isu murtad

15
Disediaka n oleh.. Mus Amin Riduan Syazwan ISU MURTAD DAN CARA MENGATASINYA

Upload: harry-potter

Post on 19-Jun-2015

7.209 views

Category:

Spiritual


8 download

DESCRIPTION

Disediakan oleh pendakwah bebas....

TRANSCRIPT

Page 1: Isu murtad

Disediakan oleh..

MusAminRiduanSyazwan

ISU MURTAD DAN CARA MENGATASINYA

Page 2: Isu murtad

Murtad atau keluar dari agama Islam merupakan satu jenayah besar dalam Islam.

Murtad merupakan satu jenayah besar dalam Islam ia dianggap kufur yang paling jijik dan keji, malah lebih keji dari kufur biasa, kerana orang murtad dianggap menghina Islam, menghina Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W.

Sebab itu, orang murtad mesti dijatuhkan hukuman bunuh setelah disuruh bertaubat beberapa kali sedangkan dia tetap tidak mahu bertaubat.

Pengenalan…

Page 3: Isu murtad

Dari segi bahasa

Dari segi istilah

Definisi Murtad…

Dari sudut bahasa “Riddah” atau murtad bermakna “ruju” beralih daripada berpegang kepada sesuatu kepada yang lain.

Beralih daripadaberpegang kepada agamaIslam kepada menganut agama lain.

Page 4: Isu murtad

Maksudnya : dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu dia mati dalam keadaan kafir, maka mereka itu rosaklah amalan (yang baik) mereka di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).

MURTAD adalah ungkapan yang menakutkan. Tidak ada mukmin yang sebenar tidak berasa sensitif atau ketakutan apabila perkataan murtad dikaitkan dengannya. Bahkan mukmin yang sejati apabila mendengar perkataan murtad atau kufur akan menyebut dalam jiwanya, “aku pohon perlindungan dengan Allah dari itu semua.”

Firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 217...

Page 5: Isu murtad

Murtad Terjadi Melalui…

• Ucapan, perkataan dan kata-kata1

• Perbuatan dan tingkah laku2

• Iktiqad, kepercayaan dan keyakinan dalam hati3

Page 6: Isu murtad

Murtad boleh berlaku dengan perkataan atau ucapan dan kata-kata. Apabila ucapan dan kata-kata tersebut menolak hukum-hukum Islam dan prinsip-prinsip ajaran Islam yang diketahui oleh semua orang atau kata-kata yang menghina apa-apa ajaran Islam, hukum hakam Islam, menghina Nabi Muhammad S.A.W. dan nabi-nabi lain, menghina Allah S.W.T. Dan sebagainya

1. Murtad Melalui Percakapan, ucapan dan kata-kata…

Page 7: Isu murtad

Apabila seseorang Islam melakukan apa-apa perbuatan atau apa-apa tingkah laku yang boleh membatalkan imannya maka orang itu boleh menjadi murtad seperti sujud kepada berhala, matahari, bulan, manusia, kepada malaikat atau kepada mana-mana makhluk lain atau melakukan ibadat terhadap selain daripada Allah S.W.T

2. Melalui Perbuatan atau Tingkah laku...

Page 8: Isu murtad

Murtad melalui akidah, kepercayaan atau niat akan berlaku apabila seseorang Islam mengingkari dalam hatinya mengenai kebenaran ajaran Islam seperti dia yakin ajaran Islam sama sahaja dengan ajaran agama lain, atau yakin bahawa agama lain lebih baik dari agama Islam, dia yakin hukum hudud (jinayah Islam) tidak layak dilaksanakan sekarang dalam masyarakat moden.

3. Melalui Akidah atau Kepercayaan atau Niat...

Page 9: Isu murtad

Syarat sah Murtad

Berakal

Pilihan sendiriatau sukarela

Page 10: Isu murtad

Sebab Berlakunya Murtad…

Kesan daripada fahaman-fahaman anti-agama seperti sekularisme, individualisme, hedonisme, materialisme, yang disogok dan dipaksakan kepada umat islam.

Nilai-nilai negatif yang sebahagiannya disebar melalui media cetak dan elektronik mulai membudaya dalam masyarakat.

Agama tidak dilihat sebagai tuntutan utama kehidupan, sebaliknya ia sekadar keperluan budaya yang bukan fundamental.

Nilai-nilai agama semakin tidak dihargai.

Page 11: Isu murtad

Ramai yang ingin meninggalkan Islam terdiri daripada mereka yang dahulunya beragama lain.

Faktor perkahwinan.

Masyarakat Islam pula ramai yang kurang prihatin.

Kurangnya tenaga pengajar yang bertauliah.

Paksaan daripada keluarga asal mereka sendiri untuk keluar daripada ajaran Islam dan kembali ke agama asal.

Samb…

Page 12: Isu murtad

Pemahaman dan bimbingan yang sempurna tentang akidah dan Islam.

Menyediakan tenaga pengajar tentang agama secara mencukupi.

Ketegasan dan sikap bersungguh-sungguh dari pihak berkuasa.

Mengadakan kelas agama bagi mualaf.

Undang-undang antara negeri patut diselaraskan.

Cara Menangani Masalah Murtad…

Page 13: Isu murtad

Gubal undang-undang untuk mengekang penukaran agama.

Kempen besar-besaran bagi mengajak umat islam menghayati islam.

Kawalan terhadap media massa.

Umat islam perlu memantapkan diri dari segi akidah dan tauhid kepada Allah S.W.T bagi mempertahankan kesucian Islam.

Memantapkan & memajukan diri melalui pembacaan buku atau kitab- kitab agama dan sering bertanya perkara-perkara akidah kepada orang yang lebih arif seperti ustaz yang bertauliah.

Samb…

Page 14: Isu murtad

Secara keseluruhannya, kita mendapati bahawa antara punca berlakunya murtad dikalangan umat Islam di negara ini adalah disebabkan oleh Institusi Islam ataupun sikap orang itu sendiri yang tidak berpegang kepada ajaran Islam sebenar sebagaimana yang telah disyariatkan. Pelbagai pihak terutamanya kerajaan haruslah bertanggungjawab memastikan bahawa ajaran Islam di negara ini dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya tanpa ragu-ragu dengan mendapat sokongan daripada kerajaan negeri serta umat Islam yang majoritinya mendiami bumi Malaysia. Golongan kafir melihat kelemahan inisebagai satu peluang bagi mereka untuk melemahkan agama Islam di seluruh dunia Oleh itu marilah kita bersatu padu menegakkan agama Allah yang maha suci ini dan meningkatkan kefahaman umat Islam serta bukan Islam tentang keindahan Islam yang dibawa oleh nabi Muhammad S.A.W. agar tidak timbul lagi rasa syak wasangka tentang agama Islam yang syumul ini.

Kesimpulannya…

Page 15: Isu murtad

SEKIAN, TERIMA KASIH…