepada Allah, dan mengakui bahawa Muhammad adalah hamba dan pesuruhNya.

Petang itu Muhammad kembali ke rumah sedar dan faham akan tugas barunya bahawa baginda perlu menyebarkan Islam, dan bahawa baginda hendaklah memulakan dari rumahnya sendiri – dengan menyebarkan kepada isterinya.

Muhammad memberitahu Khadijah mengenai lawatan Jibrail kali kedua, dan tugas yang diberikan Allah kepadanya untuk mengajak beliau kepada Islam. Bagi Khadijah, peristiwa sebelum ini dan keluhuran moral suaminya adalah petunjuk yang tidak boleh dipertikaikan bahawa baginda adalah pesuruh Tuhan, dan beliau terus menerima Islam. Bahkan di antara beliau dengan Islam, ‘persamaan

35

Page 36: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

ideologi’ telah lama wujud. Dari itu, apabila Muhammad Mustafa membentangkan Islam kepadanya, beliau serta merta telah ‘mengenali’ dan dengan gembira menerimanya. Beliau percaya bahawa yang Menjadikan adalah Esa, dan bahawa Muhammad adalah pesuruhNya, dan beliau terus mengucapkan:

‘Saya naik saksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah; dan saya naik saksi bahawa Muhammad adalah hamba dan pesuruhNya.’

Muhammad, pesuruh Allah yang baru, telah dapat mengislamkan yang pertama – Khadijah – isteri baginda. Beliau adalah orang pertama, yang pertama untuk menyatakan kepercayaannya di dalam agama Tauheed (ke Esaan yang Menjadikan), dan beliau adalah yang pertama untuk menyatakan Muhammad sebagai pesuruh Allah kepada semua manusia. Beliau adalah Muslima yang pertama.

Muhammad "memperkenalkan" Islam kepada Khadijah. Baginda menerangkan kepada beliau pengertiannya, dan mengajarkan beliau mengenainya.

Penghormatan untuk menjadi individu pertama di seluruh dunia, menjadi saksi di atas ke Esaan Allah dan mengaku bahawa Muhammad adalah RasulNya, kepunyaan Khadijah untuk selamanya.

F. E. Peters: Beliau (Khadijah) adalah yang pertama untuk menerima kebenaran wahyu yang disampaikannya (Muhammad), Muslim pertama selepas Rasul sendiri. Beliau memberi galakkan dan sokongan kepada Muhammad di dalam tahun-tahun pertama yang sukar, ketika menyampaikan kepada orang awam, dan di dalam 25 tahun perkahwinan mereka baginda tidak memperisterikan yang lain. Hubungan mereka, dari sudut ukuran penilaian yang diterima, pasangan yang ideal dan juga rakan kongsi perniagaan. (Allah's Commonwealth, New York)

Seperti yang dinyatakan terdahulu, Ali ibn Abi Talib, hidup diketika ini bersama keluarga angkatnya, Muhammad dan Khadijah. Kedua-dua anak lelaki Muhammad dan Khadijah – Qasim dan Abdullah telah meninggal dunia semasa bayi lagi. Setelah keduanya meninggal, mereka mengambil Ali sebagai anak mereka. Ali berusia lima tahun apabila beliau masuk ke rumah mereka, dan beliau berusia sepuluh tahun apabila Muhammad dijadikan sebagai pesuruh Allah. Muhammad dan Khadijah telah membesarkan serta mendidik beliau. Di dalam tahun-tahun yang akan datang, beliau telah menunjukan bahawa dirinya sebagai hasil yang terbaik, Muhammad dan Khadijah telah berikan kepadanya.

Sir William Muir: Sejurus selepas membina semula Kaabah, Muhammad telah menyenangkan dirinya di atas kehilangan bayinya Qasim dengan mengambil Ali, anak sahabat dan penjaganya dahulu, Abu Talib. Ali, pada ketika ini tidak melebihi lima atau enam tahun umurnya, telah kekal bersama Muhammad, dan mereka telah menunjukkan ikatan perpaduan di antara mereka berdua, bapa dan anak. (The Life of Mohammed, London, 1877)

Oleh kerana Ali adalah ahli keluarga Rasul sendiri, maka tidak dapat dielakkan beliau adalah yang pertama di antara lelaki yang menerima pengkhabaran Islam. Beliau mengesahkan bahawa Allah adalah Esa, dan Muhammad adalah pesuruhNya. Dan beliau bersungguh-sungguh untuk berdiri di belakang Muhammad Mustafa untuk menunaikan solat. Semenjak itu Muhammad tidak pernah dilihat ketika bersolat melainkan Ali ada bersamanya. Kanak-kanak ini juga menghafal ayat-ayat Al-Qur’an al-Majid seperti mana dan bila ianya diwahyukan kepada Muhammad. Beginilah caranya, beliau membesar bersama Qur’an. Yang sebenarnya, Ali dan Qur’an "membesar" bersama seperti "kembar" di dalam rumah Muhammad Mustafa dan Khadijah-tul-Kubra. Muhammad Mustafa, pesuruh Allah, telah menjumpai muslima pertama di dalam diri Khadijah, dan Muslim pertama di dalam diri Ali ibn Abi Talib.

36

Page 37: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Muhammad ibn Ishaq: Ali adalah lelaki pertama yang percaya kepada Rasul Allah, solat bersamanya dan percaya pada pengkhabaran keTuhanannya, ketika dia masih lagi kanak-kanak berusia sepuluh tahun. Tuhan merahmati beliau yang telah dibesarkan di dalam jagaan Rasul sebelum bermulanya Islam. (The Life of the Messenger of God)

Muhammad Husayn Haykal: Ali adalah remaja pertama untuk memeluk Islam. Beliau telah diikuti oleh Zayd ibn Harithah, penolong Muhammad. Islam tinggal terkurung di dalam empat tembok sebuah rumah. Selain Muhammad sendiri, yang memeluk Islam, isteri baginda, sepupunya dan pembantunya. (The Life of Muhammad, Cairo, 1935)

Marmaduke Pickhtall: Yang pertama dari semua yang memeluk Islam adalah isteri baginda, Khadijah; yang kedua sepupu baginda Ali, yang baginda besarkan, yang ketiga orang suruhan baginda Zayd, bekas hamba. (Introduction to the Translation of Holy Qur’an, Lahore, Pakistan, 1975)

Yang ketiga "penyaksian" yang menerima Islam, adalah Zayd ibn Haritha, bekas hamba Muhammad, dan juga ahli di dalam rumah baginda.

Tor Andre : Zaid adalah di antara yang pertama untuk menerima Islam, bahkan yang ketiga, selepas Khadijah dan Ali. (Mohammed, the Man and his Faith, 1960)

Ali ibn Abi Talib adalah lelaki pertama untuk menerima Islam, dan keutamaan beliau tidak dipersoalkan. Allama Muhammad Iqbal, penyair dan juga ahli falsafah Indo-Pakistan, telah memanggil beliau bukan yang pertama tetapi ‘Muslim yang paling utama."

Ibn Ishaq: Dari Yahya b. al-Ash'ath b. Qays al-Kindi dari bapanya, dari datuknya Afiif: Al-Abbas b. Abdul Muttalib adalah sahabat saya, yang kerap pergi ke Yaman untuk membeli wangian dan menjualnya di waktu perayaan. Ketika saya bersama dengannya di Mina, datang seorang lelaki di dalam usianya yang terbaik melakukan wudu’ dengan sempurna kemudian berdiri dan bersolat. Kemudian datang seorang wanita dan melakukan wudu’ kemudian berdiri dan bersolat. Kemudian keluar pula seorang remaja yang menghampiri dewasa melakukan wudu’ kemudian berdiri dan bersolat di sebelahnya. Apabila saya bertanya kepada Al-Abbas apa yang sedang berlaku, dan dia berkata bahawa itu adalah anak saudaranya Muhammad b. Abdullah b. Abdul Muttalib, yang mengatakan bahawa Allah telah menghantar dirinya sebagai Rasul; yang seorang lagi anak saudara saya, Ali ibn Abi Talib, yang telah mengikuti agamanya; yang ketiga adalah isterinya, Khadijah anak perempuan Khuwaylid yang juga mengikuti agamanya. Afiif berkata setelah dia menjadi Muslim dan Islam telah kukuh di dalam hatinya, ‘Semoga saya telah menjadi orang yang keempat!’ (The Life of the Messenger of God)

Yang keempat penyaksian yang menerima Islam adalah Abu Bakar, seorang pedagang Makkah. Pada mulanya, Muhammad menyebarkan Islam secara rahsia kerana takut menimbulkan permusuhan dari penyembah berhala. Baginda hanya mempelawa mereka yang dikenali oleh baginda kepada Islam. Telah dikatakan bahawa melalui usaha Abu Bakar, Muslim yang keempat, beberapa orang Makkah yang lain juga menerima Islam. Di antara mereka adalah Uthman bin Affan, khalifah Muslim yang akan datang; Talha, Zubayr, Abdur Rahman bin Auf, Saad bin Abi Waqqas, dan Ubaidullah ibn al-Jarrah.

Untuk sekian lama bilangan Muslim hanya sedikit sahaja dan mereka tidak berani untuk melakukan solat dikhalayak ramai. Seorang dari yang mula-mula menerima Islam adalah Arqam bin Abi al-Arqam, seorang muda dari kaum Makhzum. Beliau seorang yang berharta dan tinggal di rumah yang besar di lembah Safa. Muslim

37

Page 38: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

berkumpul di dalam rumahnya untuk mengadakan solat berjemaah. Tiga tahun berlalu dalam keadaan begini. Kemudian di dalam tahun keempat, Muhammad telah diarahkan oleh Allah untuk mempelawa kerabatnya kepada Islam secara terbuka. “Dan berilah peringatan kepada kerabat yang terdekat” (26; ayat 214)

Kerabat Muhammad termasuk ahli dari Bani Hashim dan Bani al-Muttalib. Baginda arahkan sepupunya yang muda, Ali, untuk mempelawa kesemua ketua lelaki kepada majlis mereka – 40 orang semuanya.

Apabila semua tetamu telah berkumpul di dewan rumah Abu Talib, dan setelah menjamu selera, Muhammad, pesuruh Allah, bangun untuk berucap kepada mereka. Seorang dari tetamu, Abu Lahab, bapa saudara kepada Nabi di sebelah bapanya. Dia mungkin telah mendengar khabar apa yang telah dilakukan oleh anak saudaranya di Makkah secara rahsia, dan mungkin dia dapat meneka sebab apa baginda mempelawa Bani Hashim ke majlis makan. Nabi baru sahaja hendak memulakan ucapan, apabila dia bangun secara kurang sopan menganggu ucapan baginda, dan dia sendiri berucap kepada perhimpunan itu dengan berkata:

"Bapa saudara, saudara dan sepupu! Janganlah dengar kepada yang ‘berpaling’ ini, dan janganlah meninggalkan agama keturunan kamu, jika dia mempelawa kamu untuk menerima agama yang baru. Jika kamu lakukan, maka ingatlah bahawa kamu akan menimbulkan kemarahan semua Arab, dan mereka akan menentang kamu. Kamu tidak mempunyai kekuatan untuk menentang semua mereka. Lagi pun kita hanya segelintir sahaja. Dari itu adalah untuk kepentingan kamu semua supaya berpegang terus kepada agama tradisi kamu."

Abu Lahab, dengan ucapannya telah berjaya mengadakan kekacauan dan kekeliruan di dalam perjumpaan tersebut maka setiap orang berdiri dan berkeliling sesama mereka. Kemudian mereka mula meninggalkan dewan dan tidak lama kemudian dewan mula menjadi kosong.

Percubaan pertama Muhammad untuk menukarkan kaumnya kepada Islam telah gagal. Tetapi baginda tidak mengalah dengan kegagalan ini, baginda mengarahkan sepupunya Ali, untuk mempelawa tetamu yang sama pada kali kedua.

Beberapa hari kemudian para tetamu telah tiba, dan apabila mereka telah selesai makan malam, Muhammad bangun dan berkata kepada mereka seperti berikut:

"Saya bersyukur kepada Allah di atas rahmatNya. Pujian kepada Allah, dan saya meminta petunjukNya. Saya yakin kepadaNya dan saya meletakkan penuh kepercayaan saya kepadaNya. Saya menjadi saksi bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah; tidak ada sekutu bagiNya; dan saya adalah pesuruhNya. Allah telah mengarahkan saya untuk mengajak kamu kepada agamaNya dengan mengatakan: Dan memperingatkan kerabat kamu yang terdekat. Dari itu saya memperingatkan kamu, dan mengajak kamu untuk mengatakan bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah, dan bahawa saya adalah pesuruhNya. Wahai kamu anak-anak Abdul Muttalib, tidak ada siapa yang pernah datang kepada kamu dengan sesuatu yang lebih baik dari apa yang saya bawakan kepada kamu. Dengan menerima ini, kebajikan kamu telah terjamin di dunia ini dan juga di akhirat. Siapa di antara kamu yang akan menyokong saya di dalam melaksanakan tugas yang mulia ini? Siapakah yang akan berkongsi beban kerja ini dengan saya? Siapakah yang akan menyahut panggilan saya? Siapakah yang akan menjadi pengganti, timbalan dan wazir saya? "

Terdapat 40 tetamu di dewan itu. Muhammad berhenti sejenak untuk membiarkan kata-katanya memberi kesan ke dalam fikiran mereka, tetapi tiada seorang dari mereka yang menyahut. Akhirnya apabila kesunyian telah mula

38

Page 39: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

menekan, Ali yang muda telah bangun dan berkata bahawa beliau akan menyokong pesuruh Allah; akan berkongsi beban kerja baginda, dan akan menjadi pengganti, timbalan dan wazirnya. Tetapi Muhammad suruh beliau duduk, dan berkata: ‘Tunggulah! Mungkin seseorang lebih tua dari kamu akan menyahut panggilan saya."

Muhammad memperbarui pelawaan baginda, tetapi masih tiada siapa yang bergerak, dan baginda telah disahut dengan kesunyian yang hening. Sekali lagi Ali menawarkan khidmatnya tetapi Rasul masih berharap supaya seorang yang lebih dewasa untuk menerima pelawaannya, dan menyuruh beliau bersabar. Baginda merayu kali ketiga kepada kaumnya untuk mempertimbangkan pelawaannya, dan kejadian yang sama berlaku lagi. Tiada siapa di dalam perhimpunan itu yang menunjukkan minatnya. Baginda memerhati dan merenung kepada mereka, tiada siapa yang bergerak. Setelah sekian lama, Ali bangun sekali lagi di atas manusia yang membisu untuk sukarela memberikan khidmatnya kepada baginda.

Kali ini Muhammad terima tawarannya. Baginda menarik beliau rapat, memeluk beliau dan berkata kepada mereka yang hadir: "Ini adalah wazir saya, pengganti saya dan timbalan saya. Dengarlah kepadanya dan patuhlah arahannya."

Edward Gibbon: Tiga tahun dengan senyap telah dapat menukarkan 14 orang, hasil pertama dari misi Muhammad, tetapi pada tahun keempat baginda menjadi Rasul, dan diarahkan untuk menyampaikan kepada kerabatnya, cahaya kebenaran ilahi, baginda menyediakan jamuan untuk melayani 40 orang tetamunya dari keturunan Hashim. ‘Kawan dan kerabat,' Muhammad berkata kepada perhimpunan itu, ‘Saya menawarkan kepada kamu, dan hanya saya sahaja yang boleh menawarkan hadiah yang paling berharga, khazanah dunia ini dan juga khazanah akhirat. Tuhan telah mengarahkan saya untuk mengajak kamu supaya berkhidmat kepadaNya. Siapa di antara kamu yang akan menyokong tugas saya? Siapa di antara kamu yang akan menjadi rakan dan wazir saya? Tidak ada jawapan yang diterima, sehingga kesunyian itu menjadi seakan keanehan dan keraguan, dan kesunyian yang panjang itu telah dipecahkan oleh keberanian Ali, seorang remaja berusia 14 tahun. ‘Wahai Nabi,' beliau berkata, ‘Sayalah orangnya. Sesiapa yang bangun menentang anda, saya akan patahkan giginya, keluarkan biji matanya, patahkan kakinya, terburaikan perutnya. Wahai nabi, saya akan menjadi wazir kamu di atas mereka.' Muhammad menerima tawarannya dengan girang, dan Abu Talib telah disindir supaya menghormati kedudukan anaknya yang lebih tinggi. (Decline and Fall of the Roman Empire)

Washington Irving : ‘Wahai anak-anak Abd al-Muttalib,' berkata Muhammad dengan bersungguh, ‘Kepada kamu, dari semua manusia, Allah telah menjanjikan pemberian yang utama ini. Dengan namaNya saya tawarkan kepada kamu rahmat dari dunia ini, dan kesenangan yang tiada kesudahan di akhirat. Siapa di antara kamu yang akan berkongsi beban yang saya tawarkan? Siapa yang akan menjadi saudara saya, pembantu dan wazir saya? Semuanya menyepi, sebahagian berkhayal dan yang lain tersenyum sangsi dan mengejek. Setelah sekian lama Ali bangun dan menawarkan khidmatnya kepada baginda walaupun sedar akan kelemahannya yang masih lagi remaja. Muhammad memeluk remaja yang ikhlas ini kedadanya, dan baginda berkata: 'Inilah saudara saya, wazir saya. Kamu semua dengarkanlah katanya, dan patuhilah kepadanya." (The Life of Mohammed)

Sir Richard Burton: Setelah bertafakur sekian lama, di bakar dengan kemarahan oleh fanatik yang melampau dari kaum yahudi, kepercayaan tahyul orang Syria dan Arab Kristian, dan tercelanya penyembah berhala dari kaumnya sendiri, baginda berazam untuk mengubah segala kezaliman dengan penyampaian yang dibenci oleh kaum yang terpelajar dan yang merugikan mereka yang zalim. Baginda memperkenalkan dirinya sebagai yang telah

39

Page 40: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

diilhamkan kepada kaum kerabatnya. Langkah ini gagal, sebaliknya dia telah memenangi untuk dirinya seorang Muslim yang bernilai lebih dari seribu pedang di dalam diri Ali, anak Abu Talib. (The Jew the Gypsy and El Islam, San Francisco, 1898)

Ali telah menawarkan khidmatnya kepada Muhammad, pesuruh tuhan, dan baginda menerimanya. Kepada yang lebih tua dari kaumnya, tindakan Ali mungkin merupakan suatu tindakan yang terburu-buru tetapi beliau kemudiannya telah membuktikan yang beliau dapat melaksanakan segalanya, malah lebih lagi dari apa yang mereka dapat bayangkan. Rasul Allah, dari pihak dirinya, bukan sahaja telah menerima tawaran tersebut dengan girang dan berbesar hati, tetapi juga mengistiharkan bahawa Ali, dari semenjak itu adalah penggantinya. Pengistiharan Muhammad adalah jelas dan tidak dapat dibantah. Adalah satu kejahilan untuk mempertikaikannya, sepertimana yang dilakukan oleh sebilangan manusia yang mengatakan bahawa Ali adalah pengganti Muhammad kepada Bani Hashim sahaja. Tetapi Muhammad sendiri tidak menghadkan wazirnya Ali kepada Bani Hashim sahaja. Ali adalah pengganti baginda untuk seluruh Muslim dan untuk setiap masa.

Jamuan di mana Muhammad, Rasul Allah, mengistiharkan Ali sebagai penggantinya, adalah terkenal di dalam sejarah sebagai "jamuan Dhul-'Asheera." Nama ini datang dari Al-Qur’an al-Majid sendiri (surah 26; ayat 214). Amat aneh, Sir William Muir telah mengatakan kejadian sejarah ini sebagai ‘mustahil’. Apa yang ‘mustahil’ atau tidak mungkin mengenainya? Tidak mungkinkan, lebih logikal bagi pesuruh Allah untuk memulakan kerjanya, menyebarkan Islam dari dalam rumahnya sendiri, dan dari ahli keluarganya sendiri dan suku kaumnya, terutama setelah diarahkan oleh tuhan untuk memperingatkan kerabat yang terdekat?

Jamuan Dhul-'Asheera di mana Muhammad, Rasul Allah, melantik Ali ibn Abi Talib, sebagai penggantinya, adalah peristiwa sejarah, dan kesahihannya telah diakui, di antaranya oleh ahli sejarah arab:

1. Tabari, Sejarah, Vol. II, ms. 217 2. Kamil ibn Athir, Sejarah, Vol. II, ms. 22 3. Abul Fida, Sejarah, Vol. I, ms. 116

Sir William Muir : Sepupu Muhammad, Ali, kini 13 atau 14 tahun umurnya, telah menunjukkan kebijaksanaan dan penilaian yang akan membezakannya di masa yang akan datang. Walaupun mempunyai keberanian yang kental, beliau kekurangan di dalam daya kebolehan yang berkesan di mana dapat menjadikan beliau seorang propaganda Islam yang berjaya. Beliau membesar dari kanak-kanak dengan agama Muhammad, persamaannya semenjak mula lagi telah memperkukuhkan penglibatannya di hari-hari dewasa. (The life of Mohammed, London, 1877)

Kami mempunyai banyak jawapan mengenai kenyataan Sir William Muir bahawa Ali "kekurangan daya kebolehan yang berkesan di mana dapat menjadikan beliau seorang propaganda Islam yang berjaya.” Ali tidak kekurangan daya kebolehan atau apa pun juga. Di dalam semua krisis Islam, Ali telah dipilih untuk melaksanakan misi-misi yang merbahaya, dan beliau dengan jaya telah melaksanakannya.

Sebagai pendakwah juga, Ali adalah yang utama. Tidak terdapat sesiapa di antara para sahabat Rasul yang lebih efektif di dalam menyampaikan Islam selain beliau. Beliau telah membacakan 40 ayat pertama dari Surah Bara'a (Taubah), Surah kesembilan dari Al-Qur’an al-Majid, kepada musyirik Makkah, sebagai seorang pendakwah pertama Islam, dan juga sebagai orang yang mewakili Rasul sendiri. Dan Ali juga yang membawa semua suku kaum Yaman ke dalam Islam.

40

Page 41: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Muhammad, Rasul Allah, telah membesarkan Ali seperti anaknya sendiri, jika beliau mempunyai sesuatu kekurangan pasti baginda Rasul mengetahuinya. Baginda telah mengistiharkan Ali sebagai wazirnya, penggantinya dan juga timbalannya pada ketika tiada siapa yang dapat meramalkan masa depan Islam. Ini sahaja telah membuktikan bahawa betapa yakinnya Rasul Islam kepada remaja yang berusia 14 tahun ini.

Ali adalah simbol harapan dan cita-cita Islam. Di dalam revolusi besar yang dilancarkan oleh Muhammad, Rasul Allah, pada jamuan Dhul-'Asheera, baginda telah mengerakkan kecergasan dan keunggulan, dan semangat serta tenaga remaja di mana Ali telah memiliki kesemuanya..

Dua perkara telah berlaku di jamuan tersebut. Pertama, Rasul telah mengistiharkan Islam secara terbuka. Islam bukan lagi pergerakan ‘bawah-tanah’, ia telah ‘muncul.’ Di majlis jamuan kaum kerabatnya Muhammad telah mengorak langkah dan kini tidak boleh berpatah balik. Masa telah tiba untuk baginda membawa pengkhabaran Islam keluar dari suku kaumnya, pertama kepada Quraish Makkah, kemudian kepada semua Arab, dan akhirnya kepada seluruh dunia. Yang kedua bahawa baginda telah mendapat Ali yang penuh dengan keberanian, ketaatan dan keazaman, dan diri yang bernilai lebih dari seribu pedang.

Telah disampaikan bahawa selepas beberapa hari dari jamuan kedua Dhul-'Asheera, Muhammad naik kebukit Safa berhampiran Kaabah, dan menyeru: "Wahai anak-anak Fehr, wahai anak-anak Loi, wahai anak-anak Adi, dan kamu semua Quraish! Marilah kemari, dan dengarlah kepada saya. Saya mempunyai sesuatu yang penting untuk dinyatakan kepada kamu."

Ramai dari penduduk Makkah yang mendengar suara baginda telah datang untuk mendengar. Mengadap kepada mereka, baginda berkata: "Adakah kamu percaya kepada saya jika saya katakan bahawa musuh sedang bersembunyi disebalik bukit di sana, dan sedang memerhatikan kamu, dan akan menyerang ketika kamu lalai?" Mereka berkata bahawa mereka percaya kerana baginda tidak pernah berkata dusta.

"Jika demikian," Muhammad berkata, "Maka dengarkanlah ini dengan cermat. Tuhan langit dan bumi telah mengarahkan saya untuk mengingatkan kamu bahawa bencana besar akan berlaku. Tetapi jika kamu patuh, kamu akan terselamat dari seksaan..." Baginda hanya sempat berkata setakat ini apabila Abu Lahab, yang hadir di antara para pendengar, mengganggu baginda dengan berkata: "Matilah kamu. Kamu hanya membuang masa kami dengan memberitahu kami perkara ini? Kami tidak mahu mendengarnya. Janganlah memanggil kami lagi."

Semenjak hari itu Abu Lahab menjadikan satu amalan untuk mengikuti Rasul kemana sahaja baginda pergi. Jika baginda mula hendak membaca Qur’an atau mengatakan sesuatu, dia (Abu Lahab) akan mengganggu baginda atau dan mengacau baginda dikhalayak ramai. Kebencian Abu Lahab terhadap Muhammad dan Islam telah dikongsi oleh isterinya, Umm Jamil. Kedua mereka menerima kutukan dari Allah di dalam Al-Qur’an al-Majid (Bab 111)

41

Page 42: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

BAB 10

Yang mula-mula Bertukar Kepada Islam dan Penindasan Terhadap Mereka

Walaupun Abu Lahab sering kali berjaya menyuraikan kumpulan manusia yang berhimpun untuk mendengar penyampaian Rasul, bagaimanapun pengkhabaran mengenainya telah tersebar di dalam kota Makkah. Beberapa orang telah mula bercakap-cakap mengenai pengkhabaran Islam. Yang berfikiran di antara mereka akan bertanyakan soalan: ‘Apakah agama yang Muhammad mengajak kita kepadanya?’ Soalan ini telah menunjukkan perasaan ingin tahu yang ada di dalam

42

Page 43: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

diri mereka mengenai pengkhabaran Islam, dan sebilangan kecil dari mereka ingin mengetahui lebih lanjut mengenainya.

Di hari-hari berikutnya, Muhammad membuat banyak percubaan untuk menyampaikan pengkhabaran Islam kepada penduduk Makkah. Abu Lahab dan sekutunya, Abu Jahal, telah melakukan apa yang terdaya untuk sabotaj kerja-kerja baginda tetapi mereka tidak dapat memalingkan baginda dari tujuannya.

Muhammad [s.a.w] sedar bahawa tugasnya tidaklah mudah. Baginda tahu bahawa baginda akan menghadapi banyak rintangan dan akan berhadapan dengan penentangan yang ganas serta berterusan dari penyembah-penyembah berhala. Tetapi baginda sentiasa mengharapkan rahmat dari Allah untuk membolehkannya mengatasi rintangan itu.

Ini adalah suatu pengkhabaran yang aneh, Muhammad telah bawa kepada bangsa Arab, dan yang unik. Tidak ada siapa yang pernah mendengar sesuatu seperti ini dahulu. Muhammad, Pesuruh Allah, memberitahu kaum Arab, janganlah menyembah kepada yang banyak dari benda-benda mati yang diperbuat dari batu atau kayu di mana mereka sendiri telah mengukirnya, dan yang tiada mempunyai kuasa sama ada untuk memberi sesuatu kepada mereka atau untuk mengambil sesuatu dari mereka. Bahkan baginda memberitahu, bahawa mereka hendaklah memberikan ketaatan kepada Allah, Tuhan yang Esa bagi seluruh Alam. Baginda juga memberitahu bahawa di dalam pandangan Tuhan yang menjadikan, mereka semua adalah sama, dan jika mereka menjadi Muslim, maka mereka semua akan menjadi saudara sesama sendiri.

Muhammad juga ingin menyusun semula masyarakat Arab. Doktrin baru yang baginda ketengahkan adalah untuk tujuan ini, menjadikan kepercayaan [keimanan] sebagai ganti ‘pertalian darah’, menjadi ‘pasak’ keutamaan kemasyarakatan. Tetapi kaum Arab telah dibesarkan dalam etika adat resam jahiliah dan kebiasaannya; mereka hanya percaya di dalam asas-asas perkauman dan struktur persaudaraan. Bagi mereka hanya ‘pertalian darah’ menjadi asas organisasi kemasyarakatan. Di dalam fahaman mereka, jika keimanan dibolehkan mengantikan pertalian darah di dalam persamaan ini, ia akan menghancurkan seluruh struktur masyarakat Arab.Muhammad juga menyeru kepada Arab-arab yang kaya supaya berkongsi kekayaan dengan yang miskin dan yang kurang upaya. Yang miskin, katanya, mempunyai hak untuk menerima bahagian dari harta yang kaya. Perkongsian sebegini, baginda menambah lagi, akan menjamin kesaksamaan pembahagian harta di dalam masyarakat.

Kebanyakan dari orang-orang kaya Arab adalah peminjam wang [ceti, riba’] atau mereka adalah ‘lintah darat’. Mereka telah menjadi kaya dengan meminjamkan wang kepada orang dari kedudukan yang miskin pada kadar faedah yang tinggi. Si miskin tidak pernah dapat membayar hutang-hutang mereka, maka dengan itu mereka telah terikat kepada penghambaan secara ekonomi berkekalan. Berkongsi harta, yang mereka dapatkan dengan secara haram, bersama orang yang mereka telah eksploitasikan, adalah bagi mereka, sama seperti mencemari tempat yang suci. Dengan mengatakan kepada mereka bahawa, mereka hendaklah berkongsi harta dengan yang miskin, bererti Muhammad telah menjolok sarang tebuan!!Bagi Arab, semua ini adalah baru dan idea yang asing; sebenarnya ini adalah pembaharuan. Dengan menyerukan idea perubahan, Muhammad telah menimbulkan kemarahan pada cara hidup lama [jahiliah]. Yang teramat marah di antara mereka adalah Bani Umayyah; Qurahsy. Ahli-ahlinya adalah ketua-ketua lintah darat dan juga kapitalis Makkah, mereka juga adalah ketua-ketua agama bagi penyembahan jahiliah. Di dalam diri Muhammad dan pengkhabaran Islam, mereka lihat satu ancaman kepada sistem sosial yang berdasarkan kepada keutamaan dan kekerasan. Maka mereka berpendirian, untuk mengekalkan apa

43

Page 44: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

yang ada sekarang dan berterusan pada tahun-tahun yang mendatang, maka mereka hendaklah mengetuai penubuhan pasukan perang yang tidak dapat dielakkan dengan Islam, dan juga mengadakan penentangan yang keras kepada Muhammad.

Tetapi terdapat juga beberapa individu yang telah mendapat suatu bentuk tarikan yang kuat kepada idea baru, yang Muhammad sedang memperkenalkan, iaitu, secara ke seluruhan dipanggil Islam. Bahkan mereka dapati ia sungguh menarik dan menerimanya.

Di antara yang mula-mula bertukar kepada Islam adalah Yasir; isteri beliau, Sumayyah; dan anak mereka, Ammar. Mereka adalah keluarga pertama yang kesemua ahlinya menerima Islam serentak, maka terjadilah Keluarga Islam yang pertama.

Islam mempunyai pandangan yang istimewa terhadap golongan yang rendah di Makkah. Apabila ahli dari golongan ini menjadi Muslim, mereka mula sedar bahawa sebagai jahiliah mereka dibenci dan diketepikan oleh aristokrat Makkah yang mementingkan kedudukan dan bangsa, tetapi Islam memberi mereka harga diri yang baru. Sebagai Muslim mereka mendapati suatu kebanggaan yang baru dalam diri mereka.

Kebanyakan mereka yang mula-mula betukar kepada Islam adalah yang ‘miskin dan lemah.’ Tetapi ada juga sebilangan kecil Muslim yang kaya seperti Hudhayfa bin Utba dan Arqam bin Abil-Arqam. Dan kesemua orang yang Abu Bakar bawa kepada Islam – Uthman, Talha, Zubayr, Abdur Rahman ibn Auf, Saad ibn Abi Waqqas dan Abu Ubaidah ibn al-Jarrah – adalah orang-orang kaya dan juga berkuasa. Mereka adalah dari kaum Quraish.

Kita boleh katakan bahawa pada peringkat permulaan, aristokrat jahiliah Makkah melihat usaha Islam untuk mendapatkan pengiktirafan, adalah lebih kepada bahan ketawa dari yang menyakitkan hati, tidak perlu diperkatakan mengenai kebencian dan kegugupan yang akan mencengkam mereka sedikit masa lagi. Tetapi apabila pergerakan baru ini sudah mula bergerak pantas, mereka rasakan bahawa idea yang Muhammad sedang sebarkan adalah benar-benar ‘merbahaya’ dan tidak terdapat sebarang kelucuan mengenainya. Mereka berhujah bahawa datuk-datuk mereka telah menyembah berhala-berhala untuk sedemikian lamanya dari generasi ke generasi, maka penyembahan terhadapnya pastilah betul; dan mereka tidak boleh membiarkan Muhammad mengganggu dengan cara mereka bersembahyang.

Tetapi Muhammad bukan hanya menolak penyembahan berhala. Jauh lebih merbahaya dan lagi amat ditakuti oleh kerakusan Umayyah adalah ideanya pada keadilan ekonomi dan sosial yang mengancam akan meruntuhkan kubu bagi kepentingan mereka, struktur penguasaan dan susunan pemerintahan yang lama; dan kesemua adat resam yang silam yang telah lalu. Mereka menyatakan dengan terang, bahawa keutamaan-keutamaan itu adalah sesuatu yang mereka tidak akan lepaskan – dengan begitu saja, walau apa sekalipun yang akan datang menimpa mereka.

Tetapi terdapat satu idea, bagi mereka yang mengakui dirinya elit golongan Quraish mendapatinya melampau, adalah pendapat yang diketengahkan oleh Muhammad, bahawa ahli dari golongan yang dieksploit, dibenci dan yang ditindas, kebanyakan dari mereka adalah hamba-hamba, yang sekarang telah bertukar kepada Islam, adalah setaraf kedudukannya dengan mereka – setaraf dengan yang berkedudukan tinggi dan yang perkasa, iaitu Quraish!! Mereka telah sebati dengan kehidupan mereka yang angkuh dan sombong, maka setaraf dengan hamba-hamba, bekas-bekas hamba dan juga hamba yang telah dimerdekakan, adalah sesuatu yang tidak dapat difikirkan. Mereka telah dikuasai

44

Page 45: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

dengan kepercayaan bahawa mereka adalah yang terlebih baik daripada manusia lainnya.

Dengan menyebarkan ajaran yang berbeza daripada amalan rasmi – iaitu persamaan di antara tuan dengan hamba, yang kaya dengan yang miskin; Arab dengan yang bukan Arab; dengan menyangkal pada tuntutan bahawa tingginya martabat dari segi darah keturunan, dan dengan mengajar bahawa pada pandangan Allah, bahawa kedudukan yang beriman sudah pastinya lebih tinggi dari kedudukan semua yang tidak beriman di dalam dunia ini, Muhammad telah merendahkan martabat kedudukan mereka iaitu suatu ‘pengkhianatan’ terhadap Quraish!!!

Quraish menyembah banyak berhala-berhala, kebangsawanan keturunan adalah satu darinya.

Kemegahan kepada bangsa telah ditolak oleh Islam. Menurut Al-Quran al-Majid, semua manusia adalah dari keturunan Adam, dan Adam adalah segengam tanah. Iblis [syaitan dan jin] menjadi yang terkutuk kerana berhujah, bahawa dia bermartabat [kedudukan] lebih baik; sangkaannya, dia dari api asal kedudukan yang tinggi, terhadap apa yang di anggapnya sebagai rendah, iaitu asalnya manusia. ‘Manusia’ katanya, ‘telah dijadikan dari tanah sedangkan saya dijadikan daripada api.’ Perasaan eksklusif sedemikian, yang juga terdapat pada manusia yang hanya berkeinginan untuk mengatakan tingginya martabat keturunannya, yang ada pada dirinya telah ditolak oleh Islam dengan syarat yang cukup keras. Islam telah meruntuhkan pentingnya kaum, bangsa, warna dan keutamaan, dan telah melarang Muslim dari membahagi-bahagikan manusia dalam kumpulan, atas dasar darah keturunan dan/atau perhubungan geografi atau keistimewaan tertentu yang mereka tuntut untuk diri mereka.

Di dalam pandangan Quran, manusia yang paling tinggi adalah yang muttaqi – iaitu, mereka yang mencintai dan mentaati Allah di setiap masa. Di dalam Islam, satu-satunya ujian terhadap kualiti seseorang, adalah kecintaan mereka terhadap yang Menjadikan. Semua hiasan yang lain di dalam kehidupan individu tidak mempunyai apa-apa erti.

Tetapi sebagai yang telah dinyatakan di atas, Quraish tidak mahu menerima idea sedemikian. Mungkin mereka secara intelektual tidak dapat memahami akan maksud tujuannya. Mereka menganggapnya sebagai menghina kedudukkan mereka, makanya, tidak dapat diterima. Pada ketika itu barulah mereka membuat keputusan, bukan sahaja untuk menentang Muhammad, Rasul Islam, tetapi juga untuk menghancurkan ‘fahaman’ yang dipanggil Islam sebelum ia dapat berakar umbi dan boleh hidup dengan sendiri. Mereka telah dipandu oleh ‘Hubris’ – keangkuhan yang telah membesar di dalam diri dan telah melampaui dari kawalan manusia – serta juga kegairahan untuk berkuasa telah membuat mereka berkeputusan untuk menentang Muhammad dan Islam.

Dengan tekad ini, Quraish mengistiharkan maksud mereka untuk berperang demi mempertahankan berhala-berhala dan sembahan mereka dan juga di dalam mempertahankan sistem ekonomi dan sosial mereka.

Makkah di dalam keadaan peperangan!!!

Quraish telah memulakan kempen menentang Islam dengan mengganggu dan menindas Muslim. Pada permulaannya penindasan mereka dalam bentuk sorakkan, cemohan dan penghinaan. Tetapi dengan berlalunya masa, pihak jahiliah telah bergerak maju dengan lebih berani dari kekerasan perkataan

45

Page 46: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

kepada kekerasan perbuatan. Mereka hanya menahan diri dari mencederakan Muhammad kerana takut akan menyebabkan tindak balas; tetapi mereka tidak teragak-agak di dalam menyakiti orang awam Muslim. Untuk waktu yang lama manusia-manusia ini telah menanggung penderitaan dari kemarahan Quraish.

Ibn Ishaq: Kemudian Quraish menghasut manusia supaya menentang sahabat Rasul yang telah menjadi Muslim. Setiap kaum menyeksa Muslim, yang ada di antara mereka, memukul dan memujuk supaya kembali kepada agama mereka semula. Allah melindungi RasulNya melalui bapa saudaranya Abu Talib, apabila beliau melihat apa yang Quraish telah lakukan, telah memanggil Bani Hashim dan Bani Al-Muttalib untuk berdiri bersamanya di dalam melindungi Rasul. Ini mereka setuju untuk lakukan, dengan pengecualian Abu Lahab. [The Life of the Messenger of God]

Beberapa mangsa penindasan:

Bilal, seorang hamba Ethiopia kepunyaan Umayyah bin Khalaf. Umayyah dan musyrik lainnya menyeksa beliau di dalam kepanasan terik matahari Makkah, dan mereka telah menyeksa beliau melampaui kadar yang tertanggung oleh manusia. Tetapi beliau telah diperkuatkan oleh suatu punca kekuatan dalaman dan juga ketabahan yang tidak pernah melemahkannya. Cinta kepada Allah dan cinta kepada PesuruhNya, telah membolehkan dirinya menahan seksaan dengan girang. Abu Bakar telah membeli beliau dari tuannya dan memerdekakan beliau. Apabila Rasul berhijrah ke Madinah, baginda melantik Bilal sebagai muezzin pertama Islam. Suaranya yang kuat bergema melalui udara Madinah dengan laungan Allah – Hu – Akbar [Allah Maha Besar]. Di dalam tahun-tahun berikutnya, setelah semua semenanjung Arab ditakluki, Rasul Allah melantik Bilal sebagai setiausaha perbendaharaan baginda.

Khabab ibn al-Arat adalah seorang muda yang berusia 20 tahun apabila dia menerima Islam. Dia adalah hamba yang merdeka Bani Zuhra. Quraish menyeksa dia hari demi hari. Dia berhijrah bersama Rasul ke Madinah.

Suhaib bin Sinan telah ditangkap dan telah dijual sebagai hamba oleh orang Greek. Apabila dia menjadi Muslim, Quraish telah memukulnya dengan segala kezaliman tetapi tidak dapat menggoyangkan imannya.

Abu Fukaiha adalah hamba Safwan bin Umayyah. Dia menerima Islam pada masa yang sama seperti Bilal. Seperti Bilal, dia juga telah diseret oleh tuannya di padang pasir yang panas dengan kakinya terikat. Abu Bakar membeli dan membebaskannya. Dia berhijrah besama Rasul ke Madinah tetapi meninggal dunia sebelum peperangan Badr.

Lubina adalah seorang hamba wanita Mumil bin Habib. Amin Dawidar menulis di dalam bukunya, Pictures from the Life of the Prophet [Cairo, Egypt, 1968], bahawa Umar bin al-Khattab, bakal khalifah Muslim, menyeksa beliau dan setiap kali dia berhenti, dia berkata, ‘Saya tidak berhenti memukul kamu kerana kasihan. Saya berhenti, kerana saya kepenatan.’ Dia meneruskan seksaan setelah dia berehat. Abu Bakar membeli dan membebaskan beliau.

Zunayra seorang lagi hamba wanita. Apabila dia menyatakan keimanannya di dalam Islam, Umar ibn al-Khattab dan Abu Jahal berganti-ganti menyeksanya sehingga beliau menjadi buta. Amin Dawidar mengatakan bahawa beberapa tahun kemudian beliau dapat melihat semula, dan Quraish mengatakan bahawa sembuhnya beliau adalah oleh sihir Muhammad. Abu Bakar membeli dan membebaskan beliau.

46

Page 47: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Nahdiyya dan Umm Unays, dua lagi hamba wanita yang menjadi Islam. Tuan mereka menyeksa mereka kerana menerima Islam. Abu Bakar membeli dan memberi mereka kebebasan.

Terdapat juga sebahagian Muslim yang lain, bukan hamba tetapi mereka yang ‘miskin dan lemah.’ Mereka juga menderita penyeksaan. Di antara mereka adalah Ammar ibn Yasir dan kedua orang tuanya. Ahli lain dalam kumpulan ini adalah Abdullah ibn Mas’ud, seorang Muslim muda. Dia terkenal di antara para sahabat Rasul dengan pengetahuan dan pelajarannya, dan dia adalah salah seorang hafiz [orang yang menghafal al-Quran] yang terawal di dalam Islam. Setiap ayat-ayat baru yang diturunkan, dia mendengarnya dari Rasul dan menghafalnya.

Telah disampaikan bahawa apabila Surah Rahman [Surah 55] telah diturunkan, Rasul Allah menyuruh sahabatnya, yang berada di situ, siapakah di antara mereka yang akan pergi ke Kaabah dan membacanya di hadapan kaum musyrik. Para sahabat yang lain menahan diri tetapi Abdullah ibn Mas’ud dengan sukarela bersetuju untuk pergi. Dia pergi ke Kaabah dan membaca surah yang baru turunkan dengan kuat. Selain dari diri Rasul, Abdullah ibn Mas’ud adalah orang pertama untuk membaca Quran di Kaabah di hadapan himpunan musyrik yang bermusuhan. Para musyrik mencederakan beliau berulang kali tetapi tidak dapat membuatnya supaya berhenti.

Ibn Ishaq: Yahya b Urwa b al-Zubayr memberitahu saya dari bapanya bahawa orang pertama untuk membaca Quran dengan kuat di Makkah selepas Rasul adalah Abdullah bin Mas’ud. [Life of the Messenger of God]

Seorang lagi dalam kumpulan ini adalah Abu Dharr al-Ghiffari. Dia tergolong di dalam kaum Ghiffar yang mencari kehidupan dengan menyamun. Dari para pengembara, dia mendengar bahawa seorang Rasul telah muncul di Makkah yang menyuruh Arab meninggalkan sembahan berhala, kepada menyembah Allah; tidak berkata apa-apa, melainkan yang benar; dan tidak menanam anak perempuan mereka hidup-hidup. Dia merasakan bahawa, dia telah tertarik dengan kuat kepada Rasul ini, dan berjalan menuju Makkah untuk mengesahkan akan kebenaran laporan yang telah di dengarnya mengenai baginda.

Di Makkah Abu Dharr adalah orang asing. Dia telah mendengar bahawa Muhammad telah membuat banyak musuh untuk dirinya dengan mengajar menentang kekufuran Arab. Maka dia keberatan untuk bertanya sesiapa mengenainya. Dia menghabiskan masa sepanjang hari di bawah lindungan Kaabah melihat orang yang lalu di situ. Pada petangnya Ali ibn Abi Talib dengan tidak secara langsung melintasinya. Ali lihat bahawa Abu Dharr adalah orang asing di dalam kota, dan mempelawa dia ke rumah untuk makan malam. Abu Dharr menerima pelawaan itu, dan kemudian menyatakan kepada Ali akan tujuan kedatangannya ke Makkah. Ali sudah pasti merasa gembira untuk membawa tetamunya menemui tuannya, Muhammad Mustafa. Abu Dharr mempelajari dari Pesuruh Allah akan maksud pengkhabaran Islam. Dia mendapati kedua-duanya, Pesuruh dan pengkhabarannya sangat menarik. Dia telah terpikat oleh kuasa dan daya penarik Islam. Selepas menerima Islam, perkara pertama yang Abu Dharr lakukan adalah mencabar musyrik. Dia pergi ke Kaabah dan menjerit:

‘Tidak ada Tuhan melainkan Allah; dan Muhammad adalah pesuruhNya.’

Sebagaimana yang diduga, para musyrik menyerbu kepadanya, dan mula menghujani dengan pukulan. Dari pergaduhan ini beliau telah diselamatkan oleh Abbas ibn Abdul Muttalib, bapa saudara Rasul. Dia memberitahu orang-orang Makkah bahawa Abu Dharr adalah dari puak Ghiffar yang wilayahnya menjadi laluan kafilah yang menuju ke Utara, dan jika mereka mencederakan beliau, suku kaumnya akan menghalang laluan kafilah perdagangan mereka ke Syria.

47

Page 48: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Abu Dharr al-Ghiffari adalah seorang yang amat terkenal di dalam sejarah Islam. Dia adalah seorang yang amat berani dan yang paling lepas pertuturannya di antara semua para sahabat Muhammad Mustafa, yang suatu ketika pernah berkata bahawa, ‘Langit tidak menebarkan naungan ke atas mana-mana manusia yang lebih benar dari Abu Dharr.’

Ketakutan pada kekejaman Quraish tidak mengalihkan wira-wira dan jiwa yang suci ini dari menerima Islam, dan setiap seorang dari mereka telah meninggalkan kesan di atas Islam dari pengorbanan mereka masing-masing.

Juga terkenal di antara Muslim yang terawal adalah Mas’ab ibn Umayr, sepupu kepada bapa Muhammad. Beberapa tahun kemudian, di Perjanjian Pertama Akaba, warga Yathrib meminta Rasul menghantar bersama mereka seorang guru al-Quran, dan pilihan itu jatuh kepada beliau. Ini menjadikan beliau ‘pegawai’ pertama di dalam Islam. Beliau juga pembawa panji-panji tentera Islam di dalam peperangan Uhud tetapi syahid di dalam pertempuran tersebut.

Jika seorang dari ahli keluarga penduduk Makkah menerima Islam, dia akan disisihkan oleh semua untuk selamanya, tanpa sebarang harapan untuk bersatu semula. Ramai penduduk Makkah melihat Islam sebagai ‘kuasa pemisah’ yang memecahkan keluarga mereka, dan sebahagian dari mereka berfikir bahawa mereka perlu memberhentikan ‘pemisahan’ ini dari merebak. Tetapi selain dari ancaman menggunakan kekerasan untuk membendung pergerakan fahaman yang baru ini, mereka tidak dapat memikirkan apa-apa lain yang lebih berkesan di dalam memberhentikan kemajuannya. Mereka juga berfikir bahawa jika mereka tidak bertindak dengan segera dan dengan lebih berazam, maka besar kemungkinan bahawa setiap rumah di dalam Makkah akan menjadi tapak peperangan yang mana penganjur kepercayaan yang lama dan yang baru akan terikat di dalam pergelutan sengit di antara keduanya.

Terdapat beberapa orang di antara orang musyrik yang menggambarkan bahawa Muhammad telah bertindak di atas ambisi [cita-cita] untuk menghapuskan cara sembahan datuk moyang dan juga berhala mereka. Kesemua mereka cuba memikirkan, suatu cara untuk menyelesaikan masalah ini bukan dengan cara jahiliah. Setelah berbincang dengan panjang lebar, mereka memutuskan untuk menghantar Utba, seorang dari ketua Quraish, untuk berjumpa Muhammad, dan cuba memujuknya supaya memberhentikan misi baginda. Utba amat terkenal dengan kebolehannya pada memujuk.

Utba berjumpa Rasul Allah dan berkata: ‘Hai Muhammad! Janganlah menanam benih permusuhan dan perpecahan di antara Arab, dan janganlah mengutuk tuhan-tuhan yang keturunan kita telah sembah berabad-abad lamanya, dan juga yang kami sembah kini. Jika tujuan kamu melakukan ini untuk menjadi ketua politik, kami rela mengakui kamu sebagai pemerintah Makkah. Jika kamu mahukan harta, kamu hanya perlu mengatakan jumlahnya, dan kami akan menyediakan dengan apa yang kami terdaya. Dan kita kamu ingin beristeri kepada keluarga bangsawan, kamu nyatakan, dan kami siapkan untuk kamu.’

Muhammad dengar segala yang Utba katakan, tetapi daripada menunjukkan sebarang minat kepada kedudukan dan harta ataupun kecantikan, baginda telah membacakan kepadanya Surah Sajda [Surah 32 al-Quran] wahyu yang terbaharu dari langit. Apabila telah selesai dibacakan, Utba pulang kepada Quraish dan menasihati mereka supaya membiarkan Muhammad, dan jangan mengganggu baginda lagi. Dia juga memberitahu mereka bahawa jika Muhammad gagal di dalam tugasnya, maka mereka [Quraish] tidak kerugian apa-apa; tetapi jika baginda berjaya di dalam melaksanakannya, maka mereka harus berkongsi semua kuasa dan kemegahan bersamanya.

48

Page 49: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Tetapi Quraish tidak menerima nasihat Utba, supaya menahan diri dari mengganggu Muhammad dan pengikutnya. Mereka meneruskan penyeksaan terhadap Muslim seperti dahulu, dan terus memikirkan cara yang baru yang dapat memberikan hasil yang lebih baik di dalam memberhentikan perkembangan Islam daripada segala jenis kekejaman yang mereka telah lakukan sebelum ini.

Muhammad dilindungi oleh bapa saudaranya dan juga penjaganya, Abu Talib. Selagi Abu Talib masih hidup, musyrik tidak dapat mengganggu anak saudaranya. Terfikir kepada ketua musyirik bahawa mereka harus memujuk Abu Talib sendiri supaya melepaskan perlindungannya terhadap Muhammad di atas nama perpaduan kaum. Lebih-lebih lagi perpaduan kaum adalah sesuatu yang teramat penting, dari diperlakukan sewenang-wenangnya, walaupun oleh Abu Talib, biar bagaimana dalam cintanya terhadap anak saudaranya.

Quraish berkeputusan untuk menghantar delegasi, mengandungi pemuka-pemuka yang terkenal dari beberapa suku-suku kaum, kepada Abu Talib. Delegasi tersebut bertemu dengannya, dan merayu di atas nama perpaduan kaum untuk melepaskan perlindungannya kepada Muhammad yang dengan cuai telah ‘menghancurkan’ persatuan itu.

Sudah pasti Abu Talib tidak mempunyai niat untuk melepaskan perlindungannya kepada Muhammad. Tetapi dia telah memujuk delegasi Quraish dengan kata-kata ketaatan kepada kebenaran dan kata-kata yang menyabarkan, dan akhirnya mereka pulang dengan tangan yang kosong.

Delegasi tersebut menyedari bahawa mereka telah pulang dari ‘mengejar bayangan’, tetapi mereka tidak berputus asa dari kegagalan itu, dan tidak beberapa lama kemudian, mereka membuat percubaan sekali lagi untuk memutuskan ‘ikatan’ Abu Talib dengan Muhammad. Delegasi yang baru pergi berjumpa Abu Talib, dan kali ini, ahlinya membawa seorang pemuda kacak, Ammarra ibn Walid, yang mana mereka tawarkan kepada Abu Talib sebagai ‘anak’ jika dia menyerahkan Muhammad kepada mereka.

Abu Talib tentunya tertawa pada tawaran baru Quraish ini. Adakah mereka benar-benar percaya bahawa dia akan memberikan anaknya untuk di bunuh, dan bahawa dia akan membela salah seorang dari anak mereka sebagai anaknya? Idea itu amat melucukan tetapi sekali lagi Abu Talib menanggani dengan caranya yang amat bersopan, dan mereka kembali.

Percubaan kedua Quraish untuk memujuk Abu Talib melepaskan Muhammad, gagal juga. Apabila pengertian kegagalan telah meresap ke dalam fikiran mereka, kini mereka sedar bahawa percubaan secara damai untuk menyelesaikan masalah semuanya tidak berhasil. Mereka memutuskan untuk mencuba sesuatu yang lebih keras.

Dengan rasa marah dan kecewa, pembuat polisi Quraish mengambil pendirian yang lebih keras dan menghantar delegasi yang ketiga dan terakhir kepada Abu Talib. Tujuan mereka supaya dia menyerahkan Muhammad kepada mereka. Ketua delegasi memberikan kata dua kepada Abu Talib: sama ada dia menyerahkan Muhammad kepada mereka atau dia akan berdepan dengan akibat dari keengganan melakukannya.

Abu Talib adalah seorang yang tidak cepat marah dan ceria selalu, tetapi ini adalah hari yang amat pahit dalam hidupnya. Dia tahu bahawa Quraish tidak berpura-pura. Maka dia memanggil Muhammad dan memberitahu baginda akan tujuan perwakilan Quraish, dan kemudian menambah: ‘Demi nyawa bapa saudara mu! Janganlah membebani aku dengan apa yang aku tidak mempunyai kekuatan untuk memikulnya.’

49

Page 50: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Muhammad menjawab: ‘Wahai bapa saudaraku! Jika Quraish meletakkan matahari pada tangan kananku dan bulan pada tangan kiriku, saya tidak akan berhenti dari menyatakan Esanya Tuhan. Di dalam melakukan tugas ini, sama ada saya berjaya dan Islam akan berkembang; atau jika saya gagal, saya akan lenyap di dalam melakukannya.’

Abu Talib bukanlah orangnya untuk menyuruh Muhammad berhenti dari menyebarkan Islam. Tetapi dia sedang menduga pendirian baginda. Jawapan terus terang dari Muhammad telah meyakinkan dan memuaskan dirinya bahawa baginda tidak akan berganjak, dan dia berkata: ‘Pergilah anakku, dan lakukanlah apa yang kamu hajati. Tidak ada siapa yang berani melakukan apa-apa kepada kamu.’

Sir William Muir: ….. dengan ingatan yang dia akan ditinggalkan oleh penjaganya, baginda menangis, dan berpaling hendak pergi. Kemudian Abu Talib memanggil dengan kuat: ‘Anak saudaraku! Mari kemari.’ Maka baginda datang. Dan Abu Talib berkata: ‘Pergilah dengan aman, anak saudaraku, dan katakanlah apa yang kamu hajati. Kerana demi Tuhan, saya tidak akan, dengan apa cara sekalipun melepaskan kamu.’ [The Life of Muhammad, 1877]

Muhammad Husayn Haykal: Abu Talib berkata: ‘Pergilah anak saudaraku, dan katakanlah apa yang kamu ingini. Demi Tuhan saya tidak akan mengkhianati kamu kepada musuh-musuh kamu.’

Abu Talib menyampaikan pendiriannya kepada Bani Hashim dan Bani al-Muttalib dan berkata kepada mereka mengenai anak saudaranya dengan penuh kebanggaan dan menghargai kedudukan suci Muhammad. Dia meminta mereka semua melindungi Muhammad dari Quraish. Kesemua mereka bersumpah untuk melakukannya melainkan Abu Lahab yang mengistiharkan secara terbuka permusuhan terhadap baginda dan penarikan diri untuk memasuki kem lawan.…..Quraish mengenakan ke atas sahabat Muhammad berbagai-bagai penyeksaan yang mana baginda telah terselamat, hanya melalui perlindungan Abu Talib, Bani Hashim dan Bani al-Muttalib. [The life of Muhammad]

Mereka ‘gagal dan tewas’ berulang kali dengan cara ini oleh Abu Talib, kesabaran musyrik telah sampai kekemuncaknya. Setelah gagal delegasi mereka yang ketiga kepada Abu Talib, mereka berpendirian untuk melepaskan segala kekecewaan dan perasaan marah yang tidak tertanggung kepada Muslim yang tidak dilindungi. Mereka harap untuk menghancurkan kepercayaan baru ini dengan ketakutan dan kekejaman.

Mangsa pertama musyrik pada pergeseran dan tindakan ganas mereka adalah para Muslim yang tidak mempunyai pertalian suku kaum di Makkah. Yasir dan isterinya, Sumayyah, dan anak mereka Ammar, tidak mempunyai pertalian kaum. Di dalam Makkah mereka adalah orang asing dan tidak mempunyai sesiapa untuk melindungi mereka. Ketiga-tiga mereka telah diseksa dengan ganas oleh Abu Jahal dan para musyirik lainnya. Sumayyah, isteri Yasir, meninggal ketika beliau diseksa. Maka beliau menjadi syuhada yang pertama di dalam Islam. Tidak lama kemudian, suaminya, Yasir, juga telah diseksa sehingga mati, dan dia menjadi syuhada kedua di dalam Islam.

Quraish telah mengotori tangan mereka dengan darah manusia yang tidak berdosa! Di dalam senarai syuhada, Sumayyah dan suaminya Yasir berkedudukan di antara yang tertinggi. Mereka telah dibunuh dengan tanpa sebab, selain dari ketaatan mereka kepada Allah dan kecintaan mereka kepada Islam dan Muhammad, Mustafa. Para Muslim yang terbunuh di peperangan Badr dan Uhud mempunyai pasukan tentera untuk melindungi dan menyokong mereka. Tetapi Yasir dan isterinya tidak mempunyai sesiapa untuk melindunginya; mereka tidak mempunyai senjata, dan mereka inilah yang tidak mempunyai perlindungan apa-

50

Page 51: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

apa dari kesemua syuhada Islam yang lainnya. Dengan mengorbankan diri mereka, mereka telah menampakkan kebenaran di pihak Islam, dan mereka telah membinakan kekuatan ke dalam strukturnya. Mereka telah menjadikan tradisi pengorbanan dan syuhada sebagai bahagian yang terpenting di dalam perjuangan Islam.

Bilal, Khabab ibn al-Arat, Suhaib Rumi dan yang lainnya adalah para Muslim yang miskin dan tidak terlindung, telah dipaksa berdiri di tengah panas, dan disebat oleh musyirik. Air dan makanan telah dinafikan kepada mereka di dalam harapan semoga lapar dan dahaga akan membuat mereka meninggalkan Muhammad dan Islam.

Jika Quraish mendapati Muhammad berseorangan, mereka mengambil peluang untuk menyakitinya. Sesungguhnya mereka berhajat untuk membunuh, tetapi mereka harus menahan keinginan ini. Jika mereka telah membunuhnya, mereka mungkin telah memulakan perkelahian kerana dendam atau mungkin peperangan saudara. Pada suatu peristiwa, Muhammad, Pesuruh Allah, pergi ke Kaabah untuk membaca al-Quran al-Majid. Dia sedang membaca Quran apabila tiba-tiba dia dikelilingi oleh para musyrik. Mereka memukulnya, dan berkemungkinan mereka telah mencederakannya dengan teruk jika tidak kerana Harith ibn Abi Hala telah menghalangnya, anak saudara dan anak angkat kepada Khadijah, yang telah sampai di sana pada ketika itu. Dia mencampuri perkelahian itu untuk mempertahankan Pesuruh Allah dari keganasan para musyrik Makkah.

Haruth ibn Abi Hala menendang para musyrik dan menentang mereka dengan tangannya. Mungkin, dia juga membawa pedang sebagaimana semua Arab lakukan, tetapi dia tidak berhajat untuk menghunusnya, dan menjadi penyebab bagi pertumpahan darah di kawasan Kaabah. Tetapi di dalam pergaduhan itu seorang dari musyirik telah menghunus pedangnya, dan menikam beliau berulang kali. Beliau jatuh di dalam limpahan darahnya, dan mati dari beberapa luka didada, bahu dan muka. Dia adalah Muslim yang pertama terbunuh di dalam kawasan Kaabah.

Harith adalah seorang pemuda yang berusia 17 tahun, dan dia menjadikan dirinya korban untuk Muhammad, Rasul Allah. Dia adalah mangsa termuda diketika merebak dan meningkatnya keganasan pihak musyrik. Dia mendapat sinaran cahaya syuhada untuk menjadi para syahid yang ketiga di dalam Islam. Kematiannya, dengan usia yang muda, membuat Rasul begitu sedih.

Ahli sejarah Arab membisu di dalam perkara ini, tetapi sebenarnya banyak perkelahian dan pergaduhan telah berlaku di dalam kota Makkah di antara Muslim dan penyembah berhala semasa tahun-tahun sebelum penghijrahan Rasul ke Madinah. Abu Talib melindungi anak saudaranya selagi beliau hidup. Setelah beliau meninggal dunia, tugas ini telah dipikul oleh anaknya Ali.

Ali masih berusia belasan tahun apabila dia melantik dirinya menjadi pengawal peribadi Muhammad, Rasul Allah. Setelah terbunuhnya Harith ibn Abi Hala di Kaabah, Ali mengikuti tuannya setiap kali baginda keluar dari rumah, dan berdiri di antara baginda dan musuh-musuhnya. Jika si penjahat menghampiri Muhammad dengan ancaman, Ali serta merta mencabarnya, dan bergaduh dengannya.

D.S.Margoliouth: Seseorang yang masuk kepada Islam yang sangat dialu-alukan adalah mereka yang kuat, dan kerana itu banyak kejadian pergaduhan telah berlaku di kota Makkah sebelum penghijrahan; jika tidak bagaimanakah persediaannya, yang mana Muslim selepas hijrah boleh menunjukkan sebilangan wira-wira mereka yang telah teruji, pasti ini tidak dapat diterangkan. Wira-wira yang berpengalaman pastinya telah teruji di mana-mana tempat?; tidak ada pergaduhan di luar Makkah yang direkodkan atau apa-apa juga perkara yang

51

Page 52: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

dikaitkan kepadanya pada waktu itu. [Muhammad and the Rise of Islam, London, 1931]

Tidak ada pergaduhan di luar Makkah sebelum penghijrahan Rasul ke Madinah, tetapi terdapat banyak pergaduhan dijalan-jalan dan di tempat-tempat lapang di dalam kota. Di dalam ‘tapak-tapak peperangan’ inilah Ali, ‘singa muda’ memperolehi segala pengalaman kemahiran bersenjata. ‘Peperangan’ di Makkah ini adalah ‘percubaan sempurna’ pada peranan yang telah ditentukan akan dimainkan olehnya beberapa tahun akan datang di Madinah di dalam pergelutan bersenjata Islam dengan jahiliah. Adalah juga di dalam hari-hari yang pertama ini, sebelum penghijrahan Rasul ke Madinah, Ali ‘telah menjadi barisan pertama pertahanan Islam.’ Sesungguhnya, beliau juga menjadi, pada masa yang sama, barisan kedua dan barisan terakhir pertahanan Islam. Ini hanya beliau dan beliau saja yang akan kekal begini di sepanjang hayat beliau.

Quraish menyeksa tubuh-tubuh Muslim yang tidak mempunyai perlindungan di Makkah dengan harapan bahawa mereka akan meninggalkan Islam, tetapi gagal. Tidak seorangpun Muslim yang ‘miskin dan lemah’ meninggalkan Islam. Di keadaan ketika itu, apa yang telah dilakukan Quraish boleh mematahkan semangat ketabahan dan kekuatan walaupun mereka yang gagah. Tetapi keadaan yang sedemikian tidak dapat mematahkan semangat mereka yang Muslim. Islam telah memegang erat mereka semua.

Bagi mereka, Muslim yang ‘miskin dan lemah’, Islam adalah pengalaman baru. Ia telah memberikan kehidupan baru yang memberi erti kepada mereka, mempunyai maksud dan telah mengadakan harapan-harapan baru di sekelilingnya. Maka mereka menolak keselamatan, keselesaan dan kemewahan hidup; dan sebahagian dari di antara mereka seperti Sumayyah dan suaminya, Yasir telah menolak kehidupan itu sendiri; mereka memegang teguh kepada keimanan. Mereka mati tetapi mereka tidak berkompromi dengan kepalsuan.

Semoga Allah merasa senang dengan jiwa wira-wira yang suci dan semoga Dia merahmatinya. Keimanan dan moral mereka, sebagaimana telah diketahui oleh Quraish, tidak dapat dikalahkan; begitu juga keimanan dan moral ketua dan pemimpin mereka, Muhammad Mustafa, Pesuruh Allah. Mereka adalah intan yang ditemui oleh Muhammad di dalam batu-batu di dunia ini. Mereka adalah sedikit dalam jumlahnya tetapi tidak ternilai harganya; di dalam lain perkataan, tidak di dalam kuantiti tetapi di dalam kualiti, dan kualiti itu adalah kesucian.

52

Page 53: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

BAB 11

Dua Penghijrahan Muslim Ke Abyssinnia (615 – 616 M.)

Muhammad Mustafa (s.a.w), dapat sama merasakan kesedihan dan penderitaan yang dialami oleh pengikutnya yang tertindas kerana mempercayai bahawa ‘Tuhan itu Esa’, tetapi baginda tidak mempunyai cara untuk melindungi mereka. Apabila keganasan para musyirik kepada Muslim tidak menunjukkan tanda-tanda akan berkurangan, baginda menyarankan kepada mereka supaya meninggalkan Makkah dan mencari perlindungan di Abyssinia (Ethiopia), yang diketika itu diperintah oleh seorang raja Kristian, yang terkenal dengan adil dan taat kepada Tuhan. Mengikuti saranan baginda, sekumpulan Muslim yang menggandungi 11 lelaki dan empat wanita meninggalkan Makkah dan pergi ke Abyssinia. Di dalam kumpulan itu termasuk Uthman bin Affan, khalifah Muslim yang akan datang; isterinya Ruqayya; dan Zubayr bin al-Awwam, sepupu Rasul. Baginda melantik Uthman bin Mazun, seorang dari sahabat yang terkenal sebagai ketua kumpulan itu

Ibn Ishaq: Apabila Rasul melihat penyeksaan terhadap para sahabatnya dan meskipun baginda terlepas daripadanya kerana dilindungi Allah dan bapa saudaranya, Abu Talib, tetapi baginda tidak dapat melindungi mereka, baginda berkata kepada mereka: ‘Jika kamu pergi ke Abyssinia (ianya adalah lebih baik untuk kamu), kerana raja di sana tidak akan membiarkan kezaliman dan ianya adalah juga sebuah negara yang baik perhubungannya, sehinggalah masanya tiba apabila Allah melepaskan kamu dari penderitaan ini.' Dari itu para sahabatnya telah pergi ke Abyssinia, kerana takut kepada musyirik dan lari kepada Tuhan dengan agamaNya. Ini adalah hijrah pertama dalam Islam. (The Life of the Messenger of God)

Penghijrahan pertama berlaku dalam tahun kelima dari pengistirahan Islam, dalam tahun 615 M.

Raja Abyssinia mempersilakan pendatang Muslim dari Makkah ke dalam kerajaannya. Dia memberikan mereka perlindungan, dan kini mereka dapat menikmati keamanan, keselamatan dan kebebasan beragama di bawah naungannya. Lebih kurang satu tahun kemudian, Muslim di Abyssinia mendengar berita bahawa Quraish Makkah telah menerima Islam. Jika berita itu benar, maka tidak ada sebab mengapa mereka harus hidup di dalam buangan. Mereka rindukan tanah air, dan mereka membuat keputusan untuk kembali ke Makkah. Tetapi apabila mereka sampai di Makkah, mereka dapati bahawa bukan sahaja berita yang mereka terima adalah palsu malah pihak Quraish juga telah meningkatkan penyeksaan mereka terhadap Muslim. Maka mereka meninggalkan Makkah sekali lagi. Kini ramai Muslim lain menyertai mereka. Kumpulan yang baru ini mengandungi 83 lelaki dan 18 wanita. Muhammad Mustafa melantik sepupunya, Jaafar ibn Abi Talib, abang kepada Ali, sebagai ketua kumpulan ini.

Penghijrahan Muslim kali kedua ke Abyssinia berlaku dalam tahun keenam dari pengistiharan Islam, yang bersamaan dengan tahun 616 M.

Penghijrahan Muslim ke Abyssinia, dan sambutan yang baik kepada mereka di dalam istana negara tersebut telah mencemaskan Quraish. Mereka khuatir Muslim akan bertambah kuat atau mempunyai sekutu yang baru, dan kemudian, disuatu hari mereka akan kembali ke Makkah untuk menentang mereka [Quraish]. Untuk mengelakkan diri dari ancaman ini, seperti yang mereka lihat, mereka membuat keputusan untuk mengahantar perwakilan kepada istana raja Abyssinia, untuk memujuk supaya pelarian Muslim dipulangkan semula ke Makkah.

Pelarian Muslim yang mengharapkan supaya mereka ditinggalkan dengan aman, amat terkejut dengan kedatangan musyirik Makkah di ibu negeri Abyssinia, yang

53

Page 54: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

diketuai oleh Amr bin Aas. Amr telah membawa hadiah yang banyak untuk dipersembahkan kepada raja dan pembesar-pembesarnya supaya dia dapat bermesra dengan mereka.

Apabila raja menerima mengadap perwakilan Quraish, dia berkata bahawa Muslim di Abyssinia bukanlah pelarian dari penindasan tetapi pelarian dari keadilan dan perundangan Makkah, dan meminta kepada raja supaya memulangkan mereka kepada Makkah. Raja bagaimanapun hendak mendengar dari pihak yang satu lagi sebelum membuat keputusan, lalu memanggil Jaafar ibn Abi Talib ke istana untuk menjawab pertuduhan yang dikatakan terhadap Muslim.

Jaafar membuat satu pembelaan yang bersejarah. Berikut adalah ringkasan kata-kata beliau di dalam istana Abyssinia sebagai jawapan kepada soalan yang diajukan oleh raja kristian.

"Wahai Raja! Kami adalah manusia jahil dan kami hidup seperti binatang buas. Yang kuat di antara kami hidup dengan menindas yang lemah. Kami tidak mematuhi mana-mana perundangan dan juga penguasaan melainkan pada yang zalim dan kuat lagi berkuasa. Kami menyembah berhala yang diperbuat dari batu dan kayu, dan kami tidak tahu apa itu maruah manusia. Dan kini Tuhan dengan RahmatNya, telah menghantar kepada kami pesuruhNya, seorang daripada kami. Kami tahu akan kebenaran dan kejujurannya. Keperibadiannya menjadi contoh, dan dia adalah dari keturunan Arab yang terbaik. Dia mengajak kami menyembah kepada Tuhan yang Satu, dan dia melarang kami dari menyembah berhala. Dia menyuruh kami berkata benar, melindungi yang lemah, yang miskin, yang rendah diri, ibu tunggal dan anak yatim. Dia memerintahkan kami supaya menghormati kaum wanita, dan jangan hinakan mereka. Kami patuh dan mengikuti ajarannya. Kebanyakan dari penduduk dinegeri kami masih lagi musyirik, dan mereka benci terhadap penukaran kami kepada agama yang baru yang dipanggil Islam. Mereka mula menyeksa kami, dan untuk menyelamatkan diri dari seksaan mereka kami mencari dan mendapat perlindungan di dalam negara kamu."

Apabila Jaafar mengakhiri ucapannya, raja meminta beliau membacakan beberapa ayat yang telah diwahyukan kepada Rasul Muslim. Jaafar membacakan beberapa ayat dari Surah Maryam, Surah ke 19 dari Al-Qur’an al-Majid. Apabila raja mendengar ayat-ayat itu, dia berkata bahawa itu adalah sama seperti ayat-ayat dari kitab mereka. Raja kemudian mengatakan bahawa dia berpuas hati dengan penjelasannya dan menambah kepada Amr bin Aas yang membuat tuduhan, bahawa Muslim adalah bebas untuk tinggal dinegaranya selama yang mereka hajati.

Tetapi Amr bin Aas telah memikirkan beberapa strategi yang baru, yang mana dia amat yakin akan membalikkan timbangan dan menentang Jaafar. Pada keesokkan harinya, dia kembali semula ke istana dan berkata kepada raja supaya dia melepaskan perlindungannya terhadap Muslim kerana mereka menolak keadaan sebenar Christ [Nabi Isa], dan mengatakan bahawa dia adalah manusia seperti yang lain juga. Apabila di soal mengenai perkara ini oleh raja, Jaafar berkata: "Penilaian kami terhadap Isa adalah sama seperti Allah dan PesuruhNya, dari itu Isa adalah hamba Tuhan, NabiNya, RuhNya, dan arahanNya yang telah diberikan kepada Mariam, dara yang suci."

Raja berkata: "Isa adalah seperti apa yang kamu katakan tidak lebih dari itu." Kemudian dia berkata kepada para Muslim, katanya: "Pulanglah ke rumah kamu, dan hiduplah di dalam aman. Saya tidak akan memberikan kamu kepada musuh kamu." Dia enggan untuk memulangkan Muslim, tetapi telah menggembalikan semua hadiah yang dibawa oleh Amr bin Aas, dan meminta perwakilan itu pergi.

Washington Irving : Di antara pelarian ke Abyssinia adalah Jaafar, anak Abu Talib, abang kepada Ali, dan juga sepupu kepada Muhammad. Beliau adalah

54

Page 55: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

seorang yang fasih berbicara dan mumpunyai rupa yang tampan. Beliau berdiri di hadapan Raja Abyssinia, dan menjelaskan doktrin Islam dengan keberanian dan ketabahan. Raja seorang kristian Nestorian, mendapati doktrin itu banyak persamaan dengan kepercayaannya, dari itu dia telah menolak permintaan Quraiyshite jahiliah, iaitu memberikan pelarian kepada mereka, kini dia lebih memberikan keutamaan kepada Muslim dan perlindungannya, dan mengembalikan hadiah yang dibawa oleh Amr b. Aas dan Abdullah, serta menyuruh mereka pergi dari istananya. (Life of Mohammed) Muslim tinggal di Abyssinia untuk beberapa tahun dan hidup di dalam aman. Tiga belas tahun kemudian – dalam tahun ke 7 H. (628 M.) – mereka kembali, tidak di Makkah tetapi Madinah. Sampainya mereka serentak dengan penaklukan Khybar oleh tentera Muslim.

Jaafar ibn Abi Talib adalah ketua semua Muslim yang berhijrah ke Abyssinia dalam tahun 615 dan 616 M. Beliau adalah satu-satunya ahli dari Bani Hashim yang berhijrah ke Abyssinia bersama dengan pelarian yang lain. Kesemua ahli Bani Hashim yang lain tinggal di Makkah.

Montgomery Watt: Selain dari dua pengecualian, kesemua yang mula-mula memeluk Islam dan tinggal di Makkah [tidak berhijrah ke Abyssinia] adalah tergolong dari kumpulan lima suku kaum, yang diketuai oleh suku kaum Muhammad, Bani Hashim. Kumpulan ini seperti ‘kumpulan yang mulia’ ditubuhkan semula. Maka itulah tujuan penentangan terhadap pedagang terkemuka yang mengamalkan monopoli. (Mohammed, Prophet and Statesman, 1961)

55

Page 56: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

BAB 12

Hamza Menerima Islam – 615 M.

Muhammad, Rasul Allah, walaupun selamat di bawah perlindungan bapa saudaranya, Abu Talib, tetapi tidak bebas dari gangguan para musyirik. Bila-bila masa mereka mendapat peluang untuk menganggu baginda mereka tidak akan melepaskannya. Pada suatu ketika Abu Jahal mendapati baginda keseorangan, dia menggunakan bahasa yang amat kasar dan menghina kepada baginda. Pada petang yang sama apabila bapa saudara baginda, Hamza ibn Abdul Muttalib, pulang dari ekspedisi memburu, hamba wanitanya memberitahu kepada beliau cerita mengenai penghinaan-penghinaan yang melulu dari Abu Jahal dan biadapnya terhadap Muhammad, dan betapa sabarnya Muhammad, yang mana telah disaksikannya sendiri.

Hamza adalah seorang pahlawan, pemburu dan ahli sukan, dan dia kurang berminat terhadap keadaan harian di dalam kota. Tetapi kelakuan Abu Jahal terhadap anak saudaranya telah menaikan kemarahannya lalu dia mencapai busur panahnya dan pergi ke perhimpunan Quraish di mana Abu Jahal sedang menceritakan kejadian hari itu kepada rakan-rakannya. Hamza memukul kepalanya dengan busur panah, menyebabkannya berdarah, dan berkata: ‘Saya juga telah menjadi Muslim.’

Ini adalah satu cabaran kepada Abu Jahal, tetapi dia berpendirian bahawa berdiam diri lebih baik dari menunjukkan keberanian, dan tidak beradu kekuatan dengan Hamza, malah menahan sahabatnya yang ingin bangun untuk mempertahankannya.

Betty Kelen: Bapa saudara Muhammad, Hamza, seorang yang sebaya dengannya, telah dikatakan yang terkuat dan yang paling aktif dari Bani Quraish, wira mereka di dalam peperangan dan bersukan. Dia menghabiskan masanya berburu dibukit-bukit. Suatu hari apabila dia pulang dari berburu dengan busur panahnya berbuai dibahu, hamba wanitanya memberitahu bagaimana Abu Jahal telah menghimpunkan cacian di atas kepala anak saudaranya.

Hamza mendapati dirinya dipenghujung segala kesabaran. Dia suka kepada Muhammad, walaupun dia tidak memahami diri baginda. Dia berlari ke masjid, di mana dia melihat Abu Jahal duduk di antara rakan-rakannya. Dia mengangkat busur panah yang berat dan memukulkan kekepala Abu Jahal dengannya. ‘Adakah kamu akan menghina dia apabila saya memasuki agamanya?’ dia menjerit, dengan mengerak-gerakkan otot-ototnya di hadapan orang-orang Quraish.

Hamza menjadi seorang Muslim, dengan ini telah memberikan taring kepada agama tersebut. Sebahagian dari Quraish kini lebih berhati-hati di dalam memanggil Muhammad sebagai penyair. [Muhammad, the Messenger of God, 1975]

Hamza menjadi seorang Muslim yang bertaqwa dan wira Islam. Beliau adalah pasangan di dalam persenjataan kepada sepupunya yang seorang lagi, Ali, dan kedua mereka inilah yang telah membunuh ramai ketua-ketua Quraish di dalam peperangan Badr, yang akan berlaku beberapa tahun kemudian.

Di dalam peperangan Uhud, Hamza membunuh pembawa lambang jahiliah yang kedua, dan apabila mereka menyerbu ke dalam barisan Muslim, beliau mara ke dalam pertempuran tersebut. Beliau sedang bertempur melalui barisan-barisan musuh apabila beliau telah ditikam oleh tombak yang dilontarkan oleh Wahshi,

56

Page 57: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

seorang Abyssinia. Wahshi telah diupah untuk tujuan ini, oleh Hinda, isteri Abu Sufyan dan ibu kepada Muawiyah, dan oleh seorang lagi musyrik Makkah. Hamza gugur ke bumi dan terus syahid.

Setelah kekalahan Muslim pada hari tersebut, Hinda dan wanita-wanita jahiliah lain dari Makkah, mencincang mayat-mayat Muslim. Dia [Hinda] membelah perut Hamza, mengeluarkan hatinya, dan mengunyahnya. Dia juga memotong hidung, telinga, tangan dan kaki beliau, mengikatnya seperti ‘rantai leher’, dan memasuki Makkah dengan memakainya sebagai hadiah peperangan.

Muhammad Mustafa sangat sedih di atas kematian dan hancurnya jasad seorang penyokong kuat Islam seperti Hamza. Baginda menganugerahkan kepada beliau gelaran ‘Singa Allah,’ dan ‘Ketua bagi Para Syuhadah’

Hamza menerima Islam di dalam tahun kelima pengistiharannya.

57

Page 58: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

BAB 13

Umar Bertukar kepada Islam –616 M.

Peristiwa yang paling menarik dalam tahun ke 6 pengistiharan adalah pertukaran kepada Islam oleh Umar bin al-Khattab, bakal khalifah Muslim. Dia adalah salah seorang yang paling kuat memusuhi Islam dan Muhammad, Pesuruh Allah, dan yang di antara yang paling kejam menyakiti Muslim. Ahli sejarah Mesir moden, Amin Dawidar, mengatakan bahawa kebencian Umar terhadap Islam, dan permusuhannya kepada Muhammad, hanya setanding dengan kebencian dan permusuhan dari bapa saudara sebelah ibunya, Abu Jahal.

Telah dikatakan bahawa suatu hari di dalam keadaan yang amat marah, Umar berkeputusan untuk membunuh Muhammad, dan dengannya akan memadamkan api Islam itu sendiri. Dia meninggalkan rumah dengan niat ini.

Sebagaimana yang telah dinyatakan, Muslim pada ketika itu [pada hari-hari terakhir tahun ke 6] masih berkumpul di dalam rumah Arqam bin Abi al-Arqam untuk mendirikan solat jamaah. Mereka sedang mula untuk berkumpul apabila salah seorang darinya, melihat keluar tingkap, dan terlihat Umar datang menghala ke rumah dengan pedang yang terhunus. Di dalam keadaan yang cemas, dia memberitahu ahli-ahli yang lain di dalam jamaah apa yang di lihatnya. Katakanlah, mereka semua merasa cemas. Tetapi Hamza, yang juga hadir di dalam rumah Arqam, memberikan jaminan kepada mereka, dan berkata bahawa jika Umar datang dengan niat yang baik, maka tidaklah mengapa; tetapi jika tidak, maka dia [Hamza] akan menikam Umar dengan pedangnya [Umar] sendiri. Tetapi apa yang terjadi bahawa Umar telah datang dengan niat untuk menerima Islam, dan itulah yang dia dilakukan.

Ceritanya; telah dikatakan bahawa Umar sedang menuju ke Dar-ul-Arqam dengan niat untuk membunuh Muhammad apabila seorang yang lalu telah menahannya, dan memberitahu bahawa adik perempuannya sendiri serta suaminya telah menjadi Muslim, dan orang itu menasihatkannya supaya memperbetulkan rumahnya sendiri sebelum melakukan projek khayalan lain yang diperbesarkan.

Muhammad Husayn Haykal: Umar pergi ke sana [Dar-ul-Arqam] bertekad untuk membunuh Muhammad maka akan melepaskan Quraish dari beban tersebut, dan memperbaiki kembali perpaduan yang hancur, serta mengembalikan kehormatan untuk tuhan-tuhan mereka yang Muhammad telah cela. Di dalam perjalanan ke Makkah dia telah bertemu dengan Nu’aym ibn Abdullah. Setelah mengetahui apa yang Umar hendak lakukan, Nu’aym berkata, ‘Demi Tuhan, kamu telah menipu diri kamu, Wahai Umar! Apa kamu ingat bahawa Bani Abd Manaf akan membiarkan kamu tinggal hidup apabila kamu telah membunuh anak mereka Muhammad? Mengapa kamu tidak pulang ke rumah dan sekurang-kurangnya meluruskan kembali?’ [The Life of Muhammad Cairo, 1935]

Umar amat marah bila mendengar adik perempuan dan suaminya telah menjadi Muslim. Dia terus menukar arah dari rumah Arqam ke rumah adiknya untuk menyiasat tuduhan tersebut. Di dalam jawapan kepada soalannya, adik perempuan Umar telah memberi jawapan yang berhemat tetapi berdalih.

Ibn Ishaq: Umar sampai kepintu [rumah adiknya] sedang Khabbab [seorang sahabat Rasul] sedang mempelajari di bawah petunjuk adik Umar surah Taha dan juga pada ayat ‘Apabila matahari digulung’ [81:1] Orang musyrik biasanya akan mengatakan bacaan ini ‘karut’. Apabila Umar masuk, adiknya melihat bahawa dia

58

Page 59: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

bermaksud jahat maka dia menyembunyikan kepingan yang darinya mereka sedang membaca. Khabbab menyusup masuk ke dalam rumah. Umar bertanya apakah kata-kata merepek yang dia telah dengar, yang mana telah dijawab bahawa itu adalah perbualan di antara mereka….’ [The Life of the Messenger of God]Umar membara dengan kemarahan kepada apa yang dipercayainya sebagai suatu helah, dan memukul muka adiknya. Pukulan tersebut telah membuat mulutnya berdarah. Dia hendak memukul lagi, tetapi darah yang mengalir telah membuat dia terhenti. Tiba-tiba sahaja dia kelihatan menjadi lembut, dan kemudian di dalam nada yang berlainan, dia meminta ditunjukkan kepadanya apa yang mereka sedang baca. Adiknya merasakan ada perubahan di dalam diri abangnya tetapi dia berkata: ‘Kamu adalah seorang penyembah berhala yang kotor, dan saya tidak boleh membenarkan kamu menyentuh kalimah Allah.’

Umar terus berlalu dari situ, membersihkan diri, dan kembali ke rumah adiknya, membaca teks al-Quran, dan kemudian pergi ke rumah Arqam di mana dia secara rasmi menerima Islam.

Sir William Muir: berkata bahawa Umar bertukar kepada Islam berlaku pada penghujung tahun keenam misi rasul. Dia menambah yang berikut pada nota kaki:

Ianya berlaku [pertukaran agama Umar] di dalam Dhul Hujjah bulan yang akhir pada tahun tersebut. Mereka yang beriman telah dikatakan sekarang berjumlah semuanya 40 orang lelaki dan 10 orang wanita; atau pada jumlah yang lain 45 orang lelaki dan 11 orang wanita. [The Life of Mohammed, 1877, ms 95]Umar berusia lebih kurang 35 tahun apabila dia menjadi Muslim.

Muhammad Husayn Haykal: Pada ketika itu, [apabila dia telah bertukar kepada Islam] Umar ibn al-Khattab adalah seorang lelaki dewasa berumur di antara 30 ke 35 tahun. [The life of Muhammad Cairo, 1935]

Ramai Muslim mengatakan bahawa dengan bertukarnya Umar, Islam telah mendapat kekuatan yang baru, dan Muslim sekarang telah berani mencabar orang musyrik. Mereka kini boleh, menurut dari apa yang dikatakan, keluar dari tempat persembunyian mereka, dan bersolat secara terang-terangan di dalam kawasan Kabbah, atau lebih tepat lagi, adalah Umar sendiri yang membawa mereka keluar dari tempat persembunyian, dan mereka kini tidak takut kepada Abu Jahal atau sesiapa pun.

Muhammad Husayn Haykal: Muslim yang kembali dari Abyssinia telah melakukannya dengan dua sebab. Pertama, Umar ibn al-Khattab telah bertukar kepada Islam sejurus setelah mereka berhijrah. Bersama-samanya, dia [Umar] telah membawa kepada kumpulan Muslim keberanian, keazaman, dan pendirian yang sama, yang dengannya dia telah memerangi Muslim dahulu. Dia tidak pernah menyembunyikan pertukarannya dan tidak juga dia pernah menolak penentangan Quraish. Sebaliknya, dia menyatakan pertukarannya secara umum dan mencabar Quraish secara terbuka. Dia tidak bersetuju dengan cara Muslim menyembunyikan diri, bergerak secara rahsia dari satu penjuru ke satu satu penjuru Makkah, dan mereka mengadakan solat mereka di tempat yang jauh dan selamat dari sebarang serangan Quraish. Umar mula memerangi Quraish sebaik saja dia memeluk Islam, berterusan mengasakkan dirinya hampir ke Kaabah, dan melakukan solatnya di sana bersama dengan mana-mana Muslim yang memilih untuk bersama dengannya. [The Life of Muhammad. Cairo, 1935]

Tetapi tuntutan dan kenyataan yang aneh ini tidak mendapat sebarang sokongan dari pembuktian. Dan jika bukti mempunyai apa-apa erti, ianya berlaku seperti yang sebaliknya dari apa yang mereka katakan sendiri.

59

Page 60: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Sebahagian dari mereka mengatakan dengan cara yang lebih keterlaluan. Sebagai contoh, ahli sejarah Mesir, Amin Dawidar, berkata di dalam bukunya, ‘Pictures From the Life of the Messenger of God’, bahawa bertukarnya Umar kepada Islam adalah pukulan maut kepada Quraish.

Apa yang sebenarnya berlaku adalah dengan bertukarnya Umar kepada Islam, sejajar dengan permulaan gelombang baru keganasan yang berlaku terhadap para Muslim. Sedangkan sebelum pertukarannya, Muslim yang menjadi mangsa penyeksaan adalah mereka-mereka yang tidak mempunyai perlindungan, tetapi kini tidak ada Muslim yang terkecuali, bahkan Muhammad Mustafa sendiri, tidak terselamat dari kejahatan mereka-mereka yang musyrik.

Muhammad Husayn Haykal: Di dalam pengasingan mereka [di Abyssinia], mereka telah mendengar bahawa Umar telah bertukar dan Quraish telah memberhentikan penyeksaan terhadap Muhammad dan pengikutnya. Menurut dari satu laporan, bahawa sebahagian dari mereka telah pulang ke Makkah, menurut yang lain pula, kesemuanya. Setibanya mereka di Makkah, mereka dapati bahawa Quraish masih berterusan menyeksa kaum Muslim dengan kebencian yang bertambah dan kekuatan yang diperbarui. Kerana tidak tertahan, sebahagian dari mereka pulang ke Abyssinia, sedangkan yang lain masuk ke Makkah berselindung di waktu malam dan terus menyembunyikan diri. [The Life of Muhammad. Cairo, 1935]

Tetapi ini tidaklah semuanya. Lebih banyak lagi yang akan terjadi. Kini Muhammad Mustafa, Pesuruh Allah, tidak boleh lagi hidup di dalam kota Makkah. Yang sebenarnya, hanya seminggu lebih sahaja telah berlalu, semenjak bertukarnya Umar kepada Islam, apabila Muhammad berserta dengan semua ahli keluarga dan kaumnya, terpaksa meninggalkan Makkah, dan pergi ke tempat perasingan. Maka, teori bahawa bertukarnya Umar kepada Islam menyebabkan Muslim telah meninggalkan kedudukan berhati-hati dan mempertahankan diri dan sudah boleh mencabar para musyrik, adalah tidak bersesuaian dan menyalahi dengan fakta.

S. Margoliouth:‘……..kami tidak mempunyai rekod atau mana-mana peristiwa yang mana Umar menunjukan keberaniannya yang cemerlang, walaupun terdapat banyak contoh di dalam simpanan kami terhadap kekejaman dan kehausan darah; di peperangan Hunain dia melarikan diri, dan pada peristiwa yang lain dia terhutang nyawa pada kebaikan hati seorang musuh. [Mohammed and the Rise of Islam, 1931]

Professor Margoliouth:………telah membuat rujukan pada peristiwa apabila seorang musuh yang baik hati telah membebaskan Umar dari dibunuhnya. Dia pasti telah merujuk pada peperangan Khandak atau ‘Kepungan Terhadap Kota Madinah [627 M.].’ Di dalam peperangan tersebut, Ali ibn Abi Talib telah membunuh seorang General Makkah, Amr ibn Abd Wudd, dan rakan seperjuangan telah bergegas berundur melintangi parit yang digali. Apabila mereka sedang berundur, Umar cuba untuk mengejar seorang dari mereka. Pahlawan ini, yang sedang berundur, telah mendengar bahawa Ali tidak akan mengejar musuh yang sedang melarikan diri. Maka, dia sedar bahawa sesiapa yang mengejarnya, pasti bukan Ali. Dari perasaan ingin tahu, dia melihat kebelakang dan nampak bahawa itu adalah Umar yang sedang mengejarnya. Apabila dia melihat Umar, dia terus memutarkan kudanya untuk berdepan dengan Umar, dan ini telah membuat Umar terhenti. Pahlawan ini yang mengenali Umar telah berkata kepadanya, ‘Jika ibu saya tidak membuat saya bersumpah untuk tidak membunuh Quraish, kamu pastinya telah mati sekarang. Berterima kasihlah kepadanya, dan jangan lupa bahawa saya telah menyelamatkan nyawa kamu.’

60

Page 61: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Di sini kita hendaklah mengambil perhatian dan memikirkan, bahawa Hamza telah menerima Islam satu tahun sebelum Umar menjadi Muslim, dan dia telah menunjukkan, bertukarnya dia kepada Islam dengan memukul Abu Jahal, bapa saudara Umar sebelah ibu, dengan busurnya. Kita tidak mengharapkan Umar untuk mengikuti contoh Hamza dengan memukul bapa saudaranya, tetapi tidak terdapat rekod dan catitan sejarah yang dia memukul mana-mana musyrik yang menunjukan biadapnya mereka kepada Rasul Allah. Lebih-lebih lagi, apabila Hamza menerima Islam dan mencederakan Abu Jahal, Umar sendiri dikala itu seorang musyrik. Adalah menjadi tugasnya, atas nama ‘perpaduan kaum’, untuk mencabar Hamza, dan untuk mempertahankan kehormatan abang kepada ibunya. Lagi pun, menurut dari banyak kenyataan [tuntutan] yang diperkatakan, bahawa dia adalah seorang yang paling berani, yang paling ditakuti, yang paling cepat marah, dan yang paling keras kepala di dalam Makkah. Dari itu siapa lagi, Umar sahajalah yang seharusnya berani mencabar Hamza?

Tetapi cabaran itu tidak pernah tiba.

61

Page 62: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

BAB 14

Pemulauan Ekonomi dan Sosial terhadap Bani Hashim [616 – 619 M.]

Tahun ke 6 pengistiharan Islam akan berakhir. Kaum jahiliah telah menghabiskan masa selama tiga tahun berkempen menentang Islam. Mereka telah merasakan kebencian dan permusuhan yang amat mendalam terhadap Islam di dalam tiga tahun ini, tetapi hasil kempen terlalu sedikit, itupun kalau ada. Mereka telah menggunakan segala persenjataan di dalam menentang Muslim, dari pujuk rayu, kepada cacian dan kepada penghinaan, dari memperolokkan kepada ancaman penyeksaan dan kepada penyeksaan yang sebenarnya, tetapi semuanya gagal. Kekuatan keimanan para Muslim membinggungkan mereka.

Kegagalan mereka yang berulang kali, membuat Quraish mengkaji semula situasi berhubung dengan Muhammad dan Islam, dan sebahagian dari mereka cuba melihat permasalahan ini dari sudut yang baru. Di dalam mencari penyelesaian terhadap masalah yang menyakitkan hati, akhirnya mereka dapati bahawa musuh mereka bukanlah kumpulan manusia Makkah yang miskin dan rendah. Musuh mereka yang sebenar, musuh mereka-mereka yang menyembah berhala dan musyirik, [mereka sedar sekarang] adalah Abu Talib! Lagi pun Abu Talib yang melindungi Muhammad dan Islam dengan kuat dan bersungguh-sungguh. Sebaliknya Muslim tidak punya kuasa untuk melindungi Muhammad. Malah mereka sendiri yang mengharap dan memerlukan perlindungan.

Kejayaan di dalam "mengenali musuh" mempunyai kesan kesedaran kepada ketua-ketua Quraish di dalam kempen mereka menentang Islam, dan ini membolehkan mereka merangka strategi baru.

Abd-al-Rahman 'Azzam: Akhirnya, Ketua-ketua kaum Makkah memutuskan dengan marah untuk mengambil langkah menentang Abu Talib. Dalam pendapat mereka, beliaulah perlindung sebenar orang yang mereka benci, walaupun beliau masih memegang pada institiusi Makkah dan belum bertukar kepada kepercayaan Muhammad. Mereka sebulat suara bersetuju untuk menghantar kepada beliau kata penamat…. (The Eternal Message of Muhammad, London, 1964)

Jika dahulu, Quraish cuba untuk ‘mengasingkan’ Muhammad dari kaumnya, dan mereka telah berharap semoga dapat memujuk atau memperdaya Abu Talib supaya melepaskan sokongan beliau terhadap anak saudaranya dan juga kepada Islam. Jika mereka dapat mengasingkan Muhammad dari kaumnya, mereka yakin telah dapat menyelesaikan masalah yang komplek lagi menyakitkan ini dengan hanya ‘melenyapkan’ baginda [Rasul].

Tetapi Abu Talib tidak mengizinkan Quraish "mengasingkan" Muhammad. Bukan sahaja beliau sendiri yang melindungi anak saudaranya, malah beliau juga telah mengumpulkan kesemua ahli dari Bani Hashim di belakang baginda. Kaum Bani Hashim sebulat suara menyokong Muhammad, dan ketua Quraish mendapati diri mereka tidak berkuasa berhadapan dengannya.

Setelah berdebat dengan panjang lebar, Quraish bersetuju bahawa "kedegilan" Bani Hashim memerlukan pada tindakan yang lebih keras, dan mereka

62

Page 63: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

memutuskan untuk mengasing dan menyisih bukan sahaja Muhammad tetapi semua orang yang melindungi baginda iaitu Bani Hashim.

Tidak dapat dielakkan bahawa sebarang percubaan untuk menyisihkan Bani Hashim akan membawa kepada perpecahan di dalam kumpulan yang ada di Makkah. Setiap orang di Makkah akan mengistiharkan diri mereka menyokong atau menentang Bani Hashim. Tetapi tidak lama lagi akan diketahui bahawa di dalam persengketaan ini, Bani Hashim mendapati ke seluruh kaum Arab bersatu menentang mereka. Muhammad Husayn Haykal: Hampir mustahil untuk kita membayangkan betapa hebat dan besarnya usaha yang dilakukan oleh Quraish di dalam penentangan mereka terhadap Muhammad, atau kecekalan mereka di dalam pergelutan demikian yang memakan masa bertahun-tahun lamanya. Quraish mengancam Muhammad dan kerabatnya, terutama bapa-bapa saudaranya. Ia mencerca baginda dan pengkhabaran yang disampaikannya, dan menghina baginda dan pengikutnya. Ia mengarah para penyair supaya menghina baginda dengan syair yang tajam dan menikam jiwa mengenai ajaran baginda dengan sengat berbisa. Ia menzalimi dan menyeksa diri baginda dan diri pengikut-pengikut baginda. Ia menawarkan sogokan wang, kebangsawanan dan kuasa, dan kesemuanya, apa saja yang boleh memuaskan keinginan manusia yang paling memilih. Ia bukan sahaja melenyapkan dan menghalau pengikutnya dari negeri mereka sendiri tetapi menyekat mereka di dalam perniagaan dan perdagangan, menjadikan mereka muflis. Ia memberikan amaran kepada baginda dan pengikutnya bahawa peperangan dan segala bencana akan menimpa ke atas mereka. Itu sebagai tindakan terakhir, ia bermula dengan pemulauan ke atas mereka, ia direka supaya mereka akan kelaparan. (The Life of Muhammad, Cairo, 1935)

Beberapa hari sebelum permulaan tahun ke tujuh, ketua dari kaum-kaum Quraish bertemu dalam perhimpunan di ‘Dewan Bandaran’ Makkah, dan di sana, dengan persetujuan ramai, mereka mendraf dan menandatangani dokumen yang menegaskan bahawa Bani Hashim hendaklah menyerahkan Muhammad kepada mereka jika tidak mereka akan mengalami pemulauan ekonomi dan sosial. Mereka berikrar tidak akan membeli atau menjual apa sahaja kepada ahli Bani Hashim, dan mereka meletakkan larangan perkahwinan dengan kaum itu juga.

Perjanjian ini telah dihantar kepada suku kaum yang lain untuk disahkan. Apabila mereka telah mengesahkan, ia telah digantung pada tembuk Kaabah. Pengesahan terhadap perjanjian ini adalah suatu tindakan permusuhan!

Abu Talib dengan jelas dapat melihat satu sistem bencana sedang menimpa Bani Hashim. Suasana di Makkah telah menjadi begitu hangat seperti bahan letupan menanti saat untuk meledak, sehingga Bani Hashim mendapati diri mereka di dalam kesusahan. Abu Talib sedar, adalah tidak wajar untuk terus hidup dikota, di mana pada bila-bila masa, musuh boleh membakar rumah-rumah mereka. Demi untuk keselamatan kaumnya, beliau telah mengambil keputusan untuk meninggalkan Makkah dan mencari keselamatan disebuah lembah berhampiran Makkah yang mana kemudiannya dinamakan sebagai Sh’ib Abu Talib. Lembah ini mempunyai pertahanannya tersendiri, dan bagaimanapun di situ adalah lebih selamat dari terus tinggal di dalam rumah sendiri di Makkah yang mana mereka terdedah untuk diserang.

Pada hari pertama tahun ke 7, pengistiharan Islam, kedua suku kaum, Bani Hashim dan Bani al-Muttalib berpindah keluar dari Makkah dan mengambil sebuah lembah untuk menjadi tempat tinggal. Kaum ini di dalam kepungan. Ini adalah satu pengepongan yang lama!

Muhammad Husayn Haykal: Pakatan yang diambil oleh suku kaum Quraish untuk memulaukan Muhammad dan penghalangan terhadap Muslim, berterusan

63

Page 64: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

dilaksanakan selama tiga tahun berturut-turut. (The Life of Muhammad, Cairo, 1935)

Marmaduke Pickthall: Selama tiga tahun, Nabi telah terkepong bersama dengan kerabatnya, di tempat perlindungan yang terletak di dalam salah satu lembah yang menuju ke Makkah. (Introduction to the Translation of Holy Qur’an, 1975)

Cerita mengenai pengepongan Bani Hashim adalah bab yang menyentuh perasaan, terdapat di dalam puisi-puisi Islam, dan telah diperkatakan oleh setiap ahli sejarah mengenai peristiwa ini, di antara mereka: Sir William Muir:.....Quraish memulakan pakatan menentang Bani Hashim, bahawa mereka tidak akan mengahwini wanitanya, dan tidak juga memberikan wanita mereka untuk dikahwini oleh Bani Hashim; dan bahawa mereka tidak akan menjual apa-apa juga kepadanya dan tidak juga membeli darinya; dan segala bentuk perhubungan dengan Bani Hashim hendaklah dihentikan.

Sekatan ini dengan teliti mereka tuliskan, dan dimateraikan dengan tiga tanda. Apabila kesemua kaum telah mengikatkan perjanjian dengannya, maka salinan itu telah digantung di dalam Kaabah, dan sekatan agama telah mula dilaksanakan..

Bani Hashim tidak dapat menanggung alunan pendapat orang awam yang telah menjadi marah kepada mereka, dan ini mungkin boleh membawa kepada bermulanya serangan secara terbuka, atau pukulan dalam gelap yang amat membahayakan, maka mereka mengasingkan diri ke tempat terpencil dari kota, seperti Sheb Abu Talib. Kawasan ini terjadi dari pecahan atau lekuk yang terdapat pada gunung, di mana batu Abu Cobeis menjalar keluar dan menekan dibahagian timur persekitaran Makkah. Terdapat satu laluan yang rendah untuk ke kota, yang mana sukar untuk unta melaluinya. Dibahagian yang lain, ia tersisih dari kota oleh cerun dan bangunan.

