geografi project form 2 bab 12

67
BAB 12: PETEMPATAN DISEDIAKAN OLEH: LEE YIN ZHEN, JOSHUA CHUA HAN JIE, MANPEET SINGH, YUGENDRAN

Upload: yinzhen-lee

Post on 19-Jun-2015

2.222 views

Category:

Education


11 download

DESCRIPTION

THIS IS A SLIDE PRESENTATION THAT MY GROUP DID

TRANSCRIPT

Page 1: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

BAB 12: PETEMPATAN

DISEDIAKAN OLEH: LEE YIN ZHEN, JOSHUA CHUA HAN JIE,

MANPEET SINGH, YUGENDRAN

Page 2: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

• Menyatakan lokasi petempatan awal • Menyenaraikan dan menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi

petempatan awal• Menyeneraikan dan menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi

petempatan luar bandar di negara Malaysia• Merumuskan peranan kerajaan dalam mempengaruhi petempatan luar

bandar di negara Malaysia• Menyenaraikan pelbagai pola petempatan luar bandar di negara Malaysia • Menyatakan ciri pola petempatan di negara Malaysia • Menjelaskan ciri pola petempatan luar di negara Malaysia dengan contoh• Membandingkan dan membezakan pola petempatan di negara Malaysia• Menyenaraikan fungsi petempatan luar bandar di negara Malaysia

Page 3: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

PETEMPATAN

• Petempatan adalah tempat manusia tinggal

• Mereka menjalani pelbagai aktiviti seperti pertanian, perikanan, perkilangan, perkhidmatan, perniagaan, pembalakan dan perlombongan

• Petempatan juga lengkap dengan bangunan seperti kedai, sekolah, klinik dan kilang

Page 4: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

PETEMPATAN AWAL DI DUNIA

• Petempatan awal adalah tidak tetap tetapi berpindah-randah untuk mencari makanan dan sumber air

• Manusia tinggal dan menetap di sesuatu tempat apabila mereka mula menternak binatang seperti biri-biri, lembu dan kambing serta menanam tanaman seperti padi dan jagung.

Page 5: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

• Kemudian, mereka mempelbagaikan kegiatan seperti perniagaan dan perkhidmatan.

• Petempatan awal di dunia bermula di lembangan sungai, iaitu:

a) Lembangan Sungai Tigris-Euphrates

b) Lembangan Sungai Nil

c) Lembangan Huang He

d) Lembangan Sungai Hindus

Page 6: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

• Keempat-empat petempatan awal tersebut merupakan tamadun yang paling awal di dunia

• Faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan awal di lembangan sungai tersebuut ialah:

a) dataran sungai yang rata, subur, dan bertanih aluvium sesuai untuk kegiatan pertanian

Page 7: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

b) sungai membekalkan air untuk kegunaan domestik dan pengairan

c) sungai menyediakan jalan pengangkutan untuk pergerakan penduduk, perniagaan dan perdagangan

d) mempunyai kawasan rumput untuk binatang ternakan

Page 8: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

PETEMPATAN AWAL

Page 9: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

PETEMPATAN AWAL DI MALAYSIA

• Lokasi petempatan awal di Malaysia ialah gua/bukit, muara sungai, pinggir pantai, delta dan tanah pamah

• Penduduk awal tinggal di dalam gua kerana selamat daripada ancaman musuh serta terlindung daripada hujun dan panas

• Gua Niah telah menjadi petempatan awal manusia lebih 4000 tahun dahulu

Page 10: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

GUA NIAH

Page 11: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

• Petempatan awal juga terdapat di muara sungai. Contohnya, Kesultanan Melayu Melaka di Sungai Melaka di Melaka, Kerajaan Johor-Riau di Sungai Riau

Muara Sungai

Page 12: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

• Petempatan muara Sungai Melaka yang asalnya kampung nelayan telah berkembang menjadi pusat perdagangan antarabangsa

• Kawasan muara sungai diliputi tanih aluvium yang sesuai untuk kegiatan pertanian

• Air sungai digunakan untuk kegunaan domestik dan mengairi tanaman

• Sungai juga membekalkan sumber protein seperti ikan dan protein

Page 13: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

Ikan Udang

Page 14: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

• Sungai juga menyediakan jalan pengakutan dan perhubungan

• Kawasan tanah pamah di sekitar lembah sungai sesuai untuk pembjang inaan tempatan

