geografi manusia penggal 1

Upload: sri-indayati

Post on 03-Jun-2018

287 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Geografi Manusia Penggal 1

    1/7

    GEOGRAFI MANUSIA PENGGAL 1 : PENDUDUK

    PENDUDUK

    1.1 KONSEP PENDUDUK

    Penduduk merupakan sekumpulan manusia yang mendiami / menetap di sesuatu kawasan

    dalam sesuatu tempoh masa tertentu.

    Jumlah penduduk adalah dinamik (sentiasa berubah-ubah) dan tidak statik kesan dari

    faktor kelahiran dan kematian serta migrasi.

    1.1.1 PENDUDUK SEBAGAI SUMBER

    Penduduk merupakan sumber manusia yang penting dan berharga bagi sesebuah kawasan /

    negara.Sumber manusia ini merujuk kepada :

    i. Sumber tenaga kerja.

    ii. Sumber pasaran.

    iii. Sumber keselamatan (tentera).

    Sumber manusia di sesebuah negara boleh diukur dan dinilai dari segi;

    i. Kuantiti ( bilangan / saiz )

    ii. Umur & jantina).

    iii. Kualiti.

    Dari segi kuantiti:

    Manusia diukur dari sudut bilangan (saiz / jumlah penduduk.

    Bilangan:

    Penduduk yang ramai, jika diberi pendidikan dan dibekali kemahiran, berpotensi

    menjadi tenaga kerja yang baik. Jumlah penduduk yang ramai membantu menyediakan

    sumber tenaga yang mencukupi bagi sektor-sektor ekonomi seperti perindustrian, pertanian,

    perkhidmatan dll. Keadaan ini membantu memajukan sesebuah negara. Negara yang

    mempunyai jumlah penduduk yang banyak berkemampuan menjana pelbagai sektor ekonomi,

    meluaskan saiz pasaran, meningkatkan kutipan cukai dan memiliki ramai jumlah anggota

    keselamatan (tentera).

    Contoh, Malaysia melaksanakan Dasar 70 Juta Orang Penduduk bagi memenuhi

    keperluan gunatenaga dalam pelbagai sektor ekonomi dan saiz pasaran bagi kemajuan negara.

    Dari segi Struktur Umur dan Jantina:

    http://geostpm.blogspot.com/2014/05/geografi-manusia-penggal-1-penduduk.htmlhttp://geostpm.blogspot.com/2014/05/geografi-manusia-penggal-1-penduduk.html
  • 8/12/2019 Geografi Manusia Penggal 1

    2/7

    Umur dan jantina penduduk boleh mempengaruhi corak guna tenaga yang ada di

    sesebuah kawasan atau negara.

    Penduduk dewasa yang terlatih boleh menyumbang secara produktif kepada ekonomi

    negara. Sementara kehadiran ramai penduduk tua dan kanak-kanak selalunya dikaitkan

    dengan besarnya jumlah tanggungan keluarga dan negara.

    Jantina pula boleh dikaitkan dengan jenis aktiviti ekonomi, misalnya sektor industri

    berat yang memerlukan kekuatan tenaga fizikal manusia lazimnya mengupah lebih ramai

    pekerja lelaki.

    Contohnya kilang memasang kereta di Shah Alam (Selangor), membungkus baja dan

    kilang petrokimia di Kerteh (Terengganu). Manakala industri yang berintensif buruh yang

    memerlukan tahap ketekunan dan kehalusan yang tinggi pula lazimnya mengupah ramai

    pekerja wanita. Contohnya kilang produk barangan elektrik dan elektronik di Bayan Lepas

    (Pulau Pinang).

    Dari Segi Kualiti:

    Kualiti penduduk merujuk kepada :

    i. ciri-ciri fizikal,

    ii. taraf pendidikan,

    iii. kemahiran,

    iv. kesihatan, dan

    v. sikap.Misalnya, penduduk sesebuah kawasan yang terdidik (lepasan universiti dan kolej),

    mahir dan berpengalaman mengendali peralatan kilang yang moden, sihat tubuh badan dan

    mempunyai sikap terbuka, boleh bekerjasama sebagai satu pasukan, lazimnya lebih berkualiti

    dan mampu menarik pelaburan. Jadi kualiti penduduk menentukan tahap pembanguan

    sesebuah negara atau kawasan.

    Era globalisasi kini memerlukan penduduk yang berkualiti, dapat menguasai

    kemahiran teknologi dan maklumat (ICT) serta kemahiran berbahasa Inggeris untuk berdaya

    saing. Ini selaras dengan perkembangan sosioekonomi dunia berasaskan k-ekonomi. Pekerja

    yang berkemahiran dalam bidang ICT ini menggalakkan perkembangan dalam e-dagang, e-

    pelaburan, e-governan dsb.