Pada malam pertama dalam bulan satu tahun ke tujuh misi Muhammad, Bani Hashim, termasuk Nabi dan keluarganya berpindah ke tempat penginapan Abu Talib; dan bersama mereka diikuti pula oleh keturunan Al-Muttalib, saudara kepada Hashim. Pemulauan telah dikuatkuasakan dengan sepenuhnya. Kini Bani Hashim mendapati diri mereka kekurangan bahan makanan seperti jagong dan lain-lain keperluan untuk hidup; dan mereka kini benar-benar di dalam kesusahan…… stok barang simpanan mereka yang berkurangan hampir tidak dapat ditambah. Penduduk kota dapat mendengar tangisan kanak-kanak yang kelaparan di kawasan Sheb; … di antara kerabat Bani yang tersisih ini, terdapat beberapa orang yang berani, walaupun ada ancaman dari Coreish, mereka telah menghantar dari masa kesemasa bekalan ke tempat penginapan Abu Talib di waktu malam. Walaupun bahaya, Hakim, cucu Khuwalid akan cuba menghantar bekalan kepada emak saudaranya Khadijah. (The Life of Mohammed, London, 1877)

Pada permulaan pengepongan, Ali berusia 16 tahun, dan beliau telah ditugaskan dengan pekerjaan yang berat lagi merbahaya, iaitu mendapatkan bekalan makanan untuk kaumnya. Beliau telah menyabong nyawa untuk melaksanakan tugas tersebut; dan beliau akan membawa air dan bijiran pulang, jika beliau boleh mendapatkannya. Untuk satu kulit kambing air, beliau terpaksa membayar sekeping wang emas, dan beliau boleh dikatakan bertuah jika beliau berjaya membawanya pulang kelembah. Walau bagaimanapun usaha beliau hanya dapat meringankan sedikit sahaja dari penderitaan kaumnya.

Abu Talib sendiri tidak dapat tidur malam. Bagi diri beliau keselamatan diri anak saudaranya lebih penting dari segalanya. Apabila Muhammad tertidur, Abu Talib akan mengejutnya, dan menyuruh baginda tidur di tempat tidur salah seorang

64

Page 65: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

dari anaknya yang empat, dan mengarahkan anaknya supaya tidur di tempat baginda. Sejurus kemudian dia akan mengejutkan anak saudaranya lagi untuk beralih tempat tidur, ke tempat anaknya yang lain pula.

Beliau menghabiskan sepanjang malam memindahkan Muhammad dari satu tempat tidur ke tempat tidur yang lain. Beliau amat berhati-hati terhadap musuhnya; mereka sangat keras hati, pengkhianat, dengki dan pendendam. Dari itu beliau tidak memandang rendah kepada mereka. Jika seorang dari mereka dapat masuk kelembah tersebut dengan hasrat untuk membunuh Muhammad, besar kemungkinan anak Abu Talib akan terbunuh. Abu Talib dan isteri bersedia untuk mengorbankan anaknya demi keselamatan Muhammad.

Terdapat juga ketika di mana Ali, dengan keberanian dan kecekapannya, tidak dapat mencari sebarang makanan, maka kanak-kanak dan juga orang dewasa terpaksa berlapar. Tetapi lapar dan dahaga adalah perkara biasa di dalam lembah tersebut. Apabila mereka mendapat air para ibu akan merebus daun kering untuk menyenangkan anak-anak mereka yang menangis. Tangisan kanak-kanak yang lapar dapat didengari di luar kawasan lembah, ini disambut oleh Abu Jahal dan Umayyah dengan gelak yang besar. Mereka merasa bangga di atas kejayaan mereka menjadikan kanak-kanak Bani Hashim menangis untuk mendapatkan makanan dan juga air.

Pemberian yang sangat berharga bagi kaum yang tersisih ini selama tiga tahun adalah air. Air adalah utama untuk hidup, dan kedua kaum ini menerimanya dari Khadijah. Beliau berikan kepada Ali kepingan wang emas untuk membeli air. Keperhatinan beliau terhadap orang-orang yang di sekelilingnya telah diperlihatkan sendiri dengan beberapa cara. Beliau berdoa kepada Tuhan supaya merahmati mereka yang di dalam kepungan. “Berdoa” adalah strategi beliau apabila menangani kesusahan. Ini adalah satu strategi yang mudah tetapi berkesan.

Sekali sekala, beberapa orang sahabat Bani Hashim yang berada di Makkah, akan cuba menyeludupkan makanan kelembah itu, tetapi jika pihak musyirik mendapatnya, barangan mereka akan dirampas..

Seorang dari sahabat Bani Hashim di Makkah adalah Hisham ibn Amr al-Aamiri. Beliau membawakan makanan dan air kepada mereka seberapa kerap yang boleh. Masa yang dipilihnya untuk menghantar makanan adalah beberapa jam sebelum fajar; tetapi akhirnya beliau tertangkap juga oleh Quraish, dan mereka mengancam untuk membunuhnya jika beliau berterusan membawa unta yang sarat dengan makanan kelembah tersebut untuk Bani Hashim.

Seorang lagi sahabat sulit Bani Hashim adalah Hakim ibn Hizam, anak saudara Khadijah. Beliau dan hambanya membawa makanan dan air kepada Khadijah yang terus sahaja memberikan kepada kanak-kanak.

Abul Bukhtari adalah seorang sahabat Hakim. Dia juga membawa barangan keperluan kepada Bani Hashim. Satu malam dia dan Hakim sedang mengenderai unta ke lembah tersebut apabila Abu Jahal telah menyerkap mereka. Dia memberitahu mereka bahawa barangan mereka berserta unta akan dirampas. Pada mulanya Abul Bukhtari cuba memujuk Abu Jahal dengan kata-kata, tetapi dia tidak mahu mendengar apa-apa dari beliau. Dia menyekat laluan untuk kelembah tersebut dan tidak membenarkan mereka untuk melaluinya. Abul Bukhtari cuba merempuh Abu Jahal, dan ini telah memulakan pergelutan yang sengit di antara mereka. Pergaduhan seperti ini kerap berlaku berhampiran dengan lembah tersebut, tetapi beberapa orang sahabat Bani Hashim yang berada di kota tidak lemah semangat dengan peristiwa ini, dan mereka akan lakukan apa sahaja yang boleh untuk menghantar bantuan kepada sahabat mereka Bani Hashim.

65

Page 66: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Hisham bin Amr al-Aamiri, Hakim bin Hizam, dan Abul Bukhtari, bukannya Muslim, tetapi mereka tidak mahu melihat kanak-kanak atau hamba Bani Hashim mati disebabkan oleh kelaparan, dan mereka sanggup menyabong nyawa untuk membawakan makanan dan air ke Shi’b Abu Talib. Mereka juga gembira untuk membiayai operasi bantuan ini selama tiga tahun, dan sebagai balasan, mereka hanya menghendaki keselamatan kepada kaum yang terkepong.

Perlu dinyatakan di sini bahawa kemarahan dan kebencian kaum Quraish, Umayyah bukan ditujukan kepada Muslim tetapi terhadap Bani Hashim. Tujuan mereka untuk menghancurkan Islam. Tetapi mereka tidak dapat menghancurkan Islam tanpa membunuh Muhammad. Mereka telah banyak membuat percubaan tetapi semuanya gagal kerana baginda tidak tercapai oleh mereka. Baginda selamat di dalam “kubu” yang dibina oleh Abu Talib dan Bani Hashim untuk Baginda. Bani Umayyah dengan tepat menuduh Bani Hashim sebagai bertanggungjawab di atas segala kegagalan dan kekecewaan mereka di dalam peperangan terhadap Islam, dan tidak memberi peluang kepada mereka untuk menamatkan pergelutan yang begitu pahit dan lama terhadapnya.

Terdapat ramai Muslim yang tidak terjumlah di dalam Bani Hashim, yang tinggal di Makkah. Mereka tidak pergi ke Sh’ib Abu Talib bersama dengan Bani Hashim. Sebahagian di antara mereka telah dikatakan sebagai hartawan, berkuasa dan berpengaruh, dan kesemua mereka mengatakan bahawa mereka menyintai Rasul, tetapi anehnya, tidak seorang dari mereka datang berjumpa dengan Rasul, jauh sekali untuk membawa bantuan kepada baginda yang di dalam kepungan selama tiga tahun. Mereka bergembira menikmati kesenangan dan keselamatan di rumah mereka di kota, selama tiga tahun, sedang Rasul, Muhammad Mustafa, hidup dihujung pedang, dikelilingi oleh musuh-musuhnya yang dahagakan darah baginda, dan di dalam keadaan cemas, tidak mengetahui apakah bencana yang akan menimpa terhadap diri dan kerabatnya di keesokkan hari.

Pengepongan terhadap Bani Hashim telah ditamatkan tiga tahun kemudian, dalam tahun 619 M., dan kaum itu telah kembali ke kota Makkah. 10 Tahun telah berlalu semenjak Muhammad [s.a.w] pertama kali mengistiharkan misinya. Sekatan Quraish telah gagal untuk menghasilkan apa yang dihajati. Ahli Bani Hashim masih ingkar dan moral mereka masih tinggi. Adalah tidak terfikir oleh mereka, pada penghujung sekatan, sama seperti dipermulaan pemulauan, untuk menyerahkan Muhammad kesayangan mereka kepada pihak musuh.

Bani Hashim dan Bani al-Muttalib kembali ke rumah mereka di Makkah selepas tiga tahun. Selama tiga tahun tersebut harta Khadijah dan Abu Talib yang banyak telah habis. Mereka terpaksa memulakan kehidupan yang baru, dengan apa yang ada sedikit demi sedikit.

Jika ketua Quraish meninggalkan sekatan bukanlah disebab ada “kelembutan hati” di pihak mereka. Mereka meninggalkan sekatan disebabkan ada kuasa lain yang menentangnya. Berikut adalah kenyataan penyampai yang terawal telah diberikan, di dalam biografi Rasul Islam oleh Muhammad ibn Ishaq, di atas peristiwa yang membolehkan kepulangan ke Makkah kaum Bani Hashim dan Bani al-Muttalib dari Shi’b Abu Talib selepas tiga tahun dalam buangan.

Pembatalan pemulauan

"Bani Hashim dan Bani al-Muttalib berada di dalam Shi'b (tempat persembunyian digunung) setelah kaum Quraish membuat perjanjian untuk menyisihkan mereka. Kemudian sebahagian dari ahli Quraish sendiri mengambil langkah untuk membatalkan pemulauan terhadap mereka. Tiada yang lebih bersusah payah dari Hisham Bin Amr ... di sebabkan bahawa beliau adalah anak dari seorang saudara kepada Nadla b. Hashim b. Abd Manaf dari pihak ibunya dan berkait rapat dengan

66

Page 67: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Bani Hashim. Beliau amat disanjungi oleh kaumnya. Saya telah mendengar bahawa apabila kedua kaum, Bani Hashim dan Bani al-Muttalib, berada di tempat perlindungan mereka di Shi’b, beliau akan membawa unta penuh dengan makanan pada waktu malam, apabila beliau sampai dipermulaan lembah, beliau akan membuka tali kekang unta dan memberikan pukulan yang kuat pada sisinya, yang membuatkan unta itu lari ke dalam lembah kepada mereka yang terkepong. Dia akan melakukan yang sama dilain masa dengan muatan pakaian pula.

Dia pergi berjumpa Zuhayr B. Abu Umayyah B. Al-Mughira, ibunya bernama Atika anak perempuan Abdul Muttalib, dan berkata: ‘Adakah kamu berpuas hati, dapat makan makanan dan memakai pakaian, sedang kamu tahu keadaan bapa saudara kamu di sebelah ibumu? Mereka tidak boleh berjual beli atau memperkahwinkan. Demi Tuhan, jika mereka adalah bapa saudara Abu'l-Hakam b. Hisham (Abu Jahal), dan kamu meminta mereka untuk melakukan apa yang mereka minta kamu lakukan, dia tidak akan bersetuju dengannya.’ Dia (Zuhayr) berkata, ‘Jahanam kamu, Hisham, apa yang boleh saya lakukan? Saya hanya seorang. Demi Tuhan, jika saya dapat seorang yang akan menyokong saya, pasti saya akan membatalkan perjanjian itu.' Dia [Hisham] berkata, ‘Saya telah menjumpai orang itu, saya.' ‘Cari yang lain,' katanya. Maka Hisham pergi berjumpa Al-Mutim B. Adiy dan berkata, ‘Adakah kamu berpuas hati dua kaum Bani Abd Manaf akan terhapus sedang kamu kelihatan seperti bersekutu mengikut Quraish? Kamu akan dapati, tidak lama lagi mereka akan melakukan yang sama ini kepada kamu' Dia (Mutim) memberikan jawapan yang sama seperti Zuhayr dan meminta orang keempat.

Maka Hisham pergi berjumpa Abu’l Bukhtari B. Hisham yang kemudian meminta orang kelima, dan kemudian kepada Zama’a B. Al-Aswad B. Al-Muttalib, yang meminta orang keenam, dan mengingatkan mereka terhadap tanggungjawab kekeluargaan. Dia bertanya sama ada terdapat yang lain lagi, sanggup bersetuju untuk berkerja sama di dalam tugas ini. Dia memberikan nama-nama mereka yang lainnya. Mereka semua bersetuju untuk berjumpa di waktu malam berhampiran dengan Hujun, di atas Makkah, dan apabila mereka berjumpa, mereka semua berikrar akan mempersoalkan mengenai dokumen tersebut sehingga mereka dapat membatalkannya.

Pada keesokan hari, apabila manusia telah berkumpul, Zuhayr mengenakan pakaian dan mengelilingi Kaabah tujuh kali; kemudian maju kehadapan dan berkata: ‘Wahai penduduk Makkah, adakah kita hendak terus makan dan pakai pakaian sedang Bani Hashim mati kelaparan, tidak boleh berjual beli? Demi Tuhan, saya tidak akan rehat sehingga dokumen yang zalim ini dikoyakkan! Abu Jahal menjerit: ‘Kamu pendusta. Janganlah ia dikoyakkan.'

Zama'a berkata: "Kamu pendusta yang lebih besar lagi, kami tidak menghendaki dokumen ini walaupun diketika pertama kali ia ditulis dan ditandatangani. Abu'l Bukhtari berkata, ‘Zama'a benar. Kami tidak puas hati dengan dokumen ini ketika ia dituliskan, dan kami masih tidak berpuas hati sekarang.'

Al-Mutim menambah: "Kamu berdua adalah benar, dan jika ada sesiapa yang mengatakan sebaiknya dia adalah pendusta. Kami mengambil Allah sebagai saksi bahawa kami melepaskan diri dari semua pendapat yang dituliskan di dalam dokumen ini." Hisham mengatakan yang sama juga dan disokong oleh rakan-rakannya.

Kemudian al-Mutim pergi kepada dokumen tersebut dan mengoyakkannya. Dia dapati bahawa ulat telah memakannya melainkan perkataan, “Dengan nama Mu Wahai Allah.” Ini adalah adat kebiasaan bagi Quraish untuk memulakan penulisan. Penulis dokumen itu adalah Mansur b. Ikrima."

67

Page 68: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Mutim ibn Adiy mengoyakkan dokumen Quraish sehingga hancur. Kepingannya telah diterbangkan oleh angin dan tidak ada yang tinggal darinya. Ini adalah satu tindakan yang memerlukan keyakinan dan keberanian, keyakinan bahawa Bani Hashim yang tidak bersalah adalah mangsa kezaliman, permusuhan dan persengketaan; dan berani - untuk menentang Quraish. Tindakannya adalah isyarat bahawa sekatan terhadap Bani Hashim telah berakhir, dan ahlinya kini boleh kembali ke kota. Mutim sendiri dan wira muda dari kaumnya menunggang dengan lengkap berpakaian perang, pergi kelembah untuk mengiring Muhammad Mustafa dan kesemua ahli dari kedua kaum, Bani Hashim dan Bani al-Muttalib kembali ke Makkah, ke rumah mereka.

Dr. Muhamad Hamidullah menulis dimuka surat 10 bukunya, Pengenalan Kepada Islam, diterbitkan oleh International Islamic Federation of Student Organizations, Salimiah, Kuwait (1977):

Selepas tiga tahun, empat atau lima orang yang bukan Islam, lebih berperikemanusiaan dari yang lainnya dan mereka dari kaum yang berlainan, telah menyatakan dengan secara terbuka penolakan mereka terhadap sekatan yang zalim ini.

Dr. Hamidullah telah menyifatkan kegagalan sekatan ini kepada perasaan perikemanusiaan “empat atau lima orang yang bukan Islam” Mereka, telah dikatakan sebagai, “lebih berperikemanusiaan dari yang lainnya.” Dia memang benar. Tetapi adakah mereka [yang bukan muslim ini] lebih berperikemanusiaan, dari Muslim yang diketika itu hidup bersenang-senang di Makkah?

Sungguh memeranjatkan, dan susah hendak dipercayai, bahawa jawapan kepada soalan yang tidak menyenangkan ini adalah benar. Lebih-lebih lagi, selain dari lima wira ini, kesemuanya bukan Muslim, perasaan kemanusiaan ini tidak dirasai oleh penduduk Makkah yang lainnya, Muslim dan bukan Muslim, untuk menentang Quraish dan bertindak membela Bani Hashim.

Terdapat satu lagi soalan iaitu, mengapa Zuhayr menganggap dirinya sendirian?

Apabila Hisham pertama kali menimbulkan perkara untuk membatalkan perjanjian jahiliah supaya memulaukan Bani Hashim, kepada sahabatnya, Zuhayr, dan mencelanya sebagai tidak berperasaan terhadap penderitaan yang dideritai oleh Bani Hashim, dan di atas kegagalannya untuk bertindak bagi menamatkan penderitaan yang dialami mereka, yang terkemudian [Zuhayr] berkata, "Jahanam kamu, Hisham, apa yang dapat saya lakukan? Saya hanya seorang. Demi Tuhan, jika saya dapat seorang yang akan menyokong saya, saya pasti akan membatalkannya.'

Jawapan Zuhayr mengandungi penuh rahsia. Mengapa dia menganggap dirinya bersendirian? Mengapa dia tidak membuat percubaan untuk mendapatkan sokongan dari Muslim, yang banyak terdapat di Makkah? Menurut dari ahli sejarah, sebahagian dari Muslim di Makkah adalah orang yang berkedudukan dan berharta, dan telah banyak memberikan tamparan yang hebat kepada kaum jahiliah. Tetapi atas sebab-sebab yang sungguh misteri, ini tidak terfikir oleh Zuhayr atau sahabat-sahabatnya untuk melibatkan Muslim ini di dalam ‘kumpulan’ mereka yang membuat sekatan yang lama terhadap Bani Hashim ditamatkan.

Zuhayr dan sahabatnya telah berjaya di dalam usaha mereka untuk membawa Bani Hashim semula ke kota. Tetapi dengan tindakan ini, mereka juga telah menunjukkan bahawa kaum Muslim yang tinggal di Makkah, tidak boleh diharapkan untuk menyelamatkan Muhammad atau pun Islam.

68

Page 69: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Ini adalah satu dari paradoks [mustahil tetapi benar] yang paling aneh di dalam sejarah Islam, bahawa tangan yang mencapai dan mengoyakkan perjanjian musyirik untuk memulaukan dan menyisih Bani Hashim, bukan kepunyaan mereka yang ‘beriman’ tetapi tangan mereka yang ‘kafir,’ Mutim ibn Adiy! Mereka, Mutim mahupun keempat-empat orang sahabatnya iaitu Hisham ibn Amr, Zuhayr b. Abu Umayyah, Abu'l Bukhtari b. Hisham, dan Zama'a b. Al-Aswad, bukanlah orang Muslim. Tetapi kesemua mereka wira yang berperikemanusiaan, dan mereka tidak turut sama di dalam kezaliman yang dilakukan terhadap Bani Hashim. Mereka tidak berhenti sehingga keadilan dipulihkan semula di Makkah.

Sebenarnya kelima wira ini bukannya Muslim. Tetapi mereka, hanya mereka sahaja yang mempunyai keberanian dan daya usaha untuk menegakkan prinsip Islam iaitu prinsip bagi keadilan. Mereka menegakkan keadilan, dan dengan tindakan keperwiraan mereka ini, maka telah terciptalah sesuatu untuk diri mereka di dalam sejarah Islam.

Muslim Makkah, sebaliknya tidak bertindak malah tidak membantah di atas tindakan Quraish yang menangani dengan sewenangnya, mengusir Bani Hashim dari Makkah. Mereka kekal begitu selama tiga tahun, berdiam diri dan melepas tangan. Tindakan mereka, seolah telah dikawal oleh perasaan berhati-hati. Dari itu apa yang mereka lakukan adalah tunggu dan lihat, peristiwa yang berlaku, seperti pemerhati yang tidak berminat

69

Page 70: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

BAB 15

Matinya Khadijah dan Abu Talib – 619 M.

Terima kasih di atas keberanian dan keperwiraan lima wira makkah, ahli dari Bani Hashim kini boleh hidup di rumah mereka sendiri sekali lagi. Mereka belum lagi sembuh dari penderitaan hidup di dalam buangan di lembah pergunungan selama tiga tahun, apabila Khadijah, isteri, sahabat, dan rakan Muhammad Mustafa, pesuruh tuhan, penyelamat bagi Islam dan juga Muslim, jatuh sakit dan meninggal dunia. Di sepanjang hidupnya, beliau hidup di dalam kesenangan dan kemewahan, tetapi tiga tahun dalam buangan adalah masa yang paling tertekan bagi dirinya yang akhirnya telah memakan korban.

Seperti yang dikatakan dahulu, Khadijah adalah wanita pertama di seluruh dunia untuk menyatakan bahawa Tuhan itu Esa, dan Muhammad adalah pesuruhNya kepada semua manusia. Kehormatan dan kegemilangan sebagai yang ‘Pertama Beriman’ di seluruh dunia adalah kekal kepunyaannya. Beliau telah mengorbankan kesenangan, kekayaan dan tempat tinggalnya untuk Islam; dan kini seumpama beliau telah mengorbankan nyawanya juga untuk Islam. Tidak diragukan, jika beliau terus tinggal di rumahnya yang besar dan mewah di Makkah, dikelilingi oleh pesuruh wanita, mungkin beliau dapat hidup lebih lama lagi. Tetapi beliau memilih untuk berdiri disamping suami dan kaumnya, dan berkongsi kepahitan hidup bersama mereka. Semasa sekatan, bukan sahaja beliau terpaksa berlapar dan dahaga tetapi juga menahan teriknya matahari dimusim panas dan sejuknya dimusim dingin, bahkan tiada siapa pernah mendengar sepatah rungutan dari beliau, dan beliau tidak pernah hilang ketenangannya. Sama ada di waktu baik atau buruk, berharta atau papa, beliau sentiasa kelihatan riang. Beliau terus riang ketika di dalam buangan. Kesusahan dan tekanan hidup tidak pernah mengubah keperibadiannya. Keperibadian beliaulah yang menjadi sumber kekuatan, kesenangan dan semangat untuk suaminya di masa-masa yang gelap di dalam hidup baginda.

Di dalam tahun-tahun pemulauan, Khadijah telah menghabiskan kekayaannya yang banyak untuk membeli barang keperluan seperti makanan, air dan pakaian untuk kaum suaminya. Apabila beliau pulang ke rumahnya, duit yang terakhir telah dibelanjakan; dan apabila beliau meninggal, tidak ada duit di dalam rumah untuk membelikan kain kafannya. Jubah suaminya telah digunakan untuk mengkhafankan beliau, dan beliau telah dikebumikan dengannya.

Muhammad Mustafa tidak mengahwini mana-mana wanita semasa hidupnya Khadijah, dan jika beliau tidak mati, besar kemungkinan baginda tidak mengahwini wanita-wanita yang lain.

70

Page 71: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Edward Gibbon: Semasa 24 tahun perkahwinan mereka, suami Khadijah yang muda menahan diri dari haknya untuk berpoligami, dan kebanggaan atau kelembutan wanita yang berusia ini tidak pernah dicerca oleh masyarakat yang menentang. Selepas beliau meninggal, Rasul meletaknya di dalam kedudukan empat wanita yang sempurna, bersama saudara perempuan Musa, Bonda Nabi Isa, dan Fatimah anak perempuan kesayangan baginda. (The Decline and Fall of the Roman Empire)

Sir John Glubb: Khadijah adalah orang pertama yang bertukar kepada agama Muhammad. Dari saat pertama pengistiharan baginda, sehinggalah beliau meninggal dunia sembilan tahun kemudian, beliau tidak pernah merasa sangsi. Setiap kali baginda dihina atau ditentang, baginda tahu dengan pasti, apabila baginda pulang ke rumah di waktu petang, baginda akan bertemu dengan isteri yang riang dan penuh kasih sayang. Beliau selalu bersedia dengan penuh keyakinan untuk memulihkan semula semangat dan meringankan beban ketakutan yang dialami baginda. (The Life and Times of Mohammed, New York, 1970) Ibn Ishaq, seorang penulis biografi Rasul, berkata bahawa apabila telah bersambung semula wahyu dari Ilahi, setelah terhenti berikutan dari wahyu pertama, Khadijah menerima penghormatan dan salam kesejahteraan dari Tuhan. Pengkhabaran itu telah nyatakan kepada Muhammad oleh Jibrail, dan apabila baginda sampaikan kepada Khadijah, beliau berkata: "Keamanan bagi Tuhan (as-Salam), dan dari Dia semua keamanan, dan semoga keamanan bagi Jibrail."

Muhammad Mustafa setiasa mengingati Khadijah dengan kecintaan, kasih sayang dan penghargaan. Ketika beliau jatuh sakit, baginda telah berjaga sepanjang malam, merawat, menenangkan serta berdoa untuk beliau. Baginda memberitahunya bahawa Tuhan telah membinakan sebuah istana dari mutiara di syurga untuk beliau. Pemergian beliau telah memenuhi hati baginda dengan kesedihan.

Khadijah meninggal dunia pada 10hb Ramadan, tahun ke 10hb pengistiharan Islam. Beliau telah dikebumikan di Hujun di atas Makkah. Setelah dikebumikan, Rasul sendiri telah meratakan tanah perkuburannya.

Sebulan setelah perginya Khadijah, Rasul menerima satu lagi tamparan dengan meninggalnya Abu Talib, bapa saudara dan juga penjaganya. Abu Talib adalah benteng Islam semenjak dari kelahirannya. Dengan perginya mereka berdua, Khadijah dan Abu Talib, ini adalah tamparan dan penderitaan yang terbesar yang baginda perlu tanggungi di dalam lima puluh tahun hidup baginda. Baginda menggelar tahun pemergian mereka sebagai "Tahun Kedukaan."

Tahun 619 M. telah menjadi tahun kedukaan untuk Muhammad Mustafa di dalam banyak pengertian. Perginya orang yang dicintai adalah perkara biasa untuk berduka. Tetapi dalam kes baginda, dengan perginya kedua sahabat ini, bukanlah satu pengalaman subjektif sahaja. Baginda akan segera sedar pengertian tiadanya mereka dengan turutan peristiwa-peristiwa tambahan.

Ibn Ishaq: Khadijah dan Abu Talib meninggal pada tahun yang sama, dan dengan perginya Khadijah, telah diikuti dengan banyak bencana, kerana beliau adalah penyokong baginda di dalam Islam, baginda akan menceritakan kepada beliau segala kesusahannya. Dengan perginya Abu Talib, baginda kehilangan kekuatan dan pembantu di dalam kehidupan peribadinya dan pertahanan serta penyelamat dari penentangnya. Abu Talib meninggal tiga tahun sebelum baginda berhijrah ke Madinah, dan diketika itulah puak Quraish mula bertindak secara ganas kepada baginda, apa yang dahulunya mereka tidak berani lakukan, ketika hidupnya bapa saudara baginda. Kanak-kanak yang rosak akhlak telah membaling debu di atas kepala baginda.

71

Page 72: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Hisham dan yang disampaikan oleh bapanya, Urwa, telah memberitahu saya bahawa Rasul telah masuk ke dalam rumahnya dan berkata, "Quraish tidak pernah melakukan begini kepada saya ketika Abu Talib masih hidup." (The Life of the Messenger of God)

Washington Irving: Muhammad kini mengerti dengan kehilangan yang dialaminya, di dalam kematian Abu Talib yang bukan sahaja seorang saudara yang disayangi, tetapi seorang yang teguh dan pelindung yang berkuasa, pengaruhnya besar di Makkah. Dengan kematian beliau tiada siapa boleh mengimbangi permusuhan Abu Sufian dan Abu Jahal kepada baginda.

Nasib Muhammad kini bertambah gelap di tempat kelahirannya. Khadijah, pembantu pertama, sahabat yang ikhlas diketika bersendirian dan kesunyian, serta yang taat beriman di dalam ajarannya, telah meninggal; begitu juga dengan Abu Talib, yang menjadi pelindung baginda yang setia. Dengan kehilangan perlindungan dari beliau, Muhammad telah menjadi, dalam perkataan lain penjenayah di Makkah, terpaksa menyembuyikan diri, dan kekal menjadi beban kebajikan kepada mereka, yang mana ajarannya telah menyebabkan mereka ditindas. Jika kepentingan dunia menjadi objektif baginda, bagaimanakah ini boleh dicapai? (Life of Mohammed)

Di dalam menyatakan bahawa Muhammad telah menjadi "beban kebajikan kepada mereka, yang mana ajarannya telah menyebabkan mereka ditindas," yang disebutkan oleh ahli sejarah di atas, kami tidak bersetuju dengan pendapatnya. Muhammad tidak pernah menjadi beban kepada sesiapa dan pada bila-bila masa. Ahli dari kaumnya, Bani Hashim, menganggapnya satu keutamaan dan kehormatan untuk melindungi dan mempertahankan baginda dari musuhnya.

Sir William Muir: Pengorbanan yang Abu Talib dedahkan diri dan keluarganya untuk anak saudaranya, sedang dia masih sangsi dengan misinya, telah menunjukkan keperibadiannya yang tinggi dan terbuka. Pada masa yang sama mereka mempunyai bukti yang kukuh di atas kejujuran Muhammad. Abu Talib pasti tidak akan bertindak sedemikian untuk kepentingan seorang penipu, kerana beliau mempunyai banyak cara untuk meneliti sesuatu.

Apabila ketua yang disanjungi merasakan kematian telah hampir, beliau memanggil semua keluarganya, anak-anak Abd al-Muttalib, menyerahkan perlindungan anak saudaranya kepada mereka; dan setelah melepaskan amanahnya, meninggal dengan aman, dan telah dikebumikan di sebelah perkuburan Khadijah. Muhammad menangis kesedihan, dan bukan tanpa sebab. Untuk selama empat puluh tahun beliau telah menjadi sahabat baginda yang setia, penyokong ketika kanak-kanak, penjaga ketika remaja dan kemudian menjadi benteng pertahanan baginda. Tidak berimannya beliau telah menjadikan pengaruh beliau lebih kuat. Selagi beliau hidup, Muhammad tidak perlu takut pada penganiayaan atau serangan. Tetapi kini tidak ada lagi tangan yang kuat untuk melindungi baginda dari musuhnya. Khadijah kedua boleh dicari tetapi Abu Talib kedua adalah mustahil. (The Life of Mohammed, London, 1877)

Sir John Glubb : Rasul berusaha bersungguh-sungguh memujuk Abu Talib untuk menyebutkan penyaksian Muslim, tetapi beliau terus berdiam diri sehingga beliau meninggal. Abu Talib pada kami mempunyai karektor yang menarik. Bercakap lepas, taat dan bersimpati, beliau menanggung banyak penderitaan, kerugian dan penentangan di dalam melindungi anak saudaranya, walaupun beliau tidak mempercayai apa yang baginda sampaikan. Beliau tidak dianggap sebagai wira oleh Muslim, kerana beliau mati sebagai jahiliah. Bagaimanapun, jika tidak disebabkan oleh keazamannya yang teguh di mana beliau berdiri disamping anak saudaranya, Islam mungkin telah mati ketika di dalam buaiannya lagi. (The Life and Times of Mohammed, New York, 1970)

72

Page 73: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Saya telah menyebutkan yang di atas dari Sir William Muir dan Sir John Glubb secara tepat [verbatim]. Mereka mengatakan bahawa Abu Talib mati sebagai jahiliah. Jika diminta menunjukkan bukti untuk kenyataan yang sedemikian, mereka akan merujuk kepada Bukhari. Bukhari mengatakan bahawa apabila Abu Talib di atas ranjang kematiannya, Rasul menggesa beliau untuk menjadi Muslim, tetapi beliau berkata, dengan melakukan demikian akan memberi aib kepada beliau terhadap kawan-kawan Quraishnya.

Pengarang hadith [tradisi] ini telah terlupa satu perkara. Abu Talib akan mati, dan tahu yang beliau tidak akan berjumpa dengan kawan-kawan Quraishnya lagi. Beliau tahu yang beliau akan berjumpa dengan yang Menjadikan. Pada saat seperti ini pasti beliau tidak menghiraukan perihal Quraish. Hasrat beliau di dalam hidupnya adalah untuk mendapatkan keredaan Tuhan dan beliau telah buktikan dengan perbuatan, lebih dari sesiapa yang dapat buktikan dengan hanya sebutannya, bahawa keimanannya adalah di dalam ke Esaan Tuhan, dan misi Muhammad, sebagai pesuruhNya, kepercayaannya adalah seperti gunung yang tidak bergoncang. Abu Talib mempunyai iman yang teguh di dalam Islam. Pertaliannya dengan Islam telah ditunjukkan dengan pendirian beliau, dan oleh fakta yang diterima akal [logik].

Tidak ada siapa yang boleh mencintai Muhammad dan berhala dalam satu masa; cinta yang dua ini adalah saling khusus. Dan tidak apa siapa yang boleh mencintai Muhammad dan membenci Islam. Cinta kepada Muhammad dan benci kepada Islam tidak boleh ada bersama. Sesiapa yang mencintai Muhammad, mesti, tidak dapat dielakkan, mencintai Islam. Begitu juga tidak ada siapa yang membenci Muhammad dan mencintai Islam. Kenyataan yang sedemikian adalah amat mustahil.

Jika terdapat satu perkara yang tidak diragukan di dalam sejarah Islam, itu adalah cinta Abu Talib kepada Muhammad. Seperti yang telah dinyatakan dahulu, Abu Talib dan isterinya, Fatimah bint Asad, mencintai Muhammad lebih dari mencintai anak mereka sendiri. Keduanya, suami dan isteri, sentiasa bersedia untuk mengorbankan anak mereka untuk keselamatan Muhammad. Cinta yang sedemikian hanya mempunyai satu matlamat, iaitu kepercayaan kepada Muhammad dan Islam. Isteri Abu Talib, Fatimah bint Asad, ibu angkat Muhammad, adalah wanita kedua untuk menerima Islam, yang pertama adalah Khadijah.

Abu Talib merasa bangga Tuhan telah memilih Muhammad, anak saudaranya Abdullah, dari semua makhluk untuk menjadi PesuruhNya yang terakhir kepada manusia. Muhammad yang paling dicintai dan menjadi kebanggaan bapa saudaranya, Abu Talib.

Keagungan perbuatan Abu Talib adalah bahagian terpenting di dalam sejarah Islam. Tidak ada sejarah Islam yang sempurna atau benar jika tidak dimuatkan peranan beliau, sebagai pelindung Muhammad dan pertahanan bagi Islam. Perbuatan beliau adalah testimoni [bukti] yang jelas terhadap keimanan beliau kepada Allah dan pesuruhNya.

Semoga Allah merahmati hambanya yang taat, Khadijah; Abu Talib dan isterinya, Fatimah bint Asad. Ketiga-tiga mereka adalah "alat" yang melaluinya Dia memperkuatkan Islam, dan menjadikannya berdikari.

73

Page 74: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

BAB 16

Lawatan Muhammad Ke Ta’if

Lebih dari 10 tahun telah berlalu semenjak Muhammad mula menyebarkan Islam. Kejayaan baginda di dalam 10 tahun ini boleh dikatakan hanya sedikit, anggaran yang telah bertukar, kurang dari 170 lelaki dan wanita di Makkah. Tetapi setelah kematian isterinya, Khadijah, dan bapa saudaranya, Abu Talib, ianya kelihatan seperti Quraish akan merampas semula apa juga kejayaannya yang ada dari tangannya. Makkah telah menunjukkan permusuhannya terhadap Islam, dan terlintas juga kepada Rasul bahawa, mungkin baginda harus mencuba untuk menyebarkan kepercayaan yang baru ini di dalam kota yang lain pula. Kota yang terdekat adalah Ta’if, 70 batu di Tenggara Makkah, dan baginda pergi ke sana dipenghujung tahun 619 M. Zaid bin Haritha pergi bersamanya.

Di Ta’if, Muhammad, Pesuruh Allah, bertemu dengan ketiga-tiga ketua suku kaum di sana, dan mengajak mereka untuk meninggalkan berhala mereka yang banyak, dan menerima akan satunya Tuhan, dan untuk menghapuskan perbezaan yang diada-adakan oleh manusia pada tinggi dan rendahnya darjat, dan untuk mempercayai pada persamaan dan persaudaraan semua manusia.

Ketua-ketua Ta’if adalah manusia-manusia yang sombong dan bongkak, dan bahkan mereka tidak mahu langsung mendengar kepada Muhammad. Mereka menyambut baginda dengan celaan dan penghinaan serta melepaskan baginda kepada penduduk-penduduk kota yang berperangai buruk. Mereka melontar baginda bersama Zaid dengan kayu dan batu. Berkeadaan luka-luka dan diliputi darah, Muhammad melangkah keluar dari Ta’if. Apabila baginda di luar tembok kota, baginda hampir tumbang tetapi seorang tukang kebun telah membawa baginda ke pondoknya, mencuci luka-luka baginda, dan membiarkan baginda berehat supaya dapat memulihkan tenaganya semula sebelum memulakan perjalanan yang sukar di antara Ta’if dan Makkah.

Tetapi apabila Muhammad sampai dipersekitaran Makkah, baginda merasakan bahawa baginda tidak boleh masuk semula ke Makkah, kota tempat asalnya kerana bapa saudaranya, Abu Talib, tidak ada di sana untuk melindunginya. Permusuhan musyrik terhadapnya telah sampai ketitik terakhir. Dia sedar bahawa jika baginda memasuki Makkah, baginda akan dibunuh.

Muhammad tidak dapat masuk kekota tempat tinggalnya, dan tidak ada tempat yang lain baginda boleh pergi. Apakah yang perlu baginda lakukan sekarang? Di dalam keadaan yang terdesak, Muhammad menghantar berita kepada tiga orang

74

Page 75: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

kenamaan di dalam kota meminta setiap dari mereka untuk mengambil dirinya di bawah perlindungan mereka. Dua dari mereka menolak tetapi yang ketiga, Mutim ibn Adiy yang perkasa, membalas isyarat baginda yang di dalam kecemasan. Itu adalah Mutim yang sama yang telah, terdahulu, mencemuh ketua-ketua Quraish dengan mengoyakkan sehingga hancur perjanjian untuk memulaukan [boikot] Bani Hashim, dan juga yang telah membawa kedua-dua suku kaum Bani Hashim dan Bani al-Muttalib dari Sh’ib Abu Talib pulang semula ke kota.

Mutim mengarahkan anak-anaknya, sepupunya dan orang-orang muda yang lain dari sukunya untuk memakai baju perang. Dia kemudian mengepalai perarakkan dengan persenjataan yang lengkap untuk berperang, keluar dari kota. Dia membawa Muhammad Mustafa bersamanya, pertama pergi ke Kaabah di mana baginda membuat tawaf tujuh kali mengelilinginya, dan kemudian mengiringi baginda pulang ke rumah.

Abd-al-Rahman ‘Azzam: Tidak seorang pun dari ketua-ketua Makkah, yang mana Muhammad meminta perlindungan untuk masuk ke kota dengan selamat, yang menghulurkan pertolongan, tetapi seorang ketua jahiliah yang baik hati, al-Mut’im ibn ‘Adi, telah mengambil baginda di bawah perlindungannya dan membawa baginda pulang. Maka Muhammad memasuki semula Makkah, dengan dikawal oleh musyirik! [The Eternal Message of Muhammad, diterbitkan oleh New English Library, London, 1964]

Sir John Glubb: Di Ta’if Rasul telah dikejar dan direjam dengan batu. Sekarang dia takut untuk pulang ke Makkah kerana dia tidak lagi menikmati perlindungan Abu Talib, dia menghantar berita kepada beberapa ketua musyrik yang terkenal, meminta perlindungan mereka. Dua menolak tetapi akhirnya Mutim ibn Adi, ketua suku Nofal, Kaum Quraish, bersetuju melindunginya. Pada keesokkan hari, dia, anak-anak dan sepupunya telah pergi dengan penuh bersenjata ke tempat lapang Kaabah, dan mengumumkan bahawa Muhammad di bawah perlindungannya. Perlindungan dari Mutim ibn Adi telah membolehkan Rasul kembali ke Makkah. [The Life and Times of Mohammed, New York, 1970]

Permintaan Muhammad Mustafa, Rasul Allah, sekembalinya dari Ta’if, kepada Mutim ibn Adi, seorang yang bukan Muslim, meminta perlindungan darinya, menimbulkan sekali lagi, persoalan yang amat tidak menyenangkan, di dalam keadaan di mana yang sebenarnya telah tertumpu segala penunjuk kepada attitiut [keperibadian] dan tingkah laku Muslim Makkah. Mengapa Rasul tidak meminta dari mana-mana mereka untuk mengambil baginda di bawah perlindungan mereka, walaupun sebahagian dari mereka telah dikatakan sebagai kaya dan berpengaruh, dan sebahagian yang lain telah dikatakan sebagai yang digeruni oleh orang musyrik? Mengapa Rasul meminta perlindungan dari yang bukan Muslim, dan tidak memberitahu langsung kepada mereka yang Muslim bahawa baginda ingin memasuki semula Makkah dan baginda memerlukan perlindungan?

Atau soalan lain! Mengapa para Muslim sendiri tidak pergi kepintu kota dan mengiringi rasul mereka pulang ke rumahnya? Di sini mereka punya peluang yang baik untuk menunjukkan kepada baginda bahawa mereka adalah layak untuk dipercayai walaupun baginda menganggap bahawa mereka tidak boleh dipercayai. Tetapi mereka telah melepaskan peluang itu. Mereka tidak melakukan apa-apa yang boleh menunjukkan bahawa mereka mempunyai perasaan [mengambil berat] terhadap keselamatan baginda.

Arab jahiliah, bagaimanapun, tidak kurang dari peranan mereka, pada keberanian dan keperwiraan. Kualiti ini telah tertanam di dalam Mutim ibn Adi, Abul Bukhtari dan sebahagian yang lain. Mereka adalah pahlawan Arab, dan keberanian merekalah yang telah membuat negara ini terkenal diabad yang akan datang. Arab jahiliah tidak menghasilkan pemuka-pemuka yang lebih terhormat dari

75

Page 76: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

mereka-mereka ini. Bahkan Muslim juga harus mengakui terhutang budi kepada mereka. Lagi pun merekalah yang mencabar Quraish di dalam keadaan yang amat kritikal di dalam kehidupan Rasul Islam. Di dalam melakukan itu, mereka hanya didorong oleh perasaan keberanian. Mereka menganggap adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk mempertahankan yang lemah.

Kegagalan di Ta’if sangat mengecewakan Rasul, dan baginda menyedari bahawa jika tidaklah kerana keberanian Mutim ibn Adi yang mencampuri urusannya, baginda mungkin tidak dapat masuk kembali ke Makkah sama sekali. Kepada pemerhati biasa, ianya kelihatan seperti Rasul telah sampai kepenghujung ketabahan dan kesabarannya. Kemajuan kepada Islam telah terhenti, dan pemandangan untuk masa depannya tidak kelihatan, suram.

Tetapi adakah Muhammad telah mengalah kepada kekecewaan di dalam mengahadapi kegagalan yang berterusan dan di dalam penentangan yang ganas dari musyirik? Begitulah lazimnya jika dia mengalah. Tetapi baginda tidak. Baginda tidak pernah berputus asa dari rahmat Allah yang tiada terhingga. Baginda tahu yang baginda sedang melaksanakan tugas Allah, dan baginda merasa sungguh pasti bahawa Dia akan membimbingnya keluar dari keadaan yang tidak berdaya dan tidak mempunyai harapan kepada kejayaan dan kegemilangan.

Ketika berada di dalam suatu keadaan yang paling gelap dan amat mengecewakan di dalam hidupnya, Muhammad, Rasul Allah, telah dinaikkan oleh Tuhan ke langit yang tinggi, mungkin ini adalah suatu pengiktirafan kepada penolakannya untuk menerima kekalahan di dalam melaksanakan tugas. Tuhan menganugerahkan kepada pesuruhNya dengan Isra’ dan Me’raj. Isra’ adalah perjalanan malamnya dari ‘masjid yang suci’ kepada ‘masjid yang jauh’ [Masjid al-Aqsa]; dan Me’raj adalah naiknya ke langit. Isra’ dan Me’raj adalah bayangan pendahuluan kepada kejadian sejarah yang teragung yang telah dibayang-bayangkan, walaupun pada ketika itu tidak ada cara pada memahaminya.

Maksud Me’raj secara sufi [mistik] adalah pergelutan yang berterusan, jiwa seseorang menentang kejahatan. Ianya mungkin mempunyai kepincangan dan kegagalannya. Tetapi jika ianya benar pada dirinya, dan benar pada kepercayaannya, Dia akan memberikan kejayaan kepadanya di dalam menentang kejahatan.

Maka cerita mengenai Me’raj adalah permulaan yang sesuai terhadap perjalanan jiwa manusia di dalam kehidupan. Langkah pertama di dalam perjalanan ini adalah dibawa melalui tingkah laku moral, satu rasa tanggungjawab peribadi terhadap kebajikan sesama insan, berkhidmat kepada Tuhan dengan cara berkhidmat kepada makhluk yang dijadikanNya, dan menyedari bahawa Dia bersama kita di sepanjang masa.

Isra’ telah dirujuk di dalam ayat pertama surah 17 di dalam Quran al-Majid sebagai berikut:

‘Maha suci Tuhan yang telah membawa hambaNya untuk perjalanan dimalam hari dari majidil haram ke masjid yang jauh yang Kami telah berkati kawasannya, supaya Kami dapat tunjukkan sebahagian dari tanda-tanda Kami kepadanya: Kerana Allah maha mendengar dan maha melihat.’

Isra’ dan Me’raj berlaku pada malam 27 Rejab [bulan ketujuh kalendar Islam] pada tahun 12 pengkhabarannya iaitu satu tahun sebelum penghijrahan Rasul dari Makkah ke Madinah.

76

Page 77: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

BAB 17

Cahaya Baru bagi Islam.

Yathrib adalah sebuah pekan di padang pasir lebih kurang 250 batu ke Utara Makkah. Di dalam tahun 620 M. enam orang Yathrib menziarahi Makkah untuk haji. Perjumpaan dengan secara kebetulan [tidak dirancang] dengan Muhammad telah membawa mereka bertukar kepada Islam. Mereka memberitahu baginda bahawa mereka telah meninggalkan Yathrib di dalam keadaan yang sangat genting dan peperangan boleh meletus pada bila-bila masa. Tetapi mereka menyatakan harapan mereka supaya Tuhan dapat mengembalikan keamanan kepada kota mereka melalui PesuruhNya. Mereka juga berjanji akan kembali ke Makkah dan berjumpa dengan baginda pada tahun yang akan datang.

Ini adalah permulaan Islam di Yathrib.

Apabila enam Muslim yang baru ini pulang ke Yathrib, mereka bercerita dengan saudara-saudara dan kawan-kawan mereka mengenai Islam, dan mendapati bahawa mereka bersedia, bahkan berminat untuk mendengar. Satu tahun kemudian, apabila musim haji tiba, 12 warga Yathrib termasuk enam orang yang terdahulu, melawat Makkah. Di antara mereka terdapat dua orang wanita. Mereka bertemu dengan Pesuruh Allah di Aqaba. Baginda menerangkan secara ringkas kepada mereka bab agama di dalam Islam. Inilah yang dikatakan perjanjian Pertama Aqaba.

Muslim-muslim ini dengan jujur meyakinkan Rasul Allah bahawa:Mereka tidak akan menyekutukan apa-apa dengan Allah;Mereka tidak akan menyembah apa-apa melainkan Allah;Mereka tidak akan merompak atau mencuri;Mereka tidak akan membunuh anak-anak perempuan mereka;Mereka tidak akan menghina orang lain;Mereka tidak akan merendahkan wanita;Mereka akan sentiasa jujur dan bersih; Mereka akan taat kepada Allah dan RasulNyaDan mereka akan sentiasa setia kepada baginda di sepanjang masa.

Mereka yang baru menerima Islam meminta Rasul Allah menghantar beberapa orang guru bersama mereka ke Yathrib untuk mengajarkan kepada mereka Quran dan juga ajaran mengenai Islam. Baginda menghantar Mas’ab ibn Umayr, salah seorang bapa saudaranya. [Mas’ab adalah sepupu bapanya], bersama kumpulan

77

Page 78: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

ini untuk mengembangkan Islam di Yathrib. Misi Mas’ab berjaya, dan ramai keluarga di Yathrib menerima Islam.

Ini adalah kali pertama bahawa Muhammad Mustafa telah memilih seorang pegawai. Professor Margoliouth berkata bahawa Mas’ab ibn Umayr adalah yang pertama seorang pegawai di dalam Islam.

Perjanjian kedua Aqaba

Di dalam tahun 622 M., 75 warga Yathrib datang ke Makkah di dalam musim haji. Rasul bertemu dengan mereka di tempat yang sama di Aqaba di mana baginda telah bertemu kumpulan 12 orang setahun sebelumnya. Kesemua mereka, 75 lelaki dan wanita ini juga telah menerima Islam. Mereka berikan kepada baginda janji setia mereka, dan mempelawa baginda ke Yathrib.

Bapa saudara Rasul, Abbas ibn Abdul Muttalib, ada bersama baginda pada ketika itu. Dia telah dikatakan sebagai berkata kepada ‘tuan rumah’ dari Yathrib: ‘Muhammad telah dipandang mulia oleh kaumnya. Jika kamu akan bersama dengannya di dalam senang dan susah, bawalah dia bersama kamu ke Madinah; jika tidak, maka lupakanlah segala idea tersebut.’

Seorang ketua dari Yathrib, Bera’a ibn Ma’rur. Dia berkata: ‘Apabila kami kanak-kanak, permainan kegemaran kami adalah pedang dan tombak.’ Seorang lagi ketua, Abul Haithum, mencelah dengan berkata: ‘ Wahai Pesuruh Allah! Apa akan terjadi, apabila Islam menjadi besar dan kuat? Adakah kamu akan meninggalkan Yathrib dan kembali ke Makkah?’

Muhammad Mustafa tersenyum dan berkata: ‘Tidak, darah kamu adalah darahku, dan darahku adalah darah kamu. Dari hari ini kamu adalah saya dan saya adalah kamu, dan saya tidak akan berpisah kumpulan dengan kamu.’

Muslim Yathrib berpuas hati dengan pengesahan yang diberikan kepada mereka oleh Muhammad Mustafa, dan mereka pulang ke Yathrib untuk menyebarkan Islam di antara kaum mereka. Islam mula membuahkan kemajuan di Yathrib. Ianya kelihatan seperti agama yang baru ini telah menjumpai syurga di dalam kota tersebut, Rasul menyarankan kepada mangsa penindasan di Makkah untuk berhijrah ke sana. Mengikuti saranan baginda, Muslim mula meninggalkan Makkah, di dalam kumpulan yang kecil, dan untuk tinggal di dalam rumah mereka yang baru di Yathrib.

Perjanjian kedua Aqaba adalah mercu tanda di dalam sejarah Islam. Ianya adalah pangkalan yang mana perahu kecil Islam telah dapat berlabuh akhirnya, setelah dipukul gelombang selama 13 tahun di dalam lautan yang bergelora bersama dengan jahiliah di tanah Arab.

78

Page 79: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

BAB 18

Penghijrahan

Apabila kebanyakan Muslim telah meninggalkan Makkah dan menginap di Yathrib, telah dilihat oleh musyirik bahawa Islam kini bertapak di sebuah wadi ke utara mereka, dan telah boleh berdikari, ini menjadi satu ancaman terhadap kepentingan perdagangan mereka di Syria. Mereka melihat Islam sebagai ‘bencana’ baru yang muncul di utara. Dari itu mereka mengadakan perjumpaan di dewan bandaran, di mana mereka membincangkan cara yang paling berkesan untuk menghapuskan bencana ini. Selepas berdebat, mereka bersetuju dengan sebulat suara, bahawa untuk menghapuskan bencana yang baru ini, adalah dengan menghapuskan pengarangnya – diri Muhammad itu sendiri – ketika baginda masih berada di Makkah. Keputusan ini telah menimbulkan beberapa persoalan lain, seperti siapa yang akan membunuhnya, bagaimana, bila dan di mana? Mereka bincangkan persoalan ini dengan lebih lanjut, serta mempertimbangkan beberapa pilihan lain yang ada, dan akhirnya memutuskan, sekali lagi dengan sebulat suara, iaitu seorang wira dari setiap kaum dan suku yang tinggal di Makkah dan persekitarannya, akan dipilih; kesemua mereka akan menyerang rumah Muhammad serentak, dan membunuhnya, sebelum fajar pada keesokkan hari. Tindakan bersepadu begini, mereka yakin, akan ‘melemahkan’ Bani Hashim, yang tidak akan mampu untuk memerangi kesemua mereka pada masa yang sama sebagai membalas dendam terhadap pembunuhan Muhammad..

Bagaimana pun Rasul telah bersedia untuk menghadapi keadaan seperti ini. Setelah diberitahu mengenai rancangan Quraish untuk membunuh baginda, oleh seorang yang telah bertukar kepada Muslim secara rahsia, baginda telah memanggil sepupunya yang setia, Ali ibn Abi Talib, memberitahu beliau rancangan Quraish, dan juga rancangan baginda untuk memperdayakan mereka. Rancangan baginda adalah untuk menempatkan Ali di tempat tidurnya, dan kemudian keluar dari rumah pada ketika berpeluang. Quraish yang melihat Ali ditutupi oleh selimut, akan menyangka bahawa Muhammad sedang tidur. Baginda juga meminta Ali untuk memulangkan semua barangan simpanan musyirik yang ada padanya, kembali kepada tuannya, dan kemudian meninggalkan Makkah dan bertemu dengan baginda di Yathrib. Ali faham semuanya, dan Rasul kemudian menyerahkan beliau kepada perlindungan Tuhan.

Muhammad Husayn Haykal : Orang-orang muda yang Quraish sediakan untuk membunuh Muhammad telah mengepung rumah baginda, mereka khuatir baginda dapat melarikan diri. Pada malam penghijrahan, Muhammad memberitahu rancangannya kepada Ali ibn Abi Talib dan meminta beliau menutup

79

Page 80: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

badannya dengan selimut baginda yang berwarna hijau, dan tidur dikatilnya. Baginda juga menyuruh beliau tinggal di Makkah sehingga beliau telah pulangkan semua barang berharga yang disimpan dengan Muhammad kepada pemiliknya. (The Life of Muhammad, Cairo, 1935)

Marmaduke Pickthall : Para pembunuh berada di rumah baginda (Muhammad). Baginda berikan selimut baginda kepada Ali, menyuruh beliau baring di atas katilnya supaya sesiapa yang melihat ke dalam akan menyangka bahawa Muhammad yang berada di sana. (Introduction to the Translation of Holy Qur’an, Lahore, 1975)

Musyirik mengepung rumah Muhammad. Mereka melihat ke dalam dan mendapati tubuh badan yang ditutupi selimut, dan berpuas hati bahawa ‘buruan’ mereka masih selamat. Masa yang sesuai untuk Rasul menyelamatkan diri tiba, selepas tengah malam apabila yang berkawal tertidur. Baginda dengan perlahan berjalan melepasi mereka, keluar dari kawasan rumahnya.

Musyirik yang berkawal telah lalai, dan Rasul Allah telah berjaya melepaskan diri dari kawalan mereka!

Ali tidur di tempat tidur Rasul sepanjang malam. Sejurus sebelum fajar, para pembunuh musyirik menyerbu ke dalam rumah dengan pedang terhunus untuk membunuh Rasul. Tetapi mereka terkejut dan kecewa tidak terkata apabila mereka mengetahui bahawa yang tidur itu adalah Ali bukannya Muhammad. Mereka menangkap Ali untuk disoalsiasat dan mungkin juga untuk diseksa. Tetapi kapten mereka memberitahu bahawa Muhammad belum jauh melarikan diri, dan mungkin mereka masih punya masa untuk menangkap baginda, jika mereka tidak membuang masa yang berharga menyoal Ali, yang kemudiannya telah dilepaskan. Peristiwa ini diraikan di dalam sejarah Islam sebagai Hijrah.

M. Shibli, seorang ahli sejarah India yang terkenal, menulis di dalam biografi Rasul Allah: ...musyirik Makkah benci kepada Muhammad, tetapi mereka percaya kepadanya. Sesiapa yang mempunyai barang berharga, mereka membawa dan menyimpannya kepada Muhammad. Baginda adalah ‘bank’ mereka. Baginda tahu mengenai rancangan Quraish untuk membunuhnya. Baginda memanggil Ali dan berkata: "Allah telah memerintahkan saya supaya pergi ke Yathrib. Kamu tidurlah dikatil saya dan esok pulangkan semua simpanan orang Makkah kepada pemiliknya." Situasi ini mempunyai bahaya yang besar. Ali juga tahu bahawa Quraish telah memutuskan untuk membunuh Rasul Allah pada malam itu, dan untuk tidur dikatil baginda adalah seperti menempah maut. Tetapi bilakah Ali pernah takut kepada mati? Penakluk Khybar ini telah tidur di tempat maut dengan lenyaknya seperti yang beliau belum pernah rasakan sebelum ini di sepanjang hidupnya. (Life of the Apostle of God, Azamgarh, India, 1976)

Rasul tidak punya masa untuk menerangkan kepada Ali secara khusus, berapa banyak yang ada di dalam simpanannya, dan kepada siapa harus dipulangkan. Mencukupi untuk baginda memberitahu Ali supaya memulangkan segala simpanan kepada pemiliknya, dan beliau dapat melakukan. Sama seperti jamuan Dhul-'Asheera, apa yang Rasul perlu lakukan hanya meminta Ali mengundang ketua-ketua suku kaum dari Bani Hashim. Tidak ada arahan khusus yang perlu. Ali terus faham apa yang ketuanya perlukan dari beliau. Dengan diamanahkan untuk mengembalikan simpanan orang Makkah kepada pemiliknya, adalah bukti bahawa Ali dipercayai dan ‘setiausaha sulit’ kepada Rasul Islam walaupun sebelum penghijrahan ke Yathrib.

Jika hijrah menunjukkan ketaatan Ali yang tidak berbelah bagi kepada ketuanya, Muhammad, ianya juga telah memaparkan keberanian beliau. Musuh yang berkawal mungkin telah membunuh beliau kerana mempercayai bahawa beliau adalah Muhammad atau setelah mengetahui bahawa beliau bukan Muhammad

80

Page 81: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

telah membunuh beliau disebabkan oleh rasa kecewa dan marah. Beliau faham semuanya, tetapi buat diri beliau tidak ada cabaran yang lebih besar, jika beliau dapat menyelamatkan diri Rasul Tuhan. Di atas ketaatan dan keberanian inilah beliau telah memenangi wahyu di dalam Al-Qur’an al-Majid. Qur’an telah memberikan penghormatan terhadap ketaatan dan keberanian yang ditunjukkan oleh beliau dimalam hijrah seperti berikut:

Dan di antara manusia terdapat seorang yang menjual nyawanya untuk memenangi keridhaan Allah. Allah amat pengasih kepada hambaNya. (Surah 2; ayat 207)

Razi, pengulas Qur’an yang terkenal, berkata di dalam bukunya Tafsir Kabir (vol. II, ms 189) bahawa ayat ini telah diwahyukan sebagai penghargaan terhadap khidmat Ali yang cemerlang pada malam penghijrahan, apabila beliau membolehkan untuk Muhammad, Rasul Allah, meninggalkan Makkah. Disebabkan oleh Ali, baginda dapat berhijrah dengan selamat.

Pada malam yang bersejarah itu, perdagangan yang misteri dan aneh telah berlaku, yang pertama dan terakhir seumpamanya di dalam seluruh sejarah manusia. Ia adalah jual-beli di antara Allah dengan seorang dari hambaNya. HambaNya itu adalah Ali ibn Abi Talib.

Pada malam yang gelap, hening lagi sepi, Allah telah datang ke ‘pasar’ sebagai ‘pembeli’. Dia datang untuk membeli ‘komoditi’ tertentu. HambaNya Ali datang ke ‘pasar’ sebagai ‘pedagang’. Misinya: untuk menjual ‘komoditi’ yang Allah cari. ‘Komoditi’ itu adalah nyawanya!

Allah, ‘pembeli’ melihat kualiti ‘komoditi’ dan mendapatinya yang terbaik. Dia lalu memutuskan untuk membelinya diketika itu juga. Dia membayar ‘harganya’ kepada ‘pedagang’ dan ‘komoditi’ itu berpindah tangan, sama seperti perniagaan yang lain. Semenjak dari saat itu ‘komoditi’ – nyawa Ali – bukan lagi miliknya, dan telah menjadi harta Allah yang khusus. Penjualan dan pembelian di antara Tuan dan hamba telah selesai, dan telah memuaskan kedua-dua pihak.

Terdapat juga ‘saksi’ di dalam urusan ini. Iaitu para malaikat dan bintang – terlalu banyak – yang melihat dari tempat kedudukan mereka. Dengan rasa kagum dan hormat melihat Ali menjual nyawanya kepada Allah. Al-Qur’an al-Majid menjadi "jurucakap" kepada manusia yang dibumi, dan merakamkan apa yang mereka para saksi, lihat pada malam yang bersejarah.

‘Rekod’ urusan ini, seperti yang tersimpan di dalam Qur’an, ada bersama kita sekarang, dan ianya tidak akan musnah. Ia akan kekal di dunia ini selagi malaikat dan bintang-bintang yang menyaksikan urusan kekal dilangit!

Ali telah menjualkan "barangan" itu kepada Allah. Sekarang beliau bebas dari "kerisauan" terhadap keselamatan ‘barangan’ tersebut, beliau dapat tidur dengan lena – dikatil Muhammad Mustafa, Rasul Allah. Pada ‘Malam yang ditentukan’ itu beliau tidur untuk tidur yang abadi. Pada paginya, apabila beliau terjaga, atau apabila beliau dikejutkan oleh bisingnya bunyi tombak dan pedang para pembunuh yang dihantar oleh Quraish, untuk membunuh Muhammad, beliau telah menjadi abadi! [keimanan kepada Allah sepenuhnya. Nyawanya telah dibeli. Pent.]

Dari semua hambanya, Allah memilih Ali untuk melaksanakan rancanganNya. Rancangan itu adalah untuk melindungi RasulNya dari para musuh. Quraish telah merancang untuk menghancurkan Islam. Mereka yakin jika mereka dapat bunuh Muhammad, Islam akan hancur. Maka mereka merancang dan berkonpirasi untuk membunuh Muhammad. Tetapi mereka tidak tahu bahawa Allah mempunyai rancangan tindak balasNya untuk situasi begini. Rancangan tindak balas Allah

81

Page 82: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

yang akan menamatkan rancangan Quraish dengan menyelamatkan nyawa RasulNya. Rujukan Qur’an terhadap rancangan tindak balas Allah terdapat di dalam ayat yang berikut:

Dan (yang kafir) berkomplot dan merancang, dan Allah merancang juga, perancang yang terbaik adalah Allah. (Surah 3; ayat 54)

Ali ibn Abi Talib adalah "alat terpenting" di dalam rancangan tindak balas Allah. Peranan Ali menjaminkan kejayaan bagi hijrah Muhammad, dan hanya dengan kejayaan hijrah sahaja yang boleh melahirkan sebuah negara Madinah. Jika hijrah telah gagal, negara Madinah tidak akan wujud. Negeri Madinah adalah perkakasan pertama dan terakhir bagi kerajaan langit dimuka bumi. Allah menjadikan hambaNya, Ali ibn Abi Talib, alat yang melaluinya Dia meletakkan kerajaan itu di dunia.

Apabila Muhammad telah keluar dari kawasan rumah, baginda pergi ke rumah Abu Bakar, dan memberitahu dia bahawa Tuhan telah memerintahkannya untuk meninggalkan Makkah pada malam yang sama. Oleh kerana mereka tidak punya masa untuk dibuang, mereka terus sahaja meninggalkan kota, dan pergi kesebuah gua yang dipanggil Thaur, yang berada diselatan Makkah. Mereka sampai ke gua dan masuk ke dalamnya ketika hari masih lagi gelap.

Mereka sedang bersembunyi di dalam gua, apabila beberapa jam kemudian, para pembunuh juga sampai ke situ, di dalam mengejar mereka. Menurut dari tradisi, labah-labah telah membuat sarang melintasi pintu masuk gua, dan burung telah bertelur padanya. Para pembunuh berhujah bahawa jika sesiapa memasuki gua, sarang labah-labah dan telur akan pecah, dan oleh kerana ianya di dalam keadaan baik maka tiada siapa yang memasukinya. Ini telah meyakinkan mereka bahawa tidak ada pelarian di dalam gua itu, lalu mereka kembali ke Makkah.

Ketika para pembunuh itu berbalah, untuk masuk atau tidak ke dalam gua dan menangkap pelarian yang bersembunyi di dalamnya, Abu Bakar telah dirasuk oleh ketakutan, dan dia berkata kepada Rasul: "Kita hanya berdua dan musuh kita ramai. Apakah peluang kita untuk selamat jika mereka masuk ke dalam gua?" Muhammad berkata: "Tidak. Kita bukan berdua. Ada yang ketiga bersama kita, dan Dia adalah Allah." Peristiwa ini telah dirujuk di dalam Al-Qur’an al-Majid seperti berikut:

Dan Allah membantu RasulNya apabila musyirik mengusir baginda. Dan apabila mereka di dalam gua, baginda berkata kepada yang kedua: "janganlah bersusah hati. Tuhan bersama kita." Dan Tuhan berikan keamanan ke atasnya (atas RasulNya) (Surah 9; ayat 40)

Rasul dan Abu Bakar menghabiskan masa tiga hari di dalam gua. Di Makkah pada masa itu, keinginan untuk menangkap Rasul telah pudar. Pada hari keempat, Abdullah anak lelaki Abu Bakar, membawa dua ekor unta untuk mereka. Abu Bakar berikan seekor kepada Rasul tetapi baginda menolak pemberian itu, dan membayar harganya sebelum unta ditunggang. Baginda dan Abu Bakar menunggang unta dan menyusur melalui pinggir Makkah keutara dan timur, mereka jalan ke arah Yathrib di Utara.

Muhammad ibn Ishaq: Apabila Abu Bakar membawa dua ekor unta kepada Rasul, dia menawarkan yang terbaik kepada baginda dan mempelawa baginda untuk menunggangnya. Tetapi Rasul menolak untuk menunggang binatang yang bukan kepunyaannya, dan apabila Abu Bakar hendak memberinya, baginda berkeras untuk mengetahui berapakah harganya yang baginda harus bayar, dan membelinya dari dia. (Life of the Messenger of God)

82

Page 83: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Kedua pengembara mengharungi jarak di antara Makkah dan Yathrib dalam masa sembilan hari, dan pada hari kesepuluh mereka tida di Quba, suatu tempat dua batu ke selatan Yathrib di mana mereka tinggal di rumah Kulthum bin Hind, sebagai tetamu. Rasul membuat keputusan untuk menunggu ketibaan Ali dari Makkah sebelum memasuki Yathrib. Dalam masa itu baginda meletakkan tapak untuk masjid Quba. Ianya hanya sekadar struktur yang kasar dan disiapkan dalam masa empat belas hari.

Rasul Allah tiba di Quba pada hari Isnin. Pada Hari Khamis Ali pula tiba. Beliau telah pulangkan wang tunai, barang kemas, dokumen dan barangan lain kepada pemiliknya orang Makkah. Ketuanya bergembira melihat beliau, dan bersyukur kepada Tuhan yang telah mengeluarkannya dengan selamat dari Makkah.

Muhammad ibn Ishaq: Ali tinggal di Makkah selama tiga hari dan tiga malam sehinggalah beliau telah memulangkan segala simpanan yang ada pada Rasul. Setelah selesai, beliau pergi untuk bersama dengan baginda dan tinggal bersama dengan baginda di rumah Kulthum.(The Life of the Messenger of God)

S. Margoliouth: Pada hari Isnin 8hb Rabi-I tahun 1 H., bersamaan September 20 tahun 622 M., Rasul tiba di Kuba, sekarang ini tempat yang baik untuk pertanian. Layanan yang baik telah diberikan oleh seorang tua yang telah memeluk Islam, Kulthum anak kepada Hind, nama bagi "kejayaan" dilihat oleh Rasul sebagai petanda yang baik (Isabah, iii, 1138). Baginda telah menerima tawarannya, walaupun jika untuk bertandang, rumah seorang lagi yang memeluk Islam di dapati lebih menyenangkan. Di Kuba, Rasul berhasrat untuk tinggal di situ sehingga Ali dapat bersama baginda, kebetulan itu terjadi pada hari khamis; bersama beliau adalah Suhaib ibn Sinan, yang telah dipaksa oleh Quraiysh untuk menyerahkan semua simpanannya. Pada hari Jumaat, Rasul menunggang dari Kuba menuju Yathrib, dan telah dikatakan melaksanakan solat di Wadi Ra'unah.(Mohammed and the Rise of Islam, London, 1931)

Laluan telah dipenuhi oleh warga Yathrib yang ramai, dan telah memakai pakaian terbaik untuk bertemasya. Wanita dan kanak-kanak menyanyikan lagu selamat datang dari atas bumbung rumah mereka. Ini adalah satu pandangan yang amat sukar untuk dibayangkan di dalam khayalan. Muhammad, Rasul Allah telah tergerak hatinya dengan sambutan yang sedemikian.

Setiap warga Arab Yathrib bersedia untuk menjadi tuan rumah kepada Rasul Islam yang sedang memasuki kota sebagai tetamu. Tetapi dengan hasrat untuk tidak mengecewakan walaupun warga yang terendah, baginda melepaskan tali kekang unta betinanya, dan menyatakan bahawa baginda akan tinggal di mana sahaja untanya berhenti. Unta itu berjalan melepasi banyak rumah, dan kemudian berhenti di hadapan rumah Abu Ayyub, yang mana dia berbangga dapat menjadi tuan rumah kepada Rasul Tuhan. Abu Ayyub adalah warga Yathrib yang terkenal, dan tergolong di dalam Bani Najjar. Kedua-duanya Aminah, ibu kepada Rasul, dan ibu kepada datuknya, Abdul Muttalib, tergolong di dalam kaum ini.

83

Page 84: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

BAB 19

Tahun Pertama Hijrah

Menurut dari penyiasatan Mahmud Pasha al-Falaki dari Mesir, hari apabila Muhammad Mustafa, Rasul Allah, sampai di Quba adalah Isnin, 8hb Rabi-I tahun ke 13 dari pengistiharannya, tarikh yang bersamaan dengan September 20, 622 M.

Pada hari Jumaat berikutnya, 12hb Rabi-I (September 24), Rasul Allah meninggalkan Quba, dan memasuki Yathrib. Baginda menginap di rumah Abu Ayyub, seperti yang telah dinyatakan.

Pembinaan Masjid di Yathrib

Yang pertama Muhammad Mustafa [s.a.w], lakukan setibanya di Yathrib, adalah membina Masjid untuk menyembah Allah. Di hadapan rumah Abu Ayyub terdapat tanah lapang kepunyaan dua orang anak yatim. Rasul memanggil mereka dan penjaganya, dan memberitahu mereka bahawa baginda hendak membeli tanah tersebut. Mereka memberitahu baginda bahawa mereka merasa senang hati untuk menghadiahkan kepada baginda. Tetapi baginda menolaknya sebagai hadiah, dan berkeras untuk membayar harga tanah tersebut. Mereka akhirnya bersetuju untuk menerima bayaran untuk tanah tersebut. Bayaran telah dibuat dan pecah tanah terus dimulakan.

Menerangkan sebab mengapa Rasul Allah tidak menerima tanah tersebut sebagai hadiah, M. Abul Kalam Azad berkata di dalam bukunya, Rasul-e-Rahmet (Rasul Rahmat), (Lahore, Pakistan, 1970):

Rasul tidak mahu membuat seseorang seperti terpaksa. Siapakah yang boleh mengatakan dirinya lebih taat kepada baginda dari Abu Bakar? Dan baginda sendiri berkata bahawa baginda lebih berterima kasih kepada Abu Bakar untuk sokongan moral dan kebendaan dari yang lainnya. Dan bahkan, apabila Abu Bakar berhasrat untuk memberikan untanya sebagai hadiah pada petang pemergian mereka dari Makkah ke Yathrib, baginda tidak menerimanya, sehinggalah baginda membayar harganya kepada Abu Bakar. Begitu juga di Yathrib, apabila baginda berhasrat untuk membeli tanah untuk mendirikan masjid, tuan punya menawarkan kepada baginda sebagai hadiah. Tetapi baginda menolak untuk menerima sebagai hadiah. Tanah itu diterima apabila tuannya bersetuju untuk menerima bayaran harga tanah dari baginda.

84

Page 85: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Masjid Yathrib adalah yang paling mudah dari segi reka bentuknya. Bahan yang digunakan untuk pembinaannya adalah batu yang tidak di bakar dan motar sebagai dinding, pelepah kurma sebagai atap dan disokong oleh batang dari pokok palma. Kiblat masjid menghadap ke arah Jerusalem di Utara. Setiap satu dari tiga penjuru ditebuk sebagai pintu. Lantai masjid tidak punya penutup pada mulanya, tidak juga tikar yang kasar. Dua pondok telah dibina pada dinding di sebelah luar, satu untuk Sauda anak perempuan Zama'a; dan satu lagi untuk Aisyah, anak perempuan Abu Bakar, dua isteri Rasul pada ketika itu. Pondok baru didirikan untuk isteri yang baru, apabila mereka datang ditahun-tahun kemudiannya. Inilah kali pertama Muslim berkerja sebagai satu pasukan di dalam projek komuniti [kemasyarakatan]. Di tahun yang akan datang kumpulan ini akan membina edifice [bangunan] Islam yang teragung.

Kehadiran Rasul Allah telah mendorong setiap para sahabat untuk bersaing di antara mereka untuk melakukan yang terbaik. Di antara para sahabat itu Ammar ibn Yasir, yang menurut Ibn Ishaq, adalah orang pertama di dalam Islam yang mendirikan masjid. Ibn Ishaq, tidak menyatakan masjid yang mana Ammar telah dirikan. Tetapai Dr. Taha Husain dari Mesir berkata bahawa Ammar telah membina sebuah masjid di Makkah dan beliau bersolat di dalamnya, lama sebelum beliau berhijrah ke Yathrib.

Ketika masjid sedang dibina satu peristiwa berlaku yang mana Ibn Ishaq telah merakamkannya seperti berikut: "Ammar b. Yasir masuk apabila mereka telah membebani beliau dengan batu-bata sambil berkata, "Mereka membunuh saya. Mereka membebankan saya dengan beban yang mereka sendiri tidak dapat memikulnya." Umm Salama, isteri Rasul berkata: "Saya melihat Rasul mengusap rambut Ammar – yang berambut kerinting dan berkata – "Duhai, Ibn Sumayyah! Bukan mereka yang membunuh kamu, tetapi sekumpulan manusia yang jahat." (Ramalan ini telah dikatakan terjadi apabila Ammar telah terbunuh di Siffin – Suhayli, ii, p.3)

Ali mengubah rangkap rajaz [umpama syair] pada hari itu (apabila masjid sedang dibina):

Terdapat seorang yang berkerja malam dan siangUntuk mendirikan masjid dari batu dan lumpurTerdapat seorang dari debu berpaling Dan dengan cepat larinyaAmmar menghafal dan mula mengalunkannya.

Apabila beliau berterusan memperdengarkannya, seorang dari sahabat Rasul menyangka bahawa dirinya yang telah diperkatakan, menurut dari apa yang Ziyad b. Abdullah al-Bakkai memberitahu saya dari Ibn Ishaq. Sebenarnya Ibn Ishaq menyebutkan nama orang tersebut.

Dia berkata: "Saya telah dengar apa yang kamu telah katakan untuk sekian lama, wahai Ibn Sumayyah, dan demi Allah saya fikir saya akan memukul hidung kamu!" Dia mempunyai kayu di tangannya, dan Rasul telah menjadi marah dan berkata: "Apa masalahnya di antara mereka dan Ammar? Beliau mengajak mereka kesyurga dan mereka mengajak beliau ke neraka. Saya menyayangi Ammar seperti muka saya. Jika sesiapa berkelakuan begini dia tidak akan diampunkan, maka jauhilah dia."

Sufyan b. Uyana menyebut dari penyampaian Zakariya dari al-Shabi bahawa orang pertama untuk mendirikan masjid adalah Ammar bin Yasir.

(Suhayli berkata: Ibn Ishaq ada menyebut nama orang itu, tetapi Ibn Hisham mengutamakan untuk tidak menyebutnya, dengan itu tidak perlulah menyebutkan nama sahabat Rasul di dalam situasi yang buruk. Maka tidaklah

85

Page 86: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

dibolehkan untuk bertanya siapakah mereka. Abu Dharr berkata: Ibn Ishaq ada menamakan orang itu dan berkata, "Orang itu adalah Uthman b. Affan." Penyunting Cairo berkata di dalam Mawahib al-Laduniya, al-Qastallani, d. 1517 M., bahawa orang itu adalah Uthman b. Mazun. Penulis yang terakhir ini bolehlah diketepikan dalam perkara ini.) "

Ditapak pembinaan masjid, seseorang dapat menyaksikan pandangan yang menyentuh jiwa dengan cerita di hari-hari pertama Islam Muhammad Mustafa, Rasul Allah, membuangkan debu dengan tangan baginda dari kepala dan muka Ammar ibn Yasar. Baginda tidak memberikan penghormatan sedemikian pada sahabat yang lain dengan tanda rasa kasih, sayang dan belaian.

Apabila Rasul menegur sahabat sahabatnya kerana bergaduh dengan Ammar, dan baginda berkata bahawa beliau [Ammar] mengajak mereka ke syurga sedangkan mereka mengajak beliau ke neraka, baginda mungkin menerangkan ayat 41 dari Surah 40 (Sura-tul-Mumin) di dalam Qur’an yang bererti seperti berikut:

‘Dan wahai kaumku! Betapa anehnya kerana saya memanggil kamu kepada keselamatan sedang kamu memanggil saya kepada neraka.’

Mengulas ayat ini, Abdullah Yusuf Ali, pentejermah Al-Qur’an al-Majid, berkata: Boleh dikatakan aneh menurut undang-undang dunia ini bahawa baginda mencarikan kebaikan untuk mereka sedang mereka mencarikan untuk kemelaratnya; tetapi itu adalah kemuliaan iman.

Sahabat yang bergaduh dengan Ammar ibn Yasir apabila masjid Yathrib sedang dibina adalah Uthman b. Affan, seorang dari khalifah Muslim yang akan datang. Dia selalu merungut apabila berkerja di dalam debu dan lumpur, yang menjadikan pakaiannya kotor. Apabila Rasul Allah menunjukkan kemarahannya, dia terpaksa berdiam diri, tetapi peristiwa ini membeku di dalam hatinya, dan dia tidak pernah lupa. Beberapa tahun kemudian apabila dia menjadi khalifah, dan mempunyai kuasa di dalam tangannya, dia memerintahkan hambanya untuk menjatuhkan Ammar ibn Yasir dan memukul beliau orang yang disayangi oleh Muhammad Mustafa, Rasul Allah, seperti mukanya sendiri.

Kenyataan bahawa bukannya Uthman bin Affan tetapi Uthman bin Mazun atau orang lain; yang dengan mengancam Ammar ibn Yasir, telah menimbulkan kemarahan Rasul Allah, adalah percubaan untuk membuat pembersihan oleh ahli sejarah ‘istana’ yang kemudian.

Pada ketika ini, Ammar ibn Yasir telah menikmati empat kecemerlangan yang mana telah membuatnya dicemburui oleh para sahabat Muhammad, Rasul Allah, yang lain.

Kecemerlangan itu adalah:

1. Beliau dari Keluarga Muslim yang Pertama. 2. Beliau adalah anak kepada Syahid pertama dan kedua di dalam Islam. Ibu Beliau, Sumayyah, adalah syahid pertama, dan bapa beliau, Yasir, adalah syahid kedua. Ini adalah penghormatan yang tidak diperolehi oleh mana-mana sahabat Muhammad Mustafa. 3. Beliau yang pertama mendirikan masjid. 4. Beliau yang dikasihi oleh Muhammad Mustafa, Rasul Allah.

Semoga Allah merahmati Ammar ibn Yasir dan kedua ibu bapanya.

Azan dan Solat

86

Page 87: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Adalah wajib bagi Muslim untuk mendirikan solat lima kali sehari. Mereka hendaklah memberhentikan kerja-kerja harian mereka seketika untuk melaksanakan tugas ini. Tetapi tidak ada cara untuk memberitahu mereka bahawa waktu solat telah masuk.

Menurut tradisi Sunni, seorang sahabat menyarankan kepada Rasul supaya trumpet ditiup atau loceng dibunyikan untuk memberitahu Muslim pada setiap waktu solat. Baginda tidak menerima saranan ini, kerana baginda tidak mahu menggunakan kaedah yang digunakan oleh Yahudi dan Nasrani.

Abdullah bin Ziyad adalah seorang warga Yathrib. Beliau datang berjumpa Rasul dan berkata bahawa ketika dia separuh tidur dan separuh jaga, seorang lelaki menjelma di hadapan beliau dan memberitahunya bahawa suara manusia hendaklah digunakan untuk memanggil yang beriman bersolat; dan orang itu juga mengajarkan azan, dan cara untuk menyebutnya.

Ahli sejarah Sunni mengatakan bahawa Rasul telah tertarik pada pendapat itu, dan terus menerimanya. Baginda kemudian memanggil Bilal, dan mengajarnya bagaimana untuk menyerukan azan, dan melantik beliau sebagai Muezzin yang pertama di dalam Islam.

Cerita ini ditolak oleh Muslim Syi’ah. Mereka katakan, sebagaimana Al-Qur’an al-Majid telah diwahyukan kepada Muhammad Mustafa, begitu jugalah dengan Adhan. Mereka menegaskan bahawa cara menyeru mereka yang beriman untuk solat tidak boleh dibiarkan kepada mimpi atau khayalan sesetengah Arab. Mereka menambah lagi bahawa jika Rasul boleh mengajarkan kepada manusia bagaimana untuk melakukan wudu’, dan bagaimana, bila dan apa yang hendak dibaca di dalam setiap solat, maka baginda juga boleh mengajar mereka bagaimana dan bila untuk memberitahu yang lain bahawa telah tibanya waktu untuk setiap solat.

Menurut dari tradisi Syi’ah, malaikat yang mengajar Rasul Allah bagaimana untuk melakukan wudu’, dan apa yang perlu dibaca di dalam solat, juga telah mengajarkan kepada baginda bagaimana untuk menyeru kepada mereka untuk bersolat.

Yathrib menjadi Madinah

Nama "Yathrib" tidak lama lagi akan lenyap. Manusia mula memanggilnya "Madinah-tun-Nabi," Kota Rasul. Lama kelamaan cara penggunaannya menjadi singkat dan kini menjadi sebagai "Madinah" , "Kota," dan itulah nama kota Nabi tinggal kekal ke hari ini.

Kumpulan [Kaum] di Madinah

Apabila Rasul dan pedatang dari Makkah tiba di Yathrib [kini Madinah], mereka dapati tiga kaum Yahudi terdapat di sana iaitu, Quainuqa, Nadhir dan Qurayza, dan dua kaum Arab iaitu, Aus dan Khazraj, yang hidup di dalam kota.

E. A. Belyaev : Peduduk asal Madinah terdiri dari tiga kaum Yahudi, Quainuqa, Quraiza dan Nadhir; dan dua kaum Arab, Aus dan Khazraj. (Arabs, Islam and the Arab Caliphate in the Early Middle Ages. 1969)

Kaum Yahudi adalah petani, peniaga, pedagang, peminjam wang, tuan tanah dan pengusaha industri. Mereka telah menjadi kaya melalui amalan riba dan mereka juga menguasai industri persenjataan di Arab.

Dua kaum Arab di Madinah, Aus dan Khazraj, mereka hidup dengan bertani. Sebelum kedatangan Rasul, mereka berdua saling terikat dengan peperangan

87

Page 88: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

yang berpanjangan selama lima generasi. Peperangan mereka yang terakhir baru empat bulan berlalu iaitu dalam tahun 618 M., dan itu telah menjadikan mereka rebah dan keletihan.

Terdapat juga sebilangan kecil kristian yang tinggal di Makkah. Mereka tidak berbaik-baik dengan Rasul Islam kerana baginda menyangkal ajaran Triniti [tiga dalam satu], dan mengajarkan ke Esaan yang Menjadikan.

Kumpulan yang keempat yang akan timbul di Madinah kemudian, adalah golongan ‘hipokrit’ dan yang ‘derhaka’ Semasa misi Rasul di Makkah, terdapat ramai Muslim yang terpaksa menyembunyikan keimanan mereka kerana takut akan diseksa. Di Madinah, keadaannya bertentangan. Manusia ini [si hipokrit] jumlah mereka sedikit, mereka menzahirkan keIslaman mereka sedang diri mereka tidak ikhlas. Merekalah punca utama bagi kemusnahan, pengkhianatan dan pemberontakan.

Sistem Pemerintahan Madinah [Piagam]

Warga Yathrib mengakui Muhammad sebagai ketua, dan baginda memberi mereka ‘piagam’ yang dipercayai sebagai dokumen pertama yang ditulis oleh Islam [selain dari Qur’an]. Piagam yang asal seperti yang disimpan oleh Ibn Ishaq, mengandungi empat puluh tujuh (47) fasal. Berikut adalah yang paling mustahak daripadanya:

* Semua perselisihan di antara dua parti di Yathrib hendaklah dirujuk kepada Muhammad, untuk baginda selesaikan. * Muslim dan Yahudi dapat menikmati hak yang sama. * Setiap kumpulan di Yathrib hendaklah mengikuti kepercayaan mereka, dan tidak ada kumpulan lain yang boleh mencampuri urusan kumpulan yang lain. * Di dalam kejadian serangan dari luar ke atas Yathrib, kedua-dua kumpulan iaitu Muslim dan Yahudi hendaklah mempertahankan kota. * Kedua-dua kumpulan hendaklah menahan dari menumpahkan darah di dalam kota. * Muslim tidak boleh berperang dengan Muslim lain, disebabkan kerana yang bukan Muslim.

R. V. C. Bodley: Muhammad membuat satu piagam dengan Yahudi, di mana di antara lainnya, adalah dinyatakan bahawa Yahudi dan Muslim hendaklah saling membantu di dalam semua perkara berkaitan dengan kota. Mereka hendaklah menjadi sekutu terhadap musuh yang sama, dan ini tanpa sebarang syarat adalah kewajipan bersama terhadap Islam atau Yahudi. Fasal utama piagam ini adalah seperti berikut: Yahudi yang menjadikan dirinya di dalam ke satuan kami akan mendapat hak yang sama dengan orang-orang kami dengan pertolongan dan kedudukan. Yahudi dari beberapa cabang yang lain yang tinggal di Yathrib hendaklah bersatu dengan Muslim sebagai satu masyarakat. Mereka boleh mengamalkan agama mereka dengan bebas sama seperti Muslim. Hamba yang bebas dan sekutu Yahudi sama-sama dapat menikmati keselamatan dan kebebasan. (The Messenger, the Life of Mohammed, New York, 1946)

Muhajirin dan Ansar

Muhammad menukar nama dua kumpulan Muslim yang hidup di Madinah. Baginda memanggil pendatang dari Makkah "Muhajirin" (pendatang); dan baginda memanggil warga Yathrib yang telah menyambut mereka, "Ansar" (penyokong). Kedua kumpulan ini telah dikenali dengan nama ini sehingga kini.

Keadaan Ekonomi di Madinah

88

Page 89: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Kekayaan Madinah boleh dikatakan kesemuanya tertumpu di tangan kaum Yahudi. Arab (kini Ansar) hidup dalam kemiskinan dan mengemis. Satu sebab mengapa mereka begitu miskin adalah kerana faedah yang tinggi mereka perlu bayar kepada Yahudi pada setiap pinjaman mereka.

D. S. Margoliouth: Walaupun kita dengar nama satu atau dua orang Yathrib yang kaya tetapi ramai di antara mereka adalah miskin. Di Yathrib, di masa Rasul, hanya terdapat satu pakaian pengantin; barang perhiasan perlu dipinjam dari orang Yahudi. Kemiskinan ini mungkin disebabkan oleh peminjam wang Yahudi. (Mohammed and the Rise of Islam, London, 1931)

Tetapi jika Ansar miskin, Muhajirin adalah papa. Di dalam melarikan diri dari Makkah, mereka telah meninggalkan segala yang mereka miliki, dan apabila mereka datang ke Yathrib mencari perlindungan, mereka tidak punya wang. Sekejap sahaja situasi menjadi buruk. Mereka perlu membuat sesuatu untuk mencari nafkah. Oleh kerana tidak terdapat apa-apa melainkan pertanian, yang terbaik mereka dapat lakukan adalah menjadi buruh diladang Yahudi dan Ansar.

D. S. Margoliouth: Pada mulanya telah diatur bahawa Pendatang hendaklah membantu Penolong [Ansar] di dalam kerja-kerja ladang mereka; tetapi oleh kerana tiada pengalaman dengan kerja-kerja perladangan, mereka hanya mendapat melakukan kerja-kerja yang tidak memerlukan kemahiran, maka sebahagiannya memotong kayu dan mengangkat air, sebahagian diambil berkerja menyiram pokok, membawa kulit binatang di belakang mereka; dan Ali pada satu ketika mendapat upah enam belas kurma kerana mengisi air ke dalam bekas dan menuangnya ke dalam tuangan untuk membuat batu-bata pada kadar satu kurma bagi setiap satu bekas, ini tidak cukup untuk dijadikan sajian, namun begitu beliau berkongsi juga dengan Rasul. (Mohammed and the Rise of Islam, London, 1931)

Untuk menyesuaikan Muhajirin ke dalam kehidupan ekonomi Madinah adalah suatu masalah yang sungguh rumit, dan ia telah mengambil segala ketajaman fikiran Rasul. Baginda tidak mahu mana-mana ahli di dalam masyarakat Muslim, jauh sekali semua Muhajirin, menjadi beban kepada sesiapa, dan telah melakukan apa sahaja untuk mengurangkan pergantungan ke atas Ansar.

Persaudaraan di antara Muhajirin dan Ansar

Salah satu langkah dari usaha Rasul untuk memperbaiki Muhajirin yang terlantar di Madinah, dan untuk menyatukan mereka ke dalam kehidupan sosial dan ekonomi kota, adalah untuk menjadikan mereka ‘saudara’ kepada Ansar. Beberapa bulan setelah baginda sampai di Madinah, baginda memberitahu Muhajirin dan Ansar bahawa mereka hendaklah hidup seperti ‘saudara’ di antara mereka, dan gabongkan mereka seperti berikut:

Muhajirin saudara kepada Ansari Ammar ibn Yasir " Hudhayfa al-Yamani Abu Bakar Siddiq " Kharja bin Zayd Umar bin al-Khattab " Utban bin Malik Uthman bin Affan " Aus bin Thabit Abu Dharr al-Ghiffari " Al-Mundhir b. Amr Mas'ab ibn Umayr " Abu Ayyub Abu Ubaidah Aamer al-Jarrah " Saad ibn Maadh Zubayr ibn al-Awwam " Salama bin Waqsh Abdur Rahman bin Auf " Saad ibn Rabi Talha bin Ubaidullah " Ka'ab ibn Malik

89

Page 90: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Ali ibn Abi Talib sahaja yang ditinggalkan tanpa ada saudara. Beliau tertanya-tanya mengapa, apabila Rasul Allah memeluknya dan berkata: "Kamu adalah saudara saya di dunia ini dan juga di akhirat."

Muhammad ibn Ishaq: Rasul sendiri mengambil tangan Ali dan berkata: "Ini adalah saudara saya." Maka Rasul Allah, yang dihantar Tuhan, ketua yang takut kepada Allah, Rasul Allah kepada sekelian alam, yang utama dan tidak ada bandingannya, dan Ali ibn Abi Talib adalah saudara. (The Life of the Messenger of God)

Edward Gibbon: Setelah menghabiskan perjalanan yang merbahaya dan pantas di sepanjang persisiran pantai, Muhammad berhenti di Koba, dua batu dari kota, dan masuk ke Madinah secara terbuka, enam belas hari selepas baginda lari meninggalkan Makkah. Pengikutnya telah berkumpul di sekeliling baginda; dan orang ramai, walaupun mempunyai berbagai kedudukan telah dikenali sebagai Muhajirin dan Ansar, pendatang dari Makkah, penyokong dari Madinah. Untuk menghapuskan perasaan cemburu, Muhammad mempersaudarakan pengikutnya yang utama dengan hak dan tanggungjawab persaudaraan, apabila Ali mendapati dirinya tidak mempunyai pasangan, Rasul dengan penuh kasih sayang mengatakan bahawa baginda akan menjadi sahabat dan saudara kepada remaja yang terhormat ini. (The Decline and Fall of the Roman Empire)

Muhammad Husayn Haykal: Fikiran pertama yang terlintas kepada baginda (Muhammad) adalah untuk menyusun semula kedudukan Muslim supaya dapat mengukuhkan persatuan mereka dan menghapuskan apa juga kemungkinan yang akan memecahkan dan memulakan permusuhan. Dengan kesedaran terhadap objektif ini, baginda meminta Muslim untuk bersaudara di antara satu dengan lain hanya kerana Tuhan dan mengikat mereka di dalam pasangan. Baginda menerangkan bagaimana pun baginda dan Ali adalah saudara … (The Life of Mohammed, 1935)

Muhammad [s.a.w] telah menjadikan Muhajirin dan Ansar ‘saudara’ di antara mereka. Tetapi Ali seperti diri baginda adalah Muhajirin (pendatang), malah baginda (Muhammad) memilih beliau (Ali) untuk menjadi saudaranya. Dengan melakukan ini, baginda telah meninggikan kedudukan Ali ke tahap yang utama di dalam Islam. Ali walaupun masih muda, telah mengalahkan yang lain di dalam berkhidmat kepada Islam dan ketaatan di dalam melaksanakan tugas kepada Allah dan pesuruhNya. Beliau mendapat kedudukan yang tinggi ini dengan berkat kebolehan dan karektor beliau.

Bagaimana pun ini bukanlah kali pertama Rasul Allah mengistiharkan bahawa Ali adalah saudaranya. Sebelum ini, ketika masih berada di Makkah, baginda telah menjadikan sahabatnya yang utama ‘saudara’ di antara mereka. Pasangan ‘saudara’ di Makkah adalah Abu Bakar dan Umar; Uthman bin Affan dan Abdur Rahman bin Auf; Talha dan Zubayr; Hamza dan Zayd bin Haritha; dan Muhammad Mustafa ibn Abdullah dan Ali ibn Abi Talib.

Imam Nuruddin Ali ibn Ibrahim al-Shafei'i telah menyebutkan dari Rasul Allah di dalam bukunya, Seeret Halabia (jilid. II, ms. 120) sebagai berkata: "Ali adalah saudara saya di dunia ini dan juga di akhirat."

Penilaian terhadap peranan Muhajirin dan Ansar

Muhajirin telah kehilangan segala milik mereka di Makkah, dan mereka memasuki Yathrib dengan tangan kosong. Mereka terdiri dari dua kumpulan. Satu kumpulan terdiri dari perniaga dan perdagang sebagai perkerjaan, dan mereka adalah golongan yang sangat kaya. Apabila mereka masuk ke Madinah, mereka memulakan perniagaan, berjaya di dalamnya, dan menjadi kaya semula.

90

Page 91: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Kumpulan yang satu lagi terdiri dari yang ‘zuhud’ dalam Islam. Mereka adalah yang miskin di Makkah, dan apabila mereka berhijrah ke Madinah, mereka masih memilih untuk menjadi miskin. Mereka menolak kekayaan dunia, mereka tidak pernah memegang kuasa ekonomi di dalam tangan mereka pada bila-bila masa. Wakil kumpulan ini adalah manusia seperti Abu Dharr al-Ghiffari; Ammar ibn Yasir dan Miqdad ibn al-Aswad. Allah memberi mereka penghormatan di dalam kitabNya seperti berikut:

(sebahagian adalah hak) Muhajirin yang miskin, mereka yang telah diusir dari rumah dan harta mereka, ketika mencari keridhaan dan kurniaan Allah, dan membantu Allah dan RasulNya: begitulah mereka-mereka yang benar. (Surah 59; ayat 8)

Ansar melayani Muhajirin dari Makkah, lebih baik dari saudara sendiri telah lakukan. Mereka berikan penginapan di dalam rumah mereka, menjadikan rumah mereka rumahnya; menjadikan mereka rakan kongsi di dalam pertanian, atau memberikan mereka setengah dari tanah mereka. Ansar yang berniaga, menjadikan Muhajirin rakan mereka di dalam perniagaan. Sejarah tidak dapat menghasilkan yang setanding dengan kebajikan Ansar. Mereka adalah ‘tuan ‘rumah’ bukan sahaja kepada Muhajirin yang melarat tetapi juga kepada Islam itu sendiri. Islam yang telah dicabut di Makkah, telah menemui akarnya kembali di Madinah, mula subur dan akhirnya boleh berdikari.

Ansar adalah punca keperluan untuk hidupnya Islam secara fizikal. Di manakah Islam boleh berada dan di manakah Muhajirin hendak pergi jika Ansar tidak memberikan mereka tempat perlindungan? Apabila permusuhan dengan musyirik bermula, adalah pihak Ansar, bukannya Muhajirin, yang menanggung beban peperangan. Tanpa sokongan mereka yang padu kepada Rasul, peperangan di dalam Islam tidak dapat dilakukan, jauh sekali untuk menang. Mereka jugalah penerima penghormatan dan pengiktirafan dari langit, seperti yang kita baca di dalam ayat Al-Qur’an al-Majid:

‘Tetapi mereka yang, mempunyai kediaman [di Madinah] dan telah beriman, - menunjukan kasih sayang kepada yang datang kepada mereka untuk berlindung, dan tidak melayani kehendak, yang ada di dalam hati mereka terhadap apa yang telah diberikan kepadanya [muhajirin], tetapi memberikan keutamaan dari diri mereka, walaupun mereka sendiri berkehendak [miskin]. Dan mereka terselamat dari kekikiran di dalam hati mereka, merekalah yang mendapat kemenangan (Surah 59; ayat 9)

Muhajirin pada mulanya, tidak mempunyai apa-apa untuk membalas kemurnian hati dan kebaikan Ansar. Tetapi pernahkah mereka mengakui untuk berterima kasih? Dapat dilihat bahawa dengan pengecualian dua Muhajirin, yang lain tidak pernah melakukannya. Dua yang terkecuali adalah Muhammad Mustafa, Rasul Allah dan Ali, wazirnya. Mereka mengakui pertolongan yang diberikan oleh Ansar dan tidak pernah lupa untuk berterima kasih dan bersyukur terhadapnya bila sahaja berpeluang untuk menyatakan dengan perbuatan dan percakapan. Lagi pun kedua mereka, Muhammad dan Ali, adalah penjaga dan pemelihara prinsip Islam, dan mereka sedar bahawa Islam telah menemui syurganya di Madinah bersama Ansar. Dari itu Ansar mempunyai tempat yang khusus di dalam hati mereka.

Muhajirin yang selebihnya, i.e., yang kaya di antara mereka, telah mengabai Ansar, tidak seperti Muhammad dan Ali. Apabila kekuasaan berada di dalam tangan mereka, mereka menolak Ansar kebelakang, dan memberi mereka peranan yang kecil. Pada mulanya mereka sekadar mengabaikan Ansar. Tetapi diabaikan tidaklah seburuk jika dibandingkan dengan apa yang menimpa mereka kemudiannya.

91

Page 92: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

(Di antara waktu Syura dan penyuntingan buku ini telah berlaku dua trajedi, iaitu Karbala, apabila Husayn dan pengikutnya telah dibunuh dalam tahun 61 H dan pengeledahan terhadap Madinah dalam tahun 63 H, apabila 10 000 Ansar termasuk tidak kurang dari 80 dari para sahabat Rasul telah dibunuh). – Dipetik dari Pengenalan pada Biografi Rasul oleh Ibn Ishaq).

Muhajirin telah mengecewakan musyirik Makkah - Umayyah. Maka, Ansar adalah musuh terbesar Umayyah. Jika kebajikan Ansar kepada Muhajirin tidak ada tandingnya di dalam sejarah, begitu juga penindasan yang terkemudian [Muhajirin] terhadap penolong mereka [Ansar] tidak ada tandingannya juga. Apabila Muhajirin datang ke Madinah, Ansar adalah ketua mereka. Hanya melalui kebajikan Ansarlah, Muhajirin dapat memasuki Madinah. Tetapi sebaik sahaja Muhammad Mustafa, Rasul Allah, sahabat dan pendorong bagi Ansar, wafat, mereka tidak lagi menjadi ketua di dalam rumah mereka. Wafatnya baginda adalah tanda untuk berputarnya kedudukan mereka.

BAB 20

Peperangan di Dalam Islam

Muhammad Mustafa, Pesuruh Allah, terpaksa berperang di dalam beberapa siri peperangan di dalam mempertahankan Islam dari tempat kediamannya yang baru di Madinah. Peperangan-peperangan di mana baginda sendiri memimpin tentera Islam itu sendiri, dipanggil ‘Ghazwa’ dan ekspedisi yang baginda hantar dari Madinah di bawah pemerintahan seorang dari sahabatnya, dipanggil ‘Sariyya.’

Secara kasar dikatakan, Rasul melancarkan 80 kempen di dalam masa 10 tahun, dari masa penghijrahannya di dalam tahun 622 M. sehingga wafatnya dalam tahun 632 M. Sebahagian dari kempen-kempen ini tidak lebih dari misi pengintipan. Jumlah yang terbabit di dalamnya adalah kecil, dan apa yang mereka lakukan adalah memerhatikan pergerakan beberapa kaum dan puak-puak. Sebahagiannya pula adalah ekspedisi dakwah. Kebanyakan yang lainnya adalah bertempuran kecil-kecilan. Masih terdapat yang lain, amat penting juga oleh sebab peristiwa-peristiwa tertentu yang berkait kepadanya. Saya akan memberi perhitungan yang ringkas pada kempen yang kecil, dan kemudian akan memusatkan pada peperangan besar Islam.

Lama sebelum Islam, Greek dan Roman telah mempelajari bahawa peperangan boleh menukar ketentuan arah sesuatu bangsa. Di antara kempen-kempen Rasul, terdapat lima peperangan yang mana boleh dikatakan bahawa ianya telah menukarkan ketentuan bangsa. Ianya adalah peperangan Badr, Uhud, Khandak, Khybar dan Hunayn.

Peperangan ini tidak dapat dielakkan. Quraish Makkah percaya bahawa jika semua Arab menerima Islam, ini bererti kepada mereka [Quraish] kehilangan semua hasil dari pilgrim [jama’ah], dan kehilangan keutamaan yang mereka nikmati sebagai penjaga berhala. Kemenangan bagi Islam telah dilihat dengan

92

Page 93: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

tepat oleh mereka sebagai pukulan maut terhadap keutamaan mereka. Ketakutan inilah, takut kepada kehilangan kuasa ekonomi dan politik dan juga kedudukan, telah menyebabkan peperangan di antara mereka dan Muslim.

Semenjak dari penghijrahan Muslim dari Makkah, keadaan persediaan untuk berperang telah ada di antara Muslim dan Quraish. Di dalam tahun-tahun pertama di Madinah, Muslim tidak berani membuka baju perisai mereka pada bila-bila masa. Sebilangan askar berkawal di sekeliling kota siang dan malam untuk memberi amaran kepada penduduk, jika musuh menyerang dengan tiba-tiba. Di dalam keadaan sebegini, baginda terpaksa mengambil beberapa langkah pertahanan untuk menjaga keselamatan Madinah. Sebagai ketua negara yang baru lahir, keselamatan negara menjadi tanggungjawab baginda yang pertama.