• Pinggir pantai dijadikan tapak petempatan awal kerana menyediakan jalan pengangkutan air serta sesuai untuk menjalankan kegiatan pertanian dan menangkap ikan

• Contoh: Santubong di Sarawak, Lembah Bujang di Kedah

Page 15: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

Petempatan awal di Malaysia

Page 16: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

Jenis Petempatan

• Petempatan di Malaysia terdiri daripada dua jenis, iaitu petempatan luar bandar dan petempatan bandar

• Kedua-dua jenis petempatan ini dibezakan dari segi:

a) fungsi, iaitu kegiatan sosioekonomi b) saiz penduduk c) kepadatan penduduk

Page 17: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

Ciri-ciri petempatan luar bandar dan petempatan bandar

Ciri-ciri Petempatan luar bandar

Petempatan bandar

Fungsi Pertanian, perikanan, pembalakan, perlombongan

Perniagaan, perdagangan, perkhidmatan

Saiz penduduk

Jumalah penduduk tidak melebihi 9999 orang

Jumalah penduduk melebihi 10000 orang

Kepadatan penduduk

Rendah Tinggi

Contoh Sungai Limau, Benut, Kukup, Pulau Ketam

Kuala Lumpur, Ipoh,Kuching, Kota Kinabalu

Page 18: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

Petempatan luar bandar

• Petempatan luar bandar di Malaysia terdiri daripada:

a) petempatan kampung – jumlah penduduk antara 1 hingga 1999 orang

b) petempatan pekan – jumalah penduduk antara 2000 hingga 9999 orang

• Kebanyakan penduduk di petempatan luar bandar menjalankan kegiatan pertanian dan perikanan

• Saiz penduduk luar bandar kecil dan kepadatan penduduknya adalah rendah

Page 19: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

Faktor-faktor yang mempengaruhi lokasi

petempatan luar bandar

Faktor-faktor yang mempengaruhi lokasi petempatan luar bandar

Ketersampaian Bentuk muka bumi

Sumber air

Kegiatan ekonomiTanih Dasar kerajaan

Page 20: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

Bentuk muka bumi• Kebanyakan petempatan luar bandar di

Malaysia dibina di kawasan tanah pamah kerana sesuai untuk kegiatan pertanian seperti penanaman padi, kelapa dan nanas serta membolehkan pembinaan petempatan

Page 21: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

• Çontoh petempatan luar bandar di kawasan tanah pamah ialah:

a) Dataran Kedah

b) Dataran Kelantan

c) Sungai Manik di Perak

d) Lembah Sungai Rajang di Sarawak

e) Lembah Sungai Kinabatangan di Sabah

Page 22: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

• Kawasan pertempatan juga terdapat di kawasan beralun di dataran pantai Semenanjung Malaysia

• Kegiatan penanaman getah dan kelapa sawit sesuai dijalankan di kawasan tersebut

• Di kawasan renda, rumah-rumah dibina di atas tetambak sungai untuk mengelakkan banjir

Page 23: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

• Lembah di tanah tinggi dijadikan petempatan kerana sesuai untuk penanaman hawa sederhana seperti tea, sayur-sayuran dan bunga-bungaan. Contohnya: Tanah Tinggi Cameron di Pahang dan Kundasang di Sabah

• Kawasan-kawasan ini mengalami suhu tahunan 18°C dan hujan tahunan antara 2030 mm hingga 3500 mm yang sesuai untuk penanaman tanaman hawa sederhana . Hal ini menyebabkan kawasan tersebut menjadi tumpuan penduduk

Page 24: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

• Kawasan tanah tinggi yang cerun-curam dan berhutan tebal tidak sesuai untuk didirikan petempatan

• Kawasan bersaliran buruk seperti kawasan paya dan kawasan rendah yang mudah dibanjiri air juga tidak sesuai dijadikan petempatan

Page 25: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

Tanih • Kegiatan pertanian merupakan kegiatan

utama penduduk luar bandar

• Kawasan dataran sungai, kaki bukit beralun, dan pinggir pantai berpasir yang mempunyai tanih yang subur untuk kegiatan pertanian menjadi tumpuan penduduk untuk mendirikan petempatan

Page 26: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

• Kawasan dataran sungai yang bertanih aluvium sesuai untuk penanaman padi

• Contohnya, Dataran Kedah-Perlis, Dataran Tanjung Karang, Dataran Kelantan dan Dataran Sungai Rajang menjadi tumpuan penduduk kerana sesuai untuk aktiviti pertanian

