gejala murtad meruntuh ummah 2

3
GEJALA MURTAD MERUNTUH UMMAH “Wahai orang yang beriman barangsiapa diantara kamu yang murtad dari agamanya, maka Allah akan mendatangkan kepada mereka satu kaum lain yang Allah sayangi mereka dan mereka menyayangi Allah, mereka bersifat lemah lembut sesama orang yang beriman dan bersikap tegas dengan orang- orang yang tidak beriman, mereka berjuang dijalan Allah tanpa rasa takut dan gerun terhadap celaan orang yang suka mencela. Itulah kelebihan Allah kepada sesiapa yang dikehendakinya. Dan Allah Maha luas ilmu dan Maha mengetahui” (Al-Maidah: 54) Mutakhir ini murtad menjadi satu isu hangat diperkatakan oleh masyarakat Islam di mana-mana sahaja,di dalam perbualan harian,didalam akhbar-akhbar,majalah-majalah dan disebut juga didalam ceramah-ceramah.Selain itu,mungkin ramai umat Islam di Malaysia tidak mengetahui apa sebenarnya murtad sehingga ada yang menganggap murtad hanya terjadi apabila seseorang itu keluar dari agama islam dan menganut agama lain. Perkataan murtad berasal dari Bahasa Arab iaitu riddah atau irtidad.Dari sudut bahasa perkataan riddah kebiasaannya membawa maksud kembali atau rujuk iaitu kembali pada sesuatu kepada sesuatu yang lain. Adapun perkataan irtidad membawa pengertian yang lebih luas iaitu mereka yang meninggalkan agama Islam untuk tidak mempercayai Islam atau meniggalkan Islam untuk mempercayai agama lain. Manakala dari segi istilah ia bermaksud meninggalkan atau keluar dari agama Islam dan memeluk mana-mana agama atau mana-mana akidah lain atau mana-mana ajaran sesat dan menyeleweng samada dengan melalui perkataan, perbuatan atau apa-apa iktikad, kepercayaan dan keyakinan hati. Generasi muda Islam secara beransur-ansur dan perlahan-lahan telah diheret melalui pengaruh media masa untuk mengamal satu budaya yang dikenali sebagai budaya serba boleh. Budaya serba boleh apabila dimasukan didalam aspek akidah ia melahirkan golongan yang berpegang kepada tidak ada Tuhan atau tidak ada agama yang disebut juga sebagai ‘Free thinker’. Dan kalau ia dimasukan dalam aspek akhlak dan

Upload: abd-ghafar

Post on 17-Jan-2016

44 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

gejala murtad

TRANSCRIPT

Page 1: Gejala Murtad Meruntuh Ummah 2

GEJALA MURTAD MERUNTUH UMMAH

“Wahai orang yang beriman barangsiapa diantara kamu yang murtad dari agamanya, maka Allah akan mendatangkan kepada mereka satu kaum lain yang Allah sayangi mereka dan mereka menyayangi Allah, mereka bersifat lemah lembut sesama orang yang beriman dan bersikap tegas dengan orang-orang yang tidak beriman, mereka berjuang dijalan Allah tanpa rasa takut dan gerun terhadap celaan orang yang suka mencela. Itulah kelebihan Allah kepada sesiapa yang dikehendakinya. Dan Allah Maha luas ilmu dan Maha mengetahui”(Al-Maidah: 54)

Mutakhir ini murtad menjadi satu isu hangat diperkatakan oleh masyarakat Islam di mana-mana sahaja,di dalam perbualan harian,didalam akhbar-akhbar,majalah-majalah dan disebut juga didalam ceramah-ceramah.Selain itu,mungkin ramai umat Islam di Malaysia tidak mengetahui apa sebenarnya murtad sehingga ada yang menganggap murtad hanya terjadi apabila seseorang itu keluar dari agama islam dan menganut agama lain.

Perkataan murtad berasal dari Bahasa Arab iaitu riddah atau irtidad.Dari sudut bahasa perkataan riddah kebiasaannya membawa maksud kembali atau rujuk iaitu kembali pada sesuatu kepada sesuatu yang lain. Adapun perkataan irtidad membawa pengertian yang lebih luas iaitu mereka yang meninggalkan agama Islam untuk tidak mempercayai Islam atau meniggalkan Islam untuk mempercayai agama lain. Manakala dari segi istilah ia bermaksud meninggalkan atau keluar dari agama Islam dan memeluk mana-mana agama atau mana-mana akidah lain atau mana-mana ajaran sesat dan menyeleweng samada dengan melalui perkataan, perbuatan atau apa-apa iktikad, kepercayaan dan keyakinan hati.