Di dalam kepentingan keselamatan, Muslim terpaksa memerhatikan setiap pergerakan musuhnya, rakannya dan juga sekutunya.

Rasul menghatar keluar ekspedisi yang pertama di dalam bulan kesembilan pada tahun pertama Hijrah, di bawah pemerintahan bapa saudaranya, Hamza ibn Abd Muttalib. Tiga puluh Muhajirin mengambil bahagian di dalamnya. Tujuan mereka adalah untuk memintas kafilah Quraish. Tetapi satu puak, yang berbaik-baik dengan kedua-dua pihak, telah menghalang pertempuran di antara mereka. Tidak ada pergaduhan, dan ekspedisi tersebut pulang ke Madinah.

Di dalam bulan yang berikutnya, Rasul menghantar enam puluh Muhajirin di bawah pemerintahan sepupunya, Ubaida ibn al-Harith, ke Rabigh, berdekatan laut merah. Mereka bertembung kafilah Quraish. Kedua-dua pihak membaling beberapa anak-anak panah di antara mereka, tetapi tidak ada yang terkorban. Dua pedagang Makkah meninggalkan kafilah, datang menyertai pihak Muslim, menerima Islam, dan berserta dengan ekspedisi tersebut apabila pulang ke Madinah.

Ubaida ibn al-Harith dikatakan telah memanah ke arah musuh. Itu adalah anak panah pertama yang dipanahkan untuk Islam.

Sir William Muir: Ubaida terkenal di dalam tradisi, sebagaimana dia di dalam peristiwa ini, ‘memanah anak panah pertama untuk Islam.’ [The life of Mohammed, 1877]

Tidak ada kempen lagi sehingga akhir tahun Hijrah yang pertama.

93

Page 94: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

BAB 21

Tahun Kedua Hijrah

Ekspedisi pertama yang Muhammad Mustafa pimpin sendiri, adalah kempen Ghazwa di Waddan. Baginda melantik Saad ibn Ubadah sebagai gabenor Madinah, dan membawa sekumpulan pengikutnya ke Waddan, sebuah perkampungan di antara Madinah dan Makkah. Sebuah kafilah Quraish telah dilaporkan berhenti di sana. Tetapi kafilah tersebut telah meninggalkan Waddan sebelum ketibaan Muslim. Maka mereka berehat beberapa hari dan kemudian pulang ke Madinah.

Di dalam bulan 7 [Rejab] tahun kedua hijrah, bersamaan 15 bulan selepas penghijrahan dari Makkah, Rasul menghantar 7 orang di bawah pemerintahan sepupunya, Abdullah ibn Jahash, ke Nakhla, suatu perkampungan di padang pasir dibahagian selatan, di mana mereka memerhatikan pergerakan kafilah tertentu Quraish.

Di Nakhla, Abdullah dapati sebuah kafilah kecil Quraish yang sedang pulang menuju ke Makkah. Ahli kafilah tersebut adalah Amr bin al-Hadhrami, Uthman bin Abdullah bin al-Mughira, dan saudaranya, Naufal, dan Hakam bin Kaisan. Abdullah serang mereka dan merampas barangan mereka. Amr bin al-Hadhrami telah terbunuh; Uthman dan Hakam telah ditawan; dan Naufal berjaya melepaskan diri.

Ekspedisi ini dianggap penting kerana ini adalah kali pertama pertempuran di antara Mulim dan musyirik. Ini juga kali pertama pertumpahan darah di antara mereka, dan Muslim merampas barangan dari mereka.

Abdullah ibn Jahash dan partinya pulang ke Madinah dengan orang tawanan dan rampasan perang. Dari dua tawanannya, Hakam bin Kaisan menerima Islam dan tinggal di Madinah. Uthman bin Abdullah telah dibayar tebusan oleh keluarganya, dan pulang ke Makkah.

94

Page 95: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Pertukaran Qibla – February 11 624 M.

Semasa 16 bulan pertama selepas hijrah, Qibla Muslim ketika solat adalah Jerusalem [Mereka menghadap Jerusalem ketika solat]. Kemudian Rasul menerima wahyu mengarahkan baginda menukar arah yang biasa dari Jerusalem di Utara ke Makkah di Selatan.

Dr. Montgomery Watt dan John Christopher telah memberikan ‘sebab-sebab’ pada petukaran arah Qibla. Mereka mengatakan bahawa pada permulaannya, Rasul berhajat, bahawa dengan menghadap ke Jerusalem ketika solat, akan menyebabkan hati Yahudi Yathrib condong kepadanya, dan mereka akan menerimanya sebagai Pesuruh Allah. Tetapi Rasul lihat, mereka menambah lagi, bahawa walaupun baginda menghadap ke Jerusalem apabila solat, orang Yahudi kekal meragui kebenaran dan keikhlasannya. Kemudian mereka menambah lagi bahawa selepas 16 bulan, Rasul berputus asa untuk menukarkan Yahudi kepada Islam.

Menurut Dr. Montgomery Watt dan John Christopher serta sebahagian dari orientalis lainnya, apabila Rasul tidak mempunyai harapan untuk memenangi hati Yahudi kepada Islam, baginda sudah tidak berminat kepada mereka, dan membuat keputusan untuk memusatkan tumpuannya kepada Arab. Pertukaran Qibla, mereka katakan, adalah tindakan untuk menyenangkan hati orang-orang Arab.

Kita tidak tahu, sama ada Yahudi yang tidak suka atau orang Arab yang merasa senang dengan bertukarnya Qibla. Sebenarnya kita juga tidak tahu Arab yang mana, menurut Dr. Watt, Rasul cuba menyenangkan – Arab Madinah atau Arab Makkah???Arab Madinah telah menerima Islam dan mereka taat kepada Rasul. Bagi mereka yang penting adalah patuh kepada baginda, oleh kerana baginda adalah penterjemah pengkhabaran Allah kepada manusia. Mereka mengadap ke Makkah apabila solat dan tidak bertanyakan soalan mengapa Qibla ditukar.

Arab Makkah masih menyembah berhala. Mereka juga mendengar berita bertukarnya Qibla dari Jerusalem ke Makkah. Tetapi tidak ada bukti yang mengatakan mereka merasa senang dan menyanjung dengan petukaran ini, dan dengan sukarela datang ke Madinah untuk menjadi Muslim. Mereka sebagaimana diri mereka, masih sama, sama ada Qibla di Jerusalem atau pun Makkah.

Penerangan pihak Muslim adalah yang mudah dan logik; Allah mengarah hambaNya, Muhammad, untuk menukarkan Qibla, dan baginda patuh. Arahan untuk menukarkan Qibla telah diberi dalam ayat 44 Al-Quran al-Majid.

Di dalam bulan Sha’ban [bulan ke 8] pada tahun kedua hijrah, puasa dibulan Ramadan [bulan ke 9] telah diwajibkan ke atas Muslim. Maka mereka berpuasa dibulan yang berikutnya. Pada penghujung bulan tersebut [puasa] mereka diperlukan membayar Zakat-al-Fitr, cukai khas untuk simiskin.

Di dalam tahun yang sama, satu lagi cukai, Zakat-ul-mal telah dikenakan ke atas Muslim. Cukai ini ditentukan kadarnya pada 2.5 peratus dari harta Muslim. Di masa Rasul, cukai ini telah dibayar kepada Bayt-ul-Mal atau perbendaharaan awam, dan telah dibelanjakan pada kebajikan orang-orang miskin dan ahli yang sakit di dalam masyarakat. Tetapi jika tiada Bayt-ul-Mal, Muslim wajib membayarnya kepada mereka yang miskin dan berhak, para wanita kehilangan suami [janda], anak-anak yatim dan ahli masyarakat yang tidak mempunyai cara untuk menyara hidup.

95

Page 96: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

BAB 22

Peperangan Badr

PEPERANGAN SARAF DI ANTARA QURAISH DAN MUSLIM boleh berkembang kepada permusuhan secara terbuka pada bila-bila masa. Abu Jahal di Makkah telah meneruskan peperangan peribadinya dengan tiada henti terhadap Muhammad Mustafa dan pengikutnya. Sikap patriotiknya telah menjadikan Makkah sentiasa di dalam ketegangan

V.C.Bodley: Pemusatan pemikiran Abu Jahal mengenai Muhammad telah kekal pada tahap menggelegak. Dia menubuhkan pasukan penyerang, yang terus menerus bergiat, menyerang mana-mana kumpulan Muslim yang terpencil yang boleh diserang hendap. Dia membuat serbuan persekitaran Madinah dan merosakkan ladang dan tanaman. Dia hendak Muhammad melihat bahawa perasaannya tetap tidak berubah, yang niatnya masih hendak membunuh. [The Messenger, the Life of Muhammad, New York, 1946]

Diawal Mac 624 M., laporan telah diterima di Madinah bahawa khafila Quraish di dalam perjalanan pulang ke Makkah dari Syria. Khafila tersebut tidak hanya membawa barangan tetapi juga senjata. Ianya telah dianggarkan bahawa khafila tersebut telah membuat keuntungan sebanyak 50,000 dinar [kepingan emas]. Senjata dan harta yang baru didapati itu adalah untuk digunakan, menurut laporan yang sama, melengkapkan tentera menentang Muslim. Khafila tersebut dipimpin oleh Abu Sufyan, ketua dari suku kaum Bani Umayyah.

Muhammad Mustafa membuat keputusan untuk memintas khafila Makkah ini. Dia melantik Abu Lababa sebagai Gabenor Madinah, dan meninggalkan kota dengan kekuatan 313 orang. Darinya 80 Muhajirin, dan 233 adalah Ansar. Tujuan mereka

96

Page 97: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

adalah Badr, sebuah kampung di Barat-daya Madinah di mana mereka menjangkakan untuk bertembung dengan khafila Makkah.

Para Muslim tidak tahu diketika itu, yang mereka tidak akan melihat khafila Quraish, dan sebaliknya, akan bertembung di dalam pertempuran, di medan peperangan, dengan tentera Quraish.

Pada masa yang sama, pengintip Makkah juga memberitahu Abu Sufyan bahawa sepasukan Muslim telah meninggalkan Madinah, dan dengan pantas sedang menuju kekhafila mereka. Sejurus Abu Sufyan mendengar berita ini, dia meninggalkan laluan biasa khafila, memandu khafilanya arah barat ke pinggir Laut Merah, dan kemudian berpusing keselatan menuju Makkah melalui jalan yang kurang baik. Dia juga menghantar berita ke Makkah, untuk meminta pertolongan. Di Makkah, Abu Jahal sudah bersedia, sibuk menimbulkan kemarahan umum terhadap Muslim, berikutan dari peristiwa di Nakhla. Dia segera bertindak di atas permintaan Abu Sufyan, dengan memimpin keluar Makkah sepasukan 1000 orang tentera, termasuk tentera berkuda 100 orang, untuk menentang Muslim. Deretan 700 ekor unta membawa barangan untuk peperangan dan keperluan lain-lain lagi. Tentera berjalan kaki memakai perisai dan baju besi.

Muhammad Mustafa tidak mengetahui yang sepasukan tentera telah meninggalkan Makkah dan sedang berbaris menuju Madinah untuk melindungi khafila Quraish, serta mencabar Muslim. Apabila Rasul sampai dipersekitaran Badr, baginda menghantar Ali ibn Abi Talib untuk meninjau daerah sekeliling. Diperigi Badr, Ali menyerkap beberapa orang pengangkat air. Sebagai jawapan kepada soalan beliau, mereka memberitahunya bahawa mereka sedang mengangkat air untuk sepasukan tentera yang datang dari Makkah, dan berkhemah disebalik bukit.

Ali membawa pengangkat air kepada Rasul Islam. Dari mereka baginda mengetahui bahawa khafila Quraish telah selamat melepaskan diri, dan Muslim, pada ketika itu sedang berdepan dengan tentera dari Makkah.

Sir Willian Muir: Apabila tiba dipersekitaran Badr, Muhammad menghantar Ali kehadapan, dengan beberapa orang lain, untuk meninjau dataran tinggi di sekeliling tempat air. Di sana mereka memerangkap tiga pengangkat air pihak musuh, yang sedang memenuhkan air ke dalam bekas kulit kambing. Seorang terlepas lari, kembali kepada Quraish; dua orang lagi tertangkap dan dibawa kepada tentera Muslim. Dari mereka Muhammad mengetahui kedudukan musuhnya, mereka berjumlah 950 orang; lebih tiga kali ganda dari tentera Muslim. Mereka menunggang 700 unta dan 100 kuda, tentera berkuda memakai baju besi. [The Life of Muhammad, London, 1877]

Perisikan yang penting ini telah diterima melalui Ali ibn Abi Talib. Tindakannya, pada sebelah tangan [yang pertama], telah membuat tentera Muslim bersedia, pada sebelah lagi, telah merampas keutamaan dari pihak musuh untuk menyerang dengan tiba-tiba. Pihak Muslim telah bersedia untuk berdepan dengan mereka.

Bagaimana pun, dengan adanya pergerakan musuh yang agresif dan mencabar, bukannya khafila yang kaya raya, yang berdekatan dengan mereka, telah menukarkan keadaan kedudukan tentera Muslim sama sekali, kini mereka terpaksa membuat penilaian baru terhadap bahaya dan kemungkinan berperang dengan musuh. Kelengkapan mereka serba kekurangan, dan mereka hanya mempunyai 2 ekor kuda dan 70 unta bersama mereka. Sebahagian mereka mempunyai pedang tetapi tiada perisai dan yang lain mempunyai perisai tetapi tiada pedang. Rasul sedar akan kekurangan ini, dan baginda memanggil ‘Majlis

97

Page 98: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Peperangan’, dan menyatakan kedudukan perkara sebenar di hadapan para sahabat untuk dipertimbangkan dan membuat keputusan.

Orang pertama yang bangun untuk bercakap adalah Miqdad. Tetapi Miqdad adalah Muhajirin, Muhammad benar-benar mahu mengetahui apa yang Ansar akan lakukan. Baginda berpendapat bahawa Ansar akan berperang di dalam mempertahankan Madinah, tetapi mereka mungkin tidak suka untuk berperang di luar kota mereka. Saad ibn Muadh, seorang dari ketua Ansar, dapat merasakan kebimbangan baginda lalu berdiri dan berkata: ‘Kami telah menjadi saksi bahawa kamu adalah Pesuruh Allah. Kami telah memberikan sumpah kami untuk mentaati kamu. Kemana saja kamu pergi, kami akan pergi bersama kamu. Jika ada pertempuran dengan tentera musyrik, kami akan berdiri teguh di dalam sokongan kami terhadap kamu. Di dalam peperangan dan juga keamanan, kami akan terus setia kepada kamu.’

Kenyataan sokongan yang tidak berbelah bagi oleh ketua Ansar, telah menyenangkan Rasul, dan baginda mendoakan semoga rahmat Allah di atas mereka semua. Baginda tahu bahawa bukan saja peperangan Badr bahkan mana-mana peperangan yang lainnya, tidak dapat dilakukan tanpa sokongan dari Ansar. Sesungguhnya Ansar amat penting untuk kejayaan di dalam pergelutan di antara Islam dan jahiliah, seperti yang dinyatakan dahulu.Peralatan dan jumlah, tentera Muslim di dalam serba kekurangan, tetapi kekurangan ini telah di imbangi oleh moral mereka. Mereka mempunyai kepercayaan di dalam dorongan pemimpin mereka Muhammad. Dan mereka juga bersatu. Perpaduan dan tujuan mereka adalah satu, ini akan menjadi punca kekuatan bagi mereka di dalam pertarungan yang akan datang dengan tentera Makkah.

Dengan sokongan dari Ansar telah diyakinkan, Muhammad Mustafa mengambil keputusan untuk menerima cabaran Quraish. Baginda dan semua orang di dalam tentera Madinah kelihatan benar-benar sedar bahawa keputusan dari pertentangan dengan musuh pada hari berikutnya, akan mempunyai kesan yang amat dahsyat.Sir William Muir: Muhammad telah bersedia pada situasi yang kritikal. Ketentuan bagi Islam bergantung ke atas isu peperangan yang akan terjadi. [The Life of Muhammad, London, 1877]

Rasul mengarah Muslim untuk mendirikan khemah di tempat di mana mereka berhenti. Tetapi seorang muda dari Ansar menunjukan keutamaan pada memilih tempat perkhemahan yang lain, di mana kedudukan tanahnya lebih tinggi dan kukuh, dan dia juga mencadangkan bahawa Muslim menguasai perigi Badr. Cadangannya terus diterima.

S. Margoliouth: Hubab anak lelaki al-Mundhir, 20 tahun lebih muda dari Rasul, setelah pasti bahawa mereka akan bertembung di dalam peperangan yang biasa, dan dia mempunyai pengetahuan khas mengenai perigi di sekitar kawasan tersebut, menyarankan kepada Rasul untuk mara kehadapan, semua perigi melainkan satu, kelilingnya mereka harus membuat takungan, supaya mendapat bekalan air yang berterusan untuk tentera mereka; pemilikan elemen yang penting ini mungkin akan dapat menyelamat di hari-hari pertempuran [memberikan kemenangan]. Rasul menghargai cadangannya dan meletakkan tenteranya di bawah petunjuk Hubab. [Muhammad and the Rise of Islam, London, 1931].

Kejadian kemudiannya membuktikan bahawa cadangan Hubab adalah yang terbaik, dan penerimaan oleh Rasul telah memberikan kepada Muslim kelebihan taktik ke atas musuh.

98

Page 99: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Peperangan Badr telah berlangsung di dalam tahun kedua Hijrah, pada 17 Ramadan, bulan ke 9 dari kalendar Islam [Mac 15, 624 M.] Tentera Makkah bergerak keluar dari khemah diawal pagi untuk bertemu dengan tentera Muslim. Kedua-dua tentera menyusun barisan di dalam bentuk peperangan. Rasul mengambil busur panah di tangannya dan berjalan di antara barisan memperbetulkan barisan Muslim. Perbuatannya yang terakhir sebelum peperangan bermula, adalah untuk berdoa kepada Allah supaya memberikan kemenangan kepada hambaNya.

Peperangan bermula dengan cara tradisi Arab berperang, yang mana wira dari satu pihak menunggang atau bergerak keluar dari barisannya, dan mencabar wira dari pihak musuh untuk bertarung dengannya seorang dengan seorang. Ini memberinya peluang untuk memenangi kemegahan peribadi dengan menunjukkan keberaniannya, kekuatan dan kemahirannya sebagai penunggang kuda. Kedua-dua pasukan tentera menjadi tukang sorak untuk pertarungan di antara beberapa wira-wira yang megah. Setelah pertarungan perseorangan ini, adalah kebiasaan bagi kedua-dua tentera untuk saling menyerang di antaranya, dan bertembung di dalam pertempuran.

Dari pihak Makkah, 3 wira, Utbah anak lelaki Rabia; Shaiba, adiknya; dan Walid, anak lelakinya, keluar ke tempat lapang di antara kedua tentera, dan mencabar tentera Muslim. Cabaran mereka telah disambut oleh Hamza, bapa saudara Muhammad dan Ali; Ubaida ibn al-Harith, sepupu Muhammad dan Ali; dan Ali ibn Abi Talib.

Walid ibn Utbah adalah seorang wira Makkah yang amat disegani, Ali mendapati dirinya berdepan dengan dia. Mereka adalah pasangan yang paling muda, dan mereka adalah yang pertama untuk bertembung di dalam pertempuran. Dua pasangan yang lain berhenti, untuk melihat pasangan wira muda sedang beraksi. Kedua-dua orang muda ini bertukar-tukar beberapa pukulan, dan kemudian Ali memberikan pukulan maut yang membunuh Walid. Dengan terbunuhnya Walid, wira yang lain menyerang semula. Hamza membunuh Utbah. Tetapi Ubaida telah dilukai dengan teruk oleh Shaiba. Apabila Ali melihat Ubaida jatuh, dia menyerang Shaiba, dan membunuhnya juga. Dengan musuh-musuh mereka telah mati, dan tiada siapa di tengah padang pertempuran, Ali dan Hamza mengangkat Ubaida kembali kegarisan Muslim di mana dia meninggal dunia disebabkan oleh luka-lukanya. Dia adalah Muslim pertama untuk gugur di medan pertempuran

Sir William Muir: Dua bersaudara, Shaiba dan Otba, dan Walid, anak kepada Otba, maju ke tempat lapang di antara tentera tersebut, dan mencabar 3 wira dari tentera Muhammad untuk bertarung dengan mereka seorang lawan seorang. Muhammad menoleh kepada saudaranya, dan berkata: ‘Kamu, Anak-anak Hashim! Bangun dan berperanglah, menurut hak-hak kamu.’ Kemudian Hamza, Obeida dan Ali, bapa saudara dan sepupu Rasul maju kehadapan. Hamza memakai bulu burung kasuari didadanya, dan bulu putih sebagai hiasan topi perisai Ali. Kemudian Otba memanggil anaknya, Walid, ‘Bangun dan bertarunglah.’ Maka Walid maju dan Ali keluar menentangnya. Mereka adalah yang termuda di antara yang berenam. Pertarungan itu amat singkat; Walid gugur dengan luka yang membawa maut oleh pedang Ali. [The Life of Muhammad, London, 1877]

Sir John Glubb: 3 ketua Makkah, Otba, Shaiba dan Walid, anak kepada Otba, maju kebarisan hadapan Quraish dan mencabar 3 Muslim untuk menentang mereka di dalam pertarungan seorang lawan seorang. Muhammad menoleh kepada Muhajirin dan memanggil: ‘Hai Bani Hashim, bangunlah dan berjuang.’ 3 orang dengan berbaju perisai keluar dari barisan Muslim. Mereka adalah Hamza, bapa sauadara Rasul; Ali ibn Abi Talib, sepupunya, dan lelaki pertama yang bertukar kepada Islam; dan Ubaida ibn Harith.

99

Page 100: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Pasangan termuda bertembung dahulu, Ali maju kehadapan untuk bertemu dengan Walid. Beberapa lama bertarung, Walid tumbang oleh pedang penentangnya yang Muslim. Kemudian Hamza bertemu dengan Otba dan membunuhnya. Ubaida ibn Harith wira Muslim yang ketiga menerima luka yang membawa maut dari Shaiba. Ali dan Hamza bersegera membunuh Shaiba, dan mengangkat Ubaida untuk gugur digarisan Muslim. [The Great Arab Conquests, 1963]

Badr adalah pertemuan pertama, di medan peperangan, di antara Islam dan Jahiliah. Ianya telah dirasmikan di pihak Islam oleh Ali ibn Abi Talib, singa yang muda, dan kemenangannya adalah petanda terhadap kemenangan Islam. Kesemua peperangan Islam yang lain mengikut corak yang sama; Ali adalah wira di setiap satu darinya.

Quraish telah menghantar 3 wiranya menentang Muslim, dan ketiga-tiganya terbunuh. Maka Abu Jahal tidak bersedia untuk mengambil percubaan selanjutnya dengan Ali dan Hamza, dan dia memerintahkan tenteranya untuk maju. Tentera Makkah menyerbu tentera Muslim tetapi tidak dapat memecahkan bentengnya. Mereka serang bertubi-tubi tetapi barisan Muslim tetap utuh di bawah pemerintahan Ali dan Hamza.

Tentera Makkah sedang berkumpul semula untuk membuat serangan yang baru apabila Rasul memberi isyarat kepada muslim untuk maju. Ali dan Hamza memimpin serangan balas, dan kedua mereka menyerang dan membunuh ke dalam kumpulan barisan musuh yang tebal. Ramai ketua dan pegawai tentera Makkah yang terbunuh, di antara mereka Abu Jahal sendiri. Selepas kematiannya, pihak musyrik tidak dapat berkumpul semula, dan mereka mula berundur. Muslim meneruskan asakkan mereka, maka akhirnya pengunduran tentera Makkah menjadi tidak ketentuan arah [kelam kabut].

Islam telah memenangi peperangnya yang pertama dan terpenting!

S. Margoliouth: Sesungguhnya dapat dilihat bahawa kemenangan dari petempuran yang amat penting ini punca utamanya disebabkan oleh keberanian Ali dan Hamza. Rasul telah dikatakan menganugerahkan kepujian yang khas di atas keberanian Simak anak kepada Kharashah; Sahl anak kepada Hunaif; al-Harith anak kepada al-Simmah; dan Kais anak kepada al-Rabi; kesemua mereka adalah orang Madinah. [Mohammed and the Rise of Islam, London 1931]

Tor Andre: Menjelang tengah hari peperangan telah selesai. Quraish tewas. 49 musuh telah terbunuh dan Ali telah membunuh 22 darinya, sama ada berseorangan atau dengan pertolongan yang lain. Sejumlah yang sama ditawan. Muslim telah kehilangan 14 orang di medan pertempuran. [Mohammed, the man and his Faith, 1960]

Seperti yang dinyatakan di atas, Badr adalah peperangan yang paling penting di dalam seluruh sejarah Islam, dan salah satu dari yang terpenting di dalam sejarah dunia. Kejayaannya telah menjamin hidupnya Islam, dan berterusan hidupnya masyarakat Muslim Madinah yang baru mula tumbuh, yang sebelumnya, di dalam bahaya.

A. Nicholson: Tetapi yang penting di dalam kejayaan Muhammad [di dalam peperangan Badr] tidak boleh diukur dengan kerosakkan harta benda yang telah dikenakan [terhadap musyrik Makkah]. Mengambil kira isu-isu penting yang terlibat, kita hendaklah menganggapkan bahawa Badr, seperti maraton, salah satu dari yang teragung dan peperangan yang paling diingati di dalam sejarah. [ A Literary History of the Arab, 1969]

Ali Ibn Abi Talib dan Peperangan Badr

100

Page 101: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Akitek bagi kemenangan Islam di Badr, tanpa diragukan lagi, adalah Ali ibn Abi Talib. M. Shibli, ahli sejarah India yang telah menulis riwayat hidup dari sumber yang benar di dalam bahasa Urdu mengenai Umar bin al-Khattab dan Rasul Islam, berkata di dalam bukunya ‘Life of the Apostle’, bahawa wira di dalam peperangan Badr adalah Ali ibn Abi Talib.

F. E. Peters: Badr adalah kejayaan Muslim, secara ke seluruhan dan sebagaimana tidak diduga; pejuang Muslim kehilangan 14 orang, dan Quraish dari 50 ke 70 orang, termasuk ketua mereka, Abu Jahal. Ianya adalah kejayaan psikologi yang besar dan terdapat banyak harta untuk muhajirin yang kesempitan di dalam ekonomi. Ini bagaimanapun bukanlah sekadar hanya satu serangan. Ia memperlagakan Muslim dengan yang bukan Muslim di dalam peperangan suci [jihad], dan bapa menentang anak di dalam perselisihan awam [sivil]. Kemalangan di pihak Quraish adalah tinggi, dan oleh kerana kebanyakannya telah berlaku terhadap ketua-ketua mereka, maka kepimpinan di Makkah telah kekal dipatahkan. [Allah’s Commonwealth, 1973]

Kepimpinan Musyrik di Makkah sesungguhnya telah kekal dipatahkan di Badr. Wira yang bertanggungjawab mengenainya adalah Ali. Dia sahaja telah membunuh 22 wira Makkah, 12 dari mereka adalah ahli yang terkemuka dari Bani Umayyah. Tentera Islam selebihnya telah membunuh 27 orang musyrik. Di antara harta rampasan perang Badr adalah sebilah pedang, yang mana akan menjadi pedang yang amat termashur di dalam kesemua sejarah Islam. Namanya adalah Dhul-Fiqar.

Washington Irving: Di antara harta rampasan perang Badr adalah sebilah pedang yang termashur yang campuran besinya amat menakjubkan, yang digelar Dhul-Fiqar, atau yang menembusi. Muhammad menggunakannya selepas itu apabila di medan perang, dan anak menantunya, Ali, yang mewarisinya setelah baginda wafat. [The Life of Mohammed]

Abdullah Yusuf Ali, penterjemah dan penghurai al-Quran, berkata bahawa peperangan Badr telah dikatakan Furqaan di dalam teologi [ilmu ketuhanan] Muslim, kerana ia adalah percubaan kekuatan yang pertama dengan peperangan, di dalam Islam, di antara kuasa baik dan kuasa jahat. Furqaan bererti perbezaan di antara yang benar dan yang salah; keputusan di antara pasukan yang beriman dan yang kafir. Peperangan Badr dipanggil dengan nama ini.

Tawanan Perang

Muslim menawan 50 orang tawanan. Mereka telah dibawa kepada Rasul yang akan membuat keputusan, apa yang akan dilakukan kepada mereka. Baginda merundingkan dengan para sahabat di dalam perkara ini. Umar menasihati baginda untuk membunuh kesemua mereka, tetapi Abu Bakar menasihati baginda untuk melepaskan mereka dengan bayaran tebusan. Rasul menerima nasihat Abu Bakar.

Oleh kerana tidak ada rumah tahanan di Madinah, Rasul membahagikan tawanan di antara keluarga Muslim. Keluarga-keluarga ini melayan tawanan-tawanan mereka seperti tetamu sedang mereka sendiri kelaparan. Muslim sebenarnya telah membuatkan tawanan musyrik merasa malu dan kebingungan terhadap layanan kebajikan mereka. Tawanan yang kaya telah dibebaskan dengan tebusan. Tawanan yang tidak dapat membayar tebusan tetapi boleh membaca dan menulis, telah disuruh mengajar seni ini kepada kanak-kanak Muslim, dan apabila mereka telah lakukan, mereka juga dibebaskan. Tawanan yang tidak mempunyai apa-apa, telah dibebaskan tanpa tebusan.

Keputusan dari Peperangan Badr

101

Page 102: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Kejayaan di Badr telah memberikan Islam penghormatan yang tinggi. Ancaman terhadap keselamatan Madinah telah dihapuskan, dan Muhammaad Mustafa kini boleh meletakkan asas kerajaan ketuhanan yang pertama dan terakhir dibumi.

S. Margoliouth: Tidak ada kejadian di dalam sejarah Islam yang lebih penting dari peperangan ini [Badr]; Quran dengan benar telah memanggilnya ‘Hari Pembebasan’, pada hari yang mana sebelumnya Muslim adalah lemah, selepas itu mereka menjadi kuat, kaya, terkenal, dihormati, berkuasa, kesemuanya didapati atau bagaimanapun telah hampir dicapai pada ‘Hari Pembebasan’ [Mohammed and the Rise of Islam, London, 1931]

Bagaimana pun, satu kepincangan timbul dari peperangan Badr, dari kejayaan Islam telah menyemarakkan lagi api baru yang lebih ganas terhadap kebencian dan permusuhan di dalam dada Bani Umayyah pada Muhammad Mustafa dan Ali ibn Abi Talib. Kebencian dan cemburunya mereka terhadap Bani Hashim telah berkembang semenjak generasi-generasi yang terdahulu. Tetapi selepas peperangan Badr, permusuhan mereka tertumpu kepada Ali dan kepada anak-anak Muhammad Mustafa.

Jika kepada Muslim, Ali adalah simbol kemenangan Islam, kepada Umayyah, beliau adalah simbol kehancuran terhadap penyembahan dan keutamaan mereka. Maka mereka, generasi mereka yang akan datang, dan sahabat-sahabat mereka dan penyokong-penyokong mereka, tidak pernah memaafkan Ali kerana peranan yang dimainkan beliau, sebelum, semasa, dan selepas peperangan Badr. Kebencian mereka bolehlah kita fahami. Hanya Ali dan Ali sahaja yang telah menghancurkan, bukan saja di Badr, tetapi di setiap pertembungan dengan kuasa musyrik yang besar, betapa kuat dan padu, beliau akan menghancurkannya.

BAB 23

Perkahwinan Fatimah Zahra dan Ali ibn Abi Talib

Tuhan memberi kejayaan kepada Islam di dalam peperangan Badr pada tahun ke 2 Hijrah. Dua bulan selepas peperangan, Fatimah Zahra, anak perempuan Muhammad Mustafa, dan Ali, anak lelaki Abu Talib dikahwinkan.

Fatimah Zahra baru berumur 5 tahun apabila ibunya – Khadijah, semoga Allah merahmati beliau – meninggal dunia, dari semenjak itu bapanya, Muhammad Mustafa, Rasul Allah, mengambil alih tugas sebagai ibu kepadanya juga. Dengan kematian ibunya terdapat kekosongan di dalam hidup beliau tetapi bapanya telah mengisikan kekosongan itu dengan cinta dan kasih sayang.

Muhammad, Pesuruh Allah, memberikan sepenuh perhatian terhadap pendidikan di dalam membesarkan anak perempuannya. Jika baginda adalah yang paling sempurna bagi semua lelaki, anak perempuannya pastilah yang paling sempurna bagi semua wanita. Baginda menjadikannya wanita yang paling sempurna di dalam Islam. Beliau adalah contoh [tauladan] bagi ketaatan dan ketaqwaan kepada yang Menjadikan, dan beliau adalah bayangan bagi segala kesucian dan kemurnian. Di dalam tingkah laku dan keperibadian, beliau mempunyai

102

Page 103: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

perwatakan sama seperti bapanya. Fatimah, si anak, adalah bayangan Muhammad, si bapa.

Dengan ketaatan dan ketaqwaan kepada Allah, Fatimah Zahra telah dinaikkan kedarjah yang tertinggi disisi Tuhan, seperti yang dinyatakan oleh al-Quran al-Majid. Allah telah menganugerahkan kehormatan yang terbesar ke atasnya, dan juga Rasul Islam. Pada pihak diri Rasul, baginda telah menunjukkan tanda penghormatan yang tinggi, di mana baginda tidak pernah tunjukkan kepada mana-mana lelaki atau wanita lain pada bila-bila masa di dalam hidupnya.

Apabila Fatimah dewasa, dua sahabat lama baginda, mula yang pertama kemudian yang kedua, bertanya kepada si bapa untuk melamar dirinya. Tetapi baginda berpaling dari mereka dengan rasa mual, dan berkata: ‘‘Perkara perkahwinan bagi Fatimah, anak perempuan saya, adalah di dalam tangan Allah, dan hanya Dia sahaja yang akan memilihkan pasangan untuk beliau.’

Allah telah membuat pilihanNya. Dia memilih hambaNya, Ali ibn Abi Talib, untuk menjadi pasangan kepada anak perempuan hambaNya yang terpilih, Muhammad Mustafa. Dia berhajat untuk Fatimah binti Muhammad dan Ali ibn Abi Talib dikahwinkan.

Dua bulan selepas peperangan Badr iaitu di dalam bulan Zilqa’ad [bulan ke 11] tahun ke 2 Hijrah, Ali berjumpa Muhammad Mustafa, dan berkata: ‘Wahai Pesuruh Allah, kamu telah membesarkan saya seperti anakmu sendiri. Kamu telah melimpahi saya dengan pemberian, kemurahan dan kasih sayang. Saya berhutang kepadamu segala-galanya yang di dalam hidupku. Sekarang saya meminta satu lagi kebaikan dari kamu.’

Rasul faham apa yang Ali cuba hendak katakan. Wajahnya bercahaya dengan senyum yang lebar, dan Rasul meminta Ali menunggu sebentar sehingga baginda mendapatkan jawapan dari anak perempuannya. Baginda masuk ke dalam rumah, memberitahu Fatimah bahawa Ali meminta dirinya untuk dijadikan isteri, dan bertanya apakah jawapannya. Beliau berdiam diri. Baginda mentafsir diamnya beliau sebagai persetujuan, baginda kembali kepada Ali, memberitahuinya bahawa lamarannya telah diterima, dan memberitahunya supaya membuat persediaan untuk majlis perkahwinan.

Pada hari terakhir Zulqa’ad [bulan ke 11], Muhammad Mustafa, Rasul Allah, mempelawa Muhajirin dan juga Ansar, untuk menghadiri jamuan, pada majlis perkahwinan anaknya. Rasul menjadi tuan rumah kepada mereka. Apabila semua tetamu tiba, dan duduk, baginda dapatkan sekali lagi persetujuan secara rasmi dari anaknya untuk dikahwinkan dengan Ali ibn Abi Talib.

Muhammad Mustafa memuji Allah, dan bersyukur kepadaNya di atas segala rahmatNya. Dia kemudian membaca khutbah pernikahan; mengistiharkan Ali dan Fatimah sebagai suami isteri, dan mendoakan semoga Allah mensejahterakan mereka berdua. Semua tetamu mengucapkan tahniah kepada Rasul pada majlis yang gembira ini. Selepas upacara itu, para tetamu dijamukan dengan daging kambing, roti, kurma dan susu.

Beberapa hari kemudian, i.e Zilhajj [bulan ke 12], Fatimah Zahra terpaksa mengatakan selamat tinggal kepada rumah orang tuanya supaya beliau boleh pergi ke rumah suaminya. Bapanya membantu beliau menunggang unta betinanya. Madinah bergema dengan laungan Allah Hu Akbar. Salman, orang farsi memegang tali unta, dan berjalan di hadapannya, sedang dia membaca al-Quran. Rasul Allah berjalan disisi unta, dan Hamza, singa Allah, berjalan disisi yang sebelah lagi. Kesemua wira-wira muda Bani Hashim berkuda mengiringi sebagai pengiring pengantin perempuan, dengan pedang berkilat diangkat tinggi. Di belakang mereka wanita-wanita Muhajirin dan Ansar, dan di belakang sekali para

103

Page 104: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Muhajirin dan Ansar. Mereka membaca ayat-ayat dari al-Quran untuk membesarkan Allah. Bacaan tersebut telah diwakafkan dari masa kesemasa dengan laungan Allah Hu Akbar.

Rombongan berkuda yang suci ini mengelilingi Masjid Agung Madinah, dan kemudian berhenti pada tempat yang dituju, rumah pengantin lelaki, Ali ibn Abi Talib. Muhammad Mustafa membantu anaknya turun dari unta. Dia memegang tangannya, dan secara simbolik meletakkannya pada tangan suaminya, dan kemudian, berdiri pada hadapan rumah, membaca doa yang berikut:

‘Wahai Allah! Saya serahkan Fatimah dan Ali, hamba Mu, kepada perlindunganMu. Jadilah pelindung mereka. Rahmatilah mereka. Relalah dengan mereka, dan anugerahlah mereka dengan pemberianMu yang tidak terhingga, rahmat yang terbaik kepada mereka. Jadikan perkahwinan mereka berhasil, dan jadikan kedua mereka kekal di dalam kecintaanMu, dan berkhimat kepadaMu.’

Itu adalah hari yang benar-benar bergembira di dalam hidup Muhammad Mustafa. Tetapi dia berharap yang isteri kesayangan dan juga temannya, Khadijah ada bersama, semoga mereka berdua dapat menyaksikan perkahwinan anak perempuan mereka.

Beberapa hari kemudian, Rasul Allah, pergi berjumpa anak perempuannya, dan bertanya bagaimana dia mendapati suaminya. Beliau berkata bahawa, dirinya [Ali] adalah teman yang paling baik di dalam mentaati dan patuh kepada Allah. Kemudian, baginda bertanya kepada Ali, bagaimana dia mendapati isterinya, dan dia berkata bahawa dia dapati beliau adalah teman yang paling baik di dalam memberi khidmat kepada yang Menjadikan. Keadaan yang paling gemilang di dalam kehidupan kedua suami isteri ini adalah pada ketika mereka hadir kepada tuhan, dan sedang khusu’ di dalam solat kepadaNya.

Di antara Ali dan Fatimah Zahra, terdapat minat yang sama di dalam segala perkara. Kedua-duanya telah dibesarkan dan dididik oleh Muhammad Mustafa, Pesuruh Allah, dan Khadijah-tul-Kubra. Maka keduanya berkongsi kesempurnaan dari kedua ibu bapa mereka. Tidak terdapat sebarang ruang untuk perselisihan di antara mereka. Pemikiran, perkataan dan perbuatan mereka telah direncanakan [dibentuk] oleh al-Quran al-Majid. Maka perkahwinan mereka, adalah sesuai dan sepadan sebagaimana gembiranya perkahwinan Muhammad dan Khadijah adanya.

Sebagaimana yang telah dinyatakan di atas, Fatimah paling gembira di dalam masa menunggu kepada Allah. Beliau menghabiskan banyak dari masanya di dalam solat. Kegembiraannya yang kedua adalah melaksanakan tugas-tugasnya terhadap keluarga. Allah rela untuk menganugerahkan kepada beliau empat orang anak, dua lelaki dan kemudian dua perempuan. Beliau mengisar bijian di dalam kisar yang telah diberikan oleh bapanya sebagai hantaran, dan memasakkan roti untuk mereka. Mengisar bijian hari demi hari telah membuat tangannya melecur, tetapi beliau tidak pernah mengadu kepada suaminya atau kepada bapanya mengenai perkara itu, dan beliau terus melakukan kerja-kerja rumah dengan gembira.

Tugas-tugas di dalam rumah boleh mengalihkan tumpuan dan melelahkan Fatimah Zahra, tetapi beliau dapat kegembiraan di dalam mengingati Allah. Kitab Allah adalah teman rapatnya. Beliau terlupa akan lelah pekerjaan bilamana beliau membaca ayat-ayat dari kitab tersebut. Dan apabila beliau menidurkan anak-anaknya di dalam buaian, beliau sekali lagi membacakan ayat-ayat pilihan dari kitab tersebut sebagai ‘ayunan’ untuk mereka. Mereka membesar dengan mendengar al-Quran al-Majid semenjak masih bayi lagi. Beliau meletakkan kata-kata Allah ke dalam hati mereka yang masih muda. Melalui ‘osmosis’ [serapan]

104

Page 105: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

begini, Quran dan anak-anak Fatimah Zahra menjadi tidak berpisah untuk sepanjang masa.

Di dalam tahun yang sama i.e tahun ke 2 Hijrah, solat berjamaah pada 2 hari cuti bagi Muslim, iaitu Aidil-Fitri dan Aidil-Adha, telah menjadi sunnat [digalakkan] untuk mereka.

BAB 24

Peperangan Uhud

Peperangan Uhud adalah suatu pembalasan kepada Muslim berikutan dari peperangan Badr. Sebahagian besar dari ahli-ahli terkemuka Quraish seperti Abu Jahal, Utba, Shaiba, Walid, Umayyah bin Khalaf dan Hanzala bin Abu Sufyan telah terbunuh di dalam peperangan Badr. Selepas kematian Abu Jahal, kepimpinan Makkah telah berpindah kepada rakannya Abu Sufyan, ketua bagi suku kaum Bani Umayyah. Terdapat kedukaan yang amat sangat di kota Makkah di atas kehilangan ramainya ketua-ketua mereka, tetapi Abu Sufyan melarang keluarga-keluarga tersebut dari menangis dan meratapi kehilangan mereka. Dia tahu bahawa air mata tidak dapat membasuh dendam di hati mereka. Dia akan mempastikan, bahawa masa dan air mata tidak akan dapat menyembuhkan luka-luka yang telah diterima oleh aristokrat Makkah di Badr. Dia sendiri telah bersumpah akan menjadi asing kepada kesenangan dunia sehinggalah dia telah membayar semula kepada Muslim apa yang telah dilakukan kepadanya [membalas dendam]. Dia bersama ketua-ketua Quraish yang lain telah

105

Page 106: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

menghabiskan masa sepanjang tahun di dalam aktiviti melengkapkan dan melatih tentera yang baru.

Satu tahun selepas peperangan Badr, pasukan tentera jahiliah yang baru dari Makkah telah bersedia untuk turun kepadang menentang Muslim. Di dalam bulan Mac 625 M. Abu Sufyan meninggalkan Makkah sebagai ketua kepada 3000 tentera yang tahan lasak. Kebanyakan mereka adalah tentera berjalan kaki tetapi mereka telah disokong oleh kontigen tentera berkuda yang kuat. Juga bersama pasukan tentera ini sekumpulan ‘para wanita perang’. Tugas mereka adalah untuk melancarkan ‘peperangan pisikologi’ menentang Muslim dengan membaca syair dan dengan menyanyikan lagu-lagu yang menaikkan semangat keberanian dan keazaman untuk tentera mereka berjuang. Mereka tahu bahawa tidak ada yang paling ditakuti oleh kaum Arab dari dikatakan oleh para wanita mereka sebagai penakut, dan mereka juga mengetahui bahawa tidak ada yang sungguh berjaya untuk menukarkan mereka kepada pejuang yang berani mati dari janji –janji ‘cinta fizikal’. Para ‘Amazon’ [wanita] ini termasuklah isteri Abu Sufyan dan Amr bin Aas, dan adik perempuan Khalid bin Walid.

D. S. Margoliouth: Abu Sufyan telah melakukan apa yang terbaik, dan pengganti kepada musik tentera, sebagai alasan, telah mengizinkan tenteranya diikuti oleh sekumpulan wanita, yang dengan ancaman dan juga janji-janji, akan cuba mengekalkan semangat pejuang mereka ke tahap yang tertentu; kerana tidak ada yang takuti bagi mereka-mereka yang lari dari medan perang selain dari celaan dari kaum wanita. Wanita Quraish sesungguhnya telah memberikan perkhidmatan yang sungguh aneh. Isteri Abu Sufyan membuat cadangan bahawa jasad ibu Muhammad hendaklah digali dan disimpan sebagai tebusan; tetapi Quraish menolak usul ini [yang mana ugutannya diragukan] kerana takut akan risiko tidak balasnya. [Mohammed and the Rise of Islam, 1931]

Seakan-akan seruan yang berlebihan terhadap seks yang dijanjikan oleh wanita-wanita Quraish tidak mencukupi, maka Abu Sufyan menanamkan di dalam kempen ini dengan ‘kesucian agama’ juga. Untuk tidak meninggalkan kesangsian di dalam fikiran setiap orang bahawa mereka sedang berjuang di dalam peperangan yang suci menentang Muslim, dia telah meletakkan Hubal, berhala yang Bani Umayyah sembah sebagai tuhan yang teragung, ke atas unta, dan membawa bersama ke medan perang. Tugas Hubal adalah untuk meninggikan lagi semangat pejuang dengan kehadirannya di medan perang.

Seks dan agama adalah dua komponen yang digerakkan oleh Quraish dalam peperangan mereka terhadap Muhammad dan Islam.

Betty Kelen: Di dalam satu howdah [tempat duduk di atas unta] diletakkan Hubal, yang di dalam percutian dari Kaabah. Abu Sufyan benar-benar faham, selain dari membalas dendam dan juga mengawal laluan kafilah, dia juga terikat degan peperangan agama yang suci. [Mohammed, the Messenger of God, 1975]

Muhammad Mustafa, Rasul Islam, juga mendengar laporan mengenai serangan yang akan dilakukan kepada Madinah oleh tentera Makkah, dan baginda juga mengarahkan pengikutnya untuk bersiap sedia mempertahankan diri. 700 Muslim bersedia untuk mengikutinya ke medan perang.

Rasul meletakkan kedudukan tenteranya, dengan gunung Uhud di belakang mereka supaya mereka berdiri menghadap ke Madinah. Apabila tentera Makkah sampai, mereka mengambil kedudukan menghadap tentera Muslim, maka dengannya mereka berada di antara tentera Muslim dan kota Madinah di belakang mereka.

Sir William Muir: Abu Sufyan, sebagai pemimpin Makkah berikutnya, telah membawa tentera Makkah yang mengadap ke Uhud, menyusunnya di hadapan

106

Page 107: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Muhammad. Panji-panjinya dibawa oleh Talha anak kepada Abd al Uzza. Disayap kanan dipimpin oleh Khalid; dan di sebelah kiri oleh Ikrama anak Abu Jahal. Amr bin Aas pemimpin ke atas tentera berkuda Coreishite [Quraish]. [The Life of Mohammed, 1877]

Sir John Glubb: Muslim mara dengan 700 orang menentang 3000 orang pahlawan dari Makkah. Muslim hanya dapat mengumpul 100 orang dengan baju perisai dan tiada berkuda, Quraish dan sekutunya berjumlah 700 orang berperisai dan 200 tentera berkuda.

Untuk melindungi belakang mereka, kerana jumlah mereka yang kecil, Muslim meletakkan diri mereka dikaki gunung Uhud. Sayap kanan dan belakang mereka dilindungi oleh gunung, tetapi di sebelah kiri mereka terbentang tanah lapang dan mereka terdedah kepada serangan tentera berkuda musuh. Untuk melindungi terhadap serangan ini, Muhammad meletakan 50 pemanah di tempat ini, dengan arahan untuk tidak meninggalkan kedudukan mereka dengan apa sebab sekalipun, dari itu mereka dapat melindungi tentera Muslim dari sebelah kiri terhadap serangan tentera berkuda Quraish.

Tentera Makkah membentuk garisan mereka mengadap tentera Muslim yang mana belakang mereka ke Uhud, dan mengadap ke kota Madinah, sedangkan barisan Quraish yang menentang mereka dengan Madinah di belakang mereka, yang mana kedudukan mereka adalah di antara Muslim dan kota.

Quraish telah membawa sejumlah wanita bersama mereka, dengan menunggang anak unta. Kini apabila kedua-dua garisan mula menghampiri sesamanya, mereka mula menaikan semangat tentera Makkah, dengan memukul tamborin, menyanyikan lagu-lagu peperangan dan melepaskan [menguraikan] ke bawah rambut mereka yang panjang. [The Great Arab conquest]

Peperangan Uhud bermula sama seperti peperangan Badr, dengan wira Makkah mara dari garisannya dan mencabar wira Muslim pada pertarungan seorang lawan seorang.

Sir Willian Muir: Mengibarkan bendera Quraish, Talha, pembawa panji-panji tentera Makkah, mara, dan mencabar musuh pada pertarungan perseorangan. Ali melangkah keluar, dan meluru kepadanya, dengan satu pukulan dari pedang beliau telah membuatnya rebah ke bumi. Muhammad, yang telah memerhatikan pertarungan tersebut, berteriak dengan suara yang lantang, Maha Besar Allah! Dan laungan itu diulangi, dengan amat gemuruhnya dari kesemua tentera Muslim. [The Life of Mohammed, London, 1877]Muhammad Husayn Haykal: Talha ibn Abu Talha, pembawa bendera Makkah, maju kehadapan meminta Muslim bertarung dengannya. Ali ibn Abi Talib mara kehadapan untuk bertarung dengannya. Pertarungan itu berakhir dengan cepat apabila Ali memukul musuhnya dengan satu pukulan yang membawa maut. Menyanjung tinggi, Rasul Muslim melaungkan, ‘Maha Besar Allah.’ [The Life of Mohammed, 1935, Cairo]

R.V.C. Bodley: Tentera Makkah dengan sedia dibantu oleh wanita-wanita yang telah membawa tamborin, menjeritkan celaan kepada Muslim. Ini telah diselang-selikan oleh Hinda, isteri Abu Sufyan, yang memimpin selingan sorakkan dengan menari-menari mengelilingi berhala yang diletakkan di atas unta.

Talha, mewarisi pembawa bendera Quraish, adalah pencabar pertama Makkah. Dengan melangkah keluar dari barisan Abu Sufyan, Ali melangkah keluar dari barisan Muhammad. Kedua orang ini bertemu di tengah-tengah di antara kedua tentera. Tanpa sebarang perkataan dan permulaan yang berbunga-bunga, pertarungan bermula. Talha tidak pernah mendapat peluang. Pedang Ali berkilau

107

Page 108: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

di dalam sinaran matahari pagi dan kepala pembawa bendera melompat dari bahu dan berguling di tanah.‘Allah Hu Akbar!’ Jerit Muhammad. ‘Allah Hu Akbar!’ ‘Allah Hu Akbar’ bergema dari tentera Muslim yang sedang memerhatikannya. [The Messenger, the Life of Mohammed. New York, 1946]

Sir John Glubb: Dua garisan dilukis bertentangan satu dengan lain. Talha ibn Abdul Uzza, dari Abdul Dar, membara dengan kebencian di atas hasutan Abu Sufyan, dan pembawa panji-panji Quraish, melangkah keluar garisan dan mencabar mana-mana Muslim di dalam pertarungan perseorangan. Ali berlari menuju kahadapan dan membunuhnya dengan sekali hayunan pedangnya, panji-panji Quraish jatuh ke bumi. Dari barisan Muslim bergema sahutan Allah Hu Akbar, Allah Maha Besar.’ [The Life and Times of Muhammad]

Ini adalah suatu pandangan yang dramatik di dalam sejarah Islam. Muhammad, Pesuruh Allah, sedang memerhatikan sepupunya, Ali, sedang beraksi, dan gembira di dalam kemenangannya yang cepat. Apabila pukulan pedang Ali yang hebat telah membunuh panglima musyrik, Muhammad melaungkan Allah Hu Akbar, dan jeritan peperangan telah disambut oleh ke seluruh tentera Islam.

Pukulan Ali yang tidak dapat ditangkis telah menyebabkan pembawa panji-panji Makkah, lambang bagi jahiliah dan musyrik, jatuh ke bumi. Beliau telah memenangi pusingan pertama untuk Islam, dan beliau telah memberikan pukulan maut kepada moral Quraish. Apabila Ali kembali kegarisannya, adik Talha, Uthman ibn Abu Talha, membuat percubaan untuk mengambil bendera Makkah. Tetapi Hamza keluar dari garisan Muslim, dan membunuhnya.

Muhammad Husayn Haykal: Apabila Ali ibn Abu Talib membunuh pembawa bendera Makkah, Talha ibn Abu Talha, dengan cepat dinaikkan kembali oleh Uthman ibn Abu Talha. Dan apabila Uthman gugur di tangan Hamza, ianya telah dinaikkan kembali oleh Sa’d ibn Abu Talha. Pada ketika dia menegakkan bendera Makkah dia menjerit kepada tentera Muslim. ‘Adakah kamu menyangka bahawa yang syahid dari kamu di dalam syurga dan dari kami neraka? Demi Tuhan kamu berdusta!! Jika mana-mana kamu percaya cerita sedemikian, biarlah dia datang ke depan dan bertarung dengan saya.’ Cabarannya telah disambut oleh Ali, dan terus membunuhnya di situ juga. Bani Abd al Dar berterusan memegang bendera Makkah sehingga mereka kehilangan sembilan orang pahlawan. [The Life of Mohammed]

Ali, singa yang muda, telah membunuh lapan pembawa panji-panji musyirik Makkah.

Ibn Atheer, ahli sejarah Arab, menulis di dalam bukunya, ‘Tarikh Kamil’, ‘Orang yang membunuh pembawa panji-panji [musyirik] adalah Ali.’ Selepas kematian yang kesembilan pembawa panji-panji, Abu Sufyan mengarah tenteranya untuk mara dan menyerang tentera Muslim. Apabila Rasul melihat pergerakan tentera musuh, baginda juga memperingatkan tentera Muslim. Baginda memegang pedang di tangannya, dan menawarkan kepada sesiapa saja yang akan membawa kehormatan padanya. Sebahagian mereka yang berhajat bergerak menuju kepada baginda untuk mengambilnya, tetapi baginda menahan dari mereka.

Muhammad ibn Ishaq: Rasul memakai dua baju perisai pada hari peperangan Uhud, dan baginda mengeluarkan pedang dan menghayun-hayunnya sambil berkata: ‘Siapa yang akan mengambil pedang ini dengan haknya?’ [menggunakan sebagaimana ianya patut digunakan]. Beberapa orang bangun untuk mendapatkan, tetapi baginda menahannya daripada mereka, sehinggalah Abu Dujana Simak b. Kharasha, abang kepada B. Saida, bangun untuk mengambilnya. Umar bangun untuk mengambilnya, dengan berkata: ‘Saya akan mengambilnya

108

Page 109: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

dengan haknya,’ tetapi Rasul berpaling darinya dan menghayunkannya kali kedua dengan kata-kata yang sama. Kemudian Zubayr b al-Awwam bangun, dia juga ditolak, kedua-dua mereka merasa amat malu. [The Life of the Messenger of God]

Rasul memberikan pedang itu kepada Abu Dujana, seorang Ansar. Dia mengambilnya dan menggunakannya seperti mana ianya perlu digunakan. Dia telah melaksanakan tugas yang diberikan ketua kepadanya. Wanita-wanita Makkah sedang bertenggong [menyangkung] di atas unta-unta mereka dan mengamati pergerakan yang pantas itu. Apabila tentera mereka mara untuk menyerang Muslim, mereka juga turut bergerak untuk beraksi. Mereka mula mengapi-apikan wira-wira mereka untuk membunuh Muslim. Mereka menyanyikan lagu-lagu yang penuh ajakan [merangsang] dan penghinaan, pelawaan kepada sang wira dan penghinaan kepada yang penakut. Dengan muzik dan syair yang sungguh ‘mempelawa’ dari mereka, wanita ini telah mengerahkan anak-anak padang pasir ini untuk berperang dengan penuh bertenaga.

Betty Kelen: Terletak di atas kebanyakan unta adalah pondok kecil, atau howdah, yang mana di dalamnya satu pasukan wanita yang dilatih oleh Hinda untuk menyanyikan lagu-lagu perang yang akan mengekalkan kaum lelaki mereka di dalam kemarahan yang membara dan memalukan si penakut.

Peperangan telah bermula. Hinda dan wanita-wanitanya maju bersama tentera, bertebaran di medan, seberapa hampir yang boleh kepada tentera yang sedang bertarung, memukul tamborin mereka dan dengan segala hingar dan pekikan:

‘Anak-anak perempuan dari kilauan Bintang Pagi;Memerhatikan kamu, di ranjang sutera kami berada;Hancurkan mereka! di dalam pelukan, kami mendakap kamu;Lari, dan kami tidak akan menyentuh kamu.’ [Mohammed the Messenger God]

Muhammad Husayn Haykal: Wanita-wanita sebelum Islam [di Arab] biasanya akan menunjukkan diri mereka, tidak sahaja kepada suami tetapi kepada mana-mana lelaki yang mereka suka. Mereka akan pergi ke tempat-tempat lapang berseorangan atau berkumpulan dan bertemu dengan lelaki dan pemuda tanpa halangan atau perasaan malu. Mereka akan bertukar-tukar dengan kaum lelaki pandangan yang memberangsang dan juga dengan gaya yang ghairah. Ini telah dilakukan dengan bersahaja tanpa rasa malu, sehinggakan Hinda, isteri Abu Sufyan, tidak merasakan apa-apa ketika menyanyikannya di tempat dan situasi yang seperti ini, iaitu di peperangan Uhud.

‘Maju kehadapan dan kami akan memeluk kamu!Maju kehadapan dan kami akan membentangkan permaidani untuk kamu!Berpusing kebelakang dan kami akan menjauhi kamu!Berpusing kebelakang dan kami tidak datang kepada kamu.’

Di antara beberapa suku kaum, perbuatan sumbang begini tidaklah dianggap sebagai sesuatu kesalahan yang serius. Berpasangan dan bercumbuan adalah perbuatan biasa. Walaupun kedudukan Abu Sufyan terkemuka di dalam masyarakat, rekod dari peristiwa telah memberitahukan, mengenai isterinya, banyak cerita cinta dan berahi dengan lelaki lain tanpa merosakan atau mengotori reputasinya…..’ [The Life of Mohammed, Cairo, 1935]

Tentera Makkah mempunyai kelengkapan yang lebih baik dan bilangan yang lebih ramai dari tentera Muslim. Lebih-lebih lagi dengan adanya di medan pertempuran tuhan mereka, Hubal, dan juga wanita-wanita, ini adalah suatu jaminan yang moral mereka tidak akan turun, terutama, selepas kaum wanita mereka memperkenalkan di dalam pergelutan tersebut, komponen baru yang lebih merbahaya, iaitu godaan.

109

Page 110: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Tetapi walaupun mereka mempunyai kelebihan yang secara langsung [kelengkapan dan jumlah yang ramai] dan yang tidak langsung [sokongan moral dari tuhan dan wanita], tentera Makkah hanya dapat membuat sedikit kemajuan, itu pun jika ada. Sesungguhnya pada permulaan pertempuran ianya seperti tidak berpihak kepada mereka.

D.S. Margoliouth: Kelihatan bahawa pada permulaan kejadian adalah seperti apa yang telah dibayangan oleh Rasul. Wira Badr, Ali dan Hamza, telah memberikan pukulan maut terhadap lawannya sama seperti dahulu; wira dari Quraish mencabar mereka untuk bertarung di dalam pertarungan perseorangan, di mana wira mereka sendiri terbunuh, dan kekalahan mereka telah menyemarakkan rasa tidak senang [gelisah] dan panik. [Mohammed and the Rise of Islam, London, 1931]Serangan dari Ali, Hamza dan Abu Dujana menyemarakkan panik dan ketakutan di dalam barisan Makkah, dan mereka mula gentar [goyah]. Muslim terus menekankan peluangnya.

Sir John Glubb: Ali ibn Abu Talib terus menyerang ke dalam barisan musuh, ianya adalah Badr semula; tentera Muslim terasa kebal. [The Great Arab conquests, 1963]Ali telah memecahkan barisan Quraish, dan beliau berada jauh ke dalam barisan mereka. Musyirik tidak dapat menahan serangan beliau, mereka mula berundur. Tidak jauh dari beliau, bapa saudaranya, Hamza, sedang sibuk mencantas laluannya di dalam kumpulan musuh yang padat. Di antara mereka berdua, mereka sedang menghimpit tentera-tentera Quraish di tengah-tengah.

Adalah di saat ini, dua peristiwa terjadi yang telah menyebabkan pertukaran ‘nasib’ di dalam tentera Muslim, dan terlepasnya kemenangan dari gengaman mereka. Yang pertama, gugurnya Hamza.

Hinda, isteri Abu Sufyan, telah membawa bersamanya dari Makkah, seorang bernama Wahshi, hamba dari Ethiopia, untuk membunuh Hamza, dan berjanji untuk memberinya bukan saja kemerdekaan tetapi juga emas yang banyak, perak dan juga sutera jika dia berjaya. Dia yang telah terkenal kerana kehandalannya menggunakan senjata kebangsaannya, iaitu tombak.

Wahshi bersembunyi di belakang batu, menunggu saat yang baik, dan tidak lama kemudian waktu itu pun tiba. Apabila Hamza telah membunuh seorang musyirik, dan hendak menyerang seorang lagi, Wahshi berdiri, mengacu dan melontarkan senjatanya, yang tiada apa dapat menahannya lagi. Tombak itu tepat kesasaran, diperut Hamza. Beliau rebah ke bumi dan mati serta merta.

Peristiwa yang lain melibatkan kelompok utama dari tentera Madinah. Kegoyahan dan tidak keharuan tentera Makkah telah mula kelihatan pada ketika ini, dan tentera Muslim menyangka bahawa mereka telah mendapat kejayaan. Dengan perasaan keghairahan, tidak mahu melepaskan peluang untuk merampas barangan musuh, mereka telah melupakan disiplin mereka. Kejadian ini telah diperhatikan oleh pihak pemanah yang telah diletakkan oleh Rasul di tempat yang strategik. Mereka juga menyangka bahawa musuh telah dikalahkan, dan sedang berundur. Pada fikiran mereka jika rakan-rakan mereka di medan pertempuran merampas barangan musuh, maka mereka akan kehilangan bahagian dari hasil tersebut. Kekhuatiran ini telah membuat mereka turun ke tanah datar di bawah dan menentang arahan Rasul. Ketua mereka, Abdullah ibn Jubayr, mengingatkan mereka untuk tidak meninggalkan laluan tersebut tetapi mereka tidak mempedulikannya, dan terus berlari kelembah. Kecintaan mereka terhadap harta telah menyebabkan kekalahan Muslim di dalam peperangan Uhud!

Diketika itu, General Makkah, Khalid ibn Walid, melihat bahawa laluan strategik di sebelah kiri tentera Madinah telah tidak dikawal. Dia terus menggunakan peluang

110

Page 111: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

ini untuk menyerang beberapa orang yang tinggal untuk mengawal laluan tersebut, dengan tentera berkudanya. Kumpulan yang tinggal melawan dengan beraninya tetapi kesemua mereka, termasuk Abdullah ibn Jubayr telah dikalahkan dan terbunuh. Apabila Khalid dapat menawan laluan itu, dia menyerang tentera Madinah dari belakang.Tentera Madinah sedang sibuk mengumpulkan harta, sehingga terlupa segala-galanya. Dengan tiba-tiba mereka dikejutkan oleh serangan tentera berkuda Makkah dari belakang. Abu Sufyan juga melihat pergerakan Khalid, dan terkejutnya tentera Muslim. Dia kini mengumpulkan tenteranya, dan kembali ke tempat pertempuran, dengan memulakan serangan dari hadapan. Tentera Muslim kini mendapati diri mereka tersepit di dalam pergerakan tentera musuh, dan mereka panik. Kini giliran mereka untuk lari. Mereka mula lari tetapi tidak tahu kemana arah yang hendak dituju, maka mereka lari di semua arah.

Kejutan ini bukan hanya tertumpu khusus kepada golongan bawahan tentera Muslim sahaja; ianya menyeluruh. Sebahagian dari para sahabat Rasul yang terkemuka juga turut lari bersama yang lain sebelum tentera musuh memulakan serangan. Di antara yang melarikan diri adalah keduanya Abu Bakar dan Umar. Ini telah dirakamkan oleh Anas bin Nadhr, bapa saudara Anas bin Malik, bahawa Abu Bakar berkata diketika yang lain bahawa tentera Muslim telah lari di dalam peperangan Uhud, dan meninggalkan Pesuruh Allah, dia adalah orang yang pertama untuk kembali kepadanya. Umar kerap berkata bahawa apabila Muslim di kalahkan di Uhud, dia lari dengan memanjat bukit [Tabari, Sejarah, jilid 4 ms 96]. Sebahagian dari para sahabat sempat sampai ke Madinah dan ada yang lari bersembunyi di gua-gua dan di lereng-lereng gunung.

Uthman bin Affan, bakal khalifah yang ketiga Muslim, tidak mengambil bahagian di dalam peperangan Badr tetapi dia hadir di Uhud. Bagaimana pun, dia mendapati dirinya tidak tahan mendengar bunyi pedang dan tombak berlaga, dan terjumlah di dalam golongan yang pertama melarikan diri. Shaikh Muhammad Khidhri Buck berkata di dalam riwayat hidup Rasul bahawa Uthman adalah seorang pemalu, dan walaupun dia melarikan diri dari medan petempuran, dia tidak pulang ke Madinah. Rasa malunya menghalang dia dari melakukan ini.

Sedang Muslim lari melewati Rasul, baginda cuba untuk menahan mereka tetapi tidak seorang pun yang mendengarnya. Di dalam masa yang singkat meja sudah terbalik kepada mereka, dan kejayaan telah dirampas dari tangan mereka. Inilah harga yang perlu mereka bayar kerana engkar kepada Rasul, dan kerakusan terhadap mengumpulkan harta.

Berikut adalah kenyataan al-Quran terhadap tingkah laku Muslim di dalam peperangan Uhud:

‘Awas! Kamu yang memanjat tanah yang tinggi, tanpa menoleh kepada sesiapa pun, dan Rasul di belakangmu sedang memanggil kamu semula, kemudian Allah memberikan kedukaan berlipat ganda sebagai peringatan, untuk mengajar kamu untuk tidak berduka terhadap harta yang telah terlepas dari kamu, dan terhadap [bencana] yang telah menimpa kamu, Kerana Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan. [3:153]

Rasul telah memberikan panji-panji Islam kepada bapa saudaranya, Masaab ibn Umayr, di dalam peperangan Uhud. Dia telah dibunuh oleh musuh, dan panji-panji Islam jatuh ke bumi. Apabila Ali melihat panji-panji jatuh, dia maju kehadapan, mengambil dan mengibarkannya tinggi sekali lagi.

Washington Irving: Hamza telah terbunuh oleh tombak Wahshi, seorang hamba Ethiopia, yang telah dijanjikan dengan kemerdekaan, jika dia dapat membunuh Hamza. Mosaab ibn Umair, yang membawa panji-panji Muhammad, telah

111

Page 112: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

terbunuh, tetapi Ali merampas panji-panji yang suci, dan menegakkannya di tengah-tengah ribut peperangan.

Rupa paras Musaab menyerupai wajah seperti Rasul, jeritan telah dibuat oleh musuh bahawa Muhammad telah terbunuh. Quraish bertambah bersemangat dan bertambah-tambah girang mendengarkan bunyi itu; tentera Muslim lari dengan penuh kecewa, bersama dengan mereka Abu Bakar dan Umar, yang telah luka. [The Life of Mohammed]

Muhammad Husayn Haykal: Mereka menyangka bahawa Muhammad telah mati, termasuk Abu Bakar dan Umar, lari ke arah gunung dan duduk. Apabila Anas ibn al-Nadr bertanya mengapa mereka menyerah dengan begitu cepat, dan mereka memberitahu bahawa Rasul Allah telah terbunuh, maka beliau berkata dengan marah: ‘Dan apa yang akan kamu buat dengan diri kamu dan juga hidup kamu selepas Muhammad mati? Bangun, dan mati seperti mana baginda telah lakukan.’ Dia berpaling, menyerbu terhadap musuh, dan berjuang dengan beraninya [sehingga dia terbunuh] [The Life of Mohammed, 1935, Cairo]

Kebanyakan Muslim telah lari dari medan peperangan tetapi Ali masih bertarung. Dia membawa panji-panji Islam di sebelah tangan, dan pedang di sebelah lagi. Dia juga mendengar jeritan ‘Muhammad telah mati’ Tetapi ini hanya membuatkan dia lebih tidak mempedulikan nyawanya sendiri.

Rasul, bagaimana pun, berada dibahagian yang lain medan peperangan. Baginda telah cedera, kepala dan mukanya berdarah. Beberapa orang Muslim, kebanyakannya Ansar, sedang mempertahankan baginda. Kumpulan yang kecil ini, dan laungan jihad mereka, telah menarik perhatian Ali. Dia menyerbu melalui barisan musuh untuk sampai kepada rakan-rakan seperjuangannya. Mereka berdiri mengelilingi Rasul, dan diketuai oleh Abu Dujana, telah melakukan apa yang terdaya untuk melindungi baginda dari ditujui oleh senjata-senjata musuh. Ali merasa gembira melihat Tuannya masih hidup tetapi dia tidak punya masa untuk bertukar-tukar salam. Tentera musyrik telah memperbarui serangan mereka, dan sekarang adalah Ali yang terpaksa melawan mereka. Mereka menyerang berulang kali tetapi beliau mengalahkan mereka setiap kali serangan.

Muhammad Husayn Haykal:….. apabila seseorang memulakan jeritan bahawa Muhammad telah terbunuh, keadaan menjadi kelam kabut, moral Muslim jatuh, dan berperang dengan tidak teratur dan tidak punya tujuan. Kacau bilau telah menyebabkan mereka telah membunuh Husayl ibn Jabir Hudhayfah dengan tidak sengaja, kerana setiap orang cuba menyelamatkan diri sendiri dengan melarikan diri, melainkan orang seperti Ali ibn Abu Talib yang mana Allah telah memberikan petunjuk dan dipelihara. [The Life of Mohammed, 1935, Cairo]

Di dalam peperangan Uhud, ramai para sahabat yang dikatakan berani dan taat, telah memusingkan belakang mereka ke arah musuh, dan lari untuk berselindung. Tetapi hanya sedikit yang tidak lari. Seorang dari mereka Umm Ammarra Ansariyya, seorang wanita dari Madinah. Beliau adalah seorang wanita beriman yang berani, dan semua Muslim boleh merasa bangga dengan semangatnya. Beliau amat terkenal dengan kecekapannya sebagai pakar bedah dan jururawat, telah datang ke Uhud bersama tentera Madinah.

Dipermulaan pertempuran Umm Ammarra membawa air untuk tentera atau merawat mereka, jika luka. Tetapi apabila Muslim telah dikalahkan dan mereka lari dari medan pertempuran, peranan beliau berubah dari seorang jururawat kepada seorang wira. Pada satu ketika pihak musuh membawa pemanah untuk menghujani anak panah ke arah Rasul. Umm Ammarra membawa perisai yang besar dan memegangnya di hadapan baginda untuk melindungi baginda dari anak-anak panah yang berterbangan.

112

Page 113: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Sejurus kemudian, tentera Makkah menyerang dengan pedang dan tombak, yang mana Umm Ammarra membuang perisai, dan menyerang mereka dengan pedang. Seorang musyrik datang sangat hampir dan membahayakan Rasul, tetapi beliau datang berdiri di hadapannya, dan apabila musyrik itu memukul, pukulan itu terkena bahu beliau. Walaupun beliau luka, beliau tidak merasa kecewa, dan berdiri teguh di antara Rasul dan musuh-musuhnya, mencabar mereka dan juga mencabar kematian.

Suatu ketika pertempuran telah berhenti sejenak. Mengambil peluang darinya, Ali membawa Rasul pergi dari tempat yang merbahaya ke suatu lereng di mana baginda dapat berehat dan lukanya dibaluti.

D.S.Margoliouth: Ali dengan beberapa wira yang lain menjumpai baginda, membawa baginda kelereng bukit di mana baginda boleh diubati. [Mohammed and the Rise of Islam]

Fatimah Zahra, anak perempuan Rasul, datang dari kota dengan sekumpulan wanita apabila beliau mendengar berita kekalahan Muslim. Ali membawa air di dalam lengkok perisainya, dan Fatimah membasuh darah dari muka bapanya, dan membaluti lukanya.

Peranan Wanita Makkah

Kalahnya Muslim dari medan pertempuran adalah satu pelawaan kepada wanita-wanita Makkah untuk mencari dan mendapatkan kepuasan mereka dari kedahagaan darah di atas jasad wira yang syahid. Mereka memotong hidung, telinga, tangan dan kaki dan membelah perut serta mengeluarkan organ dan membuat rantai leher darinya sebagai hadiah peperangan.

Muhammad ibn Ishaq: Saleh bin Kaysan memberitahu saya bahawa Hinda, anak perempuan Utba, dan para wanita yang bersamanya, memotong-motong jasad sahabat Rasul. Mereka [wanita Makkah] memotong telinga, hidung dan Hinda membuat gelang kaki serta rantai leher darinya dan dia memberikan gelang kaki, rantai leher dan kosang dari emas kepada Wahshi, hamba kepada Jubayr b. Mutam. Dia memotong hati Hamza dan mengunyahnya, tetapi dia tidak dapat menelannya dan meluahkannya keluar.

Al-Hulays b. Zabban, adik kepada B. al-Harith b. Abdu Manat, adalah ketua kumpulan orang berkulit hitam, melepasi Abu Sufyan yang sedang menikam kepinggir mulut Hamza dengan mata tombaknya, dengan berkata: ‘Rasakan, pemberontak.’ Hulays mengatakan, ‘Hai Bani Kinana, adakah ini ketua Quraish, yang melakukan sedemikian ke atas jasad sepupunya, sebagaimana yang kamu lihat?’ [The Life of the Messenger of God]

75 Muslim terbunuh di peperangan Uhud, dan jasad kebanyakan mereka dicincang oleh Hinda dan para wanita lain dari Makkah.

Kebencian kepada Muhammad, Ali dan Hamza adalah api yang telah membakar Hinda. Walaupun hanya Hamza yang menjadi mangsa, seleranya yang kanibal [memakan daging manusia] di dalam peperangan Uhud, Muhammad dan Ali tidak boleh mengharapkan layanan yang berbeza jika mereka juga jatuh ketangannya. Dia telah turunkan kebenciannya terhadap Muhammad dan Ali, kepada anak-anak, cucu-cucu dan juga generasinya yang akan datang.

Pengunduran Tentera Makkah

Selepas kejutan pertama dari kekalahan telah berlalu, sebahagian dari tentera Muslim pulang ke medan pertempuran. Abu Bakar dan Umar adalah di antaranya. Mereka juga pergi kelereng bukit di mana Ali telah membawa Rasul.

113

Page 114: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Pada ketika itu Abu Sufyan telah bersedia untuk pulang ke Makkah, dilaporkan bahawa dia telah pergi berhampiran ke lereng bukit. Berdiri dikaki bukit, dan menukar-nukar beberapa kenyataan dengan Umar.

Sir John Glubb:….. Quraish boleh memanjat Gunung Uhud dengan mengorbankan beberapa orang dari wira-wiranya dan mungkin boleh membunuh Pesuruh Allah dan juga kumpulan kecil dari pengikut taat yang tinggal bersama baginda. Apabila Abu Sufyan bertanya kepada Umar ibn al-Khattab jika Muhammad telah mati, dia telah menjawab, ‘Tidak Demi Allah, dia boleh mendengar kamu berkata-kata.’ Tetapi tidak pernah terlintas kepada Abu Sufyan untuk menggunakan kesempatan ini, di atas pengkhianatan terhadap keselamatan Rasul.

Kezaliman dan kekejaman pembunuhan yang dilakukan di dalam peperangan Uhud menggambarkan sekali lagi perbezaan yang ketara di antara mereka yang mengambil senang [easy going] dan mereka perwira-perwira Arab dan juga kekejaman mereka terhadap dendam darah. Abu Sufyan bercakap dengan bersahaja kepada Umar di medan pertempuran di Uhud, kerana mereka saling tidak membunuh kerabat di antara keduanya. Tetapi isteri Abu Sufyan, Hinda, anak perempuan Utba ibn Rabia, mencincang jasad Hamza, yang telah membunuh bapanya. [The Life and Time of Mohammed]

Quraish pada hakikatnya telah melaksanakan misi mereka. Mereka telah mengalahkan Muslim dan telah mengembalikan kehormatan mereka. Maka setelah berpuas hati, mereka meninggalkan medan pertempuran dan berbaris pulang menujukan kota mereka di selatan. Tetapi Rasul masih tidak pasti akan niat mereka, telah menghantar Ali untuk melihat mereka dari jauh dan melaporkan pergerakan mereka kepadanya.

Ali kembali dan memberitahu Rasul bahawa Quraish telah melepasi Madinah, dan bergerak menuju Makkah. Ini telah meyakinkan Rasul. Tentera Muslim kemudian turun dari bukit, melakukan solat jenazah kepada yang gugur dan mengkebumikannya.

Ali dan Peperangan Uhud

Di dalam peperangan Uhud, Ali membunuh pembawa panji-panji pertama tentera musyirik. Apabila pembawa panji-panji gugur ke bumi, panji-panji juga jatuh bersamanya. Maka Ali telah menjatuhkan lambang jahiliah.

Kemudian, apabila pertarungan telah hangat, musyrik telah membunuh Masaab ibn Umayr, pembawa panji-panji tentera Islam. Masaab gugur ke bumi, dan panji-panji jatuh bersamanya. Tetapi sejurus selepas itu, Ali berada di situ, dia mengangkat bendera dari bumi, dan mengibarnya sekali lagi. Maka beliau lebih merupakan simbol pada hancurnya jahiliah dan kekufuran sebagaimana beliau juga simbol kebangkitan dan lahirnya semula Islam. Di Uhud, rakan dan musuh, kedua-duanya melihat dengan mata mereka sendiri bagaimana hebatnya keperwiraan dan keberanian Ali, serta taatnya beliau kepada Tuannya, Muhammad, Pesuruh Allah. Ali berperang di dalam peperangan Uhud dengan pedang yang mashur Dhu’l-Fikar.

Muhammad ibn Ishaq: Pedang Rasul dipanggil Dhu’l-Fikar. Seorang ahli hadith memberitahu saya bahawa, Abu Najih berkata: ‘Seseorang berkata di dalam peperangan Uhud:

‘Tidak ada pedang seperti Dhu’l-FikarDan tidak ada wira seperti Ali.’ [The Life of the Messenger of God.]

114

Page 115: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Di dalam gengaman Ali, Dhu’l-Fikar adalah seperti kilat yang menyambar dan menghapuskan jahiliah, musyrik dan kekufuran. Tetapi kepada Islam, ianya adalah pembawa harapan baru, tenaga baru, kehidupan baru, dan juga kehormatan, kemuliaan dan kejayaan. Komen ke atas peristiwa di Uhud, berikutan dari larinya tentera Muslim apabila Rasul dikelilingi oleh musuh-musuhnya, M. Shibli, ahli sejarah India berkata:

Itu adalah suatu keadaan yang paling kritikal di dalam sejarah Islam. Tentera musyrik menyerang Pesuruh Allah dengan perasaan marah tetapi setiap kali mereka dihalang oleh mata yang tajam Dhu’l-Fikar’

Shibli menambah lagi bahawa musyrik datang seperti ‘awan hitam yang mengancam dan bersedia untuk meletup ke atas Muslim.’ Jika Ali tidak mematahkan serangan tentera Makkah, maka awan ini akan melanggar Madinah, dan Islam akan dibawa hanyut ke dalam keadaan jahiliah. Jika Ali juga gagal di dalam tugasnya, sepertimana ramai yang lain, para musyirik mungkin dapat membunuh Pesuruh Allah, dan mereka mungkin dapat memadamkan api Islam. Tetapi Ali dan sebilangan kecil Muslim yang lain, termasuk Abu Dujana dan Umm Ammarra Ansariyya, telah mengalihkan bencana ini. Di dalam peperangan yang menyedihkan ini, 75 Muslim telah terbunuh. Dari jumlah mereka 4 adalah Muhajirin dan selebihnya adalah Ansar.

Syuhada Uhud

Episod yang paling trajik di dalam peperangan Uhud adalah syahidnya Hamza dan hancurnya jasad beliau. Setelah perginya tentera Makkah, Rasul pergi melihat jasad bapa saudaranya. Telinga dan hidungnya telah dipotong; perutnya telah terbelah dan organnya telah dikeluarkan. Baginda merasa amat sedih melihat jasad syuhada di dalam keadaan yang sedemikian, dan baginda mengarahkan supaya ianya diselimutkan [tutup].

Hinda, isteri Abu Sufyan dan ibu kepada Muawiyah, telah digelar ‘pemakan-hati’ di dalam sejarah Islam. Ibn Ishaq berkata bahawa dia memamah hati Hamza tetapi tidak dapat menelannya. Tetapi Ibn Abdul Birr berkata di dalam bukunya, Al-Isti’aab, bahawa dia sebenarnya menyalakan api di medan pertempuran, memanggang hati Hamza dan memakannya!

Apabila Rasul pulang ke Madinah, baginda mendengar hancurnya hati oleh kesedihan dari ahli keluarga yang kehilangan. Sanak saudara bagi yang syahid di Uhud sedang bersedih di atas kematian mereka. Baginda berkata: ‘Malangnya tiada siapa yang akan bersedih di atas kematian bapa saudara saya, Hamza.’ Ketua-ketua Ansar apabila mendengarnya, pulang ke rumah, dan menyuruh isteri-isteri mereka supaya pergi ke rumah Rasul, dan bersedih di atas kematian bapa saudaranya.

Maka sekumpulan wanita Madinah berkumpul di rumah Muhammad, dan mereka semua menangis di atas kematian Hamza yang trajik, seorang wira Islam. Rasul mendoakan semoga kesejahteraan Allah ke atas mereka semua. Kemudian dari itu ianya telah menjadi adat di Madinah apabila seseorang meninggal dunia, mereka-mereka yang berkabung akan memulakan kesedihan mereka dengan menujukan untuk Hamza. Penduduk Madinah berkabung mulanya untuk Hamza dan kemudian mereka berkabung untuk yang berpergian dari mereka.

Muhammad ibn Ishaq: Rasul melalui tempat kediaman Bani Abdul Ashal dan Zafar, baginda mendengar mereka menangis untuk orang yang telah gugur. Matanya dilinangi oleh air mata dan dia berkata: ‘Tetapi tidak ada tangisan wanita untuk Hamza.’ Apabila Sa’d bin Mu’adh dan Usayd b. Hudayr pulang ke rumah, mereka menyuruh wanita-wanita mereka menutupi diri dan pergi untuk meratapi bapa saudara rasul [The Life of the Messenger of God]

115

Page 116: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Selain dari Hamza, tiga lagi Muhajirin telah memenangi mahkota syuhada di dalam peperangan Uhud. Mereka adalah Abdullah ibn Jahash, sepupu Rasul; Masaab ibn Umayr, bapa saudara Rasul; dan Shams ibn Uthman. Kerugian dari Ansar adalah ramai. Mereka meninggalkan 71 orang syahid di medan pertempuran, dan ramai lagi yang luka. Semoga Allah merahmati mereka semua.

Peperangan Uhud adalah puncak terhadap penentangan musyirik terhadap Islam. Walaupun berjaya di dalam peperangan, pihak Quraish tidak dapat meneruskan dan mengeksploit kemenangan mereka, dan kemenangan ini tidak lama lagi akan hilang.

BAB 25

Kelahiran Hasan dan Husain

Pada 15 Ramadan tahun ke 3 Hijrah [Mac 625 M.], Allah telah meridhai rahmat untuk anak perempuan Pesuruhnya, Muhammad, dengan kelahiran anaknya yang pertama; Muhammad Mustafa datang dengan rasa penuh gembira; baginda mengambil bayi tersebut, menciumnya, membaca azan ditelinga kanan, dan iqamah ditelinga kiri; dan memberinya nama Hasan.

116

Page 117: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Satu tahun kemudian, i.e pada 3 sha’ban tahun ke 4 Hijrah [Februari 626 M.], Allah telah meredhai untuk memberi anak perempuan RasulNya, anaknya yang kedua. Rasul datang, dengan penuh senyum dan gembira, mengambil bayi tersebut menciumnya, membaca azan ditelinga yang kanan, dan iqama ditelinga yang kiri, dan memberinya nama Husain.

Kelahiran dari setiap putera ini adalah saat yang teramat gembira bagi Rasul. Baginda menganggapnya sebagai satu di antara rahmat Allah yang terbesar, dan berterima kasih kepadaNya. Pada setiap kelahiran, para Muslim memenuhi masjid yang agung untuk bertahniah kepada baginda. Baginda menyambut mereka dengan senyum dan berterima kasih, dan berkongsi kegembiraan bersama mereka.

Tidak ada satu hari yang Rasul tidak datang melawat ke rumah anak perempuannya untuk melihat anak-anak beliau. Baginda suka melihat mereka tersenyum, maka baginda mengusik dan menimang mereka, menghayun dan mendodoikan mereka, dan dia menganggap setiap langkah dan setiap perkataan mereka sebagai suatu keajaiban.

Apabila kedua-dua putera ini membesar, dan boleh bermain berkeliling, mereka kerap keluar dari rumah masuk ke dalam masjid. Jika datuk mereka sedang memberi khutbah, baginda akan terus berhenti, turun dari mimbar, mengambil mereka dan mengangkatnya naik ke atas, dan dudukkan mereka di sebelahnya di atas mimbar, dan kemudian meneruskan khutbahnya. Jika baginda sedang mengimami solat jamaah, dan ketika sujud, kedua-dua kanak-kanak ini, kerap memanjat pada leher dan belakang baginda. Baginda mengutamakan untuk memanjangkan sujud dari menganggu mereka, dan bangun dari sujud hanya apabila mereka telah turun dari leher dan belakang baginda dengan sendiri. Jika baginda keluar dari rumah atau masjid, mereka akan menunggang bahu baginda. Penduduk Madinah memanggil mereka ‘Penunggang bahu Pesuruh Allah’. Mereka lebih terikat kepada baginda daripada kedua ibu bapa mereka.

Muhammad, Rasul Islam, lebih gembira apabila bersama dengan Hasan dan Husain. Mereka adalah mata hatinya, dan di dalam kumpulan mereka saja baginda merasakan kerehatan yang sebenar. Baginda main sembunyi-sembunyi bersama mereka, dan jika mereka bermain dengan kanak-kanak lain, baginda akan berputar di sekeliling hanya untuk mendengar suara mereka ketawa. Kerana mereka, baginda boleh mengenepikan urusan negara yang penting. Apabila mereka senyum, baginda terlupa segala beban dan keresahan negara dan kerajaan. Baginda suka membaca setiap berita yang mereka tuliskan untuk baginda di dalam senyuman manis mereka.

Terdahulu, Rasul Islam telah membesarkan anak perempuannya sendiri, Fatimah Zahra, yang mana baginda memanggilnya ‘wanita syurga’. Sekarang baginda mengambil alih di dalam membesarkan kedua anak beliau, Hasan dan Husain, yang mana dia mengelar ‘putera bagi remaja di syurga’ Baginya, pendidikan mereka adalah perkara yang teramat penting, dan baginda sendiri memerhatikannya dengan terperinci. Tujuan baginda amat nyata: Baginda menghendaki mereka menjadi hasil keluaran Islam yang terbaik, dan begitulah mereka. Baginda membentukkan keperibadian baginda sendiri ke dalam keperibadian mereka, dan jadikan mereka model bagi ummat, yang mana ummat perlu contohi sehingga keakhir masa.

Ali dan Fatimah Zahra juga mempunyai dua anak perempuan, Zaynab dan Umm Kulthum. Apabila mereka dewasa, mereka telah dikahwinkan kepada sepupu mereka, anak-anak Jaafar ibn Abi Talib, Syuhada Islam yang mempunyai sayap. Zaynab telah berkahwin kepada Abdullah ibn Jaafar, dan Umm Kulthum telah berkahwin dengan Muhammad ibn Jaafar.

117

Page 118: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Hasan, Husain, Zaynab dan Umm Kulthum, kesemua keempat kanak-kanak ini telah dimanjakan oleh datuk mereka, Muhammad Mustafa, Rasul Allah; Hari yang paling gembira di dalam hidup mereka adalah hari yang mereka habiskan bersama-sama.

Kematian Fatimah bint Asad, Ibu kepada Ali ibn Abi Talib.

Di dalam tahun ke 4 Hijrah [626 M.] Fatimah bint Asad, balu Abu Talib dan ibu kepada Ali meninggal di Madinah. Beliau telah membesarkan Muhammad, bakal Rasul, sebagai anak beliau sendiri, dan baginda memanggil beliau ibu. Beliau adalah wanita kedua di dalam tanah Arab untuk menerima Islam, yang pertama adalah Khadijah, isteri rasul.

Muhammad telah kehilangan ibunya sendiri pada permulaan hidupnya tetapi baginda menjumpai ibu kedua di dalam diri Fatimah bint Asad. Maka baginda tidak kehilangan cinta dan kasih sayang yang seorang ibu boleh berikan. Apabila ibu angkatnya meninggal, baginda menghadiri diperkebumiannya, dan berkata: ‘Semoga Allah merahmati rohmu yang suci. Kamu kepada saya adalah seperti ibu saya sendiri. Kamu memberi saya makan sedang kamu sendiri berlapar. Tujuan kamu melakukan itu adalah untuk mendapatkan keridhaan Allah dengan perbuatan kamu.’ Baginda berikan selindang baginda untuk menjadi kafannya, dan beliau dikebumikan dengannya. Baginda kerap mengatakan: ‘Saya seorang yatim dan beliau menjadikan saya anaknya. Beliau adalah orang yang paling baik kepada saya selepas Abu Talib.’

Apabila perkuburan telah disiapkan, Muhammad, Pesuruh Allah, masuk ke dalamnya; baginda meletakkan beliau ke dalamnya, dan berkata: ‘Wahai Allah! Kehidupan dan kematian adalah di dalam tanganMu. Engkau sahaja yang tidak akan mati. Rahmatilah ibuku, Fatimah binti Asad, dan berilah kepadanya tempat kediaman di dalam syurga. Engkaulah yang amat Pemurah.’

Apabila Fatimah bint Asad telah dikebumikan, Muhammad Mustafa mengulangi Allah Hu Akbar 40 kali, dan berdoa: ‘Wahai Allah! Letaklah dia di dalam cahaya, dan penuhilah hatinya dengan cahaya.’

Muhammad Mustafa adalah pelaksana wasiat terakhir dan Sanjungan kepada Fatimah bint Asad.

Fatimah bint Asad adalah seorang wanita yang paling istimewa oleh kerana dua kanak-kanak yang beliau besarkan, Muhammad dan Ali, telah menjadi manusia yang paling istimewa di dalam sejarah Islam. Rumahnya adalah buaian sebenar bagi Islam. Kedua-duanya Muhammad, bakal Rasul, dan Ali, penegak Islam, telah dilahirkan dan dibesarkan di dalam rumahnya. Kedua-dua mereka adalah hasil dari pendidikannya.

Fatimah bint Asad adalah juga ibu kepada Jaafar, wira peperangan Mutah, dan syuhada Islam yang bersayap. Nama suaminya adalah Abu Talib, tokoh dalam sejarah sebagai penaung Islam yang teragung, tetapi peranan beliau [Fatimah] di dalam berkhidmat kepada Islam tidak kurang juga dari suaminya [Abu Talib]. Dia berkongsi kecemerlangan dengannya di dalam membesarkan dan mendidik Muhammad, bakal Rasul. Jika suaminya melindungi Muhammad dari musuh-musuhnya, beliau mengadakan belaian kasih sayang, keselesaan dan keselamatan di rumahnya. Adalah di dalam rumahnya Muhammad menjumpai keselamatan dan rapatnya perasaan kekeluargaan.

Jika Khadijah adalah wanita pertama Islam dan wanita pelindung Islam yang teragung, Fatimah bint Asad adalah wanita Islam yang kedua dan wanita pelindung Islam yang kedua teragung. Semoga Allah merasa senang dengan

118

Page 119: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

hamba-hambaNya, Khadijah dan Fatimah bint Asad, dan semoga Dia merahmati mereka.

BAB 26

Peperangan Khandak

Selepas peperangan Uhud, Abu Sufyan dan ketua-ketua jahiliah menyedari bahawa mereka telah bertarung di dalam peperangan yang kemenangannya tidak memberikan apa-apa hasil kepada mereka. Tetapi Islam, sebaliknya telah pulih

119

Page 120: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

semula dari kekalahan mereka di Uhud, dan di dalam jangka waktu yang singkat, telah memulihkan kembali penguasaan mereka di Madinah dan kawasan di sekitarnya.

Pihak jahiliah menganggap Islam adalah ancaman terhadap keselamatan ekonomi dan kepentingan politik mereka di tanah Arab, dan mereka tidak dapat menerima hakikat adanya Islam. Mereka tahu bahawa jika mereka boleh membunuh Muhammad, kepentingan mereka akan terselamat, dan pengaruh mereka akan pulih semula di tanah Arab. Dengan matlamat ini mereka membuat keputusan untuk menyerang kali terakhir dan memberikan pukulan yang hebat pada Madinah, dan menghapuskan semua Muslim

Montgomery: Tujuan strategik Makkah tidak kurang dari kehancuran terhadap masyarakat Muslim atau yang sama sepertinya iaitu mengeluarkan Muhammad dari kedudukan sebagai penguasa. [Mohammed, Prophet and Statesman]

Digerakkan dengan tujuan ini, dan dengan perasaan mahu membuat pembetulan terhadap kegagalan yang telah lalu, ketua-ketua Makkah telah membuat persediaan untuk berperang habis-habisan, suatu peperangan yang akan menamatkan semua peperangan yang lainnya iaitu dengan terhapusnya Islam sama sekali.

Dalam tempuh dua tahun Quraish telah mengumpulkan satu pasukan perang yang mengandungi 10,000 orang perajurit. Ini adalah suatu angkatan terbesar yang pernah dikumpulkan oleh Arab diketika itu. Dengan segala riuh rendah dan sorakan, angkatan tentera yang hebat ini meninggalkan Makkah di dalam bulan Februari 627 M. untuk menawan Madinah dan menghapuskan Islam.

Muhammad Husayn Haykal: Apabila pengkhabaran pergerakan tentera yang besar ini sampai kepada Muhammad dan para Muslim di Madinah, ini telah membuat para Muslim menjadi panik. Pergerakan ke seluruhan kaum Arab menentang mereka telah menanamkan rasa takut ke dalam hati, kerana bukan saja mereka menghadapai kemungkinan akan kalah tetapi juga mereka akan terhapus sama sekali. Kedudukan keadaan telah membuktikan, sesungguhnya tentera sekutu-sekutu Arab kini telah melebihi di dalam jumlah dan juga peralatan dari yang pernah dilihat disemenanjung Arab sebelumnya….. [The Life of Mohammed, Cairo, 1935]

Rasul memanggil mesyuarat tergempar para-para sahabat yang terkemuka untuk berunding dengan mereka di dalam perkara mempertahankan kota. Satu perkara yang amat nyata. Muslim sangat kurang di dalam bilangan dan juga kelengkapan untuk berhadapan dengan tentera penyerang di kawasan tanah yang lapang. Madinah perlu dipertahankan dari dalam. Tetapi bagaimana? Bagaimanakah garisan Muslim yang kecil dapat menghalang tentera Makkah dari melanggar Madinah yang telah melebihi mereka dengan jumlah yang besar, ini adalah satu soalan penting di dalam fikiran setiap orang.

Seorang sahabat Muhammad, Pesuruh Allah, paling rapat, Salman seorang Parsi. Beliau telah dilahirkan dan dibesarkan di Parsi, tetapi telah menghabiskan banyak masa di Syria dan Palestin, dan beliau telah biasa dengan cara peperangan dan operasi pengepungan oleh kedua-dua kuasa besar, Parsi dan Rom. Madinah mempunyai pertahan semula jadi atau pertahanan bikinan manusia pada tiga sisinya tetapi terdedah pada satu sisi, i.e dibahagian utara. Salman memberitahu Rasul bahawa jika parit digali dibahagian utara, kota mungkin dapat dipertahankan.

120

Page 121: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Pendapat itu, walaupun baru dan tidak pernah digunapakai oleh Arab, telah menarik perhatian Rasul. Baginda menerima dan mengarah Muslim untuk menggali parit.

Muhammad Husayn Haykal: Salman al-Farsi, yang lebih mengetahui teknik peperangan yang biasa di dalam semenanjung, mencadangkan supaya menggali parit yang kering di sekeliling Madinah dan memperkukuhkan bangunannya dari dalam. Para Muslim bersegera melakukan cadangan ini. Parit digali dan Rasul [s.a.w] berkerja dengan tangannya bersama dengan para sahabat mengangkat tanah, dan memberi semangat kepada Muslim di dalam berkerja, serta menggalakkan semua orang untuk menggandakan usaha mereka. [The Life of Mohammed, Cairo, 1935]

Oleh kerana tentera Makkah telah diketahui sedang menuju Madinah dengan pantas, maka tidak ada masa untuk dibuang, dan Muslim berkerja bersungguh-sungguh, saling berganti. Dalam masa 6 hari parit telah siap digali, dan sempat menghalang penyerang dari menawan kota dengan serangan mereka.

Tentera berkuda Makkah datang seperti ribut tetapi dengan serta merta telah terkejut, di dalam usaha serangan mereka oleh adanya parit. Penunggang memberhentikan kuda mereka pada pinggir parit. Strategi mereka yang utama adalah untuk menawan Madinah dengan secepat kilat dalam tempoh beberapa jam, tetapi sekarang tidak dapat dilaksanakan. Di sini terdapat parit, halangan baru yang mereka tidak dapat atasi. Bagaimana ini [parit] boleh dimuatkan ke dalam strategi serangan mereka? Mereka betul-betul binggung dengan adanya parit.

Kesudahannya, dan setelah berfikir panjang, komander Makkah membuat keputusan untuk mengepung Madinah, dan untuk memaksa Muslim mengaku kalah, melalui penderitaan. Mereka mengepung semua laluan keluar dari Madinah, dan mengepung Muslim di dalamnya.

Madinah di dalam keadaan terkepung!!!

Walaupun Abu Sufyan yang telah mengurus ke seluruhan kempen ini, dan dia adalah direktor operasinya, tetapi dia sendiri bukanlah seorang pejuang. Wira Pejuang tenteranya adalah Amr ibn Abd Wudd, wira yang paling digeruni dari kumpulan Arab jahiliah. Abu Sufyan mengharapkan kemenangan yang muktamad dan pantas ke atas Muslim darinya. M. Shibli, ahli sejarah India, dan Abbas Mahmud Al-Akkad, ahli sejarah Mesir, berkata bahawa Amr ibn Abd Wudd telah dikatakan oleh Arab pada masa itu, adalah lebih setanding dengan seribu tentera berkuda.

Amr ibn Abd Wudd tidak punya minat terhadap peperangan statik dari pengepungan. Dia mengharapkan untuk beraksi. Apabila beberapa hari telah berlalu, dan tidak ada apa-apa yang berlaku, dia kehilangan sabar, dan dia membuat keputusan untuk menawan Madinah dengan tindakannya sendiri.

Satu hari ketika berkuda keliling Madinah, dia bersama dengan tiga orang pendekar Makkah, menjumpai tempat berbatu di mana parit tidak begitu lebar. Mereka memacu kuda mereka melaluinya, dan berjaya melepasi parit!!

Sekarang Amr di dalam kawasan Madinah. Dia dengan berani mara menuju kekhemah Muslim, dan mencabar wira Islam untuk keluar bertarung dengannya di dalam cara tradisi Arab berjuang.

Cabaran Amr yang pertama tidak berjawab, yang mana dia mengulanginya tetapi tidak ada jawapan juga. Begitulah martabat namanya sehingga tiada siapa di dalam khemah Muslim berani bertemu dengannya di dalam menpertunjukan

121

Page 122: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

kekuatan. Jika para musyirik melihat pada dirinya sebagai harapan kepada kemenangan, maka para Muslim melihat di dalam cabarannya sebagai hukuman mati pada diri mereka.

Amr ibn Abd Wudd menawarkan cabarannya dengan menghina pada kali ketiganya dan mencela Muslim pada waktu yang sama di atas pengecutnya mereka.

Kepada Amr, telah dilihatnya Muslim seakan kaku dengan ketakutan, yang mana kebanyakan mereka adalah sebenarnya begitu. Al-Quran al-Majid telah juga melukiskan gambaran keadaan kedudukan Muslim di dalam kepungan di Madinah di dalam ayat yang berikut:

‘Ketika! Mereka datang kepada kamu dari atas kamu dan dari bawah kamu, dan ketika mata menjadi kabur dan hati mencekik dikerongkong, dan kamu bayangkan berbagai-bagai ingatan mengenai Tuhan [33:10]

‘Ketika! Satu kumpulan di antara mereka berkata: ‘Kamu penduduk Yathrib! Kamu tidak dapat bertahan. Maka pulanglah’ dan sekumpulan dari mereka meminta izin kepada Rasul dengan berkata: ‘sebenarnya rumah kami kosong dan terdedah.’ Walaupun ianya tidak terdedah: Maksud mereka tiada lain, tetapi untuk melarikan diri. [33:13]

Bahkan Amr ibn Abd Wudd menunjukan rasa terkejutnya terhadap Muslim yang tidak menunjukkan rasa kesungguhan untuk masuk kesyurga di mana dia telah bersedia untuk menghantarkan mereka.

Adalah benar bahawa kebanyakan Muslim di dalam ketakutan, tetapi terdapat seorang dari mereka yang tidak. Beliau sebenarnya telah dengan sukarela cuba menerima cabaran Amr pada kali pertama tetapi Rasul telah menahan beliau, mengharap semoga ada orang lain yang ingin berdepan dengannya. Tetapi baginda dapat melihat bahawa tidak ada sesiapa yang berani untuk bertarung dengannya [Amr]

Orang muda yang bersedia untuk menerima cabaran Amr, tidak lain dari Ali ibn Abi Talib, wira Islam. Apabila Amr melaungkan cabarannya yang ketiga, dan tidak ada siapa yang menjawabnya, Ali bangun dan meminta keizinan dari Rasul untuk keluar dan bertarung dengannya.

Rasul Islam tiada mempunyai pilihan sekarang tetapi untuk mengizinkan sepupunya, Ali, singa Islam, untuk pergi dan melenyapkan celaan dan penghinaan dari Amr ibn Abd Wudd.

Ali memakai pakaian perang Rasul. Baginda sendiri menggantungkan Dhu’l-Fiqar kesisi beliau, dan mendoakan kejayaannya, dengan berkata: ‘Wahai Allah! Kamu telah memanggil kepada diriMu, Ubaida ibn al-Harith, pada hari peperangan Badr, dan Hamza ibn Abdul Muttalib pada hari peperangan Uhud. Sekarang Ali sahaja yang tinggal bersama saya. Jadilah Pelindung baginya, berilah dia kejayaan, dan bawalah dia pulang dengan selamat kepada saya.’

Apabila Rasul melihat Ali pergi kepada lawannya, baginda berkata: ‘Dia adalah penegak bagi keimanan yang akan bertarung dengan penegak bagi kekufuran.’

