gaya pembelajaran dan kesedaran metakognitif dalam kalangan

8
Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 712 GAYA PEMBELAJARAN DAN KESEDARAN METAKOGNITIF DALAM KALANGAN PELAJAR ALIRAN SAINS Mazli Sham Abdullah Universiti Kebangsaan Malaysia [email protected] Saemah Rahman Universiti Kebangsaan Malaysia [email protected] ABSTRAK Tinjauan literatur menunjukkan kepentingan faktor metakognitif dalam proses pembelajaran pelajar. Kajian ini bertujuan untuk meninjau perbezaan kesedaran metakognitif pelajar dari pelbagai gaya pembelajaran dalam matapelajaran kimia. Kajian ini juga ingin melihat sama ada terdapat perbezaan yang signifikan kesedaran metakognitif mengikut gaya pembelajaran. Sampel kajian terdiri daripada 251 orang pelajar tingkatan empat sains di sekolah menengah harian di Putrajaya, Malaysia. Data dikumpulkan menggunakan dua set soal selidik untuk mengukur gaya pembelajaran dan kesedaran metakognitif pelajar aliran Sains di Putrajaya. Inventori Kesedaran Metakognitif oleh Schraw dan Dennison (1994) digunakan untuk menilai tahap kesedaran metakognitif dan Soal Selidik Gaya Pembelajaran Pusat Perkembangan Kurikulum (2001a). Statistik deskriptif dan statistik inferensi digunakan untuk menjawab soalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap kesedaran metakognitif adalah pada tahap tinggi dengan skor min 3.86. Hasil dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan kesedaran metakognitif antara pelajar visual, auditory, tactual dan kinesthetic. Kajian juga mendapati pelajar dari ke empat-empat gaya pembelajaran menunjukkan bahawa perbezaan persepsi pelajar pelbagai gaya pembelajaran terhadap kesedaran metakognitif. Secara keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan bahawa kesedaran metakognitif perancangan lebih tinggi dari semak kendiri dan strategi kognitif. Seterusnya, setiap gaya pembelajaran mempunyai kesedaran metakognitif perancangan. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan kepentingan perancangan di dalam meningkatkan kesedaran metakognitif pelajar. Adalah diharapkan kajian ini dapat membantu para guru dalam mengintegrasikan pembolehubah kesedaran metakognitif dalam proses pembelajaran di kalangan pelajar pelbagai gaya pembelajaran. Kata Kunci: Kesedaran metakognitif, Visual, Auditori, Tactual dan Kinesthetic. -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Pengenalan Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju serta menuju era globalisasi, perlu mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif serta berilmu, yakni masyarakat yang mempunyai daya inisiatif yang tinggi, memandang jauh ke hadapan, inovatif serta menjadi penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan. Adalah menjadi satu keperluan untuk membentuk warganegara kritis, kreatif dan berketrampilan yang mengamalkan budaya sains dan teknologi. Mata pelajaran Kimia adalah program dua tahun untuk pelajar tingkatan empat dan lima sekolah menengah atas. Kurikulum Kimia KBSM dirancang untuk membolehkan pelajar memahami bidang kimia dengan lebih mendalam dari aspek teori, konsep serta aplikasinya dalam kehidupan harian.

Upload: duonganh

Post on 15-Jan-2017

274 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: gaya pembelajaran dan kesedaran metakognitif dalam kalangan

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 712

GAYA PEMBELAJARAN DAN KESEDARAN METAKOGNITIF DALAM KALANGAN PELAJAR ALIRAN SAINS

Mazli Sham Abdullah

Universiti Kebangsaan Malaysia [email protected]

Saemah Rahman

Universiti Kebangsaan Malaysia [email protected]