    Contohnya, di negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Britain kualiti

    penduduknya adalah tinggi membantu memajukan negara. Manakala di negara seperti

    Somalia, Sudan dan Kenya kualiti penduduknya yang rendah mengakibatkan kemunduran

    negara tersebut.

  • 8/12/2019 Geografi Manusia Penggal 1

    3/7

    1.1.2 PENDUDUK SEBAGAI AGEN PERUBAHAN

    Konsep ini memperlihatkan manusia sebagai agen perubahan melalui aktiviti

    pembangunan sosioekonomi. Kegiatan penduduk boleh mengakibatkan berlakunya perubahan

    landskap fizikal, tahap kemajuan sosioekonomi (kualiti hidup), serta landskap budaya di

    sesebuah negara.

    Perubahan Ruang Fizikal;

    Perubahan ini boleh diperhatikan melalui aktiviti manusia ke atas alam sekitar fizikal

    bagi memenuhi keperluan hidup mereka. Ini termasuk perkembangan kawasan petempatan,

    rumah kediaman, jalan perhubungan dan jaringan komunikasi. Kawasan yang berpotensi,

    dimajukan dengan pembangunan dan seterusnya mewujudkan perubahan yang besar kepada

    landskap semulajadi.

    Tindakan manusia menarah, menebuk, meratakan bukit serta mengorek tanah

    menghasilkan pandang darat seperti lurah, bukit gondol, tasik dsb. Keadaan ini menggalakkan

    kejadian pencemaran, hakisan tanah & tanah runtuh, pemanasan mikro / setempat dsb.

    Aktiviti manusia boleh mengakibatkan empat sistem fizikal berubah ;

    o Geomorfologi : terhadap tanah, bukit, batuan

    o Atmosfera : terhadap udara, suhu, angin

    o Hidrologi : terhadap sumber air

    o Ekologi : terhadap haiwan & tumbuhan

    Kegiatan penyahhutanan untuk kegiatan ekonomi seperti pertanian, kawasan

    perindustrian, kemudahan infrastruktur dan prasarana mengakibatkan kemusnahan ekologi

    hutan semulajadi yang membawa kepupusan sumber flora dan fauna, gangguan keseimbangan

    ekosistem dan gangguan kitaran hidrologi.

    Cth, pembinaan empangan Kenyir (Terengganu) telah menengelamkan kawasan hutan

    seluas beratus-ratus hektar dan mewujudkan pandang darat baru di kawasan tersebut iaitu

    tasik buatan.

    Perubahan Sosioekonomi;

    Perubahan sosial dapat dilihat dari sudut pendidikan, kesihatan, dan telekomunikasi -

    Perubahan Pendidikan seperti penubuhan pusat bimbingan kanak-kanak, tusion, kolej, dan

    universiti. Selain itu, pusat-pusat latihan & kemahiran seperti Giat Mara. Perubahan

    Kesihatan seperti penaik tarafan klinik desa kepada klinik yang lebih moden, pertambahan

    klinik dan hospital, pusat rawatan alternatif dsb. Perubahan teknologi dilihat melalui

  • 8/12/2019 Geografi Manusia Penggal 1

    4/7

    perkembangan dalam bidang telekomunikasi seperti satelit, telefon selular, Sistem Penentuan

    Global (GPS), Sistem Informasi Geografi (GIS) dsb.

    Kemajuan ekonomi boleh dikesan melalui perubahan pekerjaan, pendapatan,

    pemilikan harta benda. Indikator yang biasanya dirujuk adalah seperti pertumbuhan KDNK,

    peningkatan pendapatan perkapita, kuasa beli, dan taraf hidup serta perluasan saiz pasaran.

    Penduduk merupakan pemankin perubahan sektor ekonomi - tradisional iaitu pertanian

    kepada sektor ekonomi yang lebih moden pada masa kini seperti perindustrian dan

    perkhidmatan. Kepelbagaian ekonomi juga dapat diwujudkan dengan perkembangan kualiti

    dan kuantiti penduduk seperti perkembangan bidang perdagangan, perniagaan, pelancongan,

    dll. Selain itu ia juga mempengaruhi luasnya permintaan dan penawaran pasaran.

    Cth, peningkatan pengetahuan dan kemahiran serta teknologi di Malaysia telah

    merubah dan mempelbagaikan kegiatan ekonomi yang wujud. Daripada ekonomi yang

    berasaskan pertanian dan perlombongan kepada ekonomi yang lebih moden seperti

    perindustrian dan perkhidmatan.

    Perubahan Landskap Budaya;

    Penduduk juga mempengaruhi perubahan yang pesat terhadap kewujudan landskap

    budaya seperti petempatan, pola guna tanah, pengangkutan dsb.

    Perubahan landskap budaya berlaku kesan dari peningkatan kualiti hidup, budaya dan

    pemikiran masyarakat. Fenomena pembandaran yang berlaku pada masa kini telah merubah

    gaya dan cara hidup masyarakat setempat dan seterusnya mengubah landskap budayasetempat.