Beberapa ketika kemudian, Ali berdiri berhadapan dengan Amr. Kedua wira memperkenalkan diri, dan mengukur lawan masing-masing. Ali mempunyai satu prinsip yang beliau gunakan di dalam semua keadaan sama ada di dalam peperangan ataupun dikala keamanan. Di dalam peperangan khandak, kaum Muslim dan juga musyrik telah melihat akan demontrasi pada kegunaan terhadap

122

Page 123: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

prinsip-prinsip ini. Setiap kali beliau berdepan dengan musuh, beliau menawarkan tiga pilihan. Iaitu:

1. Ali mempersembahkan Islam kepada lawannya. Beliau mengajak mereka untuk meninggalkan jahiliah dan untuk menerima Islam. Pelawaan ini menjadikan Ali penyebar Islam di dalam medan peperangan itu sendiri.

2. Jika musuh tidak menerima pelawaan Ali untuk menerima Islam, beliau menasihatkan mereka untuk berundur dari medan pertempuran, dan tidak berperang terhadap Tuhan dan PesuruhNya. Berperang dengan mereka [Tuhan dan Rasul], beliau mengingatkan, akan hanya membawa kutukan terhadap diri mereka dikedua-dua dunia.

3. Jika musuh tidak menerima pilihan kedua ini juga, dan enggan berundur dari peperangan, kemudian Ali mempelawa dia untuk memulakan pertarungan. Ali sendiri tidak pernah menjadi orang yang pertama pada memulakan pukulan terhadap musuh.

Amr ibn Abd Wudd menolak walaupun untuk memikirkan pilihan yang pertama dan kedua tetapi untuk menerima yang ketiga, dan memulakan pukulan yang kuat dengan pedangnya yang memotong terus melalui perisai, topi perisai dan lilitan dikepala Ali, dan ini telah membuat luka yang dalam pada dahinya. Darah mencurah keluar dari lukanya seperti jet tetapi Ali tidak gentar. Beliau mengumpulkan tenaga, dan kemudian menyerang balas dengan pedang yang mashur Dhu’l-Fiqar, dan ia memotong wira Arab yang perkasa itu kepada dua!!!

Apabila Amr terbunuh, ketiga-tiga pahlawan yang bersama-sama Amr, berpusing dan memecut kuda mereka untuk lari. Ali membiarkan mereka lari. Ini adalah satu dari prinsipnya, tidak mengejar musuh yang lari. Sesiapa yang ingin menyelamatkan nyawa mereka, Ali membiarkannya.

Dengan kematian Amr ibn Abd Wudd, ianya juga telah mematahkan tulang belakang serangan Makkah terhadap Islam, dan menghancurkan terus moral mereka. Suasana [elemen] cuaca juga menentang mereka. Suhu jatuh ke tahap beku, dan ribut debu datang dan meniup kemuka mereka. Lemah semangat dan patah hati, suku kaum yang tidak kuat pendirian, telah mula meninggalkan sekutu mereka dari Makkah, mula-mula seorang, kemudian berdua dan bertiga, dan kemudian sepuluh dan dua puluh, dan tidak lama kemudian di dalam ratusan. Persekutuan mereka mula nampak berpecah. Abu Sufyan terpaksa membatalkan kepungan, dan memberikan isyarat kepada tenteranya untuk meninggalkan Madinah. Tenteranya bersurai dan kempennya merupakan kegagalan yang memalukan. Madinah terselamat.

Kegagalan kepungan ke atas Madinah oleh musyrik Makkah adalah peristiwa yang penting dalam sejarah Arab. Ini bermakna bahawa musyrik Makkah tidak akan dapat melancarkan serangan lagi terhadap Madinah. Selepas peperangan Khandak, dorongan untuk menyerang telah berpindah akhirnya dan tidak salah lagi, dari musyrik Makkah kepada Muslim Madinah.

Madinah dan Muslim telah diselamatkan oleh satu pemikiran [strategi] dan seorang wira. Pemikiran itu adalah parit yang telah melumpuhkan tentera berkuda Makkah. Itu adalah satu konsep baru di dalam peperangan Arab, dan Arab tidak biasa dengan suasananya. Tanpa parit, 10,000 perempuh dari berbagai suku-suku kaum itu pasti akan melanda Madinah, dan mereka boleh membunuh setiap orang di dalamnya. Kehormatan bagi menyelamatkan Madinah-tun-Nabi, Kota Nabi, dan ibu negara Islam, pergi kepada Salman orang Parsi, dan kepada Ketuanya, Rasul sendiri. Yang pertama memaparkan konsep baru di dalam ketenteraan, yang kedua menunjukan dirinya menerima konsep tersebut, dan terus melaksanakannya.

123

Page 124: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Setiap orang di Madinah mengatakan bahawa dia adalah kawan atau sahabat Muhammad, Pesuruh Allah. Kota Madinah ini mempunyai perkongsiannya sendiri terhadap mereka-mereka pemburu kedudukan. Tetapi hanya sedikit, malah amat sedikit, orang yang Muhammad sendiri mengaku sebagai sahabatnya. Salman dari Parsi tergolong di dalam kumpulan pilihan ini, lingkungan dalaman bagi sahabat pada Pesuruh Allah.

Salman adalah seorang yang bertubuh besar dan mempunyai kekuatan fizikal yang hebat. Apabila mengali parit, beliau berkerja sama seperti enam orang lain berkerja. Ini membuat seorang dari Muhajirin mengatakan Salman adalah seorang dari mereka. Tetapi dia telah dicabar oleh seorang Ansar yang mengatakan beliau adalah dari Ansar dan bukan Muhajirin. Kedua kumpulan ini terus bertengkar, sehingga Rasul tiba di tempat itu. Baginda juga mendengar tuntutan dari kedua-dua pihak dan tersenyum mengenainya. Tetapi baginda telah menamatkan pertengkaran tersebut dengan memberikan keputusan baginda. Baginda berkata bahawa Salman bukan Muhajirin mahupun Ansar tetapi beliau adalah ahli rumahnya, ahlul-Bayt; ahli rumah Muhammad Mustafa sendiri.

Ahli sejarah Arab, Ibn Athir, telah menyebutkan dari Rasul, di dalam bukunya, Tarikh Kamil, jilid 2 muka surat 122 sebagai berkata: ‘Salman adalah seorang dari kami. Dia adalah ahli rumah kami.’ Ini adalah kehormatan yang teragung yang pernah dianugerahkan kepada mana-mana sahabatnya oleh Muhammad, Pesuruh Allah.

Salman adalah seorang kristian yang tinggal di Ammunia di Asia kecil, ketika beliau mula mendengar laporan-laporan yang kurang jelas mengenai terdapatnya seorang Rasul di Hijaz. Untuk mengesahkan laporan ini dia datang ke Madinah. Apabila pandangan pertamanya jatuh kepada wajah Rasul, dia mengatakan: ‘Ini bukan wajah seseorang yang pernah mengatakan sesuatu kedustaan,’ dan beliau terus menerima Islam.

Islam menerima Salman sepertimana beliau menerima Islam itu sendiri. Islam menjadi gabungan kepada emosinya, dan beliau menjadi sebahagian dari ‘pembuluh darahnya.’ Di Madinah suatu ketika seorang asing bertanya kepada beliau siapa nama bapanya. Jawapannya adalah: ‘Islam! Nama bapa saya adalah Islam. Saya adalah Salman anak kepada Islam.’ Salman ‘menyerap’ ke dalam Islam secara menyeluruh sehingga dia tidak dapat dibezakan darinya.

Ancaman kepada keselamatan Madinah, bagaimanapun, tidak berlalu dengan menggali parit. Madinah masih terdedah pada bahaya. Pada tempat di mana paritnya sempit, general tentera Makkah dan tiga pahlawan bersamanya, dapat melompat melepasinya dan sampai kepada khemah Muslim. Jika mereka telah berjaya memulakan gerakan kumpulan pertama diseberang parit, kesemua tentera berkuda dan tentera infantri, Makkah akan mula memasuki kota dan menawannya. Tetapi Ali telah kalahkan mereka. Maka dengan kepintaran Salman, dan kebijaksanaan Muhammad dan pedang Ali telah membuktikan bahawa pertahanan Islam adalah yang terbaik di dalam menentang gabungan tentera musyrik yang hebat di dalam sejarah Arab.

Telah menjadi adat di dalam peperangan orang-orang Arab untuk merampas senjata dari musuh yang terkorban, baju perisai dan kudanya. Di kepungan Madinah, Amr telah memakai baju perisai yang terbaik di semua tanah Arab. Ali telah membunuhnya tetapi tidak menyentuh apa-apa dari kepunyaannya, ini yang telah memeranjatkan Umar ibn al-Khattab. Kemudian apabila adik perempuan Amr datang kepada jasadnya untuk menangisi kematiannya, dia juga terkejut untuk melihat senjata dan parisai tidak disentuh. Apabila dia diberitahu bahawa Ali telah membunuhnya, dia telah membuat syair memuji Ali. Syair ini telah disebutkan oleh ahli sejarah Mesir, Abbas Mahmud Al-Akkad, di dalam

124

Page 125: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

bukunya, Al-Abqariyyat Imam Ali [The Genius of Imam Ali], dan boleh diterjemahkan secara kasar seperti berikut:

‘Jika seseorang selain dari Ali telah membunuh Amr;Saya akan menangisi kematiannya seluruh hidup saya.Tetapi orang yang telah membunuh dia adalah wira dan juga bangsawan;Bapanya juga seorang bangsawan.’

Komen terhadap rangkap ini, Abbas Mahmud Al-Akkad, berkata bahawa sesuatu kaum tidak menganggapnya sebagai satu penghinaan jika mana-mana wira mereka dibunuh oleh Ali. Ali adalah yang paling gagah dan musuh yang paling berani, dan juga dia adalah kebal.

Setelah gagalnya kepungan terhadap Madinah, semua suku kaum di antara Madinah dan Laut Merah dan Madinah ke Yammama ke Timur, menandatangani perjanjian perdamaian dengan Rasul Islam.

Di dalam tahun yang sama, i.e tahun ke 5 Hijrah [627 M.] Hajj [Pilgrim ke Makkah] telah diwajibkan kepada semua Muslim yang di dalam kedudukan kewangan yang kukuh dan kesihatan fizikal yang baik.

125

Page 126: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

BAB 27

Muslim dan Yahudi

Di dalam tahun 70 M., General Rom Titus menawan Jerusalem dan menamatkan pemerintahan Yahudi ke atas Palestin. Berikutan dari penaklukkan Rom, banyak kaum Yahudi meninggalkan tanah air mereka dan menjelajah kenegara lain. Beberapa suku kaum Yahudi merentangi padang pasir Syria dan memasuki ke Semenanjung Arab dan mereka tinggal di Hijaz. Dengan berlalunya masa mereka telah menubuhkan banyak Wilayah di Madinah, dan di antara Madinah dan Syria. Mereka juga dikatakan telah menukarkan ramai Arab kepada Judaism.

Pada permulaan abad ke 7 M. terdapat tiga kaum Yahudi yang tinggal di Madinah [Yathrib]. Mereka adalah Bani Qainuka’a, Bani Nadhir dan Bani Qurayza. Ketiga-tiga kaum ini kaya dan berkuasa; mereka juga lebih bertamadun dari bangsa Arab. Orang Arab kesemuanya peladang, dan Yahudi pula pengusaha industri, perdagangan dan kewangan di tanah Arab, dan mereka mengawal ekonomi di Madinah [Yathrib]. Kedua-dua kaum Arab, Aus dan Khazraj telah berhutang kepada Yahudi sepanjang tahun.

Selain dari Madinah, pusat yang kuat bagi Yahudi di Hijaz adalah Khybar, Fadak dan Wadi-ul-Qura. Tanah di lembah ini adalah yang paling subur di semua tanah Arab, dan peladang Yahudi adalah yang terbaik di seluruh negara.

Penghijrahan Muhammad, Rasul Islam, dari Makkah ke Madinah [Yathrib], telah membawanya berhubung dengan Yahudi untuk kali pertama. Pada permulaannya mereka berbaik dengan baginda. Baginda memberikan kepada mereka ‘Surat Perjanjian Madinah’ yang termashur, dan mereka mengakui baginda adalah penguasa kota tersebut, dan bersetuju untuk mematuhi keputusan baginda di dalam semua perselisihan. Mereka juga bersetuju untuk mempertahankan kota jika terdapat serangan oleh musuh.

Tetapi malangnya, persahabatan ini tidak kekal lama. Tidak lama kemudian barulah kelihatan bahawa, Yahudi telah memberikan persahabatan mereka kepada Muhammad dengan banyak keengganan. Untuk kepentingan bersama, mereka seharusnya telah melakukan bahagian mereka di dalam perjanjian itu secara jujur, tetapi mereka tidak. Sebab-sebab pertukaran atitiut [perlakuan] ini, terdapat dari banyak punca, di antaranya adalah:

Apabila Muhammad tiba di Madinah, dia memulihkan semula kehidupan Arab atau sesiapa saja yang menjadi Muslim. Baginda mengajar mereka untuk bersederhana di dalam semua perkara, dan mengajar mereka nilai kehidupan yang berdisiplin. Mereka berhenti dari minum arak dan berjudi yang mana kedua-duanya adalah penyebab bagi keruntuhan hidup mereka dahulu; dan mereka berhenti dari membuat pinjaman pada faedah yang tinggi dari Yahudi. Apabila Arab berhenti dari membuat pinjaman dan membayar faedah kepada mereka, maka satu punca pendapatan yang kaya-raya kini tiba-tiba kering untuk Yahudi, dan mereka benar-benar marah terhadap perkara ini. Mereka kini dapat melihat bahawa gengaman mereka terhadap kehidupan ekonomi Madinah telah mula longar.

Yahudi juga sedar bahawa Islam adalah musuh kepada sistem eksploitasi, dan juga kepada sistem kapitalis. Mereka mula melihat Islam sebagai ancaman kepada kepentingan ekonomi mereka.

Paderi Yahudi benci kepada Muhammad sama seperti peminjam wang [ceti-ceti] Yahudi. Baginda telah menunjukkan kepada orang-orang Yahudi bagaimana paderi-paderi mereka telah mengikuti penghuraian yang menyeleweng dari kitab mereka, dan bagaimana mereka mengubah ayat-ayatnya. Para Paderi sebaliknya cuba untuk meyakinkan pengikut mereka bahawa Muhammad tidak mempunyai

126

Page 127: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

apa-apa pengetahuan dari kitab mereka, dan mereka [paderi] cuba untuk menunjukkan kepada pengikutnya kesilapan yang ada di dalam al-Quran.

Yahudi juga percaya bahawa mereka hanya selamat selagi kedua-dua kaum di Madinah, Aus dan Khazraj, berperang sesama sendiri. Keamanan di antara Aus dan Khazraj, pada fikiran mereka, akan mendatangkan ancaman terhadap keujudan mereka di tanah Arab. Oleh sebab itu, mereka selalu mengadakan kekacauan di antara mereka.

Dari ketiga-tiga suku kaum Yahudi di Madinah, Bani Qainuka dan Bani Nadhir telah pun dikeluarkan selepas perang Badr dan Uhud secara turutan, dan mereka telah keluar dengan segala barangan [harta benda], gembalaan dan binatang ternakan, dan mereka kini tinggal semula di Khybar.

Kaum ketiga dan yang terakhir Yahudi di Madinah adalah Bani Qurayza. Menurut dari syarat-syarat ‘Surat Perjanjian Madinah’, adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk mengambil bahagian yang aktif di dalam mempertahankan Kota semasa pengepungan di dalam tahun 627 M. Tetapi bukan saja mereka tidak menghulurkan bantuan tenaga manusia atau peralatan semasa kepungan itu, tetapi yang sebenarnya mereka telah tertangkap berkonspirasi dengan musuh untuk menghancurkan Muslim. Bahkan beberapa orang Yahudi telah menyerang sebuah rumah yang mana ramai wanita Muslim dan kanak-kanak telah berselindung di dalamnya dan yang dianggap tempat yang paling selamat untuk mereka dari rumah mereka sendiri. Jika Amr ibn Abd Wudd telah mengalahkan rintangan dari kaum Muslim, pihak Yahudi pasti akan menyerang Muslim dari belakang. Di antara musyrik Makkah dan Yahudi Madinah, Muslim pasti akan dibunuh secara beramai-ramai. Ianya hanya disebabkan oleh kebijaksanaan Muhammad dan keberanian Ali yang telah mengalihkan malapetaka tersebut.

R.V.C. Bodley: Pihak Yahudi pada mulanya keberatan untuk mendengar cadangan Abu Sufian [untuk menyerang Muslim dari belakang], tetapi setelah beberapa lama mereka berkompromi, maka akhirnya mereka bersetuju untuk mengkhianati Muslim apabila keadaan mengizinkan. [The Messenger – the Life of Mohammed]

Tingkah laku Yahudi semasa pengepungan Madinah adalah pengkhianatan terbesar terhadap negara. Maka apabila tentera bersekutu berpecah dan bahaya terhadap Madinah telah beralih. Para Muslim telah menumpukan perhatian mereka kepadanya.

Pihak Yahudi telah mengurungkan diri mereka di dalam kubu dan para Muslim telah mengepung mereka. Tetapi beberapa hari kemudian, mereka meminta Rasul untuk memberhentikan kepungan, dan bersetuju untuk merujuk perselisihan kepada seorang hakim.

Rasul membenarkan Yahudi untuk memilih hakim mereka. Di sini mereka telah membuat kesilapan yang besar. Mereka seharusnya memilih Muhammad sendiri, diri yang penuh dengan kemurahan untuk menjadi hakim mereka. Jika mereka telah berbuat demikian, baginda pasti telah membenarkan mereka untuk meninggalkan Madinah dengan peralatan dan binatang ternakan mereka, dan peristiwa itu telah selesai.

Tetapi pihak Yahudi tidak memilih Muhammad sebagai hakim. Sebaliknya mereka memilih Sa’ad ibn Muadh, ketua sekutu mereka yang dahulu, kaum Aus. Sa’ad adalah manusia yang tidak berperasaan terhadap kehidupan, sama ada nyawanya begitu juga dengan orang lain. Sa’ad telah mendapat luka-luka parah yang boleh menyebabkan kematian di dalam peperangan Khandak, dan sesungguhnya dia mati tidak lama selepas dia menjatuhkan hukuman terhadap nasib kaum Yahudi. Dia mengistiharkan pengkhianatan sebagai suatu kesalahan

127

Page 128: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

yang tidak dapat diampunkan, dan keputusan darinya adalah sesuatu yang tidak mempunyai sebarang perasaan belas kasihan. Dia menggunakan kuasa undang-undang dari Taurat, kitab Yahudi, dan menghukum semua lelaki dengan mati, dan wanita serta kanak-kanak sebagai hamba. Hukuman telah dilaksanakan di situ juga.

Puak Yahudi dari kaum Qurayza telah dibunuh secara beramai-ramai di dalam musim bunga tahun 627 M. Dari tarikh tersebut, Yahudi berhenti dari menjadi kuasa yang aktif di dalam sosial, ekonomi dan politik Madinah.

128

Page 129: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

BAB 28

Perjanjian Hudaybiyya

Menurut dari tradisi Muslim, Kaabah di Makkah telah didirikan oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. Mereka mensucikannya sebagai pusat kerohanian bagi seluruh dunia yang menyembah kepada tuhan yang satu. Dan sekarang Kaabah adalah ‘Qibla’ bagi Muslim, ini bermakna mereka terpaksa berpusing menghadap kepadanya apabila melaksanakan solat. Tetapi penjaga Kaabah adalah musyirik Makkah, dan mereka menggunakannya sebagai tempat ‘tuhan’, dan menempatkan di dalamnya 360 berhala dari kaum-kaum mereka.

Dengan adat kaum Arab jahiliah yang lama, setiap orang adalah bebas untuk menziarah Kaabah, tanpa bersenjata. Juga dengan adat lama itu, pergaduhan dalam bentuk apa juga dilarang semasa empat bulan haram bagi tahun tersebut. Satu dari bulan itu adalah Zilqa’ada, bulan ke sebelas kalendar.

Muslim tersangat rindu untuk melihat Kaabah, bagi mereka ianya adalah Rumah Allah. Maka, di dalam Zilqa’ada tahun ke 6 selepas Hijrah, Rasul menyatakan bahawa baginda akan menziarahi Kaabah untuk melakukan Umrah atau haji kecil tanpa senjata tetapi berserta dengan pengikut baginda. Dengan niat ini, baginda meninggalkan Madinah dipenghujung bulan Februari 628 M. bersama dengan 1400 orang dari pengikutnya. Mereka telah membawa unta dan binatang-binatang lain untuk dibuat korban tetapi tidak membawa senjata melainkan pedang sahaja.

Apabila kafilah haji [pilgrim] tiba dipinggir Makkah, Rasul telah diberitahu bahawa musyirik Makkah tidak membenarkan baginda masuk ke kota, dan mereka akan menggunakan segala kekerasan untuk menghalang baginda dari melakukannya. Laporan ini telah menyebabkan kegelisahan yang besar di kalangan Muslim. Mereka berhenti di tempat berhampiran dengan sebuah telaga, disuatu kawasan yang dipanggil Hudaybiyya, di Utara Makkah. Rasul menghantar berita kepada Quraish bahawa baginda hanya berhajat untuk mengerjakan tawaf tujuh kali keliling Kaabah, menyembelih korban, dan kemudian kembali ke Madinah bersama dengan pengikutnya. Quraish tidak bersetuju. Banyak berita-berita lain yang dihantar tetapi Quraish berkata bahawa mereka tidak menerima Muslim untuk memasuki Makkah.

Akhirnya, Rasul mengarah Umar bin al-Khattab untuk pergi ke Makkah menerangkan kepada kaum musyirik tujuan kedatangan para Muslim, dan untuk menyakinkan bahawa mereka [Muslim] tidak mempunyai niat untuk berperang, dan memberikan janji bahawa selepas mengerjakan Umrah mereka akan terus meninggalkan Makkah dan kembali ke Madinah.

Tetapi Umar enggan untuk pergi. Dia berkata bahawa tidak ada sesiapa di Makkah yang akan melindunginya. Dia mencadangkan supaya Rasul menghantar Uthman bin Affan dengan berita dari baginda ke Makkah oleh kerana kaum musyrik tidak akan mengapa-apa kan dia.

Sir Willian Muir: Penyampai pertama dari khemah Muslim, seorang yang bertukar kepada Islam dari Bani Khuzaa, Quraish telah menangkapnya dan melayannya dengan buruk; mereka mencederakan unta Rasul yang di tungganginya, dan mengancam nyawanya juga. Tetapi perasaan untuk menunaikan Umrah itulah yang lebih khusus, maka Muhammad menghendaki Umar untuk pergi ke Makkah sebagai duta baginda. Umar meminta dirinya dimaafkan di atas sebab permusuhan peribadi Quraish terhadap dirinya; lebih-lebih lagi dia tidak punya kerabat yang berpengaruh di dalam kota Makkah yang

129

Page 130: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

dapat melindunginya dari bahaya; dan dia menunjukkan kepada Uthman sebagai duta yang lebih berkelayakan. {The Life of Mohammed, 1877]

S. Margoliouth: Maka telah diputuskan untuk menghantar perwakilan ke Makkah, tetapi dengan kesedaran bahawa kebanyakan dari Muslim telah dicemari dengan darah musyrik Makkah, ini telah menyebabkan wira-wira Islam tidak bersedia untuk mempertaruhkan nyawa mereka di dalam tugas yang sebegini; walaupun Umar, biasanya telah bersedia dengan pedangnya, menarik diri. Akhirnya anak menantu Rasul, Uthman bin Affan, yang lebih mengutamakan menjaga isterinya dari menyertai peperangan Badr, telah dihantar sebagai duta. [Mohammed and the Rise of Islam, 1931]

Adalah sungguh pelik bahawa Umar tidak sanggup untuk mempertaruhkan nyawanya untuk pergi ke Makkah. Tidak ada bahaya buat dirinya kerana dia tidak terjumlah di antara Muslim yang telah ‘dicemari dengan darah musyrik Makkah.’ Oleh kerana Umar tidak ada membunuh orang-orang Makkah, maka dia sendirinya diberikan keselamatan oleh pihak musyrik pada bila-bila masa. Penolakannya untuk mematuhi arahan Rasul Allah tidak dapat diterima.

Umar tidak pergi ke Makkah. Bagaimanapun dia menyelesaikan masalah ini dengan mengadakan penggantinya, Uthman bin Affan. Sebagai pengganti Umar, Uthman telah dihantar ke Makkah untuk berunding dengan Quraish. Seperti Umar, Uthman juga tidak dicemari dengan darah kaum jahiliah.

Musyirik menyambut Uthman dan memberitahunya bahawa dia bebas untuk melakukan Umrah. Tetapi dia berkata bahawa dia tidak dapat melakukan Umrah seorang diri, dan meminta mereka menerima Rasul dan semua Muslim bersamanya, ke dalam kota. Ini tidak boleh diterima oleh Quraish, dan telah dilaporkan bahawa mereka telah menangkapnya. Bahkan ada khabar angin yang mengatakan mereka telah membunuhnya.

Apabila khabar angin terhadap pembunuhan Uthman sampai kepada Rasul, baginda menganggap tindakan Quraish untuk berperang sebagai muktamad, dan baginda meminta Muslim untuk memperbarui sumpah setia mereka kepadanya. Kesemua Muslim memberikan sumpah setia mereka kepada Pesuruh Allah, tidak kira apa pun peristiwa yang akan terjadi.

Sumpah setia ini dipanggil ‘Perjanjian Ridhwan’ atau ‘Perjanjian Kesetiaan’ dan Muslim yang memberinya dipanggil ‘Para Sahabat di bawah Pokok’ kerana Rasul Islam duduk di bawah pokok dan mereka berbaris melepasi baginda sambil memperbarui sumpah setia mereka. Jumlah mereka diberikan sebagai 1400 orang.

Pendirian Muslim untuk menghadapi apa juga rintangan, telah meletakkan Quraish di dalam keadaan yang lebih munasabah, sebagaimana mereka menyedari bahawa kedegilan mereka akan menyebabkan pertumpahan darah yang tidak diperlukan. Uthman, tidak dibunuh, sebagaimana yang telah disebarkan oleh khabar angin, tetapi hanya ditawan, dan kini mereka membebaskan dia, satu tindakan yang telah menunjukan pertukaran atitiut. Juga petunjuk dari perubahan ini adalah pemilihan seorang dari mereka, Suhayl bin Amr, yang mana mereka hantar ke khemah Muslim untuk memeteraikan perjanjian dengan Rasul Islam. Suhayl adalah seorang yang terkenal dengan bijaknya tetapi bukanlah seorang perunding yang lembut.

Suhayl sampai di Hudaybiyya dan memulakan perundingan dengan Muhammad, Pesuruh Allah. Selepas perbincangan dan perbahasan yang panjang lagi memenatkan mereka berjaya di dalam memeteraikan perjanjian, syarat yang paling penting adalah seperti berikut:

130

Page 131: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

1. Muhammad dan pengikutnya akan pulang ke Madinah tanpa melakukan Umrah, pada tahun tersebut.

2. Perdamaian di antara Muslim dan Quraish untuk jangka waktu 10 tahun dari tarikh ditandatangani perjanjian.

3. Jika mana-mana penduduk Makkah menerima Islam dan mendapatkan perlindungan Muslim di Madinah, mereka hendaklah dipulangkan kembali ke Makkah. Tetapi jika Muslim lari dari Madinah, dan mendapat perlindungan musyirik di Makkah, mereka tidak akan dipulangkan kembali.

4. Semua suku kaum Arab adalah bebas untuk membuat perjanjian dan berhubung dengan mana-mana pihak, Muslim atau Quraish

5. Muslim akan melawat Makkah untuk melakukan haji [pilgrim] di dalam tahun yang akan datang tetapi mereka tidak boleh tinggal di dalam kota lebih dari tiga hari, dan senjata yang boleh dibawa bersama mereka adalah pedang yang di dalam sarungnya.

Perjanjian ini dipanggil ‘Perjanjian Hudaybiyya’. Ini adalah dokumen politik yang terpenting di dalam sejarah Islam. Setiausaha yang dilantik untuk menulis syarat-syaratnya adalah Ali ibn Abi Talib.

Apabila Perjanjian Hudaybiyya sedang dituliskan, satu peristiwa berlaku yang menunjukan dengan terang ke atas keperibadian [keraktor] mereka-mereka yang terlibat di dalam merundingkan syarat-syaratnya.

Menyebutkan kepada Ali, Rasul berkata: ‘Tuliskan, dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Pengasih.’ Suhayl, wakil Makkah, serta merta membangkang, dan berkata, ‘Jangan tuliskan itu, sebaliknya, tulis, ‘Dengan nama Kamu Hai Allah.’Rasul mengikut dengan kehendaknya.

Rasul kemudian menyuruh Ali menulis: ‘Ini adalah perjanjian perdamaian di antara Muhammad, Pesuruh Allah dan Quraish…. ‘ Suhayl lagi sekali membangkang, dan berkata: ‘Jika kami mengakui kamu pesuruh Allah, mengapa kami berperang dengan kamu? Maka jangan menulis perkataan, Pesuruh Allah,’ dan tulis saja nama kamu dan nama bapa kamu.’

Rasul juga setuju untuk mengikuti dengan kehendaknya tetapi Ali telah menulis perkataan, ‘Muhammad, Pesuruh Allah,’ dan dia enggan untuk memadamnya. Dia berkata kepada Tuannya: ‘Kedudukan tinggi ini telah dianugerahkan ke atas kamu oleh Allah sendiri, dan saya tidak akan memadamkan perkataan ‘Pesuruh Allah’ dengan tangan saya.’ Yang mana Rasul mengambil pena, dan memadam perkataan yang menyalahi bagi musyrik.

Perjanjian Hudaybiyya telah ditandatangani di dalam dua salinan, satu bagi setiap parti.

R.V.C. Bodley: Salinan asal Perjanjian Hudaybiyya telah disimpan oleh Muhammad sedang salinannya telah diberikan kepada Suhayl untuk disimpan di dalam arked di Makkah. [The Messenger - The Life of Mohammed, 1946]

Di Makkah ketua Quraish menyanjung Perjanjian Hudaybiyya sebagai kejayaan terhadap diplomasi mereka. Mereka beranggapan bahawa Muhammad akhirnya telah ditewaskan, dan bahawa perjanjian ini adalah persamaan bagi kekalahan, walaupun ianya bukan kenyataan secara terus terang kepada ‘kekalahan’. Quraish bangga di atas apa yang mereka pandang sebagai ‘penyerahan kalah’ pihak musuh tetapi peristiwa yang berlaku tidak lama lagi akan menunjukan

131

Page 132: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

bahawa mereka telah tersalah anggapan. Terjauh dari menyerah kalah, Perjanjian Hudaybiyya adalah satu dari kejayaan yang terbesar bagi Islam.

Di antara pengikut Rasul, bagaimanapun, Perjanjian Hudaybiyya adalah untuk menghasilkan beberapa tindakan alahan [imunisasi] kepada keganasan. Yang anehnya, sama seperti musyrik Makkah, para pelampau di dalam kem Muslim menyamakannya juga seperti ‘penyerahan kalah.’ Mereka telah diketuai oleh Umar bin al-Khattab. Dia menganggap syarat-syaratnya ‘memalukan’ dan merasa amat tidak senang dengannya [syarat-syarat itu] maka dia berpaling kepada Abu Bakar untuk mendapatkan jawapan kepada soalan-soalannya, dan yang berikut adalah petukaran pertuturan yang berlaku di antara mereka:

Umar: Adakah ya atau tidak, dia [Muhammad] Pesuruh Allah?Abu Bakar: Ya. Dia adalah Pesuruh Allah.Umar: Adakah ya atau tidak, kita ini Muslim?Abu Bakar: Ya, kita adalah Muslim.Umar: Jika ya, mengapa kita menyerah kepada jahiliah di dalam perkara yang berkaitan dengan iman?Abu Bakar: Dia adalah Pesuruh Allah, dan kamu jangan mencampuri di dalam urusan ini.

Tetapi kemarahan Umar makin bertambah naik satu tangga lagi setelah dinasihati oleh Abu Bakar, dan dia pergi berjumpa Rasul sendiri. Dia kemudian berkata: ‘Saya pergi berjumpa Rasul, dan bertanya kepada baginda: ‘Adakah tidak kamu pesuruh Allah?’ Dia menjawab: ‘Ya, saya.’ Saya bertanya lagi: ‘Adakah kita Muslim yang benar dan musyrik yang salah?’ Dia menjawab: ‘Ya, begitulah.’ Saya bertanya lagi: ‘Jadi mengapa kita menunjukkan kelemahan yang amat sangat kepada mereka? Lagipun kita mempunyai tentera. Mengapa kita membuat perdamaian dengan mereka?’ Dia berkata: ‘Saya adalah Pesuruh Allah, dan saya lakukan apa yang Dia perintahkan kepada saya untuk dilakukan.’

Tetapi Umar tidak berpuas hati dengan jawapan Rasul sendiri kepada soalan-soalannya. Syarat kepada Perjanjian Hudaybiyya telah mendatangkan keraguan di dalam fikirannya, maka dia berkata: ‘Saya berulang kali menyoalkan Rasul mengenai syarat kepada perjanjian tersebut, dan saya tidak pernah sebelum ini berkata dengannya dengan cara begini.’

Sir John Glubb: Ramai Muslim yang kecewa dari keputusan Hudaybiyya, kerana mereka berperasaan yang mereka akan memasuki Makkah dengan kejayaan. Umar bin al-Khattab seperti biasa akan menyuarakan rasa tidak puas hatinya. ‘Adakah tidak dia itu Rasul Allah dan adakah tidak kita ini Muslim dan adakah tidak mereka itu musyrik?’ dia meminta jawapan dengan marah dari yang si pendiam dan patuh Abu Bakar. ‘Mengapa tidak perangi mereka; mengapa bertolak ansur?’ [The Great Arab Conquests]

Tor Andre: Umar berpusing kepada Abu Bakar dan ketua-ketua yang lain yang hampir kepada Rasul untuk mempastikan sama ada mereka benar-benar bermaksud untuk menyerah kepada penghinaan ini. Dia mengaku kemudian bahawa, tidak pernah sebelum ini dia mempunyai keraguan mengenai kebenaran Muhammad, dan jika dia boleh menjumpai seratus orang yang berfikiran sama sepertinya, dia pasti akan keluar dari kem [ummat] Islam. [Mohammed, the Man and his Faith]

Maxime Rodinson: Umar dan beberapa orang yang lain marah dengan cara Rasul melayani jahiliah. Bakal khalifah ini pergi mengutuk rasul. Dia mengatakan kemudian bahawa jika dia mempunyai seratus orang pengikut, dia pasti akan berpaling [keluar dari Islam]. Tetapi Muhammad tidak berganjak. [Mohammed, diterjemahkan oleh Anne Carter]

132

Page 133: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

R.V.C. Bodley: Kebanyakan dari bakal haji [pilgrim], terutama Umar, benar-benar kecewa dengan Muhammad yang telah mengalah kepada Quraish, secara praktikal pada setiap perkara. Pada pendapatnya adalah mustahil bagi mereka, setelah dibawa sepanjang perjalanan oleh ketua mereka yang tidak pernah takut untuk memburu musuh yang telah mengalahkannya, mereka harus berhenti di luar tujuan dan maksud mereka. Dan kelihatan lebih mustahil lagi bahawa baginda harus menghinakan diri sendiri di hadapan perwakilan dari Makkah sehingga ke tahap tidak memanggil Tuhannya dengan namanya yang sah mahupun menggunakan darjah kedudukannya, hanya kerana musyirik telah menuntutnya. Umar sehinggakan bertanya: ‘Adakah kamu sebenarnya Pesuruh Allah?’ [Umar meragui keRasulan Nabi]

Umar pergi melihat apakan perasaan Muslim lainnya. Dia mendapati mereka kebanyakannya sama berfikiran seperti dia. Untuk pertama kalinya semenjak Islam timbul, terdapat tanda-tanda pemberontakan. [The Messenger – the Life of Mohammed]

Umar menyatakan kemudian bahawa semenjak dia menerima Islam, dia tidak pernah merasa ragu tentang kebenaran Muhammad sebagaimana dia meragui baginda pada hari Perjanjian Hudaybiyya ditandatangani.

Ini bermakna bahawa Umar telah dihantui oleh keraguan dari masa kesemasa mengenai kebenaran Muhammad dengan misi ke Rasulannya. Dia mungkin dapat menyembunyikan setiap kali keraguan itu timbul. Tetapi pada isu ini, di Perjanjian Hudaybiyya, keraguannya yang terpendam selama ini meletup dengan begitu kuat sehingga dia tidak dapat menutupnya. Dengan dihantui oleh keraguan, sesungguhnya dia telah lama memikirkan untuk meninggalkan kepercayaan Islam itu sendiri tetapi dia tidak menjumpai sesiapa di dalam kem Muslim yang boleh memberikannya sokongan moral untuk tujuan itu.

Kata-kata dari tradisi Sunni bahawa Umar telah menunjukkan bangkangan dan juga kedegilan kepada Muhammad Mustafa, Pesuruh Allah, hanya kerana digerakkan oleh rasa cintanya kepada Islam. Menurut mereka lagi, Umar mencintai Islam dengan terlalu mendalam sehinggakan terbawa-bawa kepada membuat segala bangkangan. Pada mulanya dia enggan untuk mematuhi arahan Rasul supaya membawa beritanya, sebagai duta, kepada Quraish di Makkah kerana takut akan didera oleh mereka. Keengganan ini juga, mungkin, dari gerak hatinya yang amat mendalam cintanya yang sama terhadap Islam.

Mereka-mereka [para ulama’] yang mengatakan tindakan Umar yang amat dalam cintanya kepada Islam, adalah sebenarnya, telah mengatakan bahawa Umar mencintai Islam lebih dari mencintai Muhammad, Rasul Islam Islam itu sendiri. Juga dengan apa yang telah dilakukannya, dia mengatakan bahawa Pesuruh Allah telah salah di dalam mencari perdamaian dengan Quraish, tetapi Umar yang betul, dan menjadi tanggung jawabnya untuk ‘memperbetulkan’ Muhammad Mustafa.

Hanya satu atau dua hari sebelum itu, Umar telah memberikan sumpahnya [Perjanjian Ridhwan] untuk ‘mentaati Pesuruh Allah’ walau apa pun yang akan terjadi, di dalam aman dan peperangan, di dalam senang dan susah. Mungkin sumpah yang telah diberikan itu telah membuat dia menunjukkan bahawa dirinya sebagai yang lebih ‘bermartabat’ dari diri ‘raja’ itu sendiri.

Jika sekiranya dengan secara tidak langsung kedua-duanya, iaitu Quraish di Makkah, dan Umar serta penyokongnya di dalam kem Muslim, membaca di dalam Perjanjian Hudaybiyya, sebagai ‘penyerahan’ bagi pihak Muslim, maka ini memang benar-benar ajaib. Tetapi jika Umar yang ‘beria-ia sangat untuk berperang’ pada hari itu, telah berjaya membawa perkara ini sampai terjadinya peperangan yang sebenar dengan Quraish, maka kita dapat membuat rumusan

133

Page 134: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

apakah peranan yang akan di mainkan olehnya, mengikuti dari rekod-rekod dia sendiri, sebelum dan sesudahnya. [Lari dari medan perang. Mengkhianati Muslim terutama Rasul Allah dan berdamai dengan musyirik, seperti trajedi di Uhud]

Menulis mengenai Perjanjian Hudaybiyya, Lt. General Sir John Glubb berkata di dalam bukunya, The Life and Times of Mohammed:

Kegelisahan yang ditanggung oleh Muslim di Hudaybiyya telah ditekankan, di mana hari-harinya yang mencemaskan itu, telah melekat ke dalam ingatan mereka. Beberapa tahun kemudian, apabila tentera Muslim telah menubuhkan satu empayar [jajahan] yang besar, apabila rakan-rakan veteren mengatakan peristiwa pada hari-hari dipermulaan Islam, kehormatan tertinggi selalu ditunjukkan kepada mereka yang berperang di Badr dan kepada mereka yang telah memberikan sumpah kesetiaan di Hudaybiyya, dua krisis yang paling mencemaskan di dalam kebangkitan Islam. [The Life and Times of Mohammed]

Tidak ada siapa di antara semua para sahabat Muhammad Mustafa, yang telah menjadikankan dirinya sungguh dihormati; dikedua-dua situasi, di dalam peperangan Badr dan di Hudaybiyya, malah di semua keadaan yang kritikal di dalam sejarah Islam, sebagaimana Ali ibn Abi Talib. Di masa yang lepas, dia telah menunjukkan bahawa dialah yang pertama di dalam peperangan; di Hudaybiyya setiap orang telah melihat bahawa dia lah juga yang pertama di dalam keamanan. Dia telah menunjukkan banyak kali di dalam peperangan bahawa dia percaya penuh kepada Muhammad dan juga misinya, dan sekarang dia menunjukkan di dalam aman bahawa tidak ada apa yang dapat mengoncangkan kepercayaannya terhadap Tuannya.

Setelah perginya perwakilan Makkah, Rasul mengarahkan Muslim untuk bercukur rambut dan menyembelih binatang korban mereka, seperti upacara Umrah. Tetapi baginda terperanjat melihat bahawa kebanyakan mereka menentang dan tidak mahu mengikut arahannya.

Apa yang sebenarnya telah berlaku adalah bahawa Umar dengan secara terbuka telah menentang Rasul Allah, dengan contoh darinya, dia telah merangsang pengikutnya juga untuk melakukan yang sama. Rasul masuk kekhemahnya dan memberitahu isterinya bahawa Muslim telah engkar akan perintahnya. Isteri baginda berkata jika baginda mengabaikan mereka dan melakukan segalanya sendiri; mereka akan mengikutnya kemudian.

S. Margoliouth: Muslim diam membengis apabila diberitahu oleh baginda [Rasul] untuk bercukur rambut dan menyembelih korban mereka. Akhirnya [dengan dinasihati oleh isterinya, Umm Salamah], baginda melakukan semuanya sendiri, dan pengikutnya kemudian melakukan yang sedemikian juga. [Mohammed and the Rise of Islam]

Misinya telah terlaksana, Muhammad, Pesuruh Allah, meninggalkan Hudaybiyya dengan para jamaah haji [pilgrim], untuk kembali ke Madinah. Baginda masih di dalam 7 hari perjalanan lagi untuk sampai ke Madinah, apabila wahyu yang berikutnya turun dari langit:

‘Sesungguhnya Kami memberi kamu kemenangan yang nyata’ [48:1]Adalah dari Perjanjian Hudaybiyya wahyu yang baru ‘Kemenangan yang Nyata’ diturunkan.

Amin Dawidar, ahli sejarah Mesir, menulis dalam bukunya ‘Pictures From the Life of the Prophet, Cairo, 1968 p. 465,’ bahawa apabila Pesuruh Allah membacakan wahyu yang terbaru yang dipanggil ‘kemenangan’ Umar bin al-Khattab datang berjumpa dengan baginda, dan bertanya: ‘Adakah ini yang engkau panggil

134

Page 135: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

kemenangan yang nyata.’ ‘Ya,’ kata Pesuruh Allah, ‘Demi Dia yang di dalam tanganNya nyawaku, ini adalah kemenangan yang nyata.’

Perjanjian Hudaybiyya adalah sebenarnya ‘Kemenangan yang Nyata’ sebagaimana lipatan drama sejarah akan bentangkan, yang mana tidak dapat difahami apa yang tersembunyi mengenainya oleh kebanyakan Muslim di dalam kem Rasul.

Muhammad Mustafa adalah Rasul untuk kedamaian. Jika baginda telah tunduk kepada tekanan ‘pelampau’ di dalam kem baginda untuk menggunakan kekerasan, maka semua misi baginda akan dikompromi, dan generasi akan datang boleh mengatakan bahawa baginda suka kepada kekerasan. Tetapi baginda menentang tekanan yang meminta penyelesaian dengan senjata, dan sebaliknya, meminta penyelesaian dengan keamanan, dan mendapat hasil yang mana kemenangan dengan ketenteraan tidak boleh mencapainya.

Perjanjian Hudaybiyya adalah hasil inspirasi seorang negarawan dan ahli politik genius yang tertinggi. Ia membawa banyak kelebihan kepada Islam. Di antaranya:

1. Quraish Makkah mengiktiraf Muhammad sebagai setaraf. Maka, mereka telah menganggap dia sebagai pemberontak dan pelarian dari dendam mereka.

2. Dengan menandatangani perjanjian, Quraish telah memberikan pengesahan [secara tidak langsung] kepada negara Islam yang baru di Madinah.

3. Muslim yang berada di Makkah, menyembunyikan kepercayaan mereka dari musyrik kerana takut akan diseksa oleh mereka. Tetapi selepas Perjanjian Hudaybiyya, mereka mula mempraktikkan Islam secara terbuka.

4. Sehingga tahun ke 6 H. Muhammad, Pesuruh Allah, telah terikat dengan pergelutan yang tiada akhirnya dengan jahiliah Arab dan juga Yahudi, dan tidak mendapat peluang untuk memperlihatkan Islam yang sebenarnya. Selepas Perjanjian Hudaybiyya, mereka telah boleh menilai Islam untuk pertama kalinya. Dengan penilaian sebegini, ini telah membawa kepada ramainya yang bertukar kepada Islam, dan Islam telah berkembang dengan cepatnya. Perjanjian Hudaybiyya telah membuka pintu pertukaran agama.

5. Banyak kaum Arab, walaupun masih kafir, hendak masuk ke dalam perjanjian dan berhubung dengan Muslim tetapi merasa dihalang dengan penentangan Quraish. Sekarang mereka bebas untuk membuat persahabatan dengan Muslim

6. Perjanjian Hudaybiyya adalah jawapan yang terbaik kepada para pengkritik yang mengatakan bahawa Islam telah disebarkan dengan mata pedang. Tidak ada bukti yang lebih baik dari Perjanjian ini, untuk menyangkal yang Muhammad dengan peperangannya, sebaliknya baginda menjadikannya sebagai alat kepada polisi, dan kepada cintanya yang tulen terhadap keamanan. Arab jahiliah telah dipengaruhi dengan kuat oleh propaganda Quraish bahawa Muhammad cintakan peperangan. Sekarang mereka boleh lihat dengan mata mereka sendiri bahawa Muhammad kembali semula ke Madinah walaupun tanpa ‘memberikan sebarang tindak balas kepada Quraish,’ walaupun baginda mempunyai tentera bersama baginda, dan walaupun baginda telah pernah mengalahkan Quraish dua kali, ditahun 624 dan 627 M.

135

Page 136: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Perjanjian Hudaybiyya juga menunjukkan kebencian al-Quran terhadap perang. Sebelum perjanjian, Muslim telah memenangi dua peperangan yang bersejarah, peperangan Badr dan Ahzab [Khandak]. Jika mereka telah kalah di dalam satu daripadanya, Islam tentu telah terhapus untuk selama-lamanya dari muka bumi ini. Kejayaan dari kedua-dua peperangan ini menjaminkan keselamatan fizikal Islam. Dan bahkan, Al-Quran al-Majid tidak memanggil mana-mana darinya sebagai kejayaan yang nyata. Di dalam pandangan al-Quran, di antara semua kempen Muhammad, hanya Perjanjian Hubaydiyya sahaja ‘kejayaan yang nyata.’

Perjanjian Hudaybiyya adalah permulaan kepada kejayaan Islam di atas kekuasaan jahiliah, musyirik, penyembahan berhala, kejahilan, kezaliman dan eksploitasi. Umar bin al-Khattab telah membangkang pada perenggan ketiga dari perjanjian tersebut oleh kerana ianya tidak seimbang; tetapi perenggan inilah yang khususnya telah meletakkan Quraish pada pihak mempertahankan diri hampir serta merta, dan mereka telah datang meminta bersungguh-sungguh kepada Rasul untuk membuangnya.

Lapan belas bulan selepas menandatangani Perjanjian Hudaibiyya, Muhammad, Pesuruh Allah, berbaris memasuki Makkah, sebagai penakluk, dan baginda bersama dengan 10,000 Muslim. Penaklukkan Makkah adalah hasil terus dari perjanjian ini.

Kerana dari hasil ini, ramai ahli sejarah telah memanggil Perjanjian Hudaybiyya adalah penaklukan tanpa kekerasan oleh seorang negarawan, Muhammad.

Marmaduke Pickthall: Terdapat kekecewaan di antara Muslim pada syarat-syaratnya [syarat Perjanjian Hudaybiyya] Mereka tertanya-tanya satu sama lain, ‘Di manakah kejayaan kita yang telah dijanjikan?’ Ketika di dalam perjalanan pulang dari Hudaybiyya surah bertajuk ‘Kejayaan’ diturunkan. Perletakkan senjata telah membuktikan, sesungguhnya itu adalah kejayaan terbesar yang Muslim telah capai sehingga itu. Peperangan adalah penghalang di antara mereka dengan musiyrik, tetapi sekarang kedua-dua parti boleh bertemu dan bercerita, dan dengannya agama yang baru tersebar dengan cepatnya. Di dalam dua tahun yang berselang di antara tandatangan perdamaian dan jatuhnya Makkah, jumlah yang bertukar kepada Islam lebih banyak dari jumlah semua yang bertukar sebelumnya. Rasul pergi ke Hudaybiyya dengan 1400 orang. Dua tahun kemudian, apabila musyirik Makkah melanggar perjanjian, baginda berbaris menentang mereka dengan tentera 10,000 orang [Introduction to the translation of Holy Quran, 1975]

Dua prinsip Islam yang penting boleh di lihat di dalam kegunaannya pada Perjanjian Hudaybiyya,

1. Peperangan hendaklah dijauhi dengan apa juga melainkan jika ianya tidak dapat ditolak. Penyelesaian kepada semua masalah hendaklah dicari dan melalui cara yang damai, tanpa, berkompromi dengan prinsip-prinsip Islam. Kepada jahiliah dan kepada ramai Muslim, ianya kelihatan seperti Muhammad, Pesuruh Allah, telah memberi ‘segala-galanya’ kepada Suhayl, wakil Makkah, supaya dia [Suhayl] dalam erti kata yang lain telah dapat menyatakan semua syarat-syaratnya. Sekalipun itu yang kelihatan, Muhammad telah menerima syarat itu. Yang pastinya tidak ada kompromi dengan mana-mana prinsip-prinsip Islam. Tidak boleh terfikirkan bagi yang berakal bahawa Rasul Islam akan berkompromi dengan mana-mana prinsip Islam.

2. Pesuruh Allah tidak perlu mengalah kepada pendapat atau kehendak pengikutnya, atau manusia secara amnya. Majoriti yang banyak dari para sahabat Muhammad telah menentang pada menanda tangani Perjanjian Hudaybiyya. Tetapi baginda tidak menghiraukan penentangan mereka,

136

Page 137: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

dan meneruskan menanda tanganinya. Baginda, yang sebenarnya, langsung tidak meminta pendapat dari mana-mana mereka di dalam perkara ini. Dari mula hingga akhir baginda telah dipandu, bukan dari kehendak ‘manusia’ [dirinya] atau dari kehendak manusia ramai tetapi hanya dengan perintah dari Allah, termaktub di dalam kitabnya, terutama di dalam ayat yang berikut:

‘Maka hukumlah di antara mereka dengan apa yang Allah telah turunkan, dan jangan ikutkan kehendak mereka yang jahat, berpaling dari kebenaran yang telah datang kepada kamu…. [5:49]

137

Page 138: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

BAB 29

Penaklukan Khybar

Khybar adalah sebuah bandar 90 batu ke Utara Madinah, di dalam harra atau laluan gunung berapi, cukup dengan air, kerana banyak mata air yang keluar dari celahan batu-batunya. Ia juga mempunyai sistem perparitan yang baik dan menghasilkan tuaian kurma dan bijirin yang banyak.

Lama sebelum era Rasul Islam, lembah Khybar dan lembah-lembah yang lain di utara dan di selatan Hijaz telah dijajah oleh Yahudi. Seperti yang di nyatakan dahulu, Yahudi ini bukan saja peladang yang terbaik di dalam negara tersebut, malah mereka juga adalah ketua di dalam perindustrian dan perdagangan, dan mereka menikmati kuasa monopoli di dalam industri persenjataan.

Di masa Rasul, gudang senjata terbaik di Arab, semuanya di Khybar. Penduduk Yahudi yang dihalau dari Madinah, telah mendiami semula di Khybar, dan mereka amat terkenal dengan kepandaian mereka di dalam kaji logam.

Betty Kelen: Bani Qaynuka telah diusir dari Madinah. Kerja utama mereka adalah tukang besi, dan mereka amat mahir di dalam seni membuat perisai yang berkilat, pedang bengkok dan topi perisai berkilauan, yang telah menjadikan peperangan padang pasir istimewa. Mereka membuat perisai gangsa yang cantik, untuk dipadankan dengan topi perisai dan pedang berkilat yang dengan hayunannya yang pantas boleh membuat udara bersiul. [Mohammed - The Messenger of God]

Penduduk Yahudi Khybar juga mendengar mengenai Perjanjian Hudaybiyya dan syarat-syaratnya. Sebagaimana Quraish di Makkah dan Umar bin al-Khattab di kem Islam serta beberapa 'pemerhati' di kalangan Muslim Madinah, mereka semua telah mentafsirkan perjanjian itu sabagai 'penyerahan' pihak Muslim, begitu juga Yahudi di Khybar menganggapnya sebagai permulaan bagi keruntuhan kuasa negara Madinah. Bergantung pada teori 'penurunan' ini, mereka menghasut kaum Arab di antara Khybar dan Madinah untuk menyerang Muslim. Satu dari kaum ini adalah Ghatafan, sekutu puak Yahudi di Khybar.

Mereka mula menghantar ekspedisi serangan mereka ke dalam kawasan keliling Madinah. Salah satu dari kawasan ini adalah kepunyaan Rasul sendiri. Pada satu peristiwa, anak lelaki kepada Abu Dharr al-Ghiffari, sedang memberi unta-unta Rasul makan apabila Ghatafan menyerang. Mereka membunuhnya dan menawan ibu beliau yang berada bersamanya, dan mereka melarikan kumpulan-kumpulan unta itu. Pasukan Muslim bagaimana pun hanya sempat untuk menggejar penyerang dan menyelamatkan isteri Abu Dharr al-Ghiffari.

Muhammad memutuskan untuk menamatkan terhadap gangguan ini. Pada fikirannya tidaklah bijak untuk menunggu sehingga Yahudi dan sekutu mereka mengadakan kepungan sekali lagi terhadap Madinah, dan adalah terlebih baik untuk menghalang mereka. Maka baginda mengarah Muslim untuk bersedia dan bergerak menuju Khybar.

Di dalam bulan september 628 M. Rasul meninggalkan Madinah dengan 1600 tentera. Beberapa wanita Muslim juga turut bersama tentera untuk berkerja

138

Page 139: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

sebagai jururawat dan untuk memberikan pertolongan cemas kepada yang cedera dan yang sakit.

Khybar mempunyai lapan kubu. Kubu yang paling kuat dan terpenting dari semuanya adalah kubu al-Qamus. Kapten garisannya adalah wira yang terkenal bernama Merhab. Dia di bawah pemerintahannya, pahlawan-pahlawan handalan Khybar, dan mereka adalah tentera yang paling lengkap bersenjata dikala itu di seluruh jajahan Arab.Muhammad Husayn Haykal: Kempen Khaybar adalah satu kempen yang teragung. Penduduk Yahudi yang tinggal di Khaybar adalah yang terkuat, terkaya, dan yang paling lengkap bersenjata untuk berperang dari semua manusia yang tinggal di Arab. [The Life of Mohammed, Cairo, 1935]

Muslim bagaimanapun dapat menawan kesemua kubu-kubu di Khybar melainkan al-Qamus yang terbukti tidak boleh dikalahkan. Muhammad menghantar Abu Bakar pada satu ketika dan Umar pada ketika yang lain, bersama dengan wira-wira pilihan untuk membuat percubaan menawan al-Qamus. Kedua-dua mereka cuba tetapi gagal. Beberapa ketua yang lain juga turut mencuba tetapi semuanya gagal. Kegagalan yang berulang kali ini telah mula menurunkan moral tentera Muslim.

Muhammad sedar bahawa sesuatu perlu dilakukan untuk mengembalikan moral Muslim yang sudah mula runtuh, dan dengan kadar segera. Apabila sekali lagi percubaan untuk menawan al-Qamus gagal, maka baginda telah membuat keputusan, lalu baginda mengistiharkan: 'Esok saya akan berikan bendera Islam kepada seorang yang mencintai Allah dan Rasulnya, dan Allah dan Rasulnya mencintai beliau. Beliau adalah seorang yang menyerang musuh, dan tidak lari, dia akan menawan Khybar.'

Para sahabat tahu ramalan Rasul Allah akan menjadi kenyataan, dan Khybar akan ditawan pada keesokkan harinya. Maka setiap orang dari mereka berhajat hendak menjadi calon kegemilangan dan kehormatan bagi menawannya. Ramai dari mereka yang berjaga malam dengan berhasrat untuk menjadi 'yang di cintai oleh Allah dan Rasulnya,' serta menjadi wira yang menawan Khybar.

Pada keesokkan paginya, para sahabat berkumpul di hadapan khemah Rasul. Setiap mereka telah keluar dalam gaya tentera, dan mempertontonkan diri mereka bersama yang lain sebagai yang paling menonjol.

Kemudian, apabila Pesuruh Allah keluar dari khemahnya, dan perhimpunan ramai itupun mula menunjukkan keresahan. Setiap dari para sahabat cuba membuat dirinya lebih mendapatkan perhatian dari yang lain, dengan harapan semoga dapat menarik perhatian ketuanya. Tetapi Rasul bagaikan tidak nampak kepada mereka dan hanya mengajukan satu soalan: 'Di mana Ali?'

Ali pada masa itu ada di khemahnya. Beliau tahu bahawa jika dia yang 'dicintai oleh Allah dan Rasulnya,' maka dia, dan tidak ada sesiapa lagi yang akan menawan kubu al-Qamus. Rasul memanggilnya.

Apabila Ali datang, rasul dengan serius meletakkan bendera Islam ke dalam tangannya. Baginda mendoakan rahmat Allah ke atasnya, berdoa di atas kejayaannya, dan mengucapkan selamat tinggal. Wira yang muda itu kemudian maju menuju kubu yang terkuat di tanah Arab, di mana wira Yahudi yang gagah perkasa sedang menanti beliau. Ali bertarung menentang mereka semua, mengalahkan mereka dan mengibarkan bendera Islam dimenara utama kubu.

Apabila yang menang pulang ke khemah, Pesuruh Allah menyambut mereka dengan senyum, ciuman, dan pelokan serta berdoa kepada Allah untuk menganugerahkan ganjaran yang terbaik untuk singaNya.

139

Page 140: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Ibn Ishaq: Burayda b. Sufyan b. Farwa al-Aslami memberitahu saya dari bapanya Sufyan b. Amr b. Al-Akwa: Rasul menghantar Abu Bakar dengan benderanya terhadap salah satu kubu Khybar. Dia berperang tetapi kembali setelah mengalami kekalahan dan tidak dapat menawannya. Pada keesokkannya baginda menghantar Umar dan perkara yang sama berlaku. Rasul berkata: 'Esok saya akan memberikan bendera ini kepada seorang yang mencintai Allah dan Rasulnya. Allah akan menaklukinya dengan dia. Dia tidak akan lari.' Keesokkan hari baginda memberikan bendera kepada Ali. [The Life of the Messenger of God]Edward Gibbon: Di Timur laut Madinah, bandar lama yang kaya, Khybar, adalah tempat tinggal, kuasa Yahudi di Arab: jajahan ini, kawasan yang subur di padang pasir, telah dipenuhi oleh peladangan dan ternakan, dan dilindungi oleh lapan kubu, sebahagian darinya adalah telalu kukuh dan tidak dapat dikalahkan. Tentera Muhammad menggandungi 200 kuda dan 1400 pejalan kaki: di dalam 8 kali, berturutan serangan dan kepungan yang dilakukan, mereka kini terdedah kepada bahaya, keletihan dan kelaparan, dan ketua yang gagah sekalipun turut mengeluh dengan keadaan ini. Rasul mengembalikan keyakinan dan semangat Muslim dengan contohnya Ali, yang mana padanya baginda memberikan panggilan 'Singa Allah,' mungkin kita boleh percaya bahawa wira Yahudi yang berbadan sasa telah terpotong hingga kedada dengan pedangnya yang agung [dzul fikar]; tetapi kami tidak dapat menerima adegan yang romantik; mengatakan dia meruntuhkan dari enselnya pintu gerbang kubu dan memegang pintu itu di tangan kirinya sebagai perisai. [The Decline and Fall of the Roman Empire]

Washington Irving: Kota Khybar telah dipertahankan oleh bentuk luarannya dan juga temboknya, Al-Kamus, yang telah dibina pada batu yang curam, telah dikatakan tidak dapat dikalahkan. Kepungan terhadap kota ini adalah suatu kerja penting yang sangat rumit yang pernah dilakukan oleh Muslim. Apabila Muhammad dapat melihat dindingnya yang kukuh dan tembok batunya, baginda dikatakan telah berdoa kepada Allah untuk membantunya menawan kota tersebut.

Kepungan terhadap tembok tersebut berlaku untuk beberapa lama, dan telah menguji kecekapan dan kesabaran Muhammad dan tenteranya, yang mempunyai sedikit pengalaman di dalam menyerang kawasan berkubu. Muhammad mengarahkan serangan itu sendiri, mereka yang mengepung melindungi diri mereka di dalam parit, dan membawa kayu penghentak untuk memecahkan tembok, pecahan pada tembok telah nampak dan memberi kesan, tetapi untuk beberapa hari setiap percubaan untuk memasukinya telah ditumpaskan dengan bersungguh-sungguh oleh tentera Yahudi. Abu Bakar pada suatu ketika mengepalai serangan, membawa panji-panji Rasul; tetapi setelah berjuang dengan penuh keberanian, terpaksa berundur. Serangan yang kemudiannya telah diketuai oleh Umar ibn Khattab, yang berjuang sehingga kepetang tanpa sebarang kejayaan.

Serangan ketiga telah dipandu oleh Ali, yang mana Muhammad mempersenjatakan beliau dengan pedang baginda, bernama Dhu'l-Fiqar atau yang Tajam. Dengan memberikan bendera yang suci ketangan beliau, baginda mengesahkan beliau adalah 'seorang yang mencintai Allah dan Rasulnya; dan yang mana Allah dan Rasulnya cinta; seorang yang tidak tahu takut, yang tidak pernah berpusing kebelakang menghadapi musuhnya.'

Dan di sini adalah tempat yang baik untuk menyatakan tradisi dan keperibadian seorang yang bernama Ali. Beliau sederhana tinggi, tetapi tegap dan sasa dan mempunyai kekuatan yang hebat. Beliau mempunyai wajah yang selalu tersenyum, selalu berhias dan dengan janggut yang lebat. Dia dikenali dengan sifat lemah lembut, pintar, dan taat pada agama, dan dari keberaniannya, telah diberikan nama Singa Allah.

140

Page 141: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Penulis Arab suka menceritakan dengan berlebihan di dalam mengeksploitasi Khybar, terhadap wira sanjungan mereka ini. Dia memakai, mereka kata, pakaian merah, di atas baju besi. Memanjat bersama dengan pengikutnya batu yang besar berhadapan dengan pecahan pada tembok, dia mencacakkan bendera di atasnya, dan bertekad tidak akan undur sehingga kota ditawan. Yahudi membuat serangan mengejut untuk menghalau turun mereka yang datang menyerang. Di dalam pergelutan yang terjadi, Ali bertarung dengan komander Yahudi, Al-Hareth, yang dibunuhnya. Saudara kepada yang terbunuh mara dan ingin membalas dendam. Dia bertubuh besar; dengan dua lapis baju besi, dua lapis lilitan pada topi perisai yang di hadapannya gemerlapan berlian yang besar. Dia mempunyai pedang dikiri kanannya, dan tombak [serampang] bermata tiga. Kedua pendekar ini saling mengukur di antara mereka dengan pandangan masing-masing, dan kemudian menyapa dengan sombongnya secara tradisional. 'Saya' kata si Yahudi, 'adalah Merhab, bersenjata di semua tempat dan hebat di dalam pertarungan.' 'Dan saya Ali, yang mana ibunya, di waktu lahir, memberikan nama jolokan Al-Haider [singa yang lasak]

Penulis Muslim membuat kerja yang tersingkat bagi wira Yahudi. Dia menikam kepada Ali, dengan tombak mata tiganya, tetapi telah tersasar; dan sebelum dia dapat berpatah semula, pukulan dari pedang, Dhu'l-Fikar telah membelah melalui perisai besi, melalui dua lilitan kain dan tengkorak kepalanya yang keras, membelah kepalanya sampai kegigi. Tubuhnya yang sasa jatuh ke bumi tidak bernyawa.

Tentera Yahudi berundur ke dalam kubu, dan serangan besar-besaran bermula. Semasa hangatnya pertempuran perisai Ali telah terlepas dari tangannya, dan meninggalkan badannya terdedah; merentap pintu dari enselnya, dia menggunakan pintu sebagai perisai di sepanjang pertarungannya yang kemudian.

Abu Rafi, orang suruhan Muhammad, mengesahkan kebenaran ini: 'Saya kemudian,' dia berkata, 'memeriksa pintu ini bersama tujuh orang yang lain dan kami berlapan gagal untuk mengangkatnya.'

[Perkara yang menakjubkan ini dirakamkan oleh ahli sejarah Abul Fida. 'Abu Rafi,' dilihat oleh Gibbon, 'adalah saksi yang melihat; tetapi siapa yang menjadi saksi Abu Rafi?' [Kami bersama dengan ahli sejarah yang terkenal ini masih keraguan, tetapi jika kita di dalam berhati-hati mempertikaikan kenyataan orang yang melihatnya, apa yang akan terjadi kepada sejarah?] [The Life of Mohammed]

Sir William Muir: Yahudi berkumpul di sekeliling ketua mereka Kinana dan meletakkan diri mereka di hadapan tembok Kamus, demi mempertahankannya di dalam pergelutan yang genting. Setelah beberapa percubaan gagal untuk menumpaskan mereka, Muhammad merancangkan serangan besar-besaran. 'Saya akan berikan helang ini,' baginda berkata, helang besar yang hitam, 'ketangan seorang yang mencintai Allah, dan Rasulnya, dia pun dicintai oleh Mereka; dia akan memenangi pertempuran ini. Keesokkan pagi bendera telah diletakkan ketangan Ali, dan tentera mula mara. Pada ketika itu, seorang askar mara keluar dari barisan Yahudi, dan mencabar lawannya untuk pertarungan perseorangan: 'Saya adalah Merhab,' dia berkata, 'sebagaimana semua Khybar telah tahu, perwira yang penuh dengan senjata, apabila peperangan benar-benar membakar.' Kemudian Ali mara dengan berkata, 'Saya adalah yang dinamakan oleh ibu saya Singa; seperti Singa yang mengaum dibelantara. Saya menimbang musuh saya di dalam neraca yang besar.'

Pertarungan bermula, dan Ali membelah dua kepala Merhab. Garisan Muslim sekarang mula bergerak maju, dan selepas pertempuran yang hangat, telah menolak musuh kebelakang. Di dalam peperangan ini, Ali melakukan sesuatu yang menakjubkan. Setelah kehilangan perisainya, dia mencapai kepingan kayu

141

Page 142: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

bagi pintu, dan menggunakannya sebagai perisai. Tradisi, di dalam prosesnya tersendiri, telah menukarkan perisai ini kepada pintu yang besar, dan membesarkan wira ini kepada Samson yang kedua. Kemenangan itu muktamad, bagi pihak Yahudi kehilangan 93 orang; sedang di pihak Muslim hanya 19 orang yang terbunuh di sepanjang kempen tersebut. [The Life of Mohammed, London, 1877]

R.V.C. Bodley: Dia [Muhammad] memulakan kempen [Khybar] dengan menggurangkan satu persatu kubu-kubu yang kecil. Apabila ini telah dilakukan, dia berbaris menuju Al-Kamus, kubu di utama Khybar. Ianya adalah suatu tempat yang hebat dengan dindingnya didirikan pada batu yang hidup [tegak]. Semua laluan telah dihadang dengan kukuh, dan di dalam benteng, garisan tentera yang lengkap bersenjata dan cukup dengan bahan makanan.Peperangan secara kepungan adalah asing bagi nomad ini yang biasa dengan serangan padang pasir. Bagaimana pun Muhammad mempunyai beberapa peralatan untuk digunakan di dalam kepungan yang dipasangkan di situ. Yang paling berkesan batang palma sebagai penghentak, yang akhirnya telah membuat lubang yang kecil pada tembok dinding.

Melalui lubang ini Abu Bakar mengetuai serangan, yang akhirnya berpatah balik. Kemudian Umar mencuba, tetapi apabila dia tiba pada lubang didinding, dia berpatah balik. Akhir sekali, Ali pergi kedinding tembok, membawa bendera hitam. Apabila dia menyerang, dia mengatakan, 'Saya adalah Ali, si Singa, dan singa mengaum dibelantara. Saya menimbang musuh saya pada neraca yang besar.'

Ali tidaklah berbadan besar, tetapi dia mengimbanginya di atas kekurangan tinggi dengan lebar badan dan kekuatan yang hebat. Hari ini dia sungguh hebat dengan bajunya yang merah di atasnya perisai dada dan perisai belakang yang berkilat. Dikepalanya topi besi tajam yang bercampur dengan perak. Di dalam tangan kanannya dia memegang pedang Muhammad, Ghu'l-Fiqar, yang telah diberikan kepadanya bersama bendera hitam.

Berterusan veteran Yahudi menyerbu kepada Ali. Berterusan juga mereka terhoyong-hayang pergi dengan anggota atau kepala terpotong. Akhirnya, wira Yahudi, seorang bernama Merhab, yang tingginya melebihi dari semua wira-wira lain, berdiri di hadapan Ali. Dia memakai baju persai dua lapis, dan meliliti topi perisainya dengan serban yang tebal yang diikat oleh berlian yang besar. Dia memakai tali pinggang emas di mana dua pedang tergantung. Dia tidak menggunakannya, bagaimanapun, dia membunuh di kiri dan di kanannya dengan menggunakan tombak bermata tiga. Untuk seketika pertempuran berhenti sejenak dan para pejuang berehat bertupangkan tangan untuk melihat pertarungan perseorangan.

Merhab seperti gergasi Gath, tidak pernah dikalahkan. Ukuran badannya saja sudah cukup untuk menakutkan lawan sebelum mereka hampir kepadanya. Tombak mata tiganya sahaja boleh melemahkan semangat seorang ahli bermain pedang.

Marhab yang pertama menyerang, menikam Ali dengan tombaknya. Pada seketika, Ali yang tidak biasa bertarung dengan senjata yang sedemikian terhuyung-hayang berundur mengelak. Kemudian beliau memperbetulkan kedudukan, dan mempertahankan diri serangan wira Yahudi. Satu tahanan berserta dengan tolakan telah membuat tombak Merhad tercampak. Sebelum sempat dia mengeluarkan pedangnya, Zhu'l-Fiqar telah membelah kepalanya melepasi topi perisai dan juga lilitan kepala, dan terkulai dikiri dan kanan bahunya. Tentera Yahudi, melihat wira mereka gugur, telah lari ke dalam kubu. Muhammad memberikan isyarat untuk membuat serangan. Muslim bergerak maju dengan Ali mengetuai serangan. Dia telah kehilangan perisainya ketika bertarung,

142

Page 143: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

untuk menggantinya, dia memecahkan pintu dari ensel, yang dibawa di hadapannya. [The Messenger - the Life of Mohammed, 1946]

Muhammad Husayn Haykal: Menyedari bahawa ini adalah kedudukan terakhir mereka di tanah Arab, Yahudi telah berjuang bersungguh-sungguh. Dengan hari demi hari berlalu, Rasul menghantar Abu Bakar dengan satu kontijen dan bendera kepada kubu Na'im; tetapi dia tidak dapat menawannya walaupun setelah bertarung hebat. Rasul kemudian menghantar Umar bin al-Khattab pada hari yang berikutnya, tetapi tidak ada lebihnya dari Abu Bakar. Pada hari ketiga, Rasul memanggil Ali ibn Abi Talib, setelah, mensejahterakannya, mengarah beliau untuk menyerang kubu. Ali mengetuai pasukannya dan berjuang dengan beraninya. Di dalam pertempuran beliau kehilangan perisainya, baliau lalu melindungi dirinya dengan pintu yang beliau rentap, beliau meneruskan perjuangan sehingga kubu diserang oleh pasukannya. Pintu yang sama juga digunakan oleh Ali sebagai jambatan kecil untuk membolehkan tentera Muslim masuk ke rumah-rumah yang berada di dalam kubu... [The Life of Mohammed, Cairo, 1935]

Kesudahan dari Penaklukan Khybar

Penaklukan Khybar adalah satu kejadian yang penting di dalam sejarah Islam kerana ianya adalah permulaan bagi negara dan empayar [jajahan] Islam. Ahli sejarah India, M. Shibli, berkata di dalam Riwayat Hidup Muhammad:

Khybar adalah kempen pertama yang mana bukan Islam dijadikan warga bagi negara Islam. Itu adalah kali pertama prinsip kerajaan Islam telah dihuraikan dan digunakan. Maka Khybar adalah kempen Islam pertama yang berjaya.

Di Khybar, negara Islam yang baru mendapat warga dan jajahan yang baru. Itu adalah permulaan, bukan saja negara Islam tetapi juga perluasannya. Jika penaklukan Khybar adalah permulaan negara Islam, maka Ali ibn Abi Talib, penakluknya adalah akitek yang utama.

Sebelum penaklukan Khybar, Muslim adalah miskin atau separuh miskin. Tiba-tiba Khybar menjadikan mereka kaya. Imam Bukhari telah menyebutkan dari Abdullah bin Umar bin al-Khattab sebagai berkata: 'Kami sentiasa berlapar sepanjang masa sehingga penaklukan Khybar.' Dan dari keterangan mereka yang sama; telah menyebut dari Aisyah, isteri Rasul, sebagai berkata: ''Tidaklah sehingga Khybar di takluk yang saya dapat makan kurma sehingga puas.'

Para Muhajirin di Madinah tidak mempunyai cara untuk mencari kehidupan, dari itu tidak mempunyai punca pendapatan yang tetap. Mereka di dalam serba kekurangan sehinggalah tertawannya Khybar. Apabila Khybar ditawan, dengan serta merta kehidupan mereka betukar.

Montgomery Watt: Sehingga tertawannya Khybar kedudukan kewangan masyarakat Islam amatlah kurang, dan Muhajirin hidup bergantung dari sedekah atau kemurahan Ansar. [Mohammed, Prophet and Statesman]

Khybar menunjukkan perbezaan untuk masyarakat Muslim di antara kekurangan dan berlebihan barangan.

S. Margoliouth: Apabila Muslim datang kepada pembahagian dari hasil perang, mereka dapati bahawa penaklukan Khybar telah melebihi dari segala keuntungan yang tuhan telah berikan kepada Rasulnya. [Mohammed and the Rise of Islam, 1931]

Penaklukan Khybar memberikan keuntungan yang tidak terhad kepada Muslim, sebahagian darinya adalah:

143

Page 144: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

1. Jumlah emas dan perak yang banyak kaum Yahudi telah kumpulkan sejak generasi2. Persenjataan yang terbaik di tanah Arab, mengandungi senjata yang terbaru dikala itu seperti pedang, tombak, lembing, pemukul, perisai, baju besi, busur dan panah3. Ternakan yang banyak seperti kuda, unta dan lembu, kambing serta biri-biri4. Tanah yang subur dengan tumbuhan palma

Sir John Glubb: Penduduk Khybar, seperti mereka di Madinah, mencari kehidupan dengan bertani, terutamanya pohon kurma. Walaupun sehingga ke hari ini, kaum di situ mempunyai peribahasa yang mengatakan, 'Membawa kurma ke Khybar,' yang bererti sama seperti maksud kita, 'Membawa arang batu ke Newcastle.' Khybar telah dikatakan tanah yang paling subur di Hijaz. [The Life and Times of Mohammed]Selepas penyerahan Yahudi di Khybar, Rasul terpaksa membuat penyusunan baru untuk pentadbiran jajahan yang baru ditawan.

S. Margoliouth: Dikala itu Muhammad telah merancangkan satu pelan yang akan menjadikan institiusi Islam terkenal. Untuk membunuh atau mengusir penduduk Khybar yang berkemahiran bukanlah satu polisi yang baik, oleh kerana penduduk Muslim berterusan diperlukan perkhidmatan mereka secara aktif [mempertahankan negara], tidak harus tinggal jauh dari Madinah. Lebih-lebih lagi kemahiran mereka sebagai peladang tidaklah sama dengan tuannya [orang Yahudi] yang terdahulu. Maka baginda membuat keputusan untuk membiarkan Yahudi menghuni di situ dengan bayaran setengah dari hasil keluaran mereka, yang dianggarkan oleh Abdullah anak lelaki Rawahah pada 200,000 wask kurma. [Mohammed and the Rise of Islam]

Satu hayunan yang kuat dari pedang Ali telah menyelesaikan masalah ekonomi masyarakat Muslim, dan menghapuskan kemiskinan mereka selama-lamanya. Beliau juga menghapuskan penggantungan Muslim kepada keadaan suasana dan cuaca yang berubah-ubah, untuk mendapatkan rezeki mereka, apabila beliau [Ali] memberikan tanah yang subur Khybar kepada mereka [kaum Muslim].

Terdapat satu lagi kejayaan yang mana kempen Khybar adalah sesuatu yang penting bukan saja kepada Muslim diketika Rasul tetapi juga kepada generasi yang akan datang. Ianya adalah pertukaran, untuk pertama kalinya, dari cara peperangan Arab klasik. Cara Arab berperang biasanya dengan cara yang amat berani tetapi selalunya tidak cekap. Arab tidak tahu apa-apa mengenai strategi, dan apa yang mereka tahu mengenai taktik adalah pukul dan lari. Mereka meletakkan keupayaan kemenangan mereka di atas serangan mengejut. Untuk berabad-abad lamanya mereka telah berperang sesama sendiri, dan terus menerus mengikuti cara corak yang lama, pukul dan lari, dengan tiada pertukaran di dalam taktik peperangan. Kita telah lihat bagaimana parit telah menghentikan askar 10,000 orang, dan tidak dapat berbuat apa-apa pada pengepungan Madinah di dalam tahun 627 M. Kapten yang agung dari musyrik seperti Khalid bin Walid dan Ikrama bin Abu Jahal telah kebinggungan disebabkan adanya parit, dan menjadi kecewa di hadapannya.

Semua ini akan bertukar selepas Khybar. Ali ibn Abi Talib mengajar Muslim cara-cara membuat kepungan, dan menawan kedudukan yang berkubu. Beliau mengajar mereka bagaimana hendak membuat strategi bagi kempen, dan bagaimana untuk berperang di dalam keadaan kucar kacir dan dikeadaan terkawal sama seperti askar yang penuh berdisiplin. Di Khybar, Ali telah meletakkan kunci penaklukan seluruh dunia di dalam tangan Muslim.

Ladang Fadak

144

Page 145: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Fadak adalah satu lagi tempat kediaman Yahudi dekat dengan Khybar. Penduduk Fadak secara suka rela menghantar wakil mereka kepada Rasul untuk menawarkan perbincangan syarat-syarat penyerahan. Baginda menerima tawaran mereka untuk menyerah, dan memberi hak untuk tinggal di tanah mereka sebagai warga negara Islam. Fadak telah didapati dengan cara ini, tanpa sebarang peranan dari tentera Muslim. Maka ianya adalah harta persendirian Rasul.

Muhammad Husayn Haykal: Harta Khybar telah dibahagikan di antara tentera Muslim menurut perundangan kerana mereka telah berjuang untuk mendapatkannya. Harta Fadak, sebaliknya, dapat kepada Muhammad, kerana tiada Muslim dan tiada pertarungan yang terlibat di dalam mendapatkannya. [The Life of Mohammed, Cairo, 1935]

Di dalam permulaan sejarah Islam, kaum Muslim, apabila mereka masih berada di Makkah, adalah miskin, dan tidak mempunyai cara untuk mencari kehidupan. Khadijah, Isteri Rasul, memberi makan dan tempat perlindungan untuk mereka. Beliau membelanjakan segala hartanya untuk mereka, maka apabila beliau meninggal dunia, beliau sudah tidak mempunyai apa-apa untuk ditinggalkan kepada anaknya, Fatimah Zahra. Sekarang apabila ladang Fadak telah menjadi milik Rasul, baginda bercadang untuk menjadikannya hadiah kepada anak perempuannya sebagai ganjaran dari pengorbanan yang besar ibunya yang telah di lakukan untuk Islam. Maka baginda berikan ladang Fadak kepada anak perempuannya.

Yahudi dari Wadi-ul-Qura dan Tayma, tanah yang mengandungi air, di Hijaz, juga setuju untuk menyerah kepada Rasul dengan syarat yang sama seperti Khybar dan Fadak, dan terus tinggal di tanah mereka.

Jaafar ibn Abi Talib

Muhammad, Rasul Allah, masih di Khybar apabila sepupunya, Jaafar Ibn Abu Talib, pulang dari Abyssina, setelah berpisah untuk hampir 14 tahun. Apabila Jaafar mengetahui di Madinah bahawa ketuanya berada di Khybar, beliau serta merta menuju ke sana. Dengan tidak secara langsung, setibanya di Khybar, serentak dengan tertawannya kubu Al-Qamus oleh adiknya Ali. Muhammad mencintai Jaafar seperti anaknya. Baginda memeluknya dan berkata: 'Saya tidak tahu apa yang membuat saya lebih gembira; penaklukan Khybar atau kepulangan Jaafar.'

Muhammad Husayn Haykal: Muhammad amat gembira untuk bertemu semula dengan Jaafar sehingga baginda berkata dia tidak tahu mana yang lebih mengembirakannya, kejayaan di atas Khybar atau bersama semula dengan Jaafar. [The Life of Mohammed, Cairo, 1935]

Umrah atau Haji kecil – 629 M. [8 H.]

Satu tahun selepas Perjanjian Hudaybiyya, Muhammad, Pesuruh Allah, melawat Makkah untuk melakukan Umrah. Baginda bersama 2 000 orang Muslim. Sebagaimana pada syarat perjanjian, musyrik meninggalkan Makkah untuk tiga hari. Muslim memasuki Makkah dari Utara, dan tidak berjumpa dengan penduduk Makkah. Pesuruh Allah menunggang unta betinanya, al-Qaswa. Sahabatnya Abdullah ibn Rawaha, memegang talinya sehingga baginda masuk kekawasan kaabah. Baginda sedang membaca ayat-ayat dari surah, 'Kemenangan' dari al-Quran. Muslim lain membaca, 'Dengan perintahMu, Ya Allah! Dengan perintahMu, Ya Allah!'

Apabila semua Muslim telah berkumpul di Kaabah, Bilal naik ke atas bangunan dan menyerukan azan, yang pertama di dalam rumah Allah, dan 2 000 yang beriman bertindak pada panggilannya.

145

Page 146: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Musyrik sedang memerhatikan dari atas bukit yang mengelilingi lembah Makkah. Mereka tika pernah melihat disiplin yang sedemikian dahulu, apabila Muslim yang berkedudukan tinggi dengan patuh mengikuti panggilan bekas seorang hamba, tidak juga mereka pernah lihat demonstrasi bagi persamaan dan perpaduan. Jumlah Muslim yang ramai bergerak sebagai satu badan, dan Quraish dapat melihat dengan mata mereka bahawa itu adalah badan yang tidak ada keistimewaan di antara kaya dan miskin, tinggi dan rendah, hitam dan putih, Arab dan bukan Arab. Quraish juga dapat melihat bahawa persaudaraan, persamaan dan perpaduan bagi manusia yang Islam tegakkan, bukanlah konsep teori sahaja, tetapi adalah yang sebenarnya. Itu adalah satu pemandangan yang sungguh menakjubkan dan pasti akan menyentuh hati walaupun hati musyrik yang paling keras.

Kelakuan Muslim adalah contoh. Merekalah yang paling takut untuk melakukan apa-apa yang dilarang dan merekalah yang paling bersungguh-sungguh untuk melakukan satu perkara, iaitu untuk mentaati suruhan Allah.

Dan bahkan demonstrasi disiplin oleh Muslim di Kaabah tidak dilatihkan terlebih dahulu, ianya secara spontan. Tidak ada apa di dalam dunia ini yang Arab lebih alah [takut] dari disiplin; tetapi mereka telah diubah, di dalam beberapa tahun, dengan keajaiban dari Islam. Sentuhan Islam telah membuat mereka model disiplin di antara ummat di dunia ini.

M. Shibli, ahli sejarah India, menulis di dalam Sira-tun-Nabi [Life of the Prophet] Jilid 1 muka surat 504, cetakan ke 11 [1976] diterbitkan oleh The Maarif Printing Press, Azamgarh, U P, India, bahawa pada penghujung hari ketiga, ketua Quraish bertemu dengan Ali ibn Abi Talib dan berkata kepada beliau: 'Sila beritahu Muhammad bahawa tempoh yang dijanjikan telah berlalu dan dia serta pengikutnya harus meninggalkan Makkah.' Ali sampaikan berita itu kepada Rasul. Rasul terus patuh, dan mengarahkan Muslim untuk mengosongkan Makkah, dan meninggalkannya serta memulakan perjalanan yang jauh menuju rumah [Madinah].

Muslim telah mengerjakan Umrah, dan mereka pulang ke rumah mereka di Madinah. Di masa inilah Khalid bin al-Walid dan Amr bin Aas membuat keputusan untuk menerima Islam. Mereka pergi ke Madinah, menerima Islam dan bercampur di dalam barisan Muhajirin. Mereka telah ditentukan untuk menjadi terkenal di masa yang akan datang sebagai General kepada Abu Bakar dan Umar bin al-Khattab secara turutan.

Surat-surat Rasul Kepada Pemerintah Negara Jiran.

Di dalam bulan August tahun 629 M., Muhammad Mustafa, Pesuruh Allah, mengalamatkan surat-surat kepada pemerintah negara jiran mempelawa mereka kepada Islam.

E. Von Grunebaum: Di tahun 629 M., Muhammad menghantar surat kepada 6 pemerintah, Raja Parsi, Emperor Byzantine, Negus Abyssinia, Gabenor Mesir, Putera Ghassanid dan ketua Bani Hanifa di Tengara Arab, mengajak mereka kepada Islam. [Classical Islam - A History 600 - 1258]

Muhammad adalah Pesuruh Allah bukan sahaja untuk Arab tetapi untuk seluruh dunia. Adalah menjadi tugasnya untuk menyampaikan pengkhabaran terakhir Allah kepada semua manusia, dan baginda telah lakukan. Professor Margoliouth bagaimanapun menganggap surat-surat ini sebagai permulaan agresif dan penaklukkan. Dia berkata:

146

Page 147: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Lebih kurang di masa kempen Khybar, dia [Muhammad] memulakan programnya pada penaklukkan dunia dengan menghantar surat kepada pemerintah-pemerintah yang mana kemashuran mereka telah di dengar. [Mohammed and the rise of Islam, 1931]

Memang benar bahawa program Muhammad, Pesuruh Allah, adalah pada 'menakluki dunia' tetapi bukan dengan kekerasan senjata. Tujuannya adalah untuk menakluki minda dan hati lelaki dan wanita, seperti Islam telah lakukan di masa baginda, dan masih terus berlaku sekarang.

Di dalam menghantar surat itu rasul telah digerakkan oleh keinginannya bahawa semua manusia harus hidup di dalam mematuhi kepada arahan dan undang-undang Tuhan. Taat kepada arahan dan undang-undang Tuhan sahaja yang boleh menjaminkan keamanan, kebahagiaan dan kebajikan manusia di dalam dunia ini, dan juga keselamatan di akhirat.

BAB 30

Peperangan Mu’tah

Di dalam tahun 629, suku kaum Arab kristian Ghassa yang diperintah oleh Shorhail, seorang putera di bawah pemerintahan emperor Byzantin. Dia adalah seorang dari pemerintah-pemerintah yang menerima surat dari Muhammad mengajak kepada Islam. Diketika itu dia berada di Mu’tah, sebuah bandar di Timur Laut Mati. Apabila wakil Rasul, Harith bin Umayr, sampai di tempat kediamannya dengan membawa surat Rasul, dia mengarahkan supaya Harith di bunuh.

Pembunuhan terhadap Harith adalah suatu perbuatan melampau yang tidak dicabar, dan membunuh seorang perwakilan dianggap sebagai suatu kesalahan yang tidak dapat diampuni oleh banyak negara. Rasul memutuskan untuk mengambil tidak balas. Baginda melengkapkan tentera seramai 3000 orang, dan menghantarnya di bawah pemerintahan seorang sahabatnya, hamba yang telah dimerdekakan, Zayd bin Haritha, ke Mu’tah, untuk meminta gantirugi. Pada masa yang sama, baginda mengarahkan penggantian terhadap pemerintahan dan tanggungjawab. Di dalam keadaan jika Zayd terbunuh, pemerintah tentera akan diserahkan kepada Jaafar ibn Abi Talib. Jika beliau juga turut terbunuh, maka general ketiga adalah Abdullah ibn Rawaha.

Apabila Shorhail mendengar bahawa tentera sedang menghampiri ibu negaranya dari Madinah, dia juga menggerakkan orang-orangnya, dan telah bersedia untuk menghadapinya. Dia menghantar tenteranya kebahagian selatan, di luar tembok Mu’tah. Mereka terdiri dari garisan Roman di Mu’tah, dan tentera kerahan yang baru dari suku-suku kaum. Apabila tentera Muslim tiba dan memandang kepada keadaan, mereka menyedari bahawa itu adalah peperangan yang berat sebelah kerana jumlah mereka jauh lebih kecil dari bilangan musuh.

Ketua pasukan Muslim mengadakan kaunsel peperangan. Zayd bin Haritha mencadangkan bahawa mereka segera menghantar pembawa berita kepada Rasul, memberitahu baginda akan ketidak seimbangan di dalam kekuatan di antara dua pihak, dan meminta dari baginda untuk menghantar bantuan. Tetapi Abdullah bin Rawaha menentangnya, dan berkata bahawa keputusan untuk berperang atau tidak berperang tidak terletak di atas bilangan jumlah mereka, dan jika bilangan mereka kurang dari musuh, itu tidak membawa apa-apa erti bagi mereka. ‘Kita berperang untuk memenangi mahkota syahid, dan bukannya lambang kejayaan, dan di sinilah peluang kita; maka janganlah kita melepaskannya,’ dia berkata. Abdullah bin Rawaha telah menyelesaikan perdebatan itu dengan hujahnya yang kuat, dan tentera Muslim maju untuk bertemu dengan musuhnya. Pada permulaan pertempuran, Zayd bin Haritha, general pertama bagi tentera Muslim telah terbunuh.

147

Page 148: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Betty Kelen: Zayd mengambil panji-panji rasul dan telah terbunuh hampir serta merta, Muslim yang pertama mati untuk kepercayaannya di bumi asing. [Mohammed the Messenger of God]

Pemerintah tentera kini berpindah kepada Jaafar ibn Abi Talib, abang kepada Ali. Beliau berjuang dengan beraninya dan pada waktu yang lama, telah membunuh banyaknya musuh sehinggakan badan-badan mereka bersusun seperti kayu api di sekelilingnya. Tetapi kemudian seorang tentera Roman datang dari belakang, tidak dilihatnya, menghayunkan pedangnya pada tangan kanan beliau, dan terus memotongnya. Jaafar tidak membiarkan panji-panji itu jatuh, dan beliau terus mengasak kepada musuh. Sejurus kemudian, seorang lagi tentera Roman datang dari belakang, dan dengan pukulan pedangnya, memotong tangan kiri beliau. Wira ini masih terus memegang panji-panji di bawah dagunya, dan terus mara. Tetapi dengan tiada kedua-dua belah tangan, dia tidak dapat mempertahankan dirinya, dan tidak lama kemudian, tentera Roman yang ketiga datang menghampirinya, dan membunuh beliau dengan pukulan pedangnya kekepala beliau. Setelah kematian Jaafar, Abdullah bin Rawaha memimpin tentera, dia juga gugur di dalam menentang musuh yang begitu ramai.

Washington Irving: Di antara berbagai-bagai misi yang Muhammad telah hantar keluar dari tanah Arab untuk mengajak putera-putera negara jiran kepada menerima Islam, termasuklah seorang gabenor Bosra, suatu kawasan perdagangan yang besar di kawasan Syria. Perwakilan baginda telah dibunuh di Mu’tah oleh Arab kristian dari kaum Ghassan, dan anak lelaki kepada Shorhail, seorang Amir, yang memerintah Mu’tah di atas nama Heraclius.

Muhammad menghantar 3000 orang tentera ke kota tersebut. Itu adalah ekspedisi yang paling serius, iaitu untuk pertama kalinya membawa tentera Islam pertembungan dengan mereka yang di bawah jajahan Roman. Pemerintahan telah diamanahkan kepada Zayd, hamba yang dimerdekakan. Beberapa pegawai pilihan telah digandingan dengannya. Seorang darinya adalah sepupu Muhammad, Jaafar, orang yang sama, yang dengan kefasihannya telah menerangkan ajaran Islam di hadapan raja Abyssinia, dan mengalahkan perwakilan Quraish. Beliau kini di dalam peringkat utama di dalam hidupnya, dan terkenal dengan keberanian dan yang paling terutama adalah kecantikan paras beliau. [The Life of Mohammed]

Ketika Jaafar menyerang musuhnya, beliau bernyanyi. Sir William Muir telah memberikan yang berikut ini terjemahan dari lagu beliau:

Syurga! Oh Syurga! Betapa indahnya tempat berehat!Sejuk airnya di sana, dan nyamannya tempat berteduh.Rome, Rome! Waktu bencana mu hampir tiba,Apabila aku hampir kepadamu, aku akan membanting mu ke bumi.

Apabila Jaafar terbunuh, jasadnya dibawa balik ke khemah. Abdullah bin Umar bin al-Khattab, yang bersama dengan pasukan tentera, berkata bahawa dia mengira luka-luka pada badan wira itu, dan mendapati lebih dari lima puluh semuanya, dan kesemuanya di hadapan. Jaafar telah mencabar pedang-pedang dan tombak-tombak walaupun setelah kehilangan kedua-dua belah tangannya, tetapi dia tetap tidak berganjak.

Apabila ketiga-tiga general yang dilantik oleh Rasul telah terbunuh, tentera Muslim tinggal tanpa pemimpin untuk seketika. Kemudian Khalid bin al-Walid yang sedang berjuang di dalam barisan, mengambil panji-panji, dan mengumpulkan tentera Muslim semula. Pada waktu malam kedua-dua tentera berhenti, dan ini memberikan dia peluang untuk menyusun semula tenteranya. Dia telah dikatakan sebagai berperang di dalam keadaan mempertahankan diri

148

Page 149: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

pada hari yang berikutnya tetapi setelah menyedari bahawa adalah mustahil untuk mendapatkan kemenangan, dia telah mengarahkan tenteranya berundur dari Mu’tah, dan berjaya di dalam membawa pulang apa yang tinggal dari tentera, kembali ke Madinah.

Apabila wira-wira ini memasuki Madinah, mereka mendapat sambutan yang membuatkan mereka terlupa sambutan yang tentera Roman telah berikan kepada mereka. Mereka telah disambut dengan cemuhan dari orang ramai yang membaling debu dan kotoran ke kepala dan muka mereka, serta menghina mereka kerana lari dari musuh, dari mati seperti lelaki jika tidak seperti wira sekalipun. Akhirnya, Rasul sendiri terpaksa mencampuri bagi pihak diri mereka, untuk menyelamatkan mereka dari dihina dan dicerca.

Sir William Muir: Barisan Muslim telah berpecah; dan tentera Roman terus mara sepenuhnya dan membuatkan kacau bilau di pihak Muslim. Begitu jelas sekali, terdapat di dalam rekod Wackidi. Beberapa laporan, telah berpura-pura mengatakan bahawa Khalid telah mengumpalkan para tentera, dan mengatakan sama ada pihak Roman telah tewas, atau menjadikan pertempuran itu seri. Tetapi disebalik itu semua, ringkasan dari semua peristiwa, telah memberikan bukti yang cukup di atas perkara yang sebenarnya, iaitu sambutan terhadap tentera ini sekembalinya mereka ke Madinah, telah menunjukkan kepada satu perkara sahaja iaitu keadaan yang sungguh memalukan dan kekalahan yang pasti. [The Life of Mohammed, London,1861]

Sir John Glubb: Di dalam peperangan Mu’tah, Jaafar ibn Abu Talib, abang kepada Ali, mengambil panji-panji dari Zayd yang telah tewas dan mengibarkannya sekali lagi. Musuh menyerang Jaafar, yang tidak lama kemudian telah dipenuhi dengan luka-luka. Tradisi mengatakan bahawa apabila kedua-dua tangannya yang memegang panji-panji telah dipotong, dia masih berdiri tegak; memegangnya dengan apa yang tinggal dari tangannya, sehingga tentera Byzantine memukulnya dengan pukulan maut.

Apabila tentera yang tewas sampai ke Madinah, Rasul dan penduduk kota keluar untuk bertemu dengan mereka. Warga Madinah mula membaling kotoran kepada tentera yang tewas, sambil mengatakan, ‘Kamu pelarian, kamu lari dari jalan Allah!’ tetapi Muhammad, seperti seorang bapa yang mana baginda amat tahu bagaimana untuk menanganinya, telah menghalang bagi pihak mereka.

Pada keesokkan hari di dalam masjid, Rasul mengkhabarkan bahawa baginda telah dapat melihat syuhadah Mu’tah di dalam syurga, berehat disandaran, tetapi Jaafar berada di sana di dalam pakaian malaikat dengan dua sayap, yang lekat pada bulunya dengan darah syuhadah. Adalah kesan dari pandangan ini, maka yang syahid itu telah dikenali sebagai Jaafar yang terbang, Jaafar at-Tayyar. [The Great Arab Cinquest]

Betty Kelen: Apabila tentera sampai ke Madinah, baginda keluar untuk bertemu mereka, anak lelaki Jaafar di atas pelana di hadapan baginda. Ini adalah kepulangan yang dahsyat bagi tentera ini yang pulang dari peperangan terselamat, mengikuti Khalid, sedangkan saudara Rasul sendiri dan para-para sahabat yang dicintai telah gugur. Penduduk Madinah memungut pasir dan batu di sepanjang jalan dan melontar kepada pasukan yang pulang, dengan jeritan, ‘Pengecut! Yang lari! Kamu lari dari Allah.’ [Mohammed the Messenger of God]

Beberapa ahli sejarah Muslim telah membuat beberapa usaha untuk cuba membuktikan bahawa Mu’tah adalah kemenangan bagi Islam yang mana sebenarnya tidak. Tidak dapat difahamkan mengapa kekalahan telah dikatakan sebagai kemenangan. Percubaan untuk membuktikan bahawa Muslim memenangi peperangan tersebut adalah disebabkan oleh keinginan mereka untuk membentangkan bahawa tentera Muslim adalah kebal. Adakah mereka akan

149

Page 150: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

menyembunyikan kebenaran, hanya sekadar untuk menunjukkan bahawa Muslim adalah kebal. Lagipun Muslim pernah kalah di dalam peperangan di Uhud.

Abul Kalam Azad, seorang penulis riwayat hidup Rasul, berkata bahawa Muslim telah mengalahkan Roman dengan teruknya di Mu’tah. Dia sedar bagaimana sambutan warga Madinah terhadap ‘tentera yang menang’ apabila mereka kembali ke Madinah, tetapi dia mengatakan bahawa itu adalah dari ‘kejahilan’ mereka, dan dia berkata bahawa mereka telah menerima laporan yang salah dari keputusan peperangan itu.

Jika warga Madinah menerima laporan yang salah, maka tidakkah aneh bahawa tiada siapa di antara para wira tersebut yang cuba untuk memperbetulkan mereka. Tidak ada siapa di antara mereka, sebagai contoh, berkata kepada warga Madinah: ‘Adakah ini cara kamu menyambut wira-wira Islam, dengan debu dan kotoran? Adakah kamu menghadiahkan kepada kami yang mempertahankan kepercayaan agama dengan ejekkan dan menghina kami?’ Tetapi mereka tidak menyuarakan soalan yang sedemikian.

Walaupun jika warga Madinah telah mendapat maklumat salah yang Muslim telah dikalahkan di Mu’tah, sebagaimana dikatakan oleh Azad, jadi berapa lamakah bagi mereka untuk mengetahui perkara yang sebenar? Pada kedudukan pertama, tentera itu sendiri tidak membantah apabila warga Madinah membaling mereka dengan kotoran, sebagaimana yang telah dinyatakan. Yang keduanya, sebahagian dari mereka terlalu malu untuk keluar dari rumah mereka. Mereka tidak mahu dilihat di tempat umum kerana akan di cop atau dilayan dengan buruk oleh warga setempat kerana ‘penakut’ yang telah ditunjukkan di hadapan musuh.

Keinginan mereka yang terbesar adalah untuk menyembunyikan diri dari setiap orang.

D.S. Margoliouth: Mereka yang terselamat dari peperangan [Mu’tah] yang dahsyat itu telah disambut oleh Muslim sebagai orang yang lari dari medan perang, dan sebahagian dari mereka takut untuk berada dikhalayak ramai untuk beberapa ketika. Begitulah warga Madinah telah menjadi zuhud di dalam lapan tahun mereka berperang. [Mohammed and the Rise of Islam, 1931]

Muhammad Husayn Haykal: Sebaik saja Khalid dan tentera sampai ke Madinah, Muhammad dan para Muslim keluar untuk bertemu dengan mereka, Muhammad membawa di tangan baginda Abdullah, anak lelaki Jaafar, pemimpin kedua pasukan Muslim. Setelah mendengar berita, mereka membaling debu kemuka para tentera dan menuduh mereka lari dari musuh dan meninggalkan kerja-kerja amal untuk Allah. Rasul Allah menerangkan kepada mereka bahawa tentera tidaklah lari tetapi berundur supaya, jika dikehendaki Allah, akan mara lagi. Walaupun dengan penjelasan ini dari diri Muhammad untuk tentera Muslim, tetapi mereka masih tidak bersedia untuk memaafkan kerana berundur dan kembali pulang. Salamah ibn Hisham, ahli di dalam ekspedisi ini, telah tidak pergi ke masjid untuk bersolat jamaah ataupun berada di tempat umum, hanya untuk menjauhkan diri dari dikatakan lari dari melakukan kerja-kerja untuk Allah. Jika tidaklah kerana orang-orang yang sama ini, terutamanya Khalid ibn al-Walid, kemudian menonjolkan diri mereka di dalam peperangan dengan musuh, reputasi [nama baik] mereka akan kekal tercemar selama-lamanya. [The Life of Mohammed, Cairo, 1935]

Satu lagi bukti yang Abul Kalam Azad telah temui bagi kemenangan Muslim di Mu’tah adalah bahawa Roman tidak memburu mereka. Dia berkata bahawa jika Roman telah menang di dalam peperangan di Mu’tah, mereka tentu telah memburu Muslim sehingga kepintu pagar Madinah dan juga selepasnya.

150

Page 151: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Tetapi mungkin pihak Roman mempunyai sebab yang lain untuk tidak memburu Muslim. Satu daripadanya adalah dengan pasukan berkuda mereka, mereka tidak boleh bergerak pantas di padang pasir. Padang pasir bagi mereka adalah seumpama ‘laut’, dan mereka mahu pun Parsi, tidak mempunyai ‘kapal’ untuk ‘belayar’ di dalamnya. Yang terbaik mereka boleh lakukan adalah untuk beroperasi ‘didaratan’ sebagai ‘kuasa-bumi’ itulah kehandalan mereka yang sebenarnya, di tempat yang strategik serta mempunyai taktik yang tidak begitu baik bagi mereka yang ‘di air’ [padang pasir] seperti bangsa Arab.