ABSTRAK

Tinjauan literatur menunjukkan kepentingan faktor metakognitif dalam proses pembelajaran pelajar. Kajian ini bertujuan untuk meninjau perbezaan kesedaran metakognitif pelajar dari pelbagai gaya pembelajaran dalam matapelajaran kimia. Kajian ini juga ingin melihat sama ada terdapat perbezaan yang signifikan kesedaran metakognitif mengikut gaya pembelajaran. Sampel kajian terdiri daripada 251 orang pelajar tingkatan empat sains di sekolah menengah harian di Putrajaya, Malaysia. Data dikumpulkan menggunakan dua set soal selidik untuk mengukur gaya pembelajaran dan kesedaran metakognitif pelajar aliran Sains di Putrajaya. Inventori Kesedaran Metakognitif oleh Schraw dan Dennison (1994) digunakan untuk menilai tahap kesedaran metakognitif dan Soal Selidik Gaya Pembelajaran Pusat Perkembangan Kurikulum (2001a). Statistik deskriptif dan statistik inferensi digunakan untuk menjawab soalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap kesedaran metakognitif adalah pada tahap tinggi dengan skor min 3.86. Hasil dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan kesedaran metakognitif antara pelajar visual, auditory, tactual dan kinesthetic. Kajian juga mendapati pelajar dari ke empat-empat gaya pembelajaran menunjukkan bahawa perbezaan persepsi pelajar pelbagai gaya pembelajaran terhadap kesedaran metakognitif. Secara keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan bahawa kesedaran metakognitif perancangan lebih tinggi dari semak kendiri dan strategi kognitif. Seterusnya, setiap gaya pembelajaran mempunyai kesedaran metakognitif perancangan. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan kepentingan perancangan di dalam meningkatkan kesedaran metakognitif pelajar. Adalah diharapkan kajian ini dapat membantu para guru dalam mengintegrasikan pembolehubah kesedaran metakognitif dalam proses pembelajaran di kalangan pelajar pelbagai gaya pembelajaran.

Kata Kunci: Kesedaran metakognitif, Visual, Auditori, Tactual dan Kinesthetic. -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Pengenalan

Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju serta menuju era globalisasi, perlu mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif serta berilmu, yakni masyarakat yang mempunyai daya inisiatif yang tinggi, memandang jauh ke hadapan, inovatif serta menjadi penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan. Adalah menjadi satu keperluan untuk membentuk warganegara kritis, kreatif dan berketrampilan yang mengamalkan budaya sains dan teknologi. Mata pelajaran Kimia adalah program dua tahun untuk pelajar tingkatan empat dan lima sekolah menengah atas. Kurikulum Kimia KBSM dirancang untuk membolehkan pelajar memahami bidang kimia dengan lebih mendalam dari aspek teori, konsep serta aplikasinya dalam kehidupan harian.

Page 2: gaya pembelajaran dan kesedaran metakognitif dalam kalangan

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 713

Pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan kimia yang diperolehi dan dikuasai dapat menyediakan pelajar untuk menangani perubahan dan menyumbang ke arah pengurusan diri dan alam sekitar dengan penuh tanggungjawab demi kesejahteraan hidup manusia (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003).

Pengetahuan asas kimia adalah penting bagi pelajar biologi, fizik, geologi, ekologi dan subjek-subjek lain (Raymond 2002). Kehidupan manusia mempunyai kaitan yang rapat dengan kimia. Penghasilan dan penggunaan bahan kimia membawa kesan kepada masyarakat dan alam sekitar. Oleh itu, ilmu kimia perlu dikuasai oleh pelajar supaya mereka dapat menangani perubahan yang berlaku dalam kehidupan dan memberi sumbangan kepada perkembangan sains dan teknologi demi meningkatkan mutu kehidupan manusia sejagat. Kimia merupakan satu subjek yang penuh dengan idea abstrak, kompleks dan banyak memerlukan pemahaman konsep (Dori & Hameiri 2003; Regis & Albertazzi 1996). Gaya pembelajaran merujuk kepada cara mempelajari sesuatu mengikut kecenderungan individu (Pusat Perkembangan Kurikulum 2001a). Para pendidik harus menyedari bahawa setiap individu pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Setiap pelajar akan mempunyai cara belajar yang unik. Memahami gaya pembelajaran dan mengakui setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran tersendiri dalam mempelajari sesuatu boleh membantu kita memahami isu perbezaan gaya pembelajaran (Rosniah 2007). Menurut Dunn dan Dunn (1999), kecenderungan persepsi (visual, auditory, tactual dan kinesthetic) merupakan aspek gaya pembelajaran yang paling penting. Pelajar jenis auditory belajar dengan mendengar perkataan yang disebut dan juga arahan lisan. Maklumat dalam bentuk tulisan hanya mempunyai sedikit maksud bagi mereka. Mereka boleh mengingati penerangan melalui bacaan kuat atau menggerakkan bibir ketika membaca terutamanya apabila mempelajari sesuatu yang baru. Mereka dapat mengukuhkan ingatan dengan mendengar semula rakaman pita audio, mengajar pelajar lain dan berbincang dengan guru. Pelajar jenis visual pula belajar dengan baik dengan melihat sesuatu teks berbentuk perkataan dalam buku, di papan hitam atau paparan komputer. Mereka lebih suka suatu maklumat disampaikan dalam bentuk visual. Pelajar visual tidak memerlukan penerangan lisan seperti pelajar auditory tetapi mereka selalunya dapat belajar melalui pembacaan. Semasa kuliah atau perbincangan, pelajar jenis visual lebih suka mencatat nota untuk menerima dan menyerap maklumat. Pelajar jenis tactual pula dapat belajar dengan lebih berkesan apabila berpeluang membuat latih amal (hands-on) dengan bahan seperti melakukan eksperimen di makmal, membina model dan menyentuh dan menggunakan bahan. Pergerakan fizikal dalam kelas membantu pelajar memahami maklumat baru. Pelajar jenis kinesthetic belajar dengan baik melalui pengalaman dan terlibat secara aktif dalam aktiviti, lawatan dan main peranan.