• Tanih laterit sesuai untuk penanaman kelapa sawit. Contoh petempatan di kawasan bertanih laterit ialah Gemencheh di Negeri Sembilan dan Benut di Johor

Page 27: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

• Tanih berpasir sesuai untuk penanaman kelapa. Terdapat petempatan luar bandar di pantai timur Semenanjung Malaysia yang dibina di kawasan tanih berpasir

• Petempatan luar bandar juga dibina di kawasan bertanih gambut yang sesuai untuk tanaman nanas seperti Pontian dan Pekan Nanas di Johor

Page 28: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

Sumber air • Manusia memerlukan air untuk kegunaan

harian dan mengairi tanaman • Terdapat petempatan luar bandar di

Malaysia yang dibina di tepi pantai atau tepi sungai kerana berhampiran dengan sumber air

• Contohnya ialah petempatan sepanjang Sungai Pahang, Sungai Kelantan, Sungai Perak, Sungai Rajang dan Sungai Kinabatangan

Page 29: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

• Sungai yang membekalkan sumber protein seperti ikan air tawar dan udang kepada penduduk sekitarnya

• Penduduk yang tinggal di sepanjang sungai menjalankan aktiviti menangkap ikan sebagai sumber rezeki

• Manusia juga membina petempatan di tepi sungai kerana sungai menyediakan pengangkutan air

Page 30: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

Ketersampaian • Ketersampaian bermaksud mudah untuk sampai

ke sesuatu kawasan • Petempatan luar bandar biasanya dibina

berhampiran jalan raya, sepanjang sungai dan sepanjang jalan raya

• Contohnya, Kampung Merang di Terengganu dibina selari di dengan pantai, manakala Kampung Sungai Lada di Pulau Labuan terletak di sepanjang jalan

• Sungai menjadi jalan pengangkutan utama bagi petempatan di pendalaman Sabah dan Sarawak

Page 31: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

Kegiatan ekonomi• Kegiatan mempengaruhi perletakan petempatan

luar bandar di Malaysia • Kegiatan pembalakan mewujudkan petempatan

sementara di pendalaman Sandakan, dan pendalaman Bintulu

Page 32: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

Kegiatan ekonomi Petempatan luar bandar

Pertanian •Dataran Kedah-Perlis

•Dataran Kelantan

Perikanan •Kuala Besut di Terengganu

•Kuala Sedili di Johor

•Pulau Ketam di Selangor

Perlombongan Bijih timah

•Sungai Lembing di Pahang

Kuprum

•Mamut di Sabah

Emas

•Bau di Sarawak

Gas asli

•Kerteh di Terengganu

•Bintulu di Sarawak

Petroleum

•Lutong di Sarawak

•Kerteh di Terengganu

Page 33: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

• Kegiatan pembalakan mewujudkan petempatan sementara di pendalaman Pahang, pendalaman Sandakan dan pendalaman Bintulu

Page 34: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

Dasar kerajaan

• Dasar kerajaan juga menentukan lokasi petempatan luar bandar

• Semasa darurat, petempatan kampung baru didirikan untuk memberi perlindungan kepada penduduk luar bandar daripada ancaman komunis

• Terdapat pertempatan luar bandar yang dibuka oleh Lembaga Kemajuan Tanah Perseketuan (FELDA) untuk meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar

Page 35: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

• Contohnya, Felda Jengka di Pahang, Felda Trolak di Perak, Felda Tenggaroh di Johor dan Felda Gugusan Sahabat di Sabah

Page 36: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

• Pembukaan tanah untuk penanaman kelapa sawit dan getah di kawasan luar bandar telah mewujudkan petempatan terancang yang baharu

• Segi Tiga Jengka merupakan salah satu petempatan terancang yang dimajukan oleh FELDA

• Peneroka di felda ini terdiri daripada petanian nelayan tradisional yang berpindah dari negeri ke negeri

Page 37: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

Pola petempatan luar bandar

• Pola petempatan ialah susun atur rumah atau bangunan di sesuatu petempatan

• Terdapat empat pola petempatan luar bandar di Malaysia, iaitu:

a) pola petempatan berselerak b) pola petempatan berjajar c) pola petempatan berpusat d) pola petempatan berkelompok