Jika Arab berundur ke padang pasir sebelum musuh mereka mengepung, keselamatan mereka terjamin. Roman tidak dilengkapi untuk menembusi padang pasir. Masalah logistik [pergerakan tentera] saja, untuk menyerang Arab di tempat asal mereka telah melemahkan semangat yang berkobar-kobar Roman diketika itu. Padang pasir adalah kubu yang melindungi orang-orang Arab dari impian semua penjajah yang telah lalu, dan telah menjaminkan kebebasan dan kemerdekaan mereka.

Sir John Glubb: Kunci bagi semua operasi yang awal terhadap Parsi dan juga Syria adalah sama, iaitu Parsi dan Byzantine tidak boleh bergerak di padang pasir, kerana terikat dengan kuda. Muslim seumpama berkuasa di air, belayar di samudera di dalam kapal mereka, sedangkan Parsi dan Byzantine sama saja tidak boleh mengambil kedudukan dipantai [kawasan padang pasir yang telah diusahakan] kerana tidak mampu untuk belayar ‘dilaut’ untuk bertarung dengan musuh di dalam keadaan elemen padang pasir. Begitu juga Arab, sama seperti lanun Norse atau Danish yang menyerang England, pada mulanya takut untuk maju kedaratan jauh dari ‘kapal’ mereka. Hanya menyerang kawasan ‘pantai’ di padang pasir, mereka akan bersegera pulang ke elemen mereka apabila bahaya mengancam. [The Great Arab Conquests, 1963]

Joel Carmichael: Terdapat banyak persamaan di antara strategi badwi dengan kuasa laut moden. Dipandang dari sudut kelebihan bagi nomad, padang pasir, di mana hanya mereka sahaja yang boleh gunakan, adalah seperti lautan yang luas yang mana hanya mereka yang mengawal kenderaannya. Pihak badwi boleh menggunakannya untuk bekalan dan komunikasi, dan sebagai syurga apabila dikalahkan. Mereka boleh muncul dari mana-mana dan bila-bila masa yang mereka suka dan lari semula sesuka hati mereka. Ini telah memberikan mereka pergerakan dan ruang yang banyak, selagi mereka bergerak [menyerang] terhadap kommuniti yang tidak atau kurang bergerak. [Shaping of the Arab, 1967]

Pertempuran berlaku di luar Mu’tah. Jika Arab telah mengalahkan Roman dan telah mengusir mereka, jadi apa yang mereka lakukan dengan kota yang di bawah kaki mereka? Sebagai penjajah mereka pasti menaklukinya. Tetapi tidak ada ahli sejarah yang mengatakan bahawa Muslim masuk ke Mu’tah dan mendudukinya.

Arab sangat terkenal dengan cintanya terhadap barangan rampasan perang. Ini adalah satu fakta yang terkenal kepada setiap pelajar sejarah, dan ahli sejarah seperti Abul Kalam Azad tidak boleh jahil mengenainya. Ahli sejarah yang sama berkata bahawa jumlah Roman dan sekutu mereka yang berjuang di Mu’tah adalah 200 000. Jika Muslim telah mengalahkan Roman, maka mereka tentu telah menawan ribuan Roman dan mereka pulang ke Madinah sarat dengan barang rampasan dan harta Mu’tah. Tetapi mereka tidak. Ahli tarikh, sejarah sepi pada isu ini. Tidak terdapat rujukan mengenai sebarang harta rampasan ataupun tawanan di dalam peristiwa Mu’tah. Kesepian ini adalah bukti yang nyata bahawa Muslim bukanlah di pihak yang berjaya. Yang sebenarnya mereka boleh menganggap diri mereka bernasib baik telah dapat menyelamatkan diri dari medan pertempuran.

151

Page 152: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Muhammad Husayn Haykal: Selepas kempen Mu’tah, tentera Muslim diketuai oleh Khalid ibn al-Walid kembali ke Madinah tidak menang mahupun kalah, tetapi gembira kerana dapat kembali. [The Life of Mohammed, Cairo, 1935]

Kami sanjung para Muslim yang sedar bahawa mereka [tentera] telah menunjukkan betapa pengecutnya tentera Muslim di dalam peperangan Mu’tah, dan merasa malu dengannya. Tetapi tedapat beberapa Muslim, sebahagian dari mereka adalah para sahabat Rasul, yang lari dari medan pertempuran, tidak sekali tetapi banyak kali, dan mereka tidak merasa malu di atas tindakan mereka. Seseorang mungkin boleh menyanjungnya di atas perasaan yang tidak bermaruah mereka itu. Untuk menyelamatkan nyawa, mereka boleh lari dari peperangan, dan kembali semula apabila neraca telah condong semula ke pihak Muslim.

Peperangan Mu’tah adalah kekalahan bagi pihak Muslim. Tetapi bagi Roman, ianya tidak lebih dari sedikit kekacauan disempadan. Mereka menghalau Arab semula ke padang pasir, dan bagi mereka peristiwa itu telah tamat.

BAB 31

Kempen Dhat as-Salasil

Peperangan Mu’tah berlangsung di dalam bulan September 629 M. Di dalam bulan yang berikutnya, Rasul menerima laporan bahawa suku kaum Bani Qadha’a sedang berkumpul di Utara Wadi-ul-Qura dengan bertujuan untuk menyerang Madinah. Ini adalah kesan dari kekalahan Muslim di Mu’tah. Kaum jahiliah percaya bahawa kekuatan Muslim telah hilang di Mu’tah, dan jika mereka menyerang Madinah, mereka tidak akan bertemu dengan sebarang rintangan.

Rasul terpaksa membuat tidak balas untuk menghalang serangan puak itu ke atas Madinah. Maka baginda menghantar 300 tentera di bawah pemerintahan Amr bin Aas, untuk memerhatikan Bani Qadha’a di dalam jajahan mereka, dan untuk menyerang mereka jika perlu.

Amr meninggalkan Madinah, dan berhenti di Utara Wadi-ul-Qura, berhampiran mata air yang dipanggil Dhat es-Salasil. Dia amat terkejut untuk melihat ramainya suku kaum yang bersenjata berkeliaran di dalam lembah, dan segera menghantar pembawa berita kepada Rasul untuk meminta bantuan. Rasul terus mengumpulkan, dan menghantar 200 orang di bawah pemerintahan Abu Ubaidah ibn al-Jarrah. Kumpulan kedua ini termasuklah Abu Bakar dan Umar.

Apabila Abu Ubaidah sampai di kem Amr bin Aas, dia menunjukkan bahawa dia akan menjadi pemerintah bagi kedua-dua kontigen. Tetapi Amr menjawab kepada cadangan ini dengan ‘Tidak’ yang muktamad. Dia menerangkan kepada Abu Ubaidah bahawa dia adalah pemerintah yang tertinggi semua tentera, di bawah dirinya dan juga bantuan yang datang kemudian, kesemua 500 tentera.

Di waktu malam, suhu jatuh dengan mendadak, dan cuaca menjadi terlalu sejuk. Tentera menyalakan api yang kecil untuk memanaskan badan, dan duduk dikelilingnya. Amr bagaimanapun memerintahkan supaya mereka memadamkannya. Kesemua mereka patuh melainkan Abu Bakar dan Umar. Amr mengulangi arahannya. Tetapi mereka masih enggan, yang mana Amr kemudian mengancam untuk mencampakkan mereka ke dalam api itu jika mereka masih

152

Page 153: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

degil dari arahannya. Umar menoleh kepada Abu Bakar dan mengadu kepadanya mengenai tingkah laku Amr yang bertukar menjadi tidak sopan. Abu Bakar memberitahunya bahawa Amr lebih memahami cara-cara peperangan dari mereka, maka mereka harus patuh kepadanya. Mereka kemudian memadamkan api tersebut.

Pada keesokkan harinya terdapat sedikit pertempuran, tetapi puak musuh berperang tanpa sebarang peraturan ataupun disiplin dan dengan cepat melarikan diri. Tentera Muslim hendak mengejar mereka disebalik bukit-bukit dan lembah tetapi Amr menghalang mereka dari melakukannya. Puak musuh itu telah meninggalkan barangan mereka dan tentera Muslim mengambilnya. Mereka juga dapat menangkap banyak unta dan kambing, dan kemudian mereka kembali ke Madinah.

Semasa kempen dan di dalam perjalanan pulang, Amr bin Aas memandu tentera di dalam solat. Maka dia menunjukkan kepada mereka bahawa dia adalah pemerintah mereka di dalam kedua-dua keadaan, Ketenteraan dan juga agama. Abu Ubaidah, Abu Bakar dan Umar ketiga-tiga mereka mengambil arahan mereka dari Amr, dan mengerjakan solat mereka di belakangnya.

Apabila ekspedisi pulang ke Madinah, Umar mengadu kepada Rasul mengenai tingkah laku yang sombong dan kurang sopan pegawai pemerintah mereka, Amr bin Aas, yang telah melayani dia dan Abu Bakar di Dhat es-Salasil. Adalah menjadi kebiasaan Rasul untuk mendapatkan laporan dari kaptennya apabila mereka kembali dari ekspedisi. Mereka memberikan kepada baginda laporan yang lengkap mengenai kempen tersebut.

Amr telah bersedia untuk mempertahankan tindakannya. Dia memberitahu kepada Rasul bahawa jumlah Muslim sedikit, dan nyalaan api akan menunjukkan jumlah mereka yang kecil kepada musuh. Itu adalah untuk kepentingan dan keselamatan mereka, dia berkata bahawa dia terpaksa mengarahkan mereka supaya memadamkannya. Dia menambah lagi, sebab mengapa dia menghalang orang-orangnya dari mengejar musuh adalah kerana mereka berada di tempat sendiri, dan dengan mudah berkumpul semula dan menentang mereka. Tentera Muslim, dia menerangkan sedang berperang di tempat yang asing bagi mereka, dan makanya menjadi kesulitan bagi mereka. Rasul berpuas hati dengan penerangan Amr, dan menolak aduan Umar.

Sir William Muir: Kekalahan tenteranya di Mu’tah memberi kesan yang memburukkan penghormatan terhadap Muhammad dari puak-puak di sekitar Syria. Terdapat khabar angin bahawa puak badwi dipersekitaran tersebut telah berkumpul dengan kekuatan yang besar, dan juga telah mengancam untuk menyerang Madinah. Amr, yang baru bertukar kepada Islam, telah diletakkan sebagai ketua kepada 300 orang tentera termasuk 30 berkuda, dengan arahan untuk memerangi puak yang bermusuhan dan menghasut mereka yang dia dapati berbaik-baik, untuk menganggu sempadan Syria.

Setelah berjalan 10 hari, dia berkhemah berhampiran mata air diperbatasan Syria. Di sana dia dapati musuh telah berkumpul dengan jumlah yang ramai, dan dia perlu mendapatkan sedikit pertolongan dari puak di situ. Dia berhenti dan menghantar pembawa berita untuk mendapatkan tentera tambahan. Muhammad serta merta menyusun, dan menghantar 200 orang, di antaranya adalah kedua mereka Abu Bakar dan Umar, di bawah pemerintahan Abu Ubaidah. Apabila bercantum dengan Amr, Abu Ubaidah berharap untuk memimpin ke seluruh pasukan, atau sekurang-kurangnya mengekalkan penguasaan ke atas pasukannya; tetapi Amr, memberikan jawapan serta keputusan dan ketegasan yang akan menunjukkan dirinya di hari-hari yang akan datang, tetap berkeras pada mengekalkan pemerintahan tertingginya. Abu Ubaidah seorang yang sederhana kemarahannya telah mengalah. ‘Jika kamu enggan mengiktiraf

153

Page 154: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

penguasaan saya,’ dia berkata, ‘Saya tidak mempunyai apa-apa bantahan tetapi terpaksa patuh kepada kamu; kerana Rasul dengan tegas mengarahkan saya supaya jangan bertengkar, ataupun berpecah di dalam pemerintahan,’ Amr menjawab dengan tegas: ‘Saya adalah ketua di atas kamu. Kamu hanya membawa bantuan kepada tentera saya.’ ‘Suka hatilah’ kata Ubaidah. Maka Amr menjadi pemerintah kedua-dua tentera, dan memandu solat mereka; maka begitulah awalnya fungsi kerohanian di dalam Islam diserapkan ke dalam politik dan ketenteraan. [The Life of Mohammed, London, 1877]

Muhammad Husayn Haykal: Beberapa minggu selepas pulangnya Khalid, Muhammad cuba memulihkan kembali kehormatan Muslim yang telah hilang dibahagian Utara semenanjung di mana pertarungan dengan Byzantin telah berlaku. Maka dia mengarah Amr ibn al-Aas untuk mengumpulkan Arab untuk pergi menentang al-Sham. Dia memilih Amr untuk tugas ini kerana ibu Amr tergolong kepada salah satu dari puak di Utara, dan dia berharap bahawa Amr dapat menggunakan pertalian persaudaraannya untuk membantu di dalam misi ini. Apabila dia tiba di telaga yang bernama al-Salassil, di dalam tanah Judham, dia merasa khuatir yang pihak musuh akan menyerangnya, dia menghantar berita kepada Rasul meminta tentera bantuan. Rasul menghantar Abu Ubaidah ibn al-Jarrah mengepalai pasukan Muhajirin yang termasuk Abu Bakar dan Umar… [The Life of Mohammed, Cairo, 1935]

Amr bin Aas adalah Muslim yang baru. Tetapi apabila dia menjadi Muslim, dia meningkat dengan cepat dari tentera biasa kepada general di dalam pasukan tentera Madinah. Dia, dapat dilihat, telah dianugerahi dengan kelebihan yang luar biasa pada kedua-duanya sebagai general dan juga sebagai pentadbir. Maka Rasul meletakkan manusia yang jauh lebih tua darinya, dan yang telah menerima Islam lebih dahulu darinya, di bawah pemerintahannya.

Abu Ubaidah dan Abu Bakar telah menjadi Muslim 20 tahun sebelum Amr, dan telah mewakili yang berpangkat tertinggi di dalam Islam sedangkan Amr bin Aas hanya ‘prebet’ di dalam kepercayaan agama pada ketika itu. Dan bahkan Rasul mengarahkan Abu Ubaidah untuk berkhidmat di bawah Amr.

Ini hanya membuktikan bahawa apabila masanya tiba untuk Rasul memilih seseorang untuk memimpin di dalam sesuatu keadaan, dia melihat kepada kebolehannya, bukan umurnya – kebolehan untuk mendapat hasil.

154

Page 155: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

BAB 32

Penaklukan Makkah

Pihak Quraish tidak dapat mengeksploitasikan kejayaan mereka ke atas Muslim di dalam peperangan Uhud, tetapi apabila Muslim telah dikalahkan di peperangan Mu’tah oleh Kristian, mereka [Quraish] telah dirangsang untuk mengeksploit kejayaan Kristian ini, dan untuk mengembalikan kepada keadaan yang sama seperti sebelumnya perjanjian Hudaybiyya. Kekalahan Muslim di Mu’tah memainkan peranan utama di dalam peristiwa yang membawa kepada jatuhnya Makkah dalam tahun 630 M.

Muhammad Hasayn Haykal: Kita masih ingat bahawa sebaik sahaja Khalid dan tenteranya pulang ke Madinah, dengan tiada bukti kejayaan di peperangan Mu’tah, mereka telah dipanggil pengecut. Ramai dari ahli tentera dan pemerintahnya yang merasa teramat malu sehingga mereka tinggal di rumah dan tidak dilihat dikhalayak ramai. Kempen di Mu’tah telah membuat Quraish menyangka bahawa Muslim dan kekuasanya telah hancur, dan bahawa kebesaran dan ketakutan yang sebelum ini dirasai oleh puak-puak lain kini telah hilang. Ini telah membuat Quraish lebih kuat berharap kepada keadaan sebelum perjanjian Hudaybiyya. Mereka berfikir bahawa kini mereka telah boleh melancarkan serangan terhadap Muslim yang sudah tidak berupaya mempertahankan diri, jauh sekali untuk menyerang balas atau membuat pembalasan. [The Life of Muhammad, Cairo, 1935]

Menurut dari syarat Perjanjian Hudaybiyya, kaum-kaum Arab bebas membuat perjanjian untuk berhubungan dengan Muslim atau Quraish. Mengambil kesempatan dari kedudukan ini kaum Bani Khoza telah membuat perjanjian persahabatan dengan Rasul Islam, dan kaum Bani Bakar menjadi sekutu Quraish. Permusuhan di antara kedua suku kaum ini telah tersedia ada semenjak dari sebelum Islam lagi, tetapi sekarang kedua-dua mereka perlu patuh dengan syarat Perjanjian Hudaybiyya, dan menahan diri dari menyerang di antara satu dengan lain.

155

Page 156: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Tetapi 18 bulan setelah Perjanjian Hudaybiyya ditandatangani, sekumpulan wira dari Bani Bakar dengan tiba-tiba menyerang Bani Khoza di tempat kediaman mereka di waktu malam. Waktu serangan itu dikatakan pada akhir Rejab tahun ke 8 H. [November 629 M.]. Kaum Khoza tidak melakukan apa-apa untuk menyebabkan serangan ini. Mereka telah berlindung diri di dalam kawasan Kaabah, tetapi musuh telah mengejar mereka walaupun ke sana, dan membunuh sejumlah dari mereka. Sebahagian yang lainnya telah menyelamatkan diri dengan meminta perlindungan dari Budail bin Waraqa dan kawan-kawannya, Rafa’a, di dalam rumah-rumah mereka di Makkah.

Muhammad Husayn Haykal: Perjanjian Hudaybiyya menyatakan bahawa mana-mana yang bukan penduduk Makkah, yang berhajat untuk memasuki kem Muhammad boleh melakukannya tanpa halangan. Atas dasar syarat ini, Bani Khuzaah memasuki barisan Muhammad, dan Bani Bakar memasuki kumpulan Quraish. Di antara Khuzaah dan Bani Bakar terdapat beberapa persengketaan yang belum diselesaikan, dan terpaksa ditangguhkan oleh sebab penyusunan yang baru. Quraish yang kini percaya [selepas peperangan Mu’tah] bahawa kuasa Muslim kini telah runtuh, Bani al Dil, puak dari Bani Bakar, fikir bahawa masanya telah tiba untuk membalas dendam terhadap Khuzaah. [The Life of Mohammed, Cairo, 1935]Bani Bakar pasti tidak akan menyerang Khozaa tanpa restu dan galakan, jika tidak secara terang-terangan, dari Quraish. Tabari, seorang ahli sejarah, berkata bahawa Ikrima bin Abu Jahal, Safwan bin Umayyah dan Suhayl bin Amr, kesemuanya pemuka-pemuka Quraish, menyamar diri dan berjuang di pihak Bani Bakar terhadap Khozaah. Dari mereka bertiga, nama yang terakhir adalah ketua yang menanda tangani bagi pihak Quraish, Perjanjian Hudaybiyya.

Maxime Rodinson: Di dalam bulan Rejab tahun ke 8 H. [November 629 M.] dengan sebab dendam yang telah terpendam selama puluhan tahun, dan sebilangan dari orang-orang Quraish yang bersungguh-sungguh di belakang mereka, Bani Bakar telah menyerang kaum Khuza’ah, sekutu Muhammad, tidak jauh dari Makkah. Seorang terbunuh dan selebihnya cedera parah dan terpaksa melarikan diri ke dalam kawasan keselamatan di Makkah. Mereka diburu walaupun ke sana, maka mereka berselindung di dalam dua buah rumah sahabat. Tanpa teragak-agak Bani Bakar mengepung rumah tersebut. Jumlah semuanya 20 orang dari Bani Khuza’a yang telah terbunuh. [Muhammad, diterjemahkan oleh Anne Carter]

Salah seorang ketua Khoza’a, Amr bin Salim, pergi ke Madinah dan merayu kepada Rasul supaya campur tangan. Rasul amat terkejut mendengar berita serangan ini. Sebagai sekutu Khoza’a, baginda terpaksa mempertahankan mereka dari musuh-musuhnya. Tetapi sebelum mengambil tindakan ketenteraan, baginda membuat percubaan untuk menggunakan cara damai bagi mendapatkan tuntutan dan keadilan. Baginda menghantar wakil kepada Quraish dan mencadangkan bahawa:

Sekutu Quraish iaitu, Bani Bakar, atau Quraish sendiri membayar ganti rugi darah kepada Bani Khoza’a, atau;

Quraish melepaskan perlindungannya terhadap Bani Bakar, atau,

Mereka harus mengatakan Perjanjian Hudaybiyya batal.

Zarqani berkata bahawa orang yang menjawabkan bagi pihak Quraish adalah Qurtaba bin Umar. Dia berkata kepada perwakilan Rasul bahawa hanya syarat yang ketiga sahaja yang diterima oleh mereka. Dalam lain perkataan, Quraish memberitahu baginda bahawa Perjanjian Hudaybiyya bersama dengan syarat-syarat perdamaiannya selama 10 tahun, adalah surat yang tidak mempunyai harga lagi.

156

Page 157: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Yang keras kepala dari pihak Quraish sangat cepat untuk membatalkan Perjanjian Hudaybiyya, tetapi tidak lama kemudian ketua-ketua mereka yang lebih arif dan berpengalaman sedar bahawa jawapan yang mereka hantar ke Madinah adalah suatu kesilapan, sebagaimana yang dikatakan, tidak dari kebijaksanaan dan kecerdikan, tetapi hanya dengan andaian dan kesombongan. Apabila mereka telah memikirkan akibat yang akan terjadi dari tindakan mereka, maka mereka memutuskan untuk bertindak segera supaya dapat menjauhkan bencana. Tetapi bagaimana? Setelah berbincang bersungguh-sungguh, mereka bersetuju supaya Abu Sufyan pergi ke Madinah, dan cuba memujuk Rasul supaya memperbarui Perjanjian Hudaybiyya.

Apabila Abu Sufyan tiba di Madinah, pertama sekali dia pergi berjumpa anak perempuannya, Umm Habiba, seorang dari isteri rasul. Sebaik sahaja dia hendak duduk di atas tikar, anaknya menarik tikar tersebut, dan berkata: ‘Kamu musyrik yang tidak bersih, dan saya tidak boleh mengizinkan kamu duduk di atas tikar Rasul Allah. ’Isteri Rasul melayaninya seperti seorang yang tidak boleh disentuh [paria]. Terkejut di atas layanan yang sedemikian, dia meninggalkan anak perempuannya, dan pergi ke masjid dengan harapan dapat bertemu dengan Rasul sendiri. Tetapi baginda tidak mahu bertemu dengannya. Dia kemudian meminta pertolongan Abu Bakar, Umar dan Ali tetapi kesemua mereka memberitahunya bahawa mereka tidak dapat menjadi orang tengah untuknya dengan Rasul, dan dia pulang ke Makkah dengan tangan kosong.

Quraish telah melanggar janji, dan perwakilan Khoza’a masih berada di Madinah, meminta keadilan. Jika Rasul membiarkan kesalahan pihak Quraish, baginda telah berkompromikan kedudukannya dimata semua bangsa Arab. Baginda tidak boleh membiarkan itu terjadi. Akhirnya baginda membuat keputusan untuk menakluk Makkah, dan baginda mengarahkan supaya Muslim bersedia.

Tentera Islam meninggalkan Madinah pada 10 Ramadan pada tahun ke 8 H [Februari 1, 630]. Pengkhabaran bahawa pihak tentera sedang berbaris menuju ke Selatan merebak dengan cepatnya di padang pasir, bahkan sehingga sampai ke Makkah sendiri. Ahli dari Bani Hashim yang masih berada di Makkah, membuat keputusan, setelah mendengar berita ini, untuk meninggalkan kota Makkah dan bertemu dengan tentera yang sedang mara. Di antara mereka adalah Abbas ibn Abdul Muttalib, bapa saudara Rasul; Aqil ibn Abi Talib, dan Abu Sufyan bin al-Harith bin abdul Muttalib, sepupunya. Bani Hashim bersatu dengan tentera Islam dan memasuki semula Makkah bersama mereka.

Pada tengah hari 19 Ramadan, tentera telah sampai di Merr ad-Dharan di Utara Makkah, dan berhenti di sana untuk bermalam di situ. Dimalam hari Rasul mengarahkan tenteranya untuk menyalakan unggun api, dan ke seluruh dataran terang benderang dipenuhi dari ribuan cahaya unggun api.

Abu Sufyan dan Hakim bin Hizam juga telah meninggalkan Makkah untuk menyiasat laporan mengenai serangan dari pihak Muslim. Menuju ke Utara dijalan menuju ke Madinah, mereka juga sampai di Merr ad-Dharan, dan telah tidak terkata-kata ketika melihat banyaknya unggun api yang menyala di lembah. Apabila mereka sedar bahawa mereka berada diperkhemahan Muslim, mereka menjadi gugup, dan tidak mengetahui apa yang hendak dilakukan untuk menyelamatkan diri mereka dan juga kota mereka.

Abbas bin Abdul Muttalib juga bimbang di atas keselamatan penduduk Makkah. Dia khuatir jika penduduk Makkah memberikan tentangan, mereka akan terbunuh secara beramai-ramai. Dia sedang menunggang keldai putih kepunyaan rasul melintasi perkhemahan Muslim, apabila sampai diperbatasan bahagian selatan perkhemahan dia tiba-tiba bertembung dengan Abu Sufyan dan Hakim bin Hizam. Dia memberitahu bahawa mereka boleh melihat betapa ramainya jumlah tentera

157

Page 158: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Muslim dan bahawa Quraish tidak mempunyai kuasa untuk menentangnya. Abu Sufyan bertanya kepada Abbas, apakah yang perlu dia lakukan. Abbas memberitahu Abu Sufyan supaya menunggang di belakangnya di atas keldai, dan dia akan membawanya kepada Rasul, dan cuba untuk mendapatkan keselamatan bagi dirinya. Hakim bin Hazim kembali ke Makkah untuk melaporkan apa yang telah dilihat dan didengarnya. Abbas dan Abu Sufyan menunggang melalui perkhemahan Muslim, dan apabila mereka melepasi khemah Umar, dia [Umar] ingin mengetahui siapakah pelawat yang dua orang itu?

Apabila Umar mengenali Abu Sufyan, dia merasa seronok, dan berkata kepadanya: ‘Wahai musuh Allah, akhirnya kamu di dalam kekuasaanku, dan sekarang saya akan membunuh kamu.’ Tetapi Abbas memberitahu Umar bahawa Abu Sufyan di dalam perlindungannya. Maka Umar bergegas pergi berjumpa Rasul dan meminta izin untuk membunuh Abu Sufyan. Tetapi Rasul memberitahu Abbas untuk membawa Abu Sufyan untuk berjumpa dengannya pada keesokan pagi.

Awal pagi esoknya, Abbas, Abu Sufyan dan Umar, ketiga-tiga mereka berada dikhemah Rasul. Umar beriya-ia sangat untuk membunuh Abu Sufyan, tetapi Rasul menegah, dan sebaliknya mempelawa Abu Sufyan untuk menerima Islam. Abu Sufyan tidak berminat untuk memeluk Islam tetapi Abbas memberitahu bahawa jika dia tidak menerima, maka Umar akan membunuhnya, dan dia tidak akan dapat kembali ke Makkah. Berhadapan dengan kemungkinan dibunuh, Abu Sufyan menyebutkan shahadah yang secara formal telah menjadikan dirinya diterima dalam masyarakat Islam.

Abbas juga meminta Rasul memberikan kepada Abu Sufyan sedikit anugerah supaya dapat memberikan dirinya sedikit ‘kecemerlangan.’ Rasul berkata bahawa, penduduk Makkah yang memasuki rumah Abu Sufyan, atau yang tinggal di dalam rumah mereka sendiri, atau yang memasuki ke kawasan Kaabah, akan terselamat dari segala bahaya. Abu Sufyan merasa bangga kerana Rasul telah mengistiharkan rumahnya adalah tempat perlindungan bagi mereka-mereka penyembah berhala, musyrik Makkah. Para-para sahabat dan orang-orang yang menyanjung Abu Sufyan telah menyebut-nyebutkan ‘kecemerlangan ini’ sehingga kini.

Hari itu adalah hari Jumaat, 20 Ramadhan, 8 H. [Februari 11, 630 M.] apabila tentera Islam meninggalkan perkhemahan di Merr ad-Dharan, dan berbaris menuju Makkah. Abbas dan Abu Sufyan berdiri di puncak lereng disalah satu laluan masuk untuk melihat skuad tentera Muslim melepasi mereka. Abu Sufyan amat tertarik dengan kepatuhan dan disiplin serta jumlah dan semangat keperwiraan dan pembentukannya, dan dia berkata kepada Abbas: ‘Anak saudara kamu benar-benar telah menguasai sebuah kerajaan dan juga kuasa yang besar.’ Abbas mengherdik, ‘Malang bagi kamu! Ini adalah kerasulan dan bukannya kerajaan.’ Abu Sufyan tidak pernah melihat pandangan yang sungguh gemilang sebelum ini, dan dengan perasaan jahiliah yang ada di dalam diri, dan apa yang terlihat pada zahirnya dia hanya dapat mentafsirkan ini semua dalam bentuk kekuasaan kebendaan sahaja. Tetapi dia sedar bahawa percaturan buat dirinya dan juga musyirik telah berakhir, dan perkara yang penting kini adalah untuk menyelamatkan nyawa mereka dan juga dirinya.

Abu Sufyan segera pulang ke Makkah, dan setelah memasuki kawasan Kaabah, dia menyatakan dengan kuat: ‘Wahai penduduk Makkah! Muhammad telah tiba dengan tenteranya, dan kamu tidak mempunyai kuasa untuk penentangannya. Sesiapa dari kamu yang memasuki rumah saya akan terselamat dari bahaya, dan sekarang hanya penyerahan kamu tanpa syarat sahaja yang dapat menyelamatkan kamu dari terbunuh beramai-ramai.’

158

Page 159: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Isteri Abu Sufyan, Hinda, setelah mendengar pengkhabarannya; dia menjadi teramat marah dan terus meluru keluar dari rumah, menarik janggutnya, sambil menjerit, ‘Wahai penduduk Makkah! Bunuhlah manusia yang jahil ini. Dia telah nyanyuk. Hapuskanlah dia, dan pertahankanlah kota ini dari musuh kamu.’

Tetapi siapa yang akan mempertahankan Makkah dan bagaimana? Kini Abu Sufyan telah dikelilingi oleh warga-warga Makkah yang lain, dan seorang dari mereka bertanya, ‘Rumah kamu hanya boleh menempatkan bilangan yang sedikit sahaja. Bagaimana manusia ramai dapat mencari keselamatan di dalamnya?’ Dia berkata, ‘Semua yang tinggal di dalam rumah-rumah mereka atau yang memasuki kawasan Kaabah juga akan selamat.’ Arahan ini bererti bahawa apa yang perlu dilakukan oleh musyrik untuk menyelamatkan nyawa mereka adalah menetap di dalam rumah masing-masing, dan jangan mencabar orang-orang Muslim.

Washington Irving: Muhammad menyediakan satu ekspedisi sulit untuk menawan Makkah dengan mengejut. Semua laluan menuju ke Makkah telah ditutup untuk menghalang sebarang risikan mengenai pergerakannya sampai ke Makkah. Tetapi di antara Muhajirin Makkah, terdapat seorang bernama Hateb yang keluarganya menetap di Makkah dengan tidak mempunyai pertalian persaudaraan atau kawan untuk menjaga kepentingan mereka. Hateb kini berfikir, demi untuk kepentingan keluarganya di dalam pandangan kumpulan Quraiysh, dia telah mengkhianati rancangan Muhammad. Dia menulis sepucuk surat, menyatakan segala yang akan berlaku, dan memberikan surat itu kepada seorang penyanyi wanita, yang bersedia untuk membawanya ke Makkah. Wanita itu sudah memulakan perjalanan apabila Muhammad sedar akan adanya pengkhianatan. Ali bersama lima orang yang lain, berkuda, dengan arahan untuk mengejar pembawa berita itu. Mereka dapat, memintasnya, tetapi hampa setelah mengeledah. Kebanyakan mereka telah berputus asa dari mencari dan ingin berpatah balik tetapi Ali merasa yakin yang Rasul Allah tidak mungkin tersalah. Mencabut keluar pedangnya, beliau bersumpah akan membunuh pembawa berita tersebut jika surat itu tidak dikeluarkan. Ancaman itu berkesan. Penyanyi wanita itu mengeluarkan surat tersebut dari uraian rambutnya.Hateb, apabila disoal mengenai pengkhianatan ini, telah mengaku; atas sebab kebimbangannya dan untuk mendapatkan simpati bagi ahli keluarganya; dia pasti bahawa isi surat itu tidak mengandungi apa-apa berita yang dapat merosakan rancangan Rasul Allah.

Umar menolak segala alasan ini dan akan memenggal kepalanya; tetapi Muhammad mengingatkan bahawa Hateb telah berjuang dengan beraninya di dalam mempertahankan kepercayaan Islam semasa peperangan Badr, dan baginda telah mengampunkannya.

Muhammad tidak tahu apakah rintangan yang akan dihadapi, telah membuat agihan yang berhati-hati terhadap pasukannya ketika menghampiri Makkah. Sedang barisan utama mara terus, pasukan yang lainnya mara ke arah bukit-bukit dikiri kanannya. Kepada Ali yang memimpin pasukan berkuda, telah diyakini untuk membawa panji-panji yang suci, yang mana beliau akan kibarkan pada gunung Hadjun, dan mengekalkannya di sana sehingga pasukan Rasul bersatu dengannya. Arahan dengan pantas telah dihantarkan kepada General-general pasukan supaya mengamalkan sikap berhati-hati, dan di dalam apa juga keadaan jangan membuat serangan yang pertama. [The Life of Mohammed]

Muhammad, Pesuruh Allah, memasuki Makkah dari Utara. Usama anak sahabatnya yang syahid di Mu’tah, Zayd bin Haritha, menunggang bersamanya. Kepala Muhammad tertunduk rendah, dan baginda sedang membaca ‘surah kemenangan’ dari al-Quran.

159

Page 160: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Ali yang mengetuai pasukan berkuda membawa panji-panji Islam. Rasul mengarahkan Zubayr bin al-Awwam untuk memasuki kota dari Barat, dan Khalid bin al-Walid dari Selatan. Baginda memberikan arahan yang tegas kepada pasukannya untuk tidak membunuh sesiapa melainkan di dalam keadaan mempertahankan diri. Baginda telah lama mempunyai hasrat untuk menghancurkan patung-patung yang berada di dalam Kaabah tetapi baginda ingin melakukannya dengan tidak menumpahkan darah. Arahan baginda adalah mudah dan nyata; walau bagaimanapun Khalid telah membunuh 28 warga Makkah di pintu Selatan kota Makkah. Dia mengatakan dia menemui penentangan.

Sir John Glubb: Penaklukan Muslim terhadap Makkah boleh dikatakan tidak menumpahkan darah. Khalid bin Walid yang pembengis telah membunuh beberapa orang di pintu Selatan kota dan dengan keras telah dimarahi oleh Muhammad kerana melakukannya. [The Great Arab Conquests]

Lapan tahun dahulu Muhammad telah meninggalkan Makkah sebagai pelarian yang mempunyai harga di atas kepalanya, dan kini baginda memasuki kota yang sama sebagai penakluknya. Lagak baginda, boleh dikatakan bukan dari keangkuhan ataupun membesarkan diri tetapi lebih kepada berterima kasih dan kerendahan hati, berterima kasih kepada Tuhan di atas limpah kurniaNya yang telah memberikan kemenangan kepada hambaNya, dan kerendahan hati di dalam memikirkan betapa sia-sia kemegahan kepada dunia, yang akhirnya semua akan binasa.

Rasul menunggang sehingga sampai kekawasan Kaabah, lalu turun dari untanya seraya memanggil kepada sepupu baginda Ali ibn Abi Talib, dan kedua mereka memasuki Kaabah, untuk melaksanakan arahan Tuhan kepada Rasulnya, Ibrahim dan Ismail:…..dan Kami mengarahkan kepada Ibrahim dan Ismail bahawa mereka hendaklah mensucikan rumah Kami….[2: 125]

Rasul dan Ali mendapati rumah Allah [Kaabah], dalam keadaan amat kotor; ianya telah menjadi tempat berlindung bagi 360 berhala, dan ianya perlu disucikan. Rasul memecahkan setiap patung sambil membaca ayat Quran yang berikut: ‘Kebenaran telah datang, dan kepalsuan telah lenyap. Kerana kepalsuan sudah pastinya akan lenyap.’ [7: 81]

Patung yang terbesar di tempat perlindungan itu adalah Hubal, tuhan dinasti bagi suku kaum Bani Umayyah. Abu Sufyan telah membawanya bersama di atas unta di dalam peperangan Uhud untuk memberikan semangat kepada wira-wiranya dengan kehadiran tuhan mereka. Hubal telah didudukan di atas tempat yang tinggi, dan Rasul tidak dapat mencapainya. Maka Baginda mengarah Ali untuk memanjat bahunya dan memecahkan patung itu. Mentaati arahan Rasul, Ali terpaksa berdiri di atas bahu Rasul, dan memberikan pukulan kepada patung sembahan yang utama ini dan memecahkannya ke dalam kepingan-kepingan. Dengan pukulan yang sedemikian Ali telah menamatkan untuk selama-lamanya berhala di dalam Kaabah!!!Kaabah, rumah Allah telah disucikan.

Abul Kalam Azad: Beberapa patung diletakkan di tempat yang tinggi dan Rasul tidak dapat mencapainya. Baginda mengarahkan Ali untuk memanjat ke atas bahunya, dan memecahkan patung-patung itu. Maka Baginda telah menghapuskan segala kekotoran dari Kaabah untuk selama-lamanya. [The Messenger of Mercy, Lahore, Pakistan, 1970]

Apabila semua patung-patung telah dimusnahkan, segala rupa bayangan telah dihapuskan, dan segala macam bentuk kekufuran telah dibasmikan, Muhammad Rasul Allah, mengarahkan bilal untuk menyerukan azan. Bilal melaungkan azan, dan seluruh lembah Makkah telah bergema dengan suara takbirnya. Rasul tawaf

160

Page 161: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Kaabah tujuh keliling, kemudian mengerjakan solat tanda kesyukuran kepada yang menjadikanNya.

Sementara itu Quraish telah berkumpul di kawasan lapang Kaabah sambil menunggu. Mereka berharap baginda akan menemui mereka terlebih dahulu sebelum menjatuhkan hukuman terhadap nasib mereka.

Akhirnya Rasul muncul disisi Kaabah. Baginda mengamati kumpulan manusia di hadapannya dan berucap kepada mereka yang berikut ini: ‘Tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dialah yang maha Esa, dan tiada sekutu bagiNya. Segala pujian dan kesyukuran tertentu bagiNya. Dia telah menyempurnakan janji-janjiNya. Dia telah membantu hambanya kepada kejayaan, dan Dia telah menyuraikan kumpulan musuh-musuhnya.’

‘Wahai manusia! Dengarlah apa yang saya katakan. Segala kesombongan, kemegahan, kebanggaan, dan tuntutan darah [dendam] di masa jahiliah kini di bawah tapak kaki saya’

‘Wahai Quraish! Allah telah musnahkan kesombongan yang di masa jahiliah, dan Dia telah menghancurkan kebanggaan dari segi keturunan. Semua manusia adalah anak keturunan Adam, dan Adam adalah segumpal tanah.’Rasul kemudian membacakan ayat yang berikut ini dari al-Quran:‘Wahai Manusia! Kami jadikan kamu dari laki-laki dan perempuan, dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu berkenal-kenalan. Tetapi pada pandangan Allah mereka yang mempunyai kedudukan mulia adalah mereka yang takut kepada Allah dan bertakwa. Allah Maha Memahami lagi Maha Mengetahui. [49: 13]

Ayat ini adalah pengesahan pada persamaan dan persaudaraan semua manusia di dalam Islam. Tidak terdapat sebarang keutamaan di antara mereka dari sebab bangsa, warna, keturunan, keluarga atau kekayaan. Islam telah menghapuskan segala bentuk keutamaan, ia menegakkan keutamaannya tersendiri, dan itu adalah keutamaan kepada keimanan dan moral.

Muhammad kemudian bertanya kepada Quraish: ‘Pada pendapat kamu, bagaimanakah saya akan melayani kamu sekarang?’ Mereka berkata: ‘Kamu adalah seorang saudara yang pemurah, dan anak kepada seorang saudara pemurah. Kami hanya mengharapkan belas dan pengampunan dari kamu.’ Baginda berkata: ‘Saya akan mengatakan kepada kamu apa yang Nabi Yusuf katakan kepada saudara-saudaranya, ‘tidak ada kesalahan bagi kamu pada hari ini.’ [12: 92]. Pergilah sekarang, kesemua kamu adalah manusia yang merdeka.’

Rasul mengistiharkan pengampuan umum di Makkah. Bahkan pengampuanan ini juga terjumlah bagi mereka yang musyirik. Baginda melarang askarnya dari mengeledah kota atau merampas apa-apa pun juga dari kepunyaan Quraish. Sedangkan Quraish sebelum ini telah tidak meninggalkan apa-apa demi untuk memusnahkannya dan juga Islam; tetapi di masa kejayaan baginda; segala kesalahan dan keganasan mereka baginda telah maafkan.

Quraish, pada mulanya seakan tidak percaya. Mereka tidak dapat mempercayai apa yang telah didengar. Bagaimana Muhammad dapat menahan diri dari membunuh mereka semua, setelah apa yang mereka lakukan kepada baginda untuk selama lebih dari dua puluh tahun, dan terutamanya sekarang baginda mempunyai sepenuh kuasa? Muhammad yang tidak mahu menggunakan kuasa yang ada pada dirinya, adalah sesuatu yang tidak dapat difikirkan oleh para musyirik Makkah. Lama masa berlalu sebelum maksud dan tujuan Muhammad dapat meresapi ke dalam minda mereka, dan pengampunan itu terlihat jelas oleh mereka.

161

Page 162: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Tujuan Muhammad, Rasul bagi keamanan, adalah untuk menawan Makkah tanpa pertumpahan darah, dan ini telah berjaya. Di sinilah baginda telah menunjukkan diri baginda, di dalam perkataan al-Quran al-Majid : ‘rahmat bagi semua makhluk.’ Sejarah tidak dapat menunjukkan contoh kesabaran yang sedemikian. Bukan saja kaum jahiliah tidak dibunuh; bukan saja mereka tidak perlu membayar apa-apa terhadap jenayah yang mereka telah lakukan; malah mereka juga tidak diganggu dengan pemilikan terhadap rumah-rumah Muhajirin yang ditinggalkan semasa berhijrah.

Dari Kaabah, Rasul pergi kegunung Safa, dan warga Makkah mengakui Baginda sebagai ketua di dalam dua peranan Baginda, sebagai pesuruh Allah, dan sebagai pemerintah mereka. Semua lelaki memberikan sumpah setia mereka kepada Muhammad dengan meletakkan tangan mereka ke atas tangan Muhammad. Kemudian giliran perempuan pula untuk memberikan sumpah setia mereka. Tetapi Baginda tidak mahu menyentuh tangan perempuan-perempuan itu kerana mereka bukan isteri Baginda. Maka Baginda mengarahkan Umar bin al-Khattab untuk menerima sumpah para wanita bagi pihak diri baginda.

Sir John Glubb: Rasul kemudian mengarahkan Umar untuk menerima sumpah dari kaum wanita. [The Great Arab Conquests] Apabila upacara memberikan sumpah telah tamat, Rasul Allah memusatkan dirinya pada masalah politik dan pentadbiran yang baru, yang timbul dari penaklukan Makkah.

Suatu peristiwa yang menakjubkan bermula pada 12 Februari 610 M. di gua Hira, telah berkesudahan pada 11 Februari 630 M., di dalam kawasan Kaabah. Perasaan kecewa yang kelihatan di dalam tahun 620 M. di Ta’if, telah menjadi kejayaan yang terlaksana pada 630M. di Makkah.

Quraish telah meneruskan pergelutan yang lama lagi pahit terhadap Islam selama 20 tahun, tetapi kini mereka dapat melihat bahawa berhala-berhala yang mereka sembah sebagai tuhan-tuhan mereka adalah patung yang tidak berguna. Maka mereka menerima Islam. Di antara mereka yang menerima Islam terdapat dua jenis golongan: sebilangan kecil adalah yang telah yakin bahawa Muhammad adalah benar-benar pesuruh Allah, dan mereka menerima baginda. Tetapi terdapat ramai yang lain telah menerima Islam kerana mereka tiada mempunyai pilihan. Mereka sedar tiada faedahnya melawan ombak, dan mereka juga merasai bahawa tidak ada ruginya pada menyatakan diri mereka Muslim, sebagaimana yang mereka telah lakukan, pada apa yang tersembunyi di dalam diri mereka adalah suatu soalan yang akan terjawab oleh masa yang akan datang sahaja.

Semua ahli di dalam puak Bani Umayyah, termasuk Hinda, isteri Abu Sufyan pemakan daging manusia di Uhud, telah ‘menerima’ Islam.

Di sini harus ada perhentian sejenak untuk memikirkan ‘penerimaan’ kepada Islam oleh Bani Umayyah. Seseorang boleh menyerah kepada musuh kerana takut, dan ketakutan juga boleh menutup mulut seseorang. Disebabkan takut seseorang boleh melakukan banyak perkara yang di luar dugaan, tetapi hanya satu perkara yang tidak dapat dilakukan olehnya, ia tidak dapat mengubahkan kebencian kepada cinta. Selama 20 tahun, Bani Umayyah telah mengepalai kaum jahiliah menentang Islam. Mereka melancarkan perang ekonomi, politik, ketenteraan dan fisikologi terhadap Rasul dan pengikutnya. Sekarang cuba bayangkan, hanya dengan satu demonstrasi kekuatan tentera oleh Muhammad telah dapat ‘meyakinkan’ mereka-mereka ini bahawa baginda adalah yang sebenarnya pesuruh Allah, ini adalah sesuatu yang di luar dugaan dan di luar fitrah manusia. Demonstrasi kekuatan oleh Muslim tidak dapat mengubahkan kebencian, permusuhan dan kedengkian Bani Umayyah kepada cinta dan manis madu, terutama sekali kepada Islam, yang pada masa itu telah menafikan untuk mereka bukan sahaja berhala yang disembah mereka sebagai tuhan, tetapi juga telah menafikan pada mereka kepentingan, keutamaan, kedudukan dan juga

162

Page 163: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

kuasa. Maka mereka semuanya mempunyai cara pemikiran yang sama seperti mana-mana bangsa yang telah dikalahkan. Hati mereka penuh dengan kebencian, dendam dan kedengkian terhadap penjaga bagi Islam.

Bani Umayyah menerima Islam adalah secara tidakbalas dari hancurnya segala yang usahakan oleh jahiliah di Makkah. Usaha mereka untuk menyelamatkan yang silam dan pergelutan mereka untuk mengekalkan perhubungan kepada jahiliah sebagai musyrik telah gagal tetapi kini mungkin, mereka boleh cuba untuk melakukan semua itu sebagai Muslim. Maka penegak bagi jahiliah kini telah memasuki barisan mereka yang beriman, menyamar sebagai Muslim. Ini telah menjadikan mereka lebih merbahaya dari dahulu kerana dahulu penentangan mereka terhadap Islam jelas. Maka pada ketika ini mereka ‘mendap’ dan menantikan masa akan peluang mereka untuk timbul kembali dan akan menghancurkan Islam, jika boleh; tetapi jika tidak, maka mereka akan mengubahkan dan mencampur adukkan ciri-ciri Islam yang sebenar dan akan memasukkan sebanyak mungkin apa yang diamalkan di masa jahiliah

Bani Umayyah tidak dapat merosakkan Islam semasa hidupnya Muhammad, Rasul Allah, kerana baginda mengawalnya dengan sungguh berkesan terhadap penyerapan amalan jahiliah. Baginda berhati-hati sepanjang masa, dan mereka tidak dapat membuat sebarang kejutan terhadap baginda. Baginda juga mempastikan mereka tidak punya kuasa dan kedudukan yang mana mereka dapat gunakan sebagai tapak untuk menonjolkan diri.

Sebahagian ahli sejarah telah mengatakan bahawa Rasul bersungguh-sungguh untuk menyenaraikan Bani Umayyah ke dalam perkhidmatan Islam oleh kerana mereka mempunyai berbagai kemahiran dan kepandaian. Von Grunebaum, sebagai contoh, menulis:

Bagi diri Muhammad dia memerlukan pengalaman dari kumpulan-kumpulan pentadbir Makkah; kerana telah berkembang pesatnya ummah, dan lebih-lebih lagi asas pentadbiran organisasi tidak dapat dilaksanakan tanpa pertolongan dari mereka-mereka warga kota. [Classical Islam - A History 600 – 1258, 1970]

Ini adalah satu dari tuntutan- tuntutan yang tidak dapat dipertahankan apabila diselidiki. Tidak ada keterangan dan bukti yang Rasul pernah menggunakan ‘pengalaman’ Bani Umayyah untuk dipraktikkan. Samalah dongengnya pada tuntutan yang mengatakan bahawa semasa pesatnya perkembangan ummah Islam maka asas-asas pentadbiran tidak dapat dilakukan tanpa Bani Umayyah. Jika Bani Umayyah benar-benar mempunyai apa-apa kebolehan yang dikatakan dari mereka, mengapa mereka tidak menggunakannya di dalam peperangan mereka yang keji ketika menentang Muhammad dan Islam, dan mengapa mereka telah dikalahkan? Muhammad, Pesuruh Allah, telah menubuh dan memperkukuh negara Islam ketika di dalam cengkaman dan menerima penentangan dari Umayyah. Negara Islam tidak boleh ada bersama dengan pemerintah jahiliah Makkah, yang mana telah diketuai oleh Bani Umayyah, dan Islam telah menghancurkannya. Baginda tidak tertarik dengan ‘kebolehan’ mereka sebelum atau sesudah mereka menerima Islam, dan baginda tidak melantik mana-mana dari mereka sebagai General atau Pegawai tadbir atau hakim atau apa-apa pun juga. Ini adalah polisi baginda terhadap mereka, dan ianya amat jelas.

Beberapa ahli sejarah Sunni telah menunjukkan bahawa Rasul telah melantik Muawiyah anak Abu Sufyan dan Hinda, sebagai ‘penulis’ untuk merakamkan ayat-ayat Quran. Muawiyah mungkin telah menulis beberapa ayat-ayat al-Quran tetapi ini tidak bererti bahawa baginda tidak dapat merakamkannya tanpa dia. Terdapat ramai penulis-penulis untuk Rasul Allah. Pertama sekali, apabila Muawiyah memeluk Islam, kebanyakan dari ayat-ayat al-Quran telah pun diturunkan, dan yang tinggal hanya sedikit itu pun jika ada untuk Muawiyah menulisnya. Keduanya dia adalah seorang dari beberapa ramai penulis-penulis wahyu. Jika

163

Page 164: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

menulis al-Quran adalah satu keutamaan, maka dia berkongsi dengan ramai lagi penulis-penulis al-Quran yang lain. Lagi pun Abdullah bin Saad bin Abi Sarh, adik angkat Uthman bin Affan juga seorang ‘penulis.’ Dia akan dihukum mati, tetapi telah diselamatkan oleh Uthman. Rasul mengusir dia keluar dari Madinah.

Maka kebolehan Muawiyah sebagai penulis, bukanlah sesuatu kekurangan di Madinah. Ahli sejarah telah mengekalkan nama 29 orang sebagai penulis kepada Rasul.

Bagaimanapun, kenyataan yang Von Grunebaum katakan di atas, adalah benar jika ianya diubah sedikit kepada maksud bahawa bukanlah Rasul Islam tetapi Abu Bakar dan Umar yang memerlukan pengalaman dan kebolehan Bani Umayyah, dan mereka berdua yang tidak boleh mentadbir negara yang baru tanpa sokongan Bani Umayyah. Abu Bakar dan Umar sangat memerlukan Bani Umayyah. Cerita pemulihan bagi Bani Umayyah semasa khalifah Abu Bakar dan Umar akan dinyatakan pada bab yang lain.

Rasul bagaimanapun telah cuba untuk memujuk Umayyah dengan kelembutan, berharap semoga mereka melupakan permusuhan terhadap Islam, semoga suatu hari nanti mereka dan anak-anak mereka akan menjadi Muslim yang sejati [ikhlas]. Tetapi usaha baginda sia-sia sahaja. Tidak ada apa yang dapat dilakukan oleh baginda yang boleh melembutkan hati mereka terhadap Islam. Mereka tidak pernah dapat merasakan diri mereka sebagai Islam atau yang bersama dengannya. Perasaan, tata perundangan dan juga ideologi mereka sememangnya tidak pernah sama dengan Islam. Hanya disebabkan kegagalan mereka untuk mencapai matlamat dan tujuan mereka dengan pedang, maka mereka terpaksa mengakui akan adanya kebaikan dan menerima mandat keamanan. Bagi diri mereka hanya caranya sahaja yang bertukar tetapi bukan matlamat dan tujuan.

Pada hari Abu Sufyan, isterinya Hinda, anak mereka Muawiyah dan ahli-ahli yang lain dari Bani Umayyah menerima Islam, kuda trojan musyirik juga telah masuk ke dalam kubu Islam. Ali ibn Abi Talib, ahli filosofi Islam, merangkumi ciri-ciri kemasukan Bani Umayyah ke dalam Islam sebagai berikut:

‘Bani Umayyah belum menjadi yang beriman, mereka sekadar menyerah kepada kuasa yang lebih unggul.’

Di dalam memberikan keputusan terhadap pertukaran Bani Umayyah kepada Islam, Ali membacakan ayat ini dari kitab Allah: ‘Orang-orang Arab berkata: Kami telah beriman. Katakanlah: Kamu belum beriman, tetapi katakanlah: Kami telah Islam dan belumlah keimanan masuk ke dalam hati kamu…. ‘ [49: 15]

Rasul Islam menghabiskan masa 2 minggu di Makkah, mengajar warga Makkah yang baru memeluk Islam, dan menyusun semula kerajaan bagi kota tersebut. Baginda telah ‘mensucikan’ Kaabah, dan Muslim kini menguasai kota yang menjadi penghubung bagi Arab secara sosial, politik, perdagangan dan juga agama. Kesemua suku kaum Arab kini mengiktiraf akan penguasaan kerajaan baginda sebagai yang utama.

Rasul telah menyatukan kesemua daerah-daerah baru di antara Makkah dan Madinah dan juga kawasan-kawasan yang di sekitar Makkah. Kemudian baginda cuba menyusun semula masyarakat Arab. Dahulu Arab hanya mengenal asas perkauman dan struktur persaudaraan di dalam organisasi sosial mereka dan kini mereka telah menjadi satu ummah di bawah pemerintahan baginda. Kesetiaan mereka sebagai seorang Muslim tidak mengambil kira asal keturunan, perhubungan puak, bangsa atau ikatan bahasa dan bahkan juga perbatasan geografi. Kesetiaan sebagai seorang Muslim melepasi semua rintangan dan juga keutamaan buatan manusia. Mereka hendaklah memberikan kesetiaan yang baru

164

Page 165: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

kepada masyarakat beriman, yang mengakui bahawa Tuhan itu satu dan Muhammad adalah pesuruhNya.

Banyak puak di sekeliling Makkah yang masih di dalam jahiliah, dan Rasul hendak mengajak mereka kepada Islam. Terdapat juga puak yang telah menerima Islam tetapi belum membayar zakat kepada baitul mal’, dan baginda hendak mengingatkan mereka untuk membayarnya. Maka baginda menghantar perwakilan dan pemungut zakat kebeberapa daerah, dengan arahan yang tertentu sebagi tugas, tanggungjawab dan bidang kuasa mereka.

Seorang dari pemungut zakat ini adalah Khalid bin al-Walid. Rasul menghantar dia kepada Bani Jadhima untuk memunggut zakat yang belum berbayar, tetapi dia telah melampaui bidang kuasanya, dan mengotori tangannya dengan darah Muslim!

Muhammad ibn Ishaq: Ekspedisi Khalid setelah penaklukan Makkah adalah ke Bani Jadhima dari Kinana dan ekspedisi Ali untuk memperbaiki kesalahan yang Khalid telah lakukan.

Hakim memberitahu saya bahawa Rasul memanggil Ali dan memberitahunya supaya pergi kepada kumpulan manusia ini dan uruskan penyelesaiannya, dan hapuskan segala amalan jahiliah. Maka Ali pergi ke sana bersama sejumlah wang yang Rasul kirimkan dan beliau membayar ganti rugi darah dan ganti rugi kerosakan harta. Apabila kesemua ganti rugi telah dibayar dan beliau masih ada lebihan lagi. Beliau bertanya, jika masih ada sesiapa yang belum dibayar lagi, apabila mereka menjawab tiada, beliau berikan lebihan wang itu kepada mereka bagi pihak diri Rasul. Kemudian beliau kembali dan melaporkan semuanya kepada baginda tentang apa yang telah dilakukan, dan baginda memujinya. Kemudian Rasul bangun dan menghadap ke Kiblat serta menadah tangan dan berkata: ‘Wahai Allah! Saya berlepas diri di hadapan Kamu terhadap apa yang Khalid telah lakukan.’ Baginda melakukan ini sebanyak 3 kali.

Khalid dan Abdur Rahman bin Auf saling menggunakan kata-kata yang tajam mengenai perkara ini. Abdur Rahman berkata kepadanya: ‘Kamu telah melakukan tindakan jahiliah di dalam Islam.’ Khalid mengatakan bahawa dia hanya membalas dendam untuk bapa Abdur Rahman. Abdur Rahman mengatakan bahawa Khalid adalah seorang pendusta kerana dia sendiri telah membalas dendam untuk bapanya; sebaliknya Khalid telah menuntut dendam untuk bapa saudaranya dan supaya mereka terus saling mempunyai perasaan dendam.

Setelah mendengar, Rasul berkata kepada Khalid: ‘Biarkanlah sahabat saya, demi Allah jika kamu mempunyai segunung emas dan membelanjakan dijalan Allah, kamu tidak akan sampai ke tahap kedudukan sahabat saya.’ [The Life of the Prophet]

Washington Irving: Pada misi yang tertentu, [dalam perjalanannya ke Tehama] Khalid bin Walid terpaksa melalui kawasan puak Jadsima. Dia mempunyai bersamanya 350 orang dan di dalamnya Abdur Rahman, di antara orang yang mula-mula memeluk Islam. Arahan dari Rasul hanya untuk mengajarkan kepada mereka keamanan dan kesejahteraan, serta menanamkan keimanan, dan menahan diri dari menggunakan kekerasan, melainkan terpaksa.

Kebanyakan dari puak Jadsima telah memeluk Islam hanya sebilangan kecil yang menganut agama Sabean. Sebelum itu pada satu kejadian, puak ini telah merompak dan membunuh bapa saudara Khalid, dan juga bapa Abdur Rahman, ketika mereka pulang dari perniagaan di tanah Arab. Ditakuti bahawa Khalid dan tenteranya akan membalas dendam terhadap perbuatan itu, mereka mempersenjatakan diri ketika Khalid tiba.

165

Page 166: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Di dalam hati, Khalid merasa gembira melihat mereka menunggang di dalam susunan tentera ketika bertemu dengannya. Memanggil dengan nada yang memerintah, dia bertanyakan sama ada mereka Muslim atau musyirik. Mereka menjawab dengan nada loghat daerah, ‘Muslim’ ‘Mengapa kamu datang bertemu kami dengan senjata di tangan?’ ‘Kerana kami mempunyai ramai musuh di antara suku-suku kaum yang mana dikhuatiri akan menyerang kami dengan tiba-tiba,’ kata mereka.

Dengan keras Khalid memerintahkan mereka untuk turun dari tunggangan dan meletakkan senjata. Sebahagian dari mereka menurut, dan pada ketika itu juga mereka ditangkap dan diikat; yang lainnya melarikan diri. Menganggap larinya mereka sebagai tanda kesalahan, Khalid mengejar dan membunuh mereka; bertaburan di sana sini, dan di dalam meluap kemarahannya dia membunuh juga sebahagian dari orang tawanan.

Muhammad, apabila mendengar mengenai serangan yang tidak bersebab ini, telah mengangkat tangannya ke langit dan minta Allah menjadi saksi bahawa dia tidak bersalah. Khalid setelah kembali, disoal mengenainya, mula berdalih dan menyalahkan pada Abdur Rahman, tetapi Muhammad telah menolak dengan tegas sebarang tuduhan terhadap sahabatnya yang mula-mula Islam dan banyak berjasa. Ali yang pemurah telah dikirimkan untuk mengembalikan kepada Kaum Jadsima apa yang Khalid telah rampas dari mereka, dan membayar ganti rugi darah kepada keluarga yang terbunuh.

Ini adalah satu misi yang bersesuaian dengan diri Ali, yang telah melaksanakan dengan taat. Beliau bertanyakan tentang kehilangan dan penderitaan kepada setiap seorang dari mereka, kemudian membuatkan pembayaran sehingga setiap dari mereka merasa puas hati. Apabila semua yang kehilangan dan juga hutang darah telah dibayar, beliau membahagikan wang yang selebihnya di antara mereka, ini telah mengembirakan setiap hati dengan pemberiannya. Maka Ali menerima pujian dan sanjungan dari Rasul, tetapi Khalid si pendendam telah dimarahi, termasuklah juga oleh orang-orang yang pada sangkanya akan memuji perbuatannya. ’Lihatlah!’ katanya kepada Abdur Rahman, ‘Aku telah membela kematian bapamu.’ ‘Usahlah kamu ucapkan,’ jawabnya dengan marah, ‘kamu telah membela kematian bapa saudara kamu. Kamu telah mencemarkan agama dengan perbuatan yang hanya layak bagi seorang musyirik.’ [The Life of Mohammed]Sir John Glubb: Setelah penaklukan Makkah, delegasi telah dihantar kepada suku-suku kaum yang berdekatan supaya dapat memujuk mereka, dan memecahkan berhala-berhala serta tempat sembahyang jahiliah. Satu dari delegasi tersebut di bawah pemerintahan Khalid bin Walid, perwira di Uhud [di pihak musyrik]. Khalid adalah seorang pemerintah tentera yang berjaya tetapi bersikap degil [keras kepala], ganas dan kehausan darah. Dia telah dihantar ke kaum Bani Jadhima dan Bani Kinana di kawasan pantai ke barat-daya Makkah.

Secara kebetulan, Bani Jedhima telah membunuh bapa saudara Khalid beberapa tahun dahulu, apabila sedang pulang dari perniagaan. Rasul yang tidak menyedari akan adanya perasaan dendam Khalid secara peribadi dengan kaum tersebut telah menghantarnya, dengan arahan jangan ada pertumpahan darah. Apabila Khalid sampai kekaum Bani Jadhima, dia menyuruh mereka meletakan senjata kerana peperangan telah tamat dan semua telah menerima Islam. Apabila mereka telah melakukannya, dengan serta merta mereka ditangkap dan tangan mereka diikat kebelakang, serta memerintahkan supaya kepala mereka dipenggal, sebagai balasan terhadap pembunuhan kepada bapa saudaranya.

Seorang tentera di dalam pasukan Khalid, telah menerangkan bagaimana seorang pemuda dari Bani Judhima, dengan tangan terikat, meminta izin untuk berkata-kata kepada sekumpulan para wanita yang berdiri terjauh sedikit dari mereka. Dia diizinkan dan dibawa kepada kumpulan wanita. ‘Selamat tinggal, Hubaisha,’ anak

166

Page 167: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

muda itu berkata kepada seorang wanita diantanya, ‘hidup saya akan berakhir sekarang.’ Tetapi wanita itu menjerit, ‘Tidak, tidak, semoga kamu dipanjangkan umur.’ Orang tawanan itu dibawa kembali, dan terus dibunuh. Ketika dia rebah wanita itu keluar dari kumpulan dan pergi mendapatkan tubuhnya. Sambil memeluk dan mencium tubuhnya, wanita itu enggan melepaskan jasad beliau sehingga akhirnya wanita itu juga turut dibunuh.

Rasul sungguh terperanjat dan bersedih apabila baginda mendengar tindakan Khalid. Berdiri di lapangan Kaabah, baginda mengangkat tangannya tinggi dan berkata dengan kuat: ‘Wahai Tuhan! Saya tidak bersalah terhadap apa yang Khalid telah lakukan.’ Serta merta Ali telah dihantar ke sana dengan sejumlah wang yang banyak untuk membayar ganti rugi darah kepada mereka yang terbunuh, dan juga yang kehilangan terhadap harta benda. [The Life and Times of Mohammed, 1970, p 320]

Muhammad Husayn Haykal: Muhammad tinggal di Makkah 15 hari, dalam masa itu baginda menguruskan hal ehwal dan mengajar penduduknya mengenai Islam. Di dalam tempoh ini baginda menghantar delegasi untuk mengajak manusia kepada Islam secara aman, dan untuk memusnahkan patung-patung berhala dengan tidak menumpahkan darah. Khalid ibn al-Walid telah dihantar ke Nakhlah untuk menghancurkan al-Uzza, tuhan Bani Shayban. Setelah menyelesaikan tugasnya, ibn al-Walid menuju ke Jadhimah. Di sana penduduknya telah sedia bersenjata apabila Khalid tiba. Khalid menyuruh mereka meletakkan senjata kerana ramai manusia telah menerima Islam. Seorang Jadhimah telah berkata kepada kaumnya: ‘Malang bagi kamu, Bani Jadhimah! Tidakkah kamu tahu bahawa orang ini adalah Khalid? Demi Allah, tiada apa yang menunggu kamu setelah kamu meletakkan senjata selain dari tawanan, setelah ditawan tiada yang kamu boleh harapkan melainkan kematian.’ Sebahagian dari kaumnya menjawab: ‘Adakah kamu inginkan kami semua dibunuh? Tidakkah kamu tahu yang kebanyakan kami telah bertukar menjadi Islam, bahawa peperangan telah berakhir, dan keamanan telah dipulihkan?’ Mereka-mereka yang mempunyai pendapat ini terus menerus menasihati kaum-kaumnya sehingga orang itu menyerahkan senjata. Diketika itu juga, ibn al-Walid mengarahkan supaya mereka ditawan, dan sebahagiannya dibunuh. Apabila Rasul mendengar berita tersebut, baginda mengangkat tangannya ke langit dan berdoa: ‘Wahai Allah! Saya mengutuk apa yang Khalid telah lakukan.’ Rasul memberi peruntukkan kepada Ali ibn Abi Talib, dan menyuruhnya menyelesaikan masalah ini dengan suku kaum tersebut, mengingatkan beliau supaya menghapuskan segala adat jahiliah. Setibanya di sana, Ali membayar ganti rugi darah kepada semua mangsa dan juga kepada pemilik-pemilik harta di atas kerugian mereka.

Sebelum berangkat pulang, Ali menyerahkan wang baki yang ada padanya kepada kaum itu, bagi mana-mana tuntutan yang tidak dituntut pada ketika itu. [The Life of Mohammed, Cairo, 1935]

Langkah yang Muhammad Mustafa, Rasul Allah, ambil terhadap Bani Jadhima melalui Ali adalah amat penting. Khalid telah membunuh manusia yang bukan sahaja Muslim tetapi juga tidak mempunyai apa-apa kesalahan. Kegagalan untuk memperbaiki jenayah yang telah dilakukan Khalid akan memberikan Muslim reputasi sebagai zalim dan sesuka hati menggunakan kuasa serta pengkhianat. Jahiliah dan Arab yang dikatakan sebagai Muslim pada peringkat permulaan ini, pasti akan mengaitkan tindakan salah Khalid ini kepada Rasul sendiri. Terdapat juga bahaya bahawa mereka akan meninggalkan Islam dan kembali kepada jahiliah, kerana kebencian mereka kepada Khalid. Maka Rasul pergi ke Kaabah, tiga kali menyatakan sebagai melepaskan diri dari perbuatan Khalid, dan meminta Allah sebagai saksi bahawa baginda tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab terhadap perbuatan itu.

167

Page 168: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Bani Jadhima telah dipatah dan dihancurkan oleh Khalid. Rasul bukan sahaja mahu memulih dan menenteramkan mereka, tetapi juga mahu memenangi semula keyakinan dan cinta mereka. Ini adalah satu tugas yang berat dan sensitif, dan baginda memilih Ali untuk melaksanakannya. Khalid telah mencemarkan wajah Islam, dan baginda tahu bahawa tiada siapa di antara para sahabatnya melainkan Ali yang mempunyai kebolehan untuk memulihkan kembali Islam kepada kedudukannya yang asal.

Ali telah membuktikan sekali lagi bahawa Tuannya telah tidak dapat memilih seseorang yang terlebih baik dari dirinya untuk menyelesaikan isu yang penting dan sensitif ini, dan beliau menunjukkan sekali lagi bahawa beliau adalah yang pertama semasa peperangan; dan juga yang pertama dikala keamanan. Beliau telah dapat memikat hati Bani Jadhima dengan keikhlasan, kemurahan serta rasa persahabatannya dan beliau benar-benar melihat pada kebajikan dan kesenangan mereka.

Dengan kualiti yang ada pada beliau, Ali telah memenangi semula hati Bani Jadhima untuk Tuannya, Muhammad Mustafa dan juga untuk Islam. Ini adalah satu peranan yang telah dijadikan untuk dirinya jayakan. Beliau menyukai peranan ini dari yang lainnya. Peranan yang dicintainya, iaitu mengubati dan menyembuhkan luka psikologi manusia dan memberikan kegembiraan pada hati-hati yang telah terluka. Beliau telah direstui dengan kebolehan yang khas pada melaksanakan tugas-tugas seperti ini.

BAB 33

Peperangan Hunayn

Penaklukkan Makkah telah menyebabkan pertukaran Arab kepada Islam secara beramai-ramai di kebanyakan bahagian di negara itu. Tetapi masih terdapat beberapa puak yang tinggal di Timur dan Tenggara Makkah yang tidak mahu meninggalkan penyembahan berhala. Mereka menjadi cemas dengan cepatnya Islam berkembang, dan jika keadaan begini berterusan dengan kepantasan yang sama, pada fikiran mereka, tidak lama lagi mereka akan dikelilinggi oleh kaum Muslim, dan akan terpaksa meninggalkan jahiliah. Ketua-ketua mereka berpendapat adalah tidak bijak untuk membiarkan kaum Muslim sempat memperkukuhkan kedudukan yang mereka baru miliki sehingga menjadi kuat. Maka mereka membuat keputusan untuk bertindak segera dengan menyerang puak Muslim di Makkah dan menghancurkannya. Puak-puak yang mengetuai rancangan ini di antaranya adalah kaum Thaqif, Hawazin, Bani Sa’ad dan Bani Jashm, kesemuanya adalah wira-wira yang terbilang, mereka hendak mempertahankan kemerdekaan yang mereka miliki dan bangga dengan adat mereka yang ganas. Mereka tahu bahawa Makkah telah menyerah kepada Muhammad dengan tiada penentangan tetapi mereka telah mempersalahkan Quraish di atas kegagalannya untuk menumpaskan Islam ketika ianya masih

168

Page 169: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

diperingkat permulaan. Dan bagi diri mereka pula, mereka rasa begitu yakin bahawa mereka adalah setanding di dalam peperangan dengan wira-wira Islam atau mana-mana wira jua.

Pada penghujung Januari 630 M., baginda mendapat risikan bahawa Thaqif dan Hawazin telah meninggalkan kubu asal mereka, dan bergerak menuju Makkah. Apabila laporan ini telah disahkan, baginda mengerakkan persediaan umum di kota yang baru ditakluki.

Rasul tidak mahu Makkah menjadi medan pertempuran. Baginda lalu bergegas meninggalkan Makkah pada 26 Januari 630 M. dengan mengetuai 12,000 pejuang, untuk berdepan dengan pihak musuh. Dari pasukan ini, 10,000 darinya adalah dari Madinah, dan 2,000 selebihnya adalah tentera Makkah terdiri dari yang baru bertukar kepada Islam.

Pasukan tentera yang baru ini adalah yang terbesar pernah dikumpulkan di tanah Arab sehingga ke saat itu. Dikala berbagai-bagai ketumbukkan berbaris keluar dari pintu kota, dengan penuh persediaan untuk berperang, Abu Bakar yang sedang melihat telah tertarik hatinya, dan berkata: ‘Kita tidak boleh dikalahkan kali ini dengan sebab kurangnya jumlah.’ Tetapi tidak lama lagi dia akan dibuktikan tersalah. Muslim telah dikalahkan pada permulaannya, walaupun mereka 3 kali ganda lebih ramai dari pihak musuh. Quran sendiri telah memberitahu kepada Muslim dengan terang, bahawa jumlah sahaja tidak menjamin bahawa mereka akan berjaya.

Sir William Muir: Hanya 4 minggu telah berlalu semenjak Muhammad meninggalkan Madinah, apabila baginda berbaris dari Makkah sebagai ketua, angkatan tenteranya telah membesar sekarang dengan 2,000 askar tambahan dari Makkah, kepada jumlah besar 12,000 orang. Safwan, di atas permintaan baginda, telah memberikan 100 baju perisai dan peralatan persenjataan yang cukup, dan seberapa banyak unta. Pergerakkan setiap suku kaum dengan panji-panji mereka di hadapan, sungguh menarik perhatian, sehingga Abu Bakar bergerak maju, ketika pasukan berbaris lalu dengan mengatakan: ‘Kita tidak akan dikalahkan pada hari ini dengan sebab kecilnya bilangan kita.’ [Life of Mohammed, London, 1861]

Apabila barisan pertama yang mengandungi, pasukan elit Muslim, diarahkan oleh Khalid ibn al-Walid, memasuki ke lembah Hunayn dibahagian Tenggara Makkah; musuh telah bersedia untuk melakukan serang hendap, bersedia untuk menyambut mereka dengan panah dan tombak. Laluan di situ sempit dan jalannya sukar, dan Muslim sedang mara dengan tidak menyedari kehadiran musuh. Di ketika matahari belum terbit, pihak Hawazin melancarkan serangan mengejut.

Serangan mengejut pihak musuh berjaya, dan asakan mereka sungguh kuat sehingga membuat pihak Muslim tidak dapat bertahan. Pasukan elit ini yang terdiri dari Bani Sulaym, berpecah dan terus lari. Pasukan utama tentera Muslim berada di belakangnya. Tentera Khalid lari merempuh pasukan ini, dan telah menimbulkan perasaan takut di kalangan mereka, sehingga mereka juga berpaling dari musuh dan ikut serta melarikan diri. Tidak lama kemudian kesemua mereka di dalam tentera Muslim ikut lari, Muhammad telah ditinggalkan keseorangan bersama segelintir pengikutnya yang mengelilingi baginda.

Kumpulan yang diketuai Khalid adalah yang pertama melarikan diri ketika diserang oleh pihak musuh dan diikuti oleh Umayyah dari Makkah, yang baru bertukar kepada Islam bersama rakan-rakan dan penyokong mereka. Di belakang mereka warga Madinah. Ramai Muslim yang terbunuh di dalam keadaan kelam-kabut ini, dan ramai lagi yang luka. Rasul memanggil kepada mereka yang melarikan diri, tetapi tiada siapa yang mendengarnya.

169

Page 170: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Tentera Islam di dalam keadaan kelam kabut melarikan diri dengan pihak musuh mengejar mereka. Rasul tidak meninggalkan kedudukan baginda. Lapan orang bersama baginda, kesemua mereka melihat kepada keadaan tentera yang sedang bertempiaran melarikan diri. Mereka adalah:

Ali ibn Abi TalibAbbas ibn Abdul MuttalibFadhil ibn AbbasAbu Sufyan ibn al-Harith ibn Abdul MuttalibRabi’a adik kepada Abu Sufyan ibn al-HarithAbdullah ibn Mas’udUsama ibn Zayd ibn HarithaAyman ibn Ubaid

Dari kesemua 8 orang ini, 5 yang pertama adalah dari Bani Hashim. Mereka terdiri dari bapa saudara dan sepupu Rasul.

Rasul menyuruh bapa saudara baginda, Abbas ibn Abdul Muttalib, memanggil kepada Muslim yang sedang lari. Abbas mempunyai suara yang kuat, dan dia memanggil, ‘Wahai kamu Muhajirin, wahai kamu Ansar! wahai kamu perwira-perwira Badr dan wahai kamu yang berbai’ah di bawah pokok! Kemanakah kamu hendak pergi? Rasul Allah ada di sini. Kembalilah kepada baginda.’

Suara Abbas bergema di lembah yang sempit itu, dan hampir kesemua mereka mendengarnya, dan terbukti berkesan pada memberhentikan bertempiarannya tentera-tentera Muslim.

Yang pertama berhenti dan kembali ke medan peperangan adalah puak Ansar. Mengambil contoh dari mereka, puak-puak lain mula berkumpul semula. Setelah berkumpul, pertempuran baru yang sengit mula berlaku. Pada mulanya kedudukan tidak menentu, tetapi akhirnya pihak Muslim mula mengasak kepada pihak musuh. Setelah dapat mengembalikan moral mereka, pihak Muslim dibahagian menyerang kini. Pihak musuh masih melawan dengan beraninya, tetapi pergerakkan mereka telah terganggu oleh ramainya para wanita dan kanak-kanak yang dibawa bersama. Pihak Muslim menggunakan kesempatan ini untuk mara dan kini giliran pihak Badwi bertempiaran melarikan diri di semua arah.

Sir William Muir telah menceritakan dengan khusus dan panjang lebar bagaimana bertempiaran larinya tentera Muslim di dalam Peperangan Hunayn. Dia telah menuliskan di dalam bukunya, The Life of Mohammed, [London 1877]:Masih diawal pagi, sedang fajar masih kelabu, dan langit masih ditutupi awan, tentera Muhammad telah mula bergerak. Memakai pakaian peperangan tentera yang lengkap, sebagaimana di peperangan Uhud, baginda menunggang keldai putih, Duldul, dibahagian belakang tenteranya.

Dibahagian hadapan terdiri dari Bani Sulaim yang diketuai oleh Khalid, sedang bergerak dengan bersahaja mendaki laluan yang sempit, apabila dengan tiba-tiba puak Hawazin keluar dari tempat persembunyian dan menyerang. Terperanjat dari serangan yang mengejut, Bani Sulaim berpecah dan berundur. Kesan terperanjat ini telah berjangkit dari barisan ke barisan. Ditambah dengan suasana diawal pagi yang suram dengan laluan yang agak lurus dan sukar, panik telah mencengkam seluruh tentera; kesemua mereka berpusing dan lari. Kumpulan demi kumpulan mereka lari melepasi baginda, Muhammad berteriak: ‘Hendak kemana? Rasul Allah ada di sini! Kembali! Kembali!, tetapi seruan baginda tidak memberi kesan, melainkan sekumpulan sahabat dan pengikut setia yang mengelilingi baginda.

170

Page 171: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Tidak keharuan makin bertambah, unta-unta yang banyak bergeseran sesamanya, hiruk pikuk jadinya, dan suara Muhammad tenggelam di dalamnya. Akhir sekali apabila melihat barisan tentera Madinah turut sama melarikan diri, baginda meminta bapa saudaranya Abbas, yang memegang tali keldainya, untuk berteriak dengan kuat: ‘Wahai warga Madinah! Wahai mereka yang memberikan bai’ah di bawah pokok! Kamu perwira-perwira Badr!’ Abbas mempunyai suara yang lantang, dan ketika beliau melaungkan kata-kata ini berulang kali dengan nada suara yang tinggi, maka telah terdengarlah oleh mereka yang jauh dan juga yang dekat. Serta merta kata-kata ini menyentuh hati pejuang-pejuang Madinah. Mereka terhenti di dalam pelarian mereka, dan bergegas kembali kepada Muhammad, dengan melaungkan, ‘Ya Labeik, di sini kami bersegera kepada panggilan mu!’ 100 dari penggikut yang setia ini, turun dari unta tunggangan mereka yang telah menyesakkan laluan yang sempit itu, serta menyekat kemaraan pihak musuh. Terlepas dari tekanan, pihak tentera Islam mula berkumpul dan kembali ke medan pertempuran. Pertarungan amat sengit sekali; dengan keadaan dan tempat pertempuran yang sangat menyukarkan, serta pejuang badwi yang gigih maka kedudukan jadi tidak menentu. Muhammad melihat pada pertempuran tersebut. Bersemangat dengan apa yang dilihat, baginda bersuara dengan lantang: ‘Sekarang neraka telah dipanaskan: Aku adalah Rasul Allah yang tidak pernah berbohong. Aku adalah dari keturunan Abdul Muttalib.’

Kemudian baginda menyuruh Abbas mengutipkan untuknya segengam anak batu, baginda kemudian melontarkannya ke arah pihak musuh sambil berkata: ‘kekalahan di pihak kamu!!’ Mereka kini menjadi kelam kabut. Keberanian dari pasukan Madinah dan kesungguhan dari yang lainnya, setelah kembali semula, telah memberikan kemenangan kepada mereka. Pihak musuh bertempiaran melarikan diri. Ramai yang terbunuh, Muslim mengejar mereka dan di dalam keghairahan ini telah membunuh kanak-kanak, yang dilarang keras oleh Rasul.

Betey Kelen: Mereka [pihak Muslim] berkhemah berhampiran lembah Hunayn dan mula maju diawal pagi. Anak Umar menceritakan apa yang berlaku:

‘Kami menuruni satu wadi, lebar dan melandai turunnya di cahaya pagi, tetapi pihak musuh telah ada di situ bersembunyi dipersimpangan dan di tempat-tempat yang sempit. Mereka telah bersedia, lengkap bersenjata serta tahu apa yang mereka akan lakukan dan demi Allah, kami menjadi takut apabila kami menuruninya dan dengan tiba-tiba puak Hawazin menyerang kami!!

Pihak badwi menyerang dengan batu, panah, tombak dan juga pedang. Pasukan elit Muhammad di bawah pemerintahan Khalid berpecah, dan unta-unta berlaga sesama sendiri.

Baginda melihat di antara yang melarikan diri adalah mereka yang baru bertukar dari Makkah, dan baginda memanggil kepada mereka: ‘Kemana kamu semua hendak pergi? Marilah kemari! Marilah kepada saya! Saya pesuruh Allah. Saya, Muhammad anak Abdullah!’

Tidak seorangpun dari mereka yang mempedulikan baginda, dan apa perlunya pada mereka? Di sana terdapat pihak Hawazin sedang mengejar dengan unta-unta di mana panji-panji mereka tergantung di hadapan tombak panjang mereka, dan ianya akan menuju pada dada seseorang. Suara Rasul tenggelam di dalam hingar-bingar suara manusia, dan kegemparan unta. Baginda meminta bapa saudaranya Abbas, yang mempunyai suara yang lantang, untuk membuat seruan, ‘Wahai sahabat, ingat pohon akasia….’ Dan Ali, yang pendiam ketika aman tetapi di dalam peperangan seperti singa, menyerang dengan gagahnya di sekeliling beliau, mengasak untuk sampai kebelakang unta ketua Hawazin dan melumpuhkannya ….. " (Mohammed, Messenger of God)

171

Page 172: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Muhammad Husayn Haykal: Muslim sampai di Hunayn pada waktu petang dan berkhemah pada pintu masuk lembah tersebut sehingga fajar. Pada pagi keesokkan hari, pasukan tentera mula bergerak, dan Muhammad menunggang keldai putih baginda, dan berada di belakang sedang Khalid ibn al-Walid, pemerintah satu kumpulan tentera dari kaum Bani Sulaym, di barisan hadapan.

Ketika tentera muslim melepasi jurang Hunayn, Malik ibn Awf mengarahkan tenteranya untuk menyerang di dalam kegelapan sebelum pagi, mula dengan memanah dan diikuti dengan serangan tentera. Barisan Muslim pecah dan menjadi panik. Sebahagian mereka terus lari keluar dari lembah untuk mencari perlindungan keselamatan. Menyaksikan apa yang telah berlaku kepada Muslim, Abu Sufyan merasa tidak kurang gembiranya di atas kekalahan musuhnya yang lalu, yang kini masih meraikan kejayaan mereka ke atas Makkah. Dia berkata, "Muslim tidak akan dibiarkan sehingga mereka semua dihumbankan kelaut." (The Life of Mohammed, Cairo, 1935)

Kaum jahilah telah dikalahkan tetapi mereka dapat berkumpul semula, dan telah dikatakan dapat berundur dengan cara teratur dari lembah Hunayn.

D. S. Margoliouth: Pemerintah tentera, Malik anak lelaki Auf, telah dikatakan menyusun pasukan berkudanya supaya dapat bertahan sehingga pasukan yang lemah dapat dilindungi ketika berundur, dan kemudian mengiring ke tempat yang selamat sebelum mereka berundur ke Taif. Terdapat sebahagian dari kaum wanita yang selamat, walaupun yang lainnya telah jatuh ketangan Muslim. Khalid anak lelaki al-Walid, sebelum ini kekejamannya telah mendapat kemarahan dari Rasul, kini mendapat kemarahan yang baru, kerana dia fikir adalah menjadi tugasnya untuk membunuh amazon [wanita-wanita] ini; satu tindakan yang bertentangan dengan perintah Rasul mengenai keperwiraan.

Begitu juga perlunya baginda untuk memarahi yang lain yang telah memikirkan bahawa tanggungjawab mereka untuk membunuh kanak-kanak jahiliah. "Apakah yang terbaik dari diri kamu," baginda bertanya, "jika tidak anak orang jahiliah?"

Kemenangan yang penting ini telah tercapai, dan tuah masih kekal dengan baginda pada ketika di mana jika yang sebaliknya berlaku akan memberi padah [akibat] yang serius; kerana Abu Sufyan mungkin juga akan mengambil kesempatan di atas malapetaka dari kekalahan itu, meskipun dia tidak cukup bertenaga untuk memulakannya. (Mohammed and the Rise of Islam, London, 1931)

Hunayn adalah peperangan yang terakhir yang di pimpin sendiri oleh Muhammad Mustafa, rasul Allah. Peperangan itu bermula dengan bertempiarannya pihak Muslim, dan mereka melarikan diri kesemua arah untuk menyelamatkan diri, walaupun mereka sedar Rasul mereka ada bersama di medan peperangan. Bagaimanapun akhirnya, mereka berjaya, syukur kepada keberanian dan ketabahan Rasul sendiri dan beberapa orang dari kerabatnya.

M. Shibli, ahli sejarah India, menulis di dalam buku Biografinya mengenai Rasul: Sepatutnya kemenangan berada di pihak Muslim, sebaliknya kita lihat bertempiarannya mereka lari (di dalam peperangan Hunayn). Rasul melihat di sekeliling, tidak mendapati sesiapa melainkan sebilangan kecil sahabat.

Abu Qatada, seorang sahabat, yang ada di peperangan Hunayn, berkata bahawa apabila pasukan tentera Muslim bertempiaran lari, dia melihat Umar bin al-Khattab lari sama, dan dia bertanya: "Apa jadinya dengan keadaan tentera Muslim?" Umar menjawab: "Beginilah yang dikehendaki oleh Allah." (The Life of the Prophet (Seeratun-Nabi, Vol. I, pp.535-536), 1976, Azamgarh, India).

172

Page 173: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Sir William Muir: Kekalahan yang diterima pada awal pagi, telah disifatkan oleh Rasul terhadap keyakinan penuh oleh pihak Muslim terhadap ramainya bilangan mereka. Kejayaan mereka kemudiannya adalah sama seperti kejayaan yang terdahulu, dengan mendapat bantuan dari yang tidak kelihatan, sama-sama berjuang menentang musuh mereka. Peperangan ini telah juga disebutkan di dalam al-Quran:

Sesungguhnya Allah telah menolong kamu di dalam banyak medan pertempuran: dan juga di peperangan Hunayn, apabila kamu bergembira dengan bilangan kamu yang ramai. Tetapi jumlah kamu tidak memberi faedah kepada kamu, bumi menjadi sempit bagi kamu dengan keluasannya. Kemudian kamu berpaling dan lari. (The Life of Mohammed, London, 1877, p. 143) "Pembantu yang tidak kelihatan" yang menolong Muslim, bererti, dalam kontek ini, moral [semangat] yang tinggi. Pada permulaan peperangan, mereka telah dikalahkan dan bertempiaran lari. Tetapi mereka telah diberikan semangat dengan contoh dari Rasul sendiri yang mana keberanian baginda telah mengembalikan semangat juang mereka, dan mereka memerangi musuh dengan semangat kekentalan yang baru.

Peperangan Uhud telah bermula dengan kemenangan Muslim dan berakhir dengan kekalahan mereka; peperangan Hunayn bermula dengan kekalahan mereka dan berakhir dengan kemenangan. Ramai Muslim yang terbunuh pada mulanya disebabkan mereka panik dan tidak tentu arah.

Muhammad Husayn Haykal: Kemenangan telah dicapai dengan korban yang banyak. Muslim telah membayarnya dengan harga yang mahal. Korban mungkin dapat dikurangkan jika mereka tidak berpatah balik kebelakang pada mulanya, dan ini telah membolehkan Abu Sufyan membuat kenyataan bahawa mereka [Muslim] hendaklah dihumbankan ke laut. Walaupun buku-buku utama sejarah, kesemuanya tidak menyenaraikan korban peperangan, tetapi mereka ada menyebutkan bahawa hampir dua suku kaum Muslim lenyap semuanya menjadi korban dalam perang Hunayn, dan Rasul melakukan solat jenazah untuk mereka. Untuk mengimbangi sebahagian dari kerugian besar jiwa manusia ini, adalah keunggulan kejayaan Hunayn untuk Muslim dan tidak boleh dipertikaikan lagi. Lebih-lebih lagi kemenangan ini membawa banyak lagi harta dan rampasan perang kepada mereka yang tidak ada bandingannya dari dahulu. (The Life of Mohammed, Cairo, 1935)

Ali dan peperangan Hunayn

Wira bagi peperangan Hunayn adalah Ali ibn Abi Talib, sebagaimana juga beliau adalah wira bagi peperangan yang sebelumnya. Pada ketika semua para sahabat melarikan diri dari medan pertempuran, dan hanya lapan orang berada bersama Rasul, Ali yang berdiri di antara Rasul dengan musyirik untuk mempertahankan baginda. Musyirik menyerang bertubi-tubi, tetapi beliau mematahkannya sama seperti yang berlaku di Uhud. Untuk seketika ianya Uhud sekali lagi.

Akhirnya Ali dapat memusingkan alunan ombak peperangan. Pertama, beliau telah menyebabkan Uthman bin Abdullah, seorang dari ketua musuh jatuh dari untanya, tidak dapat mengimbangkan badan lalu jatuh dan terbunuh, dan kemudian beliau membunuh di dalam pertarungan itu seorang lagi lawannya, Abu Jardil, ketua Hawazin. Apabila kedua Jeneral ini terbunuh pihak musuh telah kehilangan semangat, apabila kehilangan semangat maka tewaslah mereka dalam peperangan.

M. Shibli: Bani Malik dari Thakif berjuang dengan penuh semangat dan keberanian, tetapi apabila ketua mereka Uthman bin Abdullah, telah terbunuh,

173

Page 174: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

mereka mula tidak bersemangat... (The Life of the Prophet, Azamgarh, India, 1976)

Abu Sufyan, ketua Bani Umayyah, hadir di dalam kem Muslim, seperti yang dinyatakan di atas. Walaupun dia telah ‘menerima’ Islam, dia amat gembira melihat tentera Muslim bertempiaran lari, dan mengharap supaya mereka dihumbankan ke laut. Apabila Hikda bin Umayyah, seorang lagi "Muslim" dari kaum Bani Umayyah, melihat Muslim lari, pada permulaan peperangan, dia berkata: "Akhirnya sihir Muhammad telah dapat ditumpaskan." Kedua mereka telah dapat mengambarkan semula di dalam fikiran mereka gambaran bahawa Hubal [Tuhan kaum mereka] telah dapat diletakkan semula di tempat singahsananya di dalam Kaabah.

Abu Sufyan dan ahli lain dari kaumnya, tidak dapat menyembunyikan kegembiraan mereka, apabila telah kelihatan kepada mereka kekalahan Muslim oleh kaum musyirik. Tetapi kegembiraan mereka hanya sebentar. Tidak lama kemudian keadaaan peperangan telah terbalik, musyirik kini yang telah dikalahkan dengan muktamat. Dengan kekalahan musyirik ini pasti telah menjadikan hati Abu Sufyan dan kaumnya terbakar, kerana mereka telah kehilangan harapan yang terakhir untuk memulihkan semula ‘zaman jahiliah.’

Puak musyirik telah meninggalkan semua harta dan ternakan mereka. Rasul mengarahkan supaya semua harta dan ternakan dikumpulkan, dan dibawa ke Jirana, satu kawasan di antara Taif dan Makkah, dan disimpan di sana sehingga baginda tiba. Pada ketika itu baginda memutuskan untuk menawan Taif, yang masih menjadi kubu kuat terakhir musyirik, maka baginda mengarahkan ketumbukan utama tentera untuk berarak menuju ke kota tersebut. Pelarian dari medan pertempuran kini telah mendapat perlindungan di dalam kubu, di Taif.

Dalam perjalanan ke Taif, Rasul melewati sekumpulan manusia berdiri mengelilingi mayat seorang wanita yang dibunuh. Setelah ditanya, baginda diberitahu bahawa wanita itu telah dibunuh oleh Khalid bin al-Walid.

Muhammad ibn Ishaq: Seorang dari sahabat saya memberitahu kami bahawa Rasul pada hari itu [sejurus selepas peperangan Hunayn] telah melewati seorang wanita yang Khalid bin al-Walid telah bunuh sedang kaum lelaki mengelilingi tubuhnya. Apabila Rasul mendengar apa yang berlaku, baginda mengarahkan supaya memberitahu Khalid dan melarangnya dari membunuh kanak-kanak, wanita dan hamba yang diupah. (The Life of the Messenger of God)

Rasul mengepung Taif, tetapi belumpun sampai beberapa waktu telah ditinggalkannya. Tetapi bagaimanapun Taif secara sukarela telah menyerah beberapa minggu kemudian.

Dari Taif, Rasul pergi ke Jirana untuk membahagikan harta rampasan perang, yang berselerak di padang Hunayn. Bahagian yang diberikan kepada Abu Sufyan dan anaknya, ketua bagi kaum Bani Umayyah, lebih besar dari bahagian yang diberikan kepada sesiapa di kem Muslim. Umayyah tidak dapat mempercayai bahawa mereka beroleh harta sebanyak itu. Abu Sufyan, yang mempunyai sebab untuk tidak mendapat apa-apa, setelah mempamerkan ‘lakonannya’ di dalam peperangan Hunayn, telah terbawa-bawa oleh kemurahan Rasul, dan bergegas kehadapan kepada baginda: "Kamu sungguh pemurah diketika peperangan sama seperti murahnya hati kamu di dalam keamanan."

Sebahagian Orientalist telah menyarankan bahawa bahagian terbesar yang diberikan Rasul kepada Abu Sufyan dan anak-anaknya, adalah sebenarnya rasuah untuk mengekalkan mereka di dalam Islam, dan bahawa tidak ada cara untuk memenangi hati mereka. Mereka menambah lagi bahawa Rasul tidak akan teragak-agak untuk menyogok musyirik jika baginda fikir yang mereka boleh

174

Page 175: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

menjual agama mereka kepada baginda sebagai pertukaran dengan unta, kambing dan mahupun harta.

Kami tidak bersetuju dengan mereka. Setelah penaklukan Makkah, Abu Sufyan, anak-anaknya dan ahli lain dari Bani Umayyah, semuanya mengharapkan belas kasihan Muhammad. Baginda boleh menghapuskan mereka [Bani Umayyah], dan semua musyirik Arab tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan mereka. Tidak perlu untuk baginda merasuah mereka atau siapa sahaja untuk menerima Islam. Bagaimanapun tidak ada faedahnya penerimaan Islam mereka. Di dalam memberikan hadiah kepada Abu Sufyan dan anaknya, Rasul Islam hanya menunjukkan bebasnya diri baginda dari perasaan dendam. Tetapi bagi diri Arab, untuk melupakan dendam adalah perkara asing. Baginda cuba untuk mengikis kebencian mereka kepada Islam dengan kebaikan dan kemurahan baginda. Hadiah itu merupakan simbolik terhadap atitiut baginda.

Abu Sufyan, anaknya dan Umayyah yang lain, penerima hadiah; telah dipanggil untuk selamanya sebagai Muallafa Qulubuhum, mereka yang hatinya perlu dimenangi. Rasul memberikan musuhnya bahagian yang besar dari harta rampasan untuk Talif al-Qulub, memenangi hati mereka.

Dr. Muhammad Hamidullah berkata di dalam bukunya, pengenalan kepada Islam, ms 80, (1977):

Mereka yang hatinya perlu dimenangi ada banyak jenis. Ahli Fiqh terkenal, Abu Ya'la al-Farra, menunjukkan: "Bagi mereka yang hatinya perlu dimenangi, mereka ini ada empat jenis:

1. Mereka yang hatinya tertarik untuk datang membantu Muslim; 2. Mereka yang hatinya perlu dimenangi supaya mereka menahan diri dari melakukan kekejaman kepada Muslim; 3. Mereka yang tertarik kepada Islam; 4. Mereka yang mana pertukarannya kepada Islam menjadi kenyataan untuk diri, ahli dan kaumnya.

Adalah halal untuk menghadiahkan setiap mereka dari kategori ini yang mana ‘hati mereka perlu dimenangi’ sama ada mereka Muslim mahupun musyirik." Abu Sufyan dan kaumnya tergolong di dalam kategori yang kedua, hati mereka perlu dimenangi, “dimenangi supaya mereka menahan diri dari melakukan kekejaman kepada Muslim."

Ansar dan Harta Rampasan Hunayn

Sebahagian dari orang muda Ansar tidak puas hati pada apa yang mereka anggap sebagai pembahagian yang ‘tidak adil’ terhadap harta rampasan perang. Sebilangan dari mereka memperkatakan bahawa apabila tiba masa pembahagian harta, Rasul memberikan ‘layanan keutamaan’ kepada Quraish. Apabila Rasul mendengar mengenainya, baginda memerintahkan Ansar supaya berkumpul di dalam sebuah khemah, dan berkata kepada mereka:

"Apa yang telah saya dengar daripada kamu, wahai Ansar, mengenai pembahagian dari harta rampasan? Adakah kamu menjadi marah kerana saya berikan bahagian yang besar kepada penduduk Makkah dari yang saya berikan kepada kamu? Tetapi katakan kepada saya: adakah tidak benar bahawa kamu dahulunya penyembah berhala dan Tuhan telah memberikan kamu petunjuk melalui saya? Adakah tidak benar bahawa kamu telah berpecah disebabkan oleh perselisihan umum dan Tuhan telah menyatukan kamu melalui saya? Adakah tidak benar bahawa kamu dahulunya miskin dan Tuhan menjadikan kamu kaya melalui saya?"

175

Page 176: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Kepada setiap soalan, Ansar berkata: "Ya begitulah, dan itu adalah rahmat Tuhan dan RasulNya."

Tetapi soalan-soalan ini adalah lebih kepada memujuk, dan Rasul Allah sendiri yang menjawabnya.

Sir William Muir:"...tetapi kamu mungkin telah menjawab (dan menjawabnya dengan jujur, kerana saya telah mengesahkannya sendiri), kamu datang ke Madinah setelah diusir sebagai penipu, dan kami menjadi saksi terhadap kebenaran kamu, kamu datang sebagai pelarian yang tidak berdaya dan kami membantu kamu; seorang terbuang, kami memberi kamu tempat perlindungan; kamu kecewa, kami memberikan harapan kepada kamu.

“Mengapa fikiran kamu jadi terganggu oleh perkara dari dunia ini, yang mana saya telah diminta untuk menyenangkan hati-hati manusia ini [Quraish Makkah] kepada Islam, sedangkan keimanan kamu telah kuat? Tidakkah kamu berpuas hati bahawa mereka ini hanya mendapat kumpulan unta, sedang kamu membawa balik Rasul Allah ke rumah kamu? Tidak, saya tidak akan meninggalkan kamu selamanya. Jika semua makhluk pergi ke satu arah, dan orang Madinah ke arah yang lain, sesungguhnya saya akan pergi ke arah orang Madinah. Semoga Allah meredhai mereka dan merahmati mereka, anak-anak mereka, dan anak-anak kepada anak-anak mereka selamanya." (The Life of Mohammed, London, 1861)

Apabila Ansar mendengar kata-kata ini, mereka telah terharu dan menangis, dan mereka berkata: "Biarlah yang lain mengambil kambing, dan unta bersama mereka. Apa yang kami mahu adalah Muhammad, itu sahaja."

Ansar juga menjadi khuatir jika Rasul telah membuat keputusan untuk tinggal di Makkah, dan menjadikannya ibu negara. Tetapi baginda telah memberikan jaminan sekali lagi bahawa baginda tidak akan meninggalkan mereka atau Madinah, dan bahawa baginda dan mereka tidak boleh dipisahkan selamanya.

Dari Jirana, Muslim kembali semula ke Makkah di mana Rasul mengerjakan tawaf, mengelilingi Kaabah tujuh kali, dan melakukan Umrah.

Peperangan Hunayn adalah penentangan yang terakhir oleh musyirik Arab. Apabila Muslim mendapat kejayaan, akhirnya tabir penamat telah turun menutupi musyirik dan menamatkan sejarah musyirik Arab. Tetapi jahiliah atau kesumat-jahiliah Arab akan berterusan memerangi Islam secara tersembunyi sedalam dendam dan kepahitan yang membara.

Di Makkah, Rasul memberikan sentuhan terakhir pada perkara yang berkaitan dengan pentadbiran dan polisi. Sebelum meninggalkan Makkah menuju ke Madinah, baginda melantik Akib bin Usayd sebagai gabenor kota tersebut. Ini adalah perlantikan perkhimatan awam pertama di dalam Islam. Baginda juga mengistiharkan Makkah sebagai ibu negara Islam yang pertama.

Setelah menghabiskan masa selama sebulan, yang mempunyai banyak peristiwa di Makkah dan sekitarnya, Muhammad, Rasul Allah, dan tenteranya pulang ke Madinah. D. S. Margoliouth: Dengan memberikan empayar Islam ibu negeri keagamaan, dengan cepat ia telah bertukar kepada politik, dan penyebarnya telah mendapatkan layar utama yang mana dengannya telah dapat mempastikan keselamatan dan kesinambungan sistemnya walaupun terdapat gelora dan badai yang ganas.

Lawatan ke Makkah yang telah diiringi oleh ramai yang baru berubah telah ditamatkan oleh Rasul dengan mengerjakan Umrah. Selepas itu Akib, anak lelaki Usaid, telah dilantik sebagai gabenor Makkah dengan gaji satu dirham sehari; ini

176

Page 177: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

adalah perlantikan awam yang pertama di dalam Islam, di Khaibar, sebuah lagi kota penting yang ditawan oleh Muslim, telah dibiarkan ditadbiri oleh kerajaan tempatan. Selain dari gabenor, ketua agama juga dilantik, Mu'adh, anak lelaki Jabal, penduduk asal Madinah, yang mana kebolehannya mengajar agama yang baru diyakini oleh Rasul. Rasul Allah pulang ke Madinah dengan penduduk Muslimnya setelah meninggalkannya lebih dari satu bulan. (Mohammed and the Rise of Islam, London, 1931)

BAB 34

Ekspedisi Tabuk

Peperangan Mu’tah, di mana Muslim telah dikalahkan, berlaku dalam bulan September tahun 629 M. Kekalahan mereka telah diterjemahkan oleh berbagai kumpulan sebagai telah menurunnya kekuasaan kerajaan baru Islam. Kumpulan penyamun Arab mendapati ini adalah suatu peluang untuk menyerang Madinah

177

Page 178: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

setelah mereka kehilangan kuasa. Tetapi di dalam musim panas tahun 630 M, pengkhabaran telah sampai ke Madinah, bahawa bukanlah kaum Arab yang diutara telah berkumpul dengan ramai disempadan Syria, tetapi pasukan Rome yang telah bersedia untuk menyerang Hijaz.

Muhammad, Rasul Islam, memutuskan untuk mengambil langkah mencegah di dalam mempertahankan Madinah; dan mengarahkan pengikutnya supaya bersedia untuk kempen yang panjang diutara.