Para penyelidik melaporkan bahawa gaya pembelajaran yang telah dikenal pasti boleh digunakan untuk menyokong dan membimbing pelajar bagi meningkatkan pencapaian akademik mereka (Pennell 1985; Carns & Carns 1991; Prescott 2001; Pheiffer Holley &Andrew 2005). Kajian menunjukkan bahawa gaya pembelajaran harus dijadikan panduan semasa menerapkan pelbagai strategi pengajaran. Maka persepsi pelajar yang berlainan gaya pembelajaran perlu diambil kira. Oleh kerana terdapat gaya pembelajaran yang berbeza-beza di kalangan pelajar, maka cara mereka belajar juga berbeza. Maka kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kesedaran metakognitif pelajar, mengenal pasti samaada terdapat perbezaan dari segi kesedaran metakognitif berdasarkan gaya pembelajaran pelajar bagi pelajar aliran sains di Putrajaya.

Page 3: gaya pembelajaran dan kesedaran metakognitif dalam kalangan

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 714

Secara umum, metakognitif merujuk kepada pemikiran tentang pemikiran. Menurut Flavell (1987), metakognitif merujuk kepada pemngetahuan dan kawalan seseorang ke atas aktiviti pemikiran dan pembelajarannya. Akin, Abaci dan Cetin (2007) menegaskan bahawa metakognitif adalah struktur yang sangat penting keranan ia mempengaruhi proses pembelajaran seseorang. Dalam konteks kajian ini metakognitif merujuk kepada kesedaran untuk merancang, membuat semakan kendiri dan mempunyai pengetahuan tentang strategi kognitif (O’Neil & Abedi 1996; O’Neil & Schacter 1997). Kesedaran metakognitif dalam kajian ini diukur dengan menggunakan soal selidik metakognitif yang diubahsuai dari State Metacognition Inventory (O’Neil & Abedi 1996) dan komponen metakognitif Trait Thinking Questionaire (O’Neil & Schacter 1997). Kesedaran metakognitif diukur menggunakan jumlah skor keseluruhan yang merangkumi subskala perancangan, semak kendiri dan strategi kognitif.

Reka Bentuk Kajian Kajian ini bersifat kuantitatif untuk mengenal pasti tahap kesedaran metakognitif dan perbezaan kesedaran metakognitif pelajar aliran Sains di Putrajaya mengikut gaya pembelajaran. Reka bentuk kajian kuantitatif yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian tinjauan. Responden kajian ini terdiri daripada 251 orang pelajar-pelajar Tingkatan Empat kursus aliran sains dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Putrajaya. Pelajar yang dipilih sebagai subjek kajian adalah merupakan populasi kajian.

Dalam kajian ini kedua-dua soal selidik kajian digabungkan dalam satu buku yang mengandungi 3 bahagian iaitu bahagian A: Maklumat responden, bahagian B: Soal selidik Gaya Pembelajaran dan Bahagian C: Soal selidik kesedaran metakognitif.