Page 38: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

Pola-pola petempatan

pola petempatan berkelompokpola petempatan berpusat

pola petempatan berselerak pola petempatan berjajar

Page 39: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

Pola petempatan berselerak

• Pola petempatan berselerak terbentuk apabila susun atur rumah dan bangunan yang dibina tidak sekata dan berjauhan antara satu sama lain

• Petempatan jenis ini terdapat di kawasan kebun kecil getah, kebun sayur, sawah padi dan kawasan pembalakan di pinggir hutan

Page 40: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

• Petani membina rumah di atas kawasan tanah keupayaan masing-masing. Contohnya, pekebun sayur di Tanah Tinggi Cameron

• Susun atur rumah mereka adalah berselerak dan dapat dihubungi melalui lorong jalan kaki atau jalan raya

Page 41: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

Pola petempatan berjajar• Pola petempatan berjajar terbentuk apabila

susun atur rumah atau bangunan terletak dalam satu barisan atau deretan.

• Bangunan atau rumah biasanya dibina selari di sepanjang sungai, parit, tali air, pinggir pantai, jalan raya dan landasan kereta api.

• Pola petempatan berjajar juga dikenali sebagai petempatan linear.

• Pola petempatan ini didapati di pantai timur Semenanjung Malaysia.

Page 42: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

• Rumah-rumah di kawasan sepanjang pantai dibina di atas permatang pasir untuk mengelakkan kejadian banjir pada musim tengkujuh.

• Terdapat juga petempatan ini di Dataran Tanjung Karang dan Dataran Kelantan yang dibina di sepanjang tali air dan pinggir pantai.

Page 43: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

Pola petempatan berpusat

• Pola berpusat terbentuk apabila rumah dan bangunan dibina rapat-rapat dan kelihatan padat.

• Petempatan berpusat bertumpu di sesuatu objek atau tanda tumpuan seperti persimpangan jalan raya yang mempunyai pasar, kedai, sekolah dan tempat ibadat.

Page 44: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

• Pola petempatan berpusat juga terdapat di ladang getah atau ladang kelapa sawit di tanah rancangan. Contohnya, Felda Gugusan Adela di Kota Tinggi, Johor.

Page 45: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

• Petempatan peneroka dibina di tengah-tengah dan dikelilingi oleh kawasan ladang.

• Petempatan ini dilengkapi dengan kemudahan.

Page 46: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

Pola petempatan berkelompok• Pola petempatan berkelompok adalah

hampir sama dengan pola petempatan berpusat tetapi tidak mempunyai satu tanda panduan yang nyata.

• Susun atur rumah adalah rapat dalam satu kelompok.

• Pola petempatan ini terdapat di simpang jalan raya, jalan kereta api, muara sungai serta di ladang getah dan landang kelapa sawit yang swasta

Page 47: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

• Perkampungan nelayan juga terdapat petempatan berkelompok.

Page 48: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

Fungsi petempatan luar bandar

• Petempatan luar bandar di Malaysia mempunyai pelbagai fungsi.

• Petempatan luar bandar terdapat di kawasan pertanian berfungsi sebagai pusat pengeluar dan mempunyai hasil pertanian. Contohnya:

a) Dataran Kedah dan Dataran Kelantan bagi hasil padi

b) kaki bukit yang beralun di pantai barat semenanjung menghasilkan getah dan kelapa sawit.

c) Tanah Tinggi Cameron bagi hasil tanaman hawa sederhana dan teh.

Page 49: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

• Petempatan di tanah rancangan Felda berfungsi sebagai pusat pengeluar dan pemprosesan kelapa sawit.

• Perkampungan nelayan yang terletak di tepi sungai, tasik dan pinggir pantai berfungsi sebagai pusat pengeluaran hasil perikanan. Contohnya:

a) Beserah di Pahang

b) Kuala Sedili di Johor

c) Mukah di Sarawak

Page 50: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

• Penduduk luar bandar yang tinggal di kawasan piinggir pantai menjalankan aktiviti menangkap ikan, membuat keropok, ikan kering, budu, belacan dan makanan ringan yang berasaskan hasil laut

• Petempatan luar bandar di sepanjang pantai juga dikenali sebagai pangkalan perahu tambang.

• Industri kecil-kecilan atau industri desa dijalankan di kawasan luar bandar.

Page 51: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

• Contohnya:

a) membuat tembikar di Air Hitam, Johor dan Bau, Sarawak.

b) menenun songket, membuat batik dan membuat hasil kraf tangan di kawasan Kampung Ladang, Terengganu dan Kampung Penembang, Kelantan

c) membuat keropok, ikan kering dan budu di Seberang Takir, Terengganu

d) perusahaan labu sayong di Kampung Sayong, Perak.