Itu adalah di dalam bulan September, cuaca di Hijaz pada tahun itu teramat panas. Lebih-lebih lagi musim kemarau telah mengancam kawasan itu dengan kebuluran. Maka tidak balas dari Muslim, di atas seruan tersebut adalah dingin. Mereka tidak berhajat untuk meninggalkan rumah mereka dalam cuaca begini.

Sir John Glubb: Di dalam bulan September atau Oktober tahun 630 M, Rasul Allah memberikan arahan untuk bersiap sedia untuk ekspedisi ke sempadan Byzantin. Cuaca di Hijaz masih terlalu panas, air dan padang ragut telah kering, dan pergerakan pasukan tentera yang besar amatlah sukar. Mungkin kenangan dari bencana di Mu’tah telah melemahkan semangat ramai lelaki dari berhasrat untuk ke Byzantin semula. (The Life and Times of Mohammed)

Para hypokrit [munafik] di Madinah mengambil peluang ini untuk menanamkan kebencian di dalam fikiran mereka yang baru di dalam Islam. Bukan sahaja mereka tidak mengambil bahagian di dalam kempen tersebut malah mereka juga cuba memujuk yang lain untuk melakukan yang sama. Di dalam percubaan untuk melemahkan semangat dan tujuan Muslim, mereka mula menyebarkan cerita-cerita yang menakutkan bahawa musuh mereka kali ini bukanlah suku atau kaum Arab yang kekurangan persenjataan, mundur, serta jahil, yang tidak mempunyai disiplin tetapi tentera Rome.

Namun begitu, ramai Muslim yang menyahut seruan Rasul, dan mengangkat senjata untuk mempertahankan agama mereka. Setelah dikira terdapat 30,000 sukarelawan. Itu adalah pasukan yang terbesar pernah dikumpulkan diketika itu. Rasul melantik Ali ibn Abi Talib sebagi wazirnya di Madinah, semasa ketiadaannya. Baginda melantik Ali sebagai wazirnya untuk sebab-sebab yang berikut:

1. Baginda hendak menunjukkan kepada seluruh dunia bahawa baginda menganggap Ali, yang lebih bertauliah dari yang lain untuk menjadi pemerintah di atas semua Muslim, dan menjadi ketua negara Islam. Maka baginda melantik beliau sebagai wakilnya di dalam kota baginda.

2. Kesemua tentera lelaki telah pergi bersama ekspedisi, meninggalkan Madinah tanpa pasukan tentera. Di dalam kejadian serangan ke atas kota oleh penyamun Arab, Ali boleh diharapkan untuk menangani keadaan itu dengan keberanian dan kebolehan beliau.

3. Ramai hopokrit telah tinggal [tidak mengikuti ekspedisi] di kota Madinah, dan ramai yang lain telah meninggalkan pasukan tentera untuk pulang semula kekota. Mereka inilah pengancam utama terhadap kota Islam. Maka Rasul telah melantik seseorang untuk mewakili tempatnya, yang boleh diharapkan untuk mempertahankan Madinah jika ia diserang oleh kumpulan ini sama ada dari dalam atau dari luar.

Hipokrit amat benci melihat Ali yang berkuasa di atas mereka. Apabila pasukan tentera meninggalkan Madinah, mereka mula menyebarkan cerita bahawa Rasul telah meninggalkan Ali di Madinah supaya baginda dapat melepaskan diri dari beliau. Ali amat sedih mendengar bahawa ketuanya menganggap beliau sebagai ‘beban.’ Terus sahaja beliau menyusuri pasukan tentera dan bersama dengannya

178

Page 179: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

di Jurf. Rasul amat terperanjat mendapati beliau di sana, tetapi apabila beliau menjelaskan mengapa beliau ada di situ, baginda Rasul berkata:

"Mereka adalah pendusta. Saya tinggalkan kamu di Madinah untuk mewakili saya ketika peninggalan saya. Tidakkah kamu berpuas hati untuk menjadi kepada saya seperti Harun kepada Musa melainkan tidak ada nabi selepas saya."

Washington Irving: Ramai yang memberi erti semenjak mula lagi bahawa Muhammad berhasrat melantik Ali untuk menjadi khalifahNya; itulah pengertian bahasa arab yang digunakan pada persamaan Harun kepada Musa. (The Life of Mohammed)

Ali telah berpuas hati dengan penjelasan yang Muhammad berikan kepada beliau dan pulang ke Madinah untuk memikul tanggungjawab sebagai wazir.

Apabila Ali mengadap kepada Rasul di dalam khemah baginda di Jurf, sebahagian dari sahabatnya ada bersama. Seorang darinya adalah Saad bin Abi Waqqas, pemerintah tentera yang berjaya di masa yang akan datang di dalam peperangan Qadsiyya menentang Parsi. Dia menyampaikan kepada Muslim yang lain bahawa di dalam kehadirannya Muhammad Mustafa, Rasul Allah, memberitahu Ali bahawa beliau kepada baginda adalah seperti Harun kepada Musa, melainkan tidak ada nabi selepas baginda.

Setelah berarak dengan susah payah, pasukan tentera sampai disempadan Syria, dan berhenti di sebuah kampung kecil bernama Tabuk; tetapi di sana Rasul tidak nampak tanda-tanda adanya tentera Roman atau tentera yang lain atau pun musuh. Sempadan tersebut sunyi dan hening. Laporan yang diterima di Madinah mengenai serangan Roman yang pasti itu, adalah palsu.

Keamanan dan kesunyian di sempadan Syria adalah satu lagi bukti bahawa peperangan di Mu’tah tidak lebih dari kekacauan oleh sekumpulan Arab padang pasir. Jika Mu’tah adalah satu peperangan yang besar, sebagaimana yang disampaikan oleh sebilangan ahli sejarah, pihak Rome pasti meninggalkan pasukan tentera mereka disempadan. Tetapi mereka tidak meninggalkan apa-apa jauh sekali pasukan!!

Maka Rasul Allah memikirkan langkah selanjutnya yang perlu diambil di Tabuk.

Washington Irving: Memanggil majlis peperangan, Baginda Rasul menyampaikan soalan, sama ada mereka perlu untuk meneruskan kemaraan selepas Tabuk? Kepada soalan ini Umar menjawab: “Jika kamu dapat arahan dari Tuhan untuk mara, maka lakukanlah.” “Jika saya dapat arahan dari Allah untuk mara,” Muhammad menegaskan, “Saya tidak akan bertanyakan kepada majlis ini.” (The Life of Mohammed)

Akhirnya, Rasul putuskan untuk tidak mara ke Syria dan kembali ke Madinah.

Tentera berada 10 hari di Tabuk. Walaupun mereka tidak terlibat di dalam peperangan, kehadiran mereka disempadan mempunyai sedikit kesan pada perlunya mereka dihormati. Banyak suku kaum Badwi dibahagian utara menerima Islam. Dauma-tul-Jandal, satu kawasan yang strategik di antara Madinah dan Syria, telah diambil sebagai jajahan yang baru.

Sejurus sebelum tentera meninggalkan Tabuk, padri bagi gereja St. Catherine yang terletak di lembah Sinai, datang menemui Rasul. Baginda menerimanya, dan memberinya piagam yang hampir sama seperti piagam Madinah yang telah diberikan kepada kaum yahudi. Syaratnya yang utama adalah:

179

Page 180: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

1. Muslim akan melindungi gereja dan rumah sembahyang kristian. Mereka tidak akan memusnahkan mana-mana harta gereja sama ada untuk membina masjid atau rumah untuk Muslim.

2. Semua harta gereja [kristian] akan dikecualikan dari segala cukai. 3. Penguasa gereja tidak akan dipaksa oleh Muslim untuk meninggalkan

jawatan mereka. 4. Kristian tidak akan dipaksa oleh Muslim untuk bertukar agama kepada

Islam. 5. Jika wanita kristian berkahwin kepada seorang Muslim, dia mempunyai

kebebasan untuk mengamalkan agamanya.

Setelah tentera berehat dari kepenatan perjalanan yang jauh, Rasul kini memberi isyarat untuk memulakan perjalanan pulang. Baginda tiba di Madinah setelah tiada di sana untuk selama sebulan.

BAB 35

Pengisytiharan Surah Bara’ah atau Al-Tawbah

Apabila musim haji tahun ke 9 H. tiba, Muhammad, Rasul Allah, mempunyai tugas penting yang amat banyak dan memerlukan perhatian baginda, sehinggakan baginda tidak dapat meninggalkan Madinah. Maka baginda memanggil Abu Bakar

180

Page 181: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

dan menghantarnya ke Makkah sebagai ketua pasukan yang mengandungi 300 orang jemaah untuk melakukan ibadah Haji.

Ini adalah tugas Abu Bakar yang pertama sebagai ketua.

Abu Bakar dan para jemaah haji telah meninggalkan Madinah. Sehari selepas pemergian mereka, Rasul menerima dari langit, wahyu yang baru dipanggil Bara’ah atau Al-Taubah, Surah ke sembilan di dalam al-Quran, dan baginda telah diperintahkan khusus untuk menyampaikannya di Makkah sendiri atau menyerahkan kepada delegasi untuk melakukannya, seorang dari keluarganya, tetapi tidak kepada sesiapa. Di dalam mematuhi arahan dari langit, Muhammad Mustafa memanggil sepupunya, Ali ibn Abi Talib, baginda berikan kepada beliau unta baginda untuk dinaiki, dan menyuruh beliau membawa wahyu yang baru diterima ke Makkah, dan untuk dibacakan di sana di dalam perhimpunan para jemaah Muslim dan juga musyirik.

Muhammad ibn Ishaq: Apabila Surah Al-Tawbah diwahyukan kepada Rasul, selepas baginda menghantar Abu Bakar untuk menyelia jemaah haji, seseorang telah mengatakan pendapatnya supaya baginda menghantarkan surah itu kepada Abu Bakar. Baginda berkata: "Tiada siapa yang boleh melaksanakan tugas ini untuk saya melainkan orang dari rumah saya sendiri." Kemudian baginda memanggil Ali dan berkata: "Ambil bahagian ini dari permulaan Surah Al-Tawbah, dan bacakannya kepada manusia pada hari korban apabila mereka berkumpul di Mina." (The Life of the Messenger of God)

Washington Irving: Muhammad menghantar Abu Bakar sebagai ketua jemaah haji ke Makkah, kerana baginda sendiri terlalu sibuk dengan tugas-tugas domestik dan juga awam untuk melakukannya dengan meninggalkan Madinah.

Sejurus kemudian Muhammad memanggil anak menantunya dan juga pengikutnya yang setia, Ali, dengan memberi beliau untanya yang terpantas, dan menyuruh beliau untuk bersegera dengan pantas pergi ke Makkah, di sana beliau hendaklah membacakan kepada himpunan manusia yang telah berkumpul dari segala pelusuk dunia, satu surah yang penting dari al-Quran, yang baru sahaja diterima dari langit.

Ali melaksanakan tugasnya seperti biasa dengan bersungguh-sungguh dan sempurna. Beliau tiba di kota suci di tengah kemuncak perayaan agama. Beliau berdiri di atas bukit Al-Akaba, di hadapan himpunan manusia yang ramai, dan memperkenalkan dirinya sebagai pesuruh Rasul dengan membawa wahyu yang amat penting. Beliau kemudian membacakan Surah yang beliau bawa, yang mana agama dari pedang ini telah menyatakan segalanya dengan amat keras.

Apabila Abu Bakar dan Ali kembali ke Madinah, Abu Bakar telah menyatakan terperanjatnya dan juga tidak puas hatinya kerana tidak dijadikan penyampai wahyu yang begitu penting, kerana ini mempunyai kaitan dengan misinya diketika itu, tetapi dia kemudian berpuas hati dengan jawapan bahawa segala wahyu yang baru diturunkan hendaklah disampaikan oleh Rasul sendiri, atau oleh seseorang dari keluarga terdekatnya. (The Life of Mohammed)

Sir William Muir: Pada penghujung musim haji, pada hari korban, di tempat melontar berhampiran Mina, Ali membaca dengan kuat kepada orang ramai yang mengelilingi beliau di laluan yang sempit, firman Allah.

Setelah membaca ayat suci itu, Ali menambah: "Saya telah diarahkan untuk menyatakan kepada kamu bahawa tidak ada musyirik yang memasuki syurga. Tidak ada musyirik yang akan mengerjakan haji sesudah tahun ini, dan tiada siapa boleh mengelilingi rumah suci bertelanjang. Sesiapa mempunyai perjanjian

181

Page 182: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

dengan Rasul akan dihormati sehingga tempohnya tamat. Empat bulan dibenarkan kepada semua suku kaum untuk pulang dengan selamat ke tempat mereka. Selepas itu ikatan kepada Rasul selesai."

Jemaah yang ramai mendengar dengan tenang sehingga Ali selesai. Kemudian mereka bersurai, dan pulang ke tempat masing-masing, memberitahu kepada semua suku kaum yang ada di dalam semenanjung akan arahan perundangan yang keras yang mereka dengar dari mulut Ali. (The Life of Mohammed, London, 1877)

Muhammad Husayn Haykal:... etelah beliau (Ali) selesai membacakan ayat al-Quran, beliau menambah dengan perkataan beliau: "Wahai manusia, tiada musyirik akan memasuki syurga, tiada musyirik akan menunaikan haji selepas tahun ini, dan tiada yang tidak berpakaian dibenarkan untuk mengelilingi Kaabah. Sesiapa yang telah mengikat perjanjian dengan Rasul Allah [s.a.w], perjanjian itu dipatuhi selama tempohnya belum tamat." Ali menyampaikan empat arahan ini kepada manusia dan memberikan empat bulan tempoh perdamaian yang mana mereka boleh kembali ke tempat mereka dengan selamat. Dari semenjak itu tiada musyirik datang menunaikan haji atau yang tidak berpakaian berkeliling pada Kaabah. Dari masa itu kerajaan Islam telah tertubuh. (The Life of Mohammed, Cairo, 1935)

Ali ibn Abi Talib "menyampaikan ayat-ayat Allah" di Mina, mewakili Rasul Allah. Ini hendaklah diingati oleh pembaca bahawa “membacakan ayat-ayat Allah” adalah fungsi yang amat penting, sehingga Allah sendiri mengesahkannya di dalam al-Quran, seperti yang dibaca:

Ini adalah ayat-ayat Allah: Kami sampaikan kepada kamu dengan sebenarnya: sesungguhnya kamu adalah seorang dari para Rasul. (Surah 2; ayat 252)

Itu adalah apa yang Kami bacakan kepada kamu ayat-ayat Kami dan peringatan yang benar. (Surah 3; ayat 58)

Ini adalah ayat-ayat Allah: Kami bacakan kepada kamu dengan sebenarnya: dan Allah tidak menzalimi makhluknya. (Surah 3; ayat 108)

Menurut dari ayat ini, Tuhan sendiri telah membacakan ayat-ayatNya kepada Muhammad, pesuruhNya, dan kemudian baginda setelah mendengarnya membacakan kepada ke seluruh makhluk. Membacakan ayat-ayat Allah adalah satu dari tugas yang penting. Pentingnya tugas ini telah ditunjukkan oleh oleh ayat yang berikutnya dari al-Quran al-Majid:

Wahai Tuhan! Utuslah seorang Rasul dari di antara mereka yang akan membacakan ayat-ayat Kamu kepada mereka dan mengajarkan mereka Kitab dan hikmah, dan membersihkan mereka untuk Kamu yang Maha Perkasa, lagi Bijaksana.(Surah 2; ayat 129)

Sebagaimana Kami telah mengutuskan seorang Rasul kepada kamu dari di antara kamu, membacakan kepada kamu ayat-ayat Kami, dan membersihkan kamu, dan mengajarkan kamu kitab dan hikmah, dan pengetahuan yang kamu tidak ketahui [yang baru]. (Surah 2; ayat 151)

Tuhan telah memberikan kurniaan kepada yang beriman apabila Dia mengutuskan seorang Rasul dari di antara mereka, membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihkan mereka, dan mengajar mereka kitab dan hikmah, sedangkan mereka sebelum ini di dalam kesesatan. (Surah 3; ayat 164)

Adalah Dia yang telah mengutuskan Rasul yang ummi dari di antara mereka, untuk membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, untuk membersihkan

182

Page 183: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

mereka, dan untuk mengajarkan kepada mereka kitab dan hikmah, walaupun mereka sebelum ini, di dalam kesesatan yang nyata. (Surah 62; ayat 2)

Menurut dari ayat-ayat ini, Muhammad, Rasul Allah, mempunyai tugas yang berikut untuk dilaksanakan:

1.Membacakan ayat-ayat Allah kepada manusia; 2.Mengajarkan mereka al-Kitab dan hikmah; 3.Membersihkan mereka; 4.Mengajarkan mereka dengan pengetahuan yang baru.

Pertama yang disebut di antara semua tugas Rasul, adalah “membacakan ayat-ayat Allah.” Ia sungguh penting sehingga telah mengambil kedudukan tempat pertama dari segala tugas Rasul. Membacakan ayat-ayat Allah telah juga disebutkan secara tunggal oleh al-Quran di dalam ayat yang berikut:

Demikianlah Kami telah hantar di antara manusia, yang terdahulu beberapa kaum sebelum itu, supaya kamu dapat bacakan kepada mereka apa yang kami telah turunkan kepada kamu secara ilham …. (Surah 13; ayat 30)

...Dan saya diarah untuk menjadi yang menyembah dalam Islam, kepada kehendak Allah, dan untuk membacakan al-Quran. Dan jika sesiapa menerima petunjuk, mereka hanya melakukan untuk kebaikan dirinya sendiri, dan jika mereka sesat, katakan: Saya hanya yang memberikan peringatan." (Surah 27; ayat 91-92)

...Allah sesungguhnya telah mengutuskan peringatan, seorang Rasul, yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Allah yang mengandungi keterangan yang jelas bahawa dia akan memandu mereka yang beriman dan beramal soleh dari jurang kegelapan kepada cahaya... (Surah 65; ayat 10-11)

Juga terdapat peringatan yang berikut ini di dalam al-Quran al-Majid:

...Mereka yang kafir kepada ayat-ayat Allah, akan menderita seksaan yang pedih [di akhirat] dan Allah Maha Perkasa lagi mempunyai Seksaan. (Surah 3; ayat 4)

Adalah Tugas ini, Membacakan Ayat-ayat Allah, yang Ali ibn Abi Talib telah disuruh untuk melakukannya.

Seperti yang telah dinyatakan di atas di dalam Zil-Hajj tahun ke 9 H., Muhammad, Rasul Allah, terlalu sibuk untuk pergi ke Makkah menunaikan Haji, dan untuk membacakan wahyu yang baru disampaikan, Surah Bara’ah. Maka, atas perintah Allah baginda terpaksa memilih orang lain untuk menjalankan tugas baginda. Orang yang terpilih adalah Ali ibn Abi Talib.

Di dalam tahun ke 8 H. (630 M.) ketika penaklukan Makkah, Ali dan ketuanya, Muhammad Mustafa, telah membersihkan Rumah Allah (Kaabah) dari patung-patung berhala Arab. Ali telah menghancurkan patung-patung tersebut, dan membuangnya keluar Kaabah. Dalam tahun ke 9 H. (631 M.), beliau mensucikan Kaabah dari para musyirik itu sendiri dengan membacakan kepada mereka ayat yang mengatakan mereka tidak diterima untuk masuk kekawasan yang suci itu selamanya. Musim haji tahun ke 9 H. adalah kali terakhir musyirik Arab berkumpul di kawasan suci Kaabah atau di Makkah.

Allah telah memilih Ali ibn Abi Talib untuk mengembalikan Kaabah kepada keadaannya yang suci dahulu; dan menghantar wahyu yang khusus kepada Muhammad Mustafa, RasulNya, untuk menerangkan kehendakNya kepada beliau.

183

Page 184: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Ali, seorang hamba Allah, telah mengembalikan dan memulikan rumah yang suci itu kepada sama seperti keadaan ketika Nabi Ibrahim dan Ismail (A.S.), telah tinggalkan berabad dahulu.

Ketika menyatakan polisi itu di Mina dalam tahun ke 9 H., Polisi Negara kerajaan Islam, Ali adalah “alat” bagi Allah, sama seperti dalam tahun ke 7 H., beliau telah menjadi “tangan” bagi Allah yang menakluki Khaybar untuk Islam, dan meletakkan asas kerajaan langit di muka bumi ini.

Cerita mengenai wahyu dan penyampaian Surah Bara’ah (Surah 9, Qur’an), membuktikan bahawa:

1. Ali ibn Abi Talib adalah ahli dari keluarga Muhammad Mustafa, Rasul Allah yang dirahmati.

2. Tugas-tugas Muhammad, Rasul Allah, boleh dilakukan dalam ketiadaan baginda, hanya oleh Ali dan tiada yang lain.

3. Wakil atau pengganti Muhammad, Rasul Allah, boleh dipilih hanya oleh Allah sendiri atau RasulNya, tetapi bukan oleh ummat Muslim.

4.Ali adalah manusia yang paling berkelayakan untuk mewakili pesuruh Allah, dan tidak ada yang lebih baik dari beliau.

5. Fungsi yang paling penting sebagai ketua negara Islam adalah menyampaikan perintah Allah di bumi ini. Walaupun Abu Bakar ada di Makkah diketika itu, dia tidak diizinkan untuk menyampaikan perintah Allah; Ali ibn Abi Talib yang menyampaikannya.

Marmaduke Pickthall: Walaupun Makkah telah ditawan dan penduduknya adalah Muslim, perintah rasmi bagi jemaah haji telah ditukar, jahiliah Arab melaksanakan secara mereka dan Muslim secara mereka pula. Hanya pada ketika jemaah haji telah meninggalkan Madinah di dalam tahun ke sembilan Hijrah, dan Islam telah berkuasa di utara Arab, barulah pengistiharan al-Bara’ah, seperti yang dikatakan telah diwahyukan. Rasul menghantar satu salinan dengan menggunakan pesuruh kepada Abu Bakar, ketua jemaah, dengan arahan bahawa Ali hendaklah membacanya kepada manusia ramai di Makkah. Ia menyatakan bahawa selepas tahun itu hanya Muslim sahaja yang boleh melakukan haji, pengecualian telah dibuat kepada musyirik yang mempunyai perjanjian dengan Muslim, dan tidak pernah melanggar perjanjian atau menolong musuh yang menentang Islam. Mereka boleh menikmati perjanjian tersebut sehinggalah tempohnya tamat. Setelah itu mereka samalah seperti musyirik lain. Kenyataan itu menandakan berakhirnya Jahiliah di jajahan Arab. (Introduction to the Translation of Holy Qur’an, Lahore, Pakistan, 1975)

Adalah dengan keredhaan Allah bahawa hamba kesayanganNya, Ali ibn Abi Talib, yang harus membaca KenyataanNya, yang telah menamatkan jahiliah dijajahan Arab selamanya.

BAB 36

Ekspedisi Terakhir

Setelah penaklukan Makkah banyak kaum jahiliah telah menjadi Muslim secara sukarela, sedangkan yang lain menerima Islam apabila Rasul menghantar

184

Page 185: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

perwakilan kepada mereka, untuk menunjukkan kepada mereka ajaran dan amalan agama. Seorang dari perwakilan ini adalah Ali ibn Abi Talib. Ketuanya menghantar beliau ke Yaman dalam tahun ke 10 H. untuk mempelawa kaum Yaman kepada Islam.

Walaupun ekspedisi terakhir yang ditubuhkan oleh Rasul adalah yang dihantar ke sempadan Syria di bawah pemerintahan Usama bin Zayd bin Haritha, pasukan ini tidak meninggalkan Madinah di masa hayat baginda. Dari itu ekspedisi bulan Ramadan tahun ke 10 H. yang baginda hantar ke Yaman di bawah pemerintahan Ali adalah ekspedisi yang terakhir sebenarnya meninggalkan Madinah ketika hayat Rasul.

Ali tiba di Yaman dengan pasukan berkudanya dipertengahan musim sejuk, dan beliau mempelawa suku kaum Madhhaj untuk menerima Islam, tetapi mereka jawab dengan batu dan anak panah yang mana beliau memberi isyarat kepada pasukannya untuk menyerang. Mereka serang suku kaum itu dan mengalahkan mereka, dan beliau membiarkan kaum itu melarikan diri kerana misi beliau adalah misi damai bukannya perang. Beliau mengarahkan pasukannya untuk menyerang sekadar untuk mempertahankan diri.

Kaum Madhhaj kemudiannya meminta perdamaian; dan Ali sedia menerima, dan memperbarui pelawaan beliau kepada mereka supaya menerima Islam. Kali ini mereka dan juga kaum Hamdan, bersama menyahut seruan beliau untuk menerima Islam. Misi Ali berjaya. Ke seluruhan Yaman menjadi Islam melalui usaha beliau. Beliau melaksanakan misi dengan sempurna dan berkeyakinan dan ini menunjukkan bahawa beliau adalah perwakilan Islam yang tiada tandingannya. M. Shibli: Kumpulan yang paling kuat dan berpengaruh di Yaman adalah dari kaum Hamdan. Di penghujung tahun ke 8 H., Rasul menghantar Khalid bin Walid untuk mempelawa mereka kepada Islam. Khalid menghabiskan masa selama 6 bulan menyampaikan Islam, tetapi tidak ada yang bertukar, dan misinya gagal. Dia adalah seorang general dan penakluk tetapi bukannya seorang penyebar atau perwakilan agama. Akhirnya Rasul memanggilnya pulang ke Madinah, dan sebagai ganti menghantar Ali ibn Abi Talib.

Ali mengumpulkan semua kaum Hamdan di satu kawasan lapang, dan beliau membacakan kepada mereka pengkhabaran Rasul Allah, dan memberikan Islam kepada mereka. Kali ini mereka bertindak dengan menerima Islam. Kesemua suku kaum menjadi Muslim.

Ali menghantar berita mengenai hasil dari misinya kepada Rasul di Madinah. Apabila Rasul membaca laporan beliau, baginda bersyukur kepada Allah, dengan mengadap ke langit, baginda dioakan untuk kaum Hamdan. Ini baginda lakukan dua kali. (Sira-tun-Nabi, Vol. II, Tenth Edition, 1974, published by the Ma'arif Printing Press, Azamgarh, India).

Semasa 10 tahun terakhir dari hayat baginda, Rasul Islam telah menubuhkan 80 ekspedisi yang telah meninggalkan Madinah di dalam berbagai misi, sebahagiannya berupa angkatan perang dan yang lainnya ekspedisi secara aman. Ekspedisi Ali ke Yaman adalah sesuatu yang mempunyai kepentingan khusus kerana ini adalah ekspedisi yang terakhir. Tidak ada ekspedisi lain yang meninggalkan Madinah ketika hayat Rasul.

Tahun ke 10 H. (631 M.) telah digelar tahun delegasi. Banyak suku kaum Arab menghatar delegasi ke Madinah untuk menerima Islam, dan memberikan taat setia mereka kepada Muhammad Mustafa sebagai ketua.

185

Page 186: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Pada tahun pertama Hijrah (622 M.) Madinah mendapat status kota, tetapi dalam masa 10 tahun ia telah berkembang kepada ibu negeri sebuah negara. Ke seluruh semenanjung telah mengiktiraf agama dan juga kekuasaannya. Muhammad Mustafa [s.a.w], telah mengadakan kedamaian ke seluruh negara, dan telah mengambil langkah-langkah yang efektif untuk memelihara kepentingan Ummat Muslim. Tidak ada ancaman dari luar terhadap kerajaan Islam dari mana-mana pihak.

Yahudi dan Kristian membayar cukai atau penghargaan [Jizya]. Mereka menikmati kesemua hak warga negara Islam, dan mereka juga menikmati kebebasan beragama di dalamnya. Kebanyakan Arab kini telah bertukar kepada Islam, dan di dalam pembentukkan semangat kebangsaan yang baru. Ini adalah sebahagian dari banyaknya rahmat yang Islam telah bawa kepada semenanjung Arab

BAB 37

Haji Perpisahan

186

Page 187: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Di dalam DHUL-QIDAH, (bulan ke 11 kalender Islam) dalam tahun ke 10 H., Muhammad Mustafa, Rasul Allah, mengistiharkan bahawa baginda akan menziarahi Makkah untuk melakukan fardu Haji. Berita ini telah tersebar ke seluruh negara dan jumlah Muslim yang ramai telah berkumpul di Madinah untuk bersama dengan baginda ke Makkah. Jumlah mereka dianggarkan sebanyak 100 000 orang. Sebelum pergi baginda melantik Abu Dujana Ansari sebagai gabenor di Madinah semasa ketiadaan baginda. Pada 25hb Dhul-Qidah, baginda meninggalkan Madinah, diiringgi oleh kesemua isteri baginda.

Muslim telah memperhatikan setiap gerak, amalan, dan setiap perbuatan Rasul dalam mengerjakan haji ini, dan segala yang dilakukan Rasul telah menjadi amalan bagi setiap masa, dan untuk diikuti oleh semua Muslim.

Maxime Rodinson: Setelah jatuhnya Makkah, Muhammad mengerjakan (untuk kali keduanya semenjak hijrah) amalan Umrah, tawaf mengelilingi Kaabah, dan berlari antara Safa dan Marwa (400 ela jauh di antaranya). Tetapi baginda tidak melakukan ibadah haji….. Baginda mungkin mempunyai pendapat untuk mengubah haji secara jahiliah ini. Setelah Makkah ditawan, pada bulan Dhu'l-Hijjah tahun itu, Attab, gabenor Makkah yang dilantik oleh Muhammad, telah melakukan ibadah itu dengan kedua-duanya Muslim dan jahiliah mengambil bahagian. Tahun yang berikutnya, Dhu'l-Hijjah tahun yang ke 9 (Mac-April 631 M.), Muhammad masih tidak dapat mengerjakan haji. Baginda belum dapat menyelesaikan secara khusus mengenai haji dan tidak berhajat untuk melakukan ibadah itu bersama dengan jahiliah. Baginda menghantar Abu Bakar untuk mengetuai rombongan haji tahun itu. Dan kemudiannya telah diambil alih oleh Ali, yang membawa wahyu dari yang Maha Tinggi, dan telah menjadikan urusan beliau untuk mempastikan perintah itu dilaksanakan. Jahiliah umumnya tidak boleh mengambil bahagian di dalam haji. Setelah tamatnya perjanjian damai, dalam tempoh empat bulan, semuanya yang tidak bertukar atau membuat perjanjian khas dengan Muhammad, akan di tangani sebagai musuh. Ini adalah tahun terakhir jahiliah dibenarkan untuk bersama melakukan haji.

Setahun kemudian, dalam bulan Dhu'l-Hijjah tahun ke 10 (Mac 632 M.), Rasul mengistiharkan bahawa baginda sendiri akan melakukan haji, kini tempat ibadah telah dibersihkan dari kehadiran jahiliah. Baginda tiba di Makkah pada 5 Dhu'l-Hijjah (3hb March). Pada 8 Dhu'l-Hijjah, ibadah haji bermula. Semua mata tertumpu kepada Rasul kerana segala yang dilakukan oleh baginda ketika melakukan ibadah haji akan menjadi ‘hukum’ untuk melaksanakan ibadah ini. (Muhammad)

Pada hari ke 9hb Dhul-Hijjah dalam tahun ke 10 H., Rasul memberi khutbah yang bersejarah di tanah lapang Arafat di mana baginda menyatakan perkara-perkara yang utama di dalam ajaran baginda. Pertama sekali baginda bersyukur kepada Tuhan di atas anugerah dan rahmatNya yang tidak terhingga, dan kemudian berkata: "Wahai Muslim! Dengarkanlah kepada saya dengan bersungguh-sungguh. Ini mungkin kali terakhir untuk saya bersama dengan kamu, dan mungkin saya tidak akan hidup untuk melakukan haji sekali lagi.

Tuhan adalah Esa dan tiada sekutu bagiNya. Jangan sekutukan sesiapa atau apa sahaja denganNya. Sembahlah Dia, takutlah kepadaNya, Taatilah Dia, patuhlah kepadaNya dan cintalah Dia. Jangan tinggalkan solat kamu yang wajib. Berpuasalah dibulan Ramadhan, keluarkanlah zakat dan ziarahlah ke rumah Allah bila-bila masa yang boleh.

Ingat bahawa setiap kamu akan dipertanggungjawabkan kepada tuhan dari segala yang kamu lakukan di dunia ini, dan tidak lama lagi kamu akan mendapati diri kamu berhadapan denganNya.

187

Page 188: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Saya kini membasmikan segala adat, amalan dan juga tradisi yang ada di masa jahiliah. Saya melepaskan hak membalas dendam darah bagi sepupu saya, Ibn Rabi'a; dan saya melepaskan faedah di atas pinjaman yang diberikan oleh bapa saudara saya, Abbas ibn Abdul Muttalib.

Saya menyeru kepada kamu semua untuk menghormati dan menghargai, nyawa dan harta sesama kamu dengan cara yang sama seperti kamu menunjukkan hormat dan sucinya hari ini. Semua yang beriman adalah bersaudara. Jika sesuatu kepunyaan yang lain adalah haram bagi yang lain untuk mengambilnya tanpa kebenaran tuannya.

Jujurlah di dalam percakapan dan perbuatan, dan hendaklah jujur sesama sendiri, dan kekal bersatu selamanya.

Kamu mempunyai hak ke atas kaum wanita; begitu juga kamu mempunyai tanggungjawab kepada mereka. Layanilah mereka dengan kasih sayang, kebajikan, hormat dan kecintaan.

Hamba milik kamu juga telah dijadikan oleh Allah. Jaganlah berlaku zalim kepada mereka. Jika mereka bersalah ampunkanlah mereka. Berilah mereka makan apa yang kamu makan dan berikan mereka pakaian sama seperti yang kamu pakai.

Ahli keluarga saya adalah seperti bintang petunjuk. Mereka akan membawa kepada keselamatan semua yang patuh dan mengikuti mereka. Saya tinggalkan di antara kamu peninggalan yang berharga, kitab Allah (Qur’an) dan ahli dari keluarga saya. Keduanya saling memperkukuhkan dan tidak akan berpisah. Jika kamu bertentangan dengan keduanya, maka kamu akan sesat.

Dan ingat bahawa saya adalah Rasul Allah yang terakhir kepada manusia. Sesudah saya tidak ada lagi Rasul atau pesuruh-pesuruh dari Tuhan."

Muhammad Mustafa mengakhiri khutbah baginda dengan doa yang pendek pada memuji yang Menjadikan, serta memintaNya menjadi saksi bahawa baginda telah melaksanakan segala tugasnya, dan telah menyampaikan pengkhabaran Islam kepada manusia.

Ucapan ini, sama seperti ucapan baginda yang lainnya, adalah jelas dan mudah difahami. Baginda telah merangkumi di dalamnya pengajaran Islam supaya ia terlekat di dalam hati dan fikiran pendengar di setiap masa.

Rasul telah menunjukkan kepada Muslim bagaimana untuk melakukan ibadah haji, dan bagaimana untuk membasmikan apa yang tinggal dari jahiliah.

Di dalam ucapannya, Rasul juga telah membayangkan bahawa sisa-sisa hidup baginda mungkin tidak lama. Diketika ini bahawa Surah ke 110 dari al-Quran yang dipanggil “Pertolongan” (Surah Nasr), telah diwahyukan, yang dibaca seperti berikut:

“Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan, Dan engkau lihat manusia masuk ke dalam agama Allah dengan berduyun-duyun, Maka bertasbihlah serta memuji Tuhanmu dan meminta ampunlah engkau kepadaNya, Sesungguhnya Dia Penerima taubat. “

Imam Bukhari menyampaikan bahawa apabila Surah ini diwahyukan, Umar bin al-Khattab bertanya kepada Abdullah ibn Abbas jika beliau boleh memperjelaskan maksudnya. Ibn Abbas berkata: "Ayat ini bererti bahawa waktu untuk Rasul Allah berpisah dengan kita telah hampir tiba."

188

Page 189: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Ramai ahli sejarah yang terkemudian, dari timur mahupun barat telah mengatakan bahawa kematian Rasul adalah mengejut dan tidak diduga. Tetapi kematian baginda bukanlah yang sedemikian. Yang sebenarnya baginda sendiri telah memperkatakan perkara itu dahulu, dan apabila Surah “Pertolongan” diwahyukan, maka kesangsian yang ada di dalam fikiran para sahabat yang utama telah terhapus dan mereka tahu waktu untuk baginda pergi kepada ilahi telah tiba. Pengumuman kematian terdapat dalam ayat ketiga yang mana telah disuruh “berdoa untuk pengampunanNya,” dan manusia yang mempunyai kefahaman yang tajam, pasti telah mengetahui akan maksudnya.

Marmaduke Pickthall: Adalah di masa haji perpisahan bahawa Surah yang bertajuk ‘Pertolongan’ telah diwahyukan, di mana baginda (Muhammad) telah menerima kenyataan mengenai kematiannya yang akan tiba. (Introduction to the translation of Holy Qur’an, Lahore, Pakistan, 1975)

BAB 38

189

Page 190: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Perlantikan Ali ibn Abi Talib Sebagai Bakal Penguasa Muslim dan Ketua Negara Islam

Haji perpisahan telah selesai, Muhammad Mustafa, Rasul Allah, dan pengikut baginda yang ramai telah bersedia untuk berangkat pulang. Baginda memberikan isyarat kepada rombongan para jemaah untuk mula meninggalkan Makkah.

Di satu kawasan yang tidak jauh diutara Makkah, terdapat satu lapangan yang dipanggil Khumm, dan di Khumm terdapat satu perigi atau lopak air (Ghadir). Khumm terletak dipersimpangan jalan yang banyak. Apabila Rasul sampai di kawasan Ghadir, baginda menerima wahyu yang baru, yang berikut ini adalah wahyunya dari langit:

“Wahai Rasul! Sampaikan pengkhabaran yang telah dikirimkan kepada kamu dari Tuhanmu. Jika kamu tidak sampaikan, kamu telah tidak memenuhi dan melaksanakan amanat Tuhan. Dan Allah akan memelihara kamu dari manusia [yang berniat jahat] kerana Allah tidak memberi petunjuk mereka yang menolak kebenaran. (Surah 5; ayat 67)

Arahan dari langit jarang sekali, jika ada sekalipun, tidaklah sekeras seperti ayat ini, dan pasti perkara ini ada kaitan dengan sesuatu yang amat penting di mana Rasul sendiri terpaksa menyampaikannya, diketika itu juga. Maka baginda mengarahkan rombongan baginda berhenti, dan baginda memanggil semula semua rombongan yang terdahulu, dan baginda sendiri menunggu sehingga rombongan yang terakhir meninggalkan Makkah, tiba di sekitar Ghadir Khumm.

Para jemaah sudah mula hendak berpisah di Khumm; berpisah menuju laluan masing-masing untuk pulang. Rasul kini mempunyai pengumuman yang penting hendak disampaikan kepada mereka sebelum para jemaah mula berpisah, dan baginda mengharapkan jumlah Muslim yang banyak dapat mendengarkan pengumuman itu darinya.

Tempat berkhutbah telah didirikan dari tempat duduk unta, dan Rasul telah berdiri di atasnya supaya manusia yang ramai dapat melihat baginda dengan mata mereka sendiri. Sepupu baginda Ali berdiri di sebelah baginda. Muhammad Mustafa, Rasul Allah, telah bersedia untuk membuat pengumuman yang bersejarah dengan melaksanakan perintah yang dimandatkan dari Tuhan seperti disebutkan di atas. Baginda berterima kasih kepada Tuhan kerana rahmatNya untuk Islam, dan kerana kemurahan dan kebajikanNya; dan kemudian baginda tanyakan soalan yang berikut kepada Muslim: "Adakah saya mempunyai atau tidak mempunyai hak yang lebih di atas jiwa kamu lebih dari diri kamu sendiri di atasnya?"

Muslim menjawab dengan satu nada: "Rasul mempunyai lebih hak di atas jiwa kami dari diri kami sendiri." "Jika begitu," baginda berkata, "maka saya mempunyai pengkhabaran yang amat penting untuk disampaikan kepada kamu," dan baginda menyampaikan pengkhabaran itu seperti berikut:

"Wahai Muslim! Saya adalah manusia seperti kamu semua, dan saya tidak lama lagi akan dipanggil untuk mengadap Tuhan. Peninggalan saya yang amat berharga kepada kamu adalah kitab Allah dan ahli keluarga saya, seperti yang telah dikatakan terdahulu. Sekarang dengarkanlah ini dengan berhati-hati, saya adalah ketua kepada kamu semua, dan saya hendak kamu memperakui [pada saat ini baginda mengangkat tangan Ali tinggi-tinggi melepasi kepala baginda] Ali juga adalah ketua kamu. Ali adalah ketua bagi lelaki dan wanita di mana saya adalah ketuanya."

Setelah menyampaikan pengkhabaran itu, Muhammad Mustafa mengangkat tangannya ke langit dan berdoa:

190

Page 191: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

"Wahai Allah! Jadilah sahabat kepada mereka yang bersahabat dengan Ali, dan jadilah musuh kepada mereka yang bermusuhan dengan beliau. Bantulah mereka yang membantunya, dan abaikan mereka yang mengabaikannya (Ali)."

Itu adalah ringkasan apa yang Muhammad, Rasul Allah, katakan di Khumm. Teks yang lengkap, dan kandungan isi ucapan baginda ada tersimpan di dalam buku yang terkenal Taudih-ad-Dala'il oleh seorang doktor Sunni yang terkenal, Allama Shahab-ud-Din Ahmad. Berikut adalah ringkasan ucapan baginda seperti yang dirakamkan di dalam Taudih-ad-Dala'il:

“Saya mengucapkan syukur kepada Allah terhadap segala pemberiannya. Saya naik saksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah, yang Maha Esa, Maha Perkasa, Maha Sempurna. Kita semua bergantung kepadaNya. Dia tidak mempunyai isteri, tidak mempunyai anak dan tidak mempunyai sekutu. Saya adalah hambanya, tetapi Dia telah memilih saya sebagai pesuruhNya untuk memberi petunjuk kepada semua manusia. Wahai manusia! Takutlah kepadaNya setiap masa dan jangan sekali-kali mendurhakaiNya. Janganlah berperang melainkan untuk Islam, dan ingatlah pengetahuan Allah meliputi segalanya.

Wahai Muslim! Berwaspadalah, ketika saya sudah tiada, akan timbul manusia yang akan menyatakan kenyataan palsu dari saya dan akan terdapat manusia lain yang akan mempercayainya. Tetapi saya mencari perlindungan dengan Allah bahawa apa yang saya katakan adalah kebenaran, dan mengajak kamu kepada apa sahaja yang telah diwahyukan kepada saya. Sesiapa yang melanggar perkara ini, akan mendapat balasan untuknya.

Pada ketika ini Ibada ibn Samit, seorang sahabat bangun dan bertanya: "Wahai Rasul Allah! Apabila saat itu tiba, siapa yang perlu kami cari untuk petunjuk?" Rasul Allah menjawab seperti berikut:

Kamu hendaklah ikut dan patuh kepada “ahli rumahku (Ahlul-Bait)." Mereka adalah pewaris ilmu dan kebijaksanaan ku. Mereka akan menyelamatkan kamu dari kesesatan, dan mereka akan membimbing kamu kepada kesejahteraan. Mereka akan membawa kamu kepada al-Kitab (Al-Qur’an al-Majid) dan sunnahku. Ikutilah mereka kerana mereka tidak pernah ragu mengenai segala perkara. Keimanan mereka kepada Allah tidak berganjak. Merekalah yang mendapat petunjuk yang benar; mereka adalah para Imam, dan mereka sahaja yang dapat menyelamatkan kamu dari fasik, bid’ah dan sesat.

Allah telah mengarahkan kamu untuk mencintai Ahlul-Baitku. Patuh kepada mereka adalah wajib kepada kamu (Al-Qur’an al-Majid: Surah 42, ayat 23). Merekalah yang telah disucikan (Al-Qur’an al-Majid: Surah 33, ayat 33). Merekalah yang telah dianugerahkan dengan kemuliaan dan keutamaan yang tidak diperolehi oleh manusia lainnya. Mereka adalah pilihan Allah sendiri.

Sekarang aku telah diperintahkan oleh Allah untuk membuat pengumuman ini: Pada ketika ini baginda mengangkat tangan Ali tinggi-tinggi, dan berkata:

"Ketahuilah kamu semua, barang sesiapa aku adalah maulanya (ketua), Ali adalah maulanya (ketua). Wahai Allah! Jadilah sahabat kepada mereka yang menjadi sahabat kepada Ali, dan jadilah musuh kepada mereka yang memusuhi Ali. Wahai Allah! Bantulah mereka yang membantu Ali, dan abaikanlah mereka yang mengabaikan Ali."

Ucapan baginda telah berakhir. Muhammad Mustafa, Rasul Allah, secara formal dan rasmi telah mengistiharkan Ali ibn Abi Talib sebagai pemerintah kepada semua Muslim, dan telah melantik beliau sebagai ketua negara dan juga kerajaan Islam.

191

Page 192: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Sejurus sahaja pengumuman ini telah dibuat, wahyu yang terakhir dari Al-Qur’an al-Majid, telah disampaikan kepada baginda. Ia dibacakan seperti berikut:

“Pada hari ini Aku sempurnakan untuk kamu agamamu dan mencukupkan nikmat Ku kepada kamu, dan telah memilih untuk kamu Islam untuk menjadi agama kamu. (Surah 5; ayat 3)

Itu adalah hari ke 18hb bulan 12hb tahun ke 10 kalendar Islam (Mac 21, 632 M.) apabila ayat terakhir telah diwahyukan ke dunia. Wahyu telah bermula di tahun 610 M. di dalam gua Hira di Makkah, dan telah di tamatkan di tahun 632 M. di dataran Khumm dengan pengistiharan bahawa Ali ibn Abi Talib akan menjadi Khalifah selepas Muhammad bagi kerajaan Madinah dan Negara Islam.

Ibn Hujr Asqalani menulis di dalam bukunya Isaba bahawa selepas membuat pengumuman ini, Rasul Allah meletakkan serban di atas kepada Ali, dengan ini sempurnalah pertabalan.

Semua para sahabat mengucapkan tahniah kepada Ali di atas perlantikan ini, apabila Rasul sendiri telah memahkota dan mengistiharkan beliau adalah wazir dan juga pengganti baginda. Di antara mereka yang mengucapakan tahniah adalah Umar bin al-Khattab dan isteri-isteri Rasul.

Hassan bin Thabit Ansari adalah seorang penyair terkenal di masa Rasul, dan beliau mengarang syair bagi setiap peristiwa penting. Pertabalan Ali adalah satu dari peristiwa bersejarah yang mencabar kebolehan para penyair. Dia mengubah sebuah syair untuk peristiwa ini, yang dia tujukan khas untuk Ali. Berikut adalah terjemahannya secara kasar:

Pada hari Ghadir Khumm, Rasul kepada Muslim telah berkata, dan aku mendengar apabila baginda berkata: "Siapakah Tuhan kamu, dan siapakan ketua kamu?" Mereka semua berkata: "Allah Tuhan kami, dan kamu ketua kami, dan tiada siapa di antara kami yang boleh ingkar kepada kamu."

Maka baginda menyuruh Ali berdiri. Apabila Ali berdiri, baginda mengangkat tangannya dan berkata: "Aku memilih kamu sebagai ketua selepas ku. Dari itu, sesiapa aku adalah ketuanya, Ali adalah ketuanya juga. Maka kamu semua hendaklah menjadi sahabat setia dan penyokong beliau."

Rasul kemudian berdoa dengan berkata: "Wahai Allah! Berbaiklah dengan mereka yang berbaik dengan Ali, dan jadilah musuh kepada mereka yang memusuhi beliau."

Seorang lagi penyair yang mengubah syair untuk peristiwa pertabalan Ali adalah Qays ibn Ubada Ansari. Dia berkata: Apabila musuh memberontak menentang kami, Aku katakan bahawa pemelihara kami, Allah, mencukupilah Dia bagi kami, dan Dia adalah Pelindung yang terbaik yang kami miliki.

Ali adalah ketua kami dan ketua untuk semua yang beriman. Ini telah dinyatakan oleh Al-Qur’an al-Majid, dan begitulah semenjak hari pesuruh Allah berkata: "Sesiapa ketuanya adalah aku, Ali adalah ketuanya juga." Ini sesungguhnya adalah peristiwa yang penting.

Apa sahaja yang dikatakan oleh Rasul Allah pada hari itu adalah muktamad; dan kata terakhir, dan tidak terdapat ruang untuk berhujah mengenainya.

Pelik dan tidak disangka, seorang seperti Amr bin Aas telah "diilhamkan" serta dapat mengubahkan syair untuk Ali di Ghadir-Khumm. Berikut adalah sebahagian dari komposisinya:

192

Page 193: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Ayunan pedang Ali adalah seperti sumpah taat setia yang semua berikan di Ghadir, dan juga yang membuat setiap orang tunduk terhadap penguasaan yang barunya.

Jika kedua-dua ayat al-Qur’an yang berkaitan dengan perlantikan Ali, dibaca dalam bentuk turutan seperti mana ayat itu diturunkan, dan dalam bentuk kontek sejarah, pengertiannya akan menjadi lebih jelas. Saya akan menyebutkannya sekali lagi dalam bentuk analisis yang ringkas, dan juga untuk kemudahan rujukan, saya akan mengatakannya sebagai ayat yang pertama dan kedua.

(I). Wahai Rasul! Sampaikan pengkhabaran yang telah dikirimkan kepada kamu dari Tuhanmu. Jika kamu tidak sampaikan, kamu telah tidak memenuhi dan melaksanakan amanat Tuhan. Dan Allah akan memelihara kamu dari manusia [yang berniat jahat] kerana Allah tidak memberi petunjuk mereka yang menolak kebenaran.

(II). “Pada hari ini Aku sempurnakan untuk kamu agamamu dan mencukupkan nikmatKu kepada kamu, dan telah memilih untuk kamu Islam untuk menjadi agama kamu.

Pertabalan Ali berlaku di dalam jangka waktu di antara dua ayat Quran ini. Pertabalan beliau adalah perkara yang amat ditekankan sehingga Muhammad Mustafa, penerima wahyu, telah diperintahkan oleh ayat pertama, untuk menangguhkan segala apa yang baginda lakukan, dan memberikannya sepenuh tumpuan diketika itu juga. Maka baginda mengarahkan semua jemaah untuk berkumpulan didataran Khumm, dan memberitahu mereka bahawa Ali akan memerintah mereka sebagai pengganti baginda di dalam kerajaan langit dibumi.

Sejurus sahaja Muhammad selesai melaksanakan tugas itu, ayat kedua telah diwahyukan sebagai tanda pengesahan dari langit terhadap tindakan baginda. Pengistiharan Ali sebagai penggantinya adalah penyempurnaan dan penyudah untuk kerja-kerja Muhammad dalam hidupnya. Dengan pengistiharan ini, misi baginga sebagai pesuruh Allah telah terlaksana. Baginda telah menyatakan Ali sebagai penggantinya di dalam banyak peristiwa sebelum ini tetapi di Ghadir-Khumm, baginda secara rasmi menabal beliau sebagai Ketua kerajaan Islam yang akan datang. Di antara dua ayat Quran ini, satu secara tegas meminta dilaksanakan dengan segera dan yang satu lagi secara jelas mengesahkan perlantikan Ali sebagai pengganti kepada Muhammad, dan juga kata-kata Muhammad: "Ali adalah ketua kepada semua lelaki dan wanita yang saya adalah ketuanya," di sana terdapat logik dan kesinambungan pertaliannya.

Sebahagian mereka yang amat teliti telah mempersoalkan perkataan “maula” yang digunakan oleh Rasul, apabila baginda berkata: Ali adalah maula kepada semua lelaki dan wanita yang saya adalah maulanya. Mereka mengatakan bahawa kenyataan itu adalah sahih, tetapi mereka menterjemahkan perkataan maula bukan sebagai “ketua” tetapi sebagai “kawan.” Tetapi itu bukanlah yang dimaksudkan oleh Rasul sendiri. Adakah baginda akan memanggil semua rombongan dan mengarahkan mereka supaya berkumpul di dataran yang tidak mempunyai perlindungan di Khumm hanya sekadar untuk memberitahu mereka bahawa Ali adalah kawan mereka? Adakah para jemaah selama ini menyangka bahawa Ali bukanlah kawan mereka, dan perlunya Rasul untuk meyakinkan mereka bahawa beliau yang sebenarnya adalah kawan mereka?

Manusia yang menterjemahkan perkataan maula sebagai “kawan” mungkin telah terlupa bahawa Rasul menggunakannya untuk merujuk kepada diri baginda sendiri sebelum baginda menggunakannya untuk merujuk kepada diri Ali, dan ini

193

Page 194: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

telah menunjukkan kepada satu interpretasi yang betul, iaitu jika Muhammad, Rasul Allah, adalah ketua kepada semua Muslim; Ali juga adalah ketua mereka.

Mereka yang berhati-hati juga lupa bahawa sebelum mengistiharkan Ali sebagai pengganti dan penguasa kepada semua Muslim, Rasul telah bertanya kepada mereka soalan yang berikut:

""Adakah saya mempunyai atau tidak mempunyai hak yang lebih di atas jiwa kamu lebih dari diri kamu sendiri di atasnya?" Jawapan semua Muslim kepada soalan ini adalah sebulat suara “Ya.”

Soalan ini adalah pendahuluan terhadap pengumuman Rasul, bahawa Ali adalah pengganti baginda. Soalan dan pengumuman ini adalah sebahagian dari kontek yang sama, dan jika dibaca bersama, mereka tidak akan meninggalkan sebarang keraguan di dalam minda pembaca bahawa perkataan maula bererti “ketua” dan bukannya “kawan.”

Kebanyakan dari pengulas Sunni telah memutuskan bahawa arahan Tuhan kepada pesuruhNya di dalam ayat pertama mempunyai maksud yang khusus iaitu pengistiharan bahawa Ali adalah ketua kepada semua Muslim. Sebahagian dari pengulas itu adalah:

Wahidi di dalam Asbab-un-Nazul Suyuti di dalam Tafsir Durr al-Manthur Ibn Kathir Imam Ahmad bin Hanbal Abu Ishaq Naishapuri Ghazali di dalam Sirrul-Alamin Tabari di dalam Tarikh-ar-Rusul wal-Muluk Shaikh Abdul Haq Muhaddith dari Delhi, India

Di sini perlu ditunjukkan bahawa sebelum wahyu ayat pertama [yang di atas] (5:70), semua perintah berkenaan dengan Shari'a (kod agama Islam), seperti solat harian, puasa, zakat, haji dan jihad, bahkan semua perundangan untuk kehidupan Muslim secara perseorangan, sosial, ekonomi dan politik, telah diturunkan kepada Muhammad. Baginda telah menyampaikannya, dan Muslim telah melaksanakannya, dan ini telah menjadi sebahagian dari kehidupan mereka. Baginda telah memperkenalkan dan menguatkuasakan setiap perundangan. Seperkara yang belum dilakukan Rasul sehingga kini adalah memperkenalkan secara rasmi kepada ummat pengganti baginda sendiri. Ummat mempunyai hak untuk mengetahui siapakah yang akan menjadi pemerintah mereka setelah Rasul wafat. Inilah yang dilakukannya apabila baginda diperintahkan untuk “menyampaikan pengkhabaran.” Perintah Tuhan meyuruhkan bersegera, dan Rasul tidak dibolehkan untuk melengahkan perlaksanaannya walaupun seketika..

Tetapi sebaik sahaja Rasul selesai melaksanakan perintah Tuhan dengan jelas dan muktamad, ayat kedua (5:4) telah diwahyukan, dan ini telah meletakkan tanda penamat terhadap penerimaan segala tindakan Rasul.

Dengan pertabalan Ali sebagai pengganti Muhammad dan sebagai ketua kepada semua Muslim, ayat terakhir yang diwahyukan telah tertulis di dalam kitab Tuhan. Ayat terakhir dalam kitab Allah telah diwahyu dan dirakamkan pada Mac 21, 632 M., seperti yang dikatakan dahulu, dan pintu wahyu telah tertutup untuk selamanya. 80 hari kemudian iaitu pada Jun 8, 632 M, Muhammad Mustafa wafat meninggalkan ummatnya, dan pergi mengadap kepada Tuhan. Tidak terdapat sebarang rekod bahawa baginda ada memberikan kepada ummatnya arahan yang baru ataupun pembatalan (Awamir wa Nawahi), ajaran ataupun amalan dalam masa 80 hari ini. Islam telah diistiharkan sebagai cukup dan sempurna setelah Rasul melantik Ali ibn Abi Talib sebagai penggantinya.

194

Page 195: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Semoga Allah melimpahkan dengan banyak kepada hambaNya, Muhammad and Ali, dan ahli rumah mereka; rahmat, keamanan dan kemuliaan.

Muhammad Mustafa tidak boleh melihat kebelakang dengan kepuasan di atas kerjanya, dan tidak dapat melihat ke depan dengan harapan yang baru, penuh berkeyakinan dan gembira. Setelah melantik Ali sebagai penggantinya, baginda telah dapat melihat kesinambungan terhadap misi yang baginda telah usahakan bersungguh hati selama 23 tahun, dan telah menemui berbagai rintangan yang banyak. Misi baginda telah meminta korban yang banyak dari pihak diri baginda. Sekarang kelihatan seperti segala penat lelah baginda akhirnya telah mula menghasilkan buah, oleh kerana baginda tahu bahawa Ali akan memandu bahtera Islam ke arah tujuannya dengan kebolehan dan kemahiran yang sama seperti yang dimiliki baginda Rasul.

Muhammad tidak memilih Ali untuk menjadi penggantinya hanya kerana beliau adalah sepupu baginda, anak menantunya, dan pengikut yang disayangi, tidak juga baginda memilih beliau disebabkan kualiti dirinya. Muhammad tidak ada kaitan dengan pemilihan ini. Ketentuan masa; wahyu untuk dua ayat yang terakhir dari Al-Qur’an al-Majid (5:70 and 5:4), kejadian yang berlaku di antara kedua ayat tersebut, dan segala yang bersangkutan dengannya, akan menunjukkan kepada mereka yang mengamati kepada satu keputusan, iaitu pemilihan Ali sebagai pengganti Rasul Allah telah dibuat dilangit. Tuhan sendiri yang memilih Ali. Tuhan tentu tidak memilih yang kedua atau ketiga. Tuhan telah memilih yang terbaik, terulung dan paling unik iaitu Ali. Ali adalah simbol dan juga kenyataan yang jelas bagi kebenaran Islam dan beliau juga adalah saksi pertama bagi kebenaran Rasul. Semoga Allah merestui mereka berdua dan keluarga mereka.

Muhammad Mustafa, Rasul Allah, di setiap peluang yang terdapat cuba mendapatkan perhatian Muslim terhadap kedudukan kemuliaan Ali. Di dalam satu dari hadith yang terkenal, baginda berkata bahawa perhubungan baginda dengan Ali seperti Nabi yang terdahulu, Musa dan Harun, dengan perbezaan bahawa Ali bukanlah seorang Nabi.

Hadith ini telah disampaikan oleh Saad bin Abi Waqqas, dan telah dirakamkan oleh Imam Muslim di dalam buku sahihnya seperti berikut:

Amir b. Sa'ad b. Abi Waqqas menyampaikan dengan penyampaian dari bapanya bahawa Pesuruh Allah s.a.w berkata kepada Ali: "Kamu di dalam kedudukan yang sama kepada saya seperti Harun kepada Musa tetapi tidak ada Nabi selepas saya." Sa'd berkata: "Saya mempunyai keinginan yang besar untuk mendengarnya terus dari Sa'ad, maka saya bertemu dengan beliau dan memberitahunya apa yang Amir [anak beliau] telah katakan kepada saya, yang mana dia berkata: "Ya, Saya ada mendengarnya." Saya berkata: "Adakah kamu mendengarnya sendiri?" Yang mana beliau meletakkan jarinya ditelinga dan berkata: "Ya, dan jika tidak, biarlah kedua telinga saya menjadi pekak."

Sa'ad b. Abi Waqqas telah menyampaikan bahawa Pesuruh Allah s.a.w meninggalkan Ali di Madinah apabila baginda pergi di dalam ekspedisi ke Tabuk, Yang mana Ali berkata: "Rasul Allah, adakah kamu meninggalkan saya bersama kaum wanita dan kanak-kanak?" Kemudiannya baginda Rasul menjawab: "Tidakkah kamu berpuas hati dengan menjadi kepada saya seperti Harun kepada Musa tetapi dengan pengecualian bahawa tidak ada Nabi selepas saya?"

Hadith ini telah dibacakan dengan penyampaian Shu'ba dengan rantaian penyampai yang sama. Amir b. Sa'd b. Abi Waqqas menyampaikan dari penyampaian bapanya bahawa Muawiyah b. Abi Sufyan melantik Sa'ad sebagai gabenor dan berkata: "Apa yang menghalang kamu dari mengutuk Abu Turab

195

Page 196: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

[Ali]?” Dia berkata: “Itu disebabkan oleh tiga perkara yang saya dengar dari Pesuruh Allah mengenai beliau yang menyebabkan saya tidak mengutuk beliau, dan jika saya mendapati satu darinya, ini lebih berharga kepada saya dari unta merah. Saya mendengar Pesuruh Allah berkata mengenai Ali ketika baginda meninggalkan beliau di Madinah dan pergi di ekspedisi Tabuk. Ali berkata kepada baginda: 'Rasul Allah, adakah kamu meninggalkan saya bersama wanita dan kanak-kanak.?' Kemudian Rasul Allah menjawab kepada beliau: 'Tidakkah kamu berpuas hati dengan menjadi kepada saya seperti Harun kepada Musa dengan pengecualian bahawa tidak ada nabi selepas saya?' Dan saya juga mendengar baginda berkata pada hari Khaybar: 'Saya akan berikan panji-panji ini kepada seseorang yang mencintai Allah dan RasulNya dan Allah dan RasulNya mencintai beliau.' Dia berkata lagi: Kami tidak sabar menanti untuknya apabila Rasul berkata: 'Panggil Ali.' Beliau datang dengan keadaan sakit mata. Baginda menyapukan air ludah baginda pada matanya dan memberikan kepada beliau panji-panji, dan Allah telah memberikan beliau kejayaan.

Kejadian ketiga adalah apabila ayat berikut diwahyukan:

"Marilah kita panggil anak-anak kami dan anak-anak kamu."

Rasul Allah memanggil Ali, Fatimah, Hasan dan Husain serta berkata: 'Wahai Allah! Mereka adalah keluarga saya.'"

Hadith Rasul, yang mana baginda mengatakan bahawa Ali kepada baginda adalah seperti Harun kepada Musa, bersambung dengan ayat yang berikut dari Al-Qur’an al-Majid:

(Musa berdoa):

"Ya Tuhanku! Lapangkanlah dadaku, dan mudahkan urusanku, Dan fasihkan ucapanku; supaya mereka faham apa yang saya perkatakan; Dan berikan kepada ku seorang wazir dari keluargaku: Harun saudaraku, perkuatkanlah tenagaku melalui dia, Dan jadikan dia sekutu dalam urusanku: Supaya kami dapat bertasbih kepada Kamu, Dan mengingati Kamu, Sesungguhnya Engkau Maha Melihat.” Allah berkata: “Sesungguhnya telah dimakbulkan permintaan kamu, wahai Musa!” Dan sesungguhnya Kami telah berikan nikmat kepada kamu pada kali yang lain." (Surah 20; ayat 25 to 37)

Nabi Musa telah berdoa kepada Tuhan untuk memberikan kepadanya seorang wazir dari keluarganya sendiri. Dia tidak mahukan seorang wazir dari kalangan sahabat dan rakan. Dia doakan bahawa Harun, saudaranya, supaya menjadi wazirnya, dan menjadi punca bagi kekuatan kepada dirinya.

Tuhan telah memperkenankan doa Nabi Musa, menjadikan saudaranya Harun sebagai wazirnya dan juga punca kekuatan bagi diri Musa..

Muhammad, Pesuruh Allah yang akhir, juga memilih wazirnya dari keluarganya sendiri. Pilihan baginda adalah Ali, saudaranya. Ali telah menambahkan kekuatan tenaganya, dan bersekutu di dalam urusannya, seperti yang beliau telah janjikan, bertahun-tahun dahulu di jamuan Dhu'l-'Ashira di Makkah di dalam perjumpaan ketua-ketua dari suku kaum Bani Hashim dan Muttalib.

Sesungguhnya telah kami berikan kepada Musa dan Harun al-Kitab…..[21:48]Tuhan sendiri yang melantik Harun sebagai wazir, bukannya ummat Musa yang melantik wazir mereka.

Kami janjikan untuk Musa 30 malam, dan sempurnakan tempuh dengan 10 lagi: Maka cukuplah perjanjian dengan Tuhan selama 40 malam. Dan Musa telah berkata kepada saudaranya Harun: Ambillah kedudukan di antara ummatku, dan

196

Page 197: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

bertindaklah dengan baik dan janganlah mengikuti jalan mereka yang durjana (surah 7; ayat 142)

Musa meletakkan saudaranya Harun, berkuasa di atas ummat, dan dia tidak meninggalkan ummat tanpa seorang ketua, walaupun dia hanya berpergian selama 40 hari.

Muhammad Mustafa s.a.w tidak menyimpang dari amalan para Nabi dan Rasul Allah. Baginda juga tidak meninggalkan Muslim tanpa ketua, dan melantik saudaranya Ali sebagai ketua dan pemimpin Muslim selepas baginda.

Doa Musa: "Ya Tuhan ku! Ampunilah aku dan saudaraku dan masukkanlah kami di dalam rahmatMu, dan Engkaulah yang Maha penyayang." (Surah 7; ayat 151)

Musa tidak berdoa untuk dirinya sahaja, dia juga mendoakan untuk saudaranya Harun. Muhammad Mustafa juga berdoa untuk kedua mereka, dirinya dan saudaranya, Ali. Baginda medoakan rahmat Allah ke atas mereka dan juga keluarga mereka.

Sekali lagi Kami berikan nikmat kepada Musa dan Harun.[37:114]Kesejahteraan kepada Musa dan Harun[37:120]Sesungguhnya demikianlah Kami membalas orang-orang yang membuat baik [37:121]Sungguh keduanya termasuk hamba-hamba Kami yang mukmin [37:122]

Allah menganugerahkan rahmatnya kepada Musa dan Harun, dan Dia menganugerahkan rahmatNya kepada Muhammad dan Ali, hambaNya yang mukmin. Kesemua keempat mereka adalah yang benar, dan Allah menghadiahkan mereka dengan menghantarkan keamanan dan kesejahteraan kepada mereka.

Walaupun Harun telah dipilih oleh Allah untuk menjadi waris dan pengganti Musa, dia wafat semasa hidupnya Musa, dari itu memerlukan kepada perlantikan ketua yang baru. Ketua yang baru adalah Yusha. Seperti Harun, dia juga telah diarahkan untuk menjadi pengganti Musa, dan ummat tidak ada peranan di dalam perlantikannya.

Selepas kematian Musa, penggantinya Yusha, telah memimpin Israelite kepada kejayaan.

Polisi di dalam cara memilih dan melantik ketua untuk ummat Muslim, selepas wafatnya Muhammad Mustafa, Pesuruh Allah, dengan jelas dapat dilihat di dalam ayat-ayat Quran yang disebutkan di atas. Ali ibn Abi Talib adalah pilihan dari langit. Apa yang Muhammad perlu lakukan adalah untuk mengumumkan secara rasmi bahawa Ali akan menjadi ketua kepada Muslim selepas wafatnya baginda. Untuk membuat pengumuman ini, baginda telah mengarahkan Muslim supaya berkumpul dilapangan dataran Khumm.

Muslim moden pasti menganggap bahawa pengumuman Rasul yang bersejarah ini akan diikuti oleh temasya untuk semua Muslim dan bersuka ria. Adalah aneh ini tidak terjadi. Terdapat sebahagian Muslim yang bergembira tetapi terdapat kebanyakan mereka yang sebaliknya. Mereka yang kemudian [tidak gembira] mempunyai harapan yang berlainan, dan mereka telah menanamkan harapan dan impian dan juga cita-cita yang bertentangan dengan pengistiharan Rasul di Ghadir-Khumm. Pengistiharan baginda yang tidak diduga dan jelas telah mengecewakan segala harapan dan cita-cita mereka.

Tetapi mereka tidak berputus asa. Mereka memulakan peranan dan permainan yang lain. Mereka mula membisikkan ketelinga orang Arab bahawa perlantikan Ali

197

Page 198: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

sebagai ketua kepada semua Muslim sebagai satu tindakan yang dihajati oleh Rasul untuk menguasai kuasa politik di dalam keluarganya, di dalam Bani Hashim, hingga mengenepikan yang lain, dan itu semua tidak ada kaitannya dengan wahyu. Mereka harap bahawa jika “hujah” mereka menarik hati Arab, maka mereka dapat membuat Arab merebut kuasa yang mana mereka mungkin akan menang, dari itu mereka mula merancang strategi yang baru dalam menangani situasi yang baru ini.

Siapakah manusia-manusia ini? Mereka tidak dikenalkan dengan nama-nama mereka, tetapi kehadiran mereka dan kebolehan mereka pada keburukan dan kedurjanaan telah dijelaskan di dalam ayat pertama (5:70). Pada mulanya Rasul keberatan untuk bertindak, kerana baginda sedar penentangan yang besar akan datang dari kebanyakan Arab terhadap perlantikan Ali sebagai ketua kerajaan Islam yang akan datang. Tetapi baginda telah diyakinkan bahawa Allah akan melindungi baginda daripada mereka; supaya dengan itu baginda dapat mengawal keresahannya, dan mengistiharkan Ali ibn Abu Talib sebagai wazirnya.

Penentang terhadap pengumuman yang bersejarah di Ghadir-Khumm adalah penentangan terhadap diri Muhammad itu sendiri. Penentangan terhadap diri Muhammad sebelum ini, sehinggalah ke hari pengumuman tersebut, adalah tersembunyi dan tidak diketahui; tetapi tidak lama lagi ia akan mengeluarkan kepalanya yang keji di masa hidup baginda lagi. Perkara ini akan diperkatakan di dalam Bab 39.

Perlantikan oleh Muhammad Mustafa, di Ghadir-Khumm, kepada Ali ibn Abi Talib sebagai pengganti baginda, telah disampaikan oleh sahabat yang berikut:

Khuzayma bin Thabit Sahl bin Sa'ad Adiy bin Hatim Aqba bin Aamir Abu Ayyub Ansari Abul-Haithum bin Taihan Abdullah bin Thabit Abu Ya'la Ansari Nu'man bin Ajlan Ansari Thabit bin Wadi'a Ansari Abu Fadhala Ansari Abdur Rahman bin Abd Rabb Junaida bin Janada Zayd bin Arqam Zayd bin Sharhil Jabir bin Abdullah Abdullah bin Abbas Abu Said al-Khudri Abu Dharr al-Ghiffari Salman al-Farsi Jubayr bin Mutim Hudhayfa bin Yaman Hudhayfa bin Usayd

Di antara ahli sejarah yang telah merakamkan peristiwa Ghadir-Khumm adalah Athir-ud-Din di dalam bukunya Usudul-Ghaba; Halabi di dalam bukunya Sira-tul-Halabiyya; dan Ibn Hajar di dalam bukunya al-Sawa'iq-al-Muhriqa.

Ahli sejarah [hadith] yang telah menyebutkan peristiwa GhadirKhumm adalah Muslim, Nasai, Tirmidhi, Ibn Maja; Ahmad ibn Hanbal dan Hakim.

198

Page 199: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

BAB 39

Ekspedisi Usamah

Zayd bin Haritha adalah seorang hamba yang dimerdekakan dan juga sahabat Muhammad Mustafa. Beliau terbunuh di dalam peperangan Mu’tah dalam tahun 629 M., di mana beliau telah memimpim tentera Islam menentang Roman. Muslim dikalahkan di dalam peperangan ini, dan mereka telah berundur ke Hijaz.

Rasul Islam hendak menebus ingatan terhadap kekalahan itu tetapi baginda menunggu masa dan keadaan yang sesuai untuk melaksanakannya. Semenjak Rasul s.a.w berhijrah ke Madinah dalam tahun 622 M., baginda telah berkerja keras. Baginda telah memikul beban tanggungjawab, yang sekumpulan manusia akan mendapati amat berat untuk mereka memikulnya. Semenjak dari Haji Perpisahan dalam bulan Mac 632 M., baginda telah berkerja tanpa berhenti. Kerja yang tiidak putus-putus dan ditambah dengan penderaan terhadap diri baginda untuk sekian lama, kini semuanya telah mula memberi kesan, dan baginda mula jatuh sakit. Penyakit ini akan membawa kepada kematian baginda. Walaupun baginda telah merasa lemah sebelum baginda ditimpa penyakit, tetapi baginda tidak membiarkan keletihan itu menggangu tugas baginda sebagai pesuruh Allah dan juga ketua Muslim.

“Peluang” yang lama ditunggu, kini kelihatan telah tiba akhirnya. Rasul memperlengkapkan dan menubuhkan ekspedisi baru untuk melancarkan serangan diperbatasan Syria. Maruah Islam telah dihancurkan di peperangan Mu’tah, dan kini telah tiba masanya untuk dipulihkan kembali. Untuk memerintah ekspedisi ini, Rasul memilih Usama, seorang muda berusia 18 tahun, anak lelaki Zayd bin Haritha, yang syahid di Mu’tah. Kedua-dua mereka, bapa dan anak telah menjadi kesayangan Rasul. Tetapi baginda Rasul tidak melantik mereka sebagai Jeneral kerana perasaan pilih kasih; baginda melantik mereka di atas kelayakkan dan kebolehan mereka untuk memerintah manusia, dan memimpin mereka dalam peperangan.

Pada 18hb Safar tahun ke 11 H., Muhammad Mustafa meletakkan panji-panji Islam ketangan Usama, menerangkan kepada beliau matlamat kempen, dan memberinya arahan bagaimana hendak melaksanakan kempen tersebut. Baginda kemudian mengarahkan semua para sahabat, dengan pengecualian Ali dan ahli dari Bani Hashim yang lain, untuk melaporkan diri dan berkhidmat di bawah Usama. Para sahabat ini termasuk mereka yang tua dan terkaya serta yang paling berkuasa dari kaum Quraish seperti Abu Bakar, Umar, Abdur Rahman bin Auf, Abu Ubaida ibn al-Jarrah, Sa'ad bin Abi Waqqas, Talha, Zubayr, Khalid bin al-Walid, dan ramai lagi yang lain. Rasul mengarahkan Usama supaya bertolak dengan segera di hadapan sebagai ketua menuju ke arah yang ditetapkan.

Sir William Muir: Pada hari Rabu berikutan Muhammad diserang demam dan sakit kepala yang kuat; tetapi kini telah reda, dan pada keesokkan harinya, baginda dapati dirinya telah pulih untuk mengikatkan dengan tangan baginda sendiri panji-panji tentera. Baginda serahkan kepada Usama dengan mengatakan: “Berperanglah kamu di bawah panji-panji ini dengan nama Allah, dan untuk jalanNya. Kamu hendaklah menewaskan dan membunuh mereka yang tidak percaya kepada Tuhan.’ Perkhemahan telah didirikan di Jurf, dan kesemua mereka yang boleh berperang tidak terkecuali walaupun Abu Bakar dan juga Umar telah diarah untuk menyertainya. (The Life of Mohammed, London, 1877)

Muhammad Husayn Haykal: Muslim tidak kekal lama di Madinah, setelah mereka kembali dari Haji Perpisahan di Makkah. Rasul terus menyuruh mereka mendaftarkan diri untuk pasukan tentera yang besar dan diarahkan untuk menuju ke al-Sham. Baginda menghantar bersama pasukan tentera itu mereka yang

199

Page 200: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

paling lama telah memeluk Islam, Muhajirin yang awal, di antaranya adalah Abu Bakar dan Umar. Baginda berikan pemerintahan pasukan tentera kepada Usama ibn Zayd ibn Harithah. (The Life of Muhammad, Cairo, 1935)

Rasul hendak pasukan tentera ini bersegera meninggalkan Madinah. Tetapi yang anehnya, tentera tidak menunjukkan keinginan untuk mematuhi perintah baginda. Sepatutnya keta’atan, sebaliknya kini baginda Rasul menghadapi penentangan, dari sebahagian para sahabat!.

Kini, Rasul terpaksa menghadapi dua masalah besar; satu, untuk mengatasi penyakit baginda dan yang satu lagi untuk menghadapi penentangan dari tenteranya. Hari-hari terakhir hayat baginda di dunia ini adalah di dalam pergelutan dari dua tekanan yang getir [besar] ini.

Ahli yang senior dari Quraish dengan marah menolak perlantikan seorang muda berusia 18 tahun ke atas semua mereka, dan juga bukan dari keturunan yang “tinggi” iaitu Quraish, tetapi anak bekas seorang hamba! Dari itu, mereka tidak melaporkan diri untuk berkhidmat, dan kebanyakan mereka mula berlengah-lengah. Sebahagian mereka terlalu marah di atas perlantikan Usama sebagai ketua pemerintah, telah mula menyatakan tidak puas hati mereka.

R.V.C. Bodley:...Ahli veteren tidak suka pada rancangan untuk menyerang pasukan Roman yang meragui [kemenangannya] dengan diketuai oleh seorang muda, yang tidak punya pengalaman ketenteraan. Muhammad bagaimanapun tidak berganjak oleh bantahan mereka. Baginda sedang menunjukkan contoh, yang dilaksanakan semenjak mula lagi di antara semua Muslim, bahawa umur dan kedudukan sosial tidak semestinya boleh menjadikan seseorang itu ketua tentera yang terbaik. Baginda sedang memasukkan ke dalam diri mereka sistem demokrasi yang mana mereka perlu bawakan dan sebar ke seluruh dunia. Tanpa perbincangan mengenai perlantikan itu baginda memanggil Usama ke Masjid dan memberikan kepada beliau panji-panji Islam dengan pesanan, untuk memberikan penghormatan padanya. (The Messenger, New York, 1946)

Perlantikan Usama sebagai Jeneral, bagaimana bukan sebab utama mengapa para sahabat enggan pergi ke Syria. Terdapat sebab-sebab yang lain juga di mana sebahagian sahabat percaya betapa pentingnya mereka untuk tinggal di Madinah, walau apapun perintah dari Rasul Allah. Usama bertanya kepada Rasul, tidakkah lebih baik untuk menangguhkan serangan ke atas Syria sehingga demam baginda sembuh. Tetapi Rasul berkata: “Tidak. Saya mahu kamu berangkat sekarang juga." Usama pergi keperkhemahannya di Jurf, tetapi hanya sebilangan kecil para sahabat yang melaporkan diri. Mereka tahu bahawa penyakit Rasul telah membawa “krisis” kepada ummat, dan mereka menganggapnya tidak selamat untuk meninggalkan Madinah pada ketika itu, walaupun mereka berpendapat adalah lebih “selamat” untuk menentang perintah Rasul. Mereka meletakkan keutamaan kepada peraturan keemasan iaitu “Pentingkan Keselamatan Diri” yang paling utama dari mematuhi perintah Rasul Allah.

Rasul dengan demam dan sakit kepala yang serius, tetapi baginda dapat pergi ke masjid untuk berucap kepada perhimpunan manusia yang termasuk juga mereka yang belum mendaftarkan diri ke dalam pasukan Usama, baginda berkata:

"Wahai Arab! Kamu marah kerana saya telah melantik Usama sebagai Jeneral kamu, dan kamu menimbulkan persoalan yang sama; adakah beliau layak untuk memimpin kamu di dalam peperangan. Saya tahu kamu adalah manusia yang sama juga, yang telah mempersoalkan soalan yang sama mengenai bapanya. Demi Allah, Usama berkelayakan untuk menjadi Jeneral kamu sama seperti bapanya yang layak menjadi Jeneral. Sekarang patuhlah kepada perintahnya dan pergi."

200

Page 201: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Betty Kelen: Sejurus selepas Haji perpisahan, dengan cita-citanya untuk menakluki bahagian Utara, seolah-olah suratan telah menentukan, maka Muhammad menubuhkan angkatan ekspedisi yang baru untuk ke Syria, meletakkan anak Zayd, Usama sebagai pemerintah, tidak mengikuti nasihat dari beberapa Jeneralnya, oleh kerana Usama baru berusia 20 tahun. Muhammad dengan keras berkata kepada mereka, “Kamu meragui dia sama seperti kamu meragui bapanya, tetapi dia berkelayakan untuk memerintah sama seperti bapanya.'

Dia tidak perlu membuang masa di dalam memberikan alasan terhadap tindakannya. Dia meletakkan panji-panji ke tangan Usama dan terus mengarahkannya untuk berangkat, tetapi penghujahan tersebut terus kekal bermain di dalam fikiran baginda. (Mohammed, Messenger of God)

Pada bila-bila masa apabila baginda merasa lega dari kesakitannya, baginda akan bertanya sama ada pasukan Usama telah berangkat ke Syria. Baginda terus mendesak mereka, “Hantarkanlah segera tentera Usama.'

Tentera bawahan patuh kepada perintah Rasul, telah melaporkan diri kepada pegawai pemerintah mereka di Jurf, tetapi kebanyakan dari para sahabat yang senior tidak melakukan. Sebahagian dari mereka berligar-ligar di dalam kota, dan sebahagian yang lain setelah didesak oleh Rasul pergi ke Jurf dan kemudian kembali semula ke Madinah. Mereka berterusan mundar mandir dari kota ke perkhemahan. Sebahagian pulang untuk mengambil kelengkapan perang yang tertinggal, sebahagian hanya ingin mengetahui berita. Terdapat juga mereka yang kembali untuk bertanyakan kesihatan Rasul. Terdapat juga para sahabat yang tidak pergi ke Jurf sama sekali. Mereka terus tinggal di kota, disebabkan kecintaan mereka kepada Rasul oleh kerana mereka tidak sampai hati untuk meninggalkan baginda pada saat yang begini ketika baginda sedang sakit tenat.

Tetapi mereka yang mengatakan cinta dan mengambil berat terhadap kebajikan baginda sedikitpun tidak menyenangkan hati baginda Rasul. Yang utama kecintaan kepada baginda, adalah untuk mematuhi perintah baginda. Baginda mengarahkan mereka untuk bersegera berangkat ke Syria, tetapi mereka enggan. Mereka menentang baginda di saat akhir hidup baginda di dunia ini.

Betty Kelen: Penyakit baginda bertambah berat, tetapi baginda mengagahinya demi untuk Usama, kerana telah tersebar berita mengenai beratnya penyakit baginda; Jeneral muda ini mendapat kesukaran untuk mendaftarkan tentera supaya berkhidmat di bawahnya. Sebahagian manusia yang telah mendaftar telah kembali semula ke Madinah dan yang pasti, tiada siapa yang mahu berangkat ke Syria. (Mohammed, Messenger of God)

Akhirnya sesuatu yang tidak dapat dielakkan berlaku. Muhammad, Rasul Allah yang terakhir wafat. Pergelutan baginda untuk menghantarkan para sahabatnya keluar dari Madinah, tamat, dengan nada kecewa dari diri baginda. Mereka tidak melaporkan diri kepada Usama dan tentera tidak melaksanakan kempen tersebut semasa hayat baginda!

Bagi Muslim, setiap perintah Muhammad adalah perintah Tuhan sendiri kerana baginda adalah penterjemah bagi kehendak dan tujuanNya. Ingkar kepada Muhammad adalah ingkar kepada Tuhan itu sendiri. Dari itu manusia yang menentang baginda, telah mendapat kemurkaan dari Allah.

Peperangan Mu’tah telah berlaku dalam tahun 629 M., berakhir dengan bertempiarannya tentera Muslim. Rasul hendak membersihkan kekotoran kekalahan tersebut. Tetapi tidak berlaku sehinggalah tiga tahun kemudian, dalam

201

Page 202: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

tahun 632 M., barulah baginda memerintahkan Usama untuk menyerang perbatasan Syria sebagai balasan terhadap kekalahan di Mu’tah.

Masa yang dipilih untuk menghantar ekspedisi Usama menimbulkan berbagai persoalan. Mengapa Rasul tidak menghantar ekspedisi ke Syria ini pada bila-bila masa dalam tiga tahun tersebut? Mengapa baginda memilih masa, sejurus sebelum kewafatan baginda untuk menghatar ekspedisi tersebut? Mengapa, pada tiba-tiba sahaja menjadi amat penting untuk baginda menghantar para sahabat baginda dan tenteranya keluar dari Madinah?

Seperti dinyatakan terdahulu, selepas Haji Perpisahan, kesihatan baginda telah menunjukkan tanda-tanda tekanan “stress”. Dua bulan kemudian keadaannya bertambah teruk, dan beberapa hari kemudian baginda wafat.

Juga seperti yang dinyatakan dahulu, Rasul telah memberitahu Muslim pada banyak ketika bahawa baginda tidak mempunyai banyak masa lagi untuk hidup di dunia ini. Seorang ahli sejarah Tabari telah menyebutkan dari Abdullah ibn Abbas sebagai berkata: (lebih kurang dua bulan setelah Haji Perpisahan) "Rasul Allah memberitahu kami bahawa mungkin baginda akan mati dalam tempoh satu bulan lagi." (History, Vol. II,, page 435).

Telah juga disampaikan bahawa satu malam Rasul pergi ke perkuburan al-Baqi, bersama dengan seorang suruhannya. Setelah mendoakan untuk mereka yang telah pergi, baginda berkata kepada sahabatnya: “Mereka berada di dalam keadaan yang lebih baik dari mereka yang masih hidup. Tidak lama lagi banyak kejahatan yang baru akan timbul, dan setiap satu lebih menakutkan dan lebih kejam dari yang terdahulu darinya."

Yang pertama Rasul sedang meramalkan kematian baginda, dan juga ramalan baginda terhadap kezaliman baru yang akan timbul dan tersebarnya perpecahan yang baru; dan yang kedua, baginda secara sindiran memberitahu sahabatnya untuk meninggalkan Madinah dan pergi ke Syria!

Dengan kematian baginda yang tidak dapat dielakkan, apakah yang lebih penting untuk Rasul; membalas terhadap kematian seorang sahabat yang telah terbunuh tiga tahun dahulu, jauh diperbatasan atau menyelamatkan Negara Madinah dan Ummat Muslim dari bencana baru, yang baginda katakan akan timbul tidak lama lagi?

Jawapan yang jelas kepada soalan ini adalah; jika membalas dendam untuk kematian Zayd boleh tangguh untuk tiga tahun, ia masih boleh tangguh untuk sedikit masa lagi, dan bahawa keselamatan Negara dan juga ummat, adalah jauh lebih penting dari segalanya. Dari itu, nabi hendaklah meletakkan tenteranya di dalam dan di sekeliling Madinah, dari menghantarnya jauh diperbatasan..

Tetapi ianya kelihatan seperti Rasul sendiri tidak akan setuju dengan penilaian yang sedemikian. Baginda menganggap tiada yang lebih penting dari menghantar para sahabatnya ke Syria, keluar dari tanah Arab. Apabila baginda lihat bahawa mereka mengabaikan perintahnya, baginda mengutuk mereka. Shahristani seorang ahli sejarah menulis di dalam bukunya, Kitab al-Milal wan-Nihal [ms 8]: “Rasul Allah berkata: ‘Tentera Usama hendaklah bergerak sekarang juga. Semoga Allah mengutuk mereka yang tidak pergi bersama beliau.'"

Inilah kali pertama dalam hidupnya bahawa Muhammad Mustafa, Rasul untuk kebajikan dan keamanan untuk seluruh alam, mengutuk seseorang. Sebelum ini, baginda tidak pernah mengutuk sesiapa, tidak juga musuh terbesar baginda seperti Abu jahal dan Abu Sufyan. Baginda tidak mengutuk penduduk Ta’if yang telah membaling batu dan mengusir baginda dari kota mereka. Juga di masa yang lalu, jika sesiapa yang tidak mahu pergi berperang, baginda tidak memaksa

202

Page 203: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

mereka supaya pergi, dan terus membiarkan mereka tinggal di rumah. Tetapi di dalam perkara ekspedisi Usama, baginda tidak mahu mendengar sebarang alasan dari sesiapa sebab kegagalan mereka untuk tidak pergi bersama ekspedisi itu. Perintah baginda kepada para sahabat supaya pergi bersama ekspedisi itu adalah muktamad, dan tidak ada tolak ansur padanya.

Di dalam saat-saat akhir seseorang, dia berhasrat bahawa semua saudara dan sahabatnya hendaklah berada di sekelilingnya. Dia berharap selepas kematiannya, mereka akan mengambil bahagian di dalam menyelenggara jenazahnya; mereka akan mendoakan untuknya dan akan mententeramkan keluarganya. Tetapi bertentangan dengan segala kehendak manusia pada ketika seperti ini, Muhammad Mustafa telah melakukan segala yang boleh untuk menghantar para sahabat dan rakannya jauh dari Madinah. Baginda tidak mahu sesiapa dari mereka berada bersamanya. Sunni Muslim mengatakan bahawa Muhammad, Rasul Islam, tidak melantik penggantinya, dan baginda telah membiarkan perkara memilih ketua ummat kepada para sahabat. Jika mereka benar di dalam kenyataan mereka, maka mengapa Rasul memerintahkan para sahabat untuk meninggalkan Madinah dan pergi ke Syria, ini yang menjadi masalah yang terbesar untuk mereka.

Amat nyata bahawa Rasul akan wafat. Baginda sendiri berulangkali telah menyatakannya. Masanya telah tiba, dari itu para sahabatnya telah meletakkan kepala mereka bersama untuk menentukan siapakah yang akan menjadi penguasa yang baru. Tetapi Rasul telah memerintahkan supaya mereka pergi beratus batu jauhnya dari baginda, dan dari Madinah. Jika baginda berhasrat untuk mereka mengundi atau memilih penggantinya melalui ‘perundingan bersama’ perlukah baginda mengarahkan mereka supaya meninggalkan Madinah? Juga, baginda sendiri telah mengingatkan ummat; bahawa mereka kini diancam bencana yang baru. Dari itu tidakkah baginda memerlukan para sahabatnya untuk berada di Madinah, dan mempertahankan ummat dari bencana yang baru ini? Lagi pun siapakah yang akan mempertahankan ummat Muhammad dari bencana tersebut jika bukan para sahabatnya sendiri?

Oleh kerana Rasul tahu bahawa baginda akan wafat, baginda tidak perlu melengkapkan dan menubuhkan tentera Usama. Sepatutnya baginda hendaklah menyarankan kepada para sahabat bahawa mereka hendaklah membuat satu strategi, melalui perundingan bersama, untuk menjauhkan bencana kejahatan yang baru yang telah mula hendak meresapi ke dalam Madinah.

Tetapi Muhammad Mustafa tidak melakukan ini. Baginda sebenarnya melakukan yang sebaliknya. Baginda memerintahkan sahabatnya supaya keluar dari Madinah, dan baginda tidak pernah begitu tegas dengan mereka seperti mana baginda dalam peristiwa ini. Bolehkah ini bererti bahawa para sahabat itu sendiri yang dilihat oleh Rasul sebagai pengarang terhadap bencana dan kejahatan baru yang mengancam ummat baginda?

Sebenarnya, keselamatan dan kesejahteraan Muslim bergantung di dalam ketaatan mereka yang tidak berbelah bagi kepada perintah Rasul. Apabila mereka menentang baginda, mereka telah membuka pintu kepada segala kejahatan, perpecahan, dan juga bencana.

Di dalam kontek bagi peristiwa diketika itu, ianya kelihatan seperti Muhammad Mustafa mempunyai sebab yang paling penting untuk menangguhkan ekspedisi Usama sehingga saat terakhir. Baginda telah menyatakan dengan jelas, tepat dan berulangkali bahawa Ali ibn Abi Talib akan menjadi pengganti baginda. Tetapi baginda juga sedar akan adanya penentangan yang kuat para sahabatnya terhadap Ali.

203

Page 204: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Rasul juga tahu kumpulan yang menentang Ali sangat berkuasa dan berpengaruh. Dari itu, baginda fikir bahawa di saat kematian baginda, ahli dari kumpulan tersebut perlu berada di luar Madinah, dari itu Ali dapat menggantikan baginda, tanpa sebarang peristiwa. Tujuan Rasul yang sebenar, di dalam menubuhkan ekspedisi Usama, adalah untuk menghantar semua mereka itu jauh dari Madinah, mereka yang akan menentang Ali di dalam mendapatkan kedudukan khalifah. Baginda berharap dengan ketiadaan para sahabat di Madinah, Ali akan menaiki kedudukan tersebut, dan apabila mereka kembali, mereka akan dapati beliau telah memperkukuhkan kedudukan beliau dalam kerajaan.

Ekspedisi Usama adalah pendahuluan untuk memindahkan kuasa dari Muhammad kepada penggantinya, Ali ibn Abi Talib.

Tetapi para sahabat tidak mahu meninggalkan Madinah. Untuk terus tinggal di Madinah, mereka mencabar Rasul itu sendiri, dan malah mereka mempersendakan kutukan baginda. Mereka tahu bahawa jika Ali telah mendapatkan kedudukan khalifah, maka mereka, para sahabat akan terhalang terus dari “Gedung Kuasa’ itu untuk selamanya, dan dengan sebab ini, mereka menggunakan segala yang ada untuk menghalang Ali dari mendapatkan kedudukan tersebut. Mereka tidak mahu diketepikan dari ‘Gedung Kuasa’ tersebut.

Berikut ini adalah perkara-perkara yang perlu di ingat di dalam fikiran pembaca untuk menilai episod ekspedisi Usama:

1. Peperangan Mu’tah berlaku dalam tahun 629 M. Dalam musim panas 632 M., diperbatasan Syria aman dan sunyi, dan tidak ada ancaman bayangan apa juga pun, terhadap serangan ke atas Madinah dari Utara. Sebenarnya tidak terdapat sebarang berita mengenai serangan ke atas Madinah atau Hijaz dari sesiapa. Namun Muhammad Mustafa telah menunjukkan kesungguhan untuk menghantar tenteranya ke Syria.

2. Ekspedisi Usama telah ditubuhkan, kelihatannya, seperti memulihkan semula moral Muslim setelah kekalahan mereka di dalam peperangan di Mu’tah, dan untuk membalas kepada mereka yang telah membunuh Zayd bin Haritha. Rasul memberikan Usama tugas untuk membuat pembalasan terhadap mereka yang membunuh bapanya. Perhatikan sekarang, Jaafar ibn Abi Talib, syahid yang bersayap dalam Islam, saudara tua Ali, juga terbunuh di dalam peperangan yang sama. Tetapi Rasul tidak menghantar Ali atau mana-mana ahli dari kaum Bani Hashim dengan ekspedisi itu. Baginda tinggalkan mereka semua bersama baginda di Madinah.

3. Walaupun dengan penyakit yang membawa maut, Rasul menggesa tentera supaya berangkat ke Syria. Baginda dengan kasar menolak kenyataan keperihatinan para sahabat terhadap kebajikan baginda, dan memerintahkan mereka untuk terus berangkat dengan Usama.

4. Usama bin Zayd bin Haritha adalah pegawai pemerintah bagi para sahabat Rasul yang telah berusia dan boleh menjadi datuk kepadanya seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Abu Ubaida bin al-Jarrah, Abdur Rahman bin Auf, dan ramai yang lain lagi. Maka Rasul telah menekankan prinsip, sejurus sebelum baginda wafat, bahawa Muslim tidak perlu mempertimbangkan bahawa sesorang itu layak untuk menjadi pemerintah kerana dia lebih tua.

5. Jika seorang yang berkelayakan boleh didapati maka yang tidak berkelayakan tidak boleh menggantikannya. Para sahabat menimbulkan bantahan terhadap pimpinan Usama atas dasar ini. Baginda Rasul turut bersetuju bahawa hanya mereka yang paling layak hendaklah dilantik kejawatan yang tertinggi. Tetapi baginda mengekalkan bahawa Usama yang paling berkelayakan dari semua

204

Page 205: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

mereka yang diperintahkan untuk berkhidmat di bawah beliau, keremajaannya tidak diambil kira.

6. Sunni Muslim mengatakan bahawa Rasul "berunding" dengan sahabatnya, dan ini menjadikan kerajaannya ‘demokrasi.’ Jika itu benar maka baginda selalu ‘berunding’ dengan mereka dalam semua perkara, tetapi baginda membuat segala keputusan tanpa merujuk kepada mereka. Di Hudaybiyya, Umar bin al-Khattab mengetuai penentangan kepada baginda, ketika baginda merundingkan syarat-syarat keamanan dengan pihak jahiliah. Baginda mengenepikan bantahan, meneruskan perundingan dan menandatangani perjanjian itu bersama jahiliah. Kemudian ahli sains Sunni menerangkan bahawa Rasul mengabaikan penentangan Umar kerana baginda bertindak di atas arahan ilahi. Mereka memang benar. Tetapi perlantikan Usama sebagai Jeneral tentera tidak ada kena mengena dengan arahan ilahi dan Rasul adalah bebas untuk membatalkan perintahnya apabila mendapat penentangan dari para sahabat. Tetapi baginda enggan untuk berkata-kata dengan mereka dalam perkara itu jauh sekali untuk berunding dengan mereka dalam perkara ini. (???)

7. Rasul perintahkan para sahabat untuk berkhidmat di bawah Usama, dan meninggalkan Madinah menuju ke Syria, dengan tegas. Tetapi mereka tidak meninggalkan Madinah, dan baginda wafat. Maka, mereka sedar tujuan sebenar mereka adalah untuk berada di Madinah secara fizikal diketika baginda wafat.

8. Para sahabat Rasul yang diperintahkan untuk melaporkan diri untuk berkhidmat kepada UsmaA, Jeneral mereka telah menentang baginda semasa baginda Rasul masih hidup lagi. Jika mereka, para sahabat ini boleh menentang perintah dan juga kehendak baginda Rasul diketika hidupnya, mereka boleh dengan mudah melupa dan mengenepikan hajat baginda dalam perkara penggantian terhadap baginda selepas wafat. Mereka telah meletakkan cita-cita dan kepentingan mereka lebih utama dari perintah dan kehendak Rasul, Muhammad Mustafa, Pesuruh Allah yang dirahmati.

205

Page 206: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

BAB 40

Abu Bakar Sebagai Imam Solat

Ahli sejarah Sunni mengatakan bahawa apabila Muhammad Mustafa tidak dapat menghadiri solat berjamaah kerana sakit, baginda telah perintahkan Abu Bakar untuk memimpin solat jamaah, dan mereka jadikan ini sebagai ‘bukti’ bahawa baginda menghendaki dia menjadi pengganti baginda.

Terdapat berbagai versi untuk cerita ini. Menurut dari satu cerita; Bilal datang bertanya sama ada baginda dapat menjadi Imam solat, dan baginda berkata: “Tidak, beritahu Abu Bakar untuk menjadi Imam solat."

Terdapat versi kedua di mana pada waktu solat, Rasul bertanya kepada Abdullah bin Zama’a di mana Abu Bakar. Ibn Zama’a keluar untuk memanggil Abu Bakar, tetapi tidak menjumpainya. Tetapi dia bertemu dengan Umar, dan menyuruh Umar menjadi Imam solat. Tetapi apabila Umar menyebutkan takbir [Allah Hu Akbar], Rasul telah mendengarnya, dan berkata: “Tidak!, tidak! Allah dan yang beriman melarangnya. Beritahu Abu Bakar untuk melakukannya."

Dan cerita yang ketiga, Rasul bertanya mereka yang ada di sekeliling baginda, sama ada waktu solat telah masuk. Mereka mengatakan ya, kemudian baginda menyuruh mereka memberitahu Abu Bakar untuk menjadi Imam solat berjamaah. Tetapi isterinya Aisyah, berkata bahawa bapanya mempunyai hati yang lembut, dan jika dia melihat ke tempat rasul di dalam masjid kosong dia akan menangis, dan tiada siapa dapat mendengar suaranya. Tetapi Rasul bertegas, bahawa Abu Bakar hendaklah menjadi Imam solat.

Terdapat cerita lain lagi yang seperti ini di dalam buku-buku sejarah, dan isi cerita semuanya adalah bahawa Abu Bakar memimpin solat berjamaah semasa saat akhir hayat Rasul di dunia ini.

Muhammad ibn Ishaq: Ibn Shihab berkata, Abdullah b. Abu Bakar b. Abdur Rahman b. al-Harith b. Hisham memberitahu saya dari bapanya dari Abdullah b. Zama'a b. al-Aswad b. al-Muttalib b. Asad bahawa apabila penyakit Rasul menjadi tenat dan saya bersama dengan beberapa orang Muslim ada bersama baginda, Bilal memanggil baginda untuk solat, dan baginda memberitahu kami untuk menyuruh seseorang menjadi Imam solat. Maka saya keluar dan terlihat Umar bersama manusia ramai, tetapi Abu Bakar tidak ada di sana. Saya memberitahu Umar untuk bangun dan menjadi Imam solat, maka dia melaksanakannya, dan apabila dia melaungkan Allah Akbar, Rasul mendengar suaranya, kerana dia mempunyai suara yang kuat, dan baginda bertanya di mana Abu Bakar, dan kemudian baginda menyebutnya dua kali, “Tuhan dan Muslim melarangnya.” Maka saya pergi kepada Abu Bakar, dan kami sampai setelah Umar selesai menjadi Imam solat tersebut. Umar bertanya kepada saya; apa yang saya telah lakukan, dengan berkata: “Apabila kamu menyuruh saya menjadi Imam solat, saya fikir Rasul telah menyuruh kamu dengan arahan itu, jika tidak kerana itu saya pasti tidak melakukannya.” Saya menjawab bahawa baginda tidak menyuruh begitu, tetapi apabila saya tidak bertemu Abu Bakar, saya fikir kamulah yang paling layak diketika itu untuk menjadi Imam solat. (The Life of the Messenger of God)

206

Page 207: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Mengikut dari cerita yang di atas bahawa Abu Bakar yang seharusnya memimpin solat berjamaah; penyampainya adalah Abdullah b. Zama'a. Dia sendiri mengatakan bahawa Rasul mengarahnya untuk menyuruh seseorang; ini bererti sesiapa sahaja untuk menjadi Imam solat, dan baginda tidak menyebutkan Abu Bakar dengan khusus. Walaupun kemudiannya, apabila Rasul melarang Umar memimpin solat, baginda tidak mengarahkan Abu Bakar untuk mengambil tempatnya. Baginda sekadar bertanya di mana Abu Bakar.

Abdullah b. Zama'a yang berfikir bahawa Umar “paling layak” untuk menjadi Imam solat jamaah tetapi Rasul Allah tidak bersetuju dengannya.

Sir William Muir: Telah disampaikan bahawa pada satu ketika Abu Bakar tidak hadir apabila Bilal telah melaungkan seruan aZhan, dan bahawa Umar setelah menerima, seperti yang dia sendiri sangkakan, arahan yang datang dari bilik rasul, telah bangun di dalam masjid, dan dengan suara yang kuat menyebutkan “Allah Akbar” permulaan bagi solat. Muhammad mendengarkan ini dari rumahnya, berkata dengan sungguh bertenaga, “Tidak! Tidak! Tidak! Tuhan dan semua yang beriman malarangnya! Tiada siapa yang boleh melainkan Abu Bakar! Jangan sesiapa menjadi Imam solat melainkan dia." (The Life of Mohammed, London, 1877)

Seperti yang disebutkan di atas, menurut ahli sejarah Sunni, tujuan Rasul menyuruh Abu Bakar memimpin solat adalah untuk “menonjolkan” dia sebagai penggantinya.

Ada kemungkinan juga bahawa Abu Bakar memimpin Muslim dalam solat semasa hayat Rasul. Bagaimanapun apa yang tidak jelas adalah, sama ada dia lakukan atas arahan Rasul sendiri, atau setidak-tidaknya dengan kebenaran baginda. Kenyataan yang mengatakan Abu Bakar menjadi Imam solat terdedah kepada beberapa persoalan; kerana dia telah diarahkan oleh baginda Rasul sendiri supaya berkhidmat di bawah tentera Usama, dan baginda dengan tegas telah mengarahkannya untuk meninggalkan Madinah dan melaporkan diri kepada pemerintahnya di Jurf, yang mana seperti yang kita tahu, ini tidak dilakukannya.