Kebolehpercayaan instrumen akan diukur dengan menggunakan Alpha Cronbach di mana ia boleh mengukur ketekalan dalaman instrumen kajian. Daripada data kajian rintis, nilai Alpha Cronbach instrumen kajian akan dicari dengan menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 19.0. Nilai pekali alfa setiap kategori gaya pembelajaran secara keseluruhan ialah 0.8906 dan kesedaran metakognitif ialah 0.949 . Kajian ini bersifat kuantitatif untuk mengenal pasti tahap gaya pembelajaran yang dominan bagi pelajar aliran Sains di Putrajaya. Reka bentuk kajian kuantitatif yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian tinjauan. Kajian tinjauan digunakan kerana ia merupakan cara yang paling berkesan untuk mendapatkan maklumat yang banyak dalam masa yang singkat daripada saiz sampel yang besar. Di samping itu, hasil kajian dapat digeneralisasikan kepada populasi dengan tepat dan berkesan.

Soal selidik yang digunakan terdiri daripada 20 item yang bertujuan untuk mengenal pasti dan menen-tukan jenis gaya pembelajaran subjek kajian. Item-item ini berkaitan dengan kecenderungan persepsi (visual, auditory, tactual dan kinesthetic) yang merupakan aspek gaya pembelajaran yang paling pent-ing (Dunn & Dunn 1999). Item-item tersebut diperolehi daripada Soal Selidik Gaya Pembelajaran Pusat Perkembangan Kurikulum (2001a). Kecenderungan pelajar kepada suatu gaya pembelajaran ditunjuk-kan melalui jumlah pemarkahan yang paling tinggi.

Kebolehpercayaan instrumen akan diukur dengan menggunakan Alpha Cronbach di mana ia boleh mengukur ketekalan dalaman instrumen kajian. Nilai pekali alfa setiap kategori gaya pembelajaran secara keseluruhan ialah 0.8906.

Menurut Chua (2006), jika nilai alfa kurang dari 0.65 item itu akan disingkirkan. Jika nilai pekali alfa melebihi 0.65 ini menunjukkan bahawa soal selidik yang digunakan adalah boleh dipercayai. Data kajian ini dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 19.0. Data yang diperolehi dan dianalisis dengan cara statistik deskriptif min dan sisihan piawai secara keseluruhan.

Page 4: gaya pembelajaran dan kesedaran metakognitif dalam kalangan

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 715

Dapatan Kajian

Profil responden dianalisis daripada maklumat yang diperolehi daripada Bahagian A soal selidik. Semua dapatan daripada data demografi responden dinyatakan dalam bentuk jadual bagi memudahkan penganalisisan. Jumlah responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 251 orang. Kesedaran metakognitif berada pada min 3.86 dengan subskala perancangan berada pada tahap paling tinggi, subskala semak kendiri pada tahap sederhana dan subskala strategi metakognitif juga berada pada tahap paling rendah.

Jadual 1:Tahap Kesedaran metakogitif

Kesedaran metakognitif

Kekerapan dan peratusan Skor Min

Skor min

1.00-2.33

Skor min 2.34-3.66

Skor min (3.67-5.00)

Perancangan 1 (0.4%) 64 (25.5%) 186 (74.1%) 3.99 Semak Kendiri 3 (1.2%) 106 (42.2%) 142 (56.6%) 3.77 Strategi Kognitif 3 (1.2%) 96 (38.2%) 152 (60.6%) 3.83 Tahap keseluruhan kesedaran metakognitif 3.86

