genta kehadiran seratus peratus: menarik minat murid · pdf filefaktor yang menarik minat...

Download GENTA KEHADIRAN SERATUS PERATUS: MENARIK MINAT MURID · PDF filefaktor yang menarik minat murid-murid Orang Asli bagi mengatasi masalah isu ... Dapatan kajian tindakan ini diharap

If you can't read please download the document

Upload: hoangnhi

Post on 11-Feb-2018

239 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • GENTA KEHADIRAN SERATUS PERATUS: MENARIK MINAT MURID ORANG ASLI DATANG KE SEKOLAH

    Azman Abdul Manaf SK Pos Musoh Landing Zone, Perak

    Tel: 012-4906771 / e mel: [email protected]

    Abstrak

    Kajian ini merupakan satu langkah intervensi bagi mengenal pasti dan mengetahui faktor-faktor yang menarik minat murid-murid Orang Asli bagi mengatasi masalah isu ketidakhadiran ke sekolah. Data kehadiran murid bagi tiga tahun kebelakang telah dirujuk sebelum melaksanakan kajian ini. Hasil dapatan mendapati kehadiran murid-murid Orang Asli di sekolah ini tidak melebihi 85 peratus bagi tiga tahun kebelakang. Responden kajian melibatkan semua guru, Tok Batin, YDP PIBG, murid-murid, komuniti setempat dan agensi luar. Data kajian diperolehi melalui kaedah temu bual, pemerhatian, perbincangan dan analisis dokumen. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan antara faktor-faktor yang dikenas pasti mempengaruhi kehadiran murid Orang Asli ke sekolah ialah faktor sikap dan kerjasama antara guru-guru, sikap ibu bapa, pemberian insentif kepada murid-murid, dan pengetahuan tentang minat, keperluan serta kesukaan murid-murid. Bagi meningkatkan peratus kehadiran murid Orang Asli, kerjasama antara pihak pentadbir sekolah dan ibu bapa adalah amat penting bagi memastikan anak-anak orang asli hadir ke sekolah setiap hari. Dapatan kajian tindakan ini diharap dapat merealisasikan hasrat pihak pengurusan sekolah menjadikan Sekolah Kebangsaan Pos Musoh Landing Zone sebagai sekolah murid Orang Asli pertama di Malaysia yang mencatatkan peratus kehadiran seratus peratus sepanjang tahun.

    Kata kunci : Kehadiran Murid, Kerjasama Guru, Sikap Ibu bapa

    mailto:[email protected]