Walaupun jika kita katakan bahawa Rasul menyuruh Abu Bakar bertindak sebagai Imam, ianya masih tidak jelas bagaimana ini boleh menjadi “pengesahan” untuk dia menjadi calon bagi pengganti Rasul. Lagi pun Abu Bakar sendiri, bersama dengan Umar bin al-Khattab, dan Abu Ubaida ibn al-Jarrah, ketiga-tiga mereka pernah berkhidmat di bawah pemerintahan Amr bin Aas di dalam kempen Dhat as-Salasil, dan mereka telah solat di belakang Amr bin Aas berminggu-minggu lamanya. Dengan tegas Amr bin Aas telah menjelaskan kepada mereka bahawa dia adalah bos bukan sahaja kepada pasukan tentera tetapi juga dalam perkhidmatan agama. Seperti yang telah disebutkan, Sunni Muslim meyakini bahawa Rasul memilih Abu Bakar menjadi Imam solat sejurus sebelum baginda wafat kerana baginda hendakkan dia menjadi khalifah.

Ibn Hajar Makki, seorang ahli sejarah Sunni, berkata di dalam bukunya, Tathir al-Janan (ms 40):

"Abu Bakar memimpin Muslim di dalam solat (dari arahan Rasul). Dengan itu maka ijma’ semua ulama bahawa kedudukan khalifahnya adalah dengan restu dari Rasul."

Tetapi Sunni yang sama ini juga mengatakan bahawa memimpin Muslim yang lain di dalam solat tidak memberikan sebarang kemuliaan kepada orang yang memimpin itu sendiri, dan bahawa tidak perlu bagi seseorang itu mempunyai kelayakan yang tinggi untuk menjadi Imam solat. Di dalam perkara yang

207

Page 208: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

berkaitan dengan Imam solat ini mereka menyebutkan hadith yang berikut dari Rasul Islam yang disampaikan dari Abu Hurairah: Abu Hurairah mengatakan bahawa Rasul Allah berkata:

"Solat adalah tugas yang wajib bagi kamu, dan kamu boleh mengerjakannya di belakang mana-mana Muslim, walaupun jika dia seorang yang fasiq (yang melakukan dosa-dosa besar)."

Menurut dari tradisi ini, seorang fasiq sama berkelayakan menjadi Imam solat seperti mereka yang suci; di dalam perkara menjadi Imam, yang bernoda dengan yang suci menikmati kedudukan yang sama!!!

John Alden Williams: … Dan mendengar serta patuh kepada Imam dan amirul mukminin [adalah perlu], sesiapa yang mendapat kedudukan khalifah, sama ada yang wara’ atau yang fasiq, sama ada manusia bersetuju dan rela dengannya atau dia menyerang mereka dengan pedang sehingga dia mendapat kedudukan khalifah dan di gelar amirul mukminin. Pergi berperang (Jihad) adalah wajib bersama dengan pemerintah yang wara’ mahupun fasiq sehingga ke hari dibangkitkan semula; seseorang tidak boleh meninggalkan dia. Pembahgian harta rampasan perang dan menjalankan hukum yang dinyatakan di dalam perundangan agama adalah tertentu bagi Imam [ketua]. Seseorang tidak boleh mengkritik mereka atau mencabar mereka. Menyerahkan wang zakat kepada mereka supaya dapat dibahagikan adalah wajib serta digalakan dan sesiapa sahaja perlu melaksanakan perintahnya sama ada kepada Imam yang wara’ atau yang fasiq adalah dibolehkan. Solat berjamaah di belakang Imam seperti ini adalah sah dan diterima; sesiapa yang mengulanginya telah membuat bid’ah, meninggalkan tradisi dan menentang sunnah. Tidak terdapat sebarang nilai di dalam solat jumaat mereka jika mereka tidak yakin dengan Imam, walau siapapun dia, baik atau jahat; sunnah mengatakan hendaklah mendirikan solat dua rakaat bersama mereka; dan perkara itu selesai. Dalam perkara ini janganlah ada keraguan di dalam hati kamu. (Ini adalah sebahagian dari ajaran mazhab Hanbali dari buku; Themes of Islamic Civilization, ms. 31, 1971).

Menurut dari fahaman Hanbali yang dinyatakan di atas, sesiapa dan setiap orang boleh memimpin Muslim di dalam solat. Abu Hurayra dan Abu Sufyan adalah sama sahaja berkelayakan untuk menjadi Imam solat samalah seperti Abu Bakar.

Pendapat ini telah digubal oleh generasi Muslim yang kemudiannya. Hanya terdapat seorang yang tidak berkongsi pendapat ini dengan mereka; itu adalah Muhammad Mustafa, penterjemah pengkhabaran Allah kepada semua manusia. Baginda menganggap Umar bin al-Khattab "tidak berkelayakan" untuk memimpin Muslim di dalam solat, dan melarang dia dari melakukannya.

Syi’ah Muslim menolak sebagai palsu hadith "tradisi" yang Abu Hurayra telah katakan dari Rasul Islam bahawa adalah sah untuk menggerjakan solat di belakang sesiapa sahaja; walaupun seorang yang fasik. Mereka ahlul-bayt mengatakan untuk menjadi seorang Imam solat hendaklah:

Seorang Muslim Seorang lelaki Seorang dewasa Berakal 'Adil Berpengetahuan Seorang yang mempunyai reputasi yang baik iaitu yang mempunyai karektor yang baik.

Cerita bahawa Abu Bakar memimpin Muslim dalam solat semasa hayat Rasul, mungkin benar dan mungkin juga palsu. Jika ini benar, maka ini bermakna

208

Page 209: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

bahawa dia telah melaksanakan, yang menurut Abu Hurayra dan juga ulama Sunni dan ahli fiqh mereka telah katakan, sesiapa dan semuanya adalah layak untuk melakukannya [menjadi Imam solat], dan ini tidak menjadikan Abu Bakar “istimewa” dalam bentuk apapun; jika ini adalah palsu, maka ini bererti bahawa Abu Bakar tidak pernah memimpin mana-mana solat ketika hayat Rasul.

Sekali lagi dinyatakan, jika kenyataan ini benar, maka ini juga bererti bahawa semua solat yang dilakukan di belakang Umar bin al-Khattab, tidak sah. Rasul mengatakan bahawa Tuhan sendiri tidak mahu Umar memimpin di dalam solat. Kedegilan Umar untuk terus memimpin Muslim di dalam solat, sebelum dan sesudah wafatnya Rasul, tidak akan membolehkan ianya diterima oleh Allah yang telah menolak dirinya dari menjadi Imam solat.

209

Page 210: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

BAB 41

Wasiat Rasul Allah yang Tidak Di Tulis

Islam adalah segala-galanya bagi diri Muhammad Mustafa, Pesuruh Allah yang dirahmati. Baginda telah dihantar ke dunia ini untuk menyampaikan Islam. Untuk menyebarkan pengkhabarannya, baginda terpaksa menentang segala kesukaran dan kepahitan, tetapi akhirnya baginda dapat mengatasi segalanya. Baginda telah menjadikan Islam dapat berdikari dengan segala pengorbanan yang telah diberikan. Struktur Islam dan sistemnya yang tidak ternilai ini, kepada baginda seumpama taman yang telah disirami dengan darah mereka-mereka yang baginda cintai.

Apakah yang lebih tepat [logik] dari mengatakan bahawa Muhammad akan mengambil langkah yang perlu untuk mempastikan keselamatan dan berkekalannya Islam untuk selamanya? Apakah yang lebih lumrah untuk baginda melihat Islam menjadi lebih kuat? Dari itu baginda telah memikirkan cara untuk menjaga kepentingan masa depan Islam, selagi baginda berkuasa melakukannya, dengan menuliskan amanat dan wasiat untuknya..

Bolehkah seorang Muslim bayangkan bahawa Muhammad Mustafa akan mengabaikan tugas yang begitu penting; seperti menuliskan wasiat untuk ummatnya? Wasiat Muhammad, Pesuruh Allah, telah menyatakan dengan jelas, teliti dan muktamad, iaitu arahan baginda mengenai perpindahan kuasa kepada penggantinya, dengan penuh kepercayaan bahawa baginda dapat menyatupadukan Islam. Dari itu sejurus sebelum wafatnya baginda, Rasul memerintahkan para sahabat yang ada di sekelilingnya untuk membawakan pen dan kertas supaya baginda dapat mengatakan menifesto untuk ummat; yang akan memelihara mereka dari kesesatan, dan akan menghalang mereka dari perpecahan.

Ini adalah satu permintaan yang paling munasabah bagi seseorang yang berada di ranjang kematian, dan akan pergi pada bila-bila masa.

Tetapi baginda menemui penentangan!

Terdapat sekumpulan para sahabat baginda yang tidak mahu baginda menuliskan wasiatnya.

Imam Bukhari menulis di dalam jilid 1 dalam sahihnya: Umar berkata, 'Rasul Allah telah dikuasai oleh kesakitan. Kami tidak memerlukan sebarang wasiat. Kami telah mempunyai Kitab Allah, dan itu mencukupi untuk kami.'(ms 25)

Bukhari telah merakamkan peristiwa yang sama di dalam jilid 2 sahihnya dengan perkataan yang berikut:

"Rasul Allah berkata: 'Bawakan sekeping kertas. Saya akan menuliskan sesuatu padanya untuk kamu, yang akan menghalang kamu dari kesesatan.' Tetapi manusia yang hadir mula berbalah di antara mereka. Sebahagian dari mereka berkata bahawa Rasul Allah berkata yang bukan-bukan." (ms. 121)

210

Page 211: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Di sini Bukhari telah membuat percubaan untuk melindungi diri Umar di belakang tabir, dengan mengatakan perkataan, ‘sebahagian dari mereka.’

Tetapi Shaikh Shihab-ud-Din Khaffaji, seorang ahli sejarah Sunni, tidak banyak berselindung dalam perkara ini, dan berkata:

"Umar berkata: 'Rasul Allah berkata yang bukan-bukan(meracau).'" (Nasim-ur-Riyadh, jilid IV, ms 278)

Muslim yang mengatakan bahawa Pesuruh Allah yang Agung dan Terakhir “berkata yang bukan-bukan” adalah satu kenyataan yang terlalu biadap dan tidak bersopan. Adakah mungkin bahawa Pembawa dan Penterjemah pengkhabaran Allah yang terakhir kepada makhluk, boleh menjadi seorang yang “berkata yang bukan-bukan?” Dan, apakah yang sungguh aneh, atau di luar batasan atau di luar fikiran jika baginda Rasul meminta untuk menuliskan wasiatnya?

Kenyataan Umar yang kurang sopan ini telah mencetuskan perbalahan di antara para sahabat yang hadir di dalam bilik Rasul. Sebahagian dari mereka berkata bahawa mereka hendaklah patuh kepada ketua mereka, dan bawakan pen, kertas dan dakwat kepada baginda. Tetapi sekumpulan lain, kebanyakan dari mereka yang menyokong Umar telah menahan peralatan penulisan darinya. Perbalahan menjadi semakin hangat sehingga Rasul terpaksa memerintahkan mereka supaya keluar dari biliknya, dan meninggalkan baginda sendirian. Bukhari menulis seterusnya di dalam buku Sahih:

"Apabila penyakit Rasul menjadi bertambah tenat, baginda berkata, 'Bawakan kertas supaya saya tuliskan untuk kamu wasiat yang akan menghalang kamu dari kesesatan selepas wafatnya saya.' Umar bin al-Khattab berkata, 'Tidak. Ini adalah cakap kosong. Kitab Allah mencukupi untuk kami.' Seorang lain berkata: 'Kita hendaklah bawakan kertas,' sehingga terjadilah perbalahan, dan Rasul berkata: 'Keluarlah dari sini.'"

Penentangan terhadap Pesuruh Allah oleh Umar telah memecahkan ummat baginda kepada dua kumpulan. Semenjak dari saat ini perpecahan telah mula berlaku di dalam ummat Islam.

Mungkin inilah kali terakhir apabila Muhammad, Pesuruh Allah dan ketua ummat Muslim, telah menyatakan sebarang hajat kepada sahabatnya. Tetapi mereka menentangnya. Baginda amat terkejut, tetapi mungkin juga baginda tidak terperanjat terhadap penentangan mereka. Itu bukanlah kali pertama mereka menentang baginda. Ekspedisi Usama telah membuka ‘topeng’ mereka.

Sir William Muir: Pada ketika ini, setelah mengenali Umar dan beberepa ketua yang lain di dalam biliknya, baginda Rasul berkata: 'Ambilkan saya dakwat dan kertas, supaya saya dapat merakamkan untuk kamu wasiat yang akan memelihara kamu dari kesesatan untuk selamanya.' Umar berkata, 'Dia meracau di dalam fikirannya. Tidakkah Quran cukup untuk kita?' (The Life of Mohammed, London, 1877)

Muhammad Husayn Haykal: Ketika diserang demam yang kuat dan dikelilingi oleh mereka yang menziarah, Muhammad meminta di bawakan kepadanya pen dan dakwat. Rasul berkata, baginda akan menyatakan sesuatu untuk kepentingan pengikutnya, dan meyakinkan mereka bahawa jika mereka patuh kepadanya, mereka tidak akan sesat untuk selamanya. Sebahagian dari manusia yang hadir fikir, oleh kerana Rasul [s.a.w] sedang sakit tenat, dan Muslim telah mempunyai al-Quran, maka tidak perlulah ada penulisan tambahan. Telah dikatakan fikiran itu datangnya dari Umar. Manusia yang hadir berbalah di antara mereka, sebahagian mahu membawakan peralatan menulis dan mencatitkan apa yang Rasul katakan,

211

Page 212: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

dan yang lain memikirkan sebarang penulisan tambahan selain dari Kitab Allah tidak diperlukan. Muhammad meminta mereka supaya pergi, dengan berkata, ‘Janganlah berbalah di hadapan saya.' Ibn Abbas khuatir Muslim akan kehilangan sesuatu yang penting jika mereka tidak bawakan peralatan penulisan tetapi Umar tetap berkeras terhadap keputusannya; yang mana dia mengasaskan pendapatnya dari kata-kata Allah dalam al-Kitab: "Di dalam kitab ini, Kami tidak tinggalkan apa-apa." (The Life of Muhammad, Cairo, 1935)

Di dalam satu artikal bertajuk Iqbal dan Politik Islam, diterbitkan dalam bulan April 1964 majalah keluaran bulanan, Berita Muslim Antarabangsa [Muslim News International], Karachi, Pakistan, penulisnya Jamilud-Din Ahmad, berkata:

"...Persoalan yang dihadapi negara Muslim; adakah perundangan Islam mampu mengikuti perubahan [evolusi], persoalan yang memerlukan pada usaha intelek yang gigih; dan ini pasti dijawab dengan ‘Boleh’, jika dunia Islam mempunyai jiwa seperti Umar, minda pertama yang bebas dan kritikal di dalam Islam, yang di saat-saat akhir Rasul di dunia ini mempunyai semangat dan keberanian untuk mengatakan kata-kata yang mulia ini: “Kitab Allah mencukupi bagi kami.'"

Penulis yang menyebutkan artikal di atas pastinya amat berbangga dengan “semangat keberanian” Umar.

Muhammad, Pesuruh Allah, di atas ranjang kematiannya, dan mungkin tidak punya banyak masa lagi untuk hidup. Dalam saat inilah Umar memilih untuk menunjukkan semangat keberaniannya. Di Hudaybiyya, Muhammad Mustafa telah memerintahkannya untuk membawa berita kepada Quraish Makkah, tetapi dia enggan untuk pergi dengan alasan bahawa, tidak ada siapa di dalam kota yang akan melindunginya; dan takut Quraish akan membunuhnya. Juga, apabila perjanjian Hudaybiyya telah ditandatangani, Umar yang telah terbawa-bawa oleh ‘kecintaannya’ kepada Islam telah menentang Rasul Allah, dan kini apabila baginda di saat akhir hayatnya, Umar dengan ‘cintanya’ yang mendalam kepada Islam, telah sekali lagi membolehkan dirinya menentang Rasul Allah, kali ini dengan tegas menghalang baginda, Rasul Allah, dari menyebutkan sesuatu yang akan “merosakkan kuasa Kitab Allah."

Jika Umar digerakkan untuk menentang Muhammad Mustafa atas sebab ini, maka ini bermaksud bahawa Umar yakin bahawa baginda Rasul akan mencabar kuasa al-Quran. Tetapi bagaimana Umar boleh tahu bahawa Muhammad akan mencabar perintah Qur’an? Jika Muhammad telah mengatakan wasiatnya, mungkin dari beberapa perkataan pertama yang telah disebutkan, ini mungkin dapat menunjukkan, dengan tiada keraguan, bahawa baginda Rasul adalah seperti apa yang Umar katakan: ‘Meracau fikirannya’ dan “telah berkata yang bukan-bukan." [ Sebaliknya Rasul Allah dengan tegas telah dihalang dari mendapatkan peralatan penulisan untuk wasiatnya.]

Mungkin ini tidak terfikir oleh Jamilud-Din Ahmad bahawa Umar sedang meletakkan “mindanya yang bebas dan kritikal” di dalam menentang perintah Al-Qur’an al-Majid yang mengatakan:

“Diperintahkan di atas kamu, bila kematian menghampiri salah seorang dari kamu, jika dia meninggalkan sebarang harta, supaya dia berwasiat kepada kedua orang tuanya dan juga kerabatnya, menurut secara yang diperlukan, ini adalah kewajibpan mereka yang bertaqwa. (Surah 2; ayat 180)

Tetapi Umar telah digerakkan untuk menentang Rasul Allah bukan kerana takut bahawa Rasul akan, di saat akhir hidup baginda, merosakkan apa yang baginda telah perjuangkan sepanjang hayat tersebut dengan menuliskan sesuatu yang akan merosakan kekuasaan al-Quran; tetapi oleh tanggapan [pendapat] bahawa Rasul Allah akan meletakkan ke dalam penulisan apa yang sebelum ini baginda

212

Page 213: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Rasul telah istiharkan di Ghadir-Khumm di hadapan jemaah Haji yang ramai, perlantikan Ali ibn Abi Talib sebagai pengganti baginda. Umar terpaksa menahan ini dari berlaku dengan segala yang terdaya. Kenyataan yang mengandungi tandatangan dan cop pengesahan Rasul, yang melantik Ali sebagai ketua kerajaan Islam, menjadi dokumen, yang akan menjauhkan kedudukan khalifah dari jangkauan semua calon lain untuk kedudukan itu.

Rasul tidak terbayang mengenai niat para sahabatnya yang utama terhadap penggantian Ali sebagai Ketua kerajaan Islam. Apabila baginda dilihat semakin lemah, mereka para sahabat kelihatan lebih berani menentang baginda. Ekspedisi Usama masih tergantung di atas bara, panas. Dengan segala keluhan, Rasul mendoakan kutukan Allah terhadap mereka yang tidak melaporkan diri untuk berkhidmat di bawah Usama, tetapi mereka tetap juga tidak berganjak. Dan mereka terus sahaja bermuka selamba ketika Rasul memerintahkan mereka supaya keluar dari bilik baginda.

Muslim moden tidak akan percaya bahawa para sahabat Rasul Islam yang utama akan mengatakan arahan baginda sebagai “ganguan mental.” Tetapi terdapat di dalam al-Quran kelakuan yang sama seperti itu. Kelihatan seperti para sahabat Muhammad, Rasul dari orang-orang Arab, yang mengatakan bahawa Rasul mereka, Muhammad “terdapat gangguan mental [fikiran]” telah ada sebelum mereka; tabiat sedemikian di dalam diri saudara-saudara Yusuf, Nabi dari orang Israel. Saudara-saudara Yusuf mengatakan bahawa Nabi Yakub, bapa mereka yang juga seorang Rasul, sebagai “terganggu mental.” Mereka fikir merekalah yang “bijak”, yang sebenarnya tidak. Quran telah menyebutkan mereka seperti berikut:

“Mereka berkata: "Sesungguhnya Yusuf dan saudaranya telah dicintai oleh bapa kita lebih dari kita: Tetapi kita semuanya adalah baik! Sesungguhnya bapa kita pastinya terganggu fikiran. Bunuhlah Yusuf atau usir dia ke tempat yang jauh, dengan itu kecintaan bapa akan beralih kepada kita sahaja [terdapat masa yang cukup] untuk kita melakukan yang benar selepas itu." (Surah 12; ayat 8 dan 9)

Nota penterjemah.

10 orang yang bersaudara ini bukan sahaja cemburu dan benci terhadap saudara mereka yang kecil Yusuf dan Benjamin. Malah mereka kutuk dan hina bapa mereka sebagai bodoh dan jahil, di dalam usia tua dan nyanyuk. Sebenarnya Yakub mempunyai kebijaksanaan, dan dapat melihat bahawa anaknya yang muda dan suci memerlukan perlindungan dan mengerti akan kebesaran jiwa anaknya itu. Tetapi kebijaksanaan Nabi Yakub kepada mereka adalah satu kebodohan atau kegilaan atau kejahilan, kerana ini telah menyentuh lebih kepada kecintaan terhadap diri sendiri, seperti yang selalu terjadi amnya. Dan mereka bersatu menggunakan kekuatan tenaga dan jumlah, 10 orang mereka yang muda menentang Yakub yang tua, dan dua orang kanak-kanak Yusuf dan Benjamin. (A. Yusuf Ali)

Menerangkan perenggan terakhir pada ayat kedua yang disebutkan di atas, pengulas manambah sambil berkata:

Mereka (saudara-saudara Yusuf) berkata secara sindiran, "Pertama kita hendaklah menghapuskan Yusuf. Kemudian kita mempunyai masa untuk berbuat-buat “baik” seperti dia, atau bertaubat dari kesalahan kita, setelah kita menikmati segala faedahnya dalam bentuk harta."

Di sini mungkin seorang penuntut sejarah akan menyoalkan: Mengapa Muhammad tidak menyebutkan wasiatnya kemudian, selepas gagal pada kali pertama; pasti terdapat di masa lain, di mana para sahabat akan berkumpul

213

Page 214: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

kembali untuk melihat keadaan baginda; dan Rasul boleh menyebutkan wasiatnya kepada mereka.

Kita boleh katakan bahawa Muhammad dapat menyebutkan wasiatnya kemudian, tetapi apakan yang dapat menghalang Umar dan para penyokongnya dari mengatakan apa yang disebutkan itu adalah ketika di dalam keadaan “gangguan mental”, dan “tidak masuk akal”, dari itu tidak boleh diterima oleh ummat. Muhammad sudah lama tidak mendengar perkataan yang begitu hina semenjak Abu Jahal, dan baginda berharap tidak akan mendengar lagi, terutama apabila baginda sedang berada di ranjang kematiannya. Maka baginda Rasul telah mengabaikan pendapat itu.

Rancangan Umar telah berjaya walaupun jika Rasul dapat menyebutkan wasiatnya. Untuk membolehkan tindakan Umar para pembelanya telah mengatakan bahawa agama telah cukup dan disempurnakan, dari itu wasiat sudak tidak diperlukan lagi. Benar agama telah cukup dan sempurna, tetapi itu tidak bermaksud bahawa ummat juga telah sempurna, dan mereka boleh meninggalkan perlindungan oleh kerana tidak ada bahaya penyelewengan dari jalan yang lurus. Ummat boleh menyimpang dari jalan yang lurus dan ini telah berlaku. Kesemua perang saudara, perbalahan dan perpecahan dalam Islam, telah disebabkan dari penyelewengan ini.

Untuk ummat yang megatakan bahawa wasiat yang begitu tidak diperlukan, adalah untuk memberikan kuasa dan kesombongan yang lebih kepada diri sendiri. Sepatutnya perkara ini hendaklah diserahkan kepada penilaian seorang yang Allah telah pilih untuk menjadi pesuruhNya kepada makhluk. Baginda sahaja yang tahu jika wasiat itu perlu atau tidak. Apa hak yang ummat ada untuk menghalang kebebasan, untuk melakukan sesuatu oleh wakil Allah di dunia ini?

Penentangan Umar terhadap Muhammad, apabila baginda sedang berada diambang kematian, adalah suatu pandangan yang amat keji di dalam sejarah Islam, dan tidak ada penyucian dari ahli sejarah yang dapat membersihkannya. Pandangan yang sama ini, adalah juga permulaan konferantasi di antara para sahabat dengan ahli keluarga Rasul.

214

Page 215: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

BAB 42

Isteri-isteri Muhammad Pesuruh Allah

Isteri pertama Muhammad adalah Khadijah. Mereka berkahwin di Makkah dan menghabiskan suku abad di dalam kecintaan dan kegembiraan bersama, sehinggalah beliau meninggal dunia. Ketika Khadijah masih hidup, Muhammad tidak mengahwini wanita-wanita lain.

Setelah Khadijah meninggal dunia, Muhammad mengahwini ramai wanita, tetapi tiada yang dapat mengambil tempat Khadijah di dalam hati Muhammad. Apabila Khadijah meninggal, kebahagiaan baginda di dalam kehidupan berkelamin juga pergi bersama beliau. Sehingga keakhir hayat baginda terkenang kepadanya, dan baginda selalu mengingati beliau dengan penuh kecintaan, kasih sayang dan penghargaan.

Wanita pertama Muhammad kahwini selepas kematian Khadijah, adalah Sawdah bint Zama'a, seorang janda yang suaminya mati di Abyssinia.

Isteri ketiga adalah Aisyah, anak perempuan Abu Bakar. Dia dikatakan telah dikahwinkan di Makkah tetapi hanya pergi ke rumah suaminya di Madinah.

Rasul selalu cuba untuk memenangi ketaatan suku atau kaum dengan mengahwini seorang dari wanita mereka. Perkahwinan baginda dengan Umm Habiba anak perempuan Abu Sufyan, dan Safiya anak perempuan Akhtab, adalah perkahwinan yang sedemikian.

Seorang dari isteri Rasul adalah Hafsa anak perempuan Umar bin al-Khattab. Suaminya telah terbunuh di dalam peperangan Badr, dan bapanya, Umar bersungguh-sungguh mencarikan untuknya seorang suami. Umar menawarkan anaknya untuk dikahwini kepada sahabat baiknya; pertama kepada Uthman b. Affan, dan kemudian kepada Abu Bakar. Tetapi keduanya kerana mereka tidak mampu untuk mengahwininya.

Umar menjadi marah dengan penolakan mereka terhadap anak perempuannya, walaupun oleh sahabat karibnya sendiri, dan dia mengadu kepada Rasul mengenainya. Rasul, untuk menyelamatkan perasaan Umar yang terluka, berkata, oleh kerana tiada siapa yang berhajat kepada anak perempuannya, maka baginda akan mengambilnya sebagai isteri.

Dengan pengecualian Khadijah, kesemua para isteri Rasul yang lain kekal tiada mempunyai anak. Gabenor Mesir telah menghantar seorang coptic, hamba wanita beragama keristian bernama Maria. Beliau menjadi isteri Nabi dan melahirkan anak baginda yang bernama Ibrahim.

Dengan kelahiran seorang anak lelaki, Maria telah mendapat kedudukan yang utama, dan ini telah membakar hati para isteri yang lain. Rasul telah menunjukkan kecintaan yang lebih terhadap bayi ini, dan menghabiskan masa

215

Page 216: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

yang panjang bersama dan mendukungnya. Tetapi malang, kanak-kanak ini tidak hidup lama dan meninggal dalam tahun yang sama kelahirannya.

D. S. Margoliouth: Tahun terakhir baginda (Muhammad) telah diserikan seketika dengan kalahiran seorang anak lelaki dari gundiknya Mary, yang mana baginda sahkan sebagai anaknya, dan memberi nama Ibrahim; pengasas agamanya yang mistik. Gundik ini telah menjadi objek cemburu para-para isteri baginda yang tidak mempunyai anak, peristiwa yang gembira ini telah membakar hati mereka [para isteri tersebut], yang kemudiannya telah disembuhkan dengan cepatnya mati bayi tersebut [yang hidup selama sebelas bulan]. (Mohammed and the Rise of Islam, London, 1931) Muhammad Husayn Haykal: Dengan melahirkan seorang anak, status Maria telah menjadi utama di dalam pandangan baginda, beliau sekarang adalah seperti isteri yang merdeka pada pandangan baginda, seperti orang yang menikmati kedudukan yang istimewa.

Adalah lumrah bahawa perubahan ini telah menimbulkan cemburu yang bukan kepalang di antara para isteri yang lain yang tidak mempunyai anak. Dan lumrah juga untuk Rasul memberikan kasih sayang yang lebih kepada bayi dan ibunya, ini telah menambahkan lagi cemburu mereka yang lain. Lebih-lebih lagi Muhammad dengan senang hati telah memberikan ganjaran kepada Salma, isteri Abu Rafi, bagi peranannya sebagai bidan. Baginda meraikan kelahiran bayinya dengan memberikan bijiran kepada yang miskin di Madinah. Baginda berikan bayi yang baru lahir kepada Umm Sayf, untuk menyusukannya, beliau memiliki tujuh ekor kambing yang susunya diperuntukkan khas untuk bayi ini. Setiap hari Muhammad melawat ke rumah Maria, untuk melihat wajah anaknya yang berseri, dan untuk memastikan anaknya berterusan sihat dan membesar. Semua ini telah membenihkan cemburu di antara para isteri yang tidak mempunyai anak. Persoalannya berapa lamakah para isteri ini dapat bertahan terhadap penyeksaan yang berterusan ini.

Satu hari, dengan perasaan bangga seperti seorang yang baru menjadi bapa, Rasul masuk ke bilik Aisyah dengan bayi tersebut di tangannya, untuk menunjukkan kepada Aisyah. Baginda mengatakan betapa serupanya mereka. Aisyah melihat kepada bayi itu dan berkata bahawa dia tidak melihat sebarang persamaan sama sekali. Apabila Rasul mengatakan bagaimana cepatnya bayi itu membesar, Aisyah menjawab dengan bengis bahawa mana-mana bayi yang diberikan susu sebanyak yang bayi itu terima akan membesar sama seperti dia juga. Yang sebenarnya kelahiran Ibrahim telah memberikan penderitaan yang banyak terhadap para isteri Rasul sehingga sebahagian dari mereka sanggup berkelakuan lebih dari itu dengan jawapan yang lebih pedih lagi. Ini telah sampai ke tahap di mana wahyu sendiri telah disampaikan untuk menghina perbuatan tersebut. Tidak diragukan lagi bahawa segala kejadian ini telah meninggalkan kesan ke atas kehidupan Rasul begitu juga dengan sejarah Islam. (The Life of Mohammed, Cairo, 1935)

Pada satu ketika, Hafsa telah dikatakan “mendapati” suaminya bersama Maria, dan dia telah menceritakan ‘rahsia ini’ kepada Aisyah. Para isteri Rasul yang lain mendengar cerita ini dari Aisyah. Telah terdapat gosip dan perbualan lepas mengenai peristiwa ini. Akhirnya, Al-Qur’an al-Majid terpaksa campur tangan dengan memberi amaran kepada dua wanita tersebut dengan ayat yang berikut: “Kalau kamu berdua bertaubat kepada Allah, sesungguhnya hati kamu telah condong, tetapi jika kamu saling menyokong menentang baginda, sesungguhnya Allah adalah pelindungnya, dan Jibrail, dan setiap yang benar dari mereka yang beriman, dan lebih-lebih lagi, para Malaikat akan menolongnya. (Surag 66; ayat 4)

Nota Penterjemah

216

Page 217: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Rumah Rasul tidak seperti rumah-rumah yang lain. Isteri para Nabi diharapkan mempunyai tahap keperibadian yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan wanita biasa, kerana mereka punya kerja-kerja yang lebih tinggi untuk dilakukan. Tetapi mereka adalah manusia biasa juga, dan terdedah kepada kelemahan-kelemahan jenis mereka, dan mereka ada kalanya gagal."

"Kelakuan buruk Aisyah telah menyebabkan kesusahan yang amat sangat kepada Rasul: fikiran baginda tertekan, dan baginda menyatakan tidak akan bersama dengan para isterinya untuk sekian waktu. Anak perempuan Umar, Hafsa, juga kadang kala memainkan peranannya, dan apabila mereka berkongsi di dalam pakatan rahsia, dan berbincang serta mencerita rahsia-rahsia di antara mereka, ini telah menyebabkan kesedihan yang amat sangat kepada Rasul." (A. Yusuf Ali)

Ramai pengulas dan penterjemah Quran telah menterjemahkan perkataan Arab saghat yang terdapat diayat 4 Surah 66, yang disebutkan di atas sebagai “condong” Terjemahan mereka dibaca seperti berikut:

Hati kamu telah menjadi condong.

Condong kepada apa? "Hati kamu telah menjadi condong," terjemahan ini tidak mempunyai makna dalam kontek ini. Terjemahan yang betul bagi perkataan saghat adalah "menyimpang." M. Abul Ala Maududi telah memberikan terjemahan yang betul pada ayat ini, seperti yang berikut:

"Jika kamu berdua (wanita) bertaubat kepada Allah, (adalah lebih baik bagi kamu), kerana hati kamu telah menyimpang dari jalan yang benar, dan jika kamu saling menyokong di antara kamu menentang Rasul, kamu hendaklah tahu bahawa Tuhan adalah pelindungnya, dan sesudahNya Jibrail, dan mereka yang beriman dan para Malaikat adalah sahabat dan penolongnya…. " (Tafhim-ul-Qur’an, jilid 6, Lahore, Pakistan, English diterjemah oleh Muhammad Akbar Muradpuri dan Abdul Aziz Kamal, edisi kedua, May 1987).

Apabila Hafsa "mendapati" Muhammad bersama dengan Maria, baginda sepatutnya telah berjanji kepada dia (Hafsa) bahawa baginda tidak akan berjumpa dengan Maria lagi. Ini, pastinya tidak dibolehkan. Seorang isteri tidak mempunyai hak untuk menyekat kebebasan suaminya untuk melihat para isterinya yang lain. Permintaan begini dari pihak seorang isteri adalah bertentangan tidak sahaja kepada perundangan Islam tetapi juga kebudayaan Arab, sebelum dan sesudah Islam.

Sir William Muir: Seperti di dalam kes Zainab, Muhammad mengeluarkan pengkhabaran dari langit yang membatalkan janjinya untuk berpisah dengan Mary, mengancam Hafsa dan Aisyah di atas penentangan mereka, dan membayangkan pada kemungkinan semua para isteri akan diceraikan kerana sikap mereka yang tidak taat kepada baginda. Baginda kemudian menjauhkan mereka, dan untuk sebulan lamanya hidup bersama Mary. Umar dan Abu Bakar merasa amat tersinggung kerana anak perempuan mereka ditinggalkan hanya disebabkan seorang gundik dan merasa sedih di atas skandal tersebut. (The Life of Mohammed, London, 1877)

Dari mula lagi dapat dilihat bahawa kehidupan domestik Rasul, setelah meninggalnya Khadijah, tidak menunjukkan tanda-tanda sebarang kebahgiaan. Kebanyakan dari para isteri baginda adalah wanita yang kuat cemburu, dan ‘korban’ pertama cemburu mereka adalah keamanan di dalam rumah baginda.

D. S. Margoliouth: Bersama-samanya para-para isteri di dalam rumah Rasul tidaklah lama, disebabkan oleh karektor yang tidak bersesuaian, di dalam satu atau lebih peristiwa, yang baru datang akan diajari oleh isteri yang cemburu kata-kata untuk disebutkan oleh mereka, yang jahil akan maksudnya, telah menjadikan

217

Page 218: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Rasul menceraikannya dikala itu juga. Seorang telah diceraikan kerana menyebut pada kematian bayi, Ibrahim, bahawa jika bapanya seorang Rasul, dia pastinya tidak akan mati, ini adalah satu hujah yang kuat dalam perbandingan. (Mohammed and the Rise of Islam, London, 1931)

Adalah menjadi amalan Rasul, untuk meninggalkan rumahnya di waktu malam dan menziarahi perkuburan Baqi untuk mendoakan kepada yang telah pergi dan dikebumikan di situ. Sejurus sebelum penyakitnya yang terakhir, Rasul menziarahi perkuburan ini sekali lagi, mungkin untuk kali terakhir, dan berdiri di situ untuk mendoakan kepada yang telah pergi sehingga lewat tengah malam. Sebahagian ahli sejarah mengatakan itulah ketikanya baginda mendapat kesejukan, dan permulaan bagi panyakitnya yang membawa maut. Aisyah telah dikatakan mengikuti baginda dalam salah satu dari ziarahnya. D. S. Margoliouth: Pada tengah malam, Rasul telah dikatakan pergi keperkuburan Al-Baqi, dan mendoakan keampunan bagi yang mati dan dikebumikan di situ. Ini kerap dilakukan oleh baginda dahulu; Aisyah satu ketika mengikuti baginda seperti seorang detektif, ketika baginda keluar dimalam hari, menganggap baginda telah curang untuk yang lain, tetapi tujuan baginda seperti yang dia dapati adalah di perkuburan. (Dari Musnad Imam Ahmad ibn Hanbal, jilid iv, ms 221). (Mohammed and the Rise of Islam, London, 1931)

Wanita yang Rasul kahwini selepas kematian Khadijah, adalah amat berbeza dari beliau di dalam keperibadian dan juga akhlak. Khadijah telah memberikan sokongan yang berterusan dan padu kepada suaminya di dalam menyebarkan Islam, dan beliau telah menghabiskan segala hartanya yang banyak untuk tujuan ini. Pengorbanan beliau telah menjadikan beliau tidak berharta tetapi beliau tidak pernah mengadu kepada suaminya mengenai kekurangan sesuatu. Perkahwinan mereka kaya dengan rahmat kecintaan dan persahabatan serta kebahagiaan yang tidak terhingga.

Muhammad Mustafa sendiri menjalani kehidupan yang sederhana. Walaupun apabila baginda menjadi pemerintah semua Arab, baginda masih hidup sederhana seperti baginda hidup di Makkah sebelum berhijrah ke Madinah. Aisyah sendiri mengatakan bahawa dia tidak tahu bahawa suaminya pernah makan makanan dengan sepuas hati dua kali sehari.

Apabila harta rampasan perang atau pendapatan negara tiba, Rasul membahagikannya di antara Muslim. Para isteri baginda mengatakan bahawa wanita yang termiskin di Madinah akan menjadi kaya tetapi mereka tidak. Mereka telah berfikir bahawa mereka tidak seharusnya diabaikan dari bahagian mereka oleh suaminya. Lagi pun mereka tidak biasa dengan kehidupan sederhana seperti baginda. Mereka bincangkan perkara ini sesama mereka, dan semua bersetuju bahawa mereka juga punya hak di dalam barangan dan benda yang halal, sama seperti wanita Madinah yang lain.

Para isteri Rasul menyampaikan tuntutan mereka kepada baginda. Mereka meminta bahagian yang lebih besar dari baginda. Dua dari mereka iaitu, Aisyah dan Hafsa, bertindak sebagai jurucakap. Ketika mereka menekankan tuntutan mereka kepada baginda, Abu Bakar dan Umar datang untuk berjumpa baginda mengenai perkara peribadi atau perkara umum.

Rasul duduk berdiam diri dikelilingi oleh para isteri baginda. Apabila Abu Bakar dan Umar mengetahui perkara yang berlaku, mereka menjadi marah, dan dengan keras memarahi anak mereka dari meminta lebih wang dari suami mereka.

Muhammad Husayn Haykal: Abu Bakar bangun kepada anak perempuannya Aishah dan menarik rambutnya dan begitu juga Umar kepada anak perempuannya, Hafsah. Kedua Abu Bakar dan Umar berkata kepada anak perempuan mereka: "Jangan kamu tanya lagi kepada Rasul Allah apa yang

218

Page 219: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

baginda tidak mampu beri?" Mereka menjawab: "Tidak, demi Tuhan, kami tidak meminta darinya perkara yang sedemikian." (The Life of Mohammed, Cairo, 1935)

Akhirnya perkara itu telah selesai apabila ayat baru telah diwahyukan mengenai perkara ini, yang dibaca seperti berikut:

“Wahai Nabi! Katakan kepada isteri-isteri kamu "jika kamu menghendaki hidup di dunia dan perhiasannya, - maka marilah! Saya akan berikan untuk kamu pemberian yang banyak dan melepaskan kamu. Tetapi jika kamu menghendaki Allah dan Rasulnya, dan tempat tinggal di akhirat, sesungguhnya Allah telah menyediakan untuk mereka yang berbuat baik di antara kamu ganjaran yang besar." (Surah 33; ayat 28 dan 29)

Nota Penterjemah

"Kedudukan para isteri Rasul tidak sama seperti wanita biasa. Mereka punya tugas dan tanggungjawab yang khusus …… semua para isteri di dalam kedudukan mereka yang tinggi hendaklah berkerja dan membantu seperti ibu kepada ummat. Kehidupan mereka bukan untuk bersuka-suka, seperti gundik, sama ada untuk kesenangan mereka ataupun kesenangan suami mereka. Mereka telah diberitahu di sini bahawa mereka tidak punya tempat di dalam rumah yang suci jika mahukan hidup bersenang lenang dengan perhiasan dunia. Jika itu pilihannya, mereka akan diceraikan dan diberikan harta perhiasan yang banyak. (A. Yusuf Ali).

Al-Qur’an al-Majid memberi isteri para Rasul pilihan iaitu sama ada memilih Tuhan dan RasulNya, dan hidup zuhud dan berkorban; atau mereka boleh memilih kesenangan, nikmat dengan perhiasan dunia, yang mana mereka hendaklah berpisah dengan suaminya untuk selamanya. Tawaran itu telah diberikan; dan para isteri bebas untuk memilihnya.

Aisyah, Hafsa dan tujuh wanita yang lain mempertimbangkan perkara itu, dan mereka memutuskan untuk melepaskan kesenangan dan kenikmatan dunia dan terus tinggal bersama Rasul sebagai isteri.

Apabila Muhammad Mustafa s.a.w wafat dalam tahun 632 M., baginda mempunyai 9 isteri. Aisyah hidup selepas baginda setengah abad lagi, dan isteri yang hidup lebih lama dari semua para isteri Rasul adalah Maymuna. Tidak secara langsung beliau juga isteri yang terakhir baginda kahwini.

219

Page 220: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

BAB 43

Wafatnya Muhammad, Pesuruh Allah

Tujuan hidup Muhammad Mustafa, sebagai Pesuruh Allah yang terakhir di dunia ini adalah:

Untuk menghancurkan penyembahan berhala dan musyirik; Untuk menyatakan ke Esaan yang Menjadikan; Untuk menyampaikan Pengkhabaran Tuhan kepada makhluk; Untuk menyempurnakan sistem Keagamaan dan Perundangannya; Untuk mensucikan Jiwa lelaki dan wanita; Untuk menghapuskan kezaliman, penindasan dan kejahilan; Untuk menubuhkan sistem Keamanan dan Keadilan; Untuk mengadakan alat, dalam bentuk politik negara, untuk menyedarkan kepada semua tujuan tersebut di atas, dan sesuatu yang akan terus mengekalkan kelancaran kemajuan kerja-kerja baginda.

Dalam masa 23-tahun Muhammad sebagai Pesuruh Allah, baginda telah mencapai segala tujuannya, dan kemudian akhirnya, samalah seperti semua manusia yang lain, baginda juga harus berpisah dari dunia ini. Seperti yang dinyatakan dahulu, baginda menerima pelawaan ini untuk kali pertamanya apabila Surah Nasr [Pertolongan], Surah ke 110 dari al-Quran al-Majid diwahyukan, seperti yang telah disebutkan dahulu dalam buku ini.

Muhammad Mustafa telah menghabiskan segala hidupnya dalam berdoa dan ketaatan; tetapi setelah diwahyukan Surah al-Nasr, baginda telah menumpukan sepenuh tenaganya di dalam mentaati Tuhan dengan lebih lagi dari dahulu, sebagai persediaan untuk bertemu denganNya.

Rasul sendiri telah bayangkan, sekurang-kurangnya pada dua peristiwa bahawa kematian baginda telah hampir:

1. Di dalam ucapan baginda di Haji Perpisahan di Arafat, pada hari Jumaat 9hb Dhul-Hijjah, 10 H, Baginda berkata: “Mungkin ini adalah Haji saya yang terakhir.” Di dalam mengakhiri ucapannya, baginda bertanya kepada para jemaah Haji, iaitu, “Apabila kamu ditanya oleh Tuhan kamu mengenai tugas-tugas saya, apakah jawapan kamu?” Para jemaah menjawab dengan satu suara: “Kamu telah menyampaikan pengkhabaran Allah kepada kami, dan kamu telah melaksanakan tugas kamu.” Apabila baginda mendengar jawapan ini, baginda mendongak ke langit, serta menetapkan pandangannya ke sana, dan berkata: “Wahai Tuhan! Jadi saksilah, bahawa saya telah melaksanakan tugas saya."

2. Pada “perlantikan” Ali ibn Abi Talib di Ghadir-Khumm, pada 18hb Dhul-Hijjah, 10 H, Muhammad, Rasul Allah, merujuk sekali lagi kepada saat kematian

220

Page 221: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

baginda yang telah hampir dengan mengatakan: “Saya juga adalah manusia, dan saya mungkin akan dipanggil untuk mengadap kepada Tuhan saya pada bila-bila masa."

Puluhan ribu Muslim mendengar kenyataan ini dari Rasul, dan mereka semua tahu bahawa baginda tidak akan lama bersama mereka lagi. Baginda juga tahu bahawa baginda telah melaksanakan misi yang Allah telah amanahkan kepada baginda, dari itu baginda telah bersedia untuk bertemu denganNya.

Rasul telah menghabiskan waktu malam baginda dengan para isteri baginda secara bergilir. Pada 19hb Safar 11 H., adalah giliran baginda untuk tidur di rumah Aisyah. Pada malamnya, baginda pergi berziarah ke perkuburan Al-Baqi bersama dengan orang suruhan baginda, Abu Muwayhibah, yang kemudian melaporkan bahawa: "Rasul berdiri di antara perkuburan dan berkata kepada mereka dengan perkataan yang berikut: 'Keamanan bagi kamu yang berada di dalam kuburan ini. Kesejahteraan bagi kamu yang berada di dalam keadaan sekarang di mana kamu telah keluar dari keadaan di mana manusia hidup di dunia. Serangan fitnah telah datang menimpa satu demi satu seperti alunan ombak kegelapan, setiap satu lebih dahsyat dari yang terdahulu.'"

Muhammad Husayn Haykal berkata bahawa penyakit baginda yang membawa maut bermula dari keesokan paginya, selepas baginda melawat perkuburan iaitu pada 20hb Safar. Dia berkata seterusnya:

“Maka manusia mula mengambil perhatian dan tentera Usama tidak bergerak. Benar, laporan dari Abu Muwayhibah telah diragui oleh ramai ahli sejarah yang percaya bahawa penyakit Muhammad bukan satu-satunya penyebab yang menghalang pasukan tentera dari berbaris menuju ke al-Sham, sebab yang lain adalah kekecewaan ramai dari mereka, terutama yang senior dari kalangan Muhajirin dan Ansar, berkenaan dengan ketua pemerintah tentera. (The Life of Mohammed, Cairo, 1935)

Peristiwa yang berikut ini telah berlaku pada pagi 20th Safar:

Sir William Muir: Satu malam Rasul berjalan ke tanah perkuburan dipinggir kota. Lama baginda berada di sana dalam meditasi dan mendoakan mereka yang telah pergi. Pada paginya, ketika melepasi pintu rumah Aisyah, yang sedang sakit kepala, baginda mendengar dia mengerang: kepala saya, sakit kepala saya!” Baginda masuk ke dalam rumah dan berkata: "Tidak, Aisyah, bahkan saya yang perlu pada menyebutkan keluhan; kepala saya, sakitnya kepala saya!" Kemudian dengan nada tertekan dan lembut: "Tetapi tidakkah kamu berhajat untuk diambil pergi ketika saya masih hidup lagi; supaya saya dapat mendoakan untuk kamu, mengkafankan kamu, wahai Aisyah kemudian mengkebumikan kamu?"

"Itu boleh berlaku kepada yang lain," jerit Aisyah, "dan bukan ke atas saya!" dengan nyaring dia menambah: "Ah, itu sebenarnya yang kamu hajati, aku dapat bayangkan kamu, setelah melakukan semua itu dan mengkebumikan saya, terus pulang ke rumah saya, dan menghabiskan waktu petang itu juga dengan bersuka-suka di tempat saya dengan para isteri yang lain!"

Rasul senyum kepada Aisyah secara berjenaka, tetapi penyakit telah menekan baginda dengan kuat untuk meneruskan berkata dengan tekanan nada yang sama. (The Life of Mohammed, London, 1877)

Betty Kelen: Baginda Rasul berdoa sepanjang malam di perkuburan Al-Baqi dan ketika pulang ke rumah, dan hendak masuk ke rumah Aisyah yang sedang mengidap sakit kepala; ketika Aisyah melihat baginda, dia berkerut muka dan berkata, “Oh, sakitnya kepala saya!"

221

Page 222: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

"Tidak Aisyah," kata Baginda, "Kepala saya yang sakit!" Baginda duduk, kepalanya berdegup, kesakitan mencengkam saraf baginda. Akhirnya baginda berkata: "Adakah menyusahkan diri kamu untuk memikirkan jika kamu mati sebelum saya, maka saya dapat mengkafankan dan kebumikan kamu?"

Baginda kelihatan sedang menderita kesakitan, tetapi Aisyah, yang percaya bahawa baginda telah sampai kepenghujung perhubungan perkahwinan mereka, telah memberikan jawapan yang pedih: “Tidak. Kerana saya juga dapat memikirkan bahawa kamu akan terus balik dari pengebumian saya dan menghabiskan masa dengan isteri yang baru." (Mohammed, the Messenger of God)

Muhammad Husayn Haykal: Pada keesokkan harinya, Muhammad dapati Aisyah, isterinya, mengadu sakit kepala, dan memegang kepala dengan tangannya, mengeluh, "Sakit kepala saya!" Muhammad sendiri yang sedang menderita sakit kepala berkata, "Bahkan, Hai Aisyah, kepala saya yang sakit!" Bagaimana pun sakit itu tidak begitu keras untuk baginda terus tinggal di tempat tidur, dan berehat dari tugas harian baginda, atau menghalang baginda dari berkata-kata dengan isterinya dan juga berjenaka dengan mereka. Apabila Aisyah berterusan mengadu tentang sakit kepalanya, Muhammad berkata: "Tidak ada apa buruknya sama sekali, Hai Aisyah, jika kamu mati sebelum saya. Kerana saya akan mendoakan dan menguruskan jenazah kamu." Tetapi ini hanya menimbulkan kemarahan jiwa Aisyah yang muda, lalu dijawabnya: "Biarlah itu menjadi nasib baik bagi orang lain dan bukan saya. Jika itu berlaku kepada saya, kamu mempunyai isteri yang lain untuk berdamping dengan kamu." (The Life of Mohammed, Cairo, 1935)

Rasul tidak memberikan sebarang respon [balasan] terhadap sindiran Aisyah, dan terus bersandar kepada dinding. Apabila sakitnya berkurangan baginda menziarah para isterinya yang lain, seperti yang biasa dilakukan. Pada 24hb Safar, baginda berada di rumah isterinya, Maymuna, apabila baginda diserang sakit kepala dan demam yang kuat. Telah dikataklan bahawa baginda memanggil semua isterinya dan minta mereka menziarahinya di rumah Aisyah. Mereka setuju untuk melakukan itu.

Rasul telah lemah untuk berjalan. Maka Ali memapah baginda di sebelah sedang di sebelah lagi dipapah oleh Abbas bapa saudara baginda, dan mereka membawa baginda dari rumah Maymuma ke rumah Aisyah. Baginda tinggal di rumah Aisyah sehingga baginda wafat beberapa hari kemudian.

Tetapi tidak dihalangi oleh kelemahan dan demam, baginda Rasul sekerap mungkin berada di masjid untuk memimpin Muslim bersolat. Pada 26hb Safar, penyakit baginda telah dikatakan kurang sedikit, dan baginda pergi ke masjid dipapah oleh Ali dan Abbas. Baginda menjadi Imam solat zuhur, dan setelah selesai solat baginda berkhutbah kepada jemaah.

Ini adalah ucapan terakhir Rasul Islam, dan di dalamnya baginda membuat sekali lagi ucapan mengenai kematian baginda. Ahli sejarah Sunni mengatakan bahawa Abu Bakar yang hadir di sana, faham apa yang dikatakan Rasul, telah mula menangis kerana dia telah dikatakan mempunyai hati yang lembut. Rasul apabila melihat dia menangis telah cuba memujuknya, dan kemudian mengadap kepada hadirin dan berkata:

"Saya lebih berterima kasih kepada Abu Bakar dari semua yang lain kerana sokongan material dan moral darinya, dan juga persahabatan dia. Jika di dalam ummat ini, saya dapat memilih sesiapa untuk menjadikan sahabat, maka saya akan memilih dia. Tetapi itu tidak perlu, kerana Persaudara Islam adalah ikatan yang lebih kuat dari yang lainnya, dan itu mencukupi untuk kita semua. Dan ingat

222

Page 223: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

bahawa semua pintu yang buka ke dalam masjid hendaklah ditutup melainkan pintu rumah Abu Bakar."

Rasul memperingatkan Muslim janganlah kembali kepada jahiliah, dan supaya ingat bahawa mereka menyembah Tuhan yang Esa, dan baginda menambah:

"Satu perkara kamu jangan sekali-kali lakukan, iaitu menyembah kuburan saya. Ummat yang terdahulu yang menyembah kuburan para Nabi mereka, mendapat kemurkaan Tuhan, dan telah dihancurkan. Berwaspadalah, jangan sampai kamu mencontohi mereka."

Pada permulaan hari itu, telah dilaporkan kepada Rasul bahawa Ansar amat sedih kerana penyalit baginda. Dari itu ketika inilah amat sesuai untuk memberitahu Muhajirin mengenai Ansar dan perkhidmatan mereka yang cemerlang kepada Islam. Baginda berkata:

"Janganlah kamu lupa walaupun sesaat apa yang Ansar telah lakukan untuk kamu. Mereka berikan kamu perlindungan dan keselamatan. Mereka berkongsi rumah dan makanan mereka bersama kamu. Walaupun mereka bukannya orang kaya, namun mereka meletakkan keperluan kamu mendahului keperluan mereka. Mereka adalah wasiat saya kepada kamu. Manusia lain akan bertambah banyak tetapi mereka akan berkurangan. Apa juga tanggungjawab Ansar; mereka dengan taat telah melaksanakannya, dan kini giliran kamu untuk melaksanakan tanggung jawab kamu kepada mereka."

Ansar juga berada di dalam masjid, dan mereka cuba menahan tangisan. Kepada mereka baginda berkata:

"Wahai Ansar! Selepas kematian saya kamu akan menghadapi banyak bencana dan kedukaan."

Mereka bertanya kepada baginda: "Rasul Allah apakah nasihat kamu kepada kami? Apakah yang perlu kami lakukan apabila musibah itu datang?"

Baginda berkata: "Jangan tinggalkan agama kamu, dan yakinlah kepada Allah sepanjang masa."

Ekspedisi ke Syria masih tidak bergerak. Rasul melepaskan dirinya dari para sahabat yang tidak melaporkan diri untuk berkhidmat kepada Jeneral mereka, dan baginda mengarahkan mereka sekali lagi supaya bersegera meninggalkan kota. Baginda berhenti seketika, kemudian mendoakan supaya kutukan Allah menimpa ke atas mereka yang menentang perintah baginda, supaya pergi ke Syria.

Ucapan baginda telah berakhir. Rasul turun dari mimbar dan pulang ke rumah. Baginda rasa bagai hendak pengsan setelah menghabiskan daya tenaga untuk berucap, dan baginda tidak kelihatan lagi di masjid selepas ini. Itulah kali terakhir baginda dilihat dikhalayak ramai.

Bahagian pertama ucapan baginda yang berkaitan dengan Abu Bakar, kelihatan seperti amat ganjil dan juga telah ditokok tambah. Seperti yang telah dijelaskan, Abu Bakar telah diperintahkan untuk bersama tentera Usama, tetapi mungkin juga Rasul telah memaafkan kegagalan dia untuk melaporkan diri supaya berkhidmat. Rasul mungkin juga telah mengakui sumbangan material dia kepada Islam. Dia telah membebaskan banyak hamba ketika di Makkah, dan telah menyerahkan segala hartanya untuk melengkapkan tentera ketika ekspedisi Tabuk.

Cerita bahawa Rasul memerintahkan semua pintu rumah yang dibuka ke masjid supaya ditutup kecuali pintu rumah Abu Bakar, adalah satu pemalsuan. Abu Bakar

223

Page 224: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

tinggal dipinggir Madinah di kawasan yang dipanggil Sunh. Dia tidak tinggal di dalam kota, dan dia tidak punya bilik di mana pintunya terbuka ke dalam masjid.

Rasul juga berkata di dalam ucapannya bahawa jika baginda memilih seseorang untuk sahabatnya, baginda akan memilih Abu Bakar.

Jika ucapan yang disampaikan ini adalah sahih, maka ini bererti bahawa Rasul mengistiharkan secara umum bahawa baginda tidak mahu menjadikan Abu Bakar sahabatnya. Jika kenyataan itu disusun semula, ia akan dibaca: “Jika saya hendak memilih seorang sahabat, saya akan memilih Abu Bakar. Tetapi saya tidak memilihnya. Kita semua adalah bersaudara di dalam Islam, dan itu mencukupi untuk kita semua."

Lebih-lebih lagi apakah yang menghalang Muhammad Mustafa dari memilih Abu Bakar sebagai sahabat? Tidak ada apa-apa! Malaikat Jibrail tidak turun dari langit untuk memberitahu baginda supaya mengambil Abu Bakar sebagai sahabatnya, tidak juga sesiapa di dunia ini yang mengancam untuk mencederakan baginda jika Rasul memilih Abu Bakar sebagai sahabat.

Oleh kerana inilah kali terakhir Muhammad, Rasul Allah, dilihat di khalayak ramai, dan menurut dari golongan Sunni, baginda paling mencintai Abu Bakar, baginda tentu telah mengambil peluang ini untuk mengistiharkan dia bukan sahaja sebagai seorang sahabat, tetapi juga untuk mengatakan bahawa dia adalah khalifah, pengganti baginda. Jika itu yang Rasul lakukan adakah sesiapa yang berani menentang baginda? Tetapi disebabkan oleh sebab-sebab tertentu, baginda tidak melakukan itu semua. (Muhammad tidak memilih Abu Bakar sebagai sahabatnya, tidak juga baginda jadikan dia pengganti). “Cinta” baginda untuk Abu Bakar mungkin dapat sedikit ekpresi [bayangan], tetapi di saat paling kritikal, yang peliknya tidak terdapat bayangan langsung!

Pada 27hb Safar, Rasul menjadi terlalu lemah untuk berdiri dan solat. Ahli sejarah Sunni mengatakan bahawa dari hari itu baginda mengarahkan Abu Bakar memimpin Muslim di dalam solat. Baginda sendiri, mereka kata, tinggal duduk mengerjakan solat bersama Imam.

Bukhari, pengumpul hadith (tradisi Rasul), melaporkan peristiwa yang berikut di dalam sahihnya:

"Pada 28hb Safar, Abbas ibn Abdul Muttalib, datang berjumpa Ali, dan berkata: 'Demi Allah, Muhammad tidak lama lagi akan wafat. Saya tahu dari raut wajah anak-anak Abdul Muttalib apabila mereka menghampiri maut. Dari itu saya sarankan kamu supaya bercakap dengan baginda, dan tanyakan mengenai perkara penggantinya.' Tetapi Ali berkata: 'Tidak. Tidak di dalam keadaan baginda begini. Saya tidak berhasrat untuk menimbulkan perkara ini.'"

Ahli sejarah Syi’ah menolak hadith ini. Mereka mengatakan bahawa Rasul telah mengistiharkan bukan sekali, tetapi banyak kali bahawa Ali adalah pengganti baginda dan ketua bagi semua Muslim. Jika Arab tidak mahu mengiktiraf beliau sebagai ketua mereka, pengistiharan sekali lagi tidak akan memberikan sebarang perbezaan. Sebenarnya Rasul telah buat percubaan untuk menulis wasiatnya, apabila baginda meminta pen dan kertas tetapi baginda dapat penentangan. Dan Ali tidak mahu sesiapa menunjukkan “keberanian moral mereka” dengan mengatakan dengan lantang bahawa Rasul Allah “telah berkata yang bukan-bukan.” Mendengarkan kata-kata yang keji ini hanya akan mempercepatkan kematian ketuanya dari terperanjat [kejutan yang tidak disangka].

Jika cerita ini benar, ini hanya menunjukkan kecintaan Ali kepada ketuanya, dan pendirian beliau untuk melindungi baginda dari sebarang kejutan.

224

Page 225: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Syi’ah Muslim juga berkata bahawa Abbas sendiri boleh membawa perkara ini untuk dibincangkan dengan Rasul, anak saudaranya. Rasul boleh didatangi dan berjumpa dengan sesiapa sahaja. Apa yang menghalang Abbas dari melakukannya, dari itu apakah niat jahat mereka?

Para sahabat dapat melihat bahawa Rasul tidak akan pulih dari demam dan sakit kepalanya. Apabila baginda telah terlantar di atas ranjang kematian, ramai dari mereka rasakan bahawa kini telah “selamat” untuk membantah kehendak baginda. Dari itu apa sahaja yang baginda lakukan untuk menyuruh mereka pergi ke Syria, mereka tidak mahu lakukan, dan Ekspedisi Usama tidak pernah menjadi kenyataan semasa hayat baginda!

Pada tengah hari itu, Muhammad Mustafa memanggil Ali, dan berkata kepada beliau: "Untuk saya perjalanan telah tamat. Apabila aku wafat, kamu mandikan, kafankan dan kebumikan aku. Saya berhutang wang dengan si fulan dan si fulan, di antara mereka terdapat orang-orang yahudi yang telah memberikan pinjaman kepada saya untuk melengkapkan ekspedisi Usama. Bayarkan segala hutang ini termasuk dari mereka yang yahudi." Baginda kemudian menanggalkan cincin yang baginda pakai, dan memberikan kepada Ali, dan meminta beliau untuk memakainya, dan itu dilakukan. Baginda juga berikan pedangnya, tombak, perisai dan senjata yang lain kepada beliau

Isnin, 1 Rabi al-Awwal, 11 H.

Isnin, 1 Rabi al-Awwal 11 Hijrah adalah hari terakhir Muhammad ibn Abdullah, Pesuruh Allah, di dunia ini. Terdapat ketika sakitnya berkurang dan di masa yang lain amat kesakitan. Aisyah, isteri baginda, melaporkan yang berikut:

"Ketika hari mula menjadi panas [tengah hari], Fatimah Zahra, anak perempuan Rasul Allah datang untuk bertemu baginda. Baginda menyambutnya dan mempersilakan beliau duduk di sebelahnya. Kemudian baginda menyatakan sesuatu kepadanya, yang mana saya tidak mendengarnya, tetapi beliau mula menangis. Melihat anaknya menangis, baginda menyatakan sesuatu yang lain kepadanya sekali lagi saya tidak dapat mendengarnya, tetapi beliau mula tertawa. Beliau amat mirip kepada bapanya dalam raut wajah, keperibadian dan juga karektor [tingkah laku]."

Setelah wafatnya baginda Rasul, Aisyah bertanya kepada Fatimah apakah yang dikatakan oleh ayahnya kepada beliau yang pertama kali membuatnya menangis dan kemudian membuatnya tersenyum.

Fatimah berkata: "Pertama bapa saya memberitahu saya bahawa baginda akan wafat. Apabila saya mendengar ini, saya mula menangis. Kemudian baginda memberitahu saya bahawa saya menjadi orang pertama untuk bertemu baginda di syurga, dan itu juga tidak lama lagi. Apabila saya mendengarkan itu, saya rasa gembira dan saya tersenyum."

Washington Irving: Satu-satunya anak baginda yang tinggal, Fatimah, isteri Ali, datang untuk bertemu baginda. Aisyah selalu berkata bahawa dia tidak pernah nampak sesiapa yang menyerupai Rasul di dalam lunaknya keperibadian selain dari anak perempuan baginda. Baginda selalu melayaninya dengan kemanjaan. Apabila beliau datang kepada baginda, biasanya baginda akan bangun, datang kepadanya, mengambil tangan beliau dan menciumnya, dan akan mendudukkan beliau di atas tempat duduk baginda. Pertemuan mereka dalam peristiwa ini telah disampaikan oleh Aisyah, di dalam hadith yang disampaikan oleh Abulfida.

"Selamat datang anakku," kata Rasul, dan baginda dudukkan beliau di sebelahnya. Baginda kemudian membisikkan sesuatu ditelinganya, yang telah

225

Page 226: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

membuat beliau menangis. Memahami kesedihan beliau, baginda membisikan lagi sesuatu, dan beliau menjadi puas dan gembira.

"Apakah ertinya ini?" kata saya kepada Fatimah. "Rasul telah mengutamakan kamu dengan kepercayaan yang tidak diberikan kepada mana-mana para isteri baginda." "Saya tidak boleh menyatakan rahsia Rasul Allah," jawab Fatimah. Namun begitu setelah Rasul wafat, beliau menyatakan, bahawa kali pertama baginda mengatakan kematiannya yang telah hampir; tetapi setelah melihat beliau menangis, baginda memujuknya dengan meyakinkan bahawa beliau akan mengikut baginda tidak lama lagi dan menjadi puteri di syurga." (The Life of Mohammed)

Menjelang tengah hari baginda mula menjadi resah. Baginda berulangkali membasahkan mukanya dengan air sejuk dari jug di sebelah baginda. Melihat baginda dalam kesakitan, Fatimah menangis: "Wahai bapaku dalam kesakitan!" Baginda sekali lagi memujuknya dengan berkata: "Selepas hari ini, bapamu tidak akan merasa sakit lagi." Dan baginda menambah: "Apabila saya wafat, katakan, Kami adalah untuk Allah dan kepadaNyalah kami kembali.'" Akhirnya nafas baginda menjadi tidak teratur, dan baginda telah di dengar membisikkan sesuatu. Ibn Saad berkata di dalam Tabqaat bahawa Rasul mengatakan: "Apa yang saya cari sekarang adalah berdampingan dengan Allah." Ini adalah kata-kata baginda yang terakhir.

Muhammad didengar mengucapkan kata-kata ini tiga kali, dan kemudian baginda terus diam untuk selamanya! Muhammad, Rasul Allah terakhir di dunia ini telah wafat.

Aisyah berkata: "Saya letakkan bantal di bawah kepala baginda, dan menutup muka baginda dengan selimut. Kemudian saya bangun dengan wanita-wanita lain, dan kami semua mula menangis, memukul dada kami dan kepala dan memukul muka kami."

Muhammad, Rasul Islam wafat pada hari Isnin, satu Rabi al-Awwal tahun ke sebelas Hijrah di waktu tengah hari. Baginda hidup selama 63 tahun kurang lapan hari.

Ahli sejarah Sunni mengatakan bahawa Rasul wafat bukan pada hari pertama tetapi pada 2hb Rabi al-Awwal. Syi’ah Muslim mengatakan baginda wafat bukan pada hari pertama Rabi al-Awwal tetapi sehari sebelumnya iaitu pada 29hb Safar.

Ijmak ahli sejarah moden dan juga orientalis adalah bahawa Rasul wafat pada Jun 8, 632 M. Tidak secara langsung lapan Jun adalah juga hari kelahiran baginda. Pengebumian Rasul

Jasad Rasul Islam telah dimandikan pada hari selasa. Hanya enam orang yang hadir pada pengurusan jenazah baginda. Mereka adalah:

Ali ibn Abi Talib Abbas ibn Abdul Muttalib Fadhl ibn Abbas Qathm ibn Abbas Usama bin Zayd bin Haritha Aus bin Khuli Ansari

Usama, Jeneral ekspedisi ke Syria, berada di Jurf, masih menunggu para sahabat. Sebahagian dari mereka menghantar berita kepada beliau bahawa baginda telah meninggal dunia, dan beliau perlu kembali ke Madinah. Beliau kembali dan sejurus kemudian ketuanya wafat.

226

Page 227: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Ali mandikan jasad baginda dan Usama menjiruskan air. Apabila jasad baginda telah dimandikan, Ali mengkafankan, dan melakukan solat jenazah untuk baginda. Kemudian beliau keluar ke masjid dan memberitahu Muslim yang berada di sana untuk masuk ke bilik baginda dan lakukan solat jenazah. Bani Hashim adalah yang pertama untuk melakukan solat, kemudian Muhajirin dan diikuti oleh Ansar, yang melakukan tanggungjawab mereka.

Di Madinah, terdapat dua orang penggali kubur. Mereka adalah Abu Ubaida bin al-Jarrah dan Abu Talha Zayd bin Sahl. Mereka telah dipanggil tetapi hanya seorang, Abu Talha Zayd bin Sahl yang datang. Dia menggali kubur, dan Ali masuk ke dalam untuk meratakannya. Beliau kemudian perlahan-lahan mengangkat jenazah baginda dan meletakkannya ke dalam kubur, dibantu oleh bapa saudara dan sepupunya. Kubur itu kemudian ditutup dengan tanah, dan Ali menyiraminya dengan Air.

Apabila Ali dan ahli dari Bani Hashim sedang sibuk menguruskan jenazah Rasul Islam, Abu Bakar, Umar, Abu Ubaida bin al-Jarrah, dan sebahagian yang lain sedang sibuk di Saqifa membuat tuntutan terhadap kedudukan khalifah. Abu Bakar, akhirnya menjadi calon yang berjaya. Apabila dia telah menerima bai’ah dari Ansar di Saqifa, dia dan rakan-rakannya kembali ke masjid Rasul. Dia kemudian naik ke mimbar Rasul dan menerima bai’ah dari manusia yang lain. Pada hari Isnin dan sepanjang hari Selasa, manusia datang ke masjid untuk memberi bai’ah, taat setia kepadanya. Bai’ah selesai pada hari selasa malamnya, dan hanya di hari Rabu khalifah yang baru dilantik mempunyai masa untuk mengalihkan pandangannya kepada ketuanya, Rasul Allah yang telah wafat, dan mengerjakan solat jenazah pada perkuburan baginda.

Muhammad, Rasul Allah, ketua bagi semua Muslim, pembawa rahmat kepada manusia, tidak medapat pengebumian negara. Sebilangan kecil manusia, kerabat terdekat telah memberikan pengebumian baginda. Ramai di antara mereka yang mengatakan bahawa diri mereka adalah sahabat dan teman kepada Rasul, telah meninggalkan jenazah baginda setelah wafat. Ketidakhadiran mereka pada masa pengebumian baginda adalah peristiwa yang paling penting untuk menunjukkan ketaatan dan keluhuran persahabatan mereka terhadap Rasul Allah.

Ibn Saad berkata di dalam Tabqaat bahawa Ali ibn Abi Talib membayar segala hutang-hutang Muhammad, Rasul Islam. Beliau menghantar seorang pengistihar yang akan melaungkan di sekeliling kota Madinah; dan semasa musim Haji, dia menghantarkan orang itu ke Makkah, untuk menyampaikan bahawa beliau [Ali] akan membayar semua hutang Muhammad, dan jika sesiapa mempunyai tuntutan boleh datang berjumpa beliau untuk mengambilnya. Beliau bayar kepada yang menuntut tanpa sebarang soalan atau meminta bukti bahawa Muhammad berhutang kepada mereka, dan ini dilakukan beliau sehingga ke akhir hayat beliau.

227

Page 228: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

BAB 44

Reaksi Keluarga dan Para Sahabat Muhammad Mustafa Terhadap Wafatnya

Ahli keluarga MUHAMMAD MUSTAFA telah diselubungi oleh ombak kedukaan di atas pemergian baginda. Anak perempuan baginda, Fatimah Zahra, adalah “cahaya mata baginda.” Tetapi kini mata tersebut telah tertutup untuk selamanya, dan tidak akan menyambut beliau dan anak-anak beliau lagi. Tidak juga beliau dapat mendengar dari bibir baginda nada suara kecintaan dan kasih sayang yang mengucapkan selamat pulang; ianya kini membisu untuk selamanya. Bagi diri beliau, baginda adalah bapa, seorang ‘ibu’, malaikat Penjaga, dan rahmat Allah kepada dunia. Baginda juga punca untuk terus hidup di dunia ini untuknya [Fatimah].

Bagi Muhammad, anak perempuannya, Fatimah, dan keluarganya, adalah puncak segala cintanya, kasih sayangnya, bahagia dan gembiranya. Sepanjang hayatnya, baginda telah melayani anak perempuannya dengan penuh hormat, dan telah menunjukkan kepada beliau perbezaan yang khusus bagi mereka yang utama. Tetapi pada baginda, beliau adalah lebih dari yang utama. Dari semua manusia yang baginda kenal, beliaulah yang pertama dan telah memenuhi hati baginda.

Kini Fatimah hanya mempunyai satu hajat, untuk berjumpa bapanya di syurga. Hajat beliau dengan cepat telah dikabulkan, hanya 10 minggu selepas baginda pergi. Pemergian beliau telah meninggalkan suami dan anak-anaknya untuk mengharungi bukan satu tetapi dua kesedihan.

Hasan and Husain adalah cucu Muhammad Mustafa. Mereka adalah buah hati baginda. Mereka duduk dipangkuannya apabila baginda dimasjid atau di rumah, dan mereka menunggang bahu baginda apabila mereka berjalan-jalan. Pangkuan baginda adalah “syurga” mereka, dan bahu baginda ada “kenderaan” mereka. Kini “syurga” dan “kenderaan” mereka telah hilang untuk selamanya. Mata mereka basah dengan air mata, mencari-cari datuk kesayangan mereka dimerata-rata. Mimbar dan bilik dimasjid kini kosong, dan dindingnya kelihatan seperti meratapinya. Masjid baginda umpama kerang yang mana mutiaranya telah hilang. Tangisan dan kesedihan kedua kanak-kanak ini memantul dari dinding masjid dengan bunyi degungan.

Kedua kanak-kanak ini diganggui oleh perasaan aneh, terasing dan tidak menyenangkan, dan mereka dirangkumi oleh ketakutan. Mereka terlalu kecil

228

Page 229: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

untuk memahami perasaan takut ini, tetapi mereka boleh rasakan perasaan tidak selamat menyelubungi mereka. Untuk pertama kali, dalam hanya beberapa tahun mereka hidup, kini mereka telah menjadi mangsa rasa tidak selamat. Datuk mereka adalah simbol dan tanda keselamatan, dan kini telah pergi.

Bagi Ali kematian Muhammad adalah bencana terbesar di dalam hidupnya. Dunia beliau berpusing dikeliling Muhammad semenjak beliau dilahirkan. Muhammad adalah paksi bulatan dunia beliau. Dari dunia itu Muhammad telah pergi, dan kini Ali tidak tahu bagaimana untuk berpaut dengannya. Beliau rasa seperti terputus dari tambatan tempat berlabuh, dan kehidupan kini seperti hilang mayanya untuk beliau.

Ali seorang yang bijak bagi Islam. Karektor beliau mulia dan peribadi beliau tidak dapat dibandingkan. Tetapi beliau telah bergantung kepada Muhammad sebagai pemangkin untuk kepakaran dan pesonalitinya yang agung. Beliau mempunyai kebolehan yang menjadikannya amat diperlukan oleh Islam, tetapi ia memerlukan sentuhan Muhammad untuk menimbulkannya semula kepermukaan.

Dan kini apabila beliau berusia 32 tahun, ketika beliau di dalam usia keutamaannya, apabila beliau dipuncak kekuasaannya, dan apabila beliau boleh memberikan kepada Islam dan juga kepada dunia, lebih dari apa yang telah diberikannya terdahulu, Muhammad wafat. Wafatnya Muhammad telah mengadakan penghalang bagi Ali yang mana beliau tidak pernah dapat melepaskan diri darinya sepanjang hayat beliau.

Reaksi Fatimah Zahra, Hasan, Husain dan Ali, terhadap wafatnya Muhammad, adalah biasa [lumrah] dan dapat diramalkan. Kesemua lima mereka menjadi lingkungan bulatan keluarga, bersatu di dalam kecintaan mereka kepada Tuhan. Muhammad adalah paksi pada bulatan kecil ini. Dengan kematian baginda bulatan itu pecah, meninggalkan ahlinya yang lain tiada tempat berpaut. Mungkin mereka tidak tahu pada ketika itu, walaupun mereka akan tahu tidak lama lagi, iaitu kematian Muhammad adalah lapisan pertama dari kesemua siri kejutan dan penderitaan untuk mereka. Dari itu, mereka akan lalui tapisan demi tapisan kedukaan. Tetapi dengan semua penindasan dan penderitaan yang mereka lalui, keimanan mereka terhadap rahmat Allah serta keadilan dan kebenaran tetap kekal utuh dan tidak berganjak. Harapan mereka untuk memenangi keredhaan Allah makin bertambah dengan setiap dugaan dan kejutan serta kedukaan.

Untuk menahan kejutan di atas kematian Muhammad, ahli keluarga baginda mencari dan mendapati perlindungan dari satu-satunya perlindung yang tidak akan mengecewakan, rahmat dan perlindungan Allah yang tiada batasnya

Wafatnya Muhammad Mustafa dan Ummatnya

Muslim berhutang kepada Muhammad dua ketaatan; pertama, baginda sebagai Pesuruh Allah dan kedua sebagai Ketua Penguasa Arab. Tiada siapa yang boleh mengatakan taat dan patuh kepada baginda dengan hanya salah satu darinya, dan terus kekal sebagai Muslim.

Di dalam karektor sebagai Pesuruh Allah, Muhammad telah mengeluarkan mereka dari jurang penyembahan berhala, dan kini baginda mengajar mereka untuk menyembah Tuhan yang Esa, dan di dalam karektor baginda sebagai Ketua Penguasa Arab, baginda telah mengeluarkan mereka dari kehancuran peperangan dan juga politik. Baginda telah berikan peraturan dan perundangan. Baginda juga telah mengeluarkan mereka dari keagungan kebangsawanan, kepapaan ekonomi dan ketandusan kebudayaan. Baginda telah menjadikan mereka kaya dan bertamadun, dan telah menjadikan mereka bangsa yang dihormati. Secara ringkas terlalu banyak sumbangan baginda kepada mereka. Sekurang-kurangnya mereka dapat berikan kepada baginda, ketaatan dan cinta

229

Page 230: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

mereka. Taat dan cinta untuk Muhammad akan menjadi yang paling utama di dalam keimanan para Muslim pada misi baginda di dalam Islam!

Terdapat Muslim begini, kebanyakan mereka datang dari golongan rendah, yang telah memberi kepada Muhammad cinta mereka dan tiada siapa dapat menafikan bahawa cinta mereka adalah tulen. Apabila baginda wafat, mereka amat berduka dan telah hancurnya hati mereka, dan kepada mereka masjid, kota dan dunia seluruhnya telah menjadi kosong.

Tetapi aksi dari para sahabat Muhammad yang utama di atas wafatnya baginda amat berlainan.

Apabila Muhammad wafat, yang dikatakan sahabat utama baginda tidak menunjukkan sebarang reaksi di atas pemergian baginda. Jika pemergian baginda membuat mereka berduka, mereka tidak memperlihatkan tanda-tanda kesedihan. Yang pasti satu perkara yang mereka tidak lakukan, iaitu mengucapkan takziyah kepada keluarga si mati. Tiada seorang pun dari mereka yang datang untuk mengucapkan kepada keluarga baginda Rasul: “Wahai kamu keluarga Muhammad, kami turut sama berduka di atas kesedihan kamu. Wafatnya baginda bukan sahaja kerugian bagi kamu tetapi juga kepada kami semua." Pada saat apabila simpati diharapakan walaupun dari orang asing, bahkan sebenarnya walaupun dari musuh, amat menakjubkan bahawa yang dikatakan para sahabat Muhammad, Rasul Allah, telah tidak memberikan simpati mereka kepada keluarga baginda. Mereka membiarkan keluarganya meratapi pemergian Rasul sendirian.

230

Page 231: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

BAB 45

Muhammad Mustafa dan Penggantiannya

Sebagai ketua negara, kedudukan Muhammad adalah di antara yang terbaik di seluruh dunia. Baginda telah dianugerahkan dengan kebijaksanaan yang menakjubkan, mempunyai pandangan dan ahli politik yang bijak. Semasa 10 tahun terakhir dari kehidupannya, baginda telah diminta untuk membuat keputusan-keputusan yang penting di dalam sejarah Islam. Keputusan tersebut bukan sahaja memberi kesan kepada Muslim atau Arab tetapi juga kepada manusia sejagat. Baginda juga sedar bahawa tindakan dan keputusan baginda akan memberi kesan kepada tindakan dan keputusan terhadap setiap generasi Muslim sehingga keakhir zaman.

Dari itu Muhammad, Rasul Allah tidak pernah membuat sebarang keputusan atas dasar yang tersedia ada; sebagaimana kecil sekalipun, tidak juga baginda membuat keputusan dengan kaedah “cuba dan lihat” Keputusan baginda semuanya adalah di ilhamkan. Maka keputusan itu telah menjadi ikutan oleh ummat Muslim di sepanjang masa. Dengan pengetahuan dan pemahaman ini; baginda mengucapkan atau melakukan apa sahaja dan segalanya.

Muhammad telah berjaya menubuhkan Kerajaan Langit di Bumi supaya ummat baginda dapat hidup dengan aman dan selamat, disanjung dan dicemburui oleh manusia lainnya; setelah baginda bergelut dengan penuh keyakinan untuk sekian lama menentang jahiliah dan musyirik Arab.Kerajaan Langit di Bumi adalah hasil kerja-hidup Muhammad. Baginda tahu bahawa diri baginda adalah manusia biasa, dan akan mati suatu hari nanti, tetapi kerja-kerja baginda, setelah di satukan dengan “kerajaan” akan terus hidup. Baginda tahu selepas kematian baginda, seseorang mesti meneruskan kerja-kerja yang baginda telah mulakan. Baginda juga tahu penggantian yang tersusun akan mengukuhkan kestabilannya. Baginda tahu semua ini dan banyak lagi yang lain. Tidak ada Muslim yang dapat membayangkan bahawa Muhammad, Pesuruh Allah, tidak mengetahui semua perkara ini dari semua manusia lainnya.

Penggantian Muhammad adalah juga subjek yang menjadi banyak andaian [spekulasi] di antara ramai Muslim. Satu persoalan yang paling utama di dalam setiap minda bagi kebanyakan mereka, terutama sekali semenjak penaklukan Makkah, siapakah yang akan menggantikan Muhammad sebagai ketua yang baru di Negara Madinah, selepas matinya baginda.

231

Page 232: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Soalan ini hanya menjurus kepada satu jawapan, iaitu Muslim yang terbaik! Pengganti Muhammad semestinya, bukanlah orang yang ditaraf kedua, tetapi produk Islam yang terbaik, seseorang yang Islam sendiri boleh mengatakan dengan bangga bahawa itu adalah "masterpiece nya”

"Masterpiece" yang sedemikian adalah Ali ibn Abi Talib. Muhammad telah "menjumpainya" dari semenjak permulaan lagi; dan baginda telah mendidik dan membentuk beliau sebagai penggantinya, dengan itu, telah memastikan bahawa peralihan kuasa akan berlaku dengan secara aman. Baginda cuba sedaya upaya untuk menjauhkan pergelutan perebutan kuasa di antara para sahabat selepas matinya baginda.

Tetapi malang, penyusunan ini tidak berjaya, dan penggantian Rasul, selepas matinya baginda, tidak berlaku secara aman dan teratur. Terdapat pergelutan untuk mendapatkan kuasa di antara para sahabatnya yang mana sebahagian calon baru berjaya merampas kerajaan Madinah. Kejayaan mereka telah memberikan isyarat bahawa berakhirnya Kerajaan Langit di Bumi, dan menunjukkan tertubuhnya negara Muslim sebuah negara yang ditadbir oleh orang muslim. Dari itu, Kerajaan Langit di Bumi atau Negara Islam tidak dapat hidup dengan mati pengasasnya.

Matinya kerajaan Islam yang masih dalam peringkat bayi, mungkin telah menimbulkan banyak persoalan kepada pelajar-pelajar sejarah. Mereka mungkin tertanya-tanya mengapa begitu singkat hayatnya, dan bagaimana mungkin calon baru ini dapat mengatasi susunan yang telah diatur oleh Rasul sendiri di dalam percubaan untuk memindahkan kuasa secara aman dan teratur, dan dapat pula menegakkan susunan mereka sendiri ke atas ummat Muslim.

Berikut adalah percubaan untuk menjawab soalan-soalan itu.

Calon baru yang merebut kuasa, tidak melaksanakan persiapan yang telah dibuat oleh Rasul ketika cuba untuk memindahkan kuasa. Mereka dan juga penyokongnya telah membuat banyak helah mengenainya, dan bertekad untuk merampas kerajaan Madinah untuk diri mereka sendiri. Untuk tujuan ini, mereka telah menyediakan strategi yang hebat dan telah mula melaksanakannya, walaupun sebelum Rasul mati.

Helah yang utama di dalam strategi calon-calon yang berkehendakkan kuasa adalah menyebarkan berita palsu bahawa kitab Allah tidak memberikan sebarang pandangan mengenai perkara kepimpinan bagi Muslim, tidak juga pesuruh Allah, telah melantik sesiapa sebagai penggantinya. Mereka fikir jika Muslim dapat dipesongkan pada kenyataan demikian sebagai benar, maka ummat Muslim akan berpendapat bahawa Rasul telah meninggalkan tugas untuk mencari ketua kerajaan yang akan datang kepada ummat itu sendiri, dan jika ummat yang mempastikan, maka sesiapa sahaja bebas untuk menyenaraikan diri mereka dan merampas kuasa untuk dirinya, jika dia mampu.

Dr. Hamid-ud-Deen: Al-Qur’an al-Majid tidak menyebut apa-apa mengenai cara untuk memilih khalifah. Hadith Rasul yang sahih juga membisu mengenai perkara ini. Dari sini seseorang boleh beranggapan bahawa Shari'ah (perundangan agama) telah meninggalkan perkara ini ke atas kebijaksanaan ummat itu sendiri untuk memilih pemimpin mereka menurut keperluan dan keadaan diketika itu. (History of Islam by Dr. Hamid-ud-Deen, M.A. (Honors), Punjab; M.A. (Delhi); Ph.D. {Harvard University, U.S.A.}, diterbitkan oleh Ferozesons Limited, Publishers, Karachi, Pakistan, page 188, 4th edition, 4th printing, 1971)

232

Page 233: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Helah ini telah berjaya dengan sungguh menakjubkan, dan terus kekal digunakan sehingga ke hari ini. Pada masa lalu ini telah diperkatakan di Timur, sekarang ini telah diperkatakan di Timur dan juga di Barat. Terdapat sedikit di Timur dan tidak ada langsung di Barat yang mencabarnya. Kejayaan mereka telah diambil dari pengesahan ahli sejarah yang berikut:

Marshall G.S. Hodgson: Qur'an telah tidak menyediakan bentuk struktur politik pada ketika Rasulnya mati. (The Venture of Islam, Vol. I, 1974)

Dr. Muhamed Hamidullah: Sebenarnya telah terdapat perbezaan pendapat, pada ketika matinya Rasul, ini telah menunjukkan bahawa baginda tidak meninggalkan arahan yang tepat dan positif mengenai penggantiannya. (Introduction to Islam, Kuwait, 1977)

Francesco Gabrieli: Muhammad mati, setelah jatuh sakit dalam waktu yang singkat, pada June 8, 632 M.. Baginda tidak membuat atau tidak dapat membuat kenyataan politik dan baginda tidak melantik orang yang paling layak untuk mengganti baginda. (The Arabs, A Compact History, New York, 1963)

G.E. Von Grunebaum: Rasul mati pada June 8, 632 M.. Baginda telah tidak menyediakan untuk pengganti baginda. (Classical Islam – A History 600-1258) John B. Christopher: Masalah politik yang meruncing dihadapi oleh Negara Islam yang muda adalah penggantian kepimpinan ummat apabila Muhammad mati; masalah ini adalah kedudukan khalifah, kerana Muhammad tidak membuat persediaan untuk penggantiannya, ummat Islam telah berpatah balik kebelakang kepada cara jahiliah ketika melantik ketua suku kaum yang baru, sebaik sahaja ketua mereka [Rasul] mati. (The Islamic Tradition, Introduction, New York)

Bernard Lewis: Dalam bentuk asalnya, kedudukan ketua negara Islam, khalifah, adalah sesuatu yang baru diadakan. Matinya Rasul, dengan tiada penggantinya, telah mendatangkan krisis kepada komuniti Islam yang masih bayi lagi. (The Legacy of Islam – Politics and War – 1974)

George Stewart: Melihat semula sejarah, seorang itu akan terhenti untuk memikirkan bagaimana boleh terjadinya kedudukan khalifah. Muhammad tidak meninggalkan wasiat; baginda tidak melantik sesiapa untuk mengikuti jejak langkahnya, baginda tidak melantik sesiapa untuk berkuasa, dan baginda tidak memberikan kunci Kerajaan Langit kepada seorang Nabi... (George Stewart di dalam atikelnya, Adakah khalifah seorang Pope? Diterbitkan di dalam sebuah buku, The Traditional Near East, disunting oleh Stewart Robinson, diterbitkan oleh Prentice-Hall, Inc., N.J., 1966)

Robert Frost pernah berkata: "Sebuah teori, jika kamu pegang dengan cukup kuat, dan cukup lama, akan menjadi sebagai fahaman [pegangan]." Kenyataan ini boleh diubah sedikit supaya dapat dibaca seperti berikut: "Kepalsuan, jika kamu pegang dengan cukup kuat, dan cukup lama, akan menjadi sebagai fahaman [pegangan agama]."

Majoriti dari ahli sejarah Islam telah mengatakan bahawa Rasul tidak menyebutkan sesiapa sebagai ketua Negara Madinah yang akan datang selepas baginda mati. Bagi mereka dan ramai yang lain, kenyataan ini telah menjadi pegangan agama sekarang.

Tetapi bukan dari golongan Muslim Syi’ah. Mereka mengekalkan keyakinan bahawa Muhammad, Pesuruh Allah, telah menyatakan berulang kali dan dengan jelas bahawa Ali adalah wazirnya dan ketua bagi semua Muslim.

Muhammad telah menunjukkan arah untuk ummatnya, dan mengingatkan mereka supaya jangan menyimpang darinya selepas baginda mati. Tetapi ummat

233

Page 234: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

menyimpang juga, dan dengan penyimpangan ini secara sedar atau tidak sedar telah menghidupkan semula tradisi jahiliah.

Selepas kematian Rasul, sebahagian dari para sahabatnya berkumpul disebuah pondok di pinggir Madinah yang dipanggil Saqifa, dan di sana melantik Abu Bakar sebagai ketua Muslim. Tidak terdapat peraturan di dalam Islam untuk pemilihan yang sedemikian, tetapi peraturan yang sedemikian terdapat di dalam institiusi politik masa jahiliah.

Tiga orang ahli sejarah Pakistan di masa ini, telah menulis sejarah di dalam buku sejarah mereka “History of the Islamic Caliphate” sebagai berikut:

"Selepas matinya Muhammad (s.a.w), masalah yang paling penting dan komplek Muslim perlu hadapi adalah pemilihan khalifah. Qur’an membisu dalam perkara ini, dan Rasul juga tidak mengatakan apa-apa dalam perkara ini. Dalam masa jahiliah, adat orang Arab untuk memilih ketua mereka adalah dengan undi majoriti. (Tidak menemui sebarang perundangan di dalam Islam) maka prinsip yang sama telah diguna pakai di dalam pemilihan Abu Bakar." (History of the Islamic Caliphate (Urdu), Lahore, Pakistan. Professor M. Iqbal, M.A., L.L.B.; Dr. Peer Muhammad Hasan, M.S., Ph.D.; Professor M. Ikram Butt, M.S).

Menurut dari ketiga-tiga ahli sejarah yang disebutkan di atas, tugas paling penting yang hadapai oleh Muslim pada saat kematian Rasul, adalah untuk mencari pemimpin, oleh kerana Rasul telah meninggalkan mereka tanpa ketua. Tidak mempunyai perundangan di dalam Islam itu sendiri; maka untuk mencari pemimpin, mereka terpaksa mengguna pakai tradisi jahiliah, dan mereka melantik Abu Bakar sebagai ketua baru mereka.

Cara mencari pemimpin untuk Muslim adalah begitu asing bagi genius-genius Islam. Dari itu mereka telah berpatah balik kebelakang [mengikut cara jahiliah] seperti yang telah disebutkan. Penyelewengan ini telah disahkan oleh ramai ahli sejarah Orientalists, di antara mereka:

R. A. Nicholson: Bahawa Muhammad telah tidak meninggalkan anak lelaki, mungkin tekanan ini tidak begitu hebat dari kecuaian baginda atau ke engganannya untuk menamakan penggantinya. Arab tidak tahu mengenai “pewarisan kuasa raja”, sedang pendapat itu belum muncul lagi dari hak Tuhan kepada ahli keluarga Rasul. Dari itu semuanya adalah sama sepenuhnya mengikuti amalan Arab jahiliah, bahawa ummat Muslim telah melantik ketua mereka, sama seperti di masa jahiliah, suku kaum melantik ketua mereka. (A Literary History of the Arabs)

Professor Nicholson berkata bahawa Arab tidak tahu mengenai pewarisan kuasa raja. Dia mungkin betul; kerana Arab sememangnya tidak tahu banyak perkara, seperti percaya pada keEsaan Tuhan, dan mereka amat mahir dengan berhala batu dan kayu, dan mereka berpegang teguh padanya, dan ramai yang mati mempertahankannya.

Bagaimana pun, "bodohnya" Arab dengan pewarisan kuasa raja tidak kekal lama, hanya seketika sahaja. Yang sebenarnya “kebodohan” mereka hanya kurang dari 30 tahun (dari 632 M. ke 661 M). Selepas 30 tahun pertama “kebodohan” mereka terhadap pewarisan kuasa raja, mereka kini telah menjadi pakar di dalamnya, dengan kepakaran yang baru ini maka telah kekal yang berkuasa sehingga ke hari ini.

Dengan "kebodohan" pada prinsip pewarisan kuasa raja, Arab telah meraba-raba di dalam gelap, maka dengan tiba-tiba sahaja mereka telah terjumpa semula perundangan mereka yang telah lama dianuti semasa jahiliah dahulu, di masa

234

Page 235: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

mereka masih menyembah berhala, dan mereka terus mengambilnya. Mereka amat gembira kerana mereka telah menemui “penyelamat” yang lama.

Francesco Gabrieli: Dengan pemilihan Abu Bakar, satu prinsip telah diadakan bahawa khalifah atau Imam [sama ertinya seperti khalifah] hendaklah kekal di dalam golongan Makkah dari Quraish, dari suku kaum Muhammad. Tetapi pada masa yang sama ciri-ciri pemilihan kepada kedudukan tersebut telah ditetapkan, iaitu sayyid atau ketua dari kumpulan jahiliah sahaja, dengan penolakan terhadap tuntutan yang sah dari keluarga Rasul, yang diketuai oleh Ali. (The Arabs, A Compact History, 1963)

Franceso Gabrieli berkata bahawa dengan pemilihan Abu Bakar satu prinsip telah diadakan bahawa khalifah tinggal di dalam golongan Makkah dari kaum Quraish. Tetapi dia tidak menyatakan siapa yang menyediakan “prinsip” tersebut. Adakah ia mempunyai pengesahan dari Qur’an atau tradisi Rasul untuk menyokongnya? Ia tidak ada. Sebenarnya “prinsip” ini telah disusun oleh mereka yang mahu merampas kedudukan khalifah untuk diri mereka sendiri. Mereka dapati “prinsip” ini amat menguntungkan, kerana ia membolehkan mereka merampas kerajaan Muhammad, dan berpaut kuat kepadanya sedang anak-anak Muhammad telah dijauhkan darinya. Tetapi sebagaimana pragmatiknya “prinsip” ini, ianya telah diambil bukannya dari Qur’an tetapi dari masyarakat jahiliah, seperti mana yang ditunjukkan oleh ahli sejarah itu sendiri. Bernard Lewis: Krisis pertama di dalam Islam berlaku apabila matinya Rasul dalam tahun 632 M.. Muhammad tidak pernah mengatakan dirinya lebih dari manusia biasa, lebih utama dari manusia yang lain kerana baginda adalah Pesuruh Allah dan penyampai kata-kata Allah, tetapi dirinya bukanlah tuhan mahupun malaikat. Bagaimana pun baginda tidak meninggalkan arahan yang jelas mengenai siapakah yang akan mengganti dirinya sebagai pemimpin ummat, masyarakat Islam dan pemerintah negara Islam yang baru. Sedang Muslim hanya mempunyai sedikit pengalaman politik dari masa jahiliah untuk memandu mereka. Setelah berhujah dan berdebat di dalam keadaan yang tegang, akhirnya mereka bersetuju untuk melantik Abu Bakar, seorang yang terawal bertukar [kepada Islam] dan yang paling dihormati, sebagai khalifah, naib kepada Rasul, maka terbentuklah, dengan secara tidak langsung, institiusi khalifah yang paling bersejarah. (The Assassins, 1968)

Seperti yang telah dinyatakan dahulu, kepercayaan bahawa Muhammad, Pesuruh Allah tidak meninggalkan sebarang arahan mengenai siapakah yang akan menggantikan baginda sebagai ketua kepada masyarakat Islam, telah menjadi bahan kepercayaan agama oleh kebanyakan dari ahli sejarah, lama dan baru, Muslim dan juga yang bukan Muslim. Seseorang mungkin boleh memaafkan ahli sejarah Sunni yang terus berpegang kepada “bahan kepercayaan agama” tetapi amat menghairankan bahawa mereka yang terpelajar dan mempunyai kecemerlangan yang tinggi seperti Nicholson dan Bernard Lewis telah tidak melakukan apa-apa penyelidikan di dalam hasil kerja mereka mengenai Islam, selain dari menyebarkan apa sahaja yang “disampaikan kepada mereka” oleh ahli-ahli sejarah diraja dipermulaan abad, dari Damascus dan Baghdad. Bernard Lewis, bagaimana pun telah bersetuju sama seperti Nicholson dan Franceso Gabrieli, bahawa Muslim yang melantik Abu Bakar sebagai khalifah mereka, mempunyai sedikit pengalaman politik dari masa jahiliah untuk membimbing mereka.

Bernard Lewis menambah lagi bahawa Keagungan Instituisi Khalifah yang bersejarah telah ditubuhkan “hampir tidak disengajakan”

Instituisi Politik Islam yang terpenting, Khalifah telah ditubuhkan “hampir tidak disengajakan!”

235

Page 236: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

George Stewart: Tertubuhnya kedudukan khalifah bukan dari perancangan yang khusus atau pandangan yang jauh, tetapi hampir dengan tidak disengajakan ... Khalifah telah terjadi dari pergolakan yang tidak diduga diera kelahirannya. (The Traditional Near East, 1966)

Penulisan mengenai masyarakat Arab jahiliah, Professor John Esposito, berkata:

"Pengumpulan beberapa keluarga yang mempunyai hubung kait menjadi suku. Rangkuman beberapa suku menjadi kaum. Kaum telah dipimpin oleh ketua (shaykh) yang telah dipilih dari ijmak [persetujuan] mereka yang utama, iaitu ketua dari suku atau keluarga." (Islam – the Straight Path, 1991, ms 5)

Di dalam buku yang sama (dan bab yang sama), Professor Esposito menambah pada ms 16:

"...sebuah masyarakat yang berasaskan dari penggabungan kaum dan perundangan buatan manusia atau adat kebudayaan telah digantikan dengan masyarakat yang digabungkan oleh agama (Muslim ummat) yang diperintah oleh perundangan Tuhan."

(Abu Bakar telah dipilih sebagai ketua (shaykh) oleh "ijmak mereka yang utama iaitu, ketua dari suku atau keluarga." Itu adalah "perundangan buatan manusia atau adat kebudayaan" yang telah memberikan kepada dia [Abu Bakar] kuasa. Satu perkara yang tidak terlibat di dalam pemilihan ini, adalah perundangan Allah.")

Kesemua ahli sejarah yang disebutkan di atas, sebulat suara menyatakan bahawa:

1. Muhammad, Pesuruh Allah, tidak meninggalkan arahan kepada ummatnya mengenai ciri-ciri kerajaan Islam yang akan datang, dan baginda tidak melantik sesiapa untuk menjadi ketua selepas baginda mati. Di dalam perkara penggantian, baginda tidak mempunyai polisi yang jelas; dan;

2. Apabila Muhammad mati, Muslim perlu mencari ketua yang baru untuk masyarakat. Tidak mempunyai sebarang petunjuk dan contoh, mereka tidak punya pilihan; maka mereka berpatah kebelakang kepada institiusi politik atau tradisi di masa jahiliah untuk mencari ketua, dan Abu Bakar adalah pilihan mereka [mengikut cara jahiliah].

Jika ahli sejarah ini benar, maka ini adalah kekurangan yang besar terdapat kepada kedua-dua pihak, Al-Qur’an al-Majid dan penterjemah dan penyampainya, Muhammad, kerana, tidak menyampaikan kepada Muslim mengenai perkara memilih ketua mereka.

Tetapi, tidak boleh ada kekurangan yang sedemikian pada pihak Qur’an atau pun Muhammad. Qur’an telah menyatakan, dengan jelas dan tepat, kelayakkan ketua yang dilantik oleh Tuhan; dan Muhammad telah memberitahu ummat, dengan jelas dan tepat siapakah yang mempunyai kelayakkan itu. (Perkara ini akan diperkatakan di dalam bab yang lain).

Bagaimana pun pada ketika Abu Bakar dipilih sebagai khalifah oleh Muslim, perundangan Tuhan telah tidak digunakan di dalam pemilihan itu. Dari itu pemilihannya telah menimbulkan beberapa persoalan asas, seperti:

1. Kehendak Allah dan RasulNya, tidak membayangkan sesuatupun mengenai pemilihan Abu Bakar. Dia telah dipilih oleh sebahagian sahabat, maka dia adalah wakil mereka atau wakil kepada Muslim. Rasul sahaja yang boleh

236

Page 237: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

memilih penggantinya, dan baginda tidak memilih Abu Bakar. Dari itu bolehkah Abu Bakar digelar sebagai pengganti Rasul Allah?

2. Peranan yang paling penting di dalam sesuatu pertubuhan sosial adalah peranan yang dimainkan oleh kerajaan atau ketua kerajaan. Tuhan telah menegaskan bahawa Quran itu sempurna dan tidak meninggalkan sesuatu apa pun yang penting. Tetapi kumpulan Abu Bakar mengatakan Quran tidak memberitahu Muslim bagaimana hendak mencari ketua kerajaan mereka. Jika mereka benar bolehkah kita katakan kepada yang bukan Islam bahawa Quran adalah kod kehidupan yang cukup dan sempurna, dan tidak mengabaikan suatu apa pun yang penting untuk kehidupan manusia?

3. Jika Muhammad Mustafa sendiri tidak membimbing Muslim di dalam kedua-dua amalan dan teori bagi sesebuah kerajaan, maka bolehkah kita katakan kepada yang bukan Islam bahawa baginda adalah model yang sempurna untuk manusia di dalam segala-galanya?

4. Adakah ajaran Muhammad tidak lengkap dan kurang sempurna sehingga sebaik sahaja baginda wafat, pengikut baginda terpaksa menggunakan adat jahiliah, perundangan dan tradisi mereka? Oleh kerana mereka telah lakukan, tidakkah ini telah membuka persoalan terhadap keperibadian baginda sendiri?

Yang sebenarnya Al-Qur’an al-Majid adalah kod kehidupan yang lengkap dan sempurna. Tetapi hanya mereka yang mencari sahaja yang akan mendapat petunjuk darinya. Tidak ada keterangan yang mengatakan bahawa petunjuk dari Qur’an dapat dicari dengan melantik Abu Bakar. "Prinsip" yang dijalankan di dalam perlantikan dia adalah diambil dari pengalaman politik Arab jahiliah. Pimpinannya adalah dari adat kedudayaan yang diambil dari masa sebelum Islam, iaitu mandat kaum.

