geografi bab 11 pengaruh manusia terhadap cuaca dan iklim

Upload: falini

Post on 29-Feb-2016

125 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

GEOGRAFI

TRANSCRIPT

Pengaruh Manusia Terhadap Cuaca dan Iklim

Pengaruh Manusia Terhadap Cuaca dan Iklim

KESAN

Manusia menjalankan pelbagai kegiatan untuk mencapai kemajuan.Contohnya, hutan ditebang dan dibakar untuk membuka kawasan pertanian, petempatan, dan perindustrian.Kegiatan manusia ini telah membawa kesan buruk terhadap alam sekitar serta dapat mempengaruhi cuaca dan iklim sesuatu kawasan.Antara beberapa kesan buruk terhadap cuaca dan iklim itu termasuklah kesan rumah hijau, peningkatan suhu, pulau haba, jerebu, penipisan lapisan ozon, hujan asid, dan kemarau.

JEREBUJerebu berlaku kerana pertambahan habuk, asap, dan debu yang mencemari udara.Habuk halus ini menyerakkan cahaya matahari lalu menyebabkan jarak penglihatan menjadi terhad.Jerebu terjadi di kawasan industri perkilangan dan berpenduduk padat.Jerebu terbentuk daripada asap kotor kilang, kenderaan bermotor, pembakaran terbuka, dan pembakaran bahan api.Asap, habuk, serta bahan-bahan pencemar dari kilang dan pembakaran terbuka akan terapung-apung di udara lalu menjadi jerebu.Habuk halus juga bertambah akibat daripada pembinaan dan runtuhan bangunan yang berterusan.

Jerebu akan memudaratkan kesihatan manusia. Contohnya, ialah sakit mata (konjuntivitis), radang paru-paru(bronchitis), masalah pernafasan dan asma.Keadaan jerebu juga mengganggu perjalanan di jalan raya, kapal terbang mendarat dan berlepas.Suhu udara di bandar pada waktu malam menjadi lebih panas.Kandungan asid dalam hujan juga bertambah.Kadar fotosintesis berkurangan akibat daripada jerebu yang berpanjangan

KESAN RUMAH HIJAUKesan rumah hijau adalah proses semula jadi bumi menyeimbangkan suhu di atmosfera.Di sekeliling bumi terdapat lapisan atmosfera.Cahaya matahari yang menembusi lapisan atmosfera akan memanaskan permukaan bumi.Sesetengah daripada haba ini akan terus dipancarkan kembali oleh bumi ke angkasa.

Kesan rumah hijau adalah fenomena pemanasan bumi akibat banyak haba terperangkap dalam lapisan atmosfera.Lapisan ini terdiri daripada beberapa jenis gas iaitu karbon dioksida, klurofulrokarbon,metana, dan nitrus oksida.Gas ini dikenali sebagai gas RUMAH HIJAU.Cahaya matahari yg. Menembusi lapisan atmosfera akan memanasakan permukaan bumi.

Sesetengah daripada haba ini akan terus dipancarkan kembali oleh bumi ke angkasa.Namun, kebanyakkan haba yang dipancarkan balik ke bumi terperangkap di atmosfera oleh gas2 rumah hijau.Pelbagai kegiatan yang dilakukan oleh manusia telah menyebabkan gas-gas rumah hijau di atmosfera bertambah banyaknya.Keadaan ini meningkatkan suhu di atmosfera kerana gas2 ini memerangkap lebihan haba dari bumi.

Di lapisan atmosfera ini terdapat beberapa jenis gas seperti karbon dioksida(CO2), klorofluorokarbon(CFC), metana(CH4) dan nitrus oksida(N2O). Gas-gas ini dikenal sebagai gas rumah hijau.Gas-gas ini akan menyerap sebahagian haba yang dipancarkan oleh bumi.Proses pemanasan dan pantulan serta penyerapan haba dan pelepasan bahang bumi ke angkasa lepas menyeimbangkan suhu di atmosfera.Kesan ini dikenal sebagai kesan rumah hijau.

Kesan rumah hijau adalah penting kerana sekiranya tiada kesan rumah hijau ini, min suhu bumi akan jatuh sebanyak 18C.Pelbagai kegiatan yang dilakukan manusia telah menyebabkan gas-gas rumah hijau di atmosfera bertambah dengan banyaknya.Keadaan ini mengkatkan suhu di atmosfera bumi kerana gas-gas ini memerangkap lebihan haba dari bumi.

Karbon dioksida merupakan gas rumah hijau yang paling banyak dikeluarkan.Dalam beberapa abad kebelakangan ini dianggarkan kandungaan karbon dioksida dalam atmosfera telah meningkat kira-kira 30%.Kegiatan utama yang menyebabkan peningkatan karbon dioksida ialah pembakaran bahan api.Penebangan dan pembakaran hutan turut menambahakan kandungan karbon dioksida dalam atmosfera dan menyebabkan keadaan di bumi menjadi semakin panas.

Penebangan hutan menyebabkan peratus bahang matahari yang dapat sampai ke bumi bertambah.Faktor-faktor lain yang meningkatkan gas-gas rumah hijau di atmosfera ialah pelepasan gas metana akibat reputan bahan organik daripada aktiviti pertanian, penternakan, dan pelupusan sampah.Pembakaran petroleum oleh kenderaan telah melepaskan karbon dioksida dan nitrus oksida ke udara.Gas CFC dilepaskan melalui penggunaan gas penyejuk dalam peti sejuk, pembakaran polisterina, dan penggunaan bahan aerosol.Kandungan karbon dioksida juga meningkat akibat pembakaran sampah sarap secara terbuka.

16

PULAU HABAPembangunan yang semakin pesat di bandar menyebabkan banyak kawasan hutannya yang ditebang untuk tujuan pembinaan.Bangunan konkrit yang dibina rapat-rapat, serta jalan-jalan diturap dapat menyerap dan memerangkap haba.Pergerakan udara dan angin adalah terhad kerana dihalang oleh bangunan tinggi. Udara panas kekal dan meningkatkan suhu pada waktu malam akibat daripada pelepasan haba.

Kurang litupan tumbuh-tumbuhan di bandar menyebabkan kurang transpirasi berlaki, lalu meningkatkan suhu udara.Kilang dan kenderaan bermotor mengeluarkan bahan pencemar seperti debu, habuk, dan gas yang menyerap bahang matahari dan memantulkan bahangan bumi.Keadaan ini mengehadkan proses bahangan bumi ke atmosfera dan menyebabkan suhu meningkat.

Haba juga dibebaskan daripada kenderaan bermotor, kilang dan pembakaran sampah.Keadaan ini juga menyebabkan suhu udara di bandar lebih panas jika dibandingkan dengan suhu di kawasan pinggir bandar yang banyak diliputi tumbuh-tumbhuan.Berdasarkan kajian yag dibuat, perbezeaan suhu di pusat bandar dengan suhu di pinggir bandar dapat mencecah 4C.