Page 52: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

• Petempatan luar bandar yang terdapat di kawasan pendalaman berfungsi sebagai pengeluar sumber hutan seperti kayu-kayan, rotan, damar dan ubatan tradisional.

Contohnya: a) Kanowit di Sarawak b) Gua Musang di Kelantan • Petempatan luar bandar yang terletak di kawasan

keindahman alam akan menjadi daya tarikan pelancong. Contohnya:

a) Taman Negara dan Taman Negeri Endau-Rompin di Pahang

b) Pantai berpasir di Cherating, Pahang c) Air Terjun Kota Tinggi di Johor

Page 53: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

• Petempatan ini menyediakan kemudahan seperti tempat penginapan dan restoran kepada pelancong

• Terdapat kemudahan “homestay” di petempatan luar bandar yang terpilih

Page 54: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

• Petempatan luar bandar juga menyediakan kemudahan awam seperti masjid, sekolah, pejabat pos dan balai polis

Page 55: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

• Petempatan ini juga mempunyai klinik desa yang menyediakan perkhidmatan perubatan dan rawatan kepada penduduk setempat

• Kebanyakan petempatan luar bandar mempunyai pejabat penghulu yang berperanan sebagai perantaraan antara kerajaan dengan penduduk

• Seorang Ketua Kampung atau Tok Sidang dilantik untuk menjalankan fungsi pentadbiran di kampung dengan bantuan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)

Page 56: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

• Beberapa buah kampung pula ditadbir oleh seorang penghulu atau penggawa yang menjalankan tugas rasminya di kompleks penghulu

• Rumah panjang diketuai oleh Tuai Rumah dan perkampungan orang asli diketuai oleh Tok Batin

• Terdapat juga petempatan luar bandar yang mengubah menjadi bandar dengan pertambahan penduduk dan perubahan fungsi sebagai pusat pentadbiran, perkhidmatan, perkilangan dan pendidikan. Contohnya: Bangi, Batu Tiga dan Kerteh

Page 57: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

Soalan Objektif1. Lokasi petempatan awal berikut

mempunyai persamaan dengan kawasan di dalam Peta 1 yang bertanda

• Lembah Bujang

• Muara Sungai Melaka

A

D

C

B

Page 58: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

2. Faktor utama yang mempengaruhi pemilihan lokasi berikut sebagai petempatan awal manusia ialah

• Gua Cha

• Gua Niah

A) Sumber air

B) Tanih aluvium

C) Tapak pelabuhan

D) Terlindung daripada serangan musuh

Page 59: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

3) Apakah faktor yang menggalakkan petempatan awal manusia dimulakan di lembah sungai?

A) Iklim yang sesuai

B) Tanih yang subur

C) Keselamatan terjamin

D) Berhampiran dengan hutan

Page 60: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

4) Apakah faktor utama wujudnya petempatan berikut?

• Felda Tenggaroh, Johor

• Felda Umas, Sabah

A) Governan

B) Ketersampaian

C) Bentuk muka bumi

D) Kegiatan ekonomi

Page 61: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

5) Rajah 1 menunjukkan pola petempatan

Apakah pola petempatan tersebut?

Rajah 1

A) Berjajar

B) Berpusat

C) Berselerak

D) Berkelompok

Page 62: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

Soalan Subjektif1) Berdasarkan rajah di bawah, nyatakan

faktor yang mempengaruhi petempatan awal di dunia bermula di lembah sungai.

Faktor mempengaruhi

petempatan awal dunia

A) D)

C)B)

Page 63: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

a) b)

c) d)

2) Nyatakan pola petempatan di bawah.

Page 64: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

Jawapan

• Soalan objektif

1) B

2) D

3) B

4) A

5) B

Page 65: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

• Soalan subjektif

1) a) dataran sungai yang rata, subur dan bertanih aluvium yang sesuai

b) sungai membekalkan air untuk kegunaan domestik

c) sungai menyediakan jalan pengangkutan

d) mempunyai kawasan rumput untuk binatang ternakan

Page 66: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12

2) a) pola petempatan berselerak b) pola petempatan berjajar c) pola petempatan berpusat d) pola petempatan berkelompokSemua betul: ada hadiah!!!!!!!

Page 67: GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12