Seperti Qur’an, kod yang sempurna untuk kehidupan, Muhammad Mustafa, Pembawa dan Penterjemahnya, adalah model yang sempurna untuk manusia. Baginda tahu bahawa baginda juga tertakluk kepada perundangan yang sama ketika hidup dan mati seperti juga manusia lain. Baginda juga dianugerahi dengan pengetahuan sejarah, dan tahu apa akan terjadi apabila pemerintah yang agung mati. Satu perkara yang baginda tidak boleh lakukan, iaitu membiarkan orang-orang baginda menjadi gelandangan sekali lagi seperti mereka di masa jahiliah. Satu perkara yang tidak boleh terlepas dan tidak terlepas dari perhatian baginda, adalah prinsip penggantian di dalam Kerajaan langit di Bumi.

Abu Bakar telah dilantik disebuah pondok, Saqifa, sebagai Ketua Kerajaan Muslim dengan disokong oleh Umar bin al-Khattab. Dari itu, kerajaannya dan juga kerajaan dua orang penggantinya, Umar and Uthman; ketiga-tiganya adalah “hasil” dari Saqifa. Saya akan memperkenalkan kerajaan mereka sebagai kerajaan Saqifa untuk membezakan mereka dari kerajaan Ali ibn Abi Talib yang bukan dari hasil Saqifa. Kerajaan Ali adalah Kerajaan Langit di Bumi yang dipulihkan semula.

237

Page 238: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

BAB 46

Teori Sunni Mengenai Kerajaan

Muslim yang mengatakan bahawa mereka mengikuti tradisi (ucapan dan amalan) Muhammad Mustafa, Rasul Islam, dan juga para sahabat, dipanggil Ahlul-Sunnah wal-Jama'ah atau Sunni. Mereka juga memanggil diri mereka Muslim "orthodox", dan mewakili majoriti Muslim di dunia ini.

Muslim Sunni percaya bahawa Rasul Islam tidak melantik sesiapa sebagai penggantinya, dan [kemungkinan] baginda berpendapat bahawa selepas baginda wafat, Muslim akan mencari ketua yang baru untuk diri mereka. Bahkan mereka juga mengatakan bahawa Rasul tidak memberitahu pengikutnya bagaimana mereka seharusnya memilih ketua atau apakah kelayakkan yang perlu dimiliki oleh seorang ketua. Dengan ketiadaan kedua-dua ini, contoh dan petunjuk untuk mencari ketua, maka para sahabat tidak mempunyai pilihan, selain dari mengambil jalan pembaharuan, rekaan sendiri.

Tetapi pembaharuan bukanlah satu polisi, dan tidak dapat dinafikan telah bertukar menjadi satu cara yang tidak keharuan di dalam mencari seorang ketua untuk masyarakat Muslim. Dalam satu kes para sahabat memilih ketua melalui apa yang dikatakan sebagai undian. Di dalam kes yang lain, ketua yang pertama [yang dilantik dengan undian] telah menamakan dan melantik penggantinya sendiri. Dalam kejadian yang ketiga, ketua yang kedua [yang dilantik], melantik satu jawatankuasa yang mengandungi enam orang dan memberi mereka tugas untuk melantik salah seorang dari mereka sebagai ketua Muslim yang akan datang.

Ketua yang ketiga, yang telah dipilih ahli jawatankuasa, telah dibunuh di dalam pemberontakan dan kekacauan, dan ummat telah tinggal tanpa ketua. Para sahabat kemudian berpaling kepada keluarga Rasul, dan merayu kepada salah

238

Page 239: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

seorang dari ahlinya supaya mengambil kuasa kerajaan Muslim, dan menyelamatkannya dari kehancuran dan perpecahan.

Ketua yang keempat masih memerintah Muslim apabila calon yang baru untuk ketua, timbul di Syria. Dia mengenepikan undian pemilihan yang telah dijalankan, mencabar ketua Muslim yang sah dengan menggunakan prinsip kekuatan, dan akhirnya berjaya merampas pemerintahan kerajaan. Tindakan dia telah membawa jumlah “prinsip” untuk mencari ketua Muslim kepada empat iaitu:

1. Undian: Abu Bakar telah dilantik khalifah (pengganti Rasul) oleh undian majoriti di Saqifa. (Ali ibn Abi Talib, ketua yang keempat, juga telah dilantik khalifah oleh majoriti Muhajirin dan Ansar yang berada di Madinah pada ketika matinya khalifah yang ketiga).

2. Mencalonkan: Umar telah dilantik oleh Abu Bakar sebagai penggantinya.

3. Pilihan oleh kapitalis: Uthman telah dilantik khalifah oleh ahli jawatankuasa enam orang yang dilantik oleh Umar.

4. Merampas Kerajaan dengan Kuasa Ketenteraan: Muawiyah bin Abu Sufyan merampas kerajaan Muslim dengan kekuatan tentera.

Muslim Sunni menganggap kesemua keempat-empat “prinsip” ini adalah sah dan diterima. Dengan ini empat “perundangan” yang berbeza telah terbentuk, mod [cara] untuk memilih ketua ummat Muslim.

Hendaklah ditunjukkan di sini bahawa Muslim Sunni telah menerima dan mengesahkan kepada keempat-empat cara yang berbeza, yang digunakan pada pemilihan ketua Ummat Muslim, tetapi “status” terhadap “prinsip” tersebut, tidak ada yang diambil dari kitab Allah, al-Quran atau dari kitab Nabi, al-Hadith. Kesemuanya dihasilkan dari kejadian yang berlaku selepas wafatnya Rasul Islam.

Di dalam sejarah mana-mana negara di dunia, “sistem-pemerintahan” adalah langkah pertama pada “pembinaan-masyarakat.”. Sistem pemerintahan adalah dasar perundangan bagi sesuatu jajahan, iaitu struktur asas penguasaan. Ianya menentukan dan menjelaskan tanggungjawab, tugas dan juga kuasa kerajaan. Segala keputusan penting yang melibatkan kepentingan ummat, akan dibuat dengan bergantung kepada prinsip tersebut. Apa sahaja yang seiring dengannya akan diambil sebagai sah, apa sahaja yang bertentangan akan dibuang sebagai di luar perundangan.

H.A.R. Gibb: Perundangan mendahului negara, secara logik dan juga masa dan ketika; dan kekalnya negara adalah untuk meneruskan dan menguatkuasakan undang-undang." (Law in the Middle East)

Tetapi teori kerajaan Sunni telah menderita dari penyelewengan yang terbentuk di dalamnya sendiri. Sebagai undang-undang, polisi dan tindakan, ketua politik itu sendiri, perlulah mengikuti prinsip sistem perlembagaan yang ada; tetapi ini tidak berlaku. Sebaliknya sistem yang mengikuti keadaan, hasil dari keputusan dan tindakan ketua politik. Dalam lain perkataan, bukanlah sistem perlembagaan yang mentadbir kerajaan, sebaliknya kerajaan, iaitu ketua politik yang mengetuai kerajaan, yang mentadbir sistem perlembagaan.

Yang sebenarnya, tidak ada perkara seperti teori kerajaan Sunni. Setiap kali kejadian baru belaku ahli fiqh Sunni akan mengadakan “teori” baru atau “prinsip” baru untuk merasionalkannya [membolehkannya]. Dengan cara ini, mereka memasukkan teori kerajaan mereka dengan ciri-ciri adaptasi [boleh berubah mengikut keadaan] dan kelonggaran-kelonggaran yang sungguh menakjubkan.

239

Page 240: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Teori dan amalan kerajaan Sunni telah dipelajari dan di analisi oleh ramai pelajar dari pembangunan politik Islam, dahulu dan sekarang, Muslim dan juga yang bukan Muslim. Pengarang buku Sharh-Mawaqif, seorang penulis Arab klasik, percaya bahawa seorang calon ketua hanya perlu mempunyai kebolehan merampas dan memegang kuasa. Dia berkata:

"Apabila seorang Imam mati dan seorang yang mempunyai kelayakkan yang diperlukan untuk menduduki kedudukan itu [tanpa sumpah setia, iaitu Bai’ah, tidak diberikan kepadanya, maka tidak dinamakan sebagai pengganti] tuntutannya kepada kedudukan khalifah akan diperakui, jika kuasanya dapat menundukkan manusia; dan begitulah kesnya, apabila khalifah yang baru seorang yang jahil dan tidak bermoral. Dan begitulah seterusnya apabila khalifah telah menampakkan dirinya sebagai yang berkuasa, terkuat, dan kemudiannya akan dikalahkan oleh orang lain, khalifah yang dikalahkan akan dibuang dan yang menang akan di iktiraf sebagai Imam atau khalifah."

Satu lagi analisis di zaman lampau, Taftazani, berpendapat bahawa ketua boleh dari yang zalim atau yang tidak bermoral; bagaimana pun dia tetap pemerintah Muslim yang sah. Dia menulis di dalam bukunya, Sharh-Aqa'id-Nasafi:

"Seorang Imam tidak boleh dibuang atas dasar zalim atau tidak bermaruah."

Stewart Robinson telah menyebut dari Imam Ghazzali, di dalam bukunya, The Traditional Near East, sebagai berkata:

"Sultan yang fasiq dan zalim mesti dipatuhi."

Sebahagian dari penganalisis fahaman politik Islam moden telah menyatakan ketidakseragaman teori kerajaan Sunni. Berikut adalah kenyataan sebahagian dari mereka:

H.A.R. Gibb: Teori politik Sunni, yang sebenarnya hanya sekadar sejarah komuniti yang diterima pakai. Tanpa contoh terdahulu, tiada teori, dan semua punca interpretasi bagi pelaksanaannya telah dipalsukan, amalan yang dipraktik telah diperbolehkan sebagai ikutan dan akhirnya telah diperbaiki oleh ijmak. (Studies on the Civilization of Islam, 1962)

Bernard Lewis: Empat khalifah yang pertama, dipercayai oleh tradisi Muslim sebagai pemerintah yang adil, yang sebenarnya telah timbul dari kalangan Muslim elit, atas dasar bukan dari keturunan, sebenarnya dengan proses yang boleh diterangkan sebagai undian di dalam fahaman perundangan Sunni; tetapi tiga dari empat pemerintah ini telah berakhir dengan pembunuhan, dua yang akhir di dalam perang saudara. Kemudiannya kedudukan khalifah menjadi hak keturunan bagi dua dinasti secara turutan, Umayyah dan Abbasid, di mana sistem dan bentuk kerajaan mereka lebih mirip kepada empayar autokratik jahiliah; dari sistem kemasyarakatan penduduk Madinah. Tugas rakyat supaya taat, telah dikekalkan dan sesungguhnya telah dipaksakan; dan perlunya seorang khalifah untuk memenuhi kelayakkan dan syarat-syarat yang diperlukan untuk kedudukan tersebut, telah dikosongkan dari isi kandungannya.

Perbezaan di antara teori dan amalan, di antara kefahaman yang murni terhadap perundangan Islam dan fakta sebenar kezaliman kerajaan, telah membuat sebahagian pelajar mengenepikan kesemua sistem politik dan perlembagaan ulama’ Muslim yang terdahulu sebagai sesuatu yang abstrak dan diada-adakan, terlalu sedikit kebenarannya, samalah seperti kebebasan manusia awam di dalam sebuah sistem diktator moden sekarang. Perbandingan ini telah diperbesarkan dan tidak adil. Ulama’ Islam di zaman pertengahan [medieval] bukannya bodoh atau korap [zalim], tidak juga mereka jahil terhadap keadaan sebenar atau berdusta untuk mempertahankan sesuatu. Sebaliknya mereka telah digerakkan

240

Page 241: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

oleh kepentingan agama yang mendalam, timbulnya kesedaran terhadap adanya jurang di antara sempurnanya Islam dengan amalan-amalan yang dilakukan oleh kerajaan Muslim. Masalah yang ditimbulkan oleh penulisan ulama terhadap kerajaan Muslim, lebih mendalam dari apa yang dilakukan oleh seorang atau pemerintah individu yang lain. Ini semua berkenaan dengan arah yang diambil oleh masyarakat Muslim secara ke seluruhan semenjak era Rasul, arah yang telah membawa mereka jauh dari idea berpolitik dan etika Islam yang dibawa Rasul. Untuk meragui kesahihan sistem kerajaan di mana Muslim kini hidup di dalamnya samalah seperti meragui kepercayaan ummat Islam itu sendiri, satu keadaan yang tidak boleh diterima oleh ulama’ Sunni, yang mana definasi “kepercayaan [iman]” bergantung sepenuhnya pada contoh dan amalan masyarakat. Dari itu ulama perlulah, dalam beberapa keadaan, memperbolehkan keadaan yang telah berlaku, supaya dapat membuktikan kebenaran kepercayaan dan sistem Sunni, terhadap tuduhan bahawa mereka telah jauh menyimpang dan memandu ummat Muslim kepada keadaan yang berdosa. (The chapter on Politics and War published in the volume, Legacy of Islam, 1974)

G. E. Von Grunebaum: Di dalam membentangkan peranan para khalifah, seseorang dapat merasakan keresahan usaha penulis untuk menyelaraskan tugas yang ideal dan fakta sebenar di masa itu. Undang-undang telah menyatakan prinsip yang tidak boleh diubah, tidak pernah membayangkan penambahan kuasa kepada putera bagi yang beriman untuk memperlakukan sesuatu, walaupun pada tugasnya yang paling kecil. Maka teori terpaksa berkompromi [bersetuju], untuk menerima konsep undian; dengan memasukkan undian walaupun oleh seorang pengundi yang berkelayakan, dalam lain perkataan, untuk membolehkan keadaan sebenar yang telah berlaku di mana khalifah telah dilantik oleh orang yang sebelumnya [khalifah yang sebelumnya] atau ketua tentera yang berkuasa. Bahkan berkemungkinan, terdapat ramainya ketua-ketua terhadap ummat, perlu juga diakui. Sama seperti di zaman dan tamadun yang lain, teori bagi berkuasa adalah senjata, di dalam pergelutan untuk mendapatkan kuasa. (Islam, London, 1969)

John Alden Williams: Kenyataan yang menerangkan bagaimana Muslim membolehkan pandangan terdahulu dari mereka di zaman pertengahan terhadap masalah kuasa dan kepimpinan Islam, telah ditunjukkan oleh seorang Syria di zaman ini, iaitu Ibn Taymiya (dan dengan pendapatnya pasti Hanbali tidak bersetuju). Ibn Jama'a (mati. 1333 M.) seorang dari pegawai tertinggi pertubuhan agama Mamluke, dan dua kali, ketua kadi di Cairo. Walaupun dia adalah seorang Shafi'i, seperti al-Mawardi, pandangan Ibn Jama'a yang condong kepada Ahmad ibn Hanbal di dalam kenyataan agama dan terdapat di dalam ajarannya; Imam yang berkuasa perlu dipatuhi, walau apa cara sekalipun dia sampai kepada kedudukan itu. Di dalam pertentangan di antara perpaduan dan keadilan, perpaduan ummat mesti diutamakan. Sebagai tambahan, sesiapa mendapat kuasa di mana-mana daerah mestilah diiktiraf sebagai Imam, jika kita tidak punya kuasa untuk mengalahkannya. Ringkasnya, pemerintah hendaklah dilayani seperti mereka yang sempurna sama ada benar atau tidak: kepentingan masyarakat telah memeliharanya dari kesalahan yang dilakukan. Itu adalah satu pandangan yang logik tetapi Ibn Taymiya merasakan bahawa itu adalah dari mereka yang bankrap moral. (Dari Imam dan Kesahihannya. Dari Kebebasan Penghakiman Di dalam Kerajaan Muslim. Oleh Ibn Jama'a (mati. 1333 M.), Al-Ahkam fi Tadbir Ahl al-Islam).

‘Imami ada dua bentuk: undian, dan rampasan. Imami undian disahkan oleh dua cara, dan Imami rampasan oleh cara ketiga. Cara pertama di dalam imami undian adalah bai’ah [bersumpah] oleh mereka yang mempunyai kuasa untuk mengikat dan membuka. Cara kedua adalah Imam dipilih sebagai pengganti oleh orang yang sebelumnya.

241

Page 242: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

‘Pada cara ketiga, yang mana tuntutan yang merampas telah dijadikan sah, adalah dengan mengalahkan yang berkuasa diketika itu, dan jika tidak terdapat Imam, dan dia telah menaikkan dirinya ke tempat kedudukan itu, yang mana dia tidak layak untuknya, dan telah menguasai manusia dengan kekuatan tenteranya tanpa sebarang pengundian atau perlantikan, maka tuntutannya adalah sah, dan manusia terpaksa taat kepadanya, supaya perpaduan Muslim terjamin dan mereka boleh berkata dengan satu suara. Tidak ada perbezaannya sama ada dia jahil atau zalim, menurut dari pendapat yang paling tepat, dan kemudian jika yang lain mampu bangun dan menentang kuasa dan tentera yang pertama tadi, dan yang pertama telah dikalahkan, maka yang kedua akan menjadi Imam, untuk kepentingan seperti yang telah dikatakan tadi, ummat Muslim dan perpaduan mereka [sekadar ungkapan]. Atas sebab ini, anak Umar berkata di peperangan Harra: "Kami bersama mereka yang menang " (ms 91).

Yang sebenarnya, Ummat mengamanahkan urusan mereka kepada khalifah, dan meminta dia menjadi pemerintah yang baik dan sempurna. Selain dari persoalan; sama ada ianya bertentangan dengan syarat, tidak terdapat cara pemilihan yang pasti untuk menentukan peralihan kuasa secara aman dan bahkan kerap atau selalu menusia naik ke tempat kedudukan kuasa dengan cara kejam. Apabila dia sudah sampai di sana, tidak ada cara untuk menjatuhkannya, melainkan dengan lebih kejam, yang mana telah dilarang oleh perundangan. Inilah kejadian yang sebenar yang berlaku dikebanyakan negara, melainkan terdapat yang sedikit seperti empayar Ottoman dan Mughal yang berjaya mengadakan prinsip penggantian secara keturunan, "tidak ada yang lebih sesuai kepada manusia untuk berkuasa dari perasaan penjenayah." (Themes of Islamic Civilization, 1971, University of California Press, Berkeley)

Ulama dan ahli agama Sunni mampu membuat perubahan dan kompromi yang tiada kesudahannya. Mereka sedia mengesahkan sebagai pemerintah yang sah, bukan sahaja Muslim yang zalim dan perampas tetapi juga yang bukan Muslim.

Bernard Lewis: Banyak yang telah ditulis mengenai pengaruh perang salib pada Eropah. Bahkan terlalu sedikit telah ditulis mengenai kesan dan pergelutannya atau yang berkaitan dengannya dibumi Islam. Untuk kali pertama semenjak dari mula Muslim telah dikalahkan di dalam peperangan, dan ketika melepaskan kawasan yang besar dari jajahan Islam kepada pemerintah Kristian, dan meninggalkan penghuni Islam yang ramai di bawah pemerintahan kristian. Kedua-dua fakta ini telah diterima Muslim dengan penuh ketenangan. Di barat dan di timur, pemerintah Muslim bersedia untuk mengikat perjanjian dengan jiran-jiran mereka yang baru, dan bahkan di dalam beberapa keadaan bersekutu dengan mereka untuk menentang saudara mereka yang Islam, seolah-olah seperti satu perintah dari agama, dengan membolehkan merendahkan diri kepada yang zalim, maka tidak susah lagi untuk berhujah dan memanjangkannya kepada yang bukan Islam pula. ‘Di mana kekuasaan mereka mestilah kita patuhi,' dengan syarat dia mengizinkan Muslim untuk mengamalkan agama dan patuh kepada perundangannya. Kerajaan berkuasa yang demikian dilihat, menurut dari sebahagian ulama, boleh dianggap sebagai sebahagian dari rumah Islam. (Politics and War, published in the book, Legacy of Islam).

Tambah dan tolak dari analisis tersebut, bahawa teori kerajaan Sunni hanya menerima satu prinsip iaitu kuasa kekejaman. Hampir semua ulama dan ahli agama Sunni telah memberikan restu mereka terhadap prinsip ini. Sebagai prinsip, kuasa kekejaman telah menjadi teori kerajaan Sunni yang tetap semenjak Muawiyah merampas kedudukan khalifah dalam tahun 661 M. Ini bererti bahawa jika sesiapa boleh memulihkan, di dalam Kerajaan Langit di Bumi, sama juga di mana sahaja, maka perundangan jahiliah yang dipanggil “Kuatlah yang Benar” dia adalah pemerintah yang sah kepada ummat Muslim. Kerajaan Muslim ini tidak mempunyai teori atau struktur atau peralatan selain dari kuasa penindasan.

242

Page 243: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Perintah Allah yang tertulis di dalam Al-Qur’an al-Majid, kehendak, contoh dan perintah pesuruhNya, dan kod etika semuanya tiada kaitan langsung.

Mungkin tidak memeranjatkan, atitiut ulama Sunni kekal hingga kini. Kongres bagi Khalifah telah bermesyuarat di Cairo, Mesir, dalam tahun 1926, telah mengatakan bahawa Muslim dengan secara sah boleh menjadi khalifah jika dia boleh buat tuntutannya dengan penaklukan, walaupun jika dia tidak memenuhi sebarang syarat yang lain yang diperlukan oleh ulama.

Di dalam analisisnya yang di atas, Dr. Williams telah menyebutkan dari Abdullah anak lelaki Umar bin al-Khattab (khalifah kedua) sebagai berkata bahawa dia (Abdullah) bersama mereka yang menang, walaupun sesiapa sahaja. Dengan ini Abdullah telah dikatakan sebagai yang paling wara’ dan amat cintakan agama dan berpengetahuan. Dia telah menghabiskan atau cuba mengahabiskan sebanyak masa yang mungkin bersama dengan Rasul, dan jika dia [Abdullah] mengatakan sesuatu, pada ketika itu dan berterusan hingga kini akan dianggap seperti mempunyai kuasa di dalam ke seluruhan masyarakat Sunni. Yang aneh sekali, dia tidak memikirkan bahawa di dalam mana-mana pertentangan [pergaduhan] di antara dua individu atau kumpulan, persoalan di antara siapa yang benar dan siapa yang salah tidak ada kaitannya. Perkara yang paling penting adalah kemenangan. Menurut pendapatnya sesiapa yang menang pasti benar. Jika seorang gangster [penjenayah] berjaya mengalahkan semua penentangnya dan berjaya di dalam perebutan kuasa, maka dari logik kejayaan telah menjadikan dia yang paling utama untuk menduduki kedudukan yang tertinggi di dalam dunia Islam. Apa yang dia perlu lakukan adalah dengan membuktikan bahawa dia calon yang paling layak untuk kedudukan khalifah, dengan menunjukkan bahawa dia boleh merampas kuasa dengan kuasa kekejaman, dan jika dia dapat lakukan, maka kedudukan khalifah adalah kepunyaannya, di dalam Islam tidak ada kelayakkan seperti kuasa kekejaman!

Ahli fiqh, ulama dan ahli analisis politik Sunni telah menunjukkan keselarasan yang sungguh menakjubkan, di dalam semua penjelasan mereka, pada menegakkan “prinsip” bahawa ketaatan hendaklah diberikan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai kuasa di tangannya. Ini mungkin sebabnya mengapa ketaatan yang pasif kepada pemerintah telah menjadi perkataan Elie Kedourie, "pengaruh tradisi politik di dalam Islam," dan mengapa penghormatan Muslim yang berlebihan untuk sesuatu yang telah berlaku dan jangan dipersoalkan lagi telah memberikan “karektor yang tidak boleh dipersalahkan kepada sejarah Muslim."

Syi’ah Muslim menolak teori kerajaan Sunni kerana ketiadaan persetujuan moral dan kurang konsisten [selaras]. Mereka mengatakan bahawa prinsip sama ada betul atau pun salah, dan satu-satunya cara untuk mempastikan bahawa ianya betul atau salah, adalah Al-Qur’an al-Majid. Muslim seluruh dunia boleh sebulat suara mengatakan undang-undang, tetapi jika ianya bertentangan kepada Qur’an, ini bukan Islam. Punca penyesuaian moral di dalam Islam adalah Qur’an, dan bukannya “majoriti.”

Syi’ah Muslim juga mengatakan bahawa mesti terdapat keselarasan di dalam mempraktikkan undang-undang atau prinsip. Tetapi, jika tidak ada, maka “undang-undang” yang baru atau “prinsip” yang baru hendaklah dibuat untuk menyesuaikan kepada setiap situasi yang baru, dari itu bukanlah polisi lagi tetapi yang diperlukan. Seperti yang dinyatakan di atas, satu-satunya keselarasan yang boleh didapati di dalam teori kerajaan Sunni adalah penerimaan yang tidak terbatas oleh ulama dan ahli fiqh mereka, terhadap “prinsip” bahawa kuasa adalah “yang berkuasa” kepada dunia ini, dari itu maka Muslim hendaklah tunduk kepadanya. Bahkan Imam Ghazali juga mengatakan bahawa “prinsip” ini hendaklah dipegang teguh kerana ini adalah perintah Allah kepada Muslim seperti di dalam Al-Qur’an al-Majid itu sendiri.

243

Page 244: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Imam Ghazali adalah seorang yang amat disanjungi di dalam dunia Islam. Dia umumnya dianggap sebagai seorang ulama yang terulung oleh Sunni Islam. Sebahagian ulama Sunni telah melampaui batas sehingga mengatakan bahawa jika ada sesiapa yang boleh menjadi Nabi setelah Muhammad Mustafa, orang itu adalah Imam Ghazali. Dan dia [Imam Ghazali] telah menasihatkan Muslim untuk menerima segala penyalahan kegunaan kuasa oleh diktator atau ketua tentera kerana, Imam Ghazali berkata bahawa tanggungjawab mereka untuk taat kepada pemerintah yang ada dengan menyebutkan dari teks al-Quran itu sendiri: “Taat kepada Tuhan, taat kepada Rasul dan mereka yang ketua di atas urusan." Adalah amat menakjubkan bahawa manusia seperti Imam Ghazali tidak dapat berbuat apa-apa selain dari mengesahkan salinan yang serupa terhadap interpretasi ayat yang disampaikan kepadanya.

Al-Qur’an al-Majid, malangnya, telah mendapati semua teori bagi kerajaan dan prinsip pada pertubuhan politik yang telah diperjelaskan dan disusun oleh majoriti Muslim adalah asing baginya; dan terdapat satu penjelasan yang mudah iaitu, Qur’an telah mempunyai teorinya sendiri bagi kerajaan dan filosofi politik. Dari itu Quran tidak mempunyai minat terhadap sebarang teori asing atau filosofi kerajaan. Filosofi politik Qur’an telah diperkatakan di dalam Bab yang lain di dalam buku ini

BAB 47

Pergelutan untuk Berkuasa I

Muslim Sunni menegaskan bahawa semua para sahabat Muhammad Mustafa, Rasul Allah yang dirahmati, adalah model contoh yang perlu diikuti, dan bahawa mereka tidak dapat disentuh oleh ketamakkan harta, dahagakan kuasa atau apa sahaja idaman dunia. Mereka juga mengatakan bahawa semua para sahabat saling mencintai sesama sendiri dan perhubungan mereka tidak dicemari oleh dengki atau cemburu.

Malangnya itu semua amat jauh dari kebenaran. Kami berharap begitulah hendaknya tetapi bukti sejarah tidak menyokong tanggapan yang sedemikian, dan fakta kekejaman mereka telah merobekkan rekaan dan sanjungan penyokong dan pemujanya dan telah sampai kepada kami. Penyokong para sahabat yang paling kuat tidak dapat menafikan bahawa pergelutan untuk berkuasa di antara mereka telah tercetus, walaupun sebelum jenazah baginda Rasul diberikan pengebumian. Dari itu bukti sejarah telah memungkinkan kami untuk membuat penilaian yang lebih tepat terhadap karektor para sahabat dan pelbagai peranan mereka di dalam cerita sejarah Islam.

Sudah pastinya mustahil sebagai manusia, untuk semua para sahabat Rasul sama dalam semua aspek. Tidak ada dua individu yang merakamkan tindakbalas yang sama di dalam kejadian keadaan yang luar biasa. Menerima Islam, dan persahabatan dengan Rasulnya tidak semestinya timbul dari perasaan yang murni dari semua Arab. Mereka adalah kumpulan yang bercampur-campur. Selepas menerima Islam, sebahagian mereka mencapai tahap yang tinggi; yang lain kekal ditahap lama.

244

Page 245: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Adalah sukar untuk menilai peranan para sahabat Rasul, ditambah pula dengan kelonggaran terhadap definasi sahabat itu sendiri. Menurut dari satu definasi, mana-mana Muslim yang telah melihat Rasul Islam, adalah sahabatnya. Terlalu amat banyak Muslim yang telah melihat baginda selama 23 tahun, ketika baginda menjadi Pesuruh Allah, dan dari itu kesemua adalah “sahabat” baginda. Tetapi Muslim Syi’ah tidak menerima definasi tersebut. Mereka mengatakan bahawa panggilan sahabat adalah sesuatu yang Muhammad sahaja boleh berikan kepada seseorang. Jika baginda tidak berikan, maka bukanlah hak seseorang untuk menyebutkan penghargaan ini.

Sunni Muslim menyebutkan satu "tradisi" Rasul di mana baginda dikatakan telah berkata: "Semua sahabat saya seperti bintang. Tidak kira dari siapa kamu mencari petunjuk, kamu akan mendapatinya." Baginda juga dinyatakan sebagai telah berkata: "Semua sahabat saya adalah saksama, adil dan benar."

Jika tradisi ini sahih, dan semua sahabat Rasul adalah “bintang” maka amat pelik dan sungguh memeranjatkan, satu dari bintang itu sendiri, yang sebenarnya satu dari bintang yang sungguh bersinar cahayanya dari seluruh bintang dicakrawala para sahabat, menyatakan sesuatu yang amat tidak baik mengenai mereka. Bintang yang diperkatakan itu adalah Umar bin al-Khattab, khalifah kedua Muslim. Bukan sahaja dia telah menunjukkan bahawa dia tidak bersetuju dengan kedua hadith ini dan juga hadith yang serupa dengannya malah dia menentangnya. Semasa dia sendiri menjadi khalifah, dia memerintahkan para sahabat Rasul, ‘para bintang’ supaya tinggal di Madinah atau jangan meninggalkan Madinah tanpa kebenarannya. Maka dia telah menghadkan kebebasan pergerakkan mereka dan mereka bantah di atas tindakan ini. Tetapi dia dengan bersusah payah menjelaskan bahawa ini semua untuk kebaikan mereka!

Dalam perkara ini, Dr. Taha Husain menulis di dalam bukunya, Al-Fitnatul-Kubra (The Great Upheaval, [Fitnah yang Terbesar]), diterbitkan dalam 1959 oleh Dar-ul-Ma'arif, Cairo, Egypt:

Umar mempunyai polisi untuk bersama-sama dengan Muhajirin dan Ansar yang terkemuka. Mereka adalah di antara yang mula-mula menerima Islam, dan mereka dipandang tinggi oleh Rasul Allah sendiri. Semasa hidupnya, baginda memberikan kepada ramai dari mereka tugas-tugas yang penting. Umar juga berunding dengan mereka di dalam semua perkara kepentingan umum, dan dia juga menjadikan ramai dari mereka sahabat dan penasihatnya. Kerana, dia khuatirkan fitnah ditujukan kepada mereka dan juga dari mereka. Dari itu dia menahan mereka di Madinah, dan mereka tidak boleh keluar dari Madinah tanpa kebenarannya. Dia tidak mengizinkan mereka pergi ke negara yang telah ditakluk melainkan dengan perintahnya untuk pergi. Dia takut manusia di negara tersebut “membesarkan” mereka [kerana status mereka sebagai sahabat Rasul], dan takut ini akan membawa mereka [sahabat] kepada bercita-cita tinggi. Dia juga takut akibat dari “dibesarkan” sahabat ini, akan kerajaannya. Tidak dinafikan bahawa halangan ini telah ditolak oleh ramai sahabat, terutama yang Muhajirin di antara mereka.

Untuk berlaku adil kita perlu meneliti secara kritikal polisi Umar untuk bersama dengan kumpulan para sahabat Rasul. Apabila dia mengarahkan mereka untuk tinggal di Madinah, dia mungkin benar dengan polisinya. Mengapa kita mengatakan sesuatu yang lain dengan namanya yang betul? Atau lebih baik, mengapa tidak menterjemahkan sebab-sebab yang menggerakkan Umar untuk menahan para sahabat di Madinah dalam erti kata orang moden?. Umar takut bahawa para sahabat, pergi ke daerah lain, akan tunduk kepada keinginan dan cita-cita untuk mengeksploit [menggunakan] pengaruh dan kedudukan mereka!

Jika kejadian selepas kematian Rasul diselidiki dalam kontek kemanusiaan, ia akan memberikan tilam untuk menyerap kejutan kepada Muslim yang

245

Page 246: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

menganggap para sahabat seperti malaikat tetapi akhirnya mendapati mereka manusia, yang biasa seperti kita. Jika ramai dari para sahabat telah mendedahkan diri mereka sebagai manusia yang terpengaruh oleh kedudukan dan berkepentingan diri selepas Rasul wafat, itu semua adalah disebabkan semasa hidup Rasul mereka tidak punya harapan atau peluang untuk menyedarinya [dalam lain perkataan mereka tidak layak]. Tetapi sejurus sahaja baginda wafat mereka bebas untuk mengejar matlamat mereka di dalam dunia ini.

Cara lama Sunni menilai peranan para sahabat adalah apa yang Thomas Fleming telah katakan “cara kilauan emas”. Cara ini mengatakan bahawa setiap seorang dari para sahabat adalah seperti kombinasi wira-suci dan genius. Tetapi kenyataan itu tidak benar dalam pengertian sebenar kehidupan, oleh kerana itu mereka telah terkeluar dari fokus. Pandangan yang lebih tepat, para sahabat adalah manusia seperti kita, dan mereka juga boleh tunduk kepada kemahuan dan mengambil peluang yang sedia ada, atau kuasa yang ada di tangan mereka.

Lord Action, seorang ahli sejarah British yang terkenal, dan dia sendiri seorang penganut Catholic yang kuat, suatu ketika menyarankan nasihat yang berikut kepada manusia yang telah memberikan banyak alasan untuk Pope Catholic Church:

"Saya tidak boleh menerima perundangan kamu, bahawa kita harus menilai Pope dan Raja tidak seperti manusia biasa, dengan beranggapan bahawa mereka tidak melakukan kesalahan ... Kuasa selalunya akan membawa kepada kerosakan, dan kuasa sepenuhnya akan mempastikan berlakunya kerosakan ... Tidak terdapat lebih bid’ah dari kedudukan itu yang membersihkan pemegangnya."

Al-Qur’an al-Majid telah memberikan ganjaran yang besar kepada Muslim yang telah dapat membuktikan diri mereka berhak menjadi sahabat Muhammad. Tetapi Qur’an juga telah menunjukkan ada di antaranya yang tidak layak untuk itu. Banyak ayat telah diwahyukan pada mengancam mereka.

Reputasi kebanyakan para sahabat Rasul telah dicemari dengan perasaan cemburu. Penentangan mereka terhadap perlantikan Usama bin Zayd bin Haritha sebagai pegawai tertinggi tentera di dalam ekspedisi ke Syria, adalah pendedahan yang jelas terhadap cemburunya mereka. Di tahun-tahun yang kemudian, cemburu yang sama telah membawa kepada terbunuh seorang khalifah, dan membawa pemberontakan kepada khalifah yang satu lagi. Tidak banyak dari para sahabat yang berusaha untuk mematikan perasaan cemburu mereka kepada erti kata yang lebih luas, demi untuk kepentingan Islam, dan ummat Rasul.

Konflik di antara para sahabat telah lama berlalu di dalam sejarah. Dari itu, seharusnya Muslim moden dapat bangkit lebih tinggi dari perasaan terikat kepada yang terdahulu, dan cuba melihat semula kepada “jalinan rekod” kesemua mereka. Ini mungkin susah, tetapi tidak mustahil untuk dilakukan, kerana jika matlamat pencarian kita bukanlah berbentuk peribadi tetapi hanya yang sebenar. Apa yang paling penting adalah, pemahaman dan bukannya sentimen!

Muhammad Mustafa telah terdahulu "memahkotakan" Ali ibn Abi Talib sebagai penggantinya di Ghadir-Khumm, dan telah mengistiharkan beliau sebagai ketua yang akan datang kepada semua Muslim. Terdapat beberapa para sahabat yang sedar bahawa tindakan Rasul tidak boleh dipersoalkan. Mereka percaya bahawa semua yang dilakukan baginda datangnya dari langit, dan bukannya digerakkan oleh rasa perkauman. Mereka mengetahui bahawa jika baginda telah menaikkan Ali sebagai ketua eksekutif kepada negara Islam, itu adalah kerana beliau mempunyai segala kelayakkan untuk tanggungjawab yang sedemikian.

246

Page 247: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Tetapi terdapat kumpulan para sahabat, yang percaya bahawa Rasul tidak sama sekali bebas dari perasaan asabiyya (kaumnya dahulu, semangat kebangsaan terhadap kaumnya; "tetap kaum saya, betul atau salah;" jiwa perkauman). Mereka mengatakan pengistiharan baginda, serta kenyataan yang menunjukkan kecemerlangan Ali, itu adalah perasaan asabiyya baginda. Kepimpinan Ali tidak dapat diterima oleh mereka. Mereka menganggap diri mereka sama berkelayakkan untuk mentadbir negara baru Madinah, sama seperti Ali, dan mereka sedar bahawa untuk benar-benar mentadbir Madinah, mereka hendaklah bertindak sebelum ianya terlambat.

Hanya satu cara untuk ahli kumpulan ini mencapai impian mereka, adalah dengan merampas kerajaan Madinah pada masa yang sesuai. Dengan matlamat ini di dalam fikiran, maka mereka mula menyebarkan ajaran mereka sendiri iaitu ke Rasulan dan Khalifah tidak boleh di satukan dalam satu rumah. Tidak ada cara untuk mereka mengeluarkan keRasulan dari rumah Muhammad, tetapi mereka boleh mengasingkan khalifah darinya.

Mereka memutuskan untuk melakukannya. Kempen telah dimulakan oleh Umar bin al-Khattab. Dia adalah ketua kumpulan yang berhasrat untuk merampas kerajaan. Terdapat rekod perbualan yang ringkas semasa pemerintahannya dengan Abdullah ibn Abbas, di mana dia berkata bahawa oleh kerana Rasul adalah ahli dari suku Hashim, “Arab” tidak suka pada idea bahawa khalifah juga dari suku yang sama. Perbualan mereka seperti berikut:

Umar: Saya tahu bahawa Arab tidak mahu kamu (Bani Hashim) menjadi ketua mereka.

Abdullah ibn Abbas: Mengapa?

Umar: Kerana mereka tidak suka kepada pendapat, bahawa ketua bagi kedua-duanya, rohani dan jasmani harus dikuasai oleh Bani Hashim untuk sepanjang masa.

Abbas Mahmood Al-Akkad, ahli sejarah Mesir moden, berkata di dalam bukunya, 'Abqariyyat al-Imam Ali, diterbitkan di Cairo pada 1970:

Umar mendedahkan sebab di dalam kenyataan berikutnya mengapa selepas matinya Rasul, Ali tidak boleh menjadi penggantinya:

‘Quraish memilih khalifah dari kehendak mereka. Mereka tidak mahu melihat ke Rasulan dan Khalifah adalah kepunyaan Bani Hashim.

Quraish yang telah digerakkan oleh kemahuan mereka untuk merampas kerajaan Muhammad, telah menyediakan pelan yang lengkap untuk tujuan ini, tidak ada suatu pun yang ditinggalkan.

Bukhari, Abu Daud dan Tirmidhi (pengumpul tradisi) telah menyebutkan dari Abdullah bin Umar bin al-Khattab sebagai berkata:

Di masa Nabi kami selalu berkata bahawa manusia terbaik di dalam ummat adalah Abu Bakar, Umar dan Uthman. (The Virtues of the Ten Companions – by Mahmood Said Tantawi of the Council of Islamic Affairs, Cairo, Egypt, 1976)

John Alden Williams: Ahmad ibn Hanbal berkata: "Yang terbaik dalam ummat ini selepas Rasul, adalah Abu Bakar al-Siddiq, kemudian Umar ibn al-Khattab, kemudian Uthman ibn Affan. Kami berikan keutamaan kepada mereka bertiga (di atas Ali) sebagai sahabat Rasul Allah, seperti yang rasul berikan. Ummat tidak berbeza mengenainya. Kemudian selepas mereka bertiga, lima pemilih yang dilantik oleh Umar ketika dia diambang maut (as-hab al-Shura [sahabat syura]):

247

Page 248: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Ali ibn Abi Talib, Zubayr, Talha, Abd al-Rahman ibn Auf, dan Sa'd ibn Abi Waqqas. Semuanya berhak untuk kedudukan khalifah, dan setiap mereka adalah Imam. Berikut ini pula kami ambil, menurut dari hadith anak lelaki Umar: Apabila Rasul Allah [s.a.w] masih hidup, dan para sahabat masih bersama baginda, kami akan memberi nombor pertama kepada Abu Bakar, kemudian Umar, kemudian Uthman, dan kemudian kami berdiam diri." (Some Essential Hanbali Doctrines from a Creedal Statement). (Themes of Islamic Civilization, 1971)

Kenyataan Abdullah bin Umar sebagai testimoni [pengesahan] bahawa kempen para sahabat untuk meninggikan Abu Bakar, Umar dan Uthman dengan mengenepikan Ali, telah dilancarkan semenjak hidupnya Rasul lagi, ini semua sebagai persediaan untuk menghadapi masa yang akan datang. Quraish telah menentukan orang yang akan menjadi pemerintah kepada ummat selepas wafatnya Rasul, dan yang di dalam susunan mereka.

Apabila Rasul Allah wafat, Abu Bakar tidak ada di Madinah; dia berada di rumahnya di Sunh, di pinggir Madinah. Tetapi Umar di tempat kejadian. Dia mengeluarkan pedang dan mula menjerit:

"Yang hipokrit mengatakan bahawa Rasul Allah telah mati. Tetapi dia tidak mati. Dia masih hidup. Dia telah pergi, seperti Musa lakukan, untuk bertemu Tuhan dan akan kembali selepas 40 hari. Jika sesiapa mengatakan dia telah mati, saya akan bunuh dia."

Ramai Muslim yang menjadi ragu apabila mendengar Umar menjerit-jerit. Dengan menghayun pedangnya dan dengan mengancam untuk membunuh, dia telah berjaya membisukan manusia. Sebahagian dari mereka fikir, mungkin dia betul, dan Rasul tidak mati. Sebahagian yang lain telah tertanya-tanya sesama sendiri adakah sahih bahawa Rasul telah benar-benar mati. Akhirnya Abu Bakar tiba di Masjid dan membacakan ayat yang berikut dari Al-Qur’an al-Majid di hadapan manusia Muslim:

Muhammad adalah Rasul Allah. Jika dia mati atau jika dia terbunuh di dalam peperangan, adakah kamu kembali kepada jahiliah? (Surah 3; ayat 144)

Apabila Muslim mendengarkan ayat ini, mereka telah yakin bahawa Muhammad, Rasul Allah telah benar-benar mati, dan tidak ada kesangsian lagi di dalam fikiran mereka.

Seperti yang telah dinyatakan terdahulu, Umar tidak mengizinkan Muhammad Mustafa untuk menuliskan kehendak dan wasiatnya, ditakuti bahawa baginda akan menamakan Ali sebagai penggantinya. Kemudian Rasul wafat. Tetapi semasa waktu yang terpisah di antara wafatnya Rasul dengan ketibaan Abu Bakar, Umar masih khuatir jika Muslim yang hadir di dalam masjid, mengesahkan Ali sebagai ketua mereka. Untuk memperlengahkan kemungkinan ini, dia telah mengeluarkan pedang dan mula menjerit bahawa Muhammad tidak mati tetapi masih hidup supaya tidak terfikir mereka yang hadir bahawa ketua mereka yang baru perlu dilantik. Umar telah menerangkan bahawa ketika Rasul masih hidup tiada siapa yang memerlukan pada penggantinya, kerana pengganti hanya untuk mereka yang telah mati bukan yang hidup!

Ramai ahli politik, sebelum dan selepas Umar, telah merahsiakan kematian raja atau ketua negara mereka dari orang awam sehingga penggantinya telah berjaya dapat menggantikannya.

Kematian Rasul adalah satu fakta. Tetapi adakah Umar akan membunuh orang yang hanya mengatakan fakta sebenar? Adakah dia akan membunuh seseorang kerana mengatakan yang benar? Adakah satu kesalahan mengatakan yang mati itu mati, dan adakah hukumannya mati kerana mengatakan yang sedemikian?

248

Page 249: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Untuk menyakinkan Muslim bahawa Muhammad tidak mati, Umar mengeluarkan cerita mengenai Nabi Musa. Tetapi analogi [cerita] itu terdapat banyak kekurangannya. Kaum Israel telah melihat Nabi Musa berlalu pergi dari mereka sehinggalah Nabi Musa hilang dari pandangan. Tetapi di sini jasad Rasul ada di dalam biliknya, dan tidak hilang dari pandangan sesiapa juga. Muslim dan Umar sendiri dapat melihat, memegang dan rasa bahawa jasad baginda telah sejuk dan tidak bernyawa..

Seorang India, penulis biografi Umar, M. Shibli, dan sebahagian yang lain telah berkata bahawa Umar telah mengancam untuk membunuh Muslim disebabkan cintanya kepada Muhammad. Dia di dalam keadaan yang terkejut dan tidak dapat mengawal diri terhadap alam nyata!

Umar berumur di dalam pertengahan lima puluhan apabila Rasul wafat. Mungkinkah Umar tidak pernah melihat orang yang mati, dan dia tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan mati?

Kejadian yang sebenarnya adalah, Umar hanya sekadar berlakon. Sandiwaranya telah membayangkan erti tujuan dia yang sebenar. Kedegilannya mengatakan bahawa Muhammad tidak mati, adalah satu dari tipu helah untuk merabuni masyarakat ramai terhadap bakal kepimpinan dan penguasa dari mereka. Satu ketika dia telah bersedia untuk membunuh sesiapa yang mengatakan Rasul telah mati, tetapi sejenak selepas itu, apabila Abu Bakar tiba, dan membaca ayat Qur’an, serta merta dia telah bertukar kepada pendapat bahawa Rasul adalah manusia, sebagai manusia, baginda boleh mati, dan sebenarnya telah mati. Dia kemudian mengatakan kebodohannya mengenai al-Qur’an, dan berkata bahawa padanya seolah-olah itulah pertama kali dia dengar ayat yang Abu Bakar telah bacakan kepadanya dan juga kepada Muslim lain di Masjid. Ketibaan Abu Bakar telah meyakinkan semula Umar, dan dia telah menjadi sedar semula dengan penuh rasa dendam. Kemudian dia bergegas dengan Abu Bakar, ke Saqifa, untuk menyatakan tuntutan mereka terhadap kedudukan khalifah, dan untuk merampasnya sebelum Ansar dapat melakukan yang sedemikian. Pengebumian jenazah Rasul adalah sesuatu yang mereka boleh tinggalkan untuk dilaksanakan oleh ahli keluarga Muhammad sendiri.

Kempen Umar untuk membuktikan bahawa Muhammad Mustafa masih hidup, serta merta telah terhenti. Dia akhirnya telah dapat berpegang kembali kepada yang nyata!

Perundangan Roman purba ada mengatakan bahawa suppressio veri adalah sama dengan suggestio falsi. Ini bererti bahawa menyembunyikan kebenaran adalah sama dengan menyebarkan kepalsuan!

Terdahulu, di dalam bab ini, saya telah menyebutkan rangkap dari buku, Al-Fitnatul-Kubra atau Fitnah yang Besar, oleh Dr. Taha Husain, tepat tindakannya menghalang, yang diperintahkan oleh Umar bin al-Khattab, khalifah Muslim yang kedua, di atas kebebasan bergerak bagi Muhajirin.

Umar melarang Muhajirin dari meninggalkan Madinah tanpa kebenarannya. Tetapi siapakah Muhajirin ini yang dilarang meninggalkan Madinah? Kebanyakan Muhajirin telah meninggalkan Madinah, dengan dua pengecualian iaitu Uthman bin Affan dan Ali ibn Abi Talib!

Oleh kerana Uthman mempunyai kebolehan yang amat kecil untuk penaklukan atau pentadbiran, dia mungkin dengan sukarela memilih untuk tinggal di Madinah. Dari itu Umar terpaksa menguat kuasakan ordinan ini khusus untuk Ali.

249

Page 250: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Umar tidak boleh secara terbuka mengatakan bahawa dari semua Muhajirin, hanya Ali sahaja dilarang meninggalkan Madinah. Atas sebab apa Umar boleh melarang Ali dari meninggalkan Madinah? Tidak ada. Dari itu dia telah menggunakan ungkapan "Muhajirin" untuk menghadkan kebebasan Ali dari bergerak.

Dan bahkan, Ali yang tidak digerakkan oleh keinginan untuk mengeksploit [mempergunakan] pengaruhnya dengan tentera, jika itulah apa yang Umar takutkan.

BAB 48

Pergelutan untuk Berkuasa II

Perjumpaan Ansar di Saqifa

Dalam tahun 622 M., Ansar mempelawa Muhammad, Pesuruh Allah yang dirahmati ke Madinah, dan mereka mengaku baginda sebagai ketua agama dan juga pemerintah. Muslim Makkah yang lain, iaitu Muhajirin, juga berhijrah ke Madinah, dan Ansar menyambut mereka dengan tangan terbuka. Ansar berkongsi kediaman dan makanan bersama mereka. Pada banyak ketika, Ansar membelakangkan anak-anaknya dari makanan dan memberikan kepada Muhajirin yang lapar.

Muhammad menjadikan Madinah pusat negara Islam, dan lama-kelamaan kota ini telah mula mengambil karektor seperti sebuah negeri. Dengan berlalunya masa, negeri yang kecil ini berubah kepada sebuah kerajaan yang sungguh teratur dengan punca pendapatannya, perbendaharaan, tentera, sistem kehakiman, pentadbiran dan kelengkapan diplomatiknya yang tersendiri.

Sesuatu yang tidak boleh dielakkan dan pasti akan berlaku kepada Ansar [dan juga Muslim yang lain] bahawa harinya akan tiba, apabila Muhammad, pengasas Negara Madinah, akan mengucapkan selamat tinggal kepada mereka dan meninggalkan dunia ini. Dan kemungkinan mereka akan berhadapan dengan beberapa persoalan yang tidak menyenangkan seperti:

1. Apakah yang akan terjadi kepada Negara Madinah dan ummat Muslim yang masih muda dengan kematian Muhammad Mustafa?

250

Page 251: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

2. Siapakah yang akan mengganti Muhammad sebagai ketua Negara Madinah yang baru apabila baginda wafat?

3. Apakah status Ansar selepas wafatnya Muhammad? Adakah ketua negara yang baru akan sama adil dan saksama seperti baginda?

4. Adakah Ansar tetap ketua di dalam rumah mereka sendiri, Madinah selepas wafatnya Muhammad?

Ansar telah mendengar ucapan Rasul Allah di Ghadir-Khumm, melantik Ali sebagai penggantinya, dan telah berikan sokongan terhadap penyusunan ini sepenuh hati mereka. Tetapi mereka juga dapat merasakan gerakan permusuhan Muhajirin terhadap Ali, dan mereka tidak pasti sama ada peralihan ini akan berlaku secara aman, atau tidak berlaku sama sekali. Telah jelas kepada mereka akan adanya penentangan yang besar, di antara Muhajirin terhadap pengganti baginda, dan bahawa, di antara mereka beliau [Ali] adalah yang minoriti. Apabila Ansar sedar akan fakta ini, mereka mumutuskan untuk bertindak, demi untuk kepentingan diri mereka sendiri. Atas sebab inilah mereka berkumpul di Saqifa.

Kita mungkin boleh memaafkan tindakan yang diambil oleh Ansar walaupun jika kita tidak merestuinya kerana yang terpenting di dalam fikiran mereka, setelah wafatnya ketua mereka Muhammad, adalah keselamatan diri. Walaupun, mereka sepatutnya menangguhkan perhimpunan politik itu sehingga selesai pengebumian jenazah ketua mereka, tetapi pada ketika itu, situasi dan keadaan telah tidak mengizinkan maka mereka perlu bertindak segera atau segala-gala akan terlambat.

Seperti yang telah dinyatakan dahulu, Ansar telah memberikan perlindungan kepada Islam diketika keadaannya ditindas oleh semua. Demi kerana Islam mereka telah menjadikan semua Arab musuh mereka. Demi kerana Islam mereka telah melagakan diri mereka kepada semua Arab. Di dalam setiap peperangan di dalam Islam, mereka telah menunjukkan diri mereka yang paling teragung. Ramai dari perwira muda mereka telah terkorban di dalam peperangan ini. (Di dalam peperangan Uhud 75 Muslim terbunuh, dari jumlah itu empat adalah dari Muhajirin, dan selebihnya adalah Ansar). Mereka menunjukkan kecintaan mereka kepada Islam dan ketaatan mereka kepada Rasul di dalam semua aspek.

Ansar tahu bahawa kedudukan khalifah adalah hak Ali, tetapi mereka juga tahu akan “resolusi [keputusan]” kaum “Arab” untuk menjauhkan kedudukan khalifah dari ahli rumah Rasul. Interpretasi mereka terhadap “resolusi” ini adalah bahawa Muhajirin tidak akan membenarkan Ali mendapatkan kedudukan khalifah.

Tetapi jika bukan Ali, siapakah yang akan menjadi pengganti Muhammad? Jawapan yang jelas kepada persoalan ini adalah sesiapa sahaja dari kalangan Muhajirin. Tetapi sesiapa sahaja dari kalangan Muhajirin, dan bukannya Ali, tidak diterima oleh mereka, Ansar. Dari itu mereka memutuskan untuk meletakkan calon mereka sendiri sebagai ketua kepada ummat. Lagipun sokongan mereka, dan bukannya sokongan Muhajirin yang telah membolehkan Islam berdikari, inilah hujah mereka.

Keresahan pihak Ansar bolehlah difahami. Kepada mereka, jika kerajaan Madinah jatuh ketangan Umayyah, musuh Tuhan dan RasulNya yang tradisional, yang kini telah menjadi Islam pasti amat menakutkan mereka. Ansar telah membunuh ramai dari mereka [Umayyah, diketika jahiliah] di dalam peperangan Islam. Jika kerajaan Madinah yang telah didirikan dengan sokongan mereka, dan kini dirampas oleh anak-anak orang jahiliah [Umayyah], yang telah dibunuh oleh Ansar, bagaimanakah manusia-manusia ini akan melayani Ansar; persoalan yang tidak ditanyakan ini telah bermain di dalam setiap hati Ansar. Peristiwa

251

Page 252: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

kemudiannya akan membuktikan, apa yang selama ini Ansar amat takutkan, akan menjadi kenyataan, bukannya satu khayalan.

Umayyah telah berperang dengan gigih menentang Islam dan Rasulnya. Apabila baginda Rasul menawan Makkah, mereka “menerima” Islam, kerana tidak ada pilihan lain untuk mereka diketika itu. Seperti yang telah disebutkan dahulu, Rasul tidak pernah memberikan mereka apa juga kedudukan dan juga jawatan, walaupun baginda telah memberikan kepada mereka harta rampasan perang Hunayn yang banyak. Bagi diri baginda, itu adalah satu tanda perdamaian, tetapi ini tidak menghapuskan permusuhan mereka terhadap Islam [kedudukan mereka yang tinggi di kalangan Arab kini langsung tiada].

Tetapi Muhammad, Rasul Allah, belum pun lama wafat, Abu Bakar telah meninggikan semula kedudukan musuh-musuh tradisional Islam, dan juga Rasul Islam, kepada kedudukan yang tertinggi di dalam tentera. Dia menjadikan Yazid, anak lelaki Abu Sufyan, Jeneral di dalam tenteranya. Apabila Syria telah ditawan, Umar yang telah menggantikan Abu Bakar sebagai khalifah, telah menjadikan Yazid gabenor Syria yang pertama. Yazid mati beberapa tahun kemudian, dan digantikan pula dengan adiknya Muawiyah sebagai gabenor Syria yang baru oleh Umar. Seolah-olah seperti dia tidak melakukan secukupnya untuk Bani Umayyah, Umar ketika berada di ranjang kematian, telah mempergunakan keadaan dengan cara yang dapat memastikan penggantian khalifah kepada Uthman, seorang lagi Umayyah. Di dalam pemerintahan Uthman, ahli-ahli dari Bani Umayyah telah memerintah di setiap kawasan dan daerah jajahan Islam dan mereka juga adalah pemerintah tertinggi di dalam setiap pasukan tentera Islam.

Ansar juga khuwatir bahawa jika Muhajirin merampas kerajaan Madinah, maka Muhajirin akan memperkecilkan khidmat Ansar kepada Islam, dan akan memberikan mereka peranan yang kecil, itu pun jika ada, di dalam Islam.

Setelah menduga apa yang akan terjadi kepada diri mereka, Ansar telah membuat penilaian yang tepat terhadap situasi itu. Pertemuan mereka di Saqifa adalah untuk mempertahankan kedudukan mereka semata-mata. Ini telah digerakkan oleh perasaan untuk terus hidup. Tetapi malangnya mereka telah ditewaskan oleh perasaan cemburu di antara sesama mereka. Perasaan cemburu ini telah menyebabkan mereka menyimpang dari tujuan sebenar. Kumpulan dari suku kaum mereka, Aus dan Khazraj telah tidak saling mempercayai, dan perasaan tidak mempercayai sesama sendiri inilah yang telah mengalahkan mereka kepada Muhajirin.

Seperti yang telah dikatakan, tindakan Ansar berkumpul di Saqifa adalah terdedah kepada persoalan, tetapi hasrat mereka jelas dan tulus. Kejadian yang berikutnya akan memperjelaskan bahawa mereka adalah benar dan berhak mempersoalkan niat Muhajirin terhadap mereka. Di antara Muhajirin, yang menjaga kepentingan mereka adalah Ali ibn Abi Talib. Tetapi apabila Quraish berjaya merampas kedudukan dari beliau, mereka juga telah berjaya menjatuhkan Ansar ke tahap yang terendah.

Apabila Muhammad wafat, dan perlantikan Ali sebagai pengganti telah gagal, Ansar tidak lagi menjadi ketua di dalam rumah mereka, Madinah!

252

Page 253: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

BAB 49

Pergelutan untuk Berkuasa III

Saqifa Bani Sa'eda

Bukhari telah menyebutkan Umar bin al-Khattab sebagai berkata:

"Apabila Rasul wafat, Ansar menentang kami. Mereka berkumpul di Saqifa Bani Sa'eda. Ali, Zubayr dan sahabat-sahabat mereka juga menentang kami."

Apa yang dilakukan oleh Umar dan sahabat-sahabatnya, yang telah ditentang oleh Ansar?

Apabila Rasul wafat, Ansar terlalu sensitif terhadap alunan pergolakan politik dalaman, dan mereka takut terhadap ambisi [kehendak,cita-cita] dan niat Muhajirin, lalu mereka berkumpul di sebuah pondok di pinggir Madinah yang dipanggil Saqifa; dan memberitahu Saad ibn Ubada, ketua mereka, apa yang mereka tahu mengenai rancangan Muhajirin. Saad sedang sakit, dan dia berkata kepada anaknya, Qays, bahawa dia tidak kuat untuk berucap diperhimpunan itu, dan dia akan mengatakan kepadanya apa yang dia hendak katakan, dan Qays akan menggulanginya kepada yang hadir.

Saad berkata kepada anaknya, dan dia menyampaikan apa yang diperkatakannya kepada Ansar.

253

Page 254: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Ucapan Saad

Wahai kumpulan Ansar! Kamu telah menikmati keutamaan dalam Islam, yang tiada siapa dapat menafikannya, dan ini sahaja telah menjadikan kamu yang khusus di dalam semua jajahan Arab. Rasul Allah menyebarkan Islam di antara orang-orang baginda selama 13 tahun, hanya sebilangan kecil yang menerima pengkhabarannya. Mereka terlalu lemah dan tidak mampu untuk melindungi baginda atau mempertahankan Islam. Allah dengan rahmatnya telah redha untuk menganugerahkan penghormatan untuk menyelamatkan baginda Rasul ke atas kamu. Dia memilih kamu di atas semua manusia yang lain untuk memberikan perlindungan kepada PesuruhNya dan Muslim yang lain dari Makkah. Dia telah redha untuk memperkuatkan Islam melalui kamu supaya kamu berperang dengan musuh agamaNya, kamu melindungi dan menyelamatkan PesuruhNya dari musuh-musuh baginda, sehingga pengkhabaran Islam meluas di seluruh Arab, melalui pedang kamu, baginda menakluki Arab untuk Islam, dan melalui pedang kamu semua jahiliah telah ditundukkan. Kemudian masanya telah tiba apabila Pesuruh Allah berpisah dari dunia ini; baginda telah redha dengan kamu apabila baginda pergi menghadap kepada Tuhan. Dari itu, selepas baginda wafat, adalah hak kamu untuk memerintah jajahan Arab."

Ansar menyatakan persetujuan mereka sebulat suara dengan Saad, dan mereka menambah bahawa pada pendapat mereka, tiada orang yang lebih berkelayakkan dari beliau untuk memerintah semua Muslim.

Pada ketika inilah Abu Bakar, Umar dan Abu Ubaida ibn al-Jarrah, tida di Saqifa. Apabila Ansar melihat mereka, seorang darinya, Thabit bin Qays bangun dan berucap kepada mereka seperti berikut:

"Kami adalah hamba-hamba Allah, dan kami adalah penyokong RasulNya. Dan kamu adalah pendatang dari Makkah, dan bilangan kamu kecil sahaja. Tetapi kami tahu bahawa kamu telah merampas kerajaan Madinah, dan kamu mahu mengenepikan kami daripadanya." (Tabari and Ibn Athir)

Kenyataan ini telah mendedahkan dengan jelas. Maksudnya bahawa Muhajirin telah membuat rancangan untuk merampas kuasa, dan perhimpunan Ansar di Saqifa adalah tindakbalas terhadap perancangan mereka itu.

Apabila Thabit bin Qays mendedahkan rancangan mereka, tiada seorang dari ketiga-tiga Muhajirin yang membantahnya. Umar berkata bahawa apabila Thabit bin Qays duduk, dia bangun untuk mengatakan sesuatu yang bersesuaian. Umar berkata “Saya telah menyediakan satu ucapan yang bagus untuk peristiwa seperti ini,”. (Tarikh-ul-Khulafa).

Ini adalah pengakuan dari Umar sendiri bahawa dia telah membuat persediaan yang cukup rapi sebelum itu untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Tetapi Abu Bakar menahannya, dan dia sendiri bangun untuk berucap kepada Ansar. Dia berkata:

"Tidak dinafikan bahawa Tuhan menghantar Muhammad dengan kepercayaan yang benar, cahaya agamaNya. Maka baginda telah mempelawa manusia kepada agama Allah. Kami adalah yang pertama untuk bertindak kepada seruannya. Kami adalah yang pertama untuk menerima Islam. Sesiapa yang menerima Islam selepas kami telah mengikuti contoh kami. Lebih-lebih lagi, kami mempunyai perhubungan dengan Rasul Allah, dan kami adalah yang paling bangsawan dari semua Arab disudut darah keturunan dan negeri. Tidak ada suku kaum yang tidak mengesahkan ketinggian keturunan Quraish. Dan kamu, Ansar, adalah mereka yang memberikan perlindungan dan yang menolong. Kamu adalah saudara kami seagama. Kami mencintai dan menghormati kamu lebih dari orang lain. Tetapi ketua mestilah dari golongan Quraish. Kami adalah ketua dan kamu adalah para

254

Page 255: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

wazir. Kamu janganlah cemburu kepada kami. Kamu telah menolong kami dahulu, dan sekarang janganlah jadi yang pertama untuk menentang kami. Saya menyeru kepada kamu untuk memberikan bai’ah kepada seorang dari kedua orang ini, Umar atau Abu Ubaida. Saya telah memilih kedua mereka untuk tujuan ini, kedua mereka berhak di atas penghormatan ini, dan keduanya layak untuk kedudukan Amir."

Muhammad Husayn Haykal: Umar dan Abu Bakar datang ke kawasan Bani Saidah. Bersama dengan sekumpulan Muhajirin, mereka mengambil tempat mereka di dalam perhimpunan tersebut. Sejurus kemudian seorang jurucakap bangun untuk berucap kepada Ansar sebagai berikut: "Segala puji dan sanjungan adalah bagi Allah. Kami adalah al-Ansar, iaitu, penolong kepada Allah dan kami adalah tentera bagi Islam, Kamu, Muhajirin, adalah sejumlah kecil dari pasukan tentera. Walaupun begitu kamu cuba menghalang kami dari hak kepimpinan."

Yang sebenarnya, bagi Ansar, ini adalah aduan yang lama, walaupun di masa hidup nabi lagi. Kini apabila Umar mendengarnya sekali lagi, dia menjadi marah, dan dia telah bersedia untuk menamatkannya dengan menggunakan pedang, jika perlu. Tetapi Abu Bakar menahan dan menyuruh dia bertindak secara lembut. Dia kemudian menghadap kepada Ansar dan berkata: "Wahai Ansar! Kami adalah dari keturunan bangsawan. Kami yang paling dihormati dan yang paling berwibawa dan yang paling ramai dari segala suku kaum di seluruh Arab. Lebih-lebih lagi kami mempunyai hubungan darah yang paling rapat kepada Rasul. Qur’an sendiri telah memberikan keutamaan kepada kami. Kerana Allah, semoga Dia di puji dan disanjung yang berkata, Pertama dan terpenting adalah Muhajirin, kemudian Ansar, dan kemudian mereka yang mengikuti kedua kumpulan ini di dalam kemuliaan dan kebenaran. Kami adalah yang pertama untuk berhijrah kerana Allah, dan kamu adalah Ansar iaitu penolong. Bagaimanapun kamu adalah saudara kami seagama, sekutu kami dalam peperangan dan penolong kami terhadap musuh. Segala kebaikan yang kamu katakan mengenai diri kamu adalah benar, kerana kamu adalah manusia yang paling berharga. Tetapi Arab tidak akan menerima kepimpinan dari mana-mana suku melainkan Quraish. Dari itu kami adalah pemimpin dan kamu menjadi wazir kami." Pada saat ini seorang Ansar bangun dan berkata: "Setiap keputusan bergantung kepada kami. Dan keputusan kami adalah kamu boleh mempunyai ketua kamu sendiri dan kami mempunyai ketua kami sendiri." Tetapi Abu Bakar berkata bahawa ketua Muslim mestilah dari Quraish, dan wazir dari Ansar. Pada ketika ini dia menunjukkan tangannya kepada Umar dan Abu Ubaida dan berkata: "Mana-mana seorang dari mereka berdua adalah layak untuk menjadi ketua Muslim. Pilihlah seorang dari mereka." (The Life of Mohammed, Cairo, 1935)

Tetapi Umar bangun dan membantah: "Wahai Abu Bakar, tidaklah wajar bagi seseorang untuk mendahului kamu, kamu adalah yang terbaik dari kami semua. Kamu adalah “sahabat yang di dalam gua” dan kamu adalah yang “kedua dari yang dua” Dan adakah sesiapa yang telah lupa bahawa Rasul mengarahkan kamu untuk memimpin solat apabila baginda sakit? Dari itu kamu yang paling layak untuk menjadi pengganti."

Seorang lagi Ansar bangun untuk menjawab Abu Bakar dan Umar, dia berkata: "Kami mengakui kamu mendahului kami di dalam Islam dan juga kualiti-kualiti kamu, dan kami mencintai kamu juga. Tetapi kami takut selepas kamu, manusia lain akan merampas kerajaan, dan mereka tidak akan berlaku adil kepada kami. Dari itu kami menyarankan supaya ada dua ketua, seorang Muhajirin dan seorang lagi Ansar [inilah kali pertama pendedahan terhadap kelemahan yang ada pada diri Ansar] Jika muhajirin mati maka dia akan digantikan oleh Muhajirin jika Ansar mati maka dia akan digantikan oleh Ansar. Jika kamu terima rancangan ini kami akan berikan bai’ah kami. Ini adalah susunan yang terbaik yang boleh diadakan, kerana jika Quraish menjadi ketua, Ansar akan hidup dalam ketakutan, dan jika Ansar menjadi khalifah, Quraish akan hidup dalam ketakutan."

255

Page 256: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Abu Bakar berkata sebagai menjawab:

"Tuhan menghantar Muhammad dengan KitabNya kepada manusia. Pada masa itu mereka menyembah berhala. Apabila Muhammad memberitahu mereka supaya menghancurkan berhala, mereka menentangnya. Mereka tidak mahu meninggalkan berhala. Dari itu, Tuhan memilih Muhajirin untuk menjadi saksi terhadap ke Rasulan Muhammad. Arab yang lain menghina dan menzalimi Muhajirin tetapi mereka kekal di dalam menyokong baginda. Mereka adalah yang pertama untuk menyembah Tuhan, dan mereka adalah yang pertama patuh kepada RasulNya. Mereka mempunyai perhubungan dengannya, dan mereka adalah kaumnya sendiri. Dari itu mereka sahaja yang berhak untuk menjadi penggantinya, dan tiada siapa yang boleh mencabar mereka melainkan mereka itu orang yang zalim.

Dan kamu, wahai Ansar! Kamu adalah manusia di mana kecemerlangan kamu tidak boleh dinafikan. Tiada siapa yang boleh menandingi kedudukan kamu yang tinggi di dalam Islam. Tuhan telah menjadikan kamu penolong kepada agamaNya dan juga RasulNya, dan kepada kamulah kami berhijrah. Dari itu kedudukan kamu dalam Islam adalah tertinggi selepas Muhajirin. Kami mencintai dan meninggikan kamu. Tetapi adalah wajar untuk ketua dari Muhajirin dan wazir dari Ansar. Apa juga yang kami lakukan, kami akan berunding dengan kamu."

Jurucakap yang selanjutnya adalah Hubab ibn al-Mandhir dari Madinah. Dia berkata:

"Wahai kumpulan Ansar! Orang-orang ini (Muhajirin) adalah di bawah perlindungan kita. Mereka tidak punya kuasa untuk menentang kita. Kamu adalah manusia yang dihormati dan berkuasa. Mata semua Arab telah tertumpu kepada kamu, dan kamu mempunyai keutamaan yang sama dalam Islam seperti mereka juga. Demi Allah, mereka (Muhajirin) tidak berani unuk menyembah Allah secara terbuka sehingga kamu memberikan mereka perlindungan di dalam kota kamu. Musyirik dan jahiliah tidak dapat dikalahkan melainkan dengan pedang kamu. dari itu kepimpinan adalah hak kamu bukannya mereka. Tetapi jika mereka tidak bersetuju, maka adakan dua ketua, satu dari setiap kumpulan."

Umar menjawab ucapan Hubab ibn al-Mandhir dengan berkata:

"Adalah mustahil untuk mempunyai dua raja pada sebuah negara. Arab tidak akan tunduk pada pemerintahan sesiapa yang bukan dari ahli Quraish oleh kerana Rasul sendiri adalah dari golongan ini. Khalifah Muslim, dari itu hendaklah dari kaum seperti Rasul sendiri. Fakta bahawa baginda adalah Quraish telah menamatkan segala hujah. Kami adalah Quraish, dan tiada siapa yang boleh mencabar peranan kami sebagai pemimpin."

Hubab ibn al-Mandhir berkata lagi:

"Wahai Ansar! Janganlah berikan perhatian kepada orang ini dan sahabatnya. Khalifah adalah hak kamu. Ambillah. JIka mereka tidak memperakui hak ini, tendang mereka keluar dari kota kita. Kemudian kamu pilih pemimpin dari kalangan kamu. Apa yang kamu telah menangi dari pedang kamu, jangan berikan kepada manusia ini, dan jika sesiapa menentang saya sekarang; saya akan tamatkan dia dengan pedang saya."

Abu Ubaida ibn al-Jarrah kemudian bangun dan berkata:

"Wahai kumpulan Ansar! Kamu adalah yang pertama penyokong Rasul Allah dan memberi perlindungan kepada agamanya. Adakah kamu sekarang menjadi yang pertama untuk memyebabkan perpecahan kepada agama itu?"

256

Page 257: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Jurucakap selanjutnya adalah seorang Ansar, Bashir bin Saad. Dia sedar bahawa Ansar telah bertekad untuk memilih Saad ibn Ubada sebagai ketua Ummat Muslim. Dia amat cemburukan Saad dan tidak mahu melihat beliau menjadi pemerintah jajahan Arab. Dari itu apa yang diperkatakannya di Saqifa telah digerakkan, bukan kerana cintanya kepada Abu Bakar atau Muhajirin, tetapi disebabkan cemburunya kepada Saad. Dia berkata:

"Wahai kumpulan Ansar! Tanpa diragui kita adalah yang utama di dalam Islam, dan di dalam peperangan-peperangan Islam. Tetapi disebabkan oleh itu semua, kita janganlah mementingkan diri sendiri. Tujuan kita hendaklah untuk mendapatkan keredhaan Allah, dan untuk mentaati RasulNya. Khidmat kita kepada Islam adalah untuk Tuhan semata-mata, dan bukannya untuk kepentingan dunia, dan Allah akan memberikan kurniaan kepada kamu. Dari itu janganlah kita membangkit-bangkitkan khidmat kita sekarang. Rasul Allah adalah dari kaum Quraish, dari itu adalah hak pengganti dari kaum yang sama. Mereka berhak menjadi penggantinya. Khalifah adalah hak mereka bukannya kita, dan janganlah kita menentang mereka dalam perkara ini. Dari itu takutlah kepada Tuhan dan janganlah mengambil apa yang bukan hak kamu."

Ucapan Bashir bin Saad telah memberanikan Abu Bakar untuk berdiri sekali lagi dan berkata:

"Seperti yang saya katakan dahulu, ketua hendaklah dari Quraish. Dari itu, Wahai Ansar! Janganlah memulakan perpecahan di antara Muslim. Ini adalah nasihat saya bahawa kamu berikan bai’ah kepada seorang dari dua orang yang hadir ini, Umar dan Ubaida bin al-Jarrah. Kedua mereka adalah Quraish yang dihormati."

Tetapi Umar telah memotong dengan berkata, "Bagaimana mungkin orang lain yang menerima bai’ah sedang kamu ada bersama di antara kami. Kamu adalah orang tertua dari Quraish, dan kamu telah menghabiskan banyak masa bersama Rasul dari mana-mana kami. Dari itu tiada siapa yang boleh mendahului kamu. Hulurkan tangan kamu supaya saya dapat memberikan bai’ah saya kepada kamu." Umar memegang tangan Abu Bakar, dan meletakkan tangannya di atas tangan Abu Bakar sebagai tanda bai’ah. Dengan tindakan ini dia telah mengakui Abu Bakar sebagai khalifah.

Abu Ubaida bin al-Jarrah dan Bashir bin Saad Ansari juga mara kehadapan, meletakkan tangan mereka di atas tangan Abu Bakar, untuk menandakan bai’ah mereka kepadanya.

Bashir bin Saad Ansari sedang menunjukkan bersungguh-sungguhnya dia di dalam memberikan bai’ahnya kepada Abu Bakar. Hubab ibn al-Mandhir yang sedang memerhatikannya, berkata dengan kuat:

"Wahai Bashir! Kamu adalah pengkhianat terhadap kaum kamu sendiri. Kami tahu mengapa kamu melompat kehadapan untuk memberikan bai’ah kepada Abu Bakar. Kamu cemburukan Saad ibn Ubada, kamu pengkhianat yang keji. Begitu bencinya kamu untuk melihat dia menjadi Amir kepada Muslim."

Pada ketika inilah ramai suku kaum badwi yang tinggal di antara Madinah dan Makkah, timbul di tempat itu. Mereka bermusuhan dengan Ansar, dan mereka telah masuk ke kota apabila mereka mendengar berita bahawa Rasul Allah telah wafat. Setelah mendapat tahu apa yang berlaku di Madinah mereka mencampur-adukkan diri mereka di sekeliling Saqifa. Dengan kehadiran mereka telah memberangsangkan moral Abu Bakar dan Umar; dan pada masa yang sama mereka telah mengenakan cengkaman kepada Ansar. Kaum badwi ini semuanya

257

Page 258: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

bersenjata. Dengan ketibaan mereka, pertimbangan debat yang panjang di antara Muhajirin dan Ansar, telah memihak kepada Muhajirin.

G. E. Von Grunebaum: Di dalam sessi yang begitu kelam-kabut, Ansar akhirnya telah dipujuk dan juga ditekan dengan kehadiran badwi yang telah mula masuk ke kota, untuk tidak meneruskan tuntutan mereka terhadap penggantian ketua kepada seorang dari mereka atau dua pemerintah, sahabat dan penolong. Mereka bersetuju untuk memberikan bai’ah kepada Abu Bakar. (Classical Islam - A History 600-1258)

Umar berkata kemudian bahawa sebelum tibanya kaum badwi ke Saqifa, dia mempunyai keraguan yang besar terhadap keputusan dari perdebatan dengan Ansar. Dengan kedatangan mereka pada waktu yang sesuai, dan menggunakan sedikit tekanan dari mereka kepada Ansar, telah memastikan penerimaan mereka terhadap Abu Bakar sebagai khalifah.

Muslihat Bashir telah berjaya. Dia telah mematikan semangat juang Ansar. Bantahan dari Saad ibn Ubada dan Hubab ibn al-Mandhir tidak memberikan apa-apa kesan. Apabila Umar, Abu Ubaida dan Bashir memberikan bai’ah kepada Abu Bakar, yang lain mengikutinya seperti biri-biri. Ansar telah tewas!

Punca kejayaan Abu Bakar dipilih menjadi khalifah di Saqifa adalah permusuhan yang lama di antara dua kaum Madinah Aus dan Khazraj. Keduanya telah berperang sesama sendiri “ratusan tahun”, dan mereka telah mengantung permusuhan mereka hanya disebabkan keletihan berperang selama ini.

G. E. Von Grunebaum: Aus dan Khazraj, telah terus menerus berperang untuk bergenerasi lamanya. Peperangan mereka telah sampai kekemuncaknya dalam tahun 617 M. di dalam “peperangan Bu'ath," yang mana selepas peperangan itu kedua-dua pihak telah kehabisan tenaga yang akhirnya membawa kepada gencatan senjata, yang sekali sekala terganggu oleh dendam kesumat. (Classical Islam - A History 600 M-1258 M)

Peperangan besar di antara Aus dan Khazraj telah berlaku hanya empat tahun sebelum sampainya Rasul ke Madinah sebagai pengaman. Apabila mereka mengakui baginda sebagai ketua, mereka juga setuju menjadikan baginda hakim untuk menyelesaikan masalah pertikaian mereka, dan telah menyatakan untuk berdamai daripada peperangan ini. Tetapi sebaik sahaja pendamai atau hakim wafat, cemburu mereka yang lama menyala semula.

Apabila ketua Aus melihat bahawa Khazraj telah mencalonkan Saad ibn Ubada, Khazrajite sebagai khalifah, mereka fikir bahawa jika beliau menjadi khalifa, Aus akan menjadi orang bawahan selamanya. Kepentingan mereka akan lebih terjamin jika ketua ummat adalah Muhajirin dari Makkah, bukannya Khazrajite dari Madinah. Maka mereka dengan pantas meyakinkan Abu Bakar bahawa mereka taat kepadanya sebelum Khazraj dapat mengistiharkan Saad ibn Ubada sebagai ketua baru Madinah. Maka Aus dari Madinah yang sebenarnya menjadi alat untuk memperkukuhkan kejayaan Abu Bakar di dalam pemilihan khalifah. Faktor yang lain, seperti pengkhianatan Bashir bin Saad, yang sendiri seorang Khazrajite, dan campur tangan kaum badwi, pada saat kritikal, juga menyumbangkan kepada kejayaan Abu Bakar.

Maxime Rodinson: Orang Madinah, terutama dari Bani Khazraj, dapat merasakan bahawa Muhajirin Quraish yang datang dari Makkah dengan Muhammad, yang mereka selalu cemburukan, sekarang cuba untuk mendapatkan kedudukan khalifah untuk diri mereka. Rasul telah mati. Tidak ada sebab lagi untuk mereka tunduk kepada orang asing. Mereka memanggil mesyuarat dipondok salah seorang dari kaum mereka, Bani Saida, untuk membincangkan cara yang terbaik untuk melindungi kepentingan mereka. Apa yang mereka

258

Page 259: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

cadangkan adalah untuk melantik seorang dari mereka sebagai ketua, Sa'd ibn Ubadah, sebagai ketua di Madinah.

Abu Bakar berada di rumah Muhammad telah diberitahu mengenai perkara ini, dia bergegas ke sana bersama rakan politiknya, Umar dan Abu Ubayda. Di dalam perjalan mereka telah bersatu dengan kaum Madinah yang lain, Aws, musuh tradisional kaum Khazraj. Perkara terakhir yang mereka hendak lihat adalah kuasa berpindah ketangan Khazraj. Di jalanan perkara ini telah mula tersebar kepada puak-puak Madinah yang lain, yang tidak mahu membiarkan perkara ini berlaku tanpa mereka memainkan sebarang peranan, maka perang kuasa telah mula berlaku. Ketika hari menjelang malam manusia telah lupa akan jenazah Rasul Allah yang masih terlantar dipondok kecil Aisyah (sic).

Perbincangan yang berterusan dengan panjang di dalam cahaya lampu minyak, sungguh hangat dan membinggungkan. Seorang Madinah menyarankan bahawa dua ketua hendaklah dilantik, satu dari Quraish dan satu dari Madinah. Ramai manusia sedar bahawa itulah caranya untuk membendung perpecahan dan bencana kepada masyarakat. Semua sedang melafazkan pendapat mereka dengan serentak, dan mereka juga telah mula untuk melepaskan pukulan. (Mohammed translated by Ann Carter, 1971)

Mereka telah mula melepaskan pukulan. Saad ibn Ubada menarik janggut Umar. Umar mengancam akan membunuh beliau jika sehelai dari janggutnya putus. Umar berkata kepada Hubab al-Mandir: "Semoga Allah membunuh kamu," dan beliau berkata kepada Umar: "Semoga Allah membunuh kamu."

Hubab ibn al-Mandhir telah membuat usaha terakhir untuk menyelamatkan keadaan. Ketika beliau cuba untuk menghalang Ansar dari memberikan bai’ah kepada Abu Bakar, sekumpulan manusia merempuh dirinya, serta merampas pedangnya dan menolak beliau dari laluan. Mereka itu adalah orang-orang badwi penyokong Muhajirin. Hubab telah kehilangan pedangnya, tetapi dia masih cuba memukul muka-muka penduduk Madinah yang hendak memberikan bai’ah kepada Abu Bakar. Dia mengutuk mereka dan berkata: "Wahai Ansar! Saya dapat melihat dengan mata saya bahawa anak-anak kamu mengemis makanan di pintu-pintu rumah orang Makkah ini, sepatutnya mereka menerima makan, tetapi mereka menerima sepak terajang dari mereka, dan diusir pergi."

Abu Bakar bertanya kepada Hubab: "Adakah kamu mempunyai perasaan takut yang sedemikian kepada saya?" Dia berkata: "Tidak. Bukan dari kamu tetapi dari mereka yang datang selepas kamu." Cuba untuk meyakinkan beliau, Abu Bakar berkata: "Jika itu berlaku, kamu masih boleh membatalkan bai’ah kamu kepada khalifah." Dengan pahit dia membidas: "Segalanya telah terlambat, dan tidak akan ada faedahnya." Perhimpunan dipondok Saqifa yang kelam kabut, tidak berperaturan dan hiruk pikiuk inilah yang telah melantik Abu Bakar sebagai khalifah. Ansar memberikan undian pengesahan secara negatif. Mereka tidak melantik orang yang terbaik untuk kedudukan itu. Umar dengan keras telah mengenepikan persoalan kelayakan, dan tidak membenarkan persoalan itu dikeluarkan di dalam perdebatan. Persoalan mengenai kelayakan calon telah dibenamkan di dalam penggunaan bahasa berdalih dan mengelak.

Saad ibn Ubada, ketua Khazraj, dan calon “kedua” di Saqifa tidak mempunyai ikatan, bebas, beliau adalah seorang dari mereka yang enggan untuk memberikan bai’ah kepada Abu Bakar. Beliau berkata kepada Abu Bakar: "Wahai Abu Bakar! Jika saya tidak di halang oleh penyakit ini, saya pasti akan menghantar kamu dan sahabat-sahabat kamu pulang ke Makkah kepada kaum kerabat kamu sendiri."

259

Page 260: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Saad kemudian meminta sahabatnya membawa beliau keluar dari Saqifa. Untuk beberapa waktu Abu Bakar tidak menggangu beliau, kemudian satu hari Abu Bakar menghantar berita kepada beliau dan memintanya memberikan bai’ah kepada dirinya. Saad menolak. Umar menekankan supaya Abu Bakar mendapatkan bai’ah secara paksa. Tetapi Bashir bin Saad Ansari telah menghalang dengan berkata: "Sekali Saad telah menolak, dia tidak akan memberikan sumpah taat setia. Jika kamu paksa, itu akan membawa kepada pertumpahan darah, dan semua Khazraji akan bangun menentang kamu. Pada pendapat saya, adalah tidak wajar untuk meneruskan isu ini. Dia hanya seorang, maka biarkanlah dia, lagi pun dia tidak dapat melakukan apa-apa kerosakan."

Semua manusia yang hadir diperhimpunan khalifah, telah menyokong pendapat Bashir, dan Saad telah ditinggalkan dengan aman. Beliau sembuh dari penyakitnya, dan tiga tahun kemudian, berhijrah ke Syria.

Teks ucapan yang disampaikan di Saqifa, dan segala peristiwa yang berlaku di sana, telah diambil dari rujukan yang berikut:

1. History – Tabari 2. Tarikh al-Kamil – Ibn Athir 3. Kitab-al-Imama was-Siyasa – Ibn Qutayba Dinwari 4. Siret-ul-Halabiyya – Halaby

BAB 50

Pergelutan Untuk Berkuasa IV

Apabila Abu Bakar telah disahkan sebagai khalifah di Saqifa, dia, Umar bin al-Khattab dan Abu Ubaida bin al-Jarrah kembali semula ke Masjid Nabi. Di dalam Masjid terdapat ramai manusia, di antaranya ahli dari Bani Umayyah; Saad bin Abi Waqqas, Abdur Rahman bin Auf; dan Muhajirin lainnya.

Melihat mereka di dalam kelompok-kelompok kecil, Umar berkata dengan kuat: "Abu Bakar telah dilantik sebagai khalifah Muslim. Sekarang kamu semua berikan bai’ah kepadanya. Ansar, Abu Ubaida dan saya telah melakukannya."

Umayyah yang hadir di dalam masjid adalah yang pertama untuk bertindak di atas seruan Umar, dan memberikan bai’ah kepada Abu Bakar. Saad bin Abi Waqqas, Abdur Rahman bin Auf dan lainnya mengikut mereka, memberikan bai’ah kepada Abu Bakar.

Hampir kesemua mereka yang “kenamaan” telah memberikan bai’ah kepada Abu Bakar pada hari Isnin. Orang awam tidak tahu mengenai pemilihan Abu Bakar lagi. Mereka datang ke masjid pada hari selasa. Sepanjang hari itu mereka datang dan pergi; masuk dan keluar masjid, dan Abu Bakar sibuk menerima sumpah taat

260

Page 261: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

setia [bai’ah] mereka. Hanya pada hari Rabu barulah Abu Bakar mempunyai masa untuk memberikan perhatian kepada perkara yang lain.

Pada masa yang sama, ketika pergelutan yang berkecamuk untuk merebut kuasa di Saqifa, dan perkara yang berlaku berikutnya; Ali ibn Abi Talib dan ahli keluarga Bani Hashim, sedang sibuk dengan pengurusan jenazah Muhammad, Rasul Allah. Setelah baginda dikebumikan, Ali dan Bani Hashim pulang ke rumah masing-masing.

Ramai penduduk Madinah telah memberikan bai’ah kepada Abu Bakar, tetapi tedapat juga sebahagian dari mereka yang belum. Yang terpenting di antara mereka semua adalah Ali ibn Abi Talib, ketua baru bagi suku kaum Bani Hashim. Khalifah yang baru dan penasihatnya percaya bahawa amat penting Ali memberikan bai’ahnya sama seperti manusia lain. Dari itu mereka menghantar berita ke rumahnya, tetapi beliau enggan keluar. Keengganan beliau telah membuat Umar marah. Sebelum itu dia adalah ‘pelantik raja’ tetapi sekarang dia adalah “Ketua Pertanda [yang menjalankan hukum bunuh] bagi kerajaan baru Saqifa. Maka dia pergi dengan pengiring yang bersenjata untuk menguatkuasakan perintah kerajaan, dan mengancam untuk membakar rumah anak perempuan Muhammad, Rasul Allah, jika Ali tidak datang kelapangan masjid untuk memberikan bai’ah kepada Abu Bakar. Seseorang mengatakan bahawa rumah itu adalah kepunyaan anak perempuan Rasul, maka bagaimana Umar hendak membakarnya. Tetapi Umar berkata dia tidak peduli jika itu rumah kepunyaan anak perempuan Rasul. Apa yang perlu, dia menegaskan, adalah bai’ah yang perlu Ali berikan.

Edward Gibbon: Bani Hashim sahaja yang enggan berikan bai’ah kepada Abu Bakar; dan ketua mereka Ali, di dalam rumahnya, mengekalkan selama lebih enam bulan, suram dan menahan diri dengan tidak mempedulikan ancaman Umar, yang cuba untuk membakar kesemua penghuni rumah anak perempuan Rasul. (The Decline and Fall of the Roman Empire)

Bahkan orang seperti Shibli, penulis biografi Umar, dia seorang yang amat memuji Umar, telah terpaksa mengaku bahawa "Umar seorang yang sangat panas baran, dan tidaklah wajar baginya sama sekali untuk membakar rumah anak perempuan Rasul." (Al-Faruq)

Lihatlah bagaimana mulianya, baiknya dan betapa gagahnya Umar yang cuba membakar rumah Fatimah Zahra! Hanya tiga hari setelah wafatnya Muhammad, Pesuruh Allah yang terakhir kepada manusia. Umar tiba di pintu rumah Fatimah Zahra. Sekumpulan pengiring yang bersenjata ada bersamanya, dan dia memerintahkan bai’ah Ali kepada Abu Bakar.

Demonstrasi “keperwiraan” ini amat “menyenangkan” Allah, terutama, apabila kita ingat bahawa selain dari Ali dan Fatimah, terdapat juga di dalam rumah itu, empat anak-anak yang masih kecil, cucu Muhammad Mustafa. Perbezaan umur mereka dari dua hingga lapan tahun. Kanak-kanak itu mungkin merasa “senang” mendengar suara Umar. Kepada mereka, dia mungkin kelihatan seperti Santa Claus [Bapa Krismas], Bapa Krismas padang pasir, berdiri dimuka pintu rumah mereka dengan “hadiah” api untuk mereka. “Hadiahnya” mungkin dia telah memberitahu kanak-kanak itu, mempunyai kuasa untuk menukarkan dinding kelabu rumah mereka yang comel kepada nyalaan api dengan asap yang banyak.

Apakah yang boleh dibuat oleh Umar untuk “mententeramkan” dan untuk “mengembirakan” mereka, selepas wafat datuknya, Muhammad, yang amat menyintai mereka? Pernahkah mereka melihat pertunjukkan bunga api yang begitu meriah, yang Umar dapat tunjukkan jika bapa mereka, Ali ibn Abi Talib, tidak memberikan bai’ah kepada Abu Bakar?

261

Page 262: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Pada ketika ini, Zubayr bin al-Awwam ada bersama Ali. Isterinya adalah seorang dari anak perempuan Abu Bakar tetapi ibunya adalah Safiya bint Abdul Muttalib, ibu saudara Muhammad dan Ali. Dari itu; dia juga mengatakan bahawa dia adalah dari Bani Hashim. Umar memerintahkan dia untuk memberikan bai’ah kepada Abu Bakar. Tetapi dia enggan dan mengancam untuk menggunakan pedangnya jika dipaksa. Umar memerintahkan pengiringnya untuk merampas pedang Zubayr. Mereka berjaya menumpaskan dia dan setelah dilucutkan senjata dan dibawa kelapangan kepada bapa mertuanya. Dalam keadaan beginilah dia memberikan bai’ahnya kepada Abu Bakar.

Umar cuba mendapatkan kepatuhan melalui ancaman, paksaan dan juga helah. Di masa lampau seseorang boleh meramalkan helahnya, tetapi sekarang amat sukar untuk menduganya. Dengan selesainya bai’ah Zubayr, Umar kini berpaling kepada Ali, dan beliau juga telah dibawa kelapangan khalifah. Di sana Umar mengulangi perintah bai’ah tetapi Ali berkata:

"Saya adalah hamba Allah, dan saya adalah saudara kepada Muhammad, RasulNya. Hamba Allah tidak boleh menjadi hamba kepada sesiapa yang lain. Jika kamu telah berjaya mendapatkan kerajaan Muhammad, kerana kamu, seperti kamu telah katakan, lebih rapat kepada baginda dari Ansar, dari itu saya adalah saudaranya, dan siapakah di antara kamu yang dapat mengatakan dia lebih dekat kepada baginda dari saya? Semua Muslim seharusnya memberikan bai’ah mereka kepada saya, dan bukannya kepada yang lain. Kamu telah merompak hak dari keluarga ketua kamu yang baru wafat. Kamu meyakinkan Ansar dengan hujah bahawa Pesuruh Allah adalah seorang dari kamu, dan baginda bukan dari mereka, dan mereka telah menyerahkan kedudukan khalifah kepada kamu. Sekarang saya menggunakan hujah yang sama, hujah kamu yang kamu gunakan kepada Ansar. Kami adalah pewaris Pesuruh Allah semasa hidupnya dan juga selepas wafatnya. Jika kamu benar percaya di atas misi baginda, dan jika kamu ikhlas menerima Islam, maka janganlah merampas hak kami."

Maka Umar menjawab kepada beliau: "Kamu adalah hamba Allah tetapi kamu bukan saudara kepada PesuruhNya. Walau bagaimana pun, kamu mesti memberikan bai’ah kepada Abu Bakar, dan kami tidak akan melepaskan kamu sehingga kamu melakukannya."

Ali berkata: "Hai Umar, Jika kamu begitu bersemangat sebagai pendakwa bagi kes Abu Bakar, itu boleh difahami. Hari ini kamu menjadikan dia raja supaya esok dia pula akan menjadikan kamu raja. Saya tidak akan lakukan apa yang kamu mahu saya lakukan, dan saya tidak akan memberikan bai’ah kepadanya."

Abu Ubaida bin al-Jarrah adalah ahli "troika [bertiga]," maka dia juga seorang pendakwa yang gigih bagi kerajaan saqifa. Dia membuat percubaan untuk memujuk Ali supaya mengiktiraf kerajaan yang baru, dan memberikan bai’ah kepada ketuanya. Dia berkata: "Wahai sepupu Rasul: kamu jauh lebih muda dari mereka. Mereka lebih tua dari kamu dan mereka punya banyak pengalaman. Kamu hendaklah berikan bai’ah kepada Abu Bakar sekarang, dan kemudian, suatu hari nanti mungkin giliran kamu pula. Kamu berhak untuk menjadi ketua kepada Muslim kerana kamu adalah yang pertama di dalam Islam, keberanian kamu, kebijaksanaan dan pengetahuan kamu serta banyak khidmat kamu kepada Islam. Dan juga kamu adalah anak menantu Rasul."

Ali menjawab kepadanya seperti berikut: "Wahai Muhajirin! Janganlah mengambil kuasa dan hak pesuruh Allah dari rumahnya ke rumah-rumah kamu. Demi Allah, penggantian Muhammad adalah hak kami. Baginda sendiri telah mengistiharkannya, dan bukan sekali malah banyak kali. Adakah sesiapa di antara kamu yang mempunyai pengetahuan dan pemahaman tetang al-Qur’an lebih dari saya? Adakah sesiapa di antara kamu yang mempunyai pengetahuan yang lebih mengenai amalan dan kata-kata Rasul Allah dari saya? Adakah sesiapa

262

Page 263: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

di antara kamu yang boleh mentadbir kerajaan baginda lebih baik dari saya? Jika ada; namakan dia, dan saya akan mencabarnya. Tetapi tidak ada. Saya sahaja yang dapat memberikan keamanan yang sebenar, kemakmuran dan keadilan kepada semua Muslim. Dari itu janganlah tunduk kepada kemahuan kamu, dan jangan jadikan cita-cita dan kehendak kamu mendahului perintah Allah dan RasulNya. Jika itu kamu lakukan, kamu akan menyimpang dari kebenaran, dan kamu akan jatuh ke dalam kesesatan."

Bashir bin Saad, yang sama, orang Ansar pertama memberikan bai’ah kepada Abu Bakar di Saqifa, mengganggu ucapan Ali dan berkata: "Wahai Ali! Jika kamu katakan semua ini kepada kami dahulu, kami pasti memberikan bai’ah kepada kamu dan tidak kepada mereka yang lain."

Ali berkata kepadanya: "Tidakkah kamu tahu semua ini? Apa yang kamu sarankan adalah, jika kamu semua meninggalkan Pesuruh Allah sebaik sahaja baginda wafat, saya juga harus meninggalkan baginda, dan saya juga masuk ke Saqifa untuk bertanding kedudukan khalifah bersama kamu. Itu saya tidak dapat lakukan. Melakukan itu akan menjadikan saya manusia yang tidak bermaruah. Saya tidak boleh mengabaikan Rasul Allah setelah wafatnya samalah seperti saya tidak pernah mengabaikan baginda ketika hidupnya."

Selepas kenyataan ini, Ali meninggalkan perhimpunan Abu Bakar yang telah diadakan di Masjid nabi. Itulah mekanisma pemilihan Abu Bakar sebagai khalifah Muslim, beberapa siri yang mencemaskan serta pembaharuan yang menggoncangkan.

Apabila kedua-dua bai’ah secara individu di Saqifa dan secara umum dimasjid nabi telah selesai, Abu Bakar khalifah yang baru memberikan ucapannya yang pertama. Selepas bersyukur kepada Allah, dia berkata: "Wahai Muslim! Mereka yang menyembah Muhammad, kini biarlah mereka mengetahui bahawa baginda telah mati, tetapi siapa di antara kamu yang menyembah Allah, kini biarlah mereka mengetahui bahawa Allah hidup, dan tidak akan mati.

“Hai Muslim! Walaupun kamu telah menjadikan saya ketua, saya bukanlah yang terbaik di antara kamu. Jika seseorang di antara kamu, telah mengambil tugas beban yang kamu telah letakkan kepada saya, itu terlebih baik buat saya. Jika kamu mengharapkan bahawa saya harus memerintah kamu sama seperti yang Rasul Allah lakukan, maka saya terpaksa mengatakan bahawa itu adalah mustahil. Rasul mendapat wahyu dari langit, dan baginda adalah ma’sum, sedang saya adalah manusia biasa. Tidak ada kelebihan saya dari kamu. Dari itu jika kamu melihat saya berjalan dijalan yang lurus, ikutlah saya, tetapi jika kamu melihat saya menyimpang, tegurlah saya. Jika saya lakukan yang betul, sokonglah saya; jika saya lakukan kesalahan, perbetulkan saya. Patuhlah kepada saya selagi saya patuh kepada Allah dan RasulNya. Tetapi jika kamu lihat saya menentang mereka, kamu juga tentanglah saya.

Kamu mempunyai Qur’an bersama kamu dan ianya sempurna. Rasul Allah telah menunjukkan kepada kamu dengan pemahaman dan juga contoh bagaimana untuk berkelakuan di dalam hidup ini. Yang terkuat di antara kamu semua adalah dia yang takut kepada Allah. Yang paling lemah adalah mereka yang melakukan dosa. Sesiapa yang meninggalkan jihad telah hilang kehormatannya. Bersegeralah melakukan solat dan jangan meninggalkannya. Semoga Allah merahmati kamu dan mengampunkan kamu semua."

Ucapan khalifah yang baru tidak lebih dari protes yang diulang-ulang, puding yang tidak bernama, tidak punya kemajuan atau pandangan. Bagaimana pun pembukaan ucapannya mempunyai erti yang mendalam. Dia memberitahu Arab bahawa jika mereka menyembah Muhammad, baginda telah mati? Adakah mana-mana Arab yang menyembah Muhammad? Selama 23 tahun Muhammad, Rasul

263

Page 264: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Allah yang dirahmati, telah menekankan ilmu tawhid [keEsaan Allah] ke dalam kepala orang-prang Arab. Jika selepas usaha yang begitu kuat, mereka mula menyembahnya dari menyembah Tuhan, maka seluruh misi sebagai seorang Rasul, mestilah dikatakan sebagai gagal.

Tetapi misi Muhammad tidak gagal. Muslim menyembah tuhan dan mereka tidak menyembah Muhammad. Mereka sebenarnya telah mengulang-ulangi banyak kali dalam satu hari bahawa Muhammad adalah hamba dan Pesuruh Allah, dan Abu Bakar juga tahu semua ini. Maka mengapa dia merasakan begitu perlu untuk memberitahu mereka bahawa jika mereka menyembah Muhammad, baginda telah mati?

Kenyataan Abu Bakar adalah satu helah yang bijak. Muhammad Mustafa baru sahaja mati, dan lumrah bagi Muslim untuk merasa simpati kepada ahli keluarganya yang telah mengalami kehilangan. Tetapi Abu Bakar sedar akan simpati ini. Dia menganggap perasaan ini amat bahaya terhadap keselamatan kedudukannya. Waktu untuk berkabung boleh membahayakan kedudukannya juga. Dari itu dia samakan berkabung di atas kematian Muhammad sama seperti “menyembahnya” juga, dan apa yang boleh menjadi kesalahan yang besar dalam Islam dari "menyembah" Muhammad, seorang manusia selain dari menyembah Tuhan!

Abu Bakar, dengan cara ini telah mengalihkan pandangan ummat Muslim jauh dari sebarang rasa simpati terhadap keluarga Muhammad yang sedang berduka.

Arab tidak pernah menyembah sesuatu yang lebih baik dari batu dan kayu, Muhammad telah menjadikan mereka penyembah Allah, Tuhan semesta alam. Arab tidak pernah lebih dari pengembala dan penyamun. Muhammad menjadikan mereka raja dan penakluk. Arab adalah yang zalim dan jahil, Muhammad menjadikan mereka bangsa yang paling bertamadun di dunia ini. Bagindalah yang paling banyak memberikan manfaat bukan sahaja kepada Arab di masa eranya tetapi kepada semua manusia di semua zaman. Apabila manusia begini meninggal dunia, Arab dan Muslim yang mendapat manfaat dari kerja-kerja baginda, pastinya tidak dapat mengawal perasaan kedukaan mereka. Tetapi sungguh menakjubkan dan juga memeranjatkan, mereka tidak begitu! Walaupun mereka telah kehilangan rahmat Allah yang amat berharga yang pernah dihantarkan kepada mereka, seorang yang amat di cintai oleh Allah, Muhammad, mereka tidak merasakan kehilangan sama sekali.

Tidak terfikir oleh ummat Muslim bahawa Muhammad petunjuk mereka di dunia ini dan juga ketua, bukan sahaja di dunia ini tetapi juga di akhirat, seharusnya mendapat pengebumian negara, dan ada waktu rasmi untuk berkabung dan berduka di atas kehilangan baginda.

Ummat Muslim nampaknya telah menyerahkan waktu untuk kesedihan di atas permergian Muhammad dan tugas-tugas untuk kebumikan baginda kepada ahli keluarganya sahaja. Ahli keluarga bagindalah yang berduka di atas wafatnya baginda dan juga kebumikannya.

264

Page 265: Menyampaikan Semula · Web viewKawasan air bumi Arab terdiri dari perigi, air yang mengalir deras dan kering serta banjir kilat. Ke seluruh kawasan tiada mempunyai sungai atau mata

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

265