Berdasarkan Jadual 1 menunjukkan tahap kesedaran metakognitif pelajar dari segi komponen perancangan adalah pada tahap paling tinggi berbanding dengan semak kendiri dan strategi kognitif di mana seramai 1 orang (0.4%) pelajar berada pada min antara 1.00 hingga 2.33 di mana seramai 64 orang (25.5%) pelajar berada pada tahap min 2.34 hingga 3.66 dan seramai 186 (74.1%) pelajar berada pada tahap min 3.67 hingga 5.00. Secara keseluruhan menunjukkan bahawa komponen perancangan berada pada tahap paling tinggi minnya (min = 3.99) berbanding dengan komponen kesedaran metakognitif yang lain. Seterusnya dari segi komponen semak kendiri, seramai 3 orang (1.2%) pelajar berada pada tahap min 1.00 hingga 2.33, seramai 106 orang (42.2%) pelajar berada pada tahap min 2.34 hingga 3.66 dan seramai 142 orang (56.6%) pelajar berada pada tahap min 3.67 hingga 5.00. Secara keseluruhan komponen semak kendiri menunjukkan berada pada tahap min paling rendah (min = 3.77) berbanding dengan komponen kesedaran metakognitif yang lain dan bagi komponen strategi kognitif pula menunjukkan seramai 3 orang (1.2%) pelajar berada pada tahap min 1.00 hingga 2.33, seramai 96 orang (38.2%) pelajar berada pada tahap min 2.34 hingga 3.66 dan seramai 152 orang (60.6%) pelajar berada pada tahap min 3.67 hingga 5.00. Secara keseluruhan komponen strategi kognitif berada pada tahap sederhana (min = 3.83) berbanding dengan komponen kesedaran metakognitif yang lain. Daripada analisis deskriptif di atas menunjukkan bahawa secara keseluruhan tahap kesedaran metakognitif pelajar berada pada tahap min antara 3.67 hingga 5.00 (min = 3.86). Komponen yang mempunyai min yang paling tinggi ialah komponen perancangan (min = 3.99). seterusnya diikuti oleh komponen strategi kognitif (min = 3.83) dan komponen semak kendiri (min = 3.77). Bahagian seterusnya ialah menghuraikan dapatan kajian iaitu dengan kekerapan dan peratusan setiap komponen kesedaran metakognitif pelajar iaitu komponen perancangan, semak kendiri dan strategi kognitif.

Persoalan kajian yang kedua ialah untuk melihat perbezaan kesedaran metakognitif mengikut gaya pembelajaran pelajar aliran sains.

Page 5: gaya pembelajaran dan kesedaran metakognitif dalam kalangan

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 716

Rajah 1 Perbezaan kesedaran metakognitif mengikut gaya pembelajaran Berdasarkan Jadual 1 menunjukkan kesedaran metakognitif bagi pelajar dengan gaya pembelajaran Visual, kesedaran metakognitif perancangan lebih tinggi (min = 3.96) berbanding dengan kesedran metakognitif semak kendiri (min = 3.87) dan strategi kognitif min=3.76). Seterusnya bagi pelajar dengan gaya pembelajaran Auditory, kesedaran metakognitif perancangan (min=3.99) lebih tinggi dari semak kendiri (min=3.77) dan strategi kognitif (min=3.77). Bagi pelajar gaya pembelajaran Tactual, kesedaran metakognitif perancangan (min=4.00) lebih tinggi berbanding dengan semak kendiri (min=3.89) dan strategi kognitif (3.76). Selanjutnya bagi pelajar dengan gaya pembelajaran Kinesthetics, kesedaran metakognitif perancangan (min=4.01) lebih tinggi berbanding dengan semak kendiri (min=3.75) dan strategi kognitif (3.85). Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan kesedaran metakognitif perancangan lebih dari semak kendiri dan strategi kognitif bagi keempat-empat gaya pembelajaran. Bagi melihat perbezaan kesedaran metakognitif mengikut gaya pembelajaran secara keseluruhannya di dapati gaya pembelajran kinesthetic paling tinggi perancangan kerana pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran kinesthetic belajar melalui pengalaman. Jadi orang yang gelajar melalui pengalaman ini bijak merancang bersama guru aktiviti pembelajarannya dan ini akan meningkatkan pencapaian akademik mereka. Perbincangan dan Implikasi Kajian ini menyokong kepentingan pemupukan kesedaran metakognitif dalam proses pembelajaran di bilik darjah. Dapatan kajian menunjukkan tahap kesedaran metakognitif adalah pada tahap yang hampir selalu dan kepentingan sumbangan penerapan strategi metakognitif ke atas variasi dalam kesedaran metakognitif terhadap pelajar dari pelajar pelbagai gaya pembelajaran. Hasil daripada keputusan kajian ini juga , beberapa penemuan penting boleh disimpulkan. Kesedaran metakognitif dalam bilik darjah merupakan faktor yang penting dalam proses pembelajaran pelajar kerana ini bermakna jika kesedaran metakognitif pelajar meningkat pencapaian akademik juga akan meningkat. Sebagai pendidik, kita inginkan pelajar-pelajar berjaya. Untuk itu kita