Generasi muda Islam secara beransur-ansur dan perlahan-lahan telah diheret melalui pengaruh media masa untuk mengamal satu budaya yang dikenali sebagai budaya serba boleh. Budaya serba boleh apabila dimasukan didalam aspek akidah ia melahirkan golongan yang berpegang kepada tidak ada Tuhan atau tidak ada agama yang disebut juga sebagai ‘Free thinker’. Dan kalau ia dimasukan dalam aspek akhlak dan tingkahlaku, ia melahirkan budaya suka berhibur semata-mata yang dikenali juga sebagai hedonisma kedua-dua budaya ini akhirnya akan meruntuhkan sama sekali akidah Islam yang menjadi pegangan mereka sebelum ini.

Kegiatan murtad ini kalau dibiarkan berleluasa, ia akan menimbulkan kemurkaan Allah kepada seluruh umat manusia dari masyarakat tersebut. Sebab itu Allah menyebutkan didalam al-Quran yang dibacakan dalam mukadimah tadi. Bahawa apabila sesuatu kaum yang beriman itu murtad, maka Allah akan ganti dengan kaum yang lain, penggantinya satu kaum dengan satu kaum yang lain bukanlah satu proses yang mudah dan senang. Ia bukanlah sahaja mengambil masa yang panjang, tetapi terpaksa mengalami penderitaan dalam kehidupan sementara untuk hilang dan lenyap dari permukaan dunia. Kalau tidak keterlaluan barangkali kita boleh ambil contoh umat Islam di Rusia.

Page 2: Gejala Murtad Meruntuh Ummah 2

Sewaktu Rejim komunis Rusia berkuasa, kebanyakan umat Islam yang ada didalam negara mereka terpaksa murtad dan menerima fahaman kominis. Apabila rejim komunis itu runtuh dan umat Islam bangkit semula, berlakulah penghapusan etnik secara berbunuhan beramai-ramai seperti yang berlaku di Bosnia dahulu dan di Kosovo sekarang. Keadaan yang seumpama ini sudah tentu amat menyiksakan, tetapi inilah balasan Tuhan seperti yang dijanjikan melalui al-Quran.

Orang yang murtad pada asalnya ialah orang Islam. Mereka sudah pernah merasa nikmat beriman kepada Allah, mereka sudah dapat nikmat hidup bermasyarakat, berumahtangga dan nikmat daripada halal haram yang telah diamalkan oleh Islam. Oleh sebab itu apabila mereka masih lagi memilih untuk murtad walaupun sudah faham dan beramal dengan Islam, ini menunjukan bahawa kejahatan dan kebuasan nafsu dalam diri mereka sangat kuat. Oleh hal yang demikian golongan seperti ini patut sangat di hukum dengan hukuman yang berat seperti dibunuh.

Ini berlainan sekali dengan orang yang belum beriman. Mereka tidak boleh di hukum dengan keras sebagaimana yang dikenakan keatas orang murtad. Bahkan mereka perlu dipujuk, dibuat baik dan dinasihat supaya menerima Islam kalau mereka tidak mahu menerimanya hukuman tidak boleh dikenakan keatas mereka sewenang-wenangnya. Hal ini sama dengan orang yang berzina. Hukuman ke atas orang yang berzina yang sudah kahwin yang disebut muhsin. Hukumannya lebih berat berbanding dengan penzina yang tidak muhsin.

Antara tindakan yang patut diambil ialah mempertegahkan hukuman yang telah ditentukan oleh Islam terhadap sesiapa sahaja yang terlibat dengan gejala ini. Sementara api murtad itu masih kecil dan masih mudah untuk dipadamkan, maka kita tidak boleh boleh lagi berdolak dalik dan bermain-main denganya, kalau tidak apabila sudah menjadi besar, sudah tentu kita tidak ada kemampuan lagi untuk mengatasinya.

Kita sepatutnya mengambil pengajaran dari peristiwa-peristiwa dan kesilapan-kesilapan yang lalu. Diwaktu umat Islam masih banyak bilangan dinegara ini, kedudukan Islam dan perundangan kita buat sambil lewa sahaja, apakah soal dalam murtad ini sikap yang se demikian hendak kita lakukan?

Kesimpulan

Oleh hal yang demikian seluruh umat Islam di negara ini hendaklah mengambil bahagian dan memainkan peranan supaya kita benar-benar mampu menjadi tenaga penggerak agar gejala murtad ini benar-benar diambil perhatian dan tindakan undang-undang yang sewajarnya seperti yang diajar adalah kejayaan Islam dan kegagalannya pula adalah satu bencana kepada umat Islam di negara ini. Sementara masa dan waktu masih ada, dan Allah memberi peluang ini sepenuhnya semuga kita tidak termasuk didalam golongan yang dimurkai olehNya.

Oleh : Mashitah Amran

Page 3: Gejala Murtad Meruntuh Ummah 2