    Perubahan petempatan pembinaan rumah banglo, flat, kondominium, taman

    perumahan dsb.

    Perubahan pola guna tanah pertanian tradisional kepada pertanian moden, sektor

    pertanian kepada sektor industri & perkhidmatan, jenis tanaman kormesial, bangunan-

    bangunan, parking lot dsb.

    Perubahan pengangkutan

    pembesaran jalan-jalan perhubungan (lebuh raya, lebuh

    raya bertingkat, jambatan), pertambahan pengangkutan awam (bas, teksi, LRT, monorel dll)

    darjah kertersampaian tinggi & mempengaruhi mobiliti penduduk.

  • 8/12/2019 Geografi Manusia Penggal 1

    5/7

    GEOGRAFI MANUSIA PENGGAL 1 : PENDUDUK

    PENDUDUK

    1.1 KONSEP PENDUDUK

    Penduduk merupakan sekumpulan manusia yang mendiami / menetap di sesuatu kawasan

    dalam sesuatu tempoh masa tertentu.

    Jumlah penduduk adalah dinamik (sentiasa berubah-ubah) dan tidak statik kesan dari

    faktor kelahiran dan kematian serta migrasi.

    1.1.1 PENDUDUK SEBAGAI SUMBER

    Penduduk merupakan sumber manusia yang penting dan berharga bagi sesebuah kawasan /

    negara.Sumber manusia ini merujuk kepada :

    i. Sumber tenaga kerja.

    ii. Sumber pasaran.

    iii. Sumber keselamatan (tentera).

    Sumber manusia di sesebuah negara boleh diukur dan dinilai dari segi;

    i. Kuantiti ( bilangan / saiz )

    ii. Umur & jantina).

    iii. Kualiti.

    Dari segi kuantiti:

    Manusia diukur dari sudut bilangan (saiz / jumlah penduduk.

    Bilangan:

    Penduduk ramai dan dibekalkan dengan kemahiran dan pendidikan.

    Contoh, Malaysia melaksanakan Dasar 70 Juta Orang Penduduk bagi memenuhi

    keperluan gunatenaga dalam pelbagai sektor ekonomi dan saiz pasaran bagi kemajuan negara.

    Dari segi Struktur Umur dan Jantina:

    Penduduk dewasa yang terlatih boleh menyumbang secara produktif

    Penduduk muda dan tua dikaitkan dengan nisbah tanggungan yang tinggi.

    Jantina pula boleh dikaitkan dengan jenis aktiviti ekonomi..

    Lelakikilang kereta, petrokimia

    Wanita

    kilang elektronik, kraftangan

    http://geostpm.blogspot.com/2014/05/geografi-manusia-penggal-1-penduduk.htmlhttp://geostpm.blogspot.com/2014/05/geografi-manusia-penggal-1-penduduk.html
  • 8/12/2019 Geografi Manusia Penggal 1

    6/7

    Dari Segi Kualiti:

    Kualiti penduduk merujuk kepada :

    i. ciri-ciri fizikal,

    ii. taraf pendidikan,

    iii. kemahiran,

    iv. kesihatan, dan

    v. sikap.

    1.1.2 PENDUDUK SEBAGAI AGEN PERUBAHAN

    Konsep ini memperlihatkan manusia sebagai agen perubahan melalui aktiviti

    pembangunan sosioekonomi. Kegiatan penduduk boleh mengakibatkan berlakunya perubahan

    landskap fizikal, tahap kemajuan sosioekonomi (kualiti hidup), serta landskap budaya di

    sesebuah negara.

    Perubahan Ruang Fizikal;

    Aktiviti manusia boleh mengakibatkan empat sistem fizikal berubah ;

    o Geomorfologi : terhadap tanah, bukit, batuan

    o Atmosfera : terhadap udara, suhu, angin

    o Hidrologi : terhadap sumber air

    o Ekologi : terhadap haiwan & tumbuhan

    Perubahan Sosioekonomi;

    Perubahan sosial dapat dilihat dari sudut pendidikan, kesihatan, dan telekomunikasi -

    Perubahan Landskap Budaya;

    Penduduk juga mempengaruhi perubahan yang pesat terhadap kewujudan landskap

    budaya seperti petempatan, pola guna tanah, pengangkutan dsb. \

  • 8/12/2019 Geografi Manusia Penggal 1

    7/7

    Soalan latihan

    1. apakah maksud penduduk. (4 m)

    2. bagaimana sumber manusia disesebuah negara dinilai. (3 m)

    3. bagaimana umur dan jantina boleh mempengaruhi corak guna tenaga dalam

    sesebuah negara. (4 m )

    4. Nyatakan 3 langkah yang dilakukan untuk meningkatkan kualiti penduduk.(3 m)

    5. Apakah aktiviti manusia yang menyebabkan berlakunya perubahan pada landskap

    fizikal. (4 m)