Visual Auditory Tactual Kinecthetics

3.6

3.65

3.7

3.75

3.8

3.85

3.9

3.95

4

4.05

Perancangan

semak kendiri

strategi kognitif

Page 6: gaya pembelajaran dan kesedaran metakognitif dalam kalangan

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 717

perlu memberi pendedahan kepada pelajar tentang kognitif yang baik dan membuat perancangan terlebih dahulu dalam setiap aktiviti pembelajaran mereka. Pelajar juga seharusnya mengamalkan strategi kognitif dalam aktiviti pembelajaran mereka serta regulasi kognitif dalam proses pembelajaran dan pemikiran mereka. Dapatan menunjukkan gaya pembelajaran kinesthetic adalah gaya pembelajaranyang dominan bagi pelajar aliran sains di Putrajaya dan dap[atan juga menunjukkan kesedaran metakognitif, perancangan adalah paling tinggi skornya bagi gaya pembelajaran kinesthetic. Jadi ini menunjukkan pelajar telah sedar kepentingan perancangan di dalam proses pembelajaran, Walaubagaimanapun guru masih perlu sebagai pembimbing kepada pelajar agar perancangan mereka lebih mantap. Di samping itu pelajar-pelajar seharusnya sentiasa terdorong untuk terus memperkembangkan kebolehan metakognitif mereka bagi meningkatkan kualiti pemikiran dan tingkah laku dalam kehidupan mereka kelak. Tugas pendidik untuk membantu pelajar menyedari proses pemikiran yang terlibat dalam proses pembelajaran mereka dan bagaimana mereka boleh menggunakan tahap hampir selalu kesedaran tersebut dalam proses pembelajaran seterusnya. Dengan itu, interaksi guru dan pelajar juga amat penting untuk meningkatkan tahap kesedaran pelajar kepada sangat selalu sedar, iaitu cara guru membantu pelajar dengan membina perkataan yang digunakan oleh pelajar juga dapat membantu penerapan strategi metakognitif pelajar. Pelajar dibimbing supaya boleh mengulangi semula maklumat dan membina idea yang baru. Pelajar seharusnya dipupuk untuk memperkembangkan dan mempertingkatkan kebolehan metakognitif mereka dan digalakkan mengamalkan semak kendiri dalam proses pembelajaran yang dijalankan bagi memperbaiki prestasi akademik mereka. Maklumat-maklumat yang diperolehi daripada kajian ini diharapkan dapat menyedarkan pelajar akan kepentingan membina kemahiran mereka sendiri untuk membolehkan mereka mentafsir pemikiran mereka sendiri. Ini termasuklah kebolehan untuk merancang, mengaktifkan, memantau dan menilai tindakan dalam proses pembelajaran mereka. Pelajar harus faham bahawa guru boleh memainkan peranan dalam memperkembangkan metakognitif mereka dengan penjelasan dari para guru tentang cara bagaimana mereka berfikir akan apa yang mereka telah lakukan. Pelajar sepatutnya berani berubah kepada suatu suasana pembelajaran yang aktif bukannya lagi pasif dan hanya menurut arahan guru semata-mata. Begitu juga dengan berusaha meningkatkan interaksi antara pelajar dengan pelajar atau pelajar dengan guru. Secara tidak langsung, kemahiran komunikasi memainkan peranan penting dalam hal ini kerana interaksi interpersonal akan dapat membantu perkembangan metakognitif pelajar. Secara rumusannya diharapkan hasil kajian ini boleh dijadikan sumber maklum balas yang sangat sesuai kepada semua pihak dalam merancang strategi yang sesuai dan menyeluruh untuk meningkatkan pencapaian pelajar amnya serta pemikiran pelajar, khususnya. Kalau dilihat usaha dalam memenuhi keperluan lokal dan global, usaha-usaha ini termasuklah dalam aspek kaedah dan pendekatan pengajaran yang sesuai dalam meningkatkan pemikiran pelajar, struktur baru dalam pengurusan perkhidmatan pendidikan dan strategi dalam menghubungkan pendidikan dengan keperluan masyarakat.

Kesimpulan dan Cadangan Masa Depan

Kajian ini memberi idea baru kepada penyelidik-penyelidik lain untuk membuat kajian lanjutan bagi memantapkan lagi dapatan kajian. Di sini, pengkaji ingin menurunkan saranan kepada penyelidik-penyelidik lain yang berminat untuk melakukan kajian yang menghubungkan gaya pembelajaran bagi pelajar bukan aliran sains.

Page 7: gaya pembelajaran dan kesedaran metakognitif dalam kalangan

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 718

i. Gaya pembelajaran yang digunakan dalam kajian ini hanya terbatas kepada jenis visual, audi-tory, tactual dan kinesthetic sahaja. Gaya-gaya pembelajaran lain dalam Model Dunn dan Dunn serta model-model lain tidak digunakan dalam kerangka konsep utama. Oleh itu, hasil kajian mungkin tidak dapat mewakili pendapat para pelajar yang mempunyai jenis gaya pem-belajaran selain visual, auditory, tactual dan kinesthetic.

ii. Subjek kajian ini hanya melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan Empat sahaja. Oleh itu, adalah dicadangkan kajian lanjutan diadakan dengan melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan Lima yang difikirkan lebih biasa dan memahami kaedah pengajaran guru kimia mereka.

iii. Kajian berbentuk kualitatif secara temu bual dijalankan untuk meninjau perbezaan persepsi pelajar visual, auditory, tactual dan kinesthetic terhadap strategi pengajaran yang dil-aksanakan oleh guru.

Pelajar seharusnya digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan dibimbing untuk merancang, memantau dan menilai apa yang dipelajari secara berterusan. Pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah perlu mengambil kira gaya pembelajaran pelajar yang pelbagai dan guru harus menekankan teknik pembelajaran yang sesuai dengan pelajar mereka. Kajian ini bertujuan untuk meninjau gaya pembelajaran yang dominan bagi pelajar tingkatan empat aliran Sains di Putrajaya. Adalah diharapkan dapatan kajian ini dapat membantu para pendidik di sekolah, Institut-Institut Perguruan, Jabatan Pendidikan Teknikal, Jabatan Pelajaran Negeri, Pusat Perkembangan Kurikulum dan pihak-pihak lain yang berkenaan semasa menjalankan tugas masing-masing. Menerusi kajian ini, adalah diharapkan membawa beberapa kesignifikanan kepada amalan pendidikan secara amnya dan kepada profesion perguruan khasnya.

Rujukan Carns, A.W. & Carns, M.R. 1991. Teaching study skills, cognitive strategies and metacognitive skills through self-diagnosed learning styles. School Counselor. 38(5): 341 – 346. Cooper, C. M. M., Sandi, S. Urena, & Stevens, R. 2008. Reliable multi method assessment of metacognition use in chemistry problem solving. Dori, Y.J. & Hameiri, M. 2003. Multidimentional analysis system for quantitative chemistry problems: Symbol, macro and process aspects. Journal of Research in Science Teaching. 40(3): 278 – 302. Dunn, R. 1983. Can students identify their own learning styles? Educational Leadership.40(5): 60 – 62. Dunn, R. & Dunn, K. 1978. Teaching students through their individual learning styles: A practical approach. Reston, Virginia: Prentice-Hall. Dunn, R. & Dunn, K. 1987. Dispelling outmoded beliefs about student learning. Educational Leadership. 44(6): 55 – 62. Dunn, R. & Dunn, K. 1993. Teaching secondary students through their individual learning styles: Practical Approach for Grades 7-12. Boston: Allyn & Bacon. Dunn, R. & Dunn, K. 1999. The complete guide to the learning styles inservice system. Needham Heights, MA: Allyn & Bacon.

Page 8: gaya pembelajaran dan kesedaran metakognitif dalam kalangan

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 719

Dunn, R. & Stevenson, J. 1997. Teaching diverse college students to study within a learning-styles prescription. College Student Journal. 31(3): 333 – 339. Eggen, P. & Kauchak, D. 1997. Educational Psychology: Windows on classrooms. 3rded. Upper Saddle River, NJ: Merril.Felder, R.M. (1996). Matters of Style. ASEE Prism. 6(4): 18 – 23. Pennell, L. 1985. Academic intervention program: Applying brain and learning style concepts. Theory into practice. 24(2): 131 – 137. Pheiffer, G., Holley, D. & Andrew, D. 2005. Developing thoughtful students: using learning styles in an HE Context. Education and Training. 47(6): 422– 431.

Prescott, H. M. 2001. Helping students say how they know what they know. Clearing House. 74(6): 327 – 331.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2001a). Belajar cara belajar. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum. 2003. Huraian sukatan pelajaran kimia KBSM Tingkatan V. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.